The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Book Pengajaran 30 Juzuk Al-Quran Mutiara Tadabbur 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norliza Ab Halim, 2023-03-30 00:06:41

E-Book Pengajaran 30 Juzuk Al-Quran Mutiara Tadabbur 2023

E-Book Pengajaran 30 Juzuk Al-Quran Mutiara Tadabbur 2023

Keywords: islamic,education

4- Mencontohi Maryam menjadi wanita yang menjaga kehormatan diri Semasa dalam fasa beruzlah, Allah hadirkan Jibril berupa seorang lelaki kacak. Maryam yang tidak pernah disentuh oleh lelaki, apabila dihadapannya lelaki yang kacak, beliau menjaga dirinya dan berkata "Aku berlindung daripada Tuhan Yang Maha Pengasih". (Surah Maryam: 17-18) Tanya diri kita, adakah kita sudah menjaga kehormatan diri kita sebagai seorang wanita? 5- Menjaga lidah daripada menyebarkan fitnah Dalam Ayat 26 surah Maryam disebutkan "Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana Allah". Maryam mengajar kita supaya jangan bercakap sesuatu yang lebih membuka pintu fitnah (puasa mulut). Jadi bulan puasa ini eloklah kita menjaga lidah dan tulisan kita daripada menyebut dan menulis tentang fitnah/perkara sia-sia. Juzuk 16 47


6- Surah Taha mengandungi kisah Nabi Musa yang terperinci bermula ayat 9 hingga ayat 98 dan surah ini juga dinamakan Surah Musa. 7- Fungsi Al-Quran menjadi peringatan untuk manusia (Surah Taha: 2) Al-Quran tidak diturunkan untuk susahkan kita. 8- Doa supaya dilapangkan dada menghadapi orang yang ingkar Doa Nabi Musa: "Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku" (Surah Taha: 25) Doa ini Nabi Musa baca ketika memohon kepada Allah agar dadanya dilapangkan untuk menghadapi raja yang zalim iaitu Firaun. Juzuk 16 اْشَرْح ِلي َصْدِري ِّب َر 48


9- Bahagian akhir surah Taha iaitu ayat 132 menyebut suruhan Allah kepada Nabi Muhammad agar menyuruh keluarganya menunaikan SOLAT dan SABAR menunaikannya. Elemen SABAR sangat penting dalam melaksanakan solat dan juga ibadah yang lain. Juzuk 16 49


1- Surah Al-Anbiya' mengumpulkan kisah dakwah 16 orang nabi yang menyeru umatnya kepada keesaan Allah dan mengingati akhirat Iaitu pada ayat 48-94. Antara nabi yang disebutkan Musa, Harun, Ibrahim, Ishak, Yaakub, Lut, Nuh, Daud, Sulaiman, Ayyub, Idris, Ismail, Zulkifli, Yunus, Zakaria dan Yahya. 2- Merujuk orang yang ahli dalam bidang Seperti mana yang disebutkan dalam ayat 7 surah Al-Anbiya': "Tanyakanlah kepada orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui" 3- Allah menguji kita bukan sahaja dengan kesengsaraan tetapi juga dengan nikmat. (Surah Al-Anbiya': 35) Tafsir Ibnu Juzai menjelaskan bahawa Allah menguji kita dengan kemiskinan dan kekayaan, kesihatan kesakitan supaya kita bersabar di atas ujian kesengsaraan dan bersyukur atas kenikmatan. Juzuk 17 50


4- Mencontohi Nabi Daud yang banyak bertasbih sehinggakan burung dan bukit pun turut bertasbih bersama baginda (dijelaskan dalam Tafsir As- Sa'di) (Surah Al-Anbiya': 79) 5- 3 unsur dalam doa Nabi Yunus as (Surah AlAnbiya': 87) 1- Mengaku keesaan Allah 2- Mensucikan Allah dari segala keaiban 3- Mengaku kesalahan diri 6- Surah Al-Hajj bertujuan untuk mengukuhkan kekuasaan Allah dalam membangkitkan manusia pada hari akhirat. Apa kaitan dengan ibadah haji? Ibadah haji adalah ibadah yang menzahirkan keesaan Allah yang menyamai hari kebangkitan apabila para hujjaj dikumpulkan di satu tempat melalui ibadah ini. Juzuk 17 ِلِميَن ا َّظ َنَك ِإِّني ُكنُت ِمَن ال نَت ُسْبَحا اَّل َأ ِإ َه َٰل ِإ اَّل 51


7- Antara tanda munafiq adalah sewaktu senang dia beribadah, tetapi sewaktu susah dia meninggalkan ibadah. (Surah Al-Hajj: 11) 8- Menjadi golongan (Orang yang tunduk patuh kepada Allah) (Surah Al-Hajj: Ayat 35) 1- Apabila disebut nana Allah, bergetar hati mereka 2- Orang yang sabar atas ujian yang menimpa 3- Mendirikan solat 4- Menginfakkan rezeki 9- Buta mata hati lebih patut kita risau berbanding buta mata (Surah Al-Hajj: 46) Buta hati akan menyebabkan kita terhalang daripada hidayah Allah. Juzuk 17 52 ُمْخِبِتيَن ْل ا


1- Tujuan surah Al-Mukminun adalah menjelaskan kejayaan orang yang beriman dan kegagalan orang kafir. 2- Mencontohi 7 sifat orang beriman (Surah Al-Mukminun: 1-11) 1- Khusyuk dalam solat 2- Menjauhkan diri daripada perkara sia-sia 3- Menunaikan zakat 4- Memelihara kemaluan 5- Memelihara amanah 6- Menunaikan janji 7- Memelihara solat Mereka ini akan mewarisi syurga Firdaus. 3- Sifat lain orang beriman (Surah Al-Mukminun: 57-60): 1- Takut azab Allah 2- Beriman dengan kekuasaan Allah 3- Tidak menyekutukan Allah 4- Sedekah dengan hati penuh rasa takut Mereka adalah golongan "Sabiqun" iaitu segera melakukan kebaikan. Juzuk 18 53


4- Amalkan doa Nabi (doa memohon keampunan Allah) (Surah Al-Mukminun: 118) "Ya Tuhanku, berilah keampunan dan berilah rahmat, Engkau pemberi rahmat yang terbaik" 5- Ciri-ciri khusus surah Al-Nur antaranya: 1- Surah paling banyak sebut perkataan نور cahaya iaitu sebanyak 7 kali antaranya pada ayat 35 & 40 2- Surah paling banyak sebut perkataan بيوت rumah-rumah iaitu sebanyak 14 kali antaranya ayat 61. Apa kaitan cahaya dan rumah? Sesiapa yang mendapat petunjuk Allah, dia ada dalam tempat yang selamat. Juzuk 18 اِحِميَن َّر نَت َخْيُر ال َأ ِفْرَواْرَحْم َو ْغ ا ِّب َّر 54


6- Orang kafir atau tidak mendapat hidayah seumpama berada dalam lautan yang dalam yang gelap gelita, diliputi gelombang yang banyak serta diselubungi awan yang gelap. (Surah Al-Nur: 40) Mereka sedikit pun tidak mendapat cahaya pentunjuk/hidayah. 7- Surah Al-Nur dimulakan dengan hukum hakam (Ayat 1) Inilah satu surah yang kami turunkan dan wajibkan untuk ditunaikan hukum hakam. Cahaya yang Allah beri adalah pada hukumhukum yang kita penuhi. Jika tidak menjalankan hukum tersebut kita seolah-olah menolak cahaya tersebut dan berada di dalam kegelapan. Juzuk 18 55


8- Dilarang menyebarkan fitnah kepada orang lain. Mengambil ibrah kisah tuduhan terhadap Aisyah melakukan perkara buruk dengan sahabat Nabi SAW (hadith al-ifk). (Surah Al-Nur: 11-26) 9- Pendidikan seksualiti ada pada ayat 30 dan 31 surah Al-Nur antaranya: 1- Menjaga pandangan 2- Memelihara kemaluan 3- Tidak menampakkan perhiasan/aurat Juga pada ayat 58 menjelaskan: Anak yang belum baligh perlu meminta izin untuk memasuki bilik ibubapa iaitu pada 3 waktu (sebelum subuh, tengahari dan selepas isyak) kerana waktu ini dikhuatiri terbuka aurat. Juzuk 18 56


1- Surah Al-Furqan bertujuan untuk menjelaskan bahawa Al-Quran adalah pembeza antara haq dan batil. 2- Penyesalan mereka yang mendustakan AlQuran dan menjadikan syaitan teman karib semasa di dunia Mereka menggigit kedua tangan mereka (menyesal) (Surah Al-Furqan: 27-28) Mereka rasa menyesal kerana menjadikan syaitan sebagai kawan semasa di dunia, sesungguhnya syaitan bawa mereka ke jalan yang sesat. 3- 6 tanda/bukti kekuasaan Allah yang sangat sempurna (Surah Al-Furqan: 45-62) 1- Matahari (Ayat 45) 2- Malam/siang (Ayat 47) 3- Angin (Ayat 48) 4- Air Hujan (Ayat 48) 5- Haiwan Ternakan (Ayat 49) 6- Lautan (Ayat 53) Juzuk 19 57


4- Mencontohi Sifat Ibadurrahman (Surah AlFurqan: 63-77). Antaranya: 1- Berjalan di bumi dengan rendah hati (Ayat 63) 2- Apabila disapa oleh orang jahil, dia membalas dengan kata-kata yang baik (salam) (Ayat 63) 3- Menghabiskan waktu malam untuk beribadah kepada Allah (Ayat 64) 4- Menafkahkan harta, tidak berlebihan dan tidak kedekut (Ayat 67) 5- Harta kita tidak akan membawa manfaat pada hari akhirat kecuali jika diinfaqkan ke jalan Allah (Surah Al-Syuara': 88) 6- Mulakan dakwah kepada kaum kerabat terlebih dahulu (Surah Al-Syuara': 214) 7- Pentingnya organisasi yang tersusun seperti kerajaan Nabi Sulaiman (Surah Al-Naml: 17) Rakyat bawahan perlu jelas posisi masing-masing, objektif, pembahagian tugasan dan sebagainya. Juzuk 19 58


8- Mengutamakan syukur (Surah Al-Naml: 19) Berdoa seperti doa Nabi Sulaiman : "Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu" 9- Menjauhi rasuah (Surah Al-Naml: 35-36) Nabi Sulaiman tidak terpukau dengan "hadiah" yang diberikan oleh Ratu Saba' sebaliknya mengatakan "Apa yang Allah beri lebih baik". Jangan kerana duit/harta kita sanggup gadaikan prinsip. Juzuk 19 59


1- Doa nabi Musa (Surah Al-Qasas: 16) "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri, maka ampunilah aku" 2- Wanita perlu berjalan dengan penuh malu (menjaga kehormatan) (Surah Al-Qasas: 25) Mengambil iktibar kisah dua orang anak perempuan sheikh Madyan yang berjalan dengan (malu) apabila menuju kepada Nabi Musa untuk sampaikan hajat ayahnya. 3- Jadi pekerja yang kuat dan dipercayai (integriti)(Surah Al-Qasas: 26) - kuat - integriti Juzuk 20 ِسي ْمُت َن ْف ِّب ِإِّني َظَل َر اْسِتْحَياٍء ُّي ِو ْل َق ا ِميُن َأْل ا 60


4- Kita memerlukan back up (tulang belakang) untuk usaha dakwah dan kefasihan lidah penting untuk dakwah yang berkesan (Surah Al-Qasas: 34) Nabi Musa mempunyai saudaranya yang banyak membantunya menyebarkan dakwah. Nabi Musa merasa takut untuk berdepan dengan Firaun dan kerana merasakan dirinya kurang fasih lalu dia memohon agar Allah utuskan Nabi Harun bersamanya kerana Nabi Harun lebih fasih berbicara. 5- Disebutkan pada ayat 85 yang bermaksud mengembalikan tempat kembali iaitu Makkah Al-Mukarramah. Inilah janji Allah untuk Rasulullah saw, Allah akan kembalikan Rasulullah ke Makkah (tempat yang nabi cintatanah airnya) melalui Fathu Makkah. (Surah AlQasas: 85) Juzuk 20 61 َمَعاٍد


6- Tujuan Surah Al-ankabut mengajak kita kepada keteguhan hati dan iman apabila menerima ujian daripada Allah. Ayat pertama disebut: "Adakah manusia berfikir bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan kata" Kami beriman" tetapi mereka tidak di uji?" Kita tidak layak kata kita beriman, jika kita tidak diuji. 7- Dua perkataan yang sering di ulang dalam surah Al-Ankabut adalah perkataan Fitnah dan Jihad (bersungguh-sungguh) Waktu menerima ujian iman kita perlu teguh dan lalui ujian tersebut dengan bersungguh-sungguh. Juzuk 20 62


8- Jangan taati arahan untuk menyekutukan Allah walaupun ia arahan ibu bapa kita Bentuk ujian yang disebutkan dalam ayat 8 surah al-Ankabut ialah apabila ibu ayah memaksa untuk menukar agama (menyekutukan Allah), maka janganlah kita patuhi arahan tersebut. "Maka janganlah engkau patuhi keduanya" 9- Perumpamaan orang yang mengambil pelindung selain Allah umpama ankabut (rumah labah-labah) yang sifatnya sangat lemah dan rapuh (Surah Al-Ankabut: 41) Juzuk 20 َفاَل ُتِطْعُهَما 63


1- Teguh dan bersungguh-sungguh dalam menyampaikan dakwah (Surah Al-Ankabut: 69) "Orang yang bersungguh untuk mencari keredhaan, kami akan tunjukkan jalan (bimbing), Allah sentiasa bersama orang yang berbuat baik" 2- Surah Al-Rum memaparkan kebenaran janji Allah dan Allah tidak pernah memungkiri janjinya (Surah Al-Rum: 3-6) Kejayaan Rom dijanjikan oleh Allah. Bangsa Rom selepas kalah, mereka akan menang. Dan ia benarbenar terjadi. 3- Janji Allah untuk bantu orang beriman (Surah Al-Rum: 60) "Bersabarlah, janji Allah itu benar dan jangan sekali kali kamu membiarkan orang yang tidak yakin dengan apa yang disampaikan menggelisahkan hatimu" Juzuk 21 64


4- Surah Luqman bukan sahaja memaparkan kisah parenting Luqman kepada anaknya, tetapi yang lebih besar adalah Allah paparkan kisah Luqman yang mendapat HIKMAH. (Surah Luqman: 12) 5- Antara Pesanan Luqman kepada anaknya (Surah Luqman: 12-19) 1- Tidak syirikkan Allah 2- Berbuat baik kepada kedua ibu bapa 3- Laksanakan solat 4- Menyuruh berbuat ma'ruf dan cegah perkara mungkar 5- Jangan berjalan dimuka bumi dengan angkuh 6- Cara mendapat HIKMAH daripada Allah (Surah Luqman: 33) 1- Bertaqwa kepada Allah 2- Takutilah kepada Hari Kiamat 3- Jangan terpedaya dengan kehidupan dunia 4-Jangan terpedaya dengan penipu dalam mentaati Allah (syaitan) Juzuk 21 65


7- Ciri orang beriman serta tunduk kepada Allah (Surah As-Sajdah: 15-16) 1- Apabila dipertingkatkan ayat-ayat, mereka sujud patuh kepada Allah 2- Bertasbih memuji Allah 3- Tidak sombong 4- Tidak tidur waktu biasa orang tidur kerana mengerjakan solat malam 5- Berdoa kepada Allah dengan rasa takut dan penuh berharap 6- Menginfakkan harta 8- Diulang perkataan yang merujuk kepada Nabi Muhammad SAW yang memaparkan kelebihan Rasulullah SAW. Antaranya Ayat 1,6,13,28 & 30 dalam Surah AlAhzab. Juzuk 21 النبي 66


9- Pembukaan Surah Al-Ahzab menceritakan perintah Allah kepada Nabi Muhammad SAW dan kita perlu mengambil ibrah daripada perintah ini (Ayat 1-8) 1- Bertaqwa kepada Allah 2- Jangan menuruti keinginan orang kafir san munafiq 3- Mengikuti semua yang diwahyukan 4- Bertawakkal kepada Allah Juzuk 21 67


1- Perbanyakkan selawat kepada Nabi SAW (Surah Al-Ahzab: 56) 2- Dua model manusia yang mensyukuri nikmat Allah (Surah Saba': 10-14) Mereka adalah Nabi Daud As dan Nabi Sulaiman As. 3- 4 sebab yang membawa kepada kufur nikmat (Surah Saba': 15-21) Kisah Kaum Saba' 1- Sombong dan ingkar kepada Allah (Ayat 16) 2- Merendahkan nikmat Allah (Ayat 19) 3- Mengikuti syaitan (Ayat 20) 4- Ragu-ragu kepada hari kiamat (Ayat 21) 4- Dua tipudaya yang selalu memperdaya manusia (Surah Fatir: 5): 1. Tipudaya dengan kehidupan dunia 2. Tipudaya syaitan Juzuk 22 68


5- Bukti adanya kebangkitan setelah mati (Surah Fatir: 9) 6. Hakikatnya manusia memerlukan Allah dalam setiap segi, kerana hakikatnya kesemuanya datang dari Allah. (Surah Fatir: 15) 7. Tanda seseorang itu penuntut ilmu yang sebenar adalah dia takut kepada Allah. (Surah Fatir: 28) 8. Perniagaan yang tidak akan rugi adalah berniaga dengan Allah iaitu dengan membaca al-Quran, mendirikan solat, menafkahkan harta yang dikurniakan Allah kepada manusia secara terang atau sembunyi. Allah akan membalas dengan ganjaran pahala dan syurga. (Surah Fatir: 29) 9. Segala amal kebaikan yang kita lakukan bukan kerana kita hebat, semuanya adalah dengan izin Allah SWT. (Surah Fatir: 32) Juzuk 22 69


Bumi, tanah, bijian dan tumbuhan (Ayat 33-34) Menciptakan makhluk secara berpasangan (Ayat 36) Fenomena Siang dan Malam (Ayat 37) Matahari (Ayat 38) Bulan (Ayat 39) Kapal (Ayat 41) 1- Mulut dikunci serta anggota badan kita menjadi saksi kepada apa yang kita lakukan di dunia (Surah Yaasin: 65) 2- Surah Yaasin banyak disebutkan dalil kekuasaan Allah iaitu melalui (ayat kauniyah) antaranya: 3- Doa memohon dikurniakan anak yang soleh (Surah Al-Saffat: 100) Doa Nabi Ibrahim: "Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku anak yang soleh" Juzuk 23 ربهب لي من الصالحين 70


4- Seorang ayah meraikan pendapat anak (Surah Al-Saffat: 102) Sebagai contoh: Apabila Nabi Ibrahim bermimpi menyembelih anaknya, maka dia bertanya kepada anaknya apa pendapatnya mengenai peristiwa tersebut, lalu Nabi Ismail menyuruh ayahnya melaksanakan apa yang diperintahkan. 5- Ingat Allah ketika senang, Allah akan bantu saat kita susah Ia berlaku kepada Nabi Yunus As yang mana Allah beritahu mengapa doa Nabi Yunus As ketika dalam perut ikan nun dimakbulkan? Kerana Allah makbulkan doa ketika dalam kesusahan bergantung kepada sebanyak mana kita mengingati Allah ketika senang. "Maka jika baginda tidak termasuk orang yang banyak berzikir, nescaya baginda akan tetap tinggal di dalam perut ikan" (Surah Al-Saffat: 142- 143) Juzuk 23 71


6- Jangan jadi penyebab kepada amalan buruk/maksiat ketika di dunia (Surah Sad: 61) Ahli neraka berkata kepada Allah: "Ya tuhan kami, barangsiapa yang menjerumuskan kami ke azab ini, maka tambahkanlah azab kepadanya di neraka" 7- Mendengar, menghayati dan mengamalkan Al-Quran (Surah Sad: 29) Tujuan Al-Quran diturunkan untuk kita mentadabbur, menghayati serta mengamalkannya dalam kehidupan kita. 8- Memanfaatkan malam untuk beribadah kerana waktu malam hati dan fikiran lebih fokus (Surah Al-Zumar: 9) Ibnu Asyur menyebutkan ibadah waktu malam lebih mengesani hati dan jauh dari perasaan riak. Juzuk 23 72


9- Mengingati Allah antara sebab dibukakan pintu hati (Surah Al-Zumar: 22) Celaka mereka yang hatinya keras membatu untuk mengingati Allah, mereka dalam kesesatan. Juzuk 23 73


1- Jangan berputus asa dengan rahmat Allah "Jangan kamu berputus asa daripada rahmat Allah, Sesungguhnya Allah mengampuni dosadosa" (Surah Al-Zumar: 53) 2- Orang yang mengabaikan/lalai akan menghadapi penyesalan yang tidak berguna (Surah Al-Zumar: 56) 3- Pada hari akhirat setiap manusia akan diasingkan dalam kumpulan mengikut darjat masing-masing berdasarkan taqwa mereka (Surah Al-Zumar: 71-73). Orang yang kafir akan diheret ke neraka secara berombongan (Surah Al-Zumar: 71) manakala orang yang bertaqwa dimasukkan ke syurga secara berombongan (Surah Al-Zumar: 73) Juzuk 24 74


4- Allah memberikan dua jenis rahmat kepada orang yang berdosa (Surah Ghafir: 3): Menurut Ibnu Asyur: 1- Dihapuskan segala dosa jika dia bertaubat. 2- menerima taubatnya dan dikira sebagai ketaatan. 5- "Ringankanlah azab ke atas kami sehari sahaja" Permintaan ahli neraka kepada penjaga neraka disebabkan dahsyatnya azab api neraka. (Surah Ghafir: 49) Juzuk 24 نِب َّذ ال اِفِر َغ ْوِب َّت ِبِل ال ا َوَق 75


6- Allah akan perkenankan doa kita "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan bagimu" (Surah Ghafir: 60) Jadi sempena malam-malam akhir Ramadhan ini, kita perbanyakkan doa terutamanya doa yang Nabi SAW ajarkan kepada Aisyah: 7- Konsisten dalam ibadah dan memohon keampunan Allah (Surah Fussilat: 6) istiqamah dalam ketaatan banyakkan beristighfar 8- Membaca istiazah, jika rasa diganggu oleh syaitan "Dan jika syaitan mengganggumu dengan sesuatu godaan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah" (Surah Fussilat: 36). Juzuk 24 ُكْم ْسَتِجْب َل ُكُم اْدُعوِني َأ ُّب اَل َر َوَق اْعُف َعِّني َو َف ْف َع ْل ُّب ا ِح ُت يٌم ِر ٌّو َك ُف َك ُع َّن ِإ ُه َّم َّل ال اْسَتِقيُموا َف ِفُروُه َواْسَت ْغ 76


9- Orang yang tidak mempercayai Al-Quran seperti orang yang di panggil daripada tempat yang jauh (Surah Fussilat: 44) Mereka tidak mampu mendengar dan memahami apa yang disampaikan. Juzuk 24 َبِعيٍد ٍن ا ُيَناَدْوَن ِمن َّم َك 77


1- Mengejar keuntungan akhirat berbanding dunia. (Surah Al-Syura: 20) Sesiapa yang mengejar akhirat Allah akan berikan kepadanya keuntungan. 2- Allah menerima taubat hambaNya. (Surah AlSyura: 25) "Dialah yang menerima taubat daripada hambaNya dan memaafkan kesalahan" Pada 10 akhir Ramadhan ini, banyakkan memohon taubat kepada Allah. 3- Kepentingan bermesyuarat/berbincang (musyawarah) (Surah Al-Syura: 38) Sifat orang yang beriman adalah mereka sentiasa melakukan syura untuk mendapatkan kesepakatan dan keputusan yang terbaik. 4- Bersegera menyahut dan melaksanakan perintah Allah (Surah Al-Syura: 47) Juzuk 25 78


5- Teman karib kita semasa di dunia akan menjadi musuh kecuali orang yang bertaqwa (Surah Al-Zukhruf: 67) Persahabatan orang yang bertaqwa dianggap persahabatan yang sejati yang kekal hingga ke akhirat. 6- Syurga itu dibayar dengan amalan yang kita lakukan (Surah Al-Zukhruf: 72) Syurga bukan percuma. Bersungguh-sungguhlah untuk dapatkannya melalui amal soleh ketika di dunia. 7- Doa kaum musyrikin agar dihindarkan azab kemudian barulah mereka akan beriman kepada Allah (Surah Al-Dukhan: 12) "Ya tuhan kami, lenyapkanlah azab itu daripada kami. Sesungguhnya kami akan beriman" Juzuk 25 وَن ُن ِم ْؤ ا ُم َّن اَب ِإ َع َذ ْل ا ا ِشْف َعَّن ْك ا ا َّرَّبَن 79


8- Teman kita sewaktu di dunia tidak akan dapat memberi manfaat kepada kita pada hari kiamat, kecuali orang yang diberikan rahmat oleh Allah. (Surah Ad-Dukhan: 41-42) 9- Surah Al-Jatsiah di ambil namanya sempena kisah manusia yang jatuh berlutut kerana ketakutan yang amat dahsyat terhadap azab Allah di akhirat. (Surah Al-Jatsiah: 28) Setiap manusia pada ketika itu dipanggil untuk melihat buku catatan amal, dan pada hari itu semua diberikan balasan terhadap apa yang dilakukan di dunia. Juzuk 25 80


1- Mengamalkan doa yang disarankan bagi mereka yang mencecah umur 40 tahun, untuk memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah. (seperti dinyatakan dalam tafsir Ibnu Kathir)(Surah Al-Ahqaf: 15) Mengapa umur 40 tahun? 1- Umur 40 tahun mencecah kematangan fizikal dan intelektual. 2- Umur 40 tahun biasanya umur yang sibuk akan menyebabkan pengabaian terhadap ibu bapa. Semoga kita dapat berbakti kepada ibu bapa kita sementara mereka masih hidup. 2- Al-Quran boleh merubah jiwa seseorang dan membawanya untuk menyampaikan Al-Quran kepada orang lain seperti mana yang berlaku kepada golongan jin (Surah Al-Ahqaf: 29). Juzuk 26 81


3- Allah akan menolong hamba yang menolong agamaNya (Surah Muhammad: 7) Menolong agama Allah dengan mematuhi segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya. 4- Gambaran syurga (Surah Muhammad: 15) 1- Sungai: air yang tidak payau, sungai susu, sungai arak (yang tidak memabukkan) dan sungai madu 2- Segala jenis buah-buahan 5- Bersedekahlah, jangan kedekut (Surah Muhammad: 38) Barangsiapa yang kedekut, sesungguhnya dia kedekut terhadap dirinya sendiri (terhalang daripada mendapatkan pahala). Juzuk 26 82


6- Surah Al-Hujuraat mengajarkan kita adab bersosial antaranya: 1- Tidak menyebarkan berita yang palsu (Ayat 6) 2- Jangan mempermainkan kaum yang lain (Ayat 11) 3- Menjauhi prasangka (Ayat 12) 4- Jangan mencari kesalahan orang lain (Ayat 12) 5- Jangan mengejek antara satu sama lain (Ayat 12) 7- Menjadi orang yang paling mulia di sisi Allah iaitu orang yang BERTAQWA (Surah AlHujuraat: 13). 8- Sifat mukmin yang sebenar (Surah AlHujuraat: 15) 1- Beriman kepada Allah dan Rasul 2- Tidak ragu-ragu kepada kebenaran 3- Berjihad dengan harta dan jiwa di jalan Allah Juzuk 26 83


9- Sifat orang yang BERTAQWA (Surah AlZariyaat: 15-18) 1- Berada di taman syurga dan mata air 2- Semasa di dunia mereka melakukan amalan yang terbaik (muhsinin) 3- Sedikit tidur pada waktu malam (utk beribadah) 4- Pada akhir malam mereka memohon keampunan Allah (beristighfar pada waktu sahur) Juzuk 26 84


1- Jangan sibuk mencari rezeki, sehingga lupa untuk beribadah kepada Allah (contohnya solat) Ayat 56 Surah Al-Zariyaat menyebut tentang Allah tidak menciptakan manusia melainkan untuk beribadah. Untuk fahami konteks ayat ini kita perlu faham ayat selepasnya iaitu ayat 57 & 58. Allah tidak memerlukan rezeki sedikit pun daripada manusia, tetapi manusialah yang bergantung harap rezeki daripada Allah. Janganlah kita terleka mencari rezeki sehingga terabai solat, kerana hakikatnya Allah yang memberikan kita rezeki bukan majikan kita. 2- Antara kenikmatan yang akan dikecapi oleh orang yang bertaqwa adalah berada di dalam syurga yang penuh kenikmatan, bersuka ria dengan apa yang Allah berikan, dapat makan dan minum serta bersandar di atas pelamin yang tersusun. (Surah Al-Tur: 17-20) Mahukah kita untuk mengecapi kenikmatan ini? Juzuk 27 85


3- Kita akan dikumpulkan dengan anak cucu kita di syurga dengan syarat mempunyai keimanan. (Surah Al-Tur: 21) Kita mengharapkan reunion di syurga dengan seluruh ahli keluarga kita. 4- Dua kesesatan yang ada di dalam Al-Quran (Surah Al-Najm: 2). 1- Sesat kerana tidak mampu bezakan haq dan batil 2- Sesat kerana tidak mampu mengamalkan kebenaran atau ilmu 5- 18 ayat pertama Surah Al-Najm berkaitan apa yang disaksikan oleh Nabi SAW semasa peristiwa Israk dan Mikraj. Ditunjukkan kepada Nabi SAW sebahagian tanda kebesaran Allah. Juzuk 27 َضَّل َو ٰى َغ 86


6- Jangan merasakan kita lebih suci dari dosa berbanding orang lain (Surah Al-Najm: 32) Hakikatnya hanya Allah Yang mengetahui siapakan yang lebih bertaqwa dan beriman. 7- 3 kumpulan manusia di dalam surah AlWaqiah: 1- Golongan yang menerima buku catatan melalui tangan kanan (Ayat 8) 2- Golongan yang menerima buku catatan melalui tangan kiri (Ayat 9) 3- Golongan Assabiqun (yang paling awal masuk syurga) (Ayat 10) Semoga kita terhindar daripada menjadi golongan kiri. Juzuk 27 87


8- Siapakah golongan As-Sabiquun? "Mereka itulah yang bersegera dalam melakukan kebaikan dan mereka itulah As-Sabiquun" (Surah Al-Mukminun: 61) Menurut Ibnu Kathir, mereka adalah yang berlumba-lumba dan bersegera melakukan kebaikan, maka mereka akan termasuk orang yang paling awal mendapat kemuliaan sesuai dengan balasan amal perbuatannya. 9- Kehidupan dunia hanyalah senda gurau dan perhiasan yang sementara (Surah Al-Hadid: 20) & dan berlumba-lumbalah untuk mendapatkan keampunan Allah serta syurga seluas langit dan bumi (Surah Al-Hadid: 21) Juzuk 27 88


1- Meninggalkan perbuatan berbisik (dengan kejahatan) (Surah Al-Mujadalah: 10) Bisikan yang berunsur negatif seperti mengumpat adalah hasil hasutan syaitan. 2- Menjadi insan yang mengutamakan orang lain melebihi diri sendiri. Mencontohi sikap golongan ansar yang disebutkan dalam Surah Al-Hasyr Ayat 9 bahawa mereka mengasihi dan mengutamakan golongan muhajirin melebihi diri mereka. 3- Tidak mengambil orang yang memusuhi islam sebagai teman. (Surah Al-Mumtahanah: 1- 3) Ayat ini turun sebagai teguran kepada orang yang beriman agar tidak mengambil orang yang memusuhi islam sebagai teman rapat. Juzuk 28 89


4- Jika diseru untuk solat di hari Jumaat, maka bersegeralah. (Surah Al-Jumuah: 9) Zikrullah bermaksud mendengar khutbah dan solat Jumaat menurut Ibnu Abbas. Tinggalkan urusan jual beli dan apa-apa aktiviti ketika itu. 5- Elakkan diri dari penyesalan di akhirat nanti akibat tidak bersedekah semasa di dunia (Surah Al-Munafiqun: 10) Pada saat ajal datang, mereka merayu: "Ya Tuhanku, alangkah baiknya kalau engkau lambatkan ajalku, supaya aku dapat sedekah dan menjadi orang yang soleh". Betapa menyesalnya golongan ini kerana tidak mengambil peluang bersedekah semasa di dunia. Juzuk 28 90


7- Bertaqwalah kepada Allah, Allah akan memudahkan rezeki untuk kita (Surah AlTalaq: 2-3). 8- Pelihara diri dan keluarga daripada api neraka (Surah Al-Tahrim: 6) Diperintahkan untuk ketua keluarga agar dapat menjaga isteri dan anak-anak daripada azab neraka yang pedih. 9- Segera melakukan taubat nasuha (Surah AlTahrim: 8) Taubat Nasuha adalah taubat yang menjadi penasihat/peringatan. Taubat yang menjadikan seseorang itu tidak ingin melakukan maksiat kerana taubat yang pernah dia panjatkan kepada Allah. Syarat Taubat: Penuh keinsafan, menyesal atas dosa, azam tidak mengulanginya dan meneruskan amal soleh. Juzuk 28 91


1- Seseorang tidak akan diazabkan kecuali setelah diutuskan Rasul untuk memberi peringatan (Surah Al-Mulk: 9) “Allah tidak akan mengazabkan seseorang dengan api neraka kecuali Dia telah memperingatkan terlebih dahulu semasa di dunia” (Tafsir Adhwa` Al-Bayan) 2- Menjauhi sifat-sifat mazmumah (Surah AlQalam: 10-13) 1- Suka bersumpah dan menghina (Ayat 10) 2- Suka mencela dan menyebabkan fitnah (Ayat 11) 3- Suka menghalang perbuatan baik (Ayat 12) 4- Bersikap kasar dan terkenal dengan kejahatan (Ayat 13) 3- Jangan menjadi orang yang bakhil (Surah AlQalam: 17-27) Mengambil ibrah daripada kisah pemilik kebun yang Allah musnahkan kebun mereka kerana mereka menghalang orang miskin daripada memasuki kebun mereka. Juzuk 29 92


4- Manusia diciptakan dengan sikap yang suka mengeluh dan keluh kesah kerana kesusahan yang dihadapi serta kedekut apabila mendapat harta (Surah Al-Maarij: 19-27) Cara mengubati penyakit ini: 1- Melaksanakan solat 2- Bersedekah dan membayar zakat 3- Mempercayai hari pembalasan 4- Takut terhadap azab Allah 5- Meneruskan usaha dakwah walaupun menghadapi pelbagai mehnah (Surah Nuh: 5-9) Mengambil ibrah kisah Nabi Nuh yang berdakwah siang dan malam, tetapi sedikit sahaja yang menerima dakwah beliau. 6- Antara kelebihan istighfar, Allah akan kurniakan rezeki termasuklah hujan, harta, anak-anak serta kebun dan sungai. (Surah Nuh: 10-12) Juzuk 29 93


7- Menyampaikan mesej Al-Quran kepada semua, kerana kita tidak tahu hati mana yang akan terkesan (Surah Al-Jin: 1-2) Golongan Jin antara yang terkesan dengan AlQuran kemudian mereka beriman. 8- Menjadikan Qiyamullail sebagai rutin harian kerana selain mengerjakan solat, bacaan AlQuran pada waktu qiyamullail akan memberi kesan yang mendalam kepada hati (Surah AlMuzzammil: 1-6) 9- Menjauhi sebab-sebab ke Neraka Saqar (Surah Al-Muddaththir: 42-46) Antaranya: 1- Tidak menunaikan solat 2- Tidak memberi makan orang miskin 3- Berbincang perkara maksiat dan dosa 4- Mendustakan hari kiamat Juzuk 29 94


1- Balasan syurga untuk orang yang takut kepada Allah dan menahan diri daripada hawa nafsu (Surah Al-Naziat: 40-41) 2- Dua keadaan manusia pada hari kiamat (Surah Abasa: 38-40) 1- Wajah mereka berseri-seri (Mukmin) (Ayat 38) 2- Wajah mereka suram (Kafir) (Ayat 40) 3- Beramanah dalam berniaga termasuk berniaga fizikal atau online. Mengambil ibrah daripada Surah Al-Mutaffifin ayat 1-3 yang mana Allah mencela mereka yang tidak beramanah dalam sukatan/timbangan semasa berjual beli. 4- Berlumba-lumba dalam ketaatan (Surah AlMutaffifin: 26) Antara sifat orang mukmin adalah berlumbalumba dalam melakukan kebaikan dan ketaatan. Juzuk 30 95


5- Mengapa digabungkan (pengampun) dan (penyayang) dalam ayat 14 Surah AlBuruj? Menurut As-Sa'di, orang yang melakukan dosa jika mereka bertaubat dan kembali kepada Allah, Allah akan mengampunkan dosa mereka dan menyayangi mereka. 6- Allah akan singkap segala amalan yang tersembunyi samaada kebaikan atau kejahatan di akhirat (Surah Al-Tariq: 9) Kejahatan yang kita buat walaupun ia tersembunyi daripada mata manusia, tetap akan dibongkarkan oleh Allah. Juzuk 30 96 وُر ْل َغ ُف ا َوُدوُد ْل ا


Click to View FlipBook Version