The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kitab ini menghimpunkan 40 hadith Imam Nawawi beserta syarahannya.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norliza Ab Halim, 2023-09-14 23:56:31

Hadith 40 Nawawi

Kitab ini menghimpunkan 40 hadith Imam Nawawi beserta syarahannya.

48 2. Perkataan manusia terbahagi kepada tiga kategori iaitu baik, buruk, dan tiada faedah. Perkataan yang baik dan buruk jelas hukumnya manakala perkataan yang lagha (melalaikan) tiada padanya kebaikan dan tiada padanya kejahatan. Tidak haram bagi manusia untuk bercakap perkara lagha tetapi diam adalah lebih baik 3. Seruan kepada menjaga lidah daripada bercakap perkara yang tidak berfaedah 4. Wajib memuliakan jiran sebagaimana sabda nabi yang bermaksud: sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka muliakanlah jirannya. Hukum memuliakan jiran kembali kepada urf/adat budaya sesuatu tempat dan masyarakat. Kadang kala termasuk memuliakan ialah apabila kita pergi ke rumahnya memberi salam kepadanya dan duduk bersamanya. Kadang kala memberi hadiah kepadanya juga dianggap memuliakannya. 5. Agama Islam adalah agama yang menekankan kasih sayang berbanding dengan agama yang lain. Justeru Islam sentiasa menekankan mengenai persaudaraan, perkenalan dan hak sesama manusia. 6. Apa sahaja bentuk memuliakan tetamu digalakkan dalam Islam. Hadith 16 َغْ َض ْب ، قَال: الَ ت ْ ِ صلى هللا عليه وسلم: أَو ِصِِن يب َّ لن ِ ُالً قَا َل ل َج ن ر أَ َّ ُ ْه ن َ َ هللاُ ع ِضي َ ةَ ر َ ْر ي َ ُر أَِيب ه ْ َن ع رواه البخاري Daripada Abu Hurairah RA: Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan kepadaku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah. Hadis riwayat al-lmam alBukhari. Faedah Hadith 1. Para Sahabat sentiasa berusaha mencari apa sahaja yang mendatangkan manfaat kepada mereka. Ini berdasarkan hadith permintaan sahabat kepada nabi untuk memberi wasiat kepadanya. Para Sahabat apabila mengetahui suatu kebenaran akan terus mengamalkannya. Berbeza pada masa kini ramai orang bertanyakan soalan tetapi tidak mengamalkannya. 2. Nabi menasihati lelaki dalam hadith ini supaya jangan marah. Persoalannya kenapa nabi tidak menasihati lelaki tersebut supaya bertaqwa kepada Allah sebagaimana firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 131. ِض ْ ا ِِف اْْلَر َ م َ ِت و ا َ او َ َّسم ا ِِف ال َ م ِ ـه َّ ل ِ ل َ ۚ وا ُ و ق اتـَّ أَنِ ْ ََّي ُكم ِ إ َ و ْ ُكم ِ ل ْ ب َ ن قـ ِ َب م ا َ ت ُوا الْكِ أُوت َ ين ذِ َّ ا ال َ ن ْ صيـ َّ َ َ ْد و لَق َ و َ ـه َّ ۚ الل وا ُ ُر ْكف َ ِن ت إ و ِض َ ْ ا ِِف اْْلَر َ م َ ِت و ا َ او َ َّسم ا ِِف ال َ م ِ ـه َّ ل ِ ن ل َّ ِ إ َ ۚ ف ا ً يد َْحِ ًّا ي ِ َغن ُ ـه َّ َن الل َكا َ و ﴿١٣١﴾


49 Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan demi sesungguhnya, Kami telah perintahkan orang-orang yang diberi Kitab dahulu daripada kamu, dan juga (perintahkan) kamu, iaitu hendaklah bertaqwa kepada Allah; dan jika kamu kufur ingkar, maka (ketahuilah) sesungguhnya Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. Jawapannya setiap orang dinasihati mengikut apa yang sesuai dengan keadaannya. Nabi mengetahui lelaki tersebut seorang yang pemarah, lalu nabi menasihatinya supaya jangan marah. 3. Larangan daripada marah kerana marah membawa keburukan yang besar. Berapa ramai orang yang marah lalu mencederakan orang lain, menceraikan isterinya, mungkin tidak bercakap dengan saudaranya dan akibat-akibat yang lain. 4. Jika seorang itu marah kerana sebab tertentu apakah yang perku dilakukannya? Jika dia merasa marah hendaklah dia membaca أعوذ ِبهلل من الشيطان الرجيم Berdasarkan hadith bahawa nabi melihat seorang lelaki sedang berada dalam keadaan terlalu marah lalu nabi bersabda kepadanya: Aku mengetahui satu kalimah jika dia menyebutnya maka akan hilanglah apa yang dia rasa iaitu marah. Jika dia menyebut aku berlindung daripada Allah daripada syaitan yang direjam Manakala penyelesaian dalam bentuk perbuatan pula jika dia dalam keadaan marah, jika dia sedang dalam keadaan berdiri maka hendaklah dia duduk, jika sedang dalam keadaan duduk maka hendaklah dia berbaring. Jika tidak berkesan hendaklah dia berwuduk kerana wuduk memadamkan kepanasan rasa marah. Marah juga boleh dihilangkan dengan meninggalkan tempat tersebut atau bergerak pergi ke tempat lain. 5. Islam melarang akhlak yang buruk berdasarkan sabda nabi jangan kamu marah. Larangan daripada akhlak yang buruk mengisyaratkan seruan kepada berakhlak mulia. Seorang arab badwi pernah menarik rida’ (kain selendang) nabi SAW sehingga memberi bekas kepada tengkuk nabi kemudian nabi mengalih pandangan kepadanya dan ketawa. Hadith 17 وِل ِهللا صل ُ َس ر ْ َن ُ ع ْه ن َ اَىل ع َ َع ت َ هللاُ ِضي َ ٍس ر ْ ب ِن أَو دادِ لَى َش َّ ْ ع َ أَِيب ي ْ ن َن َّ ِ ع ى هللا عليه وسلم قَا َل: )إ ُوا ال ذِ ِسن ْ فَأَح ْ ُم ت ِذَا ذََِبْ إ َ لَةَ، و ْ ت ِ ُوا الق ِسن ْ فَأَح ْ ُم ْلت َ ِذَا قَ ت . فَإ ٍ َشيء ِ لَى ُكل َ َن ع ا َ ْس َب ا ِإلح َ د َكت َّ ِح ُ ولْي َ ةَ، َ ِْب هللاَ ( رواه مسلم ُ ه َ ت َ ْح ي ِ ْح ذَب ُريِ لْ َ ، و ُ َه ت َ ْ َشْفر ُدُكم َ أَح Daripada Abu Ya'la Syaddad bin Aus RA daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah menulis (iaitu mewajibkan) ihsan atas segala sesuatu. Apabila


50 kamu mahu membunuh, maka perelokkanlah pembunuhan itu. Apabila kamu mahu menyembelih, maka perelokkanlah penyembelihan itu dan hendaklah kamu menajamkan mata pisau dan hendaklah dia menyenangkan haiwan sembelihannya itu. Hadis riwayat al-lmam Muslim. Terjemahan Perawi Beliau ialah Syaddad bin Aus bin Thabit al-Khazraji al-Ansari. Bapanya sempat menyertai peperangan Badar dan mati syahid dalam peperangan Uhud. Al-Zahabi meriwayatkan daripada Ibn Sa’d daripada Khalid bin Mi’dan katanya: Tidak tinggal di bumi Syam seorang pun yang lebih thiqah, lebih faqih lebih diredai daripada Ubadah bin al-Samit dan Syaddad bin Aus. Ibn al-Athir menukilkan bahawa Syaddad bin Aus banyak ibadatnya ,warak dan takut kepada Allah. Beliau meninggal dunia di Palestin dan dikebumikan di Bayt al-Maqdis pada tahun 58H dan umurnya ketika itu 95 tahun. Faedah Hadith 1. Rasa kasih dan sayang Allah kepada hambanya di mana Allah menetapkan ihsan dalam setiap perkara. Termasuk dalam ihsan ialah apa sahaja kebaikan seperti menunjukkan orang jalan, memberi makan, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Apa yang disebutkan nabi dalam hadith mengenai ihsan hanya sebagai contoh sahaja. 2. Kecuali dalam hukum qisas. Dalam hukum qisas hukuman terhadap penjenayah adalah sebagaimana yang dilakukan terhadap mangsa. Perkara ini dibuktikan bagaimana kisah seorang Yahudi yang memecahkan kepala seorang budak perempuan. Lalu nabi memerintahkan kepala penjenayah itu dipecahkan antara dua batu. 3. Sumber segala perintah dan hukum adalah daripada Allah SWT. Sebagaimana sabda nabi: sesungguhnya Allah (menulis/mencatat) menetapkan ihsan. Catatan Allah terbahagi kepada dua iaitu catatan qadariyah dan catatan syar’iyyah. Catatan qadariyah pasti akan berlaku. Manakala catatan syar’iyyah mungkin berlaku daripada manusia atau mungkin tidak berlaku. Contohnya firman Allah dalam surah al-Anbiya’ ayat 105. وَن ُ صاْلِ ال َّ َ ِي اد َ ب ا عِ َ ِرثـُه َ ْ َض ي ن اْْلَر ِّ ْكِر أَ َّ الذِ ْدِ ع َ ن بـ ِ وِر م ُ زب ا ِِف الَّ َ ن ْ بـ َ َ ْد َكتـ لَق َ و ﴿١٠٥﴾ Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh". Ini adalah catatan qadariyyah. Contoh catatan syar’iyyah ialah firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 216 َ ِب ُكت ْ ُكم َّ ل ٌ ه ْ ُكر َ و ُ ه َ ا ُل و َ ت ِ الْق ُ ُكم ْ لَي َ ۚ ع ْ ُكم َّ ل ٌْ َْي خ َ و ُ ه َ ا و ً ئ ْ َشيـ وا ُ ه َ ْكر َ أَن ت ٰ ى َ َس ع َ ۚ أَن ٰ و ى َ َس ع َ و ْ ُكم َّ ل ٌّ َشر َ و ُ ه َ ا و ً ئ ْ َشيـ وا ُّ ب ِ ۚ وَن ُُت ُ لَم ْ َع ََل تـ ْ ُم أَنت َ و ُ لَم ْ ع َ يـ ُ ـه َّ الل َ و ﴿٢١٦ ﴾


51 Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. Contoh catatan syar’iyyah ialah ayat 183 surah al-Baqarah ُ ُكم ْ لَي َ ع َ ِب ُكت ُوا ن َ آم َ ين ذِ َّ ا ال َ ه ُّ أَيـ َ َي ْ ُكم َّ ل َ لَع ْ ُكم ِ ل ْ ب َ ن قـ ِ م َ ين ذِ َّ لَى ال َ ع َ ِب ُكت ا َ َكم ُ ام َ ي ِّ ِص ال ُوَن َّـق ت َ تـ ﴿١٨٣ ﴾ Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. 4. Yang dimaksudkan dengan ihsan al-Qatlah (bunuh) ialah melaksanakannya mengikut apa yang disuruh oleh syarak sama ada ia merupakan perkara yang mudah atau susah. 5. Melakukan yang terbaik ketika menyembelih iaitu dengan menyembelihnya mengikut apa yang dianjurkan oleh syarak. Penyembelih mempunyai beberapa syarat yang perlu dipatuhi antaranya: a) Penyembelih terdiri daripada orang Islam atau ahli kitab. Jika penyembah berhala maka tidak halal sembelihannya. Jika orang murtad juga tidak halal sembelihannya. Berdasarkan fakta ini, orang yang meninggalkan solat juga tidak halal sembelihannya kerana dia bukan muslim (mengikut setengah pendapat) dan bukan ahli kitab. Apakah dalil sembelihan ahli kitab itu halal? Jawapannya firman Allah SWT dalam surah alMaidah ayat 5. Ahli kitab ialah mereka yang beragama Yahudi dan Nasrani. b) Memastikan alat yang digunakan ialah alat yang digunakan untuk sembelihan. Alat yang boleh digunakan untuk sembelihan iaitu apa sahaja alat yang boleh mengalirkan darah sama ada daripada besi atau perak atau emas atau batu sebagaimana sabda nabi SAW yang bermaksud: apa sahaja yang mengalirkan darah dan dibacakan bismillah ke atasnya maka makanlah. Kecuali menggunakan gigi dan kuku sebagaimana sabda nabi SAW yang bermaksud: Manakala gigi itu adalah tulang manakala kuku pula pisau orang Habsyah. Berdasarkan hadith ini para ulama menyebutkan bahawa kesemua tulang tidak halal sembelihannya dengannya. Hikmahnya ialah kerana tulang jika daripada bangkai maka tidak sah menyembelih dengannya. Jika tulang yang suci seperti tulang kambing yang disembelih maka tidak halal menyembelih dengannya kerana tulang binatang yang disembelih adalah makanan jin. Menggunakan tulang untuk menyembelih akan merosakkan dan mencemarkan makanan jin dengan darah yang najis. Nabi pernah berkata kepada sekumpulan jin yang datang kepada nabi: bagi kamu setiap tulang yang disebutkan nama Allah. Manakala kuku pula adalah pisau orang Habsyah. Kuku berkaitan dengan tubuh badan manusia. Menggunakannya bertentangan dengan fitrah. Sebahagian ulama melarangnya kerana menyerupai orang kafir dan setengah pula beranggapan menggunakan keduanya akan menyiksa binatang. c) Memotong dua urat yang berkaitan dengan jantung. Jika kedua urat tersebut dipotong ia akan mengeluarkan darah yang banyak dan menyebabkan binatang mati dengan


52 cepat. Adakah disyaratkan memotong empat urat yang ada di leher binatang iaitu 1.Wadjain -Dua urat di antara urat halqum dan urat mari’. 2, urat halqum (saluran pernafasan) dan urat mari’ (saluran pemakanan). Jawapannya: memotong keempat empat urat tersebut lebih baik. Di sisi Abu Hanifah cukup dengan memotong tiga daripadanya. Di sisi Syafiiyah, cukup dengan memotong urat halqum dan mari’. Di sisi Imam Malik cukup dengan memotong urat halqum dan dua urat (wadjain). Manakala di sisi Imam Ahmad cukup dengan memotong urat halqum. d) Syarat yang keempat ialah menyebut nama Allah berdasarkan firman Allah dalam surah al-An’am ayat 121. َّا ِ ُكلُوا ِم ْ َ ََل َت َ و ٌ ق ْ س ِ لَف ُ ه َّ ن ِ إ َ و ِ ه ْ لَي َ ع ِ ـه َّ الل ُ م ْ ْذَكِر اس ُ ي ْ ۚ ََّل ْ ِهم ِ ائ َ ي ِ ل ْ أَو ََّلٰ ِ وَن إ ُ وح ُ َني لَي اطِ َ شي ن ال َّ َّ ِ إ َ و ْ لُوُكم ِ اد َ ُج ي ِ ۚ ْشِرُكوَن ل ُ لَم ْ َّ ُكم ن ِ إ ْ م ُ وه ُ ُم ت ْ ْن أَطَع ِ إ َ و ﴿١٢١﴾ Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa); dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu; dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram itu), sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orang musyrik. Jika seseorang menyembelih tanpa membaca bismillah maka sembelihannya haram. Jika lupa membaca bismillah maka sembelihannya juga haram. Sebagaimana dikiaskan dengan lelaki jika solat dalam keadaan berhadath kerana lupa maka solatnya tidak sah. Bagaimana pula dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 286. ا َ ه َ ع ْ س ُ َل و َِّ ا إ ً ْس َف نـ ُ ـه َّ ُف الل ِّ ِ َكل ُ ۚ ََل ي Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Tiada dosa bagi penyembelih yang terlupa baca bismillah. Tetapi bagi yang hendak memakannya adalah haram kecuali terlupa atau tidak mengetahuinya. Persoalannya tidakkah membazir jika tidak boleh memakan binatang yang disembelih tanpa membaca bismillah terutamanya jika harganya mencecah 2000 ringgit. Jawapannya tidak dikira membazir atau mensia-siakan harta manusia jika ia ditinggalkan kerana kepatuhan kita kepada perintah Allah. Membiarkannya bukan mensia-siakan harta manusia. Bahkan ia suatu ketaatan kepada Allah. Penyembelih yang terlupa membaca bismillah juga selepas ini tidak akan lupa selama-lamanya membaca bismillah ketika menyembelih. Antara isu lain berkaitan sembelihan ialah seperti binatang yang tidak mampu disembelih secara biasa terutamanya yang lari sehingga kita tidak mampu menangkapnya maka halal untuk menikamnya pada mana mana bahagian tubuh


53 badannya. Begitu juga binatang yang jatuh ke dalam perigi atau telaga dan kita tidak mampu untuk menyembelihnya lalu kita memanahnya lalu mati maka halal bagi kita. 6. Wajib menajamkan pisau bagi memudahkan penyembelihan. Jika menggunakan pisau yang tumpul tetapi mampu memotong urat yang sepatutnya dipotong maka sembelihan tersebut halal tetapi berdosa. Dilarang mengasah pisau di hadapan binatang. Selain itu wajib mempercepatkan sembelihan supaya tidak menyeksa binatang. Dalam hal ini umat Islam wajar mempelajari cara sembelihan terbaik yang boleh memudahkan darah keluar dan tidak menyeksa binatang. Sebenarnya membiarkan binatang bebas bergerak mempercepatkan lagi darah keluar. Mengikat tangan dan kaki binatang sebenarnya menyeksa binatang. Hadith 18 ْ أَِيب ْ ُ ع وِل َن َس ر ْ َن ا ع َ ُم ْه ن َ َ هللاُ ع ِضي َ ٍل ر َ ب َ ِن ج ِ ب اذِ َ ع ُ ِن م رِْحَ َّ ال ْدِ ب َ أَِيب ع َ ةَ و َ اد َ ن ُ ْ ُد ِب ب ِن ج ن ُ ٍ ج ذَر ِق ِ َ َخال ا، و َ ه ُ َةَ ََتْح ن َ َس َةَ اْل ئ ِ َّسي ِع ال ِ ْب أَت َ ْ َت، و ا ُكن َ ُم ث ْ ي َ َِّق هللاَ ح ِهللا صلى هللا عليه وسلم قَا َل: ات ٍن( َ َس ُلٍُق ح َس ِبِ َّا صحيح الن ٌ رواه الرتمذي وقال: حديث حسن. وِف بعض النسخ: حسن Daripada Abu Zar Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, RA, daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda: Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik. Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan. Dalam setengah manuskrip, ia adalah Hadis Hasan Sahih. Terjemahan Perawi Abu Zar ialah Jundub bin Junadah al-Ghifari. Dikatakan namanya Jundub bin Sakan, atau Barir bin Junadah atau Barir bin Abdullah. Beliau merupakan antara sahabat yang awal masuk Islam. Setelah memeluk Islam beliau kembali kepada kaumnya dengan perintah nabi SAW. Antara sahabat yang meriwayatkan hadith daripada beliau ialah Huzaifah bin Asid al-Ghifari, Ibn Abbas, Anas bin Malik, Ibn Umar, Jubayr bin Nufayr, Abu Muslim al-Khaulani, Zaid bin Wahb, Abu al-Aswad al-Duali, Rib’i bin Harash, alMa’rur bin Suwaid dan selain mereka. Beliau menyaksikan pembukaan Bait al-Maqdis bersama khalifah Umar bin al-Khattab. Abu Zar meninggal dunia pada bulan Zulhijjah tahun 32 H di al-Rabzah Faedah Hadith 1. Orang Islam wajib bertakwa kepada Allah di mana dia berada. Takwa dengan maksud melaksanakan kesemua perintahnya dan menjauhi larangannya sama ada ketika terang atau tersembunyi. Menzahirkan ketaqwaan jika menjadi contoh dan ikutan maka menzahirkannya adalah lebih baik. Justeru Allah memuji golongan


54 yang menginfaqkan hartanya secara tersembunyi dan terang. Sebagaimana sabda nabi: sesiapa yang menghidupkan sunnah dalam Islam suatu sunnah yang baik maka baginya pahalanya dan pahala mereka yang mengamalkannya sehingga hari kiamat. Tetapi jika tidak menzahirkannya mendatangkan faedah yang besar maka tidak menzahirkannya lebih baik. Berdasarkan sabda nabi SAW yang menyebutkan golongan yang dilindungi Allah di bawah lindungannya ketika tiada lindungan: “ seorang lelaki yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqakan oleh tangan kanannya. 2. Amalan kebaikan akan menghapuskan kejahatan. 3. Keistimewaan yang Allah kurniakan kepada hambanya apabila kebaikan boleh meghapuskan kejahatan. Adakah disyaratkan dengan kebaikan yang kita lakukan kita niatkan untuk menghapuskan kejahatan yang kita lakukan. Jawapannya berdasarkan zahir hadith: Tidak. Bahkan melakukan perbuatan baik semata-mata akan memadamkan kejahatan. Ini merupakan nikmat Allah ke atas hambanya. 4. Berinteraksi dengan manusia dengan tegas dan berdisiplin tidak bermakna tidak berakhlak dengan manusia. Kadang kala jika maslahahnya lebih baik maka itu yang perlu dilakukan. Namun sudah pasti berlemah lembut lebih baik sebagaimana sabada nabi sesungguhnya Allah lembut suka kepada yang lembut dalam urusan kesemuanya. Seorang lelaki Yahudi lalu dihadapan nabi lalu berkata: al-sam ke atas kamu Muhammad. al-sam maksudnya mati. Lalu Aishah menjawab: Ke atas kamu mati dan laknat. Lalu Nabi menegahnya dan bersabda: Sesungguhnya Allah suka yang lembut, suka kepada kelembutan dalam urusan kesemuanya. Jika ahli kitab memberi salam ke atas kamu maka ucapkanlah wa a’alaikum Hadith 19 ْدِ ِهللا ب ِن ب َ َّا ٍس ع ب َ أَِيب ع ْ ً َن َ ع ا وم َ َف النيب صلى هللا عليه وسلم ي ْ ُت َخْل َّا ٍس رضي هللا عنهما قَا َل: ُكن ب َ ع َت فَا أَلْ َ َ س ِذَا َ َك، إ اه َُتَ ُ ََتِده ِظ هللاَ ْ َف َْيَفظك، اح ِظ هللاَ ْ َف ٍت: اح ا َ م ِ ُ َك َكل م ِ ل َ ِن أُع ِ إ ُ غُالَم َ َقا َل: َي ِل فَ أَ ْ س ن ِِب ِهلل، ِ ع َ ت ْ َت فَاس ن َ ع َ ت ْ َ اس ِذَا إ َ ُوَك ، و َفع ْ ن َ ي ْ ء ََل ِشيٍ ُوَك ب َفع ن َ عت َعلَى أن ي َ م َ َ ْجت مة لو ا ن األُ ْعلَم أَ َّ وا َ هللاَ ُ هللاُ ه َ ب َ قَد َكت ٍ َضروك إال بشيء ي ْ ََل ٍ ِشيء روَك ب َ ُضُّ لَى أَ ْن ي َ عوا ع َ َم ت ْ ج ِ ِن ا لَك، وإ ُ هللاُ ه َ ب َ قَد َكت ٍ ِشيء ِال ب إ ُ ُف صح ِت ال ُّ ف َ َج ، و ُ َت األَقْالم فع ُ ْ َك، ر لَي َ ع رواه الرتمذي وقال: حديث حسن صحيح - وِف رواية َ - ا ْعلَم أن م ا َ ، و ِ شدة َك ِف ال عِرفْ َ ي ِ رخاء َّ ر ْف إىل ِهللا ِف ال ََّ َع َ َك، ت ام َ أَم ُ ْده ََتٍ ِظ هللاَ حف ِ غري الرتمذي: ا َ م َ ْصر َّ ن الن أ َّ ْ ْعلَم ا َ َك، و ئ ُخطِ ي ِ ُكن ل َ ي ْ َ َك ََل َصاب ا أَ َ م َ َك، و ُصيب ي ِ ُكن ل َ ي ْ أَخطأ َك ََل َ َج َفر ن ال أَ َّ َ صِْبِ، و ال َّ َ ع ال َكر َ َع ً م سرا ُ ُسِر ي الع َ َع ن م أَ َّ َ ِب، و


55 Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah bin Abbas RA beliau berkata: Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudaratkan kamu dengan suatu mudarat, nescaya mereka tidak mampu memudaratkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya). Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sahih. Dalam riwayat selain al-Tirmizi, hadis menyebutkan: Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapati-Nya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang, nescaya Dia akan mengenalimu ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukanlah ia tersilap menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan. Terjemahan Perawi `Abdullah bin `Abbas bin `Abdul Muttalib bin Hasyim lahir di Mekah tiga tahun sebelum hijrah. Bapanya adalah `Abbas, bapa saudara Rasulullah SAW, sedangkan ibunya bernama Lubabah binti Harith yang digelar dengan Ummu Fadl iaitu saudara dari Maimunah, isteri Rasulullah SAW. Beliau dikenal dengan nama Ibnu `Abbas. Selain itu, beliau juga disebut dengan panggilan Abu `Abbas. Daripada beliau inilah berasal silsilah khalifah Dinasti `Abbasiyah.Ibnu `Abbas adalah salah satu dari empat orang pemuda bernama `Abdullah yang mereka semua diberi julukan Al-`Abadillah. Tiga yang lain ialah ‘Abdullah bin `Umar (Ibnu `Umar), `Abdullah bin Zubair (Ibnu Zubair), dan `Abdullah bin Amr. Mereka termasuk diantara tiga puluh orang yang menghafal dan menguasai Al-Qur’an pada saat penaklukan Kota Mekah. Beliau merupakan antara sahabat yang sering bersama nabi SAW seperti menyiapkan air untuk wuduk Nabi, solat berjemaah bersama Nabi, bermusafir bersama nabi SAW dan menghadiri majlis-majlis Nabi. Justeru, Disebabkan ini, beliau banyak mengingat dan mengambil pelajaran dari setiap perkataan dan perbuatan Nabi. `Abdullah bin Abbas meriwayatkan sekitar 1660 hadith. Beliau merupakan sahabat kelima yang paling banyak meriwayatkan hadith. Pada akhir masa hidupnya, Ibnu `Abbas mengalami kebutaan. Beliau menetap di Ta`if hingga meninggal dunia pada tahun 68H di usia 71 tahun. Faedah Hadith 1. Akhlak mulia nabi ketika berinteraksi dengan Ibn Abbas yang merupakan seorang budak ketika itu. 2. Sewajarnya bagi sesiapa yang ingin menyampaikan pesanan atau nasihat yang penting untuk mendahulukan perkara yang boleh mendatangkan perhatian. Dalam hadith ini


56 nabi menyebutkan: Wahai budak sesungguhnya aku ingin mengajarkan kamu beberapa kalimah. 3. Sesiapa yang memelihara agama Allah dengan menjaga syariatnya, batasannya, hukumnya, menjauhi segala larangannya maka pasti Allah memeliharanya. 4. Sesiapa yang mengabaikan agama dan perintah Allah maka pasti Allah akan mengabaikannya dan tidak memeliharanya sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Hasyr ayat 19 ْ م ُ ه َ ُس أَنف ْ م ُ اه َ َأَنس ف َ ـه َّ وا الل ُ َس ن َ ين ذِ َّ َكال ُوا َ ُكون ََل ت َ ۚ وَن ُ و ق اسِ َ الْف ُ م ُ َك ه ِ ٰئ أُولَـ Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintahperintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka. 5. Sesiapa yang menjaga agama Allah, Allah memberi petunjuk kepadanya dan menunjukkan kepadanya jalan kebaikan dan sesiapa yang konsisten menjaga agama Allah, Allah akan menjauhkannya daripada keburukan. 6. Seseorang itu jika memerlukan pertolongan maka mintalah dengan Allah. Jika dia meminta pertolongan daripada makhluk maka ketahuilah ia merupakan salah satu sebab dan menyebabkannya berlaku ia Allah SWT. Tiada halangan untuk dia meminta daripada selain Allah yang boleh membantunya sebagaimana sabda nabi: kamu menolong seseorang menaiki kenderaannya, kamu mengangkatnya menaiki kenderannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas tunggangannya maka ia dikira sedekah. Namun Seseorang itu tidak boleh memberi manfaat kepada orang lain melainkan apa yang ditetapkan oleh Allah baginya. Manusia juga tidak mampu untuk memberi mudarat kepada orang lain melainkan apa yang Allah telah tetapkan baginya. 7. Wajib bagi manusia untuk meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah dan tidak menoleh kepada makhluk kerana makhluk tidak boleh memberi mudarat dan manfaat. 8. Setiap sesuatu itu telah ditulis dan dicatat sebagaimaan hadith menyebut bahawa Allah SWT menetapkan takdir makhluk sebelum Allah jadikan langit dan bumi 50 ribu tahun. 9. Manusia jika taat kepada Allah ketika sihat dan senang maka Allah akan membantunya ketika susah dan sakit 10. Sesungguhnya jika Allah telah takdirkan sesuatu ke atas manusia maka pasti akan berlaku. Manakala jika Allah telah takdirkan ia tidak berlaku maka pasti ia tidak berlaku. Kesemuanya adalah di tangan Allah SWT. 11. Berita gembira bagi orang yang sabar kerana kemenangan datang dengan kesabaran. 12. Berita gembira bahawa manusia apabila ditimpa kesusahan maka tunggulah kesenangan berdasarkan firman Allah dalam surah al-syarh ayat 5-6. ا﴿ ً ر ْ ُس ِر ي ْ ُس الْع َ ع َ ن م َّ ِ إ َ ف ٥ ﴾ا ً ر ْ ُس ِر ي ْ ُس الْع َ ع َ ن م َّ ِ إ Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,


57 Hadith 20 ِ رضي هللا َ ْدِري ِ الب َصاِري ْ ٍرو األَن ْ َم ة ب ِن ع َ ُقب ع دٍ ْ ُو ع ْ َس م ْ أَيب ْ َن ُل ِهللا ع صلى هللا عليه ْ و ُ َس عنه قَا َل: قَا َل ر َت( رواه البخاري. ئ ا شِ َ م ْ َع ْصن َ ْح ِي فا َست ِذا ََل ت األُوَىل إ ِ وة َّ ُ ُّ ب الن ن َكالَمِ ِ ُس م ا َ َك الن َ ا أَدر َّ ِ ن ِم َّ ِ وسلم )إ Terjemahan Hadith Daripada Abu Mas'ud 'Uqbah bin 'Amru al-Ansari al-Badri RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari. Terjemahan Perawi Nama lengkap beliau ialah ‘Uqbah bin ‘Amir bin ‘Abs bin ‘Amr bin ‘Adi bin ‘Amr bin Rifa’ah al-Juhani RA. Beliau dipanggil dengan beberapa panggilan seperti Abu ‘Abs, Abu Hammad, Abu ‘Amr atau Abu Asad al-Misri. ‘Uqbah bin Âmir al-Juhani RA seorang yang berilmu, ahli qiraah, faqih, ahli faraid, penyair dan mempunyai kedudukan tinggi. Selain menguasai alQur`an, beliau juga dikenal sebagai seorang yang bersuara merdu. Beliau merupakan salah seorang penghuni Suffah, sebuah tempat di dalam Masjid Nabawi waktu itu yang menjadi tempat menginap fakir miskin dari kaum Muhajirin dan orang-orang yang tidak memiliki tempat tinggal. Antara sahabat yang meriwayatkan hadith dari beliau ialah Ibnu ‘Abbas, Jabir bin Abdillah, Abu Ayyub dan Abu Umamah. Manakala dari kalangan tabiin yang meriwayatkan hadith dari beliau antaranya Sa’id bin Musayyib, Abu Idris al-Khaulani, Jubair bin Nufair, Sa’id al-Maqburi dan lain-lain. ‘Uqbah bin Amir al-Juhani RA meninggal dunia pada tahun 58 H pada pemerintahan Mu’awiyah RA Faedah Hadith 1. Kalam Al-Nubuwwah al-Ula ialah perkataan/perkara yang disepakati oleh nabi-nabi terdahulu. 2. Syariat umat terdahulu diketahui samada dinukilkan melalui wahyu daripada al-Quran atau daripada sunnah atau apa yang tersebar di kalangan masyarakat. Berdasarkan alQuran ialah apa yang disebutkan dalam surah al-A’la ayat 16-19. ا َ ي ْ دنـ َ ال ُّ اة َ ي َ وَن ا ْْل ُ ر ِ ث ْ ُؤ تـ ْ ل َ ب ﴿ ١٦ ٰ َى ق ْ أَبـ َ و ٌْ َْي ُ خ ة َ ر اْْلخِ ُ ﴾و ﴿١٧ِ ف َ صح ي ال ُّ ِ َٰذا لَف ـ َ ن ه َّ ِ ﴾إ اْْلُوََّل ﴿١٨ٰ ٰ َى وس ُ م َ و َ يم ِ اه َ ر ْ بـ ِ ِف إ ُ ُح ﴾ص ﴿١٩ ﴾ (Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia; Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal. Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.


58 Daripada sunnah ialah apa yang nabi sebut mengenai bani Israil. 3. Al-nubuwwah al-ula terbahagi kepada tiga: bahagian pertama: apa yang disaksikan oleh syariat kita kesahihannya. Maka bahagian ini sahih dan diterima. Bahagian kedua: apa yang disaksikan oleh syariat kita kebatilannya maka ia adalah batil dan tertolak. Bahagian ketiga: apa yang tiada bukti syariat menyokongnya atau menolaknya. Maka dalam hal ini kita tawaqquf (menangguhkan) namun tidak salah untuk menceritakannya jika ia dalam perkara nasihat dan tidak ditakuti akan disangka sebagai sahih. 4. Petikan “jika kamu tidak malu maka perbuatlah apa yag kamu kehendaki” membawa maksud suatu berita, atau suatu ancaman dengan maksud “buatlah apa yang engkau suka pasti Allah akan membalasnya”.Atau dengan maksud “buatlah apa sahaja dan jangan melihat kepada pandangan makhluk selagi perkara tersebut mendapat keredaan Allah”. 5. Pujian terhadap sifat malu sebagaimana sabda nabi: malu itu satu bahagian daripada iman. Malu terbahagi dua iaitu malu yang berkaitan dengan hak Allah. Keduanya malu yang berkaitan dengan hak makhluk. Wajib malu kepada Allah jika kita melakukan perkara yang dilarangnya dan tidak melakukan apa yang diperintahkannya. Manakala malu terhadap makhluk ialah kita menahan diri daripada apa yang menyalahi maruah dan akhlak. Malu juga terbahagi kepada dua pembahagian yang lain iaitu malu secara tabii. Kedua, malu yang disebabkan oleh usaha dan tindakan kita. Malu secara tabii ialah seperti sebahagian orang yang pemalu sejak kecil lagi. Tidak bercakap dengan orang lain melainkan perlu sahaja. Manakala malu disebabkan usaha dan tindakan kita ialah datang perasaan malu ketika bergaul dengan orang alim, penting, atau berpengaruh. Malu pada hukum asalnya dipuji tetapi apabila ia menjadi halangan untuk melakukan perkara yang wajib maka ia menjadi keji. Begitu juga jika malu menghalang seseorang untuk mencegah kemungkaran maka ia adalah malu yang dikeji. Hadith 21 ْ ِل ْ َل ِهللا قُل ْ و ُ َس ر َ ُت َي ْدِ ِهللا رضي هللا عنه قَا َل: قُ ْل ب َ َن ب ِن ع ا َ ْفي ُ ةَ س َ ر ْ عم ْ ، أَيب َ ْل ي ِ ق َ ٍرو، و ْ َم ع ْ ِن أَيب ع ِِف َ ْالً الَ قَ و ْالمِ ا " ِإلس ْ م ِ ق َ ْ ُت ِب ِهلل ُُثَّ است ن َ آم ْ َك؟ قَا َل: "قُل َ ْري ً غَ َ َدا أَح ُ ْه ن َ أَ ُل ع ْ أَس Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu `Amrah - Sufian bin Abdullah RA beliau berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah. Hadis riwayat al-lmam Muslim. Terjemahan Perawi Abu Amr ialah Sufyan bin Abdillah bin Abu Rabi’ah bin al-Harith bin Malik bin Hatit bin Jusyam al-Thaqafi al-Taifi. Saidina Umar pernah melantiknya untuk menguruskan zakat di Taif. Dalam riwayat secara mursal oleh Ibn Abi Syaibah menyebutkan bahawa nabi SAW melantiknya menjadi gabenor di Taif. Antara yang meriwayatkan hadith daripadanya ialah


59 anaknya Asim, Abdullah, Alqamah, Amru, Abu al-Hakam dan selain mereka. Riwayat hadisnya terdapat dalam Sahih Muslim, Sunan al-Nasa’i dan Sunan al-Tirmizi. Faedah Hadith 1. Kesungguhan para sahabat dalam menuntut ilmu apabila mereka bertanyakan nabi kemusykilan mereka terhadap apa yang disampaikan oleh nabi. 2. Kecerdikan Abu ‘Amrin atau Abu ‘Amrah apabila bertanyakan soalan yang tidak memerlukan beliau bertanyakan orang lain selepas itu. 3. Seorang yang ingin bertanya perlu bertanyakan soalan yang sempurna dan lengkap dan tidak bercampuraduk dengan ilmu-ilmu lain. 4. Bolehkah sahabat bertanya orang lain selain Rasululah dalam perkara agama? Jawapannya: Boleh bagi mereka bertanyakan sahabat yang lebih alim dan tinggi kedudukan daripadanya. 5. Sabdaan nabi mengandungi jawami’ al-kalim iaitu merangkumi kehendak keseluruhan agama. 6. Hadith ini juga berbetulan dengan surah al-Ahqaf ayat 13 dan surah Fussilat ayat 30. Begitu juga surah Hud ayat 112. ـ َّ ا الل َ ن ُّ بـ َ الُوا ر َ ق َ ين ذِ َّ ن ال َّ ِ ُوَن إ ن َ ز ْ ََي ْ م ُ ََل ه َ و ْ ِهم ْ لَي َ ٌف ع ْ و َ َََل خ وا ف ُ ام َ ق َ تـ ْ ُثَّ اس ُ ه ﴿١٣﴾ Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. َّ ا الل َ ن ُّ بـ َ الُوا ر َ ق َ ين ذِ َّ ن ال َّ ِ إ ِ ة َّ ن َ ِِب ْْل وا ُ ر ْشِ أَب َ ُوا و ن َ ََل َُتْز َ ُوا و اف َل ََتَ أََّ ُ َكة ِ ََلئ َ الْم ُ ِهم ْ لَي َ زُل ع ََّ نـ َ تـ َ وا تـ ُ ام َ ق َ تـ ْ ُثَّ اس ُ ـه ُوَن َد ُوع ت ْ ُم ال ﴿٣٠َِِّ ﴾ت ُكنت Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. ن َ م َ ْ َت و ر ِ ا أُم َ َكم ْ م ِ ق َ ت ْ اس َ ف ا ْ َو َطْغ ََل ت َ َ َك و ع َ َب م َ ۖ َت ٌ ِصْي َ لُوَن ب َ م ْ َع ا تـ َ ِ ِب ُ ه َّ ن إ ﴿١١٢ِ ﴾ Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.


60 7. Istilah iltizam dan istiqamah mempunyai makna yang sama tetapi sewajarnya digunakan lafaz istiqamah sebagaimana yang digunakan oleh al-Quran dan hadith. 8. Orang yang meninggalkan perkara-perkara wajib tidak boleh dianggap sebagai seorang yang beristiqamah. 9. Setiap orang perlu muhasabah dirinya adakah dia termasuk dalam kalangan yang istiqamah atau tidak. Hadith 22 ْدِ ب َ ع ْ أَيب ْ َن َ ع أَ َل النيب صلى هللا عليه وسلم ُالً س َج ن ر ِ رضي هللا عنه أَ َّ َصاِري ْ ْدِ ِهللا األَن ب َ ِر ب ِن ع ِ اب َ ِهللا ج أَِز ْ ََل َ ، و َ ام َ ر َ ْ ُت اْل رم َّ َ َح َالَ َل، و ُت اْل أَحلَل َ َن، و َضا م َ ْ ُت ر َ ُصم ِت، و َ ُوِب ْ ُت املَ ْكت ي َّ َصل ِذا َت إ أَي َ َقا َل: "أَر ْ فَ د ً أَ َك َشيئا ِ لى ذَل َ ع " ْ َم َع َّة؟ قَا َل: ن ن َ اجل ُ ُخل د رواه مسلم Daripada Abu Abdullah Jabir bin Abdullah al-Ansari RA (beliau meriwayatkan): Bahawa seorang lelaki telah bertanyakan Rasulullah SAW, dia berkata: Bagaimana pandanganmu jika aku mendirikan sembahyang-sembahyang fardu, aku berpuasa bulan Ramadhan, aku menghalalkan perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak akan menambah apa-apa lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga? Baginda bersabda: Ya. Hadis riwayat al-lmam Muslim Terjemahan Perawi Beliau ialah Abu Abdillah, dikatakan Abu Abdul Rahman Jabir bin Abdullah bin Haram alAnsari al-Salmi. Ibunya ialah Nusaibah binti Uqbah bin ‘Adi. Beliau dilahirkan pada tahun 16 sebelum hijrah. Beliau menyaksikan al-Aqabah kedua bersama bapanya ketika beliau masih kanak-kanak. Jabir pernah berkata: Aku tidak sempat menyertai peperangan Badar dan tidak juga peperangan Uhud, bapaku menghalangku. Apabila bapaku terbunuh dalam peperangan Uhud aku tidak pernah tertinggal untuk menyertai peperangan bersama Rasulullah SAW. Jabir bin Abdullah meriwayatkan sebanyak 1540 hadith. Beliau menjadi buta pada akhir umurnya dan meninggal dunia pada tahun 78H dikatakan tahun 77 H ketika berumur 94 tahun di Madinah. Faedah Hadith 1. Kesungguhan para sahabat dalam bertanyakan sesuatu ilmu daripada Rasulullah SAW 2. Para sahabat mempunyai matlamat yang jelas dalam kehidupan mereka iaitu syurga. Bukan menjadi matlamat mereka harta, anak yang ramai atau kemewahan dunia. Ketika mana nabi bertanya seorang sahabat yang banyak membantu nabi, nabi bersabda kepadanya: mintalah apa yang engkau kehendaki lalu sahabat tersebut menjawab: Aku ingin menemani engkau dalam syurga. Nabi bertanya lagi atau ada selain itu yang engkau kehendaki? Dia menjawab itu sahaja. nabi bersabda: Ke atas diri engkau untuk memperbanyakkan solat.


61 3. Seseorang itu jika menumpukan kepada solat wajib sahaja, tiada celaan ke atasnya dan tidak diharamkan ke atasnya memasuki syurga berdasarkan soalan sahabat tersebut kepada nabi “ apa pandangan engkau jika aku solat lima waktu” 4. Solat dan puasa adalah sebab kepada masuknya syurga. Antaranya hadith nabi SAW yang bermaksud: sesiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadan dengan sebab keimanan dan mengharapkan pahala akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu. 5. Hadith ini juga mengisyaratkan larangan melarang manusia daripada perkara yang halal. 6. Timbul persoalan apabila lelaki tersebut berkata: aku tidak menambah daripada yang demikian itu. Nabi bersabda kepadanya: Engkau akan masuk syurga. Persoalannya bagaimana dia masuk syurga sedangkan rukun Islam yang lain seperti zakat dan haji tidak disempurnakan. Zakat pula diwajibkan sebelum puasa. Justeru tidak boleh kita katakan bahawa kemungkinan hadith ini sebelum diwajibkan zakat. Manakala haji boleh kita katakan bahawa hadith ini sebelum diwajibkan haji. Jawapannya kemungkinan nabi mengetahui keadaan lelaki tersebut bahawa lelaki tersebut tidak mempunyai harta dan nabi mengetahui jika dia berharta maka pasti dia akan menunaikan zakat. Lelaki itu sendiri menyatakan aku haramkan perkara haram. Manakala haji pula diwajibkan pada tahun kesembilan atau kesepuluh. 1. Jawapan “ya” sudah mencukupi untuk mensabitkan sesuatu hukum seperti dalam akad nikah kahwin, akad ketika wakaf dan akad dalam jual beli. 2. Maksud perkataan lelaki tersebut “aku haramkan perkara haram” bermaksud aku menjauhinya manakala maksud “aku menghalalkan perkara halal” bermaksud aku melakukannya dengan iktikad halalnya. Terdapat makna lain iaitu “engkau beriktikad bahawa haram itu adalah haram” kerana jika engkau tidak beriktikad sebegitu iaitu bahawa haram itu adalah haram maka engkau tidak beriman dengan hukum syarak. Begitu juga jika engkau tidak beriktikad halal sebagai halal maka engkau tidak beriman dengan hukum syarak. Hadith 23 ْش ِصم األَ ا َ اِر ِث ب ِن ع َ ِ ٍك اْل ال َ أَِيب م ْ َن وُل ِهللا ع صلى هللا عليه ُ َس قَا َل: قَا َل ر ُ ْه ن َ َ هللاُ ع ِضي َ ِ ر ِري َ ع ْ ُد ِهلل ََتْآلنِ َم َن ِهللا واْل ا َ ْح ب ُ َن، وس ْ ُد ِهلل ََتْألُ امليزا َم ، واْل انِ َ ا ِإلْْي ُ َشطْر ُ ُور ه - أَو ََتْألُ - ُّ وسلم:( الط ص ، وال َّ ٌ ُور صالةُ ن ال َّ َ ِض، و ْ واألَر ِ اء َ َّسم ََْني ال ا ب َ َك م أَو جةٌ لَ َّ ُ آ ُن ح ْ الُقر َ ، و ٌ اء َ ِضي ُ صِْب ال َّ َ ا ٌن، و َ ه ْ ر ُ َدقَةُ ب ا َ ُقه ِ وب ُ ا أَو م َ ُقه ِ ت ْ ع ُ فَم ُ ه َ َْفس ن ٌ ع ِ ائ َ غْ ُدو فَ ب َ َّا ِس ي ْ َك، ُك ُّل الن لَي َ ع رواه مسلم Terjemahan Hadith Daripada Abu Malik al-Haris bin `Asim al-Asya'ari RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir alhamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir Subhaanallah dan alhamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar


62 itu adalah sinaran. Al-Quran itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya. Hadis riwayat al-lmam Muslim. Terjemahan Perawi Al-Harits bin ‘Ashim Al-‘Asy’ary, Abu Malik RA. Al-‘Asy’ar adalah suku yang terkenal di Yaman, beliau datang menemui Nabi SAW bersama orang-orang ‘Asy’ariyyin. Beliau wafat pada masa pemerintahan Umar bin Khattab kerana penyakit taun. Beliau meriwayatkan 27 hadith dari Nabi SAW. Faedah Hadith 1. Seruan kepada bersih dari sudut hissi (zahir) dan maknawi (batin) berdasarkan hadith al-Tuhur syatru al-Iman. 2. Iman itu terbahagi kepada perbuatan (melakukan) dan (meninggalkan) 3. Kelebihan ucapan Alhamdulillah kerana ia memberatkan al-mizan. 4. Bukti wujudnya mizan apabila ia disebut beberapa kali di dalam al-Quran sama ada disebutkan secara bersama atau disebutkan secara bersendirian. Firman Allah dalam Surah al-Anbiya’ ayat 47 dan surah al-Qari’ah ayat 6 . ا ً ئ ْ َشيـ ٌ ْس َف نـ ُ ُظْلَم َََل ت ف ِ ة َ ام َ ي ِ الْق ِ م ْ و َ يـ ِ َط ل ْ س ِ الْق َ ا ِزين َ و َ الْم ُ َ َضع ن َ ۖ و ْ ِّن ِ م ٍ َّة ب َ اَل ح َ ْق ثـ ِ َن م ِن َكا إ َ و ا َ ا َبِ َ ن ْ يـ َ ٍل أَتـ َ د ْ ر َ ۖ َني خ ِ ب اسِ َ ا ح َ ن ِ ب ٰ َى َكف َ و ﴿٤٧﴾ Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung); dan cukuplah Kami sebagai Penghitung. ُ ه ُ ا ِزين َ و َ ْت م لَ ُ ن ثـَق َ َّما م ف ﴿٦َ ﴾أَ Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, - 5. Begitu juga sebagaimana yang disebut dalam hadith “dua kalimah yang ringan ke atas lidah, berat di atas mizan, disukai disisi tuhan iaitu subahanallah wabihamdihi subhanallah hi al-azim 6. Mizan ini adakah ia hissi atau maknawi? Golongan Muktazilah menyatakan bahawa mizan itu maknawi iaitu kiasan kepada tertegaknya keadilan. Pendapat yang sahih ia adalah hissi. Ia mempunyai tapak tangan dan lidah, ditimbangkan di atasnya amalanamalan salih dan buruk. Timbul persoalan bagaimana ditimbang amalan sedangkan ia bukan jisim dan bagaimana pula alhamd memenuhi mizan sedangkan ia bukan jisim. Jawapannya Allah berkuasa untuk menjadikan amalan sebagai jisim. Allah berkuasa di atas segala sesuatu. Nabi sendiri mengkhabarkan bahawa al-Baqarah dan Ali Imran


63 datang pada hari kiamat seperti awan yang melindungi pembacanya dan bergerak seperti dua kumpulan burung yang mengembangkan sayapnya (riwayat Muslim). Sedangkan kedua-duanya adalah amalan. Allah berkuasa di atas segala sesuatu. Begitu juga telah thabit daripada nabi SAW bahawa mati akan didatangkan pada hari kiamat dalam bentuk kibash dan diletakkan di antara syurga dan neraka dan dikatakan: Wahai ahli syurga lihatlah, dikatakan adakah kamu mengenalinya. Mereka menjawab: Ya ini adalah kematian. Dikatakan wahai ahli neraka, lalu mereka melihat, dikatakan: adakah kamu mengenalinya? Mereka menjawab: Ya ini adalah kematian, kemudian kematian disembelih di antara syurga dan neraka dan dikatakan wahai ahli syurga kekal dan tiada lagi kematian. Wahai ahli neraka kekal dan tiada lagi kematian 7. Kelebihan menggabungkan antara lafaz Subhanallah dan Alhamdulillah sebagaiman sabda nabi Subhanallah dan Alhamdulillah memenuhi antara langit dan bumi.. 8. Sesungguhnya solat adalah nur justeru orang Islam seharusnya memperbanyakkan solat. Kadang kala manusia tidak merasai nur tersebut.? Jawapannya, perkataan Rasulullah pasti benar dan tiada kekeliruan padanya. Tiada nur-nya hati adalah disebabkan kekurangan atau wujudnya halangan. Sebagai contoh, sesiapa yang solat dalam keadaan riya’ maka dia tidak akan merasai nur tersebut. Yang pasti perkataan Allah dan rasul adalah benar. 9. Seruan kepada sabar kerana ia adalah diya’ iaitu nur yang terdapat padanya kepanasan sebagaiman sabda nabi sabr diya’.Kepanasan yang dimaksudkan di sini ialah kesukaran dalam bersabar. 10. Manusia yang beramal dengan kandungan al-Quran, al-Quran akan menjadi hujah baginya manakala yang tidak beramal dengan al-Quran maka al-Quran akan menjadi hujah ke atasnya. 11. Kebebasan yang sebenar ialah mendirikan ketaatan kepada Allah. Bukan maksud kebebasan itu seseorang mengamalkan apa yang dia kehendaki. Hadith 24 ُ ه َّ ز وجل أَن َّ ع ِ ه ِ ب َ ر ْ َن ويه ع ْ ر َ ا ي َ َن النيب صلى هللا عليه وسلم فيم ْي رضي هللا عنه ع َفار ِ الغ ٍ أَيب ذر ْ َن ع عِ َ ا، َي ْ و ُ َظَالَم ً فَال ت ا َ رم ُُمََّ ْ َ ُكم ن ْ ي َ ب ُ ه ُ ْلت َ ع َ َج و ْ ِسي َْف لَى ن َ ع َ ْلم ُّ ْ ُت الظ رم َّ َ ْ ح ِن ِ ِ إ ْ ادِي َ ب عِ َ قَا َل: َي ْ ُكم ُّ ُكل ْ ادِي َ ب َض ِ َطْع ت ْ َس فا ُ ه ُ ت ْ َم أَطْع ْ َن م ِالَّ إ ٌ ع ِ ائ َ ْ ج ُكم ُّ ُكل ْ ادِي َ ب عِ َ ،َي ْ ُكم ْدِ ِِن أَه ْ ْ ُدو َه ت ْ فَاس ُ ه ُ ت ْ َ َدي ه ْ َن م ِالَّ ل إ ٌّ ا ، ْ ُكم ْ م ِ وِِن أُطْع ُ م ُتْ ْ ُكم َّ ن ِ إ ْ ادِي َ ب عِ َ ، َي ْ ُكم ُ أَ ْكس ْ ِِن ْ و ُ ْكس َ ت ْ فَاس ُ ُه ت ْ و َ َكس ْ َن م ِالَّ اٍر إ َ ع ْ ُكم ُّ ُكل ْ ادِي َ ب عِ َ َ َي اِر َّ ه الن َ ِل و ْ ي َّ َن ِِبلل ْ ُو ئ طِ ْ ِي َضر ا ْ ُو لُغ ْ ب َ ت ْ لَن ْ ُكم َّ ن ِ إ ْ ادِي َ ب عِ َ ، َي ْ لَ ُكم ْ ر ِ أَ ْغف ْ ِِن ْ و ُ ر ِ غْف َ ت ْ ً فَاس ا َ ع ْ ي ْ َب ََجِ ُو ذن ال ُّ ُ ر ِ أَ ْغف َ أَن َ و ْ لَن َ و ْ ِِن ْ رو َ ُضُّ فَ ت ولَ ُك َّ ن أَ أَ َّ ْ لَو ْ ادِي َ ب عِ َ ، َي ْ ِِن ْ ُو ْ َفع ن َ فَ ت ْ ي ِ َْفع ا ن ْ ُو لُغ ْ ب َ ْ َقى قَ ْل ِب ت لَى أَت َ ا ع ْ ُو َكان ْ َّ ُكم جن ِ َ و ْ ُكم َ ْس ن ِ إ َ و ْ ُكم َ ر آخِ َ و ْ م ْ ُكم َ ْس ن ِ إ َ و ْ ُكم َ ر آخِ َ و ْ ولَ ُكم َّ ن أَ أَ َّ ْ لَو ْ ادِي َ ب عِ َ ً.َي ا َ ئ ْ َشي ْ ي ْلكِ ُ م ْ َك َِف ِ َ ذَل اد َ ا ز َ م ْ ْ ُكم ن ِ م دٍ احِ َ ٍل و ُ َج ر ْ َّ ُكم ِجن َ و


64 ِ م دٍ احِ َ ٍل و ُ َج ِر قَ ْل ِب ر َ لَى أَفْج َ ا ع ْ ُو َكان ْ ولَ ُكم َّ ن أَ أ َّ ْ لَو ْ ادِي َ ب عِ َ ً، َي ا َ ئ ْ َشي ْ ي ْلكِ ُ م ْ ن ِ َك م ِ َص ذَل ََق ا ن َ م ْ ْ ُكم ن ا َ م ُ ه َ أَلَت ْ َس م دٍ احِ َ ْ ُت ُك َّل و ْعطَي فَأَ ْ ِِن ْ أَلُو َ فَس دٍ احِ َ و ْدٍ ي ِ ْ َصع ا ِِف ْ و ُ قَام ْ َّ ُكم جن ِ َ و ْ ُكم َ ْس إن َ و ْ ُكم َ ر آخِ َ َك و ِ َص ذَل ََق ن َ ا ي َ َكم ِالَّ إ ْ ْدِي ن ا عِ َّ ِ ِم ُُثَّ ْ ا لَ ُكم َ ْه ِصي ْ أُح ْ الُ ُكم َ ْعم أَ َ ي ِ َّنَا ه َِّ إ ْ ادِي َ ب عِ َ ، َي َ َ ْحر الب َ ل ْخِ َذَا أُد ُط إ َ ْخي ِ ُص امل ْ ُق ن َ م ْ لُو َ َك فَالَ ي ِ ذَل َ ْري َ َد غَ َج و ْ َن م َ دِ هللاَ و َ َ ْحم ً فَلي ا َ َ َد َخْري َج و ْ َن ا فَم َ ََّيه ِ إ ْ ُكم ْ ي ِ ف َ أُو ( رواه مسلم ُ ه َ َْفس ن ِالَّ ن إ َّ Daripada Abu Zar al-Ghifari RA daripada Rasulullah SAW berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Baginda daripada Allah SWT bahawa Dia berfirman: Wahai hamba-hambaKu, Sesungguhnya aku mengharamkan ke atas diriKu kezaliman dan Aku jadikannya di kalangan kamu sebagai suatu perkara yang diharamkan, maka janganlah kamu saling zalim-menzalimi. Wahai hamba-hambaKu, Kamu semua sesat kecuali orang yang Aku hidayahkannya, maka hendaklah kamu meminta hidayah dariKu. Wahai hamba-hambaKu, Kamu semua lapar kecuali orang yang Aku beri makan, maka hendaklah kamu meminta makan daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu makan. Wahai hamba-hambaKu, Kamu semua tidak berpakaian kecuali orang yang Aku berikannya pakaian, maka hendaklah kamu meminta pakaian daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu pakaian. Wahai hamba-hambaKu, Sesungguhnya kamu bersalah siang dan malam dan Aku mengampunkan semua dosa, maka mintalah keampunan daripadaKu nescaya Aku akan ampunkan kamu. Wahai hamba-hambaKu, Selama-lamanya kamu tidak akan mampu memudaratkan Aku sehingga kamu boleh memudaratkan Aku. Wahai hamba-hambaKu! Dan selama-lamanya kamu tidak akan mampu memberi manfaat kepada Aku sehingga kamu boleh memberi manfaat kepada Aku. Wahai hamba-hambaKu, Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati bertaqwa umpama hati orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak menambahkan apa-apapun dalam kerajaanKu. Wahai hamba-hambaKu, Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati jahat umpama hati orang yang paling jahat di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak mengurang-cacatkan apa-apapun dalam kerajaanKu. Wahai hamba-hambaKu, Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua berhimpun di suatu tempat, lalu mereka meminta daripadaKu (iaitu meminta sesuatu pemberian), lantas Aku kurniakan setiap orang dari kalangan mereka permintaannya, nescaya hal itu tidak mengurangkan sedikitpun apa-apa yang ada di sisiKu kecuali umpama berkurangnya air laut apabila dicelupkan sebatang jarum. Wahai hamba-hambaKu, Bahawa sesungguhnya hanya amalan kamu yang Aku akan perhitungkannya bagi kamu, kemudian Aku sempurnakan pembalasannya. Maka sesiapa yang mendapat kebaikan maka hendaklah dia memuji Allah dan sesiapa yang mendapat selain kebaikan, maka janganlah dia mencela kecuali mencela dirinya sendiri. Hadith riwayat Imam Muslim Terjemahan Perawi


65 Jundub bin Junadah (Abu Zar Al-Ghifari) Ibnu Sufyan bin Abid RA. Beliau berasal dari suku Ghifar, termasuk sahabat yang pertama masuk Islam. Terkenal dengan kejujurannya. Beliau meninggal dunia di Rabzah, tahun 32 H. Faedah Hadith 1. Riwayat nabi daripada tuhannya adalah peringkat tertinggi dalam sanad. Paling tinggi ialah sanad yang sampai kepada tuhan, kemudian sanad yang sampai kepada nabi iaitu hadith marfu’,kemudian yang sampai kepada sahabat iaitu hadith mauquf kemudian yang sampai kepada tabiin iaitu hadith maqtu’.Jika meriwayatkan perkataan Umar bin al-Khattab maka kita namakan sebagai mauquf kerana beliau adalah sahabat. Jika meriwayatkan athar daripada Mujahid ia dinamakan maqtu’ kerana beliau adalah tabiin. 2. Apa yang terbaik untuk dikatakan berkaitan hadith qudsi ialah ia merupakan apa yang diriwayatkan oleh nabi daripada tuhannya. Cukup kita berpada dengan itu. Tidak perlu mencari adakah ia merupakan perkataan Allah secara lafaz dan makna atau perkataan Allah secara makna dan lafaz daripada nabi kerana ia termasuk dalam perkara altakalluf (menyusah-nyusah). 3. Allah berkuasa untuk berlaku zalim tetapi Allah mengharamkan ke atas dirinya untuk berlaku zalim kerana kesempurnaan keadilannya. 4. Antara sifat Allah ialah apa yang dinafikan seperti zalim. Tetapi hakikatnya tiada pada sifat Allah nafi melainkan untuk mensabitkan lawannya. Menafikan zalim bermaksud mensabitkan keadilan, kesempurnaan yang tiada kekurangan padanya. 5. Allah berhak untuk mengharamkan ke atas dirinya apa yang Allah kehendaki kerana kesemua hukum terserah kepadaNya. Sebagaimana Allah mewajibkan atas dirinya apa yang Allah kehendaki. Firman Allah SWT dalam surah al-An’am ayat 12. ِض ْ اْْلَر َ ِت و ا َ او َ َّسم َّما ِِف ال ن َ ِّم ِ ۖ ُل ل ق ِ ـه َّ ِّل ِ ُل ل ۖ ق َ َب ت َك َ ة َّ ْْحَ الر ِ ه ْسِ َف نـ ٰ لَى َ ۖ ع ْ َّ ُكم ن َ ع َ م ْ َج لَي ِ يه ِ ف َ ْب ي َ ََل ر ِ ة َ ام َ ي ِ الْق ِ م ْ و َ يـ ََّلٰ ِ ۖ إ ُوَن ن ِ م ْ ؤ ُ ََل يـ ْ م ُ َه فـ ْ م ُ ه َ ُس وا أَنف ُ ر َسِ َ خ ين ذِ ال ﴿١٢َّ ﴾ Bertanyalah (wahai muhammad): "Hak milik siapakah segala yang ada di langit dan di bumi?" Katakanlah: "(Semuanya itu) adalah milik Allah. Dia telah menetapkan atas diriNya memberi rahmat. Demi sesungguhnya Dia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada sebarang syak padanya". Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dangan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman. 6. Allah juga menetapkan sesungguhnya rahmat ku mendahului kemarahanku. 7. Allah mengharamkan kezaliman di antara kita sebagaimana katanya: Dan aku menjadikan di antara kamu haram. Ini termasuk zalim manusia ke atas dirinya dan zalim ke atas orang lain. Tetapi dengan maksud kedua lebih zahir. Sebagaimana lafaz fala tazalamu iaitu jangan kamu menzalimi setengah kamu setengah yang lain. Zalim berlaku atas diri dan atas orang lain. Firman Allah dalam surah Hud ayat 101.


66 ْ م ُ ه َ ُس وا أَنف ُ ن ظَلَم ٰكِ لَـ َ و ْ م ُ اه َ ن ْ ا ظَلَم َ م َ ۖ و ُونِ ن د ِ وَن م ُ ْدع َ َِِّت ي ال ُ م ُ ُه تـ َ ِ آَل ْ م ُ ْه نـ َ َ ْت ع ْغن ا أَ َ َم ف ٍ ء ْ ن َشي ِ م ِ ـه َّ ِّ َك الل بِ َ ر ُ ر ْ أَم َ اء َ َّما ج َّ ۖ ي ٍب ل ِ ب ْ ت َ تـ َ ْ َغْي ْ م ُ ُوه اد َ ا ز َ م َ و ﴿١٠١ ﴾ Dan tiadalah Kami menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. Maka berhala-berhala yang mereka sembah selain dari Allah itu tidak dapat menolong mereka sedikitpun pada masa datangnya azab Tuhanmu; dan penyembahan yang mereka lakukan itu hanya menambahkan kerugian sahaja kepada mereka. 8. Zalim boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti menghalang hak orang lain atau melewat-lewatkan pelaksanaan haknya: Melewatkan orang kaya hak orang fakir adalah kezaliman. 9. Sabda nabi “jangan kamu menzalimi” adakah dikecualikan daripadanya sesuatu? Jawapannya tiada dikecualikan daripadanya sesuatu. Jika demikian, bagaimana pula keharusan kita untuk merampas harta orang kafir yang memerangi kita? Harus bagi kita kerana ia bukan suatu kezaliman kerana ia diharuskan bagi kita. Bagaimana pula dengan kafir mu’ahidin (kafir yang membuat perjanjian dengan orang Islam)? Jawapannya, tidak halal bagi kita mengambil harta mereka, begitu juga tidak halal darah mereka sebagaimana sabda nabi: Sesiapa yang membunuh mu’ahidin dia tidak akan mencium bau syurga. 10. Manusia itu berada dalam kesesatan melainkan sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah SWT. Dalam hal ini menjadi kewajipan kepada kita untuk memohon hidayah daripada Allah supaya kita tidak sesat. Timbul persoalan kerana nabi mengkhabarkan kepada kita bahawa setiap yang lahir dilahirkan dalam keadaan fitrah? sedangkan dalam hadith ini disebutkan “kesemua kamu dalam kesesatan”. Jawapannya, hadith tersebut menyebutkan “setiap yang lahir berada dalam keadaan fitrah kemudian disambung maka kedua ibubapanya yang menjadikannya Yahudi, atau menasranikannya atau memajusikannya. Manakala hadith “kesemua kamu dalam kesesatan” Allah tujukan kepada mukallaf yang mungkin telah berubah fitrah mereka kepada apa yang dipegang oleh ibu bapa mereka iaitu dalam kesesatan sehinggalah diberi hidayah oleh Allah. 11. Seruan kepada menuntut ilmu berdasarkan hadith “kamu semua dalam kesesatan. Tidak dinafikan menuntut ilmu adalah sebaik-baik amalan. Imam Ahmad pernah menyebutkan: Ilmu itu, tidak ada sesuatu pun yang boleh menyainginya, bagi sesiapa yang betul niatnya terutamanya pada zaman banyaknya kejahilan, sangkaan dan orang yang tidak layak memberi fatwa. 12. Hidayah hanya diminta daripada Allah SWT 13. Hidayah terbahagi kepada dua iaitu hidayah taufiq yang hanya diminta kepada Allah. Keduanya hidayah dilalah. Hidayah dilalah boleh diminta selain Allah iaitu mereka yang mempunyai ilmu seperti meminta pandangan atau fatwa berkaitan sesuatu isu. Hadith ini membawa maksud kedua-dua hidayah tersebut. Hidayah dilalah bermaksud mencari apa sahaja jalan yang boleh membawa kepada ilmu. 14. Manusia pada asalnya adalah dalam kelaparan kerana tidak memiliki apa pun sebagaimana yang dijelaskan dalam surah al-Waqi’ah ayat 63 -71.


67 نِزلُوَن﴿ ُ الْم ُ ََنْن ْ أَم ْنِ ز ُ الْم َ ن ِ م ُ وه ُ ُم لْت َ أَنز ْ أَأَنت ٦٩ََ ل ُم ْ لَو َ ا فـ ً اج َ أُج ُ اه َ ْلن َ ع َ ُ ج َ َشاء ن ْ ﴾لَو وَن ُ َ ْش ُكر ت ﴿٧٠ ﴾ Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya? Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur. 15. Asalnya manusia dalam kelaparan dan kekurangan melainkan sesiapa yang diberi makan oleh Allah SWT.Dalam hal ini tidak boleh meminta rezeki melainkan daripada Allah. 16. Manusia pada asalnya dalam keadaan tidak berpakaian sehinggalah Allah yang memakaikannya pakaian. “Tidak berpakaian” ini boleh membawa maksud tidak berpakaian secara hissi dan tidak berpakaian secara maknawi. Ini adalah kerana manusia keluar daripada perut ibunya dalam keadaan tidak berpakaian. 17. Kasih sayang Allah kepada hambanya apabila memperlihatkan keadaan mereka yang memerlukan dan bergantung kepada Allah kemudian Allah menyeru mereka meminta kepadanya supaya hilang segala kesusahan dan kefakiran mereka. 18. Manusia itu banyak melakukan kesalahan sebagaimana firman Allah dalam surah alAhzab ayat 72. َ َ ع َة ان َ ا اْْلَم َ ْضن َ ر َ ََّن ع ِ إ ا َ ْه نـ ِ م َ ْن َق ْشف أَ َ ا و َ َه ْلنـ ْمِ َْ َني أَن ََي َأَب ِل ف ا َ ب ا ْْلِ َ ِض و ْ اْْلَر َ ِت و ا َ او َ َّسم لَى ال ُن ا َ نس ا اْْلِ َ لَه َْحَ َ ۖ وًَل و ُ ه َ ا ج ً َن ظَلُوم َكا ُ ه َّ ن إ ﴿٧٢ِ ﴾ Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. 19. Walaupun manusia banyak melakukan dosa dan kesalahan tetapi Allah akan mengampunkan dosa tersebut dengan syarat manusia perlu meminta ampun daripada Allah. Istighfar atau memohon ampun terbahagi kepada dua: Pertama: meminta ampun dengan lafaz seperti Ya Allah ampunilah aku atau aku memohon keampunan kepada Allah. Kedua: memohon keampunan dengan amalan salih sebagaimana sabda nabi: sesiapa yang mengucapkan subhanallah wa bihamdihi dalam satu hari sebanyak 100 kali diampunkan dosanya walaupun seperti buih di lautan. 20. Allah mengampunkan kesemua dosa namun ia khusus bagi sesiapa yang meminta ampun sebagaimana hadith menyebutkan fastaghfiruni (mintalah ampun kepadaku). Manakala sesiapa yang tidak memohon ampun maka dosa-dosa kecil akan terhapus dengan amalan yang baik sebagaimana sabda nabi: solat lima waktu, jumaat ke jumaat, Ramadan ke Ramadan akan menghapuskan antaranya selagimana dosa besar dijauhi.


68 Dosa besar memerlukan kepada taubat yang khusus. Ia tidak akan terhapus dengan amalan baik. Dosa terbahagi kepada tiga: pertama: dosa yang memerlukan kepada taubat dengan ijmak iaitu kekufuran. Kedua: dosa kecil yang boleh dihapuskan dengan amalan salih. Ketiga: dosa yang memerlukan taubat namun majoriti ulama menyebutkan dosa besar memerlukan kepada taubat. 21. Kesempurnaan Allah azza wajalla dan tidak perlunya Allah kepada manusia. Allah meminta manusia untuk memohon keampunan kepadaNya bukan untuk Allah tetapi untuk kebaikan manusia di akhirat nanti. 22. Pusat bagi segala ketakwaan dan kejahatan adalah pada hati. Sebagaimana hadith “tidakkah sesungguhnya pada setiap tubuh badan manusia seketul daging, jika baik maka baiklah tubuh badan tersebut. Jika rosak maka rosaklah tubuh badan keseluruhannya”. Justeru manusia hendaklah membetulkan hatinya, memberi perhatian kepadanya dan membersihkannya. 23. Kesempurnaan kekuasaan dan kekayaan Allah SWT. Jika kesemua umat manusia dan jin meminta daripada Allah nescaya Allah berkuasa untuk memberi setiap seorang daripadanya. Ia juga membuktikan maha pemurahnya Allah SWT. 24. Berkumpulnya manusia pada satu tempat lebih hampir untuk dikabulkan doa berbanding jika manusia dalam keadaan bersendirian. Justeru manusia diperintahkan untuk berkumpul di masjid ketika hari Jumaat, ketika hari raya, ketika solat istisqa/, ketika di Arafat kerana ia hampir kepada dimakbulkan doa. 25. Harus untuk melampau dalam memberi misalan. Samalah seperti ayat 40 surah alA’raf. ََل َ و ِ اء َ َّسم ُب ال ا َ و ْ أَبـ ْ م ُ ََل ُ ح َّ ت َ ُف ا ََل تـ َ ْه نـ َ وا ع َُ ْكب َ ت ْ اس َ ا و َ ن ِ ت َ ِِبَي وا ُ ذب َّ َك َ ين ذِ َّ ن ال َّ ِ إ َ ج ِ ل َ ي َّتٰ َّ َ َ ح ة َّ ن َ لُوَن ا ْْل ُ ْدخ َ ي ِط ا َ ي ا ْْلِ ِّ ِم َ ِِف س ُ ل َ م َ ۖ ا ْْل َني ِ ِرم ْ ُج ِزي الْم َك ََنْ ِ ل َك َذٰ َ و ﴿٤٠﴾ Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan 26. Allah mengira setiap amalan hambanya tanpa kekurangan sedikitpun sebagaimana firman Allah dalam surah al-Zalzalah ayat 7-8. ُ ه َ ر َ ا يـ ً ْ َْي رةٍ خ اَل ذََّ َ ْق ثـ ِ م ْ ل َ م ْ ع َ ن يـ َ ف ﴿٧َ م ُ ه َ ر َ ا يـ ًّ َشر رةٍ اَل ذََّ َ ْق ثـ ِ م ْ ل َ م ْ ع َ ن يـ َ م َ ﴾و ﴿٨ ﴾ Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam catatan amalnya)! Walaupun manusia itu beramal dengan amalan lebih kecil daripada zarah sekalipun ia tetap akan diketahui oleh Allah SWT. Justeru itu kerana zarah adalah sekecil-kecil makhluk di sisi orang Arab maka ia dijadikan perumpamaan. 27. Allah sama sekali tidak akan menzalimi hambanya sedikitpun.


69 28. Wajib mengucapkan Alhamdulillah bagi sesiapa yang menemui kebaikan. Ini adalah kerana Allah lah yang memudahkannya untuk melakukan kebaikan. Keduanya: Allah lah juga yang memberi ganjaran kepadanya atas kebaikan yang dilakukannya. 29. Sesiapa yang tidak melakukan amalan salih dan tidak melakukan kebaikan maka hendaklah dia menyalahkan dirinya sendiri. Hadith 25 يب َّ وِل ِهللا صلى هللا عليه وسلم قَالوا للن ُ َس ِب ر ا َ أَصح ْ ن ِ ً م ا َ َس ن أُن ً أَ َّ َضا ٍ رضي هللا عنه أَي أَيب ذَر ْ َن ع َن َك ْ و ُ م ْ َ ُصو ي َ ، و ْ ي ِ َصل ُ ا ن َ َن َكم ْ و ُّ ُ َصل الدثوِر ِِبألُجوِر، ي ُ َ َب أَهل وَل هللا: ذَه ُ َس ر َ َ صلى هللا عليه وسلم َي ا م ِ ن ب َّ ِ َن؟ إ ْ دقُ و َّ ص َّ َ ا ت َ م ْ لَ ُكم َ هللاُ َل ع َ قَ ْد ج َ ْس لَي َ ، قَا َل: )أَو ْ م ِِ اَل َ ْو ِل أَم ْ ُضو ُف َن ب ْ دقُ و َّ َ َص ت َ ي َ ، و ُ م ْ ُصو َ ن ِ ُكل ٌ ْر أَم َ َصَدقَةٌ و ٍ لَة ْ ي ِ ِ َِتْل ُكل َ َصَدقَةً و ٍ ْ َدة ي َ ِ ََتْم ُكل َ َصَدقَةً و ٍ ة َ ْري ِ َ ْكب ِ ت ُكل َ َصَدقَة. و ٍ ة َ ْح ي ِ ب ْ ٍف َصَد ت قَةٌ َس ْ و ُ ْر ع َ م ِ ِبل ُ َه ت َ ْو َ َشه َ ُدن أَح ْ ِِْت َ َل ِهللا أََي ْ و ُ َس ر َ ْ َصَدقَةٌ قَالُوا: َي ُكم َدِ ُ ْضِع أَح ب ْ ِِف َ َصَدقَةٌ و ْ َك ٍر ن ُ م ْ َن ع ٌ ََنْي َ ُ و ُن لَه ْ ُكو َ ي َ و ؟ ٌ ِوْزر ِ ه ْ لَي َ َن ع َكا أَ امٍ َ ر َ ْ ح ا َِف َ ه َ َ َضع و ْ لَو ْ ُم ت ْ أَي َ ؟ قَا َل: أَر ٌ ْر ا أَج َ ْه ي ِ ف ُ َن لَه َالِل َكا ا َِف اْل َ ه َ َ َضع ِذَا و َك إ ِ فَ َك َذل ٌ م ِ ل ْ ُس ُ م اه َ و َ ( ر ٌ ْر أَج Daripada Abu Zarr RA juga, (beliau meriwayatkan): Bahawa sebahagian sahabat Rasulullah SAW berkata kepada Nabi SAW: Wahai Rasulullah, Orang-orang kaya telah mendapat banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka. Baginda bersabda: Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu yang kamu boleh bersedekah dengannya? Sesungguhnya dengan setiap kali tasbih itu adalah sedekah, setiap kali takbir itu adalah sedekah, setiap kali tahmid itu adalah sedekah, setiap kali tahlil itu adalah sedekah, menyuruh amar makruf itu sedekah, menegah mungkar itu sedekah dan pada kemaluan seseorang kamupun adalah sedekah. Mereka bertanya: Ya Rasulullah! Adakah apabila salah seorang kami melepaskan syahwatnya pun dia beroleh pahala? Baginda bersabda: Bagaimana pandangan kamu kalau dia melepaskan syahwatnya pada tempat haram, adakah dia berdosa? Maka demikian jugalah apabila dia melepaskannya pada tempat yang halal, dia beroleh pahala.Riwayat Imam Muslim Faedah Hadith 1. Bersegeranya sahabat dalam melakukan amalan salih. Mereka datang kepada nabi mengadu tentang orang kaya yang mendapat ganjaran pahala supaya nabi memberitahu mereka amalan apa yang membolehkan mereka juga mendapat pahala. Pengaduan ini bukan disebabkan hasad mereka kepada orang kaya. 2. Amalan badaniyah (fizikal) dikongsi bersama atau dilakukan bersama oleh orang kaya dan orag fakir. Sebagaimana kata mereka “mereka solat sebagaimana kami solat” “mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa”


70 3. Dalam hadith ini nabi mengkhabarkan peluang dan pintu-pintu kebaikan yang boleh direbut oleh fakir miskin. 4. Amalan–amalan yang nabi sebutkan dalam hadith kesemuanya adalah sedekah namun boleh dibahagikan kepada beberapa kategori, ada yang wajib, ada yang tidak wajib. Sebagai contoh takbir solat adalah wajib tetapi takbir sebagai wirid selepas solat digalakkan, sama lah juga dengan tasbih dan tahlil. 5. Al-amru bi al-ma’ruf termasuk dalam perkara wajib. Tetapi amru bi makruf kadang kala menjadi wajib kepada siapa yang mampu dan tiada orang lain yang mampu ketika itu. Begitu juga al-nahyu ‘an munkar 6. Al-amru bi al-ma’ruf mesti memenuhi dua syarat. Orang yang menyuruh mesti tahu bahawa apa yang disuruh itu merupakan perkara ma’ruf. Jika dia jahil maka dia tidak boleh menyuruhnya. Keduanya: Dia mesti mengetahui bahawa orang yang disuruh itu telah meninggalkan perkara ma’ruf. Jika dia tidak tahu hendaklah dia meminta penjelasan terlebih dahulu. Dalilnya pernah seorang lelaki masuk pada hari Jumaat sedang nabi berkhutbah lalu lelaki tersebut duduk lalu nabi bertanya kepadanya adakah engkau telah solat? Beliau menjawab: Tidak, lalu nabi bersabda: Bangunlah dan solatlah dua rakaat dan ringankanlah. Nabi tidak memintanya solat dua rakaat sehingga nabi bertanya adakah dia telah solat atau belum. 7. Al-nahyu ‘an munkar juga perlu memenuhi beberpa syarat: Pertama hendaklah dikenalpasti yang dicegah itu adalah perbuatan munkar dengan dalil syarak. Kedua: Mengetahui dengan pasti bahawa orang yang dicegah itu benar-benar telah melakukan kemungkaran. Seperti orang yang makan dan minum pada bulan Ramadan. Jika hendak mencegahnya hendaklah bertanyakan dia terlebih dahulu adakah dia musafir ataupun tidak? Ketiga: Jangan jadikan pencegahan itu membawa kepada suatu yang lebih buruk daripada perbuatan mungkar tersebut. Dalam hal ini ia terbahagi kepada empat kategori. Kategori pertama: menghilangkan kemungkaran secara keseluruhan. kedua: mengurangkan kemungkaran. Ketiga: merubah kepada kemungkaran seumpamanya. Keempat: merubah kepada kemungkaran yang lebih besar. Jika kemungkaran itu hilang maka mencegahnya adalah wajib. Jika mengurangkan kemungkaran maka mencegahnya juga adalah wajib. Jika merubah kepada kemungkaran lain yang sama dengannya maka perlu dilihat terlebih dahulu. Kemungkinan merubah kepada kemungkaran yang lain menunjukkan satu pengurangan. kemungkinan juga sebaliknya kerana kekalnya dia dalam kemungkaran yang pertama mungkin lebih baik baginya. Keempat: jika merubah kepada kemungkaran yang lebih besar maka mencegahnya adalah haram. Manakala dalil bagi yag keempat ialah firman Allah dalam surah alAn’am ayat 108. وا ُّ ب ُ َس ي َ فـ ِ ـه َّ الل ُونِ ن د ِ وَن م ُ ْدع َ ي َ ين ذِ َّ وا ال ُّ ب ُ َس ََل ت َ و ْلٍم ِ عِ ْ َْي غ ِ ا ب ً َ ْدو ع َ ـه َّ ۖ الل ِّ ُكِل ِ َّا ل ن َّ يـ َ َك ز ِ ل َك َذٰ لُوَن َ م ْ ع َ ُوا يـ َكان ا َ ِ م ِب ُ ُه ئـ ِّ ِ ب َ ن ُ يـ َ فـ ْ م ُ ه ُ ع ْجِ َّمر م ِ ِّ َِب َ ََّلٰ ر ِ ُثَّ إ ْ م ُ لَه َ َم ع ٍ أُ ﴿١٠٨َّ ﴾مة Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan


71 amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan. Pernah diceritakan bahawa Ibn Taimiah pernah berjalan bersama rakannya kemudian beliau lalu di hadapan orang Tartar yang sedang meminum arak dan melakukan kefasikan. Tetapi Ibn Taimiah tidak mencegah mereka lalu ditanya oleh sahabatnya. Kenapa engkau tidak melarang mereka? Lalu jawab Ibn Taimiah: Jika aku melarang mereka, mereka akan buat perkara yang lebih dahsyat lagi daripada apa yang mereka buat sekarang seperti menceroboh rumah orang, merampas harta dan sebagainya. 8. Kemaluan juga berkait dengan sedekah. Sedekah dalam bentuk ini boleh menjadi wajib dan boleh menjadi mustahab. Jika seseorang itu takut melakukan zina jika tidak mendatangi isterinya maka jadilah ia sedekah yang wajib,jika tidak, ia menjadi mustahab. Kemaluan menjadi sedekah walaupun kerana shahwat. Pertama kerana manusia itu diperintahkan untuk tidak menghalang dirinya daripada apa yang menyeronokkan jika dalam bukan perkara maksiat. Perkara ini berdasarkan sabda nabi sesungguhnya bagi tubuh badan engkau ke atas engkau menunaikan haknya. 9. Para sahabat tidak pernah membiarkan sesuatu kemusykilan melainkan mereka pasti akan bertanya kepada nabi. Ini berdasarkan pertanyaan sahabat adakah jika seseorang menunaikan shahwatnya maka baginya sedekah. 10. Segala perkara yang berkaitan dengan agama, sama ada ia datang daripada nabi, atau nabi ditanya tentang sesuatu perkara lalu nabi menjawabnya. 11. Teknik pengajaran nabi yang berkesan apabila memberikan perumpamaan. Melalui perumpamaan tersebut nabi mendekatkan perkara hissi kepada akal. “Apa pandangan kamu jika dia meletakkan pada perkara haram maka ke atasnya dosa sama lah juga jika dia meletakkan pada perkara halal maka baginya pahala. Hadith 26 َّا ِس الن َ ن ِ َى م ُالم وُل ِهللا صلى هللا عليه وسلم: " ُك ُّل س ُ َس ةَ رضي هللا عنه قَا َل: قَا َل ر َ ْر ي َ ُر أَِيب ه ْ َن ع َص َْنيِ ََْني اثْ ن ُل ب ْدِ َع : ت ُ ْس شم ال َّ ِ ه ْ ي ِ ف ُ َطْلُع ت ٍ وم َ َصَدقَةٌ ُك ُّل ي ِ ه ْ لَي َ ُ ع لَه ُ َ ْحمِل فَ ت ِ ه ِ ت َّ اب َ َ ِف د ُل رج َّ ُْني ال ِ ُع ت َ َدقَةٌ، و ا َ ْه ِشي ََتْ ٍ ة َ ُخطْو ِ ُكل ِ ب َ َصَدقَةٌ، و ةُ َ ب ِ ي َّ ةُ الط َ م ِ ال َكل َ ُ َصَدقَةٌ، و َه اع َ ت َ ا م َ ْه لَي َ ُ ع لَه ُ فَع ْ َر ا أَو ت َ ْه لَي َ ع ِ صالة َىل ال َّ ِ إ َصَدقَةٌ" ِق ْ َِّري ِن الط َ ُط األَذى ع ْ ي َُتِ َ َصَدقَةٌ، و رواه البخاري ومسلم Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari; engkau berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah, engkau membantu seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau hayunkan kaki pergi solat adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalan adalah sedekah. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.


72 Faedah Hadith 1. Wajib bersedekah bagi setiap manusia pada setiap hari bermula terbitnya matahari dan dipertanggungjawabkan kepada setiap anggota daripada anggota-anggotanya. Ini adalah kerana setiap manusia yang sihat wajib bersyukur kepada Allah kerana semua anggotanya dalam keadaan sihat dan sempurna. 2. Seharusnya bagi manusia untuk memberikan komitmen dalam melaksanakan solat sunat Duha sebagai ganti kepada sedekah yang dipertanggungjawabkan kepadanya iaitu bagi 360 sendi yang ada pada tubuh badannya. 3. Solat Duha bermula daripada selepas naik matahari iaitu selepas 15 minit sehingga sebelum 10 hingga 5 minit gelincir matahari. Akhir waktu ialah waktu yang lebih afdal. Sekurang-kurangnya dua rakaat dan tiada had kepada yang maksimum. 4. Mataharilah yang beredar mengelilingi bumi. Pertukaran malam dan siang bukan disebabkan bumi yang mengelilingi matahari tetapi matahari yang mengelilingi bumi. Fakta yang lain ialah hadith ketika nabi bertanya kepada Abu Zar ke mana perginya matahari ketika terbenam? Abu Zar menjawab Allah dan rasulnya lebih mengetahui. Jika ditanya bagaimana pula planet sebesar matahari boleh mengelilingi planet yang sangat kecil seperti bumi. Jawapannya Allah yang mengerakkan matahari untuk mengelilingi bumi dan Allah berkuasa di atas segala sesuatu. 5. Kelebihan berlaku adil dalam menentukan hukum di antara dua orang sebagaimana firman Allah dalam surah al-Nisa ayat 128. َ أَةٌ خ َ ر ْ ام ِنِ إ َ و ا َ م ُ َه نـ ْ يـ َ ا بـ َ ح ِ ُ ْصل ا أَن ي َ ِهم ْ لَي َ ع َ اح َ ن ُ َََل ج ًضا ف ا َ ْر ِع إ ْ ا أَو ً ُ ُشوز ا ن َ ه ِ ل ْ ع َ ن بـ ِ َ ْت م اف ا ً ْلح ُ ۖ ٌْ ص َْي ُ خ صْلح ال ُّ َ ح ش َّ ۖ ال ُّ و ُ ُس ِت اْْلَنف َ ِضر ْ أُح َ ۖ و َ ـه َّ ن الل َّ ِ إ َ ُوا ف َّـق ت َ تـ َ ُوا و ن ِن ُُتْسِ إ َ و ا﴿ ً ِْي ب َ لُوَن خ َ م ْ َع ا تـ َ ِ َن ِب َك ١٢٨ ا ﴾ Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya "nusyuz" (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai); sedang sifat bakhil kedekut (tidak suka memberi atau bertolak ansur) itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan), dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman), maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan. 6. Seruan kepada membantu orang lain kerana ia dianggap sedekah. Jika saudaramu sangat memerlukan pertolonganmu maka pertolongan yang diberikan ketika itu adalah lebih baik. 7. Seruan kepada perkataan yang baik. Al-Kalimah al-Tayyibah adalah sedekah. Setiap kalimah yang ada dalam Quran adalah sedekah. Kalimah tayyibah bukan sahaja pada perkataannya tetapi juga termasuk gaya penyampaiannya, topiknya dll. 8. Menghilangkan sesuatu yang menghalang jalan dianggap sedekah. Justeru dapat difahami bahawa meletakkan sesuatu yang menyusahkan di jalan adalah satu jenayah.


73 9. Boleh juga difahami secara maknawi bahawa menghilangkan sesuatu yang menyakitkan di jalan bermaksud menghilangkan bidaah, kemungkaran dan segala kemaksiatan. 10. Apa sahaja yang mendekatkan diri kepada Allah dan berbuat baik kepada makhluk maka kesemuanaya dianggap sedekah. Apa yang disebutkan oleh nabi dalam hadith ini hanya sebagai contoh. Hadith 27 عن النواس بن َسعان رضي هللا عنهما، عن النيب صلى هللا عليه وسلم قال: الِب حسن اخللق، واإلُث ما حاك ِف نفسك وكرهت أن يطلع عليه الناس. رواه مسلم وعن وابصة بن معبد رضى هللا عنه، قال: أتيت رسول هللا صلى هللا عليه وسلم، فقال: جئت تسأل عن الِب واإلُث؟ قلت: نعم؛ قال: استفت قلبك؛ الِب ما اطمأنت إليه النفس واطمأن اليه القلب، واإلُث ما حاك ِف النفس وتردد ِف الصدر، وإن أفتاك الناس وأفتوك. قال الشيخ - رِحه هللا - حديث حسن، رويناه ِف مسندي اإلمام أِحد بن حنبل، والدارمي إبسناد حسن Daripada al-Nawwas bin Sam'an RA daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. Hadis riwayat al-lmam Muslim. Dan daripada Wabisah bin Ma'bad RA beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu. Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Darimi dengan isnad yang baik. Terjemahan Perawi Al-Nawwas bin Sam’an bin Khalid bin Amr Al-Amiry Al-Kulaby RA. Sahabat yang berasal dari negeri Syam, datang menghadap Nabi SAW bersama bapanya lalu tinggal di Madinah selama setahun untuk mendalami agama. Beliau meriwayatkan sebanyak 17 hadith. Faedah Hadith


74 1. Seruan kepada berakhlak mulia. Jika seseorang memperbaiki akhlaknya maka sebenarnya dia di dalam kebaikan. 2. Jika seseorang itu marah kerana Allah adakah tidak termasuk dalam kebaikan dan akhlak yang baik? Jawapannya, Ia termasuk kerana nabi SAW tidak pernah marah untuk dirinya tetapi jika apa yang diharamkan oleh Allah dilanggari maka nabi akan menjadi tersangat marah. 3. Seseorang yang hatinya bersih jika terdetik dalam hatinya dosa atau tidak berdosa maka hendaklah dia melupakannya dan tidak melayannya sebagaimana sabda nabi tinggalkanlah apa yang meragukan engaku kepada yang tidak meragukan engkau. 4. Seorang lelaki beriman tidak suka orang melihat dosa yang dia lakukan. Manakala lelaki yang jahat dan melampau merasa biasa orang melihat dosa-dosanya. Bahkan ada manusia yang berbangga dengan dosa-dosa yang dia lakukan. 5. Kisah Wabisah al-Asadi. Bagaimana boleh wujud dalam hati nabi bahawa lelaki iaitu Wabisah datang untuk bertanyakan tentang kebaikan? Jawapannya kemungkinan nabi diberitahu bahawa Wabisah bertanyakan tentang kebaikan. Ketika dia datang kepada nabi terus nabi bertanya adakah engkau datang untuk bertanyakan tentang kebaikan atau mungkin juga ia bersumberkan firasat nabi 6. Al-Bir ialah apa sahaja yang membuatkan hati engkau tenang dengannya, reda dengannya, lapang dengannya dan jiwa boleh menerimanya. Manakala bagi yang hatinya tidak bersih, dia tidak akan selesa dengan kebaikan, jiwanya tidak tenang dengan kebaikan sehingga dia berusaha untuk menjauhkan diri daripada kebaikan. 7. Dosa ialah apa yang meragukan pada jiwa. Begitu juga meragukan pada hati. 8. Baik dan mulianya akhlak nabi apabila memulakan soalan dengan apa yang terbuku di dada lelaki tersebut sehingga dia berasa lapang dan tenang . 9. Harus kembali kepada hati dan jiwa tetapi dengan syarat bagi orang yang istiqamah dengan agamanya. 10. Golongan sufiah berhujjah dengan hadith ini bahawa zauq (rasa) merupakan dalil syarak apabila nabi menyebutkan “mintalah pandangan hati engkau”. Jawapannya tidak boleh mensyariatkan sesuatu dalam agama yang tidak dizinkan oleh Allah. 11. Wabisah adalah seorang lelaki yang berusaha menjaga syariatnya. Justeru orang seperti ini pasti dibantu dan diberi hidayah oleh Allah untuk tidak merasa tenang melainkan kepada perkara kebaikan atau perkara yang disukai oleh Allah. 12. Orang Islam tidak boleh terikat dengan nasihat seseorang tertentu terutamanya jika wujud dalam dirinya ragu ragu. Dalam hal ini maka hendaklah dia bertanya orang alim lain bagi menghilangkan keraguannya. 13. Asas dan prinsip dalam syariat ialah dalil bukan kepada apa yang tersebar di kalangan manusia. Mungkin sesuatu amalan itu mahsyur di kalangan manusia tetapi ia tidak benar.


75 Hadith 28 َن أَيب ُب ع ا الُقلُو َ نه ِ جلَت م ِ َ ظَةً و وعِ َ وُل ِهللا م ُ َس َظَنا ر ع َ ةَ رضي هللا عنه قَا َل: و َ اري َ ِض ب ِن س َ ي ٍح العرِب ََنِ َ ْقو َ ت ِ ب ْ ُكم ْ ِصي ْ ا، قَا َل: أُو َ ٍع فَأَو ِصن ِ د َ و ُ ظَةُ م عِ ْ و َ َنَا م َّ وَل ِهللا َكأَ ُ َس ر َ ا: َي َ يون. فَ ُقْلن ُ ا الع َ نه ِ فَت م َ ذَر َ ى ِهللا و عز َّس ال َ َ وجل و لَي ً؛ فَ ع ا َ ِري ً َكث ِالفَا ْخت َ ََريى ا فَس ْ ْ ُكم ن ِ ْش م ِ ع َ ي ْ َن م ُ ه َّ ن ِ ْ ٌد، فَإ ب َ ع ْ ُكم ْ لَي َ ع َ مر ََّ َ ْن َت ِ إ َ و ِ َة اع َّ الط َ مِع و ْ ُكم ُُمْ َدََث ِت األُ َ و ْ ََّي ُكم ِ إ َ و جذِ ِ ا َ َّ و ا ِِبلن َ ْه لَي َ ضوا ع ُّ َ َني ع ِ ي ْدِ امل ه َ ين دِ راشِ َّ ال ِ اخلُلََفاء ِ َّة ن ُ َس و ْ َِِّت ن ُ ِس ب ن كل َّ وِر فإ ُ م َضاللَةٌ رواه أبو دا ٍ َة ْدع ِ بدعة، وُك َّل ب ُُمدثة ود والرتمذي وقال: حديث حسن صحيح ٍ Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata. Kami berkata: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertaqwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, sesiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, necaya dia akan melihat banyak perselisihan. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah khulafa' Rasyidin yang mendapat hidayat. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkaraperkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah dan setiap bid'ah itu adalah sesat dan setiap kesesatan itu dalam neraka. Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi. al-Tirmizi berkata ia hadis sahih. Terjemahan Perawi Nama panggilan Irbad bin Sariyyah ialah Abu Najih. Beliau berasal dari Bani Sulaim. Beliau merupakan salah seorang sahabat dari tujuh orang Bani Sulaim yang berbaiah kepada Nabi. Syuraih bin Ubaid berkata; Kami datang kepada Nabi, tujuh orang dari Bani Sulaim. Yang tertua di antara kami adalah Irbad bin Sariyah, lalu kami pun membaiat Nabi. Bani Sulaim adalah kelompok besar yang lahir darinya berbagai kabilah besar. Beliau juga termasuk dari kalangan sahabat ahli suffah. Irbad bin Sariyah meriwayatkan 31 hadis dari Rasulullah SAW. Antara perawi yang meriwayatkan hadith dari beliau ialah Abdul al-Rahman bin Amr AlSulami, Abu Salamah Abdul al-Rahman bin Maisarah Al-Hadrami, Abu Rahm Ahzab bin Usaid Al-Simai, Habib bin Ubaid, Abdullah bin Abi Bilal, Suwaid bin Jabalah, Abdul A’la bin Hilal, Jubair bin Nufair, Khalid bin Ma’dan, Ubadah bin Aufa Al-Namiri, Hajar bin Hajar dan selain mereka. Setelah orang Islam berjaya menguasai Syam, beliau menetap di Hims sehingga meninggal dunia pada tahun 75H Faedah Hadith 1. Seseorang yang memberi nasihat seharusnya memastikan nasihatnya memberi kesan kepada pendengar sama ada melalui gaya penyampaiannya atau lafaz yang digunakan.


76 2. Nasihat dan peringatan perlu disesuaikan mengikut keadaan dan keperluan. Tidak boleh terlalu kerap sehingga membosankan pendengar sehingga pendengar menjauhkan diri daripada mendengar nasihat dan peringatan. Nabi juga bersilih ganti waktu dalam memberi nasihat kepada sahabatnya. 3. Nasihat yang mendalam dan berkesan akan memberi pengaruh kepada pendengar sebagaimana kata sahabat “yang mengesankan pada hati dan mengalirkan air mata”. 4. Hati yang lembut akan menangis tetapi hati yang keras tidak akan menangis. 5. Kebiasaan dari sudut adat, nasihat dan peringatan terakhir akan lebih mendalam dan meresap ke dalam jiwa kerana yang memberi nasihat tidak akan bersama lagi dengan orang yang dinasihatkan. 6. Meminta nasihat dan peringatan bilakah waktu yang sesuai? Biasanya dengan sebab tertentu, sebagai contoh seorang yang hendak pergi musafir kemudian dia bertanya kepada orang yang alim dan meminta nasihat daripadanya. 7. Sepenting penting nasihat dan peringatan ialah suruhan supaya bertakwa kepada Allah sebagaimana sabda nabi: aku wasiatkan kamu supaya bertakwa kepada Allah. 8. Wasiat nabi supaya dengar dan taat kepada pemerintah berdasarkan dalil daripada alQuran dan hadith. Firman Allah dalam surah al-Nisa ayat 59. ُ يع ُوا أَطِ ن َ آم َ ين ذِ َّ ا ال َ ه ُّ أَيـ َ َي ْ ن ُكم ِ ِر م ْ أُوِِل اْْلَم َ وَل و ُ َّس وا الر ُ يع أَطِ َ و َ ـه َّ ۖ ِِف وا الل ْ ُم ت ْ َع از َ ن َ ِن تـ إ َ ف ِر اْْلخِ ِ م ْ و َ الْيـ َ و ِ ـه َّ ُوَن ِِبلل ن ِ م ْ ُؤ تـ ْ ُم ِن ُكنت وِل إ ُ َّس الر َ و ِ ـه َّ ََّل الل ِ إ ُ دوه ُّ ُ َر فـ ٍ ء ْ ۖ َشي ُ ن َ ْس أَح َ و ٌْ َْي َك خ ِ ل ٰ ذَ ًَل﴿ ِْوي َت ٥٩َ ﴾ Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. Ketaatan kepada pemerintah selagi mana mereka taat kepada Allah dan rasul. Selagi mana pemerintah tidak memerintahkan kita melakukan maksiat maka selagi itu wajib kepada kita mentaati pemerintah. Bermaksud walaupun pemerintah menderhaka kepada Allah dan rasul maka wajib kita mentaatinya selagi dia tidak menyuruh kita melakukan kemaksiatan. Nabi sendiri pernah bersabda: “dengar dan taat walaupun dia memukul belakang kamu dan merampas harta kamu”. 9. Ketaatan kepada pemerintah adakah dalam semua perkara atau dalam perkara yang berkaitan dengan pemerintahan sahaja? Jawapannya: apa yang berkaitan dengan pemerintahan dan urusan rakyat sahaja. Jika selainnya, tidak perlu taat kepada mereka namun tidak boleh mengangkat senjata menentang mereka. 10. Bagaimana pula dengan ketua yang dilantik ketika musafir adakah perlu taat kepadanya? Jawapannya: Ya. Jika tidak taat kepadanya, apakah faedahnya pula


77 melantiknya sebagai ketua ketika musafir. Tetapi ketaatan kepadanya hanya berkaitan dengan urusan musafir. 11. Munculnya tanda daripada tanda tanda kebenaran sabdaan nabi apabila nabi menyebutkan: sesungguhnya sesiapa yang hidup daripada kamu maka dia akan melihat perselisihan yang banyak”. Perkara yang disebutkan nabi benar-benar berlaku. 12. Wajib berpegang dengan sunnah nabi ketika berlaku perselisihan. Berpegang dengan sunnah nabi adalah wajib dalam setiap keadaan dan amat penting terutamanya ketika berlaku perselisihan. 13. Wajib bagi setiap umat Islam mempelajari sunnah Rasulullah SAW. Bagaimana hendak beramal dengan sunnah jika tidak mengetahui dan memahami sunnah. 14. Sunnah Khulafa’ al-Rasyidin juga merupakan sunnah yang wajib diikuti. Apa yang dikira sunnah Khulafa al-Rasyidin dikira juga sebagai sunnah nabi dengan perakuan nabi. Ada orang menganggap azan awal pada hari Jumaat bidaah kerana ia tidak dikenali pada zaman nabi SAW. Ia adalah merupakan sunnah saidina Uthman. Soalannya adakah sunnah sunnah saidina Uthman ini diambil selagi mana ia tidak bertentangan dengan sunnah nabi.? Jawapannya: Ya. Saidina Uthman tidak menyalahi nabi dalam hal ini. Pada zaman nabi, kota Madinah kecil keluasannya dan dekat antara satu sama lain justeru tidak memerlukan azan pertama. Tetapi pada zaman saidina Uthman, Madinah telah berkembang pesat, penduduk Madinah bertambah ramai dan manusia ketika itu sibuk dengan urusan masing-masing. Dalam hal ini memerlukan kepada azan lain sebelum azan ketika datangnya imam. Apa yang dilakukan oleh saidina Uthman ada asalnya daripada sunnah nabi SAW. Iaitu apabila dalam bulan Ramadan, Bilal dan Ibn Ummi Maktum akan azan. Bilal akan azan sebelum fajar dan tujuannya adalah untuk mengejutkan orang yang tidur dan orang yang solat malam untuk pulang bersahur. Saidina Uthman mengadakan azan pertama adalah untuk orang yang jauh supaya segera bersiap sedia untuk datang ke masjid. Maka dalam hal ini ia dianggap sunnah. 15. Suruhan supaya berpegang dengan sunnah nabi dan sunnah Khulafa’ al-Rasyidin dengan pegangan yang kuat sebagaimana sabda nabi “peganglah dengan gigi geraham kamu”. 16. Bagaimana pula dengan kefahaman terhadap hadith man sanna fi al-Islam sunnatan hasanatan? Pertamanya maksudnya menghidupkan sunnah atau memulakan sunnah nabi atau keduanya bermaksud: memulakan sesuatu yang bertujuan untuk sampai kepada perkara yang baik yang memenuhi syarak seperti sahabat mengumpulkan pelbagai mushaf pada satu mushaf. Ini adalah sunnah yang baik. Tujuannya adalah untuk mengelakkan perpecahan di antara orang Islam. Begitu juga penyusunan dan pengumpulan hadith, tujuannya adalah untuk memelihara hadith nabi SAW. 17. Kesemua bidaah adalah sesat dan kesemuanya buruk walaupun cuba diperindahkan berdasarkan sabda nabi setiap bidaah adalah sesat. Dalam hadith ini, nabi tidak mengecualikan suatu apa pun. Justeru adalah salah membahagikan bidaah kepada beberapa bahagian. Ini adalah kerana nabi adalah orang yang paling tahu tentang syariat Allah dan yang paling faham tentag syariat Allah. Kemudian datang ulama selepasnya dan menyatakan bahawa bukan kesemua bidaah adalah sesat bahkan terbahagi kepada hasanah, mubahah, makruhah, muharramah, dan wajibah. Mereka menyatakan bidaah


78 hasanah ialah seperti mengumpulkan pelbagai mushaf dalam satu mushaf, atau menulis hadith. Jawapannya ia bukan bidaah. Ia adalah satu wasilah (perantara) untuk mencapai suatu perkara syarak. Dalam hal ini, kita tidak mereka-reka sesuatu dalam ibadat. Hadith 29 اعدِن م ٍن َ ب ُ ي َ َّةَ و ن َ لُِن اجل ُدخِ ٍل ي َ َم ع ِ وَل هللا أَخِِبِِن ب ُ َس ر َ ُت َي ٍل رضي هللا عنه قَا َل: قُل َ ب َ اذ بن ج َ ع ُ َن م ع ُ ه َّ ن ِ إ َ ٍم و ْ ي َظِ ْ ع َن َت ع أَلْ َ النار قَا َل: لََق ْد س ِ ه ِ ُ ْشِرُك ب ُ ُد هللاَ الَت ب ْ َع : ت ِ ه ْ لَي َ اَىل ع َ َع ت ُ هللاُ ه َ َّسر َ ي ْ َن لَى م َ ع ٌ ِسْري َ لَي لَى َ َك ع ُّ ل ُ ْ َت. ُُثَّ قَا َل: أَالَ أَد ي َ ج الب ََتُ ُّ َ َن، و َ َضا م َ ر ُ َ ُصوم ت َ زَكاة، و ُؤِِت الَّ ت َ صالة، و ال َّ ُ ْم ي ِ ُق ت َ ا، و َ ئ ْ َشي ِب ا َ ْو أَب َّةٌ، ن ُ ُ ج م ْ صو اخلَْري ِل ِ: ال َّ ْ ي َّ ِف الل ْ و َ ِل ِِف ج ُ رج َّ َ َصالةُ ال ، و َ َّار الن ُ املَاء ُ ئ ِ ُطْف ا ي َ َةَ َكم ئ ْ ي اخلَطِ ُ ئ ِ ُطْف صَدقَةُ ت ال َّ َ و وْن( )السجدة: ُ لَم ْ ع َ َغ: )ي لَ َ َّت ب َّ َ ج ِع( ح ِ َ َضا ِن الْم َ ع ْ ُم ُوُُب ن ُ اََف ج َ َج ت َ ت 16-17ُُ )ثَّ قَا َل: أَال َال: )ت ُُثَّ ِر ْ أْ ِس األَم َ ر ِ َك ب ُ ْخِِب أُ ُ ْالم ِر ا ِإلس ْ ُس األَم أْ َ وَل ِهللا، قَا َل: ر ُ َس ر َ لَى َي َ ُت: ب ؟ قُ ْل ِ ه ِ ام َ ن َ س ِ ة َ ْو ر ذِ َ و ِ ه ودِ ُ َم ع َ و و ُ َس ر َ لَى َي َ ُت: ب ؟ قُ ْل ِ ه ِ َك ُكل ِ ذَل َك ِِبالكِ ُ ُُثَّ قَا َل: أَال أُخِِب ُ اد َ ه اجلِ ِ ه ِ ام َ ن َ ةُ س َ ذرو َ صالةُ و ال َّ ُ ه ُ ود ُ َم ع َ َل ِهللا و . ِ ه ِ ان َ س ِ ل ِ َخ َذ ب ْ َك فَأَ لَت َكِ َقا َل: ث ؟ فَ ِ ه ِ ب ُ م َّ َكل َ َت ا ن َخ ُذوَن ِِبَ ا َ ؤ ُ َّن لَم ِ إ َ ِهللا و َّ ِيب َ ن َ ُت َي َذا. قُ ْل َ ْ َك ه لَي َ قَا َل: ُك َّف ع َ و ُد أَ ِ َ َصائ ح ِالَّ إ ْ م ِ ِره اخِ َ ن َ لَى م َ أَو قَا َل: ع ْ ِهم ِ وه ُ ُج لَى و َ َّاِر ع َس ِِف الن َّا ب الن ُك ُّ َ ي ْ َل ه َ اذُ. و َ ع ُ م َ َك َي م ِه أُُّ ِ ت َ ِسن ل ( ْ م رواه الرتمذي وقال: حديث حسن صحيح Daripada Mu'az bin Jabal RA beliau berkata: Aku berkata: Ya Rasulullah, Terangkan padaku suatu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku daripada api neraka. Baginda bersabda: Sesungguhnya engkau telah bertanya suatu perkara besar, namun sesungguhnya ia adalah ringan bagi orang yang dipermudahkan Allah, iaitu engkau menyembah Allah, jangan mensyirikkanNya dengan sesuatu, engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan dan mengerjakan haji ke Baitullah. Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku tunjukkan beberapa pintu kebajikan? Puasa itu adalah perisai, sedekah dapat memadamkan dosa seumpama air memadamkan api dan solat seorang lelaki di tengah malam. Kemudian Baginda membaca ayat al-Qur'an yang bererti: (Tulang -tulang rusuk mereka telah renggang dari tempat tidur mereka. Mereka menyeru Tuhan mereka dengan perasaan takut dan penuh harapan dan mereka membelanjakan sebahagian rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka. Seseorang tidak mengetahui apakah yang disembunyikan bagi mereka yang terdiri daripada perkara yang menyejukkan mata sebagai balasan terhadap amalan yang mereka telah lakukan). Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu tonggak segala amal, tiang-tiangnya dan puncaknya? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah. Baginda bersabda: Tonggak amalan ialah lslam, tiangtiangnya ialah sembahyang dan puncaknya ialah jihad. Kemudian Baginda bersabda: Apakah


79 engkau mahu aku khabarkan kepadamu kunci segala perkara tersebut? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah. Lalu Baginda memegang lidahnya seraya bersabda: Peliharalah benda ini. Aku berkata: Ya Nabi Allah, Adakah kita akan diseksa lantaran apa yang dibicarakannya? Baginda bersabda: lbumu akan kehilanganmu wahai Mu'az. Tiadalah manusia itu dihumbankan mukanya - atau Baginda bersabda - dihumbankan batang hidungnya ke dalam api neraka kecuali kerana hasil tanaman lidah-lidah mereka. Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis sahih. Terjemahan Perawi Mu’az bin Jabal Al-Anshari Al-Khazrajy, Abu Abd al-Rahman RA. Dikenali sebagai sahabat yang paling banyak mengetahui perkara halal dan haram berdasarkan persaksian Rasulullah SAW, sebagaimana sabdanya, “Orang yang paling mengetahui perkara halal dan haram dari umatku adalah Mu’az bin Jabal. Mu’az dikenal sebagai pemuda tampan, halus budi, santun, pemalu dan dermawan. Beliau masuk Islam pada usia 18 tahun. Ikut serta dalam Baitul Aqabah, perang Badr dan seluruh perang lainnya. Rasulullah SAW mengirimnya ke Yaman untuk menjadi penguasa di sana. Beliau wafat ketika usianya masih muda, yaitu pada usia 34 tahun, tahun 18 H, kerana penyakit Ta’un yang dideritanya. Beliau meriwayatkan sebanyak 157 hadith. Faedah Hadith 1. Kesungguhan Muaz bin Jabal di mana beliau tidak bertanya tentang perkara keduniaan tetapi kesemuanya berkaitan urusan akhirat. Beliau bertanya: Beritahukan aku dengan amalan yang memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku daripada neraka. Beliau merupakan salah seorang fuqaha’ sahabat kerana nabi mengutusnya ke Yaman sebagai da’i, mufti dan hakim. 2. Kebenaran wujudnya syurga dan neraka dan menyakini keduanya termasuk dalam rukun iman. 3. Amalan lah yang memasukkan seseorang itu ke syurga dan menjauhkannya daripada neraka. Timbul persoalan bagaimana pula dengan hadith yang bermaksud: “tidak masuk seseorang ke dalam syurga dengan amalannya. Sahabat bertanya bukan juga engkau wahai Rasulullah. Jawab baginda: Bukan juga aku melainkan Allah melindungiku dengan rahmatnya. Ba’ disini mempunyai dua makna. Kadangkala membawa maksud sababiyah dan kadangkala membawa maksud li al-‘Iwad. Sebagai contoh aku menjual ke atas engkau kitab dengan satu dirham. Maka ba’ di sini membawa maksud aud (ganti). Manakala jika contoh seperti ini: Aku muliakan engkau dengan sebab engkau muliakan aku. Maka yang ini adalah sababiyah. Maksud tidak akan masuk syurga seseorang dengan amalannya. Ba’ dalam hadith ini berfungsi sebagai mu’awadah. Seperti seorang yang diberikan nikmat pernafasan. Jika nikmat pernafasan ini hendak digantikan dengan amalan manusia maka pasti ia tidak boleh diganti. 4. Soalan yang ditanya oleh Muaz merupakan soalan yang besar dan penting kerana pada hakikatnya ia adalah rahsia kehidupan dan kewujudan. Setiap yang hidup di dunia daripada bani Adam atau jin matlamatnya ialah syurga atau neraka.


80 5. Sewajarnya bagi manusia bertanyakan kepada Allah supaya dimudahkan kehidupannya di dunia dan akhirat. Jika sesiapa yang Allah tidak mudahkan baginya maka dia akan susah dalam semua perkara. 6. Hadith menyebutkan rukun Islam tetapi tidak menyebutkan tentang risalah nabi. Ini adalah kerana ibadat kepada Allah mengandungi risalah. Tidak mungkin seseorang hamba itu boleh beribadat melainkan apa yang disyariatkan oleh nabinya. 7. Tugas dan kewajipan yang paling penting ialah beribadat kepada Allah yang satu iaitu mentauhidkannya. 8. Nabi menjawab lebih daripada apa yang ditanya apabila nabi bertanya: Tidakkah aku tunjukkan kepada kamu kepada pintu-pintu kebaikan”. Itu adalah kebiasaan nabi jika perlu untuk menyebutkan sesuatu sebagai tambahan kepada soalan yang ditanya. Sebagai contoh nabi pernah ditanya tentang hukum air laut bolehkah dibuat untuk berwuduk? Nabi menjawab airnya suci dan halal bangkainya. Suci airnya adalah jawapan kepada soalan. Manakala halal bangkainya adalah tambahan. Justeru apabila manusia yang berada di laut memerlukan kepada makanan maka nabi menyebutkan bahawa bangkainya halal. 9. Puasa adalah pelindung daripada kemaksiatan. Justeru manusia diharamkan melakukan maksiat ketika berpuasa. Adakah kemaksiatan membatalkan puasa? Jika yang diharamkan khusus bagi puasa maka akan merosakkan puasanya. Jika ia umum ia tidak akan merosakkannya. Contoh seperti haram ke atas orang berpuasa untuk makan dan minum. Bermaksud jika dia makan atau minum akan rosak puasanya. Bagaimana pula dengan mengumpat kerana mengumpat juga haram ke atasnya. Jika dia mengumpat ke atas saudaranya tidak rosak puasanya kerana larangan tersebut tiada kaitan dengan puasa. Kaedah ini adalah kaedah yang dipegang oleh majoriti ulama. Setengah ulama pula menyebutkan jika orang yang berpuasa melakukan perkara yang haram walaupun secara umum maka puasanya rosak. Mereka berhujah dengan sabda nabi sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan al-Zur (dusta), dan beramal ke arahnya maka Allah tidak berkehendak kepada puasanya. Namun apa yang dipegang oleh majoriti ulama lebih sahih. Sebenarnya apa yang dimaksudkan oleh nabi ialah menjelaskan hikmah daripada puasa. Bukan untuk menjelaskan rosaknya puasa dengan bercakap al-zur (dusta) dan beramal ke arahnya. 10. Sedekah boleh menghilangkan dosa. Nabi SAW bersabda: setiap orang di bawah lindungan sedekahnya pada hari kiamat. Begitu juga hadith: tujuh golongan dilindungi Allah di bawah lindungannya pada hari tiada lindungan melainkan lindungan Allah, imam adil, sehingga nabi menyebutkan: seorang lelaki bersedekah dengan suatu sedekah lalu dia menyembunyikannya sehingga tangan kiri tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya. Lindungan yang dimaksudkan di sini ialah lindungan yang dijadikan oleh Allah. 11. Dosa mengandungi di dalamnya kepanasan sehingga manusia di azab dengan api neraka. Manakala air pula mengandungi sedikit kesejukan. Justeru nabi mengumpamakan yang demikian itu dengan air yang memadam api. Ia juga temasuk di bawah keindahan penyampaian nabi atau teknik nabi dalam penyampaian hadith. 12. Galakan kepada solat malam kerana ia akan menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api.


81 13. Kenapa tidak disebut الرجيم الشيطان من بهلل ِأعوذ ketika nabi menyebutkan ayat al-Quran. Jawapannya: Ayat tersebut tidak bertujuan untuk tilawah tetapi untuk istidlal (berhujjah) 14. Kelebihan golongan yang tidak tidur kerana beribadat kepada Allah dan bukan melakukan perkara yang makruh atau haram. 15. Doa manusia kepada tuhannya dengan penuh rasa takut dan penuh pengharapan. Takut tidak dimakbulkan sebagaimana dalam surah al-Mukminun ayat 60. وَن﴿ ُ ع اجِ َ ر ْ م ِ ِّ َِب َ ََّلٰ ر ِ إ ْ َنُم ٌ أََّ لَة َجِ و ْ م ُُ لُوَب ُ قـ َ َوا و ا آت َ ُوَن م ت ْ ؤ ُ يـ َ ين ذِ َّ ال َ و ٦٠ ﴾ Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka. Adakah lebih baik manusia dikuasai oleh perasaan mengharap atau perasaan takut atau menjadikan keduanya sama. Sebahagian ulama menyebutkan seharusnya ketika mati dikuasai oleh perasan mengharap. Manakala ketika sihat dikuasai perasaan takut. Sebagaimana sabda nabi: Tidak mati salah seseorang daripada kamu sedangkan dia bersangka baik dengan Allah SWT. Manakala ketika sihat dikuasai oleh perasaan takut supaya takut itu akan membawanya kepada istiqamah. Ada sebahagian ulama pula berpendapat jika dalam melakukan ketaatan hendaklah manusia dikuasai oleh perasaan mengharap (al-raja’) manakala ketika hendak melakukan maksiat hendaklah dikuasai oleh perasaan takut. Ini lah yang baik. 16. Kelebihan berinfaq sebagaimana firman Allah dalam surah al-Sajdah ayat 16 ا ً ف ْ و َ ْ خ م ُ َب َّ َ وَن ر ُ ْدع َ ِع ي َ َضاجِ ِن الْم َ ع ْ م ُُ ُوَب ن ُ ََّٰف ج ا َ َج ت ُوَن تـ ﴿ َ ق ِ نف ُ ي ْ م ُ اه َ ْن قـ َ ز َ َّا ر ِ ِم َ ا و ً ع َ طَم َ و ١٦﴾ Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka. 17. Solat ialah tiang agama. Agama tidak akan tertegak melainkan dengan tiangnya. 18. Jihad pula ialah sesuatu yang tinggi kedudukannya dalam Islam. Jika jihad tertegak maka matlamat tertinggi umat Islam akan tercapai iaitu meninggikan kalimah Allah. Sebagaimana sabda nabi: Sesiapa yang berperang untuk menjadikan kalimah Allah yang paling tinggi maka dia di jalan Allah 19. Hadith ini juga menceritakan tentang bahaya lisan antaranya mengumpat, mencela, menghina, berdusta, mengadu domba dan sebagainya. 20. Nabi menggunakan perkataan dan perbuatan untuk mengajar sahabatnya sebagaimana sabda nabi “nabi memegang lidahnya dan berkata: Tahanlah diri engkau daripadanya. Kaedah sebegini lebih mudah terkesan ke dalam jiwa dan mudah diingati. Apa yang biasa didengar mudah dilupa tetapi apa yang dilihat tidak dilupa. Ia juga pernah dilakukan oleh saidina Uthman apabila ditanya bagaimana wuduk nabi SAW. Lalu beliau meminta air dan berwuduk di hadapan manusia sehingga sahabat memahaminya dengan baik. 21. Para sahabat tidak akan membiarkan suatu kemusykilan itu tanpa bertanyakan nabi mengenainya sebagaimana soalan sahabat adakah kami akan dibalas disebabkan apa yang


82 kami ucapkan. Justeru apa yang tidak pernah ditanya oleh sahabat maka tidak wajar untuk kita bertanyakan mengenainya sebagai contoh dalam masalah akidah sama ada nama Allah, sifat Allah atau perbuatan Allah. 22. Thakilatka ummuka ya Muaz - kalimah tersebut merupakan doa. Ia diucapkan bagi mengambarkan gesaan bukan doa. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 89. ُذُك اخِ َ ؤ ُ َن َ ََل يـ ا ْمي اْْلَ ُ ُت ُّ قد َّ َ ا ع َ ِ ُذُكم ِب اخِ َ ؤ ُ ن يـ ٰكِ لَـ َ و ْ ُكم ِ ان َ ْمي ِو ِِف أَ ْ غ َّ ِِبلل ُ ـه َّ الل ُ م Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Begitu juga surah al-Baqarah ayat 225. ْ ُكم ُ لُوب ُ َ ْت قـ ب َ َكس ا َ ِ ُذُكم ِب اخِ َ ؤ ُ ن يـ ٰكِ لَـ َ و ْ ُكم ِ ان َ ْمي ِو ِِف أَ ْ غ َّ ِِبلل ُ ـه َّ الل ُ ُذُكم اخِ َ ؤ ُ ۖ ََل يـ ٌ ُور َغف ُ ـه َّ الل َ و ٌ يم ِ ل َ ح ﴿٢٢٥ ﴾ Allah tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah kamu yang tidak dimaksudkan (untuk bersumpah), tetapi Ia mengira kamu bersalah (dan akan mengenakan hukuman) dengan sebab sumpah yang diusahakan (disengajakan) oleh hati kamu (dengan niat bersumpah). Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar. Sebagai contoh apabila engkau ditanya adakah engkau akan pergi berjumpa lelaki itu? Maka engkau menjawab tidak wallahi aku tidak akan pergi menemuinya kemudian engkau pergi menemuinya. Maka tiada denda ke atas engkau kerana ia merupakan kebiasaan pada lisan tanpa niat dan tidak diyakini oleh hati. 23. Ahli neraka akan berjalan masuk ke dalam neraka dengan berdiri di atas wajah mereka sebagaimana firman Allah dalam surah al-Zumar ayat 24. ِ ة َ ام َ ي ِ الْق َ م ْ و َ ِب يـ َذا َ الْع َ وء ُ س ِ ِهه ْ ج َ ِو ي ب ِ َّق ت َ ن يـ َ َم ۖ أَف وَن ُ ب ْكسِ َ ت ْ ُم ُكنت ا َ ُوا م َني ذُوق مِ ِ ال َّ لظ ِ ل َ يل ِ ق َ و ﴿٢٤﴾ Maka adakah orang yang menahan dengan mukanya akan (selaran) azab yang buruk pada hari kiamat (sama seperti orang yang terselamat)? Dan (pada saat itu) dikatakan kepada orang-orang yang zalim itu: "Rasalah (balasan) apa yang kamu usahakan dahulu". Ini menunjukkan penghinaan yang sebenar-benarnya kerana wajah adalah tempat kemuliaan. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Syura ayat 45. ذِلِّ ُّ ال َ ن ِ َني م ِ ع اشِ َ ا خ َ ه ْ لَيـ َ َ ُضوَن ع ر ْ ع ُ يـ ْ م ُ اه َ َر تـ َ و ِّ ٍي ِ ف َ ٍف خ ْ ن طَر ِ وَن م ُ نظُر َ ن َّ ۖ ي ِ ُوا إ ن َ آم َ ين ذِ َّ اَل ال َ ق َ و ِ ة َ ام َ ي ِ الْق َ م ْ و َ يـ ْ ِهم ي ِ ل ْ أَه َ و ْ م ُ ه َ ُس وا أَنف ُ ر َسِ َ خ ين ذِ َّ ال َ ِرين اسِ َ ۖ ٍب ا ْْل َذا َ َني ِِف ع مِ ِ ال َّ ن الظ َّ ِ ََل إ أَ يٍم ِ ُّمق ﴿٤٥ ﴾


83 Dan engkau juga akan melihat mereka didedahkan kepada neraka dalam keadaan tunduk membisu dengan sebab kehinaan (yang mereka rasai) sambil memandang (ke neraka itu) hanya dengan mengerling (kerana gerun takut). Dan orang-orang yang beriman pula berkata: "Sesungguhnya orang-orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah mereka yang merugikan dirinya sendiri dan pengikut-pengikutnya pada hari kiamat (dengan sebab mereka memilih perbuatan derhaka di dunia). Ingatlah! Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu berada dalam azab seksa yang kekal". 24. Berhati-hati dalam menguruskan lisan. Hadith 30 ن َّ ِ وِل ِهللا صلى هللا عليه وسلم قَا َل: إ ُ َس َن ر ٍر رضي هللا عنه ع َشِ ب ِن ن ِ ُوم رث ُ ِ ج ةَ اخلُ َشِِن َ لَب ْ َع ث ْ أَِيب ْ َن ع َس َك َت و َ َها، ِه ُكو َ ت ْ ن َ فَال ت َ اء َ ْشي م أَ َ ر َّ َح و َ َها َ ُدو عت ْ َ ً فَال ت َدا ُح ُدو د َّ َح و َ َها، ُو ع ِ ُ َضي َض فَال ت ِ ائ َ هللاَ َ َض فَ ر فَ ر َ ْه ن َ ُوا ع ث َ ْح ب َ فَال ت انٍ َ ي ْ ِس ن َ ْري غَ ْ ِْحَةً لَ ُكم َ ر َ اء َ ْشي أَ ْ َن ع ا حديث حسن رواه الدارقطِن وغريه Daripada Abu Tha'labah al-Khusyanie Jurthum bin Nasyir RA daripada Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memfardukan beberapa fardu maka janganlah kamu menghilangkannya (iaitu janganlah kamu mempersia-siakannya dan meninggalkannya), Dia telah menentukan beberapa batasan, maka janganlah kamu melampauinya, Dia telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu mencabulinya dan Dia tidak menyatakan hukum tentang beberapa perkara, maka janganlah kamu cuba menyelidikinya. Terjemahan Perawi Beliau ialah Jurthum bin Lasyir bin al-Nadr Abu Tha’labah al-Khusyani.Para ulama berselisih pendapat tentang nama sebenar Abu Tha’labah al-Khusyani begitu juga nama bapanya. Abu Tha’labah datang bertemu nabi sedang nabi mempersiapkan pasukannya untuk ke Khaibar, kemudian beliau memeluk Islam dan keluar bersama nabi ke Khaibar. Beliau telah dihantar oleh Rasulullah untuk berdakwah kepada kaumnya dan akhirnya kaumnya memeluk Islam. Faedah Hadith Mengesahkan bahawa segala urusan adalah di bawah kuasa Allah sahaja. Bahawa Allahlah yang memfardukan, Dialah yang mewajibkan dan Dialah yang mengharamkan. Tiada seorang pun yang boleh mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah atau mengharamkan apa yang Allah tidak haramkan. 1. Apakah beza antara fardu dan wajib? Dari sudut dosa kerana meninggalkannya ia adalah sama. Manakala dari sudut sifat, ulama berselisih pendapat. Sebahagian mereka menyatakan fardu ialah apa yang bersumberkan dalil yang qat’i manakala wajib pula apa yang bersumberkan dalil yang zanni. Sebahagian pula menyebutkan fardu ialah apa yang thabit dengan Quran manakala wajib pula ialah apa yang thabit dengan sunnah.


84 Kedua-dua pendapat adalah pendapat yang lemah. Yang tepat ialah fardu dan wajib mempunyai makna yang sama. 2. Agama Islam terbahagi kepada perkara yang difardukan dan perkara yang diharamkan. 3. Wajib memelihara perkara yang difardukan oleh Allah 4. Allah telah meletakkan sempadan dan batasan bermaksud wajib yang Allah tentukan adalah jelas begitu juga haram telah jelas. 5. Haram melampau had dan sempadan yang telah ditetapkan oleh Allah. 6. Haram juga melampaui dari sudut hukuman seperti hukuman terhadap penzina ialah sebatan 100 kali dan buang negeri selama setahun. Tidak boleh menambah daripadanya. Dalam hal ini jelas bahawa hukuman kepada peminum arak bukan termasuk hukuman hudud. Jika termasuk dalam hukuman hudud pasti Umar tidak menambahnya menjadi 80 kali sebatan.Kenyataan Abdul Rahman bin Auf bahawa “seringan- ringan hudud ialah 80” merujuk kepada hukum qazaf. 7. Dalam hadith ini dinisbahkan lafaz al-sukut kepada Allah SWT. Ini menunjukkan kesempurnaan Allah SWT bahawa jika Allah berkehendak Allah akan berkata dan jika Allah berkehendak untuk tidak berkata Allah tidak akan berkata. 8. Haram ke atas manusia untuk mencabuli apa yang diharamkan oleh Allah. Bentuk pengharaman banyak antaranya larangan, disebut haramnya secara terang dan disebut hukumannya. 9. Apa yang didiamkan oleh Allah bermakna Allah tidak mewajibkannya, tidak menghukumnya, tidak melarangnya maka ia adalah halal. Tetapi ia bukan dalam perkara ibadat. Allah mengharamkan pensyariatan sesuatu ibadat yang tidak diizinkan oleh Allah. Justeru sesiapa yang melakukan bidaah dalam agama sama ada dalam akidah, perkataan atau perbuatan maka termasuk golongan yang mencerobohi perkara yang diharamkan oleh Allah. 10. Tidak harus mencari apa yang didiamkan oleh Allah dan rasulnya. Adakah larangan ini khusus pada zaman penurunan risalah atau sehingga kini? Ada sebahagian ulama berpendapat ia khusus pada zaman penurunan risalah sahaja kerana ia adalah zaman penurunan wahyu. Seseorang bertanya sesuatu yang tidak diharamkan lalu diharamkan kerananya atau sesuatu yang tidak diwajibkan lalu diwajibkan kerananya sebagaimana al-Aqra’ bin Habis bertanya nabi SAW. Ketika nabi bersabda: Sesungguhnya Allah memfardukan ke atas kamu haji. Lalu Aqra’ bangun dan berkata: Wahai Rasulullah adakah setiap tahun? Ini adalah soalan yang bukan pada tempatnya. Lalu nabi menjawab jika aku menjawab ya, pasti akan menjadi wajib dan kamu tidak mampu. Haji hanya sekali dan sesiapa yang melakukan lebih daripada sekali maka ia adalah tatawwu’. Namun mencari apa yang didiamkan oleh Allah dan rasulnya harus bagi penuntut ilmu kerana penuntut ilmu wajib mengetahui semua masalah. 11. Hadith ini mengesahkan rahmat Allah dalam syariatnya. Setiap syarak itu adalah rahmat kerana ganjarannya lebih banyak daripada amalan. Setiap satu kebaikan diganjari dengan 10 kali ganda seumpamanya sehingga mencapai 700 kali ganda. Di samping itu Allah memberi keringanan kepada hambanya dan mendiamkan dalam banyak perkara, tidak menghalang mereka dan tidak mewajibkan mereka. 12. Allah SWT tidak lupa sebagaimana firman Allah dalam surah Maryam ayat 64.


85 ِّ َك بِ َ ِر ر ْ َل ِِبَم َِّ زُل إ ََّ نـ َ تـ َ ا نـ َ م َ ۖ َك و ِ ل ٰ َْ َني ذَ ا ب َ م َ ا و َ ن َ ْلف َ ا خ َ م َ ا و َ ين دِ ْ َْ َني أَي ا ب َ م ُ ۖ لَه ا َ م َ َن و َكا ًّا ي َسِ َك ن ُّ ب َ ر ﴿٦٤﴾ Dan (berkatalah malaikat): "Kami tidak turun dari semasa ke semasa melainkan dengan perintah Tuhanmu (wahai Muhammad); Dia lah jua yang menguasai serta mentadbirkan apa yang di hadapan kita dan apa yang di belakang kita serta apa yang di antara itu; dan tiadalah Tuhanmu itu lupa, - 13. Begitu juga dalam surah Taha ayat 52. ٍب ا َ ت ِِفكِ ِّ ِِب َ َ ر ند ا عِ َ ه ُ ْلم اَل عِ َ ۖ ق ِّ ِِب َ ِض ُّل ر َ َل ى ي َّ َ نس َ ََل ي َ و ﴿٥٢ ﴾ Nabi Musa menjawab: "Pengetahuan mengenainya ada di sisi Tuhanku, tertulis di dalam sebuah Kitab; Tuhanku tidak pernah keliru dan Dia juga tidak pernah lupa". Bagaimana pula dengan firman Allah dalam surah al-Taubah ayat 67 yang seolah-olah mensabitkan lupa bagi Allah? ْ م ُ ه َ يـ َسِ ن َ فـ َ ـه َّ وا الل ُ ۖ َس ُوَن ن ق اسِ َ الْف ُ م ُ َني ه ِ ق ِ اف َ ن ُ ن الْم َّ إ ﴿٦٧ِ Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik. Yang dimaksudkan dengan nisyan di sini ialah nisyan al-tark iaitu mereka meninggalkan Allah dan Allah meninggalkan mereka, mereka meninggalkan agama Allah lalu Allah meninggalkan mereka. Hadith 31 هٍل َ باس س َ أَيب الع ْ َن ع بن ٌ ُل َج ر َ اء َ دي رضي هللا عنه قَا َل: ج َّساعِ ال عدِ َ َىل النيب صلى هللا عليه ِ س إ َد ِف َقا َل: )ازه ُس؟ فَ ا َ ِن الن َّ أَحب َ ، و ِن هللاُ َّ ب َ أَح ُ ه ُ لت َ َم ِذَا ع ٍل إ َ َم لَى ع َ ِن ع َّ ل ُ ول هللا: د ُ َس ر َ َقا َل: َي وسلم فَ ُس( حديث حسن ر َّا َك الن َّ ب َّا ِس ُْيِ َد الن ن ا عِ َ َد فيم ، وازه َك هللاُ َّ ب ُْيِ ا َ دني واه ابن ماجة وغريه بسانيد ال ُّ حسنة Daripada Abu al-'Abbas Sahl bin Sa’d al-Sa'idi RA beliau berkata: Seorang lelaki telah datang menemui Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah, Tunjukkan kepadaku suatu amalan yang apabila aku lakukannya, aku dikasihi oleh Allah dan dikasihi oleh manusia. Baginda bersabda: Zuhudlah engkau terhadap dunia, nescaya Allah kasihkan engkau dan zuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia, nescaya manusia akan mengasihimu. Hadith Hasan, Ibn Majah dan selainnya meriwayatkannya dengan sanad-sanad yang hasan. Terjemahan Perawi


86 Beliau ialah Sahl bin Saad bin Malik bin Khalid bin Tha’labah Abu al-Abbas al-Khazraji alSa’idi al-Ansari. Beliau termasuk dari kalangan sahabat yang Rasulullah SAW menukar namanya kerana nama yang buruk. Antara perawi yang meriwayatkan hadith dari beliau ialah Abdullah bin Abd al-Rahman bin al-Harith bin Abi Zubab, Ibn Syihab al-Zuhri, Abu Hurairah, Said bin al-Musayyab, Abu Hazim dan anaknya al-Abbas bin Sahl. Beliau meninggal dunia pada tahun 91H. Ada yang menyatakan beliau meninggal dunia pada tahun 88H ketika berumur 100 tahun Faedah Hadith 1. Kesungguhan para sahabat dalam bertanyakan soalan dan soalan mereka pasti mengandungi kebaikan untuk dunia atau akhirat atau kedua-duanya sekali. 2. Mengesahkan sifat kasih sayang Allah SWT. Kasih sayang Allah kepada manusia tidak sama dengan kasih sayang manusia kepada Allah. Bahkan kasih sayang Allah lebih tinggi dan besar. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 54. Begitu juga surah al-Taubah ayat 4 dan surah al-Saf ayat 4. أَ َ َي ُ َه ون ُّ ب َُيِ َ و ْ م ُ ه ُّ بـ َُيِ ٍ م ْ َو ق ِ ب ُ ـه َّ ِِْت الل َ َف َي ْ و َ َس ف ِ ه ِ ين ِ َن د ع ْ ن ُكم ِ د م َّ َ ت ْ ر َ ن يـ َ ُوا م ن َ آم َ ين ذِ َّ ا ال َ ه ُّ يـ Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia َني ِ َّق ت ُ ب الْم ُّ َ َُيِ ـه َّ ن الل َّ إ ﴿٤ِ ﴾ Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa. 3. Mahabbah (kasih saying) yang disebutkan dalam hadith adalah mahabbah yang hakikat. 4. Ulama menetapkan beberapa kaedah dalam takwilan. Sebagai contoh jika seorang bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tidak akan membeli roti lalu kemudiannya dia membeli roti maka dia dikenakan kaffarah. Jika dia menjawab bahawa apa yang dimaksudkan dengan roti ialah baju, maka tidak diterima sama sekali. Berbeza dengan seorang yang bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tidak akan tidur di atas firash kemudian dia keluar ke padang pasir dan tidur di atasnya. Lalu dikatakan kepadanya engkau telah menyalahi sumpah kerana engkau bersumpah tidak tidur di atas firash lalu dia menjawab aku maksudkan dengan firash ialah al-ard sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 22. Maka dalam hal ini diterima. ًشا ا َ ر ِ ْ َض ف اْْلَر ُ لَ ُكم َ َل ع َ ي ج ذِ َّ ال Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan Cara yang lebih selamat ialah menthabitkan apa yang Allah thabitkan untuk dirinya sama ada boleh dicapai oleh akal kita atau tidak dan menafikan apa yang Allah nafikan bagi dirinya sama ada boleh dicapai oleh akal kita atau tidak dan berdiam diri daripada apa yang Allah diamkan.


87 5. Tiada halangan bagi manusia untuk meminta orang lain mengasihinya. Sama ada orang kafir atau orang Islam. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Mumtahanah ayat 8 ُ وه َُّ َب أَن ت ْ ِرُكم َ َي ِ ِّن د ِ وُكم م ُ ِرج َُيْ ْ ََّل َ ي ِن و ِّ ِِف الدِ ْ لُوُكم ِ ات َ ق ُ يـ ْ ََّل َ ين ذِ َّ ِن ال َ ع ُ ـه َّ الل ُ ُكم ا َ ْه نـ َ َل يـ َّ ْ م ُ تـ َ و ْ ِهم ْ لَي ِ طُوا إ ۖ ْسِ َني ق طِ ْسِ ق ُ ب الْم ُّ َ َُيِ ـه َّ ن الل َّ إ ﴿٨ِ ﴾ Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. 6. Hadith ini juga menceritakan mengenai kelebihan zuhud daripada dunia. Zuhud ialah seseorang meninggalkan apa yang tidak mendatangkan manfaat kepadanya di akhirat. Zuhud bukan bermaksud seseorang tidak memakai pakaian yang cantik atau menggunakan kerata yang mahal. Ini adalah kerana Allah suka melihat kesan nikmatnya ke atas hambanya. Zuhud lebih tinggi kedudukannya daripada warak kerana warak meninggalkan apa yang memudaratkan manakala zuhud meninggalkan apa yang tidak mendatangkan manfaat di akhirat. Zuhud merupakan salah satu sebab kasih sayang Allah kepada seseorang. Salah satu sebab kasih sayang Allah kepada hamba dan ia merupakan sebesar-besar sebab ialah mencontohi dan mengikuti nabi SAW sebagaimana firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 31. ْ ُكم َ ُوب ذُن ْ لَ ُكم ْ ر ِ ْف غ َ يـ َ و ُ ـه َّ الل ُ ُكم ْ ب ِ ب ْ وِِن َُي ُ ع ِ ب َّ ات َ ف َ ـه َّ وَن الل ُّ ب ُُتِ ْ ُم ِن ُكنت إ ْ ۖ ُل ق ُ ـه َّ الل َ و ٌ ُور َغف ٌ يم رح ﴿٣١ِ ﴾ َّ Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 7. Galakan kepada zuhud daripada apa yang ada pada manusia. Nabi menjadikannya sebagai sebab wujudnya kasih sayang manusia kepadanya. Dalam hal ini, ia termasuk tidak bertanyakan manusia sesuatu seperti meminta hadiah jam atau pen daripada seorang. Namun jika kita meminta daripadanya sehingga mengembirakannya maka itu tidak mengapa. Dalilnya nabi SAW ketika melihat daging dibakar di atas bekas yang diperbuat daripada batu. Nabi bersabda: tidakkah aku lihat daging dibakar. Sahabatsahabat menjawab: Wahai Rasulullah itu adalah daging disedekahkan kepada Barirah. Nabi bersabda: Bagi Barirah sedekah dan bagi kita hadiah kerana kita mengetahui bahawa Barirah akan menyukainya.


88 Hadith 32 ب ِن عدِ َ س عيدٍ َ أَيب س ْ وَل ٍهللا عن صلى هللا عليه ُ َس ن ر ِ رضي هللا عنه أَ َّ اخلُدري انٍ َ ن ِك ب ِن سِ ال َ م ،ً َ َدا ن ْ ُس ا م ُُهَ ُ ْري غَ َ و قطِِْن َ دار ال َّ َ ةَ، و َ اج َ م ُ ْن اب ُ اه َ و َ ر ٌ ن َ َس ْث ح ي َدِ ( ح َ ار َ ِضر َالَ و َ ر َ وسلم قَا َل: )الَ َضر رو ب ِن ْ َم ْ ع َن َالً ع ْس ر ُ م ِ أ َّ ط َ ٌك ِف املُو ِ ال َ ُ م َه ا َ و َ ر َ َ و ن النيب صلى هللا عليه وسلم ع ِ ه ْ ي ِ أَب ْ َن ع َ َْيَْي ً ْ َضا ع َ ا ب َ ْ ُضه ع َ ب ْ ِي َقو ُ ٌق ي ُ ُ طُر لَه َ ، و ْدٍ ي ِ ع َ َ س َق َط أَِب ْ فَأَس Daripada Abu Sa’id Sa’ad bin Malik bin Sinan al-Khudri Ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tiada kemudaratan yang tidak disengajakan dan tiada kemudaratan dengan niat Hadis ini hadis hasan diriwayatkan oleh lbnu Majah dan al-Daraqutni dan selain keduanya secara bersambung sanad. la juga diriwayatkan oleh al-lmam Malik secara mursal dalam kitab Muwata'nya daripada ‘Amru bin Yahya daripada bapanya daripada nabi SAW dengan mengugurkan Abu Sa’id. Hadith ini mempunyai jalur sanad lain yang menyokong antara satu dengan yang lain. Terjemahan Perawi Beliau ialah Saad bin Malik bin Sinan bin Ubaid bin Tha’labah al-Abjar. Abjar adalah Khudrah bin Auf bin al-Harith bin al-Khazraj al-Ansari al-Khazraji. Panggilan beliau yang mahsyur ialah Abu Said al-Khudri. Beliau merupakan antara sahabat yang banyak meriwayatkan hadith nabi. Ada beberapa pendapat tentang tahun wafat Abu Said al-Khudri. Ada yang mengatakan beliau wafat tahun 74 H. Ada pula yang mengatakan 64 H. Al-Madaini mengatakan, “beliau wafat pada tahun 63H”. Sedangkan al-Askari mengatakan, “beliau wafat pada tahun 65 H.” Faedah Hadith 1. Darar bermaksud mudarat dan ia boleh berlaku pada tubuh badan, harta, anak pinak dan binatang ternakan. Apakah perbezaan antara al-darar dengan al-Dirar. Darar berlaku tanpa niat manakala dirar dengan niat. Sebagai contoh kemudaratan yang tidak disengajakan dinamakan darar manakala dengan niat untuk mendatangkan kemudaratan dinamakan dirar. 2. Hadith ini merupakan prinsip penting dan asas dalam bab muamalat seperti jualbeli, gadaian, nikah kahwin dan juga wasiat. 3. Kaedahnya yang ditetapkan oleh ulama ialah jika thabit kemudaratan maka wajib diselesaikan. Apabila thabit berlaku kemudaratan disebabkan niat maka wajib diselesaikan di samping hukuman kepada orang yang melakukan kemudaratan tersebut.


89 Hadith 33 ْطَ ع ُ ي ْ وَل ِهللا صلى هللا عليه وسلم قَا َل: "لَو ُ َس ن ر ا أَ َّ َ ُم ْه ن َ َ هللاُع ِضي َ َّا ٍس ر ب َ ِن ع ْ ع ِن اب ْ ُم اه َ ِدعو ُس ب َّا ى الن َن أَن َكر" لَى م َ ُني ع َم الي َ ي، و دعِ لَى املَُّ َ َةُ ع ين َ ِن الب لَكِ َ ، و ْ ُم اءه َ م دِ َ و ٍ ال قَوم َ ْو ا ٌل أَم َ َى ِرج دع حديث ال َّ حسن رواه البيهقي هكذا بعضه ِف الصحيحني Daripada lbnu 'Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya manusia diberikan setiap tuntutan dan dakwaan mereka, nescaya ramai orang akan menuntut harta dan darah kaum lain (iaitu menuntut bunuh balas), akan tetapi mestilah tuntutan itu berbukti keterangan bagi pihak yang mendakwa dan sumpah bagi orang yang tidak mengaku.Hadith ini adalah hadith hasan di riwayatkan oleh al-Baihaqi sedemikian sebahagiannya terdapat dalam al-Sahihayn Faedah Hadith 1. Sesuatu dakwaan boleh berlaku sama ada melibatkan darah atau harta sebagaimana yang dinyatakan dalam hadith. Manakala harta pula, ia boleh melibatkan harta benda dan harta yang mendatangkan manfaat. Dakwaan ini babnya luas. Disebutkan harta dan dan darah sebagai contoh sahaja. 2. Syariat datang untuk memelihara harta manusia dan darah mereka daripada dizalimi atau dipermainkan. 3. Ke atas orang yang mendakwa perlu mendatangkan bukti. Bukti terdiri daripada beberapa bentuk antaranya syahadah sebagaimana firman Allah dalam surah alBaqarah ayat 282. ْ ُكم ِ ال َ ِّج ن ِر ِ ِن م ْ ي َ َشِهيد ُوا َ ْشِهد ت ْ اس َ ۖ و ٌ ل ُ ج َ َر فـ ْنيِ لَ ُ َج َ ر ُكوَن َ ي ْ َّل َّ ِن إ َ َن ف ْ ْ َضو َر ن تـ َّ ِ ِم َنِ أََت َ ر ْ ام َ و ٰى َ ر ْ ا اْْلُخ َ ُُه ا َ د ْ ِح إ َ ِّر َذكِ ُ ت َ ا فـ َ ُُه ا َ د ْ ِح ِض َّل إ َ أَن ت ِ اء َ د َ شه ال ُّ َ ن ِ ۖ م Dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Al-Qarain juga boleh dijadikan sebagai pembuktian. Antara perkara yang melibatkan al-qarain ialah kisah Sulaiman bersama dua orang wanita. Dalam kisah tersebut diceritakan bagaimana anak mereka dilarikan oleh serigala lalu mereka meminta nabi Daud menghakimi mereka berkaitan anak siapakah yang dimakan oleh serigala. Lalu nabi Daud menghakimi bahawa anak yang masih hidup adalah bagi wanita yang tua sebagai satu ijtihad daripadanya kerana kemungkinan yang tua tidak mungkin melahirkan anak lagi manakala wanita yang seorang lagi masih muda. Lalu keduanya keluar selepas itu dan tidak berpuas hati. Mereka berjumpa dengan nabi Sulaiman lalu menceritakan kepada nabi Sulaiman apa yang berlaku. Lalu nabi Sulaiman meminta


90 pisau lalu berkata aku akan memotong budak ini dua bahagian. Wanita yang tua bersetuju manakala wanita yang muda berkata anak tersebut merupakan anak wanita yang tua wahai nabi Allah lalu nabi Sulaiman memutuskan bahawa anak tersebut adalah anak wanita muda tersebut kerana belas kasihan dan simpatinya kepada anak tersebut. Wanita yang tua tidak mempunyai perasaan simpati kerana anaknya telah dimakan oleh serigala. Samalah juga dengan kisah Yusuf dengan wanita al-Aziz sebagaimana yang terdapat dalam surah Yusuf ayat 26-28. ي ْسِ ف َن نـَّ ِِن ع ْ ت َ د َ او َ ر َ ي ِ اَل ه َ ۖ ق ْ أَه ْ ِّن ِ ٌد م ِ َ َشاه َشِهد َ و ٍل ُ ب ُ ن قـ ِ د م َّ ُ ق ُ ه ُ يص َمِ َن ق ِن َكا ا إ َ ه ِ ل َني ِ ب ِ الْ َكاذ َ ن ِ م َ و ُ ه َ َ ْت و ق َ د َ ف ﴿٢٦َ ﴾ص َ ن ِ م َ و ُ ه َ َ ْت و َ َك َذب ٍر ف ُ ب ُ ن د ِ د م َّ ُ ق ُ ه ُ يص َمِ َن ق ِن َكا إ َ و َني ِ ق صاد ﴿٢٧ِ ﴾ ال َّ ِ م ُ ه َّ ن ِ اَل إ َ ٍر ق ُ ب ُ ن د ِ د م َّ ُ ق ُ ه َ يص َمِ ٰى ق أَ َ لََّما ر َ ن فـ ُك َّ دِ ْ ن ي ۖ َدُك َّ ْ ن َك ن َكي َّ ِ إ ٌ يم َظِ ع ﴿٢٨ ﴾ Yusuf pula berkata: "Dia lah yang memujukku berkehendakkan diriku". (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:" "Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orangorang yang dusta. 4. Qarinah kadangkala lebih kuat daripada saksi. Sebagai contoh satu kaum mendakwa seorang lelaki daripada kaum lain membunuh sahabat mereka. Sedangkan di antara dua kabilah tersebut mempunyai permusuhan. Jika berdasarkan hadith, yang menuduh perlu mendatangkan bukti manakala sumpah pula ke atas yang dituduh. Mendatangkan bukti tidak bermaksud mendatangkan saksi tetapi apa sahaja yang boleh membuktikan kebenaran. Jika dengan saksi pasti pihak yang menuduh tidak mampu untuk mendatangkan saksi. Dalam hal ini, sunnah berbeza apabila pihak yang menuduh bersumpah sebanyak 50 sumpah bahawa lelaki tersebut membunuh sahabat mereka. Jika mereka bersumpah maka ia seumpama saksi lalu lelaki tersebut perlu dihukum. Perkara ini pernah berlaku pada zaman nabi iaitu jika bersumpah 50 lelaki daripada waris si mati maka mereka berhak melaksanakan hukuman ke atas lelaki yang dituduh membunuh. Inilah yang sebenar walaupun setengah ulama salaf dan khalaf tidak menyetujuinya. Kumpulan yang menuduh mempunyai qarinah iaitu permusuhan antara kumpulannya dengan kumpulan yang satu lagi. Justeru dalam hal ini, tidak perlu meminta saksi. Persoalannya kenapa 50 kali sumpah. Jawapannya kerana ia melibatkan darah. Mereka bersumpah dengan darjat sangkaan yang tinggi. (ghalabah al-zan). Justeru sumpah menyalahi qias dalam tiga perkara:1. Hak sumpah diberi kepada orang yang mendakwa. Sebenarnya sumpah kepada yang memungkiri. 2. Sumpah diulang sebanyak 50 kali sumpah. 3. Waris yang dibunuh bersumpah mendakwa seseorang sedangkan kemungkinan mereka tidak menyaksikan pembunuhan tersebut. 5. Jika yang dituduh enggan untuk bersumpah maka dia dihukum. Dalam hal ini dia dihukum kerana menghalang apa yang wajib ke atas dirinya.


91 Hadith 34 أى َ َن ر قوُل: م َ وَل ِهللا صلى هللا عليه وسلم ي ُ ُت ِرس ع ََسِ ِ رضي هللا عنه قَا َل: اخلُدري عيدٍ َ أَيب س ْ َن ع ن ُكم ِ م ِ ذَل َ ه و ِ َقلب ِ فَب ْ َطع َست ي ْ ْن ََل ِ ، فَإ ِ ه ِ ان َ س ِ ل ِ فَب ْ َطع َست ي ْ ْن ََل ِ ، فَإ ِ ه َدِ ي ِ ب ُ ه ْ َ ريِ غ ُ ً فَلي ا َ ن َكر ُ م رواه انِ َ َ ُف اإلْي ْضع َك أَ مسلم Daripada Abu Sa'id al-Khudri RA beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman. Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim. Faedah Hadith 1. Nabi mempertanggungjawabkan kepada keseluruhaan umat bahawa jika mereka melihat kemungkaran maka hendaklah mereka mengubahnya. 2. Tidak harus mencegah kemungkaran sehingga yakin telah berlakunya kemungkaran. Ia berlaku dalam dua keadaan: 1. Yakin bahawa perbuatan tersebut munkar. 2. Yakin bahawa perbuatan tersebut munkar pada hak pelaku. Kadangkala suatu perkara itu munkar tetapi tidak menjadi munkar kepada pelakunya seperti makan dan minum pada bulan Ramadan adalah munkar tetapi tidak munkar kepada orang yang sakit dan musafir. 3. Perkara munkar itu semestinya munkar kepada semua orang. Jika termasuk dalam perkara khilafiah maka tidak wajar ditegah orang yang menganggapnya tidak munkar. Melainkan perselisihan itu perselisihan yang lemah maka hendaklah dicegah. 4. Bagi orang awam mereka sewajarnya mengikut ulama mereka dalam perkara khilaf. Jika dibiarkan mereka untuk memilih sesiapa sahaja maka akan terjadilah keadaan yang tidak tenteram dan stabil. 5. Dalam mengubah kemungkaran memerlukan kepada kekuatan. Jangan mengubah jika menimbulkan fitnah. Sebagai contoh jika seseorang mencegah kemungkaran pemerintah sehingga membawa kesan dan akibat buruk kepada dirinya atau keluarganya atau rakan baiknya. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-An’am ayat 108 ْلٍم ِ عِ ْ َْي غ ِ ا ب ً َ ْدو ع َ ـه َّ وا الل ُّ ب ُ َس ي َ فـ ِ ـه َّ الل ُونِ ن د ِ وَن م ُ ْدع َ ي َ ين ذِ َّ وا ال ُّ ب ُ َس ََل ت َ ۖ و Dan janganlah kamu mencerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. 6. Tangan dianggap sebagai alat untuk melakukan sesuatu perkara. Kebanyakan daripada perbuatan dilakukan oleh tangan. Justeru dalam ayat al-Quran banyak perbuatan dinisbahkan kepada tangan sebagaimana firman Allah dalam surah al-Syura ayat 30.


92 ٍْي ِ َن َكث ُو ع ف ْ ع َ يـ َ و ْ ي ُكم دِ ْ َ ْت أَي ب َ َكس ا َ ِم ب َ ف ٍ ة َ ِصيب ُّم ِّن ِ ُكم م َ اب َ ا أَص َ م َ و ﴿٣٠ ﴾ Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. 7. Agama Islam adalah agama yang mudah. Setiap kewajipan dilakukan mengikut kemampuan sebagaimana firman Allah dalam surah al-Taghabun ayat 16 dan surah alBaqarah ayat 286. ْ ُم ت ْ َطَع ت ْ ا اس َ م َ ـه َّ ُوا الل ق اتـَّ َ ف Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; 8. Hati juga boleh mengubah kemungkaran dengan cara membenci perbuatan munkar tersebut. 9. Iman itu terdiri daripada amalan dan niat. Dalam hal ini, nabi menjadikan tingkattingkat mencegah kemungkaran ini daripada iman. Mengubah dengan tangan dan lidah adalah amalan manakala mengubah dengan hati termasuk dalam kategori niat. Iman merangkumi kesemua amalan tidak khusus kepada akidah sahaja. Nabi SAW bersabda: Iman itu lebih 70 cabang, atau 60 cabang, yang paling tinggi ialah ucapan la ilaha illa Allah dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang menyakitkan pada jalan. Ucapan La ila ha illa Allah adalah perkataan dengan lidah. Membuang apa yang menyakitkan di jalan merupakan perbuatan anggota. Malu juga melibatkan amalan hati. 10. Adakah mencegah kemungkaran tanggungjawab semua manusia? Ditakuti seseorang itu mencegah perkara yang bukan mungkar. Hadith 35 وُل ِهللا صلى هللا عليه وسلم: الَ ُ َس ةَ رضي هللا عنه قَا َل: قَا َل ر َ ير َ ُر أَيب ه ْ َن َ ع شوا، اج َ ن َ َالَت َدوا، و اس ََتَ أَخو ُ م ِ ًَ، املُسل ان َ ِخو ِهللا إ َ اد َ ب كونوا عِ َ ع ٍض، و َ ي ِع ب َ لَى ب َ ُض ُكم ع ع َ ِع ب ب َ َالَ ي روا، و َ َ َداب َالَ ت اغَضوا، و َ ب َ َالَ ت و ا َ ن ُ اه َ َى ه َّقو ، الت ُ ه ُ ر ِ َالَْيْق ، و ُ ه ُ ب َال ي ْكذِ ، و ُ َالَ ََي ُذلُه ، و ُ مه ِ َظل املُسلم، الَ - ي ُ ُشري ي َ ٍت و را َ َالَ َث م ث ِ َصدِره َىل ِ إ ُضه - ر عِ َ الُه و َ م َ ُ و ه ُ َم ام د َ ر َ ِم ح ِ لَى املُسل َ ِسلِم ع ، ُك ُّل املُ َ م ِ املُسل ُ َخاه أَ َ ر ِ شرأَن َْيْق ن ال َّ ِ ِب امرىء م ْ َس ِبِ رواه مسلم Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim, dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketakwaan itu di sini sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga


93 kali. Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya. Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim. Faedah Hadith 1. Kewajipan memelihara ukhuwwah berdasarkan keimanan sebagaimana sabda nabi: Jadilah hamba Allah yang bersaudara. 2. Bagaimana manusia boleh menjadi bersaudara? Jawapannya dengan menjauhi segala fikiran mengenai keburukan saudaranya dan sentiasa mengingati kebaikan saudaranya seperti memberi hadiah dan seumpamanya. 3. Orang Islam dengan orang Islam yang lain, haram darahnya, hartanya dan kehormatannya. 4. Mengumpat orang Islam hukumnya haram. Ia termasuk dalam dosa besar. Ghibah ialah menyebut tentang saudara engkau apa yang dia tidak suka ketika ketiadaannya. Jika dengan kehadirannya ia dipanggil celaan kerana dia hadir dan boleh mempertahankan dirinya. Allah mengumpamakan ghibah seperti memakan daging saudaranya yang telah mati bagi menunjukkan keburukannya. Ghibah terbahagi kepada beberapa peringkat mengikut kepada kesan dan akibatnya. Sebagai contoh mengumpat pemimpin lebih besar berbanding mengumpat orang biasa. Mengumpat pemimpin membawa kepda kebencian terhadapnya sehingga boleh membawa kepada tidak taat kepadanya seterusnya mengangkat senjata. Dalam hal ini keburukannya lebih besar. Begitu juga mengumpat ulama lebih besar berbanding yang lain. Bukan sahaja melibatkan dirinya tetapi kepada apa yang dibawa oleh ulama tersebut sehingga apa yang disampaikan tidak diterima. 5. Tidak halal menzalimi orang Islam dalam apa bentuk sekalipun. Zalim itu adalah zulumat iaitu kegelapan pada hari kiamat. Nabi SAW pernah bertanya kepada sahabatnya: Siapakah yang kamu kira muflis di kalangan kamu? Sahabat menjawab: Siapa yang tidak mempunyai dirham, dinar, barang. Nabi bersabda: muflis ialah orang yang datang pada hari kiamat dengan segala kebaikan seperti bukit, ia datang sedangkan dia memukul ini, menghina yang ini, mengambil harta ini maka kebaikannya diambil terhadap apa yang dilakukan, yang ini daripada kebaikannya, yang ini daripada kebaikannya. Jika tidak tinggal lagi kebaikannya sedikit pun maka diambil daripada kejahatan mereka yang dizalimi lalu dicampakkan ke atasnya kemudian dicampakkan dia ke dalam neraka. 6. Wajib membantu orang Islam sama ada dia seorang yang zalim atau dizalimi. Bagaimana pula menolong orang yang zalim. Nabi bersabda: Kamu menghalang kezaliman maka yang demikian itu pertolongan kamu kepadanya. 7. Wajib berkata benar walaupun kepada orang bukan Islam kerana dusta adalah haram. Bagaimana pula dengan tauriyah? Tauriyah jika membawa kepada batil maka ia haram. Jika ia membawa kepada wajib maka ia wajib. Jika ia membawa kepada maslahah atau keperluan maka ia harus. Ulama berselisih pendapat dalam menentukan hukum keharusannya. Pendapat yang lebih tepat ialah ia tidak harus memperbanyakkanya. Jika


94 jarang dilakukan maka tidak mengapa. Tauriyah yang batil ialah tauriyah yang dilakukan sehingga mengambil hak orang lain. 8. Tauriyah yang wajib seperti seorang yang zalim mencari seorang lelaki untuk membunuhnya. Lalu lelaki yang hendak membunuh bertanya kepada kita adakah kita tahu di mana lelaki tersebut. Kita jawab tidak tahu sedangkan maksud kita ialah kita tidak tahu semua pergerakannya. Tauriyah ini hukumnya wajib. 9. Tauriyah juga dibenarkan jika mempunyai maslahah. Pernah diceritakan bahawa Imam Ahmad berada dalam satu majlis kemudian datang seorang lelaki bertanyakan tentang al-Marwazi. Imam Ahmad menjawab sambil mengisyaratkan ke tangannya tiada Marwazi di sini. Memang benar Marwazi tiada di tangannya tetapi dia ada di dalam majlis tersebut. 10. Tauriyah kerana hajat seperti seorang lelaki bertanya urusan rumah engkau. Engkau tidak ingin memberitahunya seperti dia bertanya: Adakah engkau melakukan demikian dan demikian. Engkau tidak ingin memberitahunya lalu menjawab: Tidak, aku tidak melakukannya, dengan niat engkau tidak melakukan pada waktu pagi tetapi melakukannya pada waktu petang. 11. Bagaimana pula dengan tauriyah yang tiada padanya keperluan, maslahah, wajib, atau haram? Dalam hal ini Syeikh Islam Ibn Taimiah mengharamkannya kerana ia adalah dusta dan kerosakan daripadanya sangat besar sehingga orang lain tidak akan mempercayainya lagi. 12. Pernah nabi berkata kepada Umar bin al-Khattab dalam perjanjian Hudaibiyah ketika Umar bertanya nabi: Tidakkah engkau menceritakan kepada kami bahawa kami akan datang ke baitullah dan bertawaf dengannya? Nabi menjawab: Ya. Tetapi aku tidak menyebutnya tahun ini.. 13. Haram menghina orang Islam walaupun dia seorang fakir miskin atau jahil sebagaimana sabda nabi: Kemungkinan lelaki yang kusut masai rambutnya, berdebu, tidak dibuka pintu untuknya atau ketika dibuka pasti akan ditolak kembali pintu tersebut tetapi jika bersumpah nescaya Allah kabulkannya. 14. Taqwa tempatnya adalah di hati. 15. Perbuatan kadangkala memberi kesan berbanding perkataan. Nabi SAW boleh sahaja menyebutkan lafaz “taqwa di dalam hati”. Tetapi nabi menyebutkan taqwa di sini dengan mengisyaratkan kepada dadanya. 16. Hadith ini menjadi jawapan kepada golongan yang melakukan maksiat dengan berhujjah bahawa taqwa di dalam hati. Maksud hadith ini jika tiada taqwa atau hati tidak takut maka anggota lain akan melakukan maksiat kerana tidak takut kepada Allah SWT. 17. Wajib menghormati orang Islam pada darahnya, hartanya dan kehormatannya. Hadith 36 ن ِ ةً م َ ن ُكرب ِ ؤم ُ م ْ َن ع َ فس َّ َ ن ْ َن ِن النيب صلى هللا عليه وسلم قَا َل: م َ ة رضي هللا عنه ع َ ير َ ُر أَيب ه ْ َن ع د ِ ِف ال ُّ لَيه َ َ هللا ع َّسر َ عسٍر ي ُ على م َ َّسر َ ي ْ َن م َ ، و ِ ة َ وم القيام َ ِب ي َ ْ كر ن ِ ةً م َ ُ ُكرب نه َ َ هللاُع فس َّ َ ا ن َ دني ِب ال ُّ َ ُكر ا َ ني


95 ْ َن م َ ة، و َ ر واآلخِ َونِ ُد ِف ع ب َ َن الع ا َكا َ م بدِ َ الع َونِ َهللاُ ِف ع ة، و َ ر اآلخِ َ ا و َ دني ُ هللا ِف ال ُّ ه َ َ َرت ً س ا َ م ِ ُسل م َ َ َرت س ٌ ِف قَوم َ ع َ َم ا اجت َ م َ ، و ِ َّة ن َ َىل اجل ِ ً إ َقا طَري ِ ه ِ ب ُ له َ هللاُ هل َّ َ ً س ا َ لم عِ ِ فيه ُ َمِس لت َ ً ي َقا َك طَري لَ َ ْ س َن م َ ، و ِ ٍت أخيه ي َ ب بيو ِت ِهللا ْ ن ِ م ُ ُم َفته َ رِحَة وح َّ تهم ال َ غَشي َ َة و َّسكين ُم ال لَيه َ لَت ع َ َز ِال ن ُم إ َه ين َ ب َ َسونه َدار يت َ ِب ِهللا و تا تلوَنكِ َ ي ُ ه ُ ب َ َس ن ِ ْع به ِر ْ ُس ي ْ ََل ُ لُه َ َم ع ِ ه ِ أ ب َّ َط ب ْ َن م َ ، و ُ َده ن َن عِ فيم ُم هللاُ ذََكره َ كة و ِ املَالئ رواه مسلم ُبذا اللفظ Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan hari kiamat. Sesaiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hamba-Nya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Sesiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Sesiapa yang kurang amalannya, maka nasab keturunannya tidak mampu menaikkan kedudukannya. Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim dengan lafaz ini Faedah Hadith 1. Seruan kepada melepaskan kesusahan dan kesulitan orang Islam merangkumi kesusahan harta, kesusahan pada tubuh badan, kesusahan dalam peperangan dan seumpamanya. 2. Hadith ini menceritakan mengenai balasan dalam bentuk amalan yang dilakukan. Ini membuktikan keadilan Allah SWT. Namun ganjaran sudah tentu lebih besar daripada amalan. Satu kebaikan dengan 10 kali ganda kebaikan sehingga mencapai 700 kali ganda. 3. Hadith ini membuktikan kebenaran hari kiamat 4. Kesusahan pada hari kiamat sangat besar namun ia ringan bagi orang Islam. Perkara ini dijelaskan oleh Allah dalam surah al-Furqan ayat 26, surah al-Mudatthir ayat 10 dan surah al-Qamar ayat 8. ِن ٰ ـ َّ ْْحَ لر ِ ق ل ُّ َ ا ْْل ذٍ ِ ئ َ م ْ و َ ُك يـ ْل ُ ۖ ﴿ الْم ا ً ْي َسِ ع َ ِرين ِ لَى الْ َكاف َ ا ع ً م ْ و َ َن يـ َكا َ و ٢٦ ﴾ Kuasa pemerintahan yang sebenar-benarnya pada hari itu adalah tertentu bagi Allah Yang Maha melimpah rahmatNya, dan adalah ia satu masa yang amat sukar keadaannya kepada orang-orang kafir. لَى َ ع ٍْي َسِ ي ُ ْ َغْي َ ِرين ِ الْ َكاف ﴿ ١٠ ﴾


96 Kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya). ٌ ر َسِ ع ٌ م ْ و َ َٰذا يـ ـ َ وَن ه ُ ر ِ ُوُل الْ َكاف ق َ يـ ﴿٨ ﴾ Masing-masing dengan cepatnya menuju kepada penyeru itu. (Pada saat yang demikian), orang-orang yang kafir berkata: Hari ini ialah hari yang amat sukar! Kemudahan yang diberikan kepada orang Islam juga mempunyai beberapa darjat berdasarkan keimanan dan amalan salih mereka. 5. Suruhan supaya memudahkan ke atas orang yang berada dalam kesusahan dan Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat sebagaimana memberi kemudahan dan penangguhan kepada orang yang berhutang dan tidak mampu membayar pada waktunya. Perkara ini dijelaskan dalam firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 280. ةٍ َ ر َ ْس ي َ ََّلٰ م ِ ةٌ إ َ ر َظِ ن َ فـ ةٍ َ ر ْ ُس َن ذُو ع ِن َكا إ َ ۖ و ْ ُكم َّ ل ٌْ َْي ُوا خ دق َّ َ َص أَن ت َ ۖ ُ و ِن ُكنت إ ْ م وَن ُ لَم ْ َع تـ ﴿٢٨٠ ﴾ Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga dia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak). 6. Kenapa ganjaran diberikan kepada sesiapa yang melepaskan kesusahan orang lain daripada kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya daripada kesusahan hari kiamat sedangkan sesiapa yang memudahkan ke atas orang yang susah Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat? Jawapannya kerana sesiapa yang melepaskan kesusahan dia hanya menghilangkan kesusahan tersebut. Sedangkan yang memudahkan orang yang susah ada tambahan amal iaitu memudahkan. Sebagaimana perbezaan antara orang yang mengangkat kemudaratan dan orang yang mewujudkan kebaikan. Orang yang memudahkan ialah orang yang mencipta kebaikan dan memudahkan manakala orang yang melepaskan kesusahan hanya melepaskan kesusahan sahaja. 7. Seruan supaya menutup keaiban orang Islam jika menutup keaiban itu membawa kepada kebaikan. Menutup keaiban terbahagi kepada tiga:1. Mendatangkan kebaikan 2. Mendatangkan keburukan. 3. Tidak dapat dipastikan adakah mendatangkan kebaikan atau keburukan. Menutup keaiban yang mendatangkan kebaikan ialah seperti seorang lelaki yang baik akhlaknya dan agamanya tiba-tiba tersilap melakukan kesalahan dan dia menyesal di atas kesalahan tersebut maka dalam hal ini menutup keaibannya adalah terpuji. Menutup keaiban yang mendatangkan keburukan adalah seperti seorang lelaki yang terkenal kejahatannya maka dalam hal ini perlu didedahkan keaibannya supaya dia ditegur, dinasihati atau diperbetulkan seperti kesalahan seorang anak yang kesalahannya diberitahu kepada ibu bapanya atau seperti isteri yang kesalahannya diberitahu kepada suaminya. Manakala contoh yang ketiga, pada asalnya ditutup keaibannya. Dalam sebuah athar menyebutkan “ aku silap dalam memaafkan lebih aku


97 suka daripada aku silap dalam menghukum”. Namun dalam isu ini, walaupun tidak didedahkan tetapi ia perlu dipantau dan diawasi. 8. Kewajipan membantu saudara muslim dalam apa sahaja keperluannya walaupun dalam perkara yang sangat ringan. 9. Allah mengetahui urusan hambanya. Allah mengetahui siapa di kalangan hambanya yang melepaskan orang mukmin daripada kesusahan, siapa yang memudahkan orang mukmin daripada kesusahan, siapa yang menutup keaiban, siapa yang membantu orang Islam, kesemuanya diketahui oleh Allah SWT. 10. Nabi menyebutkan hadith ini bukan untuk diketahui sahaja tetapi untuk kita berakhlak dan beramal dengannya. 11. Seruan kepada membantu saudara muslim dalam perkara kebaikan dan taqwa sebagaimana firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 2. Begitu juga jika bertolong tolong dalam dosa maka hukumnya haram sebagaimana firman Allah dalam surah alMaidah ayat 2. ٰى َ ْو َّـق الت َ و ِّ ِِب لَى الْ َ ُوا ع ن َ او َ َع تـ َ ۖ و انِ َ ُ ْدو الْع َ ْثِ و لَى اْْلِ َ ُوا ع ن َ او َ َع ََل تـ َ و ۚ Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan Jika menolong dalam suatu yang harus maka ia termasuk dalam ihsan sebagaimana firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 93. لُوا َمِ ع َ ُوا و ن َ آم َ ين ذِ َّ لَى ال َ ع َ ْس لَي لُوا َمِ ع َ ُوا و ن َ وآم َّ َوا ا اتـَّق َ ذَا م ِ وا إ ُ م ِ ا طَع َ يم ِ ف ٌ اح َ ن ُ ِت ج ا َ صاْلِ ال َّ ُوا ن َ ْس وأَح َّ َوا ُوا ُثَّ اتـَّق ن َ وآم َّ َوا ِت ُثَّ اتـَّق ا َ ِ ۖ صاْل َني ال َّ ِ ن ْسِ ُح ب الْم ُّ ُ َُيِ ـه َّ الل َ و ﴿٩٣ ﴾ Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh pada apa yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertaqwa dan beriman serta mengerjakan amal yang soleh, kemudian mereka tetap bertaqwa dan beriman, kemudian mereka tetap bertaqwa dan berbuat kebajikan; kerana Allah mengasihi orangorang yang berusaha memperbaiki amalannya. 12. Seruan kepada mencari jalan yang membawa kepada ilmu. Jalan tersebut umum sama ada bersifat hissi atau maknawi. Hissi seperti berjalan kaki ke sekolah, ke masjid manakala maknawi seperti mendengar kuliah daripada orang alim, membaca kitab, atau mendengar daripada kaset. 13. Isyarat kepada niat yang ikhlas untuk menuntut ilmu. 14. Wajib bersegera untuk mencari ilmu sebagaimana bersegeranya manusia untuk mendapatkan syurga 15. Kesemua perkara di bawah ketentuan Allah. Jika hendak meminta kemudahan maka mintalah daripada Allah SWT. 16. Seruan kepada berkumpul mempelajari kitab Allah. Ada tiga keadaan. Keadaan pertama membaca al-Quran secara bersama-sama. Kedua: berkumpul dengan setiap orang membaca secara bergilir-gilir sama ada membaca halaman yang sama atau berlainan. Dalam hal ini, orang yang mendengar mendapat pahala orang yang membaca


Click to View FlipBook Version