The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kitab ini menghimpunkan 40 hadith Imam Nawawi beserta syarahannya.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norliza Ab Halim, 2023-09-14 23:56:31

Hadith 40 Nawawi

Kitab ini menghimpunkan 40 hadith Imam Nawawi beserta syarahannya.

98 sebagaimana kisah Musa dan Harun dalam surah Yunus ayat 88-89. Yang berdoa ialah Musa a.s. Dikatakan Musa berdoa dan Harun mengaminkannya. ِض ُ ي ِ ا ل َ ن َّ بـ َ ا ر َ ي ْ دنـ ال ُّ ِ اة َ ي َ اًَل ِِف ا ْْل َ و ْ أَم َ ً و ة َ ِزين ُ ََلَه َ م َ َن و ْ و َ ع ْ ر ِ ْ َت ف ي َ َك آتـ َّ ن ِ ا إ َ ن َّ بـ َ ٰ ر َى وس ُ اَل م َ ق َ و ن َ وا ع ُّ ل َك ِ يل ِ ب َ ۖ ٰ س لَى َ ع ْ ا اطْمِس َ ن َّ بـ َ َب ر َذا َ ا الْع ُ و َ ر َ يـ َّتٰ َّ َ ُوا ح ن ِ م ْ ؤ ُ َََل يـ ف ْ م لُوَبِِ ُ قـ ٰ لَى َ ْ ع ُد ْشد ا َ و ْ م ِِ اَل َ و ْ أَم َ يم ِ اْْلَل وَن ُ لَم ْ ع َ ََل يـ َ ين ذِ َّ ال َ يل ِ ب َ ِّ س انِ َ ع ِ ب َّ ت َ ََل تـ َ ا و َ يم ِ ق َ ت ْ اس َ ا ف َ ُ ُكم ت َ ْو دع َّ َت يب َْد أُجِ اَل ق ق ﴿٨٩َ ﴾ Dan Nabi Musa pula (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun dan ketua-ketua kaumnya barang-barang perhiasan dan harta benda yang mewah dalam kehidupan dunia ini. Wahai Tuhan kami! (Kemewahan yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan mereka dari jalanMu (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan meteraikanlah hati mereka (sehingga menjadi keras membatu), maka dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya. Allah berfirman: "Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua; oleh itu hendaklah kamu tetap (menjalankan perintahKu seterusnya), dan janganlah kamu menurut jalan orang-orang yang tidak mengetahui (peraturan janjiKu)". Justeru disyariatkan kepada orang yang mendengar bacaan qari’ untuk sujud bersama jika dia melihat qari’ sujud. Keadaan yang ketiga ialah orang ramai berkumpul dan setiap orang membaca bacaan masing-masing tanpa didengari bacaannya oleh orang lain. 17. Dinisbahkan masjid kepada Allah SWT sebagai satu kemuliaan kepada masjid di samping sebagai tempat zikir dan ibadat. 18. Rahmat Allah meliputi orang yang berkumpul mempelajari kitab Allah 19. Ganjaran ini tidak diperolehi melainkan di masjid disebabkan mulianya tempat tersebut. 20. Malaikat juga memuliakan orang yang mempelajari kitab Allah. 21. Allah membalas amalan manusia mengikut jenis amalan yang dilakukan. Sebagaimana dalam hadith sahih menyebutkan: Aku di sisi sangkaan hambaku terhadapku, aku sentiasa bersamanya. Jika dia mengingatiKu pada dirinya Aku akan mengingatinya pada diriKu. 22. Keturunan tidak memberi manfaat jika menghalangnya daripada beramal salih. Keturunan mempunyai keistimewaannya. Justeru disebutkan bahawa bangsa Arab lebih baik daripada bangsa lain, bani Hashim lebih baik daripada kalangan Quraisy…Dalam hadith menyebutkan sesungguhnya Allah memilih daripada bani Ismail Kinanah, memilih daripada Kinanah Quraish, memilih daripada Quraish Bani Hasyim, dan memilih aku daripada bani Hasyim. Tetapi jika bangsa Arab lupa dan lalai maka ia lebih teruk daripada bangsa lain. Lihatlah apa yang terjadi kepada bapa saudara nabi Abu Lahab sebagaimana yang diceritakan dalam surah al-Masad ayat 1-5.


99 ا َ د َ ْت ي َّ ب َ ب تـ َّ َ ت َ ٍب و َ أَِِب ﴿١ََ ل َ َب َكس ا َ م َ و ُ الُه َ م ُ ْه ن َ َٰ ع ْغَن ا أَ َت َ ً ﴾م ﴿٢ ا ذَا َر ٰ َن َ ْصلَى ي َ ﴾س ٍب َ ِب ََل ﴿٣ طَ َ ا ْْل َ َّالَة ُ َْح ُه أَت َ ر ْ ام َ ﴾و ﴿٤ دٍ َ َّمس ِّن ِ م ٌ ْل ب َ ا ح َ ه يدِ ِ ﴾ِِف ج ﴿٥ ﴾ Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah dia bersama! Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. Dia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang. Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal. 23. Sesuatu yang diisbahkan kepada Allah terbahagi kepada tiga iaitu 1.sifat. 2. Sesuatu yang berdiri dengan sendiri. Yang pertama seperti Qudratillah, Izzatullah, Hikmatullah. Manakala yang kedua seperti Naqatullah, Masajidillah, Baitullah. Dinisbahkan kepada Allah bagi memuliakan dan meningkatkan darjatnya. Manakala yyang ketiga seperti Ruhillah sebagaimana firman Allah dalam surah al-Tahrim ayat 12 dan surah al-Hijr ayat 29. َِِّت َن ال ا َ ر ْ م َ َت عِ ن ْ ابـ ََ َي ْ ر َ م َ و ا َ ِّ َِب َ ِت ر ا َ م ِ َكل ِ َ ْت ب دق َّ َ َص ا و َ ن روحِ ُّ ن ِ م ِ يه ِ ا ف َ َ ْخن َف نـ َ ا فـ َ ه َ ْج َر َ ْت فـ ن َ ْص أَح َني ِ ت ِ ان َ الْق َ ن ِ َ ْت م َكان َ و ِ ه ِ ب ُ ُكت َ و ﴿١٢ ﴾ Dan juga (satu misal perbandingan lagi, iaitu): Maryam binti Imran (ibu Nabi Isa seorang perempuan) yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari disentuh oleh lelaki; tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan dia mendapat anak) maka Kami perintahkan Jibril meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya dari roh (ciptaan) Kami; dan (sekalipun Maryam itu hidup di antara kaum kafir) ia mengakui kebenaran Kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitabNya; dan ia menjadi dari orang-orang yang tetap taat. ُت َ ْخ َف نـ َ و ُ ه ُ ت ْ ويـ َّ َ ذَا س ِ إ َ ف َ ين دِ اجِ َ ُ س وا لَه ُ َع َق ي فـ روحِ ُّ ن ِ م ِ يه ِ ف ﴿٢٩ ﴾ "Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya. Yang dimaksudkan di sini ialah ruh-ruh yang Allah jadikan tetapi dinisbahkan kepada diriNya sebagai memuliakan dan mengagungkan. Hadith 37 َ ت ِ ه ِ ب َ ر ْ َن ع ِ ه ْ ِوي ْ ر َ ا ي َ ْم ي ِ ِن النيب صلى هللا عليه وسلم ف َ ا ع َ ُم ْه ن َ َ هللاُ ع ِضي َ َّا ٍس ر ب َ ِن ع ْ َ ع اىل َن اب َع ت َ َك و َ ار َ ب ا َك َ ْله َ ْم ع َ ي ْ فَ لَم ٍ َة ن َ َس م ِبِ َّ َ ه ْ َن َك؛ فَم ِ نيَ ذَل َّ َ ب ِت ُُثَّ ا َ َّسيئ ال َ ِت و ا َ ن َ َس َب اْل َ ن هللا َكت َّ ِ قَا َل: إ ُ ه َّ أَن ا هللاُ َ ه َ ب َ ت َ ن َ َس َ ح َ ْشر ُ ع ْ َده ن ا هللاُ عِ َ ه َ ب َ ا َكت َ لَه َمِ ا فَ ع َ م ُبِ َّ َ ْن ه ِ إ َ لَةً، و ِ َةً َكام ن َ َس ُ ح ْ َده ن عِ َ ِىل ٍف إ ْ ِ ِضع َة مائ ِ ع ْ ب َ َىل س ِ ٍت إ ا


100 َ م ُبِ َّ َ ْن ه ِ إ َ لَةً، و ِ َةً َكام ن َ َس ُ ح ْ َده ن ا هللاُعِ َ ه َ ب َ ا َكت َ ْله َ ْم ع َ ي ْ فَ لَم ٍ َة ئ ِ ي َ ِس م ب َّ َ ْن ه ِ إ َ . و ٍ ة َ ْري ِ اف َكث َ ْضع أَ ا َ ه َ ب َ ا َكت َ لَه َمِ ا فَ ع َ ْح َص ِحي ٌ ِف م ِ ل ْ ُس م َ ُّي و ُ َخاِر الب ُ اه َ و َ َدةً ر احِ َ َةً و ئ ِ ي َ ُ هللاُ ْو ِف س ر ُ اْل ِ ه َذِ ا ُبِ َ ِهم ْ ي Daripada lbnu 'Abbas RA daripada Nabi SAW yang meriwayatkan suatu riwayat dari Allah SWT. Allah berfirman: Sesungguhnya Allah telah menulis segala amal kebajikan dan amal kejahatan, kemudian Dia memperjelaskannya. Maka sesiapa yang berniat mahu mengerjakan suatu kebajikan tetapi dia tidak melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di sisi-Nya sebagai satu kebajikan sepenuhnya. Sekiranya dia berniat mahu mengerjakan suatu kebajikan lalu dia melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di sisi-Nya sepuluh kebajikan sehingga 700 kali ganda dan sehingga berlipat-ganda yang sangat banyak. Dan sekiranya dia berniat mahu mengerjakan suatu kejahatan tetapi dia tidak melakukannya, Allah akan menulis di sisi-Nya sebagai satu kebajikan sepenuhnya. Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan dan dia melakukannya, Allah akan menulis kejahatan itu di sisi-Nya dengan satu kejahatan sahaja. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkannya dalam kedua kitab sahih mereka dengan huruf ini. Faedah Hadith 1. Hadith Qudsi adakah daripada perkataan Allah secara lafaz dan makna atau perkataan Allah secara makna dan lafaz daripada Rasulullah. Ulama hadith berselisih pendapat dalam hal ini kepada dua pendapat. Namun yag terbaik tidak mendalami perkara tersebut dan cukup berpada “bahawa apa yang diucapkan nabi sebagaimana yang diriwayatkan daripada tuhannya” . 2. Catatan al-hasanat dan al-sayyi’at benar-benar berlaku 3. Allah memberikan kepada manusia pendengaran, penglihatan dan kefahaman dan mengutus kepada mereka rasul rasul, menjelaskan kepada mereka kebenaran dan mereka sendiri tidak tahu apa yang telah ditulis bagi mereka. 4. Perbuatan Allah melalui lafaz kataba sama ada Allah memerintahkan ia ditulis atau Allah menulisnya sendiri. 5. Kurniaan Allah kepada manusia bagi yag berazam untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, Allah akan menulis baginya satu kebaikan. 6. Asal ganjaran bagi satu kebaikan ialah 10 kali ganda kebaikan tetapi boleh ditambah sehingga 700 kali ganda. 7. Pertambahan ganjaran berlipat ganda melibatkan beberapa perkara pertama: Masa: sebagaimana sabda nabi mengenai kelebihan 10 hari terawal daripada bulan Zulhijjah:Mana mana hari beramal salih di dalamnya lebih disukai di sisi Allah daripada 10 hari bulan Zulhijjah. Sahabat bertanya: Tidak juga jihad di jalan Allah. Nabi bersabda: Dan tidak juga jihad di jalan Allah. Begitu juga firman Allah dalam surah al-Qadr ayat 3 ٍر ْ ِف َشه أَلْ ْ ِّن ِ م ٌْ َْي َ ْدِر خ الْق ُ لَة ْ لَيـ ﴿٣﴾ Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.


101 Kedua: berdasarkan tempat: sebagaimana sabda nabi: Solat di masjidku ini lebih baik daripada solat seribu solat selain darinya melainkan di masjid kaabah. Ketiga: Berdasarkan amalan: Allah menyebutkan dalam hadith Qudsi : Apa yang hambaku usahakan untuk dekat kepadaku lebih aku suka dengan apa yang aku wajibkan ke atasnya. Amalan yang wajib lebih Allah sukai berbanding amalan sunat.Keempat : berdasarkan pelaku: ketika nabi menegur Khalid bin al-Walid apabila berlaku perselisihan antaranya dan antara Abdul Rahman bin Auf : Janganlah engkau menghina sahabatku, demi diriku di bawah tanganNya jika berinfaq salah seorang daripada kamu seperti bukit Uhud dengan emas tidak akan sama dengan satu mud salah seorang daripada kamu dan tidak juga sampai separuhnya. Sebaik baik amalan ialah amalan yang dilakukan kerana mentaati perintah Allah kemudian untuk mengikuti sunnah nabi. Daripada situlah datangnya keikhlasan. 8. Sesiapa yang berazam untuk melakukan kejahatan kemudian tidak melakukannya maka Allah akan tulis baginya satu kebaikan. Jika dia beramal dengannya Allah tulis baginya satu kejahatan. 9. Setiap kejahatan boleh dibahagikan kepada besar dan kecil. Begitu juga kebaikan boleh dibahagikan kepada wajib dan sunat. Hadith 38 ْ َن اَىل قَا َل: م َ َع ت ن هللاَ َّ ِ وُل ِهللا صلى هللا عليه وسلم: إ ُ َس ةَ رضي هللا عنه قَا َل: قَا َل ر َ ْر ي َ ُر أَِيب ه ْ َن ع ْ ْدِي ب َ ِِلَّ ع َب إ ر ََقَّ ا ت َ م َ ِب. و ْ ر َ ِِبْل ُ ه ُ ْت َق ْد آذَن ً فَ َّا ي ِ ل َ َى ِل و اد َ ع ا ُل َ ز َ . والي ِ ه ْ لَي َ ُع ه ُ َ ْضت َرت ا افْ َّ ِ ِِلَّ ِم ب إ َّ َ أَح ٍ َشيء ِ ب َ ب َ ، و ِ ه ِ ب ُ ع َ م ْ َس ي ْ ذِي َّ ال ُ ه َ ْ ُت ََسْع ُ ُكن ه ُ بت َ ب ْ ِذَا أَح ، فَإ ُ َّه ب َّت أُحِ َّ َ ِل ح ِ اف َ َّ و ِِبلن َلَّ ِ ُب إ ر َ َقَّ ت َ ي ْ ْدِي ب َ ع ُ ِصر ْ ب ُ ي ْ ذِي َّ ال ُ ه َ َصر ا، َ ُش ُبِ ْطِ ب َ ِِت ي َّ ال ُ ََده ي َ ، و ِ ه ب رواه ِ ُ ه َّ َذن ْ ي ْ ألُعِ ِِن اذَ َ ع َ ت ْ اس ْ ن ِ لَئ َ ، و ُ ه َّ ن َ ي ألُعطِ ْ أَلَِِن َ ْ س ن ِ لَئ َ ا. و َ ُبِ ْ ِشي ِِت َْيْ َّ ال ُ لَه ْ ِرج َ و البخاري Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman: Sesiapa yang memusuhi seorang waliKu, maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya. Seorang hambaKu tidak bertaqqarub (iaitu menghampirkan dirinya) kepadaKu dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai lebih daripada amalan yang Aku fardukan ke atasnya. Seseorang hamba sentiasa bertaqqarub dirinya kepadaKu, dengan amalan amalan sunat sehingga Aku mengasihinya. Apabila Aku telah mengasihinya, maka jadilah Aku pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatannya yang dia melihat sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang dengannya dia melakukan kerja, jadilah Aku kakinya yang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya dan sekiranya dia meminta perlindungan dari-Ku nescaya Aku akan melindunginya. Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari Faedah Hadith


102 1. Memusuhi penolong-penolong agama Allah termasuk di bawah dosa-dosa besar. 2. Awliya Allah wujud berdasarkan al-Quran dan hadith. Siapakah sebenarnya wali? Adakah dengan dakwaan semata-mata, atau melihat pakaiannya, atau melihat kepada tubuh badannya? Jawapannya: Tidak: Allah telah menjelaskannya di dalam surah Yunus ayat 63. ُوَن َّـق ت َ ُوا يـ َكان َ ُوا و ن َ آم َ ين ذِ ال ﴿ ٦٣َّ ﴾ (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. Wilayah Allah terbahagi kepada dua : umum dan khusus. Pertama: wilayah umum iaitu wilayahnya kepada semua makhuk termasuk mukmin dan kafir, orang baik dan jahat, sebagaimana firman Allah dalam surah al-An’aam ayat 61-62. ِ ه ِ اد َ ب َق عِ ْ َو فـ ُ ر ِ اه َ الْق َ و ُ ه َ ۖ و ُ ْه َّـت ف َ َو ْ ُت تـ و َ الْم ُ َدُكم َ أَح َ اء َ ذَا ج ِ إ َّتٰ َّ َ ً ح َظَة ف َ ْ ح ُكم ْ لَي َ ع ُ ل سِ ْ ر ُ يـ َ و ََل ْ م ُ ه َ ا و َ لُن ُ س ُ طُوَن ر ِّ ِر َ ف ُ يـ ﴿٦١﴾ Dan Dia lah yang berkuasa atas sekalian hambaNya; dan Dia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya). Wilayah yang khusus ialah wilayah Allah kepada orang-orang bertakwa sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 257. وِر ُّ ََّل الن ِ ِت إ ا َ لُم ُّ الظ َ ِّن ِ م م ُ ه ُ ِرج َُيْ ُوا ن َ آم َ ين ذِ َّ ال ِِلُّ َ و ُ ـه َّ ۖ الل Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) Begitu juga firman Allah dalam surah Yunus ayat 62 hingga 63. ُوَن ن َ ز ْ ََي ْ م ُ ََل ه َ و ْ ِهم ْ لَي َ ٌف ع ْ و َ ََل خ ِ ـه َّ الل َ اء َ ي ِ ل ْ ن أَو َّ ِ أَ ﴿٦٢ وا ََل إ ُ َكان َ ُوا و ن َ آم َ ين ذِ َّ ﴾ال ُوَن َّـق ت َ يـ ﴿٦٣﴾ Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. Persoalannya adakah wali wali ini menjadi perantara antara doa kita dan Allah. Jawapannya: Tidak. Tiada perantara antara Allah dan hambanya. 3. Wujudnya peperangan kerana Allah sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 279.


103 ِ ه ِ ول ُ س َ ر َ و ِ ـه َّ الل َ ِّن ِ ٍب م ْ ر َ ُوا ِبِ َأْذَن لُوا ف َ ْع َف تـ ْ َّل َّ ِن إ َ ۖ وَن ف ُ م ِ َظْل ََل ت ْ ُكم ِ ال َ و ْ أَم ُ وس ُ ء ُ ر ْ لَ ُكم َ فـ ْ ُم ت ْ بـ ُ ِن تـ إ َ و وَن ُ ُظْلَم ََل ت َ و ﴿٢٧٩ ﴾ Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 33. َ ين ذِ َّ ال ُ اء َ ز َ َّنَا ج َِّ إ ا ً اد َ َس ِض ف ْ َن ِِف اْْلَر ْ و َ ع ْ َس ي َ و ُ ولَه ُ س َ ر َ و َ ـه َّ وَن الل ُ اِرب َ َُي Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan 4. Wujudnya mahabbah (kasih sayang) Allah. 5. Amalan-amalan yang salih akan mendekatkan diri seseorang itu kepada Allah. Ini pasti dirasai oleh seseorang yang beramal dengan penuh ikhlas, sempurna dan hati yang hadir. Perasaan yang dekat kepada Allah akan membantu seseorang itu dalam setiap tingkah lakunya. 6. Perintah Allah terbahagi kepada dua iaitu faridah dan kedua ialah nafilah. 7. Kelebihan amalan fardu lebih disukai berbanding sunat manakala solat lebih disukai berbanding ibadat lain daripada kefarduan. Ketika Ibn Mas’ud bertanya nabi: Amalan yang manakah lebih disukai oleh Allah. Lalu nabi menjawab: Solat pada waktunya. 8. Seruan kepada memperbanyakkan amalan sunat. Memperbanyakkan amalan sunat mendatangkan kasih sayang Allah. 9. Allah jika mengasihi seseorang akan mengarahkan pendengarannya untuk mendengar yag baik, mengarahkan pandangannya kepada yang baik, tangan dan kakinya kepada yang baik dan keseluruhan anggotanya kepada yang baik. 10. Allah jika mengasihi seseorang akan mengabulkan permintaannya dan melindunginya daripada perkara yang tidak baik. Hadith 39 ِن مِِت َ ْ ع أَُّ َن ِل ع َ ز َ او ََتَ ن هللاَ َّ ِ وَل ِهللا صلى هللا عليه وسلم قَال: إ ُ َس ن ر ا أَ َّ َ ُم ْه ن َ َ هللاُع ِضي َ َّا ٍس ر ب َ ِن ع ْ اب حديث حسن ِ ه ْ لَي َ ُوا ع ْك ِره ُ ت ْ ا اس َ م َ َن و ا َ ي ْ ِس الن َ اخلَطَأَ و رواه ابن ماجه والبيهقي وغريُها Daripada lbnu 'Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah tidak menghukum - demi keranaku - umatku perbuatan yang dilakukan secara tersilap, terlupa dan secara paksaan. Hadith ini adalah hadith hasan yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, al-Baihaqi dan selain keduanya


104 Faedah Hadith 1. Luasnya rahmat dan kasih sayang Allah kepada hambanya di mana Allah mengangkat daripada hambanya dosa jika melakukan kemaksiatan disebabkan tersilap, lupa dan dipaksa. Jika Allah mengkehendaki, Allah boleh sahaja menghukum sesiapa yang menyalahi perintahnya dalam keadaan apa sekalipun. 2. Kesemua perkara yang diharamkan oleh Allah dalam ibadat atau bukan ibadat jika dilakukan secara jahil, atau lupa atau dipaksa maka tiada hukuman ke atasnya jika melibatkan hak Allah. Tetapi jika melibatkan hak manusia dimaafkan dari segi dosa tetapi tidak dimaafkan dari sudut jaminan kerana ia melibatkan hak sesama manusia. Sebagai contoh seorang lelaki bercakap dalam solat kerana kejahilannya. Dalam hal ini tidak batal solatnya. Muawiyah bin al-Hakam pernah bersama nabi dalam solat kemudian beliau mendengar seseorang bersin lalu lelaki tersebut mengucapkan Alhamdulillah lalu Muawiyah berkata kepadanya: Yarhamukallah. Setelah itu sahabat-sahabat lain memandang ke arahnya dengan pandangan yang menyakitkannya. Selepas solat, nabi memanggilnya. Muawiyah berkata: Aku tidak pernah melihat seorang guru yang terbaik pengajarannya daripada baginda. Nabi tidak memarahiku, tidak menghinaku, tidak memukulku tetapi nabi mengucapkan: Sesungguhnya dalam solat tidak sesuai sedikitpun pun daripada perkataan manusia tetapi ia adalah takbir, tasbih, dan bacaan Quran. Dalam contoh ini nabi tidak meminta Muawiyah utuk mengulangi solat. Contoh yang lain seorang lelaki solat lalu lelaki lain meminta izin dengan mengetuk pintu lalu dia berkata: silakan. Dia lupa bahawa dia berada dalam solat maka tidak batal solatnya disebabkan lupanya itu. 3. Bagi orang yang dipaksa mempunyai syarat yang lain iaitu dia tidak mampu untuk melawan kehendak orang yang memaksa. 4. Pernah berlaku sebagaimana yang diriwayatkan oleh Asma’ binti Abu Bakar bahawa mereka berbuka puasa pada hari yang kelam pada zaman nabi SAW iaitu sebelum terbenam matahari tetapi nabi tidak memerintahkannya untuk menggantikan puasa. 5. Seorang lelaki bersetubuh dengan isterinya pada siang Ramadan dan dia mengetahui bahawa bersetubuh itu haram di siang Ramadan. Tetapi dia tidak mengetahui tentang kaffarahnya (dendanya). Dalam hal ini, lelaki tersebut wajib membayar kaffarah. 6. Seorang lelaki yang hidup di negara bukan Islam berzina dan dia tidak mengetahui zina itu haram sedangkan dia baru masuk Islam. Tetapi jika lelaki tersebut hidup di negara Islam dan memberitahu dia tidak mengetahui hukum zina adalah haram maka kata-katanya tidak diterima. 7. Seorang lelaki berzina dan mengetahui zina itu haram tetapi dia tidak mengetahui bahawa lelaki berkahwin kemudian berzina hukumannya adalah rejam. Dalam hal ini rejam tetap dilaksanakan ke atasnya. 8. Jika seseorang memakan daging unta sedang dia dalam keadaan berwuduk dan dia tidak mengetahui bahawa memakan daging unta membatalkan wuduk kemudian dia solat tanpa berwuduk. Maka wajib baginya untuk mengulangi wuduk dan solat.


105 Kesimpulannya jika dia meninggalkan perkara wajib maka wajib dia melaksanakannya. Perkara ini berdasarkan hadith nabi bahawa nabi bersabda: sesiapa yang tertidur daripada solat atau terlupa maka solatlah jika dia mengingatinya. Begitu juga kisah lelaki yang buruk solatnya. Nabi memintanya mengulangi tiga kali sehingga nabi mengajarnya solat yang sebenar. Dalam hal in nabi tidak memberinya keuzuran disebabkan kejahilannya kerana ia melibatkan perkara wajib 9. Meninggalkan perkara wajib jika disebabkan jahil dimaafkan dosanya tetapi wajib dia melakukan perkara wajib tersebut. Perkara ini sebenarnya menjadi khilaf di kalangan ulama. Adakah perkara wajib digugurkan disebabkan kejahilan secara mutlak.? Ataupun jika dia seorang yang iltizam, akan gugur perkara tersebut disebabkan kejahilan tetapi jika dia seorang yang lalai dan tidak iltizam maka tidak gugur. 10. Ramai kalangan yang tinggal di perkampungan badwi tidak mengetahui bahawa budak perempuan jika baligh awal maka wajib ke atasnya berpuasa. Mereka menyangka bahawa apabila sampai umur 15 tahun barulah wajib ke atasnya berpuasa. Dalam hal ini tidak wajib ke atas budak perempuan tersebut menggantikan puasanya kerana jahil. Budak perempuan tersebut juga tidak mempunyai sesiapa untuk ditanya malah ibu bapanya juga berpandangan sedemikian. Dalam hal ini mengetahui perkara wajib perlu kepada ilmu 11. Jika seseorang jahil berkaitan hukum zakat dan dia meninggalkannya maka dia perlu mengantikannya kerana melibatkan harta orang lain. Hadith 40 ِِف ْ َقا َل: ُكن يب فَ ْك َّ وُل ِهللا صلى هللا عليه وسلم ِِبن ُ َس َخ َذ ر ا قَا َل: أَ َ ُم ْه ن َ َ هللاُ ع ِضي َ ر َ ر َ ُم ِن ع ْ ِن اب َ ع ٍل ْ ي ِ ب َ ُ س ر ِ اب َ ْ ع ْ ٌب أَو ِري َك غَ َّ ا َكأَن َ دن ِر ْي ال ُّ َظِ ت ْ ن َ ْ َت فَال ت ي َ ْس ِذَا أَم ُل: إ ْ ُقو َ ا ي َ ُم ْه ن َ َ هللاُ ع ِضي َ ر َ ر َ ُم ع ُ ْن َن اب َكا َ و َك. رواه ِ ت ْ َك ملَو ِ ات َ ي َ ْ ح ن ِ م َ ِض َك، و َ ر َ م ِ َك ل ِ حت َّ ِص ْ ن ِ َ ُخ ْذ م . و َ اء َ ِر املَس َظِ ت ْ ن َ َ ْح َت فَال ت ْصب ِذَا أَ إ َ ، و َ اح َ صب ال َّ البخاري. Daripada lbnu 'Umar RA berkata: Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir. lbnu 'Umar RA pernah berkata: Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu. Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari Faedah Hadith 1. Keperluan untuk zuhud di dunia dan tidak menjadikan dunia ini tempat untuk kekal selamanya.


106 2. Bentuk dan teknik pengajaran nabi yang terbaik apabila memberikan perumpamaan. 3. Melakukan sesuatu untuk menarik perhatian pendengar sebagaimana nabi memegang bahu Ibn Umar. Nabi juga pernah memegang tapak tangan Ibn Mas’ud dan meletakkan antara dua tapak tangannya ketika mengajarnya tasyahhud. 4. Berusaha beramal sebanyak mungkin selagi masih sihat 5. Tabiat manusia ketika sihat lalai tentang kewajipannya dan alpa dalam menjauhi perkara haram berbeza ketika dia sakit. Hadith 41 وُل ِهللا صلى هللا عليه ُ َس ا قَا َل: قَا َل ر َ ُم ْه ن َ َ هللاُ ع ِضي َ ا ِص ر َ ِن الع ْ ِرو ب ْ ِن عم ِ ْدِ ِهللا ب ب َ ع مدٍ ُُمََّ ْ أَِيب ْ َن ع " ِ ه ِ ْ ُت ب جئ ِ ا َ م ِ ً ل ا َ ع َ ب َ ت ُ َواه ُكوَن ه َ َّت ي َّ َ ْ ح ُدُكم َ أَح ُ ن ِ ُْؤم ِب ي َ وسلم: "الَ ا ت ِِفكِ ُ اه َ ن ْ ي َ و َ ر ٌ ْح ٌ َص ِحي ن َ َس ْ ٌث ح ي َدِ ح ٍح ْ َص ِحي ادٍ َ ن ْ ِإبِس ِ جة َّ ُ اْل Daripada Abu Muhammad Abdullah ibn 'Amru bin al-'As RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehinggalah hawa nafsunya tunduk menuruti ajaran yang aku bawa. Hadith ini adalah hadith hasan sahih, kami meriwayatkannya dalam kitab al-Hujjah dengan sanad yang sahih Terjemahan Perawi Abdullah bin Amru bin al-As bin Wail bin Hashim bin Said bin Sahm al-Qurashi al-Sahmi. Beliau masuk Islam sebelum bapanya dan berhijrah ke Madinah. Abdullah bin Amru meriwayatkan 700 hadith, 7 hadith daripadanya disepakati oleh al-Bukhari dan Muslim. 8 hadith diriwayatkan oleh al-Bukhari sahaja dan 20 hadith diriwayatkan oleh Muslim sahaja. Abu Hurairah RA pernah memujinya: Tiada dari kalangan sahabat-sahabat nabi SAW seorang pun yang lebih banyak hadith daripada nabi berbanding aku melainkan hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru. Sesungguhnya beliau menulis sedangkan aku tidak menulis. Abdullah bin Amru juga terkenal dengan al-Sahifah al-Sadiqah iaitu koleksi catatan hadith beliau yang beliau seorang sahaja yang mendengar daripada nabi SAW. Abdullah bin Amru bin al-As meninggal dunia pada tahun 65H ketika berumur 72 tahun. Faedah Hadith 1. Amaran kepada orang Islam untuk tidak menjadikan akal dan adatnya mendahului apa yang dibawa oleh nabi SAW. Nabi menegaskan dengan lafaz “tidak beriman”. 2. Tidak sempurna iman seseorang jika hawa nafsunya mengikuti sebahagian apa yang dibawa oleh nabi. Manakala tidak beriman jika hawa nafsunya tidak mengikuti keseluruhan apa yang dibawa oleh nabi. 3. Hawa nafsu terbahagi kepada terpuji dan dikeji. Jika datang dalam bentuk umum ia adalah suatu yang keji. Namun hadith membuktikan bahawa terdapat hawa nafsu yang terpuji. 4. Huda (petunjuk) lawannya hawa (hawa nafsu).


107 5. Wajib melaksanakan hukum Islam dalam setiap sesuatu sebagaimana firman Allah dalam surah al-Nahl ayat 89. ْ ِهم ُسِ أَنف ْ ِّن ِ ِهم م ْ لَي َ ا ع ً َشِهيد ٍ َّمة أُ ِّ َ ُث ِِف ُكِل ع ْ بـ َ نـ َ م ْ و َ يـ َ ۖ ٰ و لَى َ ا ع ً َك َشِهيد ِ ا ب َ ن ْ ئـ َجِ و ِ ََلء ُ ٰؤ ـ َ ۖ ٰى ه َ ُ ْشر ب َ ً و ة ْْحَ َ ر َ ًى و ُد ه َ و ٍ ء ْ َشي ِّ ِّ ُكِل ِ ل ً اَن َ ي ْ بـ ِ َب ت ا َ ت ْ َك الْكِ لَي َ ا ع َ زلْن ََّ نـ َ و َني مِ ِ ل ْ ُس ْلم ِ ل ﴿٨٩ ﴾ Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam. 6. Apa sahaja perkara yang berkaitan dengan urusan agama dan dunia telah diterangkan oleh nabi. Sama ada secara terang yang diketahui oleh setiap orang atau penjelasan yang diketahui oleh orang yang diberi ilmu sahaja. Hadith 42 َك َّ ن ِ إ َ َم َآد َ ْن اب َ اَىل: "َي َ َع ت ُقوُل: قَا َل هللاُ َ وَل ِهللا ي ُ َس ْ ُت ر ع ََسِ ِ ٍك رضي هللا عنه قَا َل: ال َ ِن م ْ ِس ب َ أَن ْ َن ع َ َج ر َ و ْ ِِن َ َوت َع ا د َ َن َ م ا ن َ ُ َك ع ُوب َ ْت ذُن لَغ َ لَو ب َ َم َآد َ ْن اب َ ، َي ْ ِل َ َال أُِب ْ َك و ن ِ َن م ا َكا َ لَى م َ َك ع ْ ُت لَ غََفر ْ ِِن َ وت ُُثَّ َ ِض َخطَاَي ْ ِب األَر ا َ ر ِ ق ِ ب ْ ِِن َ ت ْ ي َ َك لَو أَت َّ ن ِ إ َ َم َآد َ ْن اب َ َك، َي ْ ُت لَ غََفر ْ ِِن َ ت ْ غَْفر َ ُُثَّ است ِ اء َ َّسم ُ ْش ال ِر الَت ْ ِِن َ ت ْ ي ِ لق ك ةً" َ ر ِ غف َ ا م َ اُبِ َ ر ِ ق ِ ُ َك ب ت ْ ي َ ً ألَت ا َ ئ ْ َشي ْ ِيب َ ُّي و ذِ ِ م ْ رتِ ال ُ اه َ و َ ر ٌ ْح ي َ ٌ َصح ن َ َس ْ ٌث ح ي َدِ قَا َل: ح Daripada Anas RA berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam, Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadap-Ku tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi. Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis hasan sahih. Faedah Hadith 1. Kemuliaan bani Adam di mana Allah telah menghalakan katanya kepada mereka dengan Wahai bani Adam. Firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 70.


108 َ م َ ِِن آد َ ا ب َ ن ْ َّم َ ْد َكر لَق َ و ٍْي ِ ٰ َكث لَى َ ع ْ م ُ اه َ ضْلن َّ َ ف َ ِت و ا َ ب ِّ ِ ي َّ الط َ ِّن ِ م م ُ اه َ ْن قـ َ ز َ ر َ ِر و ْ َح الْب َ و ِّ ِ َ ِِف الْب ْ م ُ اه َ ْلن َْحَ َ و ًَل ِضي ْ َف ا تـ َ ن ْ لَق َ ْ خ ن َّ ِّ ِم ﴿٧٠ِ ﴾ Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan. 2. Lafaz ibn atau bani jika disandarkan kepada kabilah atau ummah merangkumi lelaki dan perempuan. Jika disandarkan kepada sesuatu yang terhad maka ia adalah untuk lelaki sahaja. 3. Sesiapa yang memohon kepada Allah keampunan dan mengharapkannya maka Allah akan mengampuninya. 4. Doa sewajarnya dikemukakan dengan penuh pengharapan. Manakala hati yang lalai sukar untuk dimakbulkan doanya. 5. Sifat-sifat salbiyah bagi Allah sebagaimana firman Allah dalam surah al-Kahfi ayat 49, surah al-Furqan ayat 58 dan sebagainya. ِب ََل ا َ ت َٰذا الْكِ ـ َ ِل ه ا َ ا م َ ن َ لَتـ ْ يـ َ و َ ُولُوَن َي ق َ يـ َ و ِ يه ِ َّا ف ِ َني ِم ِ ق ِ ُ ْشف َني م ِ ِرم ْ ُج ََى الْم ََت ُب ف ا َ ت الْكِ َ ِضع ُ و َ و ُ ر ِ اد َ غ ُ يـ ا َ اه َ ْص َل أَح َِّ ً إ ة َ ِْي ََل َكب َ ً و ة َ ْي ِ غ َ ۖ ا َ ص ُوا م د َ َج و َ و ا ً ِضر ا َ لُوا ح َمِ ۖ ا ً ع د َ َك أَح ُّ ب َ ر ُ م ِ ظْل َ ََل ي َ و ﴿٤٩ ﴾ Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorang pun. ِ ه دِ ْ م َ ْ ِبِ ِّح ِ ب َ س َ ُت و َُو ي ََل مي ذِ َّ ال ِّ ِي َ لَى ا ْْل َ ع ْ َّكل َ َو تـ َ ۖ ا و ً ِْي ب َ خ ِ ه ِ اد َ ب ُو ِب عِ ُذن ِ ب ِ ه ِ ب ٰ َى َكف َ و ﴿٥٨ ﴾ Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya; dan cukuplah Dia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya 6. Allah mengampuni segala dosa yang dilakukan oleh manusia sebagaimana firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 110. ا ً يم رحِ َّ ا ً ُور َغف َ ـه َّ الل َ ََيِدِ ـه َّ ِر الل ِ ْف غ َ تـ ْ َس ي ُثَّ ُ ه َ ْس َف نـ ْ م ِ ظْل َ ي ْ ا أَو ً وء ُ س ْ ل َ م ْ ع َ ن يـ َ م َ و ﴿١١٠﴾ Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


109 7. Meminta ampun kepada Allah sahaja tidak mencukupi tanpa disertai dengan sebabsebab yang membawa kepada keampunan. 8. Syarat-Syarat Taubat a) Ikhlas Ikhlas menjadi syarat dalam semua ibadat dan taubat juga termasuk daripada ibadat. Sesiapa yang bertaubat dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia atau kerana takut kepada pemerintah bukan kerana mengagungkan Allah SWT maka taubatnya tidak diterima. b) Menyesal di atas apa yang berlaku Seperti mengucaapkan alangkah baiknya aku tidak melakukan perbuatan tersebut. Sebahagian ulama berpendapat bahawa menyesal tidak termasuk di bawah syarat taubat kerana kesukaran mengenalinya. Sebahagian ulama pula berpandangan bahawa mesti wujud dalam hatinya perasaan menyesal. c) Membuang perbuatan maksiat yang dilakukannya. Jika maksiat yang dilakukan ialah meninggalkan perkara wajib maka hendaklah dia menunaikan perkara wajib tersebut. Atau jika dia tidak membayar zakat maka hendaklah dia membayarnya atau mencuri harta orang lain maka cara bertaubat ialah dengan memulangkan harta tersebut. Jika tidak, maka tidak sah taubatnya. Jika ditakuti akan menimbulkan masalah maka hendaklah dia memulangkan juga dengan apa cara sekalipun. Jika orang yang dicuri hartanya telah meninggal dunia maka hendaklah memulangkan kepada warisnya. Jika tidak ditemui warisnya maka hendaklah diberikan kepada baitulmal. Bagaimana hendak menghilangkan dosa mengumpat? Sebahagian ulama menyebutkan perlu berjumpa dengan orang yang diumpat dan minta dihalalkan tetapi jika orang yang diumpat tidak mengetahuinya maka cukuplah dengan mendoakan keampunan baginya. d) Berazam untuk tidak mengulangi perbuatan maksiat e) Taubat berlaku pada masa taubat Jika taubat dilaksanakan pada waktu tidak diterima taubat maka tidak bermanfaat taubat tersebut. Ia terbahagi kepada dua jenis. Jenis yang khusus dan jenis yang umum. Jenis yang khusus seperti jika seseorang itu berada dalam keadaan nazak maka taubatnya tidak memberi manfaat kepadanya sebagaimana firman Allah dalam surah al-Nisa ayat 18. Begitu juga dalam surah Yunus ayat 91 Manakala taubat daripada jenis yang umum seperti terbit matahari daripada sebelah barat. 9. Kelebihan tauhid dan ia merupakan sebab keampunan daripada dosa sebagaimana firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 38 ْن ِ وا إ ُ َر َكف َ ين ذِ َّ ل ِ ل ْ ُل َف ق لَ َ َْد س ا ق َ م ْ م ُ ََل ْ َر ْف غ ُ وا يـ ُ َه تـ ْ نـ َ يـ Katakanlah kepada orang-orang yang kafir itu: "Jika mereka berhenti (dari kekafirannya), niscaya Allah akan mengampuni mereka tentang dosa-dosa mereka yang sudah lalu 10. Pertemuan dengan Allah pasti akan berlaku sebagaimana firman Allah dalam surah alKahfi ayat 110


110 ً دا َ أَح ِ ه ِ ِّ ب َ ر ِ ة َ اد َ ب ِ ع ِ ُ ْشِرْك ب َل ي َ ً و ا اْلِ َ ََلً ص َم ع ْ ل َ م ْ ع َ َْليـ فـ ِ ه ِ ِّ ب َ ر َ اء َ ق ِ وا ل ُ ْج ر َ َن يـ َكا ْ ن َ َم ف Sesiapa mengharap pertemuan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amal yang salih dan janganlah dia mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya.


KARYA-KARYA LAIN


Click to View FlipBook Version