The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Akidah Salaf yang menurut Al-Quran dan Sunnah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norliza Ab Halim, 2023-10-19 03:27:38

Akidah Salaf

Akidah Salaf yang menurut Al-Quran dan Sunnah

97 SAHABAT-SAHABAT YANG PALING UTAMA DAN KHILAFAH MEREKA Al-Imam al-Hafiz Abu ‘Uthman al-Sabuni berkata: ويشهدون ويعتقدون أن أفضل أصحاب رسول اهلل صىل اهلل عليه وسلم أبو بكر ثم عمر ثم عثمان ثم يلع، وأنهم اخللفاء الراشدون اذلين ذكر صىل اهلل عليه وسلم خالفتهم بقوهل فيما رواه سعيد بن نبهان عن سفينة ”اخلالفة بعدي ثالثون سنة ”وبعد انقضاء أيامهم اعد األمر إىل امللك العضوض ىلع ما أخرب عنه الرسول صىل اهلل عليه وسلم Ahlus Sunnah menyaksikan dan meyakini bahawa sahabat Rasulullah yang paling utama ialah Abu Bakr, kemudian ‘Umar, Uthman, kemudian Ali. Mereka adalah para khalifah yang mendapat petunjuk, yang kekhalifahan mereka diberitakan oleh Nabi SAW sepertimana riwayat Sa’id ibn Nubhan daripada Safinah dengan sabdanya:“Khilafah sesudah saya berlangsung selama tiga puluh tahun. Setelah pemerintahan mereka, urusan pemerintahan dikuasai oleh penguasa-penguasa yang jahat sebagaimana yang diberitakan oleh Rasulullah SAW.


98 Al-Hafiz Al-Sobuni rahimahullah ويثبت أصحاب احلديث خالفة أيب بكر ريض اهلل عنه بعد وفاة رسول اهلل صىل اهلل عليه وسلم، باختيار الصحابة واتفاقهم عليه، وقوهلم قاطبة: رضيه رسول اهلل صىل اهلل عليه وسلم دليننا، فرضيناه دلنيانا، وقوهلم: قد مات رسول اهلل صىل اهلل عليه وسلم فمن يؤخرك! وأرادوا أنه صىل اهلل عليه وسلم قدمك يف الصالة بنا أيام مرضه، فصلينا وراءك بأمره، فمن ذا اذلي يؤخرك بعد تقديمه إياك؟ Ahli Hadis menetapkan, kekhalifahan Abu Bakr r.a. setelah kematian Rasulullah SAW adalah berdasarkan pemilihan, kesepakatan dan pendapat mereka secara ijma’. Mereka menyatakan, “Rasulullah SAW telah meredhai Abu Bakr untuk urusan agama, maka kami redha Abu Bakr untuk urusan dunia kami. Rasulullah SAW mengambil Abu Bakr r.a. sebagai pengganti untuk mengimami solat fardhu ketika baginda sakit dan ini merupakan urusan agama, maka kami redha Abu Bakar sebagai pengganti Rasulullah SAW dalam urusan dunia kami. Tiada siapa yang harus menolak pilihan Rasulullah SAW. واكن رسول اهلل صىل اهلل عليه وسلم يتلكم يف شأن أيب بكر يف حال حياته بما يبني للصحابة أنه أحق انلاس باخلالفة بعده، فذللك اتفقوا عليه واجتمعوا، فانتفعوا بماكنه واهلل، وارتفعوا حىت قال أبو هريرة ريض اهلل عنه: واهلل اذلي ال هلإ


99 إال هو لوال أن أبا بكر استخلف ملا عبدا اهلل. وملا قيل هل: مه يا أبا هريرة! قام حبجة صحة قوهل، فصدقوه فيه وأقروا به Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika hayatnya memperkatakan tentang Abu Bakr r.a. dan menjelaskan kepada sahabat yang lain bahawa beliau adalah yang paling berhak menjadi khalifah selepas kewafatan baginda. Kerana itulah mereka bersepakat dan bersatu, lalu mereka mendapat manfaat dengan kedudukannya (demi Allah) dan mereka menjadi mulia sehingga Abu Hurairah ra. berkata, demi Allah yang tiada Tuhan yang disembah melainkan Dia. Kalaulah Abu Bakr tidak dilantik menjadi khalifah, nescaya Allah tidak lagi disembah!” Ketika dikatakankepadanya, “Apa yang kamu katakan ini, wahai Abu Hurairah? Beliau mengemukakan hujah tentang kebenaran kata-katanya, lalu mereka membenarkannya dan mengakuinya. ثم خالفة عمر بن اخلطاب ريض اهلل عنه وأرضاه باستخالف أيب بكر ريض اهلل عنه إياه، واتفاق الصحابة عليه بعده، وإجناز اهلل سبحانه بماكنه يف إعالء اإلسالم، وإعظام شأنه وعده. Kemudian khilafah ‘Umar ibn al-Khattab r.a. dipilih oleh Abu Bakr r.a. yang kemudian disepakati oleh para sahabat lainnya, Dan dengan kekhalifahannya itu, Allah memenuhi janji-Nya untuk meninggikan dan mengagungkan syi’ar Islam. ثم خالفة عثمان ريض اهلل عنه بإمجاع أهل الشورى، وإمجاع األصحاب اكفة، ورضاهم به حىت جعل األمر إيله.


100 Al-Hafiz Al-Sobuni rahimahullah Begitu juga dengan khilafah ‘Uthman ibn ‘Affan r.a. yang dilantik melalui ijma’ majlis syura dan ijma’ para sahabat secara keseluruhan. Mereka redha kepada beliau dan menyerahkan jawatan khilafah kepadanya. ثم خالفة يلع ريض اهلل عنه ببيعة الصحابة إياه، عرفه ورآه لك منهم ريض اهلل عنه أحق اخللق، وأوالهم يف ذلك الوقت باخلالفة ولم يستجزيوا عصيانه وخالفه Kemudian khilafah Ali r.a. dengan dibaiah oleh para sahabat, kerana beliau dilihat yang paling berhak dan paling utama pada masa itu untuk memegang kekhalifahan. Mereka tidak membolehkan tindakan menentang dan menyelisihi pemerintahan beliau. فاكن هؤالء األربعة اخللفاء الراشدين اذلين نرص اهلل بهم ادلين، وقهر وقرس بماكنهم امللحدين، وقوى بماكنهم اإلسالم، ورفع يف أيامهم للحق األعالم، ونور بضيائهم ونورهم وبهائهم الظالم، وحقق خبالفتهم وعده السابق يف قوهل عز وجل: رٰ ىٰ ٌّ ٍّ َّ ُّ ِّ ّٰ ئرئزئمئنئىئيبر Mereka adalah empat Khulafa’ Rashidin yang dengannya Allah memenangkan agama-Nya, mengalahkan ilhad orangorang kafir, dan menguatkan Islam sehingga kedudukan Islam menjadi ukuh, mengangkat bendera kebenaran pada zaman mereka, menerangkan kegelapan dengan sinaran, cahaya dan kemuliaan mereka, membuktikan janji-Nya


101 dalam firman-Nya ‘azza wa jalla: “Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orangorang sebelum mereka berkuasa dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka,dan Dia benar-benar menukar keadaan mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa...”. (al-Nur :55) نح مجمحمخ مممى مي نجنخنم نى نيهج يج همهى هي رٰ يح يخ يم يىييذٰ ىٰ ٌّو ٍّ َُّّ ِّ ّٰئر ئزئمئن ئى ئي بر تم بز بم بن بى بي تر تز تن تى تي ثر ثز ثم ثن ثى ثي فى في “..dan orang-orang yang bersamanya (Rasulullah SAW) tanpa kecuali adalah bersikap keras terhadap orang kafir tetapi berkasih sayang antara mereka. Kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari kurniaan daripada Allah dan keredhaan-Nya, ada pada mereka tanda (kesan khusyu) daripada kesan sujud. Itu perumpamaaan mereka dalam Taurat. Dan perumpamaan mereka itu dalam Injil ialah seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya. Maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah ia dan tegak lurus di atas pokoknya. Tanaman itu menyenangkan hati para penanamnya kerana Allah hendak membuat kemarahan pada hati orang orang kafir...” (al-Fath : 29)


102 Al-Hafiz Al-Sobuni rahimahullah فمن أحبهم وتوالهم، وداع هلم، ورىع حقهم، وعرف فضلهم فاز يف الفائزين، ومن أبغضهم وسبهم، ونسبهم إىل ما تنسبهم الروافض واخلوارج ـ لعنهم اهلل ـ فقد هلك يف اهلالكني. Sesiapa yang mencintai dan mencontohi mereka, mendoakan kebaikan mereka, menjaga hak mereka serta mengiktiraf kelebihan mereka nescaya akan beroleh kejayaan di syurga. Sesiapa yang menderhakai, mencaci dan mencerca mereka akan termasuk dalam golongan Rafidhah dan Khawarij (laknat Allah kepada mereka) Mereka termasuk dalam kumpulan yang celaka. قال رسول اهلل صىل اهلل عليه وسلم: ”ال تسبوا أصحايب، فمن سبهم فعليه لعنة اهلل ” وقال: ”من أحبهم فبحيب أحبهم، ومن أبغضهم فببغيض أبغضهم، ومن آذاهم فقد آذاين، ومن سبهم فعليه لعنة اهلل“ Rasulullah SAW bersabda, “Jangan kamu mencaci sahabatsahabatku. Sesiapa yang mencaci mereka, maka ke atasnya laknat Allah.” Baginda berkata, “Sesiapa yang mencintai mereka (sahabat), maka itu disebabkan kecintaan mereka kepadaku. Sesiapa yang membenci mereka, maka itu disebabkan mereka membenciku. Sesiapa yang menyakiti mereka maka sesungguhnya dia telah menyakitiku. Sesiapa yang mencaci mereka maka ke atasnya laknat Allah.”


103 SOLAT DAN TAAT DI BELAKANG PEMERINTAH YANG BAIK ATAU JAHAT Al-Hafiz Abu ‘Uthman al-Sabuni berkata: ويرى أصحاب احلديث اجلمعة والعيدين، وغريهما من الصلوات خلف لك إمام مسلم برا اكن أو فاجرا. Ahli Hadis berpendapat wajib melaksanakan solat Juma’at, solat ‘Idayn dan selain keduanya di belakang imam muslim sama ada yang baik mahupun fajir (zalim). ويرون جهاد الكفرة معهم وإن اكنوا جورة فجرة، Mereka juga berpendapat bahawa wajib berjihad memerangi orang-orang kafir itu bersama pemerintah meskipun mereka zalim dan fasiq.


104 Al-Hafiz Al-Sobuni rahimahullah ويرون ادلاعء هلم باإلصالح واتلوفيق والصالح، Mereka juga menganjurkan agar mendoakan mereka supaya melakukan islah (pembaikan), mendapat taufiq hidayah dan menjadi baik (serta menyebarkan keadilan dalam masyarakat). وال يرون اخلروج عليهم وإن رأوا منهم العدول عن العدل إىل اجلور واحليف. ويرون قتال الفئة ابلاغية حىت ترجع إىل طاعة اإلمام العدل. Dan tidak dibolehkan untuk memerangi atau memberontak kepada pemimpin-pemimpin zalim(fasiq) tersebut (dengan senjata), walaupun mereka melihat penyimpangan pemerintah daripada keadilan dan melaksanakan kezaliman dan penindasan.


105 SIKAP AHL AL-SUNNAH TERHADAP PERSELISIHAN BEBERAPA SAHABAT Imam al-Hafiz Abu ‘Uthman al-Sabuni berkata: ويرون الكف عما شجر بني أصحاب رسول اهلل صىل اهلل عليه وسلم، وتطهري األلسنة عن ذكر ما يتضمن عيبا هلم ونقصا فيهم. Mereka berpendapat wajib menahan diri (daripada membicarakan) perselisihan yang terjadi di kalangan sahabat Rasulullah SAW. Mereka memelihara lisan untuk tidak mengucapkan kata-kata yang mengandungi celaan dan penghinaan terhadap para sahabat atau merendah-rendahkan mereka. ويرون الرتحم ىلع مجيعهم واملواالة لاكفتهم. Ahli Hadis berpendapat, wajib tarahum (kasih dan mencintai mereka semuanya) dan berwala’ kepada mereka secara keseluruhannya.


106 Al-Hafiz Al-Sobuni rahimahullah وكذلك يرون تعظيم قدر أزواجه ريض اهلل عنهن، وادلاعء هلن ومعرفة فضلهن واإلقرار بأنهن أمهات املؤمنني. Demikian juga mereka memandang wajib memuliakan isteri-isteri baginda radhiyAllahu ‘anhunna, mendoakan mereka, mengakui keutamaan mereka dan mengakui juga mereka itu sebagai Ummul Mukminin (wanita yang unggul).


107 MASUK SYURGA DENGAN KURNIAAN ALLAH, BUKAN KERANA AMALAN Al-Hafiz Abu ‘Uthman al-Sabuni berkata: ويعتقدون ويشهدون أن أحدا ال جتب هل اجلنة وإن اكن عمله حسنا، وطريقه مرتىض إال أن يتفضل اهلل عليه، فيوجبها هل بمنه وفضله، إذ عمل اخلري اذلي عمله لم يتيرس هل إال بتيسري اهلل عز اسمه، Dan mereka meyakini dan menyaksikan bahawa seseorang tidak wajib baginya (tidak boleh dipastikan) masuk syurga, walaupun dia telah melakukanamalan-amalan yang baik pada zahirnya serta menjalankan kehidupannya yang diredhai, sesuai untuk diteladani kecuali jika diizinkan oleh Allah, sebagai kurniaan-Nya dan keutamaan-Nya yang diberikan kepadanya. Maka dengan keutamaan dan kurniaan-Nya itu Dia masuk syurga. Kerana amal baik yang dia lakukantidaklah dapat dilakukandengan mudah kecuali kerana kurniaan daripada Allah.


108 Al-Hafiz Al-Sobuni rahimahullah فلو لم ييرسه هل لم يهد هل أبدا. قال اهلل عز وجل: )ولوال فضل اهلل عليكم ورمحته ما زاك منكم من أحد أبدا، ولكن اهلل يزيك من يشاء( ويف آيات سواها Jika Allah tidak memberi kemudahan (nescaya dia tidak dapat melakukannya. Dan jika Allah tidak mengurniakannya hidayah), nescaya dia tidak mendapat hidayah selamalamanya (meskipun dia telah berusaha keras). Hal ini sebagaimana firman Allah: لخ هى هي يج يح يخ يم يى يي ذٰ رٰ ىٰ ئن ٌّ ٍّ َّ ُّ ِّّٰ “... Sekiranya kalau bukan kerana kurniaan Allah dan rahmat-Nya, nescaya tidak ada seorang pun daripada kamu yang bersih (daripada perbuatan keji dan mungkar) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan sesiapa saja yang Dia kehendaki... “ (al-Nur :21) dan dalam ayat-ayat yang lain.


109 GODAAN SYAITAN Al-Hafiz Abu ‘Uthman al-Sabuni berkata: ويتيقنون أن اهلل سبحانه خلق الشياطني يوسوسون لآلدميني، ويعتمدون اسزتالهلم ويرتصدون هلم، قال اهلل عز وجل: )وإن الشياطني يلوحون إىل أويلائهم يلجادلوكم، وإن أطعمتموهم إنكم ملرشكون( Mereka meyakini bahawa Allah telah menciptakan syaitansyaitan yang akan menggoda umat manusia, agar mereka tergelincir, dan syaitan-syaitan itu terus mengintai mereka. Allah berfirman: كل ثي فى في قى قي كا كم كى كي لم لى “... Sesungguhnya syaitan membisikkan kepada kawankawannya agar mereka membantah kamu. Dan jika kamu menuruti mereka, sesungguhnya kamu tentulah menjadi orang-orang yang melakukan syirik “


110 Al-Hafiz Al-Sobuni rahimahullah وإن اهلل يسلطهم ىلع من يشاء، ويعصم من كيدهم ومكرهم من يشاء، قال اهلل عز وجل: )واستفزز من استطعت منهم بصوتك وأجلب عليهم خبيلك ورجلك، وشاركهم يف األموال واألوالد وعدهم، وما يعدهم الشيطان إال غرورا، إن عبادي ليس لك عليهم سلطان وكىف بربك وكيال(. وقال: )انه ليس هل سلطان ىلع اذلين آمنوا وىلع ربهم يتولكون، إنما سلطانه ىلع اذلين يتولونه واذلين هم به مرشكون(. Sesungguhnya Allah memberi keizinan kepada mereka (syaitan) untuk menggoda sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Namun Allah juga menjaga siapa saja yang dikehendaki daripada tipu daya mereka. Allah berfirman: “Dan desaklah serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokongpenyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka dan ikut campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anakanak (mereka) dan janjikanlah mereka (dengan janjijanjimu). Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata. Sesungguhnya hamba-hamba-KU (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkan mereka); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).”


111 Allah berfirman: ين يى يي ئج ئح ئخ ئم ئه بج ثم جح جم بح بخ بم به تج تح تخ تم ته “Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai kekuasaan ke atas orang yang beriman dan bertawakal kepada Allah. Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) itu hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya menjadi pemimpin dan orang-orang yang menyekutukan Allah.” (al-Nahl:99-100)


112 SIHIR DAN TUKANG SIHIR Al-Imam al-Hafiz Abu ‘Uthman al-Sabuni berkata: ويشهدون أن يف ادلنيا سحرا وسحرة، إال أنهم ال يرضون أحدا إال بإذن اهلل، قال اهلل عز وجل: )وما هم بضارين به من أحد إال بإذن اهلل( Mereka (Ahli Hadis) juga menyaksikan bahawa di dunia ini memang ada sihir dan ahli-ahli sihir, akan tetapi mereka itu tidak dapat mencelakakan seseorang kecuali dengan izin Allah ‘azza wa jall. Ini sebagaimana firman-Nya: “...dan mereka (tukang sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah...” (al-Baqarah : 102) ومن سحر منهم واستعمل السحر، واعتقد أنه يرض أو ينفع بغري إذن اهلل تعاىل فقد كفر. Sesiapa yang menjadi penyihir atau menggunakan khidmat sihir, serta meyakini bahawa sihir mampu memberi manfaat atau mudarat tanpa izin Allah, maka dia telah kafir kepadaNya.


113 وإذا وصف ما يكفر به استتيب، فإن تاب وإال رضبت عنقه، وإن وصف ما ليس بكفر، أو تكلم بما ال يفهم نىه عنه فإن اعد عزر. Apabila seseorang telah melakukan hal-hal yang secara zahir dapat membuatkannya kafir, maka dia wajib dipaksa untuk bertaubat. Jika enggan, Dia boleh dipenggal lehernya. Namun apabila dia hanya melakukan perkara sihir yang tidak sampai mengkufurkan dirinya, atau mengucapkan sesuatu yang tidak difahaminya, maka wajib dicegah. Kalau enggan, dikenakan hukuman ta’zir (seperti sebatan). وإن قال: السحر ليس حبرام، وأنا أعتقد إباحته وجب قتله، ألنه استباح ما أمجع املسلمون ىلع حتريمه. Sekiranya seseorang itu berkata bahawa “sihir itu tidaklah haram, bahkan saya meyakini keharusannya,” maka dia wajib dibunuh kerana telah menghalalkan apa yang telah menjadi ijma’ (kesepakatan seluruh) umat Islam bahawa sihir itu haram.


114 ANTARA ADAB DAN MANHAJ ASHAB AL-HADIS Al-Imam al-Hafiz Abu ‘Uthman al-Sabuni berkata: وحيرم أصحاب احلديث املسكر من األرشبة املتخذة من العنب أو الزبيب أو اتلمر أوالعسل أو اذلرة أو غري ذلك مما بسكر، حيرمون قليله وكثريه، وجيتنبونه ويوجبون به احلد. Ahli Hadis mengharamkan minuman yang memabukkan, yang diproses sama ada dari anggur, kurma, madu, jagung dan lainnya. Mereka mengharamkannya sama ada sedikit mahupun banyak. Mereka menghindarinya dan mewajibkan bagi yang menghasilkannya untuk dihukum had. ويرون املسارعة إىل أداء الصلوات وإقامتها يف أوائل األوقات أفضل من تأخريها إىل آخر األوقات. Mereka memandang agar bersegera menunaikan solat fardu lima waktu dan melakukannya pada awal waktu lebih utama berbanding pada akhir waktu.


115 ويوجبون قراءة فاحتة الكتاب خلف اإلمام. ويأمرون بإتمام الركوع والسجود حتما واجبا، ويعدون إتمام الركوع والسجود بالطمأنينة فيهما، واالرتفاع من الركوع واالنتصاب منه والطمأنينة فيه، وكذلك االرتفاع من السجود، واجللوس بني السجدتني مطمئنني فيه من أراكن الصالة اليت ال تصح إال بها. Mereka juga mewajibkan makmum untuk membaca alFatihah di belakang imam. Mereka memerintahkan agar menyempurnakan ruku’, sujud serta mewajibkannya. Mereka berpendapat bahawa termasuk kesempurnaan ruku’ ialah dengan adanya tuma’ninah dan menegakkan punggung ketika bangkit dari ruku’ yang disertai juga dengan tuma’ninah. Demikian juga ketika bangkit dari sujud, duduk antara dua sujud, semuanya itu dengan tuma’ninah. Mereka berpendapat semuanya itu sebagai rukun sah solat. يتواصون بقيام الليل للصالة بعد املنام، وبصلة األرحام وإفشاء السالم وإطعام الطعام، والرمحة ىلع الفقراء واملساكني واأليتام، واالهتمام بأمور املسلمني، Mereka saling menganjurkan bangun malam untuk solat malam setelah tidur, berbakti kepada ibu bapa, menyambung tali silaturahim, menyebarkan salam, (berbaik-baik dengan jiran-jiran, memberi makan kepada fakir miskin), menyayangi orang-orang fakir, miskin dan anak-anak yatim (serta ibn sabil), mengambil berat, memperhatikan lagi mengambil berat tentang urusan muslimin. واتلعفف يف املأكل واملرشب وامللبس واملنكح واملرصف،


116 Al-Hafiz Al-Sobuni rahimahullah واألمر باملعروف وانليه عن املنكر، وابلدار إىل فعل اخلريات أمجع. Mereka saling berpesan agar ta’affuf (berkerja, tidak meminta-minta, qanaah dan wara), menjaga dengan memastikan halal makanan, minuman, pakaian, pernikahan dan semua urusan masraf (jual-beli, hutang-piutang dan perkara muamalat). Mereka menyuruh kepada yang ma’ruf, melarang yang mungkar, bersegera melakukan semua kebajikan. ويتحابون يف ادلين ويتباغضون فيه، ويتقون اجلدال يف اهلل، واخلصومات فيه، وجيانبون أهل ابلدع والضالالت، ويعادون أصحاب األهواء واجلهاالت. ويقتدون بالسلف الصاحلني من أئمة ادلين وعلماء املسلمني، ويتمسكون بما اكنوا به متمسكني من ادلين املتني واحلق املبني. Mereka saling mencintai kerana agama dan saling membenci kerana agama. Mereka juga menghindari perdebatan dalam agama Allah(Zat Allah dan Sifat-sifat-Nya) dan perbalahan tentang-Nya mereka dengan menghindari Ahli Bid’ah dan kesesatan, memusuhi ashabul ahwa’ dan orang-orang jahil yang berkata tanpa ilmu (ruwaybidhah). Mereka mengikuti jejak salaf solehin (Nabi, para cahabatnya dan tabi’in) daripada kalangan imam-imam dan ulama’ muslimin serta para ulama salafus soleh. Berpegang teguh dengan agama yang kukuh dan kebenaran yang jelas (al-Quran dan al-Hadis).


117 ويبغضون أهل ابلدع اذلين أحدثوا يف ادلين ما ليس منه، وال حيبونهم وال يصحبونهم، وال يسمعون كالمهم،وال جيالسونهم وال جيادلونهم يف ادلين، وال يناظرونهم Mereka membenci Ahli Bid’ah yang mengada-adakan sesuatu yang baru dalam agama, tidak mencintai mereka dan tidak bersahabat dengan mereka, tidak mendengarkan ucapan-ucapan mereka, tidak duduk di majlis-majlis mereka, tidak berdebat dengan mereka serta tidak bertukar-tukar fikiran dengan mereka. ويرون صون آذانهم عن سماع أباطيلهم اليت إذا مرت باآلذان وقرت يف القلوب رضت،وجرت إيلها الوساوس واخلطرات الفاسدة. وفيه أنزل اهلل عز وجل قوهل: )وإذا رأيت اذلين خيوضون يف آياتنا فأعرض عنهم حىت خيوضوا يف حديث غريه( Mereka menjaga telinga-telinga mereka daripada mendengar ucapan-ucapan batil mereka (Ahli Bid’ah) yang apabila didengar walaupun sepintas lalu, boleh membekas kuat di dalam hati lagi memudaratkan aqidah, menimbulkan waswas dan menarik kepada lintasan-lintasan pemikiran yang rosak.” Tentang perkara itulah Allah telah menurunkan firman-Nya: كخ كل كم لج لح لخ لم له مج مح مخ نحمم نج يه apabila kamu melihat orang-orang yang memperolok-


118 olokan ayat Kami maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka mereka membicarakan pembicaraan yang lain...” (al-An’am : 68) TANDA-TANDA AHLI BID’AH Al-Imam al-Hafiz Abu ‘Uthman al-Sabuni berkata: وعالمات ابلدع ىلع أهلها بادية ظاهرة، وأظهر آياتهم وعالماتهم شدة معاداتهم حلملة أخبار الين صىل اهلل عليه وسلم، واحتقارهم هلم وتسميتهم إياهم حشوية وجهلة وظاهرية ومشبهة، Ciri-ciri Ahli Bid’ah (dalam aqidah) sangat jelas. Yang paling menonjol antaranya ialah: keras permusuhan mereka kepad para pembawa akhbar (hadis-hadis) Nabi SAW, menghinakan mereka, dan menggelarkan Ahli Hadis sebagai Ahli wal jama’ah dengan gelaran hashawiyyah (kulit, literal, penghafal catatan kaki, golongan pinggiran), jahalah (orangorang bodoh dungu), zahiriyyah (orang-orang tekstual literal mengikut zahir nas khasnya dalam ayat-ayat Sifat) atau mushabbihah (orang orang yang menyamakan sifat Allah dengan sifat makhluk juga dengan label mujassimah).


119 اعتقادا منهم يف أخبار الرسول صىل اهلل عليه وسلم أنها بمعزل عن العلم، وأن العلم ما يلقيه الشيطان إيلهم من نتاج عقوهلم الفاسدة، ووساوس صدورهم املظلمة، وهواجس قلوبهم اخلايلة من اخلري، وحجج! العاطلة بل شبههم ادلاحضة ابلاطلة. أوئلك اذلين لعنهم اهلل، فأصمهم وأعىم أبصارهم. ومن يهن اهلل فما هل من مكرم إن اهلل يفعل ما يشاء. Mereka meyakini bahawa hadis-hadis Nabi SAW terpisah daripada ilmu dan ilmu sebenar menurut mereka ialah apa yang dilontarkan oleh syaitan kepada mereka dari natijah akal mereka yang rosak, waswas hati mereka hati yang gelap, lintasan-lintasan hati nurani mereka yang kosong dari kebaikan, hujah dan pemikiran mereka yang kosong, sangat bercelaru dan berantakan bahkan kekeliruan meraka yang hancur lagi batil. ثم ثن ثى ثي فى في قى قي Mereka itulah orang-orang yang dilaknati oleh Allah, ditulikan telinga mereka dan dibutakan penglihatan mereka. (Muhammad : 23) لي كا كل كم كى كي لم لى ما مم نر نز نم sesiapa yang Allah hinakan, maka tiada baginya sesiapa yang akan memuliakannya. (al-Hajj : 18) Al-Imam Ahmad bin Sinan al-Qattan al-Wasiti berkata,


120 Al-Hafiz Al-Sobuni rahimahullah ليس يف ادلنيا مبتدع إال وهو يبغض أهل احلديث، فإذا ابتدع الرجل نزعت حالوة احلديث من قلبه. “Di bawah langit ini, tidak seorang pun Ahli Bid’ah yang tidak membenci Ahli Hadis. Ini kerana apabila seseorang itu telah berbuat bid’ah, maka dia akan kehilangan kemanisan hadis di dalam hatinya.” Abu Hatim Muhammad ibn Idris al-Hanzali ar-Razi berkata: عالمة أهل ابلدع الوقيعة يف أهل األثر، وعالمة الزنادقة تسميتهم أهل األثر حشويه، يريدون بذلك إبطال األثر، Ciri-ciri Ahli Bid’ah iaitu suka mengutuk ahl al-athar (Ahli Hadis dan ahli sunnah). Termasuk ciri-ciri orang zindiq ialah mereka itu suka menggelar ahli athar sebagai hashawiyyah yang mereka inginkan sebenarnya adalah membatalkan athar (hadis) sebagai hujah dan sumber hukum. وعالمة القدرية تسميتهم أهل السنة جمربة، وعالمة اجلهمية تسميهم أهل السنة مشبهة، وعالمة الرافضة تسميتهم أهل األثر ثابتة وناصبة Termasuk ciri-ciri Qadariyyah adalah menggelar ahlus sunnah dengan Jabariyyah. Antara ciri-ciri Jahmiyyah adalah menggelarkan ahli sunnah dengan sebutan mushabbihah. Antara ciri-ciri Rafidhah adalah menggelar ahlus sunnah dengan sebutan sabitah (jahat, dangkal, kecil) dan nasibah (orang-orang yang membenci ahli bait).” قلت: ولك ذلك عصبية، وال يلحق أهل السنة إال اسم واحد


121 وهو أصحاب احلديث Saya (al-Sabuni) berkata, semua itu kerana asabiyyah, sedangkan al-sunnah tidak digelarkan melainkan dengan satu nama iaitu Ashab al-Hadis قلت أنا: رأيت أهل ابلدع يف هذه األسماء اليت لقبوا بها أهل السنة سلكوا معهم مسلك املرشكني مع رسول اهلل صىل اهلل عليه وسلم، فإنهم اقتسموا القول فيه، Saya melihat bahawa Ahli Bid’ah yang menggelarkan ahli sunnah dengan nama-nama tertentu (namun dengan kurniaan Allah, tuduhan tersebut tidaklah benar dan tidak patut disandarkan kepada ahli sunnah), mereka itu (Ahli Bid’ah) telah mengikuti jalan musyrikin (semoga Allah melaknat mereka) yang menggelarkan Rasullullah SAW dengan gelaran-gelaran yang tidak patut. فسماه بعضهم ساحرا وبعضهم اكهنا، وبعضهم شاعرا، وبعضهم جمنونا، وبعضهم مفتونا، وبعضهم مفرتيا خمتلفا كذابا، واكن الين صىل اهلل عليه وسلم من تلك املعائب بعيدا بريئا، ولم يكن إال رسوال مصطىف نبيا، قال اهلل عز وجل: )أنظر كيف رضبوا لك األمثال فضلوا فال يستطيعون سبيال( Mereka memberikan pelbagai gelaran. Antaranya ada yang menggelarkan Rasulullah SAW sebagai tukang sihir, dukun, ahli syair orang gila, tertipu, orang dirasuk, pembohong, tukang mereka-reka agama dan penipu. Padahal baginda


122 Al-Hafiz Al-Sobuni rahimahullah bersih dan sangat jauh daripada semua ‘aib tersebut. Baginda adalah Nabi dan Rasul yang terpilih. Allah berfirman dalam Kitab-Nya: ثم جح جم حج حم خج خم سج سح سخ “Perhatikanlah, bagaimana mereka membuat perumpamaan tentang kamu, lalu sesatlah mereka, mereka tidak sanggup (mendapatkan) jalan (untuk menentang kerasulanmu).” (al-Furqan :9) كذلك املبتدعة خذهلم اهلل اقتسموا القول يف محلة أخباره، ونقلة آثاره ورواة أحاديثه املقتدين به املهتدين بسنته، فسماهم بعضها حشوية، وبعضهم مشبهة، وبعضهم ثابتة، وبعضهم ناصبة، وبعضهم جربية، Begitu juga Ahli-Ahli Bid’ah (mengatakan pelbagai tuduhan terhadap pembawa akhbar (hadis) baginda, penukil-penukil athar, perawi-perawi hadis baginda, yang mengikuti baginda yang mengamalkan sunnah yang dikenali sebagai Ashab alHadis. Mereka menamakan Ahli Hadis sebagai hashawiyyah. mushabbihah, nabitah, nasibah dan jabariyyah, sedangkan Ahli Hadis sangat jauh dan bersih daripada celaan tersebut. Tidaklah mereka itu melainkan Ahli Sunnah yang bercahaya, pemilik sirah yang diredhai dan jalan yang lurus, hujah-hujah yang jelas lagi kuat. وأصحاب احلديث عصابة من هذه املعايب بريئة زكية نقية، وليسوا إال أهل السنة املضية والسرية املرضية والسبل


123 السوية واحلجج ابلالغة القوية، Ahli Hadis adalah orang-orang yang berpegang teguh dengan sunnah yang bersih, sistem kehidupan yang diredhai oleh Allah, jalan-jalan yang lurus dan hujjah yang kukuh. قد وفقهم اهلل جل جالهل ال تباع كتابه ووحيه وخطابه، واالقتداء برسوهل صىل اهلل عليه وسلم يف أخباره اليت أمر فيها أمته باملعروف من القول والعمل، Allah telah memberikan tawfiq kepada mereka untuk mengikuti Kitab-Nya, Wahyu-Nya dan Firman-Nya, mengikuti wali-wali-Nya yang paling dekat dengan-Nya, mengikuti Rasul-Nya dalam setiap hadis di mana baginda memerintahkan umatnya agar berlAku baik (maruf) dalam ucapan dan perbuatan serta mencegah mereka dari berbuat kemungkaran dalam ucapan dan perbuatan. وزجرهم فيها عن املنكر منهما، وأاعنهم ىلع اتلمسك بسريته واالهتداء بمالزمة سنته، ورشح صدورهم ملحبته، وحمبة أئمة رشيعته، وعلماء أمته، ومن أحب قوما فهو معهم يوم القيامة حبكم رسول اهلل صىل اهلل عليه وسلم: ”املرء مع من أحب“. Allah membantu mereka (Ahli Hadis) untuk berpegang teguh dengan sirah baginda dan berpegang teguh dengan sunnah baginda, Allah juga memuliakan dan menguatkan mereka, melapangkan dada mereka untuk mencintai baginda (hadis baginda, ahli bait, para sahabat) mencintai pemimpin-


124 pemimpin syariat-Nya dan ulama umatnya. Sesiapa yang mencintai sesuatu kaum, maka ia bersama mereka pada Hari Kiamat seperti penjelasan Rasulullah SAW, “Seseorang akan bersama orang yang dicintainya.” CIRI-CIRI AHL AL-SUNNAH Al-Imam Abu ‘Uthman al-Sabuni berkata: وإحدى عالمات أهل السنة حبهم ألئمة السنة، وعلمائها وأنصارها وأو يلائها، وبغضهم ألئمة ابلدع، اذلين يدعون إىل انلار، ويدلون أصحابهم ىلع دار ابلوار، وقد زين اهلل سبحانه قلوب أهل السنة ونورها حبب علماء السنة فضال منه جل جالهل. Salah satu ciri atau tanda Ahli Sunnah adalah kecintaan mereka kepada imam-imam sunnah, ulamanya, para pembelanya dan para walinya. Dan (termasuk tanda Ahl alSunnah ialah) kebencian mereka kepada tokoh-tokoh Ahli Bid’ah yang mengajak kepada Api Neraka dan memimpin pengikut-pengikut mereka menuju lembah kehancuran. Sesungguhnya Allah telah menghias hati Ahli Sunnah dan menyinarkannya dengan kecintaan mereka kepada ulamaulama sunnah,sebagai kurniaan dan keutamaan dari-Nya


125 Jalla Jalaluh وبغضهم ألئمة ابلدع، اذلين يدعون إىل انلار، ويدلون أصحابهم ىلع دار ابلوار، Dan (termasuk tanda Ahl al-Sunnah ialah) kebencian mereka kepada tokoh-tokoh Ahli Bid’ah yang mengajak kepada Api Neraka dan memimpin pengikut-pengikut mereka menuju lembah kehancuran. وقد زين اهلل سبحانه قلوب أهل السنة ونورها حبب علماء السنة فضال منه جل جالهل. Sesungguhnya Allah telah menghias hati Ahli Sunnah dan menyinarkannya dengan kecintaan mereka kepada ulamaulama sunnah, sebagai kurniaan dan keutamaan dari-Nya Jalla Jalaluh. حدثنا أمحد بن سلمة، قرأ علينا أبو رجاء قتيبة بن سعيد كتاب اإليمان هل، فاكن يف آخره: فإذا رأيت الرجل حيب سفيان اثلوري، ومالك بن أنس واألوزايع، وشعبة وابن املبارك، وأبا األحوص ورشيكا ووكيعا وحيىي بن سعيد، وعبد الرمحن ابن مهدي فاعلم أنه صاحب سنة، Ahmad ibn Salamah berkata, Abu Raja’ Qutaybah ibn Sa’id membacakan kitab al-Iman di hadapan kami. Di akhir kitab itu, Qutaybah berkata: “Apabila kamu melihat seseorang itu menyukai Sufyan al-


126 Al-Hafiz Al-Sobuni rahimahullah Thawri Malik ibn Anas, al-Awza’ei, Shu’bah, Ibn al-Mubarak, Abu al Ahwas, Sharik, Waki’, Yahya ibn Sa’id al-Qattan, ‘Abd al-Rahman ibn Mahdi, maka ketahuilah bahawa Dia seorang Ahli Sunnah.” حيىي بن حيىي وإسحاق بن إبراهيم إمام، وأمحد بن حنبل أكرب تن سميتهم لكهم، وأنا أحلقت بهؤالء اذلين ذكر قتيبة رمحه اهلل، أن من أحبهم فهو صاحب سنة من أئمة أهل احلديث اذلين بهم يقتدون، وبهديهم يهتدون، ومن مجلتهم وشيعتهم أنفسهم يعدون، ويف اتباعهم آثارهم جيدون مجاعة آخرين. منهم حممد بن إدريس الشافيع، وسعيد بن جبري والزهري، والشعيب واتلييم ومن بعدهم، اكلليث بن سعد واألوزايع واثلوري وسفيان بن عيينة اهلاليل، ومحاد بن سلمة ومحاد بن زيد، ويونس بن عبيد، وأيوب وابن عوف ونظرائهم. Kemudian beliau menyebutkan lagi, “...dan Yahya ibn Yahya al-Naysaburi, Ishaq ibn Ibrahim dan Ahmad ibn Hanbal.” Saya (Isma’il al-Sabuni) menambah apa yang disebutkan oleh Qutaybah, bahawa sesiapa yang mencintai mereka, maka dia adalah Ahli Sunnah. Mereka ialah ulama ahl hadis seperti Muhammad ibn Idris al-Shafi’ei al-Muttalibi, imam yang paling utama, pemimpin yang dimuliakan, yang berjasa besar kepada ahli Islam dan Sunnah, yang diberi taufiq dan ilham, pejuang dan pembela agama dan sunnah dengan pembelaan yang tidak mampu dilakukanoleh ulama zamannya.


127 Dari kalangan mereka ialah orang-orang sebelum alShafi’ei seperti Sa’id ibn Jubayr, az-Zuhri, al-Sha’bi, al-Taymi, al-Layth ibn Sa’d, alAwza’ei, al-Thawri, Ibn Uyainah al-Hilali, Hammad ibn Salamah, Hammad ibn Zayd, Yunus ibn ‘Ubayd, Ayyub al-Sakhtiyani, Ibn Awn, dan lain-lain. ومن بعدهم مثل يزيد بن هارون، وعبد الرزاق وجرير بن عبد احلميد، ومن بعدهم حممد بن حيىي اذلهيل، وحممد بن إسماعيل ابلخاري ومسلم بن احلجاج القشريي، وأيب داود السجستاين وأيب زرعة الرازي، وأيب حاتم وابنه وحممد بن مسلم بن واره، وحممد بن أسلم الطويس، وعثمان بن سعيد ادلاريم، وحممد بن إسحاق بن خزيمة اذلي اكن يدىع إمام األئمة، واملقري اكن إمام األئمة يف عرصه ووقته، وأيب يعقوب إسحاق بن إسماعيل البسيت، وجدي من قبل أيب أبو سعيد حيىي بن منصور الزاهد اهلروي، وعدي بن محدويه الصابوين، وودليه سييف السنة أيب عبداهلل الصابوين وأيب عبد الرمحن الصابوين، وغريهم من أئمة السنة املتمسكني بها، نارصين هلا داعني إيلها موالني عليها، وهذه اجلمل اليت أثبتها يف هذا اجلزء اكنت معتقد مجيعهم، لم خيالف فيها بعضهم بعضا، بل أمجعوا عليها لكها Dan orang-orang selepas mereka seperti Yazid ibn Harun alWasiti, ‘Abd al-Razzaq al-San’ani, Jarir ibn ‘Abd al-Hamid alDabbi, Muhammad ibn Yahya al-Zuhali, Muhammad ibn Isma’il al-Bukhari, Muslim ibn al-Hajjaj al-Qushayri, Abu


128 Al-Hafiz Al-Sobuni rahimahullah Dawud alSijistani, Abu Zur’ah al-Razi, Abu Hatim al-Razi dan anaknya, Muhammad ibn Muslim al-Razi, Muhammad ibn Aslam alTusi, ‘Uthman ibn Sa’id al-Darimi, Muhammad ibn Ishaq ibn Khuzaymah al-Naysaburi, Ishaq ibn Isma’il al-Busti, al-Hasan ibn Sufyan al-Fasawi, datuk saya Yahya ibn Mansur al-Harawi, ‘Adi ibn Hamdawayh al-Sabuni, dua anaknya yang diberi gelaran pedang sunnah Abu ‘Abdillah al-Sabuni, Abu ‘Abd al-Rahman al-Sabuni dan imam sunnah selain mereka yang berpegang teguh dengannya, membelanya, mengajak kepadanya dan berwala’ kerananya. Semua yang saya (alSabuni) tuliskan di sini adalah mutaqad mereka semuanya. Mereka tidak berselisih antara sesama mereka bahkan mereka ijma’ ke atasnya, tiada seorang pun yang menyalahinya. وأنا بفضل اهلل عز وجل متبع آلثارهم مستيضء بأنوارهم، ناصح إلخواين وأصحايب أن ال يزلقوا عن منارهم، واليتبعوا غري أقواهلم، و ال يشتغلوا بهذه املحدثات من ابلدع اليت اشتهرت فما بني املسلمني، وظهرت وانترشت، ولو جرت واحد منها ىلع لسان واحد يف عرص أوئلك األئمة هلجروه، وبدعوه ولكذبوه وأصابوه بكل سوء ومكروه Dan saya dengan kurniaan Allah dan anugerah-Nya, mengikuti jejak langkah mereka, bernaung di bawah cahaya mereka, menasihati saudara-saudara dan sahabat-sahabat saya agar tidak mengangkat melainkan syiar mereka, tidak mengikuti melainkan pendapat-pendapat mereka, tidak terlibat dengan perkara-perkara baru daripada bid’ah-bid’ah yang tersebar di kalangan muslimin, dan kemungkaran yang berleluasa, Sekiranya seorang sahaja yang mengatakan bid’ah pada zaman imam itu, nescaya mereka akan memboikotnya


129 KEWAJIPAN BERPEGANG TEGUH DENGAN SUNNAH SEPANJANG HAYAT Imam al-Hafiz Abu ‘Uthman al-Sabuni berkata: وال يغرن إخواين حفظهما اهلل كرثة أهل ابلدع، ووفور عددهم فإن ذلك من أمارات اقرتاب الساعة، إذ الرسول املصطىف صىل اهلل عليه وسلم قال: ” إن من عالمات الساعة واقرتابها أن يقل العلم ويكرث اجلهل ” Janganlah sesekali saudara-saudaraku tertipu (semoga Allah memelihara mereka) lantaran banyaknya Ahli Bid’ah, keranabanyaknya jumlah Ahli Bid’ah dan sedikitnya Ahli Sunnah merupakan tanda dekatnya Hari Kiamat, sebagaimana sabda Nabi SAW, “Sesungguhnya termasuk antara tandatanda dekatnya Hari Kiamat ialah sedikitnya ilmu dan tersebarluasnya kebodohan (dalam agama).” والعلم هو السنة، واجلهل هو ابلدعة Ilmu itu sendiri merupakan sunnah dan kejahilan itu merupakan bid’ah.


130 KELEBIHAN BERPEGANG TEGUH DENGAN SUNNAH Al-Imam al-Hafiz Abu ‘Uthman al-Sabuni berkata: ومن تمسك بسنة رسول اهلل صىل اهلل عليه وسلم وعمل بها واستقام عليها، وداع إيلها اكن أجره أوفر وأكرث من أجر من جرى ىلع هذه اجلملة يف أوائل اإلسالم وامللة، إذ الرسول املصطىف صىل اهلل عليه وسلم قال هل: ” أجر مخسني فقيل: مخسني منهم؟ قال: بل منكم“. إنما قال صىل اهلل عليه وسلم ذلك ملن يعمل بسنته عند فساد أمته. Sesiapa yang pada hari ini berpegang teguh de Rasulullah SAW, melaksanakannya, istiqamah di atasnya serta mendakwahkannya (mengajak kepadanya), Dia akan mendapatkan pahala yang lebih banyak jika dibandingkan dengan yang mengamalkan pada awal munculnya Islam, kerana Rasul SAW telah bersabda: “Sesungguhnya di akhir zaman nanti akan datang harihari yang penuh kesabaran. Orang yang berpegang teguh dengan apa yang kalian pegang teguh akan mendapat 50 kali pahala yang kalian perolehi.” Baginda ditanya


131 oleh sahabat), “Mungkin 50 kali pahala antara mereka?” Rasulullah SAW menjawab, “Bahkan 50 kali ganda pahala kalian.” Rasulullah SAW mengatakan demikian bagi orang yang mengamalkan sunnahnya ketika zaman rosaknya baginda.


132 KEWAJIPAN MENGAGUNGKAN SUNNAH Al-Hafiz Abu ‘Uthman al-Sabuni berkata: أبو معاوية الرضير حيدث هارون الرشيد فحدثه حبديث أيب هريرة ”احتج آدم وموىس“، فقال عيىس بن جعفر: كيف هذا وبني آدم وموىس ما بينهما؟ قال فوثب به هارون وقال: حيدثك عن الرسول صىل اهلل عليه وسلم وتعارضه بكيف؟ قال: فما زال يقول حىت سكت عنه. Suatu ketika Abu Mu’awiyah al-Darir berbicara dengan Harun ArRashid, maka Dia menyampaikan hadis “Suatu ketika Nabi Adam dan Musa alaihimas sallam berdebat,” tibatiba ‘Ali ibn Ja far mencelah, “Bagaimana mungkin perkara itu terjadi, sedangkan masa kehidupan Nabi Adam dan Nabi Musa berbeza dalam tempoh masa yang lama!” Lalu Khalifah Harun Ar-Rashid mengherdiknya dengan berkata, “Dia menceritakan kepadamu hadis daripada Rasulullah SAW, lalu kamu membantah dengan: ‘Bagaimana mungkin?’ Beliau terus mengulang-ulangi kata-katanya, sehingga ‘Ali ibn Jaʼfar terdiam.


133 هكذا ينبيغ للمرء أن يعظم أخبار رسول اهلل صىل اهلل عليه وسلم، ويقابلها بالقبول والتسليم واتلصديق. وينكر أشد اإلنكار ىلع من يسلك فيها غري هذا الطريق اذلي سلكه هارون الرشيد رمحه اهلل مع من اعرتض ىلع اخلرب الصحيح، اذلي سمعه بكيف؟ ىلع طريق اإلنكار هل، واالبتعاد عنه، ولم يتلقه بالقبول كما جيب أن يتلىق مجيع ما يرد من الرسول صىل اهلل عليه وسلم. Demikianlah seharusnya seseorang dalam menta’zim (mengagungkan) hadis-hadis Rasulullah SAW (mencintai, taksub dan mengamalkannya), menerimanya dengan sepenuh penuh penerimaan, kepasrahan dan mengimaninya. Hendaklah ia membantah orang yang menempuh jalan selain ini, sebagaimana yang dilakukanoleh Harun Ar-Rashid rahimahullah terhadap orang yang dengan beraninya membantah hadis dengan mengatakan “Bagaimana mungkin?” yang tujuannya adalah membantah, mengingkarinya dan menjauhkan diri daripadanya serta tidak menerimanya padahal wajib dan mesti diterima semua yang datang oleh Rasul SAW


134 PENUTUP Al-Imam al-Hafiz Abu ‘Uthman al-Sabuni berkata: جعلنا اهلل سبحانه من اذلين يستمعون القول فيتبعون أحسنه، ويتمسكون يف دنياهم مدة حياتهم بالكتاب والسنة، وجنبنا األهواء املضلة واآلراء املضمحلة، واألسواء املذلة، فضال منه ومنة. Semoga Allah menjadikan kita termasuk dalam kalangan mereka yang ketika mendengar al-Quran dan al-Hadis kemudian mengikutinya. Berpegang teguh sepanjang hidup dengan Kitabullah dan Sunnah Rasul SAW, serta menghindari hawa nafsu yang menyesatkan, pendapat-pendapat yang sesat dan pelbagai kejahatan yang menghinakan dengan kurniaan serta keutamaan daripada Allah وصىل اهلل ىلع سيدنا حممد وىلع آهل وصحبه وسلم. Selawat dan salam sentiasa dilimpahkan kepada Nabi Muhammad, keluarganya serta para sahabat baginda ridhwanullahi ‘alaihim ajma’in,


Click to View FlipBook Version