ABD HALIM BIN SAFI
MOHD HAFIZI BIN JOHAN
NURUL HUDA BINTI MAHASAN
Editor
Muhammad Fazli bin Jasli
Editor Pengurusan
Fara Diba binti Badrul Hisham
Penulis
Abd Halim bin Safi
Mohd Hafizi Bin Johan
Nurul Huda Binti Mahasan
Pereka Kulit Buku dan Grafik
Suriawati binti Mohd Fadzil
Penerbit
Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pendidikan Malaysia
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Cetakan Pertama 2018
© Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada buku ini
yang boleh disiar-terbitkan semula dalam sebarang bentuk dan dengan
apa cara sekalipun, termasuklah elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman
dan sebagainya, tanpa mendapat izin bertulis daripada penerbit dan
pemilik hak cipta.
Perpustakaan Negara Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
7 PANDUAN MUDAH TERNAKAN IKAN KELI AFRIKA
ISBN 978-967-0823-77-5
Kolej Komuniti Bera telah ditubuhkan pada tahun 2010. Institut Pendidikan Tinggi
Awam (IPTA) ini merupakan salah satu kolej komuniti di Malaysia yang menawarkan
program Sijil Akuakultur di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi
pelajar lepasan SPM dan orang ramai untuk menjalani latihan teknikal berkaitan
akuakultur secara hand on.
Kolej Komuniti Bera,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),
No 1, Jalan Bera Jaya 2,
Taman Bera Jaya,
28300 Teriang, Pahang Darul Makmur.
https://www.facebook.com/KkcBera/
No. Tel. 09 2502530 / 09 2502532
Faks: 09-250 2531
PENGARANG
Abd Halim bin Safi
Mohd Hafizi Bin Johan
Nurul Huda Binti Mahasan
Kolej Komuniti Bera,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
PENGHARGAAN
Di kesempatan ini, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
mereka yang berikut kerana telah membantu sama ada secara langsung mahupun
tidak dalam menerbitkan buku panduan ini.
Ahmad Arman bin Nor Anuar
Muhammad Fazli Bin Jasli
Kepada semua pensyarah akuakultur Kolej Komuniti Bera
Kepada semua pensyarah akuakultur Kolej Komuniti Jerantut
Kepada semua staf Kolej Komuniti Bera
Kepada semua pelajar Kolej Komuniti Bera
KATA-KATA ALUAN
Penternakan ikan keli Afrika sangat popular di Malaysia, tetapi kaedah pembenihan,
penghasilan makanan hidup dan asuhan kurang diberi perhatian. Kekangan beberapa
faktor yang tidak dapat dielakkan terutamanya kekurangan sumber maklumat yang
boleh dijadikan rujukan untuk memperkembangan lagi teknik-teknik ini. Keadaan ini
telah menarik minat penyelidik dan pensyarah kolej komuniti untuk menjalankan kajian
terhadap penternakan ikan keli Afrika.
Tujuan utama buku ini ditulis adalah untuk memberi maklumat asas mengenai
penternakan ikan keli Afrika di mana ia boleh dibuat dalam skala kecil untuk kegunaan
sendiri atau jualan kepada orang ramai. Maklumat mengenai ternakan ikan akan
diterangkan secara ringkas dan mudah, agar anda memahami konsep serta prosedur
walaupun tiada pengalaman dalam menternak ikan sebelum ini. Para pembaca
diharap akan mendapat sedikit informasi dan seterusnya berupaya untuk
membuatnya sendiri disamping menambah pendapatan sampingan.
KANDUNGAN BIOLOGI IKAN KELI AFRIKA 1
Penghargaan PENYEDIAAN TEMPAT DAN AIR 9
Kata-kata aluan
PANDUAN 1 PENGURUSAN INDUK IKAN KELI AFRIKA 13
PANDUAN 2
PANDUAN 3 PENGHASILAN MAKANAN HIDUP 20
PANDUAN 4
PANDUAN 5 PEMBENIHAN IKAN KELI AFRIKA 29
PANDUAN 6
PANDUAN 7 PEMERIKSAAN KUALITI AIR 38
Rujukan
ASUHAN IKAN KELI AFRIKA 45
50
Biologi Ikan
Keli Afrika
1.0 BIOLOGI IKAN KELI AFRIKA
Ikan keli Afrika (Clarias gariepinus) adalah ikan air tawar yang banyak
terdapat di negara-negara asia tenggara khususnya Malaysia. Ikan ini
berasal dari Mozambique, Afrika dan mula diperkenalkan di Malaysia
sekitar tahun 1985 – 1990 (Welcomme, 1988; Csvas, 1994; FAQ, 1997).
Di Malaysia, ikan ini juga mempunyai banyak nama dan spesies iaitu keli
kayu, keli bunga, keli limbat, keli eksotika dan lain-lain (Agromedia,
R.,2008). Di Indonesia ikan ini dikenali sebagai ikan lele dan di dalam
Bahasa Inggeris, disebut catfish, siluroid, mudfish dan walking catfish.
Ikan keli Afrika
Di perairan semulajadi, Ikan keli Afrika biasanya akan membiak pada
musim hujan kerana pada waktu ini banjir akan mudah berlaku dan ini
menyebabkan gonad ikan keli Afrika sangat subur dan matang (Yalçın et
al. 2001b). Musim pembiakan ini akan bermula dari awal hingga
berakhirnya musim hujan. Namun dengan kemajuan teknologi sekarang,
induk betina dan jantan boleh disenyawakan pada bila-bila masa di luar
musim dengan kaedah pembiakan aruhan.
Larva ikan keli Afrika yang baru menetas
Benih ikan keli Afrika yang berusia 9 hari
Perbezaan induk keli jantan dan betina
SIFAT LUARAN INDUK JANTAN INDUK BETINA
Membulat
Organ pembiakan Panjang dan tajam Besar dan lembang
Besar
Abdomen Kecil Kurang Agresif
Saiz Kecil
Kelakuan Agresif
Perbezaan bentuk alat kelamin ikan keli Afrika
1.1 Taksonomi Ikan Keli Afrika (Clarias gariepinus)
Filum : Chordata
Kelas : Pisces
Order : Siluriformes
Family : Clariidae
Genus : Clarias
Species : Clarias gariepinus (Burchell, 1822)
1.2 Morfologi Ikan Keli Afrika
Ikan keli Afrika mempunyai bentuk badan yang memanjang seakan
silinder (membulat) di bahagian depan dan mengecil di bahagian ekornya.
Ikan keli tidak mempunyai sisik, berlendir dan licin serta mempunyai
bentuk kepala yang besar, keras dan leper dan mempunyai misai atau
sesungut yang terletak berdekatan dengan hidung.
Sesungut atau misai ini berfungsi sebagai alat pengesan dan ikan keli
juga mempunyai alat pernafasan tambahan (labirynth) yang
membolehkan ia mengambil oksigen secara langsung dari udara
(Moussa, 1956). Memiliki warna hitam kekelabuan dan berubah menjadi
corak berbatik-batik jika ikan keli terasa terancam atau tertekan.
Manakala warnanya akan menjadi pucat jika terdedah secara langsung
dengan matahari.
1.2.1 Morfologi Luaran Ikan Keli
1.2.2 Anatomi Dalaman Ikan Keli Afrika
1.3 Habitat Ikan Keli Afrika
Ikan Keli Afrika adalah spesies air tawar yang menghuni di kawasan tanah
rendah yang berpaya dan berlumpur. Di Afrika, ikan ini ditemui di kawasan
berpaya, danau dan sungai-sungai yang berair pada musim hujan dan
kering sebahagian pada musim kemarau (Bruton, 1979a; Clay, 1979).
1.4 Tabiat Pemakanan Ikan Keli Afrika
Keli Afrika tergolong dalam haiwan omnivor pemangsa kerana makanan
semulajadinya adalah haiwan-haiwan kecil seperti serangga akuatik,
invertebrate, anak ikan,biji-biji benih, buah-buahan serta fitoplankton
(Munro, 1967). Namun, zooplankton dan haiwan-haiwan kecil menjadi
diet yang lebih utama apabila ikan semakin membesar (Groenewald,
1964).
Penyediaan
tempat dan
air
2.0 Penyediaan Tangki
Penyediaan tangki merupakan elemen yang sangat penting dalam operasi
pembenihan. Tangki ternakan perlu dirawat dengan sempurna sebelum
diguna semula untuk aktiviti penternakan ikan. Kaedah yang biasa
digunakan untuk merawat sistem ternakan adalah:
i. Keluarkan atau ii. Rawat dengan iii. Basuh dan
keringkan air garam atau bilas sehingga
daripada tangki klorin jika tangki bersih
berpenyakit
iv. Jemur tangki v. Selenggara vi. Masukkan air
sehingga kering sistem perpaipan bersih
dan
pengudaraan
i ii iii
iv v vi
2.1 Prosedur Penyediaan Tangki
Masa Aktiviti Penerangan
- 3 hari Keluarkan air
- 3 hari Air boleh dikeluarkan menggunakan outlet
- 2 hari Rawat tangki atau pam.
- 2 hari Rawatan untuk membasmi patogen yang
- 1 hari Basuh dan bilas terdapat di dalam tangki.
0 hari Boleh menggunakan berus dan bilas
Jemur tangki menggunakan air paip
Tangki dijemur di bawah cahaya matahari
Selenggara paip Baiki balik sistem inlet, outlet dan
Masukkan air pengudaraan jika bermasalah.
Air yang telah ditapis dimasukkan ke
dalam tangki ternakan
2.2 Penyediaan Air
Penyediaan air juga salah satu faktor penting dalam kejayaan menghasilkan
anak benih ikan. Air perlu dirawat dan kemudian dinyah klorin dengan
sempurna sebelum boleh digunakan untuk aktiviti penternakan ikan. Kaedah
yang biasa digunakan untuk penyediaan air adalah:
i. Masukkan ii. Rawatan air
sumber air
iii. Nyah klorin
Carta alir penyediaan air
Sumber air boleh
diperolehi dari
i. Sungai
ii. Tali air
iii. Bawah tanah
iv.Tasik
v. Air terjun
vi.Paip
Langkah 1: Masukkan sumber air
Bagi mengelakkan
patogen yang boleh
menyebabkan
penyakit pada
ternakan, air akan
dirawat menggunakan
klorin.
Langkah 2: Rawat air
Klorin di dalam tangki Langkah 3: Nyah klorin Selain anti klorin, ia
ternakan boleh juga dapat dihilangkan
dikeluarkan dengan dengan air diberi
anti klorin sama ada pengudaraan lebih 24
jenis cecair atau jam.
Kristal.
2.3 Prosedur Penyediaan Air
Masa Aktiviti Penerangan
- 2 hari Masukkan air
Air yang telah ditapis dimasukkan ke
- 2 hari Rawat air dalam tangki ternakan
Air dirawat menggunakan larutan klorin
- 1 hari Nyah klorin sebanyak 15ml/m3
Guna anti klorin atau beri pengudaraan 24
0 hari Air terawat jam
Air bersih dan bebas daripada sebarang
patogen
Pengurusan
Induk Ikan
Keli Afrika
3.0 PENGURUSAN INDUK IKAN
Menjaga induk dengan baik adalah proses yang sangat penting
terutamanya untuk pembenihan ikan secara aruhan. Tujuan pengurusan
induk yang baik adalah untuk mendapatkan telur dan sperma yang
berkualiti. Menurut Arun et al,. (2004) jika induk dijaga dengan baik, tahap
kesuburan ikan akan menjadi cepat, boleh menjadi matang dalam
kurungan dan dapat melepaskan telur yang berkualiti selepas disuntik
hormon.
3.1 Kaedah pengumpulan induk
Induk ikan akan ditangkap selepas 1 hingga 2 minggu selepas proses
penjagaan dan pengurusan. Pengumpulan ikan dilakukan untuk
pemeriksaan tahap kematangan ikan sebelum proses pembenihan ikan
dilakukan. Induk-induk ikan ini dikumpul bagi mengenalpasti ciri-ciri induk
yang baik dan berkualiti mengikut kaedah seperti berikut:
Langkah 1: Tangkap induk ikan
Langkah 2: Kuarantin induk ikan
Langkah 3: Pilih induk yang baik
Langkah 4: Tentukan tahap kematangan
Langkah 5: Asingkan induk jantan dan
betina
3.2 Langkah-langkah pengumpulan induk ikan
Langkah 1: Tangkap induk Biasanya induk ikan akan
Langkah 2: Kuarantin induk ikan ditangkap menggunakan jaring
atau tangguk dengan perlahan-
lahan bagi mengelakkan sebarang
kecederaan. Ubat penenang
digunakan bagi memudahkan
pengendalian semasa menangkap
induk.
Induk yang didapati luka atau tidak
sihat akan dikuarantin di dalam
tangki yang lain bagi proses
rawatan. Antara kaedah rawatan
yang boleh digunakan adalah
menggunakan rawatan garam atau
metilena biru atau formalin.
Ciri-ciri induk yang baik adalah
bebas daripada sebarang
penyakit, tiada kecacatan dan
kelihatan aktif.
Langkah 3: Pilih induk yang baik
Langkah 4: Tentu kematangan Ciri-ciri induk betina yang baik
adalah mempunyai perut yang
lembut dan buncit serta genital
papila yang bulat. Manakala induk
jantan pula mempunyai badan dan
genital papila yang panjang.
Induk jantan dan betina yang telah
dipilih perlu diasingkan di dalam
tangki yang berlainan bagi
meningkatkan tahap kesuburan.
Langkah 5: Asingkan induk
3.3 Pemilihan induk
Pemilihan induk perlu dilakukan bagi mendapatkan ikan yang baik dan
berkualiti bagi proses pembenihan secara semulajadi atau aruhan. Ciri-
ciri induk ini boleh dikenalpasti melalui:
1. Umur
2. Keadaan alat pembiakan
3. Berat badan
3.4 Ciri-ciri induk keli Afrika yang matang
Jantan 1. Umur Betina
2. Keadaan alat
7 bulan dan ke 4 bulan dan ke
atas pembiakan atas
3. Berat
Genital papila badan Genital papila
panjang, bulat,
membengkak membengkak
dan kemerahan dan kemerahan
200 gram dan ke 300 gram dan ke
atas. atas.
Induk yang mempunyai berat badan antara 300 gram hingga 800 gram
adalah berat yang paling sesuai untuk pembenihan secara aruhan kerana
didapati induk yang besar sukar untuk dikendalikan dan menyebabkan
kehilangan telur semasa proses meleret. (Graff dan Janssen, 1996).
Induk betina agak sukar ditentukan tahap kematangan jika hanya
berpandukan kepada pemerhatian ciri-ciri fizikal yang dinyatakan. Bagi
mengesahkan telur ia sedia untuk proses pembenihan, biasa tiub kanular
akan digunakan untuk mengeluarkan sedikit sampel telur daripada
abdomen ikan betina.
3.5 Rutin pengurusan induk ikan
Rutin yang biasa dilakukan bagi menghasilkan induk yang matang adalah
menukar air, memberi makan, memantau kualiti air dan memantau
kesihatan. Langkah-langkah di bawah akan dipraktikkan bagi
menghasilkan induk yang matang dan berkualiti di dalam tempoh 1 – 2
minggu:
3.6 Langkah-langkah aktiviti rutin pengurusan induk ikan
Langkah 1: Tukar air Biasanya air ternakan akan
dibuang lebih kurang 25% dan
diganti dengan air baru setiap hari.
Air ternakan akan ditukar 100%
jika didapati air ternakan terlalu
kotor dan tidak sesuai untuk induk
ikan.
Induk perlu diberi makan 2 kali
sehari. Pada waktu pagi induk
diberi makan pellet dan pada
waktu petang induk diberi makan
ikan baja.
Langkah 2: Beri makan
Langkah 3: Pantau kualiti air Kualiti air akan dipantau setiap hari
bagi memastikan semua
parameter air berada dalam
keadaan optimum. Boleh
menggunakan test kits atau probe.
Kesihatan induk akan dipantau
melalui cara ia makan, berenang
dan juga keadaan fizikal ikan.
Langkah 4: Pantau kesihatan
Induk ikan yang bersaiz 0.5 hingga 2.0 kg diternak di dalam tangki gentian
kaca bersaiz 10 tan dengan kadar kepadatan 1 – 2 kg/m3. Air bersih
dimasukkan separuh daripada tangki ternakan dan sentiasa ditutup
dengan jaring keselamatan bagi mengelakkan induk ikan melompat
keluar. Bagi mengurangkan tekanan terhadap induk ikan yang baru, air
ternakan di dalam tangki induk dibiarkan hijau dan pastikan diberi
pengudaraan yang secukupnya.
Penghasilan
Makanan
Hidup
4.0 Penghasilan Makanan Hidup
Makanan yang sesuai untuk diberi pada ikan terbahagi kepada 2 jenis iaitu
makanan hidup dan makanan formulasi. Makanan hidup biasanya diberi
kepada anak ikan atau fry yang berumur kurang daripada 2 minggu.
Manakala makanan formulasi boleh diberikan kepada fri seawal umur 2
minggu hingga anak ikan boleh dipasarkan. Makan hidup dibahagi kepada
2 kategori besar iaitu fitoplankton dan zooplankton.
Fitoplankton adalah tumbuhan hijau yang biasa disebut sebagai air hijau dan
zooplankton adalah organism halus yang terapung di dalam air. Contoh bagi
spesis air hijau bagi air tawar biasanya terdiri daripada Chlorella sp.
Manakala contoh zooplankton yang biasa digunakan dalam industri
pembenihan ikan adalah Artemia sp., Moina spp., Daphnia sp. dan
Copepode sp.
Makanan formulasi yang sesuai untuk anak benih ikan boleh dihasilkan
sendiri atau didapati di pasaran. Ia terdapat dalam pelbagai saiz agar sesuai
dengan bukaan mulut dan sistem penghadaman ikan. Contoh makanan
formulasi yang digunakan oleh penternak adalah seperti powder feed,
micropellet, dan juga pellet.
4.1 Penghasilan Air Hijau
Air hijau adalah air yang mengandungi fitoplankton iaitu organisma satu sel
yg terdiri dari beberapa spesies yg mempunyai klorofil a yg menjalankan
proses fotosintesis bagi menghasilkan makanan untuk pertumbuhan sel &
membiak untuk membentuk koloni atau populasi yang banyak. Ia boleh
dihasilkan menggunakan ikan atau baja.
Kaedah yang biasa digunakan untuk menghasilkan air hijau adalah:
Kaedah1: Guna Ikan Kaedah 2: Guna Baja
• Penyediaan tangki • Penyediaan tangki
• Penyediaan air • Penyediaan air
• Masukkan ikan • Masukkan baja
• Pengurusan makanan • Dedah pada cahaya
• Dedah pada cahaya
matahari
matahari
4.2 Prosedur Penghasilan Air hijau Menggunakan Ikan
Masa Aktiviti Penerangan
- 2 hari
Penyediaan tangki Kira luas tangki
- 1 hari Rawat, basuh dan keringkan tangki
0 hari Pasang pengudaraan
1-7 hari Masuk air yang ditapis
1-7 hari Rawat dan nyah klorin air
Biasa menggunakan ikan tilapia
Penyediaan air Kadar kepadatan antara 25-30 ekor/m2
Ikan diberi makan pellet 2 kali sehari
Keluarkan makanan berlebihan
Air akan menjadi hijau selepas 5-7 hari
Masuk ikan (bergantung pada cuaca)
Pengurusan
makanan
Dedah pada
cahaya matahari
4.3 Prosedur Penghasilan Air hijau Menggunakan Baja
Masa Aktiviti Penerangan
- 2 hari Penyediaan tangki
Kira isipadu air
- 1 hari Rawat, basuh dan keringkan tangki
0 hari Pasang pengudaraan
0 hari Penyediaan air Masuk air yang ditapis
1-7 hari Rawat dan nyah klorin air
Masuk baja Guna fish meal
Baja 1.2kg/m3
Masuk air hijau 5 – 10% starter air hijau boleh
dimasukkan ke dalam air
Dedah pada Air akan menjadi hijau selepas 5-7 hari
cahaya matahari (bergantung pada cuaca)
4.4 Ternakan Moina
Moina adalah sejenis kutu air yang banyak dijumpai di loji kumbahan. Ia
bersaiz 500-1000µm dan sangat sesuai untuk fri kerana mempunyai
pergerakan yang unik. Moina yang dipungut di loji kumbahan tidak sesuai
untuk pemberian makanan ikan kerana mengandungi banyak bakteria.
Berikut adalah kaedah untuk menghasilkan Moina yang sesuai dan bebas
daripada untuk pemberian makanan kepada ikan:
Penyediaan Penyediaan
tangki air hijau
Dedah pada Masukkan
cahaya induk Moina
matahari
4.5 Prosedur Ternakan Moina
Masa Aktiviti Penerangan
- 2 hari
Penyediaan tangki Kira isipadu air
- 1 hari Rawat, basuh dan keringkan tangki
0 hari Pasang pengudaraan
1-7 hari Rujuk langkah-langkah penghasilan air
7-14 hijau menggunakan baja
hari Dapatkan induk Moina (pure culture)
Penyediaan air Jumlah 1% daripada isipadu air
Air akan menjadi hijau selepas 5-7 hari
hijau (bergantung pada cuaca)
Selepas 7 hari, Moina boleh dituai
Masuk induk menggunakan plankton net bersaiz 150
– 200 µm
Moina
Dedah pada
cahaya matahari
Tuai Moina
4.6 Penetasan Artemia
Foto oleh Divino dan Schultz (2014).
Artemia adalah makanan semulajadi yang digunakan secara meluas di
dalam industri pembenihan ikan kerana kandungan nutrisi yang baik.
Walaupun kini terdapat pelbagai makanan formulasi yang telah berjaya
dihasilkan untuk anak benih ikan, Artemia masih menjadi pilihan penternak
dalam proses asuhan ikan. Artemia tidak boleh ditemui di perairan Malaysia
secara semulajadi kerana ia berasal daripada laut mati yang berkemasinan
tinggi mencecah 300 ppt. Zooplankton ini boleh ditetaskan menggunakan air
masin sama ada dalam larutan garam atau air laut. Sista Artemia boleh
didapati di pasaran dalam pelbagai jenama dan cara pembungkusan.
Berikut adalah 2 kaedah yang biasa digunakan untuk menetaskan Artemia:
Kaedah 1: • i. Penyediaan tangki penetasan
Penetasan biasa • ii. Penyediaan air masin
• iii. Rendam dalam air tawar
• iv. Masukkan sista
• v. Eram sista
• vi. Tuai sista
Kaedah 2: • i. Penyediaan tangki penetasan
Penetasan secara • ii. Penyediaan air masin
• iii. Rendam air tawar
decapsulation • iv. Bilas dengan Clorox
• iv. Masukkan sista
• v. Eram sista
• vi. Tuai sista
4.7 Prosedur Penetasan Biasa
Masa Aktiviti Penerangan
- 1 hari
Penyediaan tangki Kira isipadu air
- 1 hari
- 1 hari penetasan Rawat, basuh dan keringkan tangki
- 1 hari
0 hari Pasang pengudaraan
1 hari
Penyediaan air Air laut atau larutan garam yang
masin bersaliniti antara 25 – 30 ppt
Rendam air tawar Sekurang-kurangnya 30 minit
Supaya kulit sista terhidrat semula
Masukkan sista Setelah direndam dan dibilas, sista
dimasukkan ke dalam tangki penetasan
Eram sista Eram sista 24 jam
Beri pengudaraan dengan kuat
Tuai sista Tuai sista selepas 24 jam
Guna plankton net bersaiz 150 – 200
µm. Bilas dengan air tawar
4.8 Prosedur Penetasan Secara Decapsulation
Masa Aktiviti Penerangan
- 1 hari
Penyediaan tangki Kira isipadu air
- 1 hari
- 1 hari penetasan Rawat, basuh dan keringkan tangki
- 1 hari
- 1 hari Pasang pengudaraan
0 hari
1 hari Penyediaan air Air laut atau larutan garam yang
masin bersaliniti antara 25 – 30 ppt
Rendam air tawar Sekurang-kurangnya 30 minit
Supaya kulit sista terhidrat semula
Bilas dengan Tidak lebih 5 minit. Sista keperangan
Clorox Supaya kulit sista menjadi nipis
Masukkan sista Setelah dibilas hingga bau klorin, sista
dimasukkan ke dalam tangki penetasan
Eram sista Eram sista 24 jam
Beri pengudaraan dengan kuat
Tuai sista Tuai sista selepas 24 jam
Guna plankton net bersaiz 150 – 200
µm. Bilas dengan air tawar
Penyediaan larutan garam
Penyediaan air masin untuk penetasan Artemia boleh dilakukan
menggunakan larutan garam. Larutan garam ini terhasil daripada campuran
antara air dengan garam kasar. Bagi menghasilkan air yang mempunyai
kemasinan yang dikehendaki boleh menggunakan formula 1 gram/liter bagi
menghasilkan air 1 ppt.
Contoh pengiraan jumlah garam bagi menghasilkan air 30 ppt. Bagi
menghasilkan saliniti air 30 ppt, kadar garam adalah 30gram/liter. Andaikan
isipadu air tangki penetasan adalah 30 liter, maka jumlah garam yang
diperlukan adalah:
Jumlah garam = isipadu air x kadar garam
= 30 liter x 30g/L
= 900 gram
Contoh pengiraan jumlah garam bagi menghasilkan 25 ppt. Bagi
menghasilkan saliniti air 25 ppt, kadar garam adalah 25gram/liter. Andaikan
isipadu air tangki penetasan adalah 30 liter, maka jumlah garam yang
diperlukan adalah:
Jumlah garam = isipadu air x kadar garam
= 30 liter x 25g/L
= 750 gram
Pembenihan
Ikan Keli
Afrika
PEMBENIHAN IKAN KELI AFRIKA
Ikan keli Afrika boleh disenyawakan menggunakan kaedah aruhan. Ia
merupakan satu proses saintifik di mana induk betina yang mempunyai
telur-telur yang hampir matang di dalam gonadnya diberi suntikan hormon
yang bertujuan untuk merangsang kelenjar pituitary induk betina untuk
menghasilkan hormon pogestrone untuk mematang telur dan meransang
ikan jantan untuk menghasilkan hormon testosterone untuk mematangkan
sperma seterusnya membolehkan proses ovulasi berlaku dan
persenyawaan tiruan dapat dilaksanakan. Kemudian, telur-telur yang
matang dileret keluar dari abdomen dan digaulkan dengan sperma untuk
proses persenyawaan.
Tujuan Pembenihan Aruhan Dilakukan
Untuk membiakan Untuk Untuk
ikan-ikan yang tidak mempercepatkan meninggikan
proses kematangan peratus hidup anak
boleh membiak dan ovulasi telur.
dalam kurungan. ikan.
Untuk meninggikan Untuk Untuk memperolehi
dan mengeluarkan baka ikan yang
benih ikan secara berkualiti tinggi.
mempercepatkan besar-besaran dan
pengeluaran benih
komersial.
ikan.
Induk Jantan Dan Betina Keli Afrika
Untuk menghasilkan benih yang banyak dan baik, beberapa kriteria induk
yang baik dipilih :
Ikan yang
tidak cacat
Ikan dari Induk betina
baka yang dan jantan
baik & cepat yang berusia
membesar. melebihi 1
tahun
Ikan dari Ikan yang
baka yang sihat.
menghasilkan
benih yang
banyak.
Ikan dari
baka yang
baik & cepat
membesar.
Hormon
Pembenihan ikan keli Afrika secara aruhan boleh dilakukan menggunakan
hormon berbeza yang terdapat dipasaran. Antara hormon yang biasa
digunakan oleh penternak di Malaysia adalah Ovaprim, HCG, DOM dan
Ovatide.
Contoh pengiraan hormon menggunakan Ovaprim.
Dos hormon : 0.5 ml/kg untuk induk betina
: 0.25 ml/kg untuk induk jantan
Induk jantan dan betina yang matang akan dipilih dan ditimbang berat
badannya untuk mengira dos yang perlu disuntik pada induk. Andaikan
berat induk betina adalah 1.2 kg, manakala berat induk jantan adalah 1.5
kg.
Jumlah hormon = dos hormon x berat Induk jantan
Induk betina
Jumlah hormon = dos hormon x berat Jumlah hormon = dos hormon x berat
= 0.5ml x 1.2 kg = 0.25ml x 1.5 kg
= 0.6 ml = 0.375 ml
= 0.4 ml
Induk ikan keli Afrika akan disuntik sekali sahaja. Biasanya suntikan akan
dilakukan pada waktu malam.
Carta Alir Pembenihan Aruhan Kering Ikan Keli Afrika
Langkah 1:
Pemilihan induk
Langkah 2:
Timbang dan suntikan hormon
Langkah 3:
Pengumpulan sperma
Langkah 4:
Leret telur
Langkah 5:
Persenyawaan telur
Langkah 6:
Tebar dan pengeraman telur
Pembenihan Aruhan Kering Ikan Keli Afrika
Langkah 1: Pemilihan induk Induk jantan yang matang
boleh dikenalpasti melalui
genital papila panjang
membengkak dan kemerahan.
Induk betina yang matang
boleh dikenalpasti melalui
genital papila bulat
membengkak dan kemerahan.
Induk betina yang matang juga
telur akan keluar apabila
abdomen diurut perlahan-
lahan.
Nisbah yang biasa digunakan
adalah 1 jantan:1 betina.
Induk ikan ditimbang dan dos Langkah 2: Timbang dan suntikan
hormon Ovaprim ditentukan. hormon
0.50ml/kg – induk betina
0.25ml/kg – induk jantan
Suntikan hormon dilakukan
pada waktu malam. Induk
disuntik pada intramuscular
menggunakan picagari.
Pastikan induk disuntik pada
45o. Induk yang telah disuntik
hormon akan dilepaskan ke
dalam tangki berasingan.
Ia dibiarkan antara 8 hingga 10
jam sebelum proses
seterusnya.
Langkah 3: Pengumpulan Sperma ikan keli Afrika tidak
sperma dileret keluar. Induk jantan
terpaksa dimati.
Induk jantan akan dibedah
bagi mengeluarkan kantung
testis.
Kantung testis akan dipotong
kecil-kecil bagi mengeluarkan
sperma menggunakan gunting.
Potongan kecil ini perlu ditapis
menggunakan penapis yang
halus.
Mata induk perlu ditutup Langkah 4: Leret telur
dengan kain. Pastikan
bahagian ekor juga dipegang
dengan erat.
Dengan perlahan-lahan perut
dileret ke arah genital papila
bagi mengeluarkan telur.
Leret menggunakan jari dan
pastikan perut ikan sentiasa
basah.
Proses meleret telur perlu
dihentikan apabila didapati
darah telah keluar daripada
genital papila.
Langkah 5: Persenyawaan telur Telur yang telah dileret akan
dikumpul di dalam mangkuk
besi atau plastik.
Kantung testis dipotong di atas
mangkuk berisi telur tadi bagi
melepaskan sperma.
Kacau telur dengan sperma
menggunakan bulu ayam /
berus. Masukkan sedikit air
untuk bilas.
Dapat diperhatikan telur yang
telah tersenyawa akan
berubah warna daripada
kehijauan ke keperangan.
Telur yang telah tersenyawa
akan ditebar di atas tray
penetasan.
Lapisan telur yang ditebar
mestilah tidak bertindan antara
satu sama lain.
Lakukan pemantauan.
Telur-telur ini akan menetas Langkah 6: Tebar dan
selepas 24 jam tempoh pengeraman telur
pengeraman.
Perkembangan telur ikan keli Afrika
Larva ikan keli Afrika yang baru menetas
Benih ikan keli Afrika yang berusia 9 hari
Pemeriksaan
kualiti air
6.0 Pemeriksaan Kualiti Air Ternakan
6.1 Pengurusan Kualiti Air
Merupakan faktor terpenting dalam ternakan ikan. Ia mempengaruhi
secara langsung terhadap pemakanan, tumbesaran, kesihatan dan
kadar hidup ikan. Kebanyakan isu kematian ikan, penyebaran penyakit,
tumbesaran perlahan, pemakanan tidak efisyen dan masalah
pengurusan yang lain disebabkan oleh kualiti air yang tidak bagus.
Antara parameter air yang penting dalam ternakan ikan adalah suhu,
oksigen terlarut, pH, ammonia, nitrat, nitrit, kekeruhan dan keliatan air.
6.2 Kepentingan Kualiti Air
Meminimakan kematian ikan
Tumbesaran ikan tidak terjejas
Bebas dari penyakit
Bebas dari pemangsa air
Hasilkan ikan yang berkualiti