The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rahayu, 2021-03-15 03:35:30

7 PANDUAN MUDAH TERNAKAN IKAN PUYU

7 PANDUAN MUDAH TERNAKAN IKAN PUYU

1|Page

2|Page

3|Page

PANDUAN 1 : BIOLOGI IKAN PUYU

Ikan puyu atau lebih dikenali sebagai climbing perch, Anabas testudineus
(Bloch, 1792) adalah salah satu spesis asli ikan air tawar yang penting
dan mempunyai nilai ekonomikal yang tinggi di Negara India. Secara
umum, terdapat 3 jenis spesis ikan puyu; Anabas cobojius (F.Hamilton,
1822) (Gangetic Koi), Anabas testudineus (Bloch, 1792) (Climbing Perch)
dan Anabas oligolepis. Spesis ikan puyu ini (Anabas tetsudineus, Anabas
oligolepis) mempunyai permintaan yang tinggi sepanjang tahun di Barat
Bengal (Mishra and Munshi, 1958; Roy, 1994). Populasi ikan puyu telah
tersebar luas ke negara-negara seperti Bangladesh, India, Pakistan,
Ceylon, Burma, Sri Lanka, Thailand, Cochin-China, Tongking, Selatan
China, Filipina, Polynesia dan Malaysia (Axelrod et al, 1971; Jayaram,
1981; Sterba, 1983; Sen, 1985; Talwar and Jhingran, 1991, Kohinoor et
al, 1991; Tay et al, 2006). Disebabkan ikan puyu adalah dari jenis air-
breathing, tahan lasak serta tahan terhadap keadaan persekitaran yang
pelbagai, menjadikan spesis ini sesuai diternak di luar habitat asalnya
secara komersial walaupun di kawasan paya dan kolam yang terbiar di
mana keadaan tersebut tidak sesuai bagi kebanyakan spesis ikan yang
lain.

Ikan puyu mempunyai organ air-breathing yang terletak berdekatan
insang berfungi membantu pengambilan udara dari atmosfera bagi tujuan
pernafasan (Graham, 1997) membolehkan ikan ini mampu bertahan
dalam keadaan paras oksigen terlarut yang rendah (Pethiyagoda, 1991),
air yang cetek malah dalam situasi di luar kawasan berair untuk tempoh
tertentu.

4|Page

Ikan puyu juga terkenal dengan keupayaan mereka bermigrasi dari kolam
ke kolam di daratan (Sterba, 1983; Liem, 1987; Davenport and Abdul
Matin, 1990; Sakurai et al, 1993). Terdapat laporan dari Chandran et al.
(2008) menyatakan bahawa spesis ini merupakan salah satu spesis yang
berkesan dalam mengawal populasi nyamuk secara biologikal seperti
Aedes sp., Culex sp. dan Anopheles sp. yang terdapat dalam sistem
kumbahan. Climbing perch mencapai saiz matang kira-kira 70-100 mm
dan membiak dalam kawasan sawah padi dan kolam yang berkedalaman
10-25 cm. Berbeza dengan spesis anabantids yang lain, ikan puyu tidak
mengeluarkan buih untuk membina sarang atau menjaga telur mereka
yang terapung di permukaan air (Axelrod et al, 1971; Sakurai et al,
1993).Di habitat asal, musim pembiakan ikan puyu bermula dari Mac
hingga akhir Ogos dengan titik kemuncak pada May hingga Jun.

Rajah 1: Rajah 2:
Benih ikan puyu berumur 3 hari
Larva ikan puyu yang baru
menetas (di bawah pemerhatian

mikroskop cahaya)

5|Page

SIFAT LUARAN INDUK BETINA INDUK JANTAN
Organ pembiakan
Keluar telur berwarna Keluar sperma
Abdomen kuning apabila dipicit berwarna putih
Saiz apabila dipicit

genital papilla
Kemerah-merahan dan
membonjol keluar

Mengembang dan Leper dan ramping
membesar
(mengandungi telur)

Besar dan lebar Ramping dan panjang

warna Lebih gelap Lebih cerah

Genital Papilla

Rajah 3:Induk Betina (gambar kiri) dan Induk Jantan (Kanan)

6|Page

Filum : Chordata

Kelas : Actinopterygii

Order : Perciformes

Family : Anabantidae

Genus : Anabas

Species : Anabas testudineus

Nama English : Climbing Perch

Nama Tempatan : Puyu

Sirip Dorsal

Sirip Kaudal

Operkulum

Sirip Sirip pelvik Sirip Anal
Pektoral

Rajah 4: Morfologi luaran ikan puyu

7|Page

CIRI-CIRI PENERANGAN
Tulang pada sirip
Tulang keras pada sirip dorsal: 16-20
warna Tulang lembut pada sirip dorsal: 7-10
Tulang keras pada sirip anal:9-11
Tulang lembut pada sirip anal: 8-11

Hitam kehijauan pada bahagian sisi sirip dorsal,
perang, hitam keperangan, perang kekuningan.

Betina:Tompok-tompok hitam samar berbentuk
bujur pada badan

Bentuk badan Jantan:Tompok-tompok hitam berbentuk berlian
pada Kaudal Pedunkel
Kepala
Sisik Bentuk pelbagai bergantung kepada umur dan
jumlah makanan yang diambil

Kepala bersisik

Sisik yang besar dan tersusun

Habitat semula jadi ikan puyu boleh dijumpai di kawasan yang berpaya,
tasik, kolam, sawah padi, kawasan perairan yang cetek, terusan dan
muara (Jayaram, 1981). Ikan puyu sesuai diternak dalam tangki gentian
kaca, tangki polyethylene, tangki kanvas, kolam tanah, kolam simen dan
kolam tasi (kombinasi tanah & simen). Sifat semulajadi ikan puyu yang
tahan lasak menyebabkan ikan ini sesuai diternak di dalam pelbagai jenis
sistem ternakan.

8|Page

Rajah 5: Kolam yang sesuai untuk ternakan ikan puyu

Semasa peringkat larva dan juvenile, Plankton (fitoplankton) adalah
makanan utama dalam diet pemakanan manakala pada peringkat
dewasa, ikan puyu akan lebih cenderung kepada pemakanan secara
omnivoros; serangga, ikan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan invertebrata
(Singh and Samuel, 1981; Riehl and Baensch, 1991).

9|Page

10 | P a g e

PANDUAN 2 : PENYEDIAAN AIR DAN TERNAKAN

Dalam penternakan ikan, persediaan air dan tempat ternakan antara
elemen utama dalam menentukan kejayaan ternakan. Terdapat 4 perkara
yang perlu dikenalpasti iaitu sistem ternakan yang sesuai untuk ikan puyu,
rumus luas dan isipadu tangki ternakan, kepentingan serta kaedah
penyediaan air dan tangki ternakan.

Sistem Rumus Luas
Ternakan & Isipadu

Kepentingan Kaedah
Penyediaan Penyediaan
Air & Tangki Air & Tangki

ternakan ternakan

4 PENYEDIAAN AIR & TERNAKAN

11 | P a g e

Untuk ikan puyu, terdapat 4 jenis sistem ternakan yang sesuai digunakan
iaitu tangki simen, tangki fiber, kolam tanah dan akuarium. Untuk Kolej
Komuniti, ikan puyu diternak dalam tangki fiber untuk menyesuaikan
dengan kemudahan kampus rumah kedai.

12 | P a g e

Luas Tangki = Panjang X Lebar

Isipadu Tangki = Panjang X Lebar X
Tinggi

Isipadu Air = Panjang X Lebar X Tinggi
Air

PETUNJUK
L PANJANG
X LEBAR
Y TINGGI
H TINGGI AIR

13 | P a g e

Luas Tangki = π X j2 (Jejari)

Isipadu Tangki = π X j2 X Tinggi
Isipadu Air = π X j2 X Tinggi

PETUNJUK
A Tinggi Tangki
B Tinggi Air
C Jejari
D Diameter

14 | P a g e

Adalah menjadi keperluan bagi setiap penternak untuk memastikan tangki
dan air ternakan bersih dan bebas dari kotoran. Ini kerana air ternakan
memainkan peranan penting dalam kejayaan sesebuah ternakan. Air
perlu dirawat sebelum digunakan. Selain itu langkah penyediaan yang
rapi dapat mengelakkan sistem ternakan daripada terkena wabak
penyakit. Proses kerja dalam ternakan yang kemas dan teratur dapat
meningkatkan produktiviti ternakan. Kawasan ternakan lebih terurus dan
selamat untuk bekerja.

Ini selaras dengan kehendak SOP atau Standard Operation Prosedur
dalam MyGAP. MyGAP adalah skim pensijilan yang komprehensif untuk
sektor tanaman, akuakultur dan ternakan. MyGAP dilaksanakan
berdasarkan piawaian Malaysian Standard (MS) 1998:2007 Good
Aquaculture Practice (GaqP) – Aquaculture Farm –untuk modul sektor
akuakultur.

15 | P a g e

CARTA ALIR PENYEDIAAN TANGKI TERNAKAN

Keluarkan atau keringkan air daripada tangki
Rawat dengan garam atau klorin jika tangki berpenyakit

Basuh dan bilas sehingga bersih
Jemur sehingga kering

Selenggara sistem perpaipan dan pengudaraan
Masukkan air bersih

16 | P a g e

CARTA ALIR PENYEDIAAN TANGKI
TERNAKAN

1. Keluarkan atau keringkan air daripada tangki

2. Rawat dengan garam atau klorin jika tangki berpenyakit

17 | P a g e

CARTA ALIR PENYEDIAAN TANGKI
TERNAKAN

3. Basuh dan bilas sehingga bersih

4. Jemur sehingga kering

18 | P a g e

CARTA ALIR PENYEDIAAN TANGKI
TERNAKAN

5. Selenggara sistem pempaipan dan pengudaraan

6. Masukkan air bersih

19 | P a g e

CARTA ALIR PENYEDIAAN AIR TERNAKAN

Kenal pasti sumber air
Masukkan air ke dalam tangki ternakan
Letak anti-klorin ke dalam tangki ternakan
Masukkan alat pengudaraan ke dalam tangki

Biarkan selama 24 jam sebelum ikan
dimasukkan ke dalam tangki

20 | P a g e

CARTA ALIR PENYEDIAAN AIR TERNAKAN

1. Kenal pasti sumber air

2. Masukkan air ke dalam tangki ternakan

21 | P a g e

CARTA ALIR PENYEDIAAN AIR TERNAKAN

3. Letakkan anti-klorin ke dalam tangki ternakan

4. Masukkan alat pengudaraan ke dalam tangki

22 | P a g e

CARTA ALIR PENYEDIAAN AIR TERNAKAN

5. Biarkan selama 24 jam sebelum ikan dimasukkan ke
dalam tangki

23 | P a g e

24 | P a g e

PANDUAN 3 : PENGURUSAN INDUK IKAN PUYU

Menjaga induk dengan baik adalah proses yang sangat penting
terutamanya untuk pembenihan ikan secara aruhan. Tujuan pengurusan
induk yang baik adalah untuk mendapatkan telur dan sperma yang
berkualiti. Tahap kesuburan ikan akan menjadi cepat, boleh menjadi
matang dalam kurungan dan dapat melepaskan telur yang berkualiti
selepas disuntik hormon sekiranya induk ikan dijaga dengan baik.

Induk ikan akan ditangkap selepas 1 hingga 2 minggu selepas proses
penjagaan dan pengurusan. Pengumpulan ikan dilakukan untuk
pemeriksaan tahap kematangan ikan sebelum proses pembenihan ikan
dilakukan. Induk-induk ikan ini dikumpul bagi mengenalpasti ciri-ciri induk
yang baik dan berkualiti mengikut kaedah seperti berikut:

Langkah 1: Tangkap induk ikan

Langkah 2: Kuarantin induk ikan

Langkah 3: Pilih induk yang baik

Langkah 4: Tentukan tahap kematangan

Langkah 5: Asingkan induk jantan dan betina

25 | P a g e

Biasanya induk ikan akan ditangkap
menggunakan jaring atau tangguk dengan
perlahan-lahan bagi mengelakkan sebarang
kecederaan. Ubat penenang digunakan bagi
memudahkan pengendalian semasa
menangkap induk.

Langkah 1: Tangkap induk Induk yang didapati luka atau tidak sihat akan
Langkah 2: Kuarantin induk ikan dikuarantin di dalam tangki yang lain bagi
proses rawatan. Antara kaedah rawatan yang
boleh digunakan adalah menggunakan
rawatan garam atau metilena biru atau
formalin.

Ciri-ciri induk yang baik adalah bebas
daripada sebarang penyakit, tiada kecacatan
dan kelihatan aktif.

Langkah 3: Pilih induk yang baik

Ciri-ciri induk betina yang baik adalah
mempunyai perut yang lembut dan buncit
serta genital papila yang bulat. Manakala
induk jantan pula mempunyai badan dan
genital papila yang panjang.

Langkah 4: Tentu kematangan

Induk jantan dan betina yang telah dipilih perlu
diasingkan di dalam tangki yang berlainan

bagi meningkatkan tahap kesuburan.

Langkah 5: Asingkan induk

26 | P a g e

Pemilihan induk perlu dilakukan bagi mendapatkan ikan yang baik dan
berkualiti bagi proses pembenihan secara semulajadi atau aruhan. Ciri-
ciri induk ini boleh dikenalpasti melalui:

1. Umur

2. Keadaan alat pembiakan

3. Berat badan

Jantan Betina
 4 bulan dan ke atas
 4 bulan dan ke atas 1. Umur  Kemerahan dan

 Kemerahan dan 2. Keadaan alat keluar telur apabila
pembiakan abdomen dipicit
keluar sperma
3. Berat  50 gram dan ke
apabila abdomen badan atas

diurut perlahan-

lahan

 50 gram dan ke
atas

27 | P a g e

LANGKAH 1: TUKAR AIR
Biasanya air ternakan akan dibuang lebih
kurang 25% dan diganti dengan air baru setiap
hari. Air ternakan akan ditukar 100% jika
didapati air ternakan terlalu kotor dan tidak
sesuai untuk induk ikan.

LANGKAH 2: BERI MAKAN
Induk perlu diberi makan 2 kali sehari dengan
pellet. Seminggu sekali boleh diberi sumber
protein tambahan seperti ikan baja atau sotong
dan sebagainya.

LANGKAH 3: PANTAU KUALITI AIR
Kualiti air akan dipantau setiap hari bagi
memastikan semua parameter air berada dalam
keadaan optimum. Boleh menggunakan test kits
atau probe.

LANGKAH 4: PANTAU KESIHATAN
Kesihatan induk akan dipantau melalui cara ia
makan, berenang dan juga keadaan fizikal ikan.

28 | P a g e

29 | P a g e

PANDUAN 4 : PENGURUSAN MAKANAN IKAN

Sumber makanan adalah faktor yang sangat penting dalam sesuatu
operasi penternakan. Kos makanan merangkumi sekitar 60% daripada
jumlah kos sesuatu operasi dan akan menentukan kejayaan sesuatu
projek penternakan. Oleh itu, penggunaan mana-mana jenis makanan
mestilah memuaskan keperluan kemandirian sesuatu organism supaya
dapat menyumbang kepada pertumbuhan organisma yang cepat.
Pengunaan makanan yang tidak tepat samada dari segi komposisi
nutrient atau kadar pemberian akan menyumbang kepada pertumbuhan
ikan yang lambat, terbantut dan juga menggalakkan karnibalisma yang
mana akan merugikan penternak. Tambahan lagi, makanan yang tidak
dimakan akan merosakkan kualiti air dan menyumbang kepada
peningkatan ammonia lantas menurunkan kadar hidup.

Makanan ikan terbahagi kepada 2 jenis iaitu makanan rumusan dan
makanan hidup. Makanan hidup biasanya diberi kepada anak ikan atau
fry yang berumur kurang daripada 2 minggu. Makan hidup dibahagi
kepada 2 kategori besar iaitu fitoplankton dan zooplankton. Fitoplankton
adalah tumbuhan hijau yang biasa disebut sebagai air hijau dan
zooplankton adalah organism halus yang terapung di dalam air. Contoh
bagi spesis air hijau bagi air tawar biasanya terdiri daripada Chlorella sp.
manakala untuk zooplankton adalah Artemia sp., Moina spp., Daphnia sp.
dan Copepode sp..

30 | P a g e

Fitoplankton adalah tumbuhan hidup bersaiz micro yang terapung di
dalam air. Ia menggunakan sumber Nitrogen dalam air untuk berkembang
biak. Terdapat beberapa jenis tumbuhan air seperti spirulina spp.,
chlorella spp dan lain lain. Penternakan ikan di dalam air hijau mempunyai
kelebihan berbanding air jernih kerana mampu menghasilkan oksigen
tambahan kepada ikan disamping mengawal kadar pencemaran
ammonia hasil daripada pembuangan ikan atau makanan berlebihan.

Penghasilan Air hijau
Air hijau terhasil apabila 2 kriteria utama dipenuhi iaitu sumber cahaya
dan baja. Secara umunya, terdapat 2 cara untuk menghasilkan air hijau ;

1. menggunakan tilapia.
2. menggunakan baja.

Langkah 1: Bersihkan tangki dan Langkah 2: Pilih beberapa ikan tilapia yang
sediakan air seperti biasa. bersaiz lebih kurang 5 inci dan sihat

31 | P a g e

Langkah 3: Beri makanan seperti Langkah 4: Tunggu seminggu dan air
pellet selama seminggu dan tunggu akan mula menjadi hijau. Pastikan
hasilnya. terdapat cahaya matahari.

Langkah-langkah untuk menternak air hijau menggunakan tilapia

32 | P a g e

Langkah 1: Bersihkan tangki dan Langkah 2: Masukkan 50g baja
sediakan air seperti biasa. urea ke dalam tangka dengan
pengudaraan

Langkah 3: Masukkan sebaldi air Langkah 4: Tunggu seminggu dan
hijau ke dalam tangki sebagai air akan mula menjadi hijau.
permulaan air hijau Pastikan terdapat cahaya matahari.

Langkah-langkah untuk menternak air hijau menggunakan baja

33 | P a g e

Zooplankton yang akan dirangkumi adalah Artemia sp., Moina spp.,
Daphnia sp. dan Copepode sp.. Pemilihan zooplankton adalah
berdasarkan kepada bukaan saiz mulut benih. Zooplankton biasa
digunakan sebagai makanan pertama untuk benih ikan yang baru lahir
kerana mempunyai pergerakkan yang yang aktif, warna yang menarik dan
mempunyai sumber nutrisi yang sangat baik untuk perkembangan fry.

Penghasilan Artemia

Artemia dihasilkan daripada sista yang boleh dibeli dalam bentuk tin.
Artemia yang baru tetas bersaiz 1-50µm. Ia berasal daripada laut mati
yang berkemasinan tinggi mencecah 300 ppt. Ia sesuai digunakan
sebagai makanan pertama untuk semua jenis ikan. Air garam
berkemasinan 30 ppt perlu disediakan terlebih dahulu untuk menetaskan
artemia. Oleh sebab itu, artemia yang ditetas perlu dibilas dengan air
tawar yang banyak jika ingin diberi kepada ikan air tawar. Sifir mudahnya
adalah dengan melarutkan 30g garam kasar ke dalam 1 liter air untuk
menetas artemia. Artemia sesuai digunakan sebagai makanan permulaan
untuk fry kerana pengurusan artemia adalah senang.

Gambar 1: Contoh jenis artemia yang digunakan.

34 | P a g e

Langkah 1: Timbang 30g garam Langkah 2: 1kg air ditimbang untuk
kasar dilarutkan dengan garam

Langkah 3: Air digaul sehingga Langkah 4: Sampel air diambil dan
semua terlarut diperiksa dengan refractometer untuk
memastikan kemasinan pada tahap
30ppt.

Langkah 5: Jumlah Kuantiti Arteimia Langkah 6: Campurkan artemia
ditimbang mengikut jumlah yang hendak dengan air garam yang disediakan
digunakan. tadi dan pasang pengudaraan dengan
kuat untuk 24 jam.

Langkah-langkah untuk menetas artemia

35 | P a g e

Langkah 1: Rendamkan artemia
selama 30 min dalam air pili yang
biasa.

Langkah 2: Tambahkan cecair
peluntur ke dalam baldi dalam
nisbah 1:1 selama 10 min.

Langkah 3: Artemia akan menjadi Langkah 4: Bilas dengan air yang
warna oren. banyak dengan menggunakan
micro net bersaiz 125µm

Langkah 5: Masukkan sista telur ke
dalam air masin 30ppt yang telah
disediakan siap dengan
pengudaraan yang kuat selama 24
jam.

Langkah-langkah untuk menetas artemia secara decapsulation

36 | P a g e

Langkah 1:
Tutup
pengudaraan
dan biarkan
selama 10
minit

Langkah 2: Buang bahagian bawah dan
atas. Ambil bahagian tengah sahaja
yang mengandungi artemia hidup.

Langkah 3: Artemia hidup Langkah 4: Bilas artemia di bawah
berwarna oren. air tawar dengan banyak dengan
menggunakan jaring 200µm

Langkah 5: Terlangkupkan jarring Contoh artemia hidup di bawah
ke tangki asuahan mikroskop cahaya 4x.

Langkah-langkah untuk tuai artemia

37 | P a g e

Penghasilan Microworm

Microworm adalah sejenis cacing halus yang biasanya juga disebut
sebagai cacing roti. Ia dan bersaiz 1mm dan sesuai untuk fry ikan yang
jenis besar atau fry yang lebih besar. Ia banyak digunakan dalam industri
ikan hiasan sebagai makanan permulaan untuk ikan laga dan guppy. Cara
pengendalikan microworm adalah senang tetapi perlu penjagaan yang
rapi untuk mengelakkan daripada tercemar.

Langkah 1: Sediakan bekas yang Langkah 2: Masukkan
bersih serta siap ditebuk roti/nasi/gandum dan yis yang telah
diaktifkan dengan air panas dalam
bekas

Langkah 3: Masukkan beberapa Langkah 4: microworm akan mula
induk microworm ke dalam bekas memanjat ke tepi bekas
dan biarkan selama beberapa hari
pada suhu bilik

38 | P a g e

Langkah 5: Calitkan jari atau sudu
di tepi bekas dan diberi makan
kepada ikan

Langkah-langkah untuk menghasilkan microworm
Penghasilan Moina
Moina adalah sejenis kutu air yang banyak dijumpai di loji kumbahan. Ia
bersaiz 500-1000µm dan sangat sesuai untuk fry kerana mempunyai
pergerakan yang unik.

Gambar moina di bawah microskop cahaya dengan kadar 4x
39 | P a g e

Langkah 1: Cuci tangki dengan air Langkah 2: Masukkan kulit
biasa buah/yis/cebisan bangkai ikan
untuk menaikan infusoria dan
biarkan selama 3 hari.

Langkah 3: masukkan beberapa Langkah 2: Moina akan membiak
induk moina ke dalam tangka dan dan sauk dengan micro net dan
biarkan selama 3 hari bilas di bawah air sebelum diberi
makan kepada anak ikan

Langkah-langkah untuk menghasilkan moina

40 | P a g e

Makanan rumusan yang dibentuk menjadi kecilan kecil disebut sebagai
pellet terdiri daripada campuran bahan-bahan daripada sumber
tumbuhan dan haiwan lalu dibentuk untuk mendapatkan komposisi
nutrient yang seimbang bagi memuaskan keperluan tumbesaran ikan.
Pellet terdiri daripada beberapa saiz daripada serbuk, micropellet yang
bersaiz 0.01mm, crumble, starter dan grower. Selain itu, terdapat juga
pellet yang jenis tenggelam, tenggelam perlahan dan terapung
bergantung kepada jenis organisma yang ingin diternak.

Makanan rumusan (powder feed, micropellet)
 Pellet starter

Makanan formulasi
 Pelet grower - TP1
 Pelet grower - TP2
 Pelet Finisher - TP3

41 | P a g e

Kriteria pemilihan makanan formulasi

1. Saiz. Saiz pellet yang diberikan kepada ikan haruslah sesuai
dengan saiz mulut ikan atau peringkat perkembangan ikan

2. Kandungan protein. Kandungan protein haruslah lebih daripada
30% dan lebih tinggi lagi untuk anak benih.

3. Berkualiti. Pellet biasanya mempunyai jangka hayat 6 bulan sahaja
daripada tarikh dikilang. Jika berubah warna menjadi keputihan atau
tumbuh kulat, ia tidak boleh digunakan lagi.

Konsep asas penyediaan makanan

Menggunakan sumber yang ada di sekitar yang boleh didapati pada harga
yang murah dan konsisten. Kriteria yang wajib dipatuhi adalah jumlah
protein 40%, lemak 10%, kelembapan kurang daripada 10%. Bahan
mentah dikeringkan, dikisar dan digaul sehingga sebati sebelum diproses.

a) Sumber protein boleh didapati daripada bangkai ikan, organ
dalaman ayam, bangkai ayam, hampas soya dan sebagainya.

b) Sumber karbohydrat boleh diambil daripada daripada kilang mee
hoon, mee kuning, roti yang sudah tamat tempoh. Hampas padi dan
tepung padi daripada kilang pemprosesan beras.

c) Sumber lemak boleh didapati daripada minyak ikan, minyak sawit,
minyak jagung dan sebagainya.

d) Vitamin dan mineral

Penyediaan makanan sendiri tidak sesuai untuk mengganti sepenuh
penggunaan pellet. Ia tidak boleh menganti makanan formulasi yang telah
dirumus khas dan hanya boleh diberikan seminggu sekali sahaja. Pellet
yang dijual di pasaran telah dirumus khas oleh penyelidik syarikat yang
telah merangka gizi yang seimbang dan sesuai untuk pertumbuhan ikan.

42 | P a g e

Jenis-jenis makanan

1. Makanan basah berbentuk seperti bubur
2. Makanan kering dikeringkan dan disejukbekukan. Ia boleh tahan

lebih lama berbanding makanan basah.

Sediakan bahan dalam
bentuk serbuk

Bagi kepada ikan Gaulkan sekali
sehingga sebati dan

tambah minyak

Tambah air suam dan
gaul sehingga menjadi

seperti bubur

Langkah-langkah untuk menghasilkan makanan jenis basah

Sediakan bahan dalam
bentuk serbuk

Pecahkan dan bagi kepada Gaulkan sekali sehingga
ikan sebati dan tambah minyak

Keringkan di bawah Tambah air suam dan gaul
matahari atau owen sehingga menjadi seperti

dough

Masukkan ke dalam
mesin pengisar

Langkah-langkah untuk menghasilkan makanan jenis kering
43 | P a g e

Anggaran pengeluaran ikan
Dikira berdasarkan saiz ikan akhir yang dikehendaki. Kadar kepadatan
ikan juga berbeza bergantung kepada pelbagai factor seperti

a) Sistem. Penternakan dijalankan dalam skala traditional atau separa
intensif atau intensif? Adakah terdapat pertukaran air sepanjang
masa atau setiap hari atau tiada langsung? Kolam, sangkar atau
RAS yang mempunyai system penapisan? Adakah mempunyai
system pembasmian kuman seperti UV filter?

b) Pengudaraan. Adakah memasang pengudaraan seperti kincir angin
atau menggunakan pengudaraan mekanikal?

c) Jenis ikan. Ikan seperti tilapia memerlukan kandungan oksigen
yang lebih berbanding dengan ikan seperti patin dan keli. Oleh
sebab itu, kadar kepadatan ikan tilapia juga adalah lebih rendah.

d) Makanan. Adakah menggunakan pellet sepenuh atau ditambah
dengan makanan buatan sendiri

e) Target pengeluaran. Adakah target pengeluaran adalah daripada
saiz benih 3 inci sehingga saiz pasaran 700g atau hanya 500g?
Ataupun akan dituai secara berperingkat?

f) Pembajaan. Adakah aktiviti pembajaan atau pengapuran serta
penambahan pro dan prebiotic digunakan.

44 | P a g e

Jenis ikan Kadar stok

Ikan keli 50 ekor /m2

Ikan Tilapia 5 ekor /m2

Ikan Patin 5 ekor /m2

Ikan Puyu 50 ekor /m2

Jadual 1: Rujukan kadar stok yang sesuai untuk sesuatu kolam yang

tradisional.

*ikan dimasukkan daripada saiz 3 inci dan dibesarkan sehingga saiz
pasaran.

KIRA ANGGARAN PENGELUARAN IKAN
Contoh 1: Kolam Ali bersaiz 20 x 60 m. Berapa banyak ikan tilapia yang
boleh dimasukkan ke dalam kolam?
Keluasan kolam = 20 x 60 m

= 1200 m2
Kadar kepadatan adalah 5 ekor /m2
Kepadatan maksimum bagi kolam ali adalah 1200m2 x 5 ekor= 6000 ekor
Contoh 2: Kolam Ah Seng bersaiz 500 x 800 kaki. Berapa banyak ikan
patin yang boleh dimasukkan ke dalam kolam?
Keluasan kolam = 152.4 m x 243.84 m

= 37161.22 m2
Kadar kepadatan adalah 5 ekor /m2
Kepadatan maksimum bagi kolam ali adalah 37161.22m2 x 5 ekor=
185,806 ekor

45 | P a g e

Kadar hidup.
Kadar hidup adalah berbeza pada setiap peringkat umur ikan. Kadar
hidup yang lebih tinggi akan lebih menguntungkan penternak.

Kadar hidup daripada telur ke 1inci mungkin dalam 10-30%
Kadar hidup daripada 1 inci ke 3inci mungkin dalam 70-80%
Dan kadar hidup daripada 3 inci ke saiz pasaran adalah dalam 60-70%.

ℎ (%) = ℎ ℎ × 100


Hasil kasar

Jumlah berat ikan darab dengan harga jualan.

Contoh 1: Jumlah berat keseluruhan jualan ikan patin di dalam sangkar
adalah 800kg. Harga pasaran adalah RM15 per kg. Maka hasil kasar
adalah 800kg x 15 =RM 12,0000

Contoh 2: Jumlah berat purata ikan patin di dalam sangkar adalah 0.75
kg. Jumlah ikan yang ada di dalam sangkar adalah 800 ekor. Harga
pasran adalah RM 15 per kg. Maka hasil kasar adalah 0.75kg x 800ekor
x RM 15 =RM 9000 jika semua ikan dalam sangkar dijual.

46 | P a g e

Hasil bersih

Hasil setelah ditolak semua kos-kos yang terlibat. Iaitu keuntungan bersih.
Terdapat 2 jenis kos iaitu, kos tetap dan kos berubah. Kos tetap adalah
seperti kos pemulaan pembinaan sangkar atau kolam yang telah
dikeluarkan, Kos berubah adalah seperti kos makanan, kos gaji pekerja,
kos benih, kos pengangkutan, kos elektrik dan air, kos penyelenggaraan,
kos sosial dan minyak dan sebagainya.

Setiap pengusaha lain kosnya tetapi kos makanan biasanya merangkumi
60% keseluruhan kos.

Feed Conversion Ration (FCR)

FCR adalah teknik pengiraan untuk mengetahui keberkesanan ikan yang
diternak untuk menghadam makanan yang diberi. Nilai yang tinggi adalah
tidak baik kerana ia menunjukkan ketidakupayaan ikan untuk menukar
makanan ikan kepada berat badan. Ia juga bermaksud makanan yang
lebih perlu diberikan kepada ikan untuk menaikan berat badan ikan.
Secara mudahnya, ia meningkatkan kos makanan. FCR yang rendah
adalah lebih baik.

ℎ − ( )
= ℎ ℎ

Ikan FCR

Ikan keli 1.5-1.8

Ikan Tilapia 1.1-1.3

Ikan Patin 1.2-1.5

Jadual 2: Anggaran FCR untuk setiap jenis ikan

47 | P a g e

Pengiraan FCR

Contoh 1: Ah Seng memasukkan sebanyak 1500 ekor ikan patin ke dalam
sangkar yang bersaiz 3 inci seberat 0.010 kg. Setiap hari, jumlah
makanan yang diberi kepada ikan direkod oleh Ah Seng dan mendapati
jumlah makanan yang telah diberikan kepada ikan adalah sebanyak 52
guni makanan TP1. Saiz jualan ikan patin adalah pada purata 700g
seekor. Kadar kematian ikan pula adalah sebanyak 450 ekor iaitu 70%
yang hidup sehingga saiz pasaran. Berapakah FCR ikan patin sangkar
Ah Seng?

Bilangan ikan yang hidup = 1500 x 70%

=1050 ekor ikan

Jumlah berat ikan yang dijual = 1050 ekor x 0.8kg

= 840 kg

Jumlah makanan yang telah diberi = 78 guni x 20kg setiap guni

=1560 kg makanan ikan

= 1560kg
(0.8−0.01) 1050

=1.88

48 | P a g e

Sampling dilakukan untuk mengganggar bilangan ikan yang ada di dalam
sesuatu tangki. Ini adalah disebabkan bahawa adalah mustahil untuk
mengira jumlah ikan dalam tangki ikan kerana ikan selalu bergerak laju
dalam air dan dalam dalam jumlah kuantiti yang besar. Mengira satu per
satu ikan merugikan masa penternak dan menambah stress kepada ikan.

Pelajar merekod berat ikan.

Terdapat 3 teknik untuk menggangar jumlah benih ikan dalam tangki
1. Anggaran jumlah benih ikan menggunakan bekas
2. Anggaran jumlah benih ikan mengikut berat benih ikan
3. Anggaran jumlah benih ikan dengan kaedah volumetric

49 | P a g e

Anggaran jumlah benih ikan menggunakan bekas

Anggaran jumlah benih ikan dalam bekas adalah teknik yang paling
senang dan cepat tetapi kurang jitu.

Langkah 1: Sediakan bekas yang Langkah 2: Masukkan benih ikan
berlubang. sehingga mencapai tahap yang
dikehendaki dan kira jumlah benih
pada tahap tersebut. Ulang
sebanyak 3 kali untuk
mendapatkan puratanya.

Langkah 3: Untuk kegunaan masa
hadapan, isikan benih ikan
sehingga mencapai tahap yang
ditanda untuk mencapai jumlah
benih yang dikehendaki

50 | P a g e


Click to View FlipBook Version