The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini mengandungi 20 inspirasi daripada 99 nama Allah SWT nan indah untuk dijadikan panduan kepada para pendidik dalam menerapkan pengajaran yang sesuai dengan keupayaan intelek, emosi dan spiritual para pelajar. Setiap nama Allah membawa makna yang mendalam dan memberi hikmah untuk diteladani dalam konteks perjalanan hidup sebagai seorang pendidik. Bermula daripada sifat Allah Al-Rahman hingga al-Basit memberikan kita inspirasi supaya menghayati erti kasih sayang dan nikmat rezeki yang baik merupakan anugerah daripada Ilahi untuk setiap hamba-Nya. Kasih sayang Allah terhadap hamba-Nya tidak terbatas. Asmaul Husna bukan untuk dihafal semata-mata tetapi ianya membawa makna mendalam dan inspiratif untuk membantu pendidik yang bukan sahaja berperanan sebagai penyampai ilmu, tetapi juga membangun karakter dan menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan para pelajar. Selain itu, buku ini mengajak para pendidik untuk mengintegrasikan nilai-nilai Asmaul Husna dalam proses pengajaran dan pembelajaran, mencipta suasana yang kondusif untuk pendidikan yang bermakna, futuristik dan holistik. Seorang pendidik bukan sahaja mengeksplorasi diri dengan meneroka pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tetapi juga menjadi cahaya yang menerangi jalan dengan membentuk generasi penerus yang cerdas, pintar, mempunyai semangat daya juang yang tinggi dan berakhlak mulia.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FatihahOsman, 2026-04-25 00:08:58

20 Inspirasi Asmaul Husna untuk Pendidik 2.0

Buku ini mengandungi 20 inspirasi daripada 99 nama Allah SWT nan indah untuk dijadikan panduan kepada para pendidik dalam menerapkan pengajaran yang sesuai dengan keupayaan intelek, emosi dan spiritual para pelajar. Setiap nama Allah membawa makna yang mendalam dan memberi hikmah untuk diteladani dalam konteks perjalanan hidup sebagai seorang pendidik. Bermula daripada sifat Allah Al-Rahman hingga al-Basit memberikan kita inspirasi supaya menghayati erti kasih sayang dan nikmat rezeki yang baik merupakan anugerah daripada Ilahi untuk setiap hamba-Nya. Kasih sayang Allah terhadap hamba-Nya tidak terbatas. Asmaul Husna bukan untuk dihafal semata-mata tetapi ianya membawa makna mendalam dan inspiratif untuk membantu pendidik yang bukan sahaja berperanan sebagai penyampai ilmu, tetapi juga membangun karakter dan menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan para pelajar. Selain itu, buku ini mengajak para pendidik untuk mengintegrasikan nilai-nilai Asmaul Husna dalam proses pengajaran dan pembelajaran, mencipta suasana yang kondusif untuk pendidikan yang bermakna, futuristik dan holistik. Seorang pendidik bukan sahaja mengeksplorasi diri dengan meneroka pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tetapi juga menjadi cahaya yang menerangi jalan dengan membentuk generasi penerus yang cerdas, pintar, mempunyai semangat daya juang yang tinggi dan berakhlak mulia.

Keywords: 20 Inspirasi Asmaul Husna untuk Pendidik 2.0

Dr. Siti Fatihah binti OsmanBachok, Kelantan 2024


Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Rekod katalog untuk buku ini boleh didapati eISBN 978-629-95038-0-4Terbitan Pertama 2024© Dr. Siti Fatihah binti OsmanHak Cipta terpelihara. Tidak dibenarkan untuk menerbitkan ataumengulang siar mana-mana bahagian dalam penerbitan ini untuk diterbitkan semula dalam apa jua bentuk dan cara sama ada dalam bentuk elektronik, fotokopi, rakaman dan cara-cara lain sebelum mendapat keizinan secara bertulis daripada penulis.Semua kandungan dalam e-buku ini merupakan hasil daripada ilmu, pengalaman dan kepakaran para penulis sendiri. Semoga bermanfaat.Swaterbit oleh:Dr Siti Fatihah binti Osman Bachok, KelantanE-mel: [email protected]


PRAKATA vINSPIRASI ASMAUL HUSNA 1: Al-Rahman (Yang 2Maha Pengasih)INSPIRASI ASMAUL HUSNA 2: Al-Rahim (Allah 3Yang Maha Penyayang)INSPIRASI ASMAUL HUSNA 3: Al-Malik (Allah 5Yang Maha Memerintah)INSPIRASI ASMAUL HUSNA 4: Al-Quddus (Allah 8Yang Maha Suci)INSPIRASI ASMAUL HUSNA 5: As-Salam (Allah 10Yang Maha Memberi Kesejahteraan)INSPIRASI ASMAUL HUSNA 6: Al-Mukmin (Allah 13Yang Maha Memberi Keamanan)INSPIRASI ASMAUL HUSNA 7: Al-Aziz (Yang Maha 15Perkasa)INSPIRASI ASMAUL HUSNA 8: Al-Jabbar (Allah 17Yang Maha Memaksa atau Mendorong)INSPIRASI ASMAUL HUSNA 9: Al-Mutakabbir (Allah 20Yang Maha Megah)iiiKANDUNGAN


INSPIRASI ASMAUL HUSNA 10: Al-Khaliq (Allah 24Yang Maha Pencipta)INSPIRASI ASMAUL HUSNA 11: Al-Bari' (Allah Yang 27Maha Menciptakan)INSPIRASI ASMAUL HUSNA 12: Al-Musawwir (Allah 30Yang Maha Membentuk Rupa Makhluk-Nya)INSPIRASI ASMAUL HUSNA 13: Al-Ghaffar (Allah 33Yang Maha Pengampun)INSPIRASI ASMAUL HUSNA 14: Al-Qahhar (Allah 36Yang Maha Perkasa)INSPIRASI ASMAUL HUSNA 15: Al-Wahhab (Allah 39Yang Maha Memberi Kurnia)INSPIRASI ASMAUL HUSNA 16: Ar-Razzaq (Allah 42Yang Maha Pemberi Rezeki)INSPIRASI ASMAUL HUSNA 17: Al-Fattah (Yang 44Maha Pembuka Rahmat)INSPIRASI ASMAUL HUSNA 18: Al-'Alim (Allah 47Yang Maha Mengetahui)INSPIRASI ASMAUL HUSNA 19: Al-Qabid (Yang 48Maha Menyempitkan Makhluk-Nya)INSPIRASI ASMAUL HUSNA 20: Al-Basit (Allah 50Yang Maha Melapangkan)KEMULIAAN SEORANG GURU 52BIODATA PENULIS 54BIBLIOGRAFI 56iv


ENGAN penuh rasa syukur dan harapan, saya mempersembahkan buku ini, 20 Inspirasi Asmaul Husna untuk Pendidik Siri 1. Buku ini ditulis untuk menghidupkan semangat dan dedikasi seorang pendidik. Buku ini mengandungi tema-tema yang mampu memberi inspirasi kepada seorang pendidik dalam menemukan kekayaan spiritual daripada nama-nama Allah nan indah. Buku ini tidak hanya memberi inspirasi, malah buku ini memberi panduan yang praktikal untuk diterapkan dalam dunia pendidikan. Buku ini memberi panduan tentang penghayatan 20 nama daripada 99 nama Allah (Asmaul Husna) yang indah dalam proses mengajar yang menjadikan pengalaman proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna dan penuh berinspirasi.Nama-nama ini bukan sekadar meniti di bibir kita, malah dipraktikkan dalam cerminan karakter dan sifat Allah yang boleh kita teladani dalam kehidupan seharian. Contohnya sifat al-Rahman yang mengajarkan kita tentang kasih sayang atau al-Hakim yang mengingatkan kita untuk selalu bijaksana dalam bertindak. Dengan memahami dan menyematkan ke dalam diri nama-nama Allah SWT yang Maha Mulia ini, kita dapat mencipta satu suasana belajar yang lebih praktikal dan dinamik.vPRAKATAD


20 INSPIRASI ASMAUL HUSNA UNTUK PENDIDIK (SIRI 1)Jom kita meneroka 20 nama indah ini bagi menemukan kebijaksanaan yang terkandung di dalamnya untuk mendidik, membimbing dan menjadi inspirasi bagi para pelajar kita. Semoga setiap bait-bait Asmaul Husna yang dikarang dalam buku ini dapat membangkitkan semangat dan menjadikan kita pendidik yang lebih baik, penuh dengan kasih sayang dan komited untuk meneruskan tugas harian.Semoga buku ini tidak hanya memperkaya wawasan kita sebagai pendidik dan ibu bapa, malah dapat memberikan motivasi dan keberkatan dalam setiap langkah kita sebagaimana yang kita dambakan dalam dunia pendidikan. Selamat membaca dan selamat berinspirasi!DR. SITI FATIHAH BINTI OSMANBachok, Kelantan 15 September 2024vi


DR. SITI FATIHAH BINTI OSMAN1INSPIRASI ASMAUL HUSNA SIRI 1“Dan Allah memiliki Asmaul Husna (nama-nama yang terbaik), maka mohonlah kepada-Nya dengan menyebut Asmaul Husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyalah ertikan nama-nama-Nya. Mereka kelak akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka lakukan.”(QS al-A’raf: 181)


INSPIRASI ASMAUL HUSNA 1:Al-Rahman (Yang Maha Pengasih)H20 INSPIRASI ASMAUL HUSNA UNTUK PENDIDIK (SIRI 1)ARI ini saya merenungkan tentang sifat al-Rahman, Allah yang Maha Pengasih. Seperti mana Allah yang Maha Pengasih, sebagai seorang pendidik, saya berinspirasi untuk mendekati para pelajar saya denganpenuh kasih sayang dan empati. Sifat ini mengajarkan saya untuk selalu memahami perasaan dan keperluan pelajar saya serta memberikan bimbingan dan dukungan dengan penuh kasih sayang, penuh mawaddah dan rahmat (belas kasihan). Dengan demikian, hidup saya penuh manfaat dan bahagia dengan mengalirnya ilmu, kemahiran dan nilai-nilaimurni yang disampaikan.Selain itu, saya juga memberi perhatian dan kata-kata yang baik serta nasihat yang bermanfaat agar mereka sentiasa belajar bersungguh-sungguh dan mengisi masa lapang dengan baik. Masa remaja perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.2


AINSPIRASI ASMAUL HUSNA 2:Al-Rahim (Allah Yang Maha Penyayang)DR. SITI FATIHAH BINTI OSMANLHAMDULILLAH, hari ini saya merenungkan sifat alRahim, Allah yang Maha Penyayang. Sebagai seorang pendidik, saya memahami pentingnya memberikan kasih sayang tanpa syarat kepada para pelajar saya. Sifat ini mengingatkan saya untuk tidak hanya menyayangi para pelajar saya ketika mereka berhasil mencapai kecemerlangan, malah terus mendukung mereka ketikadalam kesulitan serta mengajar dengan penuh kelembutandan perhatian.Saya juga mencurahkan kasih sayang seikhlas hati tanpa mendambakan habuan ataupun anugerah agar para pelajar merasa seronok belajar dan tidak mudah bosan apabila berada di dalam bilik darjah.3


20 INSPIRASI ASMAUL HUSNA UNTUK PENDIDIK (SIRI 1)Ya Allah, Ya Rahman, kurniakan kebahagiaan dankejayaan kepada anak-anak didikku.4


SINSPIRASI ASMAUL HUSNA 3:Al-Malik (Allah Yang Maha Memerintah)DR. SITI FATIHAH BINTI OSMANAYA memulai hari ini dengan merenungkan sifat alMalik, Allah yang Maha Memerintah. Tiada kuasa yanglebih besar melainkan kuasa Allah SWT. Tiada daya dan tiada kuasa melainkan dengan pertolongan Allah SWT.Sebagai pendidik, saya memahami bahawa keutamaan saya dalam bilik darjah ialah amanah yang harus dijalankandengan adil dan bijaksana. Sifat ini mengajarkan saya untuk memimpin dengan teladan yang baik, memberikan arahan yang jelas dan mengelola alam pembelajaran dengan penuhtanggung jawab.Selain itu, saya juga meneladani sifat-sifat Rasulullah SAW dalam pengajaran saya dengan penuh hikmah dan memberi pengajaran yang sesuai dengan kemampuan dan kebolehan para pelajar saya.Saya juga sentiasa memohon pertolongan Allah SWT untuksentiasa mempermudah urusan saya dan urusan para pelajar agar mudah menerima pengajaran. Saya serahkan segala urusan kepada Allah SWT untuk menentukannya kerana Dialah yang berhak memilikinya. Sebagai insan yang lemah dengan segala kekurangan, seluruh kebergantungan5


20 INSPIRASI ASMAUL HUSNA UNTUK PENDIDIK (SIRI 1)hidup saya serahkan kepada yang Maha Kuasa. Hal ini mendidik saya supaya menyerahkan segala urusan kepada Allah yang Maha Kuasa, tiada daya dan upaya melainkan dengan kuasa Allah SWT.6


DR. SITI FATIHAH BINTI OSMANGuru mengajar pelajar daripada tidak tahu kepada tahu dengan menyebarkan ilmu yang benar dan sahih.7


INSPIRASI ASMAUL HUSNA 4:Al-Quddus (Allah Yang Maha Suci)S20 INSPIRASI ASMAUL HUSNA UNTUK PENDIDIK (SIRI 1)AYA mempersembahkan hari ini untuk merenungkan sifat al-Quddus, Allah yang Maha Suci. Sebagai pendidik, saya menyedari pentingnya menjaga integriti dan kesucian dalam tindakan dan perkataan saya. Sifat ini mengajarkan saya untuk menjadi teladan yang baik bagi para pelajar saya, memberi mereka inspirasi untuk menjalani kehidupan dengan penuh barakah, kebaikan dan ketulusan.Saya juga memastikan untuk sentiasa berkata yang baik-baik dan memberi nasihat tatkala mereka memerlukan nasihat dan pandangan daripada saya. Saya akan memberikan pandangan dengan hati yang terbuka dan tidak mudah menghukum jika mereka melakukan kesilapan. Saya juga akan menerima mereka tanpa syarat dan mengasihi mereka seadanya.8


DR. SITI FATIHAH BINTI OSMANYa Allah, Ya Salam, kurniakan kesejahteraan kepada anakanak didikku agar mereka selamat sejahtera, dan kurniakan keselamatan dalam hidup mereka.9


INSPIRASI ASMAUL HUSNA 5:As-Salam (Allah Yang Maha Memberi Kesejahteraan)H20 INSPIRASI ASMAUL HUSNA UNTUK PENDIDIK (SIRI 1)ARI ini saya merenungkan sifat as-Salam, Allah yangMaha Memberi Kesejahteraan. Sebagai pendidik, saya sedar tentang tanggungjawab dan tugas saya dalam mencipta dan mewujudkan suasana belajar yang kondusif. Sifat ini perlu saya pupuk bagi mendukung pertumbuhan spiritual dan pencapaian akademik para pelajar saya.Semoga para pelajar terus bertumbuh dan berkembang spiritual dan fizikalnya.Selain itu, saya juga harus memberi perhatian kepada keselamatan dan kesejahteraan psikologi dan fizikal para pelajar saya agar mereka merasa seronok untuk belajar dan tidak tertekan berada dalam alam pembelajaran. Hal ini kerana apabila para pelajar saya merasa gembira dan ceria, maka mudah untuk saya mengawal bilik darjah dengan baik dan mengajar dengan penuh tekun dan ikhlas.Kesejahteraan fizikal dan psikologi amat penting kepada para pelajar agar mereka dapat memberikan sepenuh perhatian dan memberi fokus yang baik kepada10


DR. SITI FATIHAH BINTI OSMANpengajaran guru. Guru juga merasa lapang dan tenteram dengan pengajarannya, seterusnya para pelajar memperoleh ilmu dengan sebaik-baiknya.Menurut Abdullah Nasih Ulwan (1988), para pelajar mesti memandang kepada gurunya dengan pandangan penuh hormat, serta meyakini guru itu sudah sempurna pengajarannya. Hal ini demikian kerana penghormatan para pelajar kepada gurunya adalah penting untuk mendapatkan manfaat daripada ilmu yang diajarkan kepada mereka.11


20 INSPIRASI ASMAUL HUSNA UNTUK PENDIDIK (SIRI 1)Guru bertanggungjawab menanamkan keimanan dan ketakwaan dalam diri para pelajar dengan sifat tauhid kepada Allah SWT.12


INSPIRASI ASMAUL HUSNA 6:Al-Mukmin (Allah Yang Maha Memberi Keamanan)HDR. SITI FATIHAH BINTI OSMANARI ini, saya memahami betapa pentingnya sifat alMukmin, Allah yang Maha Memberi Keamanan, dalam peranan saya sebagai pendidik. Saya berkomitmen untuk memberikan dorongan dan semangat agar para pelajar saya sentiasa berkobar-kobar untuk belajar. Saya juga memberi dorongan kepada mereka untuk sentiasa taat kepada perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya sertamenjaga diri mereka daripada melakukan perkara-perkarayang merosakkan akhlak mereka.Dengan memahami pentingnya sifat al-Mukmin ini, maka saya sebagai pendidik sentiasa memudahkan urusan para pelajar saya dan membuatkan mereka berasa nyaman dan selesa ketika saya berada bersama mereka. Selain itu, saya juga mendorong para pelajar saya untuk sentiasa optimis dalam melaksanakan tugas dan tidak takut menghadapi kegagalan demi kegagalan demi untuk berjaya. Saya juga memastikan bahawa mereka sentiasa menjaga disiplin diri dan menepati waktu dengan baik.13


20 INSPIRASI ASMAUL HUSNA UNTUK PENDIDIK (SIRI 1)Ya Allah, Ya Mukmin, Engkau yang Maha Memberi Keamanandan Ketenangan. Aku memohon kepada-Mu agar Engkau memberkati dan membimbing para pelajar kami dengan cahaya petunjuk-Mu. Limpahkanlah kepada mereka kekuatan iman dan keteguhan hati dalam menuntut ilmu dengan gigih dan tekun.14


INSPIRASI ASMAUL HUSNA 7:Al-Aziz (Yang Maha Perkasa)HDR. SITI FATIHAH BINTI OSMANARI ini saya merenungkan sifat al-Aziz, Allah yang Maha Perkasa. Sebagai pendidik, saya mengambilinspirasi daripada kekuatan dan keagungan Allah SWT iniuntuk menghadapi cabaran dalam kerjaya sebagai seorangpendidik. Sifat ini mengajar saya untuk tidak mudah berputus asa dan menyerah dalam menghadapi apa jua rintangan yang mendatang tetapi terus gigih berusaha dan memberiinspirasi kepada para pelajar untuk mencapai potensimereka yang sepenuhnya dalam hidup mereka.Selain itu, saya juga sentiasa menjaga kesihatan dengan baik agar saya dapat menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya dan menjalani hari-hari saya sebagai pendidik dengan penuh ceria dan bahagia. Apabila saya sihat dan ceria, maka saya dapat memberi fokus dengan baik semasa mengajar para pelajar saya.Saya juga sentiasa berdoa kepada Allah SWT yang Maha Kuat untuk memohon pertolongan dan perlindungan daripada segala malapetaka dan marabahaya. Saya yakin Allah SWT sentiasa bersama saya.15


20 INSPIRASI ASMAUL HUSNA UNTUK PENDIDIK (SIRI 1)Minda yang cerdas bermula daripada badan yang sihat.16


INSPIRASI ASMAUL HUSNA 8:Al-Jabbar (Allah Yang Maha Memaksa atau Mendorong)HDR. SITI FATIHAH BINTI OSMANARI ini saya menggali sifat al-Jabbar, Allah yang Maha Memaksa atau Mendorong. Sebagai pendidik, saya menyedari bahawa kekuasaan saya harus digunakan dengan bijak dan adil. Sifat ini mengingatkan saya untuk tidak menindas atau memanfaatkan kuasa atau jawatan saya untuk memaksa para pelajar saya, namun sebaliknya untuk menggunakan segala kuasa yang ada dengan tujuanyang baik dan untuk kebaikan bersama.Selain itu, saya juga memahami bahawa apabila saya menghadapi kesulitan dan kesusahan ketika melaksanakan tugas pengajaran, maka saya berdoa kepada Allah SWT agar memudahkan urusan saya dan melindungi saya daripada perkara-perkara tidak baik yang berada di sekeliling saya.Saya juga akan sentiasa bersemangat dan bermotivasi tinggi untuk melaksanakan tugas walaupun kadangkala terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran dalam dunia kerjaya saya sebagai pendidik. Sikap optimis ini saya akan terapkan dalam diri agar para pelajar juga17


20 INSPIRASI ASMAUL HUSNA UNTUK PENDIDIK (SIRI 1)sentiasa positif ketika menghadapi masalah dan tidak kecundang jika berhadapan dengan pelbagai masalah dalam hidup mereka.18


DR. SITI FATIHAH BINTI OSMANGuru sentiasa memberi motivasi dan semangat kepada para pelajar agar belajar bersungguh-sungguh dan fokus terhadap pengajaran guru.19


INSPIRASI ASMAUL HUSNA 9:Al-Mutakabbir (Allah Yang Maha Megah)H20 INSPIRASI ASMAUL HUSNA UNTUK PENDIDIK (SIRI 1)ARI ini saya merenungkan sifat al-Mutakabbir, Allah yang Maha Megah. Sebagai pendidik, saya diingatkanuntuk tetap rendah hati dan sentiasa bergaul mesra denganpara pelajar dan rakan sekerja. Sifat ini mengajar saya untuk sentiasa menghargai setiap individu yang berada di sekeliling dan mengakui bahawa kebesaran dan keagunganhanyalah milik Allah.Selain itu, saya juga sentiasa menghargai bakat dan minat para pelajar tanpa pilih kasih. Saya melayan para pelajar seperti anak sendiri dan adil kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang dan kaum. Saya juga sentiasa memberikan ilmu pengetahuan dengan menerapkan adabadab yang baik ketika bersama guru dan rakan-rakan. Saya juga menegur mereka dengan penuh hikmah agar mereka menyedari bahawa nasihat itu adalah untuk kebaikan mereka. Mungkin teguran itu tidak berbekas pada hari ini tetapi insya-Allah teguran berhikmah itu akan membuahkan hasil pada suatu hari, saat mereka memahami bahawa semua teguran itu adalah untuk mereka menjadi insan yang lebih baik pada masa hadapan.20


DR. SITI FATIHAH BINTI OSMANSifat mesra yang ditonjolkan oleh guru-guru akan berbekas dalam hati para pelajar kerana pada saat mereka memerlukan seseorang, guru-guru tetap berada di sisi mereka. Kadangkala ada masa mereka sedih, kecewa dan berada pada titik terendah dalam hidup mereka, namun guru-guru akan sentiasa mendoakan kebaikan mereka. Guru juga turut berasa sedih bila mereka sedih dan gembira apabila mereka berjaya dengan cemerlang dalam pengajian.21


20 INSPIRASI ASMAUL HUSNA UNTUK PENDIDIK (SIRI 1)Sifat mesra guru akan menumbuhkan kasih sayang para pelajar terhadap guru, dan hal ini penting untuk perkembangan emosi para pelajar.22


DR. SITI FATIHAH BINTI OSMAN“Seorang pemimpin yang memiliki empati yang tinggi akan memahami kesusahan rakyat. Seorang pereka bentuk yang memiliki empati akan memahami motif dan pengharapan seseorang pelanggan. Seseorang pencipta menaruh empati akan memahami setiap beban yang ditanggung oleh pelanggan mereka. Seorang guru yang empati mampu merasai pergelutan pelajar dalam melihat dunia melalui kaca mata yang berbeza. Mungkin pelajar boleh memahami kata-kata guru yang mengajar tetapi tidak boleh masuk ke dalam dunia guru tersebut.” (Ahmad Naim Jaafar, 2023)23


INSPIRASI ASMAUL HUSNA 10:Al-Khaliq (Allah Yang Maha Pencipta) H20 INSPIRASI ASMAUL HUSNA UNTUK PENDIDIK (SIRI 1ARI ini saya merenungkan sifat al-Khaliq, Allah yang Maha Pencipta. Sebagai pendidik, saya memahamibahawa semua manusia diberi kelebihan dalam meneroka potensi masing-masing. Ilham dan idea yang diberikan Allah SWT dalam menciptakan segala sesuatu merupakan anugerah terindahdaripada Allah SWT, dan saya mengakui bahawa sebaik-baik pencipta ialah Allah SWT. Sifat ini mengajarkan saya untuk mendorong para pelajar saya supaya berfikir lebih kritis, menjelajahdan meneroka ideaidea baharu serta mengembangkan potensi mereka dalampelbagai bidang ilmu pengetahuan dan seni.Menurut kajian yang dilakukan oleh Muhammad ‘Aizat Anwar Apandi dan Khadijah Abdul Razak (2022), terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kreativiti yang ada pada seseorang guru untuk menjadi seorang guru yang kreatif dan inovatif iaitu ilmu pengetahuan, sikap kreatif, motivasi dan persekitaran bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif. Selain itu, guru juga perlu memiliki kemampuan untuk melakukan inovasi sama ada dalam aspek penjanaan idea,24


DR. SITI FATIHAH BINTI OSMANpembangunan idea, pelaksanaan idea dan perkembangan idea bagi membentuk minda inovatif dalam kalangan pelajar. Penghasilan guru dalam inovasi dalam PdPc akan memberi impak yang positif kepada pembelajaran para pelajarKajian-kajian yang menerangkan tentang aspek inovasi dalam PdPc menunjukkan perkaitan yang signifikan antara kreativiti dan sikap kreatif yang perlu ada dalam diri seorang guru. Penjanaan idea sehingga fasa penghasilan produk sememangnya memerlukan daya kreativiti dalam agar pembelajaran lebih menyeronokkan dan dapat mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan (Muhammad ‘Aizat Anwar Apandi & Khadijah Abdul Razak, 2022).25


20 INSPIRASI ASMAUL HUSNA UNTUK PENDIDIK (SIRI 1)Guru yang kreatif dan inovatif memberi inspirasi kepada murid-murid untuk belajar.26


INSPIRASI ASMAUL HUSNA 11:Al-Bari' (Allah Yang Maha Menciptakan)SDR. SITI FATIHAH BINTI OSMANAYA memulai hari ini dengan merenungkan sifat alBari', Allah yang Maha Menciptakan. Sebagai seorang pendidik, saya menyedari bahawa para pelajar saya ciptaan Allah yang unik dan mempunyai pelbagai potensi dan bakat. Sifat-sifat ini mengajarkan saya untuk menghormati kepelbagaian antara pelajar saya, memahami keunikan mereka dan membantu mereka menemukan dan mengembangkan bakat serta minat mereka untuk lebihberjaya pada masa hadapan.Pada masa kini, inovasi adalah salah satu rukun bagi mencapai kejayaan dalam agenda pendigitalan pendidikan mengikut Rukun Madani. Oleh yang demikian, guru merupakan komponen terpenting. Guru bukan hanya mengajar, malah mereka juga perlu bertindak sebagai perancang, pembimbing dan menjadi pakar yang menjadi rujukan para pelajar dalam melancarkan kurikulum dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna (Zolhilmi Adnan & Hazrati Husnin, 2024).Oleh yang demikian, saya cuba meneroka bakat dan minat para pelajar yang berpotensi untuk diketengahkan27


20 INSPIRASI ASMAUL HUSNA UNTUK PENDIDIK (SIRI 1)agar menjadi pelajar yang lebih dinamik, progresif dan berwawasan pada masa akan datang. Keberhasilan pelajar hasil daripada keberhasilan guru yang sentiasa ingin belajar, meneroka ilmu baharu dan aktif dalam mencari dan menyampaikan ilmu yang mereka pelajari.28


DR. SITI FATIHAH BINTI OSMANGuru yang kreatif akan berusaha menarik minat para pelajarnya untuk belajar.29


INSPIRASI ASMAUL HUSNA 12:Al-Musawwir (Allah Yang Maha Membentuk Rupa Makhluk-Nya)H20 INSPIRASI ASMAUL HUSNA UNTUK PENDIDIK (SIRI 1)ARI ini, saya menyelami sifat al-Musawwir, Allah Yang Maha Membentuk rupa makhluk-Nya. Sebagai pendidik, saya menyedari bahawa saya memiliki peranan yang penting dalam membentuk karakter dan keperibadian para pelajar saya. Sifat ini mengajarkan saya untuk sentiasa berusaha mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dansosial.Selain itu, saya juga menghayati sifat Allah SWT alMusawwir ini untuk diterapkan kepada diri sendiri dan para pelajar saya agar sentiasa menerapkan keperibadian yang baik dalam kehidupan. Keperibadian yang baik perlu sentiasa diterapkan agar mereka dapat menjalani hidup penuh dengan sifat perikemanusiaan dan belas kasihan terhadap semua makhluk di muka bumi ini.Sifat ihsan ini perlu dipupuk dalam diri para pelajar agar mereka menjadi insan karamah yang saling menghargai dan berkasih sayang yang dapat mengundang rahmat Allah SWT30


DR. SITI FATIHAH BINTI OSMANdalam kehidupan mereka. Keperibadian yang mulia dengan sifat ihsan dan bertanggungjawab dapat mewujudkan kehidupan yangharmoni dan damai tanpa sengketa antara satu sama lain.31


20 INSPIRASI ASMAUL HUSNA UNTUK PENDIDIK (SIRI 1)Guru yang baik mampu menjadi contoh teladan yang baik kepada para pelajarnya..32


INSPIRASI ASMAUL HUSNA 13:Al-Ghaffar (Allah Yang Maha Pengampun)HDR. SITI FATIHAH BINTI OSMANARI ini saya merenungkan sifat al-Ghaffar, Allah yang Maha Pengampun. Sebagai seorang pendidik, saya selalu mengingatkan diri saya untuk selalu memberi kesempatan, peluang dan ruang untuk para pelajar saya untuk memperbaiki kelemahan diri. Sifat ini mengajarkan saya untuk memahami bahawa setiap orang memiliki kesalahan dan kelemahan. Oleh itu, kita cuba memperbaiki diri melalui taubat nasuha dan memohon keampunan daripada Allah SWT. Jadilah seorang guru yang pemaaf dan memaafkan kesilapan yang dibuat oleh para pelajar kita dan menegur kesilapan itu dengan penuh hikmah. Mungkin hari ini teguran kita tidak memberi bekas tetapi teguran baik yang kita berikan akan menjadi satupedoman buat mereka suatu hari nanti.Jadi perkara penting yang perlu kita buat adalah dengan mendoakan kebaikan untuk mereka dan tidak sesekali berdendam dengan para pelajar kita. Kadangkala ada sifat para pelajar yang menjengkelkan hati kita, namun kita sudi memaafkan perbuatan mereka. Sifat pemaaf dan tidak mudah berdendam akan menyebabkan para pelajar juga mudah mendekati guru dan berasa selesa dengan guru mereka.33


20 INSPIRASI ASMAUL HUSNA UNTUK PENDIDIK (SIRI 1)Selain itu, seorang guru yang menghayati sifat Allah SWT Al-Ghaffar juga akan cuba menutup aib para pelajarnya dan memberi nasihat yang baik kepada mereka apabila mereka melakukan kesalahan. Teguran dan nasihat yang berhikmah umpama ubat yang ditelan dan bersifat penyembuh serta mampu mengubat hati orang yang bersalah supaya tidak melakukan kesalahan dan kesilapan yang sama berulang kali. Dengan demikian, keaiban seorang pelajar akan terjaga dan guru juga tenang dalam menghadapi kerenah para pelajar tanpa prejudis dan prasangka. Hal ini dapat mewujudkan suasana sakinah, mawaddah dan rahmat dalam sesebuah bilik darjah.34


DR. SITI FATIHAH BINTI OSMANGuru yang penyayang dan pemaaf akan sentiasa membahagiakan para pelajarnya dengan kata-kata yang baik.35


INSPIRASI ASMAUL HUSNA 14:Al-Qahhar (Allah Yang Maha Perkasa)H20 INSPIRASI ASMAUL HUSNA UNTUK PENDIDIK (SIRI 1)ARI ini, saya mempelajari sifat al-Qahhar, Allah yang Maha Perkasa. Sebagai pendidik, saya mengambil pelajaran untuk tidakhanya mengajarkan ketaatan kepada para pelajar saya, malah saya membimbing mereka untuk menghargai ketaatan terhadap nilai-nilai yang lebih tinggi dan menjalani hidup dengan berintegriti dan berani. Mereka juga dididik supaya mematuhi peraturan dan disiplin agar mereka menjadi orang yang berdisiplin dan bertanggungjawab dalam setiap perkara yang mereka lakukan. Saya juga mendidik mereka untuk sentiasa mengawal hati dan jiwa supaya sentiasa taat pada perintahAllah SWT dan menjauhi larangan-Nya.Guru memainkan peranan yang sangat penting pada masa kini dalam mendidik keperibadian para pelajar. Guru harus bersungguh-sungguh memainkan peranan sebagai mualim (pengajar), murabbi (pengasuh), muaddib (pendidik), dan mursyid (pembimbing). Dengan memainkan empat peranan ini, maka guru mampu menjadi contoh yang baik kepada para pelajarnya. Untuk menerapkan keempat-empat peranan ini, guru harus memiliki niat yang ikhlas dalam mendidik, mencintai profesionnya sebagai guru, mengembangkan strategi, teknik dan36


DR. SITI FATIHAH BINTI OSMANkaedah mengajar yang sesuai dengan perkembangan para pelajar masa kini dan senantiasa mendoakan mereka. Dengan demikian, para pelajar mampu berkembang dengan baik dan memiliki peribadi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) (Bambang Suryadi, 2015).37


20 INSPIRASI ASMAUL HUSNA UNTUK PENDIDIK (SIRI 1)Guru memainkan peranan penting sebagai mualim (pengajar), murabbi (pengasuh), muaddib (pendidik) dan mursyid (pembimbing).38


INSPIRASI ASMAUL HUSNA 15:Al-Wahhab (Allah Yang Maha Memberi Kurnia)SDR. SITI FATIHAH BINTI OSMANAYA memulai hari ini dengan merenungkan sifat alWahhab, Allah yang Maha Pemberi Kurnia. Allah SWT berkuasa memberikan segala anugerah kepada hambahamba yang dikehendaki-Nya. Sebagai pendidik, saya menyedari betapa pentingnya dalam mendidik para pelajar agar mempunyai sifat-sifat yang mahmudah dalam diri seperti rajin, baik hati, ikhlas, pemaaf, pemurah dan gigih dalam meneroka ilmu yang bermanfaat. Sifat-sifat ini mengajar saya untuk memberi dorongan kepada mereka secara tulus, membantu mereka mengembangkan minat mereka untuk belajar dan memberi mereka kesempatan untuk mencapai sepenuhnya potensimereka. Hal ini mampu menjadikan mereka insan yang dapat mengembangkankehidupan dan kerjaya mereka dengan lebih baik pada masaakan datang.Oleh itu, kehidupan masa kini yang penuh dengan cabaran memerlukan guru yang mempunyai daya tahan dalam menghadapi pelbagai kerenah dan seribu satu mehnah dan tribulasi yang datang dalam dunia pendidikan. Hari ini pelbagai isu-isu dalam dunia pendidikan memerlukan guru-guru untuk lebih berdaya saing dan dinamik dalam39


20 INSPIRASI ASMAUL HUSNA UNTUK PENDIDIK (SIRI 1)menerima perubahan dalam dunia teknologi yang semakin canggih dan dinamik.40


DR. SITI FATIHAH BINTI OSMANGuru-guru mampu memberi kerjasama dalam pasukan dengan baik untuk kepentingan organisasi.41


HINSPIRASI ASMAUL HUSNA 16:Ar-Razzaq (Allah Yang Maha Pemberi Rezeki)\\20 INSPIRASI ASMAUL HUSNA UNTUK PENDIDIK (SIRI 1) ARI ini, saya merenungkan sifat ar-Razzaq, Allah yang Maha Pemberi Rezeki. Allah ar-Razzaq ialah zat yang Maha PemberiRezeki iaitu Allah SWT memberikan rezeki kepada mana-mana makhluk-Nya untuk memenuhi keperluan hidup. Allah Yang Maha Pemberi Rezeki juga menentukan banyak dan sedikit rezeki yang diperoleh makhluk-Nya (Nur Khadijah, 2018). Hal ini mengajar saya untuk mendidik diri untuk bersyukur atas rezeki kurniaan Allah SWT dan memberi inspirasi kepada para pelajar supaya bersyukur dan sentiasa bekerja keras dalam mencapai impian mereka. Allah SWT yang Maha Pemberi Rezeki sentiasa memberi rezeki kepada setiap makhluk-Nya yang mahu berusaha dan bekerja mencari rezeki yang halal dan berkat. Sumber pendapatan yang halal lagi berkat memberikan ketenangan kepada para hamba-Nya yangikhlas mencari rezeki kerana Allah SWT.Oleh itu, saya mengajar diri saya dan para pelajar supaya sentiasa bersyukur atas kurniaan Allah SWT dan menanamkan sifat qanaah dalam diri dan bahagia dengan apa yang ada. Bersyukur akan menjadikan hati merasa42


DR. SITI FATIHAH BINTI OSMANtenang dan mudah berkongsi rezeki dengan orang lain. Kita akan merasa yakin bahawa dalam setiap rezeki kita ada rezeki orang lain yang berada dalam kesusahan. Hal ini menjadikan kita tidak mudah tamak dan mudah memberi tanpa berkeluh kesah.43


Click to View FlipBook Version