FatihahOsman
  • 7
  • 0
20 Inspirasi Asmaul Husna untuk Pendidik 2.0
Buku ini mengandungi 20 inspirasi daripada 99 nama Allah SWT nan indah untuk dijadikan panduan kepada para pendidik dalam menerapkan pengajaran yang sesuai dengan keupayaan intelek, emosi dan spiritual para pelajar. Setiap nama Allah membawa makna yang mendalam dan memberi hikmah untuk diteladani dalam konteks perjalanan hidup sebagai seorang pendidik. Bermula daripada sifat Allah Al-Rahman hingga al-Basit memberikan kita inspirasi supaya menghayati erti kasih sayang dan nikmat rezeki yang baik merupakan anugerah daripada Ilahi untuk setiap hamba-Nya. Kasih sayang Allah terhadap hamba-Nya tidak terbatas. Asmaul Husna bukan untuk dihafal semata-mata tetapi ianya membawa makna mendalam dan inspiratif untuk membantu pendidik yang bukan sahaja berperanan sebagai penyampai ilmu, tetapi juga membangun karakter dan menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan para pelajar. Selain itu, buku ini mengajak para pendidik untuk mengintegrasikan nilai-nilai Asmaul Husna dalam proses pengajaran dan pembelajaran, mencipta suasana yang kondusif untuk pendidikan yang bermakna, futuristik dan holistik. Seorang pendidik bukan sahaja mengeksplorasi diri dengan meneroka pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tetapi juga menjadi cahaya yang menerangi jalan dengan membentuk generasi penerus yang cerdas, pintar, mempunyai semangat daya juang yang tinggi dan berakhlak mulia.
View Text Version Category : 0
  • Follow
  • 0
  • Embed
  • Share
  • Upload
Related publications