1 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA IPG KAMPUS BAHASA MELAYU KUALA LUMPUR
2 ISI KANDUNGAN BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1 Maklumat diri 3 2 Pengenalan PBSM 4 3 Visi, Misi dan Moto 5 4 Sejarah pertubuhan Bulan Sabit Merah Antarabangsa 6 5 Sejarah Pertubuhan Persatuan Bulan Sabit Malaysia 7 6 Lambang BSMM 8 - 9 7 Ikrar PBSM 10 8 Lagu PBSM 11 9 Bendera dan logo PBSM 12 10 Prinsip PBSM 13 11 Perlembangaan keahlian BBSM 14 - 15 12 Mendaftar keahlian BBSM 16 - 17 13 Uniform rasmi BBSM 18 - 20 14 Carta organisasi PBSM 21 15 BAB 2 16 Tali temali 23 - 29 17 Pertolongan cemas 30 - 32 18 Pendarahan 32 - 39 19 Balutan 39 - 45 20 Luka terbakar dan luka melecur 46 - 48 21 Tercekik 49 - 54 22 Kaedah CPR 55 - 56 23 Patah Tulang 57 - 60 24 BAB 3 25 Ikhtiar hidup 62 - 68 26 Memasak makanan 68 - 71 27 Perkhemahan 72 - 80 28 Kraf perkhemahan 81 - 87 29 Laporan aktiviti perkhemahan 88 - 94 30 Lampiran 95 - 96 31 Rujukan 97
3 MAKLUMAT DIRI Nama : Noor Farashila Binti Mohid No Kad Pengenalan : 850601-10-5918 Alamat : No 39,Jalan Kedidi,P9 G/4 Presint 9,62250 Putrajaya No telefon : 019-2499607 Unit/ambilan : PAKK ambilan Oktober 2021 ( PAK B1) No Angka Giliran : 2021192380008 Kursus : MPU2101D KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM Nama pensyarah : En Badrul Zaman Bin Mohd Razali
4 PENGENALAN PERSATUAN BULAN SABIT MERAH Sebuah badan sukerela yang ditubuhkan sebagai cawangan Palang Merah British pada bulan April 1948. Diiktiraf oleh Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) pada 4Julai 1963. Diterima sebagai ahli gabungan Persekutuan Antarabangsa Persatuan-Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) pada 24 Ogos 1963. Diperbadankan dibawah Akta Parlimen: Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Diperbadankan) 1965. (Dahulu dikenali sebagai Akta 47/65 dan dikemaskini sebagai Akta 540 pada tahun 1995) dan Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama) 1975. Sejak September 5 1975 ianya dikenali sebagai Malaysian Red Crescent Society atau Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan lebih dikenali sebagai BULAN SABIT MERAH MALAYSIA ( PBSM ) Ianya berfungsi sebagai badan yang membantu Kerajaan Malaysia dalam bidang kemanusiaan. .
5 • Bagi merealisasikan Bulan Sabit Merah Malaysia sebagai organisasi kemanusiaan yang terkemuka dan tersendiri yang membawa masyarakat dan institusi-institusi bersama untuk mereka yang memerlukan. VISI • Untuk menegah dan mengurangkan MISI penderitaan di mana jua • “Inter Arma Carita” bermaksud di dalam MOTO perang ada kebajikan
6 SEJARAH PERTUBUHAN BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSA Ia bermula daripada seorang pemuda bernama Jean Henry Dunant. Beliau dilahirkan di Geneva, Switzerland pada 8 Mei 1828. Perjalanan beliau menyertai badan-badan kebajikan adalah apabila beliau giat menyertai pertubuhan-pertubuhan kebajikan seperti ‘League of Alma’ di Geneva dan ‘Young Men’s Christian Association’ (YMCA). Beliau juga merupakan pengasas ‘Thursday Association’ untuk mengkaji kitab Injil untuk merawat hati insan yang menderita. Persatuan ini juga turut bertujuan membantu orang miskin, memberi motivasi rohani dan kaunseling. Hal ini memberi makna fitrah kesukarelawanan itu sudah sebati dengan jiwanya sejak muda lagi. Pada tahun 1859, Jean Henry Dunant berada di Itali Castiglione Delia Pieye untuk urusan perniagaan dan kewangan. Pada ketika itu telah tercetusnya perang antara Perancis dan Australia di Solferino. Jiwa sukarelawan beliau telah mendorong dirinya untuk menjadi salah seorang yang turun padang membantu mangsa-mangsa peperangan yang cedera pada waktu itu. Semangat dan sumbangan yang telah beliau lakukan telah tercatat di buku yang di karang sendiri oleh Jean Henry Dunant berjudul “Kenangan di Solferino” dan diterbitkan pada 1862. Kisah yang diceritakan dakam buku tersebut telah menjetik hati seorang peguam bernama Gustave Moynier. Bermula dari saat itulah, terbitnya hasrat Gustave untuk menubuhkan sebuah Pertubuhan Palang Merah pada tahun 1863 bersama Jean Henry serta dua orang lagi sahabatnya, Louis Appa dan Theodore Mounior. Pertubuhan Palang Merah akhirnya telah tersebar luas di seluruh dunia. Setiap negara perlu menubuhkan Pertubuhan Palang Merah. Hal in dilakukan adalah untuk memudahkan urusan menghulurkan bantuan kepada mana-mana mangsa perangyang berlaku di seluruh pelusuk dunia. Pengasasan pertubuhan ini telah disahkan ketika Persidangan Geneva pertama yang dianjurkan pada tahun 1864.
7 SEJARAH PERTUBUHAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Selepas peperangan Jepun pada tahun 1940, kerajaan British kembali memerintah tanah Melayu bertujuan untuk merawat mangsa perang yang cedera parah serta membangunkan semula Tanah Melayu. Kecederaan yang berlaku pada rakyat tanah Melayu pada ketika itu telah tercatat pada Laporan Tahunan Persatuan Palang Merah British pada tahun 1945; “Sebagai akibat perang, Borneo Utara teruk dilanda kemusnahan di Asia Tenggara. Penduduk-penduduknya menanggung penderitaan yang amat sangat pada zaman pemerintahan Jepun. Oleh yang demikian, peluang bagi kegiatan-kegiatan Palang Merah banyak dan diharapkan berkembang pada tahun-tahun yang akan datang” Setelah persatuan tersebut berkembang luas di Tanah Melayu. Akhirnya, mereka menubuhkan beberapa cawangan terbesar seperti di Sabah, Sarawak dan di Semenanjung Malaysia. Cawangan Sabah Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan Palang Merah British menunjukkan bahawa cawangan pertama Palang Merah adalah di Sabah iaitu ditubuhkan pada bulan April 1948. Cawangan Sarawak Palang Merah pertama ditubuhkan dalam bulan April / Meitahun 1948,walaupun mengikut rekod satu permohonan rasmi mewujudkan cawangan Palang Merah di Sarawak ialah dibuat lebih awal iaitu pada bulanFebruari 1948. Cawangan Semenanjung Malaysia. Unit Palang Merah yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang dalam tahun 1950, yang kemudiannya menjadi satu cawangan dalam bulan Februari 1951.Cawangan PersekutuanTanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan MissJordandan Miss Johnson serta dua orang pegawai medan Palang Merah British.
8 LAMBANG Lambang palang merah yang berlatarkan warna putih menjadi pilihan sebagai logo bendera Pertubuhan Palang Merah. Pemilihan tersebut telah diinspirasikan daripada bendera Switzerland di mana warna bendera negara tersebut adalah palang putih berlatarkan belakang warna merah. Persatuan Palang merah semakin tersebar luas melalui pelbagai persidangan yang mereka hadiri dan wujudnya Persatuan Palang Merah Antarabangsa. Tambahan lagi, perjuangan Jean Henry dan ahli palang merah yang lain dalam menyelamatkan nyawa mangsa-mangsa perang. Namun begitu, Jean Henry Dunant telah berhadapan dengan krisis kewangan ketika berusia 39 tahun dalam asyik dirinya bergiat aktif dalam persatuan tersebut. Beliau kemudiannya dilucutkan pelbagai jawatan seperti persatuan YMCA yang disertainya. Walaubagaimanapun semangat juangnya dalam menyelamatkan mangsa-mangsa cedera tidak terpadam begitu sahaja. Beliau terus membantu mereka yang memerlukan walaupun perlu mengikat perut. Henry Dunant akhirnya diberi penghargaan atas jasanya dan meninggal pada umur 59 tahun.
9 Pengasasan Persatuan Bulan Sabit Merah Lambang palang merah bagi Persatuan Palang Merah Antarabangsa asalnya dikekalkan untuk mengenang jasa Jean Henry Dunant yang memulakan pertubuhan tersebut. Ketika berlakunya peperangan di Turki, lambing palang merah tersebut diperkatakan sebagai lambing Kristian dan tidak perpihak kepada negara mereka iaitu negara Islam. Oleh itu, negara Turki telah mencipta lambing Bulan Sabit dimana ia merupakan lambing yang neutral. Akhirnya, Persatuan Bulan Sabit merah tercipta dan ramai orang dari negara Islam seperti negara Arab turut menyertai persatuan tersebut. Menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (1988:24), kedua-dua lambang, baik lambang palang merah atau bulan sabit merah, bermaksud melindungi dan membantu siapa-siapa yang cedera. Menurut Amzan Abd. Malek & HaziraHamsah A. (2009:19).
10 6 IKRAR BULAN SABIT MERAH Bahawa kami ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung dan pemerintah-pemerintah di negara kami. Bahawa kami berikrar akan sentiasa patuh pada perlembagaan dan undang-undang serta arahan persatuan walau di mana kami berada. Bahawa kami berikrar akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami kepada mereka yang sakit dan menderita di waktu aman atau bencana berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut: 1. Kemanusiaan 2. Kesaksamaan 3. Keberkecualian 4. Kebebasan 5. Khidmat Sukarela 6, Ketunggalan 7. Kesejagatan
11 LIRIK LAGU RASMI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Bulan Sabit Merah Di Malaysia Giat Berjasa Untuk Negara Tidak Kira Kaum Dan Agama Waktu Aman Atau Bahaya Di Mana Jua Adanya Sengsara Di Sana Ada Kita Di Darat Dan Laut Kita Bersedia Walaupun Diancam Bahaya Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia Membantu Semua Yang Menderita Badan Sukarela Berkhidmat Dengan Tabah Dan Bersemangat
12 BENDERA BULAN SABIT MERAH LOGO BULAN SABIT MERAH
13 PRINSIP ASAS BULAN SABIT MERAH KEMANUSIAAN Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberipertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang cedera di medan pertempuran dan berusaha mencegah dan meringankan kesengsaraan di mana jua ianya wujud. Tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat-menghormati sesama manusia. Ia memupuk kesefahaman, persahabatan, dan kedamaian yang berkekalan di kalangan manusia. KESAKSAMAAN Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya.Tujuan asasnya adalah untuk meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang paling serius. KEBERKECUALIAN Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya, persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama atau idealogi. KEBEBASAN Kami bebas. Dan sementara kita adalah pembantu dalam perkhidmatan kemanusiaan kerajaan Malaysia dan tertakluk kepada undang-undang negara, kita mengekalkan autonomi supaya kita boleh setiap masa bertindak selaras dengan prinsip pergerakan itu. KHIDMAT SUKARELA Ia berupa Badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung. KETUNGGALAN Hanya ada satu persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah Negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh Negara. KESEJAGATAN Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia, dimana semua Persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling bantumembantu di antara satu sama lain.
14 PERLEMBAGAAN PERSATUAN BULAN SABIT MERAH OBJEKTIF PERLEMBAGAAN Setiap persatuan yang ditubuhkan harus mempunyai perlembagaan atau undang– undang. •Mengikut Akta Pendaftaran Penubuhan, persatuan yang ditubuhkan di luar intitusi pendidikan diwajibkan mendaftar secara rasmi dengan pendaftar penubuhan parti politik dan persatuan belia. •Hanya beberapa persatuan yang ditubuhkan di bawah akta parlimen seperti Persekutuan Pengakap Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah dan St. John Ambulans. OBJEKTIF PERLEMBAGAAN BSSM Dibawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif BSMM “Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera samada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang, dan orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan wad- wad Konvensyen Geneva dan menjalankan segala kewajipan ke atas sesuatu Persatuan Kebangsaan oleh tiap-tiap Negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen Geneva.”
15 PERLEMBAGAAN PERSATUAN BULAN SABIT MERAH Subperaturan 5(1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan sekolah) 1998. Akta pendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11 Tambahan No.41, Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan peraturan-peraturan (perlembagaan) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia: Peraturan 1: Nama dan alamat Peraturan 2: Matlamat Peraturan 3: Objektif Peraturan 4: Keahlian Peraturan 5: Guru Penasihat Peraturan 6: Ahli jawatankuasa Peraturan 7: Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa Peraturan 8: Kewangan Peraturan 9: Penyertaan Peraturan 10: Aktiviti Peraturan 11: Peraturan-peraturan Peraturan 12: Pindaan perlembagaan Peraturan 13: Perbubaran persatuan Peraturan 14: Tindakan disiplin Peraturan 15: Hal-hal lain Perkara – perkara lain yang ditambah kedalam perlembagaan ialah : i)Lencana / logo persatuan ii)Cogan kata / moto iii)Tugas persatuan di peringkat intitusi pendidikan, cawangan, daerah, negeri dan cawangan iv)Pendaftaran persatuan ·
16 MENDAFTAR KEAHLIAN BSMM Pendaftaran ahli Pasukan Kanak-Kanak (Link) 1)Penerimaan dan Yuran Keahlian Ahli Kanak-Kanak Bulan Sabit Merah (Link) didaftarkan di Sekolah Rendah sama adasekolah tersebut di bawah tajaan kerajaan atau Sekolah swasta atau sekolah Persendirian di dalam negara Malaysia. Ahli Kanak-Kanak di dalam lingkungan umur 9-12 tahun bagi tahap 4,5.6 dikategorikan sebagai anti kanak-kanak. Penerimaannya dalam Keahlian Bulan SabitMerah (Sekolah Rendah) atau dipanggil "Red Cross Link" 2)Kaedah Pendaftaran Unit Yuran Keahlian Kanak-Kanak dikenakan kepada setiap murid sebanyak RM1.00 (Satu Ringgit) setahun. Pendaftaran Keahlian tersebut di sahkan melalui Cabang/Cawangan/bu Pejabat Kebangsaan. Setiap Pasukan Kanak-Kanak mestilah mengandungi sekurang- kurangnya 12 orang ahli kanak-kanak.Kanak-Kanak BSMM (Link) perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ibu bapa Penjaga masing-masing sebelum menyertai Pasukan Kanak-Kanak di sekolah masing-masing. 3)Sijil Pendaftaran Unit Kanak-Kanak Sijil Pendaftaran Pasukan akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Kebangsaan dan diserahkan kepada Guru Besar sekolah yang telah disahkan pendaftaran Unit melaluiPejabat BSMM Cawangan/Cabang.
17 4)Borang-Borang BSMM Mengenal Unit Kanak-Kanak Guru pemimpin unit kanak-kanak hendaklah mengisikan borang pendaftaran unit danmenyerahkan borang tersebut bersama-sama borang keahlian tahunan kepada cabang dan seterusnya kepada cawangan untuk disahkan. 5)Sijil Keahlian Kanak-Kanak Setiap murid-murid sekolah rendah dari umur 9-12 (tahap 4,5,6) yang di daftarkan didalam Pasukan Kanak-Kanak BSMM (Link) akan diberikan Sijil Keahlian Kanak- Kanak Keahlian hendaklah dipantau dan dikawal selia oleh BSMM Cawangan yang diselaraskan bersama oleh Cabang Murid-murid yang telah meninggalkan sekolah rendah selepas tamat Darjah 6 boleh menyambung keahlian mereka di sekolah menengah dengan mendaftarkan din di Pasukan Bella Sekolah Menengah Catatan: Maklumat maklumat mengenal BSMM boleh di perolehi melalui Pejabat 85MM Cabang Cawangan dengan menghubungi Pegawai Pentadbiran Pejabat BSMM masing-masing atau layari email soojaring.my atau website: http:/www.redcrescent.org.my atau email kepada Cabang/Cawangan masing-masing
18 UNIFORM RASMI BSMM
19 CONTOH LAIN UNIFORM BSMM
20 CONTOH LAIN UNIFORM BSMM
21 CARTA ORGANISASI PERSATUAN
22 BAB 2 I-TALI TEMALI II- PERTOLONGAN CEMAS III- PENDARAHAN IV- BALUTAN V- LUKA TANGAN VI- TERCEKIK VII- PATAH TULANG VIII- RENJATAN
23 I-TALI TEMALI Ikatan tali merupakan salah satu kurikulum ketahanan diri dan kebudayaan.Ikatan tali temali ini perlu dikuasai oleh kadet-kadet untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti luar seperti perkhemahan.Aktiviti perkhemahan juga memerlukan kadet untuk membaut replica ataau gajet perkhemahan.Oleh itu kemahiran dalam membuat simpulan dan ikatan adalah penting. Ikatan dan simpulan memainkan peranan penting dalam sesuatu kerja menyelamat. Penggunaan tali sebagai medium penyelamatan adalah satu perkara yang terbukti efektif. Pembelajaran tentang ikatan tidak tertumpu kepada proses penyelamat sahaja, tetapi pembelajaran ikatan di dalam dunia rekreasi banyak tertumpu kepada pelbagai bidang antaranya ialah di dalam Perkhemahan, Jungle Tracking, Survivor camp, dan lain-lain. CARA-CARA MENGEMAS TALI UNTUK DISIMPAN JENIS-JENIS IKATAN DAN SIMPULAN:
24 TEKNIK IKATAN DAN SIMPULAN SERTA FUNGSINYA Terdapat tujuh ikatan asas yang biasa diguna pakai di dalam rekreasi dan proses menyelamat, antaranya ialah : a) Ikatan Buku Sila / Reef Knot b) Ikatan Bunga Geti / Common Bend c) Simpulan Tindih Kasih / Bowline d) Ikatan Simpul Manok / Clove Hitch e) Ikatan Pengail / Fisherman’s Knot f) Simpulan Angka 8 / Figure of 8 IKATAN BUKU SILA Ikatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh, menyambung tali yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula. Fungsinya ialah: • Untuk menyambung 2 tali yang sama saiz. • Untuk Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas. Teknik 1. Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain. 2. Masukkan hujung A dibawah B. 3. Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah.
25 IKATAN BUNGA GETI Ikatan Bunga Geti digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama besar saiznya. Contohnya bagi menyambungkan tali perahu dengan tali kapal. Fungsi • Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz. • Mengikat tali kesuatu tanjul. Teknik 1. Mulakan simpul. 2. Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul. 3. Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul.
26 SIMPULAN TINDIH KASIH Simpulan Tindih Kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau mengikat leher binatang supaya tidak terjerut. Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat seperti menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai. Fungsi • Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut. • Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa. Teknik 1. Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan. 2. Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut. 3. Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan tersebut.
27 IKATAN SIMPUL MANOK (Clove Hitch) Ikatan Simpul Manok biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan ketika mula mengikat pada kayu atau sebagainya. Fungsi • Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak. • Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat. • Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting. Teknik 1. Mulakan simpul pada kayu. 2. Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi. 3. Tarik hujung tali.
28 IKATAN PENGAIL Fungsi • Digunakan untuk mengikat tali pada gelung besi, kayu dan pancang. • Ikatan ini kuat dan kukuh. • Sesuai digunakan untuk mendaki bukit, abseiling dan rappelling. Teknik 1. Buat 2 gulung tali. Kemudian masukkan hujung tali. 2. Lakukan 2 lingkaran tali. 3. Pada hujung tali itu boleh diikat.
29 SIMPULAN ANGKA 8 / FIGURE OF 8 Fungsi • Sebagai ikatan sementara dihujung tali agar tidak terburai jika tali itu pecah. • Untuk menahan tali tidak tercabut dari Blok Takal • Lebih berguna kerana mudah dibuka.
30 II - PERTOLONGAN CEMAS Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. Ia biasanya terdiri dari satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan, oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum. Pertolongan Cemas (PC) ialah bantuan atau rawatan pertama yang diberikan kepada mangsa kecederaan atau kemalangan atau orang yang diserang oleh penyakit dengan tiba-tiba.Pemberi dan penerima PC haruslah ingat bahawa PC lebih merupakan rawatan sementara sahaja sebelum rawatan sewajarnya daripada doktor atau ahli perubatan diperolehi. TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS: 1. Menyelamatkan nyawa sebelum rawatan perubatan tiba. 2. Mencegah mangsa daripada menjadi semakin teruk. 3. Membantu mangsa supaya pulih, jika boleh. 4. Memastikan tiada lagi bahaya atau bahaya selanjutnya kepada mangsa dan orang lain. PETI PERTOLONGAN CEMAS Peti pertolongan cemas ialah peti yang lengkap mengandungi ubat-ubatan serta peralatan perubatan yang asas yang boleh dibeli di farmasi. Peti ini patut diletakkan di tempat yang kering dan selamat, jauh daripada kanak-kanak. Setiap ubat yang ada perlu dilabel dengan jelas jenis dan kegunaannya dan kandungannya perlu diperiksa setiap 6 bulan sekali.Setiap rumah perlu ada peti pertolongan cemas. Begitu juga premis-premis yang lain seperti sekolah,kilang,hotel dan kawasan rekreasi. Ia juga patut disediakan di dalam kenderaan terutama sekali pengangkutan awam seperti bas, teksi, kapal terbang dan sebagainya. Antara senarai peralatan asas yang perlu ada ialah: 1. Dresing steril - beberapa saiz. 6. Larutan atau krim antiseptik 2. Plaster - beberapa saiz. 7. Gunting kecil 3. Bendej tiga segi ( kain anduh ) 4. Pembalut kain kasa ( bendej penggulung ) 5. Larutan Flavin ( Iodin)
31 Oleh yang demikian adalah suatu kewajiban bagi ahli sukarelawan menyelamat khususnya utk mengetahui isi kandungan di dalam peti pertolongan cemas. BILANGAN PERKARA KEGUNAAN 1. Triangular bandage (kain anduh) Untuk mengampu bahagian kecederaan/kepatahan, membalut luka/ pendarahan yang didapati ada kepatahan tulang. 2. Sterile eye pad Melindung mata yang tercedera/ terkena bendasing 3. Non-sterile gauze Sterile gauze Melakukan pencucian/pembebat luka Membuat balutan/memberi tekanan pada perdarahan dan menstabilkan kepatahan 4. Elastic bandage/crepe bandage Roller bandage Menstabilkan kecederaan/ kepatahan/ untuk membalut luka dan juga kecederaan ringan eg. dislocation(terseliuh) 5. G love -di sposable /nonsterile Melindungi diri dari sebarang cecair badan/sumber jangkitan 6. Scissor Memotong gauze/bandage 7. Adhesive tape Melekatkan balutan dan pembebat 8. Sterile multi-trauma dressing/ gauze Melakukan pencucian/pembebatan luka 9. Alcohol prep pads Mencuci sebarang bendasing/kekotoran pada luka sebelum membalut 10. Cotton buds Mencuci luka pada kawasan sukar 11. Acriflavine (ubat kuning) Untuk antiseptic
32 12. Dettol (boleh diganti dengan Normal Saline solution 0.9%) Antiseptik dan digunakan sebagai cucian luka luar 13. LMS solution (minyak kuda) Melegakan kesakitan otot LUKA Luka ialah sejenis kecederaan kpd tisu-tisu badan yg mengakibatkan pengaliran darah dibahagian luar atau dalam badan disebabkan alat tajam. JENIS LUKA 1)Luka terbuka seperti tikaman,calar balar,hirisan 2)Luka tertutup seperti lebam III- PENDARAHAN Pendarahan bermaksud terkeluarnya darah daripada sistem peredarannya atau tercederanya sistem edaran. MENAHAN PENDARAHAN Menahan pendarahan bermaksud penekanan langsung pada luka dengan tangan/ pembalut diikuti dengan meninggi anggota gerak yang mempunyai luka. PENDARAHAN BERLAKU MELALUI 1)ARTERI Darah keluar berwarna merah cerah yang mengandungi oksigen dan keluar memancut mengikut denyutan jantung. 2)VENA Darah keluar berwarna merah tua kerana kurang mengandungi oksigen dan keluar secara perlahan-lahan. 3)CAPILLARI Darah keluar secara meleleh
33 MATLAMAT LUKA DAN PENDARAHAN • membersihkan kesan darah dan kotoran • mencengah jangkitan kuman • membantu pembekuan darah • menghalang darah keluar dengan lebih banyak RAWATAN • hentikan sebarang peredaran dan jangan keluarkan benda asing yang terdapat pada luka di anggota • gunakan air yang bersih dan cuci luka menggunakan anti septic (jangan menggunakan sebarang minyak) • tutup luka dengan kain yang bersih • balut dengan pembalutan dan bawa mangsa ke hospital Tanda Dan Gejala Luka Pendarahan Sakit Lebam di tempat kecederaan Nadi cepat Terasa loya dan muntah Rasa resah Haus Kulit basah dan pucat Tahap kesedaran turun Bengkak
34 Pendarahan dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu: A.Pendarahan Luaran (External) 1.Luka terhiris – Disebabkan benda tajam seperti pisau. 2.Luka terkoyak – Disebabkan cakaran binatang atau dawai. 3.Luka berdarah – Kena pukulan tepat benda yang tumpul.
35 4.Luka tembus – Luka yang disebabkan oleh tikaman pisau, jarum dan tembakan. B.Pendarahan Dalaman (Internal) 1.Perut – Muntah berdarah. 2.Rahim – Tumpah darah. 3.Tali usus – Darah pada dubur. 4.Buah pinggang – Kencing berdarah. C.Pendarahan dalaman tanpa kesan. 1.Limpa dan hati pecah 2.Pendarahan dalam otak. Luka-luka yang terdapat benda asing • Sekiranya terdapat benda asing yang sukar dikeluarkan dari luka seperti kaca atau serpihan kayu yang terbenam, jangan keluarkan objek tersebut kerana dibimbangi akan menyebabkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan pendarahan. Bawa mangsa/pesakit ke hospital. • Cara terbaik yang perlu dilakukan ialah : 1. Bersihkan tangan dengan sabun. 2. Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor. 3. Cuci luka agar tidak dijangkiti kuman.
36 4. Keringkan luka secara perlahan-lahan menggunakantisu atau tuala yang sudah disteril. 5. Kawal pendarahan atau pengaliran darah dengan menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-dua bahagian atau atau persekitaran objek. 6. Tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman 7. Buat balutan sekeling objek sehingga boleh membalut tanpa menekan objek 8. Bawa mangsa/pesakit ke hospital Jenis-jenis Pendarahan Pendarahan Luar Pendarahan arteri – darah berwarna merah cerah kerana mengandungi oksigen dan mengalir keluar secara memancut mengikut denyutan jantung – kehilangan darah amat cepat dan boleh menyebabkan kematian; Pendarahan vena – darah berwarna merah gelap kerana mengandungi karbon dioksida dan mengalir keluar secara berterusan dan boleh menjadi banyak Pendarahan Kapilari – Lelahan (oozing) berlaku di kawasan semua jenis luka. – Kehilangan darah pada umumnya sedikit sahaja. – Kapilari pecah bawah lapisan kulit menyebabkan pendarahan ke dalam tisu (lebam). Mengawal Pendarahan Luar Tekanan tepat/langsung – jangan buang masa untuk mencari balutan – letakkan tapak tangan anda dengan menggunakan sarung tangan getah atau sebarang bahan yang boleh melapik tangan anda dan tekan tepat di atas luka – Tekan sehingga pendarahan berhenti
37 – Tutup luka dengan balutan yang steril atau bersih – Gunakan pembalut untuk membalut dan pastikan pendarahan telah berhenti Angkat anggota yang cedera – Untuk mempercepatkan pendarahan berhenti, angkat anggota yang luka lebih tinggi dari paras jantung. Ini kalau berlaku kepada tangan dan kaki – Jangan gunakan kaedah ini jika terdapat patah, objek tertikam atau kecederaan tulang belakang Rawatan Pendarahan Luar Bersihkan luka Kawal pendarahan – Tekanan langsung – Tekanan tidak langsung Tinggikan anggota cedera Perhatikan ABC Perhatikan tanda-tanda renjatan Memberikan kata-kata semangat Hantar mangsa ke hospital untuk rawatan lanjut. Pendarahan Dalam Pendarahan dalam kalau tidak diberikan perhatian yang rapi akan mengancam nyawa mangsa dalam waktu yang singkat Anda perlu mengambil tindakan yang pantas kerana kehilangan darah yang banyak boleh menyebabkan renjatan dan kegagalan jantung dan paru-paru berfungsi dan akhirnya kematian akan berlaku Rawatan Pendarahan Dalaman Mengelakkan daripada bertambah teruk Perhatikan ABC Rehatkan mangsa dalam keadaan selesa
38 Menentukan suhu badan yang selesa Memberikan kata-kata semangat Perhatikan tanda-tanda renjatan Hantar mangsa ke hospital untuk rawatan lanjut KAEDAH ABC Airway (Salur udara) Tiada halangan laluan udara Breathing (Pernafasan) Pernafasan bantuan melalui hembusan nafas ke dalam peparu mangsa Circulation (Peredaran Darah) Pemampatan dada untuk memaksa darah beredar Amputasi Kawal pendarahan jika berlaku pada bahagian yang putus Buat balutan untuk memberikan tekanan langsung Rawat untuk renjatan jika berlaku Selamatkan bahagian yang putus jika berlaku – Balut bahagian yang putus dengan kain yang bersih dan kering – Masukkan ke dalam bekas plastik yang kosong dan ikat dengan ketat – Masukkan plastik tersebut ke dalam satu lagi bekas atau kontena yang lain yang mengandungi ais dan air. Bawa mangsa dan bahagian yang terputus tersebut secepat mungkin ke hospital.
39 Pendarahan Bukan Luka Berdarah hidung – Berdarah hidung terjadi disebabkan oleh kapilari di rongga hidung pecah – Rawatan hidung berdarah : dudukan pesakit dengan kepalanga mununduk sedikit bernafas melalui mulut picit hidung selama 10 minit jangan hembuskan nafas melalui hidung tuaman sejuk (ice) di dahi IV- BALUTAN TUJUAN : • menggalakan pembekuan • mencengah sebarang jangkitan kuman • menghisap kotoran kotoran yang keluar • mengawal pendarahan • mengurang seberang kecederaan JENIS JENIS BALUTAN • PEMBALUT BERGULUNG
40 • PEMBALUT SEGI TIGA • PEMBALUT SEGI TIGA CRAVAT • PEMOTONG KAIN KASAR ATAU GULUNGAN PEMBALUT BELAT
41 KEGUNAAN KAIN ANDUH - mengampu bahagian cedera - menahan darah - membalut bahagian cedera/patah Terdapat 3 jenis anduh iaitu anduh besar / lebar,anduh leher dan lengan dan anduh segi tiga. JENIS BALUTAN ANDUH PEMBALUT CINCIN Balutan ini digunakan apabila cedera tekena atau tertusuk objek tajam. - Diperbuat daripada pembalut tirus. - Digunakan untuk menutup luka. ANDUH KECIL / ANDUH PERGELANGAN TANGAN - Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan - bucu atas kain anduh di atas tangan. - Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. - Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.
42 ANDUH BESAR / ANDUH LENGAN -Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera. - Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu. - Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas. Fungsi: - mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera. - mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas. CARA MEMBUAT ANDUH Anduh lengan - Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera . - Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu. - Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat kebahagian dalam untuk lebih kemas.
43 BALUTAN LUKA DADA HADAPAN BALUTAN LUKA DADA BELAKANG BALUTAN LUKA BAHU
44 BALUTAN LUKA SIKU BALUTAN LUKA PEHA BALUTAN LUKA LUTUT
45 BALUTAN LUKA KEPALA SEMUA BALUTAN MENGGUNAKAN IKATAN BUKU SILA
46 V- LUKA TERBAKAR DAN LUKA MELECUR Luka terbakar adalah kecederaan tisu yang berpunca dari pendedahan kepada haba, bahan kimia, arus elektrik atau agen radioaktif terlalu lama. Keadaan luka terbakar boleh diklasifikasikan mengikut tahap tertentu serta diukur mengikut keterukan kecederaan yang dialami dan ketebalan lapisan kulit yang mengalami kecederaan Keadaan luka terbakar tahap pertama melibatkan lapisan pertama kulit. Kecederaan itu kelihatan kering, merah dan mengalami pembengkakan. Keadaan ini akan disertai rasa sakit dan sangat sensitif terhadap sentuhan. Luka terbakar tahap kedua adalah lebih serius dan ia menembusi lapisan kedua kulit. Kecederaan itu kelihatan merah, menggelembung dan repuh . Keadaan terbakar ini boleh menyebabkan permukaan yang tercedera itu kelihatan lembik dan berair. Luka terbakar tahap ketiga merupakan keadaan yang paling serius dan lazimnya menunjukkan bahawa kecederaan itu telah menembusi keseluruhan lapisan kulit. Dalam keadaan yang lebih serius, ia melibatkan lapisan tisu dan juga organ di bawah kulit yang terlibat. Kecederaan itu akan membengkak tetapi kurang sakit berbanding dengan luka terbakar tahap pertama dan kedua. Ini adalah kerana hujung saraf pada kulit yang terlibat telah menjadi rosak akibat luka terbakar tersebut. Luka terbakar ini disebabkan oleh: Haba kering seperti api dan haba dari elektrik. Bahan kimia seperti keracunan sianida dari kebakaran wol, sutera, nilon yang terdapat pada kerusi-meja dan kertas. Sinaran atau radiasi termasuk cahaya matahari yang berlebihan. Kecederaan penyedutan yang dikaitkan dengan luka terbakar fasial dan penyedutan wasap toksik. Keracunan karbon monoksida apabila terdapatnya pendedahan kepada pembakaran.
47 Manakala melecur merupakan kecederaan yang disebabkan oleh wap yang panas seperti wap air dan juga bahan-bahan yang meruap.Melecur pula disebabkan oleh: Haba panas seperti wap air. Bahan meruap yang panas TINDAKAN RAWATAN MELECUR DAN TERBAKAR Tindakan “3B” • Burning stop – Padamkan. • Breathing maintain – Periksa pernafasan. • Body examine – Periksa tahap terbakar/melecur. Tindakan “3C” • Cool – Sejukkan. • Cover – Tutup bahagian yang terbakar. • Carry – Bawa ke tempat selamat. Hantar ke hospital. Pengendalian Am 1. Hentikan kebakaran - air. 2. Alihkan punca dari mangsa atau mangsa dari punca (mengikut keadaan). 3. Tentukan ia bernafas. 4. Alirkan air bagi terbakar/melecur tahap pertama dan kedua selama 20 minit atau sehingga kesakitan berkurangan.
48 5. Periksa A, B, C dan tentukan tahap terbakar. 6. Tenangkan mangsa dan pastikan kecederaan tidak merebak supaya tidak berlaku renjatan. 7. Selimutkan dengan kain yang telah dibasahkan. 8. Beri rawatan renjatan, jika perlu dan hantar ke hospital dengan segera. Keadaan mangsa ditentukan bergantung kepada: 1.Luas permukaan yang cedera. 2.Tempat yang terbakar atau melecur. 3.Tahap terbakar. 4.Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa. VI- TERCEKIK Tercekik adalah satu keadaan di mana saluran pernafasan tersekat atau tertutup disebabkan oleh sesuatu objek. Ini menyebabkan bekalan oksigen terhalang ke paru-paru dan seterusnya ke otak. Tercekik boleh berlaku kepada semua peringkat umur. CARA RAWATAN TERCEKIK Jika mangsa masih sedar, kita boleh tepuk atau pukul di bahagian belakang, di antara kedua tulang belikat. Tepuk sebanyak lima kali, sehingga bendasing yang tersumbat itu keluar. Jika bendasing yang tersumbat masih tidak keluar, lakukan tekanan abdomen.
49 KAEDAH CPR (Cardiopulmonary resuscitation) CPR (Cardiopulmonary resuscitation) Resusitasi kardiopulmonari (Bahasa Inggeris: Cardiopulmonary resuscitation CPR) adalah prosedur kecemasan yang dilakukan dalam usaha bagi mengekalkan secara manual fungsi otak sehingga langkah selanjutnya dapat dilakukan bagi mengembalikan aliran darah dan pernafasan secara spontan pada seseorang yang jantung berhenti berdengup. Ini ditunjukkan pada seseorang yang tidak bertindak balas dengan berhenti bernafas atau pernafasan tidak normal, sebagai contoh pernafasan sengsara. Ia boleh dilakukan di dalam atau di luar hospital. CPR membabitkan menekan dada pada sekurang-kurangnya sedalam 5 cm dan pada kadar sekurang-kurangnya 100 kali setiap minit sebagai usaha menghasilkan peredaran buatan dengan mengepam darah melalui jantung secara insani. Tambahan lagi, penyelamat boleh membekalkan pernafasan dengan samaada menghembus ke dalam mulut mangsa atau menggunakan peranti yang menolak udara ke dalam paru-paru mangsa. Proses menberikan pengudaraan luaran dikenali sebagai pernafasan buatan. Cadangan semasa menekankan pemampatan dada berkualiti tinggi melebihi bantuan pernafasan; kaedah CPR dipermudahkan membabitkan pemampatan dada hanya digalakkan bagi penyelamat tidak terlatih. CPR sahaja tidak mungkin menghidupkan semula jantung, kerana tujuan utamanya adalah memulihkan separa aliran darah beroksigen ke dalamotak dan jantung. CPR boleh menangguhkan kematian tisu serta melanjutkan jendela peluang yang singkat untuk menjayakan resusitasi tanpakerosakan otak yang berkekalan. Pemberian renjatan elektrik kepada jantung
50 (defibrilasi) biasanya diperlukan untuk memulihkan nadi jantung yang berdaya hidup. Defibrilasi berkesan untuk ritma-ritma jantung tertentu sahaja, iaitu fibrilasi ventrikel atau takikardia ventrikel tanpa nadi, bukanasistol atau aktiviti elektrik tanpa nadi. Bagaimanapun, CPR boleh mencetuskan ritma yang boleh direnjat. CPR biasanya diteruskan sehingga pesakitnya pulih peredaran spontannya (ROSC) atau disahkan mati. CPR UNTUK DEWASA Resusitasi Kardio Pulmonari yang awal adalah didalam kitar mandiri kepada mangsa jantung terhenti atau pernafasan terhenti. CPR termasuk pernafasan bantuan mulut ke mulut atau pernafasan bantuan cara lain melalui tekanan dada. Dengan cara ini darah yang mengadungi oksigen akan mengalir terus ke otak dan organ-organ yang penting. Jantung terhenti menyebabkan mangsa pengsan dalam beberapa saat. Hubungilah sistem rawatan kecemasan dengan segera.Jika cepat melakukan CPR,defibrilasi,mangsa mempunyai peluang untuk dipulihkan. CPR hanya boleh dilakukan pada 2 perkara. 1.Pernafasan terhenti. 2.Jantung terhenti. PUNCA PERNAFASAN TERHENTI. 1.Lemas. 2.Keracunan. 3.Tercekik. 4.Tehidu asap beracun. 5.Renjatan elektrik. 6.Strok. PUNCA JANTUNG TERHENTI. 1.Sakit jantung. 2.Jantung bengkak. 3.Denyutan dan rentak jantung tidak normal.