The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU LOG DAN LAPORAN AKTIVITI BSMM 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farashila85, 2023-03-12 14:20:56

BUKU LOG PBSM IPGKBM

BUKU LOG DAN LAPORAN AKTIVITI BSMM 2023

51 CPR TIDAK BOLEH DILAKUKAN JIKA ;- >Mangsa telah kaku dan kejang. >Mangsa cedera teruk dibahagian dada,leher dan kepala serta muka. >Tiada kebenaran waris. >Mangsa telah mati. >Bayi kurang daripada 200gm atau kurang daripada 3 bulan. TINDAKAN JIKA SALURAN UDARA TERSUMBAT. Bahaya halangan pada saluran udara amatlah meruncing jika sesaorang itu tidak sedar,lebihlebih lagi jika dia baring dengan muka keatas. Apabila seseorang itu tidak sedar,otok-otok rahang tenang dan lidah berundur dan menyumbat tekak.Selain itu muntah misalnya akan terkumpul dibelakang tekak yang juga boleh menyumbat saluran udara mangsa. CPR merangkumi tiga kemahiran penyelamat asas ABCs of CPR. Airway(saluran pernafasan) Breathing(pernafasan) Circulation(edaran darah) LANGKAH BANTUAN KECEMASAN UNTUK MANGSA KEMALANGAN JALAN RAYA. 1.Pastikan keadaan sekeliling selamat. 2.Panggil mangsa atau tepuk bahu beberapa kali untuk memastikan dia sedar atau tidak 3.Jika mangsa tidak sedarkan diri ini menandakan keadaan mungkin serius dan hubungi talian 999 untuk mendapat kan ambulan dengan segera. >Sementara ambulan sampai lakukan langkah 1,2,3 . >Jika mangsa sedar,cuba berkata sesuatu kepadanya untuk memestikan dia mampu bercakap kerana apabila mangsa bercakap,peredaran udara akan berlaku.maknanya udara akan masuk kedalam paru-paru dan otak. Jika mangsa tidak sedarkan diri cuba buka saluran pernafasannya dengan mendongakkan kepala ke atas dan lihat tanda pernafasan. Anda perlu mengosongkan saluran udara mangsa ,mungkin saluran udara tersumbat misalnya oleh gigi yang patah,lumpur,atau muntah.


52 CPR UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK CPR UNTUK BAYI (UMUR KURANG DARIPADA 1 TAHUN) Apabila CPR dilakukan ke atas bayi, perhatian yang lebih diperlukan bagi mengelakkan daripada berlakunya sesuatu yang merbahaya kepadanya. Maka terdapat banyak perbezaan teknik CPR dan rawatan tercekik untuk bayi. A. SALURAN PERNAFASAN (AIRWAY) • Penilaian : Tentukan tiada respons dengan menggerakkan bahu perlahan-lahan • Baringkan bayi di atas permukaan yang keras. Ampu kepala dan tengkuknya jika ia perlu dipusingkan • Buka saluran pernafasan, gunakan teknik dongak-kepala-angkat-dagu(head-tilt-chinlift). Berhati-hati supaya tidak mendongakkan kepala terlalu jauh ke belakang B. PERNAFASAN (BREATHING) • Penilaian : Tentukan tiada pernafasan. sambil memastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka, letakkan telinga anda dekat dengan mulut bayi dan perhatikan pergerakkan dada, dengar dan rasa pernafasan bayi pada telinga anda. Jika mangsa tersebut masih bernafas dan tiada terdapat tanda-tanda trauma, Baringkan mangsa dalam posisi pemulihan.


53 • Jika mangsa tiada bernafas, berikan dua pernafasan bantuan perlahan-lahan. Mulut anda menutup mulut dan hidung bayi sekali, sambil memastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka. Perhatikan pergerakkan dada dengan setiap pernafasan. Pernafasan perlu diberi untuk 1 - 1 1/2 saat. C. EDARAN DARAH (CIRCULATION) • Penilaian : tentukan ketiadaan nadi. Rasa nadi brakial di sebelah dalam lengan dengan 2 jari sambil mendongakkan kepala dengan tangan yang satu lagi.


54 • Mulakan tekanan dada. Bayang satu garis yang dibuat antara kedua tetek bayi. Letakkan jari hantu dan jari manis disebelah jari telunjuk. Angkat jari telunjuk Gunakan jari hantu dan jari manis untuk menekan sternum pada tempat tadi. Disebabkan adanya variasi dalam saiz tangan penyelamat dan dada bayi, kaedah di atas hanyalah sebagai panduan. Pastikan jari-jari anda tidak menekan hujung sternun (cuaran xifoid). Tekan sternum sedalam 1/2 hingga 1 inci, sekurang-kurangnya 100 kali seminit, Sambil memberi satu pernafasan bagi setiap 5 tekanan. • Lakukan 20 kitaran tekanan dan pernafasan bantuan. • Minta bantuan sistem rawatan kecemasan dengan membuat panggilan 999 /991 • Periksa nadi brakial. • Jika tiada nadi, teruskan tekanan dan pernafasan bantuan • periksa nadi setiap beberapa minit • Jika nadi pulih, periksa pernafasan spontan. Jika tiada, berikan 1 pernafasan bantuan setiap 3 saat (20 pernafasan bantuan seminit) dan awasi nadi. Jika bernafas, pastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka dan awasi pernafasan dan nadi.


55 VII - PATAH TULANG Patah bermaksud sebagai retak atau patah terus pada sesuatu tulang 2 jenis – Patah tertutup – Patah terbuka Jenis-Jenis Patah Keretakan Greenstick/Patah Muda (Greenstick Fracture) Patah Retak Seribu/ Melarat/Riuk/Remok (Compound Fracture Bagaimana Patah Berlaku? Hentakan langsung (patah tempat hentakan) Hentakan tidak langsung (hentak tempat lain, patah tempat lain) Tindakan luar biasa otot seperti renjatan elektrik. Penyakit. Tanda dan Gejala Sakit ditempat yang patah Sakit bila ditekan ditempat yang patah Bengkak dan lebam Cacat atau berubah bentuk Anggota yang patah hilang fungsi asal Pergerakan luar biasa Jika patah terbuka, terdapat luka dan kadangkala tulang mungkin terjulur keluar


56 Rawatan Patah Cegah gerak Tentukan keterukan kecederaan Perhatikan pernafasan Hentikan pendarahan (jika perlu) Ampukan anggota yang berkenaan Tenangkan pesakit Perhatikan tanda-tanda renjatan Hantar ke hospital Kawal pendarahan jika ada Letak anggota yang patah dalam kedudukan asal seberapa yang boleh Pasang tuap kepada tempat yang patah dengan mengikat sekurang-kurangnya di empat tempat – dibahagian bawah & atas patah, sendi disebelah bawah & atas patah Jika patah terbuka dan tulang terjulur keluar, tutup bahagian luka dengan kain kasa dan gunakan balutan cincing sebelum membuat baluta


57 VIII- RENJATAN Definisi Kegagalan sistem peredaran darah disebabkan gangguan sementara perjalanan darah ke organ-organ penting seperti :- – Otak – Jantung – Buah pinggan – Kulit Sebab-sebab renjatan Hilang darah banyak > 1000 ml Hilang plasma (terbakar 20%) Serangan sakit jantung Kehilangan cecair (muntah) Alahan Kejutan elektrik Kejutan saraf Bakteria berlebihan dalam darah Kehilangan Darah ½ liter (1 pain) – kesan yang kecil atau tiada kesan langsung 2 liter (3 ½ pain) – denyutan nadi cepat dan berpeluh dan mangsa akan mengalami renjatan akan terjadi. 3 liter (5 pain) – denyutan nadi pada pergelangan tangan tidak dapat dikesan. Mangsa akan hilang daya kesedaran. Pernafasan dan denyutan jantung akan terhenti


58 Tanda-tanda dan Gejala Renjatan Kelihatan pucat Kulit melekit dan sejuk Terasa loya, lemah badan dan pening Muntah Nadi cepat tetapi lemah Nafas cepat dan sesak Terasa dahaga Pandangan kabur Tekanan darah rendah Mungkin tidak sedarkan diri Matlamat rawatan Mengenalpasti punca renjatan. Merawat sebarang punca. Meningkatkan bekalan darah ke otak, jantung dan paru-paru. Menghantar mangsa ke hospital. Rawatan Awas mangsa. Periksa ABC. Baring dan tinggikan kaki (20-30 cm). Longgarkan pakaian. Selimutkan mangsa.


59 Hentikan pendarahan sekiranya ada. Tuap (splin) sekiranya ada kepatahan. Tidak digalakkan makan. Klasifikasi Renjatan Renjatan Sejuk (Cold shock) – Hypovolumic shock Kehilangan darah Kehilangan cecair badan (muntah)


60 Renjatan Panas (Warm shock) – Neurogenic shock Terlampau sakit (patah) – Anaphylactic shock Alahan kepada ubat, makanan atau gigitan tebuan Serangan Penyakit Jantung Penyakit jantung terjadi apabila bekalan darah ke bahagian otot jantung terhalang seperti darah beku dalam arteri koronari. Mangsa tidak boleh bernafas dan denyutan nadi yang pantas dan bertambah lemah. Matlamat rawatan untuk meminimumkan tindakan jantung danmendapatkan bantuan perubatan. Serangan sakit jantung menyebabkan keadaan jantung terhenti secara tiba-tiba (cardiac arrest). Sebab-sebab; – Kehilangan darah yang banyak – Kejutan elektrik – Dos ubat yang berlebihan Tanda-tanda dan Rawatan Mangsa akan mengalami kehilangan denyutan nadi dan tidak ada pernafasan. Periksa pernafasan dan denyutan nadi mangsa yang pengsan. Mulakan langkah pemulihan pernafasan (CPR).


61 BAB 3 I) IKHTIAR HIDUP II) MEMASAK III) PERKHEMAHAN IV) KRAF KHEMAH


62 I-DEFINISI IKHTIAR HIDUP Ikhtiar hidup dalam istilah Inggeris disebut survival. Iaitu the will to live, to outlive, state of continuing to live.Ikhtiar Hidup bermaksud kemampuan seseorang atau kumpulan mengatasi sesuatu keadaan ikhtiar hidup di dalam atau luar kawasan musuh. Ia juga juga boleh diertikan sebagai usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus boleh hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman.Akan tetapi,ikhtiar hidup ini bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha untuk keluar dari keadaan tersebut. OBJEKTIF Terdapat beberapa objektif dalam ilmu ikhtiar hidup dari pelbagai sudut. 1)Kognitif i) Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut, di hutan, di bukit, di gunung-ganang atau sebagainya. ii) Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari sumber makanan, tempat perlindungan dan punca-punca air. iii) Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa menjalani ikhtiar hidup.


63 2)Psikomotor i)Dapat membina tempat perlindungan rekaganti untuk mengelakkan dqari bahaya. ii)Mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi sebagai sumber makanan untuk terus hidup. iii)Dapat bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu situasi yang kurang baik. 3)Afektif i)Membina keyakinan diri untuk terus hidup. ii)Memupuk nilai-nilai murni seperti berkerjasama dan bertanggung jawab. iii)Memperkembangkan minat terhadap alam semulajadi dan dapat menikmati keindahannya KEPENTINGAN ILMU IKHTIAR HIDUP Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup adalah merupakan salah satu perkara terpenting yang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi luar. Ini kerana, kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko. lmu ikhtiar hidup ialah sebagai salah satu ilmu bagi menjamin keselamatan orang yang terlibat dalam kegiatan luar. PRINSIP ASAS IKHTIAR HIDUP Kemahiran ikhtiar hidup perlu ada dalam diri setiap individu sebelum meredah hutan tidak kira sama ada berseorangan mahupun berkumpulan. Hal ini disebabkan bagi membuat perancangan awal jika terjadi sesuatu kesulitan di dalam apa jua keadaan.Terdapat 4 prinsip dalam ikhtiar hidup iaitu ;- 1. Keselamatan Keutamaan kepada keselamatan nyawa pada setiap masa.Menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan keselamatan.Contohnya,memakan tumbuhantumbuhan yang tidak diketahui sama ada boleh dimakan atau tidak kerana kita terlalu lapar.Situasi ikhtiar hidup akan menjadi lebih rumit jika kita tidak mempedulikan soal keselamatan.


64 2. Usaha Berbagai-bagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang dihadapi.Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib semata-mata adalah sikap yang tidak membantu.Jika satu usaha gagal, berusaha mencuba cara yang lain tanpa menjejaskan keselamatan anda.Lebih banyak usaha yang dilakukan, lebih cerah peluang seseorang itu untuk mengharungi situasi ikhtiar hidup mereka. Kebolehan mereka ganti (improvisation) amatlah membantu. 3. Kawalan Diri Kawalan diri sangatlah penting dilakukan supaya segala tindakan dan keputusan dapat memberikan keputusan yang positif. Tanpa kawalan diri, perasaan panik, hilang perhitungan akan menyebabkan seseorang itu bertindak terburu-buru. Kes kecelakaan diri semasa ikhtiar hidup banyak berpunca dari kurangnya kawalan diri. 4. Kerjasama Jika menghadapi situasi ikhtiar hidup di dalam berkumpulan, kerjasama erat amatlah penting. Kerjasama akan mewujudkan suasana dan peluang yang lebih terjamin. CONTOH SITUASI IKHTIAR HIDUP 1) Kehabisan bekalan makanan dan minuman. 2) Ancaman binatang. 3) Masalah perlindungan. 4) Lain-lain situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada berlaku melalui perancangan dan persiapan dengan teliti dan menyeluruh sama ada dari segi mental ,pengetahuan, fizikal,kecergasan, stamina, teknikal dan kemahiran,material dan peralatan, pakaian dan bekalan UNDANG – UNDANG ASAS IKHTIAR HIDUP Faktor paling penting dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup adalah kemahuan seseorang untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tanpa kemahuan dan sikap yang positif serta ketahanan mental yang tinggi, adalah mustahil untuk mereka mengatasi keadaan tersebut. Dalam usaha untuk mengatasi keadaan ini, peraturan-peratusan asas berikut perlu dipatuhi antaranya ;-


65 1-Pergerakkan dari satu tempat ke tempat yang lain hendaklah dirancang terlebih dahulu supaya kawasan-kawasan yang paling senang dilalui digunakan. Semasa berjalan, perlu berhenti untuk berehat setiap jam perjalanan. 2- Elakkan dari memikirkan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan usaha untuk mengatasi satu keadaan ikhtiar hidup. Perkara-perkara ini mungkin kan melemahkan semangat atau mengganggu konsentrasi kita dalam menghadapi keadaan tersebut 3- Membuat persiapan alat-alat ikhtiar hidup untuk menghadapi sebarang kesulitan khususunya semasa pengembaraan.Seseorang itu perlu mengambil persiapan seperti menyediakan bekalan ubat-ubatan asas contohnya ubat gatal,Panadol untuk sakit kepala,demam,plaster atau pembalut luka.Selain itu bekalan makanan dan minuman juga sangat penting untuk membekalkan tenaga yang berpanjangan.Penyediaan bekalan makanan dan minuman perlulah yang berkhasiat seperti bungkusan Horlicks,garam,glukos dan juga pil-pil vitamin. 4- Membuat persediaan awal sebagai contoh menyediakan khemah atau khemah reka ganti sebelum waktu petang.Ini disebabkan oleh keadaan hutan yang mudah menjadi gelap walaupun pada pukul 5:00 petang. Sediakan seberapa banyak ranting-ranting dan kayu apiuntuk kegunaan waktu malam sehingga pagi. Dan pastikan kita mendapatkan rehat dan tidur yang mencukupi. ELEMEN IKHTIAR HIDUP TERBAHAGI KEPADA 5 BAHAGIAN. 5 ELEMEN IKHTIAR HIDUP API MAKANAN TEMPAT PERLINDUNGAN PETI PERTOLONGAN CEMAS MEMBERI ISYARAT


66 ELEMEN IKHTIAR HIDUP 1-API Api juga digunakan sebagai isyarat untuk memberitahu kepada orang lain tentang kedudukan survivor semasa berada dalam hutan. Api juga berfungsi sebagai pemanas badan dan elemen untuk melindungi survivor daripada diancam binatang buas daripada mendekati tapak perlindungan mereka. 2-MAKANAN Dalam bab makanan ini kita boleh membahaginya kepada dua. Pertama mencari makanan dan kedua mencari air. Makanan boleh didapati dari tumbuhan, serangga, binatang, siput dan juga dari ikan. Mencari air didalam hutan juga memerlukan kemahiran kerana pencemaran dan boleh membawa penyakit jika tidak tahu cara yang betul. Air sungai yang keruh pula boleh juga di minum selepas di tapis dengan pasir dan batu. Untuk lebih selamat air boleh dimasak bagi menghapus bakteria yang berbahaya.Antara tumbuhan hutan yang boleh dimakan seperti buah rotan dan pokok rebung.


67 3-TEMPAT PERLINDUNGAN Ikhtiar Hidup di hutan ialah membina sebuah perlindungan atau dangau untuk tempat tidur serta berteduh dari hujan,panas dan sebagainya.Membina dangau mengambil masa lebih kurang selama 3 jam. Yang penting ialah mengumpul bahan binaan seperti kayu atau buluh serta daun dan akar atau rotan yang boleh dikutip diatas tanah atau dipotong dari pokok-pokok yang terdapat dikawasan berhampiran. Semasa membina kawasan perlindungan aspek yang perlu dilihat ialah mencari tempat yang selamat dari bencana alam seperti tanah runtuh, banjir dan pokok-pokok mati.Kemudian ,selamat dari binatang liar dan serangga yang berbahaya,tempat yang selesa untuk kita rehat dan tidur dan paling penting hendaklah berhampiran dengan sumber air supaya mudah didapati 4-PETI PERTOLONGAN CEMAS Peti pertolongan cemas bukan sahaja memberi bantuan semasa kecederaan malahan ia merupakan tindakan asas ikhtiar untuk terus hidup dalam keadaan terancam dengan keadaan sekeliling. Dalam situasi ikhtiar hidup ini kita perlukan gunakan kaedah STOP sekiranya berlaku kecemasan iaitu S - SEATING T - THINKING O - OBSERVER P – PLANNING


68 5-TANDA ISYARAT Dalam keadaan genting dan sukar, survivor boleh menggunakan lampu suluh, penanda berwarna cerah, wisel,pemancar cahaya keselamatan (emergency strobe) dan cermin untuk menarik perhatian.Sekiranya tidak ada alatan ini, nyalakan unggun api dalam susunan segi tiga yang menandakan dalam keadaan memerlukan pertolongan. Kawal pembakaran daripada merebak dan merosakkan persekitaran. II-MEMASAK MAKANAN Kemahiran menggunakan sumber alam semulajadi bagi tujuan memasak makanan adalah sangat penting terutamanya apabila berada di dalam hutankerana dihutan kita tidak mempunyai alatan memasak seperti periuk nasi,kuali dan lain-lain peralatan memasak yang moden. Dalam bab makanan ini kita boleh membahaginya kepada dua. Pertama mencari makanan dan kedua mencari air. Makanan boleh didapati dari tumbuhan, serangga, binatang, siput dan juga dari ikan. Mencari air didalam hutan juga memerlukan kemahiran kerana pencemaran dan boleh membawa penyakit jikan tidak tahu cara yang betul.Antara tumbuhan danbahan semulajadi yang boleh digunakan untuk memasak ialah daun pisang,daun palas, ruas buluh, batang pisang, tanah liat dan lumpur.


69 CARA MASAKAN MENGGUNAKAN BAHAN ;- 1) BATANG PISANG •Potang batang pisang kepada dua bahagian •Buangkan bahagian dalamnya, lapisan luar juga dibuang beberapa lapis supaya tidak terlalu tebal untuk mengelakkan telur lambat masak. •Seterusnya,masukkan telur ke dalam bahagian batang pisang dancantumkan kembali batang pisang seperti yang asal dan ikat batang pisang menggunakan pelepah batang pisang itu sendiri •Akhir sekali letakkan batang pisang tersebut keatas api dan pastikan batang pisang sentiasa diterbalikkan. Telur dijangkan masak apabila batang pisang telah kecut dan bahagin luarnya terbakar sempurna 2) 3)


70 2)RUAS BULUH Kaedah yang digunakan untuk memasak nasi di dalam buluh adalah sama seperti memasak lemang. •Buluh hendaklah dibasuh dan dibersihkan, cuci bahagian dalam dan bersihkan segala habukhabuk bulu-bulu halus yang terdapat pada buluh tersebut. •Dapatkan pucuk daun pisang yang masih bergulung dan masukkan kedalam buluh •Isikan beras dan air ke dalam buluh dan nasi sedia untuk dimasak dan pastikan bahagian lubang buluh ditutup dengan daun pisang


71 4) TANAH LIAT DAN LUMPUR •Kaedah ini digunakan untuk memasak burung dan ayam hutan •Dapatkan tanah liat yang bercampur lumpur sungai yang bersih •Ayam atau burung hendaklah dibersihkan dahulu tanpa membuang bulunya dan buangkan bahagian dalam yang tidak diperlukan •Salutkan ayam tersebut dengan tanah liat bercampur lumpur danpastikan ianya tidak terlalu nipis atau tebal •Gali lubang untuk menanam ayam, pastikan lubang tidak terlalu dalam •Hidupkan api betul-betul diatas tempat ayam ditanam •Nyalakan api diantara satu hingga dua jam. Selepas itu ayam bolehlah dikeluarkan dan dimakan Pengetahuan mengenai kaedah memasak alternative penting bagi seorang pengembara.Aktiviti seperti kembara dan perkhemahan lazimnya tidak mengizinkan ahli pengakap untuk membawa barangan dan makanan yang cukup kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.


72 III-PERKHEMAHAN Perkhemahan ialah mendirikan khemah untuk tempat kediaman sementara bagi berteduh dan bermalam. Khemah diperbuat daripada kain tebal atau kain layar yang ditegakkan dengan tiang besi atau kayu dan tali.Pada zaman sekarang,kebanyakkan khemah diperbuat daripada bahan nilon kerana ia ringan dan sesuai dengan suasana perkemahan dan mudah untuk di bawa. Ia tidak seperti kain tebal atau kain layar. Lord Baden Powell (1955) telah menyatakan bahawa berkhemah merupakan kegiatan yang sangat menyeronokkan kerana dalam perkhemahan ahli-ahli perkhemahan dapat hidup dalam suasana semula jadi seperti tinggal di tempat lapang, mendengar kicauan burung serta dikelilingi oleh pohon-pohon hutan yang menyegarkan.Selain itu turut berpeluang untuk mendekati binatang dan haiwan hutan.Baden Powell juga telah menyatakan bahawa perkhemahan dapat memberi pangalaman yang luas kepada para peserta. Mereka akan berpeluang untuk menjelajah ke tempat yang baharu yang mana terdapat banyak manfaat dan faedah yang boleh diperolehi melalui perkhemahan. OBJEKTIF PERKHEMAHAN •Melatih diri supaya dapat berdikari dan bersedia dalam menghadapi keadaan serba kekurangan terutamanya apabila berkhemah di tempat yang jauh dari bandar. •Meluaskan pengetahuan dan memberikan pendedahan tentang kehidupan berkhemah. •Mempraktikkan segala kemahiran dan kecekapan. •Merapatkan hubungan persaudaraan antara ahli perkhemahan. •Menanam sikap bekerja sama dan bertanggungjawab di kalangan ahli perkhemahan. •Meningkatkan ketahanan mental dan fizikal.


73 FAEDAH - FAEDAH PERKHEMAHAN Para peserta perkhemahan akan didedahkan kepada pelbagai aktiviti yang menguji ketahanan lasak diri mereka. Selain itu terdapat juga faedah yang diperoleh daripada pengalama perkhemahan ini.Antaranya ;- 1)Membina peribadi individu Contoh aktiviti yang sering dilaksanakan untuk termasuklah kursus kepimpinan, latihan kecergasan dan latihan membina jati diri. Aktiviti sebegini akan meningkatkan ketahanan mental dan fizikal mereka.Dalam pada itu,dapat membentuk disiplin yang mantap dalam diri peserta. Dalam perkhemahan, salah satu aktiviti wajib untuk dilaksanakan ialah kawad kaki. Aktiviti ini dapat mendisiplinkan para peserta dalam membentuk mereka menjadi orang yang berguna. Selain itu terdapat aktiviti yang memerlukan mereka menepati masa, bertindak mengikut arahan dan sebagainya lagi. 2)Membentuk jati diri dan sahsiah peserta. Semasa perkhemahan dijalankan, unsur kerohanian tidak dilupakan di mana ceramah agama dan moral diberikan kepada para peserta. Ini dapat membina insan yang berakhlak mulia serta baik budi pekertinya. 3)Membentuk nilai kepimpinan Aktiviti perkhemahan merupakan satu wadah yang sesuai kepada pelajar untuk memimpin atau mengetuai sesuatu pertubuhan. Keadaan ini memberikan mereka satu keyakinan terhadap kemampuan mereka dalam aspek-aspek kepimpinan. Wadah ini mampu membantu para peserta untuk mengasah bakat mereka dan mengembangkannya untuk digunakan pada masa hadapan. Mungkin untuk memimpin persatuan belia, syarikat,malahan ke peringkat negara sekalipun.


74 4)Membentuk kerjasama antara ahli kumpulan. Peserta perkhemahan akan sentiasa berinteraksi sesama mereka dalam menyiapkan tugasan berkumpulan yang biasanya akan diberi semasa aktiviti perkhemahan dijalankan. Di sini, mereka dapat belajar bekerjasama dan bukan hidup secara individualistic PEMILIHAN KHEMAH Perkara-perkara berikut perlulah diambil kira apabila bercadang untuk memilih atau membeli khemah: 1 )Khemah Kaedah yang sering digunakan oleh pengeluar khemah secara puratanya adalah dengan memberi istilah ‘1 Person Tent’, ‘4 person tent’ dan seterusnya kepada produk mereka. Istilah ini adalah secara kasar menunjukkan kesesuaian penggunaan khemah oleh berdasarkan kapasiti memadai maksima iaitu dari sudut ukuran (berbeza antara pengeluar) ‘bahu ke bahu’ dengan saiz purata 1 orang dewasa. 2)Ketinggian Khemah Dengan iklim panas dan lembap di seantero Semenanjung Malaysia, pengudaraan khemah merupakan salah satu aspek penting untuk memastikan bahawa khemah tersebut selesa untuk dihuni diwaktu pagi-tengahari agar tidak berasa rimas, panas, berpeluh dan berlengas. Antara tanda mudah untuk pengudaraan yang baik adalah bilangan pembukaan yang ada, iaitu pintu serta tingkap 3)Lapisan Khemah Khemah yang mempunyai dua lapisan boleh meningkatkan kemampuan khemah tersebut melalui cuaca berangin dan hujan. Walaubagaimanapun, untuk sebuah aktiviti yang lebih ringkas (balik hari) dengan penggunaan yang sangat minima, penggunaan khemah ‘single layer’ adalah lebih digalakkan. Ini kerana saiz, berat dan pemasangan yang jauh lebih mudah berbanding yang ‘double layer’.


75 4)Kemampuan Kalis Air Dengan mempunyai nombor PU yang lebih tinggi, fabrik khemah tersebut akan mempunyai kemampuan untuk kalis air dengan lebih tinggi. Contoh mudah adalah perbandingan antara Deer Creek (double layer) 4 men tent yang mempunyai kemampuan PU 800 mm, dengan High Peak Nevada 5 yang mempunyai kemampuan PU 3,000 mm. KHEMAH YANG SELALU DIGUNAKAN SEMASA PERKHEMAHAN DOME TENT ‘A’ SHAPE TENT JENIS-JENIS KHEMAH Khemah tiang Satu -Khemah satu tiang adalah jenis ringan dan senang untuk didirikan.Khemah ini boleh ditegakkan dengan satu tiang seperti pada rajah.


76 Khemah berangka Khemah ini sesuai untuk kawasan-kawasan yang mudah sampai kenderaan untuk pengangkutan membawanya. Khemah ini merupakan khemah berangka pasang siap. Popular di pasaran dan juga kepada pengemar outdoor yang inginkan lebih keselesaan. Khemah Rabung Pasang Siap Khemah bentuk ini mempunyai 2 batang tiang dan sebatang alang. Dua batang tiang untuk menyokong alang manakala alang pula menyokong bumbung dan keseluruhan struktur khemah tersebut. Di hujung khemah dikuatkan dengan ikatan pancang atau pokok. Agak simple dan boleh dipasangkan dengan mudah menggunakan kain khemah dan kayu-kayu yang terdapat di kawasan sekitar


77 Khemah dinding Khemah ini biasanya mempunyai kain khemah yang digunakan sebagai dinding dan bumbung. Ianya juga dipanggil "pisang sesikat". Popular untuk kapasiti penguni yang besar jumlahnya. Khemah Rabung dan Gantung Paling mudah, ringkas dan sesuai terutama bagi aktiviti perkhemahan persinggahan sekejap - sekejap untuk beristirehat, kawasan cerunan serta sukar PENJAGAAN KHEMAH Pasang khemah mengikut prinsip dan teknik yang betul: ● Bersihkan dan keringkan khemah sebelum ia diguna dan disimpan. ● Tidak mencuci khemah dengan menggunakan sabun atau bahan pencuci yang mengandungi bahan kimia. ● Khemah hendaklah disimpan ditempat yang sesuai dan selamat daripada ancaman haiwan perosak dan ditempat yang kering. ● Pastikan semua alatan yang digunakan untuk mendirikan khemah diperiksa dan lengkap sebelum disimpan.


78 PERATURAN KESELAMATAN KHEMAH Setiap peserta perkhemahan mestilah patuh kepada semua arahan keselamatan, kawalan dan penerangan perkhemahan pada setiap masa. ● Menjaga kebersihan kawasan perkhemahan. ● Mengutamakan faktor kesihatan dan aspek makanan, minuman, pakaian dan tapak perkhemahan. ● Berhati-hati melakukan sebarang aktiviti dan sentiasa menghormati serta menghargai kawasan sekitar. ● Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan kekitaan dalam menghadapi sebarang gangguan keselamatan ● Merokok, berjudi, minuman keras adalah dilarang. ● Mengutamakan aspek keselamatan semasa melakukan semua aktiviti. ● Memaklumkan kepada ketua pasukan / kumpulan, fasilitator atau kepada pengerusi jawatankuasa perkhemahan jika menghadapi kesulitan seperti masalah kesihatan dan keselamatan. ● Tiupkan wisel atau membunyikan sesuatu dengan kuat tanpa berhenti sehingga rakan datang membantu jika berlaku sebarang kecemasan. ● Peserta tidak dibenarkan berenang selain pada waktu yang telah ditetapkan jika berkemah berhampiran sungai, pantai atau tasik. ● Dilarang memiliki apa-apa senjata yang berbahaya seperti senjata api, dadah dan alat yang menyalahi undang-undang. ● Tidak dibenarkan merosakkan atau memusnahkan tanaman dan tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan perkhemahan.


79 PEMILIHAN KAWASAN PERKHEMAHAN Sumber Asas Untuk memilih kawasan ataupun tapak perkhemahan yang baik, perkara yang paling utama untuk diambil kira ialah sumber alam semulajadi terutamanya punca air. Punca air adalah penting untuk kita memasak, minum, membersihkan diri dan sebagainya. Namun begitu peserta dilarang berkhemah terlalu dekat dengan sungai di kawasan hulu atau berbukit.Jika berlaku hujan di kawasan tersebut, terutamanya di sebelah hulu, paras air akan tiba-tiba naik dengan cepat. Bentuk Muka Bumi Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah rata dan kering. Kedudukan tanah tersebut haruslah tinggi sedikit daripada kawasan di sekitarnya untuk mengelakkan air bertakung atau banjir ketika hujan lebat. Permukaan tanah juga seharusnya tidak berbatu-batu kerana ia tidak memberi keselesaan ketika tidur. Tambahan pula, ia boleh merosakkan alas khemah tersebut. Selain itu,tidak digalakkan untuk mendirikan khemah di bawah pokok yang besar ataupun yang sudah tua.Ia dikhuatiri jika terdapat dahan yang besar dari pokok yang rapuh akan terjatuh lalu menghempap khemah tersebut.Harus dipastikan juga bahawa tapak perkhemahan jauh dari semak dan belukar kerana kawasan begini merupakan tempat sarang serangga ataupun binatang berbisa merayap seperti ular, kala jengking dan lipan. Bukan itu sahaja,perlu dielakkan dari tumbuhan yang tajam seperti tunas lalang yang tajam yang mana ia boleh mengoyakkan khemah. Perlu dititikberatkan juga dalam pemilihan ruang supaya tidak mencari kawasan yang terlalu lapang,sekurangnya dikawasan perkhemahan tersebut mempunyai pokok atau bukit untuk mengelakkan ancaman angin.Tidak digalakkan untuk mendirikan khemah yang terlalu dekat dengan kaki bukit kerana ia berisiko jika berlakunya kejadian tanah runtuh.


80 TEKNIK MEMILIH TAPAK PERKHEMAHAN •Carilah tapak perkhemahan sebaik-baiknya lapang dan tanahnya rata. •Terdapat sumber/punca air berhampiran. •Mendapat pancaran cahaya matahari untuk mengeringkan khemah jika basah. •Terlindung daripada tiupan angin secara terus. •Jika boleh carilah tapak yang mempunyai pemandangan yang menarik. •Lakukan pemeriksaan di sekitar kawasan perkhemahan (untuk keselamatan) PERALATAN PERKHEMAHAN Apa yang perlu dan apa yang tidak perlu di beri perhatian untuk satu perkhemahan akan bergantung kepada beberapa faktor seperti jangka masa, tempat dan bilangan peserta. Di bawah disenaraikan peralatan asas yang perlu anda bawa untuk memastikan perkhemahan anda selamat dan selesa:- a. Khemah yang sesuai. b. Bag galas c. Dapur (gas atau minyak – bahan tambahan serta alat gantinya) d. Pelita (jenis minyak atau gas bersama alat gantinya) e. Messtin, pinggan, sudu , garpu,pisau,pembuka tin dan lain-lain f. Botol air, kole dan bekas minuman. g. Beg tidur atau selimut h. Lampu picit serta beteri dan alat gantinya. i. Mancis dan lilin atau bahan penyala api. j. Kotak pertolongan cemas. k. Kotak ikhtiar hidup. l. Tali,parang atau kapak kecil m. Ponco atau baju hujan.


81 IV-KRAF PERKHEMAHAN Kraf perkhemahan merupakan pelajaran yang sangat penting sebelum para peserta memulakan aktiviti perkhemahan.Ini kerana kraf perkhemahan merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk menghadapi cabaran alam semulajadi. Pengetahuan ini penting dan digunakan apabila para peserta melakukan aktiviti perkhemahan atau pengembaraan. OBJEKTIF KRAF PERKHEMAHAN •Menggalakkan masyarakat untuk mengaplikasi kemahiran dan teknik kraf perkhemahan dalam kegiatan luar. •Memahami habitat dan alam semulajadi dan mengetahui cara untuk hidup apabila berada di dalam hutan. •Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar dengan cara yang sepatutnya. JENIS-JENIS KRAF PERKHEMAHAN 1-Kraf Api Kraf Perkhemahan | Kraf Api Api sangat penting kerana ia digunakan dalam kehidupan seharian. Selain itu, ia juga digunakan untuk membekalkan cahaya, memanaskan suhu badan, memasak, keselesaan dan sebagainya. Tetapi jika api disalahgunakan, ia boleh merosakkan alam sekitar; tanah menjadi hitam, merosakkan dahan dan akar pokok. Membuat unggun api


82 Kaedah “fire triangle”- bentuk huruf A.Ia menggunakan tiga elemen iaitu: haba, angin, dan bahan bakar.Kemudian,bentukkan menggunakan ranting kayu dengan bukaan huruf A menghala ke arah angin.Letakkan rabuk atau bahan mudah terbakar di dalam huruf A dan nyalakan api.Setelah itu,kipas secara perlahan dan letakkan lagi bahan bakar untuk menyalakan api.Antara contoh bahan mudah terbakar kertas tebal,sarang telur,surat khabar,Lilin,dahan atau ranting kayu 2-Kraf Tali Kraf tali merupakan kemahiran asas yang berkaitan dengan ikatan dan simpulan tali. Ikatan tali ini perlu dipelajari oleh para peserta dan juga boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Dalam kraf tali, ia sangat penting untuk membuat ikatan pada pelbagai jenis kraf dalam aktiviti perkhemahan. Antara jenis-jenis tali ialah:


83 3-Kraf kayu Dalam aktiviti perkhemahan, peserta perlu mempelajari cara untuk membina kraf kayu atau dengan nama lain juga disebut sebagai ‘gajet’. Gajet penting dalam aktiviti rekreasi luar serta mempunyai pelbagai fungsi. Antaranya ialah memudahkan pengurusan tempat atau kawasan perkhemahan dan menjadikan aktiviti perkhemahan lebih tersusun dan teratur.Jenis-jenis kraf kayu antaranya :- Ampaian Kerusi tempat buang sampah


84 Dapur -tempat meletak bekas makanan -tempat meletak cawan -penyangkut alatan Meja dan kerusi


85 Tangga Katil 4-Kraf alatan Kraf alatan merupakan salah satu elemen yang terdapat dalam kraf perkhemahan di mana ia merupakan kemahiran menggunakan alatan semasa berada di luar atau di dalam hutan.Kemahiran ini penting kerana dapat membantu dan memudahkan para peserta untuk melakukan aktiviti rekreasi luar ketika berada di dalam hutan.Contoh jenis-jenis alatan adalah seperti: pisau, batu, kayu, buluh, besi dan lain-lain lagi.


86 5-Kraf Khemah Salah satu alatan penting sewaktu menjalankan aktiviti rekreasi luar ialah khemah. Antara ciri-ciri tapak atau kawasan sesuatu khemah itu ialah perlu mendapatkan kebenaran dan maklumat dari pihak yang berkaitan.Pastikan dikawasan perkhemahan terdapat kemudahan asas seperti bekalan air.Tidak terlalu jauh dari sebuah perkampungan atau penduduk. Dalam mendirikan khemah,beberapa langkah perlu di ambil berat seperti menentukan terlebih dahulu arah cahaya matahari terbit dan terbenam,mestilah berlawanan dengan arah tiupan angin,tapak perkhemahan mestilah tempat yang selamat dan sesuai seperti tanah rata, kawasan lapang, teduh dan selesa dan elakkan dari mendirikan khemah di bawah pokok yang reput, tua dan mudah tumbang, berumput tebal dan dipenuhi lalang. Ini bagi mengelakkan dari serangga atau binatang berbisa. Jenis-jenis khemah terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan iaitu: Ridge Tent Frame Tent Dome Tent Bell Tent 6-Shelter (tempat berteduh) Shelter, atau pun tempat berlindung sukar untuk dibina dan memerlukan kemahiran yang tinggi. Antara kepentingan shelter ialah boleh melindungi daripada serangga, hujan, angin, salji atau suhu sejuk. Selain itu, shelter juga boleh menjadi tempat berlindung diri dari bahaya musuh.Antara jenis-jenis Shelter seperti ;- Phonco-Lean-To Shelter jenis ini mudah dan cepat dibina. Ia diikat pada dua batang pokok. Shelter ini hanya tertutup pada satu bahagian sahaja. Pastikan shelter tidak menghala ke arah angin.


87 Phonco Tent Shelter jenis ini juga mudah dibina. Ia diikat antara dua pokok. Shelter tertutup pada dua bahagian, iaitu kiri dan kanan. One Man Shelter Shelter ini mudah dibina dan terhalang dari rintangan angin. Saiznya juga kecil menjadikan ia lebih sejuk dan nyaman.


88 LAPORAN AKTIVITI PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PBSM


89 Tarikh : 22 Februari 2023 Hari : Rabu MASA TEMPAT AKTIVITI CATATAN 7.45 am – 8.00 am Dataran IPG -Menaikkan bendera Malaysia -Menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Bulan Sabit Merah Malaysia Aktiviti ini melibatkan seorang pensyarah dan penglibatan daripada pelajar PDPM seramai 32 pelajar 8.00am – 10.00am Bilik kuliah Matahari -Pensyarah memberi taklimat berkenaan program perkhemahan -Taklimat mengenai Rancangan Maklumat Kursus serta Pentaksiran berterusan Taklimat yang disampaikan mudah difahami dan mempunyai sesi soal jawab 10.30am – 12.30pm Padang perkhemahan -Mendirikan khemah mengikut kumpulan -Pelajar dibahagikan kepada 8 kumpulan -Setiap kumpulan berkerjasama mendirikan khemah dengan pemantauan dari pensyarah 12.30 pm – 2.00 pm REHAT 2.00pm – 5.00 pm Dataran dan Perkarangan pintu masuk IPG -Taklimat dan latihan kawad kaki oleh Encik Azuddin -Perlaksanaan ujian kawad kaki -Pelajar mempelajari bahasa hukum kawad kaki serta pergerakan kawad -Penglibatan seramai 32 pelajar PDPM -Dibahagikan kepada 4 kumpulan -Ujian dilaksanakan - secara berkumpulan


90 Tarikh : 23 Februari 2023 Hari : Khamis MASA TEMPAT AKTIVITI CATATAN 7.45am – 8.00am Dataran IPG -Menaikkan bendera Malaysia -Menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Bulan Sabit Merah Malaysia -Aktiviti ini melibatkan seorang pensyarah dan penglibatan daripada pelajar PDPM seramai 32 pelajar 8.00am – 12.30pm Bilik kuliah matahari -Mempelajari teknik ikatan tali temali -Taklimat tugasan membuat kraf khemah -Perlaksanaan ujian tali temali -Pensyarah memberi tunjuk ajar secara lisan dan amali tentang beberapa jenis ikatan tali dan fungsinya seperti ikatan tindih kasih,buku sila,ikatan manok dan ikatan balok serta cara membuat ikatan simpulan tali tersebut -Pelajar melaksanakan ujian ikatan tali temali mengikut kumpulan dan setiap ahli kumpulan dipantau secara individu -Puan Noryatimah selaku pensyarah unit kokurikulum dijemput bagi membuat penilaian ujian tali temali ini


91 12.30 pm – 2.00pm REHAT 2.00pm – 2.20 pm Lobi bangunan IPG -Taklimat ringkas oleh pensyarah En Mustapha Kamal -Pelajar diberi taklimat ringkas berkenaan persediaan dan keperluan persiapan untuk aktiviti memasak ikhtiar hidup pada keesokan hari 2.30pm – 5.00 pm Bilik kuliah matahari -Mempelajari teknik ikatan anduh -Mempelajari Teknik bantuan pertolongan cemas dalam pelbagai situasi -Perlaksanaan ujian iakatan anduh -Perlaksanaan ujian Teknik pertolongan cemas -Pensyarah memberi tunjuk ajar secara lisan dan amali tentang Ikatan anduh dan balutan kecederaan,teknik dalam mengendalikan situasi kecemasan seperti Teknik CPR,cara mengangkat mangsa ke katil klinikal -Pelajar dibahagikan secara berpasangan dalam melaksanakan ujian ikatan dan balutan kecederaan -Pelajar dibahagikan secara berkumpulan untuk membuat simulasi kecemasan -Pelajar melaksanakan ujian teknik pertolongan cemas seperti CPR secara berkumpulan


92 Tarikh : 24 Februari 2023 Hari : Jumaat MASA TEMPAT AKTIVITI CATATAN 7.45am – 8.00 am Dataran IPG -Menaikkan bendera Malaysia -Menyanyikan lagu Negaraku dan Bulan Sabit Merah Malaysia -Aktiviti ini melibatkan seorang pensyarah dan penglibatan daripada pelajar PDPM seramai 32 pelajar 8.15am – 9.00am Di ruang hadapan kelas prasekolah -Taklimat berkenaan ikhtiar hidup oleh En Mustapha Kamal -Pensyarah menyampaikan maklumat berkenaan ikhtiar hidup dalam pengembaraan, dari segi masakan,menghidupkan api menggunakan ranting dan langkah keselamatan dalam pengembaraan atau perkhemahan 9.00am – 11.00am Padang perkhemahan -Aktiviti memasak berasaskan bekalan makanan yang di bawa seperti maggi,telur,tepung dan garam -Pelajar dibahagikan kepada 8 kumpulan -Setiap kumpulan perlu kreatif memasak makanan menggunakan sumber alam seperti dedaun yang selamat 11.00am – 12.30 Padang perkhemahan -Mempamerkan hasil masakan setiap kumpulan -Hasil kreativiti masakan dipamerkan oleh setiap kumpulan


93 -Para pensyarah membuat penilaian hasil masakan -Ketibaan Pengarah dan Timbalan Pegarah IPGKBM -Sesi bergambar -Pelbagai makanan yang kreatif dan menarik terhasil -Wakil ahli kumpulan memberi penerangan ringkas berkenaan hasil masakan -Para pensyarah seperti En Badrul Zaman,En Mustapha Kamal dan En Azuddin membuat penilaian pemarkahan masakan setiap kumpulan -Ucapan kata-kata aluan,kata semangat dan nasihat dari Pengarah dan Timbalan Pengarah IPGKBM -Sesi bergambar Pengarah,Timbalan Pengarah dan para pensyarah 12.30 pm – 2.00 pm REHAT 2.00 pm – 5.00 pm Di ruang hadapan kelas prasekolah -Aktiviti pandu arah -Pensayarah memberi taklimat dan tatacara menggunakan kompas dan peta


94 -Penghantaran kraf khemah -Upacara penutup Program Perkhemahan PBSM bagi pelajar PDPM ambilan Okt 2021 -Pensyarah memberi tugasan kepada pelajar untuk menuju lokasi yang di arahkan Pelajar bergerak secara berkumpulan untuk mencari lokasi yang diarahkan mengunakan kompas -Keseluruhan pelajar Berjaya melengkapkan misi mencari lokasi seperti yang diarahkan -Setiap kumpulan menghantar tugasan kraf khemah kepada pensyarah -Ucapan kata aluan,nasihat dan semangat oleh pensyarah kepada para pelajar -Ucapan dari wakil pelajar -Pemberian cenderahati kepada para pensyarah Program bersurai


95 LAMPIRAN Berkerjasama bagi mendirikan khemah Taklimat penggunaan kompas dan peta RUJUKAN Penilaian ujian kawad secara berkumpulan Taklimat ikhtiar hidup dari En Mustapha Aktiviti pertolongan cemas Hasil kreativiti masakan setiap kumpulan


96 Pemberian cenderahati Ketibaan Pengarah dan Timbalan Pengarah Sesi bergambar kenangan


97 RUJUKAN http://01serembantimur.blogspot.com/p/balutan-anduh.html https://www.academia.edu/39956108/PERTOLONGAN_CEMAS https://bsmmterengganu.wordpress.com/nota/ http://saudagaroutdoor.blogspot.com/p/asas-ikatan-simpulan.html https://www.scribd.com/document/346523921/Buku-Log-Murid-Pbsm-Sekolah-Rendah# https://dokumen.tips/documents/luka-terbakar-dan-melecur.html?page=1 http://natgowild.blogspot.com/2012/02/kraf-perkhemahan-shelter.html https://theboyshsm225sp.weebly.com/ikhtiar-hidup.html http://jomrekreasi.blogspot.com/2009/03/prinsip-asas-ikhtiar-hidup. https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/kesatria-negara1/perkhemahan-ikhtiar-hidup/20941121


Click to View FlipBook Version