The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MUHAMMAD ASRI BIN MADMOR KPM-Guru, 2023-04-04 11:07:17

MODUL 4 MPV TANAMAN MAKANAN

PENJAGAAN TANAMAN

146 PENJAGAAN TANAMAN MODUL4 PENGENALAN Amalan agronomi tanaman makanan bermula dengan penyediaan benih, penyediaan tanah atau medium tanaman, menanam, penjagaan dan selenggara, membaja, memberikan air, kawalan perosak dan penyakit, menuai hasil sehingga memasarkan hasil. Penjagaan tanaman pula meliputi beberapa langkah iaitu menggembur tanah, menyiram, sungkupan, merumput, membaja, naungan, mengawal perosak dan penyakit serta memasang sokongan atau junjung.


147 4.1 Penyiraman dan Pembajaan Tanaman Makanan 4.2 Pemasangan Junjung 4.3 Penyulaman, Penjarangan dan Mencantas Tanaman 4.4 Pengawalan Rumpai, Perosak dan Penyakit Tanaman STANDARD KANDUNGAN TANDARD KANDUNGAN KATA KUNCI • Sistem titis • Sistem renjis • Junjung • Cantasan • Pembajaan • Penyulaman • Kelembapan tanah • Nutrien


2 3 4 6 7 148 4 Modul 4.1 PENYIRAMAN DAN PEMBAJAAN TANAMAN MAKANAN Tujuan Penyiraman Tanaman Penyiraman Penyiraman ialah proses membekalkan air kepada tanaman. Sistem pengairan dipasang di kawasan penanaman bagi mengatasi masalah kekurangan air dan meringankan beban kerja petani menyiram tanaman. Tahukah Anda Air dan garam mineral dari dalam tanah akan meresap masuk ke dalam akar tumbuhan semasa berlakunya proses transpirasi. Air akan melalui dari satu sel ke satu sel yang lain seterusnya memasuki saluran xilem hingga ke sel-sel daun. Air terbebas ke atmosfera menerusi liang stoma. Meningkatkan peratusan air dan kelembapan tanah. Mengelakkan tanaman menjadi kering ekoran kekurangan air. Melembutkan lapisan keras dalam tanah untuk pertumbuhan akar yang baik. Sebagai media pengangkut nutrien untuk diserap oleh akar-akar tanaman dan dihantar kepada batang, dahan dan daun. Membantu pertumbuhan sel, proses fotosintesis, percambahan benih, pembungaan tanaman dan memenuhi keperluan fisiologi tumbuhan. Menyejukkan keadaan tanah dan kawasan persekitarannya. Mengurangkan kepekatan garam yang terdapat pada permukaan tanah. 1 5 4.1.1 Menyatakan tujuan penyiraman dan pembajaan. 4.1.2 Memberi contoh kaedah penyiraman dan pembajaan. 4.1.3 Mengelaskan jenis baja. 4.1.4 Menguji sistem penyiraman tanaman makanan. 4.1.5 Membuat justifikasi kaedah pembajaan yang sesuai dan cara menggunakan peralatan membaja. 4.1.6 Melaksanakan jadual penyiraman dan pembajaan tanaman makanan seperti yang dirancang. Standard Pembelajaran


149 4 Modul Kaedah Penyiraman Terdapat dua jenis kaedah penyiraman, iaitu secara manual dan mekanisasi. Kaedah manual menggunakan tong penyiram atau hos getah manakala kaedah mekanisasi pula menggunakan alatan atau pam air iaitu secara titis dan renjis. Kaedah mekanisasi mempunyai komponen penyebar yang berbeza yang digunakan sebagai medium pengaliran air ke tanah dari tiub polietilena. Jenis penyebar sistem pengairan diklasifikasikan mengikut reka bentuk dan kadar alir. Kaedah Penyiraman Tong penyiram Hos getah Manual Mekanisasi (pam air) Renjis Titis Kaedah Manual 1. Penyiraman menggunakan tong penyiram 2. Penyiraman menggunakan hos getah Rajah 4.1 Kaedah penyiraman Jadual 4.1 Kaedah penyiraman dan jenis penitis


150 4 Modul Kaedah Mekanisasi Kaedah Jenis penitis / Nozzle Tanaman pisang Sistem renjis 1. Siraman secara titis 2. Siraman secara renjis Tanaman cili Sistem kabus


151 4 Modul Kaedah Penyiraman Menggunakan Sistem Pengairan 1. Pengairan Titis (Drip Irrigation) Pengairan ini merupakan sistem yang paling cekap menggunakan air dan menjimatkan kerana air disalur terus ke tanaman dan disiram berhampiran zon akar tumbuhan secara titis. Kaedah ini digunakan dalam sistem fertigasi untuk sayur-sayuran, tanaman buah-buahan dan tanaman hiasan. Pemasangan yang betul dengan pelaras masa yang ditetapkan boleh menjimatkan masa dan tenaga sekiranya penyelenggaraan sentiasa dilakukan mengikut ketetapan. 2. Sistem Pengairan Renjis (Sprinkler System) Sistem pengairan renjis atau sprinkler system merupakan sistem yang paling banyak digunakan pada tanaman sayur-sayuran dan tapak semaian buah-buahan. Air dibekalkan kepada tanaman dengan cara menyemburkan air ke udara (pada tekanan tinggi) dan jatuh ke permukaan tanah. Rajah 4.3 Sistem pengairan renjis Rajah 4.2 Pengairan secara titis EMK Langkah penjimatan air boleh diamalkan dengan memasang sistem pengairan dengan pelaras masa (timer). Tolok tekanan Injap pintasan Pam Penapis Sumber air Penapis pasir Paip utama Paip tertier Penitis


152 4 Modul Pengujian Sistem Penyiraman Tanaman Makanan Kelembapan Medium Sebelum dan Selepas Menyiram Foto 4.1 Alat pengukur kelembapan tanah Berikut merupakan langkah-langkah mengukur kelembapan medium sebelum dan selepas menyiram menggunakan alat pengukur kelembapan tanah. 1. Sediakan alat pengukur kelembapan tanah. 2. Bersihkan bahagian logam daripada kekotoran atau kelembapan. 3. Masukkan alat pengukur kelembapan tanah ke dalam lubang tanaman hingga bahagian logam tenggelam. 4. Kemaskan bahagian logam yang berada di dalam tanah sehingga jarum penunjuk berada pada kedudukan tetap. 5. Tekan butang putih untuk mendapatkan peratus kelembapan. Lihat bacaan penunjuk. 6. Rujuk jadual kesesuaian kelembapan tanah. 7. Ambil bacaan paras kelembapan tanah untuk menentukan keperluan penyiraman. Memastikan sistem pengairan berfungsi dengan baik. 1 Memastikan nozzle penyiram tidak tersumbat, jika rosak nozzle perlu diganti. 3 Memastikan tidak berlaku litar pintas akibat terkena air hujan pada pam air tersebut. 2 Memastikan tiada kebocoran paip, jika ada kebocoran, paip perlu diganti. 4 Melakukan kerja-kerja penyelenggaraan. 5 Kekerapan penyiraman yang ditetapkan dalam jadual. Keadaan medium tanaman kering. Berpandu kepada jadual kerja penanaman. Pengesanan melalui bacaan pada skala alat pengukur kelembapan tanah. Pelarasan masa pada alat pelaras masa digital (digital timer) yang dipasang pada sistem pengairan mengikut kekerapan yang telah dirancang. Kaedah Penentuan Tahap Keperluan Air oleh Pokok


153 4 Modul Hari Masa Kuantiti (liter) Pagi Petang 1 2 3 4 5 6 7 Jadual 4.2 Jadual penyiraman tanaman makanan Info Tumbuhan yang kekurangan 50% air daripada keperluannya akan melakukan tindak balas dengan menutup liang stomata dan memperlahankan perluasan daun untuk mengurangkan kadar transpirasi. Tumbuhan juga akan mengurangkan pemanjangan akar terutamanya pada bahagian akar yang tidak dapat menyerap air. Manakala akar yang mampu menyerap air akan bertambah dan mempunyai saiz yang lebih besar. 1. Jadual penyiraman secara manual perlu disediakan mengikut keperluan tanaman. NOTA GURU Jadual Penyiraman Masa yang sesuai untuk melakukan penyiraman adalah pada waktu pagi dan petang. Tanaman biasanya disiram sebanyak dua kali sehari. Jadual penyiraman secara manual perlu disediakan mengikut keperluan tanaman. Jadual 4.2 merupakan contoh jadual penyiraman tanaman.


154 4 Modul Pembajaan Baja ialah bahan yang ditambah pada tanah untuk membekalkan nutrien pada tanaman yang bertujuan meningkatkan hasil dan kualiti tanaman. Penggunaan baja sangat penting untuk kelestarian pertanian. Info Tanaman memerlukan nitrogen pada peringkat awal pertumbuhan sehingga ke peringkat pembentukan daun. Tanaman juga memerlukan unsur lain seperti fosforus untuk pembentukan akar dan dahan, dan kalium untuk pembentukan bunga dan daun. Tujuan Pembajaan Mempertingkatkan daya tahan tanaman (mencegah penyakit dan lain-lain). Mencegah keguguran putik, bunga dan buah. 1 2 3 4 5 Membekalkan bahan nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan. Meningkatkan hasil dan mutu tumbuhan. Memanjangkan jangka hayat tumbuhan. Kesan Kekurangan Nutrien Daun tumbuhan menjadi kuning. Dahan mudah patah. Tumbuhan menjadi terbantut. Tumbuhan mudah diserang penyakit.


155 4 Modul Kaedah Pembajaan Terdapat lima kaedah pembajaan yang biasa diamalkan di negara ini. Kaedah ini adalah kaedah tabur, alur, poket, semburan dan titis. 1. Kaedah Tabur (Broadcasting) Baja ditabur atau disebar sama rata di atas tanah dengan tangan atau menggunakan jentera penyebar. 2. Kaedah Alur (Band or Row Placement) Baja diletakkan ke dalam alur kecil yang dibuat di antara pokok atau keliling pokok dan ditimbus dengan tanah. Apabila menggunakan cara ini, pastikan baja tersebut tidak terkena atau terlalu dekat dengan tanaman. Misalnya untuk tanaman jagung, baja diletakkan 5 cm hingga 10 cm di sebelah tanaman. Cara ini juga boleh digunakan pada tanaman berbaris seperti kacang soya, sekoi, kacang tanah dan tanaman perladangan seperti pokok buah-buahan dan tanaman hiasan. Kaedah Pembajaan Kaedah Tabur Kaedah Titis Kaedah Semburan Kaedah Alur Kaedah Poket


156 4 Modul 3. Kaedah Poket (Pocket Placement) Tanah digali secara poket di sekeliling pangkal pokok selari dengan hujung kanopi pada kedalaman 10 cm hingga 15 cm, lebar 20 cm dan panjang 20 cm hingga 30 cm. Kemudian baja diletakkan di dalam lubang dan ditimbus. Bilangan poket bergantung kepada saiz pokok. 5. Kaedah Titis Kaedah ini dilakukan secara pemberian baja berbentuk cecair terus ke pangkal pokok. Contoh pembajaan titis ialah sistem fertigasi. Baja disalurkan pada zon perakaran menggunakan sistem pengairan secara fertigasi. 4. Kaedah Semburan (Foliar Application) Cara ini selalu digunakan untuk memberi unsur pemakanan mikro kepada tanaman, iaitu dengan cara menyembur larutan pemakanan tersebut kepada daun-daun dan batang tanaman sehingga basah ke tanah. Unsur-unsur kuprum, zink, ferum, boron, dan molybdenum selalunya diberikan kepada tanaman dengan cara semburan daun.


157 4 Modul Pengelasan Baja Baja dapat dikelaskan kepada dua, iaitu baja organik yang mengandungi elemen semula jadi dan baja kimia yang mengandungi elemen kimia. Baja Organik Baja organik ialah baja semula jadi yang terhasil daripada proses pereputan yang bersumberkan haiwan dan tumbuhan. Baja organik merupakan baja yang mesra alam kerana dihasilkan tanpa menggunakan bahan kimia. Baja organik terdiri daripada tinja haiwan, sisa ladang, sisa kilang dan bio-organik. EMK Sisa makanan dari sekolah bukan sahaja boleh dijadikan baja kompos bagi membantu mengekalkan kelestarian alam, malah dapat membantu dari aspek penjimatan dan pembaziran. Tahukah Anda Penggunaan baja organik boleh memanjangkan jangka hayat tanah kerana baja organik menggalakkan pembiakan organisma yang mampu menyuburkan tanah. Pengelasan Baja Organik Sisa ladang Bio-organik Tinja haiwan Sisa kilang Baja tunggal Baja campuran Baja sebatian Baja lengkap Kimia Rajah 4.4 Pengelasan baja Baja organik membekalkan nutrien kepada pokok dan membaiki struktur tanah, iaitu membaiki saliran dan pengudaraan tanah. Baja organik biasanya digunakan sebagai baja permulaan untuk meningkatkan tahap kesuburan tanah serta membaiki tekstur tanah. Tinja haiwan - boleh dijadikan baja sama ada digunakan secara terus atau selepas diproses. Tinja disimpan selama 40 hari sehingga mengalami penguraian bakteria bagi menghasilkan baja kompos. Baja dalam bentuk kering sering digunakan kerana lebih mudah dikendalikan dan tidak berbau. Antara contohnya ialah tinja lembu, kambing, arnab, kelawar dan sebagainya. Sisa ladang - sisa tanaman seperti batang jagung, sayuran yang rosak, hampas padi dan rumput yang dipotong boleh dijadikan bahan kompos. Sisa kilang - sisa kilang adalah daripada sisa kilang pertanian. Sebagai contoh, kilang memproses minyak kelapa sawit yang menghasilkan bahan buangan sampingan seperti tandan kelapa sawit dan hampas isirung. Selain itu, kilang memproses padi yang menghasilkan sekam padi. Kesemua hasil sisa kilang pertanian ini boleh dihancurkan dan diproses menjadi baja organik. Bio-organik - bahan kompos yang disuntik dengan mikroorganisma seperti Effective Microorganism 4 (EM) dan bokashi yang diproses menjadi pallet, serbuk atau cecair. 3 2 1


158 4 Modul Baja Kimia Baja kimia ialah baja yang terhasil daripada bahan tidak organik yang diproses secara sintetik bagi memasukkan satu atau lebih nutrien utama. Baja kimia diproses kepada bentuk-bentuk butiran, hablur dan cecair. Baja kimia jenis butiran boleh digunakan secara terus kepada tanaman. Manakala, baja jenis cecair digunakan secara semburan atau fertigasi. Baja kimia terbahagi kepada empat jenis, iaitu: Baja Tunggal (Single Dressing Fertilizer) Baja yang mengandungi satu nutrien utama yang diperlukan tanaman. Baja ini terdiri daripada nitrogen (N) atau fosforus (P) atau kalium (K) dan mempunyai satu jenis unsur sahaja. • Nitrogen (N) – Baja Urea • Fosforus (P) – Baja Triple Superphospate (TSP) (P2O5) • Kalium (K) – Baja Muriate of Potash (MOP) (K2O) Baja MOP Baja Urea Baja TSP Baja Campuran Baja campuran terdiri daripada beberapa jenis baja tunggal iaitu unsur N, P dan K yang dicampur secara fizikal dan tidak disebatikan. Setiap unsur dalam baja ini berada dalam bentuk butiran yang berlainan. Rajah 4.5 Jenis baja Baja Kimia Baja tunggal Baja campuran Baja sebatian Baja lengkap


159 4 Modul Baja Sebatian (Compound Fertilizer) Baja sebatian merupakan baja yang mengandungi dua atau lebih unsur nutrien utama tanaman yang disebatikan secara kimia. Kandungan nutriennya disediakan dalam pelbagai nisbah. Baja sebatian diformulasi secara khusus bagi tujuan tertentu. Sebagai contoh, untuk membantu pertumbuhan daun atau pengeluaran buah. Baja Lengkap Baja lengkap mengandungi kombinasi semua nutrien utama yang diperlukan, iaitu nitrogen, fosforus dan kalium. Baja lengkap juga mengandungi nutrien mikro yang diperlukan oleh tumbuhan. Contohnya baja foliar dan baja fertigasi. Contoh baja sebatian Info Nutrien Kesan terhadap pokok Tanda kekurangan Nitrogen (N) 1. Tumbesaran pokok. 1. Pokok terbantut. 2. Daun kecil dan berwarna hijau pucat. Fosforus (P) 1. Pembentukan akar. 1. Akar kurang membentuk. 2. Pokok terbantut. Kalium (K) 1. Pembentukan bunga dan buah. 2. Meningkatkan keupayaan menentang penyakit. 1. Pokok mempunyai batang yang lemah. 2. Tepi daun menjadi perang. 3. Kurang keupayaan menentang penyakit.


160 4 Modul Bentuk Baja Baja terbahagi kepada tiga bentuk iaitu: 1 Baja butir Berbentuk butiran dan baja ini boleh ditabur keliling tumbuhan atau boleh juga dilarutkan dengan air. 2Baja debu Baja ini lebih efektif apabila digaul dengan medium bagi mengelakkan diterbang angin. 3Baja cecair Baja dibancuh dengan air dan disembur terus pada daun (baja foliar) atau dititiskan pada medium melalui penitis.


161 4 Modul Bahan dan Peralatan Membaja Mengangkut baja butir yang telah ditimbang dan membancuh baja cecair. Mengorek lubang untuk membaja. Menyembur bancuhan larutan baja. Mengangkut guni baja. Baja butir, baja cecair dan baja debu. Mengorek tanah untuk menggembur. Menggaul baja.


162 4 Modul Tip Keselamatan Bahan kimia yang ada dalam baja sebatian boleh mencederakan dan menyerap ke dalam kulit melalui liang roma, justeru pemakaian sarung tangan amat digalakkan semasa kerja pembajaan. Kerja memotong. Melindungi mata semasa menyembur baja. Melindungi muka daripada terhidu bahan kimia. Menyukat baja cecair semasa membancuh baja semburan. Menggembur tanah bersama baja. Menjaga keselamatan dan kebersihan tangan semasa kerja membancuh dan menabur kapur. Mengaut baja.


163 4 Modul Jadual 4.3 Kaedah pembajaan dan cara menggunakan bahan dan peralatan membaja Tanaman Kaedah pembajaan Penerangan Sayuran berdaun Contoh: sawi, bayam, kailan (a) Kaedah siram baja urea (i) Bancuh baja dalam penyembur tangan mengikut kadar yang ditetapkan. (ii) Sembur anak benih atau pokok dengan larutan baja sehingga semua daun menjadi basah. (b) Kaedah tabur (NPK 15:15:15) (i) Sukat baja dan masukkan ke dalam baldi. (ii) Baja ditabur antara barisan tanaman dan gembur tanah menggunakan serampang tangan. Sayuran berbuah Contoh: timun, bendi, terung Kaedah tabur (NPK 15:15:15 atau MOP atau NPK 12:12:17:2) (i) Sukat baja dan masukkan ke dalam baldi. (ii) Baja ditabur di sekeliling pokok dan gembur tanah menggunakan serampang tangan. Sayuran umbisi Contoh: keledek Kaedah tabur (NPK 12:12:17:2) (i) Sukat baja dan masukkan ke dalam baldi. (ii) Baja ditabur antara barisan tanaman dan gembur tanah menggunakan serampang tangan. Buah-buahan Kaedah alur (i) Sukat baja dan masukkan ke dalam baldi. (ii) Buat alur di tepi barisan pokok menggunakan cangkul tanah. Jarak alur dengan pokok adalah 1 – 2 m. (iii) Tabur baja ke dalam alur dan tutup alur dengan tanah. (iv) Padatkan tanah dengan memijak alur tersebut. Kaedah poket (i) Sukat baja dan masukkan ke dalam baldi. (ii) Cangkul tanah di setiap empat penjuru pokok di hujung kanopi daun. (iii) Letak baja dengan kuantiti yang sama banyak di setiap lubang. (iv) Tutup semula lubang dengan tanah dan padatkan dengan memijaknya. Kaedah tabur (i) Sukat baja dan masukkan ke dalam baldi. (ii) Gembur tanah di sekeliling pokok menggunakan cangkul. (iii) Tabur baja di sekeliling pokok antara 15 – 50 cm dari pangkal pokok. Jadual 4.3 menunjukkan kaedah pembajaan yang sesuai mengikut tanaman dan cara menggunakan peralatan membaja dengan betul.


164 4 Modul Jadual Pembajaan Kadar pembajaan dan jenis baja yang digunakan bergantung kepada jenis tanaman. Baja organik digaulkan dalam batas untuk meningkatkan kesuburan tanah. 1. Sayur-sayuran Pembajaan sayur-sayuran berdaun yang disyorkan adalah seperti Jadual 4.4 di bawah. 2. Buah-buahan Kadar pembajaan buah-buahan juga berbeza mengikut jenis. Jadual 4.6 di bawah menunjukkan contoh kadar pembajaan pokok pisang. Manakala Jadual 4.7 pula merupakan jadual program pembajaan bagi tanaman kekal dan buah-buahan. Pembajaan bagi sayuran berbuah yang disyorkan adalah seperti Jadual 4.5 dengan mengambil contoh pembajaan tanaman bendi. Tabur baja sebatian NPK 12:12:17:2 di sekeliling pokok setiap dua minggu. Bagi satu hektar tanah memerlukan 1 tan baja. Pusingan Masa Jenis baja Kadar/batas Kadar/hektar 1 Sebelum menanam Baja organik 6 kg 4 tan 2 Minggu ke-2 NPK 15:15:15 0.4 kg 0.25 tan 3 Minggu ke-3 NPK 15:15:15 0.4 kg 0.25 tan Pusingan Masa Jenis baja Kadar/pokok Kadar/hektar 1 Sebelum menanam Baja organik 300 g 4 tan 2 1 bulan NPK 12:12:17:2 16 gm 0.2 tan 3 2 bulan NPK 12:12:17:2 32 gm 0.4 tan 4 3 bulan NPK 12:12:17:2 32 gm 0.4 tan Jadual 4.4 Jadual pembajaan sayuran berdaun Jadual 4.5 Jadual pembajaan pokok bendi Jadual 4.6 Jadual pembajaan pokok pisang Bulan selepas tanam Jenis baja Pisang Mas (g/pokok) Pisang Berangan, Rastali, Cavendish (g/pokok) Semasa Tanam CIRP 100 100 NPK 8:8:8 60 60 GML 100 60 1 NPK 15:15:15 60 100 2 NPK 15:15:15 100 150 3 NPK 15:15:15 100 150 4 NPK 15:15:15 150 150


165 4 Modul Bulan selepas tanam Jenis baja Pisang Mas (g/pokok) Pisang Berangan, Rastali, Cavendish (g/pokok) 5 NPK 15:15:15 150 150 6 NPK 12:12:17:2 100 75 MOP 50 75 9 NPK 12:12:17:2 100 250 12 NPK 12:12:17:2 150 - NPK 15:15:15 - 250 13 GML 1000 1000 15 NPK 15:15:15 150 200 18 NPK 12:12:17:2 180 - NPK 15:15:15 - 250 21 NPK 12:12:17:2 180 - NPK 15:15:15 - 300 MOP 50 100 24 NPK 12:12:17:2 180 - NPK 15:15:15 - 400 Jadual 4.7 Program pembajaan bagi tanaman kekal dan buah-buahan Peringkat pertumbuhan Umur pokok (tahun) Jenis baja sebatian (N:P:K:TE) Kadar baja kg/ pkk/tahun Masa dan cara membaja Masa menanam Baja asas CIRP Baja organik 0.2 5-10 Dimasukkan ke dalam lubang dan digaul dengan tanah loam. Tumbesaran 1 2 3 15:15:15 atau 14:13:19:2 atau 15:15:6:4 Baja organik 1.0-2.0 5-10 • Baja sebatian digunakan secara kaedah tabur atau kaedah poket atau kaedah alur di bawah kanopi daun 3 – 4 kali setahun. • Bahan organik ditabur dan digaul ke dalam tanah, di pangkal pokok sekali setahun. Berbuah 4 5 6 7 >8 12:12:17:2+TE atau 12:6:22:3 atau 13:13:20:2+TE Baja organik 2.0 2.5 3.0 4.0 4.0 15-30 • Baja sebatian digunakan secara kaedah tabur atau kaedah poket atau kaedah alur di bawah julai daun 3 – 4 kali setahun. • Bahan organik ditabur dan digaul ke dalam tanah, di pangkal pokok 1 – 3 kali setahun. Tahukah Anda Air rebusan telur mengandungi kalsium dan boleh disiram pada tanaman sebagai baja.


166 4 Modul Aktiviti Tajuk Penyiraman dan Pembajaan Tanaman Makanan Objektif • Membuat justifikasi kaedah pembajaan yang sesuai dan cara menggunakan peralatan membaja. • Melaksanakan jadual penyiraman dan pembajaan tanaman makanan seperti yang dirancang. Tanaman Jenis tanaman Kaedah pembajaan Buah-buahan Pokok pisang Pokok durian Pokok tembikai Pokok buah naga Sayur-sayuran Cili dalam polibeg berisi cocopeat Tanaman terung di atas batas Tanaman sawi Jadual 4.8 Kaedah pembajaan mengikut tanaman Hari Masa Kuantiti (liter) Pagi Petang 1 2 3 4 5 6 7 Jadual 4.9 Jadual penyiraman dan pembajaan tanaman cili secara fertigasi ( ) Tandatangan & Nama Murid Tarikh: ( ) Tandatangan & Nama Guru Tarikh: Panduan Kaedah Pembajaan terdiri daripada: 1. Poket 2. Tabur 3. Alur 4. Semburan 5. Titis


167 4 Modul Jenis-jenis Junjung Tanaman Junjung para Junjung V Junjung T Junjung tunggal Junjung segi tiga atau silang Junjung pagar 4.2 PEMASANGAN JUNJUNG Junjung Tanaman Junjung tanaman ialah struktur bertiang yang dibina untuk menyokong atau menyangga tanaman memanjat, menjalar, melilit atau tanaman yang berbatang lemah supaya tidak rebah dan buahnya tidak terkena permukaan tanah. Antara tanaman yang menggunakan junjung ialah kacang panjang, timun, buah naga, tomato dan anggur. Penggunaan struktur ini bertujuan supaya tanaman mengeluarkan hasil yang lebih berkualiti. Junjung yang dipasang di ladang dengan kemas bukan sahaja dapat berfungsi sebagaimana yang dikehendaki tetapi juga memberikan pandangan yang cantik dan kemas. Jenis-jenis Junjung Tanaman Terdapat pelbagai jenis junjung tanaman yang boleh didapati di kawasan ladang dan kebun. Pembinaan junjung tanaman berdasarkan kesesuaian jenis tanaman dan juga persekitaran. Antara jenis junjung yang selalu ditemui ialah: 4.2.1 Menyatakan maksud junjung. 4.2.2 Menyenaraikan jenis-jenis junjung tanaman. Standard Pembelajaran


168 4 Modul Junjung Tunggal Junjung tunggal sesuai untuk tanaman yang tumbuh tegak tetapi berbatang lembut dan lemah seperti cili, tomato, pokok buah dan tanaman hiasan yang baru ditanam di ladang. Pokok buah-buahan (buah naga) Pokok sayur-sayuran (cili) Junjung Segi Tiga atau Silang Tiang junjung (kayu pancang) dipacak di tepi batas berhampiran dengan anak benih dan dicondongkan ke arah dalam secara bersilang di bahagian hujung tiang junjung (kayu pancang). Kemudian sebatang kayu palang diletakkan secara melintang di atas kayu pancang yang bersilang dan diikat dengan tali pengikat seperti tali rafia untuk mendapatkan sokongan yang kuat. Tanaman yang sesuai menggunakan sokongan jenis ini ialah tanaman kacang panjang dan kacang buncis. Pokok sayur-sayuran (terung) Pokok sayur-sayuran (tomato) Rajah 4.6 Ilustrasi junjung segi tiga atau silang Junjung segi tiga atau silang


169 4 Modul Junjung Para Struktur para yang menggunakan tiang-tiang junjung yang berukuran 2.5 meter panjang dan bergaris pusat 6 cm. Tiang-tiang junjung dipacak di atas batas dengan jarak lebih kurang 4 meter persegi. Kemudian dawai kasar dipasang di bahagian atas menghubungkan kayu-kayu junjung dan diikuti dengan memasang dawai sederhana di atas tiap-tiap batas. Apabila tinggi pokok lebih kurang 20 cm, tali rafia mula dipasang pada tiap-tiap pokok dan kemudian diikat ke para-para dawai. Tanaman seperti petola, labu air, timun dan kacang panjang sesuai ditanam menggunakan junjung para. Rajah 4.8 Ilustrasi junjung para Junjung para Junjung Pagar Sesuai untuk tanaman yang tumbuh menjalar dan berbatang lembut seperti cili, kacang panjang, petola, tomato dan markisa. Rajah 4.7 Ilustrasi junjung pagar Junjung pagar


170 4 Modul Junjung T Sesuai untuk penanaman tumbuhan berbatang lembut dan menjalar seperti pokok anggur, cili, tomato dan timun. Junjung dipasang berbentuk T untuk memberi sokongan dan mengelakkan tanaman rebah. Junjung V Sesuai untuk tanaman yang berbatang lembut dan menjalar seperti cili, bendi, terung dan tomato. Junjung dipasang berbentuk V antara anak benih tanaman untuk memberi sokongan pada peringkat awal penanaman dan mengelakkan tanaman rebah. Rajah 4.9 Ilustrasi junjung V Rajah 4.10 Ilustrasi junjung T Junjung T Junjung V Info Kayu junjung dibuat daripada kayu hutan atau buluh.


171 4 Modul Jenis Peralatan dan Bahan Membuat Junjung Berikut merupakan jenis peralatan dan bahan untuk membuat junjung tanaman. Peralatan Memotong dawai kasar. Menggali lubang. Mengukur. Meregang tali junjung atau penyokong. Membengkok dan memotong dawai kecil. Mengetuk dan mencabut paku. Memotong tali. Menyodok atau menggaul tanah. Membuat lubang. Membuat lubang. Memotong kayu junjung atau pancang. Memotong kayu junjung atau pancang. 4.2.3 Memilih jenis peralatan dan bahan membuat junjung berdasarkan jenis tanaman makanan. Standard Pembelajaran


172 4 Modul Menjaga keselamatan tangan semasa melakukan kerja. Bahan Info Ciri-ciri pemilihan bahan dan peralatan junjung: 1. Mudah diperoleh. 2. Murah. 3. Tahan lama. 4. Senang dikendalikan. Mengelakkan kecederaan pada kaki. Mengetuk kayu pancang atau kayu junjung. Membuat lubang tiang. Membersih kawasan tiang, memotong kayu dan menajam kayu. Menghentak pemancang ke dalam tanah.


173 4 Modul Masukkan tiang junjung dan padatkan sekeliling Pasang tali pada tiang junjung. tiang junjung tanaman. Ikat tali pada tiang dengan kemas dan kukuhkannya. 5 6 7 Tahukah Anda Tiang junjung berasaskan kayu mudah reput kerana jangka hayatnya pendek disebabkan terdedah kepada cuaca panas dan hujan. Pengukuran, Penandaan dan Pembinaan Tapak Struktur Junjung Tanaman Dapatkan pelan lakar pembinaan junjung. Ukur panjang dan lebar kawasan serta tandakan. Ukur dan tanda jarak tiang junjung. 4 m 4 m 4 m 4 m 4 m 4 m 4 m B A C D 4 m 4 m 4 m 1 2 3 Info Kerja mengukur dan menanda tapak struktur junjung dilakukan untuk: 1. Memudahkan penyediaan bahan struktur (kuantiti). 2. Memudahkan kerja-kerja pemasangan. 3. Hasil kerja yang kemas dan tersusun. 4.2.4 Mengukur dan menanda tapak struktur junjung tanaman. Standard Pembelajaran Buat lubang mengikut saiz tiang junjung tanaman dengan menggunakan peralatan yang sesuai (gerudi atau penggali atau cangkul). 4


174 4 Modul Aktiviti Tajuk Pemasangan Junjung Objektif • Menguji ketahanan struktur junjung tanaman makanan. • Menganalisis keperluan bahan yang sesuai bagi pembinaan junjung tanaman makanan. • Memasang struktur pembinaan junjung mengikut spesifikasi dan prosedur yang betul. Arahan 1. Pastikan langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas kerja diutamakan. 2. Murid dikehendaki memasang struktur junjung yang sesuai bagi tanaman makanan jenis memanjang yang diusahakan di sekolah. 3. Murid dikehendaki membuat lakaran reka bentuk struktur junjung yang hendak dibina. 4. Murid dikehendaki membuat analisis keperluan bahan dan peralatan yang sesuai bagi pembinaan junjung tanaman yang dipilih. 5. Murid dikehendaki melakukan kerja membina junjung tanaman mengikut prosedur kerja. 6. Murid perlu menguji ketahanan struktur junjung yang dibina dengan mengambil kira ciri-ciri keselamatan. Lakaran Reka Bentuk Struktur Junjung yang Sesuai bagi Tanaman Makanan 4.2.5 Menguji ketahanan struktur junjung tanaman makanan. 4.2.6 Menganalisis keperluan bahan yang sesuai bagi pembinaan junjung tanaman makanan. 4.2.7 Memasang struktur pembinaan junjung mengikut spesifikasi dan prosedur yang betul. Standard Pembelajaran


175 4 Modul Bil. Peralatan Kuantiti Catatan 1. Penggali 2. Pita ukur 3. Pemotong dawai 4. Playar 5. Tukul besi 6. Penghentak 7. Parang 8. Gerudi bermotor 9. Gergaji tangan atau gergaji Jig 10. Cangkul 11. Sekop 12. Pisau pemotong 13. Kasut getah keselamatan 14. Sarung tangan 15. Peregang dawai Bil. Bahan Kuantiti Catatan 1. Tiang junjung 2. Kayu pancang 3. Tali rafia 4. Dawai Peralatan dan Bahan


176 4 Modul Senarai Semak Kerja Bil. Tahap Pencapaian Terampil Tidak Terampil Catatan A. Proses Kerja 1. Memakai pakaian dan kelengkapan keselamatan dengan betul. 2. Menggunakan bahan dan peralatan dengan betul. 3. Melakar reka bentuk junjung tanaman. 4. Mengukur jarak dan menanda lubang junjung tanaman. 5. Membuat lubang, memasang tiang dan memadatkan tanah di sekeliling tiang junjung tanaman. 6. Memasang tali atau dawai pada junjung tanaman. 7. Membersih dan menyimpan peralatan dan bahan di tempat yang ditetapkan. B. Hasil Kerja 1. Pakaian dan kelengkapan keselamatan dipakai dengan betul. 2. Bahan dan peralatan digunakan dengan betul. 3. Reka bentuk junjung tanaman dilakar. 4. Jarak dan lubang junjung tanaman diukur dan ditanda. 5. Lubang digali, tiang junjung tanaman dipasang dan tanah di sekeliling tiang dipadatkan. 6. Tali atau dawai dipasang mengikut prosedur kerja. 7. Peralatan dan bahan dibersihkan dan disimpan di tempat yang ditetapkan. C. EMK 1. Bekerjasama ketika melakukan tugasan. 2. Mematuhi arahan yang telah ditetapkan. 3. Mengamalkan langkah keselamatan. ( ) Tandatangan & Nama Murid Tarikh: ( ) Tandatangan & Nama Guru Tarikh: PENILAIAN


177 4 Modul 4.3 PENYULAMAN, PENJARANGAN DAN MENCANTAS TANAMAN Tujuan Penyulaman Penyulaman Penyulaman adalah aktiviti menggantikan pokok yang mati atau sakit atau tidak seperti yang dikehendaki dengan pokok baharu yang subur. Menggali dan menimbus lubang penanaman. Mengelakkan daripada penyakit yang boleh merebak. Menepati kehendak di dalam pelan (pokok hiasan dan landskap). Mengekalkan anggaran hasil. Mencapai tahap penanaman dan penggunaan tanah yang maksimum. Menggantikan pokok yang baharu yang lebih sihat dan berkualiti. 4.3.1 Menyatakan tujuan menyulam, menjarang, dan mencantas tanaman makanan. 4.3.2 Memberi contoh peralatan menyulam, menjarang dan mencantas tanaman makanan. 4.3.3 Melaksanakan kerja menyulam, menjarang, dan mencantas tanaman makanan. 4.3.4 Menganalisis keperluan aktiviti menyulam, menjarang, dan mencantas tanaman makanan. Standard Pembelajaran Peralatan Kerja Penyulaman Membuat lubang untuk menanam sekiranya pokok yang hendak disulam mempunyai saiz polibeg yang besar.


178 4 Modul Membuat lubang untuk menanam. Memotong polibeg semasa aktiviti penyulaman. Menanda tanaman pokok hiasan dan buah-buahan bagi memastikan kedudukan pokok yang disulam adalah tepat dan selari dengan pokok yang lain. Membawa anak pokok dan bahan-bahan ke tempat penanaman. Menentukan jarak tanaman yang betul dalam aktiviti penyulaman.


179 4 Modul Pelaksanaan Kerja Penyulaman Sebelum membuat lubang tanaman, tentukan titik tanaman dengan tepat menggunakan kayu pancang. Untuk anak pokok yang lebih besar, gali lubang menggunakan cangkul atau penggali. Pastikan kedudukan kolar anak pokok pada paras tanah. Membuat lubang tanaman menggunakan sudip tangan. Pastikan saiz lubang lebih besar sedikit daripada saiz polibeg. Kambus lubang tanaman, padatkan dan siram anak pokok. 1 3 4 2 5


180 4 Modul Tujuan Penjarangan Peralatan Kerja Penjarangan Penjarangan Penjarangan adalah aktiviti membuang anak benih sayur-sayuran yang tumbuh rapat bagi memberi ruang dan jarak yang sesuai antara anak benih. Penjarangan juga dilakukan untuk membuang anak pokok yang lemah, tidak sihat dan rosak supaya anak pokok yang sihat boleh hidup dengan jarak yang sesuai. Penjarangan bagi tanaman buah-buahan dilakukan dengan memotong bunga dan putik buah yang berlebihan bagi menghasilkan buah yang berkualiti. Memotong tangkai putik buah pada pokok yang renek. Memotong tangkai putik buah dan dahan yang berpenyakit pada pokok yang tinggi. Mencabut anak pokok yang halus. Mengangkut sisa tanaman yang dipotong untuk dilupuskan. Memotong bahagian yang tidak dikehendaki. Mengumpul sisa tumbuhan. Memberi ruang yang sesuai untuk pertumbuhan anak benih. Mengurangkan persaingan cahaya, air, bahan makanan dan ruang bagi menghasilkan hasil tanaman yang berkualiti. Membolehkan peredaran udara antara tumbuhan. Membuang anak benih yang lemah, kurang sihat dan rosak bagi mengelakkan pengeluaran hasil yang berkurangan.


181 4 Modul Pelaksanaan Kerja Penjarangan Masa yang sesuai untuk kerja-kerja membuang anak pokok, bunga dan putik buah adalah pada waktu pagi. Antara kaedah penjarangan pokok, bunga dan putik buah adalah: Sumber: http://greencitygrowers.com/blog/thinning-urban-farm-produces-fuller-head/ Sebelum Mengutil Mencabut Memotong 1 Mengutil 3 Memetik 2 Mencabut 4 Memotong Aktiviti penjarangan Selepas penjarangan dibuat Rajah 4.11 Sebelum penjarangan Rajah 4.12 Selepas penjarangan Rajah 4.13 Pelaksanaan kerja penjarangan


182 4 Modul Langkah Kerja Penjarangan Tanaman Sayuran Berdaun (Sawi) 1. Kenal pasti tanaman untuk penjarangan. Pastikan umur pokok antara tujuh hingga sepuluh hari. 2. Kutil atau cabut pokok yang hendak dibuang. 3. Kumpul dan lupus sisa penjarangan di kawasan yang ditetapkan. 4. Bersihkan dan simpan alatan selepas digunakan. Langkah Kerja Penjarangan Tanaman Buah-buahan Jadual 4.10 Jarak tanaman bagi tanaman sayur-sayuran Jadual 4.11 Langkah kerja menjarang tanaman buah-buahan Nama tanaman Bahan tanaman Jarak (cm) Antara pokok Antara barisan Bayam Biji benih 15 20 Kangkung Biji benih 15 15 Sawi Biji benih 20 20 Lobak Biji benih 15 15 Selain menjarang tanaman yang mempunyai sulur dan tanaman yang tidak dapat dikenal pasti jantan dan betina, kerja penjarangan juga dilakukan bagi putik buah. Kerja-kerja menjarangkan putik buah hendaklah dilakukan di peringkat awal semasa peringkat keguguran putik buah sudah tidak berlaku. Kerja menjarang putik buah dilakukan bagi memastikan kualiti buah yang akan dihasilkan mempunyai saiz yang sekata dan berkualiti. Antara ciri putik yang diperlukan pada tangkai adalah seperti berikut: (a) Putik yang normal (b) Putik yang sekata (sama besar) (c) Putik yang belum diserang serangga dan penyakit Tanaman Penerangan Pisang 1. Pilih satu sulur (anak pokok) yang sihat dan tidak mempunyai kecacatan sebagai Ratun 1 dan pangkas atau cabut semua sulur lain. 2. Ratun 1 dijadikan sebagai pengganti pokok induk. Ratun 1 ialah sulur pedang yang berbentuk tirus, berbatang besar dan daun yang kecil. Betik 1. Betik ditanam sebanyak dua pokok bagi setiap lubang tanaman dengan jarak 0.3 m. 2. Kedua-dua pokok ini dibiarkan membesar sehingga mengeluarkan bunga (umur enam bulan). 3. Bunga yang keluar akan dapat dikenal pasti sama ada pokok betik tersebut jantan atau betina. 4. Kerja menjarang dilakukan dengan menebang pokok betik jantan dan mengekalkan pokok betik betina kerana betik jantan tidak akan mengeluarkan buah.


183 4 Modul Jadual 4.12 Peringkat yang sesuai untuk menjarang putik tanaman buah-buahan Bil. Jenis tanaman Waktu penjarangan 1. Jambu air 10 hari selepas bunga jantan gugur atau 30 – 40 hari selepas pembentukan kudup. 2. Mangga Saiz putik sebesar telur ayam atau 35 - 45 hari selepas kudup terbentuk. 3. Nangka Saiz putik berukuran 20 – 30 cm panjang atau 3 – 4 minggu putik terbentuk. 4. Durian Ukuran garis pusat putik dengan anggaran 2 inci. 5. Belimbing Panjang putik berukuran 5 – 6 cm atau 17 – 21 hari selepas putik terbentuk. 6. Jambu batu Saiz sebesar telur ayam. 7. Limau bali Sebulan selepas berbunga atau ukuran garis pusat putik 6 – 8 cm (sebesar bola pingpong). 8. Dokong Sebulan selepas berbunga atau terdapat satu putik untuk satu kudup. 9. Longan Selepas putik terbentuk. 10% putik dibuang sekiranya putik terlalu banyak. Jenis Anak Pokok, Bunga dan Putik Buah yang Patut Dijarangkan atau Dibuang Tanaman buah-buahan yang perlu melalui proses penjarangan. Tanaman sayur-sayuran yang telah melalui proses penjarangan. Putik buah tembikai Bunga dan putik buah durian Bunga jambu


184 4 Modul Tujuan Cantasan Cantasan (Pruning) Tanaman yang sedang membesar perlu dijaga dengan sempurna bagi menjamin tumbesaran yang baik dan seterusnya mengeluarkan hasil yang optimum. Cantasan merupakan aktiviti mengerat atau mencantas pucuk, tunas air atau dahan untuk menggalakkan pengeluaran pucuk, cabang atau dahan baharu dan pengeluaran bunga serta buah. Aktiviti ini juga bertujuan untuk membuang dahan berpenyakit, reput dan tidak berfungsi. Selain itu, cantasan juga dilakukan untuk menghasilkan rupa bentuk tanaman yang dikehendaki. Mendapatkan tumbesaran yang sekata dan hasil yang banyak. Membentuk pokok mengikut bentuk yang dikehendaki seperti topiari. Mengurangkan transpirasi (perpeluhan) terutama apabila hendak memindahkan pokok besar. Merangsang pertumbuhan tunas, bunga dan buah. Membuang dahan-dahan yang rosak, mati dan berpenyakit. Mengawal saiz pokok supaya tidak terlalu besar. Memberi keseimbangan pada pokok. Peralatan Kerja Mencantas


185 4 Modul Jenis Cantasan Tanaman 1. Cantasan bentuk Untuk melatih atau membentuk tumbuhan kepada bentuk-bentuk yang diingini. Tunas-tunas sisi 1, 2, 3 dan 4 seperti dalam Rajah 4.14 perlu dipotong. 2. Cantasan rutin Untuk mengekalkan bentuk dan kesuburan pokok. Dahan-dahan yang patah, berpenyakit, mati dan tunas air dibuang. Info Tunas air ialah tunas pokok dan biasanya tumbuh tegak ke atas. Tunas air tidak banyak membawa faedah kepada tanaman. Kesannya kurang hasil tanaman yang keluar di dahan atau batang. Rajah 4.14 Teknik cantasan bentuk Rajah 4.15 Teknik cantasan rutin Cantas tunas air menggunakan sekateur secara menyerong. Pangkas menggunakan gergaji cantas dan rawat dengan cat antikulat pada bahagian yang dipangkas. 1 2 3 4


186 4 Modul 3. Cantasan pemulihan Untuk dahan-dahan baru tumbuh segar. Bahagian dahan yang reput, berpenyakit dan mati perlu dipangkas. Dahan-dahan dipotong dengan banyak sehingga ke pangkal batang utama. Rajah 4.16 Teknik cantasan pemulihan Dipotong Dipotong 35 – 45 cm Potong bawah - potongan pertama Kolar dahan Potong atas - potongan kedua Potong akhir - dibuat di luar kolar dahan


187 4 Modul 4. Cantasan penjarangan atau pengudaraan Untuk memastikan pengudaraan pokok tidak terhalang oleh dahan-dahan yang tumbuh rapat atau terlalu rimbun. Kaedah penjarangan dahan juga penting bagi memastikan pengudaraan tidak terhalang. Tahukah Anda Selepas mengutip hasil pada pokok rambutan, lakukan cantasan dahan bagi menghindar serangan perosak dan penyakit serta meningkatkan pengeluaran hasil pada musim berikutnya. Rajah 4.17 Teknik cantasan penjarangan Rekod Analisis Keperluan Aktiviti Menyulam, Menjarang dan Mencantas Jadual 4.13 merupakan contoh penyediaan rekod bagi keperluan aktiviti menyulam, menjarang dan mencantas. Bil. Tarikh Jenis tanaman No. plot Menyulam Menjarang Mencantas Jadual 4.13 Contoh rekod keperluan aktiviti menyulam, menjarang dan mencantas


188 4 Modul 4.3.5 Menilai dan membuat kesimpulan aktiviti penjagaan tanaman yang diperlukan. 4.3.6 Melaksanakan kerja menyulam, menjarang dan mencantas tanaman makanan mengikut perancangan yang betul. Standard Pembelajaran Penilaian Aktiviti Penjagaan Tanaman Aktiviti penyulaman, penjarangan dan cantasan tanaman merupakan salah satu kaedah yang penting dalam aspek penjagaan tanaman. Berikut merupakan penilaian dan kesimpulan bagi menunjukkan keperluan aktiviti-aktiviti ini dilaksanakan bagi setiap tanaman yang ditanam. Pelaksanaan Kerja Menyulam, Menjarang dan Mencantas Mengikut Perancangan (a) Tanaman sayur-sayuran Jadual 4.14 Tanaman sayur-sayuran Jenis tanaman Perkara Aktiviti Sayur berdaun seperti bayam, sawi, kalian dan lain-lain (i) Benih tidak tumbuh (ii) Pokok mati (iii) Pokok sakit atau diserang penyakit (iv) Pokok terbantut Menyulam (i) Pokok tumbuh terlalu rapat di batas Menjarang Sayur berbuah seperti cili, terung, labu, tomato dan lain-lain (i) Benih tidak tumbuh (ii) Pokok mati (iii) Pokok sakit atau diserang penyakit (iv) Pokok terbantut Menyulam (i) Pokok tumbuh lebih daripada satu pada lubang tanaman Menjarang (i) Pokok mengalami pertumbuhan daun yang terlalu banyak Mencantas (a) Aktiviti menyulam perlu dilakukan bagi memastikan hasil tanaman berada pada tahap yang optimum. Kaedahnya adalah dengan menggantikan pokok atau anak benih yang baharu disebabkan tanaman tidak tumbuh, diserang oleh penyakit, mati dan tumbesaran pokok terbantut. (b) Aktiviti menjarang perlu dilakukan bagi memastikan tanaman yang dikehendaki sahaja yang ditinggalkan, mengurangkan persaingan tumbesaran tumbuhan dan mengawal kelembapan yang sesuai. Kaedahnya adalah dengan cara mencabut atau mencantas bagi memperoleh hasil tanaman yang maksimum. (c) Aktiviti mencantas perlu dilakukan dengan mencantas bahagian-bahagian tertentu untuk tujuan tertentu bagi memastikan tanaman berada dalam keadaan yang baik supaya dapat mengeluarkan hasil yang berkualiti dan maksimum.


189 4 Modul (b) Tanaman buah-buahan Jadual 4.15 Tanaman buah-buahan Jadual 4.16 Contoh borang aktiviti menyulam, menjarang dan mencantas tanaman Jenis tanaman Perkara Aktiviti Limau kasturi, jambu batu, buah naga dan lain-lain (i) Benih tidak tumbuh (ii) Pokok mati (iii) Pokok sakit atau diserang penyakit (iv) Tumbesaran pokok terbantut Menyulam (i) Pokok tumbuh lebih daripada satu pada lubang tanaman Menjarang (i) Pokok mencapai ketinggian yang sesuai (ii) Pokok terlalu banyak daun (iii) Dahan atau ranting pokok diserang penyakit Mencantas Pisang (i) Benih tidak tumbuh (ii) Pokok mati (iii) Pokok sakit atau diserang penyakit (iv) Tumbesaran pokok terbantut Menyulam (i) Sulur mula keluar pada pokok induk Menjarang (i) Daun kering Mencantas Minggu Menyulam Menjarang Mencantas Catatan 1 10 / 1 / 2020 Ganti anak pokok yang mati. 2 17 / 1 / 2020 Buang anak pokok yang rapat. 3 24 / 1 / 2020 Buang tunas air. 4 24 / 2 / 2020 Buang tunas air. Minggu Menyulam Menjarang Mencantas Catatan 1 2 / 3 / 2020 Ganti anak pokok yang mati. 2 2 / 4 / 2020 Buang daun pelepah rosak. 3 2 / 5 / 2020 Buang anak sulur yang berlebihan. 4 2 / 6 / 2020 Buang daun pelepah tua. 5 2 / 7 / 2020 Buang anak sulur berlebihan yang tumbuh di sekeliling pokok induk. 6 2 / 8 / 2020 Buang jantung pisang. 7 2 / 9 / 2020 Buang daun pelepah tua. 8 2 / 10 / 2020 Pindahkan sulur pedang yang sihat untuk dijadikan benih. Nama tanaman: Cili No. Plot: 12 Tarikh tanaman ditanam: 3 / 1 / 2020 Nama tanaman: Pisang Mas No. Plot: 1, 2, 3, & 4 Tarikh tanaman ditanam: 2 / 2 / 2020


190 4 Modul Aktiviti Tajuk Penyulaman, Penjarangan dan Mencantas Tanaman Objektif Menganalisis keperluan aktiviti menyulam, menjarang dan mencantas tanaman makanan Arahan 1. Murid dikehendaki merekod keperluan aktiviti menyulam, menjarang dan mencantas tanaman yang diusahakan di sekolah di dalam Jadual 4.17. 2. Murid dikehendaki membuat analisis keperluan aktiviti menyulam, menjarang dan mencantas bagi setiap jenis tanaman di dalam Jadual 4.18. 3. Murid dikehendaki menulis laporan ringkas tentang jenis tanaman yang memerlukan aktiviti penjagaan ini dilakukan. Bil. Tarikh Jenis tanaman No. plot Menyulam Menjarang Mencantas Jenis tanaman Kekerapan aktiviti penjagaan Catatan Menyulam Menjarang Mencantas Jadual 4.17 Rekod keperluan aktiviti menyulam, menjarang dan mencantas tanaman Jadual 4.18 Analisis keperluan aktiviti menyulam, menjarang dan mencantas tanaman Laporan: ( ) Tandatangan & Nama Murid Tarikh: ( ) Tandatangan & Nama Guru Tarikh:


191 4 Modul PENGAWALAN RUMPAI, PEROSAK DAN PENYAKIT TANAMAN 4.4 Pengenalan Rumpai, serangga dan kulat ialah musuh tumbuh-tumbuhan. Tumbesaran dan penghasilan tanaman akan terjejas akibat serangan musuh-musuh tersebut. Oleh itu, tumbuh-tumbuhan perlu diawasi daripada serangan menggunakan kaedah-kaedah kawalan atau pencegahan pada peringkat mula penanaman dibuat. Tujuan Pengawalan Perosak Organisma yang memberi kesan negatif kepada hasil tanaman. Perosak terdiri daripada haiwan, serangga dan patogen. Penyakit Kehadiran perosak dan rumpai yang tidak terkawal akan menyebabkan tanaman makanan dijangkiti pelbagai penyakit yang mengakibatkan pengeluaran hasil tanaman terjejas. Rumpai Tumbuhan yang tidak diingini yang tumbuh bersama tanaman. Definisi Tahukah Anda Patogen ialah agen mikrob seperti virus, bakteria dan kulat yang menyebabkan penyakit pada tanaman. • Rumpai merebut ruang tumbesaran seperti kawasan, cahaya matahari, air dan nutrien yang ada dalam tanah. • Rumpai akan menjadi perumah atau tempat tinggal untuk patogen. • Rumpai yang tebal juga akan menjadi sarang tempat tinggal untuk serangga dan musuh-musuh tanaman. Rumpai • Perosak akan mengurangkan kesuburan tanaman. • Perosak akan merosak atau mematikan tanaman. • Perosak akan mengurangkan hasil pengeluaran. • Perosak akan mengurangkan mutu dan nilai harga di pasaran. • Perosak menjadi agen penyebar dan membawa penyakit kepada tanaman. • Tanaman yang dijangkiti penyakit akan menjejaskan kualiti dan kuantiti hasil dan membawa kerugian kepada petani. • Tanpa kawalan penyakit, tanaman akan rosak dan akhirnya mati. Perosak dan Penyakit 4.4.1 Menyatakan tujuan mengawal rumpai, perosak dan penyakit tanaman. Standard Pembelajaran


192 4 Modul Mencedok sisa-sisa rumpai dan sampah ke dalam atau keluar kereta sorong atau bekas sampah bagi tujuan pelupusan. Mengangkut beg-beg sampah, sisa-sisa tanaman dan sampah lain ke tempat pelupusan. Menyembur bancuhan racun dari tangki dalam bentuk cecair ke dalam bentuk titisan secara manual atau bermotor. Bahan dan Peralatan Mengawal Rumpai, Perosak dan Penyakit Tanaman Berikut merupakan contoh-contoh bahan dan peralatan yang digunakan untuk mengawal rumpai, perosak dan penyakit tanaman. Memotong rumput. Menarah rumput. Memotong rumpai. Mengaut dan mengumpul sampah atau sisa tanaman. Menebang tumbuhan kayu kecil dan menebas semak samun. 4.4.2 Memberi contoh bahan dan peralatan mengawal rumpai, perosak dan penyakit tanaman. Standard Pembelajaran Menyukat air dan larutan racun rumpai. Peralatan


193 4 Modul Mengisi rumpai yang dipotong untuk dilupuskan atau dijadikan bahan kompos. Mengisi sisa rumpai atau sampah untuk diangkut ke tempat pelupusan. Mengangkut beg-beg sampah, sisa-sisa tanaman dan sampah lain ke tempat pelupusan. Meracun rumpai secara kimia. Melindungi buah daripada serangan perosak. Melindungi buah daripada serangan perosak. Melindungi buah daripada serangan perosak. Melindungi buah daripada serangan perosak dan timpaan hujan. Bahan Melindungi diri semasa membuat kerja-kerja meracun rumpai. Menghalang kemasukan perosak ke kawasan tanaman.


194 4 Modul Jenis Racun Rumpai dan Cara Penggunaan Penyediaan Bahan dan Peralatan Terdapat pelbagai alatan dan bahan yang boleh digunakan bagi mengawal rumpai, perosak dan penyakit. Berikut adalah beberapa kaedah kawalan rumpai, perosak dan penyakit tanaman. 4.4.3 Menyediakan bahan dan peralatan mengawal rumpai, perosak dan penyakit tanaman. Standard Pembelajaran Kaedah Kawalan Rumpai Racun rumpai serap Racun jenis ini disembur pada daun dan batang rumpai. Racun bergerak dari punca yang terkena semburan ke bahagian rumpai yang lain. Kesan semburan dapat dilihat setelah dibiarkan beberapa hari. Contoh racun: Glyphosate Jenis Racun Rumpai Racun rumpai sentuh Racun jenis ini disembur pada daun, batang dan keseluruhan rumpai yang mengakibatkan kecederaan secara sentuh. Lazimnya racun ini dapat menghapuskan rumpai berdaun lebar, rumput, rusiga dan paku pakis. Contoh racun: Paraquat Racun rumpai separa serap Racun jenis ini disembur pada daun dan batang rumpai. Setelah disembur, bahan aktif akan bertindak di dalam daun dan akhirnya membunuh daun tersebut. Apabila terkena cahaya matahari, akan ada sedikit pergerakan bahan aktif dari daun dan pembentukan kesan racun. Bahagian daun yang hijau akan berubah warna dan rumpai akan mati dalam masa beberapa hari. Contoh racun: Glufosinate ammonium Kaedah Kawalan Rumpai Kaedah kimia • Meracun menggunakan racun rumpai yang dijual di pasaran. Terdapat beberapa jenis racun rumpai iaitu racun rumpai sentuh, racun rumpai serap dan racun rumpai separa serap. • Menebas rumpai yang tidak dikehendaki menggunakan mesin rumput, sabit dan parang. • Memasang sungkupan seperti plastik silvershine, weed mat, lalang kering, pelepah sawit dan sebagainya bagi menghalang pertumbuhan rumpai. Kaedah fizikal


195 4 Modul Kawalan kultur adalah amalan pertanian yang akan mengganggu perkembangan atau kitaran hidup perosak. Gangguan ini termasuklah menyekat perosak daripada sumber makanannya dan mendedahkan perosak kepada keadaan yang tidak sesuai. Antara amalan kawalan kultur adalah: (a) Memugar tanah Semasa penyediaan penanaman, perosak akan terhapus apabila terkena alat pemugar atau mati apabila terdedah kepada cahaya matahari yang terik atau dimakan oleh burung. Pemugaran tanah akan memusnahkan sarang-sarang atau perumahan perosak seperti tikus dan sebagainya. (b) Penggiliran tanaman Tanaman berlainan ditanam bergilir-gilir pada tapak yang sama. Sesuai untuk perosak yang menyerang tanaman perumah spesifik. Perosak akan mati kerana sukar mendapat makanan dan tidak dapat melengkapkan kitaran hidupnya apabila punca makanan terputus. (c) Tanaman perangkap Cara ini dilakukan dengan menanam tumbuhan yang rentan dan menarik perosak. Tanaman rentan ialah tanaman yang mudah dijangkiti penyakit. Tanaman perangkap mempunyai nilai ekonomi yang rendah daripada tanaman utama. Bau yang dikeluarkan oleh tanaman perangkap bertindak sebagai mesej kimia untuk menarik perosak seperti cacing nematod untuk menjangkitinya. Contoh tanaman perangkap adalah bunga tahi ayam. (d) Tanaman campuran Penanaman campuran dilakukan dengan cara menanam dua atau lebih jenis tanaman pada kawasan dan masa yang sama. Contohnya, menanam tanaman serai wangi, bawang, kemangi dan bunga tahi ayam yang akan menjauhkan perosak (repellent) daripada tanaman resistan. (e) Penggunaan varieti resistan Tanaman varieti resistan ialah tanaman yang tahan daripada serangan perosak dan penyakit. Tanaman resistan tidak akan mati dan masih mengeluarkan hasil. Contohnya, terdapat beberapa jenis hibrid padi yang tahan terhadap penyakit hawar disebabkan oleh patogen Magnaporthe oryzae. (f) Menjaga kebersihan ladang Kebersihan ladang adalah kaedah penting dalam mengurangkan serangga perosak dan patogen penyakit di kawasan penanaman. Caranya adalah menghapuskan dan memusnahkan tumbuhan berpenyakit, rumpai dan juga bahagian tumbuhan yang mungkin menjadi punca kepada penyakit dan perosak. Cara ini dapat menghalang penyebaran penyakit dan jangkitan pada tanaman. Lazimnya, kaedah pembersihan ini dilakukan secara manual. Kaedah Kawalan Perosak dan Penyakit Tanaman 1 Kawalan kultur 2 Kawalan fizikal Kawalan fizikal adalah dengan cara menggunakan alatan atau keadaan fizikal untuk mengawal perosak. Kaedah kawalan ini tidak menimbulkan kesan sampingan dan mudah dilaksanakan. (a) Membalut buah Menggunakan pembalut daripada plastik, kertas berlilin atau pembalut anyaman mengikut kesesuaian hasil tanaman.


Click to View FlipBook Version