196 4 Modul Racun Perut • Racun ini boleh digunakan sebagai umpan atau disembur kepada bahagian tanaman supaya dimakan oleh perosak. • Racun Malathion, Dieldrin dan Dimethoat boleh bertindak sebagai racun perut untuk serangga. Penggunaan racun makhluk perosak berunsurkan kimia. Antara racun yang digunakan ialah racun serangga, racun kulat, racun herba, racun tikus, racun hamama dan racun siput. Kelebihan kawalan kimia ialah racun ini bertindak dengan cepat dan memberi kesan yang pantas. Terdapat beberapa jenis racun perosak yang bertindak dengan cara berbeza, iaitu racun perut, racun sentuh, racun pewasap, racun sistemik dan racun biologi. (b) Perangkap serangga dan bahan penarik serangga Menggunakan pelekat kuning, pelekat biru, perangkap lampu dan perangkap umpan beracun. (c) Struktur Persekitaran Terkawal Membina struktur kalis serangga atau struktur kalis hujan dan serangga bagi menghalang kemasukan serangga ke dalam kawasan tanaman dan menghalang tanaman ditimpa air hujan yang berlebihan. Kawalan biologi memperkenalkan musuh semula jadi atau agen biologi seperti pemangsa, parasitoid dan patogen ke kawasan tanaman untuk mengurangkan populasi perosak. Kawalan biologi ialah komponen utama pengurusan perosak dalam sistem pertanian organik. (a) Penggunaan pemangsa Pemangsa ialah haiwan yang memburu, menangkap dan memakan mangsanya. Contoh pemangsa ialah kumbang kura-kura (Menochilus sexmaculatus) yang memakan afid, lelabah (Lycosa pseudoannulata) yang memakan lelompat benah perang. (b) Penggunaan parasitoid Parasitoid ialah serangga yang bersifat spesifik memparasit serangga lain dengan hidup di dalam badan serangga perosak (perumah) yang mana akhirnya mati dimakan dari dalam. Contohnya, penyengat (Cotesia plutellae) yang menyerang kepompong dan rama-rama intan (Plutella xylostella), iaitu perosak sawi dan kubis. (c) Penggunaan patogen Patogen ialah hidupan seni atau mikrob seperti kulat, bakteria dan virus yang menyebabkan penyakit ke atas serangga dan akhirnya akan mati. Terdapat juga yang bersifat antagonis, iaitu merencatkan perkembangan mikrob penyebab penyakit tanaman. Contoh yang terkenal ialah bakteria Bacillus thuringiensis yang menyebabkan penyakit ke atas banyak spesies ulat seperti rama-rama intan. 3 Kawalan biologi 4 Kawalan kimia
197 4 Modul Info Pokok neem (semambu) ialah biopestisid paling awal digunakan sebagai agen kawalan perosak botani. Pokok semambu mempunyai kesan racun terhadap serangga, hama, nematod dan kulat di samping kesan antimakan dan bahan pengawalan pertumbuhan serangga. Neem bertindak sebagai racun di dalam perut serangga. Pada masa ini banyak produk berasaskan neem telah digunakan untuk kawalan pelbagai serangga perosak dan patogen tumbuhan. Racun Pewasap Racun Biologi Racun Sentuh Racun Sistemik • Bentuk wasap dan akan meresap ke dalam sistem respirasi perosak. • Metil bromida dan Vapam biasanya digunakan untuk mengawal cacing nematod. • Mengandungi organisma yang menyerang organisma pembawa penyakit. • Basilus thuriengensis mengawal larva Plutella sp. yang menyerang tanaman kubis. • Digunakan dalam bentuk semburan kabus dan akan meresap ke dalam badan perosak. • Racun kulat yang mengandungi kuprum dan merkuri juga boleh bertindak sebagai racun sentuh. • Meresap ke dalam tisu tanaman dan menyebabkan tanaman beracun kepada perosak. • Contoh ialah Benlate. Kawalan organik ialah kawalan perosak menggunakan sumber semula jadi tanpa racun kimia. Bahan kawalan organik boleh didapati di pasaran atau boleh disediakan sendiri menggunakan ramuan daripada bahanbahan yang ada di dapur seperti cili api, bawang putih dan sabun. Cili api digunakan bersama bawang putih bagi membantu meningkatkan keberkesanan bahan aktif yang terdapat di dalam bawang putih. Manakala, sabun boleh dicampur bersama sekiranya racun organik ini perlu digunakan terhadap serangga perosak yang badannya diselaputi lapisan lilin seperti koya dan teritip. Sabun berfungsi mencairkan lapisan lilin tersebut supaya badan serangga terdedah dengan cecair racun yang disembur itu. Campuran cili pula sesuai bagi menghalang serangga jenis mengunyah, manakala ekstrak bawang putih sangat sesuai untuk kawalan vektor seperti kutu daun, teritip dan benah putih. 5 Kawalan organik
198 4 Modul Pengawalan Perosak Tanaman Menggunakan Bahan Organik Sediakan bahan dan peralatan. Pakai sarung tangan sebelum melakukan aktiviti seterusnya. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar. Kisar bahan hingga halus. Timbang cili padi dan bawang putih mengikut berat yang diperlukan. Tuangkan air ke dalam mesin pengisar. Tuangkan bahan yang dikisar ke dalam bekas kaca dan tutup rapat. 1 3 5 2 4 6 Bahan: 1 liter air, 100 gram cili padi dan 200 gram bawang putih Alatan: Penapis, alat penimbang, penyembur tangan 1.5 liter, mesin pengisar, sarung tangan, silinder penyukat, corong, botol kaca dan bikar penyukat
199 4 Modul Simpan bekas berisi bahan campuran tadi pada suhu bilik selama sehari. Bahan dicairkan dengan campuran air dengan nisbah 100:2000 (ml). Sembur pada tanaman yang berpenyakit dan pastikan semburan mengikut arah tiupan angin bagi mengelakkan racun terkena pada diri penyembur. Asingkan bahan kisar dengan menapis campuran. Campuran racun organik dimasukkan ke dalam penyembur tangan. 7 9 11 8 10 Tip Keselamatan Ikut sukatan yang tepat dan basuh tangan dengan bersih selepas aktiviti.
200 4 Modul 4.4.4 Menunjuk cara penggunaan bahan dan alatan mengawal rumpai, perosak dan penyakit tanaman. Kaedah Penggunaan Bahan dan Alatan Mengawal Standard Pembelajaran Rumpai, Perosak dan Penyakit Tanaman 1. Cara kawalan rumpai Jadual 4.19 Cara penggunaan bahan dan alatan mengawal rumpai Peralatan dan bahan Cara penggunaan (a) Menggunakan racun rumpai (i) Racun rumpai sentuh, contohnya paraquat (ii) Racun rumpai serap, contohnya glyphosate (iii) Racun rumpai separa serap, contohnya glufosinate ammonium (i) Lengkapkan diri dengan kelengkapan pelindung diri (PPE). (ii) Pastikan alat-alat penyembur berada dalam keadaan baik. Tong yang bocor boleh membahayakan pengendali. (iii) Masukkan air ke dalam tong penyembur galas. (iv) Sukat racun mengikut ketetapan dan saranan pengeluar atau pengilang. Tuang ke dalam tong penyembur galas dan kacau menggunakan pengacau. (v) Mula meracun di kawasan rumpai yang hendak diracun. (vi) Jangan menyembur racun melawan arah angin. (vii) Selepas siap kerja-kerja meracun, bersihkan diri dan peralatan kerja dan simpan semula ke dalam stor. (b) Menggunakan mesin rumput sandang (i) Periksa dan pastikan kawasan yang hendak dipotong rumput tiada halangan seperti batu, kayu, besi, plastik, tali dan sebagainya. (ii) Buka penutup tangki bahan api (lawan jam) dan periksa kandungan bahan api. Sedia campuran bahan api (petrol) dan minyak 2T mengikut nisbah 1:25 (Minyak 2T : bahan api). (iii) Isi campuran bahan api ke dalam tangki minyak. (iv) Buka palam pencucuh, cuci dan laraskan kelegaan (clearence) menggunakan gauge. (v) Buka pin kabel lentur dan periksa minyak gris pada kabel tersebut. Tutup semula pin kabel. (vi) Periksa dan ketatkan skru pengikat tali nilon pemotong. (vii) Buka minyak dengan menolak fuel choke ke bawah. (viii) Tolak throttle lever pada kedudukan separuh terbuka. Tolak tuil choke. (ix) Tarik tali starter untuk menghidupkan enjin. Pastikan tali nilon berkedudukan bebas daripada halangan atau tidak diletak pada permukaan tanah. Apabila enjin dihidupkan, laraskan pada kelajuan rendah selama 2 hingga 3 minit. (x) Galas mesin dan laraskan tali galas mengikut keselesaan bekerja. Mulakan kerja memotong rumput. Untuk mematikan enjin, kurangkan kelajuan enjin selama 1 minit. Tutup fuel choke dan matikan enjin dengan menekan suis pemati.
201 4 Modul Teknik Meracun Rumpai Pakai kelengkapan pelindung diri (PPE). Masukkan air ke dalam tong penyembur galas. Mula meracun di kawasan rumput yang hendak diracun. Jangan menyembur racun melawan arah angin. Sukat racun mengikut ketetapan dan saranan oleh pengeluar atau pengilang. Masukkan racun ke dalam tong penyembur galas dan kacau menggunakan pengacau. Pastikan kadar semburan tidak melebihi kadar yang disyorkan. Selepas siap kerja-kerja meracun, bersihkan peralatan kerja dan simpan semula ke dalam stor. 1 3 2 4 Info Semburan dilakukan pada waktu pagi atau petang. Bincangkan kebaikan dan keburukan penggunaan mesin rumput dan racun rumpai dalam kawalan rumpai. Tip Keselamatan 1. Semasa mengendalikan racun, lengkapkan diri dengan kelengkapan pelindung diri (PPE). 2. Alat-alat penyembur dipastikan berada dalam keadaan baik. Tong yang bocor boleh membahayakan pengendali. 3. Pastikan tiada orang atau apa-apa aktiviti lain di kawasan yang hendak disembur racun. 4. Jangan menyembur racun melawan arah angin. 5. Selepas aktiviti meracun, bersihkan diri dan tukar pakaian kepada pakaian biasa.
202 4 Modul 2. Cara kawalan perosak dan penyakit tanaman Jadual 4.20 Cara penggunaan bahan dan alatan mengawal perosak dan penyakit tanaman Peralatan dan bahan Cara penggunaan (a) Racun perosak (i) Lengkapkan diri dengan kelengkapan pelindung diri (PPE). (ii) Pastikan alat-alat penyembur berada dalam keadaan baik. Tong yang bocor boleh membahayakan pengendali. (iii) Masukkan air ke dalam tong racun. (iv) Kemudian masukkan racun. Sukatan racun adalah mengikut ketetapan dan saranan pengeluar atau pengilang. Pastikan kadar semburan tidak melebihi kadar yang disyorkan. (v) Semburan dilakukan pada waktu pagi atau petang. (vi) Pastikan tiada orang atau apa-apa aktiviti lain di kawasan yang hendak disembur racun tersebut. (vii) Mula meracun di kawasan tanaman yang hendak diracun. (viii) Jangan menyembur racun melawan arah angin. (ix) Selepas siap kerja-kerja meracun, bersihkan peralatan kerja dan simpan semula ke dalam stor. (b) Pembalut buah (i) Pembalut kertas – surat khabar lama dilipat dua dan dilekatkan bahagian tepi menggunakan pengokot. (ii) Pembalut anyaman daun – daun kelapa dianyam menyerupai sarung. (iii) Pembalut kertas berlilin atau plastik – boleh dibeli dan sedia untuk terus digunakan. (c) Perangkap warna (i) Perangkap pelekat kuning • Untuk memerangkap lalat buah, lalat putih dan pelombong daun di kawasan sayur-sayuran. (ii) Perangkap pelekat biru • Untuk memerangkap serangga kecil seperti kutu trip dan afid di kawasan sayur-sayuran.
203 4 Modul Info Tujuan membalut buah: 1. Menghalang kerosakan yang disebabkan oleh kulat, serangga dan lain-lain perosak. 2. Memelihara kualiti buah supaya lebih segar dan cantik. 3. Mengelakkan keguguran pada peringkat awal disebabkan oleh agen perosak lain. 4. Bilangan atau kuantiti hasil dapat ditentukan. 5. Memudahkan kerja-kerja memungut hasil. Peralatan dan bahan Cara penggunaan (d) Perangkap lampu (i) Perangkap lampu ultraungu • Dipasang 50 cm dari tanah untuk memerangkap kupu-kupu di kawasan dusun buah-buahan. (ii) Perangkap lampu fluoresen • Dipasang 150 cm dari tanah untuk memerangkap kupu-kupu di kawasan dusun buah-buahan. (e) Perangkap umpan beracun (i) Penarik feromon • Perangkap ini dibuat menggunakan botol plastik terbuang yang berisi sedikit air dan umpan feromon digantung pada dahan pokok buah-buahan. • Lalat buah jantan yang terhidu bau feromon akan masuk ke dalam botol, terperangkap dan jatuh ke dalam air lalu mati di dalamnya. • Kaedah memerangkap lalat buah jantan ini dapat mengurangkan populasi lalat buah jantan dan seterusnya mengurangkan kemungkinan proses pembiakan lalat buah. (f) Struktur Persekitaran Terkawal (i) Struktur kalis serangga • Struktur binaan ditutup sepenuhnya dengan jaring kalis serangga untuk mengawal kemasukan serangga. (ii) Struktur kalis serangga dan hujan • Struktur binaan berbumbung plastik lut cahaya dan dinding ditutup dengan jaring kalis serangga untuk melindungi tanaman daripada titisan hujan dan mengawal kemasukan serangga.
204 4 Modul Teknik Kawalan Perosak Menggunakan Perangkap Umpan Beracun Sediakan alatan dan bahan. Masukkan 250 ml air ke dalam botol. Simpulkan dawai di bahagian tengah (2 belitan) seperti gambar rajah di atas. Asingkan penutup botol mineral. Tebuk bahagian tengah penutup dengan soldering gun yang dipanaskan. Tandakan dan tebuk bahagian tengah botol mineral dengan soldering gun. • Jarak di antara lubang ialah 3 cm • Saiz lubang ialah 3 mm – 4 mm 1 5 3 2 4 Alatan: Playar pemotong dawai, playar muncung tirus, silinder penyukat dan soldering gun Bahan: Botol mineral 1.5 liter, Methyl eugenol (feromon), dawai dan kapas
205 4 Modul Celup kapas ke dalam feromon atau tuang feromon ke atas kapas. Masukkan dawai ke dalam lubang botol. Tutup ketat penutup botol. Pastikan simpulan dawai berada di bahagian dalam penutup botol. Gantung atau ikat perangkap umpan beracun. 7 8 9 10 Tip Keselamatan Basuh tangan dengan bersih selepas melakukan aktiviti. Lekatkan kapas sebesar ibu jari di bahagian pencangkuk dawai yang telah disediakan. 6
206 4 Modul 4.4.5 Mengesan simptom perosak dan penyakit pada tanaman. Simptom Perosak dan Penyakit pada Tanaman Standard Pembelajaran Perosak atau penyakit Simptom Sigatoka • Bintik-bintik kecil hitam atau jalur warna kuning pada daun. Layu panama • Akar luka diserang nematod. • Akar pokok bengkak dipenuhi cairan yang berbau busuk. • Daun akan kelihatan layu dan kuning. • Pertumbuhan pokok terbantut. Bintik berpusar • Daun kelihatan bintik-bintik kecil berwarna coklat muda kemudian bintik membesar berbentuk pusar dan bertukar warna menjadi coklat tua dan kehitaman. • Buah kelihatan lecuh berbentuk bulat atau lonjong dan di tengahnya lekok ke dalam. Virus mozek • Daun menjadi kerekot dan kelihatan tompok-tompok hijau tua dan hijau muda. • Pokok menjadi kuning dan terbantut. Belalang kunyit Valanga nigricorni • Tisu daun atau kulit tumbuhan terkoyak dan terpotong. • Pokok akan kehilangan pucuk muda. Lalat buah Bactrocera latifrons hendel • Terdapat bintik berwarna hitam pada buah. • Lalat buah akan menyengat dan menyuntik telur pada buah. • Larva yang menetas akan memakan tisu buah dari dalam. • Buah kelihatan lebam, lembik dan berair. Jadual 4.21 Perosak atau penyakit dan simptom-simptomnya
207 4 Modul Perosak atau penyakit Simptom Ulat pengorek buah Helicoverpa armigera • Buah dikorek dan dimakan dari dalam. • Buah yang telah matang akan menjadi busuk. • Pertumbuhan buah muda terbantut dan berkerekot. Kutu pokok Afid • Daun, bunga dan pucuk diserang. • Pertumbuhan pokok terbantut dan daun berkerinting. • Kulapuk tumbuh memenuhi permukaan daun. Kutu trip (teritip) • Daun muda pada pokok menjadi warna perang yang tidak sekata dan bertukar warna coklat tembaga. Daun akan mengerinting ke atas dan gugur. Kumbang daun Alacophora foveicollis • Larva kumbang daun yang dewasa memakan epidermis daun dan menyebabkan tompok-tompok kosong di tengah daun. Lelompat daun Empoasca fabae harris • Bintik-bintik putih pada urat daun, daun melengkung ke bawah dan sisi daun menggerutu. Siput • Siput akan makan bahagian lembut pokok seperti daun, kulit muda dan akar. • Daun kelihatan cacat.
208 4 Modul 4.4.6 Menentukan bahan untuk mengawal rumpai, perosak dan penyakit tanaman. Kaedah Kawalan Mengikut Jenis Rumpai, Standard Pembelajaran Perosak atau Penyakit Rumpai, perosak atau penyakit Kaedah kawalan Penerangan Rumpai Kimia Sembur racun. Kultur Buang rumpai sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Sigatoka Kimia Sembur racun (mancozeb, benomyl, tridemorph atau maneb) 10 hari sekali. Kultur Jaga kebersihan dan buang daun yang diserang. Layu panama Kultur Jaga kebersihan, saliran dan tanam pada jarak yang sepatutnya serta musnahkan pokok yang diserang. Layu fusarium Kultur Pastikan saliran air dalam keadaan baik. Kawal rumpai serta cabut dan musnahkan pokok yang berpenyakit. Bintik berpusar Kimia Sembur racun kulat (thiram) dengan kadar 3 g pada setiap 100 g biji benih. Selepas bercambah, sembur racun (mancozeb atau maneb). Virus mozek Kultur Cabut dan musnahkan pokok yang dijangkiti. Nematod Kimia Tabur fenamiphos (20 g setiap pokok) atau furadan 3G (100 g setiap pokok). Reput daun Kultur Musnahkan pokok berpenyakit dan kurangkan penyiraman. Reput lembut Kultur Musnahkan pokok yang berpenyakit dan kurangkan penyiraman. Kumbang pengorek batang Kultur Buang batang yang diserang. Ulat gulung daun Kultur Musnahkan larva. Belalang kunyit Kimia Sembur racun (malathion). Lalat buah Kimia Sembur racun malathion dengan kadar 60 ml + 180 ml methyleugenol dan dicampurkan dengan 10 l air. Fizikal Menggunakan perangkap. Ulat pengorek buah Kimia Sembur racun (deltamethrin atau permethrin). Kutu pokok Kimia Sembur racun (profenofos, prothiophos atau imidaclorprid). Kutu trip Kimia Sembur racun kimia (imidacloprid atau cypermetrin). Kutu daun Kimia Sembur racun (metamidophos atau delta metrin) di permukaan bawah daun. Hamama merah Kimia Sembur racun (dicofol atau propagate). Kumbang daun Kimia Sembur racun (dimethoate). Lelompat daun Kimia Sembur racun (furathiocarb, profenofo atau imidaclorprid) di permukaan daun. Siput Kimia Sembur racun (metaldehyde). Jadual 4.22 Jenis rumpai, perosak atau penyakit serta kaedah kawalan
209 4 Modul 4.4.7 Melaksanakan kerja kawalan rumpai, perosak dan penyakit tanaman mengikut perancangan dan prosedur yang betul. Pelaksanaan Kerja Kawalan Rumpai, Perosak Standard Pembelajaran dan Penyakit Tanaman Kaedah Kultur: Proses Merumpai Kaedah Kimia: Proses Menyembur Racun Kenal pasti rumpai. Cabut rumpai bersama akar. Kumpulkan rumpai di dalam pongkes. Lakukan pelupusan rumpai. Mematuhi arahan keselamatan penggunaan alatan meracun. Sediakan bahan dan peralatan. Bancuh racun dalam bekas dan masukkan ke dalam penyembur galas. Lupus bekas racun yang kosong. Rekod penggunaan racun. Sembur racun pada tanaman. Bersih dan simpan alat penyembur serta baki racun.
210 4 Modul Aktiviti Tajuk Pengawalan Rumpai, Perosak dan Penyakit Tanaman Objektif Melaksanakan kerja kawalan rumpai, perosak dan penyakit tanaman mengikut perancangan dan prosedur yang betul. Langkah kerja Butiran kerja 1. Mematuhi arahan keselamatan pengunaan alatan meracun. (a) Patuhi arahan dan peraturan yang telah ditetapkan. (b) Pastikan peralatan yang digunakan dalam keadaan baik. (c) Pakai kelengkapan pelindung diri (PPE) semasa mengendalikan bahan kimia. (d) Bersihkan tangan, muka dan badan menggunakan sabun dan air yang secukupnya selepas mengendalikan bahan kimia. 2. Sedia bahan dan peralatan. (a) Sediakan bahan dan peralatan seperti dalam senarai yang telah ditetapkan. 3. Bancuh racun dalam bekas dan masukkan ke dalam tong penyiram. (a) Pakai kelengkapan pelindung diri (PPE) semasa mengendalikan bahan kimia. (b) Sukat penggunaan racun dan bahan pelarut berdasarkan label seperti yang terdapat pada bekas racun. (c) Masukkan racun yang telah disukat ke dalam bekas campuran bersama pelarutnya. (d) Kacau racun yang telah dicampur dengan bahan pelarut menggunakan pengacau. (e) Masukkan bancuhan racun ke dalam tong penyembur galas. 4. Sembur racun pada tanaman. (a) Gunakan alat penyembur yang sesuai. (b) Pastikan alat penyembur berfungsi dengan baik. (c) Sembur racun pada tanaman mengikut tatacara yang betul. 5. Bersih dan simpan alat penyembur serta baki racun. (a) Keluarkan saki baki racun dan bersihkan tangki dan komponen lain menggunakan air bersih. (b) Tanggalkan komponen-komponen daripada alat dan keringkan. (c) Penyembur yang telah kering disimpan di dalam stor supaya tidak terdedah kepada habuk dan keadaan lembap. 6. Lupus bekas racun. (a) Tuang sehingga habis sisa racun perosak ke dalam tong penyembur galas dan tunggu kira-kira 30 saat. (b) Isikan air bersih ke dalam bekas racun kosong. (c) Tutup bekas racun dengan penutup dan goncang selama 30 saat. (d) Tuang air bilasan ke dalam tong penyembur galas. (e) Cuci bahagian luar bekas racun dengan bersih dan tebuk bekas tersebut. (f) Keringkan bekas racun secara terbalik dan hantar ke pusat pengumpulan. 7. Rekod penggunaan racun. (a) Sediakan jadual kerja untuk merekodkan penggunaan racun berdasarkan contoh jadual yang terdapat di Lampiran 1. ( ) Tandatangan & Nama Murid Tarikh: ( ) Tandatangan & Nama Guru Tarikh:
211 4 Modul LAMPIRAN 1 Bil. Tarikh / Masa (1) Jenis Tanaman (2) Keluasan / Blok (3) Nama Dagangan (4) Kuantiti Digunakan (5) Baki RMP (6) Nama Perosak / Sebab Penggunaan (7) PHI (Hari) (8) REI (9) Alat Yang Digunakan (10) Nama Pekerja (11) myGAP 4-8 REKOD PENGGUNAAN RACUN MAKHLUK PEROSAK / BAHAN KIMIA Nama Pemohon: No. Pendaftaran: Alamat Ladang:
212 4 Modul Rumusan Penjagaan Tanaman • Kaedah penyiraman terbahagi kepada dua iaitu cara manual dan mekanisasi. • Penyiraman secara manual adalah menggunakan tong penyiram atau hos getah. • Penyiraman kaedah mekanisasi menggunakan kaedah jenis titis dan renjis. • Baja dikelaskan kepada baja organik dan baja kimia. • Baja organik terdiri daripada tinja haiwan, sisa ladang, sisa kilang dan bio-organik. • Baja kimia terdiri daripada baja tunggal, baja campuran, baja sebatian dan baja lengkap. • Bentuk baja terbahagi kepada tiga iaitu bentuk butir, debu dan cecair. • Terdapat lima kaedah pembajaan iaitu tabur, alur, poket, semburan dan titis. • Junjung atau sokongan ialah struktur bertiang yang dibina untuk menyokong tanaman memanjat, menjalar, melilit atau tanaman yang berbatang lemah supaya tidak rebah dan buahnya tidak terkena permukaan tanah. • Junjung tanaman makanan terdiri daripada enam jenis iaitu junjung tunggal, junjung segi tiga atau silang, junjung pagar, junjung para, junjung V dan junjung T. • Penyulaman adalah aktiviti menggantikan pokok yang mati atau sakit atau tidak seperti yang dikehendaki dengan pokok yang baharu yang subur. • Penjarangan adalah aktiviti membuang anak benih sayur-sayuran yang tumbuh rapat bagi memberi ruang dan jarak yang sesuai antara anak benih. Penjarangan bagi tanaman buah-buahan dilakukan dengan memotong bunga dan putik buah yang berlebihan bagi menghasilkan buah yang berkualiti. • Cantasan adalah aktiviti mengerat atau mencantas pucuk, tunas air atau dahan untuk menggalakkan pengeluaran pucuk, cabang atau dahan baharu dan pengeluaran bunga serta buah. Aktiviti ini juga bertujuan untuk membuang dahan berpenyakit, reput, tidak berfungsi dan menghasilkan rupa bentuk tanaman yang dikehendaki. • Rumpai bersaing dengan tanaman yang ditanam untuk mendapatkan cahaya matahari, nutrien dan kelembapan tanah. Rumpai menjadi perumah alternatif kepada perosak dan menyukarkan aktiviti penanaman. • Terdapat dua kaedah kawalan rumpai iaitu kawalan fizikal dan kimia. • Perosak tanaman seperti serangga perosak, nematod, hama dan siput merupakan agen yang boleh mengganggu proses fisiologi tanaman dan menyebabkan kerosakan dan penyakit pada tanaman. • Terdapat lima kaedah kawalan perosak dan penyakit tanaman iaitu kawalan kultur, fizikal, biologi, kimia dan organik. Penjagaan tanaman makanan merangkumi kerja-kerja menyiram, membaja, memasang junjung, menyulam, menjarang, mencantas, dan mengawal rumpai, perosak serta penyakit tanaman. Penyiraman Pembajaan Junjung Penyulaman, Penjarangan dan Cantasan Pengawalan Rumpai, Perosak dan Penyakit
213 4 Modul Jana Minda Bahagian A 1. Senaraikan lima aktiviti penjagaan yang perlu dilakukan terhadap tanaman makanan. (a) (d) (b) (e) (c) 2. Terdapat dua jenis kaedah penyiraman yang diamalkan di Malaysia. Nyatakan kaedah tersebut. (a) (b) 3. Isi tempat kosong di bawah. Pengelasan Baja (a) (b) (c) (d) Baja Organik (a) (b) (c) (d) Baja Kimia 4. Berdasarkan Jadual 1, nyatakan jenis junjung yang sesuai dibina mengikut jenis tanaman. 5. Susun langkah kerja menyulam di bawah mengikut urutan yang betul dengan menulis 1, 2, 3, 4 dan 5. Tanaman Junjung (a) Cili (b) Terung (a) Timun (b) Tomato Pastikan kedudukan kolar anak pokok pada paras tanah. Tentukan titik tanaman dengan tepat menggunakan kayu pancang. Kambus lubang tanaman, padatkan dan siram anak pokok. Untuk anak pokok yang lebih besar, gali lubang menggunakan cangkul atau penggali. Membuat lubang tanaman menggunakan sudip tangan. Pastikan saiz lubang lebih besar sedikit daripada saiz polibeg. Jadual 1
214 4 Modul Bahagian B 1. Rajah 1 menunjukkan aktiviti penjagaan tanaman yang sering dilakukan. Rajah 1 (a) Namakan jenis aktiviti penjagaan tanaman di atas. (b) Nyatakan alatan yang digunakan untuk melakukan aktiviti di atas. (i) (ii) (c) Huraikan langkah kerja aktiviti penjagaan tanaman di atas. 2. Rajah 2 menunjukkan perosak yang menyerang tanaman. Rajah 2 (a) Namakan jenis perosak tersebut. (b) Jelaskan simptom-simptom yang berlaku pada tanaman sekiranya diserang oleh perosak di atas. (c) Nyatakan jenis kaedah kawalan yang perlu dilakukan dan bahan yang diperlukan.
215 4 Modul Refleksi Tandakan (✓) pada ruangan yang sesuai. Selepas mempelajari bab ini, saya boleh: Bil. Perkara 1. Menyatakan tujuan penyiraman dan pembajaan. 2. Memberi contoh kaedah penyiraman dan pembajaan. 3. Mengelaskan jenis baja. 4. Menguji sistem penyiraman tanaman makanan. 5. Membuat justifikasi kaedah pembajaan yang sesuai dan cara menggunakan peralatan membaja. 6. Melaksanakan jadual penyiraman dan pembajaan tanaman makanan seperti yang dirancang. 7. Menyatakan maksud junjung. 8. Menyenaraikan jenis-jenis junjung tanaman. 9. Memilih jenis peralatan dan bahan membuat junjung berdasarkan jenis tanaman makanan. 10. Mengukur dan menanda tapak struktur junjung tanaman. 11. Menguji ketahanan struktur junjung tanaman makanan. 12. Menganalisis keperluan bahan yang sesuai bagi pembinaan junjung tanaman makanan. 13. Memasang struktur pembinaan junjung mengikut spesifikasi dan prosedur yang betul. 14. Menyatakan tujuan menyulam, menjarang dan mencantas tanaman makanan. 15. Memberi contoh peralatan menyulam, menjarang dan mencantas tanaman makanan. 16. Melaksanakan kerja menyulam, menjarang dan mencantas tanaman makanan. 17. Menganalisis keperluan aktiviti menyulam, menjarang dan mencantas tanaman makanan. 18. Menilai dan membuat kesimpulan aktiviti penjagaan tanaman yang diperlukan. 19. Melaksanakan kerja menyulam, menjarang dan mencantas tanaman makanan mengikut perancangan yang betul. 20. Menyatakan tujuan mengawal rumpai, perosak dan penyakit tanaman. 21. Memberi contoh bahan dan peralatan mengawal rumpai, perosak dan penyakit tanaman. 22. Menyediakan bahan dan peralatan mengawal rumpai, perosak dan penyakit tanaman. 23. Menunjuk cara penggunaan bahan dan alatan mengawal rumpai, perosak dan penyakit tanaman. 24. Mengesan simptom perosak dan penyakit pada tanaman. 25. Menentukan bahan untuk mengawal rumpai, perosak dan penyakit tanaman. 26. Melaksanakan kerja kawalan rumpai, perosak dan penyakit tanaman mengikut perancangan dan prosedur yang betul.