The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU 1062 - Integriti dan Anti Rasuah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuziwd, 2025-01-02 10:00:24

Kes Rasuah Soeharto

MPU 1062 - Integriti dan Anti Rasuah

SoehartoSoeharto
Korup Diktator


MPU 1062 INTEGRITI DAN ANTI RASUAH (GROUP H)
SEMESTER PERTAMA SESI 2024/2025 (A241)
KES RASUAH SUHARTO
NAMA PELAJAR NOMBOR MATRIK
NUR HAZIQAH BINTI MOHAMAD BAKHORI 298908
NUR FATIN FARZANA BINTI MOHD YUSOF 299395
MOHAMMAD SAIFUL FAKHRI BIN AZRIN 300204
MOHAMAD IZRUL RAZMAN BIN ISHAK 297975
AMMAR RAHIMI BIN AKASHAH 297985
DISEDIAKAN UNTUK:
SIR DZULHILMI BIN AHMAD FAWZI
TARIKH HANTAR:
2 JANUARI 2025


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
01
ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN
BIODATA SOEHARTO
KRONOLOGI
BAGAIMANA SOEHARTO TERLIBAT
DALAM RASUAH
FAKTOR SOEHARTO TERLIBAT
DALAM SKANDAL RASUAH
KESAN RASUAH KEPADA INDIVIDU,
RAKYAT, DAN NEGARA
BERDASARKAN KES SUHARTO
PENDAPAT TENTANG KES
SOEHARTO
ETIKA DAN PENGAJARAN
DARIPADA KES RASUAH
SOEHARTO
HARAPAN MASA DEPAN UNTUK
RAKAN SEBAYA DAN UNTUK
NEGARA
KESIMPULAN


PENDAHULUAN
Pada era globalisasi ini, rasuah semakin berleluasa
dalam kalangan masyarakat di dunia dan menjadi
semakin tidak terkawal biarpun terdapat banyak
inisiatif daripada pihak kerajaan. Rasuah merupakan
suatu perbuatan yang boleh merosakkan sesebuah
masyarakat terutamanya negara. Menurut portal rasmi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),
rasuah didefinisikan sebagai perbuatan memberi atau
menerima upah atau suapan bagi tujuan untuk
melaksanakan sesuatu perkara atau tidak
melaksanakan perkara yang berkaitan dengan
tanggungjawab seseorang individu tersebut. Pemberian
atau penerimaan rasuah terdiri daripada pelbagai
bentuk termasuklah duit, bonus, jawatan, undi,
perkhidmatan, diskaun dan upah. Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat, rasuah boleh ditakrifkan sebagai
sesuatu perbuatan pemberian untuk menumbuk rusuk
atau dikenal sebagai menyogok atau menyuap (Kamus
Dewan Edisi Keempat).
Rasuah dari perspektif Islam pula membawa maksud
wang yang diberikan kepada pegawai atau penguasa
tersebut memberikan hukuman yang akan memberikan
kepetingan kepada pemberi atau menjatuhkan hukum
yang akan memberikan kerugian kepada lawan atau
musuhnya atau supaya didahulukan urusannya atau
ditunda kerana ada sesuatu keuntungan dan sebagainya
(Dr Yusof al-Qardhawi). Rasuah boleh berlaku di mana-
mana termasuklah sektor kerajaan dan swasta di mana
menjadi lubuk seseorang individu atau pegawai
memperoleh sesuatu mengikut kepentingannya tanpa
sebarang ketulusan. Walaubagaimanapun, hasil statistik
dari portal SPRM mendapati sebilangan besar tangkapan
yang dilakukan di Malaysia oleh badan pencegah induk
itu adalah dari kalangan penjawat awam.
Perbuatan jenayah secara umumnya terbahagi kepada
dua jenis iaitu jenayah kolar putih dan kolar biru.
Perbuatan rasuah ini dapat dilihat dari pelbagai lapisan
masyarakat dari golongan bawahan hingga golongan
atasan.
Perbuatan rasuah ini dikategorikan sebagai jenayah
kolar putih. Berbeza daripada jenayah kolar biru,
jenayah kolar putih merujuk kepada seseorang pelaku
jenayah yang mempunyai jawatan yang tinggi dalam
sesebuah organisasi dan berkedudukan tinggi dalam
sesebuah masyarakat. Jenayah ini merujuk kepada
perbuatan jenayah yang tidak melibatkan sebarang
bentuk keganasan fizikal dan banyak merangkumi
perbuatan kesalahan dari segi kewangan hanya untuk
kepentingan sendiri. Antara contoh jenayah kolar putih
yang kebiasaannya dilakukan oleh golongan profesional
ialah penggubahan wang haram, rasuah dan penipuan.
Jenayah kolar putih ini kebiasaannya berlaku di kawasan
korporat seperti pejabat di sektor awam mahupun
swasta, institusi kewangan dan syarikat korporat.
02


BIODATA SOEHARTO
Haji Muhammad Soeharto
merupakan sosok individu yang
cukup terkenal di Indonesia.
Beliau merupakan Presiden
Indonesia kedua dan memegang
jawatan paling lama iaitu selama
32 tahun bagi menggantikan
Sukarno pada tahun 1967
sehingga tahun 1998. Soeharto
dilahirkan pada 8 Jun 1921 di desa
Kemusuk iaitu sebuah wilayah
yang terletak di Yogyakarta,
Indonesia. Beliau merupakan
anak tunggal hasil dari
perkahwinan Sukirah dan
Kertosudiro.
Kerjaya Soeharto bermula berkembang
apabila beliau menjadi sarjan KNIL
(Koninklijk Nederlands-Indische Leger).
Soeharto juga turut dilantik sebagai
komander Pembela Tanah Air (PETA),
komander regimen dengan pangkat
mayor dan komander battalion dengan
pangkat sebagai leftenan kolonel. Pada
tahun 1949, Soeharto berjaya memimpin
pasukannya untuk merebut semula
Kota Yogyakarta dari cengkaman
Belanda.
Soeharto mendapat pendidikan
pertamanya ketika berusia lapan
tahun di Sekolah Desa (SD)
Puluhan, Godean. Namun,
disebabkan ibu dan bapanya
berpindah ke Kemusuk, Kidul,
Soeharto terpaksa meneruskan
pengajiannya di SD Pedes pula
sebelum melanjutkan
pengajiannya di peringkat SMP
iaitu di Muhammadiyah,
Yogyakarta. Pendidikan Soeharto
telah terhenti di peringkat SMP
dek kerana masalah kewangan
yang dialami oleh keluarga beliau.
Keadaan ini telah memaksa
Soeharto untuk menyertai
tentera di mana pada tahun 1940,
beliau telah mendaftarkan
dirinya ke Militer Koning Willem
III atau kini dikenali sebagai
Akademi Militer Magelang. Pada
26 Disember 1947, Soeharto telah
mendirikan rumah tangga
bersama Raden Ayu Siti Hartinah
dan dikurniakan enam orang
cahaya mata.
Soeharto juga turut berjaya
menggulingkan kepimpinan Sukarno
apabila beliau telah diangkat sebagai
presiden baharu Indonesia.
Sepanjang tempoh kepimpinannya,
Soeharto banyak berjasa kepada rakyat
dan negara Indonesia. Contohnya,
Soeharto telah mewajibkan
persekolahan kepada setiap kanak-
kanak di Indonesia tanpa perlu
membayar yuran persekolahan.
Soeharto turut memperkenalkan
program perancangan keluarga dan
membasmi kemiskinan rakyat melalui
revolusi pertanian untuk makanan. Jasa
dan keringat yang telah dicurahkan oleh
beliau telah menjadikan Soeharto
sebagai Bapa Pembangunan. Di
peringkat antarabangsa, Soeharto
merupakan individu yang sering disegani
oleh para pemimpin kerana kejayaan
beliau seperti berjaya menamatkan
persengketaan antara Malaysia-
Indonesia.
Selain itu, Soeharto turut berkhidmat
sebagai pasukan keselamatan Indonesia
semasa pendudukan Jepun di Indonesia.
Beliau juga menyertai ketenteraan
Indonesia yang ketika itu baru sahaja
ditubuhkan dan telah membawa beliau
kepada pangkat jeneral utama
berikutan kemerdekaan Indonesia. Pada
30 September 1965, rampasan
percubaan telah dilakukan oleh Parti
Komunis Indonesia dan ianya telah
mendapat tentangan hebat oleh tentera
pimpinan Soeharto. Mereka telah
melaksanakan anti-komunis dan telah
menjadi satu peristiwa hitam apabila
berlakunya pembunuhan secara
beramai-ramai.
Namun, setiap manusia tidak pernah
terlepas daripada melakukan kesilapan.
Sokongan daripada rakyat Indonesia
kepada Soeharto mula merosot apabila
nama beliau telah terpalit dengan isu
rasuah. Oleh itu, Soeharto membuat
keputusan untuk mengundurkan diri
sebagai presiden Indonesia pada tahun
1998. Disebabkan beliau mengalami
sakit yang kronik, dakwaan rasuah ke
atas Soeharto terpaksa ditangguhkan.
Pada 27 Januari 2008, Soeharto telah
menghembuskan nafas terakhirnya di
Hospital Pusat Pertamina pada usia 86
tahun. Jenazah Soeharto telah
dikebumikan di Astana Giri Bangun, Solo
di kediaman keluarga Cendana.
03


KRONOLOGI
Soeharto adalah salah seorang tokoh yang tidak dapat dilupakan dalam sejarah Indonesia. Beliau telah memimpin
negara selama lebih daripada tiga dekad dan membawa Indonesia melalui era pembangunan ekonomi yang pesat.
Namun, kepemimpinan beliau turut diwarnai dengan kontroversi yang memberikan kesan mendalam kepada
negara. Berikut adalah kronologi perjalanan hidup dan kerjaya Soeharto yang penuh warna.
Kehidupan Soeharto semasa kecil banyak dipengaruhi oleh kesederhanaan hidup dan cabaran ekonomi keluarga.
Dengan azam untuk memperbaiki kehidupannya, Soeharto menyertai tentera pada tahun 1939 sebagai anggota
KNIL (Tentara Kerajaan Hindia Belanda). Langkah ini menjadi titik tolak penting yang membuka jalan kepada
kerjaya beliau dalam dunia ketenteraan dan politik.
Soeharto memainkan peranan penting dalam Perang Kemerdekaan Indonesia (1945-1949) sebagai komandan
batalion Tentara Nasional Indonesia (TNI), menjadikannya salah seorang tokoh utama dalam sejarah kemerdekaan
negara. Pada tahun 1962, beliau diberi tanggungjawab besar sebagai Panglima Mandala dalam Operasi Trikora, iaitu
misi penting untuk membebaskan Irian Barat daripada penjajahan Belanda. Ketokohan beliau semakin menyerlah
semasa Peristiwa G30S/PKI pada tahun 1965, apabila beliau memimpin operasi untuk menumpaskan gerakan
tersebut. Peristiwa ini menjadi titik awal kebangkitan Soeharto ke puncak kuasa politik di Indonesia.
Pada 11 Mac 1966, Soeharto menerima Supersemar (Surat Perintah Sebelas Maret) daripada Presiden Sukarno, yang
memberi kuasa kepadanya untuk memulihkan kestabilan negara. Peristiwa ini menjadi titik perubahan besar yang
membawa kepada pelantikan beliau secara rasmi sebagai Presiden pada 27 Mac 1968 oleh Majlis Permusyawaratan
Rakyat (MPR). Sebagai Presiden, Soeharto memperkenalkan era Orde Baru yang menumpukan kepada
pembangunan ekonomi, kestabilan politik, dan hubungan baik dengan negara-negara Barat. Beliau dikenang kerana
melaksanakan program-program besar seperti pembukaan ladang berskala besar dan pembinaan infrastruktur,
yang memberikan manfaat ekonomi kepada rakyat.
04


KRONOLOGI
Namun, tindakan beliau mengarahkan operasi ketenteraan di
Timor Timur pada tahun 1975 menimbulkan kritikan
antarabangsa, khususnya berkaitan isu pelanggaran hak asasi
manusia. Walaupun begitu, era Orde Baru mencatatkan
pertumbuhan ekonomi yang luar biasa, menjadikan Indonesia
sebagai salah satu negara membangun terkemuka di Asia
Tenggara.
Pada penghujung tahun 1990-an, Soeharto menghadapi cabaran
besar apabila Krisis Kewangan Asia 1997 melanda Indonesia,
menyebabkan kemerosotan ekonomi yang serius. Kepercayaan
rakyat terhadap kepemimpinan beliau mula merosot, dan protes
besar-besaran tercetus di seluruh negara. Akhirnya, pada 21 Mei
1998, Soeharto meletakkan jawatan dan menyerahkan kuasa
kepada Wakil Presiden B.J. Habibie, sekali gus menamatkan era
pemerintahannya yang panjang selama 32 tahun.
Kesimpulannya, Soeharto meninggalkan warisan yang
bercampur-baur. Di satu sisi, beliau dikenang sebagai pemimpin
yang membawa pembangunan ekonomi dan kestabilan kepada
Indonesia. Namun, di sisi lain, pemerintahannya sering dikritik
kerana isu rasuah dan pelanggaran hak asasi manusia.
Walaupun penuh kontroversi, Soeharto tetap menjadi figura
penting dalam sejarah Indonesia, meninggalkan kesan yang
sukar dilupakan oleh rakyat dan dunia.
05


Soeharto, Presiden kedua Indonesia, memerintah selama lebih tiga dekad dari 1967 hingga 1998 dalam era yang
dikenali sebagai Orde Baru. Pemerintahannya sering dianggap sebagai era keemasan bagi pembangunan ekonomi
Indonesia, namun di sebalik pencapaian tersebut, tersembunyi sistem rasuah yang mendalam dan sistemik.
Soeharto bukan sahaja menggunakan kedudukannya untuk memperkayakan dirinya sendiri, tetapi juga melibatkan
keluarga dan sekutunya dalam rangkaian rasuah yang kompleks. Sistem ini bukan sahaja melemahkan institusi
negara, tetapi turut menanam budaya rasuah yang masih berakar dalam struktur politik dan ekonomi Indonesia
sehingga ke hari ini.
Sistem rasuah di bawah pemerintahan Soeharto mula terbentuk apabila beliau mengambil alih kuasa daripada
Sukarno pada tahun 1967. Ketika itu, Soeharto menghadapi cabaran besar untuk menstabilkan situasi politik dan
ekonomi yang bergolak. Dalam usaha untuk mendapatkan sokongan daripada pihak tentera, birokrat, dan golongan
elit ekonomi, Soeharto memperkenalkan sistem patronage, di mana kuasa politik dan ekonomi diagihkan kepada
individu atau kumpulan yang menunjukkan kesetiaan kepada rejimnya.
Dasar pengurusan ekonomi ketika itu berpusat sepenuhnya di bawah kawalan kerajaan, dengan semua keputusan
utama mengenai pelaburan, kontrak, dan perdagangan ditentukan oleh Soeharto serta sekutunya. Tiada ketelusan
dalam proses ini, dan kebanyakan keputusan ekonomi dipengaruhi oleh hubungan peribadi atau kepentingan politik.
Dengan ketiadaan mekanisme pengawasan yang kukuh, Soeharto membina jaringan kuasa yang membolehkannya
memanfaatkan ekonomi negara untuk memperkayakan dirinya dan kelompok terdekatnya.
BAGAIMANA SOEHARTO
TERLIBAT DALAM RASUAH
Selain itu, Kronisme dan nepotisme menjadi ciri utama pemerintahan Soeharto, di mana beliau memastikan
keluarga dan sekutu rapatnya menguasai sektor-sektor ekonomi yang paling menguntungkan di Indonesia. Anak-
anak Soeharto, seperti Tommy Soeharto, Siti Hardijanti Rukmana (Tutut), dan Bambang Trihatmodjo, diberi kawalan
eksklusif ke atas pelbagai industri strategik. Sebagai contoh, Tommy Soeharto diberikan hak monopoli dalam
perdagangan cengkih, bahan asas utama untuk pembuatan rokok kretek yang merupakan salah satu eksport
terbesar Indonesia. Monopoli ini memberi keuntungan besar kepada Tommy, tetapi pada masa yang sama
merugikan petani cengkih tempatan yang terpaksa menjual hasil mereka dengan harga rendah kepada syarikat
milik Tommy.
Begitu juga, Siti Hardijanti Rukmana mendapat keistimewaan untuk mengendalikan projek-projek besar dalam
sektor pembinaan jalan raya dan infrastruktur. Projek-projek ini sering diberikan tanpa melalui proses tender
terbuka, menjadikan sektor pembinaan sebagai alat untuk memperkayakan keluarga Soeharto. Selain itu, keluarga
Soeharto turut menguasai sektor lain yang strategik seperti telekomunikasi, tenaga, perbankan, dan media.
Kekayaan mereka terus berkembang melalui konsesi ekonomi yang diberikan oleh kerajaan dan perlindungan
politik yang dijamin oleh Soeharto sendiri. Sistem ini menjadikan ekonomi negara dikuasai oleh sekumpulan kecil
golongan elit, sementara rakyat biasa terus bergelut dalam kemiskinan.
06


Di samping itu, Soeharto turut menggunakan yayasan amal
sebagai alat untuk menyembunyikan tindakan aktiviti
rasuahnya. Yayasan seperti Yayasan Supersemar, Yayasan
Dharmais, dan Yayasan Amal Bhakti Muslim Pancasila
ditubuhkan dengan tujuan rasmi untuk menyokong
pendidikan, pembangunan sosial, dan bantuan kemiskinan.
Namun, realitinya yayasan-yayasan ini berfungsi sebagai
topeng untuk mengumpulkan dana haram bagi
memperkayakan Soeharto dan partinya iaitu Golkar.
Yayasan-yayasan ini beroperasi melalui dua cara utama.
Pertama, syarikat besar, terutamanya yang mempunyai
kontrak dengan kerajaan, dipaksa untuk membuat
“sumbangan” kepada yayasan tersebut. Sumbangan ini
dilabel sebagai derma, tetapi hakikatnya ia adalah satu
bentuk bayaran rasuah untuk mendapatkan kelulusan
projek. Kedua, sebahagian besar dana yang dikumpulkan
tidak pernah sampai kepada rakyat yang memerlukan,
sebaliknya digunakan untuk membiayai gaya hidup mewah
Soeharto dan keluarganya.
Dalam pada itu, Indonesia kaya dengan sumber asli seperti
minyak, gas, kayu, dan emas. Di bawah pemerintahan
Soeharto, kekayaan semula jadi negara ini dieksploitasi
secara besar-besaran untuk keuntungan peribadi beliau
dan sekutunya.Dengan itu, Soeharto menjalin hubungan
erat dengan syarikat multinasional yang ingin melabur di
Indonesia. Sebagai balasan untuk kontrak atau konsesi,
syarikat-syarikat ini diwajibkan membayar komisen atau
bayaran bawah meja kepada Soeharto dan keluarganya.
Sebagai contoh, dalam sektor minyak dan gas, banyak
syarikat asing membayar “yuran khas” untuk mendapatkan
kelulusan projek mereka.
Eksploitasi ini sering dilakukan tanpa pengawasan yang
mencukupi, menyebabkan kerosakan besar kepada alam
sekitar dan kehilangan tanah bagi komuniti tempatan.
Penduduk asli yang tinggal berhampiran kawasan
perlombongan sering diusir tanpa pampasan yang
mencukupi, sementara keuntungan daripada sumber asli
tersebut hanya dinikmati oleh segelintir golongan elit.
07


Pada masa yang sama, Soeharto mencipta sebuah sistem
pemerintahan yang hampir kebal daripada pengawasan.
Institusi penting seperti badan kehakiman, parlimen, dan
media dikawal sepenuhnya oleh sistem pentadbiranya.
Mana-mana pihak yang cuba menyiasat atau mencabar
rasuah dalam pentadbirannya sering dikenakan tindakan
keras, termasuk penahanan, ancaman, atau serangan
fizikal. Dengan itu, budaya rasuah, kolusi, dan nepotisme
(KKN) turut menyusup ke semua peringkat birokrasi.
Pegawai kerajaan sering melihat rasuah sebagai perkara
biasa untuk mendapatkan keuntungan, kerana sistem itu
sendiri mendorong amalan tersebut. Keadaan ini
melemahkan institusi negara, menjadikan mereka tidak
mampu untuk berfungsi sebagai pelindung hak rakyat.
Lain daripada itu, Transparency International
menganggarkan bahawa Soeharto mengumpulkan
kekayaan haram bernilai antara $15 bilion hingga $35 bilion
sepanjang pemerintahannya. Kekayaan ini dikumpulkan
melalui penguasaan terhadap sektor ekonomi strategik,
komisen daripada kontrak kerajaan, dan penyelewengan
dana dari yayasan amal. Sebahagian besar kekayaan ini
disimpan di luar negara, dalam akaun bank rahsia di
Switzerland serta pelaburan hartanah di Eropah dan
Amerika Syarikat.
Akhir sekali, penglibatan Soeharto dalam rasuah meninggalkan kesan buruk yang berpanjangan terhadap negara
Indonesia. Antaranya, kemiskinan di kalangan rakyat biasa berterusan walaupun ekonomi negara berkembang
pesat pada era Soeharto. Kedua, institusi kerajaan menjadi lemah akibat budaya rasuah yang mendalam, dan
reformasi institusi-institusi ini masih menghadapi cabaran besar hingga kini. Ketiga, kejatuhan Soeharto pada
1998 mencetuskan ketidakstabilan politik, di mana gerakan reformasi berusaha keras untuk memulihkan sistem
yang telah dirosakkan selama lebih tiga dekad. Kesannya Soeharto bukan sahaja seorang individu yang terlibat
dalam rasuah, tetapi beliau mencipta sebuah sistem pemerintahan yang menjadikan korupsi sebagai asas
pengurusan politik dan ekonomi. Warisan hitam yang ditinggalkan oleh pemerintahannya terus menjadi cabaran
besar untuk Indonesia dalam membina sebuah negara yang adil, bersih, dan bebas rasuah. Walaupun era Orde
Baru telah berakhir, kesan sistemik daripada pemerintahan Soeharto masih dirasakan hingga ke hari ini.
08


FAKTOR SOEHARTO TERLIBAT
DALAM SKANDAL RASUAH
PEMERINTAHAN YANG PANJANG
Sejak dilantik menjadi Presiden Indonesia yang kedua, Soeharto
telah menjalankan pemerintahan selama 32 tahun iaitu dari 1966
hingga 1998. Selama pemerintahan beliau, beliau menerapkan
sebuah rejim order baru iaitu bagi menggantikan era pemerintahan
Soekarno yang mengalami krisis kewangan yang amat buruk dalam
sejarah. Pemerintahan yang bersifat autokratik ini telah memberikan
penguasaan penuh kepada beliau dari pelbagai sektor iaitu politik,
pentadbiran dan ekonomi. Disebabkan kawalan penuh Soeharto
terhadap kewangan Republik Indonesia, beliau didapati
mengumpukan kemewahan peribadi. Menurut Transparency
National, Sebanyak USD 15 hingga 35 billion telah berjaya dikumpul
melalui pelbagai cara yang disifatkan sebagai jenayah kolar putih.
Taktik penipuan terhadap kewangan negara berpunca daripada
pengalaman beliau yang luas dalam menguruskan aset dan
kewangan negara selama pemerintahan beliau. Sebelum dilantik
menjadi presiden, beliau juga pernah bekerja sebagai kerani di
sebuah bank di wilayah Wuryantaro. Peranan beliau sebagai seorang
pemerintah diktator juga telah mempengaruhi ketidaktelusan
Soeharto semasa pemerinahan beliau.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, diktator merujuk kepada
sebuah kepimpinan yang mutlak iaitu penguasaan negara tanpa
mengikut sebarang perkara yang termaktub dalam perlembagaan
dan melaksanakan segala perkara dengan zalim. Elemen semak dan
imbang semasa pemerintahan Soeharto yang rendah telah
mendorong beliau untuk melaksanakan pemusatan kuasa secara
menyeluruh tanpa efektif. Pemerintahan yang panjang telah
membuatkan beliau berasa terlalu selesa tanpa sebarang gangguan
terhadap jawatannya.
PENGARUH KELUARGA DAN
ORANG SEKELILING
Selain daripada itu, pada zaman pemerintahan Soeharto, pengaruh
keluarga dan kroninya merupakan antara punca utama
perkembangan amalan rasuah di Indonesia. Keluarga Suharto,
termasuk anak-anak dan saudara terdekat, mempunyai akses
hampir tanpa had kepada pelbagai projek ekonomi strategik, syarikat
negeri, dan peluang perniagaan besar yang sepatutnya dijalankan
secara profesional dan telus. Kebanyakkan projek besar telah
dianugerahkan kepada syarikat yang dimiliki atau dikawal oleh
keluarga Soeharto, kebiasaanya membuat tanpa melalui proses
tender yang adil atau terbuka.
Kroni beliau yang terdiri daripada pegawai tinggi kerajaan, ahli
perniagaan kaya dan rakan rapatnya, juga mendapat manfaat
daripada kedekatan mereka dengan pusat kuasa. Sistem naungan
yang kukuh semasa era Orde Baru membolehkan kumpulan ini
memperoleh hak ekonomi, kontrak projek, atau permit perniagaan
dengan mudah, selalunya melalui cara yang menyalahi undang-
undang.
Selain itu, yayasan-yayasan yang diasaskan oleh Suharto seperti
Yayasan Supersemar digunakan untuk menguruskan dana dalam
jumlah yang besar yang sering dialihkan kepada kepentingan peribadi
atau golongan tertentu. Gabungan pengaruh keluarga dan kroni ini
bukan sahaja memperkayakan segelintir individu, tetapi juga
mewujudkan struktur ekonomi yang tidak sihat dan merugikan
kepentingan awam secara amnya. Kesannya dapat dilihat dalam
pelbagai sektor, daripada infrastruktur sehinggalah sumber asli, di
mana kekayaan negara disalahgunakan untuk kepentingan peribadi,
sedangkan rakyat tidak mendapat faedah yang sepatutnya daripada
pembangunan ini. Amalan ini mewujudkan oligarki ekonomi yang
menguasai Indonesia selama lebih tiga dekad dan menjadi warisan
kelam yang sukar dipadamkan selepas kejatuhan Soeharto.
09


FAKTOR SOEHARTO TERLIBAT
DALAM SKANDAL RASUAH
SISTEM PERUNDANGAN
YANG LEMAH
Pada zaman pemerintahan Soeharto, salah satu faktor yang
membolehkan amalan rasuah merebak ialah kelemahan sistem
perundangan sedia ada. Sistem perundangan pada masa itu tidak
mempunyai kemerdekaan, kerana ia sering digunakan sebagai alat
politik untuk melindungi kepentingan pemerintah dan golongan
elitnya. Penguatkuasaan undang-undang cenderung memilih, dengan
kes yang melibatkan keluarga, kroni, atau pegawai tinggi yang rapat
dengan Suharto sering diabaikan atau diproses sebagai formaliti
semata-mata. Ini mewujudkan persekitaran yang tidak menyokong
ketelusan dan akauntabiliti, di mana rasuah boleh berkembang tanpa
halangan yang ketara.
Di samping itu, institusi penguatkuasa undang-undang seperti
pejabat pendakwa raya dan polis cenderung untuk dikalahkan
kepada tekanan politik, menyukarkan untuk menjalankan siasatan
menyeluruh terhadap amalan rasuah yang melibatkan kalangan
dalaman kerajaan. Malah, institusi kehakiman pun tidak terlepas
daripada pengaruh kuasa. Hakim sering tidak mempunyai keberanian
untuk menjatuhkan keputusan yang adil dalam kes besar yang
melibatkan kepentingan rejim.
Sebaliknya, masyarakat juga tidak mempunyai akses yang
mencukupi kepada mekanisme perundangan untuk menuntut
keadilan, kerana sistem sedia ada tidak memberi ruang kepada
pengawasan awam terhadap pengurusan kuasa. Sistem
perundangan yang lemah ini mewujudkan ketidaksamaan yang besar
dalam pelaksanaan undang-undang, di mana hanya mereka yang
berada di luar lingkaran kuasa yang sering menjadi sasaran tindakan
undang-undang, manakala yang lain kebal daripada proses undang-
undang. Keadaan ini secara langsung menguatkan budaya korupsi di
Indonesia pada era Orde Baru, dengan akibat jangka panjang yang
merosakkan ketenteraman undang-undang dan kepercayaan
masyarakat terhadap institusi negara.
PENGARUH TENTERA DALAM
PEMERINTAHAN
Pengalaman Soeharto yang luas dalam bidang ketenteraan telah
memberikan kesan yang mendalam terhadap sistem pemerintahan
Republik Indonesia. Biarpun penglibatan beliau telah tamat sewaktu
beliau memegang jawatan sebagai presiden, beliau terlalu kerap
mementingkan pegawai pelantikan barisan kabinet beliau. Banyak
jawatan penting dalam institusi kerajaan dan kabinet semasa
pemerintahan Soeharto telah diisi oleh pegawai tentera. Hal ini telah
melibatkan pegawai tentera dalam penggubalan dasar dan
pelaksanaan program-program oleh kerajaan.
Hal ini diperkukuh dengan kewujudan konsep dwifungsi yang
diterapkan oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI).
Dwifungsi dalam ABRI ini bermaksud mereka memiliki dua peranan
dalam negara iaitu mejaga keamanan negara seperti mana yang
dilakukan oleh angkatan tentera di negara lain. Namun, berbeza pula
bagi ABRI, angkatan ini juga berkuasa dalam mengatur sistem
pentadbiran negara seterusnya menentukan dasar dan polisi negara.
Konsep dwifungsi ini telah diperkenalkan sejak pemerintahan Orde
Baru yang dibawa oleh Abdul Haris Nasution selaku Menteri
Pertahanan dan Keselamatan Indonesia semasa zaman
pemerintahan Soeharto.
Pendekatan dwifungsi ini telah dikenali sebagai jalan tengah dalam
sesebuah pemerintahan negara. Menurut Arifin Tambunan, ABRI
telah memainkan peranan penting dalam menggerakkan dan
menstabilkan kehidupan berbangsa dan bernegara. Kesan daripada
itu, ABRI telah menguasai jawatan dalam lembaga eksekutif dan
legislatif Orde Baru. Pada tahun 1970an, barisan jawatan dalam
kompleks parlimen Indonesia iaitu Majlis Permesyuaratan Rakyat
(MPR), Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dan Dewan Perwakilan
Daerah (DPD) telah diisi oleh pegawai Angkatan Bersenjata Republik
Indonesia (ABRI). Dari segi politik, pegawai-pegawai ini telah lama
menguasai pentadbiran kerajaan menerusi keanggotaan dalam
sebuah parti politik iaitu Parti Golongan Karya (GOLKAR). Parti ini
telah diasaskan oleh Soekarno bagi mengatasi kekuasaan Parti
Komunis Indonesia (PKI) yang berkuasa ketika itu.
10


KESAN RASUAH KEPADA
INDIVIDU, RAKYAT, DAN NEGARA
BERDASARKAN KES SUHARTO
Kesan Kepada Individu
Rasuah merupakan salah satu cabaran terbesar dalam sejarah
pemerintahan, dan kes Suharto, bekas Presiden Indonesia, menjadi
contoh utama bagaimana rasuah boleh menghancurkan asas sesebuah
negara. Suharto, yang memerintah Indonesia selama lebih tiga dekad,
telah menyelewengkan kekayaan negara untuk memperkaya dirinya
sendiri, keluarganya, dan golongan kroni. Menurut Transparency
International, Suharto didakwa menyalahgunakan dana awam
sebanyak $15 hingga $35 bilion, menjadikannya salah seorang
pemimpin paling korup di dunia. Dalam tempoh pemerintahannya,
kesan buruk rasuah bukan sahaja dirasai oleh individu, tetapi juga oleh
seluruh rakyat dan negara Indonesia secara keseluruhan.
Rasuah semasa era Suharto telah memberikan kesan yang mendalam
kepada individu, terutamanya golongan bawahan yang terpaksa
menanggung beban kehidupan yang semakin meningkat. Salah satu
kesan utama ialah peningkatan kos sara hidup. Dana awam yang
sepatutnya digunakan untuk subsidi makanan, bahan bakar, dan
barangan asas telah diseleweng oleh syarikat-syarikat yang dimiliki
oleh keluarga Suharto. Akibatnya, rakyat terpaksa membayar harga
yang lebih tinggi untuk mendapatkan barang keperluan harian. Sebagai
contoh, pasaran beras, yang sepatutnya dikawal oleh kerajaan untuk
memastikan kestabilan harga, telah dimonopoli oleh syarikat kroni
Suharto. Hal ini membebankan golongan miskin, terutamanya mereka
yang tinggal di kawasan pedalaman.
Di samping itu, peluang pekerjaan yang layak juga sukar diperoleh oleh individu yang tidak mempunyai hubungan politik.
Sistem pentadbiran yang penuh dengan amalan rasuah menyebabkan kontrak-kontrak kerajaan diberikan kepada
syarikat milik keluarga dan kroni Suharto, tanpa mengambil kira kecekapan atau kelayakan sebenar. Sebagai contoh,
projek pembinaan jalan raya dan bangunan awam sering diberikan kepada syarikat milik anak-anak Suharto, seperti Siti
Hardijanti Rukmana (Tutut), walaupun syarikat tersebut tidak mempunyai rekod prestasi yang baik. Keadaan ini
menyebabkan individu yang benar-benar layak dinafikan peluang untuk menyumbang kepada pembangunan negara, dan
akhirnya mereka kehilangan motivasi untuk berusaha.
Kes rasuah ini juga memberi kesan psikologi yang mendalam kepada individu. Rakyat Indonesia, terutama golongan muda,
kehilangan kepercayaan terhadap sistem pentadbiran dan institusi negara. Mereka merasa kecewa kerana usaha dan
kerja keras mereka tidak dihargai dalam sistem yang korup. Dalam banyak kes, individu terpaksa membayar sogokan
untuk mendapatkan hak mereka, seperti pengeluaran dokumen rasmi atau akses kepada perkhidmatan asas. Perasaan
tidak berdaya ini bukan sahaja menjejaskan semangat mereka, tetapi juga mencetuskan kekecewaan dan kemarahan
terhadap kerajaan.11


KESAN RASUAH KEPADA
INDIVIDU, RAKYAT, DAN NEGARA
BERDASARKAN KES SUHARTO
Kesan Kepada Rakyat
Kesan rasuah Suharto tidak terhenti pada individu sahaja. Secara
kolektif, warganegara Indonesia mengalami akibat yang lebih meluas,
terutamanya dalam bentuk ketidaksamaan sosial. Golongan elit yang
rapat dengan Suharto menikmati kekayaan yang melimpah ruah,
manakala majoriti rakyat hidup dalam kemiskinan. Pada tahun 1997,
lebih daripada separuh rakyat Indonesia hidup dengan pendapatan di
bawah $2 sehari. Jurang kekayaan yang semakin meluas ini
mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat dan
mewujudkan ketegangan sosial.
Selain itu, sistem perkhidmatan awam seperti pendidikan dan
kesihatan turut terjejas akibat rasuah. Dana yang diperuntukkan untuk
sektor ini sering disalurkan ke dalam akaun peribadi pegawai-pegawai
tinggi atau digunakan untuk membiayai projek yang hanya
menguntungkan kroni Suharto. Akibatnya, sekolah-sekolah di kawasan
luar bandar kekurangan kemudahan asas, manakala hospital-hospital
awam tidak mampu menyediakan rawatan yang berkualiti. Hal ini
menyebabkan rakyat, terutama golongan miskin, terpaksa bergantung
kepada perkhidmatan swasta yang mahal. Keadaan ini bukan sahaja
menjejaskan kualiti hidup warganegara, tetapi juga melambatkan
pembangunan modal insan di Indonesia.
Akibatnya, berjuta-juta rakyat kehilangan
pekerjaan, dan kadar kemiskinan meningkat
secara mendadak. Kesan ini jelas
menunjukkan bagaimana rasuah boleh
melemahkan kestabilan ekonomi negara dan
membawa kepada krisis yang merugikan
seluruh rakyat.
Pada peringkat negara, kesan rasuah Suharto amat ketara, terutama
dari segi ekonomi, politik, dan reputasi antarabangsa. Ekonomi
Indonesia mengalami kemerosotan yang serius akibat penyelewengan
dana dan pengurusan yang tidak cekap. Kejatuhan ini memuncak
semasa krisis kewangan Asia pada tahun 1997-1998, di mana nilai mata
wang rupiah merosot secara drastik dan inflasi meningkat sehingga
77%.
12


KESAN RASUAH KEPADA
INDIVIDU, RAKYAT, DAN NEGARA
BERDASARKAN KES SUHARTO
Kesan Kepada Negara
Dari segi politik, rasuah Suharto telah melemahkan institusi-institusi negara, seperti badan kehakiman, polis, dan
pentadbiran awam. Institusi-institusi ini, yang sepatutnya berfungsi untuk menegakkan keadilan dan melindungi hak
rakyat, telah menjadi alat politik untuk melindungi kepentingan peribadi Suharto dan kroni-kroninya. Sebagai contoh,
Mahkamah Agung sering memihak kepada Suharto dalam kes-kes berkaitan penyelewengan dana awam, walaupun
terdapat bukti yang jelas. Ketidakcekapan institusi ini menyebabkan rakyat kehilangan kepercayaan terhadap
kerajaan dan kedaulatan undang-undang.
Reputasi Indonesia di peringkat antarabangsa juga tercalar akibat skandal rasuah Suharto. Negara ini sering dilabel
sebagai salah satu negara paling korup di dunia, yang menyukarkan Indonesia untuk menarik pelaburan asing.
Pelabur asing bimbang terhadap risiko tinggi menjalankan perniagaan di negara yang penuh dengan amalan rasuah
dan birokrasi yang tidak cekap. Akibatnya, Indonesia kehilangan banyak peluang untuk memanfaatkan sumber
semula jadi dan tenaga kerja mereka yang melimpah ruah.
Pembangunan negara juga terjejas teruk akibat rasuah. Banyak projek
infrastruktur, seperti pembinaan jalan raya, pelabuhan, dan lapangan
terbang, terbengkalai atau tidak memenuhi spesifikasi kerana dana
projek diselewengkan untuk kepentingan peribadi. Akibatnya,
Indonesia ketinggalan dalam pelbagai aspek pembangunan berbanding
negara jiran seperti Malaysia dan Singapura, yang mempunyai sistem
pentadbiran yang lebih telus dan efisien.
Kes Suharto memberikan banyak pengajaran penting tentang
bagaimana rasuah boleh merosakkan asas sesebuah negara. Ia
menunjukkan bahawa kuasa tanpa kawalan dan sistem pengawasan
yang lemah merupakan punca utama berlakunya rasuah. Oleh itu,
reformasi yang menyeluruh diperlukan untuk memastikan perkara ini
tidak berulang. Selepas kejatuhan Suharto pada tahun 1998, Indonesia
telah mengambil beberapa langkah untuk memerangi rasuah, seperti
penubuhan Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) pada tahun
2003. Walaupun badan ini telah berjaya membawa beberapa kes besar
ke muka pengadilan, cabaran untuk menghapuskan rasuah
sepenuhnya masih kekal.
Sebagai kesimpulan, kes rasuah Suharto
adalah pengajaran penting tentang
bagaimana rasuah boleh menghancurkan
kehidupan individu, menjejaskan
kesejahteraan warganegara, dan
melemahkan negara secara keseluruhan.
Ia memberi amaran kepada semua pihak
tentang bahaya kuasa yang tidak diawasi
dan kepentingan integriti dalam
kepimpinan. Warisan gelap Suharto harus
menjadi peringatan bahawa memerangi
rasuah adalah tugas yang berterusan,
yang memerlukan komitmen bersama
daripada pemimpin, institusi, dan rakyat.
Hanya melalui usaha kolektif, kestabilan,
keadilan, dan kemakmuran dapat dicapai.
13


PENDAPAT
TENTANG
KES
SOEHARTO
Era Soeharto di Indonesia adalah tempoh pertumbuhan ekonomi yang ketara dan
pelanggaran hak asasi manusia yang teruk. Walaupun penyokong memujinya
kerana membawa kestabilan dan pembangunan ekonomi selepas tempoh
ketegangan politik, sistem kerajaan (rejim) juga dituduh melakukan rasuah yang
meluas, kronisme, dan penindasan perbezaan pendapat. Pengkritik menunjukkan
kehilangan secara paksa, pembunuhan di luar undang-undang, dan
pembungkaman suara pembangkang sebagai noda gelap pada legasinya.
Keuntungan ekonomi yang dicapai semasa pemerintahannya sering disertai
dengan ketidaksamaan sosial dan kemerosotan alam sekitar. Penumpuan
kekayaan di tangan segelintir orang terpilih, ditambah pula dengan eksploitasi
sumber asli, membawa kepada jurang perbezaan yang ketara dan akibat alam
sekitar jangka panjang. Kes Soeharto berfungsi sebagai kisah yang kompleks dan
peringatan, menonjolkan keseimbangan yang halus antara kemajuan ekonomi dan
keadilan sosial.
ETIKA DAN PENGAJARAN DARIPADA
KES RASUAH SOEHARTO
Melalui kes ini, terdapat beberapa etika dan pengajaran yang boleh diambil oleh setiap
individu supaya masyarakat yang telus dan berintegriti dapat dilahirkan di negara ini.
Ketelusan dalam pentadbiran
Setiap pemimpin haruslah mempunyai sikap yang jujur dan telus dalam mentadbir
sesebuah negara kerana sikap yang telus dapat membantu mengurangkan kadar rasuah
dalam negara selain menjadikan negara yang maju dan berwawasan. Sebagai contoh,
wang negara haruslah dikendalikan dengan telus dan keterbukaan dan dipantau oleh
pihak berwibawa. Hal ini kerana, ketiadaan sifat yang telus menyebabkan pemimpin
akan menyalahguna wang negara untuk kepentingan peribadi dan keluarganya sendiri.
Melalui kes rasuah Soeharto, Soeharto telah menubuhkan Yayasan Supersemar
bertujuan untuk meningkatkan taraf pendidikan dan kesejahteraan rakyat di mana
perusahaan besar telah diarahkan untuk menyumbang dana kepada yayasan tersebut.
Namun, disebabkan tiada sifat yang telus, Soeharto telah menyeleweng wang tersebut
dengan menyalurkannya kepada ahli keluarga dan kegunaan perusahaan peribadi. Ini
jelas menunjukkan tindakan Soeharto salah di sisi undang-undang kerana sebarang
wang negara haruslah disalurkan untuk pembangunan negara dan msyarakat sahaja.
Oleh itu, setiap individu haruslah menanamkan sifat yang telus dan jujur dalam
melakukan setiap perkara supaya perbuatan rasuah dapat dicegah.
14


ETIKA DAN PENGAJARAN DARIPADA
KES RASUAH SOEHARTO
Kepentingan sistem semak dan imbang
Setiap wang yang ingin diguna pakai oleh pemimpin haruslah melalui
sistem semak dan imbang oleh pihak yang berwajib supaya setiap
pengeluaran wang yang dibuat mempunyai rekod yang jelas. Hal ini
kerana, dengan mempunyai rekod yang jelas, para pemimpin tidak lagi
dapat menyeleweng wang negara untuk kepentingan peribadi kerana
bukti yang jelas haruslah dilampirkan bersama sebelum sesuatu dana
atau projek diluluskan. Melalui kes Soeharto, parlimen gagal
menjalankan tugasnya untuk menyemak setiap perbelanjaan negara
terlebih dahulu sebaliknya parlimen hanya meluluskan setiap
peruntukan yang dimohon oleh Soeharto. Hal ini disebabkan Soeharto
hanya melantik ahli parlimen berdasarkan kesetiaan mereka terhadap
Soeharto. Oleh itu, kita haruslah memastikan sistem semak dan
imbang ini diketuai oleh individu yang berintergriti dan amanah supaya
sebarang amalan rasuah yang ingin dilakukan dapat ditolak dengan
tegas.
Kepercayaan rakyat terhadap pemimpin
Kepercayaan rakyat kepada seseorang pemimpin amatlah penting
kerana kepercayaan merekalah yang akan mendorong kepada
keharmonian dan kestabilan politik sesebuah negara. Sebagai contoh,
pemimpin haruslah berusaha memenuhi keperluan rakyat dan
menstabilkan ekonomi negara supaya kepercayaan rakyat terhadap
kepimpinan pemimpin tidak tergugat. Namun, melalui kes Soeharto kita
dapat pelajari bahawa amalan rasuah boleh meruntuhkan
kepercayaan rakyat apabila Indonesia pada ketika itu mengalami
inflasi yang tinggi dan peningkatan kadar pengangguran. Hal ini
menyebabkan rakyat percaya bahawa Soeharto hanya mementingkan
kekayaan keluarganya apabila beliau gagal untuk menangani krisis ini
dan namanya turut terpalit dengan beberapa skandal rasuah. Oleh itu,
pemimpin haruslah berhati-hati dalam membuat segala tindakan
kerana setiap perbuatan akan memberi kesan kepada diri sendiri,
rakyat dan negara.
15


HARAPAN MASA DEPAN UNTUK
RAKAN SEBAYA DAN UNTUK NEGARA
Era Soeharto di Indonesia merupakan zaman yang kompleks dan pelbagai aspek dalam sejarah bangsa. Walaupun rejimnya
menamatkan ketidakstabilan politik selepas kemerdekaan Indonesia, ia juga ditandai dengan pemerintahan autoritarian,
rasuah yang meluas, dan pencabulan hak asasi manusia yang teruk. Pertumbuhan ekonomi yang dicapai pada masa ini sering
disertai dengan ketidaksamaan sosial dan kemerosotan alam sekitar, kerana faedah tidak diagihkan secara sama rata dan
eksploitasi sumber asli berleluasa.
Melihat ke hadapan, saya berharap untuk Indonesia di mana pelajaran masa lalu tidak dilupakan. Negara di mana prinsip
demokrasi ditegakkan, hak asasi manusia dilindungi, dan tadbir urus yang baik berlaku. Masyarakat di mana pertumbuhan
ekonomi adalah inklusif dan mampan, memberi manfaat kepada semua warganya, dan di mana keadilan sosial memastikan
peluang yang sama untuk semua. Dengan mengamalkan prinsip-prinsip ini, Indonesia boleh membina masa depan yang lebih
cerah, yang menghormati masa lalunya sambil berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang lebih adil dan saksama.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, amalan rasuah haruslah dicegah dan dikikis dalam setiap individu terutamanya pemimpin kerana
perbuatan tersebut tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan. Berdasarkan skandal rasuah Soeharto, walaupun
pada mulanya Soeharto berjaya mentadbir negara dengan sangat cemerlang namun disebabkan pemusatan kuasa
yang begitu lama dan ketidaktelusan Soeharto, Soeharto telah mula menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan
peribadi. Dengan penyalahgunaan kuasa inilah, ekonomi Indonesia telah merosot yang menyebabkan rakyat derita.
Oleh itu, ketelusan dan integriti yang tinggi dalam sistem pentadbiran haruslah diterapkan dan diamalkan kerana
dengan sikap sedemikian, rakyat mampu menikmati ekonomi yang stabil dan telus di samping mampu menarik
negara-negara luar untuk berkerjasama kerana keyakinan mereka yang lebih tertumpu kepada negara yang tidak
mengamalkan rasuah.
16
(4916 patah perkataan, tidak termasuk rujukan)


RUJUKAN
17


RUJUKAN
18


Click to View FlipBook Version