1 NOTA INI ADALAH HIMPUNAN NOTA DAN JAWAPAN DARI SOALAN-SOALAN NEGERI TERUTAMA NEGERI KELANTAN DAN TERENGGANU DAN NOTA SAYA SENDIRI. TQ
2 INI SEKADAR RAMALAN, BELUM TENTU TEPAT
3 PEMBANGUNAN INSAN Pembangunan bermaksud proses membina, mencapai kemajuan, perkembangan dan sebagainya. Insan pula bermaksud insan atau manusia yang dijelaskan sebagai makhluk yang telah dicipta oleh Tuhan. Pembangunan Insan adalah cara atau kaedah untuk mengenal atau mengkategorikan kemahiran dan kebolehan seseorang atau individu dalam sesuatu bidang. Pembangunan Insan juga di rujuk sebagai pembangunan diri seseorang yang berkaitan dengan sifat-sifat manusia yang baik seperti nilai kemanusiaan dan jati diri bagi memastikan seseorang itu terus berdaya saing dalam bidang-bidang tertentu. Objektif Pembelajaran pembangunan insan adalah TAJUK HASIL / OBJEKTIF PEMBELAJARAN SASTERA DAN PEMBANGUNAN 1 Pembangunan Insan Calon seharusnya dapat: 1.1 Keagamaan (a) menghuraikan nilai Islam dan kehidupan beragama sebagai tonggak pembangunan sahsiah. 1.2 Ilmu (a) menerangkan kepentingan ilmu dalam memartabatkan diri setiap insan. 1.3 Jati Diri (a) mengenal pasti jati diri mulia dalam konteks pembangunan masyarakat. 1.4 Kemanusiaan (a) menganalisis nilai kemanusiaan yang terdapat dalam masyarakat. JADI SOALAN YANG DIKEMUKAKAN ADALAH BERDASARKAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN. PELAJAR BOLEH LIHAT ANALISIS SOALAN TAHUNAN DI ATAS SOALAN YANG SERING DIKELUARKAN ADALAH BERDASARKAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN. CONTOH AYAT YANG SERING ADA DALAM KEHENDAK SOALAN IALAH: ARAS SOALAN AYAT YANG DIPERLUKAN HURAIKAN AYAT HURAIAN – DEFINISI TENTANG FAKTA / MENGHURAIKAN FAKTA BINCANGKAN AYAT PERBINCANGAN – LAZIMNYA MENGGUNAKAN AYAT PRO KONTRA/ JIKA…… MAKA JELASKAN / ULASKAN AYAT PENJELASAN /AYAT ULASAN – MENJELASKAN SECARA TERPERINCI TENTANG FAKTA / CONTOH SENARAIKAN CUKUP SEKADAR MNYENARAIKAN FAKTA SAHAJA/ KALAU SOALAN NAK CONTOH BARU BAGI KEHENDAK SOALAN FAKTA AYAT FAKTA-MERUJUK KEPADA NILAI / CIRI YANG ADA DALAM SUKATAN KEPENTINGAN AYAT KEPENTINGAN-KENAPA FAKTA ITU PENTING DIMILIKI OLEH WATAK/SESEORANG CONTOH AYAT CONTOH-CONTOH PERISTIWA YANG BERKAITAN DENGAN TEKS/WATAK YANG DITANYA KESAN KEPADA PEMBANGUAN INSAN AYAT KESAN-AYAT YANG MENUNJUKKAN KESAN KEPADA DIRI SESEORANG/WATAK APABILA MEMILIKI NILAI TERSEBUT. BERI KESAN YANG POSITIF
4 1. KEAGAMAAN. (definisi keagamaan boleh digunakan untuk pendahuluan) Aspek keagamaan merangkumi nilai-nilai agama / agama dan kehidupan beragama. Ia juga dianggap sebagai sifat ketinggian agama islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad saw. Nilai-nilai seperti bersyukur, tanggungjawab, amanah dan berilmu dapat membentuk masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama dan melahirkan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab. CONTOH MENGANALISIS SOALAN Soalan Aspek keagamaan membentuk insan berakhlak mulia”. Bincangkan pernyataan tersebut berdasarkan watak-watak maulana yang terdapat dalam teks Sulalatus Salatin. Soalan meminta fakta agama yang berkait dengan membentuk akhlak mulia. Jadi pelajar perlu cari fakta yang sesuai seperti menuntut ilmu agama, membaca Al-Quran dll. Sebab kesannya dapat membentuk insan yang sopan dll. Jangan ulang berakhlak mulia. Kaitkan dengan akhlak. CONTOH JAWAPAN PENDAHULUAN UNTUK NILAI AGAMA / KEHIDUPAN BERAGAMA Keagamaan bermaksud perihal agama atau hal-hal yang berkaitan dengan agama sama ada berbentuk niat, lafaz, perbuatan atau sebagainya. Akhlak bermaksud budi pekerti, sikap dan tabiat yang baik. Maulana-maulana yang terdapat dalam teks Sulalatus Salatin merupakan saudagar dan ulamak yang dating ke Melaka untuk berdagang dan menyebarkan agama Islam. Antara aspek keagamaan ialah beriman dengan mengerjakan solat, menuntut ilmu agama, amanah, membaca kitab, menbaca/ mengaji Al-Quran dan bersyukur. Contoh jawapan untuk keagamaan /nilai agama / kehidupan beragama (Bergantung kepada kehendak soalan. Di bawah saya sertakan kesemua contoh ayat yang lazim ada pada soalan iaitu ayat fakta, ayat kepentingan, ayat contoh, ayat perbincangan dan ulasan, ayat huraian dan ayat kesan dalam kesimpulan kecil) Kesan Contoh Isi 1 Maksud Keagamaan Isi 3 3 Fakta yang ada dalam isi Bincang Fakta -Nilai Keagamaan Bukan Kehidupan Beragama Dan Perlu Berkait Dengan Akhlak Isi 2 Maksud Akhlak / Tentang Watak PEMBANGUNAN INSAN : KEAGAMAAN
5 Menuntut ilmu agama. Ilmu agama seperti ilmu Tasawuf penting untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia dan beriman (ayat kepentingan ini boleh diterima kalau soalan kata keagamaan penting untuk pembangunan insan. Tapi jika soalan seperti di atas iaitu soalan berkehendakkan keagamaan membentuk akhlak mulia jadi kepentigan perlu berkait dengan akhlak) Contoh, Menuntut ilmu agama penting untuk membentuk modal insan yang seimbang. Hal ini dapat dilihat pada watak Maulana Abu Bakar. Beliau sangat berdedikasi dalam mendalami ilmu tasawuf daripada gurunya iaitu Maulana Abu Ishak. Mendalami ilmu agama ini telah menjadikan Maulana Abu Bakar lebih beriman, berpengetahuan dan memahami erti kehidupan. (Ayat kepentingan dan ayat kesan perlu berkait dengan kehendak soalan. Rujuk soalan. Soalan di atas meminta agama membentuk akhlak dan berkait dengan watak maulana. Jadi ayat kepentingan perlu berkait dengan akhlak dan ayat kesan perlu berkait dengan watak maulana. Jika soalan ada menyatakan kesan pada diri/insan /pelajar, maka kamu kena beri kesan yang berkait dengan diri/insan/pelajar. Maulana Abu Bakar juga telah disambut baik oleh Sultan Mansur Syah ketika tiba di pelabuhan dan diiringi ke istana kerana ilmu yang dimilikinya. Beliau juga menjadi guru dan tempat para pembesar dan Sultan merujuk sesuatu masalah. Malah Kadi Yusuf pun turut meletakkan jawatannya dan berguru dengan Maulana Abu Bakar apabila melihat Maulana Abu Bakar “dikelilingi oleh cahaya seperti sumbu dian dikelilingi apinya”. Jika beliau tidak mempunyai ilmu, nescaya beliau tidak menjadi insan kamil dan tidak dapat membezakan hak yang batil dan tidak dapat memdidik orang lain ke jalan yang benar dan diredhai. Oleh itu, menuntut ilmu wajib bagi seseorang agar dapat memertabatkan diri sendiri dan di pandang tinggi oleh orang lain. Mendalami/ Menuntut Ilmu Agama. Ilmu Agama adalah satu kepercayaan terhadap sesuatu dan berserah segalanya kepadaNya. Menuntut ilmu agama seperti mengaji Al-Quran penting untuk menjadi garis panduan dan membentuk modal insan seimbang. Contoh peristiwa dalam teks Salatus salatin ialah Sultan Mahmud sanggup menurunkan darjatnya untuk belajar ilmu agama. Baginda juga telah menghantar utusan untuk bertanyakan tentang rezeki apabila rakyat Melaka ingin mengetahuinya. Jelaslah di sini bahawa jika seseorang memiliki ilmu agama, maka kehidupan beliau akan lebih terjamin dan dapat memupuk sahsiah yang baik ke dalam dirinya. Setelah mempelajari ilmu agama sikap Sultan Mahmud telah berubah menjadi pemimpin yang lebih baik. Kesannya masyarakat akan memandang tinggi kepada baginda/diri kita. Kesimpulannya, hidup kita akan lebih terurus jika menuntut ilmu agama kerana agama menyediakan garis panduan yang merangkumi semua aspek kehidupan. Kepentingan Fakta Watak/contoh Kesan / Kesimpulan kecil untuk diri / watak KESAN UNTUK PEMBANGUNNAN INSAN WAJIB UNTUK WATAK / DIRI / SESEORANG Huraian Bincang/Ulasan
6 Contoh jawapan untuk keagamaan /nilai agama / kehidupan beragama untuk SBDKL- Kalau nilai keagamaan wajib dilihat pada watak-watak tertentu seperti Lebai Maarup, Imam Saad, Tan Sri Syed Aris, Mahani dll. En. Muhammad TIDAK DITERIMA kecuaLi kalau dipinta. Beliau hanya ada nilai amanah dalam memfaraid harta dan bersyukur menerusi solat dan sujud syukur setelah berjaya membuka SLLT. Taat pada perintah Tuhan / Beriman/ Bertakwa dengan menunaikan solat. Insan yang taat dan mempunyai pegangan agama yang kukuh akan berjaya dalam kehidupannya dan dapat memupuk nilai keimanan dalam diri. Kehidupan insan yang taat kepada perintah Tuhan sudah tentu sentiasa memikirkan tentang balasan hari akhirat dalam semua tindakannya. Lebai Maarup sememangnya taat kepada perintah tuhan dan sentiasa menunaikan solat. Beliau sering memikirkan cara untuk memastikan setiap individu dalam masyarakatnya sentiasa beramal agama setiap masa. Beliau tetap mengajak orang kampung pergi ke surau bersembahyang jemaah, mengaji dan belajar agama meskipun difitnah dengan teruk oleh Mat Akil dan rakan-rakan. Beliau sanggup mewakafkan tanah untuk tujuan pembinaan tempat solat dalam projek pembangunan Kampung Tualang agar agama Islam terus hidup di kampung tersebut. Oleh itu beliau akhirnya mendapat perhatian dari En. Muhammad. En. Muhammad dan orang kampung memandang tinggi dan hormat kepadanya. Sebaliknya jika Lebai Maarup tidak mempunyai pegangan agama yang kuat mungkin beliau tidak akan dipandang tinggi oleh orang kampung lebih-lebih lagi beliau hanya berkelulusan SPM. Ini membuktikan bahawa amalan nilai Islam telah menjadikan Lebai Maarup seorang insan yang berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat. Oleh itu sebagai pelajar, saya /setiap individu perlu memiliki sifat taat agar dapat melakukan kebaikan dan menghindarkan kemungkaran. Kesimpulan. Agama memainkan peranan penting dalam membangunkan keperibadian manusia ke arah jalan yang berkonsepkan keislaman. Ilmu agama wajib dipelajari agar seseorang itu menjadi seorang yang ilmu, berakhlak mulia dan beriman. Selain itu, setiap individu perlu mencontohi watak Maulana Abu Bakar dalam usaha beliau mengembangkan agama Islam dan mengajar ilmu Islam supaya ilmu yang dimiliki semakin bertambah. (Perlu ada rumusan, harapan, saranan / cadangan) Kesimpulan, Tegasnya, nilai Islam dan kehidupan beragama mampu menjuruskan diri seseorang itu untuk menjadi seorang yang berakhlak baik, rajin, menghormati orang lain, amanah dan berjaya dalam hidup. Sebaliknya tanpa pegangan hidup beragama yang kukuh pula boleh menjuruskan diri kepada perkara-perkara yang negatif sebagaimana Mat Akil yang sentiasa mendatangkan masalah kepada penduduk sekitar. Kesimpulannya, kita perlu mengamalkan nilai Islam dan cara hidup Islam agar hidup kita senantiasa diberkati. Kesimpulan 1 Rumusan Keseluruhan Kesimpulan 2 Saranan/cadangan
7 1. Nilai Islam dalam SS Nilai Islam Kehidupan Beragama Kepentingan Watak dan Peristiwa Kesan Pada Watak Kesan Pada diri (Jika /Maka) 1. Beriman Taat Kepada Tuhan Solat Mengucap Dua Kalimah Syahadah Membaca Al-Quran Untuk menanam dan menambah nilai keimanan / ilmu agama dalam diri Untuk merubah kehidupan ke arah/ jalan yang lebih baik Menjadi panduan hidup mengekalkan nilai-nilai murni dalam diri membentuk modal insan yang seimbang pada diri mengukuhkan nilai keimanan dan ketakwaan kepada pencipta/bersyukur dengan pemberian Tuhan melahirkan rasa cinta kepada pencipta / mengukuhkan lagi nilai keimanan membantu diri dan orang lain mendalami ilmu membentukmodal insan yang seimbang menanam jati diri yang kukuh dan baik Maulana Abu Bakar-Bawa kitab Duri Mazlum dan menyebarkan agama islam di Melaka/ isi syurga dan neraka. Makhdum Syed Abdul Aziz – sebar agama /jejak di pantai Melaka terus sujud syukur Maulana Yusuf – sebar agama / ajar mengaji / pertanyaan tentang rezeki Pengislaman Sultan-sultan Dipandang mulia oleh masyarakat hidup diberkati dan sentiasa di bawah rahmatNya meningkatkan keimanan dan ketakwaan dihormati / dipandang tinggi oleh masyarakat / watak tertentu kestabilan hidup meningkat dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah menjadi panduan dan penyuluh hidup keadilan dapat dipraktikan dalam kehidupan mengekalkan jati diri/ modal insan /sahsiah diri yang berkualiti menjamin kesejahteraan hidup kita 2. Amanah memikul tanggungajawab yang diamanahkan oleh guru untuk menyebarkan agama Maulana Abu Bakar (Tok guru Maulana Abu Ishak) – S.Mansur Syah Makhdum Syed Abdul Aziz – Sultan Muzaffar Syah Maulana Yusof – Sultan Mahmud Syah 3. Bersyukur Berdoa Sujud syukur Makhdum Syed Abdul Aziz 4. Tabligh Menyebarkan Agama Islam Berdakwah Mengajar Ilmu Agama Maulana Abu Bakar – Sultan Mansur Syah Makhdum Syed Abdul Aziz – Sultan Muzaffar Syah Maulana Yusof – Sultan Mahmud Syah Makhdum Sadar Jahan – Sultan Mahmud / Tun Mai Ulat Bulu Kadi Yusof- Sultan Masur Syah 5. Mengamalkan nilai-nilai yang baik dalam kehidupan –cth berbudi bahasa, taat,mendalami ilmu, Bertanyakan Hal Syurga dan Neraka Bertanyakan hal rezeki Mengaji Al-Quran Menuntut Ilmu agama Belajar mengaji/ tuntut ilmu Maulana Abu Bakar (Tok guru Maulana Abu Ishak) S. Mansur Syah Sultan Mahmud Syah
8 Nilai Islam dalam SBDKL Nilai Islam Kehidupan Beragama Kepentingan Watak dan Peristiwa Kesan Pada Watak Kesan Pada diri (Jika / Maka) 1. Beriman Taat Kepada Tuhan Solat Mengucap Dua Kalimah Syahadah Membaca Al-Quran Untuk menanam dan menambah nilai keimanan / ilmu agama dalam diri Untuk merubah kehidupan ke arah/ jalan yang lebih baik Menjadi panduan hidup mengekalkan nilai-nilai murni dalam diri membentuk modal insan yang seimbang pada diri mengukuhkan nilai keimanan dan ketakwaan kepada pencipta / bersyukur dengan pemberian Tuhan melahirkan rasa cinta kepada pencipta / mengukuhkan lagi nilai keimanan membantu diri dan orang lain mendalami ilmu membentukmodal insan yang seimbang menanam jati diri yang kukuh dan baik Imam Saad, Lebai Maarup Sharifah Mahani, Tan Seri Syed Aris Dipandang mulia oleh masyarakat hidup diberkati dan sentiasa di bawah rahmatNya meningkatkan keimanan dan ketakwaan dihormati / dipandang tinggi oleh masyarakat / watak tertentu kestabilan hidup meningkat dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah menjadi panduan dan penyuluh hidup keadilan dapat dipraktikan dalam kehidupan mengekalkan jati diri/ modal insan /sahsiah diri yang berkualiti menjamin kesejahteraan hidup kita 2. Amanah memikul tanggungajawab yang diamanahkan oleh guru / menyebarkan agama / tanggungjawab pemimpin sebagai ketua / faraid harta Lebai Maarup- wakat tanah / sebar agama walau difitnah / imam / ajar mengaji En. Muhammad –faraid harta sahaja Mahani / Tan Seri Syed Aris – solat 3. Bersyukur Berdoa Sujud syukur En. Muhammad (Tidak diterima untuk nilai agama kecuali jika ditanya sahaja) Sharifah Mahani 4. Tabligh Menyebarkan Agama Islam Berdakwah Mengajar Ilmu Agama Imam Saad ( Tok Guru – Haji Ismail)- sebar agama / ajar mengaji / imam Lebai Maarup – sebar agama / ajar mengaji / ajak solat berjemaah/ membantah pembinaan hotel bagi mengelak kemungkaran 5. Mengamalkan kehidupan beragama / nilainilai yang baik dalam kehidupan –cth berbudi bahasa , taat, mendalami ilmu, Pemurah / Bersedekah/ Amanah –(Mewakafkan tanah/Farid tanah) Mentaati dan Menghormati ibubapa / orang tua Pemaaf / Sabar Belajar mengaji/ tuntut ilmu Lebai Maarup- wakaf tanah untuk kegunaan aktiviti agama / sabar dan pemaaf dengan sikap Mat Akil En.Muhammad – derma / sedekah 10,000 ketika hari keputeraan Diraja Sharifah Mahani /Sudin/Rahimmenghormati orang tua / ibu bapa
9 Bahagian A: Pembangunan Insan [25 markah] 1. Nilai keagamaan merupakan tonggak pembangunan sahsiah. Bincangkan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan insan berdasarkan watak Lebai Maaruf dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur [25] soalan nak 3 perkara iaitu, nilai agama, ayat bincang dan contoh menjurus kepada watak Lebai Maaruf. 1 lagi yang perlu ditambah ialah kesan / kepentingan kerana soalan ada menyebut tentang nilai agama tinggak pembangunan sahsiah. Jadi kesan / kepentingan perlu kait dengan sahsiah.) A: Pengenalan [3] F1 Konsep Nilai keagamaan: Merujuk kepada perihal /hal-hal berkaitan agama sama ada berbentuk nilai atau kehidupan beragama F2 Latar belakang Lebai Maarup - Lulusan SPM - Belajar dengan seorang guru yang berijazah dari sekolah rendah - belajar agama di pondok. - Anak saudara Bilal Endut, guru kelas mengaji al Quran F3 Isi-isi yang berkaitan F1 Amanah . Amanah berasal daripada perkataan Arab bermaksud tenteram, aman, terselamat dan harmonis. Amanah bermaksud menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan melaksanakan tuntutan dalam kepercayaan itu. Sikap amanah merangkumi tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat, organisasi dan tanggungjawab terhadap negara. Amanah yang dipikul dilaksanakan dengan jujur tanpa sebarang penyelewengan atau pelanggaran terhadap sistem /peraturan. Nialai amanah penting bagi membentuk sahsiah diri yang unggul. Dalam Islam, amanah menjuruskan sikap bertanggungjawab terhadap syariat yang perlu dilaksanakan oleh insan. Tanpa sifat amanah sebagai hambaNya seseorang akan menjadi insan yang tidak bertanggungjawab. (ayat bincang). Lebai Maarup seorang yang amanah dalam menyebarkan dan melaksanakan ajaran Islam, mengajak penduduk kampong solat berjemaah, menjadi guru Quran walaupun Mat Akil sentiasa menentangnya. Oleh kerana Lebai Maarup memiliki sikap amanah ini, maka semua penduduk menghormati dan mengagumi beliau. Oleh itu, saya perlu memiliki nilai amanah ini agar diri dipercayai dan dihormati oleh orang lain. Kesimpulan kecil / Kesan untuk diri dan watak Kepentingan Fakta Huraian peristiwa (ayat hurai ini satu dah memadai) Watak/ contoh Bincang/ Ulasan
10 F2 Berdakwah/menyebarkan ilmu agama. Aktiviti berdakwah bertujuan menyebarkan agama agar berkembang. Tanpa aktiviti dakwah ini ilmu keagamaan tidak akan berkembang. Istiqamah dalam tugas, mengamalkan ajaran Islam, Sekiranya tidak gigih membimbing masyarakat dalam dakwah Islam, syariat Islam pasti tidak diamalkan dengan berkesan. Lebai Maarup berusaha menyebarkan ilmu agama(berdakwah) serta menjadi guru Quran kepada penduduk kampung Tualang. walaupun dipukul oleh Mat Akil Lebai Maarup tidak berhenti berdakwah malah semakin ramai yang solat berjemaah di surau dan mengaji. Tegasnya aktiviti dakwah mampu membangunkan insan yang dapat mengharungi cabaran. (Dalam jawapan ini tidak ada ayat kepentingan/Jadi pelajar perlu tahu kehendak soalan. Ayat kepentingan perlu ada kerana soalan berkehendakan “tonggak pembanguan sahsiah”. Jadi ini merujuk kepada ayat kepentingan /ayat kesan). Tapi ayat kesan di sini tidak menjurus kepada kehendak “tonggak pembangunan sahsiah, maka pelajar akan kehilangan 1 markah.) F3 Tanggungjawab melengkapkan asas kefahaman ilmu agama/menuntut ilmu. Tugas/bebanan yang wajib dilaksanakan oleh seseorang insan dengan penuh perhatian. Tanggungjawab sebagai seorang Islam yang akan dipersoalkan kelak. Sekiranya tidak dilaksanakan sudah pasti masyarakat tiada ilmu agama serta terlibat dengan maksiat. Lebai Maarup dengan penuh tanggungjawab mengajar mengaji, mengajak solat berjemaah di surau kepada warga kampung Lembah Tualang. Bertanggungjawab menyampaikan seruan Islam kepada masyarakat. Dia juga mendalami ilmu agama sebagai guru agama. Bertanggungjawab menentang kemaksiatan. Contohnya Lebai Maarup menentang pembinaan hotel kerana baginya menggalakkan gejala maksiat di Kampung Tualang. Beliau bertanggungjawab untuk menjaga Kampung Tualang daripada anasir tidak sihat. Fokus membimbing belia berjaya kerana asas kefahaman agamanya kukuh. F4 Amalan Islam/patuh kepada hukum agama/solat. Mengerjakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya. Solat tiang agama dan penting dalam kehidupan beragama. Tanpa adanya kepatuhan kepada hokum agama akan wujud masyarakat Islam pada nama sahaja. Lebai Maaruf mengajak penduduk kampung menunaikan/ mengimamkan solat fardhu secara berjemaah di surau di Kampung Tualang F5 Mewakafkan tanah / Ikhlas/jujur. Ketulusan /kemurnian hati dalam melakukan sesuatu perkara, bekerja dengan penuh kerelaan dalam mencari keredhaan Illahi. Orang yang ikhlas tidak mendahulukan kepentingan peribadi atau mengharapkan imbuhan atas pekerjaan yang dilakukan. Sekiranya tiada keikhlasan seseorang tidak akan mengorbankan masa, tenaga atau harta untuk kepentingan bersama. Tegasnya, sifat ikhlas membentuk sahsiah mulia. Lebai Maarup penuh ikhlas mewakafkan tanah pusakanya untuk keperluan keagamaan seperti membina surau di kawasan lombong. Tindakan ini demi kepentingan penduduk Kampung Tualang. C: Penutup [2] Jelaslah nilai-nilai keagamaan pada watak Lebai Maaruf wajar dijadikan panduan dan teladan kepada generasi muda hari ini bagi membentuk jati diri unggul. Keunggulan nilai-nilai keagamaan pada watak Lebai Maaruf dapat dicontohi oleh generasi masa kini bagi membentuk sahsiah yang unggul. Keagamaan merupakan unsur yang penting dalam pembangunan insan kerana dengannya sudah tentu individu tersebut memiliki kebolehan dan pengetahuan yang mampu membentuk dirinya menjadi insan yang syumul selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara. contoh jawapan yang pertama sahaja yang disemak dan mempunyai ayat yang lengkap. Untuk jawapan seterusnya adalah tidak lengkap dan perlu ditambah ayat yang sesuai. Boleh rujuk dalam buku keluaran LP.
11 2. Keagamaan merupakan unsur yang penting dalam pembangunan insan. Huraikan pernyataan tersebut dalam Konteks pembangunan diri anda berdasarkan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu ) [25] Kehendak soalan 1. Fakta keagamaan 2. Ayat kepentingan 3. Ayat huraian 4. Contoh SS 5. Ayat kesan yang kait dengan diri anda Skema pemarkahan: A. Pengenalan.[3] Sulalatus Salatin menceritakan tentang salasilah jurai raja-raja Melayu Melaka dan peristiwa yang berkaitan seperti pengislaman raja-raja Melayu Melaka dan hal-hal yang berkait dengan agama. Keagamaan bermaksud perihal agama atau hal-hal yang berkaitan dengan agama sama ada berbentuk niat, lafaz, perbuatan atau sebagainya. Antara nilai Islam dan kehidupan beragama yang terdapat dalam keagamaan ialah beriman dengan mengerjakan solat, berdakwah dan menyebarkan agama Islam, menuntut ilmu agama, membaca kitab dan menbaca/ mengaji Al-Quran. Pertama Beriman / Taat kepada perintah Tuhan dengan mengerjakan solat. Solat merupakan tiang agama yang boleh membentuk keperibadian seorang muslim dan boleh menarik hati insan untuk memeluk agama Islam. Dengan mendirikan solat, ianya dapat membentuk akhlak saya menjadi lebih baik dan tidak melakukan dosa atau maksiat / Solat penting kerana ia dapat membentuk akhlak saya......... Saya perlu menunjukkan akhak yang baik supaya dapat menarik orang bukan Islam memeluk agama Islam dan dihormati oleh orang lain. Contoh semasa kedatangan Islam ke Melaka, Syed Abdul Aziz telah menunaikan solat di pantai Melaka untuk menunjukkan ibadat orang Islam kepada penduduk Melaka sehingga Melaka dapat diislamkan.(ms73). Oleh itu nilai taat kepada perintah tuhan dengan mengerjakan solat perlu diamalkan agar dapat membentuk akhlak yang mulia. Isi 1 Sulalatus Salatin Isi 2 Maksud Keagamaan Isi 3 3 Fakta yang ada dalam isi Fakta Huraian Kepentingan Contoh Kesimpulan /Kesan Ulasan
12 Kedua, berdakwah. Setiap insan berkewajiban berdakwah dalam menyeru agar berbuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Amalan berdakwah dapat membentuk diri saya agar menjadi insan yang bertanggungjawab dan amanah menunaikan perintah Allah. Contoh, Sultan Muhammad sanggup melepaskan takhta dan menggelarkan dirinya sebagai Fakir Muhammad kerana hendak berdakwah. Baginda telah menyampaikan dakwah ke Samundra, Fansuri dan Perlak. Aktiviti dakwah dapat membentuk diri baginda menjadi seorang yang merendah diri dan gigih menyebarkan Islam. Contoh, Syeikh Ismail berdakwah menyampaikan agama Islam ke Asia Tenggara sehingga sampai ke Semundra (ms55-56) Membaca al-Quran. Membaca al Quran dapat mendekatkan diri seseorang kepada Pencipta kerana di dalamnya mengandungi pelbagai ilmu dunia akhirat. Amalan ini dapat melahirkan saya sebagai insan yang sentiasa mengingati dan mendekati Allah.contohnya, semasa sampai di Semundra, Syeikh Ismail mengajar Merah Silu mengajar al-Quran. Berkat bacaan al-Quran akhirnya Merah Silu diangkat oleh Syeikh Ismail menjadi raja dengan gelaran Sultan Malikul Salleh (ms57) Jelaslah bahawa membaca al-Quran dapat mengangkat martabat diri seorang insan. Seterusnya, belajar agama. Setiap orang Islam wajib mempelajari agama Islam tanpa mengira jantina untuk membentuk peribadi yang berilmu pengetahuan. Contoh, Sultan Mahmud Syah menghantar Orang Kaya Tun Muhammad ke Pasai untuk bertanya tentang perkataan ulama. (ms247) Akhir sekali, amanah / jujur. Insan yang amanah menjalan tugas akan sentiasa dihormati oleh orang lain dan dirahmati Allah. Contoh Sultan Alauddin Riayat Syah amanah menjalankan tugas sebagai pemerintah. Baginda memenuhi wasiat Sultan Mansur Syah agar berlaku adil, jangan mengambil harta orang dan muafakat dengan menteri Contoh Maulana Abu Bakar AMBIL FAKTA YANG KUAT DAN CONTOH PERISTIWANYA YANG SEMUA ORANG TAHU. AMBIL FAKTA YANG SAYA BAGI DULU DAN RUJUK NOTA (FAKTA BERWARNA HIJAU). WAJIB ADA AYAT YANG DIPERLUKAN. IKUT SOALAN F6 Merendah diri/ akhlak terpuji. Nilai merendah diri menunjukkan ketinggian budi seseorang. Ia dapat membentuk akhlak terpuji,disenangi orang dan dikasihi Allah. contoh Sultan Mahmud merendah diri ketika menuntut ilmu iaitu baginda sanggup membahasakan diri sebagai fakir Mahmud semata-mata ingin belajar Kitab Makhlumat dengan Maulana Yusuf. Contohnya, Sultan Muhammad sanggup menyerahkan takhta kerajaan Mu’tabari kepada anakanda baginda untuk berdakwah. Baginda merendah diri dengar menggelarkan dirinya sebagai Fakir Muhammad semata-mata kecintaan terhadap agama Islam. F7 Mencintai ilmu agama Setiap insan wajib menuntut ilmu tanpa mengira kedudukan.Ilmu dapat melahirkan insan yang berpengetahuan,seimbang dan dirahmati Allah. contohnya Sultan Mansur Syah mempelajari ilmu agama dengan Maulana Abu Bakar sehingga menjadikan baginda seorang pemerintah berperibadi mulia. C Penutup [2] Kesimpulan/rumusan/pandangan/cadangan/implikasi/harapan/penilaian/penegasan
13 3. Membelakangkan nilai-nilai Islam dan kehidupan beragama menyebabkan Melaka mengalami kemorosotan. Bincangkan pernyataan ini pada watak Sultan Mahmud Syah. [ 25] (Dalam soalan ini soalan berkehendakan nilai-nilai Islam dan kehidupan beragama. Jadi pelajar boleh menggabungkan nilai dan kehidupan beragama, tapi nilai dan kehidupan beragama yang negetif. Faktanya boleh jadi 3/2. Oleh itu nilai atau kehidupan beragama paling banyak akan dinilai 3 dan 2 kena bagi sebaliknya.) A. Pengenalan [3] Definisi Nilai Agama dan Kehidupan Beragama Watak -Nama sebenar ialah raja Mamad. Anak/ putera Sultan Alau'ddin Riayat Syah bersama isterinya Tun Senaja. Abangnya Raja Menawar dirajakan di Kampar. Menaiki takhta ketika masih kecil dan merupakan sultan terakhir di Melaka. Isi-isi penting (Kalau bagi lengkap tentang nilai Islam boleh dapat 2 M. Tapi lebih baik bagi tentang nilai Islam, Kehidupan beragama, watak Sultan Mahmud Syah dan isi-isi penting (dapat 3 M) ISI Membelakangkan nilai-nilai Islam dan kehidupan beragama menyebabkan Melaka mengalami kemorosotan; F1 Bermukah dengan isteri Tun Biajid. Sultan Mahmud Syah telah melanggar hukum agama apabila telah mengambil kesempatan bermukah dengan isteri Tun Biajid ketika ketiadaan suaminya. Peristiwa ini diketahui apabila Sultan mahmud Syah terserempak dengan Tun Biajid ada waktu pagi ketika sedang turun dari rumah Tun Biajid. Tun Biajid menghunus lembing dengan tujuan membunuh Sultan Mahmud tetapi membatalkan niatnya kerana seorang pembesar yang taat setia kepada raja. Peristiwa ini menyebabkan Tuan Biajid tidak mahu menyembah Sultan Mahmud dan ini menyebabkan institusi raja yang dipimpin oleh Sultan Mahmmud merosot. Sultan Mahmud sepatutnya mempunyai pekerti yang lebih baik dan menjadi contoh tauladan kepada rakyat. Hal ini penting agar rakyat menghormatinya dan Sultan Mahmud dapat memrintah Melaka dengan baik. Oleh itu Seorang pemimpin sepatutnya tidak melanggar hukum agama agar dirinya dihormati dan disanjungi oleh rakyat jelata. Jawaban seterusnya adalah tidak lengkap. Yang ada hanya fakta, huraian dan contoh sahaja. F2 Pembunuhan kejam. Sultan Mahmud telah mengarahkan pembunuhan Bendahara Tun Mutahir kerana dendam apabila bendahara tidak menunjukkan anaknya Tun Fatimah kepada sultan Mahmud. Dendam baginda berbalas apabila mendapat berita mengatakan Bendahara ingin merampas kuasa. Tanpa menjalankan siasatan terlabih dahulu, baginda telah mengarahkan bendahara dan ahli keluarganya dibunuh kecuali Tun Fatimah. Pembunuhan Bendahara Seri Maharaja ini memberi kesan kepada Tun fatimah apabila tidak mahu zuriat Sultan mahmud dengan menggugurkan kandungannya.
14 F3 Mengamalkan sifat pilih kasih. Sultan Mahmud mengamalkan sifat pilih kasih di kalangan pembesar. Beberapa orang pembesar yang sangat dikasihi baginda antaranya ialah Seri Wak Raja, Tun Umar, Hang Isa Pantas dan Hang Hussein Cenggeng. Pembesar-pembesar yang dikasihi baginda bebas melakukan apa sahaja dan tidak akan dijatuhi hukuman walaupun melakukan kesalahan. Sifat pembesar kesayangan raja menunjukkan Sultan Mahmud tidak berlaku adil dalam layanannya terhadap pembesar-pembesar Melaka. F4 Terlalu mengikut hawa nafsu terhadap wanita. Sultan Mahmud apabila mendengar khabar kecantikan Tun Teja Ratna Menggala (puteri Bendahara Pahang) telah menawarkan hadiah yang besar. Buktinya dalam petikan di bawah; “Barang siapa membawa anak Bendahara Pahang itu ke mari, apa yang dikehendaki kita anugerahi akan dia; umpamanya jika ia hendakkan sekerat kerajaan kita sekalipun kita anugerahkan; apa pun dosanya tiada kita bunuh.” Petikan ini menggambarkan Sultan Mahmud terlalu mengikut hawa nafsu sehingga sanggup menggadai negeri kerana wanita cantik. Sifat ini merupakan kelemahan Sultan Mahmud yang menyumbang ke arah kemerosotan Kesultanan melayu Melaka. F5 Hasad dengki/irihati. Sultan Mahmud telah pergi ke rumah Tun Dewi pada waktu malam tetapi didapati Tun Ali Sandang ada di sana. Hal ini telah menimbulkan perasaan iri hati pada Sultan Mahmud dan mengarahkan Tun Isap membunuh Tun Ali Sandang dengan menghadiahkan sirih di puan. Sultan Mahmud kerana hasad dengki sanggup melakukan kekejaman terhadap orang lain. Iri hati terhadap adiknya sendiri –Raja Zainal yang tampan dan disukai ramai. Baginda mengupah orang untuk membunuh adiknya. F6 Mudah percaya kepada fitnah. Sultan Mahmud telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan keluarganya kerana percaya kepada fitnah fitnah yang dilakukan oleh Kitul dan raja Mendaliar. Sikap menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa menunjukkan kelemahan Sultan Mahmud di dalam pemerintahannya. F7 Mudah dipengaruhi. Semasa kematian bendahara Putih, ada sembilan calaon bendahara yang layak menggantikannya. Semasa pemilihan bendahara tersebut, Sultan Mahmud telah memilih Tun Mutahir menjadi Bendahara kerana terpengaruh dengan kata-kata bondanya. Pemilihan ini bersandarkan kerana mereka bersaudara. Ini membuktikan Sultan Mahmud lemah dari segi membuat keputusan sehingga terpaksa mendengar keputusan orang lain. C Penutup [2] F1 Seorang sultan yang mempunyai sifat keperibadian negatif sehingga menjadi faktor kemerosotoan Kesultanan Melayu Melaka. F2 Tewas kepada kuasa asing iaitu Feringgi F3 Sultan yang terakhir dalam Kesultanan Melayu Melaka Perlu ada ayat bincang dan kaitkan dengan nilai agama. Contoh tanpa nilai ……… maka….. Seharusnya nilai…… perlu ada agar peristiwa seperti….tidak berlaku.). Ayat kesan/ kepentingan juga perlu ada.
15 LATIHAN- UNTUK SOALAN SETERUSNYA CUBA PELAJAR HIGHLIGHTKAN APA KEHEENDAK SOALAN MENGIKUT WARNA YANG TELAH DITETAPKAN KEMUDIAN LIHAT PENGENALAN DAN JAWAPAN. ADAKAH SUDAH MENEPATI KEHENDAK SOALAN ATAU TIDAK. PELAJAR BOLEH BERBINCANG DENGAN GURU PELAJAR. 4. Encik Muhammad dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, adalah seorang tokoh korporat yang sentiasa sibuk dengan urusan perniagaannya. Walaupun begitu beliau tidak mengabaikan kehidupan beragama. Bincangkan kenyataan ini. [25] A. Pengenalan [3] F1 Konsep/definisi kehidupan beragama F2 Perwatakan Encik Muhammad F3 Menyenaraikan isi-isi yang akan dinyatakan F1 Pemurah / bersedekah H/C Sifat pemurah/bersedekah ini adalah sifat yang dituntut dalam agama dan sifat ini adalah sifat yang mulia. Sifat ini terdapat dalam diri Encik Muhammad. Contoh, Encik Muhammad suka membuat jamuan kepada kakitangannya seperti mengadakan jamuan makan tengah hari Paddock.Sekiranya Encik Muhammad tidak mempunyai sifat pemurah tentunya beliau tidak akan membelanja makan kakitangannya. F2 Taat Kepada Perintah Tuhan Dengan Menunaikan solat sunat H/C Amalan menunaikan solat sunat digalakkan dalam Islam dan dapat mendekatkan diri dengan pencipta. Contoh, Encik Muhammad bangun pagi untuk menunaikan solat sunat syukur dan solat sunat tahajjud pada malam penubuhan Syarikat Lombong LembahTualang (ms115) F3 Berzikir / berwirid H/C mengingati tuhan dengan cara memuji dan memuliakan keagungan dan kemulian tuhan adalah amalan yang penting dalam Islam bagi mendekatkan diri dengan Allah.Contoh, Encik Muhammad mengingati Allah melalu izikir, wirid, tasbih setelah selesai memunaikan solat sunat (ms 113) F4 Berdoa H/C Memohon dan meminta kepada tuhan agar dipermudahkan segala urusan. Encik Muhammad berdoa agar Mahani dan Rahim hidup bahagia selamanya dan tabah menghadapi apa jua cabaran dan dugaan yang mendatang. F5 Amanah – Faraid Harta Nota: Calon dikehendaki mengemukakan jawapan berbentuk perbincangan ( pro/kontra) C Penutup [2] Rumusan /Cadangan/ Kesimpulan/ Penilaian
16 5. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya. “Sebermula ,maka tersebutlah pada zaman Rasul Allah salla’llahu ‘alaihi wa salam, baginda bersabda pada segala sahabat: “Pada akhir zaman kelak, ada sebuah negeri di bawah angin, Semudra namanya; maka apabila kamu dengar khabarnya negeri Semudra itu, maka segeralah kamu pergi ke negeri itu, bawa isi negeri Semudra itu masuk Islam, kerana dalam negeri itu banyak wali Allah akan jadi; tetapi ada pula seorang fakir di negeri Mutabari namanya, ialah kamu bawa serta kamu, setelah berapa lamanya kemudian daripada sabda nabi salla’llahu ‘alaihi wa salam, maka terdengarlah kepada segala negeri, datang ke Mekah pun kedengaran nama negeri Semudra itu. Syarif di Mekah menyuruh sebuah kapal membawa segala perkakasan kerajaan seraya disuruhnya singgah ke negeri Mu’tabari; adapun nama nakhoda kapal Sheikh Ismail itu (a) Senaraikan hal yang berkaitan Islam sebagaimana yang tergambar dalam petikan di atas. [5] (b) Berdasarkan watak fakir dalam petikan, ulaskan kehidupan beragama sebagai tonggak pembangunan insan [20] (a) Senaraikan 5 hal yang berkaitan dengan agama Islam dalam petikan di atas. (Jika dapat soalan ini, pelajar hanya perlu senaraikan saja 5 perkara yang berkaitan dengan agama Islam. Perkara tersebut wajib di cari dalam petikan sahaja dan berkaitan dengan agama Islam.) 5 hal agama yang ada dalam petikan: 1. Memeluk Islam 2. Sabda Nabi 3. Nabi Muhammad (S.A.W) 4. Menyebarkan Agama Islam /Dakwah 5. Membaca Al-Quran 6. Fakir 7. Wali Allah 8. Sahabat Nabi (Yang di atas adalah fakta. Pelajar perlu tambah ayat huraian / ayat jelas / ayat bincang, ayat contoh dan ayat kesan.) Pelajar juga boleh rujuk buku keluaran LP.
17 (b) Berdasarkan watak fakir, terdapat beberapa kehidupan agama yang wujud. Antaranya adalah: F1. Berdakwah/menyebarkan ajaran Islam Fakir sangat amanah dalam menjalankan tugasnya sebagai pendakwah semasa mencari dan mengislamkan Negeri Semundra. Berkat sifatnya yang amanah tersebut, bukan sahaja negeri Semundra yang berjaya diislamkan tetapi juga Negara Fansuri, Lamiri dan Haru. F2. Menyuruh membaca al-Quran. Setiap tempat yang disingahi oleh Fakir Muhammad, maka beliau menyuruh orang membaca al-Quran sanggup meninggalkan takhta dan kerajaannya semata-mata untuk menyampaikan ajaran Islam. F3. Mengislamkan masyarakat. Fakir telah mengislamkan masyarakat/rakyat di negeri yang disinggahinya seperti negeri Semundra, Fansuri, Lamiri dan Haru. Beliau juga telah mengislamkan Mereh Silu apabila sampai ke negeri Semudra. F4. Bersifat merendah diri. Sultan Muhammad sanggup merendah diri untuk menjadi fakir semata-mata menunaikan amanat Rasul Allah dan cintanya akan Islam. F5. Taat kepada perintah Tuhan. Sharif Mekah dan Fakir Muhammad dan patuh pada perintah Tuhan dengan menyebarkan agama Islam/mengislamkan isi negeri Semundra.
18 6. Agama merupakan asas penting dalam pembangunan insan. Berdasarkan teks Saudagar Besar dari Kuala Lumpur bincangkan bagaimana kehidupan beragama mampu manjadi tonggak pembangunan diri anda. [25] A. Pengenalan [3] 1. Konsep kehidupan beragama merujuk kepada perihal hidup yang mematuhi ajaran agama, taat agama, beribadat. 2. Isi yang akan dibincangkan F1. Mengerjakan solat secara berjemaah F2. Mewakafkan harta/bersedekah F3. Berdakwah/mengajak masyarakat kembali mengamalkan ajaran Islam F4. Menuntut ilmu agama dan menyampaikan ilmu F5. Pembahagian harta mengikut hukum faraid. F6. Berzikir atau mengingati Allah. bertasbih, tahmid, tahlil dan takbir kepada Allah . C. Penutup [2] Menyimpulkan apa yang dibincangkan atau mengemukakan pandangan / saranan / rumusan / pendirian 7. Berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) bincangkan nilai keagamaan dalam konteks pembangunan insan. [25] A. Pengenalan [3] Konsep nilai keagamaan Isi yang akan dibincangkan F1. Menuntut ilmu - Sultan Mahmud Syah belajar tasawuf dengan Maulana Yusuf F2. Mengembangkan agama/berdakwah - Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Maulana Sadar Jahan dan Maulana Yusuf merupakan tokoh pendakwah yang bertanggungjawab mengembangkan agama Islam di Melaka F3. Bertaqwa/beriman - Maulana Abu Bakar seorang ulamak yang warak. F4. Solat/ Menuntut ilmu dan bertanyakan hal agama. F5. Mengarang dan menterjemahkan kitab agama. F6. Bertanggungjawab melaksanakan tugas/amanah hukum Islam- Hukum Hudud- Sultan Alauddin dan Sultan Mansur Syah merupakan pemimpin yang bertanggungjawab menunaikan tanggungjawabnya sebagai pemerintah/pemimpin.
19 2. ILMU CONTOH JAWAPAN UNTUK PEMBANGUNAN INSAN- Ilmu secara umum / Kalau soalan tanya khusus tentang ilmu tertentu seperti ilmu agama maka kena bagi ilmu yang ada kaitan dengan agama PENGENALAN Definisi / Konsep ilmu - Merujuk kepada pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan sebagainya. Pengetahuan tentang sesuatu bidang/disiplin yang disusun secara bersistem menurut kaedah yang tertentu Latar belakang watak – rujuk soalan / contoh yang dinyatakan dalam soalan Isi-isi penting Ilmu Agama. Ilmu agama merupakan ilmu yang dituntut oleh seseorang untuk meningkatkan keimanan dan keyakinan dalam diri. Seseorang perlu diajar dan diddik/ mempelajari ilmu agama supaya dapat menjadi insan yang berakhlak mulia pada masa hadapan. Matlamat pendidikan ilmu agama bukan hanya pembangunan fizikal semata-mata tetapi termasuklah pembangunan spiritual. Merujuk kepada Sejarah Melayu, Sultan Mahmud adalah pemerintah yang sanggup merendahkan dirinya untuk mendalami ilmu agama/ilmu maklumat. Hal ini dapat dilihat apabila Sultan sendiri mengajar rakyat agar merendahkan diri untuk belajar dan seterusnya berguru dengan Maulana Yusof. Sultan Mahmud sanggup meninggalkan jawatan sultan di luar pusat pembelajaran kerana ingin mendalami ilmu tersebut. Tentunya perlakuan sultan dalam sistem feudal ini akan diikuti oleh rakyat jelata dan akhirnya sultan dapat menanam keimanan dalam dirinya dan seluruh rakyat Melaka. Oleh itu, pemimpin masa kini perlu mencontohi sikap Sultan Mahmud agar seluruh rakyat dapat melahirkan rasa taat setia dan menghormati raja. Contoh lain, Peristiwa perbualan Makhdum Sadar Jahan dan Tun Mai Ulat Bulu ketika menuntut ilmu telah menyedarkan diri kita supaya jangan takabbur dan sentiasa bersangka baik sesama guru dan murid. Kita sedar bahawa ilmu yang kita kuasai sangat sedikit dan dilarang berlagak sombong. Ilmu penternakan/ pertanian / perdagangan. Ilmu ini mampu mengeluarkan manusia daripada kepompong kemiskinan. Kelebihan orang yang memiliki ilmu pertanian/perdagangan/ penternakan ialah, mereka mampu memanfaatkan ilmunya bagi menjamin masa hadapan yang lebih sempurna. Manusia yang memiliki ilmu ini mampu mencari rezeki dan kreatif menggunakan kebolehannya. Ilmu penternakan yang dimiliki oleh Bendahara Seri Maharaja menjadikan beliau kaya dan dikatakan hartanya melebihi harta raja. Beliau mempunyai kerbau yang banyak dan bila pengikutnya tidak mendapat habuan ketika berburu, beliau akan memberikan kerbaunya seekor seorang. Hal ini menyebabkan beliau disegani dan disayang oleh pengikutnya. Oleh itu, sikap bendahara wajar dicontohi agar kita dapat merubah nasib kita dan keluarga. PEMBANGUNAN INSAN : ILMU Huraian Kesimpulan kecil / Kesan untuk diri dan watak Fakta Kepentingan perbincangan / Ulasan Watak / contoh
20 2. Ilmu dalam SS (BERIKUT MERUPAKAN ILMU YANG LAZIMNYA ADA DALAM SKEMA, NAMUM BERGANTUNG PADA KEHENDAK SOALAN. CONTOH KALAU SOALAN BERKEHENDAKKAN ILMU BERDASARKAN WATAK-WATAK TERTENTU, MAKA PELAJAR PERLU MENULIS ILMU YANG HANYA DIMILIKI OLEH WATAK TERSEBUT) FAKTA DAN HURAIAN KEPENTINGAN, CONTOH, ULAS/JELAS/BINCANG DAN KESAN Ilmu Agama. Ilmu agama penting bagi menanam nilai amanah / beriman dan bertanggungjawab ketika melaksanakan tugas. Memiliki ilmu agama yang tinggi penting dan dapat membentuk insan yang bermoral dan mempunyai maruah yang tinggi. Sekiranya, seseorang tidak memiliki ilmu agama, nescaya keperibadian yang mulia tidak akan dapat dibentuk dalam diri. Bendahara Tun Mutahir merupakan seorang Bendahara yang mempunyai moral dan memiliki ilmu agama yang kukuh kerana tidak berdendam kepada Sultan Mahmud dan redha dengan hukuman bunuh yang dijatuhkan ke atas dirinya dan ahli keluarga beliau. Beliau akur dan menasihati anaknya supaya tidak membuangkan harta mereka ke laut sebaliknya biarlah digunakan oleh Sultan untuk pembangunan kerajaan Melaka. Sikap beliau telah menyebabkan beliau dipandang tinggi oleh Sultan dan Sultan telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas orang yang memfitnah beliau. Kesimpulannya, memiliki ilmu agama dapat menanam sikap amanah beriman dan bertanggungjawab dalam diri agar sentiasa dikagumi dan disegani oleh orang sekeliling. Ilmu Gajah Ilmu gajah merupakan ilmu yang jarang dimiliki. Ilmu ini dituntut untuk menjadikan seseorang itu mahir dalam menjaga gajah dan mengendalikan gajah. Ilmu gajah penting dikuasai agar dapat memenangi peperangan dan mempertahankan negara. Dalam peperangan gajah digunakan sebagai kenaikan untuk ke medan pertempuran. Di samping itu gajah juga digunakan sebagai benteng untuk mempertahankan diri dari sebarang ancaman musuh atau melanggar musuh. Jika tidak memiliki ilmu gajah maka…... Contohnya semasa Melaka menyerang Kampar, Maharaja Jaya telah menggunakan gajah sebagai kenaikan ke medan perang. Gajah juga telah digunakan untuk melanggar dan menempuh angkatan Melaka. Setelah Maharaja Jaya tewas dan dibunuh, gajahnya telah dibawa pulang oleh Seri Nara Diraja ke Melaka. (m/s 149). Oleh itu, seseorang yang memiliki ilmu gajah akan dipandang tinggi dan selalunya akan dilantik mengetuai peperangan. Ilmu perniagaan / perdagangan/ keusahawanan Ilmu perdagangan dan perniagaan merupakan salah satu ilmu yang melibatkan kegiatan jual beli yang boleh menghasilkan keuntungan. Ilmu perdagangan dan perniagaan penting bagi meluaskan perniagaan, menjadikan kehidupan lebih bahagia, dipandang tinggi dan memperoleh keuntungan. Orang yang mempunyai ilmu keusahawanan akan dipandang mulia dan boleh dijadikan contoh kepada orang lain. Hal ini jelas pada watak Tun Mutahir yang memiliki ilmu keusahawanan. Tun Mutahir terkenal bukan sahaja disebabkan beliau seorang pembesar tetapi beliau terkenal juga sebagai serorang usahawan yang berjaya sehingga dicemburui oleh Sultan Mahmud. Kebijaksanaan Bendahara Tun Mutahir dalam menguruskan perniagaannya sehingga kekayaaan beliau dapat mengatasi kekayaan sultan. Seandainya, ilmu yang diperolehi tidak digunakan atau disebarkan kepada orang lain maka ilmu tersebut tidak akan dapat di aplikasikan dalam kehidupan seharian dan perniagaan tidak akan berkembang maju. Oleh itu saya perlu mencontohi Bendahara untuk merubah hidupnya dan dipandang tinggi oleh masyarakat
21 Ilmu pelayaran /kelautan / perkapalan Ilmu perkapalan / pelayaran merupakan ilmu yang diguna oleh seseorang untuk mengemudi dan mengendalikan kapal dengan cekap dan mahir. Ilmu ini selalunya dimiliki oleh nokhoda. Ilmu pelayaran /perkapalan penting bagi nakhoda untuk menetapkan hala tuju kapalnya agar selamat sampai ke destinasi tanpa sebarang masalah Seri Teri Buana belayar dari negeri Palembang ke Pulau Bintan (hlm. 35), seterusnya ke Temasik (hlm. 39). Orang-orang Cina belayar ke Temasik untuk halang Raja Suran menyerang negeri Cina (hlm. 13). Puteri Nila Pancadi belayar dari Benua Keling ke Singapura utk kahwin dengan Raja Pikrama Wira (hlm. 42) Sheikh Ismail belayar dari Jeddah ke negeri-negeri Melayu di Sumatera. Dia bersama Fakir Muhammad dari negeri Muktabari, India telah berjaya menyebarkan Islam ke negeri Fansuri, Lamiri, Haru, Perlak, Semudera dan Pasai (hlm. 56-57). Syed Abdul Aziz belayar dari Jeddah ke Melaka (hlm. 74). Maulana Jalaluddin belayar dari India ke Melaka untuk berniaga, membantu Raja Kassim merampas kuasa (hlm. 84). Tun Perpatih Putih belayar ke negeri Cina (hlm. 151). Puteri Hang Liu belayar ke Melaka untuk kahwiin dengan Sultan Mansur (hlm. 134). Sultan Mansur belayar ke Majapahit untuk berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana, anak Betara Majapahit (hlm. 118). Hang Nadim belayar ke Benua Keling untuk membeli kain batik (hlm. 218). Orang-orang Portugis datang berniaga ke Melaka dari Eropah (hlm. 244). Raja Suran meneroka laut. Turun ke dalam laut dengan peti kaca berpesawat. Jumpa negeri Dika. Rajanya bernama Aktabul Ardh. Kahwin dengan Puteri Mahtabul Bahri (hlm. 15). Jika ilmu ini tidak dimiliki oleh …………maka sudah tentu kapal yang dikendalikan akan menghadapi masalah dan berkemungkinan tidak sampai ke tempat yang dituju. Oleh itu, ilmu perkapalan / pelayaran yang dimiliki oleh………menjadikan beliau sorang yang hebat dan disayangi oleh semua orang. Ilmu firasat/nujum/amalan Bendahara Paduka Raja memerintahkan pahlawan-pahlawannya mengejar Maharaja Dewa Sura yang melarikan diri. Seri Bija Diraja tidak tergesa-gesa seperti orang lain kerana dengan ilmu firasat yang ada padanya dia tahu musuhnya itu tidak akan terlepas dari tangannya. Oleh itu, PENUTUP - Memiliki Ilmu pengetahuan dapat membangunkan modal insan seiring dengan pembangunan negara pada masa hadapan. - Ilmu sangat penting dalam meningkatan martabat diri bagi melahirkan individu atau masyarakat yang berjaya.
22 Ilmu SS Jenis Ilmu Kepentingan Watak dan Peristiwa Kesan Pada Watak Kesan Pada diri Ilmu Mengatur Strategi / Kepimpinan Sebagai penyuluh hidup Mengangkat martabat diri Mempertahankan diri Dapat menghidupkan konunikasi yang berkesan dengan orang luar Membentuk sahsiah diri yang kuat Menjadi seorang yang berjaya dalam bidang perniagaan Sultan Muzzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan Alaud’din Riayat Shah, Bendahara Tun Perak Mengubah cara hidup – mendapat perkerjaan / menjadi lebih senang Dihormati dan disanjungi oleh orang lain Menjadikan diri lebih berani, kuat dan tabah menghadapi dugaan Mendapat keberkatan dan kesejahteraan hidup menimbulkan nilai cinta/ taat dan sayang dalam diri Dengan adanya ilmu akan membangunkan modal insan pada masa hadapan. Melahirkan insan yang bermoral Dihormati dan disanjungi Ilmu Agama Maulana Abu Bakar – Sultan Mansur Syah -Bawa kitab Duri Mazlum dan menyebarkan agama islam di Melaka/ isi syurga dan neraka Makhdum Syed Abdul Aziz – Sultan Muzaffar Syah -sebar agama /jejak di pantai Melaka terus sujud syukur Maulana Yusof – Sultan Mahmud Syah - sebar agama / ajar mengaji / pertanyaan tentang rezeki Makhdum Sadar Jahan – Sultan Mahmud / Tun Mai Ulat Bulu Kadi Yusof- Sultan Mansur Syah Ilmu Kepahlawanan dan Bermain Senjata / Hulubalang Ilmu Menjinakkan Gajah -Kebolehan menguasai ilmu menjiankan bintang turut membolehkan seseorang mendapat pengiktirafan dan dihargai. Contohnya, Maharaja Dewa Sura yang merupakan tawanan perang kerajaan Melaka, memiliki ilmu gajah sehingga mampu menjinakkan gajah kenaikan Sultan Mansur Syah yang dihilangkan oleh Kemanci. Beliau memohon kebenaran Sultan Mansur Syah untuk menjinakkan gajah raja yang mengamuk, akhirnya ilmu gajah yang dimilikinya telah menyebabkan dia berjaya menjinakkan gajah raja. Ilmu yang dimiliki oleh beliau menyebabkan sultan mansur syah mengarahkan semua anak-anak orang besar menuntut ilmu dengannya agar…. -Hang Tuah memerangi Semarluki (lanun yang ganas) -Hang Tuah bertarung dengan Hang Jebat yang menderhaka Ilmu Perdagangan / Keusahawanan / Perniagaan -Maharaja Dewa Sura: menternak kerbau / lembu -Hang Nadim: Bijak memilih kain serasah yang berkualiti di Benua Keling / pandai mencanting batik -Maulana / Syed / Pedagang Arab: rempah ratus Ilmu Mengarang -Surat menjadi alat perhubungan dan komunikasi yang paling penting pada zaman kesultanan melayu melaka terutama dalam hubungan diplomatik. Contohnya Tun Perak yang memiliki ilmu mengarang telah diarahkan oleh sultan mansur syah untuk menghantar utusan ke Siam sehingga mereka mendapat pujian daripada pemerintah siam iaitu paduka bubun sehingga dia berasa kebijaksanaan tuk perak itu sepatutnya menjadi mangkubuminya. [m/s 108-109]
23 2. Ilmu dalam SBDKL: Merujuk kepada pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan sebagainya. Pengetahuan tentang sesuatu bidang/disiplin yang disusun secara bersistem menurut metode yang tertentu yang dapat menerangkan sesuatu gejala/fenomena (keutamaan diberi kepada yang memiliki ijazah dan yang ada guru dan murid dahulu) Jenis Ilmu Kepentingan Watak dan Peristiwa Kesan Pada Watak Kesan Pada diri Ilmu Perdagangan / Perniagaan / ekonomi Meningkatkan ilmu pengurusan / perniagaan/ perdagangan / agaman di dalam diri Meningkatkan jati diri / sahsiah diri Membuka peluang pekerjaan Penyuluh hidup Menjadikan diri lebih bertanggungjawab dan dapat menjalankan tugas dengan lebih baik Menjadikan diri lebih bertakwa dan beriman Melahirkan masyarakat yang bermoral En. Muhammad – Ijazah ekonomi dari England. Diberi kepercayaan oleh Dato’ Tan untuk urus Syarikat Dagang Enterprise. Bijak mengurus hingga Berjaya mendapat tender lada hitam. Kontrak eksport membekalkan lada hitam kepada syarikat Franfurt dari Jerman iaitu sebanyak 800-1000 tan melibatkan 3 hingga 4 juta selama 7 tahun. Ladang lada hitam di Johor. Buka Syarikat Lombong Lembah Tualang, usaha sama restoren makanan, cadang namembuka pusat rekreasi dan perhotelan di Jeram Medang.Menbantu isterinya membuka lading orkid di Jeram Medang -YB Muhd. Yusof mempunyai kilang papan -Cik Puan Tipah membuka ladang orkid -Pak Salim terlibat dalam peruncitan dan warung kopi Di segani dan di sukai ramai Mengangkat martabat diri Merubah cara hidup kejayaan dapat dimiliki Disayangi oleh orang lain Menjana sumber pendapatan diri Dihormati oleh orang lain / masyarakat memupuk keyakinan di dalam urusan seharian menabur bakti kepada orang lain Ilmu Agama -Imam Saad (Tok Guru – Haji Ismail)- sebar agama / ajar anak-anak kampung dan orang dewasa mengaji dan mendalami ilmu agama/ Imam di surau kampung Pulai -Lebai Maarup – sebar agama/ajar mengaji/ajak solat berjemaah/membantah pembinaan hotel bagi mengelak kemungkaran wakaf tanah untuk kegunaan aktiviti agama / sabar dan pemaaf dengan sikap Mat Akil -Lebai Maarup amat mementingkan ilmu keagamaan. Beliau berdakwah kepada golongan muda dan masyarakat kampung supaya mendekati tuhan mematuhi ajaran agama dan mula menunaikan solat berjemaah di surau. termasuklah sudin dan Kemat Jerangkung. Lebai Maarup mampu mengajar mengaji anak-anak muda di kampung pulai sebanyak 2 kali seminggu di balai raya khas. Ilmu politik YB Muhd Yusof – wakil rakyat di Kampung Tualang. Bijak berbicara dan mendapat kepercayaan ramai. Memahami rakyat dan menggunakan pengalaman dalam ilmu politik untuk terus mendapat sokongan rakyat dengan berusaha mengadakan pelbagai projek bagi membantu rakyat antaranya kerjasamanya dengan Encik Muhammad untuk memindahkan penduduk kampung pulai ke rancangan FELDA.Mempunyai perniagaannya sendiri iaitu Syarikat Kilang Papan dan projek perumahan kos rendah.
24 Ilmu Kesetiausahaan -Sharifah Mahani- diploma kesetiausahaan. Menjadi setiausaha En. Muhammad di Syarikat Dagang Enterprise. Bijak mengurus segala urusan/ projek tender lada hitam, surat menyurat dan temu janji -En. Muhammad. Melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi. Ilmu Kejuruteraan / Ilmu Pengurusan Dagang / Ilmu pengurusan -Robert anak kepada Datuk Tan – ijazah kejuruteraan -Rahim anak kepada En. Muhammad- ijazah pengurusan dagang di London - menjadi pengurus Syarikat Lombong Lembah Tualang / jurutera di SLLT. -En. Muhammad mengurus tadbir Syarikat Firma Dagang Internasional Sdn.Bhd dan meluaskan empayar syarikatnya dengan membuka SLLT dll. Ilmu Pengurusan Ladang /pertanian / keusahawanan / perniagaan runcit -Cik Puan Tipah – menguruskan ladang orkid vanda. Contohnya, dapat dilihat melalui watak Cik Puan Tipah dikatakan mempunyai ilmu pertanian dan hobi sehingga dia mampu menceburi penanaman orkid di rumahnya dan mendorongnya untuk membuka ladang orkid seluas empat lima ekar di kawasan Jeram Medang iaitu tanah milik keluarga Encik Muhammad. [m/s23] -Jahid yang ada pengalaman dalam ilmu pertanian kerana beliau pernah menjadi pengelola ladang getah datuk Tan. Beliau menjadi kepercayaan kepada Cik Puan Tipah untuk mengurus sebuah kebun orkid kecil yang akan diusahakan olehnya. -Pak Salim mengikut jejak ayahnya berniaga kecil-kecilan. selain membuka warung menjual minuman dan kuih-muih dia mampu membuka kedai runcit iaitu mengambil alih keda di sebelah dari mamak maidin dengan menjual pelbagai barangan yang menjadi keperluan penduduk kampung pulai. [m/s91] Ilmu Pengurusan Perhubungan Awan Watak sudin yang mempunyai pengalaman berhubungan dengan pelbagai lapisan masyarakat kerana beliau pernah menjadi broker telah memudahkannya beliau menjayakan matlamat encik Muhammad sehingga beliau dilantik sebagai pegawai perhubungan raya syarikat lombong lembah tualang kerana kebolehannya berhubung dengan orang ramai.
25 SOALAN YANG DIBERI ADAKALANYA MENJURUS KEPADA WATAK ATAU UMUM DALAM TEKS TERTENTU.JIKA UMUM MAKA PELAJAR BOLEH MENGGUNAKAN MANA-MANA WATAK SEBAGAI CONTOH. ADAKALANYA SOALAN MEMINTA FAKTA ILMU YANG PELBAGAI SEPERTI SOALAN YANG DI BAWAH. NAMUN ADA JUGA SOALAN YANG MEMINTA ILMU TERTENTU SEPERTI SOALAN 2. CONTOH SOALAN BERKEHENDAKAN ILMU YANG ADA KAITAN DENGAN ILMU AGAMA SAHAJA ATAU KEPENTINGAN ILMU GAJAH SAHAJA. JADI JAWAPAN PELAJAR PERLU MENJURUS KEPADA KEHENDAK SOALAN. BEGITU JUGA DENGAN KESAN. JIKA KESAN MENJURUS KEPADA DIRI ANDA, JADI KAITKAN DENGAN DIRI ANDA (GUNA “SAYA” DALAM JAWAPAN). JIKA SOALAN TIDAK MENGAITKAN DENGAN ANDA MAKA KESAN PERLU DIKAITKAN DENGAN WATAK. 1. Ilmu mampu memertabatkan seorang insan. Berdasarkan novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur (SBDKL), bincangkan ilmu yang boleh dimanfaatkan dalam diri anda. [25]. Kehendak soalan 1. Fakta ilmu 2. Ayat hurai boleh diletak (ayat ini perlu meskipun dalam soalan perbincagan kerana ia membantu menjelaskan fakta. 3. Ayat kepentingan boleh kait dengan insan (diri atau watak) 4. Ayat perbincangan 5. Contoh mana-mana watak dalam SBDKL 6. Ayat kesan yang kait dengan diri anda Skema Pemarkahan A: Pengenalan [3] 1. Konsep ilmu-Ilmu merujuk kepada pengetahuan,kepandaian dalam perkara dunia,akhirat,zahir,batin,dan sebagainya. Ilmu juga merujuk kepada pengetahuan tentang sesuatu bidang/disiplin yang disusun secara bersistem menurut metod yang tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan/merungkaikan gejala/fenomena tertentu. 2. Sedikit tentang SBDKL 3. Menyenaraikan isi-isi yang hendak dibincangkan. AMBIL FAKTA YANG KUAT DULU. KONSEP ILMU PERLU ADA TOK GURU DAN ANAK MURID – PEMBERI DAN PENERIMA ILMU IKUT AYAT YANG PERLU ADA DALAM SOALAN PERLU ADA AYAT PRO/ KONTRA KERANA ADA PERKATAAN “BINCANGKAN” Isi 1 Konsep ilmu Isi 2 SBDKL Isi 3 3 Fakta yang ada dalam isi
26 B: Isi [20] (OLEH KERANA TEMA SBDKL DAN WATAK UTAMA BERKAITAN DENGAN PERNIAGAAN DAN KEAGAMAAN MAKA FAKTA YANG KUAT IALAH YANG BERKAITAN DENGAN ILMU DALAM BIDANG PERNIAGAAN/PERDAGANGAN DAN KEAGAMAAN Ilmu agama. Ilmu agama seperti ilmu tauhid, fiqah, tasawuf adalah penting untuk diamalkan bagi menjadikan seseorang insan tersebut dapat menjalani kehidupan dengan lebih bertakwa dan beriman kepada Allah. (ayat kepentingan yang dikaitkan dengan insan seperti kehendak soalan) Seseorang yang mempunyai ilmu agama akan melakukan apa yang dituntut oleh agama dan meninggalkan apa yang dilarang oleh agama. Tanpa ilmu agama, kemungkinan seseorang insan itu akan terlibat dengan kemungkaran dan perkara-perkara yang dilarang oleh agama. Contohnya dengan ilmu agama yang dimiliki oleh Lebai Maarup /Imam Saad ( ada tok guru), beliau berdakwah kepada golongan muda, masyarakat kampung supaya mendekati Tuhan/ patuhi ajaran agama. Ramai golongan muda/masyarakat kampung bersembahyang Jemaah/datang ke masjid. Lebai Maarup sanggup difitnah serta dipukul oleh Mat Akil dan rakan-rakannya demi kepentingan agama penduduk Kampung Pulai. Hal ini menggambarkan dengan ilmu agama yang dimilikinya, telah menjadikan Lebai Maarup insan yang lebih penyabar, tabah dan sabar dalam mengharungi pelbagai dugaan dalam menyampaikan dakwah. Jelaslah, dengan ilmu agama dapat menjadikan saya seorang insan yang lebih bertakwa dan berakhlak mulia serta taat dalam menjalankan segala ajaran Allah SWT. (Kesan yang dikaitkan dengan saya) Ilmu perdagangan. Encik Muhammad mendapat pengalaman bekerja dengan syarikat dagangan orang Inggeris di Kuala Lumpur dengan jawatan Pengurus Kawasan Timur Semenanjung. Ilmu yang dipelajarinya membolehkannya berjaya dalam bidang perniagaan dan membuka syarikat perniagaannya sendiri. Encik Muhammad, Datuk Tan, Tan Sri Syed Aris dan lain-lain mampu bersaing di peringkat global kerana mereka memiliki ilmu perniagaan. Misalnya, Encik Muhammad dan Datuk Tan melalui Syarikat Serba Dagang Internasional berusaha membekalkan lada hitam selama 7 tahun kepada Syarikat Frankfurt Import-Eksport di Jerman yang meraih keuntungan sebanyak 3-4 juta melalui pengeksportan 800-1000 tan lada hitam ke Jerman. Melalui ilmu perniagaan/perdagangan mampu melahirkan insan atau ahli perniagaan yang mempunyai rajin, berwawasan atau berpandangan jauh. Ilmu kesetiausahaan. Mahani telah mendapat pendidikan sehingga tingkatan 5 dan meneruskan pengajiannya dalam bidang kesetiausahaan selama setahun. Setelah setiausaha Encik Muhammad iaitu Mary berhenti bekerja sebagai setiausaha, Mahani telah bekerja dengan Encik Muhammad sebagai setiausaha. Ilmu kesetiausahaan yang dimiliki oleh Mahani menjadikan Mahani seorang yang cekap, bijak menyusun atur kerja dan dipercayai oleh majikannya. Misalnya, Encik Muhammad berbangga kerana mempunyai setiausaha seperti Mahani yang cekap. Mahani segera menghantar teleks kepada Presiden Syarikat Frankfurt Import-Eksport selepas diarahkan oleh Encik Muhammad dan akhirnya syarikat Dagang memperoleh tender mengeksport lada hitam ke Jerman selama 7 tahun. Hal ini menjadikan Mahani seorang insan yang lebih berkeyakinan tinggi dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasannya. Oleh itu saya perlu memilki ilmu untuk menjadi lebih berwibawa dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Fakta Huraian Kepentingan Contoh Kesimpulan /Kesan Ulasan
27 Ilmu pengurusan.Ilmu pengurusan mengajar seseorang untuk mengurus tadbir sebuah syarikat atau projek dengan baik dan teratur. Melalui ilmu pengurusan, dapat melahirkan insan/ketua yang menjadi pengurus yang berkarisma, berpandangan jauh, cekap dan berani mengambil risiko dalam perniagaan. Encik Muhammad dan Datuk Tan yang mempunyai ilmu pengurusan telah berjaya menguruskan Syarikat Firma Serba Dagang Internasional sehingga syarikat berkenaan berjaya mendapat kontrak membekalkan lada hitam selama 7 tahun kepada Syarikat Frankfurt ImportEksport di Jerman. Jika ilmu pengurusan tidak dimiliki, nescaya syarikat yang dipimpin akan mundur dan merosot. Oleh itu, saya perlu memiliki ilmu pengurusan agar saya mampu bersaing dengan syarikat-syarikat lain dan menempa napa dipersada antarabangsa. Ilmu pertanian/perladangan. Ilmu pertanian bukan sahaja berasaskan penanaman tetapi juga berkait dengan cara menanam, membaja, mengenal pasti jenis-jenis tanah dan sebagainya. Tanpa ilmu pertanian, sudah pasti seseorang insan itu tiada sifat tekun dalam melakukan sebarang kerja-kerja pertanian. Sebagai contoh, Cik Puan Tipah sebagai seorang yang mempunyai ilmu pertanian dalam penanaman orkid telah menyatakan hasrat kepada suaminya, Encik Muhammad untuk membuka ladang orkid di Jeram Medang. Pembukaan ladang orkid ini akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk Kampung Pulai apabila Cik Puan Tipah mengajar ilmu pertanian kepada anak-anak muda di Kampung Pulai. Beliau juga ingin membantu penduduk Kampung Pulai keluar dari belenggu kemiskinan. Ilmu pertanian telah menjadikan Cik Puan Tipah seorang insan yang pemurah dan bertimbang rasa terhadap masalah yang menimpa orang lain serta mampu menjana pendapatan yang lumayan melalui perniagaan orkid. Jelaslah bahawa ilmu pertanian mampu menjadikan saya seorang insan yang lebih cekal dan tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran dalam kehidupan. Ilmu kejuruteraan dalam bidang perlombongan. Ilmu perlombongan ialah ilmu yang menggali sesuatu seperti bijih, emas, tembaga dan lain-lain. ilmu kejuruteraan dalam perlombongan menjadikan insan kreatif dan inovatif serta berani meneroka bidang baru. Robert telah dihantar oleh Datuk Tan belajar di salah sebuah universiti di London berkaitan kejuruteraan perlombongan dengan harapan apabila Robert tamat pengajian kelak, Robert dapat membantunya untuk mengusahakan lombong bijih timah peninggalan datuknya di Lembah Tualang. Dengan ilmu yang dimiliki olehnya, Robert akan mampu mengambil alih syarikat yang diterajui oleh ayahnya. Robert juga dapat meningkatkan pengeluaran dengan berkesan. Dengan ilmu perlombongan dapat menjadikan Robert seorang yang bertanggungjawab terhadap tugasan yang telah diberikan dan dipandang tinggi oleh orang lain. Oleh itu saya patut mencontohi Robert agar saya berjaya dalam kehidupan dan kerja yang diceburi. ILMU-ILMU LAIN YANG ADA DALAM SBDKL Ilmu politik. YB Mohd Yusuf mempunyai ilmu politik dapat menjamin kedudukan dengan pengaruh rakyat. Beliau mampu mempengaruhi rakyat di Kampung Pulai, dan akhirnya beliau dilantik menjadi wakil rakyat. YB Mohd Yusuf merupakan wakil rakyat yang memahami masalah rakyat yang berada dalam kemiskinan dan beliau telah bekerjasama dengan Encik Muhammad untuk memindahkan penduduk Kg Pulai ke rancangan FELDA. Melalui ilmu politik, dapat menjadikan YB Mohd Yusuf seorang insan yang prihatin dan bertanggungjawab bagi membela nasib penduduk kampong yang rata-ratanya dibelenggu kemiskinan. Bijak menyusun strategi Ilmu persilatan – Pendekar Umar merupakan guru silat di Kampung Tualang Ilmu undang-undang – Peguam menyelesaikan masalah ladang orkid yang di musnahkan oleh Pendekar Omar dan kuncu-kuncunya Ilmu keusahawanan / perniagaan – Cik Puan Tipah mengusahakan ladang orkid / Pak Salim membuka warung dan kedai runcit C: Penutup [2] Kesimpulan/Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan/implikasi/harapan/penegasan
28 2 Berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), huraikan kepentingan ilmu gajah dalam konteks pembangunan insan. [25] Cadangan jawapan A Kehendak soalan 1. Fakta kepentingan ilmu gajah (ayat kepentingan jadi fakta) 2. Ayat huraian 3. Contoh watak yang ada ilmu gajah 4. Ayat perbincangan boleh dimasukkan untuk mengukuhkan pentingnya ilmu gajah 6. Ayat kesan yang kait dengan watak Pendahuluan [3] 1 Ilmu adalah suatu gerak daya memperoleh pengetahuan dan merujuk kepada suatu sifat yang berada pada sesuatu (insan) yang hidup, yang membolehkan diri yang mengetahui itu mengetahui yang diketahui. 2 Ilmu juga ialah pengetahuan tentang sesuatu bidang/disiplin yang disusun secara bersistem menurut metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan / merungkaikan gejala / fenomena tertentu. Ilmu mampu mengangkat kedudukan seseorang individu sama ada darjat, pangkat ataupun statusnya pada pandangan masyarakat. 3 Menyatakan fakta yang dipinta (beri lebih dari 2) B. Isi [20] Pertama, Ilmu gajah penting dikuasai agar dapat memenangi peperangan dan mempertahankan negara. Dalam peperangan gajah digunakan sebagai kenaikan untuk ke medan pertempuran. Di samping itu gajah juga digunakan sebagai benteng untuk mempertahankan diri dari sebarang ancaman musuh atau melanggar musuh. Tanpa ilmu gajah, maka seseorang itu tidak dapat mengawal gajah dengan baik dan gajah tidak akan mengikuti arahan yang diberi. Contohnya semasa Melaka menyerang Kampar, Maharaja Jaya telah menggunakan gajah sebagai kenaikan ke medan perang. Gajah juga telah digunakan untuk melanggar dan menempuh angkatan Melaka. Setelah Maharaja Jaya tewas dan dibunuh, gajahnya telah dibawa pulang oleh Seri Nara Diraja ke Melaka. (m/s 149). Oleh itu, seseorang yang memiliki ilmu gajah akan dipandang tinggi dan selalunya akan dilantik mengetuai peperangan. Isi 1 Definisi Ilmu Isi 2 Kepentingan ilmu Isi 3 Fakta kepentingan ilmu Fakta Merupakan Ayat Kepentingan Huraian / Ulasan Kesan Contoh Bincang
29 Ilmu gajah penting dipelajari bagi memahami adat istiadat. Ilmu gajah penting kerana dalam sesuatu upacara adat istiadat , gajah digunakan untuk mengepalai upacara yang menjadi kenaikan raja dan pembesar. Oleh sebab itulah Sultan Mansur menggalakkan anak-anak raja dan pembesar supaya mempelajari dan berguru ilmu gajah dengan Maharaja Dewa Sura. Dalam upacara adat istiadat menyambut utusan dari Pasai dan Haru, menteri mengepala gajah, bentara di buntut gajah, sida-sida membawa surat dengan penghulu biduanda kecil. Manakala dalam adat raja bergajah, Temenggung di kepala gajah, Laksamana atau Seri Bija Diraja di buntut. (m/s 76-77). Oleh itu, memiliki ilmu gajah perlu agar……. Seterusnya, menguasai Ilmu gajah penting untuk mengawal gajah bagi dijadikan alat pengangkutan / kenderaan. Gajah merupakan seekor binatang yang penting dijadikan kenderaan untuk bergerak ke mana-mana sahaja. Di samping itu dijadikan kenaikan raja untuk berangkat sama ada untuk keluar dalam sesuatu urusan rasmi ataupun berkaitan aktiviti keagamaan. Semasa menyambut hari raya, raja akan keluar berangkat menaiki gajah sebagai kenderaan untuk ke masjid. hlm 79). Begitu juga dengan Raja Kassim; baginda menunggang gajah yang bernama Juru Demang untuk merampas kuasa daripada Raja Rekan. (hlm 85). Begitu juga dengan Sultan Mansur Syah, baginda mempunyai gajah kenaikan yang bernama Kemanci. (hlm. 106). Sultan Mahmud Syah juga mempunyai gajah yang bernama Balidsi (hlm 197). Gajah Sultan Abdul Jamal (Pahang) bernama Gempal (hlm 223) dan Ai Kening (hlm 231) . Oleh itu, ilmu gajah dapat …….. Memiliki Ilmu gajah dapat mengangkat martabat atau status sosial. Seseorang yang berkemahiran dalam ilmu ini sudah tentu mahir untuk mengendalikan gajah dan arif tentang hal-hal berkaitan dengan gajah. Ilmu gajah akan menjadikan seseorang itu dipandang tinggi serta berpengaruh dalam masyarakat. Di samping itu pihak pentadbir juga menjadikan mereka sebagai pakar rujuk ataupun memerlukan khidmat mereka untuk mengajarkan kemahiran tersebut kepada orang lain. Secara tidak langsung status dan martabat mereka akan dipandang tinggi. Sultan Mansur Syah menyuruh segala anak tuan-tuan berguru ilmu gajah dengan Maharaja Dewa Sura. Ini menyebabkan kedudukan Maharaja Dewa Sura dipandang tinggi walaupun baginda adalah tawanan perang yang dijadikan gembala gajah. Begitu juga halnya dengan Seri Rama yang dilantik sebagai panglima gajah mempunyai kedudukan status tinggi. Buktinya apabila Seri Rama datang mengadap baginda Sultan Mansur Syah, dititahkan dibawa santapan dengan penuh adat diarak pada batil tembaga suasa. (hal. 106) Ilmu gajah menyebabkan berlakunya mobiliti sosial iaitu perubahan hidup seseorang. Seseorang yang memiliki ilmu gajah yang dapat menguasai/menjinak/mengawal haiwan ini akan dapat mengembalikan kedudukan seseorang individu tersebut. Melalui kemahiran ini boleh meningkatkan kehormatan atau status sosial seseorang. Dengan adanya ilmu gajah, Maharaja Dewa Sura telah dibebaskan daripada tawanan perang dan dianugerahi persalinan kerana jasanya menyelamatkan gajah Sultan Mansur yang bernama Kemanci. Malah belliau telah dilantik sebagai pengajar kepada anak tuan-tuan. Jika Maharaja Dewa Sura tidak memiliki ilmu menjinakan gajah, sudah tentu dirinya masih dipenjarakan.. Sehubungan dengan itu berlaku mobiliti sosial secara menegak ke atas pada watak Maharaja Dewa Sura. Akhir sekali, Ilmu gajah sebagai lambang kehebatan. Memiliki ilmu gajah menjadi lambing kehebatan seseorang kerana ilmu tidak dimiliki oleh semua orang. Hanya orang ytang tertentu sahaja mmampu mempelajarinya. Ilmu kemahiran dalam hal ehwal gajah akan melahirkan insan yang mempunyai keyakinan diri dan keberanian apabila berhadapan dengan khalayak maupun musuh. Ilmu ini juga akan melahirkan insan yang bijak. Maharaja Dewa Sura dianugerahi persalinan dan dibebaskan daripada tawanan kerana telah menyelamatkan gajah Sultan Mansur Syah yang bernama Kemanci. Kemahiran yang ada pada Maharaja Dewa Sura ini menjadi lambang kehebatan dan menyebabkan beliau mendapat pekerjaan dan pengiktirafan raja dalam menjaga dan mengajar rakyat Melaka ilmu gajah. Begitu juga Seri Rama iaitu panglima segala gajah begitu dipermulia oleh Sultan Mansur Syah. Buktinya apabila Seri Rama datang mengadap baginda, santapan dibawa orang pada batil tembaga suasa. (hlm. 106) C. Penutup [2] Menyimpulkan apa yang dibincangkan atau mengemukakan pandangan, saranan, rumusan atau pendirian
30 LATIHAN- UNTUK SOALAN SETERUSNYA CUBA PELAJAR HIGHLIGHTKAN APA KEHEENDAK SOALAN MENGIKUT WARNA YANG TELAH DITETAPKAN KEMUDIAN LIHAT PENGENALAN DAN JAWAPAN. ADAKAH SUDAH MENEPATI KEHENDAK SOALAN ATAU TIDAK. PELAJAR BOLEH BERBINCANG DENGAN GURU PELAJAR. 3. Ilmu pengetahuan adalah sangat penting dalam memartabatkan diri setiap insan. Huraikan bidang-bidang ilmu yang telah dipraktikkan dalam masyarakat Melayu tradisional yang tersurat dan tersirat dalam teks Sulalatus salatin [25]. A. Pengenalan [3] Definisi / Konsep ilmu - Merujuk kepada pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan sebagainya. Pengetahuan tentang sesuatu bidang/disiplin yang disusun secara bersistem menurut metode yang tertentu Masyarakat Melayu Dalam Teks Sulalatus Salatin Fakta yang berkaitan dengan soalan. Ilmu agama. Menuntut ilmu agama ialah satu kewajiban bagi setiap umat Islam. Hal ini kerana ilmu agama dapat meningkatkan keimanan dan sahsiah diri kita. Dengan Kemahiran yang dimiliki maka seseorang itu dapat melakukan kebaikkan dan dapat menyebarkan ilmu agama tersebut kepada orang lain. Iskandar Zulkarnain beragama dengan agama Nabi Ibrahim. Hidup sezaman dengan Nabi Khidir. Berjaya mengislamkan Raja Kida Hindi, Puteri Syahrul Bariyah dan penduduk Benua Hindi. (hlm. 4) Sheikh Ismail dan Fakir Muhammad mengislamkan penduduk di negeri Fansuri, Lamiri, Haru, Perlak, semudera dan Pasai (hlm. 56-57). Tuan Jana Khatib, mahir dalam ilmu khayal Lillah dapat menilik pohon pinang gading hingga terbelah dua (hlm. 67). Syed Abdul Aziz mengislamkan pembesar dan rakyat Melaka (hlm. 74). Maulana Abu Ishak mengarang kitab Duri’l Mazlum (hlm. 156). Maulana Abu Bakar disanjung oleh penduduk Melaka (hlm. 157). Makhdum Patakan dapat memberi makna kepada kitab Duri’l Mazlum (hlm 157). Makhdum Mua dapat menjawab kemusykilan agama yang dikemukakan oleh Sultan Mansur tentang isi Neraka dan Syurga (hlm. 159). Ilmu pelayaran /kelautan. Seri Teri Buana belayar dari negeri Palembang ke Pulau Bintan (hlm. 35), seterusnya ke Temasik (hlm. 39). Orang-orang Cina belayar ke Temasik untuk halang Raja Suran menyerang negeri Cina (hlm. 13). Puteri Nila Pancadi belayar dari Benua Keling ke Singapura utk kahwin dengan Raja Pikrama Wira (hlm. 42) Sheikh Ismail belayar dari Jeddah ke negeri-negeri Melayu di Sumatera. Dia bersama Fakir Muhammad dari negeri Muktabari, India telah berjaya menyebarkan Islam ke negeri Fansuri, Lamiri, Haru, Perlak, Semudera dan Pasai (hlm. 56-57). Syed Abdul Aziz belayar dari Jeddah ke Melaka (hlm. 74). Maulana Jalaluddin belayar dari India ke Melaka untuk berniaga, membantu Raja Kassim merampas kuasa (hlm. 84). Tun Perpatih Putih belayar ke negeri Cina (hlm. 151). Puteri Hang Liu belayar ke Melaka untuk kahwiin dengan Sultan Mansur (hlm. 134). Sultan Mansur belayar ke Majapahit untuk berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana, anak Betara Majapahit (hlm. 118). Hang Nadim belayar ke Benua Keling untuk membeli kain batik (hlm. 218). Orangorang Portugis datang berniaga ke Melaka dari Eropah (hlm. 244). Raja Suran meneroka laut. Turun ke dalam laut dengan peti kaca berpesawat. Jumpa negeri Dika. Rajanya bernama Aktabul Ardh. Kahwin dengan Puteri Mahtabul Bahri (hlm. 15).
31 Ilmu Gajah. Ilmu ini jarang dimiliki. Sesiapa yang memililiki ilmu gajah ini akan dianggap sebagai seorang yang istimewa. Menuntut ilmu gajah perlu untuk mengendalikan dan memelihara gajah yang digunakan sebagai pengangkutan dan terlibat dalam peperangan. Sesiapa yang memiliki limu ini akan diangkat martabatnya dan dihormati. Contoh Maharaja Dewa Sura, telah diampunkan dan dibebaskan kerana memiliki ilmu gajah. Beliau telah diminta mengajar rakyat Melaka tentang ilmu gajah dan menjadi gembala gajah bagi Sultan Mansur Syah, Ilmu perniagaan / perdagangan. Orang-orang Cina datang berniaga ke Temasik, bawa besi (hlm. 13). Sheikh Ismail belayar dari Jeddah ke negeri-negeri Melayu di Sumatera. (hlm. 56-57). Syed Abdul Aziz belayar dari Jeddah ke Melaka (hlm. 74). Maulana Jalaluddin belayar dari India ke Melaka untuk berniaga, membantu Raja Kassim merampas kuasa (hlm. 84). Hang Nadim belayar ke Benua Keling untuk membeli kain batik (hlm. 218). Orang-orang Portugis datang berniaga ke Melaka dari Eropah (hlm. 244). Ilmu peperangan / taktikal. Kebijaksanaan telah membawa kemenangan. Berjaya mengangkat martabat diri dan Negara.Iskandar Zulkarnain. Berjaya kalahkan negeri Kida Hindi (hlm. 4). Meluaskan jajahan takluk Benua Rom hingga ke negeri matahari terbit. Raja Suran Berjaya kalahkan negeri Gangga Negara (hlm. 10) dan negeri Langgiu (hlm. 11). Angkatan Singapura Berjaya mempertahankan Singapura dari serangan Majapahit kerana orang Majapahit tidak biasa berperang dengan menggunakan perahu, tidak mahir menggunakan seligi dan batu (hlm. 47). Sang Rajuna Tapa Berjaya membantu Majapahit mengalahkan Singapura dengan mengirimkan surat ke Majapahit, menyembunyikan bekalan beras dan membuka pintu kota (hlm. 70). Raja Kassim mendapatkan bantuan Seri Nara Nara Diraja dan Bendahara untuk membunuh Raja Rekan dan merampas kuasa dari Sultan Abu Syahid (hlm. 85). Tun Perak membawa tentera dari Kelang bersama anak isteri masing-masing untuk membantu Melaka menentang Siam (hlm. 89). Bendahara Tun Perak menggunakan khidmat Tun Omar untuk menyerang angkatan Siam dan mengarahkan memasang jamung pada pokok kayu di pantai Melaka (hlm. 94). Tun Telanai membantu raja Siam menyerang negeri musuhnya, perang dengan mengadap matahari naik (hlm.109). Hang Tuah Berjaya mengalahkan Taming Sari di Majapahit (hlm. 119). Orang-orang Portugis menyerang Melaka (hlm. 267). Ilmu kepahlawanan. Ilmu kepahlawanan wajar dituntut oleh setiap insan. Dengan memiliki ilmu kepahlawanan ini, maka seseorang itu dapat mempertahankan diri, orang yang disayang daripada serangan musuh. Kesannya, diri akan dihormati dan digeruni oleh orang lain. Jika diberi peluang, saya akan menuntut ilmu kepahlawanan agar dapat mempertahankan diri, keluarga, bangsa dan negara daripada ancaman musuh. (ayat jika soalan ada pernyataan yang berkait dengan diri, pelajar masa kini.) Contoh Hang Tuah yang memiliki ilmu hulubalang / kepahlawanan telah diangkat martabatnya menjadi laksamana. Beliau digeruni oleh semua pahlawan lain dan Berjaya membunuh Semerluki, lanun yang paling ganas. C: Penutup [2] Calon dikehendaki menyimpulkan tentang ilmu dalam Sulalatus Salatin Kitab-kitab yang ada dalam SS Penulis teks Hikayat Melayu yang dibawa dari Goa (hlm. 2). Tun Seri Lanang menulis Sulalatus Salatin, siap pada 1223H (hlm. 312). Penulis Hikayat Hamzah (hlm. 17) @ Hikayat Amir Hamzah (hlm. 268). Maulana Abu Ishak, ulama tasawuf di Mekkah yang mengarang kitab Duri’l Mazlum yang terkenal di negeri Melaka (hlm. 156). Pengarang kitab Hikayat Muhammad Hanafiah (hlm. 268).
32 4. Ilmu kepahlawanan merupakan ilmu dominan dalam teks Sulalatus Salatin. Berdasarkan watak Hang Tuah bincangkan kepentingan Ilmu kepahlawanan. [25] A. Pendahuluan. (3) F1 Ilmu merujuk kepada pengetahuan, kepandaian, dalam perkara dunia dan akhirat / zahir batin menurut Kamus Dewan. F2 Ilmu pengetahuan tentang sesuatu bidang atau disiplin yang disusun secara bersistem menurut metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan fenomena tertentu. F3 Antara ilmu yang terdapat dalam Sulalatus Salatin ialah kepahlawanan Hang Tuah yang merupakan hulubalang terbilang dalam zaman kesultanan Melaka. F1 Ilmu kepahlawanan berjaya mengangkat martabat diri. H Ilmu kepahlawanan yang dimiliki oleh seseorang mampu meletakkan individu ke tahap yang lebih tinggi. C Hang Tuah telah dianugerahkan gelaran laksamana setelah berjaya mengalahkan orang Jawa yang mengamok di Melaka. Sekiranya Hang Tuah tidak memiliki ilmu hulubalang sudah pasti tidak dapat mengatasi orang Jawa yg mengamok, kemungkinan akan mendatangkan huru hara di negeri Melaka dan mengancam ketenteraman negeri Melaka. Ilmu Kepahlawanan membantu seseorang meningkatkan diri dari berjawatan rendah kepada yang lebih baik. Situasi ini sewajarnya menjadi sebahagian daripada kehidupan seorang pelajar. F2 Ilmu kepahlawanan menjadikan seseorang itu disanjunggi. H Ilmu kepahlawanan akan menyebabkan seseorang yg memilikinya akan lebih dihormati dan disanjungi walau dimana mereka berada. C Ilmu kepahlawanan yang dimiliki Hang Tuah menyebabkan beliau telah sanggup melakukan apa sahaja tugasan yang diberikan biar pun berhadapan dengan situasi getir. Kesanggupan Hang Tuah menyelamatkan kuda raja yang jatuh kedalam lubang najis membuktikan beliau seorang hulubalang yang hebat. Kejayaan nya menyelamatkan kuda raja menyebabkan raja sangat menyanjunginya dan menganugerahi persalinan kepadanya. Sekiranya Hang Tuah tidak berjaya menyelamatkan kuda raja kemungkinan raja akan bersedih dan murka seterusnya menjejaskan pentadbiran. Jelaslah bahawa ilmu kepahlawanan mampu memartabatkan diri seseorang individu pada mata masyarakat sekiranya ilmu itu digunakan secepat mungkin. F3 Ilmu kepahlawanan menjadikan seseorang itu berani mempertahankan diri/ melawan musuh H Ilmu kepahlawanan akan menyebabkan seseorang yakin dan berani berhadapan dengan musuh dengan mengunakan kemahiran yang ada. C Keberanian yang dimiliki oleh Hang Tuah dalam melaksanakan sesuatu tugasan adalah kerana beliau memiliki ilmu hulubalang yang hebat dan sukar ditandingi. Semasa di Majapahit Hang Tuah berani naik kebalai larangan tanpa mendapat kebenaran dari Majapahit. Hal ini membuktikan kepada penjurit Majapahit bahawa hulubalang Melaka memiliki keberanian. Sekiranya Hang Tuah tidak berani sudah pasti ia akan mencalar kewibawaan kerajaan negeri Melaka. Nilai keberanian merupakan nilai jati diri mulia yang sewajarnya ada dalam setiap individu bagi mengangkat martabat diri ke arah yang lebih baik.
33 F4 Ilmu kepahlawanan menjadikan seseorang yang setia H Ilmu kepahlawanan menjadikan seseorang sanggup berkorban untuk menunjukkan kesetiaan kepada pemerintah dalam sesebuah negara. C Hang Tuah sanggup berkorban walaupun terpaksa menerima hukuman bunuh. Sebagai hulubalang yang berpegang teguh kepada ilmu kepahlawanan dan pantang derhaka kepada raja.Hang Tuah menerima hukuman bunuh yang dijatuhkan kepadanya tanpa mempersoalakannya.Jika sekirany hang Tuah tidak mempraktikan ilmu Hulu balang yang dimiliki sudah pasti beliau akan menjadi penderhaka kepada raja dan memberontak. Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi sewajarnya dicontohi oleh generasi zaman ini terutamanya setia kepada raja yang tercinta. F5 Ilmu kepahlawanan menjadikan seseorang itu bertanggungjawab. H Ilmu kepahlawanan akan menyebabkan seseorang betanggungjawab terhadap tugas yang telah diamanahkan. C Ilmu hulubalang yang dimiliki Hang Tuah telah mengangkat martabatnya menjadi seorang yang bertanggung jawab terhadap tugasnya sebagai laksamana .Hang Tuah berani melawan Semerluki yang ingin merosakkan tanah jajahan Melaka sekiranya Hang Tuah tidak bertanggungjawab berlawan dengan Semerluki sudah tentu beliau akan terus membuat kekacauan dan merosakan tanah jajahan Melaka tersebut, jelaslah bahawa seseorang mesti mempunyai ilmu kepahlawanan untuk mempertahankan negara dari ancaman luar. Penutup (2) Pahlawan bangsa yang telah berjaya memanfaatkan ilmu dalam memartabatkan diri menjadi seorang yang hebat. Hang Tuah merupakan tokoh yang boleh dijadikan teladan kepada generasi hari ini untuk terus menuntut ilmu kepahlawanan . Masyarakat akan menyanjung tinggi ketokohan sebagai lambang keagongan bangsa Melayu yang mementingkan ilmu.
34 5 Ilmu merupakan asas penting dalam pembangunan insan. Berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, bincangkan bagaimana ilmu-ilmu tersebut dapat memartabatkan diri seseorang insan. [25] A Pendahuluan [3] Konsep Ilmu – ilmu ialah pengetahuan tentang sesuatu bidang / disiplin yang disusun secara bersistem menurut metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan / merungkaikan gejala / fenomena tertentu. F1 Ilmu Agama -Imam Saad/Lebai Maarup selain menjadi imam di surau Kampung Pulai, dia turut mengajar anak-anak kampung mengaji al-Quran dan orang dewasa mendalami ilmu agama. F2 Ilmu Perniagaan / Perdagangan – En. Muhammad seorang usahawan Melayu dan mempunyai ilmu dalam bidang perniagaan. F3 Ilmu Pengurusan dan kejuruteraan - Rahim dan Robert masing-masing anak En. Muhammad dan Datuk Tan yang belajar di London dalam bidang pengurusan dagang dan kejuruteraan lombong. F4 Ilmu Pertanian – Cik Puan Tipah mempunyai ilmu pertanian dalam bidang penanaman dan perusahaan orkid di Jeram Medang. F5 Ilmu Kesetiausahaan – Mahani mempunyai ilmu kesetiausahaan dan bekerja sebagai setiausaha kepada En. Muhammad di Syarikat Firma Dagang Internasional Sdn. Bhd. F6 Ilmu Politik – Yb. Muhd. Yusof mempunyai ilmu politik dan berkhidmats sebagai wakil rakyat. Ilmu Pengurusan En. Muhammad / Datuk Tan mempunyai ilmu dalam bidang keusahawanan /perniagaan / perdagan gandan menguruskan syarikat
35 6. Ilmu merupakan asas penting dalam pembangunan insan. Berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) huraikan kepentingan ilmu dalam konteks pembangunan insan masyarakat Melayu tradisional. [25] A. Pengenalan [3] Konsep ilmu - Ilmu merujuk kepada pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dan sebagainya. Ilmu juga merujuk kepada pengetahuan tentang sesuatu bidang/disiplin yang disusun secara bersistem menurut metod yang tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan/merungkaikan gejala/fenomena tertentu F1. Ilmu agama Sultan Muhammad syah belajar agama dengan Maulana Abdul Aziz, begitu juga dengan Sultan Mansur Syah belajar ilmu agama dengan Kadi Yusof dan Maulana Abu Bakar. F2. Ilmu gajah Sultan Mansur Syah menyuruh segala anak tuan-tuan berguru ilmu gajah dengan Maharaja Dewa Sura. F3. Ilmu firasat/nujum/amalan Bendahara Paduka Raja memerintahkan pahlawan-pahlawannya mengejar Maharaja Dewa Sura yang melarikan diri. Seri Bija Diraja tidak tergesa-gesa seperti orang lain kerana dengan ilmu firasat yang ada padanya dia tahu musuhnya itu tidak akan terlepas dari tangannya. F4. Ilmu berperang / Kepahlawanan / Ilmu bermain senjata Sultan Mansur Syah menggalakkan rakyatnya mempelajari pelbagai ilmu termasuk ilmu kuda dengan sanggup membiayainya. Ilmu berperang seperti mengatur strategi ketika berperang penting untuk memenangi peperangan / mematahkan serangan pihak lawan. Ketika pihak Melaka berperang dengan musuh, Bendahara Tun Mutahir menggunakan strategi yang tertentu untuk menang. Contohnya ketika Tun Mutahir membantu Pahang dalam usaha menentang serangan Legor. Beliau telah ............... Sekiranya, tiada strategi ketika peperangan maka kekuatan pasukan Melaka akan dapat dibaca oleh pihak lawan. Kesimpulannya ilmu mengatur strategi perlu ada dalam diri semua pemimpin agar dapat mengatasi sebarang masalah yang dihadapi. F5. Tasawuf Maulana Abu Bakar telah membawa kitab Duri’l Mazlum karangan Maulana Abu Ishak ke Melaka. Ianya merupakan kitab tasawuf. C. Penutup [2 markah] Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan
36 7. Ilmu agama amat penting dalam kehidupan manusia. Bincangkan kepentingan ilmu agama dalam memartabatkan diri dalam pembangunan insan berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). [25] A. Pengenalan [3] F1 konsep, ciri-ciri, kepentingan ilmu agama F1 Mencintai ilmu agama dengan belajar ilmu kitab. Ilmu agama dapat melahirkan seseorang yang berilmu H/C Walaupun Sultan Mansur Syah telah mengetahui banyak ilmu yang dipelajari daripada kitab Duri’ l-mazlum yang disampaikan oleh Maulana Abu Bakar, baginda sekali lagi menitahkan Tun Bijia Wangsa ke Pasai untuk mengetahui isi syurga dan isi neraka. Ini menunjukkan Sultan sangat berminat untuk mendalami ilmu. Sekiranya Sultan tidak mencintai ilmu pastinya baginda tidak akan menghantar utusan ke Pasai untuk mengetahui jawapan kepada permasalahan tersebut. Ini kerana Sultan beranggapan pentingnya untuk mengetahui ilmu secara mendalam agar baginda dan dapat mempelajari ilmu dengan lebih jelas. [ m/s: 157-158] Oleh sebab itu wajar setiap insan mempelajari setiap ilmu secara mendalam agar menjadi seorang yang matang dan berilmu. F2 Mendalami ilmu agama seperti ilmu tassawuf. Ilmu ini dapat melahirkan seseorang yang menghormati Guru H/C Sultan Mansur Syah menerima kedatangan Maulana Abu Bakar ke Melaka. Kitab Duri’mazlun pula diarak ke balairung Sultan telah berguru dengan Maulana Abu Bakar dan diikuti oleh para pembesar serta rakyat. Baginda sering memuji dan menghormati Maulana Abu Bakar. [m/s 157] F3 Mempelajari ilmu agama seperti ilmu Maarifat. Melahirkan insan yang bermoral H/C Ilmu agama juga dapat melahirkan insan yang bermoral. Ini dapat dilihat tingkah laku Sultan Mahmud yang sanggup merendah diri untuk mempelajari ilmu agama daripada Maulana Yusuf. Baginda telah menukar nama baginda kepada Fakir Mahmud bagi membolehkan baginda menuntut ilmu daripada Maulana Yusuf. [m/s: 201-202] F4 Menguasai ilmu agama seperti membaca Al-Quran. Melahirkan Seorang Insan yang Mempunyai Jati diri H/C Ilmu agama menjadikan seseorang insan mempunyai jatidiri yang kental. Ini dapat dilihat pada diri Tun Mai Ulat Bulu yang berguru dengan Makhdum Sadar Jahan. Tun Mai Ulat Bulu tidak pernah berputus asa mempelajari ilmu agama daripada Makhdum Sadar Jahan walaupun agak sukar untuk menyebutnya. [ m/s: 247] F5 Memahami Ilmu agama seperti belajar asas solat / feqah. Menjadikan seorang yang bertanggungjawab. H/C Ilmu agama menjadikan seseorang yang bertanggungjawab. Maulana Abu Bakar seorang yang bertanggungjawab dalam menyampaikan ilmu agama yang dipelajarinya daripada Maulana Abu Ishak. Maulana Abu Ishak mengarahkan anak muridnya Maulana Abu Bakar membawa kitab Duri’l-mazlun ke Melaka untuk menyampaikan ilmu tentang kitab tersebut. Apabila tiba di Melaka kitab Duri’l-mazlun telah dipermuliakan oleh Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah sendiri telah berguru dengan Maulana Abu Bakar. [ m/s: 157]
37 3. JATI DIRI 1. Satu aspek penting dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur karya Keris Mas ialah pemaparan jati diri mulia yang ditunjukkan oleh watak utamanya Encik Muhammad. (a). Bincangkan jati diri mulia watak Encik Muhammad sebagai ahli perniagaan yang berjaya [16] (b). Sejauhmanakah jati diri mulia pada watak Encik Muhammad mampu membangunkan masyarakat. [ 9 ] UNTUK PENGETAHUAN PELAJAR, SOALAN PECAHAN TIDAK MEMERLUKAN PENGENALAN/PENDAHULUAN. CUKUP SEKADAR 1 AYAT SEPERTI DI BAWAH Soalan 1 ceraian (a) Jati diri mulia En. Muhammad sebagai ahli perniagaan yang Berjaya adalah seperti berikut: Bijaksana dalam mengurus dan mengatur strategi perniagaan. Bijak mengatur strategi penting dan merebut peluang perlu ada dalam setiap ahli perniagaan agar dapat menjana pendapatan yang lumayan dan mampu meningkatkan prestasi perniagaannya. Seorang pemimpin perniagaan yang bijak dalam menyelesaikan masalah dan mengatur strategi perniagaan dengan baik dan sistematik. Dengan ini, pemimpin perniagaan boleh bertindak pantas merebut peluang perniagaan dan menewaskan lawan secepat mungkin. Contoh, En. Muhammad bijak mengatur strategi perniagaan sehingga beliau berjaya mendapat tender lada hitam di Jerman. Beliau juga berjaya meluaskan empayar perniagaan melalui perladangan, perusahaan makanan dan akan membuka syarikat lombong Lembah Tualang. Jika En. Muhammad tidak memiliki ilmu dan bijak dalam mengatur strategi, maka sudah tentu perniagaannya tidak berkembang maju dan merosot. Oleh itu, berilmu dan bijaksana yang dimiliki oleh En. Muhammad menyebabkan beliau Berjaya membangunakan syarikatnya, dipandang tinggi dan dihormati oleh orang lain seperti Datuk Tan dan penduduk Kampung Pulai. PEMBANGUNAN INSAN : JATI DIRI Kesimpulan kecil / Kesan untuk diri dan watak Bincang Fakta Huraian peristiwa (ayat hurai ini satu dah memadai) Kepentingan Contoh
38 Berilmu dalam bidang perniagaan / perdagangan. Encik Muhammad mendapat pengalaman bekerja dengan syarikat dagangan orang Inggeris di Kuala Lumpur dengan jawatan Pengurus Kawasan Timur Semenanjung. Beliau juga mendapat pendidikan di London/MCKK dan memperoleh ijazah dalam bidang ekonomi. Ilmu yang dipelajarinya membolehkannya berjaya dalam bidang perniagaan dan membuka syarikat perniagaannya sendiri. Contoh, En. Muhammad bijak mengatur strategi perniagaan sehingga berjaya mendapat tender lada hitam di Jerman. Beliau juga Berjaya meluaskan empayar perniagaan melalui perladangan, perusahaan makanan dan akan membuka syarikat lombong Lembah Tualang. Jika En. Muhammad tidak memiliki ilmu, maka sudah tentu perniagaannya tidak dapat memiliki tender perdagangan lada hitan di Jerman. Oleh itu, melalui ilmu perdagangan mampu melahirkan ahli perniagaan yang berjaya seperti En. Muhammad. Hal ini juga menyebabkan beliau disayangi oleh Datuk Tan dan orang disekelilingnya. Sentiasa berfikiran dinamik. En. Muhammad sentiasa mengikuti perkembangan semasa dunia perniagaan dan sentiasa memperbaharui strategi untuk meluaskan dunia perniagaannya. Sebagai contoh, beliau mendapat tender lada hitam ke Jerman selama 7 tahun. Dalam dunia perniagaan, tanpa fikiran dinamik maka ahli perniagaan itu akan ketinggalan dan perniagaan tidak akan maju. Jika berfikiran dinamik tiada pada En. Muhammad sudah tentu dirinya tidak dapat bertahan dalam bidang perniagaan kerana pada masa itu tidak ramai orang-orang Melayu yang berkecimpung dalam dunia perniagaan. Oleh itu, berfikiran dinamik yang ada pada En.Muhammad menyebabkan beliau berjaya memajukan dirinya dalam bidang perniagaan yang diceburi. Beliau juga Berjaya memperluaskan empayar syarikatnya dengan membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang. Berpandangan jauh / berwawasan Seorang ahli perniagaan yang berjaya perlu memiliki sifat berpandangan jauh dan berwawasan dalam menetapkan matlamat misi dan visi syarikat perniagaannya. Apabila syarikat memiliki wawasan atau misi yang hendak dicapai, maka pengusaha syarikat akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai misi dan visi syarikat. Beliau sentiasa ingin mmemajukan syarikatnya. Beliau berpandangan jauh / berwawasan dengan bekerjasama dengan bangsa asing untuk mencapai misi dan visi syarikat. Bertanggungjawab - menguruskan syarikatya / Amanah – faraid harta pusaka (tak boleh contoh lain) Gigih Berusaha En. Muhammad gigih berusaha meluaskan empayar syarikatnya –dari perdgangan lada hitam ke SLLT, perhotelan, restoran dll- Encik Muhammad merupakan seorang yang gigih dalam bidang perniagaan yang diceburinya. Pada mulanya, beliau bekerja sebagai eksekutif rendah di pejabat dagang Inggeris. Dengan kegigihannya, beliau berjaya dengan perniagaannya dan berjaya membuka lombong bijih di Lembah Tualang. Malah Datuk Tan mengagumi kejayaan Encik Muhammad menerajui Firma Serba Dagang, anak syarikat Tan Enterprise. Sebaliknya, tanpa kegigihan En. Muhammad, belum pasti akan menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Berani. En. Muhammad berani mengambil risiko dan berusaha merebut peluang pekerjaan walaupun banyak cabaran dan dugaan. Jika En. Muhammas tidak mengambil risiko, sudah tentu beliau terlepas peluang mendapat tender perdagangan lada hitam. Tabah. Encik Muhammad tabah menghadapi segala cubaan dan dugaan Ketika hendak membuka Syarikat Lembah Tualang. Berkarisma. En. Muhammad mempunyai daya penarik, proaktif, berkarisma, disegani dan dikagumi oleh bangsa lain seperti Datuk Tan. Datuk Tan memuji dan memberi sepenuh kepercayaan kepada En. Muhammad menguruskan anak syarikatnya.
39 Soalan 1 ceraian (b) Sejauhmana F1 Sikap bertanggungjawab dan berwawasan Encik Muhammad mampu membawa perubahan dalam kehidupan. Beliau ingin membantu masyarakat kampung dengan membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang. Dengan ini masyarakat kampung dapat bekerja dan menambah pendapatan. Jika En. Muhammad tidak bertanggungjawab membantu penduduk kampung sudah tentu nasid penduduk kampung tidak berubah. Beliau juga bertanggungjawab membantu penduduk kampung berpindah ke rancangan FELDA dengan memperkenalkan dan memujuk masyarakat kampung menerima rancangannya untuk menempatkan mereka di penempatan Rancangan FELDA. Kesannya En. Muhammad disayangi oleh penduduk kampung dan penduduk kampung dapat meningkatkan ekonomi mereka. F2 Nilai jati diri berfikiran dinamik dan gigihh berusaha yang ada pada diri Encik Muhammad berjaya membuka peluang pekerjaan. En. Muhammad menyebar luaskan perniagaan di syarikatnya seperti perdagangan lada hitam (buka lading lada hitam di Johor) dan menubuhkan Syarikat Lombong Lembah Tualang. Hal ini menyebabkan ramai penduduk seperti penduduk kampung Tualang memperoleh pekerjaan dan meningkatkan pendapatan. Jati diri mulia pada watak Encik Muhammad mampu membangunkan masyarakat. F3 Nilai berilmu yang dimiliki oleh En. Muhammad menjadi ikutan masyarakat yang mahu menceburi bidang niaga dan membangunkan kampung halaman. Jamaludin anak P. Salim, berkeinginan untuk membuka kedai yang lebih besar di Pekan Tualang bagi memgembangkan lagi perniagaan ayahnya. F4 Kebijaksanaan dapat membentuk masyarakat yang bekerjasama. Masyarakat Kampung Pulai bekerjasama mengadakan kenduri bagi majlis penerangan ke rancangan FELDA. F5 Karisma yang dimiliki oleh En.Muhammad dapat membentuk masyarakat yang bijaksana dalam menyelesaikan masalah. Sudin mampu mengemukakan idea yang bernas bagi menyelesaikan masalah berhubung dengan kedudukkan ayahnya sebagai imam di Kampung Pulai yang tidak layak ke rancangan FELDA dengan menggunakan situasi ayah Sani.
40 3. Jati Diri Untuk Pemimpin /Diraja (SS) : Keperibadian unik, unik, istimewa dari segi adat, bahasa dan budaya. Jati Diri Watak dan Peristiwa Kesan / Kepentingan Pada Watak / Diri Seri Teri Buana – Nila Utama -mementerai waad dengan Demang Lebar Daun -menukarkan nama Temasik kepada Singapura -Raja Singapura yang pertama. -Wujud jurai raja-raja Melayu Melaka Raja Iskandar Syah -32 tahun memerintah Singapura. Raja yang zalim hingga menyebabkan Singapura jatuh ke tangan Majapahit. Lari dan membuka penempatan baru- Melaka. Beri nama dan pengasas Melaka Menambahkan keimanan dan ketakwaan Menimbulkan rasa hormat dan bertolak ansur Memajukan dir Mengangkat martabat Dikagumi dan disegani Rakyat akan taat kepadanya Mengangkat martabat diri Dikagumi oleh semua pembesar dan rakyat Menjadikan diri seorang pemimpin yang disegani mewujudkan kestabilan dan menyatupadukan rakyat agar rakyat taat kepada baginda dan negara aman Berdaulat Raja Abdullah (Sultan Mansur Syah). Berdaulat- Raja China menyambut salam lalu kedal kerana tulah. Apabila diminum dan dibuat mandian air basuhan kaki Sultan Melaka. Hal ini menunjukkan darjat Raja Melaka lebih tinggi dan raja-raja negara besar yang lain. Berilmu Raja Kassim (Sultan Muzaffar Shah). Memperkenalkan kitab undang-undang untuk menyeragamkan hukuman. Dapat menyaingi dan mengimbangan kekuatan Siam. Raja Abdullah (Sultan Mansur Syah). Berilmu dan mencintai ilmu-Mengarak/ Menyambut kitab Duri Mazlum dan Maulana Abu Bakar hingga ke istana. Mendalami ilmu agama dan meminta pembesar mempelajarinya kemudian menyampaikan kepada rakyat. Meminta Makhdum Patakan di Pasai mentafsirkan kandungan kitab untuk memudahkan pembelajarannya. Hantar orang ke Pasai untuk bertanyakan soalan yang berkaitan dengan syurga dan neraka. Raja Hussain / Raja Ahmad (Sultan Alau’d-Din Riayat Syah) -Menerapkan nilai agama Islam dengan mengubal undang-undang Islam (Hudud)– Undang-undang Curi / tidak mengembalikan harta yang dijumpai – hukumnya potong tangan. Raja Ahmad / Raja Muhammad (Sultan Mahmud Syah). Menuntut Ilmu agama dan mencintai ilmu agama / mementingkan pendidikan / ilmu agama- berguru dengan Maulana Yusuf – mengaji kitab maklumat. Beliau sanggup merendahkan martabatnya dan menggelarkan dirinya fakir Mahmud untuk pergi berguru. Baginda juga bertanyakan tentang rezeki kerana perbezaan pendapat diantara Ulama Manwara’l Hartar, Ulama
41 Khurasan dan ulama benua Iraq. Menghantar orang kaya Tun Muhammad ke Pasai untuk mendapat jawapannya. -Menghormati guru / merendah diri – contoh sama di atas Raja Ahmad / Raja Muhammad (Sultan Mahmud Syah). Ilmu perang. Strategi Perang – membaca kitab perang iaitu Hikayat Muhammad Hanafiah untuk menaikkan semangat pahlawan Melaka ketika berperang dengan Peringgi Beriman Raja Kecil Besar (Sultan Muhammad Syah). Raja Melaka pertama yang memeluk Islam – melalui mimpi. Memerintahkan semua pembesar dan penduduk memeluk Islam Raja pertama menggunakan nama “Sultan” dan nama Melayu Raja Abdullah (Sultan Mansur Syah). Melaksanakan hukun hudud – hokum potong tangan terhadap orang yang tidak mengembalikan harta orang yang ditemukan sedangkan balai disediakan untuk tujuan pemulangan. Raja Hussain / Raja Ahmad (Sultan Alau’d-Din Riayat Syah). Menerapkan nilai agama Islam /mengubal undang-undang Islam (Hudud)– Undang-undang Curi / tidak mengembalikan harta yang dijumpai – hukumnya potong tangan. Penyamaran baginda untuk membantu rakyat menyerupai apa yang dilakukan oleh pemerintahan Khalifah Umar Al-Khatab – khalifah Islam yang kedua Raja Ahmad / Raja Muhammad (Sultan Mahmud Syah). Menuntut Ilmu dan mencintai ilmu agama / mementingkan pendidikan / ilmu agama- berguru dengan Maulana Yusuf – mengaji kitab maklumat. Beliau sanggup merendahkan martabatnya dan menggelarkan dirinya fakir Mahmud untuk pergi berguru. Baginda juga bertanyakan tentang rezeki kerana perbezaan pendapat diantara Ulama Manwara’l Hartar, Ulama Khurasan dan ulama benua Iraq. Menghantar orang kaya Tun Muhammad ke Pasai untuk mendapat jawapannya. -Menghormati guru / merendah diri – contoh sama di atas
42 Bijaksana Raja Kecil Besar (Sultan Muhammad Syah). Memperkenalkan peraturan dan undang2- cth larangan yang bezakan kedudukan raja dan rakyat- warna kuning, binaan rumah dan perahu, pemakaian emas. Memperkenalkan susunan tertib dan adat istiada raja- adap mengadap raja, menjunjung duli, menerima utusan mengarak surat, memberi persalinan, kenderaan dll kepada pembesar. Membentuk organisasi pentadbiran dan membentuk jawatan2 tertentu – bendahara, perdana menteri dan penghulu bendahari Raja Kassim (Sultan Muzaffar Shah). Pintar dan bijaksana- menyelesaikan pertelingkahan yang berlaku diantara Tun Perak dan Tun Ali dengan menceraikan Tun Kudu (kakak Tun Perak) dan dikahwinkan dengan Tun Ali. Perkahwinan ini telah membentuk ikatan kekeluargaan yang erat diantara Tun Ali dan Tun Perak. Tun Ali bersetuju menletakan jawatan bendahara dan mengundur diri. Bijak menanfaatkan kebolehan dan kelebihan hamba rakyat untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh- Siam. Baginda menggunakan beberapa pendekatan dan strategi yang dicadangkan oleh Tun Perak. -Mewujudkan perpaduan melalui perkahwinan – Baginda merupakan kacukan Benua Keling dan Melayu. Raja Abdullah (Sultan Mansur Syah). Bijak / Pintar / Cekap merencanakan pencaturan politik negaranya. Cth menjalinkan hubungan diplomatik dengan kuasa besar seperti China dan Majapahit, Sulawesi agar tidak mengancam negeri Melaka. Pulihkan hubungan Siam / Majapahit. Meluaskan empayar Melaka – menawan Pahang agar menjadi benteng pertahanan serangan Siam menawan Siam melalui serangan – Kampar, Siak dan Pasai Raja Abdullah (Sultan Mansur Syah). Menjallinkan hubungan diplomatic dengan negaranegara luar. Haru telah berdamai dengan Melaka Raja Hussain / Raja Ahmad (Sultan Alau’d-Din Riayat Syah). Bijak dengan melaksanakan kepimpinan melalui tauladan / bertanggungjawab dan prihatin - menyamar menjadi pencuri pada suatu malam untuk membasmi kes curi yang berleluasa. Berani menghambat kelima- lima pencuri dan berjaya membunuh dua daripadanya. Tindakan baginda telah menyedarkan Bendahara Seri Majaraja akan tugasnya dalam mengawal keselamatan negara. Beliau telah mencontohi baginda dan mengisytiharkan darurat. Sesiapa yang keluar malam akan dibunuh. Dengan ini kes curi dapat dibendung.
43 Raja Ahmad / Raja Muhammad (Sultan Mahmud Syah) -Meluaskan empayar Melaka- Berjaya mengalahkan Manjong dan Kelantan. Misi dijalankan oleh Paduka Tuan dan Seri Maharaja Tun Mutahir. -Prihatin dan bertanggungjawab -Baginda telah mendamaikan Sultan Nara Singa dari Inderagiri dan Maharaja Isap dari Lingga dan Baginda membantu Pahang mengalahkan angkatan perang Legor yang berhasrat menawan Pahang -Menjaga hubungan baik – menobatkan Raja Petani (Okun Pola) – Sultan Seri Ahmad Syah dan Sultan Kedah. -Tabah / Gigih – Ketika Melaka jatuh ketangan Peringgi, baginda gigih mencuba untuk menakluk semula Melaka. Contoh baginda mengarahakan Hang Nadim, Sri Udani, Tun Umar pergi untuk merampas semula Melaka Bertanggungjawab Raja Ahmad / Raja Muhammad (Sultan Mahmud Syah). Bertanggungjawab -Mengetuai perang bersama Peringgi. Berada dibarisan yang paling hadapan dan tidak gentar dengan tembakan meriam Peringgi. Baginda juga mengalami kecederaan ditangan ketika berjuang. Berwawasan / Berpandangan Jauh Raja Abdullah (Sultan Mansur Syah). Berpandangan jauh / berwawasan / mengadakan hubungan diplomatik dengan kuasa besar iaitu Majapahit dan China melalui perkahwinan. Raden Galuh Cendera Kirana / Puteri Hang Liu. Menjadikan Melaka sebagai pusat pengajian dan penyebaran agama Islam. Raja Ahmad / Raja Muhammad (Sultan Mahmud Syah). Berwawasan / Berpandangan Jauh – Baginda menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjong, Seri Maharaja menyerang Kelantan bagi meluaskan mepayar Melaka. Mengadakan hubungan diplomatik dengan Pasai dan menghantar Hang Nadim ke Benua Keling. Berani Raja Hussain / Raja Ahmad (Sultan Alau’d-Din Riayat Syah) -Seorang yang gagah perkasa, berani, pandai bermain senjata, kepimpinan melalui tauladan / bertanggungjawab dan prihatin - menyamar menjadi pencuri pada suatu malam untuk membasmi kes curi yang berleluasa. Berani menghambat kelima- lima pencuri dan berjaya membunuh dua daripadanya. Tindakan baginda telah menyedarkan Bendahara Seri Majaraja akan tugasnya dalam mengawal keselamatan negara. Beliau telah mencontohi baginda dan mengisytiharkan darurat. Sesiapa yang keluar malam akan dibunuh. Dengan ini kes curi dapat dibendung.
44 Raja Ahmad / Raja Muhammad (Sultan Mahmud Syah). Berani mengetuai perang bersama Peringgi. Berada dibarisan yang paling hadapan dan tidak gentar dengan tembakan meriam Peringgi. Baginda juga mengalami kecederaan ditangan ketika berjuang. Tabah / Gigih Raja Ahmad / Raja Muhammad (Sultan Mahmud Syah). -Tabah / Gigih – Ketika Melaka jatuh ketangan Peringgi, baginda gigih mencuba untuk menakluk semula Melaka. Contoh baginda mengarahakan Hang Nadim, Sri Udani, Tun Umar pergi untuk merampas semula Melaka Tegas Raja Hussain / Raja Ahmad (Sultan Alau’d-Din Riayat Syah) -Tegas dan pantas bertindak – memastikan negeri-negeri dibawah naungannya selamat dan kedaulatan bagindan dan ketuanan Melaka sentiasa terpelihara. Cth Hang Tuah dihantar ke Siak untuk menegur Perdana menteri Siak apabila Sultan Ibrahim, raja Siak telah menjatuhkan hukuman bunuh tanpa merujuk kepada negeri Melaka Adil Raja Kecil Besar (Sultan Muhammad Syah) -Baik dan adil – mendorong pedagang datang ke Melaka kerana aman. Meluaskan empayar Melaka cth Barat-Beruas, Tanjung Karang, Timur – Terengganu Raja Kassim (Sultan Muzaffar Shah) -Patuh pada janji dan mengenang budi- memenuhi janji membalas jasa Maulana Jalalu’dDin yang membantu baginda merampas kuasa – kahwinkan puteri Rekan dengan maulana. -Membalas jasa Tun Ali dengan melantik Tun Ali menjadi Bendahara. -Menghargai jasa Tun Perak dengan melantik menjadi bendahara setelah Tun Perak mengalahkan / mematahkan serangan Siam. Raja Abdullah (Sultan Mansur Syah). Adil dan tegas/ Bertolak ansur- Menghantar Raja Muhammad (anak kesayangan baginda) untuk menjadi Raja di Pahang kerana anak baginda telah membunuh anak Tun Perak (Tun Besar). Ini menimbulkan kemarahan penyokong Tun Perak dan Tun Perak menyatakan rakyat tidak akan bertuankan Raja Muhammad. Nasihat ini diterima oleh baginda. -Melantik Hang Tuah sebagai hulubalang dan menganugerahi Hang Tuah dengan gelaran laksamana -Menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hang Tuah kerana bermukah dengan dayang hingga menyebabkan Hang Jebat menderhaka /memberontak.
45 -Memperkenalkan konsep kepimpinan melalui teladan untuk dijadikan ikutan para pembesar. Raja Hussain / Raja Ahmad (Sultan Alau’d-Din Riayat Syah) -Adil dan bijaksana – Baginda telah mengambil tindakan terhadap kekandanya sendiri, Sultan Muhammad di Pahang apabila kekandanya telahmembunuh Tun Telanai dan ingin merampas kuasa di Melaka. SIFAT NEGATIF YANG MEMBAWAH KEMUSNAHAN PADA DIRI Raja Ahmad / Raja Muhammad (Sultan Mahmud Syah) -Ketika kecil, baginda diserang cirit-birit dan baginda dijaga dengan penuh kasih sayang / taat setia oleh Tun Perak dan Hang Tuah. Ketika gering inilah nendabaginda (Raja Tua) ingin membunuh baginda tetapi dihalang oleh Tun Perak dan H. Tuah -Terlalu percaya dan sayang kepada empat pembesar di bawahnya iaitu Tememnggung Seri Maharaja Tun Mutahir, Tun Perpatih Putih, Paduka Tuan (Bendahara Tepok / Lubuk Batu) Sifat Negatif Baginda Bertindak mengikut hawa nafsu, tidak menggunakan akal fikiran yang waras ketika menjatuhkan hukuman / tidak adil, pendendam, zalim, kuat nafsu, mementingkan diri, iri hati, dan tidak rasional. Contoh cerita - Pembunuhan Tun ALi Sandang – dibunuh oleh Hang Isap (setelah diberi sirih oleh baginda) kerana dikhuatiri melihat tindakan baginda menjalin hubungan sulit bersama isteri orang iaitu Tun Dewi. -Pembunuhan Seri Bija Diraja dibunuh kerana perasaan dendam yang bersarang didada. Apabila Seri Bija Diraja tidak datang mengadap pada hari raya, baginda membunuhnya. -Pembunuhan Raja Zainal – membunuh adiknya sendiri kerana tampan, digilai ramai gadis dan baik budi pekertinya. Hang Berkat dititahkan untuk membunuh adiknya secara rahsia kerana dikatakan dapat “membinasakan Melaka”. Hakikatnya pembunuhan itu didorong rasa iri hati dan dengki. -Pembunuhan Bendahara Seri Maharaja (Tun Mutahir), Seri Nara Diraja (Tun Tahir), Tun Hassan Temenggung, dan Tun Ali. Empat pembesar yang mempunyai pertalian darah dengan baginda, dibunuh dengan kejam kerana fitnah yang dilemparkan oleh Kitul (hamba) dan Raja Mendaliar (orang kaya) dan sifat terburu-buru . Ditambah oleh rasa dendam kerana Bendahara tidak memperkenalkan Tun Fatimah kepada baginda.
46 -Pembunuhan Sultan (Raja) Ahmad – dititah secara rahsia kerana dikatakan tidak menghormati pembesar. Sebelum ini baginda tidak jadi membunuh raja Ahmad untuk mengambil semangkuk darah raja –hantaran untuk berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang. - Mengadakan hubungan sulit dengan isteri Tun Biajid. Hampir dibunuh oleh Tun Biajid. Tun Biajid menimbang-nimbang lembing namun kerana waad/ taat tak jadi. Waktu kejadian ketika SultanMahmud diatas usungan untu ke majsid sembahyang Jumaat. Tun Biajid merajuk dan enggan berkhidmat dengan baginda. -Mengidam mengahwini Puteri Gunung Ledang setelah ingin mencari sesuatu yang tiada pada puteri-puteri yang lain. Hang Tuah dan Tun Mamat diminta pergi meminang. - Tergoda dengan kecantikan Tun Teja Ratna Menggala anak bendahara Pahang, tunang Sultan Abdul Jamal, Terengganu. Hang Nadim melarikan Tun Teja kerana ingin dimaafi oleh baginda kerana kesilapannya terhadap pembelian kain – daripada 40 tinggal 4 kerana terjatuh dari kapal akibat ribut) . Baginda kahwin dengan Tun Teja. - Tergoda dengan kejelitaan Tun Fatimah, isteri kepada Tun Ali, anak Bendahara Tun Mutahir, semua keluarga dibunuh kecuali Tun Fatimah dan anaknya. Baginda berkahwin dengan Tun Fatimah. -Ketidakbijaksanaan Baginda apabila baginda melantik Bendahara Paduka Tuan / Lubuk Batu) yang kurang upaya. Jawatan penting diberi kepada orang yang kurang berkemampuan. Cth apabila Peringgi menyerang Melaka, bendahara tidak dapat membantu. Sumbangan Positif / Kepentingan Baginda -Meluaskan empayar Melaka- Berjaya mengalahkan Manjong dan Kelantan. Misi dijalankan oleh Paduka Tuan dan Seri Maharaja Tun Mutahir. -Prihatin -Baginda telah mendamaikan Sultan Nara Singa dari Inderagiri dan Maharaja Isap dari Lingga dan Baginda membantu Pahang mengalahkan angkatan perang Legor yang berhasrat menawan Pahang -Menjaga hubungan baik – menobatkan Raja Petani (Okun Pola) – Sultan Seri Ahmad Syah dan Sultan Kedah.
47 Jati Diri (SS): Untuk Pembesar / Hulu Balang / Rakyat Jati Diri Watak dan Peristiwa Kesan Pada Watak Kesan Pada diri Berani Hang Tuah menentang 74 orang yang mengamuk / Taming Sari / Samerluki Tun Omar berani meninjau musuh dan apabila perahunya melanggar perahu Siam, beliau berani berhadapan dengan mereka Bijak Mengatur Strategi / menyelesaikan masalah Bendahara Tun Perak. Bijak mengatur strategi peperangan/ seorang ahli strategik - mematahkan serangan Siam – bawa anak dan isteri ke medan petempuran. Letak dibarisan belakang kerana pejuang akan berjuang habis-habisan kerana anak dan isteri. Perancangan yang dilakukan oleh Tun Perak untukmematahkan serangan siam kali kedua yang diketuai oleh Awi Dicu.Bendahara Tun Perak dipertanggungjawabkan oleh sultan muzaffar syah supaya mengetuai tentera melayu. Beliau telah mengatur strateginya sendiri dengan menyuruh tenteranya memasang punting-puntung api pada pokok bakau, nyireh bagi mengelirukan tentera siam supaya mereka menyangka tentera melayu terlalu ramai. Beliau menghantar Tun Omar meninjau orang Siam. Apabila terlanggar perahu Siam kerana gelap Tun Omar menyatakan bahawa orang Melaka terlalu ramai iaitu sama banyak dengan punting api yang dinyalakan di tepi –tepi sungai. Dengan ini orang Siam tidak jadi menyerang Melaka kerana terkejut melihat keberanian Tun Omar dan banyaknya perajurit Melaka.Sekiranya, Tun Perak tidak mempunyai kepakaran dalam mengatur strategi sudah pasti pihak siam akan menguasai negeri melaka. Hang Tuah menggunakan strategi untuk mengalahkan Taming Sari / Hang Jebat Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir. Berani dan bijak –memimpin angkatan perang Melaka untuk membantu Pahang daripada serangan raja Legor. Mempertahankan Melaka dari serangan Siam Tun Perpatih Putih menggunakan kebijaksanaan untuk melihat muka raja Cina. Tun Fatimah. Berpandangan jauh/ Berwawasan/ Bijak – menetapkan syarat inginkan anaknya dilantik sebagai raja dan Sultan Mahmud bersetuju. Berilmu Bendahara Tun Perak. Berilmu. Ilmu Firasat - Tun perak mempunyai ilmu firasat sewaktu Bendahara hendak sembahyang subuh bendahara tun perak melihat betul dikepala Tun Mutahir bercahaya. Melalui peritiwa itu, tun perak dapat merasakan bahawa tun mutahir akan menjadi orang besar kelak, iaitu lebih besar daripadanya tetapi tidak kekal lama.Sekiranya, tun perak tidak mempunyai ilmu, sudah pasti dia tidak mampu meramalkan sesuatu perkara. Memiliki ilmu mengarang dan berkemahiran tinggi dalam bidang diplomatik- mengarang surat utusan Melaka ke negara lain. Mendapat pujian dari Raja Melaka dan raja-raja yang menerimanya sehingga mahu menjalinkan hubungan diplomatik dengan negeri Melaka.
48 Hang Tuah memiliki ilmu hulubalang/ bermain senjata Hang Nadim memiliki ilmu mencanting batik Seri Wak Raja memiliki ilmu menjinakkan gajah – Sultan Pahang ajak jerat gajah dan anak Seri Wak Raja naik gajah berminyak tapi gagal sebab kehebatan Seri Wak Raja. Maulana / Syed dll- ilmu agama Beriman Rujuk kepada nilai agama Taat kepada Raja Bendahara Tun Perak. Taat Setia – Tun Perak tidak bertindak balas ke atas kematian anaknya Tun Besar yang dibunuh oleh Raja Muhammad kerana anak bendahara Tun Perak menyepak bola secara tidak sengaja terkena pada destar raja Muhammad.walau bagaimanapun tun perak enggan bertuankan raja Muhammad sehingga menyebabkan sultan Mansur syang mengarahkan seri bija diraja merajakan raja Muhammad di negeri Pahang.Sekiranya, nilai jati diri ini tidak ada pada diri tun perak, akan berlakunya pecah belah antara satu sama. Taat setia dan cinta – membantu Raja Zainal merebut tahta Pasai. Namun Raja Pasai enggan menyembah Raja Melaka. Ini menimbulkan kemarahan Tun Perak. Oleh itu, apabila Raja Zainal digulingkan, beliau tidak mahu membantu Raja Zainal merebut kembali tahtanya. Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir. Taat setia- Menurut perintah ketika Sultan Mahmud menjatuhkan hukuman bunuh kepada keluarganya dan beliau melarang keras pengikutnya membalas dendam. Hang Tuah jaga Sultan Mahmud yang cirit-birit dengan Tun Perak / Hang Tuah menerima hukuman mati Hang Tuah membunuh sahabat baiknya yang mengamuk Tun Biajid tidak jadi membunuh Sultan Mahmud kerana berpegang kepada kosep taat dan waad Tun Fatimah. Setia/ Sentiasa bersama-sama suaminya. Setia bersama Sultan Mahmud meskipun Sultan Mahmud perlu melarikan diri setelah kalah pada Peringgi. Sanggup Bekorban / Cinta Tanah Air Hang Tuah mempertahankan Melaka dari serangan lanun-Semarluki Hang Tuah sedia berkorban memepertahankan sultan dari orang mengamuk di Majapahit mempertahankan Melaka dari serangan Portugis Bertanggungjawab Bendahara Tun Perak -Menjadi Penghulu di Ulu Kelang. Kemudian dilantik menjadi bendahari di Melaka kerana: -Bertanggungjawab – memangku tampuk pemerintahan ketika Sultan Mansur Syah ke Majapahit. Kebijaksanaan beliau dikatakan menyamai beberapa pembesar di beberapa
49 buah kuasa besar yang lain. Cth Majapahit. Mengambil inisiatif dalam melaksanakan tanggungjawabnya ke atas wasiat memelihara dan menyara anak-anak saudaranya yang kematian ayahnya, Seri Nara Diraja Tun Ali Mutahir. Berwawasan / Berpengaruh Bendahara Tun Perak -Berwawasan dan berpengaruh dalam perlantikan dan pertabalan raja dan dalan memeberi nasihat. Cth tidak mahu bertuankan Raja Muhammad kerana membunuh Tun Besar, menasihati Sultan Alauid-Din tidak menyerang Pahang. Meramal masa depan Tun Mutahir dan ramalan itu tepat apabila Tun Mutahir menjadi bendahara tetapi tidak lama kerana fitnah. -Memiliki sifat pengasih dan tegas – menjaga Sultan Mahmud yang gering- merawat dan menghalang nenda yang ingin membunuh baginda. Amanah Bendahara Tun Perak. Amanah - Tun perak telah diberi amanah oleh seri nara diraja sebelum dia meinggal dunia supaya tun perak memelihara dan menjaga anaknya yang masih kecil iaitu tun tahir dan tun mutahir.Tun perak diberi 5 peti berisikan emas dan disimpan supaya diberikan pada mereka dewasa kelak.sekiranya, tun perak tidak amanah sudahpasti anak-anak seri nara diraja terutamanya tun mutahir tidak akan menjadi orang besar dan tidak hidup dalam kesenangan.Jati diri ini menjadi teladan supaya saya sebagai seorang individu masyarakat Tabah/ Cekal/ Sabar Bendahara Tun Perak. Sabar- Bersabar dan tidak beremosi dalam mengatasi masalah kematian anaknya. Beliau mententeramkan anak buah supaya tidak menderhaka kepada raja. Tun Fatimah. Tabah/ Cekal / Sabar-Terpaksa patuh dengan hukuman bunuh terhadap suami, anak dan ayahnya. Kesedihan bukan kepalang kerana peristiwa tragis. Tegas/ Tetap Pendirian Tun Fatimah. Tegas/Berpendirian – Tun Fatimah tegas dalam menetapkan pendirian. Beliau menggugurkan anaknya bersama Sultan Mahmud dan tidak mahu senyum. Beliau akan melahirkan anaknya apabila Sultan bersetuju menjadikan anaknya sebagai raja. Patuh/Akur Tun Fatimah. Patuh / Akur kepada kehendak orang tua. Tun Fatimah berkahwin dengan pilihan ayahnya Tun Ali. Berani Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir. Berani dan bijak –memimpin angkatan perang Melaka untuk membantu Pahang daripada serangan raja Legor. Mempertahankan Melaka dari serangan Siam
50 Jati Diri (SBDKL) Golongan Kaya / Usahawan / Bangsawan / Ahli Perniagaan / Pemimpin / Rakyat : Keperibadian unik, unik, istimewa dari segi adat, bahasa dan budaya. Penerangan untuk watak yang terlibat / 2 fakta mengikut soalan Jati Diri Watak dan Peristiwa Kesan Pada Watak Kesan Pada diri Bijaksana / Berilmu / Cekap / Berwibawa Datuk Tan, En. Muhammad (ijazah ekonomi),YB. Mohamad Yusof, Cik Puan Tipah dan Penghulu Mahmud mengatur strategi perniagaan dan srtategi menangani masalah -Rahim –memiliki ilmu / ijazah pengurusan Dagang- SLLT Bijaksana /berilmu/mencintai ilmu/berpengetahuan (hlm. 212). Kemampuan untuk berfikir dan bertindak berdasarkan ilmu pengetahuan yang diperolehi dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang lain terutama melibatkan soal kehidupan dan masa depan. Berupaya membangunkan insan yang bertanggungjawab membela nasib orang lain. Rahim memiliki ilmu pengetahuan yang luas hasil pembelajaran di London telah mengambil tindakan menghantar surat kepada ayahnya Encik Muhammad bertujuan untuk menegur tindakan ayahnya yang membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang yang pada pandangannya cuba untuk menganayai dan menzalimi penduduk kampung dengan cara menghalau mereka keluar dari penempatan mereka bagi membolehkan perusahaan lombong tersebut dilakukan.Jelaslah kebijaksanaan dalam bertindak mampu membantu membangunkan diri saya menjadi seorang pelajar yang matang dalam membuat keputusan. -Robert – ilmu / ijazah kejuruteraan – SLLT -Syarifah Mahani – ilmu / diploma kesetiausahaan – S. Dagang Interprise dan Saodah – ilmu kesetiausahaan – SLLT -Sudin – bijak berkomunikasi kerana berpengalaman – broker tanah dan kereta Mengubah cara hidup Dihormati dan disanjungi oleh penduduk kampung Menanam rasa sayang dan setia Memajukan diri dan syarikat Membentuk sahsiah diri Dapat membantu / memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan Taat / Setia kepada raja Patriotik /Cinta/ berbakti kpd tanah air -En. Muhammad- puja umur raja / membantu menjana ekonomi /memperkenalkan negara – perdagangan lada hitam, SLLT, Jeram Medang -Penghulu Mahmud dan penduduk kampung – puja umur raja -YB. Mohamad Yusof- berbakti untuk negara dan rakyat – FELDA Rahim- walaupun belajar di London (peroleh ijazah dalam bidang pengurusan Dagang) beliau tetap kembali ke Tanah Air untuk membela nasib penduduk kampong dan mencurahkan baktinya