The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by frzanasaimann03, 2023-07-31 11:15:45

NOTA & TEKNIK JAWAB PEMBANGUNAN INSAN (SEM 2)

Nota dan Teknik Jawab Pembangunan Insan

51 Tabah / Cekal /Sabar -En. Muhammad tabah menghadapi tentangan dari penduduk kampung seperti Imam Saad, Mat Akil dan anaknya Rahim En. Muhammad dan Cik Puan Tipah sabar dan memaafkan panglima Omar yang merosakkan ladang orkid -Lebai Maarup tabah dan sabar dengan dugaan dan fitnah yang dilemparkan oleh Mak AKil dan rakan-rakan demi menyebarkan agama Islam. Beliau memaafkan Mat Akil yang memukulnya dan menikamnya. -Sudin bersabar dengan sikap Mat Akil yang telah menajisi katil ketika majlis perkahwinannya. Malah beliau telah mengambil Mat Akil bekerja dengannya. Gigih Berusaha / Rajin / Komited / dedikasi / tekun -En. Muhammad gigih meluaskan empayar syarikatnya –dari perdgangan lada hitam ke SLLT, perhotelan, restoran dll -Encik Muhammad merupakan seorang yang gigih dalam bidang perniagaan yang diceburinya. Pada mulanya, beliau bekerja sebagai eksekutif rendah di pejabat dagang Inggeris. Dengan kegigihannya, beliau berjaya dengan perniagaannya dan berjaya membuka lombong bijih di Lembah Tualang. Malah Datuk Tan mengagumi kejayaan Encik Muhammad menerajui Firma Serba Dagang, anak syarikat Tan Enterprise. Sebaliknya, tanpa kegigihan En. Muhammad, belum pasti akan menjadi ahli perniagaan yang berjaya. -Rahim gigih menuntut ilmu Bertanggungjawab En. Muhammad bertanggungjawab menghantar anaknya ke London untuk menuntut ilmu demi menjamin masa depan yang lebih baik/ Meperluaskan dan mempelbagaikan perniagaan syarikatnya dengan membuka ladang lada hitam / orkid, SLLT dll -Rahim cuba membela nasib penduduk Kampung Pulai yang akan kehilangan tanah -Mahani bertanggungjawab menjaga adik angkatnya, Saadiah dengan mencari pekerjaan kepadanya Taat kepada ibubapa Menghormati orang tua Rahim, Mahani Robert – menataat ibu bapa dan mendengar kata Rahim dan Robert menurut kata untuk belajar dalam bidang yang disarankan oleh ayahnya, meskipun Robert meminati bidang yang lain. Mahani mendengar kata ayah dan ibu dalam pemilihan jodoh


52 Berfikiran dinamik / berfikir strategi mengikut masa En. Muhammad sentiasa mengikuti perkembangan semasa dunia perniagaan dan sentiasa memperbaharui strategi untuk meluaskan dunia perniagaannya. Sebagai contoh, beliau mendapat tender lada hitam ke Jerman selama 7 tahun. Dalam dunia perniagaan, tanpa fikiran dinamik maka ahli perniagaan itu akan ketinggalan dan perniagaan tidak akan maju. Bersyukur / Beriman / Patuh pada ajaran Islam -En. Muhammad sentiasa bersyukur di atas kejayaan yang diperolehinya. Beliau akan melakukan sembahyang sunat syukur dan berdoa setelah memperoleh kejayaan dalam mengusahakan perniagaannya. En. Muhammad menyedari segala kejayaannya itu adalah anugerah dari tuhan. Beliau juga telah mengadakan jamuan kesyukuran apabila berjaya mendapat tender membekalkan lada hitam ke Jerman. Sebaliknya, mereka yang tidak bersyukur akan sentiasa tamak untuk mengecapi kejayaan dan kemungkinan akan mendapat kecelakaan. Oleh itu, kita harus bersyukur atas kurniaan Tuhan dan berkongsi kegembiraan dengan orang lain.(Fakta ini jarang diterima) -Tan Sri Syed Aris/ Mahani –mengerjakan solat apabila tiba waktu. Cth Mahani yang sedang mengelamun segera bangun untuk mengerjakan solat apabila terdengar azan. -Lebai Maarup dan Imam Saad menuntut ilmu agama dan menyebarkannya dengan memanggil penduduk kampung bersolat jemaah / mengajar mengaji dan berceramah. Amanah En. Muhammad – memanggil lawyer dan pegawai agama untuk melaksanakan faraid harta pusaka Rahim- anamah dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pelajar dalam menuntut ilmu/ memikul amanah ayah Berani En. Muhammad berani mengambil risiko dan menceburi bidang perniagaan yang pada masa itu dikuasai oleh kaum Cina. Beliau berani mencuba untuk memperoleh tender lada hitam dan membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang Rahim-berani menyuarakan pendapatnya. Beliau mengkritik dan menentang sikap ayahnya dan mempertahankan nasib penduduk kampung Berani dalam menyuarakan pandangan (hlm.85/198). Tidak takut dan bersedia berhadapan dengan risiko yang bakal dihadapi dalam menyuarakan pandangan dan pendapat tentang sesuatu tindakan yang dianggap tidak wajar serta menzalimi orang lain dapat melahirkan insan yang berwibawa serta disanjung tinggi. Sikap berani Rahim dapat dibuktikan menerusi surat yang ditulisnya kepada Mahani, menjelaskan beliau mengkritik dan menentang sikap ayahnya yang pada pandangannya lebih mengutamakan keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira natijah yang akan dihadapi oleh penduduk Kampung Pulai berhubung


53 dengan penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang. Tuntasnya keberanian pada watak Rahim berupaya membentuk diri saya menjadi individu yang berjiwa kental. Rahim Berwawasan / berpandangan jauh dalam perancangan (hlm.217). Mempunyai perancangan masa depan yang teliti, bernas serta mampu menyumbang khidmat bakti pada orang lain agar masalah yang dihadapi dapat ditangai dengan terancang. Secara tidak langsung akan membangunkan modal insan yang bertanggungjawab terhadap sesama insan. Walaupun Rahim mendapat pendidikan di London sehingga lulus dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Dagang, beliau mempunyai wawasan yang jelas untuk kembali semula ke tanah air bagi mencurahkan khidmat untuk negara.


54 1. “Jati diri merupakan satu aspek yang terdapat dalam pembangunan insan.” Bincangkan penyataan tersebut berdasarkan watak-watak wanita yang terdapat dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). [25] Kehendak soalan 1. Fakta jati diri 2. Ayat kepentingan – jika nak letak lebih baik 3. Ayat huraian - jika nak bagi boleh 4. Contoh watak-watak wanita dalam SS 5. Ayat perbincangan 6. Ayat kesan yang kait dengan watak SOALAN BERKEHENDAKKAN FAKTA, KESAN, BINCANG DAN CONTOH. JADI AYAT KEPENTINGAN DAN HURAIAN BOLEH DIMASUKKAN JIKA RASA PERLU UNTUK MENJELASKAN LEBIH TERPERINCI. RUJUK NOTA M/S 37 DEKAT JATI DIRI TUN FATIMAH RUJUK BUKU LP (RM 8) YANG LAMA M/S 36 – Fakta 1,3,4,5,6 Cadangan jawapan APengenalan [ 3 ] Konsep jati diri-Jati diri merupakan keperibadian unik, utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya, agama dan sebagainya yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau sesuatu bangsa dan sebagainya; kesedaran seseorang individu akan kelebihan/keunikan dirinya apabila menguasai/memiliki sesuatu perkara, seperti ilmu, bahasa, agama dan sebagainya. Watak-watak wanita dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) seperti Tun Kudu, Tun Teja, Tun Fatimah dan sebagainya memainkan peranan dan peristiwa-peritiwa penting seperti hubungan diplomatik, menyelesaikan masalah dan mengubah perwatakan Sultan Mahmud. Antara jati diri yang ada dalam watak-watak wanita tersebut ialah berani, bijak, tabah, sanggup bekorban dan lain-lain. Isi 2 Perihal/peranan watak-watak wanita Isi 3 3 Fakta yang ada dalam isi Isi 1 Konsep Jati Diri


55 B. Isi [ 20] F1 : Tabah/Sabar/tenang Sikap tabah penting untuk menjadikan sesorang insan itu kuat dan tahan uji apabila berhadapan dengan musibah dalam kehidupan. Tanpa sikap ini sudah pasti seseorang itu akan mudah rasa kecewa dengan kesusahan dan keperitan hidup dan sukar menerima hakikat ketentuan Allah. Tun Fatimah merupakan seorang wanita yang amat tabah. Ketabahan Tun Fatimah terserlah apabila beliau terpaksa berhadapan dengan tragedi pembunuhan ayah, suami, adik dan bapa mertuanya. Kesedihan Tun Fatimah bukan alang kepalang, tetapi beliau tetap tabah menghadapi pembunuhan keluarga yang cukup tragis. Jelaslah sikap tabah menjadikan seseorang insan itu redha dengan ketentuan Allah. F2 : Sanggup berkorban. Kesanggupan seseorang insan itu berkorban demi kebaikan akan menjadikan seseorang insan itu dipandang tinggi dan disanjungi. Sikap ini pentign bagi menggambarkan kesabaran serta kekuatan seseorang insan itu dalam menghadapi sebarang cabaran dan ujian dalam hidup. Tanpa sikap ini sudah pasti insan itu akan dianggap mementingkan diri/zalim. Sifat ini boleh dilihat dalam watak Tun Kudu. Tun Kudu terpaksa berkorban apabila diceraikan oleh Sultan Muzaffar Syah demi untuk menyelesai perbalahan dua pembesarnya. Tun Kudu telah dijadikan alat untuk mencapai perdamaian antara Tun Perak dan Seri Nara Diraja Tun Ali. Sebagai wanita, pengorbanan yang dipaksakan itu amat menyeksa perasaannya, tetapi tetap tabah menghadapinya. Jelaslah pengorbanan yang dibuat oleh seseorang insan itu akan menyebabkan insan itu sentiasa dikenang dan dihormati dengan segala pengorbanan yang dicurahkan. F3 : Berwibawa/berkarisma Kewibawaan ini penting untuk menjamin kesejahteraan hidup dan menjadi tarikan untuk mempengaruhi orang lain. Sikap ini juga menggambarkan kemampuan seseorang insan dalam melaksanakan tanggungjawabnya dalam meraih kejayaan.mempengaruhi orang lain, Tanpa sikap ini sudah pasti seseorang insan itu tidak mampu dalam memastikan pendapatnya didengari dan sudah pasti akan diperlekehkan. Wan seri Beni merupakan Raja Bintan yang berwibawa. Kewibawaan baginda dapat dilihat apabila kerajaan Bintan di bawah pemerintahan baginda menjadi pelabuhan dagang yang kuat, maju dan terkenal. Kewibawaan baginda juga terserlah apabila baginda menabal dan menobatkan Seri Teri Buana menjadi Raja Bintan dan seterusnya Raja Singapura. Wan Seri Beni merupakan wanita yang memainkan peranan penting dalam pembentukan upacara dan adat istiadat Kerajaan Melayu lama. Bintang di bawah pemerintahannya menjadi sebuah kerajaan yang dihormati dan menjadi tumpuan dunia sekitarnya. Oleh itu, kewibawaan yang dimiliki oleh seseorang insan itu akan menjadikan insan itu dihormati dan dipandang tinggi oleh orang lain. F4 : Bijaksana Kebijaksanaan adalah penggunaan akal budi untuk mencapai sesuatu dengan jayanya. Kebijaksanaan yang dimiliki oleh seseorang insan itu penting untuk menjadikan insan itu mampu dalam menghadapi dan menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi dalam kehidupan. Tanpa sikap ini sudah pasti insan itu tidak mampu dalam membangunkan potensi diri. Kebijaksanaan Tun Fatimah dapat dilihat apabila beliau sedar Raja Ahmad akan menjadi penganti Sultan dan anaknya tiada peluang menjadi sultan. Oleh kerana itu, setiap kali hamil, digugurkan. Tindakannya amat menyedihkan Sultan Mahmud Syah, sehingga baginda bertanya Tun Fatimah kenapa berbuat demikian. Tun Fatimah mengatakan tiada gunanya ia beranak kalau anak itu tidak menjadi raja. Akhirnya Sultan Mahmud berjanji jika lahir nanti anak laki-laki akan dijadikan raja. Kebijaksanaan Tun Fatimah menyebabkan beliau berjaya menjadikan Sultan Mahmud menuruti kehendaknya dan beliau disayangi oleh Sultan. Fakta Ayat Huraian Ayat Bincang /Pro Kontra Kesan / K.Kecil Contoh Ayat Bincang /Pro Kontra Ayat Huraian Ayat Bincang /Pro Kontra


56 (jawapan di bawah tidak lengkap seperti di atas kecuali ayat fakta dan ayat contoh. Pelajar pelu bina ayat yang sesuai dengan kehendak soalan. F5 : Berani dan berkuasa Sifat keberanian yang dimiliki oleh wanita akan menjadikan wanita itu menjadi insan yang berkeyakinan akan kemampuan dan potensi diri. Nilai keberanian ini juga akan menjadikan seseorang itu berkuasa, dan mampu mempengaruhi orang lain untuk membawa perubahan. Wanita yang bersifat lemah seringkali akan dipermainkan oleh orang lain,dan hak mereka juga dinafikan.Peranan Tun Senaja sebagai penentu sejarah zaman akhir Melaka amat penting. Setelah kematian Bendahara Tun Perpatih Putih, Sultan Mahmud Syah yang masih muda dan baru menaiki tahta menghimpunkan Sembilan orang pembesar utama untuk dipilih menjadi Bendahara. Pada waktu itulah Tun Senaja, anak Tun Kudu, dan balu Sultan Alau’d-Din Ri’ayat Syah, yang berada di balik pintu mengarahkan anaknya Sultan Mahmud Syah supaya melantik Tun Mutahir sebagai Bendahara Melaka. F6 : Taat / Setia Walaupun pada peringkat awal Tun Fatimah dilihat amat mendendami Sultan Mahmud Syah, tetapi akhirnya Tun Fatimah setia dan kekal bersama Sultan Mahmud Syah sehingga ke akhir hayatnya. Kesetian Tun Fatimah terbukti apabila beliau dikatakan ikut berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat bersama-sama baginda Sultan sebagai orang pelarian setelah Melaka dialahkan oleh Peringgi. F7 : Tegas Tun Fatimah digambarkan sebagai wanita yang keras hati dan tegas. Selepas mengharungi tragedi yang menyedihkan, Tun Fatimah telah berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah. Beliau bertindak berani dengan mengugurkan kandungannya apabila mendapati dirinya hamil. Tun Fatimah bertindak sedemikian berulang kali sebagai manifestasi penentangan dan rasa benci terhadap Sultan Mahmud Syah. Ketegasan Tun Fatimah akhirnya terlerai apabila Sultan Mahmud berjanji jika lahir nanti anak laki-laki akan dijadikan raja. F8 : Pendamai Tun Kudu memainkan peranan sebagai tenaga penentu yang telah mendamaikan pertelagahan yang berlaku antara Seri Nara Diraja dengan Tun Perak. Ikatan perkahwinan Tun Kudu dengan Seri Nara Diraja telah mewujudkan ikatan kekeluargaan antara Seri Nara Diraja dengan Tun Perak kerana Tun Kudu adalah kakak kepada Tun Perak. Akhirnya jawatan Bendahara telah diserahkan keoada Tun Perak, manakala Seri Nara Diraja dilantik sebagai Penghulu Bendahari. C Penutup[ 2 ] Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan/implikasi/penegasan/harapan


57 2. Contoh Jawapan Jati diri – Sultan Mansur Syah Pendahuluan Jati diri merupakan sifat atau identiti yang unik dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya, agama dan sebagainya yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang. Nilai jati diri penting bagi seseorang individu untuk berjaya dalam kegiatan yang diceburinya. Sultan Mansur Shah ialah gelaran kepada Raja Abdullah. Baginda merupakan anak kepada Sultan Muzaffar Shah. Sultan Mansur Syah merupakan pemimpin yang mengangkat Melaka menjadi sebuah Negara yang maju dan unggul. Antara jati diri yang dapat dilihat ialah Sultan Mansur Syah ialah bijaksana, adil, bertanggungjawab, pemaaf dan berilmu: Bijaksana. Baginda bijak dalam menguruskan pentadbiran Negara. Hal ini dapat dilihat daripada perlantikan jemaah menteri seperti Tun Perak yang dianggap individu yang layak membantu baginda dalam segala urusan pentadbiran Negara. Kebijaksanaan penting untuk menjadi pemimpin yang bijak mengurus dan memastikan negaranya dalam keadaan aman dan sejahtera. Contohnya, ketika Siam menyerang Melaka. Tun Perak berjaya mematahkan serangan Siam dengan menyalakan sumbu api dipinggir laut. Setiap api tersebut mewakili seorang pahlawan Melaka. Tipu muslihat itu berjaya mengusir Siam dan Melaka selamat dari ancaman. Kebijaksanaan Sultan Mansur Syah melantik Tun Perak menjadi bendahari menjadikan Melaka sebuah negara yang maju dan baik dari segi pentadbirannya mahupun dari segi keamanannya. Jika Sultan Mansur Syah tidak bijak dalam pelantikan mentari, kemajuan yang tidak dicapai oleh Melaka mungkin akan terbantut dan lambat. Kebijaksanaan sultan perlu diikuti oleh pemimpin zaman sekarang agar rakyat menyayangi dan taat kepadanya. Selain itu, adil dan saksama. Hal ini dapat dilihat apabila masalah yang dihadapi akan diatasi dengan adil dan saksama. Nilai adil penting untuk agar rakyat sentiasa taat kepada pemerintah. Sikap adil dan saksama penting bagi pemerintah dalam menjatuhkan hukuman dan membuat keputusan untuk menjadikan nasib rakyat terbela. Sultan Mansur Syah menjatuhkan hukuman ke atas anaknya, Raja Muhammad meskipun baginda amat menyayangi anaknya. Hal ini kerana Raja Muhammad telah membunuh anak Tun Perak. Tun Perak dan pengikutnya berbincang dengan Sultan Mansur Syah dan menyatakan bahawa mereka tidak akan bertuankan Raja Muhammad. Sultan Mansur Syah menerima pendapat Tun Perak dan menjatuhkan hukuman tersebut. Jika Baginda tidak adil dengan hukuman yang dijatuhkan ke atas anaknya, nescaya rakyat akan memberontak. Nilai adil ini menjadikan Sultan Mansur Syah disanjungi oleh rakyat Melaka. Nilai ini wajar dicontohi oleh pemimpin sekarang agar rakyat sentiasa menyokong dan menghormati raja. Seterusnya, seorang yang bertanggunjawab. Nilai bertanggungjawab perlu ada dalam diri pemimpin…….Hal ini dapat dilihat dari sikap Baginda yang menjaga dan menitikberatkan segala masalah yang dihadapi oleh negara dan rakyat di bawah jajahannya. Contoh peristiwa.................Hal ini membuatkan rakyat menyanjung tinggi tehadap pentabdiran Sultan Mansur Syah. Jika Baginda tidak bertanggungjawab, maka Melaka akan .............. Berikan kesan pada Sultan dan pemimpin sekarang. Kesimpulannya, nilai jati diri yang ada pada Sultan Mansur Syah, perlu ada dalam diri setiap insan bagi memajukan diri sendiri. Jati diri perlu disemai dan dijadikan teras dalam setiap kehidupan setiap pemimpin. Cadangan Rumusan Definisi Watak Isi-isi penting


58 3. Jati diri merupakan asas penting dalam Pembangunan Insan. Berdasarkan Jati Diri Sudin dalam Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. Huraikan pernyataan tersebut dalam kontek pembangunan insan kini. [25] Pendahuluan [3] Jati diri merupakan keperibadian unik, utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadiaan seseorang individu atau bangsa. Sudin merupakan watak sampingan yang memainkan peranan penting untuk membantu En Muhammad melaksanakan setiap perancangan yang hendak dilaksankan di Pekan Lembah Tualang. Merupakan anak jati kampung Pulai dan ayahnya Bernama Imam Saad. Antara nilai jati diri yang ada pada Sudin ialah bijak, setia, bertanggungjawab dan lain-lain. Bijaksana. Bijak bermaksud tajam akal dan kepandaian mengunakan akal budi ketika bertindak sama ada dengan mengunakan ilmu atau pengalaman. Seorang pelajar/ saya perlu memiliki sifat bijak membuat perancangan dalam pengurusan masa demi kejayaan pada masa hadapan. Sudin merupakan seorang yang bijak berkomunikasi dalam melaksanakan tugas yang telah diberikan oleh En Muhammad untuk mempengaruhi orang kampung supaya menjual tanah kepada En Muhammad untuk membuka kawasan perlombongan Lembah Tualang. Misi ini berjaya hasil kebijaksanan Sudin dalam berkomunikasi. Jika Sudin tidak memiliki sifat bijak nescaya dia tidak akan mendapat pekerjaan dari En.Muhammad dan mengubah masa depannya. Oleh itu, seorang pelajar /saya perlu bijak seperti Sudin agar orang disekeliling mempercayai dan menghormati saya. Setia. Setia bermaksud berpegang teguh kepada janji yang telah dibuat oleh seseorang/ tidak melanggar janji yang telah dibuat. Kesetiaan penting agar seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja dalam dalam sesuatu perhubungan. Kesetiaan harus wujud dalam diri individu supaya tidak wujud perselisihan fahamantara satu sama lain terutama dalam persahabatan. Sudin begitu setia dalam percintaan bersama Gayah. Walau pun Gayah telah menjadi janda Sudin sanggup menerima Gayah sebagai calon isterinya selepas beliau juga gagal dalam perkahwinan pertama. Oleh itu sebagai pelajar/ saya perlu memiliki nilai setia agar dipercayai oleh orang yang saya sayangi. Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas. Bertanggungjawab bermaksud……….. kepada seseorang. Bertanggungjawab penting kerana mampu membentuk masyarakat yang berdedikasi dan boleh dipercayai. Setiap individu harus bertanggungjawab …….tugas yang diberikan.Jika……maka…. Sudin sangat bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang telah diberi oleh En Muhammad. Sudin telah dilantik oleh En Muhammad sebagai Pegawai Perhubungan Raya Syarikat Lombong Lembah Tualang dan beliau telah melaksanakan amanah ini dengan jayanya. Oleh itu ……… Gigih. Gigih adalah gambaran diri seseorang yang sanggup mengharungi pelbagai cabaran dalam kehidupan. Sebagai seorang pelajar hendaklah gigih berusaha menimba ilmu demi kejayaan masa hadapan. Sudin gigih menjalani kehidupannya walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran terutamanya dalam bidang pekerjaan, percintaan serta hubungan dengan keluarganya sendiri. Jika tidak sudah pasti Sudin tidak dapat mencapai kejayaan. Sudin pernah dituduh melarikan Gayah, Menjadi broker dan berhadapan dengan masalah kewangan. Walau bagaimana pun beliau tidak berputus asa dan akhirnya kembali ke kampung halamannya. Seterusnya menerima jawatan daripada En Muhammad. Oleh itu, nilai gigih perlu dicontohi oleh saya / pelajar kini agar………. Sabar. Sabar dengan karenah Mat Akil Penutup Setiap individu perlu mempunyai jati diri yang teguh agar dapat membentuk kepribadian yang mantap. Seseorang yang mempunyai jati diri akan dapat mengharungi kehidupan dalam dunia yang lebih mencabar. Bila ada perkataan “kini”, maka wajid ada kaitan dengan masa kini. Rujuk kehendak soalan. Contoh saya, pelajar kini, pemimpin kini dan lazimnya diletak pada kesan.


59 LATIHAN- UNTUK SOALAN SETERUSNYA CUBA PELAJAR HIGHLIGHTKAN APA KEHEENDAK SOALAN MENGIKUT WARNA YANG TELAH DITETAPKAN KEMUDIAN LIHAT PENGENALAN DAN JAWAPAN. ADAKAH SUDAH MENEPATI KEHENDAK SOALAN ATAU TIDAK. PELAJAR BOLEH BERBINCANG DENGAN GURU PELAJAR. 4. Jati diri merupakan tonggak pembangunan sahsiah. Berdasarkan jati diri Sultan Mahmud Syah dalam Sulalatus Salatin (sejarah Melayu), sejauh manakah jati diri boleh membawa kepada pembangunan sahsiah. [25] A. Pengenalan [ 3 ] 1. Konsep jati diri-Jati diri merupakan keperibadian unik, utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau bangsa. 2. Isi yang akan dibincangkan Menuntut Ilmu dan mencintai ilmu agama / mementingkan pendidikan / ilmu. Berguru dengan Maulana Yusuf – mengaji kitab maklumat . Beliau sanggup merendahkan martabatnya dan menggelarkan dirinya fakir Mahmud untuk pergi berguru. Baginda juga bertanyakan tentang rezeki kerana perbezaan pendapat diantara Ulama Manwara’l Hartar, Ulama Khurasan dan ulama benua Iraq. Menghantar orang kaya Tun Muhammad ke Pasai untuk mendapat jawapannya. Menghormati guru/merendah diri. Contoh: Sanggup membahasakan diri sebagai fakir Mahmud semata-mata ingin menuntut ilmu dengan Maulana Yusuf Berwawasan / Berpandangan Jauh. Baginda menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjong, Seri Maharaja menyerang Kelantan bagi meluaskan mepayar Melaka. Mengadakan hubungan diplomatik dengan Pasai dan menghantar Hang Nadim ke Benua Keling. Meluaskan empayar MelakaBerjaya mengalahkan Manjong dan Kelantan. Misi dijalankan oleh Paduka Tuan dan Seri Maharaja Tun Mutahir.Berwawasan/berpandangan jauh. Kesan : dapat mengukuhkan strukturr pemeriintahan Bertanggungjawab / Prihatin menjaga keamanan negeri dibawah naungannya. Penyelamat dan pelindung. Baginda telah mendamaikan Sultan Nara Singa dari Inderagiri dan Maharaja Isap dari Lingga dan Baginda membantu Pahang mengalahkan angkatan perang Legor yang berhasrat menawan Pahang Tabah/gigih. Contoh: Setelah kejatuhan Melaka di tangan Peringgi, Sultan Mahmud Syah masih lagi berusaha melancarkan serangan ke atas Peringgi di Melaka dengan mengarahkan Hang Nadim, Sri Udani, Tun Umar dan lain-lainnya merampas semula Melaka di samping Berani. Mengetuai perang bersama Peringgi. Berada dibarisan yang paling hadapan dan tidak gentar dengan tembakan meriam Peringgi. Baginda juga mengalami kecederaan ditangan ketika berjuang. Strategi Perang – membaca kitab perang iaitu Hikayat Muhammad Hanafiah untuk menaikkan semangat pahlawan Melaka ketika berperang dengan Peringgi. Kesimpulan – rumusan isi dan harapan / saranan / cadangan. Rumusan wajib dan tambah 1 lagi.


60 5. Sultan Muzaffar Syah dalam Sulalatus Salatin (SejarahMelayu) merupakan seorang pemimpin yang mempunyai jati diri unggul. Berdasarkan pernyataan tersebut, bincangkan keperibadian watak tersebut yang dapat dijadikan tonggak dalam pembangunan insan. [25] A Pendahuluan [03] Konsep Jati Diri – Jati diri merupakan keperibadian unik, utuh dan istimewa dari segi adat,bahasa, budaya, agama dan sebagainya yang menjadi teras dan lambnag keperibadian seseorang individu, bangsa dan identiti Latar belakang Sultan Muzaffar Syah – Nama sebenar ialah Raja Kasim, anakanda Sultan Muhammad Syah, berkahwin dengan Tun Kudu, menjadi nelayan sewaktu dalam pelarian Bijaksana merancang strategi. Sultan Muzaffar Syah bijak bertindak ketika menghadapi serangan Siam yang dipimpin oleh Awi Dicu. Baginda telah menghantar Tun Perak untuk mengetuaiang kata perang Melaka dan mematahkan serangan tersebut. Strategi baginda juga telah berjaya dimana baginda telah mengumpulkan segala rakyat di Teluk Rantau untuk berkumpul di Melaka dalam menghadapi serangan dari Siam. Bertimbang rasa/belas kasihan terhadap orang lain. Sultan Muzaffar Syah mempunyai perasaan bertimbang rasa / belas kasihan kepada adindanya dan Puteri Rekan walaupun kedua mereka pernah menyingkirkannya dari takhta kerajaan. Sultan Muzaffar berusaha untuk menyelamatkan adindanya, Sultan Abu Syahid dari dibunuh oleh Puteri Rekan semasa pergelutan perebutan takhta. Sultan Muzaffar Syah juga tidak menyerahkan Puteri Rekan kepada Maulana Jalalu’ddin untuk mengotakan janjinya sebaliknya telah menggantikannya dengan seorang dayang. Berani mempertahankan hak. Sultan Muzaffar Syah berani mempertahankan takhta miliknya daripada pengaruh Raja Rekan setelah dinasihati oleh Maulana Jalalu’ddin. Raja Rekan telah menghalau Sultan Muzaffar Syah dari Melaka dan menjadi nelayan. Peristiwa rampasan kuasa berlaku apabila Sultan Muzaffar Syah meminta bantuan Seri Nara Diraja untuk menggulingkan Raja Rekan yang menjadi pemangku kepada adindanya, Sultan Abu Syahid. Memerintah dengan adil. Baginda sentiasa memberi keampunan kepada rakyatnya setelah didapati tidak bersalah Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, bagindam menyuruh membuat kita undang-undang. Kita bini menjadi panduan / rujukan kepada menteri-menteri untuk menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan – kesalahan yang dilakukan tanpa berat sebelah. Bertanggungjawab / Sanggup berkorban bagi menyelesaikan masalah. Sultan Muzaffar Syah sangat bersedih dengan perpecahan yang berlaku dalam kalangan pembesarnya iaitu Bendahara Paduka Raja dan Seri Nara Diraja. Kedua-dua pembesar itu sering bertelagah. Maka untuk mengelakkan perkara tersebut berlarutan Sultan MuzaffarSyah sanggup berkorban dengan menceraikan isterinya Tun Kudu kerana Seri Nara Diraja menaruh hati kepada Tun Kudu, kakak kepada Bendahara Paduka Raja. Akhirnya pengorbanan yang dilakukan Sultan Muzaffar Syah berbaloi kerana baginda telah berjaya menjalinkan hubungan yang baik antara kedua menterinya itu


61 4. Kemanusiaan: (Nilai Kemanusiaan perlu ada penerima nilai tersebut. Cik Puan Tipah sayang kepada anaknya Rahim. Oleh itu fakta kasih sayang/penyayang diterima. Contoh peristiwa- Cik Puan Tipah sentiasa berutus surat dengan Rahim Ketika Rahim belajar di luar negara Kemanusiaan (SS) (Lebih kepada watak raja. Oleh itu adakalanya nilai seperti adil, sanggup berkorban digunakan/ tapi masih berpegang kepada nilai yang ada penerima). Kemansiaan Kepentingan Watak dan Peristiwa Dan Kesan Pada Diri / Watak Sanggup bekorban Membentuk insan yang tidak mementingkan diri sendiri Disanjung dan disayangi Membentuk insan yang tegas dan berwawasan Mewujudkan insan yang terbuka dan boleh menerima pandangan dan pendapat orang lain Melahirkan insan yang mempunyai sahsiah yang elok dan baik Sultan Muzaffar Syah – rela menceraikan isterinya Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Tun Ali bagi menyelesaikan masalah Prihatin / mengambil berat Sultan Muzaffar Syah- mengambil berat tentang masalah yang timbul di negeri Melaka – Tun Perak dan Tun Ali /ancaman siam yang mengancam rakyat Sultan Alauddin Riayat Syah – menyedarkan Bendahara Seri Maharaja tentang tugasnya untuk mengawal keselamatan Negara dengan turun padang membenteras pencuri yang berleluasa pada waktu malam. Sultan Mahmud Syah-mendamaikan Sultan Nara Singa dari Inderagiri dan Maharaja Isap dari Lingga demi kesejahteraan penduduk di bawah naugannya. Tun Perak /Hang Tuah prihatin terhadap Sultan Mahmud Syah Ketika baginda sedang gering/ cirit birit waktu kecil. Menjaga Baginda dan menyuap makanan. Penyayang Raja Kassim (Sultan Muzaffar Shah). Kasih dan penyayang pada kaum keluarga. Cth kasihnya pada Seri Nara Diraja (Tun Ali) bapa saudaranya. Terima nasihat Tun Ali lebih daripada Bendahara Seri Wak Raja (ayah Tun Perak) hingga menimbulkan salah sangka dan akhirnya bendahara Seri Wak Raja membunuh diri. Kasih kepada Sultan Abu Syahid-memerintahkan agar tidak membunuh Raja Rekan agar Raja Rekan tidak membunuh Sultan Abu Syahid, namun Raja Rekan menikam Sultan Abu Syaid dan dirinya. Sultan Muzaffar Syah- bersedih di atas kematian Bendahara Seri Wak Raja ayah kepada Tun Perak. PEMBANGUNAN INSAN : KEMANUSIAAN


62 Bertolak ansur / menerima pendapat Sultan Muzaffar Syah – menerima penolakan Seri Nara Diraja Tun Ali terhadap tiga wanita yang dicadangkan olehnya sendiri untuk dikahwinkan dan menerima permintaan Tun Ali yang ingin berkahwin dengan Tun Kudu. Sultan Mansur Syah- Meneria pendapat Tun Perak untuk menghantar anaknya Raja Muhammad ke Pahang setelah membunuh anak Tun Perak –Tun Besar meskipun baginda amat menyayangi anaknya. Mengenang jasa/ budi Sultan Muzaffar Syah- menepati janjinya terhadap Tun Ali (jadi bendahara) dan Maulana Jalalu’dDin (dikahwinkan dengan puteri Rekan – Bonda Sultan Abu Syahid) setelah baginda menaiki tahta. Kedua-duanya membantu baginda mendapatkan semula tahta. Menghormati orang tua / guru Merendah Diri Sultan Muzaffar Syah- sedih di atas kematian Bendahara Seri Wak Raja yang mati akbat minum racun lalu menitahkan tiada nobat selama tujuh hari kerana menghormatinya. Sultan Mahmud Syah- menghormati gurunya – Maulana Yusuf. Menurut perintah Maulana apabila diberi nasihat dan diminta pulang dan datang semula dengan berpakaian biasa tanpa pengikut yang ramai apabila hendak menuntut ilmu / Sanggup berpakaian biasa untuk menuntut ilmu (merendah diri) Adil Sultan Muhammad Syah- membenarkan pedagang asing berniaga bersama-sama di Melaka Sultan Muzaffar Syah- menitahkan kitab undang-undang digubal untuk boleh diguna pakai oleh semua lapisan masyarakat


63 Nilai Kemanusiaan (SBDKL)


64 Kemansiaan Kepentingan Watak dan Peristiwa Dan Kesan Pada Diri / Watak Bekerjasama Tolong Menolong Bermuafakat mengeratkan hubungan diri dengan keluarga/ masyarakat untuk menanam/ mengekalkan adat budaya bangsa dalam diri dapat meraih kepercayaan dapat menyempurkan tugas yang diamanahkan/ dipertangungjawabkan En. Muhammad telah mewujudkan semangat kerjasama dengan bukan Melayu dalam mengusahakan perniagaannya. Sebagai contoh dalam mengusahakan projek lombong di Lembah Tualang, Encik Muhammad telah sanggup bekerjasama dengan Datuk Tan. Begitu juga dalam perusahaan lada hitam. Semangat kerjasama ini penting dalam memupuk semangat perpaduan dalam diri. Tanpa semangat kerjasama, perpaduan tidak dapat direalisasikan. Oleh itu, kita perlu mempunyai semangat kerjasama seperti yang ditunjukkan oleh En. Muhammad. Jika tiada semangat bekerjasama, maka perniagaan tidak akan berkembang. Bertolak Ansur Simpati Pemurah Prihatin Bertimbang rasa En. Muhammad prihatin / mengambil berat tentang kesusahan dan masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Pulai, terutama anak-anak muda dikampung itu. Beliau mengharapkan kesusahan penduduk kampung itu diambil berat dengan diberikan tanah dan segala kemudahan agar kehidupan mereka lebih selesa. Sebaliknya, tanpa keperihatinan En. Muhammad itu, kesusahan penduduk kampung tidakakan terbela. Perasaan bertimbang rasa yang menebal mampu membentuk sahsiah yang mulia serta dipandang tinggi oleh masyarakat luar. Encik Muhammad dan Cik Puan Tipah bertimbang rasa mengadakan majlis perkahwinan Sudin dan Gayah di rumah mereka. Sikap bertimbang rasa dalam masyarakat hari ini dapat dilihat melalui keprihatinan masyarakat membantu golongan yang ditimpa kesusahan seperti kemalangan tanpa mengira bangsa dan agama. Sikap pemurah sangat penting bagi setiap individu bagi membentuk masyarakat yang harmoni. Encik Muhammad menderma dan membiayai sambutan perayaan puja umur baginda Sultan. Jesteru, sikap suka menderma dapat dilihat melalui masyarakat hari ini yang suka menderma ketika bencana alam seperti banjir dan tsunami berlaku/melahirkan manusia yang tidak mementingkan diri. Mengambil berat Berkasih Sayang Kasih sayang merupakan nilai kemanusiaan yang patut diterapkan dalam diri setiap individu pada hari ini. Encik Muhammad digambarkan sebagai seorang ketua keluarga yang sangat penyayang, buktinya dia sanggup melakukan apa sahaja demi memberikan kasih sayangnya, termasuk menghantar anaknya Rahim belajar ke luar negara. Jelaslah amalan ini jika diamalkan, akan melahirkan individu yang sentiasa mengambil berat akan orang lain dan disanjung tinggi dalam masyarakat. Sudin sayang Gayah Mahani mengambil berat terhadap masalah yang timbul di antara Rahim dengan En. Muhammad Hormat Menghormati Hormat-menghormati merupakan tunjang utama perpaduan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Hormat-menghormati perlu diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat supaya dapat hidup dengan aman damai. Datuk Tan menghormati ketokohan Encik Muhammad sebagai seorang ahli perniagaan Melayu yang berjaya malah dia berpendapat Encik Muhammad lebih baik daripada sesetengah peniaga Cina. Sudin hormat ibu ayah


65 1 Sultan dan Pembesar Melaka merupakan tokoh yang mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi seperti yang tergambar dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Huraikan nilai kemanusiaan tokoh-tokoh ini dalam konteks pembangunan insan. [25] Kehendak soalan 1. Fakta nilai kemanusiaan (perlu ada penerima) 2. Ayat huraian dan penjelasan nilai kemanusiaan yang tinggi 3. Contoh watak Sultan dan Pembesar (3 / 2- sebab dalam soalan guna perkataan “dan”. Kalau guna perkataan “atau” boleh pilih nak buat contoh sultan sahaja atau pembesar. 4. Ayat kesan yang kait dengan watak Cadangan jawapan A Pendahuluan [3] 1 Nilai merujuk kepada sifat ketinggian yang melibatkan pemikiran, agama, kemasyarakatan dan sebagainya/ perihal manusia atau sifat-sifat manusia. Nilai kemanusiaan merujuk kepada ketinggian kualiti/mutu/taraf tertentu yang berkaitan dengan perihal sifat manusia yang baik yang dapat membangunkan seseorang insan menjadi individu yang unggul. Nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hakhak asasi dan kemuliaan manusia. 2 Latar belakang Sultan dan Pembesar Melaka 3 Menyenaraikan kelima-lima isi jawapan yang hendak dikemukakan. B Isi [20] Menghormati orang yang berilmu. Nilai menghormati orang yang berilmu penting kerana dapat menjadikan seseorang itu kenal diri dan berakhlak mulia. Oleh itu dia akan melaksanakan tanggung jawab yang diamanahkan dengan baik/menentukan hala tuju hidupnya ke arah yang lebih baik. Sultan Mansur Syah merupakan seorang pemerintah yang sangat menghormati orang yang berilmu ketika pentadbirannya. Penghormatannya terselah melalui peristiwa kedatangan Maulana Abu Bakar yang membawa kitab Duri’l-mazlum ke Melaka. Baginda menyuruh Maulana Abu Bakar dan kitab itu arak menaik gajah ke istana. Jika Baginda tidak memiliki sikap menghormati orang yang berilmu sudah pasti baginda tidak menghiraukan kedatangan Maulana yang ingin menyebarkan agama Islam. Jelaslah, tindakan ini membuktikan baginda seorang yang memiliki sahsiah yang baik dan kesannya baginda disanjungi sebagai pemimpin yang hebat. Contoh lain Sultan Mahmud Syah


66 Sanggup berkorban. Nilai sanggup berkorban perlu untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sultan Muzaffar sanggup bekorban untuk menyelesaikan masalah yang melanda di antara dua puak pembesar. Hal ini tidak baik untuk kedaulatan negara Melaka.Meskipun sayang kepada permaisurinya Tun Kudu, baginda terpaksa dan sanggup bekorban menceraikan Tun Kudu kerana Tun Ali hanya mahu menperisterikan Tun Kudu. Nilai sanggup berkorban Baginda yang sanggup menceraikan isteri kesayangannya semata-mata untuk mendamaikan pihak-pihak yang bertelagah berhasil apabila kedua puak yang bertelagah Bersatu kembali. Oleh itu, nilai sanggup berkorban perlu ada dalam diri pemimpin agar baginda dapat mentadbir negerinya dengan aman dan harmoni. Merendah diri. Nilai merendah diri akan melahirkan insan yang redha terhadap apa juga anugerah Allah. Sikap merendah diri penting keran dapat membentuk seseorang insan menjadi lebih beriman dan bertakwa kepada Allah. Sikap sombong dan angkuh merupakan sikap keji yang tidak disukai oleh orang lain dan boleh merosakkan hubungan. Sultan Alau’d-Din mempunyai sifat merendah diri dalam hubungannya dengan pembesar-pembesar yang lain. Baginda menerima cadangan Bendahara Tun Perak supaya menyerahkan masalah pembunuhan Telanai Terengganu dan ancaman Pahang terhadap Melaka kepada Laksamana untuk diselesaikan. Oleh itu, sikap merendah diri yang ada pada baginda menjadikan baginda disegani dan ditaati oleh rakyatnya. Tenang/sabar. Nilai ketenangan akan menjadikan seseorang itu tahan uji apabila berhadapan dengan musibah atau kesukaran. Seseorang itu juga tidak mudah rasa kecewa apabila diuji dengan kesusahan. Tun Perak sabar menghadapi peristiwa kematian anaknya yang dibunuh oleh Raja Muhammad. Beliau tidak terburu-buru mengambil tindakan. Sebaliknya meminta supaya pengikutnya tidak berajakan anak raja itu. Kesannya Raja Muhammad dihantar ke Pahang dan dirajakan di sana. Kesabaran Tun Perak dapat mengamankan dan menyelesaikan masalah yang timbul. Jelaslah di sini sikap sabar mampu menjadikan seseorang rehdo denga napa yang berlaku dan Tun Perak disayangi oleh raja. Prihatin / Bertolak Ansur. Mengambil berat serta peka dengan persekitaran dan kejadian yang berlaku di sekeliling/mengambil tindakan bersungguhsungguh bagi mengelak dari berlaku perkara yang tidak diingini. Tindakan Sultan Mansur menghantar anaknya Raja Muhamad ke Pahang setelah melakukan pembunuhan ke atas Tun Besar anak Tun Perak, membuktikan keprihatinan baginda terhadap kehendak rakyat yang tidak mahu berajakan Raja Muhamad. Tindakan ini membuktikan baginda bukan seorang yang mementingkan diri. Jika baginda tidak bertolak ansur sudah pasti negeri yang diperintanya menjadi huru hara. Oleh itu, sikap bertolak ansur perlu agar…….. Pemurah/dermawan. Sikap suka memberi tanpa mengharapkan balasan, mampu melahirkan insan yang prihatin terhadap kesusahan orang lain. Sultan Mansur memberikan hadiah-hadiah kepada Bendahara Tun perak kerana berjaya dalam tugasannya di Pasai. C Penutup [2] Menyimpulkan apa yang dijelaskan atau mengemukakan pandangan, saranan, rumusan, pendirian, atau harapan


67 2). “Nilai kemanusiaan merupakan asas penting dalam pembangunan insan.” Berdasarkan watak Rahim dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, huraikan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan diri anda. [25] Kehendak soalan 1. Fakta nilai kemanusiaan (perlu diingat nilai ini kena ada penerima) 2. Ayat kepentingan 3. Ayat huraian 4. Contoh watak Rahim dalam SBKL dan peristiwa yang berkaitan 5. Ayat kesan yang kait dengan diri anda Skema pemarkahan: Pendahuluan [3] Nilai kemanusiaan bermaksud nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan manusia. Baik kebebasan dan kemerdekaannya, nama baik. / Perihal manusia atau sifat-sifat manusia yang baik yang dapat membangunkan seseorang insan menjadi individu yang unggul. Latar belakang watak Rahim (bagi 2). Isi-isi penting. Isi [20] Merendah diri dalam menerima pandangan (hlm. 351). Sikap merendah diri dalam menerima pandangan bermaksud tidak sombong terhadap apa yang dimiliki biarpun mempunyai pendidikan yang tinggi dan bersikap terbuka atau dapat menerima pandangan dan pendapat orang lain yang lebih rendah taraf pendidikannya. Nilai rendah diri penting dalam membangunkan insan yang seimbang dan berakhlak mulia. Rahim walaupun memiliki Ijazah sarjana Muda Pengurusan Dagang dari universiti terkenal di London masih mahu mendengar rancangan Lebai Maarup yang hendak mewakafkan tanahnya kepada Syarikat Lombong lembah Tualang atas urusan agama dan akhirnya bersetuju yang perancangan Lebai tersebut mampu untuk menundukkan keegoaan ayahnya yang lebih mementingkan keuntungan semata-mata. Jika Rahim tidak merendah diri dalam menerima pendapat orang lain/ Lebai Maarup sudah pasti Rahim tidak dapat menundukkan keegoan ayahnya. Oleh itu, sikap merendah diri dalam menerima pandangan perlu ada pada diri saya agar wujud rasa hormat dan tidak sombong terhadap orang lain. Prihatin / mengambil berat. Mengambil berat / prihatin bermaksud perhatian yang diberikan terhadap masalah yang dihadapi oleh orang lain serta bertindak bagi menanganinya agar mereka tidak dianiaya serta dizalimi oleh pihak yang berkepentingan. Nilai tersebut penting untuk membangunkan diri saya menjadi individu yang memiliki rasa empati yang tinggi. Rahim prihatin dengan nasib yang akan menimpa penduduk Kampung Pulai jika sekiranya perusahaan lombong yang hendak diusahakan oleh ayahnya menjadi kenyataan. Senario tersebut pastinya akan menyebabkan penduduk kampung terpaksa berpindah dan ini sudah tentu akan membebankan mereka kerana kebanyakan mereka adalah dari golongan yang miskin. Sikap prihatin Rahim menyebabkan nasib penduduk kampung terbela. Beliau telah berjaya mempengaruhi En.Muhammad dan penduduk kampung telah dicadangkan menerima penempatan di Rancangan FELDA. Sikap prihatin perlu ada dalam diri saya agar saya dihormati dan dapat membantu orang lain.


68 Lain-lain isi yang releven: F6 Menghormati orang tua – menghormati ayah dan ibu / orang gaji F7 Penyayang / Pencinta – Sayang kepada ayah dan ibunya / cinta Mahani F8 Setiakawan / Menghargai persahabatan-Robert dan Mahani 3. Nilai kemanusiaan merupakan suatu aspek penting untuk pembangunan insan. Bincangkan penyataan tersebut berdasarkan watak Mahani dalam Saudagar Besar Dari Kuala Lummpur. [25] Pendahuluan Nilai kemanusiaan ialah penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan manusia. Nilai kemanusiaan juga dikatakan sebagai sifat yang mengasihi sesama insan, sifat yang terpuji dan positif yang ada pada seetiap insan. Mahani merupakan anak kepada Tan Sri Syed Aris dan merupakan setiausaha En. Muhammad. Antara nilai kemanusiaan yang ada pada Mahani ialah prihatin, mengenang budi dan menghormati orang yang lebih tua. Prihatin/simpati. Nilai prihatin/simpati ialah nilai keperihatinan atau mengambil berat terhadap orang yang memerlukan. Nilai ini penting untuk menjadikan hubungan yang terjalin bertambah erat. Jika nilai prihatin / simpati kepada orang lain tiada, sudah tentu masalah yang dihadapi tidak akan selesai. Contoh Mahani amat prihatin /simpati terhadap nasib adik angkatnya, Saadiah. Mahani telah membantu adik angkatnya dengan mencari pekerjaan yang sesuai. Dengan ini nasib adik angkatnya akan berubah menjadi lebih baik dan terjamin. Oleh setiap orang perlu mencontohi nilai yang ada pada Mahani agar lebih disayangi oleh orang disekeliling. Penyayang. Penyayang ialah sikap sayang menyayangi di antara satu sama lain. Nilai kasih sayang dapat mengeratkan lagi ukhuwah yang terjalin. Jika tiada nilai kasih sayang maka akan timbul rasa benci dan hubungan akan menjadi musnah. Mahani sangat menyayangi Rahim Beliau sentiasa berhubung dengan Rahim melalui surat Ketika Rahim berada di London / ibunya Syarifah Muinah meskipun bukan ibu kandungnya yang sebenar. Mahani sentiasa mendengar dan akur kepada kehendak ibunya apabila ditunangkan dengan Rahim. Oleh itu, nilai kasih sayang perlu agar diri sentiasa disayangi dan disanjungi oleh keluarga. Menghormati orang yang lebih tua. Menghormati orang yang lebih tua ialah memandang tinggi kepada mereka. Nilai hormat menghormati penting untuk menjadikan hubungan yang terjalin menjadi lebih erat. Jika nilai hormat menghormati tidak diamalkan, maka akan timbul rasa sombong dan angkuh dalam diri seseorang. Mahani sangat menghormati orang yang lebih tua. Beliau menghormati Cik Puan Tipah dan apabila bertemu dengan Cik Puan Tipah, beliau akan bersalaman dan mencium tangan Cik Puan Tipah. Oleh itu nila hormat perlu ada pada diri agar disegani oleh orang lain. Mengenang budi. Nilai mengenang budi dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Mengenang budi…Jika sikap mengenang budi tidak diamalkan, maka akan timbul rasa tidak bersyukur dan berterima kasih dalam diri. Mahani mengenang budi Sharifah Muinah yang menjaga dan mendiddiknya sejak kecil. Oleh itu,…… Berbudi Bahasa/ Bersopan. Nilai bersopan akan meningkatkan martabat insan. Bersopan penting…..Jika tidak mengamalkan sikap bersopan maka dianggap sebagi tidak beradap. Mahani bersopan sanpun terhadap orang tua. Dia bersalam dan mencium tangan Cik Puan Tipah Ketika pergi ke rumah Cik Puan Tipah. Oleh itu…… Bertimbang rasa.


69 4. Pengarang SBDKL mengungkapkan pembangunan nilai kemanusiaan dalam novelnya. Bincangkan bagaimana pembangunan nilai kemanusiaan itu dapat dilihat secara realiti dalam masyarakat Malaysia pada hari ini. PENGENALAN Definisi /konsep- Kemanusiaan – perihal/ sifat manusia / darjat/ sifat ketinggian perihal/ sifat manusia yang ada kaitan dengan pemikiran, agama, kemasyarakatan dll. -SBDKL -Berikan fakta Pemurah. Sikap pemurah dan suka menderma dapat dilihat melalui individu kini yang suka menderma dan membantu orang yang berada dalam kesusahan. Sikap pemurah sangat penting bagi setiap individu agar orang yang dibantu hidup dalam keadaan yang harmoni. Sikap pemurah jelas kelihatan pada watak En. Muhammad. Sekiranya, sikap ini tidak diamalkan maka masyarakat akan hidup dalam kemunduran. Sebagai contoh Encik Muhammad menderma dan membiayai sambutan perayaan puja umur baginda. Sifat pemurah En. Muhammad menyebabkan beliau dihormati dan disukai oleh penduduk kampung Tualang. Oleh itu, saya wajar mencontohi sifat pemurah agar menadapat ramai sahabat. Bertimbang rasa. Sikap bertimbang rasa dalam seseorang pada hari ini dapat dilihat melalui keprihatinan masyarakat membantu golongan yang ditimpa kesusahan seperti kemalangan tanpa mengira bangsa dan agama. Perasaan bertimbang rasa yang menebal mampu membentuk sahsiah yang mulia serta dipandang tinggi oleh masyarakat luar. Sikap bertimbang rasa ini penting untuk membantu antara satu sama lain. Sekiranya sikap bertimbang rasa tidak diamalkan, masyarakat akan hidup dalam keadaan berpecah belah. En. Muhammad dan isterinya bertimbang rasa dengan anak saudaranya Gayah. Mereka sedia membantu melangsungkan majlis perkahwinan Gayah dengan Sudin dirumah mereka/ bertimbang rasa terhadap kemiskinan hidup penduduk kampung Pulai dan ingin membantu mereka dengan membuka SLLT. Sikap bertimbang rasa yang ada pada En. Muhammad telah menyebabkan beliau dihormati. Sikap ini perlu dicontohi oleh saya untuk menjadi insan yang lebih baik. Hormat-menghormati / merendah diri. Hormat-menghormati merupakan tunjang utama perpaduan negara dan dapat menimbulkan rasa menghargai orang lain. Sikap hormat-menghormati perlu diamalkan dalam kehidupan supaya diri dapat hidup aman damai dengan orang lain. Sebaliknya, jika nilai ini tidak diamalkan pastinya diri seseorang tidak dapat membangun dan mencapai kejayaan. Nilai ini dapat dilihat melalui watak Datuk Tan / En. Muhammad. Datuk Tan menghormati ketokohan Encik Muhammad sebagai seorang ahli perniagaan melayu yang berjaya malah dia berpendapat Encik Muhammad lebih baik daripada sesetengah peniaga cina / En. Muhammad menghormati Lebai Maarup dengan sikapnya yang sanggup mewakafkan tanah pusaka ayahnya/ Sudin, Rahim, Mahani menghormati ibu dan ayahnya. En. Muhammad merendah diri dengan Yb Yusoff dan menerima pendapat Yb dan menyatakan penglibatannya dalam bidang perniagaan masih baru/sedikit/hutan rimba meskipun beliau lebih berpengalaman dalam bidang perniagaan. Sifat hormat menghormati yang ada pada En. Muhammad / Datuk Tan menyebabkan segala urusan perniagaan berjalan dengan lancar. Saya perlu mencontohi sikap ini agar saya juga dihormati dan dikagumi oleh orang lain. Watak / contoh Kesimpulan kecil / Kesan untuk diri dan watak Fakta Kepentingan Huraian peristiwa (ayat hurai ini satu dah memadai) Perbincangan / Ulasan


70 Penyayang/ kasih sayang. Kasih sayang merupakan nilai kemanusiaan yang patut diterapkan dalam setiap individu pada hari ini. Tanpa kasih sayang, maka hubungan seseorang itu dengan keluarga, rakan dan masyarakat akan berantakan. Nilai kasih sayang jelas kelihatan dalam diri en. Muhammad sebagai bapa kepada dua orang anaknya dan kepada Cik Puan Tipah. Contohnya, Encik Muhammad digambarkan sebagai seorang ketua keluarga yang sangat penyayang, buktinya dia sanggup melakukan apa sahaja demi memberikan kasih sayangnya, termasuk menghantar anaknya rahim belajar ke luar negara. Nilai kasih sayang yang ada pada en. Muhammad menyebabkan keluarganya menyayanginya. Oleh itu, saya juga perlu memperlu mempunyai nilai sayang agar disukai ramai. kesimpulannya en muhammad merupakan seorang individu yang memiliki nilai kemanusiaan yang tinggi dan berjaya membentuk diri menjdi insan yang unggul. Diharapkan agar setiap pelajar dapat mencontohi nilai baik yang ada pada diri en muhammad agar dapat menjamin kejayaan dan kesejahteraan hidup. LATIHAN- UNTUK SOALAN SETERUSNYA CUBA PELAJAR HIGHLIGHTKAN APA KEHEENDAK SOALAN MENGIKUT WARNA YANG TELAH DITETAPKAN KEMUDIAN LIHAT PENGENALAN DAN JAWAPAN. ADAKAH SUDAH MENEPATI KEHENDAK SOALAN ATAU TIDAK. PELAJAR BOLEH BERBINCANG DENGAN GURU PELAJAR. 5. Golongan agama dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) menunjukkan penghayatan terhadap nilai kemanusiaan yang unggul. Huraikan bagaimana keperibadian mereka dapat diterapkan dalam kehidupan anda. [25] A: Pengenalan [3] F1 Nilai kemanusiaan merujuk kepada sifat ketinggian kualiti yang berkaitan dengan sifat manusia, pemikiran agama, kemasyarakatan, dsb. Kemanusiaan pula merujuk kepada perihal/sifat manusia. F2 Nilai kemasnusiaan ialah sifat/sikap baik, pemalu, berbudi bahasa, dsb F3 Nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan manusia. F4 Amalan/pemikiran/niat baik yang dilakukan oleh seseorang watak dalam sesebuah cerita F5 Sahsiah manusia yang banyak mengandungi unsur-unsur mendidik nilai kemanusiaan yang tinggi F6 Menyenaraian isi-isi penting nilai-nilai kemanusiaan Prihatin/ambil berat. Sikap cakna kepada nasib orang lain, sentiasa peka dan membantu. Golongan agama sentiasa prihatin /ambil berat terutama hal-hal kebajikan dan dakwah supaya agama Islam tersebar luas di rantau ini. Maulana Yusof mengajar kitab Maklumat kepada Sultan Mahmud Shah dan Raja Ahmad. Syed Abdul Aziz datang dari Jeddah ke Melaka atas dasar prihatin/ambil berat terhadap penyebaran agama Islam. Saya juga harus prihatin terhadap insan sekeliling bagi membantu masalah/kemelut yang melanda masyarakat dengan mencontohi sikap golongan agama ini dari aspek prihatin/suka membantu mereka yang memerlukan.


71 Hormat kepada orang lain Sikap menghormati /penghargaan kepada orang lain merupakan nilai kemanusiaan yang dipandang mulia. Penghormatan yang terbaik wujud atas rasa ikhlas/rendah diri. Maulana Jalaludin amat menghormati Raja Kassim dan pembesar Melaka. Jadi beliau juga diberi penghormatan oleh Raja Kassim kerana sanggup membantu baginda untuk mendapatkan haknya sebagai raja Melaka. Syed Abdul Aziz dari Jeddah juga dihormati kerana mengislamkan Raja Kecil Besar (Sultan Muhammad Shah) dan orang-orang Melaka, mengajar sembahyang dsb. Saya juga harus mengamalkan sikap menghormati orang yang lebih tua, lebih ilmu, guru-guru, ibu bapa, anggota masyarakat supaya kita lebih insaf diri dan menginsafi kekurangan kita. Kasih sayang.Perasaan kasih dan sayang sesama insan/ahli keluarga/dalam kelompok masyarakat. Satu amalan mulia yang boleh mewujudkan sikap bertanggungjawab. Sifat memahami kesusahan orang lain merupakan sifat mulia. Golongan agama berdakwah dengan penuh kasih sayang dan penuh belas kasihan, datang dari negeri atas angin. Sheikh Ismail mengislamlan Perlak, Pasai, Lamiri, Samudera, berjumpa Merah Silu dan mengislamkannya. Merah Silu menukar nama kepada Sultan Malikus Salleh. Makhdum Sadar Jahan juga mengajar Quran kepada Tun Mai Ulat Bulu dengan kasih sayang walaupun dipersendakan. Saya juga wajib menyemai sifat kasih sayang dan belas kasihan dalam diri saya agar saya dapat menyayangi insan/masyarakat supaya sifat sombong tidak wujud. Bersopan/berakhlak. Budaya sopan santun telah wujud dalam masyarakat Melayu sejak zaman dahulu. Nilai kemanusiaan yang tinggi melahirkan adab sopan yang tinggi. Sekiranya golongan agama tidak menunjukkan contoh perilaku sopan, ajaran Islam sukar disebarluaskan. Kadi Yusof mengajar Sultan Mahmud kitab Maklumat dengan akhlaknya sehingga sultan datang merendah diri sebagai Fakir Mahmud.Maulana Sadar Jahan ketika dituduh tamak oleh Sri Rama yang mabuk tidak marah malah memberi jawapan secara sopan. Saya juga harus menerapkan akhlak sopan/terpuji sebagai manifestasi pelajar cemerlang dan seimbang. Bertimbang rasa.Keprihatinan terhadap nasib orang lain. Bertoleransi dengan orang lain. Sekiranya sifat ini wujud sahsiah /akhlak terpuji akan wujud. Makhdum Sadar Jahan mengajar mengaji kepada Tun Mai Ulat Bulu, dipersendakan kembali. Tun Mai Ulat Bulu menyuruh beliau menyebut beberapa perkataan Bahasa Melayu sepeti ‘kucing, kunyit, nyiru” tetapi Makdum bertimbang rasa malah tidak kecil hati. Saya juga harus membuang sikap mempersendakan orang lain terutama guru kerana mendapat keredhaan itu penting dalam menuntut ilmu. Saya mesti lebih bertimbang rasa kepada mereka yang lemah dan menghulurkan bantuan setakat mampu. Simpati. Perasaan belas kasihan/turut terkesan kepada nasib orang lain. Proses belas dan turut merasakan apa yang dialami pihak lain persahabatan, jiran tetangga atau hubungan pekerjaan. Tanpa sifat simpati kita akan menjadi insan yang keras hati. Maulana Jalaluddin bersimpati dengan nasib Raja Kassim dipinggirkan menjadi nelayan walaupun sepatutnya menjadi sultan. Saya mesti sentiasa bersimpati atas nasib orang lain supaya melahirkan perasaan bersyukur. Sikap simpati ini mesti diiringi dengan menolong mereka yang ditimpa musibah. Penutup [2] Kesimpulannya nilai kemanusiaan yang ditunjukkan oleh golongan agama mampu menjadi teladan kepada generasi muda dalam membentuk nilai diri yang seimbang agar dapat melahirkan individu yang mempunyai sajsiah terpuji. Nilai-nilai kemanusiaan yang ada pada golongan agama dapat dijadikan panduan dalam konteks membangunkan modal insan yang memiliki nilai-nilai kemanusiaan ke arah pembentukan individu yang cemerlang.


72 6. Nilai kemanusiaan merupakan suatu aspek penting untuk pembangunan insan. Bincangkan penyataan tersebut berdasarkan watak Hang Tuah dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). [25] A. Pengenalan [3] F1 Maksud nilai kemanusiaan - perihal manusia atau sifat-sifat manusia yang baik yang dapat membangunkan seseorang insan menjadi individu unggul. F2 Latar belakang Hang Tuah F3 Menyenaraikan isi-isi penting F1 Prihatin dan mengambil berat terhadap keamanan dan kesejahteraan negara H/C Nilai ini perlu ada pada setiap insan yang memiliki perjawatan seperti jawatan laksamana. Tanpa nilai ini ,seseorang insan itu tidak mampu melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Hang Tuah telah mengetuai angkatan perang untuk menumpaskan kegiatan lanun yang mengancam keselamatan Melaka. Andainya Hang Tuah bukan seorang yang mengambil berat dan prihatin, maka sudah pasti dia tidak sanggup berhadapan dengan Semerluki yang mengganas di laut Melaka, dan hal ini menyebabkan Melaka terdedah pada ancaman Semerluki. Jelaslah sikap tanggungjawab menjadikan insan itu berusaha menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin. F2 Menghormati raja H/C Menghormati raja dan taat kepada perintahnya. Menghormati raja dan taat kepadanya akan memastikan seseorang raja itu dapat memerintah tanpa sebarang ancaman. Tanpa kesetiaan rakyat akan menyebabkan seseorang pemerintah tidak dapat mentadbir negara dengan aman. Hang Tuah seorang yang setia kepada raja. Dia sanggup melaksanakan setiap perintah raja tanpa sebarang bantahan. Hal in dapat dilihat apabila dia sanggup membunuh Hang Jebat atas perintah raja walaupun dia tahu Hang Jebat menderhaka kerana membela kematiannya. Jelaslah kesetiaan kepada raja akan menjadikan seorang insan itu insan yang taat dan patuh kepada pemerintah. F3 Sanggup berkorban dan bekerjasama dalam mempertahankan raja dan Negara. H/C Sanggup berkorban ialah kesanggupan melakukan sesuatu sebagai tanda kebaktian kepada seseorang. Hang Tuah sanggup berkorban dan bekerjasama dengan Tun Perak dalam mempeertahankan negeri Melaka. Peristiwa Hang Tuah sanggup bekorban turun ke pelindungan tahi untuk menyelamatkan kuda Sultan Mansur Syah yang jatuh jelas membuktikan nilai kemanusiaan yang sanggup berkorban . Hang Tuah bekerjasama dengan Tun Perak menjaga Sultan Mahmud yang gering dan mempertahankan baginda daripada dibunuh oleh nendanya. Nilai sanggup bekorban dan bekerjasama yang ada pada Hang Tuah menyebabkan dirinya disayang oleh raja dan Hang Tuah dinaikkan pangkatnya menjadi Laksamana. Nilai sanggup berkorban amat penting dalam melahirkan insan yang berhati mulia. F4 Sayang kepada rajanya


73 7. “Ayah itu sudah boleh aku baca seperti membaca sebuah buku bergambar. Dia orang baik, warak dengan caranya sendiri. Tidak mungkin dia sedar bahawa dia sedang meruntuhkan kemanusiaan dan segala yang murni dari kemanusiaan bangsanya kerana niatnya memang baik.” (petikan halaman 212) Berdasarkan petikan di atas, (a). Encik Muhammad secara tidak sedar telah meruntuhkan kemanusiaan dalam usahanya untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Bincangkan. [15] (b). Jelaskan nilai kemanusiaan yang diungkapkan oleh Encik Muhammad telah membantunya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. [10] Soalan ceraian (a) F1 Tamak / Mementingkan keuntungan dan syarikat / materialistik H/C Mementingkan keuntungan tanpa mengambilkira soal-soal kemanusiaan menjadi amalan ahli perniagaan yang bersikap materialistik. Encik Muhammad sememangnya seorang ahli perniagaan yang tamak kerana yang dikejarnya ialah keuntungan kepada syarikatnya tanpa memikirkan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh orang lain. Pada anggapan Sudin dunia niaga Encik Muhammad seperti larva gunung berapi yang akan menghakis apa jua yang ada dihadapannya. Sepatutnya sikap tamak dalam mengejar keuntungan semata-mata tidak boleh diamalkan oleh ahli perniagaan kerana ianya akan menganiaya orang lain. F2 Mementingkan diri H/C Terdapat segelintir manusia yang sanggup meruntuhkan nilai kemanusiaan dan nilai murni dengan mengutamakan kesenangan diri daripada memikirkan penderitaan orang lain. Encik Muhammad secara halus telah tergamak mengusir keluar penduduk Kampung Pulai menerusi beberapa rancangan seperti menggula-gulakan orang kampung dengan pesta sambutan hari puja usia sultan menerusi tajaan pembiayaian perayaan tersebut. Sewajarnya Encik Muhammad memikirkan kesukaran dan kesulitan yang terpaksa ditanggung oleh penduduk Kampung Pulai bukannya mementingkan dirinya sahaja. F3 Menggunakan tipu helah untuk mencapai kejayaan H/C Kepentingan perniagaan yang mampu menjana keuntungan yang besar membuatkan seseorang ahli perniagaan yang tidak beretika sanggup meruntuhkan nilai kemanusiaan dengan sanggup melakukan penipuan demi untuk megaut untung. Encik Muhammad pada anggapan Sudin seorang yang sangat licik menipu termasuklah menerimanya sebagai suami kepada Gayah, biarpun kebaikan yang ditonjolkannya dia sebenarnya mempunyai kepentingan untuk perniagaannya. Ahli perniagaan yang beretika tidak akan menipu biarpun keuntungan yang dikejarnya.


74 F4 Bermuka-muka / hipokrit H/C Melakukan apa jua biarpun terpaksa berpura-pura berbuat baik bagi mencapai tujuan turut dilakukan oleh Encik Muhammad dalam usahanya untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Tanpa dia sedar dia sebenarnya telah meruntuhkan nilai kemanusiaan itu sendiri. Encik Muhammad sanggup bermuka-muka dengan orang-orang tua Kampung Pulai dengan berbuat baik sebagaimana yang ditunjukkannya semasa majlis perkahwinan Sudin dengan Gayah. Tujuan sebenarnya ialah untuk memperlihatkan kebaikkannya agar rancangannya untuk membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang tidak dilihat perusahaan yang akan menjahanamkan penduduk kampung. F5 Memperalatkan orang untuk kesenangan diri H/C Menggunakan orang lain bagi mencapai tujuan peribadi turut menjadi sebahagian daripada rancangan Encik Muhammad untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya, di mana tanpa dia sedari dia telah meruntuhkan nilai kemanusiaan sebenarnya. Encik Muhammad telah memperalatkan Sudin , Mahani dan abangnya sendiri semata-mata untuk mencapai hasratnya menjadi ahli perniagaan yang berjaya. F6 Tidak adil/kejam Soalan ceraian (b). F1 Merendah diri H/C En.Muhammad masih bersikap merendah diri dengan YB Muhd.Yusof dengan mengatakan penglibatannya dalam dunia perniagaan masih lagi seperti dalam hutan rimba.Menyebabkan YB Muhd.Yusof sangat menghormatinya sebagai salah seorang ahli perniagaan Melayu yang unggul. (hlm.67) F2 Prihatin/Mengambil berat H/C En.Muhammad mengambil berat soal kebajikan pekerjanya, apabila syarikatnya berjaya mendapat kontrak pembekalan lada, dia tidak lupa akan jasa para pekerjanya, dia telah mengadakan jamuan di Padock untuk menyatakan keprihatinannya kepada pekerja bawahannya.Keprihatinanya terhadap para pekerjanya menyebabkan dia sangat disenangi sebagai seorang ahli perniagaan yang mengambilberat pekerjanya. F3 Tenang dan Sabar H/C En.Muhammad tenang dan sabar dalam mengahdapi cabaran dalam menguruskan SLLT, ketenangan dan kesabarannya jelas apabila dia dapat menerima secara rasional tuduhan yang di lemparkan kepadanya oleh Pemuda berjubah dan Jamaluddin yang menuduhnya dengan pelbagai tuduhan yang menyakitkan hati. F4 Suka membantu/menolong H/C Encik Muhammad dalam usahanya untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya dia telah banyak membantu penduduk Kampung Pulai dengan membeli tanah orang kampung dengan harga yang setimpal dan membantu mereka mendapatkan tempat di Rancangan FELDA bagi merubah nasib mereka. (hlm.183)


75 8. Nilai kemanusiaan penting dalam kehidupan manusia. Berdasarkan watak Sudin dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, huraikan bagaimana nilai itu dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. A Pengenalan [3] F1 Maksud nilai kemanusiaan - perihal manusia atau sifat-sifat manusia yang baik yang dapat membangunkan seseorang insan menjadi individu yang cemerlang F2 Latar belakang watak Sudin F3 Menyenaraikan isi F1 Kasih Sayang H/C Perasaan kasih seseorang terhadap orang yang dicintai. Ayat kepentingan tiada. Sudin begitu sayang kepada Gayah sehingga sanggup mengahwini Gayah walaupun Gayah telah janda. Sebenarnya cinta Sudin kepada Gayah sudah lama berputik ketika zaman remaja tetapi disebabkan keengganan ibubapa Sudin meminang gayah menyebabkan Sudin merajuk ke Kuala Lumpur (hal 92). Oleh itu, nilai kasih sayang perlu diterapkan dalam setiap individu bagi melahirkan insan yang mengambil berat di antara satu sama lain dan akhirnya hidup bahagia. F2 Prihatin – membantu Sani mendapatkan pekerjaan F3 Menghormati ibubapa / orang yang lebih tua H/C Nilai taat/menghormati kepada ibubapa perlu ada dalam diri seseorang anak agar tidak menjadi anak derhaka. Sudin segera diam apabila ditegur oleh Imam Saad ayahnya agar mendengar dahulu perkara yang hendak diperkatakan iaitu Sudin dikatakan melarikan Gayah ke Kuala Lumpur. Imam Saad menegaskan bukan dia yang mengatakan tetapi perkara itu di dengar dari orang kampung. (hal 101 ) Sudin menghormati pendapat Pak Salim yang meminta supaya tinggal tetap bersama ibubapanya yang telah tua dan melupakan hasratnya yang ingin berhijrah ke Kuala Lumpur. (hal 93) F6 Insaf H/C Kekesalan seseorang pada kesilapannya yang lalu membolehkan seseorang itu membina kehidupan yang lebih bahagia. Sudin telah menyesali berbuatannya lima belas tahun dahulu yang berjudi, kaki botol dan suka merayau dengan berusaha memujuk ibubapanya agar tidak lagi berkecil hati dengan membuktikan keikhlasan untuk menjadi 'orang'.(hal 94) Perubahan Sudin diakui oleh Tok Empat Dahlan yang mengatakan Sudin sering menolong ayahnya dan orang kampung dan juga bersembahyang berjemaah di surau.(hal 136) F7 Bersabar H/C Nilai bersabar perlu ada dalam diri sebagai tanda penghargaan kepada Allah di atas segala perkara yang berlaku. Sudin bersabar dengan karenah Mat Akil


76 9. “Watak-watak wanita dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) ada memperlihatkan nilai kemanusiaan”. Huraikan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan insan. Pendahuluan Nilai kemanusiaan ialah nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan manusia. Baik kebebasan, kemerdekaannya, dan nama baik. Ianya juga merujuk kepada perihal manusia atau sifat-sifat manusia yang baik yang dapat membangunkan seorang insan menjadi individu yang unggul. Berikan fakta kepada soalan sekurang-kurangnya 2. Penyayang Sifat penyayang harus ada dalam diri setiap insan. Sifat ini menjadikan seseorang itu menghargai sesama insan, ibu bapa, rakan dan sebagainya. Sekiranya kita tidak mempunyai sifat penyayang dalam diri maka hidup tidak tenang. Tun Fatimah bukanlah wanita yang mementingkan harta dan kedudukan. Walaupun sudah menjadi permaisuri Sultan Mahmud Syah, beliau tetap berdukacita mengenang ayah, adik, dan ayah mertuanya. Jelaslah bahawa, setiap insan perlulah memupuk sikap penyayang dalam diri agar dapat hidup bahagia. Baik budi pekerti. Kita perlulah mempunyai sifat baik budi pekerti agar dihormati orang ramai Sekiranya kita tidak mempunyai sifat baik budi pekerti maka kita akan dipandang rendah oleh orang ramai. Tun Teja baik budi pekerti serta ramah dalam pergaulan hingga terkenal di Melaka. Jelaslah bahawa, kita mestilah mempunyai sifat baik budi pekerti agar disenangi oleh orang ramai. Sanggup berkorban. Kesanggupan seseorang insan berkorban akan menjadikan insan tersebut seseorang yang tabah apabila menghadapi ujian dalam hidup ini. Sekiranya kita tidak sanggup berkorban maka usaha yang dilakukan hanya sia-sia. Tun Kudu terpaksa berkorban apabila diceraikan oleh Sultan Muzaffar Syah demi menyelesaikan perbalahan dua pembesarnya. Jelaslah bahawa kita perlulah sanggup berkorban untuk memastikan sesuatu matlamat dapat dicapai. Pendamai. Seseorang yang berupaya menjadi pendamai antara dua orang atau pihak yang bermusuh pastinya akan dihormati dan disanjung tinggi oleh semua orang. Sekiranya kita tidak mempunyai sifat damai dalam diri maka hidup kita akan menjadi kucar-kacir. Tun Kudu berperanan sebagai sebagai tenaga penentu untuk mendamaikan pertelagahan yang wujud antara Seri Nara Diraja dengan Tun Perak. Tun Kudu bersedia untuk diceraikan oleh Sultan Muzaffar Syah dan dikahwinkan oleh Seri Nara Diraja. Jelaslah bahawa kita mestilah mempunyai sifat damai dalam diri agar hidup akan disenangi orang. Penutup Kesimpulannya, nilai kemanusiaan yang ada dalam watak-watak wanita dalam Sulalatus Salatin dapat dijadikan teladan yang mampu membentuk diri kearah kehidupan yang lebih positif. Diharapkan generasi akan datang dapat mengamalkan nilai kemanusiaan supaya melahirkan insan yang berjaya.


Click to View FlipBook Version