1 NOTA INI ADALAH HIMPUNAN NOTA DAN JAWAPAN DARI SOALAN-SOALAN NEGERI TERUTAMA NEGERI KELANTAN DAN TERENGGANU DAN NOTA SAYA SENDIRI. TQ
INI SEKADAR RAMALAN, BELUM TENTU TEPAT 2 PEMBANGUNAN MASYARAKAT
3 PEMBANGUNAN MASYARAKAT - Pembangunan bermaksud proses membina, mencapai kemajuan, perkembangan dan sebagainya. Perubahan secara berencana dan dilakukan secara berencana pula dari keadaan yang kurang baik menuju pada keadaan yang lebih baik. -Untuk meningkatkan kesejahteraan atau taraf hidup masyarakat. Masyarakat (society) merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan komuniti manusia yang tinggal bersama-sama. Boleh juga dikatakan masyarakat itu merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu TAJUK HASIL / OBJEKTIF PEMBELAJARAN SASTERA DAN PEMBANGUNAN Pembangunan Masyarakat Calon seharusnya dapat: 2.1 Pendidikan (a) menjelaskan kepentingan pendidikan dalam pembangunan masyarakat. 2.2 Sosial 2.2.1 Budaya 2.2.2 Perpaduan 2.2.3 Mobiliti 2.2.4 Susun lapis masyarakat (a) mengenal pasti dan menghubungkaitkan budaya setempat dalam kehidupan seharian; (b) mengenal pasti elemen pemantapan perpaduan masyarakat majmuk; (c) menghuraikan mobiliti sosial dalam pembangunan masyarakat; (d) menghuraikan susun lapis masyarakat dalam konteks pembangunan. 2.3 Cinta akan Alam Sekitar (a) menyatakan rasa cinta akan alam sekitar. JADI SOALAN YANG DIKEMUKAKAN ADALAH BERDASARKAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN. PELAJAR BOLEH LIHAT ANALISIS SOALAN TAHUNAN DI ATAS. SOALAN YANG SERING DIKELUARKAN ADALAH BERDASARKAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN. CONTOH AYAT YANG SERING ADA DALAM KEHENDAK SOALAN IALAH: ARAS SOALAN AYAT YANG DIPERLUKAN HURAIKAN AYAT HURAIAN – DEFINISI TENTANG FAKTA / MENGHURAIKAN FAKTA BINCANGKAN AYAT PERBINCANGAN – LAZIMNYA MENGGUNAKAN AYAT PRO KONTRA/ JIKA…… MAKA JELASKAN / ULASKAN AYAT PENJELASAN /AYAT ULASAN – MENJELASKAN SECARA TERPERINCI TENTANG FAKTA / CONTOH MENGENAL PASTI /MENGHUBUNG KAIT MENGETAHUI SEHINGGA DAPAT MENYATAKAN – JADI GUNA AYAT PENJELASAN/ULASAN MENYATAKAN RASA EKSPRESI PERASAAN – JADI MASIH MENGGUNAKAN AYAT PENJELASAN / ULASAN SENARAIKAN CUKUP SEKADAR MNYENARAIKAN FAKTA SAHAJA/ KALAU SOALAN NAK CONTOH BARU BAGI KEHENDAK SOALAN FAKTA AYAT FAKTA-MERUJUK KEPADA NILAI / CIRI YANG ADA DALAM SUKATAN KEPENTINGAN AYAT KEPENTINGAN-KENAPA FAKTA ITU PENTING DIMILIKI OLEH WATAK DAN MASYARAKAT CONTOH AYAT CONTOH-CONTOH PERISTIWA YANG BERKAITAN DENGAN TEKS/WATAK YANG DITANYA KESAN KEPADA PEMBANGUAN INSAN AYAT KESAN-AYAT YANG MENUNJUKKAN KESAN KEPADA MASYARAKAT APABILA MEMILIKI NILAI TERSEBUT. BERI KESAN YANG POSITIF
4 DEFINISI / KONSEP PENDIDIKAN: Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, pendidikan bermaksud perihal atau perbuatan mendidik. Manakala berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat, pendidikan diertikan sebagai pertama perihal mendidik, kedua; ilmu pendidikan dimaksudkan sebagai ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan mendidik dan yang ketiga; diertikan sebagai didikan, latihan, ajaran. Maka bolehlah dikatakan disini bahawa pendidikan adalah pengajaran dan ianya termasuklah semua perkara atau perihal yang berkaitan mendidik atau mengajar. TEGAS DI SINI PENDIDIKAN BERLAKU APABILA ILMU YANG PENDIDIK/TOK GURU BERI DI TERIMA OLEH ANAK MURID (ADA TOK GURU, ILMU DAN ANAK MURID). JIKA DILIHAT PADA OBJEKTIF PEMBELAJARAN, SOALAN YANG AKAN DIKEMUKAKAN LEBIH KEPADA MENJELASKAN KEPENTINGAN PENDIDIKAN. KALAU TAK JADI FAKTA PUN AYAT KEPENTINGAN WAJIB ADA DALAM JAWAPAN PELAJAR. UNTUK KALI INI AYAT KEPENTINGAN DAN AYAT KESAN WAJIB UNTUK MASYARAKAT. SEBAB SEKARANG NI PELAJAR SEDANG MENGUASAI TEKNIK MENJAWAB PEMBANGUNAN MASYARAKAT. Contoh menjawab Pendidikan membentuk sahsiah dan akhlak masyarakat. Melalui bidang pendidikan, khususnya pendidikan agama Islam dapat membentuk hati setiap anggota masyarakat melalui tuntutan bersolat, puasa, mengeluarkan zakat / sedekah, membaca al-Quran, bersabar. bertolak ansur dan sebagainya. Anggota masyarakat yang mempunyai asas pendidikan agama yang kukuh sesekali tidak akan melakukan perkara yang mungkar. Kurangnya pendidikan agama akan mendorong anggota masyarakat untuk melakukan kemungkaran dan kejahatan seperti berdendam, yang akhirnya mengundang keporakperandaan dalam masyarakat. Misalnya, keluarga Iman Saad dengan keluarga arwah Yaacob, ayah kepada Gayah pernah berdendam kerana tanah. Pendidikan agama yang diterima oleh imam Saad daripada Tok Guru Haji Ismail telah menjadikannya seorang yang sedar tentang kedudukan perkara yang sebenar. Akhirnya beliau bersetuju dan bertolak ansur untuk Sudin berkahwin dengan Gayah. Apabila Sudin dan Gayah berkahwin maka hubungan kekeluargaan daripada keduanya dapat dieratkan. Jika Imam Saad dan kaum keluarganya tidak memiliki ilmu agama sudah pasti kedua belah keluarga masih bermusuhan dan tidak merestui perkahwinan ini. Jelaslah disini, pendidikan agama dapat menanam nilai-nilai murni pada penduduk kampung dan mengawal tingkah laku mereka. Fakta Kepentingan Watak/contoh Kesimpulan kecil /Kesan untuk masyarakat Huraian Ulasan / Perbincangan PEMBANGUNAN MASYARAKAT : PENDIDIKAN
5 1. Pendidikan (SS): Pendidikan berlaku apabila guru mendidik / menurunkan ilmunya kepada murid PELAJAR BOLEH MENYESUAIKAN AYAT FAKTA, AYAT KEPENTINGAN, AYAT CONTOH (KENA TAMBAH PERISTIWA) DAN AYAT KESAN. PELAJAR BOLEH GUNA AYAT KEPENTINGAN DAN KESAN YANG LAIN YANG LEBIH SESUAI. INI SEKADAR CONTOH. YANG PENTING PELAJAR PERLU TAHU AYAT KEPENTINGAN ADALAH BERDASARKAN KENAPA FAKTA /NILAI/CIRI PERLU ADA KEPADA MASYARAKAT AYAT KESAN ADALAH APA YANG AKAN TERJADI KEPADA MASYARAKAT SETELAH MASYARAKAT MEMILIKI FAKTA/ NILAI/ CIR TERSEBUT. Pendidikan Kepentingan Watak dan Peristiwa Kesan Pada Masyarakat Teks / Kini Pendidikan Agama Menyebarkan Agama Membentuk perpaduan Meningkatkan taraf hidup Membentuk masyarakat yang berakhlak mulia. Melahirkan masyarakat yang berpelajaran tinggi. Membangun masyarakat dari sudut ekonomi. Masyarakat yang berilmu Membina modal insan yang seimbang. Pengislaman Sultan-sultan Maulana Abu Bakar – / menjadi seorang yang Amanah dan bertanggungjawab. Beliau memegang Amanah tok gurunya untuk menyebarkan agama Islam dan mengislamkan Sultan Mansur Syah Makhdum Syed Abdul Aziz – Sultan Muzaffar Syah Maulana Yusof – Sultan Mahmud Syah Makhdum Sadar Jahan – Sultan Mahmud Kadi Yusof- Sultan Mansur Syah Masyarakat dapat menjana ekonomi /mengubah nasib mereka Masyarakat Melayu dipandang tinggi dan dihormati Masyarakat dapat hidup dalam aman dan tenteram Masyarakat dapat membantu ekonomi negara Masyarakat dapat merebut peluang pekerjaan Masyarakat yang disayangi / disanjungi kerana memiliki sifat2 yang baik Masyarakat dapat memajukan diri dalam bidang yang diceburi Pendidikan Ilmu Tassawuf / KItab Duri Mazlum Maulana Abu Bakar (Tok guru Maulana Abu Ishak) – S.Mansur Syah /bertanyakan isi syurga dan neraka Maulana Abu Bakar-Bawa kitab Duri Mazlum dan menyebarkan agama islam di Melaka Pendidikan Membaca / mengaji Kitab Maarifat Maulana Yusuf – sebar agama / ajar mengaji Maulana Yusof – Sultan Mahmud Syah - pertanyaan tentang rezeki Pendidikan dalam membaca/ mengaji Kitab Al-Quran Maulana Yusof – Sultan Mahmud Syah-sanggup merendah diri untuk menuntut ilmu Makhdum Sadar Jahan – Sultan Mahmud / Tun Mai Ulat Bulu Kadi Yusof- Sultan Mansur Syah Pendidikan Asas Solat Makhdum Abdul Aziz – Raja Kecil Besar dan pembesar Pendidikan Ilmu Binatang/ Gajah Maharaja Dewa Sura – Seri Wak Raja
6 Pendidikan – orang yang bersekolah/memiliki ijazah / diploma / ilmu agama diutamakan dan kesannya untuk masyarakat Pendidikan SBDKL Kepentingan Watak dan Peristiwa Kesan Pada Masyarakat Kesan Pada Masyarakat Kini Pendidikan dalam bidang perdagangan / perniagaan / ekonomi Meningkatkan ilmu pengurusan / perniagaan/ perdagangan / agama dalam masyarakat Meningkatkan jati diri / sahsiah diri Membuka peluang pekerjaan Penyuluh hidup Menjadikan masyarakat lebih bertanggungjawab dan dapat menjalankan tugas dengan lebih baik Menjadikan masyarakat lebih bertakwa dan beriman Melahirkan masyarakat yang bermoral En. Muhammad – Ijazah ekonomi dari England. Diberi kepercayaan oleh Dato’ Tan untuk urus Syarikat Dagang Enterprise. Bijak mengurus hingga Berjaya mendapat tender lada hitam. Kontrak eksport membekalkan lada hitam kepada syarikat Franfurt dari Jerman iaitu sebanyak 800-1000 tan melibatkan 3 hingga 4 juta selama 7 tahun. Buka Syarikat Lombong Lembah Tualang, usaha sama restoren makanan, cadang namembuka pusat rekreasi dan perhotelan di Jeram Medang.Menbantu isterinya membuka lading orkid di Jeram Medang Mengangkat martabat masyarakat setempat dengan membuka peluang pekerjaan Merubah cara hidup masyarakat dan Berjaya dalam hidup kejayaan dapat dimiliki Menjana sumber pendapatan keluarga memupuk keyakinan di dalam urusan seharian menabur bakti kepada negara Pendidikan dalam bidang agama Imam Saad ( Tok Guru – Haji Ismail)- sebar agama / ajar mengaji / imam Lebai Maarup – sebar agama / ajar mengaji / ajak solat berjemaah/ membantah pembinaan hotel bagi mengelak kemungkaran wakaf tanah untuk kegunaan aktiviti agama / sabar dan pemaaf dengan sikap Mat Akil Lebai Maarup amat mementingkan pendidikan keagamaan. Beliau berdakwah kepada golongan muda dan masyarakat kampung supaya mendekati tuhan mematuhi ajaran agama dan mula menunaikan solat berjemaah di surau. termasuklah sudin dan kemat jerangkung. Lebai Maarup mampu mengajar mengaji anakanak muda di kampung pulai sebanyak 2 kali seminggu di balai raya khas. Pendidikan dalam bidang kesetiausahaan Sharifah Mahani- diploma kesetiausahaan. Menjadi setiausaha En. Muhammad di Syarikat Dagang Enterprise. Bijak mengurus segala urusan/ projek tender lada hitam, surat menyurat dan temu janji En. Muhammad. Melaksanakan tuga dengan penuh dedikasi. Pendidikan dalam bidang kejuruteraan / pengurusan dagang Robert anak kepada Datuk Tan – ijazah kejuruteraan Rahim anak kepada En. Muhammad- ijazah pengurusan dagang ijazah kejuruteraan di London - menjadi pengurus Syarikat Lombong Lembah Tualang / jurutera di SLLT.
7 SOALAN BERKEHENDAKAN KEPENTINGAN PENDIDIKAN DAN KESAN YANG KENA KAIT DENGAN KATA KUNCI MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG BERPENGETAHUAN DAN BERAKHLAK MULIA Kehendak soalan 1. Fakta – Kepentingan Pendidikan dalam melahirkan maysarakat berpengetahuan dan berakhlak (Ayat keepentingan dijadikan ayat fakta) 2. Jelaskan – menjelaskan/menghuraikan fakta secara terperinci (mengapa dan bagaimana) 3. Contoh peristiwa dalam SBDKL 4. Kesan- apa yang berlaku kepada masyarakat Ayat huraian dan ayat perbandingan boleh dimasukkan jika mahu. Kadang2 ayat-ayat ini akan membantu melengkapkan penjelasan Pengenalan 1. Pendidikan -satu usaha yang berterusan untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan masyarakat yang seimbang darri segi JERI. Sekaligus dapat memberi jaminan yang berterusan dalam meningkatkan kepercayaan dan kepatuan kepada Tuhan. Berpengetahuan – memiliki ilmu / berakhlak – berkait dengan budi pekerti / tingkah laku dan tabiat 2. Tema SBDKL 3. 2 fakta atau lebih. Isi-isi penting Pertama, melahirkan masyarakat yang kurang berkemahiran menjadi lebih mahir/berilmu/cekap. Masyarakat yang memiliki ilmu dalam pelbagai bidang akan menjadikan mereka lebih cekap dan mahir dalam menjalankan tugas. Sebagai contoh, Mahani yang menyambung pengajiannya dalam bidang kesetiausahan. Setelah memiliki diploma kesetiausahaan, beliau menjadi mahir dalam bidang kesetiausahaan dan telah mendapat pekerjaan di Syarikat Dagng Interprise iaitu syarikat En. Muhammad. Setelah Mahani memiliki ilmu kesetiausahaan, Mahani menjadi lebih mahir dan cekap dalam bidang tersebut sehingga beliau dipuji oleh En. Muhammad. Kemahiran Mahani dalam menyediakan suratmenyurat dan lain-lain telah membantu En. Muhammad mendapatkan kontrak Lada Hitam dengan Jerman. Oleh itu, jelaslah disini bahawa pendidikan dapat membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat dan menjadikan masyarakat tersebut lebih cekap dan proaktif dalam bidang yang diceburinya. 1. Jelaskan kepentingan pendidikan dalam melahirkan masyarakat yang berpengetahuan dan berakhlak mulia seperti yang tergambar dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. [25] Fakta yang berkait dengan masyarakat yang berpengetahuan
8 Mewujudkan masyarakat / kaum yang memiliki adab dan bersopan santun. Meskipun kehidupan masyarakat Melayu semakin moden, hebat dan maju, masyarakat tidak boleh melupakan adab dan budi bahasa. Masyarakat dididik oleh ibu bapa dan guru agar bersopan santun dan menjaga adab tatasusila. Contohnya, Mahani memiliki nilai sopan santun yang tinggi. Hasil didikan ibu dan ayahnya, Mahani disayangi oleh semua orangdan sentiasa bersopan santun. Antara adap dan niali sopan yang ada pada Mahani ialah menghormati orang tua. Hal ini dapat dilihat apabila dia berada di rumah Cik Puan Tipah. Dia menghulurkan salam dan mencium tangan Cik Puan Tipah. Oleh itu jelaslah bahawa pendidikan menjadikan masyarakat bersopan santun dan masyarakat disanjungi dan dihormati oleh kaum lain kerana nilai adap dan sopan yang mereka miliki. Mampu melahirkan masyarakat yang berwawasan/ berpandangan luas. Pendidikan mampu melahirkan masyarakat yang dapat memberi pandangan yang bernas, berwawasan dan berpandangan luas dalam pelbagai bidang yang mereka ceburi. Berwawasan dan berpandangan luas yang dimiliki oleh masyarakat akan menjadikan mereka berjaya memperluaskan perniagaan syarikat dan mengharumkan nama mereka di persada dunia. Contoh En. Muhammad Berjaya meluaskan empayar perniagaannya hingga ke luar negara dengan memperoleh tender mengeksport lada hitam ke Jerman dan Berjaya membuka semula Syarikat Lombong yang menjadi legasi keluarganya. Kesannya, perniagaan semakin berkembang maju dan memberi keuntungan kepada anggota masyarakat. Masyarakat juga dapa meningkatkan taraf ekonomi mereka. Contoh lain Yb Yusoff – beri pandangan /berwawasan dalam bidang perniagaan / politik. Berpakat dengan En. Muhammad. Dapat melahirkan masyarakat yang patuh kepada agama dan beriman. Pendidikan dapat melahirkan masyarakat yang patuh dalam menjalankan suruhan Tuhan seperti solat berjemaah, mengaji al-quran dan mendalami ilmu agama. Keimanan yang dimiliki oleh masyarakat dapat dilihat menerusi perbuatannya. Contoh, Lebai Maarup dan Imam Saad. Lebai Maarup amat mementingkan ilmu keagamaan. Beliau berdakwah kepada golongan muda dan masyarakat kampung supaya mendekati tuhan mematuhi ajaran agama dan mula menunaikan solat berjemaah di surau. termasuklah sudin dan kemat jerangkung. Lebai Maarup mampu mengajar mengaji anak-anak muda di kampung pulai sebanyak 2 kali seminggu di balai raya khas. Kesannya masyarakat Kampung Pulai menjadi semakin terpuji akhlaknya dan patuh dalam mengamalkan perintah agama. Fakta yang berkait dengan masyarakat yang berpengetahuan Fakta yang berkait dengan masyarakat yang berakhlak mulia Fakta yang berkait dengan masyarakat yang berakhlak mulia. Ayat fakta/kesan tidak boleh ulang ayat dalam soalan (berakhlak mulia). Cari yang ada kaitan dengannya.
9 Melahirkan masyarakat yang memiliki jati diri yang teguh. Pendidikan yang diajar di rumah dan di sekolah mampu membentuk jati diri/ akhlak yang teguh. Masyarakat yang memiliki jati diri dan akhlak yang baik dapat mempersatukan sikap, semangat, dan keistimewaan yang ada pada mereka untuk mencapai tujuan dan matlamat dalam hidup mereka. Pendidikan dalam membantuk Jati diri dan akhlak yang utuh menjadi salah satu pengikat jiwa dan penggerak semangat bagi memperoleh kejayaan. Contoh dapat dilihat pada En. Muhammad / Rahim. En. Muhammad menghormati orang yang lebih tua. Hal ini dapat dilihat ketika majlis memfaraid harta. En. Muhammad menegur sikap segelintir sanak saudara yang tidak menghormati Penghulu Mahmud Ketika beliau sedang bercakap. Keteguhan akhlak dan jati diri yang dimiliki oleh masyarakat menjadikan mereka menghormati di antara satu sama lain. Memantapkan sosioekonomi masyarakat/ meningkatkan taraf hidup. Pendidikan mampu menjadi asas bagi masyarakat membina kerjaya dan berupaya memantapkan sosioekonomi mereka. Contoh En. Muhammad yang memiliki ijazah ekonomi telah dilantik dan diberi kepercayaan oleh Datuk Tan menjadi pengarah Syarikat Dagang Interprise iaitu anak syarikat Datuk Tan. Kehidupan En. Muhammad berubah dari kerani menjadi pengarah syarikat dan beliau mampu membeli bangle dua tingkat untuk keselesaan isteri dan anak-anaknya. Beliau juga mampu menghantar anaknya ke luar Negara untuk belajar. Mewujudkan perpaduan dalam masyarakat / kaum. Pendidikan di sekolah boleh menjadi asas dalam mepupuk nilai perpaduan dalam masyarakat majmuk. Rahim, Robert dan Mahani menjadi sahabat baik sejak dibangku sekiolah lagi. Melahirkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu. Fakta yang tidak berkait dengan masyarakat yang berakhlak mulia dan berpengetahuan. Jadi tidak diterima. Kedua-dua fakta ini diterima kalau soalan nak Pendidikan penting untuk pembangunnan masyarakat Fakta yang berkait dengan masyarakat yang berakhlak mulia
10 A. Pengenalan [3] 1 Pendidikan bermaksud perihal mendidik, ilmu didik, didikan, latihan dan ajaran. 2 Latar belakang watak En. Muhammad. Memiliki ijazah dalam bidang ekonomi. 3 Isi-isi penting / Fakta – 2 atau lebih Kehendak Soalan 1. Fakta – Kepentingan Pendidikan dalam pembanguan masyarakat (ayat kepentingan sudah jadi ayat fakta) 2. Ayat penjelasan – huraian secara terperinci tentang fakta / contoh 3. Contoh peristiwa- En. Muhammad dalam SBDKL 4. Kesan apabila masyarakat ada Pendidikan terseebut Ayat huraian dan ayat perbandingan boleh dimasukkan jika mahu. Kadang2 ayat-ayat ini akan membantu melengkapkan penjelasan Pendidikan dapat melahirkan masyarakat berpendidikan tinggi/berilmu. Pendidikan dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk melanjutkan pelajaran keperingkat tinggi di dalam dan di luar negara. Contoh En Muhammad belajar di MCKK dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke luar negara hingga memperoleh ijazah jurusan ekonomi. En. Muhammad mampu membuka syarikat korporat dan membentuk komuniti korporat yang Berjaya dengan pendidikan dalam jurusan ekonomi yang dimilikinya. Oleh itu, masyarakat harus mengambil peluang pendidikan yang diberi oleh kerajaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi agar dapat meningkatkan ilmu pengetahuan yang mampu membawa kejayaan dalam hidup. Pendidikan dapat memberi pengalaman dan kejayaan dalam bidang perniagaan. Memalui Pendidikan yang diperoleh, masyarakat akan menjadi lebih berani meneroka dalam pelbagai bidang, terutama menceburi dunia perniagaan. Maysarakat akan meraih kejayaan dan keuntungan dalam bidang perniagaan dengan ilmu yang mereka miliki. Contohnya pendidikan tinggi En. Muhammad meletakkan diri En. Muhammad sebagai seorang saudagar Melayu yang berjaya setanding dengan saudagar-saudagar lain. Perniagaan import eksport lada mampu menembusi pasaran ke Eropah, iaitu Jerman. Justeru itu, masyarakat harus berpendidikan jika ingin berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan meningkatkan taraf hidup. 2. Pendidikan penting dalam pembangunan masyarakat. Berdasarkan watak Encik Muhammad dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur , jelaskan pernyataan tersebut. [25] SOALAN BERKEHENDAKAN FAKTA KEPENTINGAN PENDIDIKAN DAN KESAN YANG BERKAIT DENGAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT SECARA UMUM. JADI SEMUA AYAT FAKTA DAN KESAN DITERIMA.
11 Pendidikan dapat membuka minda dan mematangkan fikiran/ berfikuran bernas, berwawasan. Kematangan dan berwawasan dalam mengurus perniagaan dapat menigkatkan produktiviti perniagaan. Hal ini dapat dilihat menerusi watak En. Muhammad yang memiliki nilai berwawasan dan matang fikiran dalam menguru Syarikat Serba Dagang. En. Muhammad dapat mencari jalan untuk memenuhi permintaan syarikat dari Jerman yang memerlukan lada hitam sebanyak 800– 1000 tan dalam masa 7 tahun. Usaha ini mendorong masyarakat meneroka bidang pertanian secara besar-besaran. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa pendidikan dapat melahirkan masyarakat yang mampu berfikir meneroka dan menyelesaikan masalah dengan cara yang bijak. Pendidikan dapat mengawal tingkah laku/melahirkan masyarakat yang bersahsiah tinggi. Pendidikan dapat mendidik masyarakat menjadi anggota yang sabar, tenang dan tidak mengikut emosi apabila berhadapan dengan apa jua situasi. Semasa berhadapan dengan pelbagai tuduhan dari pemuda berjubah dan Jamaludin dalam majlis pelancaran Syarikat Lombong Lembah Tualang, En. Muhamaad mampu mengawal tingkah lakunya daripada bertindak kasar yang boleh menimbulkan suasana tidak harmonis dalam masyarakat. Oleh itu, Pendidikan yang diperoleh menjadikan masyarakat dapat meningkatkan nilai sabar, dihormati dan dikagumi oleh masyarakat lain. Pelajar boleh masukkan ayat huraian dan ayat ulasan/ banding jika mahu. Ayat-ayat ini kadang kala membantu meleengkapkan penjelasan fakta. Contoh Pendidikan dapat membangunkan sosioekonomi masyarakat. Pendidikan dapat mendorong masyarakat memajukan diri dengan menceburi bidang perniagaan, perlombongan dan seterusnya membangunkan ekonomi negara. (Ayat huraian ini dapat membantu pelajar kerana ayat ini boleh dijadikan ayat penjelasan). Contoh, penglibatan En. Muhammad dalam dunia perniagaan import eksport lada hitam di bawah syarikat Firma Serba Dagang Internasional dapat memberi peluang pekerjaan dan membangunkan ekonomi negara. Kesungguhan En. Muhammad dalam mengurus syarikatnya serba sedikit dapat meningkatkan taraf kehidupan masyarakat setempat. (Ayat Ulasan/Penjelasan) Jika En. Muhammad tidak melaksanakan pengurusan syarikatnya dengan baik, makasudah tentu masyarakat setempat tidak mempunyai pekerjaan. (Ayat Perbandingan) Oleh itu, Pendidikan perlu untuk meningkatkan taraf hidup dan menjana pendapatan masyarakat setempat agar masyarakat dapat hidup bahagian. Markah hanya akan diberi ikut kehendak soalan iaitu untuk ayat fakta, ayat penjelasan, ayat contoh peristiwa dan ayat kesan. Namun ayat huraian / ulasan dan banding menjadi pelengkap kepada ayat penjelasan dan ini menjadikan isi ini memperoleh markah penuh.
12 DI ATAS SOALAN YANG SAMA NAMUN TEKS BERBEZA. JADI FAKTA, AYAT PENJELASAN DAN AYAT KESAN MASIH SAMA. CUMA YANG BERBEZA ADALAH CONTOH PERISTIWA. Pengenalan 1. Definisi Pendidikan 2. Definisi berakhlak mulia. 3. 2 atau lebih fakta. Kehendak Soalan 1. Fakta – Pendidikan dapat membentu masyarakat (fakta perlu kait dengan akhlak mulia) 2. Ayat penjelasan – huraian secara terperinci tentang fakta / contoh 3. Contoh peristiwa ( soalan 1 berkait dengan SBDKL, manakala soalan 2 berkait dengan SS) 4. Kesan apabila masyarakat ada Pendidikan terseebut Ayat huraian, ayat kepentingan dan ayat perbandingan boleh dimasukkan jika mahu. Kadang2 ayat-ayat ini akan membantu melengkapkan penjelasan ISI / FAKTA Melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan. Pendidikan dalam pelbagai bidang dapat melahirkan masyarakat yang berilmu dan arif dalam bidang yang diceburinya. Pendidkan agama contohnya dapat melahirkan masyarakat yang beriman dan memiliki sifat-sifat yang mazmunah. Manakala Pendidikan dalam bidang ekonomi dan jurusan dagang dapat menjadikan masyarakat mampu mengurus syarikat dalam bidang perniagaan. Contoh dilihat pada watak En. Muhammad yang dapat meneroka bidang perniagaan dan berjaya mendapat tender lada hitam dengan Jerman. Beliau juga berjaya membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang. Jika masyarakat tidak berpendidkan nescaya mereka tidak dapat mengubah cara hidup mereka menjadi lebih baik seperti yang berlaku kepada En. Muhammad (AYAT PERBANDINGAN boleh digunakan untuk memantapkan huraian. Kalau tak letak pun tak apa kerana tiada dalam kehendak soalan). Kesannya, masyarakat yang berilmu dapat memperoleh pekerjaan yang lebih baik dan cemerlang dalam hidup. Oleh itu, pendidikan sememangnya penting untuk melahirkan masyarakat yang memiliki ilmu dan arif dalam bidang tertentu. 3. “Pendidikan dapat membentuk akhlak mulia.” Berdasarkan SBDKL jelaskan pernyataan tersebut. {25} “Pendidikan dapat membentuk akhlak mulia.” Jelaskan pernyataan tersebut berdasarkan teks Sulalatus Salatin. {25J SOALAN BERKEHENDAKAN PENDIDIKAN DALAM MEMBENTUK AKHLAK DAN KESAN YANG KENA KAIT DENGAN KATA KUNCI MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG BERAKHLAK MULIA
13 CONTOH JAWAPAN UNTUK SOALAN 2 MENGGUNAKAN FAKTA YANG SAMA UNTUK SOALAN 1 Melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan. Pendidikan dalam pelbagai bidang dapat melahirkan masyarakat yang berilmu dan arif dalam bidang yang diceburinya. Pendidkan agama contohnya dapat melahirkan masyarakat yang beriman dan memiliki sifat-sifat yang mazmunah. Manakala Pendidikan dalam bidang perdagangan dapat menjadikan masyarakat mampu berdagang dan membuat urusan jual beli. Contoh dapat dilihat pada Maulana Abu Bakar. Maulana Abu Bakar telah menuntut ilmu agama dengan Maulana Abu Ishak. Kemudian beliau telah berlayar ke Melaka untuk menyebarkan agama Islam. Beliau telah mengislamkan Sultan Mansur Syah dan seluruh rakyat Melaka. Dengan ini masyarakat Melaka telah memiliki ilmu pengetahuan tentang agama dan berjaya meningkatkan nilai keimanan dalam diri mereka. Jika masyarakat tidak memiliki Pendidikan agama nescaya mereka tidak dapat mengubah cara hidup mereka menjadi lebih baik dan meningkatkan keimanan dalam diri mereka. Kesannya, masyarakat yang berilmu dapat membentuk sahsiah yang baik dan cemerlang dalam hidup. Oleh itu, pendidikan sememangnya penting untuk melahirkan masyarakat yang memiliki ilmu dan arif dalam bidang tertentu. RUJUK NOTA M/S 5 KALAU UNTUK MENJAWAB SOALAN YANG BERKAITAN DENGAN SS Melahirkan masyarakat yang beriman. Pendidikan agama dapat membentuk masyarakat yang teguh hati, teguh iman, berkeyakinan dan kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Masyarakat yang beriman akan melaksanakan semua perintah Tuhan seperti solat, mengaji Al-Quran dan meninggalkan segala larangan Nya. Hal ini dapat dilihat menerusi watak Lebai Maarup yang teguh imannya. Beliau telah mengajak masyarakat Kampung Pulai untuk solat Jemaah, belajar mengaji Al-Quran dan menentang pembinaan hotel di kampung tersebut kerana akan membawa maksiat. Keteguhan iman yang ada padanya juga menjadi dia seorang yang tabah dan sabar dalam menempuh dugaan dalam menyebarkan agama Islam. Masyarakat juga akan menjadi lebih baik dari segi rohani dan jasmani jika mereka beriman. Oleh itu, pendidikan mampu melahirkan masyarakan yang beriman dan beramal soleh. Melahirkan masyarakat berbudi Bahasa/ bersopan santun. Pendidikan dalam bidang-bidang tertentu seperti Pendidikan dalam bidang kesetiausahaan/agama mampu membentuk msayarakat yang memiliki budi Bahasa dan sahsiah yang terpuji. Hal ini kerana menerusi Pendidikan kesetiausahaan, masyarakat diajar cara-cara menyantuni pelanggan dan melakukan kerja-kerja pengkeranian dengan berhemah dan berdedikasi. Contoh dapat dilihat pada watak Mahani. Mahani cekap melaksanakan tugasnya dan Mahani disukai oleh semua orang kerana sikapnya yang lemah lembut dan berbudi Bahasa. Sikap berbudi bahasa dapat dilihat kitika Mahani berkunjung ke rumah Cik Puan Tipah. Mahani bersalaman dan mencium tangan Cik Puan Tipah. Jelaslah di sini bahawa Pendidikan mampu membentuk sifat-sifat yang terpuji seperti bersopan santun dan menghormati orang tua dalam diri masyarakat agar masyarakat dipandang tinggi oleh orang lain.
14 FAKTA SETERUSNYA TIDAK LENGKAP. PELAJAR BOLEH CUBA UNTUK MEMBINA AYAT MENGGUNAKAN PETA ALIR UNTUK MELENGKAPKAN AYAT FAKTA. Melahirkan masyarakat yang pemurah Lebai Maarup – dengan memiliki Pendidikan agama, beliau menjadi seorang yang amanah dan bertanggungjawab dalam mewakafkan tanah pusaka ayahnya untuk tujuan kebajikan. Beliau tidak mahu menerima wang. En. Muhammad – dengan memiliki Pendidikan dalam bidang perdagangan menjadikan beliau seorang yang berjaya, kaya dan pemurah. Beliau dengan murah hati telah berkongsi kekayaannya dengan memberikan RM 10,000.00 kepada penduduk Kampung Pulai sempena menyambut Hari Keputeraan Duli Yang Amat Mulia / Hari Puja Umur Baginda. Melahirkan masyarakat yang Amanah / Bertanggungjawab Lebai Maarup – dengan memiliki Pendidikan agama, beliau menjadi seorang yang amanah dan bertanggungjawab dalam mewakafkan tanah pusaka ayahnya untuk tujuan kebajikan. Beliau tidak mahu menerima wang. Melahirkan masyarakat yang matang/ berfikiran terbuka Melahirkan masyarakat yang penyayang Melahirkan masyarakat yang pemaaf Melahirkan masyarakat yang prihatin Melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab/ Amanah Melahirkan masyarakat yang jujur Melahirkan masyarakat yang berkemahiran Melahirkan masyarakat yang Berjaya meningkatkan ekonomi Fakta di bawah tidak berkait dengan masyarakat yang berkhlak mulia Jadi tidak diterima.
15 LATIHAN- UNTUK SOALAN SETERUSNYA CUBA PELAJAR HIGHLIGHTKAN APA KEHEENDAK SOALAN MENGIKUT WARNA YANG TELAH DITETAPKAN. KEMUDIAN LIHAT PENGENALAN DAN JAWAPAN. ADAKAH SUDAH MENEPATI KEHENDAK SOALAN ATAU TIDAK. PELAJAR BOLEH BERBINCANG DENGAN GURU PELAJAR. SOALAN PECAHAN TIDAK MEMERLUKAN PENDAHULUAN (TIADA MARKAH UNTUK PENDAHULUAN). CUKUP SEKADAR SAYU AYAT SEBAGAI PERMULAAN JAWABAN Kehendak soalan Fakta – peranan istana sebagai institusi Pendidikan Ayat kepentingan – Kepentingan istana sebagai pusat ilmu Huraian- hurai tentang fakta (mengapa dan bagaimana) Contoh peristiwa – kaitkan dengan watak dan peristiwa Zaman Kesultanan Meayu Melaka dalam SS Kesan – Apa berlaku kepada masyarakat setelah istana menjadi institusi Pendidikan Peranan istana pada zaman tersebut adalah seperti berikut Istana sebagai pusat pengajian ilmu. Istana merupakan pusat pengajaran Islam di mana sultan dan pembesar turut belajar dan menuntut ilmu. Ulama-ulama, guru-guru agama dan pendakwah berkumpul di istana. Peranan istana sebagai pusat pengajian ilmu penting untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan berkemahiran. Contohnya Maulana Sadar Jahan dari Jeddah mengajar di Melaka. Kitab-kitab agama seperti Kitab Darul Mazlum dibawa ke Melaka oleh Maulana Abu Bakar dan diajar di istana Melaka. Sultan Mansur Syah turut belajar kitab itu. Kesannya masyarakat Melayu Melaka dapat menjalankan perintah Tuhan seperti solat dan membaca Al-quran etelah memilki ilmu agama. Istana berperanan sebagai tempat menyelesaikan masalah berkaitan pentadbiran, perdagangan dan agama. Sebagai sebuah institusi pendidikan, istana memainkan peranan dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan pendidikan terutama pendidikan agama. Pihak istana akan bertindak menghantar utusan ke Pasai jika terdapat sebarang masalah berkaitan agama kerana di Pasai terdapat ramai ulama. Peranan istana sebagai tempat menyelesaikan masalah penting untuk memberikan pendedahan tentang sesuatu perkara aga masyarakat lebih memahami dan berpengetahuan. Sultan Mansur Syah turut mengambil inisiatif menghantar kitab Duril Mazlum ke Pasai untuk diterjemahkan bagi memudahkan proses pengajian. Kesannya masyarakat dapat mengetahui dengan jelas tentang isi syurga dan neraka dan ini menyebabkan masyarakat lebih memahami dan dapat meningkatkan nilai keimanan dalam diri mereka. 4. Istana memainkan peranan penting sebagai institutsi pendidikan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Berdasarkan pernyataan di atas; (a). Huraikan peranan istana sebagai institutsi pendidikan pada zaman tersebut [12]
16 Istana menjadi tempat raja, pembesar / anak-anak orang besar menuntut ilmu. Para pembesar dan juga anak-anak pembesar negeri digalakkan untuk menuntut ilmu di istana. Istana dikatakan sebagai sumber khazanah ilmu dan semua keluarga diraja, pembesar dan anak-anak pembesar perlu mendalami ilmu agar tidak ketinggalan. Hal ini penting kerana ketinggian ilmu yang ada menunjukkan kebolehan dan kehebatan masyarakat pada masa itu. Pada zaman Sultan Mansur Syah. para pembesar diarahkan belajar kitab Darul Mazlum daripada Maulana Abu Bakar. Kesannya keluarga Diraja, pembesar dan anak-anak pembesar dipandang tinggi dan dihormati oleh masyarakat pada zaman itu. Istana sebagai tempat melantik / mengiktiraf golongan agama dalam pentadbiran. Golongan agama diiktiraf dan dilantik menjadi penasihat agama dalam pentadbiran. Pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah, malah beliau mementingkan pendidikan agama dalam pemerintahannya malah mengiktiraf Maulana Abu Bakar sebagai guru agama. Istana tempat melahirkan Sultan dan pembesar yang menjadi contoh / teladan. Sultan turut menjadi contoh / teladan dalam perkembangan pendidikan di istana. Sultan Mansur Syah mementingkan pendidikan dengan belajar ilmu tasauf daripada Maulana Abu Bakar bagi memberi contoh teladan kepada rakyat jelata tentang peri pentingnya pendidikan terutama pendidikan agama. Sultan Mahmud Syah pula belajar agama daripada Maulana Yusoff dan belajar mengaji Al-Quran daripada Makhdum Sadar Jahan. Kehendak soalan BAGI MENJAWAB SOALAN SEJAUH MANA, PELAJAR PERLU TEKANKAN/ULAS/JELAS SECARA TERPERINCI TENTANG KEBERKESANAN Fakta – Kesan peranan istana sebagai institusi Pendidikan (ayat kesan menjadi fakta) Ulasan dan Penjelasan tentang fakta (mengapa dan bagaimana) Contoh peristiwa – kaitkan dengan watak dan peristiwa Istana memainkan memainkan peranan sebagai institusi pendidikan dalam pembangunan masyarakat kerana Pertama, dapat melahirkan rakyat yang berilmu dan bertanggungjawab. Istana boleh memenuhi kewajibannya dalam melahirkan dan membentuk rakyat yang bertanggungjawab dalam menurut perintah raja. Peraturan dan ilmu pengetahuan disampaikan kepada pembesar dan rakyat bermula dari Istana. Hal ini kerana istana merupakan pusat menyebarkan ilmu. Sultan Mansur Syah telah mengarahkan agar kitab Duri’l mazlum ditafsirkan dan diberikan maksudnya ke Pasai yang akan dilaksanakan oleh Makhdum Patakan. Setelah selesai ianya dihantar kembali ke Melaka dan hasilnya amat mengembirakan Sultan Mansur Syah. Semua orang besar-besar Melaka pun berguru dengan Maulana Abu Bakar menuntut ilmu berkaitan dengan kitab Duri’l mazlum yang telah ditafsirkan oleh Makhdum Patakan. (hlm. 157) (b). Sejauhmanakah istana berkesan sebagai institutsi pendidikan dalam konteks pembangunan masyarakat pada era tersebut. [13]
17 Menghasilkan anggota masyarakat yang progresif, mahir serta cekap. Masyarakat yang progresif, mahir serta cekap berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan. Anak-anak raja, anak-anak pembesar yang tinggal di Kawasan istana diminta untuk mendalami ilmu pengetahuan dan kemahiran sebagai persediaan masa hadapan. Sultan Mahmud Syah telah menghantar anaknya Raja Muzaffar mendapat pendidikan daripada seorang Mualim bersama-sama dengan anak-anak para pembesar negeri yang lain. Tujuan beliau berbuat demikian adalah bagi mempersiapkan diri Raja Muzaffar Syah dengan ilmu pengetahuan kerana dia akan mengambil alih tempat ayahandanya menjadi sultan agar nanti menjadi seorang pemerintah yang mahir serta cekap dalam melaksanakan tugas sebagai pemerintah. Sultan Mansur Syah mengarahkan semua anak-anak orang besar-besar menuntut ilmu berkaitan dengan gajah daripada Maharaja Dewa Sura yang mahir dalam ilmu tersebut bagi membolehkan ilmu tersebut dikuasai oleh anak-anak pembesar Melaka ini menjelaskan betapa pentingnya pendidikan. Kepentingan menuntut ilmu gajah ini jelas apabila Sultan Mansur Syah sanggup membiayainya Lahirnya masyarakat yang berakhlak mulia. Istana menjadi pusat penyebaran ilmu agama. Selain itu istana juga menjadi tempat raja dan pembesar mempelajari ilmu feqah, tassawuf dimana ilmu-ilmu ini dapat membantuk akhlak masyarakat yang mempelajarinya. Hal ini dapat dilihat apabila raja-raja Melayu Melaka amat menghormati orang yang berilmu. Ini dapat dilihat pada Sultan Mansur dan Sultan Mahmud. Sultan Mahmud yang hendak mengaji Maklumat dengan Maulana Yusuf telah datang ke rumah Maulana Yusuf dengan diiringi oleh pengikut - pengikut serta datang dengan bergajah menyebabkan Maulana Yusuf mengarahkan penunggu pintu rumahnya menutup pintu (tidak menerima kehadiran Sultan Mahmud). Situasi ini menyebabkan Sultan Mahmud menyedari perlunya dia merendah diri dalam mendapat pendidikan dari eorang guru. Sultan Mahmud telah datang pada keesokkan harinya dengan hanya ditemani oleh dua orang peneman dan sanggup merendahkan dirinya dengan membahasakan dirinya sebagai fakir semata-mata mahu menuntut ilmu Maklumat daripada Maulana Yusuf. Istana Berjaya mengumpulkan hulubalang /pahlawan yang unggul. Sultan Mansur Syah memainkan peranan penting bagi melahirkan pahlawanpahlawan yang hebat di Melaka dengan memberi pendidikan hulubalang kepada pahlawan-pahlawan Melayu. Hang Tuah merupaan pahlawan Melayu yang unggul pada waktu itu. Ilmu hulubalang yang dipelajarinya telah menjadikan dia seorang yang kuat dan digeruni oleh musuh.
18 Kehendak soalan 1. Fakta – peranan pemimpin 2. Ayat kepentingan (boleh dimasukkan untuk memberi penekanan terhadap peranan pemimpin) 3. Ayat penjelasan 4. Contoh pemimpin dalam SS 5. Ayat kesan kepada masyarakat dalam contoh (boleh dimasukkan untuk memberi kesan apabila pemimpin memainkan peranannya) a) Peranan pemimpin dalam Pendidikan adalah seperti berikut Pemimpin sebagai penggalak dalam penyebaran ilmu agama. Pemimpin merupakan pemerintah, ketua perang dan juga dianggap sebagai ketua agama. Dengan ini apabila Sultan diislamkan oleh Maulana yang datang dari Arab Parsi, maka baginda akan meminta semua pembesar dan rakyat bersama-sama masuk Islam dan belajar ilmu agama. Peranan pemimpin ini penting sebagai pendakwah kerana dapat memimpin rakyat ke jalan yang benar. Contoh dapat dilihat pada Sultan Mansur Syah yang sanggup enterjemahkan kitab Duri’l Mazlum untuk memudahkan rakyatnya memahami dan mengetahui isi kandungan kitab tersebut. Sultan Mansur meminta kitab tersebut dibawa ke Pasai untuk diterjemahkan maknanya oleh Makhdum Patakan agar rakyat lebih memahami tentang isi syurga dan neraka. Dengan ini masyarakat Melaka dapat meningkatkan nilai keimanan dalam diri mereka. Penggalak kedatangan para ilmuan. Ramai Maulana dari Pasai dan Arab dating ke Melaka untuk menyebarkan agama Islam. Contoh Maulana Abu Bakar dating dari Mekah untuk menyebarkan agama Islam dengan membawa kitab Duri’l – Mazlum. Kesannya, rakyat dapat mendalami limu Tassawuf. Penggalak kepada rakyat dalam menimba ilmu/ menambah ilmu. Kecenderungan pemimpin dalam memdalami ilmu agama menjadi ikutan rakyat. Malah baginda menggalakan rakyatnya mendalami ilmu agama dam membanntu mereka jika menghadapi sebarang masalah. Contoh… Pembentukan institusi pendidikan untuk pembesar dan rakyat. Baginda mempunyai polisi pemerintahan yang menitikberatkan ilmu dengan memberi ruang untuk ilmuan menyebarkan ilmu agama. Baginda membentuk system pendidikan. Contoh Sultan MansurMaulana Abu Bakar. Kesan –rakyat memperoleh syafaat dan hidayah. 5. a) Jelaskan peranan pemimpim mengenai pendidikan berdasarkan “teks Sulalatus Salatin” SOALAN (A) MEMINTA PELAJAR MENJELASKAN PERANAN PEMIMPIN DALAM PENDIDIKAN DAN CONTOH WAJIB PEMIMPIN YANG ADA DALAM TEKS SS SAHAJA. FAKTA AKAN LEBIH KEPADA PERANAN PEMIMPIN DALAM PENDIDIKAN AGAMA DAN PENDIDIKAN ILMU GAJAH. SOALAN PECAHAN TIDAK MEMERLUKAN PENDAHULUAN. CUKUP SEKADAR 1 AYAT PERMULAAN SAHAJA.
19 Kehendak soalan 1. Fakta – Jenis pendidikan 2. Ayat kepentingan (boleh dimasukkan untuk memeberi penekanan kenapa pendidikan itu perlu) 3. Ayat huraian-menghuraikan pendidikan sebagai faktor penyumbang 4. Contoh SS 5. Ayat kesan yang kait dengan masyarakat dalam contoh b) Pendidikan merupakan faktor penyumbang kepada pembangunan negara. Antaranya adalah Pertama pendidikan asas solat. Pendidikan ini menjadikan masyarakat lebih memahami cara-cara yang betul dalam mendirikan solat dan melahirkan masyarakat yang memahami ilmu agama. Contoh Maulana Abdul Aziz telah mengajar Raja Kecil Besar dan pembesarpembesarnya tentang solat setelah mengislamkan mereka. Kesannya pemimpin dan rakyat Melaka dapat melaksanakan ibadah dengan lebih baik dan beroleh inayah. Pendidikan mengaji Al-Quran. Penting dalam melahirkan masyarakat yang berilmu dan pandai mengaji. Contoh Makhdum Sadar Jahan yang mengajar Tun Mai Ulat Bulu mengaji. Kesannya – memberi panduan dan penyuluh hidup Pendidikan ilmu binatang/ilmu gajah. Membuka peluang pekerjaan dengan kemahiran yang dimiliki. Contoh Maharaja Dewa Sura mengajar Seri Wak Raja. Kesannya – masyarakat dapat hidup aman dan selesa kerana pengangkutan yang ada dan pertahanan yang kukuh. PELAJAR JUGA BOLEH RUJUK PADA NOTA ILMU / KEAGAMAAN KERANA CONTOH PERISTIWA ADALAH SAMA. AKAN TETAPI PERLU MENGGUNAKAN FAKTA PENDIDIKAN DAN KESAN UNTUK MASYARAKAT. CONTOH ILMU AGAMA = PENDIDIKAN AGAMA ILMU MENGAJI KITAB = PENDIDIKAN DALAM MENGAJI KITAB KESAN UNTUK DIRI KESAN UNTUK MASYARAKAT 5. b) Pendidikan merupakan faktor penyumbang kepada pembangunan. Huraikan SOALAN (B) MEMINTA PELAJAR MENGHURAIKAN TENTANG PENDIDIKAN. PERKATAAN FAKTOR PENYUMBANG BOLEH DIKAITKAN DENGAN AYAT KEPENTINGAN DAN KESAN. CONTOH WAJIB DISERTAKAN MESKIPUN TIADA DALAM SOALAN. SOALAN PECAHAN TIDAK MEMERLUKAN AYAT PENDAHULUAN. CUKUP DENGAN SATU AYAT MULA
20 JIKA SOALAN BERKEHENDAKKAN ASPEK SOSIAL, MAKA SSEMUA ASPEK YANG BERADA DI BAWAH SOSIAL BOLEH DIJADIKAN FAKTA. ASPEK SOSIAL TERSEDUT ADALAH SEPERTI BERIKUT 2.2 Sosial 2.2.1 Budaya 2.2.2 Perpaduan 2.2.3 Mobiliti 2.2.4 Susun lapis masyarakat (a) mengenal pasti dan menghubungkaitkan budaya setempat dalam kehidupan seharian; (b) mengenal pasti elemen pemantapan perpaduan masyarakat majmuk; (c) menghuraikan mobiliti sosial dalam pembangunan masyarakat; (d) menghuraikan susun lapis masyarakat dalam konteks pembangunan. UNTUK MENCUKUPKAN 5 ISI MAKA SATU FAKTA BOLEH DIULANG 2 KALI. Kehendak soalan 1. Fakta Sosial (ada 4 , jadi hat 1 boleh bagi 2 untuk cukup lima) 2. Ayat kepentingan (boleh dimasukkan) 3. Ayat huraian 4. Contoh SBDKL 5. Ayat kesan yang kait dengan masyarakat dalam contoh Skema cadangan : Pendahuluan 1. Sosial – hal-hal yang berkaitan masyarakat; hal-hal yang berhubungan dengan manusia dalam masyarakat - kemasyarakatan. 2. Tema SBDKL 2. Kemukakan isi-isi penting PEMBANGUNAN MASYARAKAT : SOSIAL SECARA UMUM 1. Huraikan aspek sosial yang membawa pembangunan masyarakat berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. [25]
21 Isi-isi[20 markah] Pendidikan (bukan bawah sosial) kalau nak juga kena letak bawah budaya iaitu budaya menuntut ilmu. Budaya menuntut ilmu merupakan salah satu aspek sosial yang penting untuk mengubah nasib masyarakat setempat. Pendidikan melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang merupakan agen penting untuk melahirkan masyarakat berilmu dan bijaksana. Bahkan pendidikan turut mampu merubah kehidupan masyarakat ke arah yang lebih baik, berakhlak dan bermakna. Dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur dinyatakan dengan jelas melalui watak Rahim yang mempunyai pendidikan tinggi iaitu menerima pendidikan di luar negara telah berupaya menyelesaikan masalah berhubung isu tanah yang diwakafkan oleh Lebai Maarup kepada Syarikat Lombong Lembah Tualang milik ayahnya. Penyelesaian ini telah berjaya mengelakkan tentangan daripada golongan agama terhadap projek Encik Muhammad.(hlm. 343). Jika masyarakat tidak memiliki ilmu sudah tentu mereka akan hidup dalam kemunduran. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa budaya menuntut ilmu perlu agar masyarakat menjadi semakin maju, memiliki sahsiah tinggi dan dihormati oleh orang lain. Budaya. Budaya bermaksud segala aspek hidup manusia sama ada dalam bentuk fikiran, kepercayaan, perlakuan, atau penghasilan dalam sesuatu masyarakat diterima oleh sebahagian besar anggotanya dan mewarisinya turun temurun. Budaya penting diamalkan kerana dapat melahirkan masyarakat yang harmoni, saling bekerjasama, hormat menghormati, akur kepada peranan masing-masing, menghubungkan silaturraim dan sebagainya. Bukti budaya sebagai aspek sosial yang membawa pembangunan masyarakat dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur ialah perkahwinan Sudin dengan Gayah yang telah menyatukan keluarga Imam Saad dan keluarga Datuk Indera yang sebelumnya berkonflik rentetan peristiwa pembunuhan salah seorang pengikut datuk Indera.(hlm. 140). Budaya saling maaf memaafi menjadikan dua keluarga yang bermusuhan berbaik semula. Jika budaya dalam perlakuan seperti maaf memaafi, sabar dan hormat menghormati tidak diamalkan sepenuhnya sudah tentu hidup akan sentiasa menghadapi masalah dan sentiasa bermusuhan. Oleh itu, jelaslkah di sini bahawa adat dan budaya perlu diamalkan agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan tenteram. Perpaduan. Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan masyarakat. Perpaduan dan sifat bersatu ini penting untuk mengwujudkan kesefahaman dan kepercayaan dalam hubungan yang terjalin. Penubuhan syarikat dagang milik Encik Muhammad berkongsi dengan Datuk Tan sebagai anak syarikat Tan Enterprise membuktikan jalinan kerjasama melalui sikap saling mempercayai antara kaum dalam urusan perniagaan. Perpaduan yang dicapai dalam urusan perniagaan akan mewujudkan suasana kondusif dan sesuai untuk meraih keuntungan.(hlm. 11). Rahim, Robert dan Mahani yang berkawan sejak dari sekolah dan Rahim dan Robert menyambung belajar di luar negara bersama. Komunikasi sosial dan kesefahaman di antara mereka menyebabkan hubungan mereka semakin erat meskipun berbeza kaum dan agama. Masyarakat yang mengamalkan perpaduan akan dapat meraih kejayaan dalam bidang yang diceburi selain dapat hidup dalam keadaan harmoni. Jika perpaduan tidak diamalkan dalam kalangan msyarakaat yang mempunyai kepelbagaian kaum dan agama, sudah tentu masyarakat tidak akan dapat membangun dan meraih kejayaan. Oleh itu, perpaduan harus diamalkan agar masyarakat dapat berganding bahu dan maju kehadapan.
22 Mobiliti Sosial. Pergerakan status sosial melahirkan masyarakat yang tersusun, dinamik dan progresif dapat dikesan dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur seperti mobiliti dari segi perkahwinan. Mobiliti sosial penting untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk berubah menjadi semakin baik. Mobiliti sosial boleh dilihat pada watak Sudin yang mengalami mobiliti secara mendatar dari seorang bujang telah menjadikannya seorang suami dan berkeluarga apabila berkahwin dengan Gayah.(hlm. 145-148) Perubahan hidup yang dialami oleh Sudin menyebabkan beliau berusaha dengan lebih gigih untuk memberi kesenangan kepada keluarganya. Apabila masyarakat mengalami mobiliti sisial yang baik maka hidup mereka akan menjadi lebih terjamin dan sejahtera. Oleh itu, jelaslah di sini mobiliti sosial yang tersusun dan menaik perlu agar masyarakat dipandang tinggi dan dihormati oleh semua orang. Susun lapis masyarakat / stratifikasi sosial. Hieraki sosial dan lapisan masyarakat yang berbeza menjadikan masyarakat sedar tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam mewujudkan masyarakat yang sempurna. Susun lapis masyarakat terdiri dari empat lapis masyarakat yang dimulai dengan lapis Raja iaitu Duli Yang Maha Mulia diikuti lapis pembesar atau pentadbir seperti Orang Kaya Indera(Penghulu Mahmud), Pegawai Daerah, dan wakil rakyat(YB Mohd. Yusof). Lapis ketiga pula ialah golongan menengah yang terdiri daripada ahli perniagaan. Manakala lapis paling bawah ialah penduduk kampung diwakili oleh imam, guru agama, kakitangan kerajaan, pekebun dan masyarakat kampung yang mewujudkan masyarakat yang fungsional. Contoh, YB Mohd. Yusoff berperanan sebagai wakil rakyat. Beliau seorang yang bertanggungjawab dan berwawasan dalam menigkatkan taraf hidup penduduk Kampung Pulai. Peranan susun lapis yang dimainkan oleh setiap masyarakat menjadikan kehidupan mereka lebih bermakna dan taraf hidup mereka dapat ditingkatkan. Oleh itu, jelaslah di sini susun lapis masyarakat memainkan peranan penting agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan harmoni dan berwibawa dalam melaksanakan tugs masing-masing. Pekerjaan. Pak Salim, Datuk Tan dan Encik Muhammad menjalankan kegiatan perniagaan. Demikian juga dengan penduduk Kampung Pulai, ada yang menanam getah dan padi, dan ada juga yang menangkap ikan. Pekerjaan yang dilakukan ini mampu meningkatkan pendapatan untuk menampung kehidupan dan seterusnya meningkatkan taraf hidup masyarakat. Agama dan kepercayaan. Lebai Maarup, Encik Muhammad, Bilal Endut, dan Imam Saad merupakan anggota masyarakat beragama Islam yang telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai umat Islam yang taat. Masyarakat yang taat kepada ajaran agama sudah pasti merupakan masyarakat yang mencintai kedamaian.
23 LATIHAN- UNTUK SOALAN SETERUSNYA CUBA PELAJAR HIGHLIGHTKAN APA KEHEENDAK SOALAN MENGIKUT WARNA YANG TELAH DITETAPKAN KEMUDIAN LIHAT PENGENALAN DAN JAWAPAN. ADAKAH SUDAH MENEPATI KEHENDAK SOALAN ATAU TIDAK. PELAJAR BOLEH BERBINCANG DENGAN GURU PELAJAR. A Pengenalan [3] F1 Aspek sosial bolehlah ditakrifkan sebagai apa sahaja yang melibatkan tentang kehidupan manusia yang merangkumi budaya, masyarakat dan sebagainya. F2 Aspek sosial memainkan peranan penting dalam konteks pembangunan masyarakat kerana ianya dapat membentuk sebuah masyarakat yang sejahtera. Aspek sosial juga mampu membentuk masyarakat yang saling bekerjasama. F3 Menyenaraikan isi-isi/ciri-ciri aspek sosial Kehendak soalan 1. Fakta Sosial (ada 4 , jadi hat 1 boleh bagi 2 untuk cukup lima) 2. Ayat kepentingan (boleh dimasukkan) 3. Ayat Bincang ( Jika ....maka) 4. Contoh SBDKL 5. Ayat kesan yang kait dengan masyarakat dalam contoh Budaya/cara hidup/kepercayaan. Budaya merupakan amalan-amalan tradisi yang masih lagi dilaksanakan dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu kini. Budaya ini pentimg diamalkan kerana ia akan mengekalkan budaya tradisi di dalam masyarakat kerana budaya tersebut merupakan tunjang dalam membentuk keperibadian terutama bagi generasi muda. Sekiranya budaya tidak diamalkan sudah pasti generasi muda akan melupakan budaya tradisi dan mengagungkan budaya luar. Contoh budaya menghormati orang tua dan budaya kunjung mengunjungi masih menjadi amalan dalam SBDKL apabila Encik Muhammad mengunjungi abangnya Penghulu Mahmud di Kampung Pulai bersama ahli keluarganya. Secara tidak langsung, budaya kunjung mengunjung dan menghormati orang tua dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan dan perpaduan sedia ada. Oleh itu, jelaslah bahawa budaya masyarakat Melalu perlu diamalkan sepanjang zaman agar dapat melahirkan generasi muda yang menghargai budaya dan warisan Melayu Kesimpulan kecil / Kesan untuk masyarakat Watak/contoh Perbincangan / Ulasan 2. Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur memaparkan kepelbagaian aspek sosial. Bincangkan aspek tersebut ke arah membangunkan masyarakat. [25m] Huraian peristiwa (ayat hurai ini satu dah memadai) Kepentingan Fakta
24 Pendidikan. Pendidikan merupakan proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Pendidikan sangat diutamakan dalam masyarakat melayu moden kerana ia mampu mengubah nasib masyarakat kearah yang lebih baik. Sekiranya tiada pendidikan, masyarakat tersebut tidak akan dihormati dan mungkin mengambil tindakan yang salah dalam membuat keputusan. Encik Muhammad menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya apabila menyambung pelajaran di luar negeri. Begitu juga anaknya Rahim yang menyambung pelajaran diluar negeri juga berbanding dengan mat akil yang tidak berpendidikan menjadi sampah masyarakat di kampungnya. Melalui pendidikan dapat mengubah status dan menigkatkan ilmu dan kepakaran masyarakat yang memilikinya Mobiliti sosial. Perubahan atau pergerakan masyarakat daripada baik menjadi lebih baik atau sebaliknya. Perubahan ini penting untuk memupuk kesejahteraan dan kesenangan dalam kehidupan masyarakat. Mobiliti menegak ke atas berlaku pada watak Sudin. Taraf sudin menjadi lebih tinggi apabila menjadi pegawai perhubungan awam dan menjadi ahli keluarga encik Muhammad apabila berkahwin dengan Gayah anak saudara encik Muhammad. Mobiliti dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat kea rah yang lebih baik Susun lapis masyarakat. Terdapat tiga strata susun lapis masyarakat di dalam SBDKL. Strata teratas adalah golongan diraja, manakala golongan kedua golongan bangsawan dan strata terendah adalah golongan rakyat biasa. Setiap lapisan memainkan peranan masing-masing. Hal ini penting untuk menjamin kesejahteraan rakyat. Contoh, YB Yusoff merupakan wakil rakyat yang membantu masyarakat Kampung Pulai ketika mereka menghadapi masalah penempatan apabila En. Muhammad ingin membeli tanah mereka untuk tujuan perlombongan. Mereka yang dibawah seliaannya telah dipindahkan ke tanah rancangan FELDA. Strata mampu menjamin keselesaan hidup masyarakat dan menjadikan mereka lebih berfungsi mengikut peranan masing-masing Perpaduan. Perpaduan di dalam SBDKL diwujudkan dengan cara kerjasama dalam urusan perniagaan. Malah perniagaan dapat diperkukuhkan lagi dengan kerjasama antara kaum. Sekiranya tidak sudah pasti sektor ekonomi hanya dieksploitasi oleh satu kaum sahaja. Encik Muhammad dan Datuk Tan bekerjasama memajukan Syarikat Serba Dagang Internasional dan Syarikat Lombong Lembah Tualang. Melalui jalinan kerjasama ini, secara tidak langsung dapat merapatkan jurang ekonomi antara kaum, ia bertepatan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu mewujudkan perpaduan Negara dengan mengurangkan jurang perbezaan ekonomi. F6 Adat Istiadat- Majlis perkahwinan Sudin dengan Gayah / Mahani dengan Rahim yang dimulakan dengan merisik, meminang dan akad. Kemudian diikuti dengan upacara penyerahan mas kahwin dll. F7 Interksi Sosial. Komunikasi yang digunakan dalam SBDKL ialah menggunakan Bahasa Melayu Moden dan sedikit Bahasa Inggeris bagi menggambarkan golongan elit yang ada. F8 Teknologi F9 Agama dan kepercayaan
25 A Pengenalan [3] F1 Mengikut Haron Daud, social membawa satu pengertian yang luas merangkumi segala hal yang berkaitan dengan masyarakat. F2 Social budaya merupakan hal yang diciptakan manusiadengan fikiran dan budinya dalam kehidupan bermasyarakat. F3 Overview antaranya termasuklah sistem sosial, struktur sosial, mobiliti sosial, dll. Kehendak soalan 1. Fakta Sosial (ada 4 , jadi hat 1 boleh bagi 2 untuk cukup lima) 2. Ayat kepentingan (boleh dimasukkan) 3. Ayat huraian 4. Contoh SS 5. Ayat kesan yang kait dengan masyarakat dalam contoh B Isi-isi [20] Perpaduan dalam kalangan masyarakat. Wujudnya perpaduan dalam kalangan masyarakat di Melaka. Hidup dalam keadaan harmoni, dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Masyarakat Melayu, Keling (Tamil-Muslim), Cina, Arab, Arab-Parsi dsbg. Susun lapis masyarakat atau stratifikasi sosial. Terdiri dari empat lapis. Lapisan paling tinggi adalah raja, diikuti oleh lapisan pembesar/bangsawan, rakyat dan akhir sekali hamba. Memainkan peranan masing-masing dalam konteks pembangunan masyarakat. Membentuk masyarakat yang fungsional. Raja/Sultan, Bendahara Paduka Raja Tun Perak. Mobiliti sosial. Perubahan atau pergerakan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yang lain atau satu kedudukan kepada satu kedudukan baru dalam lapisan yang sama. Perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat. Mobiliti menegak ke bawah – perubahan status/lapis dari atas ke bawah- Tun Kudu dan Maharaja Dewa Sura. Budaya/adat istiadat – cara hidup dan kepercayaan seharian. Budaya adalah tingkah laku sosial dan norma yang terdapat dalam masyarakat manusia. Adat istiadat akan melahirkan masyarakat yang harmoni, saling bekerjasama, hormat menghormati, dan akur kepada peranan masingmasing. Adat berjaga-jaga. Adat ini diadakan sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan. Adat berjaga-jaga ini biasanya disertai oleh anggota masyarakat/rakyat. 3. Huraikan pembangunan masyarakat Melaka dari aspek sosial berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). [25]
26 Agama dan kepercayaan. Agama bermaksud kepercayaan kepada Tuhan. Agama boleh dirujuk melalui perlakuan, sikap, pernyataan dan bendabenda material. Agama mengajar umatnya berbuat kebaikan dan menjauhkan kejahatan. Masyarakat di Melaka merupakan masyarakat yang beragama Islam. Raja Kecil Besar merupakan Raja Melaka terawal yang memeluk agama Islam selepas diislamkan oleh Syed Abdul Aziz. Teknologi. Pembangunan dan penggunaan peralatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Penggunaan teknologi boleh membantu meningkatkan kualiti hidup dan pembangunan masyarakat khususnya dalam bidang sosial dan ekonomi. Boleh dilihat melalui kehebatan Bendahara Paduka Raja Tun Perak membina istana Sultan Mansur Syah yang dinamakan “Mahligai Hawa Nafsu” Interaksi sosial. Masyarakat yang berhubungan antara satu sama lain. Melahirkan masyarakat yang harmoni dan saling hormat menghormati serta membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk. Orang Melayu merupakan teras kepada masyarakat Melaka, diikuti oleh etnik Tamil-Muslim, Arab, Jawa, Cina dsbgnya. Kepelbagaian etnik ini telah menyemarakkan interaksi sosial antara mereka. Pendidikan. Merujuk kepada perihal mendidik/didikan/latihan/ajaran atau proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang; atau tujuan pendidikan secara umum seperti memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke arah tahap kesempurnaan. Mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik, berakhlak dan bermakna. Sultan Mansur Syah misalnya belajar ilmu agama dengan Kadi Yusof dan Maulana Abu Bakar. Baginda juga menggalakkan anak tuan-tuan untuk menuntut ilmu gajah dengan Maharaja Dewa Sura. Politik. Politik bermaksud orang(pemerintah) atau organisasi yang berkuasa dalam hal-hal yang berkaitan dengan pemerintahan. Menjadikan masyarakat lebih tersusun dan terkawal. Dalam politik Melayu tradisional, raja merupakan orang dan institusi yang paling penting. Sehubungan dengan itu, sebagai seorang pemerintah, raja disifatkan sebagai orang yang mulia dan mempunyai pelbagai kelebihan. Kegiatan ekonomi. Ekonomi merupakan segala kegiatan untuk mendapatkan hasil bagi keperluan hidup mereka sama ada dalam bentuk makanan atau barangan lain. Masyarakat akan menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi untuk menampung kehidupan mereka dan seterusnya meningkatkan taraf hidup. Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir merupakan seorang yang kaya raya. Kekayaan beliau adalah kerana beliau merupakan peniaga/pedagang yang cekap dan mahir. Beliau juga menjalankan kegiatan penternakan kerbau dan mempunyai kerbau berkandang-kandang di Kayu Ara.
27 2. Sosial -Budaya: Budaya merupakan cara hidup yang sentiasa berkembang, tamadun, peradaban yang dimilki oleh sekelompok manusia yang diwarisikan dari satu generasi ke satu generasi yang diterima oleh masyarakat. Terdapat tiga kategori budaya iaitu amalan perlakuan yang positif, cara hidup, adat istiadat, tingkah laku, akal budi dan warisan. Budaya / Adat SBDKL Kepentingan Watak dan Peristiwa Kesan Pada Masyarakat Teks / Kini Adat Perkahwinan Adat merisik Adat bertunang Adat meminang Untuk menjaga warisan dan kebudayaan Melayu Memperkenalkan kepada genarasi muda Mengekalkan identiti bangsa dan budaya Memberi gambaran “world-view” masyarakat Melayu Memupuk masyarakat yang mempunyai jati diri yang kuat -Budaya perkahwinan antara Sudin dengan Gayah yang diadakan di rumah encik Muhammad dengan begitu meriah. -Sebelum perhwinan dilangsungkan adat merisik – Cik Puan Tipah bertanyakan tentang Mahani untuk ditunangkan dengan Rahim -Adat bertunang – Rahim bertunang dengan Mahani. Mahani inginkan majlis yang sederhana -Adat meminang – Rombongan meminang Gayah telah disabotaj oleh Mat Akil tapi tidak berjaya. Memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam masyarakat dan negara Merapatkan hubungan silaturahim yang lama bermusuhan Melahirkan rasa taat setia kepada raja Melahirkan sifat hormat menghormati antara satu sama lain Adat Bertandang ke Rumah / Ziarah Menziarahi -Mahani bertandang ke rumah Cik Puan Tipah. Beliau bersalaman dan mencium tangan. -En. Muhammad bertandang ke rumah abangnya Penghulu Mahmud dan membawa buah tangan. Budaya Menghormati Orang Tua Budaya pakaian Budaya Makanan -Cik Puan Tipah menghormati pembantu rumahnya. -Mahani dan Rahim menghormati kedua ibu bapa – akur dengan keputusan yang dibuat oleh ibu bapa -En. Muhammad gemar berpakaian baju melayu ke tempat kerja -Rahim dan En. Muhammad gemar memakan masakan melayu tradisional iaitu kuah masak lemak. Adat Menyambut Hari Keputeraan Diraja -Penduduk kampung Tualang menyambut hari puja umur Sultan setiap tahun secara bekerjasama mengadakan majlis. Masyarakat kampung membersih dan menghiasi padang bola dengan bendera dan panji-panji dengan pelbagai warna. -En. Muhammad menderma sebanyak 10,000 ribu untuk majlis itu Gelaran Yang Di Sandang Dalam Budaya Masyarakat Melayu -Gelaran Datuk Orang Kaya Indera diberi kepada yang berhak oleh sultan iaitu Penghulu Mahmud. Gelaran tersebut pernah disandang oleh ayahnya dahulu. PEMBANGUNAN MASYARAKAT : SOSIAL - BUDAYA
28 Budaya /Adat SS Kepentingan Watak dan Peristiwa Kesan Pada Masyarakat Teks / Kini Klasifikasi / Kelas masyarakat Seri Teri Buana mewakili raja dan Raja Demang Lebar Daun mewakili rakyat mementerai Waad Susun lapis masyarakat Melayu yang memainkan peranan masing-masing Alat Kebesaran /Bunyi-bunyian/ Nyanyian Dalam Upacara tertentu Alat bunyi-bunyian seperti nafiri, gong, serunai, rebab digunakan pada hari pertabalan diraja, perkahwinan dan kelahiran. Contoh ketika perkahwinan Raja Omar dan Tun Fatimah. Bunyi-bunyian dimainkan. Ketika Sultan Mansur Syah berada di Majapatih untuk berkahwin. Ketika Seri Teri Buana menjumpai Temasik Institusi beraja dalam Sulalatus Sulatin mempunyai kepelbagaian adat istiadat yang mengikut aturan termasuklah adat istiadat raja masuk ke istana. Ketika raja akan ke istana gendang akan dipalu sebanyak tujuh ragam dan nafiri akan dibunyikan. Setelah selesai palukan gendang kali ke tujuh, raja keluar bergajah diarak ke istana. Rakyat yang hadir akan duduk bersila di tanah. Situasi ini dapat digambarkan melalui petikan teks di bawah: Syahadan di Bintan gajah memangku puan baginda, dan Demang Mangku Raja, saudara Demang Lebar Daun, menyandang pedang badram belawa, dengan segala penjawat baginda berjalan di hadapan gajah baginda; Menteri Bupala memegang gading kanan, Aria Bupala memegang gading kiri. Maka payung iram-iram kerajaan putih pun terkembanglah empat, serta cogan kerajaan panji-panji alam pun terdirilah. Maka diarak oranglah baginda masuk ke dalam kota Bintan dengan segala bunyibunyian diiringkan oleh segala menteri hulubalang kedua buah negeri itu, terlalu sabur rupanya. Mereka yang melihat bersesak bertindih-tindih sepanjang pasar itu. Maka disuruh arak oleh Wan Seri Beni langsung sekali ke dalam; maka diarak oranglah masuk ke dalam rong sekali, terkepil di atas rong dalam. Berdasarkan sulalatus sulatin ini, Raja Iskandar berjalan dihadapan gajah baginda berserta dengan menteri baginda iaitu, Menteri Bupala memegang gading kanan manakala Aria Bupala memegang gading kiri. Orang suruhan baginda akan berjalan
29 Mengesahkan kedudukan raja Mengangkat martabat raja Melahirkan masyarakat yang taat kepada raja Melahirkan masyarakat yang berilmu Memperkenalkan adat kepada generasi muda dihadapan gajah baginda. Payung iram-iram putih kerajaan juga turut digunakan semasa perarakan tersebut. Segala bunyibunyian dimainkan dan diiringi menteri kedua-dua buah negeri melalui pasar sebelum masuk ke balai rong. Menjaga hak dan martabat raja Mewujudkan perpaduan Menanam rasa hormat Masyarakat bijak dalam berkomunikasi Masyarakat mematuhi peraturan Adat Mengadap Raja di Balairung Ketika mengadap raja- ada beberapa peraturan yang perlu dipatuhi. Keris perlu disisipkan dibelakang. Cth ketika Hang Tuah lima bersahabat datang mengadap raja. Sesiapa yang dipanggil mengadap raja dan tidak datang hukumnya bunuh kerana engkar. Semasa mengadap raja terdapat adat istiadat mengadap raja di balairung. Pembesar-pembesar akan di susun mengikut pangkat kebesaran tersendiri seperti bendahara, penghulu bendahari, dan temenggung akan duduk di seri balai. Anak- anak raja akan duduk di bahagian serambi balai sebelah kiri dan kanan. Sida- sida yang muda akan duduk berselang-seli dengan bentara dan hulubalang yang berdiri di ketapakan balai memikul pedang. Petikan di bawah menggambarkan aturan mengadap raja di balairung. Situasi ini dapat digambarkan melalui petikan teks di bawah: Kemudian daripada itu maka Raja Iskandar pun keluarlah ke penghadapan, dihadap oleh segala raja-raja dan ulama dan pendita dan segala Orang Besar-besar, dan segala pahlawan yang gagah-gagah mengelilingi takhta kerajaan baginda, dan dan belakang baginda segala Hamba yang khas dan segala yang kepercayaannya. Adapun apabila raja dihadap orang di balairung, maka Bendahara dan Penghulu Bendahari dan Temenggung, dan segala menteri dan Orang Besar-besar, segala sida-sida duduk di seri balai; maka segala anak raja-raja itu duduk dikelek-kelekan balai kiri kanan, dan segala sida-sida yang muda-muda duduk diselang-selang antara Bentara, dan hulubalang muda-muda berdiri di ketapakan balai memikul pedang, dan kapala bentara yang di kiri itu, daripada anak cucu menteri yang patut akan menjadi Bendahara dan Penghulu Bendahari dan Temenggung; dan kepala bentara yang di kanan itu, daripada anak cucu
30 hulubalang yang akan patut jadi Laksamana dan Seri Bija Diraja; dan barang siapa bergelar Sang Setia bakal Seri Bija Diraja, dan barang siapa bergelar Sang Guna bakal Laksamana, dan barang siapa bergelar Tun Pikrama bakal Bendahara. Adat Memberi / Penganugerahan Gelaran Gelaran Bendaharan Seri Wak Raja diberikan kepada Tun Ali oleh Sultan Muzzafar Syah setelah beliau membantu baginda merebut kembali tahta. Gelaran bendahara juga diberi kepada Tun Perak setelah berjaya mematahkan serangan Siam Adat ini dimulakan dengan menjemput orang yang bakal menerima gelaran ke istana. Jemputan pula penganugerahan adalah mengikut pangkat dan gelaran yang bakal diterima. Orang besar -besar akan menjemputnya jika mendapat penganugerahan ‘Perserian’. Bagi anugerah ‘Persangan’ hanya orang kecil -kecil sahaja yang akan menjemput orang yang bakal menerima anugerah. Orang yang akan menerima anugerah akan dijemput dengan menggunakan gajah atau kuda. Mereka akan diiringi dengan payung dan gendang serunai ke istana. Ketika tiba di istana, riwayat mereka akan dibaca dan diberi persalinan mengikut gelaran yang diberikaan oleh raja. Sebagai contoh, anugerah bendahara akan diberi lima ceper persalinan. Situasi ini dapat digambarkan melalui petikan teks di bawah: Jika baginda menggelar orang, maka raja dihadap orang di balairung, orang beradat. Maka dijemput orang itu: jika "Perserian", Orang Besar -besar menjemput dia; jika "Persangan", orang kecil menjemput dia; jika "Pertuanan" orang sedang menjemput dia; dan jika orang bergelar itu patut bergajah, dibawakan gajah; yang patut berkuda, dibawakan kuda; dan jikalau tiada patut bergajah dan berkuda, dibawa berjalan dengan bingkisan, dengan payung dan gendang serunai, tetapi payung itu, ada hijau, ada yang biru, ada yang merah, dan sebesar -besamya payung kuning; dan payung putih dengan nagara itu mahal adanya, sebaik -baiknya nafiri. Dan payung kuning itu payung anak raja -raja dan orang besar -besar; dan payung ungu dan merah dan hijau itu payung sida -sida dan ben tara hulubalang sekalian. Adapun payung biru dan hitam itu akan payung barang orang bergelar juga.
31 Adat Sapaan / Panggilan Bahasa Dalam Istana Seri Nara Diraja menyebut “Tunku” apabila dating mengadap Sultan Muzaffar Syah dan membahasakan dirinya “patik” Demang Lebar Daun membahasakan dirinya “patik” Ketika mengadap Seri Teri Buana dan memanggilnya “Duli Tuanku” Adat Berpakaian/Memberi Persalinan Adat persalinan ini diadakan kepada utusan. Persalinan merupakan pakaian akan diberikan kepada utusan mengikut darjat. Adat diceritakan dalam Salalatus Salatin jika Bendahara lima ceper persalinan, anak raja empat ceper, tidak ada ikat pinggang. Bendahara sida -seda hulubalang, kita ceper. Orang bersalin memakai pontoh dan petam. Cara memakai pontoh mengikut gelaran dan darjat. Situasi ini dapat digambarkan melalui petikan teks di bawah: Maka datanglah persalin; jika akan jadi Bendahara, lima ceper persalinannya; baju seceper, kain seceper, destar seceper, sebai seceper, ikat pinggang seceper; jikalau anak raja -raja dan para menteri cateria empat ceper juga, ikat pinggang tiada; jikalau bentara sida -sida hulubalang tiga ceper; kain seceper, baju seceper, destar seceper, ada yang semunya sekali seceper, ada yang tiada berceper, kain, baju destar di biru -biru sahaja, maka diampu oleh hamba raja, datang pada orang bergelar itu disampaikan di lehernya. Maka dipeluk oleh orang itu lalu dibawanya keluar. Dan jila persalinan utusan, demikian juga adatnya, masing -masing pada patutnya. Rakyat tidak boleh memakai pakaian warna kuning Adat Menyambut Kedatangan Utusan Kerajaan Luar Budaya menyambut utusan dan mengarak surat Adat menyambut utusan juga terdapat dalam Sejarah Melayu ini. Adat istiadat ini diadakan apabila kerajaan menerima kehadiran orang utusan luar yang dalam ke negeri untuk menyampai sesuatu utusan. Dalam Salalatus Salatin ada mengisahkan penerimaan surat dari Pasai atau Haru yang dijemput dengan pelbagai alat kerajaan seperti gendang, serunai, nafiri, negara, payung putih dan lain -lain lagi. Apabila surat sampai ke balai, disambut oleh hulubalang asal iaitu Kepala Bentara dari kanan. Kepala bentara yang dari kiri menyampaikan titah raja kepada utusan, Kepala Bentara yang kanan menyampaikan sembah. Jika surat dari negeri lain, sambutannya kurang sedikit. Sekadar
32 gendang serunai dan payung kuning. Walau bagaimanapun sepersalinan tetap akan diberikan. Jika utusan raja besar yang hadir akan diberi payung kuning dan putih. Sambutan ini dibuat secara besar -besaran. Situasi ini dapat digambarkan melalui petikan teks di bawah: Dan apabila utusan datang atau pergi, ceper dan kerikal dibawa hamba raja dari dalam, maka disambut oleh kepala bentara yang di kanan, kerikal itu diletakkan had Bentara. Maka ceper dan tetampan diberikan pada orang yang membawa surat. Kija surat dari Pasai atau dari Haru, dijemput dengan selengkap alat kerajaan: Gendang, serunai, nafiri, negara, payung putih dua berapit: melainkan mendeli juga yang tiada pergi menjemput itu: dan menteri mengepalakan gajah, dan bentara di buntut gajah: sida -sida membawa surat dengan penghulu biduanda kecil; dan gajah dikepilkan di hujung balai, kerana raja dua buah negeri itu sama besarnya dengan raja Melaka, tua muda sekaliannya berkirim salam jua. Adat Raja Berangkat Pada Hari Raya Secara Berusungan Raja akan berangkat dengan usungan. Kepala usungan kanan akan dipegang oleh Penghulu Bendahari dan sebelah kiri oleh Laksamana. Di sebelah belakang pula Menteri Kedua. Hulubalang berjalan di hadapan raja dengan membawa alat kerajaan di kiri dan kanan, sementara Bentara memikul pedang. Bendahara berjalan di belakang raja dengan kadi, pakeh segala orang besar dan segala menteri yang tua. Situasi ini dapat digambarkan melalui petikan teks di bawah: Syahadan apabila raja berangkat hari raya berusung, Penghulu Bendahari memegang kepala usungan yang di kanan, dan yang di kiri Laksamana, dan di belakang itu Menteri keduanyya memegang dia, dan pada rantai dekat kaki raja. Seri Bija Diraja memegang dia; dan bentara, hulubalang berjalan dahulu di hadapan raja, masing -masing dengan jawatannya. Segala alat kerajaan dibawa orang berjalan di hadapan raja, tombak kerajaan sebatang sebatang dari kiri dan sebatang dari kanan; di hadapan raja segala bentara memikul pedang, dan dihadapan sekali segala orang yang berlembing adapun jogan di hadapan raja, dan di hadapannya gong gendang dan segala bunyi -
33 bunyian, negara dari kanan, nafiri dari kiri; jikalau berjalan, lebih kanan daripada kir; pada kedudukan, lebih kiri daripada kanan … Adat Menyambut Malam Tujuh Likur Atau Malam Dua Puluh Tujuh Budaya Mengarak Sejadah Adat Menyambut Hari Raya Bendahara dan segala Orang Besar -besar akan duduk berkampung dan usungan akan diarak oleh Penghulu Bendahari. Apabila usungan tiba, segala orang yang duduk dibalai turun berdiri, beratur bersaf -saf gendang akan dipalu tujuh ragam, diiringi nafiri. selepas tujuh kali, raja berangkat menaiki gajah dan diarak ke masjid dan barulah ke istana. Pada waktu siangnya sejadah akan diarak ke masjid. Temenggung akan gajah, puan serta segala alat kerajaan dan gendang akan dibawa terlebih dulu ke masjid. Keesokannya, laksamana akan mengarakkan serban. Raia -raja Melayu akan berangkat ke masjid bertengkolok dan berbaju sarung. Situasi ini dapat digambarkan melalui petikan teks di bawah: Syahadan jika malam dua puluh tujuh, tatkala pada siangnya mengarak sejadah ke masjid, Temenggung mengepalakan gajah; maka puan segala alat kerajaan dan gendag, semuanya diarak dahulu ke masjid. Setelah malam maka raja berangkat seperti adat hari sembahyang terawih, sudah itu berangkat kembali. Setelah esok harinya maka Laksamana mengarak serban, adat raja -raja Melayu berangkat ke masjid bertengkolok berbaju sarung, itulah yang jadi larangan pada orang kahwin; barang siapa yang dikurnia maka beroleh memakai dia; dan memakai cara Keling itu pun larangan lagi, melainkan barang siapa sedia pakaian, dapatlah dipakainya sembahyang dan kahwin. Adat Menjunjung Duli Adat Istiadat Dalam Istana Adat menjunjung duli juga terdapat dalam Sulalatus Sulatin. Adat istiadat ini diadakan apabila empat atau lima orang kepala bentara yang terdiri daripada sida -sida akan duduk di Seri Balai. Segala perkakas seperti ketur, kendi, kipas, dan barang yang diselang kedudukannya. Pedang pula berada di sebelah kiri dan kanan. Pedang kerajaan dipikul oleh Laksamana atau Seri Bija Diraja. Situasi ini dapat digambarkan melalui petikan teks di bawah: Syahadan jika menjunjung duli, dahulu kepala bentara yang empat lima orang itu daripada sida -sida yang duduk di Seri balai
34 itu, melainkan segala menteri yang besar -besar. Adapun nakhoda Cempa yang pilihan duduk di seri balai; maka segala anak tuan - tuan yang bersahaja -sahaja duduk di selasar balai. Adapun segala perkakas raja, seperti ketur dan kendi, kipas dan barang sebagainya diselang -selang duduknya; melainkan puan dan pedang dikelek -kelekan kiri dan kanan; pedang kerajaan itu, Laksamana atau Seri Bija Diraja memikul pedang itu. Adat Raja Bergajah Temenggung berada di bahagian kepala gajah, Laksamana di buntut gajah dan bebtara pula memikul pedang kerajaan. Orang besar -besar berada di sebelah kiri gendang dan orang berpangkat rendah berada di sebelah kanan gendang. Situasi ini dapat digambarkan melalui petikan teks di bawah: Bermula jika raja bergajah, Temenggung di kepala gajah, Laksamana atau Seri Bija Diraja di buntut, bentara memikul pedang kerajaan. Adapun jika mengadap nobat, barang orang Besar -besar dari kiri gendang; barang orang kecil dari kanan gendang. Adapun yang kena sirih nobat pertama Bendahara dan anak raja -raja … Adat Perkahwinan Diraja -Menghantar belanja -Bersanding Perkahwinan Sultan Mansur Syah dengan puteri Majapahit, Raden Galuh Cendera Kirana. Majlis berlansung 40 hari 40 malam. Pelbagai bunyi -bunyian, permainan dan hiburan diadakan. Sultan Mahmud Syah meminang Puteri Gunung Ledang Misalnya perkahwinan antara Raja Omar dengan Raja Fatimah, bermula dengan menghantar sirih pinang dan emas belanja oleh Raja Omar kepada Raja Fatimah, perarakan dengan gajah dan akad nikah oleh kadi. Pasangan pengantin lelaki dan perempuan akan naik pelamin utnuk bersanding seperti persandingan Hang Hussain Cengang, Raja Iskandar dengan Puteri Syahrul -Bariah dan Raja Omar dengan Raja Fatimah dihiasi dengan pakaian kerajaan yang bertahtakan ratna mutu intan baiduri. Kemudian Raja Omar dinaikkan ke atas gajah dan diarak dengan bunyi -bunyian. Sambutan perkahwinan Diraja disambut dengan meriah sekali.
35 JIKA SOALAN BERTANYAKAN ASPEK BUDAYA PERKAHWINAN MAKA FAKTA AKAN BERKAITAN DENGAN PERKAHWINAN SAHAJA SEPERTI DI BAWAH -Makan beradap -Bersiram -Berjaga-jaga/Berpesta Situasi ini dapat digambarkan melalui petikan teks di bawah: Setelah genaplah empat puluh hari empat puluh malam berjagajaga itu, kepada keesokan harinya, maka Raja Omar dan Raja Fatimah pun dihiasi oranglah dengan pakaian kerajaan kerajaan yang bertahtakan ratna mutu intan baiduri. Setelah itu maka Raja Omar pun dinaikkan orang ke atas gajah, Tun Nara Wangsa di kepala, dan Tun Mat Ali, anak Laksamana Hang Nadim di buntut; maka diaraklah dengan selengkap alat kerajaan dan dengan segala bunyi-bunyian, gendang, serunai, nafiri, negara, madeli, terlalu azamat bunyinya, bercampur dengan bunyi bedil pegawai istinggar, seperti kacang direndang; diarak lalu ke dalam, maka gajah pun terkepillah di astaka balai.maka Sultan Alau’d-Din sendiri menyambut tangan anakanda baginda, Rja Omar, sebelah kanan dan Bendahara sebelah kiri, dipimpin ke seri balai, didudukkan di atas ciu yang keemasan; maka tampillah kadi menikahkan baginda. Pasangan pengantin akan saling suap menyuap sesama mereka. Contoh Raja Omar meyuap Raja Fatimah Ketika makan beradap. Pasangan pengantin akan menjalani majlis bersiran selama 3 hari berkahwin seperti yang dilakukan oleh Seri Teri Buana Adat ini dimulakan dengan adat meminang dan adat berjaga-jaga selama empat puluh hari empat puluh malam. Setelah selesai adat berjaga-jaga itu barulah diadakan majlis akad nikah. Berpesta dengan bunyi-bunyian, kerbau, lembu, kambing, ayam dan angsa disajikan. Bersukan dan beriadah permainan Beberapa jenis permainan dimainkan oleh masyarakat Melayu. Contoh Catur oleh Tun Bahara, Layang-layang oleh anak Sultan Mahmud Syah, sepak raga oleh Tun Besar dan Raja Maluku, “Berkeliling gelagat dimainkan oleh Tun Bijaya Sura. Adat menyambut kelahiran bayi / Melenggan perut / Berkhatan / Bercukur Bayi yang lahir dimandikan, diazan, dicukur dan paluan gendang dibunyikan bagi meraikan kelahirannya seperti yang berlaku kepada kelahiran Raja Ali, Putera Sultan Mahmud syah dengan Tun Fatimah.
36 Budaya berkerja / Berniaga / Berburu / Menangkap ikan dan bertani Tun Mutahir, Tun Perak bendahara Melaka Maharaja Dewa Sura – menjinakkan dan menjaga gajah Raja Kassim – mengail ikan Penternakan / Perdagangan dll Makanan Tradisi / Kuih Bikang Nasi kunyit yang dimakan oleh orang-orang kesayangan Sultan Ahmad Syah Tun Jana Khatib dibunuh dihujung negeri Singapura dan berdekatan dengan tempat orang membuat kuih bikang Budaya menuntut ilmu Murid mencari guru, menghormati guru untuk menuntut ilmu agama. Contoh Sultan Mahmud merendah diri untuk menuntut ilmu agama dengan Maulana Yusoff dan Makhdum Sadar Jahan. Anak-anak Raja Muzaffar (anakanda Sultan Mahmud Syah) diserahkan untuk mengaji kepada seorang mualim. Gotong-royong/ Kerjasama / tolong menolong / bantu Setiap lapisan masyarakat bergotong-royong dan saling bantu melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan agar menjadi ringan dan siap dengan cepat. Contoh masyarakat membantu menyiapkan istana Sultan Mansur Syah Seni Bina Melayu Membina Istana Sultan Mansur Syah meminta dibina istana bagim menggantikan istana sedia ada sebab baginda tidak berkenan dengan istana tersebut. Hal ini kerana istana tersebut ada kaitan dengan Hang Jebat. Istana Baharu diberi nama “Mahligai Hawa Nafsu” Adat makan sirih Sirih diterima /dimakan Ketika menyembah menerima arahan/titah tertentu daripada raja atau meraikan tetamu. Contoh Sultan Muzaffar Syah mengambil sirih daripada puan lalu diberikan kepada Tun Perak, Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja Tun Isap dianugerahkan sirih di puan daripada Sultan Mahmud. Adat berkabung Adat kemangkatan raja Berkabung 40 hari dan tiada dipersembahkan nobat apabila berlakunya kemangkatan keluarga Diraja. Contoh Ketika kemangkatan Raden Kelang, anak Sultan Mansur Syah dan Sultan Mahmud Syah.
37 INI CONTOH SOALAN YANG BERKEHENDAKAN FAKTA YANG BERKAIT DENGAN PERKAHWINAN SAHAJA Pengenalan 1. Konsep budaya perkahwinan Diraja 2. Latar belakang Raja Fatimah dan Raja Omar 3. Isi-isi penting Kehendak soalan 1. Fakta Budaya Perkahwinan Diraja dalam Masyarakat Melayu ( wajib kait dengan perkahwinan sahaja) 2. Ayat kepentingan (boleh dimasukkan untuk memberi penekanan kepada budaya perkahwinan tersebut) 3. Ayat huraian tentang budaya perkahwinan Diraja Melayu 4. Contoh SS-Raja Omar dan Raja Fatimah 5. Ayat kesan kait dengan masyarakat Menghantar sirih junjung dan wang hantaran / belanja. Sirih junjung dan wang hantaran merupakan adat masyarakat Melayu yang perlu ada ketika hendak meminang seseorang. Semua ini juga adalah kelengkapan yang disediakan oleh pihak lelaki sebagai permulaan dalam upacara istiadat perkahwinan. Aspek ini adalah antara budaya yang dipaparkan dalam majlis perkahwinan Raja Omar dengan Raja Fatimah dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Hal ini diperlihatkan oleh Sultan Pahang (keluarga pihak lelaki) yang bersegera menghantar sireh dengan emas belanja kepada bakal pengantin perempuan iaitu Raja Fatimah. Pelaksanaan istiadat ini penting bagi menonjolkan ketinggian budi bicara adab sopan masyarakat Melayu sekaligus membentuk masyarakat berintegriti bagi menjamin kelangsungan adat serta meneruskan budaya agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Oleh itu adat istiadat ini perlu diteruskan agar masyarakat kini faham tentang adat dan budaya masyarakat Melayu dahulu. Adat berjaga / Berpesta / Pertunjukkan/persembahan bagi memeriahkan majlis perkahwinan. Majlis perkahwinan Diraja Melayu akan diraikan selama 40 hari 40 malam. Pada sebelah malam akan diadakan adat berjaga-jaga. Pelbagai jenis kegiatan permainan, persembahan nyanyian, tarian dan jamuan makan akan diadakan sepanjang malam berjaga-jaga. Adat ini diadakan untuk menimbulkan keseronokkan dan hiburan kepada seluruh rakyat bagi memeriahkan majlis perkahwinan. Sepanjang tempoh perkahwinan Raja Omar dengan Raja Fatimah diiringi dengan bermacam-macam jenis permainan, bunyi-bunyian seperti nafiri, kerbau, lembu, kambing, ayam dan angsa disajikan. Kesemua aktiviti-aktiviti dibawa masuk untuk menghiburkan masyarakat sebagai tanda kegembiraan untuk menyambut hari bahagia pasangan pengantin. Setelah selesai adat berjaga-jaga itu barulah diadakan majlis akad nikah. Oleh itu, adat ini perlu diteruskan agar masyarakat dapat menghargai antara satu sama lain dan masyarakat dapat memahami kosep bekerjasama sambal berhidur. 1. “Aspek budaya perkahwinan turut dipaparkan dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).” berdasarkan petikan di atas huraikan aspek budaya majlis perkahwinan Raja Omar dan Raja Fatimah dalam konteks pembangunan masyarakat
38 Majlis akad nikah. Tampillah kadi menikahkan baginda (Raja Omar dan Raja Fatimah). Persandingan. Raja Omar didudukkan di kanan Raja Fatimah. Pasangan pengantin lelaki dan perempuan akan naik pelamin utnuk bersanding seperti persandingan Hang Hussain Cengang, Raja Iskandar dengan Puteri Syahrul-Bariah dan Raja Omar dengan Raja Fatimah dihiasi dengan pakaian kerajaan yang bertahtakan ratna mutu intan baiduri. Kemudian Raja Omar dinaikkan ke atas gajah dan diarak dengan bunyi-bunyian. Sambutan perkahwinan Diraja disambut dengan meriah sekali. Perkahwinan Sultan Mansur Syah dengan puteri Majapahit, Raden Galuh Cendera Kirana. Majlis berlansung 40 hari 40 malam. Pelbagai bunyi-bunyian, permainan dan hiburan diadakan. Makan beradap. Nasi adap-adap yang berperhiasan dihidang serta dijamu kepada pengantin. Majlis keramaian. Alat muzik dengan aneka bunyian dibawa masuk ke kawasan istana oleh segala pembesar dan dimainkan selama 40 hari 40 malam di dalam majlis keramaian sebagai tanda keraian. Aktiviti sebegini adalah sebagai tanda bersuka ria kalangan semua pihak yang terlibat dengan kerja-kerja persiapan untuk majlis perkahwinan tersebut. Contohnya tujuh pucuk bedil dipasang setiap pagi dan petang. Jelas terlihat aspek norma budaya sebegini membawa kepada pemupukan sikap kerjasama dan muafakat kalangan anggota masyarakat sekaligus memantapkan perpaduan serta mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian. Majlis bertandang. Pengantin lelaki iaitu Raja Omar dinaikkan ke atas gajah yang merupakan kenderaan digunakannya untuk majlis bertandan. Tun Wangsa dikepala, Tun Mat Ali (anak laksaman Hang Nadim) dibuntut. Kemudian diarakkan dengan selengkap alat kerajaan dan dengan segala bunyi-bunyian gendang, serunai nafiri, nagara, madeli terlalu azmat bunyinya bercampur dengan bunyi bedil pegawai istinggar, seperti kacang direndang. Diarak ke dalam istana, setelah tiba Raja Omar disambut oleh Sultan Alau’d-Din di kanan dan bendahara di kiri sambil dipimpin ke seri balai dan didudukkan di atas ciu yang keemasan. Kenduri/jamuan. Beberapa ratus kerbau, lembu dan kambing disembelih untuk kenduri/jamuan. Haiwan-haiwan sembelihan ini dijadikan lauk dan makanan untuk dijamu kepada semua pihak yang terlibat dalam persiapan majlis perkahwinan Raja Fatimah dan Raja Omar. Menghias pengantin dengan pakaian rasmi. Pasangan pengantin iaitu Raja Omar dan Raja Fatimah dihiasi dengan pakaian rasmi/pakaian kerajaan yang indah bertatahkan permata ratna mutu intan baiduri.
39 INI CONTOH SOALAN YANG BERKEHENDAKKAN FAKTA TENTANG BUDAYA SECARA UMUM. MAKNANYA SEMUA FAKTA SEPERTI DI MUKA SURAT 28 – 36 BOLEH DITERIMA. Pengenalan 1.Definisi konsep Budaya Budaya -tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi melalui cara berfikir, tingkah laku, bertindak dan sebagainya. Budaya juga merangkumi adat, pakaian, cerita, tingkah laku yang dikongsi oleh sesebuah masyarakat. 2. Tema SS 3. Isi-isi penting Istiadat pertabalan Diraja. Raja akan ditabalkan mengikut adat istiada pertabalan. Contoh pertabalan Raja Ali (274) Gotong royong / Kerjasama / Tolong menolong. Setiap lapisan masyarakat bergotong-royong dan saling bantu melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan agar menjadi ringan dan siap dengan cepat. Contoh masyarakat membantu menyiapkan istana Sultan Mansur Syah Budaya menuntut ilmu. Murid mencari guru, menghormati guru untuk menuntut ilmu agama. Contoh Sultan Mahmud merendah diri untuk menuntut ilmu agama dengan Maulana Yusoff dan Makhdum Sadar Jahan. Anak-anak Raja Muzaffar (anakanda Sultan Mahmud Syah) diserahkan untuk mengaji kepada seorang mualim. Budaya Mengarak Sejadah. Pada waktu siangnya sejadah akan diarak ke masjid. Temenggung akan gajah, puan serta segala alat kerajaan dan gendang akan dibawa terlebih dulu ke masjid. Keesokannya, laksamana akan mengarakkan serban. Raia-raja Melayu akan berangkat ke masjid bertengkolok dan berbaju sarung. Situasi ini dapat digambarkan melalui petikan teks di bawah: Budaya menyambut utusan dan mengarak surat. Adat menyambut utusan juga terdapat dalam Sejarah Melayu ini. Adat istiadat ini diadakan apabila kerajaan menerima kehadiran orang utusan luar yang dalam ke negeri untuk menyampai sesuatu utusan. Dalam Salalatus Salatin ada mengisahkan penerimaan surat dari Pasai atau Haru yang dijemput dengan pelbagai alat kerajaan seperti gendang, serunai, nafiri, negara, payung putih dan lain-lain lagi. Apabila surat sampai ke balai, disambut oleh hulubalang asal iaitu Kepala Bentara dari kanan. Kepala bentara yang dari kiri menyampaikan titah raja kepada utusan, Kepala Bentara yang kanan menyampaikan sembah. Jika surat dari negeri lain, sambutannya kurang sedikit. Sekadar gendang serunai dan payung kuning. Walau bagaimanapun sepersalinan tetap akan diberikan. Jika utusan raja besar yang hadir akan diberi payung kuning dan putih. Sambutan ini dibuat secara besar-besaran. 2. Berdasarkan teks “Sulalatus Salatin” (Sejarah Melayu), huraikan budaya masyarakat Melayu dalam konteks pembangunan masyarakat.
40 A. Pengenalan 1. Konsep budaya masyarakat Melayu yang masih utuh diamalkan Aspek hidup manusia, baik dalam bentuk fikiran, kepercayaan, perlakuan ataupun penghasilan dalam sesuatu masyarakat diwarisin turun-temurun. kebudayaan termasuklah bentuk sosial, politik, adat dan istiadat serta ekonomi sesebuah negara masyarakat daripada perkataan Sanskrit buddayah - kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal 2. Tema SBDKL 3. Isi-isi penting Kehendak soalan 1. Fakta Budaya Masyarakat Melayu ( Tak boleh masyarakat lain) 2. Ayat kepentingan (boleh dimasukkan untuk memberi penekanan kepada budaya yang diamalkan) 3. Ayat penjelasan macam mana budaya itu masih utuh diamalkan 4. Contoh SBDKL5. Ayat kesan apabila diamalkan ( kait dengan masyarakat dalam contoh) Budaya Melayu semasa upacara meminang dan perkahwinan. Budaya meminang dan berkahwin kekal sehingga kini dan masih diamalkan oleh masyarakat Melayu. Budaya ini penting untuk menjaga adat dan budaya Melayu agar tidak dilupakan oleh generasi muda. Hal ini dapat dilihat dalam majlis merisik, meminang dan perkahwinan Mahani dengan Rahim. Sebelum Mahani ditunangkan secara rasmi dengan Rahim, rombongan merisik daripada Datuk Mahmud datang berkunjung ke rumah Tan Sri Aris. Semasa upacara meminang Mahani, ada acara berbalas pantun antara wakil pihak lelaki dan perempuan, acara menyarung cincin pertunangan dan penyerahan pelbagai barang hantaran. Jelaslah di sini, budaya meminang dan perkahwinan perlu diteruskan oleh generasi kini agar dapat mewujudkan rasa hormat dan patuh dalam kalangan masyarakat. Menghormati dan menunjukkan budaya taat setia kepada pemimpin / Adat Menyambut Hari Keputeraan Diraja. Raja merupakan hireaki yang tertinggi dalam susun lapis masyarakat. Rakyat perlu menunjukkan rasa taat dan kasih kepada raja. Salah satu cara menunjukkan rasa taat dan kasih ialah dengan menyambut hari keputeraan baginda. Hal ini penting untuk melahirkan untuk menunjukkan penghormatan rakyat terhadap raja /golongan pemimpin. Penduduk Kampung Pulai bergotong royong mengadakan majlis untuk menyambut hari keputeraan raja. En. Muhammad juga telah memberi sumbangan sebanyak RM 10,000.00 untuk menjayakan majlis tersebut. Dengan ini, rakyat dan raja akan berpisah tiada dan rakyat akan sentiasa menjunjung rasa hormat kepada golongan pemimpin. 3. Novel Saudagar Besar dari Kuala lumpur karya Keris Mas turut memaparkan budaya masyarakat Melayu yang masih utuh diamalkan. Jelaskan. [25M]
41 Sistem sapaan / sistem panggilan/ Anugerah gelaran dalam masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu selalunya memberi gelaran tertentu bagi menghormati kedudukan golongan tertentu, seperti YB Mohd Yusof, Tan Sri Syed Aris, Penghulu Mahmud, imam saad dsb. Penentuan jodoh oleh golongan tua. Golongan muda menentang penguasaan golongan tua yang masih menentukan jodoh anak mereka secara mutlak. Sejajar dengan tuntutan zaman, golongan muda berfikiran mereka lebih berhak dalam menentukan pasangan jodoh mereka sendiri. Mahani dengan Rahim ditentukan jodoh Semangat bergotong-royong dan bekerjasama dalam menjayakan majlis. Semasa lawatan Sultan penduduk kampung Pulai bergotong-royong membuat persediaan menyambut kedatangan baginda. (hlm. 34) Gotong-royong juga turut diadakan di masjid kampung Pulai bagi mendengar ucapan YB. Mohd Yusof dan En. Muhammad berhubung dengan penempatan ke rancangan Felda (hlm. 171) Majlis perkahwinan Melayu secara sederhana bagi golongan muda (hlm. 209-210). Golongan muda tidak sukakan majlis perkahwinan dibuat secara besar-besaran yang membawa kepada pembaziran. Misalnya Mahani tidak suka majlis perkahwinannya nanti dibuat begitu besar, sebaliknya secara sederhana sahaja sesuai dengan tuntutan agama. Adat Ziarah Menziarahi
42 LATIHAN- UNTUK SOALAN SETERUSNYA CUBA PELAJAR HIGHLIGHTKAN APA KEHEENDAK SOALAN MENGIKUT WARNA YANG TELAH DITETAPKAN KEMUDIAN LIHAT PENGENALAN DAN JAWAPAN. ADAKAH SUDAH MENEPATI KEHENDAK SOALAN ATAU TIDAK. PELAJAR BOLEH BERBINCANG DENGAN GURU PELAJAR. Kehendak soalan 1. Fakta budaya 2. Ayat kepentingan 3. Ayat huraian 4. Contoh watak En MUhammad 5. Ayat kesan yang kait dengan masyarakat kini Cadangan jawapan A Pendahuluan [3] 1 Budaya rangkuman segala aspek hidup manusia, baik dalam bentuk fikiran, kepercayaan, perlakuan ataupun penghasilan dalam sesuatu masyarakat yang diterima oleh sebahagian besar anggotanya dan diwarisinya turun- temurun. 2 Latar belakang Encik Muhammad. 3 Menyenaraikan kelima-lima isi jawapan yang hendak dikemukakan B Isi [20] Menghormati orang tua/tetamu Memuliakan kehadiran tetamu undangan yang dijemput dengan memberi penghormatan dengan cara mempersilakan mereka dengan cara yang paling bersopan menyebabkan tetamu berasa dihargai dan ini membentuk akhlak yang mulia. Encik Muhammad selaku tuan rumah telah mempersilakan para tetamu yang dijemput dan beramah mesra dengan mereka meskipun ada dalam kalangan mereka tidak dikenalinya bagi meraikan perkahwinan antara Sudin dengan Gayah. Budaya perkahwinan. Ikatan perkahwinan bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturrahim antara dua keluarga, bahkan dapat juga melahirkan keharmonian dalam masyarakat. Tindakan Encik Muhammad mengadakan majlis perkahwinan Gayah dan Sudin di kediamannya telah mengeratkan hubungannya dengan penduduk Kampung. Pulai. Kenduri perkahwinan Gayah dan Sudin dilakukan secara bergotong royong ahli keluarga. 4 Aspek budaya penting dalam konteks pembangunan masyarakat kini. Huraikan pernyataan tersebut berdasarkan watak Encik Muhammad dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. [25]
43 Budaya ziarah menziarahi. Sikap ini akan melahirkan anggota masyarakat yang berbudi bahasa dan dihormati oleh anggota masyarakat yang lain. Disamping itu juga ianya dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan anggota masyarakat. Contohnya Encik Muhammad melawat Lebai Maarup di hospital. Lawatan Encik Muhammad ini mengeratkan hubungan silaturahim antaranya dengan Lebai Maarup atau En Muhammad menzirahi Penghulu Mahmud untuk bertanya khabar dan memberitahu cadangannya untuk membuka lading orkid di Jeram Medang, Mahani menziarahi Cik Puan Tipah. Makanan Masyarakat Melayu tradisional. Mengingati makanan kegemaran seseorang dapat melahirkan masyarakat yang penyayang dan berasa dihormati. Encik Muhammad berasa gembira apabila Cik Puan Tipah memasak makanan kegemarannya ikan baung gulai tempoyak. Menghormati guru/ulama. Sikap ini dapat melahirkan masyarakat yang beradab dan disanjung tinggi Contohnya Encik Muhammad menghormati Lebai Maarup yang mempunyai ilmu dalam bidang keagamaan. Oleh itu beliau menerima cadangan Lebai Maarup untuk mewakafkan tanahnya bagi pembinaan surau dan aktiviti keagamaan. Budaya Pertabalan pembesar wilayah/Adat menyambut Hari Keputeraan. Adat istiadat pertabalan pembesar wilayah dapat melahirkan anggota masyarakat yang menghormati pemimpin dan saling bekerjasama antara satu sama lain. Contohnya Encik Muhammad bersama abangnya, Penghulu Mahmud berada di Kg Pulai selama tiga hari untuk membuat persiapan sambutan Duli Yang maha Mulia Sultan. Menuntut ilmu. Budaya menuntut ilmu akan melahirkan masyarakat yang berilmu, maju dan berkerjaya. Contohnya, Encik Muhammad tidak mengabaikan pendidikan anak-anak telah menghantar anaknya Rahim ke luar negeri untuk menuntut ilmu dalam bidang pengurusan dagang. Panggilan pangkat kelahiran/kekeluargaan. Panggilan pangkat kelahiran/kekeluargaan akan melahirkan masyarakat yang beradab, berkasih sayang, dan disanjung tinggi. Ianya juga dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan kemesraan antara anggota masyarakat. Contohnya Muhammad meminta Mahani memanggilnya dengan panggilan pakcik bukannya tuan sebagai tanda hormat, kerana Mahani adalah anak sahabatnya /panggilan Pak su di kalangan anak-anak saudaranya. Budaya berniaga. Budaya ini dapat melahirkan masyarakat yang maju dan berpendapatan tinggi. Contohnya Encik Muhammad berkongsi perniagaan dengan Datuk Tan dengan membuka Firma Serba Dagang Internasional untuk mengeksport lada hitam ke Jerman. Isterinya, Cik Puan Tipah juga telah membuka ladang orkid.
44 B) Perpaduan Mengenal pasti elemen pemantapan perpaduan masyarakat majmuk. Perkataan “perpaduan” ini asalnya dari perkataan “padu” iaitu “mampat”, “pejal” dan “padat”. Perpaduan sebenarnya ialah penggabungan. Perihal bergabung menjadi satu atau persatuan. Lawan bagi “perpaduan” ialah “permusuhan”, “kehancuran” dan “perpecahan”. Jadi, perpaduan adalah hubungan yang baik, erat yang boleh mendorong wujudnya amalan kerjasama. Elemen Pemantapan Perpaduan Kepentingan Watak dan Peristiwa Kesan Pada Masyarakat Teks / Kini Kasih sayang dipupuk menerusi ikatan perkahwinan Mengelakkan perpecahan kaum Menjamin kedaulatan raja, bangsa dan negara mengekalkan institusi diraja sebagai lambang perpaduan mengeratkan hubungan dan perpaduan dengan masyarakat negara lain menyatu padukan keluarga, masyarakat yang bermusuhan menjalinkan keamanan dan keharmonian dalam Ikatan perkahwinan dapat mewujudkan perpaduan kerana ia dapat memupuk perasaan kasih sayang, merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dan mengelakkan perpecahan. Contoh perkahwinan antara Mani Purindam dengan Ratna Sandari anak Seri Nara Diraja dapat mengeratkan hubungan antara 2 pihak yang berkedudukan dalam masyarakat. Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan. Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada Negara Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum Mengurangkan jurang perbezaan antara kaum. Kerjasama memajukan ekonomi menerusi perniagaan Perdagangan Arab Parsi – rempah ratus Perdagangan dengan China – tembikar Perdagangan dengan Benua Keling – Hang Nadim – kain -wujudkan perpaduan dengan negara luar Bertolak ansur /menjalinkan hubungan diplomatik menerusi politik / system pentadbiran Melalui politik, perpaduan dapat memupuk sifat tolak ansur demi kesejahteraan dan keharmonian masyarakat. Tanpa perpaduan yang kukuh pasti keadaan politik sesebuah negara tidak akan stabil dan menjejaskan keharmonian pelbagai kaum. Contoh pelantikan Tun Perak (Melayu) menggantikan Tun Ali (berketurunan India Muslim) telah menyatukan dua pihak yang bertelingkah. Jelaslah, kestabilan politik dapat mewujudkan perpaduan antara pelbagai kaum di Malaysia yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India. Hubungan diplomatik dengan negara luar seperti China, Majapahit, dan Siam PEMBANGUNAN MASYARAKAT : SOSIAL - PERPADUAN
45 Pembelajaran dan penyebaran ilmu mewujudkan komunikasi dan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum Penyebaran agama Islam oleh pendakwah Arab ke alam Melayu mewujudkan perkongsian ilmu agama. Nilai-nilai dan amalan keagamaan yang menyeru masyarakat ke arah kebaikan dapat memupuk perpaduan. Contoh Penyebaran agama Islam oleh Syed Abdul Aziz kepada Sultan dan rakyat Melaka Pendidikan memberi peluang kepada masyarakat berkongsi ilmu dan berinteraksi antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, pangkat dan kedudukan. Contoh Maulana Abu Bakar yang membawa Kitab Duri’l Mazlum, ke Melaka telah disambut baik oleh Sultan Mansur Syah. Baginda dan para pembesar berguru dengan Maulana tersebut. Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara Aspek budaya menerusi elemen hormatmenghormati Aspek sosial menerusi elemen ketaatan kepada raja Budaya Melayu menitikberatkan perbuatan menghormati dan melayan tetamu dengan baik, terutama melayan tetamu dari golongan ulama. Budaya ini memupuk perpaduan antara rakyat jelata yang rata-rata terdiri daripada orang Melayu dan alim ulamak berbangsa Arab. Contoh Semasa kedatangan Maulana Abu bakar ke Melaka membawa Kitab Duri’l Mazlum sangat dipermuliakan oleh Sultan Mansur Syah dan rakyat Melaka. Kitab dibawa ke balairung dan maulana dibawa ke istana. Ketaatan rakyat kepada pemerintah menunjukkan hubungan yang harmonis antara kedua belah pihak. Contoh apabila Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara membuat istana dan balairung, semua rakyat jelata tanpa mengira bangsa taat menurut perintah sehingga pembinaan itu siap dalam masa sebulan. (ms 145)
46 UNTUK MENJAWAB SOALAN PERPADUAN, CONTOH KEPADA FAKTA PERLU MEMPUNYAI 2 ATAU LEBIH KAUM YANG BERBEZA BAGI MENUNJUKKAN PERPADUAN YANG ADA. Pengenalan Definisi/konsep perpaduan Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka Watak perwatakan Dalam SBDKL Isi-isi penting Kehendak soalan 1. Fakta perpaduan 2. Ayat kepentingan 3. Ayat perbandingan 4. Contoh watak En Muhammad 5. Ayat kesan yang kait dengan masyarakat kini Perpaduan dapat dicapai menerusi Kerjasama di antara rakyat yang berbilang kaum melalui perniagaan / perdagangan. Kerjasama yang wujud menerusi perniagaan dapat dilihat menerusi watak Datuk Tan dan En. Muhammad. Perpaduan haruslah diterapkan dalam masyarakat untuk mewujudkan masyarakat yang membangun dan berdaya saing. Sekiranya perpaduan tidak diterapkan dalam diri masyarakat maka tidak wujudnya persefahaman antara kaum. Sebagai contoh, Encik Muhammad dan Datuk Tan telah menjadi rakan kongsi dalam perniagaan lada hitam dan telah memajukan syarikat tersebut hingga peringkat antarabangsa. Kesannya perniagaan masyarakat semakin berkembang dan dapat membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat disekelilingnya. Kesimpulannya, nilai Kerjasama perlu diterapkan dalam masyarakat /masyarakat kini perlu agar wujudnya perpaduan dan berjaya meningkatkan taraf hidup dalam bidang perniagaan . Fakta Huraian peristiwa (ayat hurai ini satu dah memadai) Watak / contoh Kesimpulan kecil/ Kesan untuk masyarakat Kepentingan perbincangan / Ulasan
47 Menuntut ilmu dan menghormati orang yang berilmu dapat membantu pembentukan perpaduan. Menghormati orang yang berilmu dan menuntut ilmu bersama-sama dapat memupuk nilai-nilai murni dan kesefahaman dalam masyarakat meskipun berbeza kaum. Melalui ilmu, masyarakat dididik dengan sifat-sifat yang baik seperti hormat-menghormati, kesefahaman dan bertolak ansur seperti yang dilihat dalam ilmu agama, ilmu pengurusan dan lain-lain lagi. Sekiranya nilai menuntut ilmu tidak diterapkan dalam diri masyakat sudah pasti perpaduan tidak dapat dicapai dan masyarakat akan bermusuhan sesama sendiri. Perpaduan dalam menuntut ilmu penting agar masyarakat dapat meningkatkan pengetahuan dan kejayaan bersama-sama. Rahim dan Rodert Bersama-sama menuntut ilmu dari sekolah rendah hingga melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kesefahaman dan kesepakatan dalam menimba ilmu menjadikan hubungan mereka semakin erat meskipun mereka berbeza bangsa dan agama. Jelaslah di sini elemen menuntut ilmu dan menghormati orang yang berilmu dapat mewujudkan perpaduan dan perpaduan ini perlu agar masyarakat dapat menceburi bidang pekerjaan yang baik setelah memperoleh ilmu. Elemen kasih sayang dalam perkahwinan dapat membentuk perpaduan. Hal ini jelas dilihat menerusi perkahwinan Sudin dan Gayah. Perkahwinan mereka dapat membentuk perpaduan dalam sesebuah masyarakat yang telah lama berseketa. Contohnya, perkahwinan antara Gayah dan Sudin dapat menyatupadukan semula dua buah keluarga yang yang telah lama tidak bertegur sapa. Sekiranya perkahwinan ini tidak berlaku, maka dua buah keluarga tersebut tidak dapat di satukan. Apabila perpaduan dicapai menerusi perkahwinan, ikatan tali persaudaraan dapat dieratkan. Masyarakat kini perlu mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Jelaslah di sini bahawa kasih sayang dalam ikatan perkahwinan mampu memberi perpaduan dalam masyarakat dan masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan sejahtera Persahabatan merupakan jalinan hubungan antara dua individu atau lebih dalam sesebuah komuniti yang berbilang bangsa. Contoh Rahim, Mahani dan Robert bersahabat bersama sejak kecil. Bila dewasa Robert dan Rahim melanjutkan pelajar ke luar negara bersama. Jika tidak kemungkinan perpaduan antara kaum tidak dapat di capai. NIlai persahabatan penting untuk mengekalkan keharmonian. Oleh ittu masyarakat kini perlu memupuk nilai ini di dalam diri anak-anak mereka sedari kecil agar hubungan erat akan senantiasa wujud dan tidak timbul isu perkauman. Oleh itu...... Masyarakat yang bekerjasama semasa menyambut / majlis sambutan puja umur. Melalui semangat kerjasama perpaduan dapat dipupuk dalam sebuah komuniti. sekiranya masyarakat tidak berkerjasama maka, masyarakat yang harmoni tidak dapat diwujudkan. Hal ini dapat dibuktikan melalui sikap kerjasama pendudk Kampung Pulai dalam majlis Sambutan Kedatangan Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk memberi gelaran Orang Kaya Indera kepada Penghulu Mahmud. Kerjasama menyatukan masyarakat dan jiran tetangga. Oleh itu, nilai ini perlu diamalkan sehingga kini. Kesimpulannya perpaduan yang mantap dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang membangun.(Rumusan keseluruhan) Oleh itu, melalui peristiwa yang telah dibincangkan dalam novel SBDKL dapat diaplikasikan dalam masyarakat hari ini. Hal ini tersebut dapat mejadikan masyarakat hari ini lebih mementingkan sikap perpaduan dalam sesebuah Negara.(Harapan) - dapat markah penuh
48 Pendahuluan Definisi/konsep perpaduan - Perpaduan – perihal berpadu atau penggabungan benerapa ciri untuk mencapai matlamat tertentu. - Rakyat beranding bahu untuk melahirkan sesuatu dan menyelesaikan masalah secara musyawarah. - Penting dalam masyarakat berbilang kaum, agama & budaya bg menjamin keamanan & mengelakkan perpecahan. Watak perwatakan Dalam SS Isi-isi penting Kehendak soalan 1. Fakta elemen perpaduan 2. Ayat huraian (nak letak boleh untuk memantapkan penerangan fakta) 2. Ayat kepentingan 3. Ayat perbandingan 4. Contoh watak dan peristiwa yang ada dalam SS 5. Ayat kesan yang kait dengan masyarakat kini Bekerjasama mempertahankan Negara Dari Ancaman musuh dapat memantapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Masyarakat bekerjasama berganding bahu untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau melakukan sesuatu perkara secara bersama adalah masyarakat yang maju dan berjaya. Masyarakat akan hidup dalam aman dan damai sesama kaum. Jika tidak bekerjasama sst pekerjaan dlm sesebuah masyarakat menjadi rumit & tidak dapat diselesaikan dengan sempurna. Melaka merupakan sebuah kerajaan yang didiami oleh oleh pelbagai etnik/kaum. Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab setiap anggota masyarakatnya untuk mempertahankan kedaulatan Melaka apabila Melaka dan jajahannya diancam oleh musuh sama ada dari dalam atau luar negara, Hal ini dapat dilihat apabila Saidi Arab, Mia Ruzul, Laksamana Khoja Hassan dan sebagainya mempertahankan Melaka dan negeri naungannya dari ancaman musuh. Elemen bekerjasama penting dalam pembangunan masyarakat kini kerana mellui kerjaasama masyarakat dapat mencaai kejayaan dalam aktiviti yang dilakukan. Oleh itu masyarakat kini haruslah memiliki sikap berkerjasama agar dapat memupuk perpaduan dan menjadikan masyarakat kini hidup dalam keadaan anam dan sejahtera. 2. Dalam teks Sulalatus Salatin terdapat elemen-elemen perpaduan. Bincangkan elemen- elemen perpaduan yang membawa kepada pembangunan masyarakat kini? (25m) SOALAN BERKEHENDAKKAN ELEMEN-ELEMEN PERPADUAN. PELAJAR JUGA HARUS MEMBINCANGKAN ELEMEN TERSEBUT DAN KAITKAN DENGAN CONTOH PERISTIWA YANG ADA DALAM TEKS SULALATUS SALATIN. KEMUDIAN PELAJAR WAJIB KAITKAN DENGAN MASYARAKAT KINI UNTUK AYAT KESAN. AYAT YANG LAIN JUGA BOLEH DIKAITKAN DENGAN MASYARAKAT KINI.
49 Bekerjasama memajukan dan membangunkan sektor ekonomi. Masyarakat yang sentiasa berganding bahu untuk memajukan dan membangunkan sektor ekonomi akan melahirkan masyarakat yang maju dan berdaya saing. Usaha memacukan pertumbuhan ekonomi negara akan melahirkan masyarakat yang prihatin dan sentiasa bersyukur dengan kemakmuran ekonomi yang dikecapi. Golongan Tamil Muslim, Arab, Melayu dan sebagainya telah bekerjasama memajukan sektor ekonomi Melaka khususnya dalam kegiatan perdagangan. Raja Mandeliar (Syahbandar) bekerjasama dengan Tun Mutahir (bendahara) untuk memajukan Melaka dalam bidang perdagangan di Melaka. Sikap bekerjasama yang dinyatakan mampu melahirkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Elemen tolong menolong amat penting dalam pembangunan masyarakat kini bagi memupuk nilai sikap saling membantu dalam masyarakat. Oleh itu… Bertolak ansur Sepakat dalam menyelesaikan masalah / apabila berhadapan dengan konflik dalam pentadbiran. Elemen perpaduan iaitu bertolak ansur dapat mengelakkan perpecahan/mengekalkan keharmonian kaum. Melahirkan keharmonian dan kerukunan hidup antara kaum dalam sesebuah masyarakat akan mendorong kepada pembangunan masyarakat dari segala aspek kehidupan. Antaranya dapat mengwujudkan kestabilan politik, menjana kemajuan/pertumbuhan yang pesat dalam bidang ekonomi, dan membentuk hubungan sosial yang harmoni antara kelompok masyarakat. Usaha untuk mengekalkan keharmonian hidup antara kaum/etnik dalam kelompok masyarakat adalah menjadi satu kemestian supaya perpaduan antara kaum dapat dikekalkan. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah telah berlaku perselisihan antara Tun Perak (orang Melayu) dengan Seri Nara Diraja Tun Ali (Tamil-Muslim) dan amat membimbangkan baginda. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, Sultan Muzaffar Syah sanggup menceraikan isterinya Tun Kudu, yakni kakak kepada Tun Perak untuk dikahwini oleh Seri Nara Diraja Tun Ali demi mengekalkan perpaduan dan mengelakkan perpecahan dalam kalangan masyarakat. Setelah Tun Kudu berkahwin dengan Tun Ali maka wujudlah ikatan kekeluargaan antara Tun Ali dengan Tun Perak. Seri Nara Diraja telah menyerahkan jawatan Bendahara kepada Tun Perak Akhirnya wujudlah perpaduan antara puak-puak Tun Ali (Tamil Muslim) dengan puak-puak Tun Perak (orang Melayu). Disini jelas kelihatan sikap tolak ansur antara pemimpin dapat menyelesaikan konflik demi keharmornian anggota masyarakat. Kasih Sayang melalui ikatan perkahwinan juga dapat melahirkan perpaduan dalam masyarakat majmuk. Institusi kekeluargaan yang diasaskan melalui ikatan kasih sayang dalam perkahwinan, khususnya perkahwinan campur mampu mengwujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk. Perkahwinan antara dua ektik/kaum yang berbeza melahirkan rasa kasih sayang antara mereka. Hal ini akan mengwujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat dan akhirnya akan membangunkan masyarakat berkenaan sama ada dari sudut politik, ekonomi dan social. Ikatan perkahwinan antara Tun Kudu (orang Melayu) dengan Seri Nara Diraja Tun Ali (Tamil Muslim) telah melahirkan rasa kasih sayang antara mereka. Perkahwinan telah mengwujudkan ikatan kekeluargaan antara Tun Ali dengan Tun Perak yang sebelum ini berselisihan faham kerana tun Kudu adalah kakak kepada Tun Perak. Hubungan puak-puak Tun Perak (orang Melayu). Atas dasar hubungan kekeluargaan dan tolak ansur, maka Seri Nara Diraja secara sukarela telah melepaskan jawatan Bendahara dan menyerahkan jawatan tersebut kepada Tun Perak yang lebih berhak ke atas jawatan tersebut. Elemen kasih sayang sangat penting dalam masyarakat majmuk kini untuk memastikan masyarakat yang wujud masyarakat yang sentiasa mencintai antara satu sama lain & tidak bersifat individualistic. Oleh itu masyarakat kini perlu memiliki elemen sayang menyayangi dalam perkahwinan campur agar dapat mengeratkan persaudaran dari dua kaum yang berbeza. Hormat menghormati dalam kehidupan sosial masyarakat/ menghormati orang yang berilmu / Ketika menuntut ilmu. Hormat menghormati penting untuk mengelakkan pepecahan/mengekalkan keharmonian kaum. Melahirkan keharmonian dan kerukunan hidup antara kaum dalam sesebuah masyarakat. Mengwujudkan kestabilan politik, menjana kemajuan/pertumbuhan yang pesat dalam bidang ekonomi dan membentuk hubungan social yang erat dalam kelompok masyarakat. Masyarakat di Melaka seperti Melayu, Keling (Tamil Muslim), Cina, Arab, Arab Parsi dan sebagainya hidup dalam keadaan harmoni dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Elemen hormat menghormati amat penting untuk memastikan masyarakat yang wujud masyarakat yang berbudi bahasa & tahu menjaga perasaan kaum lain.
50 KESEMUA FAKTA YANG ADA DALAM MUKA SURAT 44 – 45 BOLEH DIGUNAKAN. Skema permarkahan: A. Pendahuluan [2] 1 Definisi konsep - Perpaduan bermaksud hubungan erat / sifat toleransi yang wujud di antara dua kaum bagi mencapai matlamat bersama. Penggabungan atau penyatuan dalam kaum yang berbeza untuk menjadi satu. 2 Kaum di Melaka dalam teks SS. 3 Menyatakan isi-isi Kehendak soalan 1. Fakta elemen perpaduan – sebab soalan nak bincangkan elemen perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. 2. Ayat kepentingan 3. Ayat huraian tentang elemen perpaduan kaum di Melaka yang mampu membangunkan masyarakat 4. Ayat perbincangan / ulasan / jelas boleh diletakkan untuk memantapkan lagi huraian anda 5 Contoh 2 kaum yang ada di Malaka dalam teks SS 6. Ayat kesan yang kait dengan masyarakat dalam contoh B. Isi [20] Toleransi atau sikap bertolak ansur. Masyarakat yang stabil di Melaka wujud kerana adanya elemen perpaduan di antara raja dengan pembesar, rakyat dan pedagang-pedagang luar. Elemen toleransi penting untuk menjamin kesejahteraan dan keharmonian masyarakat. Contoh, peristiwa Sultan Muzaffar Syah sanggup menceraikan isterinya Tun Kudu adalah untuk untuk mewujudkan perpaduan dikalangan pembesar serta rakyat iaitu antara Tun Perak dengan Tun Ali. Tun Kudu dikahwin dengan Tun Ali dan Tun Ali melepaskan jawatan bendahara dan diserahkan kepada Tun Perak. Pergorbanan Sultan Muzafar membawa perpaduan yang besar kepada Melaka. Jika Sultan tidak bertindak sedemikian, mungkin Melaka akan berada dalam kedaan tidak stabil dan Melaka akan menjadi lemah. Oleh itu, masyarakat seharusnya memiliki elemen toleransi agar dapat meningkatkan taraf hidup mereka kerana keadaan yang aman. 3. ‘Perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum mampu membangunkan sesebuah masyarakat.” Berdasarkan pernyataan tersebut, huraikan elemen perpaduan kaum di Melaka seperti yang terdapat dalam teks Sulalatus Salatin. [25] SOALAN BERKEHENDAKKAN “ELEMEN PERPADUAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM”. OLEH ITU HURAIAN DAN CONTOH PERISTIWA PERLU ADA MINIMA 2 KAUM YANG BERBEZA. CONTOH PERISTIWA PULA PERLU DI AMBIL PADA ZAMAN MELAKA SAHAJA DALAM TEKS SS