51 ATAU Toleransi dalam politik/pentadbiran. Perpaduan dalam kalangan masyarakat boleh terjelma melalui perkongsian kuasa dalam politik dan pentadbiran. Contohnya terdapat pelbagai etnik/kaum yang bersama-sama mentadbir Melaka. Mani Purindan keturunan Tamil-Muslim telah didudukkan setara dengan menteri sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Tun Ali yang bergelar Seri Nara Diraja adalah anak Mani Purindam telah dilantik menjadi bendahara Melaka. Begitu juga Sultan Muzaffar Syah (Raja Kassim) yang berkuturanan Tamil-Muslim dilantik menjadi Sultan. Raja Mandeliar dilantik menjadi syahbandar – Kadi Yussuf keturunan Arab dilantik menjadi kadi. Kasih Sayang dalam perkahwinan. Ikatan perkahwinan dapat mewujudkan perpaduan kerana ianya merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dan mengelakan pecah belah. Perkahwinan dalam kalangan masyarakat di Melaka terjalin melalui perkahwinan antara kaum Melayu dengan TamilMuslim, Arab, Arab-Parsi, Cina dan sebagainya. Melalui perkahwinan akan lahirlah rasa kasih sayang, hormat-menghormati, tolak ansur dan sebagainya, yang akhirnya mendorong kepada pemantapan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk. Perkahwinan juga membolehkan rakyat mendapat perlindungan daripada negara yang ada pertalian apabila diserang musuh. Contoh, Sultan Malikul Saleh telah berkahwin dengan puteri Ganggang dari Perlak. Tidak lama kemuadian Perlak telah dikalahkan oleh musuh. Hal ini menyebabkan rakyat Perlak telah melarikan diri ke Samudra. Contoh lain Seri Nara Diraja Tun Ali (Tamil Muslim) telah berkahwin dengan Tun Kudu (Melayu) telah meredakan perselisihan faham antara Seri Nara Diraja Tun Ali dengan Tun Perak. Jelaslah di sini bahawa melalui perkahwinan, akan timbul rasa hormat dan saling percaya di antara masyarakat yang berbilang kaum. Saling percaya mempercayai antara satu sama lain. Masyarakat dahulu sangat mementingkan perpaduan diantara negara kerana mereka percaya, dengan wujud perpaduan, negara itu akan aman. Nilai kepercayaan penting......Contoh, hubungan Melaka dengan Siam, Melaka dengan China, Melaka dengan Majapahit, Melaka dengan Sulawesi yang bersatu melalui hubungan diplomatik dan saling percaya mempercayai.Dengan wujudnya hubungan dan perpaduan dengan negara-negara ini Melaka terus maju. Sebaliknya jika tiada perpaduan antara negara ini mungkin Melaka akan menjadi mangsa serangan negara-negara tersebut. Oleh itu, nilai percaya perlu ada...... Hormat menghormati / menghormati guru Menghargai ilmu. Ilmu merupakan salah satu faktor kepada perpaduan antara kaum. Ilmu boleh dipelajari dengan adanya guru yang berkalibar dan berasal dari luar yang ada ilmu pengetahuan yang tinggi. Hormat menghormati dalam kalangan masyarakat terjelma melalui aktiviti dakwah dan penyebaran ilmu. Melalui elemen hormat menghormati dan menghargai ilmu maka wujudnya hubungan yang erat antara orang-orang Arab dengan komuniti lain di Melaka. Orang-orang Arab ini rata-ratanya terdiri daripada alim ulama dan pedagang yang secara tidak langsung telah menjalankan aktiviti dakwah dan mengajar ilmu agama dalam kalangan masyarakat Melaka yang pelbagai kaum itu. Contohnya, Maulana Sadar Jahan misalnya menjadi guru kepada Tun Mai Ulat Bulu, Seri Rama, dan Sultan Mahmud. Selain itu, Maulana Abu Bakar telah mengajar Sultan Mansur Syah dan anak-anaknya serta semua pembesar dan rakyat tentang kitab duril Mazlum. Ini akan menyebabkan berlakunya perpaduan antara orang Melayu dengan Orang Arab. AYAT KEPENTINGAN DAN AYAT KESAN TIDAK ADA DALAM JAWAPAN DI ATAS. PELAJAR PERLU MASUKKAN AYAT-AYAT TERSEBUT KERANA PELAJAR PERLU MENEPATI KEHENDAK SOALAN.
52 Kerjasmana / bergotong royong. Dengan adanya sambutan hari-hari penting seperti adat mengusung sejadah ke masjid pada malam sambutan tujuh likur pada 27 Ramadhan. Raja juga akan menabur wang iaitu memberi sedekah selepas menunaikan solat hari raya. Bahasa dan komunikasi yang digunakan setiap hari. Bahasa Melayu merupakan bahasa lingua fraca yang menjadi bahasa perantaraan/ perhubungan. Bahasa ini digunakan secara sistematik di kota Melaka untuk perdagangan dan komunikasi antara saudagar, pedagang. Maulana yang datang ke Melaka. Contoh dapat dilihat pada peristiwa Tun Mai Ulat Bulu belajar mengaji dengan Makhdum Sadar Jahan. Sebutan perkataan kucing dalam bahasa Melayu di antara mereka menjadi lucu apabila Makhdum tidak dapat menyebutnya dengan betul. Interaksi dan pergaulan. Pergaulan yang wujud diantara kaum yang pelbagai menerusi pelbagai bidang seperti bidang perniagaan, perdagangan dan lain-lain. Hang Nadim berlayar ke Benua Keling untuk membeli 40 kain serasah. Beliau meminta orang di sana mencanting batik namun semuanya tidak memenuhi citarasanya. Jadi beliau mencanting batik sendiri dan semua orang di Benua Keling berasa kagium dengannya. Taat setia. Makhdum Sadar Jahan menzahirkan rasa taat setia kepada Raja Melaka iaitu Sultan Mahmud syah. Makhdum bersama-sama mempertahankan Melaka dari serangan Portugis. Menghargai jasa / gelaran. Sidi Arab menerima anugerah daripada Raja Kassim Kesefahaman. Hubungan yang wujud dalam masyarakat yang berbeza asal usulnya. Dapat dilihat hubungan di antara Raja Melaka dan Puteri China. Sultan Mansur Syah menghadiahkan Bukit Cina kepada Hang Liu bagi menimbulkan kesefahaman di antara kaum Melayu dan kaum Cina. Kesannya wujud sikap bertolak ansur dalam kalangan masyarakat Melayu dan Cina. Berkerjasama dalam bidang sukan/permainan / mempertahankan Melaka. Masyarakat Bersama-sama mengangkat kedaulatan Melaka menerusi permainan seperti Tun Bahara mewakili Melaka bermain catur untuk mengalahkan lawannya. Masyarakat pelbagai kaum telah bersama-sama mempertahankan kedaulatan Melaka. Contohnya Saidi Arab yang berkuturunan telah membantu Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffah Syah dari serangan Siam dibawah pimpinan Awi Dicu. Begitu juga Mia Razul yang berkuturunan Tamil-Muslim telah membantu Melaka menentang Haru.
53 LATIHAN- UNTUK SOALAN SETERUSNYA CUBA PELAJAR HIGHLIGHTKAN APA KEHEENDAK SOALAN MENGIKUT WARNA YANG TELAH DITETAPKAN KEMUDIAN LIHAT PENGENALAN DAN JAWAPAN. ADAKAH SUDAH MENEPATI KEHENDAK SOALAN ATAU TIDAK. PELAJAR BOLEH BERBINCANG DENGAN GURU PELAJAR. A. Pendahuluan 1 Definisi konsep - Perpaduan bermaksud hubungan erat / sifat toleransi yang wujud di antara dua kaum bagi mencapai matlamat bersama. Penggabungan atau penyatuan dalam kaum yang berbeza untuk menjadi satu. 2 Perihal En.Muhammad dalam SBDKL. 3 Menyatakan isi-isi Kehendak soalan 1. Fakta bidang ekonomi berfungsi sebagai elemen permantapan perpaduan antara kaum. 2. Ayat kepentingan 3. Ayat huraian / ulasan / jelas boleh diletakkan untuk memantapkan lagi huraian anda 4. Ayat perbincangan wajib – bincang macam mana ekonomi berfungsi sebagai elemen pemantapan perpaduan. 5 Contoh 2 kaum iaitu En.Muhammad dengan kaum yang lain dalam teks SBDKL 6. Ayat kesan yang kait dengan masyarakat dalam contoh 4. Baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan yang mengikutinya: “Encik Muhammad beruntung mendapat seorang saudagar berjiwa besar seperti Datuk Tan yang sentiasa dapat memisahkan antara dagang dengan politik dan perasaan perkauman. Dia mencuba menyakinkan Tan Sri Syed Aris bahawa sokongan Datuk Tan terhadap projek lada hitamyang dikemukakannya itu bukanlah sokongan yang sama seperti yang diberikan oleh Tauke Lim. Jika Tan Sri Syed Aris curiga atas sokongan Datuk Tan kerana tujuan memelihara kepentingan saudagar-saudagar Cina dalam lapangan lada hitam, maka sokongan Datuk Tan semata-mata kerana dia yakin bahawa projek itu akan menguntungkan syarikat.” Bedasarkan petikan di atas, bincangkan bagaimana bidang ekonomi berfungsi sebagai elemen pemantapan perpaduan antara kaum dalam konteks pembangunan sesebuah masyarakat. [25]
54 Perkongsian ekuiti/saham dalam syarikat. En. Muhammad mempunyai saham 60% dalam syarikat syarikat Firma Serba Dagang Internasional. Berkongsi niaga dengan Datuk Tan Usahasama dalam perlombongan. Datuk Tan menyarankan agar dia dan En. Muhamad mengusahakan sendiri syarikat Lombong Lembah Tualang. Berpadu tenaga dalam syarikat Lombong Lembah Tualang Sebagai pekerja syarikat. i) En Muhammad sebagai Pengarah Urusan Syarikat Dagang Interprise iaitu anak syarikat Tan Enterprise ii) Mary pernah bekerja sebagai setiausaha En. Muhammad Kerjasama En Chan (Chan Builders) / YB Yusof dengan Datuk Mahmud. Cadangan pelaksanaan projek perumahan di kampung Pulai Usahasama dalam perdagangan lada hitam. Kesefahaman di antara “Orang kanan”/individu penting dalam syarikat lada hitam menyebabkan syarikat berkembang dengan maju. Rakan kongsi dalam syarikat Firma Serba Dagang Internasional
55 C) Mobiliti Mobiliti sosial merupakan pergerakan daripada satu tahap kelas sosial kepada tahap kelas sosial yang lain. Menurut Paul B. Horton dan Chester L. Hunt (1992), mobiliti sosial dapat diertikan sebagai suatu gerak perpindahan dari suatu kelas ke sosial. Pendapat ini hampir sama dengan pendapat terdahulu oleh S. A Wila Hucky (1982), yang menyatakan bahawa mobiliti sosial sebagai pergerakan individu atau berkumpulan dari suatu status ke status yang lain dalam masyarakat. Lebih lanjut mengenai mobiliti sosial ini dikemukakan oleh Kimball Young dan Raymond W.Mack, bahawa gerak sosial atau mobiliti sosial adalah suatu pergerakan dalam struktur sosial iaitu pola-pola tertentu yang mengatur organisasi suatu kelompok sosial. Struktur sosial mencakupi sifat hubungan sesame individu dan hubungan antara individu dengan kelompoknya. Mobiliti sosial – analisis perubahan / pergerakan yang dialami oleh seseorang individu daripada kedudukan yang dimiliki pada tingkat tertentu kepada kedudukan baru sama ada kedudukan yang tinggi atau rendah dalam sisitem sosial. Kategori Mobiliti Sosial (SS) Kepentingan Watak dan Peristiwa Kesan Pada Masyarakat Teks / Kini Diraja -mewujudkan perpaduan dan keharmonian -Keutuhan kestabilan / kemantapan kepimpinan - Pengiktirafan / Anugerah - mengangkat kedudukan rakyat kepada yang lebih tinggi - memberi peluang untuk memperbaiki kehidupan contoh Tun Kudu (menegak ke bawah) – bangsawan -mendamaikan permusuhan dan pertelingkahan -menggalakkan seseorang bekerja dengan lebih gigih - membebaskan diri dari hamba -mengubah nasib masyarakat Bangsawan - Tun Mutahir (mendatar) temenggung - bendahara - Tun Perak –Penghulu –Bendahara Rakyat - Hang Tuah (menegak ke atas) rakyatbangsawan - Maulana /Ulama Hamba Badang (menegak ke atas) PEMBANGUNAN MASYARAKAT : SOSIAL – MOBILITI SOSIAL
56 Jenis Mobiliti Sosial Watak dan Peristiwa Mobiliti Menegak Ke Atas perubahan status menaik ke atas (Horizontal) -contoh Tun Kudu – jadi permaisuri, Tun Fatimah – jadi permaisuri, Hang Tuah jadi hulubalang - laksamana, Badang – hamba – hulubalang-laksamana Mobiliti sosial menegak Hang Tuah.Hang Tuah merupakan pahlawan biasa Melaka tetapi diberi jawatan atas jasa beliau. Pelantikan beliau membuktikan sumbangan bakti hulubalang diiktiraf oleh raja. Ini memberi kesan pada pembangunan Negara apabila Melaka tidak lagi diancam masalah amuk. Sekiranya tidak pasti Melaka tidak berada dalam keadaan aman. Hang Tuah dilantik menjadi laksamana setelah berjasa dengan menewaskan orang yang mengamuk di Melaka Mobiliti Mendatar perubahan status dalam bentuk setara (Statik) golongan bangsawan –warisi tanggungjawab contoh Tun Perak / Tun Mutahir –anak kepada Bendahara, memiliki jawatan sebelumnya dan dinaikkan pangkat menjadi bendahara Mobiliti mendatar Tun Perak Tun Perak merupakan anak Seri Wak Raja dan pernah menjadi penghulu di Kelang, terkenal dengan kebijaksanaan akalnya, ilmunya, akhlaknya, kesetiaannya dan pandangan jauhnya atas sesuatu isu. Pelantikannya adalah kerana kepimpinannya yang telah menjadikan Melaka sebuah kerajaan yang tersohor tanpa kepimpinannya Melaka tidak akan disegani kerana mempunyai bendahara yang hebat. Tun Perak dilantik menjadi Bendahara Paduka Raja selepas mengalahkan siam semasa menjadi penghulu di Kelang. Bendahara Tun Perak -Kedudukan Bendahara hampir setaraf dengan raja. Kebesarannya je`las dilihat sewaktu raja mengadakan majlis-majlis jamuan istana. Hanya Bendahara yang layak makan sehidangan dengan anak raja. Mobiliti Menegak Ke Bawah perubahan status dari atas ke bawah (Vertical) –hanya kepada rakyat (dulu menurun) -Tun Kudu – dari permaisuri –diceraikan dan dikahwinkan dengan Tun Ali (menjadi isteri orang kebanyakan), Tun Biajid, Tun Ali –meletakan jawatan dan menjadi orang biasa Mobiliti menurun Tun Mutahir Tun Mutahir dijatuhkan hukuman bunuh bersama ahli keluarganya selepas difitnah ingin merampas takhta dengan menempah kaus emas dan ciu emas dan dianggap durhaka
57 Kategori Mobiliti Sosial (SBDKL) Kepentingan / Watak dan Peristiwa / Kesan Pada Masyarakat Teks / Kini Kesan Pada Masyarakat Teks / Kini Mobiliti sosial dari aspek pendidikan / ilmu pengetahuan En. Muhammad gigih belajar hingga mendapat ijazah ekonomi. Akhirnya menjadi usahawan baru yang berjaya. Rahim belajar di luarnegara dan balik dilantik sebagai Pengawal Pengurusan Pentadbiran Syarikat Lombong Lembah Tualang. Melalui pendidikan sahaja dapat mengubah taraf kehidupan seseorang. Masyarakat / Orang Melayu mulai sedar akan kepentingan pendidikan. Oleh itu, En. Muhammad mengambil kesempatan menghantar Rahim /anak perempuan juga sedang belajar Memperbaiki taraf hidup masyarakat Menjana ekonomi masyarakat Membuka peluang pekerjaan Mempelbagaikan kemahiran Meningkatkan Insfrastruktur Mobiliti sosial dari aspek kerjasama / perniagaan / perdagangan En. Muhammad berkongsi perniagaan dengan Datuk Tan Chong Seng. Dengan bekerjasama dalam perniagaan, orang Melayu dapat mengetahui selok belok ilmu berniaga daripada kaum Cina yang memang pandai berniaga / Telah menghapuskan persektif negetif bahawa orang Melayu tidak pandai berniaga / hanya sesuai jadi pegawai kerajaan sahaja. Kejayaan kerjasama ini tidak menepis tanggapan negatif kaum lain terhadap keupayaan kaum Melayu. Mobiliti sosial dari segi pekerjaan / kerjaya Sudin dari seorang individu yang tiada pekerjaan tetap telah dilantik menjadi pegawai perhubungan oleh En. Muhammad. Dengan pelantikan tersebut hidup Sudin semakin berubah. Sudin mampu menyara keluarganya. Dengan berpindah seseorang itu akan mengubah taraf hidup daripada kemiskinan / kesusahan, menjadi lebih senang. Mobiliti sosial dari segi jawatan yang disandang Imam Saad daripada seorang imam mukim Kampung Pulai dinaikkan pangkat menjadi imam kerajaan Pekan Tualang. Dengan pelantikan ini, menampakkan bahawa kerajaan mengambil berat akan kedudukan dan kebajikan imam masjid seperti memberi kenaikan pangkat / menyebabkan pengurusan menjadi lebih efisyen / Penghulu Mahmud mendapat gelaran Orang Kaya Indera / Tuk Empat Dahlan dari ketua kampung menjadi penghulu.
58 Mobiliti sosial dari segi penglibatan kaum wanita dalam perniagaan Cik Puan Tipah membuka kebun orkid. Dengan penglibatan kaum wanita dalam aktiviti perniagaan, maka secara tidak lansung menolak tanggapan negative terhadap kaum wanita yang hanya tahu duduk didapur/ mengguruskan hal keluarga. Ini telah member semangat kepada kaum hawa untuk turut serta dalam perniagaan. Mobiliti dari segi politik YB. Yusuff dahulunya seorang pengusaha kilang papan telah berjaya menjadi wakil rakyat. Denganmelibatkan diri dalam aktiviti politik, secara tidak lansung dapat meningkatkan taraf hidup seseorang / dapat memberi sumbangan kepada masyarakat Mobiliti Sosial dari segi keagamaan dan keimanan Lebai Maarup berusaha untuk menyedarkan masyarakat Kampung Pulai tentang sembahyang / berusaha mengajak golongan muda sama-sama meramaikan surau / solat berjemaah. Dengan usaha yang dilakukan, ramai penduduk kampung mulai insaf/ kembali ke pangkal jalan / bertaubat. Kesan-masyarakat akan dapat hidup dengan harmoni dan bertoleansi / seimbang dari segi rohani dan jasmani. Mobiliti sosial dari segi perkahwinan Sudin sebelum berkahwin dengan gayah pernah menjadi kaki judi, penghutang dan tiada pekerjaan tetap. Namun selepas berjumpa dengan En. Muhammad keadaan hidupnya berubah. Beliau telah mempunyi pekerjaan tetap, menjadi seorang yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai. Kehidupannya dan hubungan dengan keluarganya juga menjadi semakin erat. Setelah Sudin berkahwin dengan Gayah, pertelingkahan keluarga dan saudara yang lain semakin pulih. OLeh itu perkahwinan Gayah dan Sudin dapat menyatupadukan hubungan kekeluargaan yang telah lama renggang
59 Contoh Jawapan Mobiliti sosial secara menegak ke atas. Mobiliti ini berlaku apabila terjadi perubahan status daripada tiada pekerjaan tetap kepada memiliki jawatan/pekerjaan yang lebih baik. Mobiliti menegak ke atas berlaku kerana berlakunya perubahan kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yang lain. Perubahan ini dapat memperbaiki status masyarakat. Contoh Sudin daripada tidak memiliki pekerjaan tetap telah berubah nasibnya apabila beliau dilantik menjadi Pegawai Pengurusan Syarikat Lombong Lembah Tualang. Perubahan ini menyebabkan Sudin menjadi tenaga kerja yang cekap dan tidak lagi menganggur. Kesannya Robert dan keluarganya memperoleh masa depan yang lebih terjamin. Oleh itu, setiap masyarakat perlu berubah kepada keadaan yang lebih baik agar memperoleh kesejahteraan dan keselesaan hidup yang lebih baik. Mobiliti sosial secara mendatar. Mobiliti mendatar berlaku apabila wujud perubahan daripada golongan kaya yang terlibat dalam bidang perniagaan menjadi lebih kaya-raya. Mobiliti menegak ke atas berlaku kerana berlakunya perubahan kelompok dari satu lapisan sosial yang setara mengalami perubahan yang lebih baik. Perubahan ini dapat memperbaiki status masyarakat agar lebih dihormati dan disegani. En. Muhammad memang berasal daripada golongan yang kaya di Wilayah Tualang kerana beliau adalah keturunan Orangkaya Indera Datuk Idris bin Muhammad Saman. Dengan pendidikan yang dimilikinya, beliau berjaya menjadi ahli pernigaan yang disegani dan telah syarikatnya telah mendapat tender lada hitam diluar Negara. Selain itu beliau telah mengembangkan sayapnya perniagaannya ke bidang restoran, perlancongan dan akhir sekali syarikat perlombongan. Kesannya, En. Muhammad mampu menjalani kehidupan yang lebih selesa dengan membeli banglo dua tingkat untuk keluarganya. Jika masyarakat berusaha gigih seperti En. Muhammad, nescaya hidup mereka boleh berubah menjadi lebih baik. Oleh itu, masyarakat perlu rajin mencari peluang untuk merubah kehidupan masing-masing. Fakta Watak / contoh Kesimpulan kecil / Kesan untuk masyarakat Kepentingan Huraian peristiwa (ayat hurai ini satu dah memadai) perbincangan / Ulasan
60 LAZIMNYA APABILA SOALAN MENGGUNAKAN “BINCANGKAN”, MAKA PELAJAR PERLU MASUKKAN AYAT KEPENTINGAN ATAU AYAT KESAN. A. Pendahuluan 1 Definisi konsep – Maksud modiliti sosial 2 Watak golongan bangsawan di Melaka yang ada dalam SS sahaja. 3 Menyatakan isi-isi Kehendak soalan 1. Fakta mobiliti sosial dalam kalangan golongan bangsawan di Melaka. 2. Ayat kepentingan 3. Ayat huraian / ulasan / jelas boleh diletakkan untuk memantapkan lagi huraian anda 4. Ayat perbincangan wajib – bincang apa yang akan berlaku jika golongan bangsawan ada mobiliti sosial. Kalau tidak apa yang akan berlaku. 5 Contoh golongan bangsawan di Melaka yang ada dalam teks SS 6. Ayat kesan yang kait dengan masyarakat dalam contoh A Pengenalan [3] Mobiliti ialah proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yang lain atau satu kedudukan kepada satu kedudukan baharu dalam lapisan yang sama. Mobiliti berlaku dalam dua bentuk iaitu menegak dan mendatar. Menegak ke atas atau ke bawah melibatkan perubahan status seseorang daripada golongan kepada satu golongan yang lain. Manakala, mobiliti mendatar melibatkan perubahan kedudukan sahaja dalam golongan yang sama. Seseorang individu berubah atau bergerak daripada satu kedudukan kepada kedudukan yang lain. Perubahan status sosio ekonomi dan Perubahan kedudukan dalam sistem susun lapis. Perubahan ke atas atau kebawah. Kalau lengkap definisi selalunya boleh dapat 2M Perihal golongan Bangsawan Di Melaka Menyenaraikan isi-isi 1. Bincangkan mobiliti sosial dalam kalangan golongan bangsawan di Melaka berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). [25m]
61 Mobiliti mendatar Tun Perak. Pergerakan mobiliti dapat dilihat melalui aspek jawatan /kenaikan pengkat. Mobiliti dalam jawatan dan pangkat adalah kenaikan pangkat / Tun Perak merupakan anak Seri Wak Raja dan pernah menjadi penghulu di Kelang, terkenal dengan kebijaksanaan akalnya, ilmunya, akhlaknya, kesetiaannya dan pandangan jauhnya atas sesuatu isu. Perubahan dalam kenaikan pangkat penting bagi mengangkat martabah masyarkat tersebut. Pelantikannya adalah kerana kepimpinannya yang telah menjadikan Melaka sebuah kerajaan yang tersohor. Tanpa kepimpinannya, nescaya Melaka tidak akan dikenali. Melaka terkenal kerana kehebatan bendaharanya. Tun Perak dilantik menjadi Bendahara Paduka Raja selepas mengalahkan serangan Siam yang Ketika itu beliau merupakan penghulu di Kelang. Jeaslah di sini bahawa mobiliti yang berlaku berjaya meningkatkan taraf hidup masyarakt Melayu. Mobiliti sosial menegak Hang Tuah. Mobiliti dari aspek jawatan / pangkat. Hang Tuah merupakan pahlawan biasa Melaka tetapi diberi jawatan atas jasa beliau. Mobiliti ini penting untuk meningkatkan rasa taat masyarakat kepada raja. Pelantikan beliau membuktikan sumbangan bakti hulubalang diiktiraf oleh raja. Ini memberi kesan pada masyarakat apabila rakyat Melaka tidak lagi diancam masalah amuk dan berada dalam ketakutan. Sekiranya tidak pasti masyarakat Melaka tidak berada dalam keadaan aman. Hang Tuah dilantik menjadi laksamana setelah berjasa dengan menewaskan orang yang mengamuk di Melaka. Kesan mobiliti penjawatan dan kenaikan pangkat menjadikan masyarakat berusaha dengan lebih gigih untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberi kepadanya. Mobiliti sosial menegak Hang Nadim. Mobiliti dari aspek perkahwinan. Hang Nadim masuk dalam kelompok Diraja apabila berkahwin dengan puteri Raja Kelantan iaitu Cau Pauk. Mobiliti menegak ini penting untuk menyatukan masyarakat Kelantan dan Melaka. Beliau dikahwinkan dengan Cau Pauk kerana berjasa kepada Sultan Mahmud setelah berjaya membawa lari Tun Teja ke Melaka. Keberanian dan taat setia Hang Nadim menyebabkan masyarakat negeri Melaka terkenal dan digeruni. Jelaslah di sini bahawa mobiliti dari aspek perkahwinan telah mewujudkan nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat. Mobiliti menegak Tun Fatimah. Mobiliti dari aspek perkahwinan. Tun Fatimah telah dilantik sebagai raja perempuan Melaka setelah berkahwin dengan Sultan Mahmud Mobiliti menurun Tun Mutahir.Tun Mutahir dijatuhkan hukuman bunuh bersama ahli keluarganya selepas difitnah ingin merampas takhta dengan menempah kaus emas dan ciu emas dan dianggap durhaka Mobiliti menegak Tun Teja. Tun Teja merupakan tuning Sultan Abdul Jamal dilarikan oleh Hang Nadim ke Melaka dan berkahwin dengan Sultan Mahmud.
62 A. Pengenalan [3] F1 Konsep mobiliti sosial merujuk kepada proses di mana seseorang individu berubah atau bergerak daripada satu kedudukan kepada kedudukan yang lain dalam sesebuah masyarakat. Mobiliti sosial adalah perubahan status sosio ekonomi yang berlaku di kalangan anggota masyarakat. Mobiliti sosial melibatkan perubahan kedudukan dalam sistem susun lapis atau satu pergerakan individu dari strata ke strata yang lain Perubahan tersebut boleh berbentuk ke atas atau ke bawah, iaitu penambahan atau pengurangan dalam kekayaan, kuasa dan prestij. 2 Watak dalam SS sahaja. 3 Menyatakan isi-isi Kehendak soalan 1. Fakta elemen mobiliti sosial atau perubahan status kehidupan masyarakatnya yang berlaku berdasarkan beberapa faktor 2. Ayat kepentingan- boleh dimasukkan 3. Ayat huraian wajib 4. Ayat perbincangan/ ulasan / jelas boleh diletakkan untuk memantapkan lagi huraian anda 5 Contoh dalam teks SS 6. Ayat kesan yang kait dengan masyarakat dalam contoh Mobiliti dari aspek ilmu / pendidikan iaitu Ilmu Perang/ hulubalang. Ilmu mampu mengubah taraf hidup seseorang. Dengan menuntut ilmu yang bersesuaian dengan keperluan semasa seseorang itu akan mendapat tempat yang baik dalam hiraki sesebuah organisasi atau masyarakat. Kesangupan seseorang bertungkus lumus dalam mempelajari ilmu yang bermanafaat tidak akan sia-sia, malahan bermanafaat untuk dirinya sendiri dan keperluan masyarakat. Ilmu silat yang dipelajari oleh masyarakat seperti Hang Tuah telah mengubah kedudukan dan taraf hidup mereka. Hang Tuah rakyat dari keturunan rakyat biasa telah dilantik menjadi laksamana dan dihormati oleh Raja dan masyarakat. Mempelajari pelbagai disipin ilmu akan menjadikan seseorang itu lebih berwibawa. Mobiliti dari aspek ekonomi - Kekayaan. Kekayaan dan pemilikan harta juga memungkin seseorang itu berubah kedudukan sosialnya. Harta benda yang dimiliki menjadikan masyarakat menjadikan mereka dihormati dan dipandang tinggi. Dengan pemilikan kekayaan dan harta benda kehidupan sesebuah masyarakat akan berubah dan menjadi tumpuan bagi menjana ekenomi keluarga, bangsa dan negara. Raja Mandeliar yang sangat kaya telah dilantik sebagai syahbandar setaraf dengan bansawan lain. Pemiikan harta dan kekayaan akan memudahkan urusan kehidupan masyarakat dan akan mengangkat martabat sesebuah masyarakat. 2. Dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) tergambar elemen mobiliti sosial atau perubahan status kehidupan masyarakatnya yang berlaku berdasarkan beberapa faktor. Dengan memberikan contoh yang sesuai , huraikan pernyataan di atas. [25]
63 Mobiliti dari aspek keagamaan. Pengetahuan dalam bidang agama juga penting dalam menentukan kedudukan dan mobiliti sosial sesebuah masyarakat. Ilmu agama yang dituntut secara bersungguh-sungguh mampu meningkatkan keimanan masyarakat sehingga boleh digelar alim atau ulama. Golongan ini menjadi tempat rujukan dan tempat belajar dalam masyarakat. Maulana Abu Bakar diantik menjadi kadi menggantikan Kadi Yusof. Ilmu agama akan menjadikan seseorang itu berwibawa dan menjadi tempat rujukan dalam masyarakat.Kesannya masyarakat akan dapat membentuk sahsiah dan jati diri yang unggul. Mobiliti dari aspek pangkat / gelaran / jasa bakti. Jasa dan bakti yang dyang dizahirkan oleh golongan tertentu terhadap masyarakat, agama dan negara membolehkan berlakunya mobiiti sosial dalam masyarakat tersebut. Jasa yang ditaburkan oleh masyarakat akan dikenang dan biasanya mendapat pembalasan yang setimpal. Masyarakat yang berjasa dan membuat bakti akan mendapat perhatian serta namanya sentiasa dikenang . Tun Perak yang memegang jawatan penghulu di Kelang telah dilantik sebaai bendahara Melaka kerana Raja mengenang jasa dan baktinya menyelamatkan Melaka daripada serangan anagkatan tentera Siam. Kepintaran dan kebijaksanaan akan menjadikan bakti yang ditabur mendapat balasan yang setimpal. JIKA DILIHAT AYAT YANG LAIN SUDAH ADA KECUALI AYAT KESAN. PELAJAR BOLEH MENCUBA UNTUK MENGHASILKAN AYAT-AYAT YANG BERSESUAIAN MENGGUNAKAN FAKTA DI BAWAH. PASTIKAN HURAIAN DAN AYAT YANG LAIN ADA KAITAN DENGAN MASYARAKAT. CONTOH PERISTIWA GUNA INDIVIDU/WATAK TAK APA. Mobiliti dari aspek Perkahwinan. Perkahwinan yang berlaku antara darjat yang berlainan membolehkan berlakunya mobiliti sosial. Lelaki yamg mempunyai staus dan kedudukan yang tinggi biasanya akan sedaya upaya mencari wanita yang cantik dan mempunyai personaliti menarik. Jika wanita yang dikahwininya dari darjat bawahan, ia akan melonjakkan status sosial berkenaan. Biasanya kecantikan wanita dinilai dari paras rupa dan budi pekertinya. Perkahwinan Tun Fatimah dengan Sultan Mahmud Syah – Tun Fatimah diantik sebagai raja perempuan Melaka. Keelokan pekerti dan budi bahasa mampu mengubah status sosial seseorang. Peperangan. Peperangan dan kekacauan boleh juga merubah status sosial seseorang. Mereka yang tewas dalam peperangan dan menjadi tawanan akan merudum status sosialnya. Peperangan yang sering berlaku pada zaman kesultanan Melaka telah merubah banyak status sosial ahli masyarakatnya. Raja dan rakyat negeri yang kalah dalam peperangan terpaksa tunduk kepada raja negeri yang menang. Dewa Sura menjadi tawanan perang kerana kalah perang dengan Kerajaan Melaka. Diplomasi dan komunikasi berkesan perlu dalam apa jua hubungan. Penutup. Calon dikehendaki menyimpulkan tentang mobiliti sosialdalam teks Sulalatus salatin atau mengemukakan kesimpulan keseluruhan /cadangan /pandangan/saranan.
64 LATIHAN- UNTUK SOALAN SETERUSNYA CUBA PELAJAR HIGHLIGHTKAN APA KEHEENDAK SOALAN MENGIKUT WARNA YANG TELAH DITETAPKAN /PELAJAR JUGA BOLEH CUBA BINA AYAT YANG SESUAI. KEMUDIAN LIHAT PENGENALAN DAN JAWAPAN. ADAKAH SUDAH MENEPATI KEHENDAK SOALAN ATAU TIDAK. PELAJAR BOLEH BERBINCANG DENGAN GURU PELAJAR. A Pendahuluan [03] Konsep Mobiliti -Mobiliti boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu menegak (vertical) dan mendatar (horizontal). Mobiliti menegak sama ada keatas atau ke bawah, melibatkan perubahan status seseorang daripada satu golongan kegolongan masyarakat yang lain. Manakala mobiliti mendatar hanya melibatkan perubahan kedudukan seseorang dalam golongan atau kelasnya saja. -Perubahan kedudukan dalam masyarakat ini boleh jadi berlaku di sebabkan oleh perubahan dari segi pendidikan, pangkat, kekayaan, perubahan status hubungan kekeluargaan, penglibatan dalam politik, kegiatan bermoral dan tidak bermoral, kesalahan jenayah dan sebagainya. 2.SBDKL 3.Isi -isi penting Kehendak soalan 1. Fakta elemen mobiliti sosial 2. Ayat huraian wajib 3. Contoh dalam teks SBDKL 4. Ayat kesan yang kait dengan pembangunan masyarakat Ayat kepentingan dan ayat bincang / ulas / jelas boleh dimasukkan F1 Mobiliti sosial dari aspek pendidikan / ilmu pengetahuan – En. Muhammad, Lebai Maarup dan Mahani F2 Mobiliti sosial dari aspek kerjasama perniagaan / perdagangan – En. Muhammad dengan Datuk Tan F3 Mobiliti sosial dari segi pekerjaan – Sudin F4 Mobiliti sosial darisegi jawatan – Penghulu Mahmud – Orang Kaya Indera, Tuk Empat Dahalan – Penghulu F5 Mobiliti sosial dari segi penglibatan kaum wanita dalam perniagaan – Cik Puan Tipah F6 Mobiliti sosial dari segi politik – YB Mohd Yusoff dari pengusaha kilang papan kepada wakil rakyat F7 Mobiliti sosial dari segi keagamaan dan keimanan – Lebai Maarup F8 Mobiliti sosial dari segi perkahwinan – Sudin sebelum berkahwin dengan Gayah merupakan kaki judi, tetapi selepas berkahwin sikapnya mula berubah 3. Huraikan mobiliti sosial dalam konteks pembangunan masyarakat yang terdapat dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. [25]
65 A Pengenalan. 1. Mobiliti sosial merupakan satu proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yang lain atau satu kedudukan kepada satu kedudukan baru dalam dalam lapisan yang sama. 2. Mobiliti boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu menegak (vertical) dan mendatar (horizontal). Mobiliti menegak sama ada ke atas atau ke bawah, melibatkan perubahan status seseorang daripada satu golongan ke golongan masyarakat yang lain. Manakala mobiliti mendatar hanya melibatkan perubahan kedudukan seseorang dalam golongan atau kelasnya saja. 3. Perubahan kedudukan dalam masyarakat ini boleh jadi berlaku disebabkan oleh perubahan dari segi pendidikan, pangkat, kekayaan, perubahan status hubungan kekeluargaan, penglibatan dalam politik, kegiatan bermoral dan tidak bermoral, kesalahan jenayah dan sebagainya. F1. Mobiliti sosial berlaku ke atas seseorang individu sama ada melalui: - Perkahwinan - Keturunan - Tawanan perang - Kemahiran - Pendidikan/Ilmu - Kekayaan - Bakti/jasa - Jawatan - Kekuatan fizikal - Pengaruh dll F2. Mobiliti mendatar: - Tun Perak - Hang Tuah - Tun Mutahir - Tun Perak ( perubahan jawatan/pangkat melalui baktinya terhadap Melaka) daripada Penghulu Kelang – Bentara – Perdana Menteri – Bendahara Melaka F3. Mobiliti menegak ke atas: - Tun Teja - Tun Fatimah - Badang - Raja Mandeliar - Maulana Yusof - Kadi Munawar - Khoja Baba - Bendahara Tun Ahmad – Pahang F4 Mobiliti menegak ke bawah: - Sultan Malikul Tahir - Sultan Muhammad Syah - Maharaja Dewa Sura - Tun Kudu - Tun Ali 5. Mobiliti sosial jelas tergambar dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Berikan ulasan anda tentang mobiliti sosial sebagaimana yang digambarkan Sulalatus Salatin (sejarah Melayu) dalam konteks pembangunan masyarakat. [25]
66 Susun lapis masyarakat Susun lapis masyarakat adalah berkaitan dengan bentuk hiraki masyarakat. Setiap lapisan masyarakat mempunyai kedudukan dan fungsinya yang tersendiri. Secara umum, masyarakat Melayu tradisional Melaka dapat dibahagikan kepada dua golongan utama iaitu golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah. Biasanya golongan yang memerintah ini mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dan istimewa daripada golongan yang diperintah. Susun Lapis Tanggungjawab / Peranan Watak dan Peristiwa Kepentingan Kesan Pada Masyarakat SS / SBDKL / Kini Raja Pemerintah- berwawasan-memacu kegemilangan kerajaan Melaka. Pentadbir –menyusun atur pentadbiran kerajaan-mewujudkan sistem pembesar berempat Raja berkuasa mutlak – Sultan Mahmud menjatuhkan hukuman bunuh Suri teladan-berdasarkan kepimpinan melalui teladan- Sultan Alaud’Din Riayat Syah Bertanggungjawab dalam perkembangan ilmu-ilmu agama dan kemahiran lain seperti bermain sepak raga, catur dsb. –Sultan Mansur Syah Menyatupadukan rakyat/ perpaduan rakyat-melalui perayaan hari-hari penting Raja sebagai bayangan Allah / Ketua agama-Sultan Muhammad Syah memeluk Islam dan melaksanakan ibadat serta mengembangkan ajaran Islam di seluruh negeri Melaka serta kawasan jajahan. Susun lapis yang paling tinggi iaitu raja/sultan amat penting dalam pembangunan masyarakat supaya sesebuah masyarakat mempunyai ketua yang boleh dijadikan rujukan, panduan dan boleh merangka sesuatu pentadbiran dengan baik di samping meningkatkan kedaulatan negara. Pemimpin sebagai ketua agama. Sebagai seorang raja, sikap mementingkan ilmu agama sangat penting bagi membentuk masyarakat/rakyat yang aman dan bersatu padu dan mempunyai pegangan yang utuh. Sebagai contahnya, Sultan Mahmud Syah ingin mengetahui masalah agama tentang perbezaan pendapat antara ulama mawara’l hartar, ulama khurasan dan ulama benua iraq. Kesannya, raja lebih mengetahui mengenai sesuatu hal dengan terperinci dan dapat menyusun peraturan dan undang-undang dengan baik bagi masyarakat/rakyat mengikuti. Jika seorang pemerintah jahil tentang sesuatu agama pasti rakyatnya berpecah belah dan negari akan menjadi huru hara. Oleh itu, selaku pemimpin, kita perlu memiliki ilmu agama agar dapat mentadbir rakyatnya mengikut syariat yang telah ditetapkan dalam Islam. Masyarakat melahirkan rasa taat setia, menyangjungi /menghormati PEMBANGUNAN MASYARAKAT : SOSIAL – SUSUN LAPIS
67 ketua turus angkatan perang / Raja mengepalai peperangan-Sultan Mahmud mengetuai peperangan dengan Portugis mengetuai adat istiadat- Sultan Muhammad Syah perkenalkan adat istiadat Islam Pembesar / Bangsawan Bendahara Temenggung Penghulu Bendahari Syahbandar Laksamana Hulubalang Yang Berhormat Bendahara- sebagai pemangku, penasihat raja dan ketua angkatan perang, melantik dan memilih pengganti sultan. Menjaga keselamatan negeri. Menjatuhkan hukuman bagi kesalahan kecil Bendahara akan bertindak memangku tugas raja apabila raja tiada dalam negeri atau raja masih kecil dan tidak matang untuk memerintah. Sekiranya bendahara tiada, tugas tersebut akan diambil alih oleh pembesar yang lain. Penasihat raja Bendahara Paduka Raja Tun Perak menjalankan tampuk pemerintahan ketika Sultan Mahmud Syah masih kecil. Oleh itu, jelaslah bahawa tugas seorang bendahara amat berat dan sebagai seorang bandahara perlu mempunyai sikap amanah dan bertanggungjawab terhadap tugas-tugasnya. Temenggung-pelaksanaan undang-undang dan peraturan negeri, menangkap orang yang bersalah, pengawal/ penjaga keamanan/ ketenteraman dalam negeri, mengepalai gajah. Ketua angkatan laut. Menjaga keselamatan raja dan mengiringi raja ke luar negara. Mengiring raja ke luar negara. Menjaga keselamatan raja Penghulu Bendahari- pengawal/penjaga harta dalam pembendaharaan. Menyimpan daftar hamba raja, mengira segala hasil pendapatan negeri/ memungut hasil negeri, menguruskan kelengkapan istana, memegang usungan sebelah kanan. Memegang gelaran Seri Nara Diraja. bertanggungjawab menyuruh penghulu balai menghias balai, membentang tikar, menggantung tabir dan langit-langit di dalam istana. Syahbandar- pengawal / penjaga pelabuhan, bertanggungjawab segala urusan dagang di kuala, memeriksa perahu yang datang dan pergi, memungut hasil cukai daripada pedagang. Laksamana- pengawal perairan, jaga negeri daripada ancaman kuasa luar di laut dan darat, memikul pedang kerajaan dalam istiadat rasmi/ di belakang gajah, menjaga keselamatan bendahara, pengawal istana. Laksamana Hang Tuah menghalang semerluki daripada merosakkan tanah jajahan melaka. Laksamana Khoja Hassan membunuh TunPepatih Hitam yang berkelakuan kurang sopan, menguis tikar di hadapan Bendahara seri Maharaja Hulubalang -Menjaga keselamatan negeri. Menjatuhkan hukuman bagi kesalahan kecil Menjadi wakil kepada rakyat dalam daerah tertentu (SBDKL) golongan pentadbir amat penting kerana segala perancangan raja/sultan dapat dilaksanakan dengan lancar
68 a) Galurkan susun lapis masyarakat yang terdapat di dalam novel. RAJA – Duli Yang Maha Mulia Sultan Golongan Elit/ Bangsawan/ pembesar wilayah • Orangkaya Indera Datuk Idris bin Muhammad Saman • Orangkaya Indera Datuk Muhammad Saman bin Bndahara Muda. • Orangkaya Indera (Penghulu Mahmud) Penduduk kampong/ buruh • Iman • Guru Agama • Kakitangan Syarikat/awam • Peniagaan • Pekebun • Bilal • Masyarakat Kamung • Penghulu/Pengerusi JKK • Buruh dan lain-lain Golongan Saudagar • Encik Muhammad • Tan Sri Syed Aris • Datuk Tan Chong Seng • Tauke Chan Golongan Profesional • Pegawai Daerah • Wakil Rakyat • Peguam • Exco Johor Peranan Rakyat biasa (orang Melayu tempatan) Golongan Bangsawan perniagaan /Ulama Pedagang /Peniaga dr luar – Arab dan India Orang suruhan – dayang, inang Menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja dan pembesar. Rakyat Melaka berjuang habis-habisan bagi memerangi serangan Feringgi. Menyumbang kepakaran dalam bidang seni. (pertunjukkan lembing oleh orang Suir lagi untut) Membantu kekuatan pertahanan negara (Mia Ruzul bersama-sama perajurit Melaka menentang orang Haru) Menjadi sumber motivasi kepada pemerintah dan pembesar (rakyat Kelang berjuang bersama-sama anak dan isteri untuk menentang Siam) Golongan yang melaksanakan perintah tuannya golongan pembantu dan penyumbang ke arah pembangunan ekonomi masyarakat mereka adalah penyokong dasar-dasar dan perancangan pentadbir. Hamba Badang, Kitul Hak milik tuan Membekalkan sumber tenaga manusia bagi melaksanakan sebarang kerja Melaksanakan kerja-kerja berat –hamba abdi Bekerja di istana-hamba raja Menjadi hamba kepada pemiutang/ bekerja kerana tidak dapat Menjelaskan hutang-hamba berhutang
69 DALAM SBDKL TERDAPAT 3 SUSUN LAPIS IAITU RAJA, PEMBESAR, RAKYAT. DAN PELAJAR BOLEH PECAHKAN 3 SUSUN LAPIS TERSEBUT UNTUK DIJADIKAN 5 ISI SEPERTI DI BAWAH. K e Hendak soalan 1. Fakta peranan anggota setiap lapisan. (ada 3 lapisan masyarakat tapi pecahkan jadi lima) 2. Ayat kepentingan – jika nak letak lebih baik 3. Ayat huraian 4. Contoh watak-watak dalam SBDKL 5. Ayat kesan yang kait dengan masyarakat Pendahuluan Definisi konsep Susun lapis bermaksud pembahagian sesuatu kepada beberapa peringkat kelas, golongan, lapisan dan sebagainya. Merujuk juga kepada sifat organisasi masyarakat yang terbina daripada semua komponen atau set sosial di mana setiap komponen itu berfungsi sehingga membolehkan masyarakat terus wujud. Perbezaan individu atau kelompok masyarakat telah menyebabkan munculnya satu hieraki yang terdiri daripada lapisan atau strata yang berlainan kedudukannya. Susun lapis masyarakat dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur terdiri daripada golongan raja, golongan pembesar / wakil rakyat, golongan bangsawan/ahli perniagaan dan rakyat. Menyatakan isi-isi penting yang akan dibincangkan B Isi [20] Golongan atasan iaitu Raja (Duli Yang Maha Mulia Sultan) yang berperanan sebagai ketua pemerintah. Raja menduduki lapis yang paling atas dalam hieraki sosial yakni berada dalam golongan atasan. Kedudukan raja dalam hieraki yang paling atas adalah kerana dalam masyarakat Melayu, raja merupakan orang dan instusi yang penting dalam heriaki masyarakat. Sehubungan dengan itu, sebagai seorang pemerintah, raja disifatkan sebagai orang yang mulia dan mempunyai pelbagai kelebihan. Raja penting dan menjadi simbol atau lambang perpaduan dalam masyarakat dan lambang kedaulatan sesebuah negara. Oleh sebab itu raja akan disanjung tinggi dan dihormati oleh segenap lapisan masyarakat. Dalam novel ini Duli Yang Maha Mulia Sultan merupakan seorang raja atau pemerintah. Baginda merupakan simbol penyatuan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat di Lembah Tualang. Buktinya perayaan puja usia sultan diraikan dengan persiapan rapi. Kehadiran baginda mencemar duli ke Kampung Pulai disambut dengan penuh meriah sebagai tanda hormat. Kesannya, masyarakat yang bernaung di bawah pemerintahan raja yang adil dan memiliki sifat-sifat yang mulia akan berasa aman dan harmoni. 4 Huraikan peranan anggota setiap lapisan masyarakat berdasarkan susun lapis masyarakat sebagaimana yang digambarkan dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur dalam konteks pembangunan masyarakat. [25]
70 Golongan menengah - Golongan elit/bangsawan, pembesar wilayah dan wakil rakyat yang berperanan sebagai penasihat raja dan memastikan masyarakat di dalam masyarakatnya berada dalam keadaan baik dan terbela. Golongan ini merupakan golongan menengah yang berada pada lapis di bawah selepas raja dalam hieraki sosial. Mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan raja dan kemungkinan golongan ini mempunyai hubungan kekeluargaan dengan raja dan mewarisi kedudukan ini dari generasi terdahulu. Golongan ini penting kerana menjadi penghubung antara golongan bawahan dengan golongan atasan yakni raja dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Golongan ini diberi kuasa di sesuatu tempat atau wilayah dan mereka merupakan golongan yang kaya dan berharta. Mereka juga bertanggungjawab untuk memaju dan membangunkan masyarakat atau wilayah di bawah tanggungjawabnya. Oleh sebab itulah golongan ini dihormati dan disanjungi oleh masyarakat. Orangkaya Indera Datuk Idris bin Muhammad Saman merupakan pembesar di wilayah Tualang yang begitu berpengaruh. Penguasaan dan pengaruhnya diteruskan oleh anaknya Penghulu Mahmud yang telah dilantik sebagai Orangkaya Indera. Golongan menengah - Golongan saudagar Golongan saudagar merupakan golongan menengah berdasarkan stratafikasi sosial yang terdiri daripada saudagar Melayu dan Cina yang berperanan membantu menjana ekonomi masyarakat. Golongan ini merupakan usahawan dan ahli perniagaan yang berjaya dan kaya raya. Mereka dikatakan penting kerana menjadi penyumbang kepada kemajuan ekonomi dan sosial dalam sesebuah masyarakat dan negara. Malah golongan ini menyediakan peluang pekerjaaan kepada masyarakat setempat melalui kegiatan ekonomi yang dijalankan. Di samping itu kemajuan dalam bidang ekonomi ini telah menyumbang kepada perubahan status sosial dalam kalangan masyarakat ke arah yang lebih baik. Encik Muhammad merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang berjaya. Beliau membawa perubahan yang baik dari segi ekonomi dan kemajuan masyarakat Kampung Pulai. Ini terbukti melalui usahanya untuk menubuhkan Syarikat Lombong Lembah Tualang telah membuka peluang pekerjaan dan menjana pendapatan penduduk di sini. Begitu juga Datuk Tan yang mempunyai kebun getah telah memberi peluang pekerjaan kepada penduduk Kampung Pulai. Golongan menengah – Golongan profesional Golongan ini terdiri dariapada pentadbir, ahli politik, peguam dan sebagainya. Walaupun golongan ini berada pada lapis golongan menengah, kedudukannya lebih rendah berbanding golongan saudagar. Hal ini demikian kerana mereka tidak menguasai ekonomi. Namun begitu mereka berperanan membantu dan mengurus kehidupan masyarakat ke arah yang lebih baik. Contohnya lawyer Shahril merupakan seorang peguam kepada keluarga Encik Muhammad. Beliau diamanahkan untuk menguruskan segala hal yang berkaitan dengan undang-undang seperti pembelian tanah dan pembahagian harta pusaka mengikut faraid. Penduduk kampung/buruh – Golongan bawahan yang berperanan membantu meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi keperluan masyarakat dan negara. Golongan yang berada pada lapis paling bawah berdasarkan stratafikasi sosial ialah terdiri daripada penduduk kampung, petani, buruh dan nelayan. Walaupun mereka berada pada lapis yang bawah tetapi mereka memberi sumbangan besar dan utama dalam pembangunan sesebuah masyarakat. Golongan ini menjadi tenaga pengerak kepada pembangunan masyarakat dengan memberi perkhidmatan dan tenaga mereka kepada anggota masyarakat yang lain. Contohnya Pak Salim merupakan seorang peniaga runcit di Kampung Pulai telah memberi perkhidmatan bagi memenuhi keperluan penduduk kampung. Begitu juga dengan Ali yang telah membantu Cik Puan Tipah menjaga ladang orkidnya. Malah dilihat juga peranan Imam Saad dan Lebai Maarup yang memberi sumbangan yang besar dalam pembangunan rohani masyarakat dengan mengajar penduduk Kampung Pulai mengaji al quran dan belajar agama. Kesannya, golongan rakyat sentiasa berganding bahu dan bekerjasama di antara satu sama lain bagi meringankan kerja yang dipikul. C Penutup [2] Menyimpulkan apa yang dibincangkan atau mengemukakan pandangan, saranan, rumusan dan cadangan
71 Diraja Bangsawan / pembesar Rakyat Hamba SOALAN MINTA PELAJAR BINA RAJAH SUSUN LAPIS. JADI PELAJAR PERLU BINA RAJAH SUSUN LAPIS TERSEBUT DENGAN TEPAT. KEMUDIAN BERDASARKAN RAJAH TERSEBUT , PELAJAR PERLU JELASKAN SUSUN LAPIS YANG ADA. UNTUK MENJELASKAN , PELAJAR PERLU MEMBINA AYAT MENGIKUT KEHENDAK SOALAN. 1 Ayat Fakta 2. Ayat penjelasan kepada susun lapis yang ada 3. Contoh peristiwa bagi setiap susun lapis 4. Kepentingan /Kesan kepada masyarakat jika ada susun lapis ni BOLEH RUJUK NOTA M/S 66 – 68 Pertama raja. Susun lapis yang paling tinggi iaitu raja/sultan amat penting dalam pembangunan masyarakat supaya sesebuah masyarakat mempunyai ketua yang boleh dijadikan rujukan, panduan dan boleh merangka sesuatu pentadbiran dengan baik di samping meningkatkan kedaulatan negara. Raja berkuasa mutlak, ketua agama, ketua perang dan bertindak sebagai penyusun atur pentadbiran kerajaan. Raja juga perlu bersikap adil dan sentiasa memastikan pengurusan berjalan dengan lancar agar rakyatnya dapat hidup dalam anam dan damai. Selain itu, sebagai seorang raja, sikap mementingkan ilmu agama sangat penting bagi membentuk sebuah negara yang aman dan bersatu padu dan mempunyai pegangan yang utuh. Sebagai contahnya, Sultan Mahmud Syah ingin mengetahui masalah agama tentang perbezaan pendapat antara ulama mawara’l hartar, ulama khurasan dan ulama benua iraq. Kesannya, raja lebih mengetahui mengenai sesuatu hal dengan terperinci dan dapat menyusun peraturan dan undang-undang dengan baik ketika memerintah negeri. Jika seorang pemerintah jahil tentang sesuatu agama pasti rakyatnya berpecah belah dan negari akan menjadi huru hara. Kedua , golongan Bangsawan / Pembesar (PILIH SALAH SATU JAWABAN DI BAWAH) Bendahara. Bendahara berperanan menjaga hal ehwal keselamatan dalam negeri. Bendahara bertindak sebagai pemangku, penasihat raja dan ketua angkatan perang, melantik dan memilih pengganti sultan. Menjaga keselamatan negeri. Menjatuhkan hukuman bagi kesalahan kecil. Bendahara akan bertindak memangku tugas raja apabila raja tiada dalam negeri atau raja masih kecil dan tidak matang untuk memerintah. 2. Berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) Bina sebuah rajah susun lapis masyarakat Melayu dan jelaskan susun lapis masyarakat Melayu dalam konteks pembangunan masyarakat.
72 Sekiranya bendahara tiada, tugas tersebut akan diambil alih oleh pembesar yang lain. Penasihat raja Bendahara Paduka Raja Tun Perak menjalankan tampuk pemerintahan ketika Sultan Mahmud Syah masih kecil. Oleh itu, jelaslah bahawa tugas seorang bendahara amat berat dan sebagai seorang bandahara perlu mempunyai sikap amanah dan bertanggungjawab terhadap tugas-tugasnya. Seterusnya, Penghulu Bendahari. Beliau berperanan pengawal/penjaga harta dalam pembendaharaan. Menyimpan daftar hamba raja, mengira segala hasil pendapatan negeri/ memungut hasil negeri, menguruskan kelengkapan istana, memegang usungan sebelah kanan. Memegang gelaran Seri Nara Diraja. bertanggungjawab menyuruh penghulu balai menghias balai, membentang tikar, menggantung tabir dan langit-langit di dalam istana. Contoh, ketika zaman Sultan Alauddin Riayat Syah, penghulu bendahari bertindak menjaga harta dan barang orang yang tidak dituntut selepas kes kecurian reda. Kesannya, segala harta benda kerajaan akan terpelihara dengan baik dibawah penjagaan penghulu bendahari Laksamana. Laksamana merupakan ketua angkatan laut. Menjaga keselamatan raja dan mengiringi raja ke luar negara. Selain menjaga perairan, laksamana juga menjaga negeri daripada ancaman kuasa luar di laut dan darat, memikul pedang kerajaan dalam istiadat rasmi/ di belakang gajah, menjaga keselamatan bendahara, pengawal istana. Contoh dapat dilihat pada watak Laksamana Hang Tuah yang menghalang semerluki daripada merosakkan tanah jajahan Melaka dan laksamana Khoja Hassan yang membunuh Tun Pepatih Hitam yang berkelakuan kurang sopan, menguis tikar di hadapan Bendahara seri Maharaja. Dengan adanya laksamana menjalankan tugasnya dengan baik maka, negeri Melaka akan menjadi makmur dan sukar ditembusi oleh musuh. Temenggung. Temenggung bertindak sebagai polis dan beliau akan memastikan pelaksanaan undang-undang dan peraturan negeri dipatuhi. Temenggung juga berkuasa menangkap orang yang bersalah. Beliau bertindak sebagai pengawal keamanan dan ketenteraman dalam negeri. Ketika raja keluar, temenggung akan mengepalai gajah. Hal ini dapat dilihat kepada watak Tun Mutahir ketika beliau menjadi temenggung dibawah Sultan Alauddin Riayat Syah. Beliau berjaya menyelesaikan masalah curi setelah mengisytiharkan darurat dan sesiapa yang keluar malam akan di bunuh. Dengan ini kes kecurian dapat diatasi. Kewujudan tenaga kerja seperti temenggung dapat menastikan segala peraturan dan undang-undang dipatuhi dan rakyat boleh hidup dalam keadaan aman. Syahbandar. Syahbandar merupakan pengawal dan penjaga pelabuhan. Beliau bertanggungjawab segala urusan dagang di kuala, memeriksa perahu yang datang dan pergi. Beliau bertanggungjawab memungut hasil cukai daripada pedagang. Ketiga, rakyat. Rakyat merupakan golongan pembantu dan penyumbang ke arah pembangunan ekonomi masyarakat. Mereka adalah penyokong d asar-dasar dan perancangan pentadbir. Menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja dan pembesar. Rakyat Melaka berjuang habis-habisan bagi memerangi serangan Feringgi. Menyumbang kepakaran dalam bidang seni. (pertunjukkan lembing oleh orang Suir lagi untut). Membantu kekuatan pertahanan negara (Mia Ruzul bersama-sama perajurit Melaka menentang orang Haru) Menjadi sumber motivasi kepada pemerintah dan pembesar (rakyat Kelang berjuang bersama-sama anak dan isteri untuk menentang Siam) Golongan yang melaksanakan perintah tuannya Keempat, hamba. Hak milik tuan. Membekalkan sumber tenaga manusia bagi melaksanakan sebarang kerja. Melaksanakan kerja-kerja berat – hamba abdi. Bekerja di istana-hamba raja. Menjadi hamba kepada pemiutang/ bekerja kerana tidak dapat Menjelaskan hutang-hamba berhutang. Contoh kitul (kalau masa Kesultanan Melayu Melaka. Badang kalau ditanya secara umum dalam tkes SS.
73 LATIHAN- UNTUK SOALAN SETERUSNYA CUBA PELAJAR HIGHLIGHTKAN APA KEHEENDAK SOALAN MENGIKUT WARNA YANG TELAH DITETAPKAN KEMUDIAN LIHAT PENGENALAN DAN JAWAPAN. ADAKAH SUDAH MENEPATI KEHENDAK SOALAN ATAU TIDAK. PELAJAR BOLEH BERBINCANG DENGAN GURU PELAJAR. RUJUK NOTA M/S 67-68. PASTIKAN ANDA TAHU KEHENDAK SOALAN SAMA ADA SOALAN NAK FAKTA SUSUN LAPIS ATAU PERANAN. Susun Lapis – Diraja, Pembesar, Rakyat dan Hamba (dalam SBDKL tak ada) Peranan Susun Lapis –Raja berperanan sebagai ketua negara dan ketua agama - Golongan Pembesar Wilayah atau Wakli Rakyat yang berperanan sebagai penghubung / pembantu raja dalam membangunkan dan memajukan masyarakat dibawah tanggungannya. Kehendak soalan 1. Fakta peranan setiap susun lapis masyarakat 2. Ayat kepentingan boleh dimasukkan 3. Ayat huraian 4. Contoh watak dalam SBDKL 5. Ayat kesan yang kait dengan masyarakat Pengenalan. Pembahagian sesuatu kepada beberapa peringkat kelas, golongan, lapisan dsbnya. Lapisan dibahagikan kepada golongan raja, elit bangsawan/pembesar, saudagar, professional dan masyarakat kampong/buruh Senaraikan isi-isi penting. Raja sebagai ketua pemimpin/yang maha Mulia Sultan. Raja menduduki kedudukan yang paling tinggi dan dihorati dalam masyarakat kelas sosial masyarakat. Sultan berperanan sebagai memberi anugerah dan gelaaran kepada sesiapa yang layak. Semasa Sultan menganugerahkan gelaran Orang kaya Indera kepada Penghulu mamhmud yang membawa gelaran Orang kaya Indera semasa sambutan kedatangan sultan ke kampung Pulai, Masyarakat mengadakan sambutan perayaan puja umur sultan. Golongan elit/bangsawan/pembesar wilayah. Golongan ini terletak dalam lapisan kedua. Wakil kepada raja dalam urusan pentadbiran negara. Orang kaya Datuk Indera Idris bin Muhamad Saman ayah kepada En.Muhamad merupakan pembesar di Wilayah Tualang diberikan tanggungjawab untuk memajukan Wilayah Tualang. Gelaran ini diberikan pula kepada Penghulu Mahmud. 3. Novel SBDKL menggambarkan susun lapis masyarakat. Huraikan peranan setiap susun lapis masyarakat dalam konteks pembangunan masyarakat. 25m
74 Golngan bangsawan yang terdiri dariada golongan saudagar. Memajukan ekonomi masyarakat terdiri daripada saudagar Melayu dan Cina.Golongan ini mnyediakan pekerjaan kepada penduduk kampung. Encik Muhamad merupakan seorang saudagar menubuhkan Syarikat Lombong Lembah Tualang menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk dalam bidang perlombongan. Golongan professional. Membantu menguruskan kehidupan masyarakat ke arah yang lebih baik. Golongan ini terdiri daripada ahli politik, peguam, pentadbiran dan sebagainya. YB Muhd Yusuf merupakan seoranng ahli politi dan menjadi wakil rakyat kepada penduduk di kampong Pulai. Membantu penduduk agar berpindah ke tanah rancangan Felda. Peguam iatu yang mengendalikan kes Cik Puan Tipah Rakyat yang terdiri daripada golongan agama. Golongan yang mendapat pendidikan agama. Golongan ini mengajarkan ilmu agama kepada masyarakat dan mengajar masyarakat melakukan perkara-perkara kebaikan. Lebai Maarof mengajar penduduk kampung Pulai mengaji .Imam saad dilantik mengetui sembnahyang berjemaah di surau kampung Pulai. Di samping itu juga mengajarkan anak-anak penduduk mengaji. Contohnya gayah pernah belajar mengaji dengan Imam saad. Rakyat yang terdiri daripada golongan penduduk kampung.Golongan ini berada kedudukan paling bawah. Golongan ini terdiri daripada penduduk kampung yang bekerja sendiri sebagai petani, buruh, penoreh getah dan sebagainya. Pak Salim yang menjalankan peniagaan secara kecil-kecilan. Dengan membuka warung di kampung. Penduduk kampung menanam pelbagai tanaman seperti pokok kelapa. Kesimpulan. Rumusan/ ulasan / cadangan
75 Pengenalan Definisi Susun Lapis Pembangunan masyarakat bermaksud peningkatan kesejahteraan sesebuah komuniti manusia. Susun lapis masyarakat yang terdapat dalam pembangunan masyarakat merujuk kepada bentuk hirarki masyarakat. Dalam masyrakat tradisional, raja mempunyai kedudukan tertinggi dalam masyarakat. Antara peranan raja yang wujud pada zaman pemerintahan Melaka ialah raja bertindak sebagai ketua negara, ketua agama dan ketua perang. Peranan raja penting bagi membangunkan kerajaan dan memastikan kerajaan serta rakyatnya harmoni. Isi-isi penting Kehendak soalan 1. Fakta peranan pemerintah / raja (Bukan semua lapisan, soalan berkehendakkan pemerintah sahaja) 2. Ayat kepentingan boleh dimasukkan 3. Ayat huraian 4. Contoh watak dalam SBDKL 5. Ayat kesan yang kait dengan masyarakat Isi-isi penting Sebagai pemimpin, Sultan Melaka perlu memastikan bahawa rakyatnya berpegang teguh kepada ajaran Islam dan melaksanakan perintah Tuhan. Sultan Muhammad Shah menganuti agama islam selepas bermimpi berjumpa Rasulullah dan pada keesokan harinya sebuah kapal dari Jeddah datang ke Melaka. Syed Abdul Aziz telah dating dan mengislamkan Sultan Muhammad, Sebagai ketua agama. Sultan Muhammad meminta Syed Abdul Aziz mengislamkan seluruh pembesar dan rakyatnya di Melaka. Baginda juga meminta Syed Abdul Aziz mengajar agama pada mereka. Sekiranya Sultan Muhammad Shah tidak menganuti agama Islam, pasti agama Islam tidak akan tersebar ke seluruh rakyat Melaka sehingga hari ini dan rakyat Melaka akan menjadi kucar kacir kerana tiada pegangan agama Pemerintah turut berperanan bagi menjalinkan hubungan diplomatik Pemimpin yang berwawasan pasti akan memikirkan kesan jangka panjang bagi pentadbiran kerajaannya. Sekiranya, sultan tidak melakukan hubungan diplomatik dengan negara lain, pasti kerajaan itu tidak akan maju dan pentadbirannya akan goyah. Pada zaman kesultanan Sultan Mansur Shah, beliau telah menghantar menghantar Tun Telanai dan Tuan Jana Putera untuk berbaik-baik dengan Siam. 4. Pembangunan Sesebuah Kerajaan Bergantung Kepada Peranan Pemerintah. Bincangkan Pernyataan Ini Dengan Merujuk Zaman Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka Berdasarkan Sulalatus Salatin [25m]
76 Selain itu, pemerintah juga berperanan dalam melaksanakan undang-undang negara. Undang-undang berperanan bagi menjamin keamanan dan keharmonian masyarakatnya. Sekiranya undang-undang tidak dilaksanakan dengan seadilnya, pasti pentadbiran akan goyah, dan masyarakat akan huru-hara. Sebagai contoh, dalam Sulalatus Salatin, Sultan Alauddin Riayat Syah telah menyamar pada waktu malam bagi menangkap pencuri di Melaka. Beliau turut mengadakan sebuah balai untuk masyarakat menuntut harta mereka yang hilang Peranan pemerintah yang seterusnya, ialah sultan sebagai sumber ilmu. Sultan yang berilmu dan berpengetahuan tinggi dapat membantu menguruskan kerajaan agar maju dan mengukuhkan kerajaan. Sekiranya sultan tidak berilmu, maka kerajaan mudah dicampur tangan oleh kuasa-kuasa besar yang lain dan hal ini akan mengakibatkan kejatuhan sesebuah kerajaan Perkara ini dapat dibuktikan dengan adanya kitab Duri’l-Mazlum yang dibawa oleh Maulana Abu Bakar ke Melaka. Segala ilmu yang ada dalam kitab itu diajar oleh Maulana Abu Bakar kepada Sultan Mansur Syah. Akhir sekali, pemerintah juga berperanan sebagai ketua keselamatan negara. Keamanan sesebuah negara penting dalam menjamin kekukuhan pemerintahan kerajaan. Sekiranya keselamatan negara tidak terjamin, negara akan mudah diserang dan ditawan oleh kuasa-kuasa besar yang lain. Tun perak bijak mengatur strategi untuk menumpaskan tentera siam dengan menambat puntung api pada kayu sepanjang sungai untuk mengelirukan siam agar tentera siam melihat ramai tentera Melaka di sepanjang sungai. Kesimpulannya, peranan pemerintah penting bagi pembangunan sesebuah kerajaan Melaka. Peranan pemerintah penting dalam memastikan setiap susun lapis masyarakat mendapat manfaat. Setiap peranan pemerintah mencerminkan keutuhan dan kedaulatan sesebuah kerajaan sehingga Melaka menjadi empayar yang hebat suatu ketika dahulu.
77 Pengenalan – Cukup sekadar 1 ayat Isi-isi penting Kehendak soalan 1. Fakta galurkan (soalan A) dan peranan golongan menengah (Solan B) (Bukan semua lapisan, soalan berkehendakkan pemerintah sahaja) 2. Ayat kepentingan dan ayat hurai boleh dimasukkan 3. Ayat penjelasan 4. Contoh watak dalam SBDKL 5. Ayat kesan yang kait dengan masyarakat Isi-isi penting (KALAU 9M, MAKA PELAJAR PERLU KEMUKAKAN 3 ISI YANG MEMPUNYAI 3M PADA SETIAP SATUNYA. IAITU FAKTA GALURKAN, AYAT HURAI DAN CONTOH) Raja. Raja terletak pada kedudukan yang paling tinggi di dalam susun lapis masyarakat sebagaimana paparan di dalam novel. Justeru dalam hal berkaitan urusan melantik pembesar perlulah mendapat kebenaran atau perkenan daripada baginda / Perlantikan Penghulu Mahmud sebagai Orang Kaya Indera perlu mendapat perkenan Tuanku. (hlm. 13). Kedudukan baginda dalam hiraki tertinggi melibatkan semua rakyat Kampung Pulai mengambil bahagian dalam upacara puja umur raja. Bangsawan. Golongan pembesar yang terletak di lapisan kedua merupakan golongan yang membantu Raja mentadbir sesebuah negara. Ayah kepada En Muhammad iaitu Orangkaya Indera Datuk Idris bin Muhammad Saman merupakan pembesar yang dipertanggungjawabkan memakmurkan Wilayah Tualang. Keturunan mereka dikenali sebagai pembela negeri, pembela rakyat dan pembela astana. (hlm. 35) Golongan Menengah/Pertengahan. Golongan pertengahan merupakan golongan berpengaruh dan dihormati oleh masyarakat setempat. Terdiri daripada Yang berhormat, imam, bilal, golongan peniaga dan ketua kampung contohnya YB Muhd Yusof, Imam Saad, En Muhammad, Dato' Tan, Pak Salim dan Tok Empat Dahlan. Rakyat. Golongan yang paling bawah dalam susun lapis masyarakat. Cth: Sudin, Kemat Jerangkung, Mahani dan lain-lain. 5. Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur ada menggambarkan susun lapis masyarakat. Berdasarkan pernyataan tersebut, (a). galurkan susun lapis masyarakat yang terdapat di dalam novel. [9] (b). Jelaskan peranan golongan menengah dalam susun lapis masyarakat tersebut. [16] a) galurkan susun lapis masyarakat yang terdapat dalam novel
78 Ahli politik / wakil rakyat. Wakil rakyat merupakan orang yang dipilih dan dilantik. YB Muhd Yusof adalah contoh wakil rakyat sebagaimana yang dipaparkan di dalam novel. Beliau membantu mengatasi permasalahan yang dihadapi oleh rakyat kawasannya iaitu penduduk Wilayah Lembah Tualang. Majoriti penduduk Wilayah Lembah Tualang terdiri daripada masyarakat yang hidup dalam serba kekurangan. Justeru YB Muhd Yusuf bertanggungjawab dalam memastikan mereka mendapat pembelaan, contohnya menyediakan rumah murah kerana mereka tidak mempunyai rumah mahupun tanah sendiri. (hlm. 55) Hal ini tentulah amat membantu proses pembangunan masyarakat memantapkan kualiti sosial mereka. Usahawan. Usahawan bermaksud orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan dan selalunya berkait rapat dengan kegiatan ekonomi. Pak Salim boleh dirujuk sebagai usahawan, malahan beliau satu-satunya penduduk Kampung Pulai yang mengusahakan warung kopi di kampung tersebut. Warung kopi yang diusahakan Pak Salim turut menjadi tempat pertemuan antara penduduk Kampung Pulai sambil berehat melepaskan penat bekerja secara langsung merapatkan lagi silaturrahim kalangan masyarakatnya. Oleh hal demikian peranan usahawan di dalam posisi golongan menengah tidak dapat dinafikan kepentingannya dalam konteks pembangunan masyarakat lantaran ia mampu mewujudkan masyarakat yang muafakat serta berdaya saing. Imam. Imam ialah orang yang dilantik mengetuai solat berjemaah. Jawatan imam Kampung Pulai dipegang oleh Imam Saad. Beliau berperanan mengetuai sembahyang berjemaah khususnya solat fardhu di surau kampung tersebut di samping mengajar mengaji kepada anak-anak penduduk kampung, contohnya Gayah yang merupakan bekas anak murid yang pernah mengaji dengannya. Ketua Kampung. Orang yang tertua dan banyak pengalamannya memimpin di dalam sesuatu kawasan kediaman. Contohnya Tuk Empat Dahlan merupakan Ketua Kampung, Kampung Pulai dan mengepalai penduduk kampung tersebut. Ahli Perniagaan. Orang yang mahir atau mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang dagang/jual beli. Contohnya En. Muhammad berperanan sebagai Pengarah Urusan Syarikat Firma Serba Dagang Internasional telah terlibat dengan urusan dagang. En. Muhammad telah berjaya meluaskan perniagaan syarikat tersebut sehingga ke luar negara iaitu ke Jerman. (b) Jelaskan peranan golongan menengah dalam susun lapis masyarakat tersebut.
79 Susun lapis masyarakat adalah berkaitan dengan bentuk hiraki masyarakat. Setiap lapisan masyarakat mempunyai kedudukan dan fungsinya yang tersendiri. Secara umum, masyarakat Melayu dibahagikan kepada 4 golongan utama iaitu raja, pembesar, ahli perniagaan dan rakyat. Golongan ini mempunyai peranannya yang tersendiri. Raja. Raja berkuasa mutlak dan menjadi suri teladan, Baginda juga bertindak sebagai ketua agama dan bertanggungjawab dalam menyatupadukan rakyat/ perpaduan rakyat-melalui perayaan hari-hari penting. Kewujudan raja penting bagi membentuk sebuah masyarakat yang aman dan bersatu padu. Sebagai contahnya, masyarakat kampung Pulai bekerjasama mengadakan majlis sambutan Hari Puja Umur sebagai tanda mengtaati dan menyanjungi raja. Raja yang baik dapat menjadi ketua yang boleh dijadikan rujukan, dan boleh merangka sesuatu pentadbiran dengan baik bagi meningkatkan kesejahteraan rakyatnya. Oleh itu, peranan raja penting dalam mengekalkan keamanan masyarakat dan kedaulatan negara. Pembesar Wilayah / Kawasan. Hal ini dapat dilihat pada jawatan Yang Berhormat dan penghulu kampung. Perlantikan pembesar-pembesar adalah untuk menjadi wakil kepada rakyat dalam daerah tertentu. Golongan pentadbir amat penting kerana segala perancangan raja / sultan dapat dilaksanakan dengan lancar. Contoh, Yang berhormat Mohamad Yusof menjagi kebajikan penduduk kampung Pulai dengan memindahkan ke kawasan FELDA setelah tanah mereka diambil untuk dijadikan tapak perlombongan. Kesannya, kebajikan penduduk kampung terjaga apabila mereka mendapat penempatan, pampasan dan pekerjaan setelah berpindah ke rancangan FELDA. ATAU Contoh, sambutan Hari Puja Umur. Satu organisasi kerja telah dilantik bagi menyempurnakan majlis. Pegawai daerah telah dilantik sebagai penaung manakala Tun Empat Dahlan telah dilantik sebagai penasihat bagi menguruskan majlis. Kesannya mayarakat berkerjasama dengan baik kerana mempunyai ketua yang bijak mengurus. Majlis puja umur juga dapat dijalankan dengan sempurna. Oleh itu, pembesar-pembesar perlu menjalankan tugasnya dengan baik agar kebajikan masyarakat dibawahnya terjamin. Golongan Bangsawan yang menjadi usahawan / perniagaan / perdagangan. Golongan ini penting untuk menjana ekonomi mesyarakat yang ada di dalam sesebuah negara. Ahli perniagaan dapat membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat disamping menambahkan pendapatan negara. Contoh En. Muhammad dan Datuk Tan. Mereka bekerjasama dalam perdagangan lada hitam dan memperoleh tender mengeksport lada hitam ke Jerman. Mereka juga membuka perniagaanlain seperti menubuhkan Syarikat perlombongan. Kesannya, masyarakat di kampung memperoleh peluang pekerjaan dan dapt meningkatkan pendapatan keluarga mereka. Oleh itu, setiap ahli perniagaan mampu membantu masyarakat setempat memperoleh pendapatan bagi menguruskan kehidupan seharian. 4. Berdasarkan novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur, Bincangkan susun lapis masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut dalam pembangunan masyarakat? (25m)
80 3. Cinta Alam Sekitar: Menyatakan rasa cinta akan alam sekitar. Maksud alam sekitar dari segi bahasa ALAM bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi SEKITAR bermaksud di tempat atau di sekeliling. Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut “invironment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002). Peranan / Langkah Kepentingan Watak dan Peristiwa Kesan Pada Masyarakat Teks / Kini Penanaman semula di lading dan FELDA Mengekalkan ekosistem flora dan fauna Menggalakkan pertumbuhan ekonomi / sector pelancongan Menjana ekonomi masyarakat dan negara menarik pelancong asing memulihara alam dan habitat liar memajukan kawasan desa / sector IKS mengelakkan pencemaran FELDA – penanaman getah dan sawit. Rancangan kerajaan bagi Dasar Ekonomi Baru. YB Yusoff dan En. Muhammad menyediakan penempatan bagi orang kampung Tualang. Ladang Lada Hitam – Syarikat Dagang Interprise En. Muhammad Ladang Orkid Vanda – Cik Puan Tipah di Jeram Medang Hutang di Jeram Medang yang mempunyai sungai dan jeram yang cantik, jenih, dan mempunyai ikan. Terdapat binatang kecil / hidupan liar seperti kancil untuk dijadikan binatang buruan. Lokasi yang cantik dan menarik untuk dijadikan pusat pelancongan – En. Muhammad dan CIk Puan Tipah. Generasi akan datang dapat melihat keindahan alam semula jadi yang dikekalkan ALam sekitar yang terpelihar datat meningkatkan pendapatan masyarakat desa dan sekaligus negara Menarik minat pelancong luar dan membuka peluang pekerjaan menjamin kelangsungan hidup flora dan fauna pencemaran tiada dan masyarakat dapat menghirup udara segar dan nyama. persekitaran sungai dan hutan bersih dan tidak tercemar Habitat hidupan liar terjamin dan dapat membiak dengan tenang Bergotong royong menjaga kebersihan Membina pusat rekreasi Membina pusat eko pelancongan dan perhotelan PEMBANGUNAN MASYARAKAT : CINTA ALAM SEKITAR
81 Kesan negatif apabila Syarikat Lombong Ditubuhkan 1. Menjejaskan hutan – penubuhan SLLT akan menjejaskan kawasan hutan di Lembah Tualang dan menyebabkan eko system terganggu. Sumber pencarian penduduk seperti mencari buluh, menorah gtah juga terganggu. 2. Pencemaran sungai – Sungai yang menjadi sumber utama penduduk kampung untuk kegunaan harian dan membasuh baju akan tercemar. Contoh Ibu Sudin, Mak MInah yang membasuh baju di sungai. 3. Pencemaran bunyi. – bunyi bising dari aktiviti perlombongan akan menjejaskan aktiviti harian dan eko pelancongan yang terdapat di kampung berhampiran. Contoh Jawapan Menghargai keindahan sungai. Menghargai keindahan ciptaan Tuhan dapat melahirkan rasa syukur dengan apa yang kita ada. Dengan memiliki nilai menghargai alam, maka masyarakat akan cuba menjaga dan memulihkan alam yang dihargai dengan sebaik mungkin. Secara tidak langsung masyarakat dapat menjamin kelangsungan hidup flora dan fauna. Hal ini dapat dilihat apabila mendapat khabar berita tentang keindahan alam terutama sungai telah mendorong Sultan Mansur Syah untuk mendapatkan Indera Pura. Baginda sangat menghargai keindahan sungai seperti airnya yang tohor serta pasirnya memanjang. Jika masyarakat tidak memiliki nilai menghargai alam sekitar, maka sudah pasti masyarakat akan hidup dalam keadaan yang tercemar dan boleh mennyebabkan kesihatan kita terjejas. Oleh itu, setiap orang di dalam masyarakat wajib memiliki nilai menghargai alam agar dapat mengekalkan keindahan alam untuk generasi akan datang. Takjub /Kagum dengan keindahan alam dan pulau-pulau yang banyak. Sultan Mansur Syah berasa takjub apabila mendengarkan khabar berita tentang keindahan alam di Indera Pura yang mempunyai banyak pulau-pulau indah yang mempunyai khazanah yang boleh dimanfaatkan. Melindungi hidupan liar. Sultan Mansur Syah sangat melindungi hidupan liar seperti gajah, badak, harimau dan seladang yang terdapat di hutan Indera Pura dan tidak membenarkan aktiviti perburuan berlaku. Memelihara sumber air. Sultan Mansur Syah mengarahkan Bendahara Paduka Raja untuk menyerang Indera Pura bagi menaklukinya bagi tujuan untuk memelihara sumber airnya yang dikatakan tawar sampai ke kuala. Menjaga keindahan alam sekitar. Sultan Mansur Syah mengarahkan Bendahara Paduka Raja untuk mendapatkan negeri Indera Pura bagi menjaga keindahan alam yang terdapat di situ agar terus dipertahankan. Memulihkan Fakta Kepentingan Perbincangan / Ulasan Kesimpulan kecil / Kesan untuk diri dan watak Watak / contoh Huraian peristiwa (ayat hurai ini satu dah memadai)
82 Mengekalkan Pendahuluan F1 Konsep alam sekitar – keseluruhan fenomena yang boleh mempengaruhi hidupan organisma F2- Masyarakat SS. F3- Menyenaraikan isi-isi penting Kehendak soalan 1. Fakta mencintai alam sekitar 2. Ayat hurai dan kepentingan boleh dimasukkan untuk memantapkan perbincangan fakta 3. Contoh watak masyarakat Melayu tradisional dalam SS 4. Ayat bincang wajib 5. Ayat kesan yang kait dengan masyarakat Isi-isi Alam sekitar menjadi pencetus pembukaan sesebuah negeri / tempat. Keindahan alam sekitar yang menarik indah dan cantik telah mendorong raja atau pemerintah mengambil suasana alam sekitar sebagai nama/tempat sesebuah negeri. Sebaliknya jika sesebuah tempat tersebut alam sekitarnya tidak menarik dan luar biasa, biasanya nama sesuatu tempat itu tidak dijadikan sebagai ‘nama’ sesebuah negeri atau tempat. Contoh Raja Iskandar Syah menamakan negeri Melaka bersempena nama pokok Melaka tempatnya berhenti melihat anjing buruannya dihambat pelanduk. Kecintaan terhadap alam sekitar turut mempengaruhi masyarakat setempat menjadikannya sebagai penempatan yang selesa untuk didiami (hlm 71). Jelaslah di sini bahawa masyarakat dapat hidup dalam keadaan tenang dan harmoni. Menghargai Alam Sekitar dengan menghiasai tempat tinggal. Alam sekitar membentuk keperibadian dan jati diri. Keadaan alam semulajadi yang indah telah membentuk keperibadian seseorang insan yang mulia. Contoh, peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang, digambarkan puncak gunung ledang begitu indah yang dipenuhi dengan bunga-bungaan memagari Gunung Ledang. Gambaran puncak gunung ledang yang begitu indah yang dipenuhi dengan bunga-bungaan, mergastua telah menimbulkan rasa kagum dan cinta kepada semua orang yang memandangnya termasuk Tun Mamat. Oleh itu jelaslah di sini bahawa menghargai alam sekitar dan menghiasi alam yang dilakukan oleh masyarakat dapat menimbulkan rasa kesedaran, kecintaan dan kesyukuran dalam diri masyarakat tersebut. 1. “Masyarakat tradisional mencintai alam sekitar”. Berdasarkan pernyataan ini bincangkan berdasarkan Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. (25)
83 Mencintai Alam Sekitar dengan melakukan aktiviti bercucuk tanam. Alam sekitar menentukan corak ekonomi/aktiviti yang sesuai. Aktiviti ekonomi banyak dipengaruhi oleh keadaan muka bumi sesuatu kawasan. Kawasan bukit Si Guntang yang di kelilingi sungai, padang amat sesuai bertanam padi huma sebagaimana yang dilakukan olen Wan Empuk dan Wan Malini. (hlm 19) Badang menahan lukah kerana beliau tinggal di kawasan huma yang ada sungai (hlm 48). Aktiviti yang dijalankan oleh penduduk telah menjadikan mereka mendapat hasil yang lumayan. Hal ini kerana mereka talah berbudi kepada tanah dan menghargainya.Jelaslah di sini aktiviti bercucuk tanam yang dijalankan oleh masyarakat kerana penghargaan mereka kepada tanah telah menganugerahkan mereka pendapatan yang dapat menjamin kehidupan yang selesa. Alam sekitar menjadi benteng penyelamat negara/negeri. Keindahan alam sekitar dapat dijadikan benteng menyelamatkan masyarakat dan negeri daripada dikalahkan musuh. Keindahan alam dapat dijadikan ‘tipu muslihat/.taktik’ dalam menghadapi serangan musuh. Contoh, Tun Perak telah memanfaatkan alam sekitar iaitu pokok nyireh, api-api, tumu di tepi pantai semuanya digantung/ditambati api pada waktu malam sehinggakan taktik ini telah menakutkan dan berjaya mengusir tentera Siam yang dipimpin Awi Dicu. Jelaslah masyarakat terselamat dari berdepan dengan peperangan. (hlm : 94) Mengagumi Alam Sekitar dengan bersiar-siar dan menjadikannya tempat istirehat/riadah golongan raja. Alam sekitar menjadi tempat istirehat/riadah golongan raja. Keindahan dan kecantikan pemandangan alam sekitar sesuatu tempat menjadi sumber tarikan raja dan pemerintah untuk menjadi tempat beristirehat dan beriadat bagi menikmati flora dan fauna tempet tersebut. Sebaliknya jika keindahan dan kecantikan pemandangan alam sekitar sesuatu tempat itutidak dinikmati oleh masyarakat maka ianya tidak dapat dijadikan tempat istirehat dan riadah. Contoh, Raja Suran menikmati keindahandan kecantikan alam sekitar “ Bijaya Negara” dengan menjadikan tempat itu tempat beristirehat dan riadahnya dengan menikmati keindahan. Jelaslah alam sekitar dapat dijadikan sebagai tempat masyarakat menikmati keindahan alam.(hlm 7) Alam sekitar menjadi punca konflik/penaklukan negeri. Keindahan dan kekayaan alam sekitar mengundang minat negeri lain untuk menakluk dan memiliki negeri. Contoh, Sultan Mansur Syah berminat menakluki negeri Inderapura kerana alam semula jadinya yang kaya, air sungai yang cantik, memiliki emas dan hutannya yang kaya dengan pelbagai binatang menyebababkan Bendahara Paduka Raja dititah menaklukan negeri tersebut. (hlm 96) Pengembaraan yang dilakukan untuk melihat keindahan alam. Cth Raja Suran suka mengembara melihat keindahan dunia. Nak pergi ke China tak jadi lalu turun ke dasar laut. Kagum dengan keindahan dasar laut dan negeri Dika. Penutup Kesimpulanya mencintai alam sekitar penting agar alam sekitar kita selamat dari pencemaran.Oleh itu masyarakat perlu dididik untuk menjaga dan mencintai alam sekitar Cadangan/ Rumusan/ Penegasan kepada isi/ kesimpulan
84 LATIHAN- UNTUK SOALAN SETERUSNYA CUBA PELAJAR HIGHLIGHTKAN APA KEHEENDAK SOALAN MENGIKUT WARNA YANG TELAH DITETAPKAN KEMUDIAN LIHAT PENGENALAN DAN JAWAPAN. ADAKAH SUDAH MENEPATI KEHENDAK SOALAN ATAU TIDAK. PELAJAR BOLEH BERBINCANG DENGAN GURU PELAJAR. Pendahuluan F1 Konsep alam sekitar – keseluruhan fenomena yang boleh mempengaruhi hidupan organisma F2- Masyarakat kota dan desa SBDKL. F3- Menyenaraikan isi-isi penting Kehendak soalan 1. Fakta peranan alam sekitar 2. Ayat hurai dan kepentingan boleh dimasukkan untuk memantapkan perbincangan fakta 3. Contoh watak masyarakat Desa dan Kota SBDKL 4. Ayat bincang wajib 5. Ayat kesan yang kait dengan masyarakat Pendahuluan (3m) : Definisi Konsep Alam sekitar merupakan persekitaran atau keadaan sekeliling yang berkait rapat dengan manusia. Pendapat sarjana juga menyatakan alam sekitar merangkumi fenomena sekeliling yang mempengaruhi kehidupan sesuatu organisma kehidupan. Istilah geografi menjelaskan alam sekitar sangat berkait rapat dengan iklim, cuaca, dan rupa bumi dan ini mempengaruhi aktiviti dan budaya mesyarakat di situ. Alam sekitar terbahagi kepada beberapa komponen iaitu landskap yang terdiri daripada flora dan fauna serta alam semula jadi. Kedua Sumber alam semula jadi yang maujud seperti udara, sinar mentari dan iklim. Oleh itu alam sekitar memang mempengaruhi aktiviti yang dijalankan oleh manusia contoh sumber mencari rezeki, pemberi motivasi, tempat bersenggang (beristirahat), menentukan corak aktiviti, pencetus dan penyelesaian konflik masyarakat setempat. 2. Alam sekitar memang mempengaruhi kehidupan masyarakat kota dan desa seperti yang digambarkan dalam teks Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. Bincangkan. (Peranan Alam Sekitar)
85 Alam sekitar boleh dijadikan eko perlancongan dan tempat riadah yang baik untuk merehatkan minda. Muka bumi Jeram bertingkat dan mempunyai hutan dara, yang terletak dalam kawasan tanah milikan keluarga Encik Muhammad yang berpuluh-puluh hektar sesuai untuk aktiviti eco pelancongan bagi menarik pelancong untuk mengenali budaya dan keindahan tempat kita. Selain itu, Jeram Medang sesuai untuk dijadikan tempat mandi manda, berkelah, perkumpulan keluarga, berburu, beristirahat bagi masyarakat kota untuk melepaskan tekanan dan kesibukan bekerja di kota. Kesannya. fikiran akan menjadi tenang dan kehidupan masyarakat akan lebih terjamin. Contoh dapat dilihat apabila En. Muhammad ingin menjadikan Jeram Medang sebagai pusat rekreasi dan perhotelan kerana potensinya yang memiliki sumber alam yang cantik, indah dan baik. Oleh itu, keindahan flora dan fauna di Malaysia seperti di Jeram Medang harus dipelihara agar menjadi tarikan pelancong asing bagi menjana sumber pendapatan masyarakat setempat selain menenangkan fikiran. Alam Sekitar boleh dijadikan tempat bercucuk tanam dan sumber rezeki. Cik Puan Tipah mempunyai ladang orkid di Jeram Medang. Cik Puan Tipah (isteri Encik Muhammad bin Idris) mengusahakan kebun orkid secara kecil-kecilan. Menanam pelbagai jenis orkid seperti laeliocattleya (hlm.19) dan vanda (hlm.23). Kawasan yang redup, sejuk dan suhu rendah di Jeram Medang menimbulkan minat mendalam kepada Cik Puan Tipah untuk mengkomersialkan tanaman orkidnya. Beliau berkira-kira untuk menggunakan 5 ekar tanah milik keluarga suaminya Encik Muhammad untuk tujuan itu. Encik Muhammad menimbulkan idea untuk menjadikan tanah milik keluarganya di Jeram Medang sebagai kawasan ecopelancongan yang menarik dan mendatangkan keuntungan kepada tanah milikan keluarganya atas faktor kesesuaian cuaca dan rupa muka bumi di situ. Pembukaan ladang orkid telah mewujudkan peluang pekerjaan pada masyarakat kampung. Kesannya penduduk kampung dapat menafaatkan alam sekitar dan dapat berkerja bagi kelansungan hidup. Oleh itu, masyarakat haruslah berbudi pada tanah agar kehidupan mereka lebih terjamin. ISI SETERUSNYA PERLU DIBAIKI. Menjadi terapi untuk kesihatan dan minda. Syarifah Mahani tidak melepaskan peluang untuk menghirup udara pagi yang segar dan bersih yang dianggapnya sebagai pembangkit semangat (motivasi) kepada dirinya. Dia memerlukan udara yang segar sebelum berangkat ke tempat kerja kerana tugasannya yang banyak dan fikiriannya yang berserabut memikirkan hubungannya dengan kekasihnya Rahim. “Dia perlu segera keluar menyambut pagi; pagi yang tidak pernah putus datang kepadanya membawakan udara segar yang bersih” (hlm. 33: P1,B5-B7). Alam sekitar menyediakan kemudahan untuk berhubung antara satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Basikal tua dan kenderaan pacuan empat roda (Lad Rover) merupakan kenderaan yang paling efisien dan praktikal untuk masuk ke Jeram Medang. (hlm 43: P1) Sudin datang ke Jeram Medang untuk menyelidik dan mencari maklumat kerja-kerja yang dilakukan oleh Ali (tukang kebun Cik Puan Tipah) untuk membuka ladang orkid seperti yang diarahkan oleh Yang Berhormat Muhd Yusuf. YB Muhd Yusof cemas akan rancangannya bersama-sama dengan Encik Chan dan Penghulu Mahmud untuk membangunkan kawasan itu dihidu oleh Encik Muhammad. Alam sekitar mengingatkan manusia kepada kisah silam. Encik Muhammad terkenangkan masid di Pekan Tualang yang kini sudah menjadi semak sebagai tempat beliau dan rakan-rakannya bermain dan mengaji semasa pendudukan Jepun dahulu. Dia dan kawan-kawannya yang diajak ke masjid melintasi kawasan itu dan terkenangkan pucuk paku dan ubi kayu di kawasan itu yang menjadi makanan utama mereka semasa pendudukan Jepun.
86 Persekitaran yang strategik membantu meningkatkan ekonomi. Pokok-pokok besar di tepi Jeram Medang menjadi pilihan penduduk kampung untuk membina gerai minuman dan makanan. Selain itu, pokok besar menjadi tempat berteduh dan parkir basikal orang-orang kampung dan kereta orang-orang bandar Pinggir/tepi sungai menjadi tempat strategik peniaga warung membina gerai bagi tujuan mendapatkan air dan persekiran yang cantik. Alam sekitar boleh mempengaruhi jati diri dan watak seseorang. Cuaca pagi yang berkabus sangat terkesan dalam hati Syarifah Mahani kerana melambangkan jiwanya yang tidak tenteram dan berserabut (memikirkan soal hubungannya dengan Rahim). “Sebentar lagi matahari akan terbit. Tanda-tanda di ufuk menunjukkan pagi akan cerah. Embun dan basah akan segera kering. Awan bersih tetapi kabus banyak memutih berapungan jauh di pinggir bukit...fikiran Mahani lapang tetapi hatinya seperti kabus di kaki bukit itu, menunggu matahari panas barangkali baru akan cerah.” (P1: B7-B14) Perpaduan dapat dinikmati dengan persekiran yang baik. Sungai di Kampung Pulai menjadi tempat Mak Minah (ibu Sudin) dan wanita-wanita di kampung membasuh pakaian dan tempat berkumpul. Ketiadaan air paip menjadikan sungai sebagai sumber alam untuk memenuhi keperluan penduduk kampung yang akhirnya menjadikan hubungan masyarakat kampung bertambah erat (keluar membasuh pakaian beramai-ramai secara serentak). Hubungan integrasi sesama penduduk kampung meningkat (hlm 139) Alam sekitar punca rezeki dan urusan manusia. Alam sekitar (cuaca dan rupa bumi) yang sesuai membolehkan penduduk Kampung Tualang menorah getah, mencari buluh dan rotan untuk membuat atap bertam, menangkap dan menjala ikan di Sungai Tualang. (hlm 41: P5) Alam sekitar (sungai) memudahkan seseorang menghapuskan jejak/bukti aktiviti negative seseorang dengan mudah. Contohnya; Mat Akil selepas berak di atas cadar/tilam pengantin di bilik Sudin (membalas dendam/membuat khianat) terus masuk ke dalam sungai membersihkan dirinya sambil mentertawakan rakan-rakannya yang tidak tahu akan perbuatan khianatnya berak di atas katil pengantin Sudin.(menghilangkan najis/bukti/jejak dengan pantas). Persekitaran membantu menyelesaikan masalah. Rancangan Encik Muhammad yang mahu mengubah landskap Kg Pulai untuk aktiviti melombong menimbulkan konflik sesetengah penghuni asal Kampung Pulai terutama sekali Lebai Maarup, Imam Saad, Bilal Endut, Pak Salim dan lain-lain. Pengekalan sebahagian daripada tanah wakaf untuk tujuan beribadah, pejabat dan padang riadah yang diwakafkan oleh Lebai Maarop menjadi alat penyelesaian isu/konflik antara penduduk Kampung Pulai dengan Encik Muhammad bin Idris. [Pilih mana-mana 5 isi sahaja]. Kesimpulan (2m): Alam sekitar dan rupa bumi sememangnya sangat berkait rapat dengan urusan kehidupan masyarakat kota dan desa. Bermanfaat atau tidak alam sekitar bergantung kepada kebijaksanaan manusia mengeksploit dan mengurus alam sekitar mereka.
87 Pendahuluan F1 Konsep alam sekitar – keseluruhan fenomena yang boleh mempengaruhi hidupan organisma F2- Masyarakat SS. F3- Menyenaraikan isi-isi penting Kehendak soalan 1. Fakta cadangan En. Muhammad (soalan A) dan Keistimewaan yang terdapat pada Jeram Medang (Soalan B) 2. Ayat hurai dan kepentingan boleh dimasukkan untuk memantapkan perbincangan fakta 3. Contoh peristiwa di Jeram Medang dalam SBDKL 4. Ayat bincang (soalan A) dan Ayat penjelasan (soalan B) adalah wajib 5. Ayat kesan yang kait dengan masyarakat Cadangan En. Muhammad ialah memagarkan kawasan Jeram Medan. Alam sekitar yang indah menjadi igauan setiap makhluk di dunia. Manusia akan mencari tempat-tempat yang indah untuk menenangkan minda setelah penat mencurahkan bakti untuk keluarga maupun masyarakat dan Negara. Begitu juga dengan En. Muhammad yang ingin membina pagar di sekeliling Jeram Medang untuk dijadikan kawasan pemburuan kecil. Pada pendapat En. Muhammad mereka yang cintakan alam sekitar akan datang untuk menikmati keindahan alam sekitar . Sekiranya En. Muhamad tidak mencadangkan pembinaan pagar bagi kawasan yang terdapat pelanduk tersebut, sudah tentulah tidak dapat menarik para pelancong ke tempat Jeram Medang yang dikatakan sangat menarik persekitarannya. Hal ini akan menambahkan lagi pengalaman masyarakat yang pergi ke Jeram Medan sekiranya dibangunkan nanti. 3. Baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan yang mengikutinya: “ Kita bertuah, bang, “ Encik Muhammad mengisi kekosongan percakapan. “ Jeram Medang itu terletak dalam tanah kita.Kalau wilayah ini dimajukan nanti, Jeram Medang boleh menjelma menjadi tempat bercuti yang amat indah.Hutan di seberang itu boleh kita pagar, jadikan tempat buruan kecil.Kita ajar pelawat-pelawat ke situ menjerat pelanduk. Nanti tengoklah, mereka akan gila mencurahkan wang kepada kita untuk mendapatkan seronok yang belum pernah mereka ketahui, belum pernah mereka mimpikan. Menjerat pelanduk itu khusus kepandaian orang kita.Kita dirikan motel di situ, tentu akan menarik pelancong.” (a). berdasarkan petikan, bincangkan cadangan En. Muhammad untuk menarik para pelancong ke Jeram Medang. (b). jelaskan keistimewaan yang terdapat pada Jeram Medang sehingga mendorong Encik Muhammad ingin membangunkan kawasan tersebut.
88 Cadangan untuk membina motel. Setiap insan yang cinta akan alam sekitar sudah pasti akan mencari tempat penempatan sementara sepanjang berada di sesuatu tempat yang menarik. Oleh itulah En. Muhammad mencadangkan agar motel didirikan di Jeram Medan agar dapat memberi kemudahan kepada para pelancong yang ingin bermalam. Suasana ini memberi pengalaman baru kepada para pelancong. Sekiranya motel tidak didirikan sudah tentu akan menjejaskan kehadiran para pelancong ke tempat tersebut. Hal ini juga secara tidak langsung akan merugikan golongan pendatang kerana tidak dapat menikmati keindahan alam di Jeram Medang yang mugkin pemandangan seperti itu tidak terdapat di tempat mereka. Kesannya, masyarakat akan menghargai alam dan nilai mencintai alam dapat ditanam dalam kalangan masyarakat. Cadangan mengadakan aktiviti menjerat pelanduk. Pelanduk merupakan sejenis binatang yang kecil. Pada hari ini rata - rata kita hanya dapat berkongsi melihat pelanduk di zoo sahaja. Sebahagian besar pelajar-pelajar kita pada hari ini hanya belajar melalui buku dan internet untuk mendapatkan maklumat tentang sepsis pelanduk. Dalam novel Saudagar besar Dari Kuala Lumpur , En Muhammad mencadangkan agar mengadakan aktiviti menjerat pelanduk . Hal ini memberi pengalaman baru kepada mereka yang tidak pernah mengalaminya. Sambil menikmati keindahan alam sekitar, para pelancong dapat menikmati pengalaman baru yang sukar diperolehi ditempat lain. Di samping itu juga dapat mengekalkan keunikan yang ada di Jeram Medang. Sekiranya keunikan yang ada di Jeram Medang tidak diusahakan sudah tentu alam sekitar yang unik itu tidak dapat dinikmati oleh masyarakat yang lain yang sentiasa mencari kelainan. Secara tidak langsung akan mengurangkan kemasukan para pelancong ke Jeram Medang. Memajukan kawasan Jeram Medang. keindahan jeram tidak dapat dinafikan. Setiap kawasan jeram yang telah diteroki oleh manusia yang cintakan alam sekitar sudah tentu menjadi tumpuan ramai. Bunyi deruan air serta dikelilingi hutan memberi pemandangan yang tidak dapat dilupakan oleh setiap insan.Tidak terkecuali dengan Jeram Medang yang terletak di tanah kepunyaan keluarga En Muhammad. Oleh itu En Muhammad mencadangkan kepada abangnya Penghulu Mahmud agar kawasan Jeram Medang dibangunkan untuk menarik ramai pelancong. Hal ini kerana kawasan Jeram Medang itu merupakan kawasan masih lagi terpelihara keindahan alam iaitu masih terdapat kawasan hutan dan juga terdapat flora dan fauna. Di kawasan Jeram Medan itu juga dikatakan terdapatnya pelanduk yang menjadi daya penarik . Selain dapat menikmati keindahan di Jeram Medang cadangan En Muhammad itu juga dapat memberi keuntungan kepada pengusaha tempat tersebut sekiranya dibangunkan. Sekiranya tempat menarik itu tidak diwar-warkan sudah tentu hanya masyarakat setempat dan yang berada disekitar Jeram Medan yang dapat menikmati keindahan dan keunikan Jeram Medan. Keadaan ini juga tidak dapat menyumbangkan pendapatan kepada golongan tertentu. Hal ini tentu akan merugikan Jeram Medang yang menarik itu kerana tidak dapat menonjolkan keindahan kepada masyarakat sejagat.
89 Memiliki aliran air yang menarik. Jeram medang memiliki aliran air yang menarik kerana memiliki pelbagai jenis batuan yang membantu dalam terjenunan air yang dapat menarik orang ramai yang singgah di Jeram Medang itu. Memiliki struktur batuan yang menarik. Struktur batuan tersusun dalam keadaan menarik secara semulajadi. Hal ini memberi keindahan semulajadi pada kawasan Jeram Medang yang sudah tentu memiliki keindahan alam sekitar yang dapat menarik mereka yang cintakan alam sekitar. memiliki pecahan anak sungai yang menarik. Air sungai yang mengalir dari terjunan memecah seolah-olah membentuk anak-anak sungai yang dapat memberi keindahan alam semulajadi. Bagi mereka yang cintakan alam sekitar akan terpaku dan terpegun dengan keindahan kawasan tersebut. Memiliki kawasan lubuk yang jernih [hlm 48]. Jeram Medang memiliki kawasan lubuk yang jernih seolah-olah membentuk sebuah kolam yang menjadi daya penarik untuk orangramai terutama kanak-kanak. Oleh sebab itu En Muhammad ingin membangunkan kawasan tersebut. Memiliki kawasan memacing [hlm 48]. Jeram Medang memiliki kawasan memacing. Buktinya Sudin pernah memacing dengan bapanya sewaktu kecil dahulu. Suasana ini memberi pengalaman baru kepada mereka yang menjalankan aktiviti memacing. Memiliki lapisan jeram yang bertingkat secara semulajadi. Jeram Medang memiliki kawasan jeram yang mempunyai struktur batuan yang bertingkat-tingkat dan ini memberi unsur kagum bagi mereka yang melihatnya. Ini memberi daya penarik kepada mereka yang citakan keindahan alam. Hal ini memberi inspirasi kepada En. Muhammad untuk membangunan kawasan tersebut. Memiliki sumber pendapatan. Jeram Medang juga mempunyai sumber pendapatan kepada penduduk kampung tersebut dan kampung bersebelahan. Menurut Sudin, penduduk kampung Pulai dan juga kampung sekitar menjadikan jeram itu untuk menangkap ikan. Biasanya penduduk kampung akan menggunakan jala bagi mencari rezeki di kawasan jeram itu. (b). Jelaskan keistimewaan yang terdapat pada Jeram Medang sehingga mendorong Encik Muhammad ingin membangunkan kawasan tersebut. (CONTOH BOLEH AMBIL DALAM PETIKAN DAN AYAT KESAN PERLU SEBAB BILA E.MUHAMMAD DAH MEMBANGUNKAN KAWASAN APA YANG BERLAKU).
90 Pendahuluan F1 Konsep alam sekitar – keseluruhan fenomena yang boleh mempengaruhi hidupan organisma F2- SBDKL. F3- Menyenaraikan isi-isi penting Kehendak soalan 1. Fakta usaha yang dilakukan untuk menjaga keindahan alam sekitar 2. Ayat huraian wajib 3. Contoh alam sekitar yang ada dalam SBDKL 4. Ayat bincang dan kepentingan boleh dimasukkan untuk memantapkan huraian 5. Ayat kesan yang kait dengan masyarakat PENGENALAN: Maksud mencintai alam sekitar- cinta kepada yang ada di langit dan di bumi (sungai, hutan, flora, fauna dll) Mereka yang mencintai alam sekitar akan melindungi-menghargai dan menjaga. Usaha: Memagarkan kawasan Jeram Medan. Encik Muhammad -pagar sekeliling jeram medan/ jadikan kawasan perburuan kecil Kesan Keadaan terkawal/ menarik pelancong datang/ persekitaran menjadi lebih menarik. Meningkatkan ekonomi apabila masyarakat sekitar berniaga di kawasan tersebut. Membina motel. Encik Muhammad mencadangkan di binanya motel di Jeram Medan- beri kemudahan kepada pelancong yang ingin bermalamsuasana dan pengalaman baru kepada pelancong. Kesan Beri peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar. Aktiviti menjerat pelanduk. Usaha menjerat pelanduk dicadangkan oleh Encik Muhammad- beri pengalaman baru kepada pelancong dan penduduk sekitar yang berminat dengan aktiviti tersebut. Kesan Memberi hobi baru dan memenuhi masa lapang penduduk sekitar daripada perkara yang tidak berfaedah- menambah pendapatan masyarakat Kg. Pulai. 4. Keindahan alam sekitar turut di beri penekanan dalam teks SBDKL. Huraikan usaha yang dilakukan kesan-kesannya kepada pembangunan masyarakat?
91 Memajukan kawasan Jeram Medan. Encik Muhammad mencadangkan kepada abangnya Penghulu Mahmud supaya majukan kawasan itumenarik pelancong datang ke Jeram Medan/ kawasan masih terpelihara/ masih ada hutan flora dan fauna- jadikan tempat riadah/bersenam untuk keluarga Kesan Pembangunan masyarakat dan kampung tersebut-melahirkan masyarakat yang sihat. Pembangunan pola dan penempatan yang terancang dalam Felda. Apabila felda diperkenalkan, penduduk dipindahkan ke situ- mereka di beri tanah untuk diusahakan dan rumah sebagai tempat tinggal - masih ada lagi tanah yang boleh mereka usahakan di samping mengekalkan flora yang sedia ada. Kesan Pendapatan tetap dan pendapatan tambahan oleh Felda- melahirkan masyarakat yang lebih gigih untuk berusaha meningkatkan taraf hidup mereka. Pembangunan ladang orkid di Jeram Medan. Encik Muhammad dan Cik Puan Tipah mengusahakan ladang orkid di Jeram Medan. Kesan Mencantikkan kawasan tersebut/menjadikan lebih terkenal/ beri peluang pekerjaan/ menjana pendapatan masyarakat Kampung Pulai. Penutup: Jelas menunjukkan pembangunan alam sekitar memberi kesan positif kepada masyarakat setempat seperti ………………..
92 Pendahuluan F1 Konsep alam sekitar – keseluruhan fenomena yang boleh mempengaruhi hidupan organisma F2- Menyenaraikan isi-isi penting Kehendak soalan 1. Fakta kepentingan memulihara alam sekitar 2. Ayat hurai dan kepentingan boleh dimasukkan untuk memantapkan perbincangan fakta 3. Contoh boleh SS dan SBDKL 4. Ayat bincang wajib 5. Ayat kesan yang kait dengan masyarakat 1. Mengekalkan ekosistem flora dan fauna 2. Menggalakkan pertumbuhan sektor pelancongan 3. Menambah pendapatan negara/sektor ekonomi 4. Mengelakkan pencemaran 5. Memulihara habitat hidupan liar 6. Memajukan kawasan kampung sekitar Penutup: [2] Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan 5. Bincangkan kepentingan memulihara alam sekitar dalam konteks pembangunan masyarakat. [25] KALAU SOALAN SEBEGINI, MAKNANYA AYAT KEPENTINGAN AKAN MENJADI AYAT FAKTA. AYAT FAKTA ADALAH KEPENTINGAN PEMULIHARAAN (BUKAN MEMELIHARA TAPI PULIHARA)-2 PERKARA YANG BERBEZA. AYAT CONTOH BOLEH DIAMBIL DARI KEDUA-DUA2 TEKS YANG DIKAJI SEBAB TAK DINYATAKAN.