51 B) Perpaduan Mengenal pasti elemen pemantapan perpaduan masyarakat majmuk.Perkataan “perpaduan” ini asalnya dari perkataan “padu” iaitu “mampat”, “pejal” dan “padat”. Perpaduan sebenarnya ialah penggabungan. Perihal bergabung menjadi satu atau persatuan. Lawan bagi “perpaduan” ialah “permusuhan”, “kehancuran” dan “perpecahan”. Jadi, perpaduan adalah hubungan yang baik, erat yang boleh mendorong wujudnya amalan kerjasama. Pengenalan Definisi/konsep Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan Negara seluruhnya melalui ideology Negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka Perpaduan rakyat yang berbilang kaum melalui perniagaan / perdagangan. Perpaduan perniagaan dapat dilihat menerusi watak Datuk Tan dan En. Muhammad. Perpaduan haruslah diterapkan dalam masyarakat untuk mewujudkan masyarakat yang membangun. Sekiranya perpaduan tidak diterapkan dalam diri masyarakat maka tidak wujudnya persefahaman antara kaum. Sebagai contoh, Encik Muhammad dan Datuk Tan telah menjadi rakan kongsi dalam perniagaan lada hitam dan telah memajukan syarikat tersebut hingga peringkat antarabangsa. Kesannya perniagaan semakin berkembang dan dapat membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat. Kesimpulannya, masyarakat Kampung Pulai / kini perlu menceburi bidang perniagaan agar membuka peluang kerjaya kepada pelbagai kaum. Fakta 2 Perbincangan / Kepentingan Contoh Kesan Kesimpulan Kecil -Agama membantu dalam pembentukan perpaduan -Melalui nilai keagamaan, masyarakat dapat membentuk perpaduan yang berpegang pada ajaran agama. Sekirannya nilai keagamaan tidak dapat diterapkan dalam diri masyakat sudah pasti perpaduan tidak dapat diwujudkan dalam sesebuah masyarakat. -Lebai maarof mewakafkan tanahnya untuk dibina surau bagi kegunaan masyarakat Kampung Pulai melakukan ibadah bersama- sama. -Secara tidak langsung masyarakat Kampung Pulau dan pekerja lombong dapat sama-sama mendalami ilmu agama dan menunaikan solat secara berjemaah. -Masyarakat kini perlu menghormati pegangan agama masing-masing agar dapat mengekakalkan perpaduan. Oleh itu………agar PEMBANGUNAN MASYARAKAT : SOSIAL - PERPADUAN Fakta Watak / contoh Kesimpulan kecil untuk diri dan watak Huraian peristiwa (ayat hurai ini satu dah memadai) dan perbincangan fakta / perbincangan / Ulasan jika maka Kesan Kepentingan
52 Fakta 3 Perbincangan / Kepentingan Contoh Kesan Kesimpulan Kecil -Perpaduan melalui perkahwinan -Hal ini jelas dilihat menerusi perkahwinan Sudin dan Gayah. Perkahwinan mereka dapat membentuk perpaduan dalam sesebuah masyarakat. -Contohnya, perkahwinan antara Gayah dan Sudin dapat menyatupadukan dua buah keluarga yang sebelumnya bertelagah. Sekiranya perkahwinan ini tidak berlaku, maka dua buah keluarga tersebut tidak dapat di satukan. -Apabila perpaduan dicapai menerusi perkahwinan, ikatan tali persaudaraan dapat dieratkan -Masyarakat kini perlu mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Fakta 4 Perbincangan / Kepentingan Contoh Kesan Kesimpulan Kecil -Persahabatan yang terjalin dapat memupuk perpaduan -Persahabatan merupakan jalinan hubungan antara dua individu atau lebih dalam sesebuah komuniti yang berbilang bangsa. -Contohnya persahabatan yang terjalin antara Robert, Rahim dan Mahani sejak di bangku persekolahan telah memupuk perpaduan dalam sesebuah masyarakat. Jika tidak kemungkinan perpaduan antara kaum tidak dapat di capai. -NIlai persahabatan penting untuk mengekalkan keharmonian. Oleh tiu masyarakat kini perlu memupuk nilai ini di dalam diri anak-anak mereka sedari kecil agar hubungan yang hamoni akan senantiasa wujud. Oleh itu...... Fakta 5 Perbincangan / Kepentingan Contoh Kesan -Perpaduan dapat di pupuk melalui hubungan kekeluargaan -Dalam hubungan kekeluargaan haruslah wujud perpaduan yang mantap. Seandainya tidak keluarga akan berpecah belah dan tidak mempunyai sikap toleransi antara satu sama lain. -Sebagai contoh, dalam novel SBDKL kerenggangan hubungan antara Rahim yang tidak bersetuju dengan Encik Muhammad iaitu bapanya untuk membuka lombong di Lembah Tualang telah dapat diselesaikan dengan pertolongan Mahani, Robert dan Sudin -Kesefahaman dan perpaduan dapat membentuk keluarga bahagia. Oleh itu, kita seharusnya berbincang dengan keluarga jika timbul sebarang masalah. Fakta 6 Perbincangan -Masyarakat yang bekerjasama semasa menyambut / majlis sambutan puja umur -Melalui semangat kerjasama perpaduan dapat dipupuk dalam sebuah komuniti. sekiranya masyarakat tidak berkerjasama maka, masyarakat yang harmoni tidak dapat diwujudkan. -Hal ini dapat dibuktikan melalui sikap kerjasama pendudk Kampung Pulai dalam majlis Sambutan Kedatangan Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk memberi gelaran Orang Kaya Indera kepada Penghulu Mahmud. -Kerjasama menyatukan masyarakat dan jiran tetangga. Oleh itu, nilai ini perlu diamalkan sehingga kini. Penutup Kesimpulannya perpaduan yang mantap dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang membangun. Oleh itu, melalui peristiwa yang telah dibincangkan dalam novel SBDKL dapat diaplikasikan dalam masyarakat hari ini. Hal ini tersebut dapat mejadikan masyarakat hari ini lebih mementingkan sikap perpaduan dalam sesebuah Negara. Perpaduan juga dapat dimantapkan menerusi nilai 1. Bekerjasama 2. Tolong Menolong 3. Hormat menghormati 4. Sayang menyayangi – keluarga dan sahabat / setiakawan 5. Prihatin / mengambil berat
53 Elemen Pemantapan Perpaduan Kepentingan Watak dan Peristiwa Kesan Pada Masyarakat Teks / Kini Perkahwinan Mengelakkan perpecahan kaum Menjamin kedaulatan raja, bangsa dan negara mengekalkan institusi diraja sebagai lambing perpaduan mengeratkan hubungan dan perpaduan dengan masyarakat negara lain menyatu padukan keluarga, masyarakat yang bermusuhan menjalinkan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat yang berbilang kaum Kasih sayang dipupuk menerusi ikatan perkahwinan ikatan perkahwinan dapat mewujudkan perpaduan kerana ia dapat memupuk perasaan kasih sayang, merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dan mengelakkan perpecahan. Contoh perkahwinan antara Mani Purindam dengan Ratna Sandari anak Seri Nara Diraja dapat mengeratkan hubungan antara 2 pihak yang berkedudukan dalam masyarakat. Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan. Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada Negara Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum Mengurangkan jurang perbezaan antara kaum. Perniagaan/ Perdagangan/ Perlombongan/ Pertanian/ Keusahawanan/ Kerjasama memajukan ekonomi menerusi perniagaan Perdagangan Arab Parsi – rempah ratus Perdagangan dengan China – tembikar Perdagangan dengan Benua Keling – Hang Nadim – kain -wujudkan perpaduan dengan negara luar Hubungan Diplomatik/ Pentadbiran Politik Bertolak ansur /menjalinkanhubungan diplomatik menerusi politik / system pentadbiran Melalui politik, perpaduan dapat memupuk sifat tolak ansur demi kesejahteraan dan keharmonian masyarakat. Tanpa perpaduan yang kukuh pasti keadaan politik sesebuah negara tidak akan stabil dan menjejaskan keharmonian pelbagai kaum. Contoh pelantikan Tun Perak (Melayu) menggantikan Tun Ali (berketurunan India Muslim) telah menyatukan dua pihak yang bertelingkah. Jelaslah, kestabilan politik dapat mewujudkan perpaduan antara pelbagai kaum di Malaysia yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India. Hubungan diplomatik dengan negara luar seperti China, Majapahit, dan Siam
54 Ilmu Pembelajaran dan penyebaran ilmu mewujudkan komunikasi dan perpaduan Penyebaran agama Islam oleh pendakwah Arab ke alam Melayu mewujudkan perkongsian ilmu agama. Nilai -nilai dan amalan keagamaan yang menyeru masyarakat ke arah kebaikan dapat memupuk perpaduan. Contoh Penyebaran agama Islam oleh Syed Abdul Aziz kepada Sultan dan rakyat Melaka Pendidikan memberi peluang kepada masyarakat berkongsi ilmu dan berinteraksi antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, pangkat dan kedudukan. Contoh Maulana Abu Bakar yang membawa Kitab Duri’l Mazlum, ke Melaka telah disambut baik oleh Sultan Mansur Syah. Baginda dan para pembesar berguru dengan Maulana tersebut. Adat Budaya Aspek budaya menerusi elemen hormat -menghormati Budaya Melayu menitikberatkan perbuatan menghormati dan melayan tetamu dengan baik, terutama melayan tetamu dari golongan ulama. Budaya ini memupuk perpaduan antara rakyat jelata yang rata -rata terdiri daripada orang Melayu dan alim ulamak berbangsa Arab. Contoh Semasa kedatangan Maulana Abu bakar ke Melaka membawa Kitab Duri’l Mazlum sangat dipermuliakan oleh Sultan Mansur Syah dan rakyat Melaka. Kitab dibawa ke balairung dan maulana dibawa ke istana. Aspek sosial menerusi elemen ketaatan kepada raja Ketaatan rakyat kepada pemerintah menunjukkan hubungan yang harmonis antara kedua belah pihak. Contoh apabila Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara membuat istana dan balairung, semua rakyat jelata tanpa mengira bangsa taat menurut perintah sehingga pembinaan itu siap dalam masa sebulan. (ms 145)
55 1. Perpaduan salah satu elemen penting yang dipaparkan dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Bincangkan elemen-elemen perpaduan yang terdapat dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). [25] Kehendak soalan 1. Fakta elemen perpaduan – sebab soalan nak bincangkan elemen 2. Ayat kepentingan 3. Ayat huraian kalu nak letak boleh 4. Ayat perbincangan 5 Contoh SS 6. Ayat kesan yang kait dengan masyarakat dalam contoh Skema permarkahan: A. Pendahuluan [2] 1 Perpaduan berasal daripada perkataan padu iaitu mampat, pejal atau padat 2 Perpaduan ialah penggabungan atau penyatuan dan perihal menjadi satu. 3 Perpaduan merupakan suatu perkara yang harus dipupuk dalam jiwa masyarakat supaya menjadi aman dan harmoni. 4 Menyatakan isi-isi yang akan dibincangkan B. Isi [20] Tambahan - Bidang Perdagangan F1 Toleransi melalui politik. H/C Politik yang stabil di Melaka kerana wujudnya perpaduan. Contoh, peristiwa Sultan Muzaffar Syah sanggup menceraikan isterinya Tun Kudu adalah untuk untuk mewujudkan perpaduan dikalangan pembesar serta rakyat iaitu antara Tun Perak dengan Tun Ali. Tun Kudu dikahwin dengan Tun Ali dan Tun Ali melepaskan jawatan bendahara dan diserahkan kepada Tun Perak. Pergorbanan Sultan Muzafar membawa perpaduan yang besar kepada Melaka. Jika Sultan tidak bertindak sedemikian, mungkin Melaka akan berada dalam kedaan tidak stabil dan Melaka akan menjadi lemah. F2 Saling percaya mempercayai melalui hubungan diplomatik. H/C Masyarakat dahulu sangat mementingkan perpaduan diantara negara kerana mereka percaya, dengan wujud perpaduan, negara itu akan aman. Contoh, hubungan Melaka dengan Siam, Melaka dengan China, Melaka dengan Majapahit, Melaka dengan Sulawesi.Dengan wujudnya hubungan dan perpaduan dengan negara-negara ini Melaka terus majuk. Sebaliknya jika tiada perpaduan antara negara ini mungkin Melaka akan menjadi mangsa serangan negara-negara tersebut.
56 F3 Kerjasmana dalam aktiviti agama H/C - Dengan adanya sambutan hari-hari penting seperti adat mengusung sejadah ke masjid pada malam sambutan tujuh likur pada 27 Ramadhan. Raja juga akan menabur wang iaitu memberi sedekah selepas menunaikan solat hari raya. F4 Kasih Sayang dalam perkahwinan H/C - Ikatan perkahwinan dapat mewujudkan perpaduan kerana ianya merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dan mengelakan pecahbelah. Perkahwinan juga membolehkan rakyat mendapat perlindungan daripada negara yang ada pertalian apabila diserang musuh. Contoh, Sultan Malikul Saleh telah berkahwin dengan puteri Ganggang dari Perlak. Tidak lama kemuadian Perlak telah dikalahkan oleh musuh. Hal ini menyebabkan rakyat Perlak telah melarikan diri ke Samudra. F5 Menghargai ilmu Ilmu merupakan salah satu faktor kepada perpaduan antara kaum. Ilmu boleh dipelajari dengan adanya guru yang berkalibar dan berasal dari luar yang ada ilmu pengetahuan yang tinggi. Contohnya Maulana Abu Bakar telah mengajar Sultan Mansur Syah dan anak-anaknya serta semua pembesar dan rakyat tentang kitab duril Mazlum. Ini akan menyebabkan berlakunya perpaduan antara orang Melayu dengan Orang Arab. F6 Hormat menghormati dalam bidang pendidikan F7 Berkerjasama dalam bidang sukan/permainan PS: SEBARANG FAKTA LAIN DITERIMA DAN MESTI ADA GABUNGAN ANTARA ELEMEN DAN ASPEK PERPADUAN. RUJUK NOTA / BAHAGIAN C PUN SAMA TENGOK AYAT YANG PERLU ADA DALAM JAWAPAN – IKUT KEHENDAK SOALAN
57 3. Perpaduan mampu membangunkan sesebuah masyarakat. Bincang elemen pemantapan perpaduan di Melaka sebagaimana yang digambarkan dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). [25] A Pengenalan (3) 1. Perpaduan bermaksud perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dll (Kamus Dewan edisi keempat) 2. Perpaduan rakyat dapat diertikan sebagai rakyat berganding bahu untuk melakukan sesuatu dan sentiasa menyelesaikan masalah secara musyawarah. 3. Elemen perpaduan merujuk kepada sesuatu yang menjadi sebahagian dalam perpaduan antara kaum 4. Perpaduan juga dapat diertikan sebagai hubungan yang erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja antara kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas F1 Hormat menghormati dalam kalangan masyarakat majmuk. Masyarakat di Melaka seperti Melayu, Keling (Tamil-Muslim), Cina, Arab, Arab-Parsi dan sebagaainya hidup dalam keadaan harmoni kerana mereka saling hormat menghormati antara satu sama lain. F2 Bekerjasama dalam mempertahankan kedaulatan Melaka. Masyarakat pelbagai kaum telah bersama-sama mempertahankan kedaulatan Melaka. Contohnya Saidi Arab yang berkuturunan telah membantu Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffah Syah dari serangan Siam dibawah pimpinan Awi Dicu. Begitu juga Mia Razul yang berkuturunan TamilMuslim telah membantu Melaka menentang Haru. F3 Perkongsian kuasa dalam politik/pentadbiran. Perpaduan dalam kalangan masyarakat boleh terjelma melalui perkongsian kuasa dalam politik dan pentadbiran. Contohnya terdapat pelbagai etnik/kaum yang bersama-sama mentadbir Melaka. Mani Purindan keturunan Tamil-Muslim telah didudukkan setara dengan menteri sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Tun Ali yang bergelar Seri Nara Diraja adalah anak Mani Purindam telah dilantik menjadi bendahara Melaka. Begitu juga Sultan Muzaffar Syah (Raja Kassim) yang berkuturanan Tamil-Muslim dilantik menjadi Sultan. Raja Mandeliar dilantik menjadi syahbandar – Kadi Yussuf keturunan Arab dilantik menjadi kadi. F4 Perkahwinan campur. Perpaduan dalam kalangan masyarakat di Melaka terjalin melalui perkahwinan antara kaum Melayu dengan Tamil-Muslim, Arab, Arab-Parsi, Cina dan sebagainya. Melalui perkahwinan akan lahirlah rasa kasih sayang, hormat-menghormati, tolak ansur dan sebagainya, yang akhirnya mendorong kepada pemantapan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk. Contohnya Seri Nara Diraja Tun Ali (Tamil Muslim) telah berkahwin dengan Tun Kudu (Melayu) telah meredakan perselisihan faham antara Seri Nara Diraja Tun Ali dengan Tun Perak. F5 Penyebaran dakwah dan Ilmu. Perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk boleh terjelma melalui aktiviti dakwah dan penyebaran ilmu dalam kalangan masyarakat majmuk. Contohnya, wujudnya hubungan yang erat antara orang-orang Arab dengan komuniti lain di Melaka melalui kerja dakwah dan penyebaran ilmu. Orang-orang Arab ini rata-ratanya terdiri daripada alim ulama dan pedagang yang secara tidak langsung telah menjalankan aktiviti dakwah dan mengajar ilmu agama dalam kalangan masyarakat Melaka yang pelbagai kaum itu. Maulana Sadar Jahan misalnya menjadi guru kepada Tun Mai Ulat Bulu, Seri Rama, dan Sultan Mahmud.
58 3. Dalam teks Sulalatus Salatin terdapat elemen-elemen perpaduan. Bincangkan elemen- elemen perpaduan yang membawa kepada pembangunan masyarakat kini? (25m) Pendahuluan - Perpaduan – perihal berpadu atau penggabungan bbp ciri untuk mencapai matlamat tertentu.. - Rakyat beranding bahu untuk melahirkan sesuatu dan menyelesaikan masalah secara musyawarah. - Penting dalam masyarakat berbilang kaum, agama & budaya bg menjamin keamanan & mengelakkan perpecahan. F1 Bekerjasama Mempertahankan Negara Dari Ancaman musuh juga merupakan elemen pemantapan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk. H/B Masyarakat bekerjasama berganding bahu untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau melakukan sesuatu perkara secara bersama adalah masyarakat yang maju dan berjaya. Masyarakat akan hidup dalam aman dan damai sesama kaum. Jika tidak bekerjasama sst pekerjaan dlm sesebuah masyarakat menjadi rumit & tidak dapat diselesaikan dengan sempurna. C Melaka merupakan sebuah kerajaan yang didiami oleh oleh pelbagai etnik/kaum.Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab setiap anggota masyarakatnya untuk mempertahankan kedaulatan Melaka apabila Melaka dan jajahannya diancam oleh musuh sama ada dari dalam atau luar negara, Hal ini dapat dilihat apabila Saidi Arab, Mia Ruzul, Laksamana Khoja Hassan dan sebagainya mempertahankan Melaka dan negeri naungannya dari ancaman musuh. K Elemen bekerjasama penting dalam pembangunan masyarakat kini kerana terdiri drp pelbagai kaum melalui kerjasama dlm memupuk perpaduan dalam masyarakat kini seterusnya masyarakat yg sejahtera. F2 Bertolak ansur Sepakat apabila berhadapan dengan konflik dalam pentadbiran H Dapat mengelakkan perpecahan/mengekalkan keharmonian kaum. Melahirkan keharmonian dan kerukunan hidup antara kaum dalam sesebuah masyarakat. Keharmonian dan kerukunan hidup antara kaum akan mendorong kepada pembangunan masyarakat dari segala aspek kehidupan. Antaranya dapat mengwujudkan kestabilan politik, menjana kemajuan/pertumbuhan yang pesat dalam bidang ekonomi, dan membentuk hubungan sosial yang harmoni antara kelompok masyarakat. Usaha untuk mengekalkan keharmonian hidup antara kaum/etnik dalam kelompok masyarakat adalah menjadi satu kemestian supaya perpaduan antara kaum dapat dikekalkan. C semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah telah berlaku perselisihan antara Tun Perak (orang Melayu) dengan Seri Nara Diraja Tun Ali (TamilMuslim) dan amat membimbangkan baginda. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, Sultan Muzaffar Syah sanggup menceraikan isterinya Tun Kudu, yakni kakak kepada Tun Perak untuk dikahwini oleh Seri Nara Diraja Tun Ali demi mengekalkan perpaduan dan mengelakkan perpecahan dalam kalangan masyarakat. Setelah Tun Kudu berkahwin dengan Tun Ali maka wujudlah ikatan kekeluargaan antara Tun Ali dengan Tun Perak. Akhirnya wujudlah perpaduan antara puak-puak Tun Ali (Tamil Muslim) dengan puak-puak Tun Perak (orang Melayu). Seri Nara Diraja telah menyerahkan jawatan Bendahara kepada Tun Perak. Dengan cara itu, wujudlah perpaduan dalam kalangan masyarakat khususnya antara Tamil Muslim dengan orang Melayu. K Disini jelas kelihatan sikap tolak ansur antara pemimpin dapat menyelesaikan konflik demi keharmornian anggota masyarakat
59 F3 Kasih Sayang melalui ikatan perkahwinan juga dapat melahirkan perpaduan dalam masyarakat majmuk. H Institusi kekeluargaan yang diasaskan melalui ikatan kasih sayang dalam perkahwinan, khususnya perkahwinan campur mampu mengwujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk. Perkahwinan antara dua ektik/kaum yang berbeza melahirkan rasa kasih sayang antara mereka. Hal ini akan mengwujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat dan akhirnya akan membangunkan masyarakat berkenaan sama ada dari sudut politik, ekonomi dan social. C ikatan perkahwinan antara Tun Kudu (orang Melayu) dengan Seri Nara Diraja Tun Ali (Tamil Muslim) telah melahirkan rasa kasih sayang antara mereka. Perkahwinan telah mengwujudkan ikatan kekeluargaan antara Tun Ali dengan Tun Perak yang sebelum ini berselisihan faham kerana tun Kudu adalah kakak kepada Tun Perak. Hubungan puak-puak Tun Perak (orang Melayu). Atas dasar hubungan kekeluargaan dan tolak ansur, maka Seri Nara Diraja secara sukarela telah melepaskan jawatan Bendahara dan menyerahkan jawatan tersebut kepada Tun Perak yang lebih berhak ke atas jawatan tersebut. K Elemen kasih sayang sangat penting dalam masyarakatmajmuk kini untuk memastikan masyarakat yang wujud masyarakat yang sentiasa mencintai antara satu sama lain & tidak bersifat individualistik F4 Hormat menghormati dalam kehidupan social masyarakat majmuk H Hormat menghormati penting untuk mengelakkan pepecahan/mengekalkan keharmonian kaum. Melahirkan keharmonian dan kerukunan hidup antara kaum dalam sesebuah masyarakat. Mengwujudkan kestabilan politik, menjana kemajuan/pertumbuhan yang pesat dalam bidang ekonomi dan membentuk hubungan social yang erat dalam kelompok masyarakat. C Masyarakat di Melaka seperti Melayu, Keling (Tamil Muslim), Cina, Arab, Arab Parsi dan sebagainya hidup dalam keadaan harmoni dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. K Elemen hormat menghormati amat penting untuk memastikan masyarakat yang wujud masyarakat yang berbudi bahasa & tahu menjaga perasaan kaum lain. F5 Bekerjasama memajukan dan membangunkan sektor ekonomi. H Masyarakat yang sentiasa berganding bahu untuk memajukan dan membangunkan sektor ekonomi akan melahirkan masyarakat yang maju dan berdaya saing. Usaha memacukan pertumbuhan ekonomi negara akan melahirkan masyarakat yang prihatin dan sentiasa bersyukur dengan kemakmuran ekonomi yang dikecapi. C Golongan Tamil Muslim, Arab, Melayu dan sebagainya telah bekerjasama memajukan sektor ekonomi Melaka khususnya dalam kegiatan perdagangan. Raja Mandeliar (Syahbandar) bekerjasama dengan Tun Mutahir (bendahara) untuk memajukan Melaka dalam bidang perdagangan di Melaka. Sikap bekerjasama yang dinyatakan mampu melahirkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. K Elemen tolong menolong amat penting dalam pembangunan masyarakat kini bagi memupuk nilai sikap saling membantu dalam masyarakat.
60 Mobiliti Jenis Mobiliti Sosial Watak dan Peristiwa Mobiliti Menegak Ke Atas perubahan status menaik ke atas (Horizontal) -contoh Tun Kudu – jadi permaisuri, Tun Fatimah – jadi permaisuri, Hang Tuah jadi hulubalang - laksamana, Badang – hamba – hulubalang-laksamana Mobiliti sosial menegak Hang Tuah.Hang Tuah merupakan pahlawan biasa Melaka tetapi diberi jawatan atas jasa beliau. Pelantikan beliau membuktikan sumbangan bakti hulubalang diiktiraf oleh raja. Ini memberi kesan pada pembangunan Negara apabila Melaka tidak lagi diancam masalah amuk. Sekiranya tidak pasti Melaka tidak berada dalam keadaan aman. Hang Tuah dilantik menjadi laksamana setelah berjasa dengan menewaskan orang yang mengamuk di Melaka Mobiliti Mendatar perubahan status dalam bentuk setara (Statik) golongan bangsawan –warisi tanggungjawab contoh Tun Perak / Tun Mutahir –anak kepada Bendahara, memiliki jawatan sebelumnya dan dinaikkan pangkat menjadi bendahara Mobiliti mendatar Tun Perak Tun Perak merupakan anak Seri Wak Raja dan pernah menjadi penghulu di Kelang, terkenal dengan kebijaksanaan akalnya, ilmunya, akhlaknya, kesetiaannya dan pandangan jauhnya atas sesuatu isu. Pelantikannya adalah kerana kepimpinannya yang telah menjadikan Melaka sebuah kerajaan yang tersohor tanpa kepimpinannya Melaka tidak akan disegani kerana mempunyai bendahara yang hebat. Tun Perak dilantik menjadi Bendahara Paduka Raja selepas mengalahkan siam semasa menjadi penghulu di Kelang. Mobiliti Menegak Ke Bawah perubahan status dari atas ke bawah (Vertical) –hanya kepada rakyat (dulu menurun) -Tun Kudu – dari permaisuri –diceraikan dan dikahwinkan dengan Tun Ali (menjadi isteri orang kebanyakan), Tun Biajid, Tun Ali –meletakan jawatan dan menjadi orang biasa Mobiliti menurun Tun Mutahir Tun Mutahir dijatuhkan hukuman bunuh bersama ahli keluarganya selepas difitnah ingin merampas takhta dengan menempah kaus emas dan ciu emas dan dianggap durhaka PEMBANGUNAN MASYARAKAT : SOSIAL – MOBILITI SOSIAL
61 Kategori Mobiliti Sosial (SS) Kepentingan Watak dan Peristiwa Kesan Pada Masyarakat Teks / Kini Diraja -mewujudkan perpaduan dan keharmonian -Keutuhan kestabilan / kemantapan kepimpinan - Pengiktirafan / Anugerah - mengangkat kedudukan rakyat kepada yang lebih tinggi - memberi peluang untuk memperbaiki kehidupan contoh Tun Kudu (menegak ke bawah) – bangsawan -mendamaikan permusuhan dan pertelingkahan -menggalakkan seseorang bekerja dengan lebih gigih - membebaskan diri dari hamba -mengubah nasib masyarakat Bangsawan - Tun Mutahir (mendatar) temenggung - bendahara - Tun Perak –Penghulu –Bendahara Rakyat - Hang Tuah (menegak ke atas) rakyat-bangsawan - Maulana /Ulama Hamba Badang (menegak ke atas) Kategori Mobiliti Sosial (SBDKL) Kepentingan / Watak dan Peristiwa / Kesan Pada Masyarakat Teks / Kini Kesan Pada Masyarakat Teks / Kini Mobiliti sosial dari aspek pendidikan / ilmu pengetahuan En.Muhammad gigih belajar hingga mendapat ijazah ekonomi. Akhirnya menjadi usahawan baru yang berjaya. Rahim belajar di luarnegara dan balik dilantik sebagai Pengawal Pengurusan Pentadbiran Syarikat Lombong Lembah Tualang. Melalui pendidikan sahaja dapat mengubah taraf kehidupan seseorang. Masyarakat / Orang Melayu mulai sedar akan kepentingan pendidikan. Oleh itu, En.Muhammad mengambil kesempatan menghantar Rahim /anak perempuan juga sedang belajar Memperbaiki taraf hidup masyarakat Menjana ekonomi masyarakat Membuka peluang Mobiliti sosial dari aspek kerjasama / perniagaan / perdagangan En. Muhammad berkongsi perniagaan dengan Datuk Tan Chong Seng. Dengan bekerjasama dalam perniagaan, orang Melayu dapat mengetahui selok belok ilmu berniaga daripada kaum Cina yang memang pandai berniaga / Telah menghapuskan persektif negetif bahawa orang Melayu tidak pandai berniaga / hanya sesuai jadi pegawai kerajaan sahaja. Kejayaan kerjasama ini tidak menepis tanggapan negatif kaum lain terhadap keupayaan kaum Melayu.
62 Mobiliti sosial dari segi pekerjaan / kerjaya Sudin dari seorang individu yang tiada pekerjaan tetap telah dilantik menjadi pegawai perhubungan oleh En. Muhammad. Dengan pelantikan tersebut hidup Sudin semakin berubah. Sudin mampu menyara keluarganya. Dengan berpindah seseorang itu akan mengubah taraf hidup daripada kemiskinan / kesusahan, menjadi lebih senang. pekerjaan Mempelbagaikan kemahiran Meningkatkan Mobiliti sosial dari segi Insfrastruktur jawatan yang disandang Imam Saad daripada seorang imam mukim Kampung Pulai dinaikkan pangkat menjadi imam kerajaan Pekan Tualang. Dengan pelantikan ini, menampakkan bahawa kerajaan mengambil berat akan kedudukan dan kebajikan imam masjid seperti memberi kenaikan pangkat / menyebabkan pengurusan menjadi lebih efisyen / Penghulu Mahmud mendapat gelaran Orang Kaya Indera / Tuk Empat Dahlan dari ketua kampung menjadi penghulu. Mobiliti sosial dari segi penglibatan kaum wanita dalam perniagaan Cik Puan Tipah membuka kebun orkid. Dengan penglibatan kaum wanita dalam aktiviti perniagaan, maka secara tidak lansung menolak tanggapan negative terhadap kaum wanita yang hanya tahu duduk didapur/ mengguruskan hal keluarga. Ini telah member semangat kepada kaum hawa untuk turut serta dalam perniagaan. Mobiliti dari segi politik YB. Yusuff dahulunya seorang pengusaha kilang papan telah berjaya menjadi wakil rakyat. Denganmelibatkan diri dalam aktiviti politik, secara tidak lansung dapat meningkatkan taraf hidup seseorang / dapat memberi sumbangan kepada masyarakat Mobiliti Sosial dari segi keagamaan dan keimanan Lebai Maarup berusaha untuk menyedarkan masyarakat Kampung Pulai tentang sembahyang / berusaha mengajak golongan muda sama-sama meramaikan surau / solat berjemaah. Dengan usaha yang dilakukan , ramai penduduk kampung mulai insaf/ kembali ke pangkal jalan / bertaubat. Kesan-masyarakat akan dapat hidup dengan harmoni dan bertoleansi / seimbang dari segi rohani dan jasmani. Mobiliti sosial dari segi perkahwinan Sudin sebelum berkahwin dengan gayah pernah menjadi kaki judi, penghutang dan tiada pekerjaan tetap. Namun selepas berjumpa dengan En. Muhammad keadaan hidupnya berubah. Beliau telah mempunyi pekerjaan tetap, menjadi seorang yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai. Kehidupannya dan hubungan dengan keluarganya juga menjadi semakin erat. Setelah Sudin berkahwin dengan Gayah, pertelingkahan keluarga dan saudara yang lain semakin pulih. OLeh itu perkahwinan Gayah dan Sudin dapat menyatupadukan hubungan kekeluargaan yang telah lama renggang
63 CONTOH MENJAWAB MOBILITI SOSIAL Mobiliti sosial merupakan pergerakan daripada satu tahap kelas sosial kepada tahap kelas sosial yang lain. Menurut Paul B. Horton dan Chester L. Hunt (1992), mobiliti sosial dapat diertikan sebagai suatu gerak perpindahan dari suatu kelas ke sosial. Pendapat ini hampir sama dengan pendapat terdahulu oleh S. A Wila Hucky (1982), yang menyatakan bahawa mobiliti sosial sebagai pergerakan individu atau berkumpulan dari suatu status ke status yang lain dalam masyarakat. Lebih lanjut mengenai mobiliti sosial ini dikemukakan oleh Kimball Young dan Raymond W.Mack, bahawa gerak sosial atau mobiliti sosial adalah suatu pergerakan dalam struktur sosial iaitu pola-pola tertentu yang mengatur organisasi suatu kelompok sosial. Struktur sosial mencakupi sifat hubungan sesame individu dan hubungan antara individu dengan kelompoknya. Mobiliti sosial – analisis perubahan / pergerakan yang dialami oleh seseorang individu daripada kedudukan yang dimiliki pada tingkat tertentu kepada kedudukan baru sama ada kedudukan yang tinggi atau rendah dalam sisitem sosial. Mobiliti sosial secara menegak ke atas. Mobiliti ini berlaku apabila terjadi perubahan status daripada tiada pekerjaan tetap kepada memiliki jawatan/pekerjaan yang lebih baik. Mobiliti menegak ke atas berlaku kerana berlakunya perubahan kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yang lain. Perubahan ini dapat memperbaiki status masyarakat. Contoh Sudin daripada tidak memiliki pekerjaan tetap telah berubah nasibnya apabila beliau dilantik menjadi Pegawai Pengurusan Syarikat Lombong Lembah Tualang. Perubahan ini menyebabkan Sudin menjadi tenaga kerja yang cekap dan tidak lagi menganggur. Kesannya Robert dan keluarganya memperoleh masa depan yang lebih terjamin. Oleh itu, setiap masyarakat perlu berubah kepada keadaan yang lebih baik agar memperoleh kesejahteraan dan keselesaan hidup yang lebih baik. Mobiliti sosial secara mendatar. Mobiliti mendatar berlaku apabila wujud perubahan daripada golongan kaya yang terlibat dalam bidang perniagaan menjadi lebih kaya-raya. Mobiliti menegak ke atas berlaku kerana berlakunya perubahan kelompok dari satu lapisan sosial yang setara mengalami perubahan yang lebih baik. Perubahan ini dapat memperbaiki status masyarakat agar lebih dihormati dan disegani. En. Muhammad memang berasal daripada golongan yang kaya di Wilayah Tualang kerana beliau adalah keturunan Orangkaya Indera Datuk Idris bin Muhammad Saman. Dengan pendidikan yang dimilikinya, beliau berjaya menjadi ahli pernigaan yang disegani dan telah syarikatnya telah mendapat tender lada hitam diluar Negara. Selain itu beliau telah mengembangkan sayapnya perniagaannya ke bidang restoran, perlancongan dan akhir sekali syarikat perlombongan. Kesannya, En. Muhammad mampu menjalani kehidupan yang lebih selesa dengan membeli bangle dua tingkat untuk keluarganya. Jika masyarakat berusaha gigih seperti En. Muhammad, nescaya hidup mereka boleh berubah menjadi lebih baik. Oleh itu, masyarakat perlu rajin mencari peluang untuk merubah kehidupan masing-masing. Fakta Kepentingan Huraian peristiwa (ayat hurai ini satu dah memadai) dan perbincangan fakta / perbincangan / Ulasan jika maka Watak / contoh Kesimpulan kecil untuk diri dan watak Kesan
64 1. Bincangkan mobiliti sosial dalam kalangan golongan bangsawan di Melaka berdasarkan teks Sulalatus Salatin(Sejarah Melayu). [25m] A Pengenalan [3] Mobiliti ialah proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan social kepada lapisan sosial yang lain atau satu kedudukan kepada satu kedudukan baharu dalam lapisan yang sama. Mobiliti berlaku dalam dua bentuk iaitu menegak dan mendatar. Menegak ke atas atau ke bawah melibatkan perubahan status seseorang daripada golongan kepada satu golongan yang lain. Manakala, mobiliti mendatar melibatkan perubahan kedudukan sahaja dalam golongan yang sama. Seseorang individu berubah atau bergerak daripada satu kedudukan kepada kedudukan yang lain. Perubahan status sosio ekonomi dan Perubahan kedudukan dalam sistem susun lapis. Perubahan ke atas atau kebawah dan Menyenaraikan isi-isi F1 Mobiliti mendatar Tun Perak. Pergerakan mobiliti dapat dilihat melalui aspek jawatan /kenaikan pengkat H Tun Perak merupakan anak Seri Wak Raja dan pernah menjadi penghulu di Kelang, terkenal dengan kebijaksanaan akalnya, ilmunya, akhlaknya, kesetiaannya dan pandangan jauhnya atas sesuatu isu. Pelantikannya adalah kerana kepimpinannya yang telah menjadikan Melaka sebuah kerajaan yang tersohor tanpa kepimpinannya Melaka tidak akan disegani kerana mempunyai bendahara yang hebat. C Tun Perak dilantik menjadi Bendahara Paduka Raja selepas mengalahkan siam semasa menjadi penghulu di Kelang. F2 Mobiliti sosial menegak Hang Nadim. Mobiliti dari aspek perkahwinan C Hang Nadim masuk dalam kelompok Diraja apabila berkahwin dengan puteri Raja Kelantan iaitu Cau Pauk setelah beliau berjasa kepada Sultan Mahmud membawa lari Tun Teja ke Melaka. F3 Mobiliti sosial menegak Hang Tuah. Mobiliti dari aspek jawatan / pangkat H Hang Tuah merupakan pahlawan biasa Melaka tetapi diberi jawatan atas jasa beliau. Pelantikan beliau membuktikan sumbangan bakti hulubalang diiktiraf oleh raja. Ini memberi kesan pada pembangunan Negara apabila Melaka tidak lagi diancam masalah amuk. Sekiranya tidak pasti Melaka tidak berada dalam keadaan aman. C Hang Tuah dilantik menjadi laksamana setelah berjasa dengan menewaskan orang yang mengamuk di Melaka F4 Mobiliti menegak Tun Fatimah. Mobiliti dari aspek perkahwinan C Tun Fatimah telah dilantik sebagai raja perempuan Melaka setelah berkahwin dengan Sultan Mahmud F5 Mobiliti menurun Tun Mutahir C Tun Mutahir dijatuhkan hukuman bunuh bersama ahli keluarganya selepas difitnah ingin merampas takhta dengan menempah kaus emas dan ciu emas dan dianggap durhaka F6 Mobiliti menegak Tun Teja C Tun Teja merupakan tuning Sultan Abdul Jamal dilarikan oleh Hang Nadim ke Melaka dan berkahwin dengan Sultan Mahmud.
65 2. Dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) tergambar elemen mobiliti sosial atau perubahan status kehidupan masyarakatnya yang berlaku berdasarkan beberapa faktor. Dengan memberikan contoh yang sesuai , huraikan pernyataan di atas. [25] A. Pengenalan [3] F1 Konsep mobiliti sosial merujuk kepada proses di mana seseorang individu berubah atau bergerak daripada satu kedudukan kepada kedudukan yang lain dalam sesebuah masyarakat. F2 Mobiliti sosial adalah perubahan status sosio ekonomi yang berlaku di kalangan anggota masyarakat. F3 Mobiliti sosial melibatkan perubahan kedudukan dalam sistem susun lapis atau satu pergerakan individu dari strata ke strata yang lain F4 Perubahan tersebut boleh berbentuk ke atas atau ke bawah, iaitu penambahan atau pengurangan dalam kekayaan, kuasa dan prestij. F1 Mobiliti dari aspek ilmu / pendidikan iaitu Ilmu Perang/ hulubalang. H/C Ilmu mampu mengubah taraf hidup seseorang . Dengan menuntut ilmu yang bersesuaian dengan keperluan semasa seseorang itu akan mendapat tempat yang baik dalam hiraki sesebuah organisasi atau masyarakat. Kesangupan seseorang bertungkus lumus dalam mempelajari ilmu yang bermanafaat tidak akan sia-sia, malahan bermanafaat untuk dirinya sendiri dan keperluan masyarakat. C1 Ilmu silat yang dipelajari oleh Hang Tuah telah mengubah kedudukannya dalam masyarakat. Hang Tuah rakyat dari keturunan rakyat biasa telah dilantik menjadi laksamana dan dihormati oleh Raja dan masyarakat. Mempelajari pelbagai disipin ilmu akan menjadikan seseorang itu lebih berwibawa. F2 Mobiliti dari aspek ekonomi - Kekayaan H/C Kekayaan dan pemilikan harta juga memungkin seseorang itu berubah kedudukan sosialnya. Harta benda yang dimiliki menjadikan seseorang itu dipandang tinggi dalam masyarakat. Denan pemilikan kekayaan dan harta benda seseorang itu menjadi tumpuan masyarakat mendapatkan pertolongan dari sudut ekonomi. C2 Raja Mandiliar yang sangat kaya telah dilantik sebagai syahbandar setaraf dengan bansawan lain. Pemiikan harta dan kekayaan akan memudahkan urusan kehidupan seseorang dan akan menempatkan seseorang pada kedudukan yang tinggi. F3 Mobiliti dari aspek keagamaan H/C Pengetahuan dalam bidang agama juga penting dalam menentukan kedudukan dan mobiliti sosial seseorang. Ilmu agama yang dituntut secara bersungguh-sungguh melayakkan seseorang itu bergelar alim atau ulama. Golongan ini menjadi tempat rujukan dan tempat belajar dalam masyarakat. C3 Maulana Abu Bakar diantik menjadi kadi menggantikan Kadi Yusof. Ilmu agama akan menjadikan seseorang itu berwibawa dan menjadi tempat rujukan dalam masyarakat.
66 F4 Mobiliti dari aspek pangkat / gelaran / jasa bakti H/C Jasa dan bakti yang dibuat oeh seseorang terhadap masyarakat, agama dan negara membolehkan berlakunya mobiiti sosial dalam kehidupan seseorang. Jasa yang baik akan dikenang oleh masyarakat dan biasanya mendapat pemballasan yang setimpal. Individu yang berjasa dan membuat bakti akan mendapat perhatian serta namanya sentiasa dikenang oleh masyarakat C4 Tun Perak yang memegang jawatan penghulu di Kelang telah dilantik sebaai bendahara Melaka kerana Raja mengenang jasa dan baktinya menyelamatkan Melaka daripada serangan anagkatan tentera Siam. Kepintaran dan kebijaksanaan akan menjadikan bakti yang ditabur mendapat balasan yang setimpal. F5 Mobiliti dari aspek Perkahwinan H/C Perkahwinan yang berlaku antara darjat yan berlainan membolehkan berlakunya mobiliti sosial. Lelaki yamg mempunyai staus dan kedudukan yang tinggi biasanya akan sedaya upaya mencari wanita yang cantik dan mempunyai personaliti menarik. Jika wanita yang dikahwininya dari darjat bawahan, ia akan melonjakkan status sosial berkenaan. Biasanya kecantikan wanita dinilai dari paras rupa dan budi pekertinya. C5 Perkahwinan Tun Fatimah dengan Sultan Mahmud Syah – Tun Fatimah diantik sebagai raja perempuan Melaka. Keelokan pekerti dan budi bahasa mampu mengubah status sosial seseorang. F6 Peperangan H/C Peperangan dan kekacauan boleh juga merubah status sosial seseorang. Mereka yang tewas dalam peperangan dan menjadi tawanan akan merudum status sosialnya. Peperangan yang sering berlaku pada zaman kesultanan Melaka telah merubah banyak status sosial ahli masyarakatnya. Raja dan rakyat negeri yang kalah dalam peperangan terpaksa tunduk kepada raja negeri yang menang. C6 Dewa Sura menjadi tawanan perang kerana kalah perang dengan Kerajaan Melaka. Diplomasi dan komunikasi berkesan perlu dalam apa jua hubungan. C. Penutup [2] Calon dikehendaki menyimpulkan tentang mobiliti sosialdalam teks Sulalatus salatin atau mengemukakan pandangan/saranan.
67 3. Huraikan mobiliti sosial dalam konteks pembangunan masyarakat yang terdapat dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. [25] A Pendahuluan [03] Konsep Mobiliti – Mobiliti sosial merupakan satu proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yang lain atau satu kedudukan kepada satu kedudukan baru dalam lapisan yang sama. Mobiliti boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu menegak (vertical) dan mendatar (horizontal). Mobiliti menegak sama ada keatas atau ke bawah, melibatkan perubahan status seseorang daripada satu golongan kegolongan masyarakat yang lain. Manakala mobiliti mendatar hanya melibatkan perubahan kedudukan seseorang dalam golongan atau kelasnya saja. Perubahan kedudukan dalam masyarakat ini boleh jadi berlaku di sebabkan oleh perubahan dari segi pendidikan, pangkat, kekayaan, perubahan status hubungan kekeluargaan, penglibatan dalam politik, kegiatan bermoral dan tidak bermoral, kesalahan jenayah dan sebagainya. F1 Mobiliti sosial dari aspek pendidikan / ilmu pengetahuan – En. Muhammad, Lebai Maarup dan Mahani F2 Mobiliti sosial dari aspek kerjasama perniagaan / perdagangan – En. Muhammad dengan Datuk Tan F3 Mobiliti sosial dari segi pekerjaan – Sudin F4 Mobiliti sosial darisegi jawatan – Penghulu Mahmud – Orang Kaya Indera, Tuk Empat Dahalan – Penghulu F5 Mobiliti sosial dari segi penglibatan kaum wanita dalam perniagaan – Cik Puan Tipah F6 Mobiliti sosial dari segi politik – YB Mohd Yusoff dari pengusaha kilang papan kepada wakil rakyat F7 Mobiliti sosial dari segi keagamaan dan keimanan – Lebai Maarup F8 Mobiliti sosial dari segi perkahwinan – Sudin sebelum berkahwin dengan Gayah merupakan kaki judi, tetapi selepas berkahwin sikapnya mula berubah C Penutup [02] Pendapat/Harapan/Saranan/Peniaian
68 Susun lapis masyarakat Susun lapis masyarakat adalah berkaitan dengan bentuk hiraki masyarakat. Setiap lapisan masyarakat mempunyai kedudukan dan fungsinya yang tersendiri. Secara umum, masyarakat Melayu tradisional Melaka dapat dibahagikan kepada dua golongan utama iaitu golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah. Biasanya golongan yang memerintah ini mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dan istimewa daripada golongan yang diperintah. Susun Lapis Tanggungjawab / Peranan Watak dan Peristiwa Kepentingan Kesan Pada Masyarakat SS / SBDKL / Kini Raja Pemerintah- berwawasan-memacu kegemilangan kerajaan Melaka. Pentadbir –menyusun atur pentadbiran kerajaan-mewujudkan sistem pembesar berempat Raja berkuasa mutlak – Sultan Mahmud menjatuhkan hukuman bunuh Suri teladan-berdasarkan kepimpinan melalui teladan- Sultan Alaud’Din Riayat Syah Bertanggungjawab dalam perkembangan ilmu-ilmu agama dan kemahiran lain seperti bermain sepak raga, catur dsb. –Sultan Mansur Syah Menyatupadukan rakyat/ perpaduan rakyat-melalui perayaan hari-hari penting Raja sebagai bayangan Allah / Ketua agama-Sultan Muhammad Syah memeluk Islam dan melaksanakan ibadat serta mengembangkan ajaran Islam di seluruh negeri Melaka serta kawasan jajahan. Contoh Jawapan Pemimpin sebagai ketua agama. Sebagai seorang raja, sikap mementingkan ilmu agama sangat penting bagi membentuk masyarakat/rakyat yang aman dan bersatu padu dan mempunyai pegangan yang utuh. Sebagai contahnya, Sultan Mahmud Syah ingin mengetahui masalah agama tentang perbezaan pendapat antara ulama mawara’l hartar, ulama khurasan dan ulama benua iraq. Kesannya, raja lebih mengetahui mengenai sesuatu hal dengan terperinci dan dapat menyusun peraturan dan undang-undang dengan baik bagi masyarakat/rakyat mengikuti. Jika seorang pemerintah jahil tentang sesuatu agama pasti rakyatnya berpecah belah dan negari akan menjadi huru hara. Oleh itu, selaku pemimpin, kita perlu memiliki ilmu agama agar dapat mentadbir rakyatnya mengikut syariat yang telah ditetapkan dalam Islam. susun lapis yang paling tinggi iaitu raja/sultan amat penting dalam pembangunan masyarakat supaya sesebuah masyarakat mempunyai ketua yang boleh dijadikan rujukan, panduan dan boleh merangka sesuatu pentadbiran dengan baik di samping meningkatkan kedaulatan negara. PEMBANGUNAN MASYARAKAT : SOSIAL – SUSUN LAPIS Watak / contoh Fakta Kesimpulan kecil untuk diri dan watak Kepentingan Kesan Huraian peristiwa (ayat hurai ini satu dah memadai) dan perbincangan fakta / perbincangan / Ulasan jika maka
69 ketua turus angkatan perang / Raja mengepalai peperangan-Sultan Mahmud mengetuai peperangan dengan Portugis mengetuai adat istiadat- Sultan Muhammad Syah perkenalkan adat istiadat Islam Pembesar / Bangsawan Bendahara Temenggung Penghulu Bendahari Syahbandar Laksamana Hulubalang Yang Berhormat Bendahara- sebagai pemangku, penasihat raja dan ketua angkatan perang, melantik dan memilih pengganti sultan. Menjaga keselamatan negeri. Menjatuhkan hukuman bagi kesalahan kecil Bendahara akan bertindak memangku tugas raja apabila raja tiada dalam negeri atau raja masih kecil dan tidak matang untuk memerintah. Sekiranya bendahara tiada, tugas tersebut akan diambil alih oleh pembesar yang lain. Penasihat raja Bendahara Paduka Raja Tun Perak menjalankan tampuk pemerintahan ketika Sultan Mahmud Syah masih kecil. Oleh itu, jelaslah bahawa tugas seorang bendahara amat berat dan sebagai seorang bandahara perlu mempunyai sikap amanah dan bertanggungjawab terhadap tugas-tugasnya. Temenggung-pelaksanaan undang-undang dan peraturan negeri, menangkap orang yang bersalah, pengawal/ penjaga keamanan/ ketenteraman dalam negeri, mengepalai gajah. Ketua angkatan laut. Menjaga keselamatan raja dan mengiringi raja ke luar negara. Mengiring raja ke luar negara. Menjaga keselamatan raja Penghulu Bendahari- pengawal/penjaga harta dalam pembendaharaan. Menyimpan daftar hamba raja, mengira segala hasil pendapatan negeri/ memungut hasil negeri, menguruskan kelengkapan istana, memegang usungan sebelah kanan. Memegang gelaran Seri Nara Diraja. bertanggungjawab menyuruh penghulu balai menghias balai, membentang tikar, menggantung tabir dan langit-langit di dalam istana. Syahbandar- pengawal / penjaga pelabuhan, bertanggungjawab segala urusan dagang di kuala, memeriksa perahu yang datang dan pergi, memungut hasil cukai daripada pedagang. Laksamana- pengawal perairan, jaga negeri daripada ancaman kuasa luar di laut dan darat, memikul pedang kerajaan dalam istiadat rasmi/ di belakang gajah, menjaga keselamatan bendahara, pengawal istana. Laksamana Hang Tuah menghalang semerluki daripada merosakkan tanah jajahan melaka. Laksamana Khoja Hassan membunuh TunPepatih Hitam yang berkelakuan kurang sopan, menguis tikar di hadapan Bendahara seri Maharaja Hulubalang -Menjaga keselamatan negeri. Menjatuhkan hukuman bagi kesalahan kecil Menjadi wakil kepada rakyat dalam daerah tertentu (SBDKL) golongan pentadbir amat penting kerana segala perancangan raja/sultan dapat dilaksanakan dengan lancar
70 a) Galurkan susun lapis masyarakat yang terdapat di dalam novel. RAJA – Duli Yang Maha Mulia Sultan Golongan Elit/ Bangsawan/ pembesar wilayah • Orangkaya Indera Datuk Idris bin Muhammad Saman • Orangkaya Indera Datuk Muhammad Saman bin Bndahara Muda. • Orangkaya Indera (Penghulu Mahmud) Penduduk kampong/ buruh • Iman • Guru Agama • Kakitangan Syarikat/awam • Peniagaan • Pekebun • Bilal • Masyarakat Kamung • Penghulu/Pengerusi JKK • Buruh dan lain-lain Golongan Saudagar • Encik Muhammad • Tan Sri Syed Aris • Datuk Tan Chong Seng • Tauke Chan Golongan Profesional • Pegawai Daerah • Wakil Rakyat • Peguam • Exco Johor Peranan Rakyat biasa (orang Melayu tempatan) Golongan Bangsawan perniagaan /Ulama Pedagang /Peniaga dr luar – Arab dan India Orang suruhan – dayang, inang Menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja dan pembesar. Rakyat Melaka berjuang habis-habisan bagi memerangi serangan Feringgi. Menyumbang kepakaran dalam bidang seni. (pertunjukkan lembing oleh orang Suir lagi untut) Membantu kekuatan pertahanan negara (Mia Ruzul bersama-sama perajurit Melaka menentang orang Haru) Menjadi sumber motivasi kepada pemerintah dan pembesar (rakyat Kelang berjuang bersama-sama anak dan isteri untuk menentang Siam) Golongan yang melaksanakan perintah tuannya golongan pembantu dan penyumbang ke arah pembangunan ekonomi masyarakat mereka adalah penyokong dasar-dasar dan perancangan pentadbir. Hamba Badang, Kitul Hak milik tuan Membekalkan sumber tenaga manusia bagi melaksanakan sebarang kerja Melaksanakan kerja-kerja berat –hamba abdi Bekerja di istana-hamba raja Menjadi hamba kepada pemiutang/ bekerja kerana tidak dapat Menjelaskan hutang-hamba berhutang
71 1. Novel SBDKL menggambarkan susun lapis masyarakat. Huraikan peranan setiap susun lapis masyarakat dalam konteks pembangunan masyarakat. 25m Kehendak soalan 1. Fakta peranan setiap susun lapis masyarakat 2. Ayat kepentingan 3. Ayat huraian 4. Contoh watak dalam SBDKL 5. Ayat kesan yang kait dengan masyarakat RUJUK NOTA M/S 90-96. PASTIKAN ANDA TAHU KEHENDAK SOALAN SAMA ADA SOALAN NAK FAKTA SUSUN LAPIS ATAU PERANAN. N0TA LP M/S 10 dan M/S 24 Susun Lapis – Raja, Pembesar, Rakyat dan Hamba (dalam SBDKL tak ada) Peranan Susun Lapis –Raja berperanan sebagai ketua negara dan ketua agama - Golongan Pembesar Wilayah atau Wakli Rakyat yang berperanan ebagai penghubung / pembantu raja dalam membangunkan dan memajukan masyarakat dibawah tanggungannya. Pengenalan. Pembahagian sesuatu kepada beberapa peringkat kelas, golongan, lapisan dsbnya. Lapisan dibahagikan kepada golongan raja, elit bangsawan/pembesar, saudagar, professional dan masyarakat kampong/buruh SenaraIkan isi-isi penting. F1. Raja sebagai ketua pemimpin/yang maha Mulia Sultan H/c: Raja menduduki kedudukan yang paling tinggi dan dihorati dalam masyarakat kelas sosial masyarakat. Sultan berperanan sebagai memberi anugerah dan gelaaran kepada sesiapa yang layak. Semasa Sultan menganugerahkan gelaran Orang kaya Indera kepada Penghulu mamhmud yang membawa gelaran Orang kaya Indera semasa sambutan kedatangan sultan ke kampung Pulai, Masyarakat mengadakan sambutan perayaan puja umur sultan. 2. Golongan elit/bangsawan/pembesar wilayah H: Golongan ini terletak dalam lapisan kedua. Wakil kepada raja dalam urusan pentadbiran negara. Orang kaya Datuk Indera Idris bin Muhamad Saman ayah kepada En.Muhamad merupakan pembesar di Wilayah Tualang diberikan tanggungjawab untuk memajukan Wilayah Tualang. Gelaran ini diberikan pula kepada Penghulu Mahmud. 3. Golngan bangsawan yang terdiri dariada golongan saudagar H; Memajukan ekonomi masyarakat terdiri daripada saudagar Melayu dan Cina.Golongan ini mnyediakan pekerjaan kepada penduduk kampung. Encik Muhamad merupakan seorang saudagar menubuhkan Syarikat Lombong Lembah Tualang menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk dalam bidang perlombongan.
72 4. Golongan professional H: Membantu menguruskan kehidupan masyarakat ke arah yang lebih baik. Golongan ini terdiri daripada ahli politik, peguam, pentadbiran dan sebagainya. C: YB Muhd Yusuf merupakan seoranng ahli politi dan menjadi wakil rakyat kepada penduduk di kampong Pulai. Membantu penduduk agar berpindah ke tanah rancangan Felda. Peguam iatu yang mengendalikan kes Cik Puan Tipah 5. Rakyat yang terdiri daripada golongan agama H: Golongan yang mendapat pendidikan agama. Golongan ini mengajarkan ilmu agama kepada masyarakat dan mengajar masyarakat melakukan perkara-perkara kebaikan. Lebai Maarof mengajar penduduk kampung Pulai mengaji .Imam saad dilantik mengetui sembnahyang berjemaah di surau kampung Pulai. Di samping itu juga mengajarkan anak-anak penduduk mengaji. Contohnya gayah pernah belajar mengaji dengan Imam saad. 6. Rakyat yang terdiri daripada golongan penduduk kampung. H: Golongan ini berada kedudukan paling bawah. Golongan ini terdiri daripada penduduk kampong yang bekerja sendiri sebagai petani, buruh, penoreh getah dan sebagainya. Pak Salim yang menjalankan peniagaan secara kecil-kecilan. Dengan membuka warung di kampung. Penduduk kampung menanam pelbagai tanaman seperti pokok kelapa. Kesimpulan. Rumusan/ ulasan / cadangan DALAM SBDKL TERDAPAT 3 SUSUN LAPIS IAITU RAJA, PEMBESAR, RAKYAT. DAN PELAJAR BOLEH PECAHKAN 3 SUSUN LAPIS TERSEBUT UNTUK DIJADIKAN 5 ISI SEPERTI DI ATAS.
73 2 Huraikan peranan anggota setiap lapisan masyarakat berdasarkan susun lapis masyarakat sebagaimana yang digambarkan dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur dalam konteks pembangunan masyarakat. [25] Kehendak soalan 1. Fakta peranan anggota setiap lapisan. (ada 3 tapi pecahkan jadi lima) 2. Ayat kepentingan – jika nak letak lebih baik 3. Ayat huraian 4. Contoh watak-watak dalam SBDKL 5. Ayat kesan yang kait dengan masyarakat Pendahuluan [3] 1 Susun lapis bermaksud pembahagian sesuatu kepada beberapa peringkat kelas, golongan, lapisan dan sebagainya. 2 Merujuk juga kepada sifat organisasi masyarakat yang terbina daripada semua komponen atau set sosial di mana setiap komponen itu berfungsi sehingga membolehkan masyarakat terus wujud. Perbezaan individu atau kelompok masyarakat telah menyebabkan munculnya satu hieraki yang terdiri daripada lapisan atau strata yang berlainan kedudukannya. 3 Susun lapis masyarakat dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur terdiri daripada golongan raja, golongan pembesar / wakil rakyat, golongan bangsawan/ahli perniagaan dan rakyat. 4 Menyatakan isi-isi penting yang akan dibincangkan B Isi [20] 1 Golongan atasan iaitu Raja (Duli Yang Maha Mulia Sultan) yang berperanan sebagai ketua pemerintah. Raja menduduki lapis yang paling atas dalam hieraki sosial yakni berada dalam golongan atasan. Kedudukan raja dalam hieraki yang paling atas adalah kerana dalam masyarakat Melayu, raja merupakan orang dan instusi yang penting. Sehubungan dengan itu, sebagai seorang pemerintah, raja disifatkan sebagai orang yang mulia dan mempunyai pelbagai kelebihan. Raja juga menjadi simbol atau lambang perpaduan dalam masyarakat dan lambang kedaulatan sesebuah negara.Oleh sebab itu raja akan disanjung tinggi dan dihormati oleh segenap lapisan masyarakat. Dalam novel ini Duli Yang Maha Mulia Sultan merupakan seorang raja atau pemerintah. Baginda merupakan simbol penyatuan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat di Lembah Tualang. Buktinya perayaan puja usia sultan diraikan dengan persiapan rapi. Kehadiran baginda mencemar duli ke Kampung Pulai disambut dengan penuh meriah sebagai tanda hormat. Kesannya, masyarakat yang bernaung di bawah pemerintahan raja yang adil dan memiliki sifat-sifat yang mulia akan berasa aman dan harmoni.
74 2 Golongan menengah - Golongan elit/bangsawan, pembesar wilayah dan wakil rakyat yang berperanan sebagai penasihat raja dan memastikan masyarakat di dalam masyarakatnya berada dalam keadaan baik dan terbela. Golongan ini merupakan golongan menengah yang berada pada lapis di bawah selepas raja dalam hieraki sosial. Mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan raja dan kemungkinan golongan ini mempunyai hubungan kekeluargaan dengan raja dan mewarisi kedudukan ini dari generasi terdahulu. Golongan ini menjadi penghubung antara golongan bawahan dengan golongan atasan yakni raja. Golongan ini diberi kuasa di sesuatu tempat atau wilayah dan mereka merupakan golongan yang kaya dan berharta. Mereka juga bertanggungjawab untuk memaju dan membangunkan masyarakat atau wilayah di bawah tanggungjawabnya. Oleh sebab itulah golongan ini dihormati dan disanjungi oleh masyarakat. Orangkaya Indera Datuk Idris bin Muhammad Saman merupakan pembesar di wilayah Tualang yang begitu berpengaruh. Penguasaan dan pengaruhnya diteruskan oleh anaknya Penghulu Mahmud yang telah dilantik sebagai Orangkaya Indera. 3 Golongan menengah - Golongan saudagar Golongan saudagar merupakan golongan menengah berdasarkan stratafikasi sosial yang terdiri daripada saudagar Melayu dan Cina yang berperanan membantu menjana ekonomi masyarakat. Golongan ini merupakan usahawan dan ahli perniagaan yang berjaya dan kaya raya. Mereka menjadi penyumbang kepada kemajuan ekonomi dan sosial dalam sesebuah masyarakat dan negara. Malah golongan ini menyediakan peluang pekerjaaan kepada masyarakat setempat melalui kegiatan ekonomi yang dijalankan. Di samping itu kemajuan dalam bidang ekonomi ini telah menyumbang kepada perubahan status sosial dalam kalangan masyarakat ke arah yang lebih baik. Encik Muhammad merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang berjaya. Beliau membawa perubahan yang baik dari segi ekonomi dan kemajuan masyarakat Kampung Pulai. Ini terbukti melalui usahanya untuk menubuhkan Syarikat Lombong Lembah Tualang telah membuka peluang pekerjaan dan menjana pendapatan penduduk di sini. Begitu juga Datuk Tan yang mempunyai kebun getah telah memberi peluang pekerjaan kepada penduduk Kampung Pulai. 4 Golongan menengah – Golongan profesional Golongan ini terdiri dariapada pentadbir,ahli politik, peguam dan sebagainya. Walaupun golongan ini berada pada lapis golongan menengah, kedudukannya lebih rendah berbanding golongan saudagar. Hal ini demikian kerana mereka tidak menguasai ekonomi. Namun begitu mereka berperanan membantu dan mengurus kehidupan masyarakat ke arah yang lebih baik. Contohnya lawyer Shahril merupakan seorang peguam kepada keluarga Encik Muhammad. Beliau diamanahkan untuk menguruskan segala hal yang berkaitan dengan undang-undang seperti pembelian tanah dan pembahagian harta pusaka mengikut faraid. 5 Penduduk kampung/buruh – Golongan bawahan yang berperanan membantu meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi keperluan masyarakat dan negara. Golongan yang berada pada lapis paling bawah berdasarkan stratafikasi sosial ialah terdiri daripada penduduk kampung, petani, buruh dan nelayan. Walaupun mereka berada pada lapis yang bawah tetapi mereka memberi sumbangan besar dan utama dalam pembangunan sesebuah masyarakat. Golongan ini menjadi tenaga pengerak kepada pembangunan masyarakat dengan memberi perkhidmatan dan tenaga mereka kepada anggota masyarakat yang lain. Contohnya Pak Salim merupakan seorang peniaga runcit di Kampung Pulai telah memberi perkhidmatan bagi memenuhi keperluan penduduk kampung. Begitu juga dengan Ali yang telah membantu Cik Puan Tipah menjaga ladang orkidnya. Malah dilihat juga peranan Imam Saad dan Lebai Maarup yang memberi sumbangan yang besar dalam pembangunan rohani masyarakat dengan mengajar penduduk Kampung Pulai mengaji al quran dan belajar agama. C Penutup [2] - Menyimpulkan apa yang dibincangkan atau mengemukakan pandangan, saranan, rumusan atau pendirian
75 Cinta Alam Sekitar: Menyatakan rasa cinta akan alam sekitar. Kesan negatif apabila Syarikat Lombong Ditubuhkan 1. Menjejaskan hutan – penubuhan SLLT akan menjejaskan kawasan hutan di Lembah Tualang dan menyebabkan eko system terganggu. Sumber pencarian penduduk seperti mencari buluh, menorah gtah juga terganggu. 2. Pencemaran sungai – Sungai yang menjadi sumber utama penduduk kampung untuk kegunaan harian danmembasuh baju akan tercemar. Contoh Ibu Sudin, Mak MInah yang membasuh baju di sungai. 3. Pencemaran bunyi. – bunyi bising dari aktiviti perlombongan akan menjejaskan aktiviti harian dan eko pelancongan yang terdapat di kampung berhampiran. Peranan / Langkah Kepentingan Watak dan Peristiwa Kesan Pada Masyarakat Teks / Kini Penanaman semula di lading dan FELDA Mengekalkan ekosistem flora dan fauna Menggalakkan pertumbuhan ekonomi / sector pelancongan Menjana ekonomi masyarakat dan negara menarik pelancong asing memulihara alam dan habitat liar memajukan kawasan desa / sector IKS mengelakkan pencemaran FELDA – penanaman getah dan sawit. Rancangan kerajaan bagi Dasar Ekonomi Baru. YB Yusoff dan En. Muhammad menyediakan penempatan bagi orang kampung Tualang. Ladang Lada Hitam – Syarikat Dagang Interprise En. Muhammad Ladang Orkid Vanda – Cik Puan Tipah di Jeram Medang Hutang di Jeram Medang yang mempunyai sungai dan jeram yang cantik, jenih, dan mempunyai ikan. Terdapat binatang kecil / hidupan liar seperti kancil untuk dijadikan binatang buruan. Lokasi yang cantik dan menarik untuk dijadikan pusat pelancongan – En. Muhammad dan CIk Puan Tipah. Generasi akan datang dapat melihat keindahan alam semula jadi yang dikekalkan ALam sekitar yang terpelihar datat meningkatkan pendapatan masyarakat desa dan sekaligus negara Menarik minat pelancong luar dan membuka peluang pekerjaan menjamin kelangsungan hidup flora dan fauna pencemaran tiada dan masyarakat dapat menghirup udara segar dan nyama. persekitaran sungai dan hutan bersih dan tidak tercemar Habitat hidupan liar terjamin dan dapat membiak dengan tenang Bergotong royong menjaga kebersihan Membina pusat rekreasi Membina pusat eko pelancongan dan perhotelan PEMBANGUNAN MASYARAKAT : CINTA ALAM SEKITAR
76 CONTOH JAWAB Maksud alam sekitar dari segi bahasa ALAM bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi SEKITAR bermaksud di tempat atau di sekeliling. Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut “invironment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002). Contoh Jawapan Menghargai keindahan sungai. Menghargai keindahan ciptaan Tuhan dapat melahirkan rasa syukur dengan apa yang kita ada. Dengan memiliki nilai menghargai alam, maka masyarakat akan cuba menjaga dan memulihkan alam yang dihargai dengan sebaik mungkin. Secara tidak langsung masyarakat dapat menjamin kelangsungan hidup flora dan fauna. Hal ini dapat dilihat apabila mendapat khabar berita tentang keindahan alam terutama sungai telah mendorong Sultan Mansur Syah untuk mendapatkan Indera Pura. Baginda sangat menghargai keindahan sungai seperti airnya yang tohor serta pasirnya memanjang. Jika masyarakat tidak memiliki nilai menghargai alam sekitar, maka sudah pasti masyarakat akan hidup dalam keadaan yang tercemar dan boleh mennyebabkan kesihatan kita terjejas. Oleh itu, setiap orang di dalam masyarakat wajib memiliki nilai menghargai alam agar dapat mengekalkan keindahan alam untuk generasi akan datang. Takjub /Kagum dengan keindahan alam dan pulau-pulau yang banyak. Sultan Mansur Syah berasa takjub apabila mendengarkan khabar berita tentang keindahan alam di Indera Pura yang mempunyai banyak pulau-pulau indah yang mempunyai khazanah yang boleh dimanfaatkan. Melindungi hidupan liar. Sultan Mansur Syah sangat melindungi hidupan liar seperti gajah, badak, harimau dan seladang yang terdapat di hutan Indera Pura dan tidak membenarkan aktiviti perburuan berlaku. Memelihara sumber air. Sultan Mansur Syah mengarahkan Bendahara Paduka Raja untuk menyerang Indera Pura bagi menaklukinya bagi tujuan untuk memelihara sumber airnya yang dikatakan tawar sampai ke kuala. Menjaga keindahan alam sekitar. Sultan Mansur Syah mengarahkan Bendahara Paduka Raja untuk mendapatkan negeri Indera Pura bagi menjaga keindahan alam yang terdapat di situ agar terus dipertahankan. Memulihkan Mengekalkan Fakta Kepentingan Huraian peristiwa (ayat hurai ini satu dah memadai) dan Kesimpulan kecil untuk diri dan watak perbincangan fakta / perbincangan / Ulasan jika maka Watak / contoh Kesan
77 2. “Masyarakat tradisional mencintai alam sekitar”. Berdasarkan pernyataan ini bincangkan berdasarkan Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. (25) Kehendak soalan 1. Fakta mencintai alam sekitar 2. Ayat hurai dan kepentingan 3. Contoh watak daalam SS ( lebih kepada bab 1-4) 4. Ayat bincang 5. Ayat kesan yang kait dengan masyarakat RUJUK NOTA M/S 97 FAKTA YANG DIBERI DI BAWAH LEBIH KEPADA PERANAN ALAM SEKITAR JADI SAYA TUKAR SEDIKIT AYATNYA 1. Pendahuluan ( 3 markah ) F1 – Konsep alam sekitar – keseluruhan fenomena yang boleh mempengaruhi hidupan organisma F2- Kepentingan alam sekitar dan SS. F3- Menyenaraikan isi-isi penting 2. Isi-isi ( 20 markah ) F1- Alam sekitar menjadi pencetus pembukaan sesebuah negeri / tempat H/C – Keindahan alam sekitar yang menarik indah dan cantik telah mendorong raja atau pemerintah mengambil suasana alam sekitar sebagai nama/tempat sesebuah negeri. Sebaliknya jika sesebuah tempat tersebut alam sekitarnya tidak menarik dan luar biasa, biasanya nama sesuatu tempat itu tidak dijadikan sebagai ‘nama’ sesebuah negeri atau tempat. Contoh Raja Iskandar Syah menamakan negeri Melaka bersempena nama pokok Melaka tempatnya berhenti melihat anjing buruannya dihambat pelanduk. Kecintaan terhadap alam sekitar turut mempengaruhi masyarakat setempat menjadikannya sebagai penempatan yang selesa untuk didiami (hlm 71) F2- Alam sekitar menjadi benteng penyelamat negara/negeri H/C – Keindahan alam sekitar dapat dijadikan benteng menyelamatkan masyarakat dan negeri daripada dikalahkan musuh. Keindahan alam dapat dijadikan ‘tipu muslihat/.taktik’ dalam menghadapi serangan musuh. Contoh, Tun Perak telah memanfaatkan alam sekitar iaitu pokok nyireh, apiapi, tumu di tepi pantai semuanya digantung/ditambati api pada waktu malam sehinggakan taktik ini telah menakutkan dan berjaya mengusir tentera Siam yang dipimpin Awi Dicu. Jelaslah masyarakat terselamat dari berdepan dengan peperangan. (hlm : 94)
78 F3- Mengagumi Alam Sekitar dengan bersiar-siar dan menjadikannya tempat istirehat/riadah golongan raja F3- Alam sekitar menjadi tempat istirehat/riadah golongan raja H/C – Keindahan dan kecantikan pemandangan alam sekitar sesuatu tempat menjadi sumber tarikan raja dan pemerintah untuk menjadi tempat beristirehat dan beriadat bagi menikmati flora dan fauna tempet tersebut. Sebaliknya jika keindahan dan kecantikan pemandangan alam sekitar sesuatu tempat itutidak dinikmati oleh masyarakat maka ianya tidak dapat dijadikan tempat istirehat dan riadah. Contoh, Raja Suran menikmati keindahandan kecantikan alam sekitar “ Bijaya Negara” dengan menjadikan tempat itu tempat beristirehat dan riadahnya dengan menikmati keindahan. Jelaslah alam sekitar dapat dijadikan sebagai tempat masyarakat menikmati keindahan alam.(hlm 7) F4- Menghargai Alam Sekitar dengan menghiasai tempat tinggal. F4- Alam sekitar membentuk keperibadian dan jati diri H/C – Kedaaan alam semulajadi yang indah telah membentuk keperibadian seseorang insan yang mulia. Contoh, peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang, digambarkan puncak gunung ledang begitu indah yang dipenuhi dengan bunga-bungaan memagari Gunung Ledang, Digambarkan puncak gunung ledang begitu indah yang dipenuhi dengan bunga-bungaan, mergastua sehingga menimbulkan rasa kagum dan cinta kepada Tun Mamat. F5- Mencintai Alam Sekitar dengan melakukan aktiviti bercucuk tanam F5- Alam sekitar menentukan corak ekonomi/aktiviti yang sesuai H/C – Aktiviti ekonomi banyak dipengaruhi oleh keadaan muka bumi sesuatu kawasan. Kawasan bukit Si Guntang yang di kelilingi sungai, padang amat sesuai bertanam padi huma sebagaimana yang dilakukan olen Wan Empuk dan Wan Malini. (hlm 19) Badang menahan lukah kerana beliau tinggal di kawasan huma yang ada sungai (hlm 48) F6- Alam sekitar menjadi punca konflik/penaklukan negeri H/C- Keindahan dan kekayaan alam sekitar mengundang minat negeri lain untuk menakluk dan memiliki negeri. Contoh, Sultan Mansur Syah berminat menakluki negeri Inderapura kerana alam semula jadinya yang kaya, air sungai yang cantik, memiliki emas dan hutannya yang kaya dengan pelbagai binatang menyebababkan Bendahara Paduka Raja dititah menaklukan negeri tersebut. (hlm 96) Penutup ( 2 markah ) Kesimpulanya mencintai alam sekitar penting agar alam sekitar kita selamat dari pencemaran.Oleh itu masyarakat perlu dididik untuk menjaga dan mencintai alam sekitar F7 Pengembaraan yang dilakukan untuk melihat keindahan alam Cth Raja Suran suka mengembara melihat keindahan dunia. Nak pergi ke China tak jadi lalu turun ke dasar laut. Kagum dengan keindahan dasar laut dan negeri Dika.
79 3. PEMBANGUNAN NEGARA 1 Politik- Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain (wikipedia). Kamus Dewan edisi ke-4 terbitan 2005 mendefinisikan politik sebagai ilmu pengetahuan berkenaan cara atau dasar-dasar pemerintahan. Ia juga dipanggil ilmu siasah (berasal daripada bahasa Arab) atau ilmu kenegaraan. A) Kepimpinan.- Menurut Kamus Dewan(1989), kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Mengikut Certo (1997), kepimpinan ialah satu proses pengarahan tingkah laku orang lain ke arah penyempurnaan sesuatu objektif. Pengarahan bermaksud seseorang individu bertindak mengikut cara tertentu atau mengikut sesuatu seperti polisi, organisasi, tatacara dan deskripsi kerja. 1 Baca petikan di bawah ini dan jawab soalan yang mengikutinya. Maka Sultan Alau’d-Din pun terlalu sukacita mendengar sembah segala mereka itu. Maka baginda memandang kepada muka anakanda baginda, Raja Mamad, maka titah baginda,”Hei anakku, adapun engkau hendaklah banyak-banyak sabar, dan ampunmu akan segala hamba sahayamu, dan baik-baik memelihara akan dia; kerana firman Allah Taala Inna‘llahu ma’as sabirin, yakni bahawa Allah Taala serta pada segala yang sabar. Dan jikalau datang kepada dua pekerjaan, suatu pekerjaan Allah, dan suatu pekerjaan dunia, maka dahulukan olehmu pekerjaan Allah daripada pekerjaan dunia. Hendaklah engkau sangat-sangat menyerahkan dirimu kepada hadrat Allah Taala yang akan memelihara akan kamu, kerana wa man yatawakkal ‘ala’llah. Dan segala anak Melayu bagaimana besar dosanya, jangan olehmu diaifi dia, dan sampai kepada hukum syarak dosanya derhaka. bunuhlah; kerana segala Melayu itu ketanahanmu, seperti kata Arab Al-’abdi tinu’l-maulahu, yang hamba itu tanah tuhannya. Jikalau engkau bunuh ia tiada dengan dosanya, bahawa kerajaanmu akan binasa. Hei anakku, hendaklah engkau turut dan engkau ingatkan wasiatku ini, dan kau kerjakan, supaya berkat diberi Allah subhanahu wa taala.” (Dipetik daripada A.samad Ahmad, [peny.] 2000. SulalatusSalatin (Sejarah Melayu) (Edisi pelajar). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 186-187) Petikan wasiat Sultan Alau’d-Din Ri’ayat Syah (kepada Sultan Mahmud) mengambarkan gaya kepemimpinan yang perlu ada pada seseorang pemimpin untuk membangunkan sesebuah negara. Bincangkan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan negara kota Melaka. [25] Kehendak soalan 1. Fakta kepemimpinan (berdasarkan wasiat-rujuk petikan) 2. Ayat kepentingan – jika nak letak lebih baik 3. Ayat huraian - jika nak bagi boleh 4. Contoh watak pemimpin Melaka (sebab dalam soalan tak merujuk kepada anak Sultan Alauddin iaitu Sultan Mahmud- lebih baik jika bagi contoh yang kait dengan Sultan Mahud jika ada). 5. Ayat perbincangan 6. Ayat kesan yang kait dengan negara PEMBANGUNAN NEGARA : POLITIK : KEPIMPINAN
80 Cadangan jawapan A Pendahuluan [3] 1 Kepemimpinan merujuk kepada keupayaan (kebolehan, pencapaian, dsb) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan, dsb) seseorang pemimpin (Kamus Dewan Edisi Keempat; 2007) 2 Gaya juga merujuk kepada sikap, kesukaan, ketaksukaan dan cara berkelakuan yang menjadi ciri seseorang. 3 Gaya kepemimpinan merujuk kepada sikap, cara berkelakuan, kebolehan, pencapaian, tindak tanduk, kecekapan dan sebagainya yang menjadi ciri seseorang itu sebagai pemimpin. 4 Latar belakang Sultan Alau’d-Din Ri’ayat Syah 5 Menyenaraikan lima isi jawapan. B Isi [20] 1 Pemaaf. Sanggup memaafkan seseorang /melepaskan seseorang dari hukuman /denda kerana sesuatu kesalahan. Gambaran sikap pemimpin yang lembut hati, bertimbang rasa dan simpati terhadap rakyat. Kesannya wujud suasana yang harmoni dan sejahtera. Rakyat akan hormat dan taat setia. Sultan Mansur Syah sanggup kesalahan Hang Tuah yang telah dijatuhkan hukuman bunuh. Walaupun baginda memaafkan Hang Tuah atas sebab-sebab tertentu, namun tindakan itu mampu membawa keamanan kepada Melaka. 2 Bertanggungjawab. Bertanggungjawab menunaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Pemimpin yang bertanggungjawab akan berusaha dengan bersungguh-sungguh membangunkan negara yang dipimpinnya. Kesannya pemimpin itu akan dihormati dan disanjung tinggi kerana memiliki akhlak yang mulia. Sultan Alau’d-Din Ri’ayat Syah amat dihormati kerana berusaha memastikan negara berada dalam keadaan aman dan bebas daripada masalah kecurian. 3 Adil. Sifat adil adalah berusaha meletakkan sesuatu pada tempat yang betul, tidak berat sebelah, menepati hak-hak seseorang. Bersikap adil apabila menjatuhkan sesuatu hukuman memperlihatkan ketinggian akhlak dalam membuat sesuatu keputusan. Kesannya lahirlah suasana harmoni dalam negara/dihormati rakyat. Sultan Mansur Syah telah menunjukkan keadilannya dengan menghantar anaknya Raja Muhammad ke Pahang dan dirajakan di sana kerana telah membunuh anak Bendahara Tun Perak. Sikap baginda ini membawa keharmonian dan rakyat akan berasa selamat. 4 Sabar. Sabar ialah suatu sikap bila mana seseorang pemimpin itu tidak bertindak secara terburu-buru, tenang, tahan menghadapi ujian, tidak mudah marah dan sebagainya. Sifat sabar yang ditunjukkan oleh pemerintah amat penting untuk menunjukkannya berupaya menangani sesuatu permasalahan itu dengan baik. Sekiranya wujud sifat terburu-buru, ia akan mendatangkan mudarat kepada rakyat dan negara. Sultan Alau’d-Din Ri’ayat Syah bersabar menghadapi peristiwa pembunuhan Telanai Terengganu dan ancaman serangan daripada Sultan Muhammad, Pahang. Baginda akur dengan nasihat Bendahara Tun Perak supaya menyerahkan masalah itu kepada Laksamana untuk diselesaikan. Kesannya hubungan Melaka dengan Pahang tidak terjejas.
81 5 Beriman. Mempunyai kekuatan iman dan keyakinan kepada Tuhan sama ada dalam ucapan, perbuatan; atau berpegang kuat kepada ajaran Islam; dan tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam berupaya mengekang diri daripada melakukan perbuatan mungkar yang boleh merosakkan negara. Pemimpin yang mempunyai kekuatan iman mampu menjadikan sesebuah negara maju, aman dan damai. Sultan Alau”d-Din Ri’ayat Syah, merupakan seorang sultan yang kuat pegangan agama. Kekuatan iman yang ada pada baginda mendorongnya untuk menyelesaikan masalah kecurian dalam negara dengan menitahkan Seri Maharaja mengudungkan tangan orang yang mencuri harta orang lain (hlm 175). Tindakan baginda telah membawa Melaka ke arah kemakmuran. 5 Prihatin. Sikap prihatin dapat membawa kemajuan dan kemakmuran dalam sesebuah negara. Kemakmuran sesebuah negara akan terhasil daripada sikap prihatin seseorang pemimpin terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat dan negara. Contohnya Sultan Alau’d-Din 11 Ri’ayat Syah peka akan masalah kekacauan dalam negara dan telah berusaha untuk mengatasinya. 6 Tegas dan Bijaksana Merancang sesuatu perkara dengan baik dan terperinci. Sultan Mansur bijak merancang pentadbirannya dengan menjalin hubungan diplomatik dengan Siam. Baginda mengarahkan Tun Perak supaya menulis surat diplomatik dan memilih pegawai-pegawai yang bijaksana untuk diutuskan ke Siam. Kesannya, rancangan ini berjaya dan ekonomi Melaka semakin berkembang. 7 Bersikap terbuka Wujud sikap musyawarah dalam pentadbiran. Kesannya melahirkan sebuah negara yang aman, maju dan makmur. Contohnya Sultan Alau’d-Din Ri’ayat Syah menerima pandangan Bendahara Paduka Raja apabila berhadapan dengan peristiwa pembunuhan Telanai Terengganu. Atas nasihat Bendahara Paduka Raja Sultan Alau’d-Din Ri’ayat Syah menitahkan Laksamana ke Pahang untuk menyelesaikan masalah tersebut (hlm. 181 - 182) 8 Tidak mementingkan diri. Mendahulukan kepentingan negara daripada kepentingan diri. Sultan Muzaffar Syah sanggup berkorban dengan menceraikan isterinya semata-mata untuk mewujudkan perpaduan dalam negara. C Penutup [2] Menyimpulkan apa yang dibincangkan atau mengemukakan pandangan, saranan, rumusan atau pendirian
82 2. Bincangkan aspek kepemimpinan yang terdapat pada watak-watak Sultan di Melaka dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dalam konteks pembangunan Negara. [25] Kehendak soalan 1. Fakta kepemimpinan Sultan 2. Ayat kepentingan 3. Ayat huraian bolehberi jika nak 4. Ayat perbincangan wajib 5. Contoh mana-mana sultan di Melaka 6. Ayat kesan yang kait dengan negeri Melaka Skema Pemarkahan A:Pengenalan [3] 1. Konsep kepemimpinan. Kepemimpinan merujuk kepada keupayaan (kebolehan,pencapaian dsb) sebagai pemimpin,daya (tindak-tanduk, kecekapan, dsb) seorang pemimpin. 2. Sultan-Sultan di Melaka-Sultan Muhammad Syah,Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan Alauddin Riayat Syah dan Sultan Mahmud Syah. 3. Menyenaraikan isi-isi yang hendak dibincangkan. B: Isi [20] F1 Pemimpin yang merendah diri H/C Pemimpin yang merendah diri akan melahirkan pemimpin yang sentiasa redha dan bersyukur dengan apa jua anugerah Allah SWT kepadanya. Sifat merendah diri mampu mengelakkan pemimpin daripada bersikap takbur, riak atau besar diri dengan pangkat. Pemimpin yang merendah diri akan disegani dan disayangi oleh rakyat dan dengan ini akan melahirkan hubungan yang akrab antara rakyat dan raja. Hubungan yang akrab ini akan menjamin keamanan dan kemakmuran sesebuah negara. Sekiranya seseorang pemimpin itu bersikap angkuh dan sombong, sudah pasti akan dibenci rakyat dan sesebuah negara tidak akan dapat ditadbir dengan baik. Contohnya, Sultan Mahmud Syah sanggup menggelarkan dirinya Fakir Mahmud semata-mata ingin menuntut ilmu iaitu Kitab Maklumat dengan Maulana Yusuf. Sikap pemimpin seperti ini haruslah dicontohi oleh setiap warganegara bagi melahirkan negara yang aman damai dan harmoni. Jelaslah pemimpin dan warganegara haruslah bersikap merendah diri supaya dapat saling bekerjasama demi kemajuan sesebuah negara. F2 Pemimpin yang pemurah H/C Pemimpin yang pemurah akan disukai oleh rakyat. Pemimpin yang pemurah juga akan menjadikan negara yang ditadbirnya kekal aman dan maju. Sekiranya pemimpin tidak bersikap pemurah iaitu bersikap bakhil dan sombong, sudah pasti pemimpin tersebut sentiasa bersikap tamak, dan tidak bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan ke atasnya dan hal ini akan memberikan kesan yang buruk ke atas pembangunan negara iaitu negara akan sukar dimajukan kerana rakyat yang tidak suka bekerjasama dengan raja. Contohnya, Sultan Mahmud Syah memberi anugerah kepada mereka yang berjasa. Baginda menganugerahkan persalinan dan usungan kepada Bendahara Paduka Raja dan Hang Tuah kerana menjaganya selama masa
83 baginda sakit buang-buang air. Sikap pemurah yang ada dalam diri pemimpin akan disukai oleh rakyat dan hal ini akan membawa kepada kemajuan dan kemakmuran negara kerana rakyat sudah pasti akan bersama-sama berusaha untuk memajukan negara. Oleh itu,setiap pemimpin dan warganegara haruslah mengamalkan sikap pemurah demi keharmonian dan kemakmuran negara. F3 Pemimpin yang berwawasan/berpandangan jauh H/C1 Sultan Mahmud Syah menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjong dan Seri Maharaja menyerang Kelantan. H/C2 Sultan Mahmud Syah mengadakan hubungan diplomatik dengan Benua Keling iaitu menghantar Hang Nadim ke Benua Keling untuk membeli kain,membantu Pahang menentang Legor dan bersahabat dengan Pasai. F4 Pemimpin yang bijaksana H/C Sultan Mansur Syah bertindak dengan bijaksana apabila menghantar Tun Telanai dan Menteri Jana Putera ke Siam untuk memulihkan hubungan yang renggang dengan Siam. Akhirnya Melaka dan Siam berbaik baik semula. F5 Pemimpin yang adil H/C Sultan Mansur Syah seorang yang adil apabila menjatuhkan hukuman kepada Raja Muhammad dengan menghantarnya ke Pahang dan dirajakan di Pahang kerana membunuh Tun Besar,anak Tun Perak. Keadilan Sultan Mansur Syah ini disanjung tinggi oleh Tun Perak dan anak buahnya. Sikap ini menjadikannya dihormati dan disanjung tinggi oleh rakyat Melaka dan seterusnya Negeri Melaka aman daripada sebarang pertelingkahan. F6 Pemimpin yang bertanggungjawab H/C Sultan Alauddin Riayat Syah merupakan sultan yang bertanggungjawab terhadap keharmonian dan keselamatan Melaka apabila menyamar dengan keluar pada waktu malam dengan ditemani Hang Isap dan Hang Ishak sahaja untuk menangkap pencuri bagi mengembalikan semula keamanan daripada kes kecurian di negeri Melaka. F7 Pemimpin yang sanggup berkorban H/C Sultan Muzaffar Syah sanggup menceraikan isterinya, Tun Kudu untuk dikahwini Seri Nara Diraja Tun Ali demi keamanan Melaka iaitu semata-mata untuk meleraikan perselisihan faham antara dua puak pembesar yang berselisih faham di Melaka iaitu SND Tun Ali dan Tun Perak. Hal ini kerana Tun Kudu merupakan saudara kepada Tun Perak. F8 Pemimpin yang mementingkan ilmu agama/Memuliakan golongan agama H/C1 Sultan Mahmud Syah belajar Kitab Maklumat dengan Maulana Yusuf H/C2 Sultan Mansur Syah belajar Kitab Duril Mazlum dengan Maulana Abu Bakar C: Penutup [2] Kesimpulan/Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan/implikasi/harapan/penegasan
84 3. "Raja Kasim (Sultan Muzaffar Syah) menjadikan Melaka sebuah negara yang kuat". Berdasarkan penyataan tersebut, bincangkan kepelbagaian gaya kepemimpinan baginda dalam teks Sulalatus Salatin ( Sejarah Melayu ) agar dapat dimanfaatkan dalam kehidupan anda. [25] A. Pengenalan [3] Gaya merujuk kepada sikap, kesukaan, ketaksukaan dan cara berkelakuan yang menjadi ciri seseorang. Kepemimpinan merujuk kepada keupayaan (kebolehan, pencapaian, dsb) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan, dsb) seseorang pemimpin (Kamus Dewan Edisi Keempat; 2007) Gaya kepemimpinan merujuk kepada sikap, cara berkelakuan, kebolehan, pencapaian, tindak tanduk, kecekapan dan sebagainya yang menjadi ciri seseorang itu sebagai pemimpin. Latar belakang watak Sultan Muzaffar Syah Pemimpin yang sanggup berkorban. Berkorban merupakan kesanggupan untuk menanggung penderitaan atau sesuatu perkara demi untuk kepentingan negara. Sifat ini penting bagi menujudkan keamanan dan keselesaan negara yang dicintai. Sultan Muzaffar Syah sanggup menceraikan isterinya Tun Kudu kekanda kepada Tun Perak yang terlalu baik rupanya untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Pergorbanan ini dilakukan untuk mengelakkan perpecahan diantara Bendahara Paduka Raja Tun Perak dengan Seri Nara Diraja bersama pengikutnya. (hal 92). Sifat sanggup berkorban yang ditunjukkan oleh Sultan Muzaffar Syah menyebabkan pergaduhan diantara pengikut Tun Ali dan Tun Perak dapat diselesaikan dan mereka bersatu semula. Negara kembali aman kerana tiada pergaduhan berlaku. Jika tiada nilai sanggup berkorban, maka sudah tentu negara akan menjadi kucar kacir dengan pergaduhan yang berlaku. Oleh itu, pemimpin harus memiliki nilai sanggup berkorban demi menjaga kesejahteraan Negara. Oleh itu sebagai pemimpin, saya akan berkorban masa dan tenaga membantu rakan –rakan dalam menimba ilmu agar kami sama-sama berjaya dalam peperiksaan. (Jika soalan nak dikaitkan dengan pelajar kini) F2 Pemimpin yang menghargai kebijaksanaa seseorang. Sebagai ketua negara yang bijaksana, seharusnya memberi penghormatan/penghargaan kepada seseorang/rakyat yang telah berjasa kepada negara. Sultan Muzaffar Syah telah menganugerahkan jawatan bendahari dan kemudiannya diangkat pula ke jawatan Bendahara kepada Tun Perak disebabkan kebijaksanaannya. Bendahara Paduka Raja sebelum itu telah membawa orang Kelang lelaki dan perempuan juga anak-anak ke Kota Melaka bagi mempertahankan Kota Melaka daripada serangan Siam. Tindakan ini bagi menaikkan semangat hulubalang Kelang dalam mempertahankan Kota Melaka dan Duli Yang Dipertuan.(hal 90-92) Watak / contoh Fakta Kesimpulan kecil untuk diri dan watak Kepentingan Kesan Huraian peristiwa (ayat hurai ini satu dah memadai) dan perbincangan fakta / perbincangan / Ulasan jika maka
85 F3 Pemimpin yang menghargai kebolehan seseorang. Kebolehan/keistimewaan seseorang perlu dihargai dengan memberi sumbangan yang sepatutnya. Sultan Muzaffar Syah begitu hairan dengan kebolehan keramat Saidi Arab yang mampu memanah Cau Panden yang ingin menyerang Melaka walaupun masih di Siam sehingga muntah darah dan mati. Baginda telah memuji Tuan Saidi Arab dan dianugerahi baginda dengan sepertinya. (hal 96) F4 Pemimpin yang prihatin. Prihatin bermaksud mengambil berat/perhatian terhadap sesuatu perkara. Sultan Muzaffar Syah begitu dukacita apabila dimaklumkan kematian Bendahara Seri Wak Raja yang minum racun disebabkan malu kerana menyangka Baginda murka kepadanya. Baginda menghadiri perkebumian Bendahara dan berkabung selama tujuh hari sebagai tanda kasih kepada Bendahara. (hal 87) F5 Pemimpin yang berpandangan jauh. Seorang pemimpin perlu berwawasan agar mampu menjamin kesinambungan kecemerlangan dalam sesebuah negara. Sultan Muzaffar Syah melihat perpecahan yang ketara akan berlaku apabila dua pembesar Melaka iaitu Tun Perak dan Seri Nara Diraja tidak sehaluan. Keadaan ini akan menyebabkan ketidakstabilan bakal berlaku. Bertindak bijak dengan mengambil langkah drastik menceraikan Tun Kudu agar dapat dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Ikatan perkahwinan ini berjaya merapatkan hubungan keduanya apabila mereka jadi bersaudara. (hal 92) Sekiranya, pemimpin tidak berpandangan jauh pemimpin akan gagal dalam menjadikan negara sebuah negara yang hebat. Oleh itu, jelaslah bahawa pemimpin yang berpandangan jauh akan membuatkan negaranya di hormati oleh rakyat dan negara lain. F6 Pemimpin yang bijaksana. Kebijaksanaan dalam melakukan muslihat perlu bagi menjayakan sesuatu rancangan agar tidak menghadapi masalah di kemudian hari.Sultan Muzaffar Syah bertindak dengan bijak apabila menghiasi seorang dayang dan dikatakan Puteri Rekan bagi memenuhi janji dengan Maulana Jalalu'd-Din yang menolong baginda memerangi Raja Rekan.(hal 86) Sekiranya pemimpin tidak bijaksana negara akan jadi kucarkacir Oleh itu, jelaslah bahawa sebagai seorang pemimpin kita perlulah bijak mengatasi setiap masalah yang akan berlaku agar negara dihormati dan dikenali oleh negara-negara lain. F7 Pemimpin yang berani. Seorang pemimpin perlu mempunyai kecekalan hati terutamanya dalam menghadapi musuh. Raja Kasim (Sultan Muzaffar Syah) telah memerangi Raja Rekan yang menguasai Melaka walaupun Raja Ibrahim adinda baginda ditabalkan bergelar Sultan Abu Syahid. Serangan dari dalam itu akhirnya berjaya membunuh Raja Rekan dan baginda ditabalkan menjadi Sultan Melaka.(hal 86) Jika seorang pemimpin tidak mempunyai sikap berani maka negara akan jatuh diserang musuh.Oleh itu, jelaslah bahawa pemimpin yang berani dapat menyelamatkan negara daripada dijajah oleh negara luar. F8 Seorang yang rajin. Sifat tekun dan bersungguh-sungguh perlu ada terutamanya dalam diri bakal pemimpin agar dapat menyediakan diri menjadi pemimpin yang disegani. Raja Kasim (Sultan Muzaffar Syah) sering mengail di laut dan menjual hasil tangkapan ketika baginda diam dengan si pengail selepas dinyahkan oleh Raja Rekan. (hal 84)
86 Nilai Kepimpinan Yang ada pada YB Muhamad Yusof Kebaikan Wakil rakyat yang kuat/rajin bekerja- sentiasa membantu penduduk kampung yang dalam kesusahan seperti membina perumahan kos rendah atas alasan membantu penduduk kampung yang kurang kemampuan untuk memiliki rumah. Pemimpin yang mesra rakyat/ pandai menarik perhatian penduduk kampung – membawa pegawai FELDA untuk menerangkan tentang tanah perancangan FELDA kepada penduduk kampung/ membantu penduduk kampung dalam menjayakan majlis puja umur. Pemimpin yang pandai menyelesaikan masalah rakyat – membantu penduduk kampung mendapat penempatan di FELDA setelah tanah mereka dibeli oleh En. Muhammad untuk tujuan perlombongan Pemimpin yang prihatin terhadap rakyat- berpakat dengan En. Muhammad dalam membantu penduduk kampung memperoleh tanah dan pekerjaan di FELDA dan SLLT. Pemimpin yang bijak dan berwawasan- bijak dan berwawasan dalam dibidang politik dan perniagaan kilang papannya. Pada mulanya beliau berpakat dengan tauke Chan demi kepentingan politiknya, namun beralih arah kepada En. Muhammad bagi membantu penduduk kampung mengubah nasib hidup mereka. Keburukan Pemimpin yang suka berpura-pura. YB Muhd. Yusof bersikap berpura-pura dengan rakyat yang diwakili dengan cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat dengan harapan rakyat akan terus menyokongnya/ menjaga kepentingan politiknya Pemimpin yang mengamalkan rasuah, YB menerima mengharapkan imbuhan daripada Tauke Chan apabila projek perumahan kos rendah terlaksana. Beliau mengharapkan 10 ke 20 ribu ringgit akan diperoleh daripada Tauke Chan. Beliau berpakat dengan Penghulu Mahmud dan Tauke Chan untuk melaksanakan perumahan kos rendah. Beliau mengumpan penduduk kampung dengan menabur wang sebanyak 10 ribu ringgit untuk mengadakan festa. Pemimpin yang mementingkan diri- YB sanggup memperalatkan Tauke Chan dan penghulu Mahmud untuk mempertahankan politik dan mendapat keuntungan. Apabila tidak Berjaya, beliau memperalatkan En. Muhammad/Sudin dan lain-lain untuk mengukuhkan pengaruhnya agar tidak dapat ditewaskan oleh musuh. Pemimpin yang tidak tetap pendirian- YB tidak tetap pendirian dan mudah terpengaruh dengan janji-janji yang dilemparkan oleh En. Muhammad sehingga sanggup beralih arah kepada En. Muhammad setelah beliau mendapati En. Muhammad lebih berpengaruh daripada tauke Chan.
87 Nilai Kepimpinan Yang Ada Pada En. Muhammad dan YB Yusuf (SBDKL) Berkebolehan dan berkeupayaan. Sebagai pemimpin / pemilik/ pengarah Urusan Firma Serba Dagang Interprise, En. Muhammad menunjukkan kepemimpinan yang berkebolehan/berkeupayaanmentadbir syarikatnya dengan baik. Beliau Berjaya mendapatkan persetujuan rakan kongsinya Datuk Tan dan Tan Sri Syed Aris supaya sama-sama dengan rancangannya untuk mengeksport lada hitam ke Jerman. Jika seseorang itu tidak berkebolehan, maka syarikatnya berkemungkinan akan bangkrup. Jika hal ini berlaku maka ekonomi negara pasti akan terjejas. YB Yusof menguruskan syarikat kilang papannya dan menjadi wakil rakyat dan prihatin terhadap masalaha yang menimpa penduduk kampung. Bijak/Pintar. Sebagai pemimpin/ketua, En. Muhammad menunjukkan kepimpinan yang bijak dalam merebut peluang perniagaan. Contohnya, kontruk pembekalan dan eksport lada hitam ke Jerman. YB Yusof bijak mengatur strategi dalam bidang politik. Beliau menggunakan peluang bekerjasama dengan En. Muhammad untuk meraih kepercayaan penduduk kampung. Kesannya beliau mendapat penghormatan dan perhatian penduduk kampung apabila beliau membantu mereka mendapatkan penempatan di tanah rancangan FELDA. Jika seseorang itu tidak bijak, maka syarikat tidak akan maju dan apa yang dilakukannya tidak memperoleh apa-apa kebaikan. Berpandangan Jauh/Luas/Berwawasan. En. Muhammad menunjukkan kepimpinan yang berpandangan jauh dalam bidang perniagaan. Beliau bukan sahaja menceburkan diri dalam bidang perdagangan lada hitam malah dalam bidang lain seperti pemakanan dan perlombongan. Rancangan mengeksport lada hitam ke Jerman merupakan rangcangan jangka masa panjang beliau untuk mengembangkan perniagaannya ke peringkat antarabangsa. Jika ahli perniagaan tidak memiliki nilai berpandangan jauh, maka perniagaannya tidak akan berkembang. Ekonomi negara juga akan menurun kerana tiada pengaliran wang masuk diperingkat antarabangsa. YB Yusuf bekerjasama dengan En. Muhammad bagi menjayakan pembukaan syarikat lombong agar pengaruh politiknya semakin kukuh. Hal ini kerana pembukaan SLLT dapat membantu penduduk kampung memperoleh pekerjaan dan mengubah nasib mereka. Kesannya beliau dihormati dan disayangi oleh penduduk kampung. Berani. Sebagai ahli perniagaan, En. Muhammad berani menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang jarang diceburi oleh orang Melayu pada masa itu. Beliau berani menerima tender lada hitam dengan Jerman yang memerlukan penghantaran lada hitam sebanyak 800 – 1000 tan ke Jerman selama 7 tahun. Jika tidak berani, nescaya syarikat tidak akan mendapat keuntungan dan negara Malaysia tidak akan dikenali di persada dunia. Keberanian En. Muhammad telah menjana ekonomi negara. Gigih/Kuat bekerja/rajin Tegas / Tetap Pendirian Berketrampilan / Berkarisma
88 Nilai Nasionalisme Kepentingan Watak dan Peristiwa Kesan Pada Negara teks / kini semangat juang yang tinggi / patriotik Tun Perak membawa orang Kelang bersama anak isteri ke Melaka untuk berjuang melawan tentera Siam – menimbulkan rasa hormat kuasa Siam ke atas Melaka. Tun Mutahir berjuang mempertahan Melaka dariserangan Portugis Hang Tuah berjuang mempertahankan Melaka dari serangan lanun-Samerluki sikap ini boleh menjadikan Melaka terus berkembang dan maju Taat / Setia kepada raja Tun Perak tidak bertindak balas keatas Raja Muhammad yang membunuh anaknya Tun Besar – mengelakkan berlakunya sengketa pembesar dengan raja, ini menjadikan politik Melaka kekal stabil. Tun Mutahir akur dengan hukuman mati yang dijatuhkanke atasnya dan melarang pengikutnya membalas dendam Hang Tuah akur dengan hukuman bunuh ke atasnya. Beliau juga setia menjaga Sultan Mahmud yang gering dan mempertahankan baginga dari cubaan membunuh Berjiwa Besar Apabila ayah beliau mati akibat kecewa dan beliau tidak dilantik menjadi bendahara, Tun Perak merantau dan menjadi penghulu di Ulu Kelang. Namun apabila Melaka diserang, beliau datang memberi bantuan. Tun Mutahir berusaha bersungguh-sungguh mempertahankan Melaka dari kes curi yang berleluasa ketika menjadi Temenggung dan apabila beliau menjadi bendahara, beliau bersungguh-sungguh memperkenalkan Melaka menerusi perdagangan dan beliau telah menjadi pedagang yang terkenal dan berjaya Berani Berjuang Mempertahankan negara Tun Perak menentang tentera Legor, Siam. Siam datang menyerang Pahang / MelakaMenyelamatkan Melaka dan jajahannya Pahang dari ditawan Siam. HT menentang angkatan perang Semerluki @ dihantar ke Pasai bersama Tun Perak untuk membantu merampas kembali takhta Sultan Zainal Abidin Bijak mengatur strategi. Tun Perak memepertahankan kedaulatan negara /pengurusan yang cekap / menjaga nama baik raja. Contoh beliau mengadakan hubungan diplomatic dengan mengarang surat yang baik dan indah bahasanya sehingga negara luar memuji dan bersetuju menjalinkan hubungan dengan Melaka Menjaga nama baik / maruah raja / negara Berbakti kepada raja Menegakkan keadilan Menjaga nama baik Sultan Melaka ketika di Majapahit Menjaga Sultan Mahmud yang gering. Membunuh Hang Jebat yang menderhaka kpd Sultan. PEMBANGUNAN NEGARA : POLITIK : NASIONALISME
89 CONTOH JAWAB Nasionalisme - Nasionalisme adalah satu ideologi yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara (dalam bahasa Inggeris "nation") dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia. Perasaan cinta dan taat setia yang mendalam terhadap bangsa dan tanah air Berbangga dengan tanah tumpah darah/cintakan kampung halaman. Perasaan berbangga dengan keistimewaan dan keindahan tanah air yang boleh ditunjukkan dengan memajukan tanah air bagi menjana sumber ekonomi negara. Rasa bangga terhadap tanah air penting untuk melahirkan rasa ingin memajukan tanah air. Contoh, Encik Muhammad melahirkan perasaan bangga kepada abangnya kerana Jeram Medang berada dalam kawasan tanah mereka. Beliau mencadangkan agar tanah itu dimajukan menjadi kawasan pelancongan.Sekiranya Encik Muhammad tidak berbangga dengan tanah airnya tentu beliau akan membiarkan Jeram Medang tidak di bangunkan. Kesannya Jeram Medang dibangunkan menjadi pusat pelancongan dan ini dapat menjana ekonomi penduduk kampung tersebut sekaligus menjana ekonomi negara. Oleh itu sikap bangga dengan tanah air perlu agar negara memperoleh pendapatan dan dikenali ramai. Membangunkan ekonomi penduduk kampung/memajukan rakyat. Perasaan cinta pada negara mendorong warga negara membangunkan masyarakat demi pembangunan Negara. Contoh, Perasaan cinta ini mendorong Encik Muhammad berusaha gigih untuk membangunkan ekonomi penduduk Kampong Pulai yang terdiri daripada golongan miskin dengan menempatkan mereka di Tanah Rancangan Felda. Menghormati lambang Negara/ menyanjung tinggi institusi raja/taat setia kepada raja . Setiap Negara mempunyai lambing negara yang perlu dihormati. Contoh Bukti penghormatan terhadap Negara.Encik Muhammad sanggup memmbiayai Majlis Sambutan Puja Umur Sultan di Kampung Tualang Rela berkorban untuk Negara/ Mengorbankan harta. Tanah rancangan Felda. Di mana Encik Muhammad menyahut seruan kerajaan dalam menjayakan rancangan tersebut. Rancangan FELDA adalah untuk kepentingan anak bangsa khususnya orang muda kampong Pulai yang masih menumpang di tanah keluarga Encik Muhammad dan miskin (ms 166) Menabur bakti/ Berbakti. Menabur bakti dapat membuktikan semangat nasionalisme yang tinggi kepada Negara.Contoh, Encik Muhammad menyumbangkan RM10.000 bagi membiayai sambutan puja umur sultan di wilayah Tualang. Menyahut seruan kerajaan. Menyahut seruan kerajaan dalam bidang memajukan ekonomi orang Melayu iaitu mencapai 30% penyertaan orang Melayu dalam dunia perniagaan. Contoh pembukaan tanah rancangan FELDA dan pembukaan projek tanaman lada hitam. Berkerjasama dalam perniagaan. Semangat nasionalisme dapat mengukuhkan hubungan kerjasama antara kaum untuk kemajuanan keamanan negara. Contoh, Encik Muhammmad berkongsi perniagaan dengan Datuk Tan Fakta Huraian peristiwa (ayat hurai ini satu dah memadai) dan perbincangan fakta / perbincangan / Ulasan jika maka Watak / contoh Kepentingan Kesan Kesimpulan kecil untuk diri dan watak
90 1 Nasionalisme merupakan asas penting dalam pembangunan sesebuah negara. Bincangkan pernyataan tersebut dengan merujuk ketokohan Encik Muhammad seperti yang digambarkan dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. [25] Kehendak soalan 1. Fakta nasionalisme 2. Ayat kepentingan 3. Ayat huraian - jika nak bagi boleh 4. Contoh watak En MUhammad 5. Ayat perbincangan 6. Ayat kesan yang kait dengan negara RUJUK NOTA PUN ADA Cadangan jawapan A Pendahuluan [3] 1 Nasionalisme merujuk kepada perasaan cintakan bangsa dan negara yang mendalam; pergerakan untuk mencapai kebebasan politik daripada kuasa asing/luar; dan semangat kebangsaan. 2 Perasaan dan sikap yang menunjukkkan cinta yang mendalam terhadap bangsa, negara; di sini termasuk budaya, bahasa, adat istiadat, pegangan keagamaan, seterusnya jati diri, identiti dan segala jalur dan warna yang terjalin dalam sejarah ketamadunan bangsa; bangsa Melayu dan Tamadun Melayu. 3 Latar belakang Encik Muhammad/latar belakang dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur B Isi [20] 1 Berbangga dengan tanah tumpah/cinta akan negara Semangat nasionalisme akan wujud jika setiap warga mempunyai sikap cinta akan negara yang begitu mendalam. Sikap kecintaan ini akan melahirkan perasaan bangga yang tinggi terhadap negara untuk memastikan kestabilan politik dan ekonomi negara. Rasa bangga ini menyebabkan akan lahir rasa bertuah kerana mempunyai tanah air yang boleh dimajukan dan dibangunkan untuk menjana sumber ekonomi. Seterusnya akan menjadikan rakyat lebih berusaha untuk memajukan negara. Encik Muhammad memaklumkan kepada abangnya yang mereka sangat bertuah kerana Jeram Medang terletak dalam tanah milik mereka. Beliau mencadangkan agar kawasan tersebut dibangunkan sebagai destinasi pelancongan yang boleh menjana ekonomi setempat. (hlm.39) 2 Bertanggungjawab membangun dan memajukan ekonomi penduduk kampung Semangat nasionalisme wujud apabila dalam setiap warga mempunyai sikap penuh tanggungjawab bagi menjaga negara dan memastikan negara akan maju. Apabila sikap tanggungjawab tertanam dalam diri sudah tentu akan lahir sentimen kasih sayang yang tinggi terhadap negara. Sentimen kasih sayang terhadap kampung halaman sendiri telah mendorong Encik Muhammad berusaha dengan gigih untuk memajukan ekonomi penduduk Kampung Pulai. Menerusi usahasamanya dengan YB Mohd Yusof, beliau berusaha untuk menempatkan semula penduduk Kampung Pulai yang rata-rata miskin ke penempatan Rancangan FELDA.
91 3 Menabur bakti kepada negara tercinta Kecintaan terhadap negara dan lambang-lambang negara akan mendorong seseorang yang mempunyai semangat nasionalisme untuk menyumbang. Sumbangan ini berbentuk wang ringgit ataupun tenaga bagi memastikan usaha murni memajukan negara dapat dicapai. Mereka sanggup mengeluarkan wang ringgit dan keringat agar kelangsungan negara dapat berjalan lancar. Encik Muhammad menyumbang sepuluh ribu ringgit bagi membiayai sambutan hari puja usia sultan di Wilayah Tualang. Sumbangan yang dihulurkan oleh Encik Muhammad adalah kerana rasa cintanya terhadap institusi beraja di negara ini. 4 Bekerjasama memajukan dan membangunkan sektor ekonomi negara Semangat nasionalisme juga dapat dilihat daripada sikap seseorang yang berusaha untuk memajukan ekonomi negara. Usaha ini dapat dicapai melalui kerjasama khasnya dalam bidang perniagaan. Bidang perniagaan kebanyakannya dimonopoli oleh kaum Cina. Oleh sebab itu orang-orang Melayu boleh mewujudkan kerjasama dan perkongsian yang baik dengan kaum Cina agar pembangunan negara dari aspek ekonomi dapat dicapai. Encik Muhammad menyedari peri pentingnya perkongsian dalam dunia dagang antara orang Melayu dan Cina telah menjalinkan kerjasama dengan Datuk Tan untuk mengesport lada hitam ke Jerman Barat. Begitu juga usahasama mereka dalam menjayakan projek Syarikat Lombong Lembah Tualang. 5 Menghormati sombol/lambang negara Penghormatan kepada lambang-lambang negara juga merupakan satu penyataan yang menggambarkan kecintaan yang mendalam terhadap negara. Lambang –lambang ini boleh merujuk kepada raja,bendera, lagu kebangsaan, tugu peringatan dan sebagainya. Apabila seseorang menghormati lambang-lambang ini secara tidak langsung akan wujud sentimen rasa sayang dan cinta terhadap negara. Encik Muhammad sanggup membiayai majlis sambutan keberangkatan DYMM Sultan ke Kampung Pulai sebagai bukti penghormatannya kepada institusi beraja bagi menzahirkan rasa cinta akan negara. 6 Rasa tanggungjawab membantu Semangat nasionalisme juga akan memupuk rasa tanggungjawab untuk membantu mereka yang berada di dalam kesusahan. Apabila mereka yang susah dibantu sudah tentu akan wujud kestabilan dari aspek politik ,ekonomi dan sosial yang sekaligus memacu kepada pembangunan negara. Encik Muhammad mempunyai rasa tanggungjawab untuk membantu penduduk Kampung Pulai yang akan berpindah ke tanah rancangan FELDA dengan menyediakan kemudahan untuk berpindah. Selain itu beliau akan melaksanakan beberapa projek pembangunan di kampung tersebut seperti mengusahakan projek lombong, memajukan industri pelancongan di JeramMedang, pembinaan hotel dan sebagainya. Usaha yang dilakukan ini adalah untuk meluaskan empayar perniagaannya di samping rasa tanggungjawab membantu penduduk kampungnya. 7 Mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk Mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk. Perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk lahir daripada semangat nasionalisme yang hadir dalam diri setiap warganegara. Mereka yang mementingkan perpaduan akan menjaga negara supaya sentiasa berada dalam keadaan aman serta tidak mewujudkan sebarang sentimen perkauman terutama dalam negara yang mempunyai pelbagai kaum. Hal ini adalah kerana hubungan yang baik antara pelbagai kaum ini akan mewujudkan rasa hormatmenghormati antara satu sama lain yang akhirnya akan mewujudkan sebuah negara yang aman, maju, dan makmur. Encik Muhammad begitu menghormati Datuk Tan sebagai rakan kongsinya dalam Firma Serba Dagang Internasional. Begitu juga beliau berfikiran terbuka menggalakkan anaknya Rahim bersahabat baik dengan Robert, malah isterinya Cik Puan Tipah berhubungan rapat dengan Datin Tan. C Penutup [2] Menyimpulkan apa yang dibincangkan atau mengemukakan pandangan, saranan, rumusan, pendirian
92 2. “Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur" banyak memaparkan nilai-nilai nasionalisme dalam menyumbang kepada pembangunan negara”. Bincangkan pernyataan tersebut dengan merujuk watak-watak generasi baru/muda dalam novel tersebut. [25] Kehendak soalan 1. Fakta nilai nasionalisme 2. Ayat kepentingan dan Ayat huraian jika ada lebih baik 3. Ayat Bincang 4. Contoh watak generasi dalam SBDKL – Rahim, Mahani, Sudin, Lebai Maarup, Robert 5. Ayat kesan yang menyumbang kepada pembangunan negara Skema Jawapan: A. Pengenalan [3] A1 Nasionalisme bermaksud semangat cintakan bangsa dan negara sendiri yang mendalam. Ia juga merupakan perasaan kebangsaan dan semangat cintakan tanahair. Nasionalisme merupakan fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia untuk menubuhkan negaranya yang tersendiri, memindahkan kedaulatan kepada rakyat serta menuntut kesetiaan individu disalurkan kepada negara bangsa. A2 Konsep generasi muda A3 Mengemukakan isi-isi yang hendak dibincangkan B. Isi [ 20] F1 Setia kepada negara. H/C Sikap setia kepada negara tercinta akan mendorong seseorang untuk berusaha bagi menyumbang idea dan tenaga ke arah pembangunan negara. Sumbangan ini mampu merangsang negara menjadi sebuah negara yang maju dari segi pendapatan negara. Sebaliknya jika seseorang warga itu tidak cintakan negara, sudah pasti warga itu akan lupa asal usul dan tidak mahu untuk pulang ke negaranya. Contohnya Rahim pulang ke tanah air untuk bekerja di Syarikat Lombong Lembah Tualang. Kesedaran untuk bekerja di tanah air sendiri lahir dari rasa cinta kepada negara. Sumbangan ini membolehkan negara menjana pendapatan yang tinggi untuk memajukan negara. F2 Taat dan menghormati raja sebagai pemimpin negara. H/C Memandang tinggi institusi diraja merupakan satu gambaran kesetiaan kepada negara. Ini kerana raja merupakan lambang kedaulatan negara. Penghormatan ini membolehkan terbentuknya kesepaduan yang erat dan mampu mmelahirkan sebuah negara yang kukuh. Tanpa penghormatan kepada raja akan menyebabkan lahirnya perpecahan dan negara akan menjadi lemah. Contohnya generasi muda seperti Sudin dan jahid menjadi AJK dan terlibat secara langsung dalam upacara menyambut puja umur raja. Mereka bergotong royong memasang panji-panji negara yang pelbagai warna di Pekan Tualang untuk menyambut kehadiran Duli Yang Maha Mulia Sultan. Sikap bergotong royong ini melambangkan kesatuan hati dalam memberi penghormatan kepada raja dan ini sudah pasti mampu melahirkan negara yang kuat.
93 F3 Berusaha memaju dan menjana ekonomi negara. H/C Majunya sesebuah negara terletak pada usaha warganya terutama generasi muda. Kegigihan mereka berusaha dalam memajukan sesuatu projek membolehkan negara berdiri sendiri dalam memajukan ekonomi negara. Tanpa komitmen yang tinggi sudah pasti sesuatu projek tidak mampu dilaksanakan dan menyebabkan kegagalan negara dalam bidang ekonomi. Contohnya Sudin berusaha dengan bersungguh-sungguh memujuk orang kampung supaya menjual tanah di kampung Pulai bagi menjayakan projek perlombongan bijih. Projek ini mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk kampung dalam meningkatkan pendapatan isi rumah dan seterusnya memajukan ekonomi negara. Berkat kegigihan Sudin, Syarikat Lombong Lembah Tualang telah ditubuhkan bagi menjalankan projek perlombongan. F4 Berusaha menjaga keharmonian dan kehormatan negara. H/C Warga yang mempunyai nilai cintakan negara sentiasa berusaha menjaga keharmonian dalam kehidupan seharian. Unsur-unsur yang boleh mengganggu gugat keharmonian dalam negara akan ditentang secara terang-terangan. Keamanan yang berkekalan ini akan menjadikan negara bertambah maju. Sebaliknya warga yang tidak sayang akan negara akan membiarkan unsur-unsur yang boleh mengancam ketenteraman awam dan akhirnya negara akan menjadi lemah. Contohnya generasi muda iaitu Lebai Maarup dan Jamaluddin barani menentang secara terbuka rancangan En Muhammad untuk membina hotel di Jeram Medang. Mereka berpendapat pembinaan hotel ini akan membawa masuk maksiat yang boleh mengganggu keharmonian masyarakat setempat dan akhirnya mendatangkan kesan negatif kepada pembangunan negara. F5 Mempertahankan hak orang Melayu. H/C Sebagai orang Melayu yang mempunyai nilai nasionalisme yang tinggi, kita perlu mempertahankan hak dan warisan daripada jatuh kepada orang luar. Kalau tidak pun berkongsi kekayaan dalam usaha memakmurkan negara. Kita tidak boleh membiarkan orang luar mengambil segala-galanya sedangkan kita hanya berpeluk tubuh. Ini akan menyebabkan negara akan tergadai. Contohnya Jahid menentang ayahnya Penghulu Mahmud kerana dikatakan ingin menjual tanah kepada tauke Chan bagi melaksanakan projek perumahan. Bagi Jahid sifat ini tidak boleh diterima kerana tanah tersebut warisan dari arwah tuk akinya, Orang kaya Indera. F6 Berbakti kepada negara. H/C Warga yang mempunyai perasaan cinta akan negara berusaha menyumbangkan kepakaran dalam memajukan negara. Mereka tidak akan mengabaikan keperluan negara dengan bekerja di negara luar. Sumbangan bakti ini sudah mampu menjadikan ekonomi negara semakin mantap. Sebaliknya warga yang tidak cinta akan negara akan berkerja di luar negara dan meyumbang kepakaran di sana. Contohnya Rahim dan Robert merupakan generasi muda yang balik ke Malaysia untuk menyumbang kepakaran dalam bidang perdagangan dan kejuruteraan lombong. Mereka tidak lupa kepada negara asal walaupun mereka belajar di England. Mereka bercadang umtuk bekerja di Syarikat Lombong Lembah Tualang bagi menyumabang kepada kemajuan negara. F7 Kental dengan jati diri. H/C Seseorang yang mempunyai nilai nasionalisme yang tinggi akan mempunyai jati diri yang teguh. Mereka tetap akan mempertahankan cara hidup dan budaya yang diwarisi turun temurun. Keadaan ini mampu membentuk sebuah negara yang kuat dan mempunyai identiti tersendiri. Sebaliknya jika seseorang tidak mempunyai jati diri yang teguh, mereka akan mudah terpengaruh dengan budaya luar dan ini akan menghakis budaya hidup masyarakat Melayu. Contohnya Rahim berjiwa kental yang mana beliau tidak mudah terpengaruh dengan budaya barat walaupun belajar di Englan seperti minum arak dan bergaul bebas. Rahim selalu berhubung dengan Mahani untuk mengetahui perkembangan di tanah airnya. Beliau juga selepas habis belajar pulang ke negara ini untuk bekerja. Sifat ini yang ada pada generasi baru sudah pasti akan membentuk sebuah negara Malaysia yang teguh dari segi identitinya.
94 3. Perasaan cinta kepada raja, negara dan bangsa amat tinggi dalam diri Hang Tuah sebagaimana terdapat dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Buktikan kenyataan ini. [25] A. Pengenalan [ 3 ] Calon dikehendaki mengemukakan latar belakang Hang Tuah F1 Asal keturunan – anak raja Bajung. Nama asal ialah Daeang Mempawah F2 Aspek fizikal – segak, tampan, perkasa F3 Bijak bermain senjata dan mempunyai ilmu hulubalang F4 Dapat gelaran Laksamana anugerah Sultan kerana Berjaya mengalah orang Jawa mengamuk. F5 Bijaksana F1 Seorang hamba raja yang setia/ Memartabatkan Kedaulatan Raja H/C Hang Tuah menjunjung tinggi nilai-nilai masyarakat feudal melalui konsep “Pantang Melayu Derhaka Kepada Raja”. Contoh Hang Tuah rela menerima hukuman bunuh tanpa rasa dendam. ( hal 130-131). Menjaga sultan Mahmud ketika gering (hal 187-188) F2 Semangat nasionalisme yang tinggi / Sanggup bekorban H/C Semangat cintakan kepada raja dan Negara. Hang Tuah ditampilkan sebagai wira untuk menghapuskan kejahatan demi menegakkan kebenaran dan keamanan. Contohnya Hang Tuah sanggup membunuh sahabat karibnya Hang Jebat yang menderhaka kepada raja (hal. 142) F3 Bermoral dan berhemah tinggi H/C Hang Tuah memiliki sifat-sifat terpuji dan tidak mementingkan diri sendiri Contoh. Hang Tuah sanggup membunuh sahabatnya sendiri Hang Jebat. Hang Tuah juga menjalankan tugas dengan jujur, amanah dan penuh tanggungjawab. Tanpa mengharapkan apa - apa balasan. F4 Menjadi pengiring raja H/C Sebagai pengiring raja, Hang Tuah mengiring raja semasa Sultan Mansur Shah ke Majapahit untuk meminang puteri Majapahahit. Hang Tuah telah melindung raja semasa di Majapahit. F5 Kesanggupan untuk berkorban H/C Hang Tuah sanggup berkorban apa saja demi raja dan Negara. Contoh Hang Tuah sanggup menerima hukuman bunuh oleh rahja Melaka walaupun beliau tidak bersalah. Beliau di fitnah oleh pembesar Melaka yang dengki kepada beliau. C. Penutup [2 ] Calon dikehendaki menyimpulkan tentang semangat nasionalisme pada watak Hang Tuah atau mengemukakan pandangan / saranan F1 Hang Tuah sebagai lambang kesetian kepada raja dan Negara F2 Tokoh yang wajar dicontohi oleh generasi hari ini
95 4. Tun Perak adalah seorang pemimpin yang paling dikagumi dan disegani pada zamannya. Berdasarkan kenyataan ini jelaskan nilai-nilai kepimpinan Tun Perak sebagai bendahara Melaka dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. [25] A. Pengenalan [3] F1 Tun Perak anak bendahara Seri Wak Raja. Saudara kepada Tun Kudu dan Tun Perpatih Putih F2 Tun Perak dilantik sebagai Penghulu Kelang F3 Dilantik sebagai Bendara pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah F4 Tun Perak berkhidmat dibawah pentadbiran empat orang Sultan bermula zaman Sultan Muzaffar hingga zaman S.Mahmud Shah F5 Tun Perak dikenali sebagai Bendahara Melaka yang cekap, bijaksana, berwawasan, betanggungjawab sehingga dia dihormati disegani kawan maupun lawan F1 Pentadbir yang cekap H/C Tun Perak dikenali sebagai pentadbir yang cekap dan Berjaya menaikkan imej raja dan negeri Melaka. Beliau sebagai ketua segala pembesar kerana jawatan Bendahara yang disandang dalah jawatan yang tertinggi. Tun Perak pernah diamanahkan sebagai pemangku rajaketika Sultan Mansur ke Majapahit untuk meminang dan berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana (hal 118) F2 Penasihat Yang Bijaksana H/C Tun Perak berperanan sebagai penasihat yang terbatas kepada raja tetapi juga kepada pembesar dan rakyat. Contoh. Nasihat Tun Perak kepada Sultan Mahmud Shah supaya jangan mendengar fitnah orang. Banyak raja-raja yang besar dibinasakan Allah kerajaannya…….. (hal 191) Tin Perak juga memberi nasihat kepada rakyat dan anak cucunya “………. Jangan kamu tukar agamamu denggan dunia yang tiada kekal adanya ini ……” (hal 190). Tun Perak adalah seorang pentadbir yang bijaksana membuat kemajuan serta memakmurkan Melaka. Contoh: Bijaksana dalam memilih ketua utusan keluar negeri Contoh : Tun Bijaya Sura ke Majapahit (hal 118) Tun Perpatih Putih ke China (hal 131). F3 Panglima /Ketua angkatan Perang H/C Tun Perak juga dikenali sebagai ketua angkatan perang yang berani, cekap dan bijaksana sehingga Berjaya mencapai kemenangan dalam setiap peperanganyang disertainya. Contoh menewaskan angkatan Siam dibawah pimpinan Awi Chakri (hal: 89-91) dan angkatan Siam di bawah Awi Dicu (hal 94). Tun Perak juga Berjaya menakluki negeri Inderapura ( hal 96). Tun Perak juga mengetuai angkatan perang ke Pasai untuk membantu Sultan Zainal Abidin merampas takhta kerajaan Pasai daripada adiknya(hal 165-168) F4 Taat setia H/C Taat setia Tun Perak kepada Sultan Melaka tidak berbelah bagi dan menjadi simbol kesetiaan rakyat kepada raja. Tun Perak patuh kepada waadat yang tejalin antara Seri Teri Buana dengan Demang Lebar Daun. Beliau mememang kepada prinsip “Pantang Melayu Derhaka Kepada Raja” Contoh : Dia tidak membalas dendam atas kematian anaknya Tun Besar yang telah dibunuh dengan kejam oleh Raja Muhammad (hal: 153) F6 Mahir mengarang H/C Tun Perak bijak dalam mengarang dan menyusun kata-kata. Justeru Tun Perak ditugaskan mengarang surat yang ingin diutus ke luar negeri. Contoh : Menulis surat sembah kepada Maharaja China.
96 5 Nasionalisme merupakan asas penting dalam pembangunan sesebuah negara. Berdasarkan pernyataan tersebut, huraikan kepentingan nasionalisme menerusi watak pemerintah dan pembesar dalam Sulalatus Salatin ( Sejarah Melayu ). [25] A Pendahuluan[03] Konsep Nasionalisme – Perasaan kebangsaan dan semangat cintakan tanah air. Biasanya bermatlamatkan untuk membebaskan tanah air dari dibelenggu penjajahan serta berusaha untuk membentuk satu identity kebangsaan yang bercirikan pollitik dan budaya tempatan. Perasaan dan sikap yang menunjukkan cinta yang mendalam terhadap bangsa, negara; di sini termasuk budaya, bahasa, adatisti adat, pegangan keagamaan, seterusnya jati diri, identity dan segala jalur dan warna yang terjalin dalam sejarah ketamadunan bangsa. Contoh watak pemerintah dan pembesar berkaitan – Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Tun Hassan Temenggung, Tun Perak F1 Membangunkan ekonomi negara / sayangakan negara. Tun Hassan Temenggung anak kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir seorang yang me mpunyai semangat nasionalisme yang tinggi kerana tidak menerima rasuah dari Ali Manu Nayan, seorang saudagar kaya. Rasuah boleh menyebabkan ekonomi negara mundur. Jika semangat cintakan negara menebal dalam diri kegiatan rasuah boleh dielakkan. Hal ini akan membantu ekonomi negara terus berkembang. F2 Membentuk perpaduan / sanggup berkorban. Sultan Muzaffar Syah sangat bersedih melihat perbalahan yang berlaku dalam kalangan pembesarnya iaitu Bendahara Paduka Raja dan SeriNara Diraja. Hal ini boleh menyebabkan perpecahan dalam kalangan masyarakat. Maka Sultan Muzaffar Syah sanggup menceraikan Tun Kudu untuk dijodohkan dengan Seri Nara Diraja. Hal ini telah menyebabkan perbalahan antara Bendahara Paduka Raja dan Seri Nara Diraja tamat sekaligus telah membentuk perpaduan dalam kalangan pembesar tersebut serta masyarakat umumnya. F3 Bersedia untuk berjuang / sanggup berjuang. Tun Perak sentiasa bersedia dan menabur khidmat kepada raja dengan berjuang mempertahankan negara Melaka dari diserang musuh seperti ancaman dari Siam. Tun Perak mengarahkan orang Melaka membawa anak dan isteri semasa berperang dan strategi memasang punting api disepanjang laut. Taktik ini menyebabkan Melaka berjaya mematahkan serangan dari Siam. Hal ini menunjukkan sikap nasionalisme yang tinggi dalam diri Tun Perak dengan sentiasa bersedia berjuang demi negara. F4 Membina nama baik negara melalui hubungan diplomatic / memajukan negara. Sultan Mansur Syah mempunyai semangat cinta akan negara dan membawa Melaka berada diera kegemilangan. Baginda telah menjalinkan hubungan yang baik dengan negara – negara luar. Baginda telah menghantar Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja ke Mengkasar, Goa. Baginda juga telah mengutuskan Tun Telanai dan Menteri Jana Putera ke benua Siam untuk berdamai. Hal ini akan menyebabkan berlakunya hubungan diplomatic dan membina nama baik negara. F5 Mengelak campur tangan negara luar / serangan musuh / memelihara keselamatan negara. Sultan Muzaffar Syah menaikkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat dengan mengarahkan seluruh rakyat dikerahkan untuk turun padang berperang menentang angkatan tentera Siam yang dipimpin oleh Awi Dicu. Semangat nasionalisme yang tinggi dalam kalangan rakyat mampu mengelakkan campur tangan dan serangan dari luar. F6 Taat setia kepada raja dan negara. Tun Perak mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi kerana beliau sangat mentaati raja dan setia kepada negara. Ia dapat dilihat melalui peristiwa apabila beliau tidak bertindak balas atas kematian anaknya Tun Besaryang telah dibunuh oleh Raja Muhammad, anakanda Sultan Mansur Syah.
97 6. Encik Muhammad bin Idris dianggap sebagai seorang nasionalis yang memperjuangkan nasib bangsa Melayu yang ketinggalan dalam pelbagai bidang. Bincangkan pernyataan ini dengan merujuk novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur . A. Pengenalan [3] Konsep/definisi nasionalisme. Menyatakan nasib/keadaan bangsa Melayu. Perwatakan/sifat Encik Muhamad. Menyenaraikan isi-isi F1 Berbangga dengan tanah tumpah darah/cintakan kampung halaman H/C Perasaan berbangga dengan keistimewaan dan keindahan tanah air yang boleh dimajukan untuk menjana sumber ekonomi negara .Contoh, Encik Muhammad melahirkan perasaan bangga kepada abangnya kerana Jeram Medang berada dalam kawasan tanah mereka. Beliau mencadangkan agar tanah itu dimajukan menjadi kawasan pelancongan.Sekiranya Encik Muhammad tidak berbangga dengan tanah airnya tentu beliau akan membiarkan Jeram Medang tidak di bangunkan. F2 Membangunkan ekonomi penduduk kampung/memajukan rakyat H/C Perasaan cinta pada negara mendorong warga negara membangunkan masyarakat demi pembangunan Negara. Contoh, Perasaan cinta ini mendorong Encik Muhammad berusaha gigih untuk membangunkan ekonomi penduduk Kampong Pulai yang terdiri daripada golongan miskin dengan menempatkan mereka di Tanah Rancangan Felda. F3 Menghormati lambang Negara/ menyanjung tinggi institusi raja/taat setia kepada raja H/C Setiap Negara mempunyailambangnegara yang perludihormati. Contoh Bukti penghormatan terhadap Negara.Encik Muhammad sanggup memmbiayai Majlis Sambutan Puja Umur Sultan di KampungTualang F4 Rela berkorban untuk Negara/ Mengorbankan harta H/C Tanah rancangan Felda. Di mana Encik Muhammad menyahut seruan kerajaan dalam menjayakan rancangan tersebut. Rancangan FELDA adalah untuk kepentingan anak bangsa khususnya orang muda kampong Pulai yang masih menumpang di tanah keluarga Encik Muhammad dan miskin (ms 166) F5 Menabur bakti/ Berbakti H/C Menabur bakti dapat membuktikan semangat nasionalisme yang tinggi kepada Negara.Contoh, Encik Muhammad menyumbangkan RM10.000 bagi membiayai sambutan puja umur sultan di wilayah Tualang. F6 Menyahut seruan kerajaan H/C Menyahut seruan kerajaan dalam bidang memajukan ekonomi orang Melayu iaitu mencapai 30% penyertaan orang Melayu dalam dunia perniagaan. Contoh pembukaan tanah rancangan FELDA dan pembukaan projek tanaman lada hitam. F7 Berkerjasama dalam perniagaan H/C Semangat nasionalisme dapat mengukuhkan hubungan kerjasama antara kaum untuk kemajuanan keamanan negara. Contoh, Encik Muhammmad berkongsi perniagaan dengan Datuk Tan
98 C) Peraturan dan undang-undang. (Peraturan dan undang-undang adalah dua perkara yang berbeza) Peraturan -sesuatu yang disepakati dan mengikat sekelompok orang bagi mencapai suatu tujuan dalam hidup bersama-sama. Segala yang ditentukan dan ditetapkan agar mesti dipatuhi. Satu set prinsip yang jelas bagi mengawal tingkah laku dalam bidang tertentu. Undang-undang- sistem peraturan negara atau masyarakat tertentu yang diiktiraf bagi mengawal tingkah laku masyarakat dan boleh ditahan, ditangkap atau dibawa kemahkamah jika tidak dipatuhi. Suatu peraturan yang digubal oleh kerajaan dan wajib dipatuhi oleh setiap lapisan masyarakat. Undang-undang Berkaitan Dengan Pergaduhan. Undang-undang ini penting untuk menjamin ketenteraman negara dan membentuk sahsiah. Melalui undang-undang yang ada, masyarakat tidak boleh buat sesuka hati mengikut perasaan. Tindakan akan dikenakan kepada mereka yang bersalah. Ini memberi pengajaran kepada individu lain supaya berhati- hati & menjaga emosi dalam segala hal bagi memastikan keselamatan dan keamanan Negara. Tanpa adanya undang- undang, semua individu bebas membuat tindakan tanpa kawalan. Negara pasti menjadi huru hara dan tidak aman. Contoh Mat Akil suka langgar peraturan dan bertindak ikut hawa nafsu. Mat Akil telah menikam Lebai Maarup di Balai Raya sehingga menyebabkan beliau ditangkap polis. Oleh itu, setiap negara perlu mempunyai undangundang agar dapat menjamin keamanan dan kesejahteraan. Undang-undang Pemilikan / Hak Tanah. Untuk membantu dan melindungi masyarakat yang miskin /kampung dalam negara. Pelbagai peraturan dibuat membantu golongan miskin bagi agar tidak ditindas dan ditipu oleh golonga-golongan tertentu seperti ahli perniagaan. Tanah yang diambil perlu diberi pampasan yang setimpal. Contoh En. Muhammad membeli tanah penduduk kampung Tualang untuk meneruskan legasi perlombongan datuknya. Bagi yang memiliki geran, beliau telah membeli tanah tersebut dengan pampasan yang setimpal. Manakala bagi yang tidak memiliki geran, beliau telah memberikan sagu hati. Kesan/ Perbincangan – Dengan adanya undang-undang ini, maka keharmonian negara akan terjamin dan hak rakyat dapat dipelihara. Tanpa undang-undang pemilikan Tanah sudah pasti negara akan menjadi kucar kacir kerana ketidakpuasan hati rakyat kerana ditipu. PEMBANGUNAN NEGARA : POLITIK : PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG Watak / contoh Fakta Kesimpulan kecil untuk diri dan watak Kepentingan Kesan Huraian peristiwa (ayat hurai ini satu dah memadai) dan perbincangan fakta / perbincangan / Ulasan jika maka
99 Undang-undang Merosakkan Harta Benda. Untuk mengawal tingkah laku masyarakat dan menjaga harta benda. Dengan adanya undang-undang ia memberi kuasa kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan jika berlaku sebarang kes jenayah. Apabila ladang Orkid Che Puan Tipah dimusnahkan oleh Pendekar Omar, En. Muhammad telah mengupah seorang peguam untuk menyiasat dan telah pergi ke balai polis untuk membuat aduan. Kesan/ Perbincangan – Dengan adanya undang-undang pihak peguam dapat menjalankan siasatan dengan lebih mudah dan segala keterangan tentang pemusnahan ladang Orkid dapat diambil bagi membantu siasatan dan menjamin keamanan dan pembangunan Negara.Tanpa undangundang – Proses siasatan berjalan dengan lambat dan tidak cekap. Hal ini menjejaskan keamanan dan proses pembangunan Negara. Hukum Faraid/ Undang-undang berkaitan dengan harta pusaka. En.Muhammad dan Penghulu Mahmud memfaraidkan harta pusaka secara adil. Kesanmenimbulkan keadilan dalam negara. Undang-undang berkaitan dengan pakir haram. Mat Akil pernah ditahan dalam lokap kerana bersubahat melakukan aktiviti pakir haram ketika di KL. Kesan –untuk mengawal ketenteraman awam Peraturan Pejabat. Salah satu peraturan pejabat ialah membuat temu janji apabila hendak berjumpa dengan pengarah. Memastikan pekerja memahami dan menjalankan tugas mereka. Datuk Tan begitu teruja /senang hati dan gembira melihat proses pengurusan Syarikat Dagang Enterprise yang dikendalikan oleh Mahani Setiausaha Datuk Muhammad, keadaan pejabat yang teratur dan mesra pelanggan. Mahani memohon maaf kerana tidak membuka pintu kepada Datuk Tan kerana Datuk tidak membuat temu janji. Namun Datuk Tan dilayan baik oleh Mahani sementara menunggu En. Muhammad. Kesan/ perbincangan – Dengan adanya sistem pengurusan pejabat yang kemas, maka ia memberi pandangan yang baik daripada syarikat dalam dan luar negara untuk berurusan dalam syarikat tersebut. Dengan adanya peraturan, semua individu dalam syarikat tahu tugasan masing-masing dan dapat melaksanakan kerja dengan cekap. Ini akan melicinkan perjalanan syarikat dan kemajuan amnya. Tanpa peraturan – Pekerja tidak tahu tugasan masingmasing dan pengurusan syarikat menjadi tidak cekap. Syarikat tidak akan maju dan ini akan menjejaskan pembangunan negara. Peraturan Melantik Pembesar Jajahan /Orang Kaya Wilayah dan Memberi Gelaran. Memastikan mereka yang berhak dan berkelayakan sahaja dilantik sebagai pembesar negeri. Penghulu Mahmud dilantik sebagai Orang Kaya Indera berdasarkan keturunan dan kebolehan beliau untuk memimpin dan membangunkan masyarakat. Walaupun En. Muhammad layak tetapi dia memberi peluang kepada abangnya yang dirasakan lebih layak, lebih berkebolehan dan berpengalaman dalam hal pentadbiran. Bagi menunjukkan rasa hormat En. Muhammad kepada abangnya En. Mahmud. Kesan / Perbincangan –Dengan adanya peraturan, mereka yang layak sahaja yang dipilih sebagai pembesar negeri. Mereka yang berketurunan baik, disusuli dengan kebolehan dan pengalaman yang mantap pasti dapat menyatupadukan rakyat dan Negara dengan lebih mantap dan efisien. Tanpa peraturan –Sesiapa sahaja akan dilantik sebagai pembesar / pemimpin yang mungkin berdasarkan pengaruh atau kekayaan bukan kebolehan atau pengalaman mentadbir. Jika keadaan ini berlaku, masyarakat yang dipimpin akan tidak puas hati, merusuh & melakukan huru hara apabila tidak puas hati dengan pentadbir. Pentadbiran negara akan terjejas.
100 Undang-Undang Huraian Watak dan Peristiwa Kesan Pada Negara teks / kini Derhaka Rakyat tidak boleh derhaka dan ingkar arahan raja Hang Jebat menderhaka kepada raja dan dijatuhkan hukuman bunuh Rakyat jelata ditegah sama sekali menderhaka kepada raja. Rakyat yang menderhaka kepada raja akan dijatuhkan hukuman yang paling setimpal iaitu hukuman bunuh. Hang Jebat menderhaka kepada Sultan Mansor Syah kerana ingin membalas dendam atas hukuman bunuh yang dijatuhkan kepada Hang Tuah. Hang Jebat akhirnya dihukum bunuh atas perintah sultan kerana perbuatan derhakanya. Nasib keluarga Hang Jebat juga turut menerima hukuman mati. Kaki tiang rumah dan tanah bekas rumah turut dibuang ke laut. Jelaslah bahawa undang-undang derhaka dapat meningkatkan kesetiaan rakyat terhadap raja dan negara seterusnya keamanan dan keharmonian negara terjamin. Agar Negara aman untuk kestabilan Negara kedaulatan raja harus dipelihara menjamin system perlembagaan membentuk masyarakat yangpatuh kepada undang-undang Untuk keharmonian rakyat Untuk mengekalkan perpaduan dan keamanan Untuk memberi pengajaran Menjamin keselamatan raja Menjamin kesejahteraan Memajukan ekonomi negara Menggunakan hak raja tanpa izin Hang Tuah bermukah dengan dayang Bendahara Seri Maharaja Rakyat harus taat – cth Raja Mandeliar Perbuatan seperti mengambil gundik raja merupakan perbuatan yang salah dari segi undang-undang dan boleh dijatuhkan hukuman mati. Hang Tuah telah difitnah bermukah dengan dayang istana. Akibatnya Hang Tuah telah dijatuhkan hukuman bunuh oleh Sultan Mansor Syah. Merancang merampas kuasa Bendahara Seri Wak Raja difitnah ingin merampas kuasa oleh kitul, hamba. Raja Mendeliar dendam kepada bendahara. Akhirnya Bendahara dibunuh dan yang terlibat memfitnah juga mendapat balasan. Merampas kuasa bermaksud cubaan untuk mengambil alih pemerintahan daripada tampuk kepimpinan. Perbuatan ini boleh dikenakan tindakan undang-undang. Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir telah dijatuhkan hukuman bunuh dan seisi keluarganya turut dihukum bunuh kecuali Tun Fatima. Hal ini kerana Tun Mutahir telah difitnah membuat rancangan untuk merampas kuasa daripada Sultan Mahmud Syah. Mengambil harta/ barang orang lain Sultan Alauddin Riayat Syah menetapkan hukuman potong tangan kepada sesiapa yang mengambil hal orang lain.