101 Curi Rakyat tidak boleh mencuri Pencuri dibunuh oleh Sultan Alauddin Riayat Syah Tidak mengadap raja pada hari-hari tertentu Tun Perpatih Hitam tidak mengadap raja – hukuman bunuh Pada setiap kali perayaan atau majlis tertentu, pembesar dan rakyat patut mengadap raja. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan seseorang itu dihukum bunuh. C Seri Bija Diraja telah dihukum bunuh oleh Sultan Mahmud Syah kerana tidak mengadap raja pada hari raya. Fitnah Rakyat tidak boleh memfitnah orang lain Perbuatan menyebarkan fitnah adalah dosa besar, malah menyebbkan orang tidak bersalah teraniaya. Hukuman yang dikenakan merupakan hukuman yang setimpal dengannya iaitu dibunuh. C Raja Mendeliar dan Kitul dijatuhkan hukuman bunuh kerana mereka bertanggungjawab menyebarkan fitnah terhadap Bendahara Seri Maharaja sehinggakan bendahara dan keluarganya turut di bunuh. Biadap kepada raja / wakil Hang Jebat / Tun Perpatih Hitam H Raja dan pembesar merupakan golongan yang tinggi darjatnya. Rakyat perlu menghormati dan bersopan santun apabila di hadapan golongan ini. C Sikap Tun Hussain anak kepada Tun Perpatih Hitam yang berdiri sambil menguisnguis tikar di hadapan bendahara telah menimbulkan kemarahan laksamana. Perbuatan tersebut dianggap biadap dan Tun Hussain telah dibunuh oleh Laksamana Khoja Hassan.
102 2. Berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), sejauh manakah undang-undang penting dalam pembangunan Melaka. [25] A. Pengenalan [3] 1. Undang-undang merupakan suatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan. 2. Undang-undang melibatkan hukuman 3. Dalam konteks masyarakat tradisional undang-undang lebih dikenali sebagai adat. Adat meliputi undang-undang dan larangan-larangan Diraja yang melibatkan hukuman ke atas pelanggar-pelanggarnya (Haron Daud: 1989) 4. Seperti derhaka, menggunakan hak raja tanpa izin, merancang untuk merampas kuas,. membunuh tanpa izin raja, dan membuat fitnah. F1 Derhaka. Penderhakaan boleh dimaksudkan sebagai orang yang tidak mengikut perintah raja atau melakukan sebarang perbuatan dan tindakan yang menyinggung atau mencabar hak dan kedudukan raja. Hukuman bagi orang menderhaka ialah bunuh. Undang-undang ini untuk menjamin keutuhan sesebuah kerajaan atau Negara. Contohnya Sang Rajuna Tapa, Tuan Jana Khatib dan Tun Mutahir dihukum bunuh kerana dianggap menderhaka dan boleh mengugat kesetabilan Negara. F2 Menggunakan hak raja tanpa izin. Rakyat dilarang mengguna atau memakai sesuatu kepunyaan raja seperti isteri dan gundik baginda. Contohnya Tuan Jana Khatib telah dihukum bunuh kerana dianggap telah menderhaka kerana disyaki cuba menawan isteri Paduka Seri Maharaja. F3 Merancang untuk merampas kuasa. Undang-undang juga telah menetapkan bahawa rakyat atau pembesar tidak boleh merampas kuasa. Sesiapa yang cuba merampas kuasa atau cuba menggulingkan raja akan dikenakan hukuman bunuh. Undang-undang ini adalah untuk menjamin keutuhan sesebuah kerajaan atau Negara. Pelaksanaan undang-undang ini mendorong rakyat taat dan patuh kepada raja dan dapat mengelakkan berlakunya rampasan kuasa. Keadaan Negara juga akan menjadi lebih aman dan dapat membangun sebagaimana yang diharapkan. Bendehara Seri Maharaja telah dijatuhkan hukuman bunuh oleh Sultan Mahmud Syah kerana telah difitnah oleh Raja Mendeliar. F4 Mem bunuh tanpa izin raja. Perbuatan membunuh tanpa izin dan pengetahuan raja, khususnya raja Melaka adalah menjadi satu kesalahan yang berat. Hukuman yang dikenakan bagi sesiapa yang membunuh tanpa izin raja akan dihukum bunuh. Undang-undang ini bertujuan untuk mengekakalkan keamanaan dalam negara. Pelaksanaan undang-undang ini tergambar pada peristiwa pembunuhan Telanai Terengganu oleh Seri Akar Raja atas arahan Sultan Muhammad, Pahang. Pembunuhan ini menyebabkan Sultan Alauddin Riayat Syah murka. Baginda telah menghantar Hang Tuah ke Pahang untuk menyelesaikan masalah tersebut. Akhirnya sepupu Seri Akar Raja dibunuh sebagai hukuman kerana membunuh Telanai Terengganu tanpa memberitahu raja Melaka. F5 Membuat fitnah. Perbuatan memfitnah merupakan satu kesalahan yang boleh dihukum bunuh jika didapati bersalah. Membuat fitnah boleh meruntuhkan sesebuah kerajaan atau negara. Ianya juga boleh memporak perandakan negara. Bendahara Seri Maharaja yang tidak bersalah telah dibunuh kerana telah difitnah oleh Kitul dan Raja Mandeliar. Akhirnya Kitul dan Raja Mandeliar telah dihukum bunuh kerana telah memfitnah Bendahara. C. Penutup [2] Penilaian / pandangan / rumusan / kesimpulan
103 3. “Undang- undang penting untuk kestabilan Negara”.Berdasarkan teks Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur, bincangkan kepentingan undangundang dan peraturan dalam konteks pembangunan negara ? ( 25m ) A. Pengenalan ( 3m ) Konsep Peraturan & Undang- undang : Peraturan merujuk kepada segala yang ditetapkan & tidak melibatkan hukuman. Undang- undang merujuk kepada sesuatu aturan yang digubal & dipatuhi serta melibatkan hukuman. Undang- undang dalam masyarakat Melayu Tradisional dikenali sebagai adat/ undang- undang adat. Pembangunan Negara berkaitan dengan kemajuan Negara. F1 Menjaga imej / nama baik negara. Menjaga nama baik negara penting bagi memajukan ekonomi negara. Mat Akil suka langgar peraturan namun ketika di KL, dia berhati-hati meletakkan dompet duitnya kerana bimbang penyeluk saku yang sering menanti peluang. Kegiatan menyeluk saku merupakan kegiatan jenayah yang boleh menjejaskan imej negara. JIka kegiatan itu berleluasa, maka ia boleh menakutkan pelancong asing datang ke Malaysia. Dengan ini pengaliran yang masuk ke negara akan terjejas. Negara juga tidak akan aman. F2 Menjaga keselamatan Harta Benda. Undang –undang menjaga harta benda diadakan adalah untuk menjamin keselamatan dan hak masyarakat dan negara. Mat Akil mencuri tabung Mak Alng, Mat Akil membocorkan tayar bas yang akan dinaiki oleh rombongan Sudin ke KL/pendekar Omar memusnahkan landang orkid Che Puah Tipah. Mengambil dan merosakkan hak orang lain adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Perbuatan ini akan menyebabkan pelabur-pelabur dari negara luar takut untuk melabur ke negara Malysia. Hal ini kerana pelabur-pelabur luar takut harta benda mereka juga dicuri /dimusnahkan dan akan menyebabkan mereka kerugian. Masyarakat juga tidak akan tenteram dan risau. Jika ada undang-undang menjaga keselamatan harta benda , maka negara akan aman dan selamat. Kesannya negara akan maju dan ramai pelabur yang akan melabur. Ini akan meningkatkan pendapatan negara. F3 Mempertahankan kedaulatan undang-undang / negara. Undag-undang digubal agar dapat menjamin kesejahteraan dan keamanan negara. Selain itu, negara akan dipandang tinggi dan berdaulat apabila undang-undang yang digubal dikuatkuasakan dan dipatuhi oleh masyarakat. Mat Akil, Kemat Jerangkung dan Pendekar Omar banyak melakukan kesalahan yang melanggar peraturan dan undang-undang. Contoh Mat Akil menikan Lebai Maaruf dan memfitnahnya. Oleh itu, mereka dihukum mengikut kesalahan yang telah dilakukan. Jika tiada undang-undang dan hukuman , nescaya negara akan menjadi huru hara dan fitnah berleluasa kerana tiada pengadilan. Perbuatan ini boleh menyebabkan penjenayah semakin berkuasa. Namun dengan adanya undang-undang yang dikuatkuasakan dan dipatuhi , maka negara menjadi aman dan bebas jenayah. Oleh itu, mempertahankan kedaulatan undang –undang perlu agar negara dihormati dan bebas dari ancaman. F4 Menjaga Intergriti. Pengubalan undang-undang mampu menigkatkan intergriti dalam diri bagi menjalankan pekerjaan masing-masing. Sudin menjalankan tugasannya dengan penuh intergriti sebagai pegawai perhubungan raya SLLT. Beliau mengambil Mat Akil menjadi orang suruhannya bagi mengelakkan kekacauan dan ketidak puasan hati Mat Akil terhadapnya dan penubuhan SLLT. Meskipun beliau tahu Mat Akil berbohong tentang ejen yang menghasut orang ramai agar jangan menjual tanah, namun dia tetap meberikan RM 100 kepada Mat Akil untuk menyisat perkara tersebut. Hal ini kerna beliau tidak mahu Mat Akil menimbulkan suasana tegang dalam masyarakat. Jika masyarakat berpecah belah , maka sudah tentu SLLT tidak dapat ditubuhkan dan negara akan hilang sumber pendapatan.
104 F5 Menjaga Hak Kebebasan/ pergerakan seharian. Mat Akil memukul Sudin / Labai Maarup. Pendekar Omar b ergaduh dengan Ali kerana berpezaan fahaman politik. F6 Menjaga ketenteraman dan keharmonian negara. F7 Menegakkan keadilan F8 Untuk membentuk sahsiah/tingkah laku masyarakat dan melahirkan masyarakat yang berdisiplin F9 Memelihara integriti beraja. C. Kesimpulan – Peraturan & Undang2 perlu dilaksanakan. Bagi memastikan pembangunan Negara berjalan lancar & hasil pembangunan dinikmati bersama. Negara akan aman & ini akan menaikkan imej negara di pandangan mata masyarakat luar. 4. Pelaksanaan undang-undang dan Larangan Diraja telah berjaya membawa kepada keamanan kegemilangan negara kota Melaka. Buktikan penyataan ini dengan contoh-contoh yang sesuai berdasarkan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). [25] A Pengenalan [3] F1 undang-undang merujuk kepada suatu peraturan yang digubal dan dipatuhi serta melibatkan hukuman. F2 dalam masyarakat Melayu tradisional lebih dikenali sebagai undang-undang adat F3 terbahagi kepada dua iaitu undang-undang dan larangan diraja. F4 Menyebut isi sepintas lalu. Undang – undang F1 undang-undang derhaka H Rakyat jelata ditegah sama sekali menderhaka kepada raja. Rakyat yang menderhaka kepada raja akan dijatuhkan hukuman yang paling setimpal iaitu hukuman bunuh. C Hang Jebat menderhaka kepada Sultan Mansor Syah kerana ingin membalas dendam atas hukuman bunuh yang dijatuhkan kepada Hang Tuah. Hang Jebat akhirnya dihukum bunuh atas perintah sultan kerana perbuatan derhakanya. Nasib keluarga Hang Jebat juga turut menerima hukuman mati. Kaki tiang rumah dan tanah bekas rumah turut dibuang ke laut. P Jelaslah bahawa undang-undang derhaka dapat meningkatkan kesetiaan rakyat terhadap raja dan negara seterusnya keamanan dan keharmonian negara terjamin.
105 F2 menggunakan hak raja tanpa izin H perbuatan seperti mengambil gundik raja merupakan perbuatan yang salah dari segi undang-undang dan boleh dijatuhkan hukuman mati. C Hang Tuah telah difitnah bermukah dengan dayang istana. Akibatnya Hang Tuah telah dijatuhkan hukuman bunuh oleh Sultan Mansor Syah. F3 merancang merampas kuasa H merampas kuasa bermaksud cubaan untuk mengambil alih pemerintahan daripada tampuk kepimpinan. Perbuatan ini boleh dikenakan tindakan undang-undang. C Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir telah dijatuhkan hukuman bunuh dan seisi keluarganya turut dihukum bunuh kecuali Tun Fatima. Hal ini kerana Tun Mutahir telah difitnah membuat rancangan untuk merampas kuasa daripada Sultan Mahmud Syah. F4 membunuh tanpa izin raja F5 tidak mengadap raja pada hari-hari tertentu H Pada setiap kali perayaan atau majlis tertentu, pembesar dan rakyat patut mengadap raja. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan seseorang itu dihukum bunuh. C Seri Bija Diraja telah dihukum bunuh oleh Sultan Mahmud Syah kerana tidak mengadap raja pada hari raya. F6 Biadap kepada raja / wakil H Raja dan pembesar merupakan golongan yang tinggi darjatnya. Rakyat perlu menghormati dan bersopan santun apabila di hadapan golongan ini. C Sikap Tun Hussain anak kepada Tun Perpatih Hitam yang berdiri sambil menguis-nguis tikar di hadapan bendahara telah menimbulkan kemarahan laksamana. Perbuatan tersebut dianggap biadap dan Tun Hussain telah dibunuh oleh Laksamana Khoja Hassan. F7 Mencuri F8 Mengambil harta/ barang orang lain C Sultan Alauddin Riayat Syah menetapkan hukuman potong tangan kepada sesiapa yang mengambil hal orang lain. F9 Membuat fitnah H Perbuatan menyebarkan fitnah adalah dosa besar, malah menyebbkan orang tidak bersalah teraniaya. Hukuman yang dikenakan merupakan hukuman yang setimpal dengannya iaitu dibunuh. C Raja Mendeliar dan Kitul dijatuhkan hukuman bunuh kerana mereka bertanggungjawab menyebarkan fitnah terhadap Bendahara Seri Maharaja sehinggakan bendahara dan keluarganya turut di bunuh. F10 mengambil isteri orang H Sesiapa yang melakukan perkara ini boleh dihukum bunuh oleh suami perempuan tersebut tanpa mengirakan ia seorang pembesar ataupun raja. C Sultan Mahmud berlaku curang dengan isteri Tun Biajid. Sultan nyaris dibunuh oleh Tun Biajid. Namun, Tun Biajid sedar bahawa pantang melayu menderhaka kepada raja menyebabkan dia tidak jadi membunuh sultan.
106 Larangan – larangan tertentu Memakai kain kuning. Peraturan memakai warna kuing telah dilakukan untuk memberi perbandingan darjat di antara golongan raja dan rakyat. Peraturan ini penting bagi menimbulkan rasa hormat dan patuh kepada golongan atasan terutama raja. Hal ini kerana raja melambangkan kedaulatan negara. Contoh Sultan Muhammad mengwujudkan peraturan agar rakyat jelata dilarang menggunakan pakaian yang berwarna kuning, dibuat tepi tabir, ulasan bantal besar, dan tilam, bungkusan barang, kain, baju dan destar. Kesannya, masyarakat, pendatang dan pedagang luar dapat mengenali dan membezakan rakyat dan golongan pembesar. Jika peraturan ini tidak dilaksanakan , sudah pasti orang luar tidak dapat membezakan golongan pembesar dengan rakyat. Oleh itu, peraturan penting dilaksanakan agar negara dan raja dihormati dan dikenali. F12 membuat rumah dengan bentuk tertentu C Rakyat dilarang membuat rumah yang mempunyai permanjungan dan bertiang gantung, tidak berpijak ke tanah serta serta bertiang terus dari atap dan peranginan. Hanya bangunan istana sahaja yang boleh dibina dengan reka bentuk demikian. F13 Membuat perahu dengan kelengkapan tertentu H rakyat dilarang membuat perahu yang boleh menyerupai perahu raja. Hal ini bertujuan bagi membezakan kedudukan raja dan rakyat jelata. C Perahu yang buat tidak boleh bertingkap, dan berpenghadapan. F14 memakai perhiasan emas/ memiliki emas H Perhiasan emas hanya boleh dipakai oleh golongan bangsawan sahaja. Walaupun rakyat tersebut kaya raya, pemakaian emas/ perhiasan emas hanya dibenarkan jika barang tersebut dianugerahi raja sahaja. C Pemakaian gelang kaki emas dan berkeroncong emas berkepala perak tidak dibenarkan dipakai oleh rakyat biasa. F15 memakai keris tertentu Pemakaian keris hendaklah dihadapan ketika mengadap raja. Pemakaian keris di belakang akan menyebabkan keris tersebut dirampas kerana dianggap sebagai tanda protes atau enggan taat setia kepada raja. F16 menggunakan payung putih dan kuning. C: Penutup [2] Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan Watak / contoh Fakta Kesimpulan kecil untuk diri dan watak Kepentingan Kesan Huraian peristiwa (ayat hurai ini satu dah memadai) dan perbincangan fakta / perbincangan / Ulasan jika maka
107 5. Pantang larang merupakan unsur perundangan yang penting dalam pentadbiran negara. (a) Jelaskan tiga larangan Diraja yang melibatkan hukuman seperti yang termaktub dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) [9] F1 Larangan memakai keris tertentu. Rakyat dilarang memakai keris di belakang. Pemakaian keris di belakang merupakan tanda protes. F2 Pantang larang dalam berpakaian. Rakyat dilarang berpakaian kuning. Pakaian kuning khusus untuk raja. F3 Pantang larang dalam memakai barang kemas. Rakyat dilarang memakai barangan kemas seperti gelang kaki emas dan kerongsang emas berkepala perak. Emas hanya boleh dipakai oleh golongan bangsawan. F4 Membuat rumah dengan bentuk tertentu. F5 Membuat perahu dengan kelengkapan tertentu F6 Menggunakan payung putih dan kuning *Nota : Larangan Diraja hendaklah dirujuk pada halaman 74 & 75 SSSM. (b) Bagaimanakah golongan pemimpin dapat membantu memupuk kesedaran terhadap kepentingan menjaga undang-undang negara? [16] F1 Memperkasakan didikan agama. Didikan agama yang sempurna dapat menjadikan rakyat patuh kepada undang-undang. Agama terutamanya agama Islam menekankan keperluan mentaati pemimpin serta menjaga maruah diri dan negara. Secara tidak langsung ketaatan yang diamalkan akan memupuk kesedaran untuk mematuhi undang-undang negara. Sultan Mansur Syah mendalami kitab Duri’l Mazlum manakala Sultan Mahmud Syah pula mendalami kitab Maklumat. F2 Memupuk jati diri. Masyarakat yang mempunyai jati diri akan mengekalkan ciri-ciri budaya yang diwarisinya. Nilai budaya yang baik seperti amanah, setia dan bijaksana akan membentuk rakyat yang kuat mental dan fizikalnya. Rakyat yang tidak mempunyai jati diri akan cepat kecewa, tidak mahu berusaha dan cenderung melanggar undang-undang negara seperti melakukan perbuatan khianat, pecah amanah dan rasuah. Sewaktu pemerintahan Sultan Mahmud Syah, Nina Sura Dewana telah merasuah Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir untuk menyelesaikan masalahnya dengan Raja Mendaliar namun Raja Mendaliar telah memfitnah Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir sehingga BSMTM dihukum bunuh. F3 Mempertingkatkan taraf pendidikan. Rakyat perlu didik dalam pelbagai disiplin ilmu. Rakyat yang berpendidikan atau berilmu dapat membentuk keperibadian terpuji yang akan menjadi benteng kepada rakyat daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang kerana mereka dapat berfikir secara rasional. Sultan Mansur Syah mempelajari dan mendalami kitab Duri’l Mazlum iaitu kitab yang memperkatakan tentang ajaran agama Islam yang kemudiannya disebarkan/disampaikan kepada rakyat. F4 Meningkatkan asas kemanusiaan.Kemanusiaan bermaksud nilai-nilai yang berteraskan hak asasi dan kemuliaan manusia. Contohnya nilai kasih sayang, simpati, perihatin, hormat-menghormati dan sopan santun. Pemupukan asas kemanusiaan akan membentuk rakyat yang saling memahami hak-hak asasi orang lain dan secara tidak langsung akan mengeratkan perhubungan antara sesama manusia.Sultan Alau’din Ri’ayat Syah telah menetapkan hukuman potong tangan kepada pencuri. Kepatuhan kepada undang-undang ini menyebabkan kadar jenayah di Melaka berkurang. Hal ini akan menjaga hak asasi rakyat dan secara tidak langsung hak rakyat dilindungi.
108 1. Aktiviti perdagangan memberi sumbangan yang besar kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) , bincangkan pernyataan ini dalam konteks pembangunan Melaka. [25] Pengenalan- maksud perdagangan, SS dan fakta Perdagangan rempah ratus. Aktiviti perdagangan dapat menyumbang kepada pendapatan Melaka. Kegiatan ekonomi perdagangan mementingkan keuntungan dan pengumpulan harta melalui proses penukaran barangan atau jual beli serta pembayaran-pembayaran lain . Pendapatan Melaka juga meningkat hasil daripada kutipan cukai. Contoh Maulana yang dating untuk berdagang dan menyebarkan agama Islam telah membantu menjana ekonomi negara dengan barang perdagangan mereka. Kesannya, pendapatan negeri Melaka meningkat disamping mendapat segala keperluan yang diperlukan. Oleh itu, perdagangan perlu dilaksanakan agar dapat membantu menjana ekonomi negara. ATAU Perdagangan rempah ratus dengan pedagang dari Benua Keling dan Arab Parsi. Perdagangan ini penting kerana dapat menyumbang kepada pendapatan Melaka. Kegiatan ekonomi perdagangan yang dijalankan dapat mengumpul harta dan meningkatkan keuntungan melalui proses penukaran barangan atau jual beli serta pembayaran-pembayaran lain. Contoh Syed Abdul Aziz singgah di Melaka untuk berdagangan dan menyebarkan agama Islam. Pedagang yang datang berniaga juga perlu membayar cukai. Oleh itu pendapatan Melaka juga dapat ditingkatkan melalui hasil daripada kutipan cukai. Dengan ini, pendapatan penduduk Melaka semakin bertambah dan penduduk Melaka memperoleh sumber makanan seperti rempah menerusi aktiviti perdagangan ini. Pedangangan Kain. Perdagangan yang berlaku diantara Melaka dengan negara lain dapat memenuhi keperluan hidup. Melaka menjadi pusat perdagangan yang memerlukan barangan yang banyak. melalui kegiatan import dapat memenuhi keperluan mereka. Sebagai contohnya Hang Nadim telah ditugaskan ke benua Keling oleh Sultan Mahmud Syah untuk membeli kain dan dibawa balik ke Melaka. Hang Nadim pergi bersama Hang Isap kerana Hang Isap memiliki kapal dagang. Ini menunjukan telah berlakunya perdagangan antara benua Keling dengan Melaka (ms.218) Dapat memenuhi keperluan hidup sama ada dalam bentuk barangan ataupun perkhidmatan melalui tukar beli barangan. Melaka menjadi pusat perdagangan memerlukan barangan yang banyak melalui kegiatan import-dapat memenuhi keperluan mereka. Contoh pakaian, rempah ratus, minyak wangi dll PEMBANGUNAN NEGARA : EKONOMI Watak / contoh Fakta Kesimpulan kecil untuk diri dan watak Kepentingan Kesan Huraian peristiwa (ayat hurai ini satu dah memadai) dan perbincangan fakta / perbincangan / Ulasan jika maka
109 Meningkatkan kualiti kehidupan dan kemajuan ekonomi masyarakat Melayu. Perkembangan aktiviti perdagangan dapat menyumbang kepada tahap kualiti kehidupan dan kemajuan ekonomi masyarakat Melayu pada masa itu yang berada dalam keadaan stabil. Meningkatkan kemajuan ekonomi masyarakat Melayu. Perkembangan aktiviti perdagangan dapat menyumbang kepada tahap kualiti kehidupan dan kemajuan ekonomi masyarakat Melayu pada masa itu yang berada dalam keadaan stabil. Melaka muncul sebagai bandar pelabuhan entrepot yang terkenal. Melaka menjadi tempat persinggahan dan tumpuan pedagang-pedagang asing untuk terus berdagang di Melaka. Ini kerana Melaka merupakan pusat bandar bagi pertukaran barang dagangn dunia pada masa itu. Ramai pedagang-pedagang Arab datang ke Melaka untuk berdagang. Orang Arab menamakan Melaka sebagai Malakat bermaksud perhimpunan segala dagang. [m/s: 80]. Lagi pun Melaka telah melantik Syahbandar bagi menjaga keselamatan pedagang-pedagang yang singgah ke Melaka. Perlaksanaan undang-undang Laut Melaka membolehkan para pedagang mendapat jaminan keselamatan sama ada untuk diri sendiri atau pun barangan mereka. Kerajaan Melaka muncul sebagai satu kuasa besar dan kuat di Selat Melaka. Melaka sebagai sebuah destinasi perdagangan yang berkembang maju. Kemajuan Melaka dalam perdagangan telah dapat memperkenalkan Melaka kepada negara luar. Raja Mendaliar telah dilantik sebagai Syahbandar untuk bertugas memeriksa semua perahu dan kapal yang datang ke pelabuhan di Melaka. Hasilnya pelabuhan akan terjamin dari segi keselamatan. Jadi tidak hairanlah Melaka muncul sebagai pelabuhan yang selamat untuk para pedagang. [m/s: 252] Meningkatkan kualiti kehidupan dan kemajuan ekonomi masyarakat Melayu. Perkembangan aktiviti perdagangan dapat menyumbang kepada tahap kualiti kehidupan dan kemajuan ekonomi masyarakat Melayu pada masa itu yang berada dalam keadaan stabil.
110 2. Berdasarkan novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur,Karya Keris Mas, (a). Bincangkan kegiatan ekonomi yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara dalam novel di atas [16] F1 Perniagaan di Kedai Pak Salim. Kewujudan kedai kecil di Kampung Melayu adalah satu kebiasaan dan merupakan tempat penduduk kampung membeli barangan harian serta tempat mereka berhimpun sambil minum kopi. Perniagaan ini boleh memajukan ekonomi di kampung Melayu dan seterusnya dapat menyokong pembangunan Negara.Tanpa Kedai tersebut sesebuah kampung itu sunyi dan hilanglah satu sumber pendapatan bagi orang-orang kampong. Pak Salim membuka kedai di Kampung Pulai dan kedainya menjadi tempat persinggahan dan pertemuan Penduduk Kampung Pulai. F2 Kegiatan mengeksport lada hitam. Kegiatan mengeksport barangan keluar Negara membantu pembangunan Negara , tanpa kegiatan eksport ekonomi sesebuah Negara akan lemah. Syarikat Firma Serba Dagang Internasional milik En Muhamad berjaya menerima kontrak membekalkan lada hitam ke Jerman selama tujuh tahun . F3 Perlombongan Bijih Timah. Kegiatan melombong bijih timah di Malaysia terkenal sebelum kedatangan Britih lagi.Bijih timah telah membawa kemajuan dan kekayaan kepada Tanah Melayu sejak dahulu lagi. Tanpa Bijih timah mungkin Tanah Melayu akan menjadi Negara yang miskin. Orangkaya Indera Datuk Idris Bin Muhamad Saman, ayah kepada En Muhamad orang besar yang pertama membuka lombong Bijih Timah di Tanah Melayu dan berkongsi dengan ayah Datuk Tan.Usaha ini diteruskan oleh Datuk Tan dan En Muhamad dengan menubuhkan Syarikat Lombong Lembah Tualang bagi melombong bijih timah di Pekan Tualang. F4 Pembukaan Ladang . Pembukaan ladang memperlihatkan Malaysia memiliki tanah yang subur dan bidang pertanian boleh menyumbang kepada pembangunan Negara. Sekiranya bidang perladangan tidak dimajukan Negara Malaysia akan mengalami kerugian kerana mengabaikan tanah yang subur. Datuk Tan memiliki estet Getah di Pekan Tualang – memajukan syarikat dan Negara. Cik Puan Tipah membuka Ladang Orkid di Jeram Medang di atas Tanah pusaka keluarga Penghulu Mahmud. F5 Kegiatan ekonomi tradisional/sara diri.Kegiatan ekonomi sara diri banyak dilakukan oleh orang-orang kampung. Ekonomi sara diri menjadi punca rezki bagi orang-orang kampung. Sekiranya tiada aktiviti sara diri hilanglah punca pendapatan orang-orang kampong dan boleh membantut pembangunan Negara.Orang-orang yang menetap Kampung Pulai kebanyakan mengamalkan ekonomi sara diri seperti mencari hasil hutan seperti buluh,rotan dan atap bertam. Mereka juga bekerja menangkap ikan di Sungai Tualang dan menjual sayur-sayur kampung dan asam garam di pasar. F6 Buruh sebagai sumber pendapatan. Pekerjaan buruh memang wujud dan penting dalam setiap bidang ekonomi dan memberi sumbangan yang penting untuk pembangunan Negara. Sekiranya tiada tenaga buruh sesuatu bidang ekonomi tidak dapat dimajukan. Terdapat beberapa bidang ekonomi yang melibatkan tenaga buruh dalam novel ini. Antaranya penduduk Kampung Pulai ada yang bekerja sebagai buruh JKR dan buruh Taliair .Begitu juga dengan Ali yang berkerja sebagai buruh iaitu ditugaskan untuk menebang ,membersih dan menjaga Ladang Orkid Cik Puan Tipah Jeram Medang
111 3. Berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, karya Keris Mas, (a). jelaskan aktiviti pertanian yang boleh memajukan ekonomi negara. [16] (b). Sejauhmanakah generasi muda di negara ini memaanfaatkan aktiviti Pertanian tersebut dalam kehidupan seharian mereka. [9] F1 Penanaman orkid. H/C boleh memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat dan boleh mengurangkan kadar penghijrahan Penanaman orkid oleh Cik Puan Tipah di Jeram Medang memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda Kg Pulai dan menggurangkan kadar penghijrahan mereka ke bandar F2 Perladangan getah . H/C memberi peluang pekerjaan dan membantu meningkatkan ekonomi. Ladang getah Datuk Tan seluas 180 ekar memberi peluang pekerjaan kepada penduduk di Pekan Tualang,khususnya di Kg Pulai yang terdiri daripada penduduk yang tidak mempunyai tanah untuk diusahakan sebagai kawasan pertanian. F3 Perladangan lada hitam H/C dapat menambahkan jualan eksport negara dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Pembukaan lada hitam En Muhammad dan Datuk Tan di Johor dapat menambahkan bekalan lada hitam bagi memenuhi permintaan di dalam negeri dan seterusnya dieksport ke luar negara seperti yang telah dilakukan oleh En Muhammad melalui kerjasama dengan sebuah syarikat di Jerman. F4 Rancangan FELDA membangunkan masyarakat H/C pemindahan penduduk Kg Pulai melalui rancangan FELDA dapat mengatasi masalah kemiskinan penduduk yang sebelum ini menumpang di atas tanah keluarga OKI Datuk Idris. Mereka akan diberi tapak rumah dan tanah untuk diusahakan sebagai kawasan pertanian. Rancangan ini dapat memajukan ekonomi penduduk dan seterusnya memajukan ekonomi negara F5 Aktiviti perikanan H/C Sebahagian daripada penduduk bekerja menangkap dan menjala ikan di Jeram Medang dan Sungai Tualang.pelbagai jenis ikan terdapat di situ antaranya kelah,ikan putih,tengas, seberau dan baung Hasil tangkapan ini untuk kegunaan sendiri dan selebihnya dijual. Kadang-kadang mereka mendapat hasil yang lumayan (ms41) F6 mencari sumber hutan H/C sebahagian besar pendududk kampung masuk hutan mencari buluh, rotan dan atap bertam. Hasil hutan ini dijual untuk menyara hidup keluarga dan membantu menambahkan pertumbuhan ekonomi negara
112 Ceraian (b) - Sejauhmanakah generasi muda... Kalau berjaya nyatakan berjaya - generasi muda di negara ini berjaya memaanfaatkan aktiviti pertanian tersebut dalam kehidupan seharian mereka F1 generasi muda menunjukkan minat mendalam dalam aktiviti pertanian H/C Ali sanggup berhenti kerja sebagai pemandu kereta En Muhammad demi menumpukan perhatian penuh terhadap ladang Cik Puan Tipah di Jeram Medang F2 menjamin peluang pekerjaan H/C Pembukaan ladang orkid oleh Cik Puan Tipah memberi pekerjaan kepada generasi muda iaitu Ali dilantik sebagai pengurus dengan dibantu oleh 5 orang pemuda kampung. Sekiranya orkid mendapat pasaran yang lebih luas lagi, ia akan membuka peluang pekerjaan kepada lebih ramai lagi. F3 mendapat pasaran yang tinggi H/C Generasi muda minat dalam penanaman orkid kerana ia boleh dijadikan perniaagaan memandangkan tanaman ini mendapat pasran meluas di bandar malah diluar negara. Oleh sebab itu, penanaman ladang orkid oleh Cik Puan Tipah akan mendorong generasi muda menceburi bidang berpoetensi ini
113 4. Pertanian merupakan salah satu kegiatan ekonomi yang penting dalam pembangunan sesebuah negara sebagaimana yang termuat dalam Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. Berdasarkan teks tersebut, bincangkan bagaimana bidang pertanian menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara ? ( 25m ) A Pengenalan ( 3m ) Konsep Pertanian – Perihal bertani ( tanam- tanaman ), perusahaan bercucuk tanam. Konsep Ekonomi / Pembangunan – Menurut Haron Daud ( 1989 ) Segala kegiatan untuk mendapatkan hasil bagi keperluan hidup mereka sama ada dalam bentuk makanan satu barangan lain. F1 Pertanian menyumbang kepada imbangan perdagangan dunia. H Sektor pertanian mampu mengimbangkan dagangan Negara dengan dunia dan membantu mengurangkan defisit perdagangan. C Perdagangan Lada Hitam En. Muhammad melalui Syarikat Firma Serba Dagang merancang mengeksport lada hitam serta meluaskan pasarannya ke Jerman melalui syarikat Frankfurt import- eksport. Pro/ Kontra – F2 Pertanian membuka peluang pekerjaan kepada penduduk. H Dengan perkembangan & kemajuan sektor pertanian, akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan di ladang- ladang atau tempat- tempat berlakunya kegiatan pertanian/ sumber pendapatan. C Jahid yang bekerja di ladang getah/ estet. Pro/ Kontra – F3 Pertanian sebagai tarikan pelancong. H Rancangan pertanian tertentu dan bersifat istimewa dapat menarik perhatian masyarakat sekeliling dan dijangka mendapat pulangan pendapatan kepada pengusaha serta pekerjanya. C Perancangan pembukaan ladang orkid oleh Cik Puan Tipah yang berhampiran lokasi rekreasi Jeram Medang boleh menyumbang kepada peluang pendapatan seterusnya menyumbang kepada pulangan kepada ekonomi negara. Pro/ Kontra - F4 Pertanian menggalakkan tukaran wang asing. H Pertanian berskala besar mampu menangani masalah tukaran wang kepada ekonomi negara. Negara dapat menjimatkan ringgit dari membelanjakan ringgit denganmengimport bahan- bahan pertanian dari luar negara. C Komoditi getah / kelapa sawit (FELDA). Pro/ Kontra -
114 F5 Kegiatan perikanan ( sektor pertanian ) mampu mengukuhkan ekonomi. H Antara kegiatan sampingan penduduk kampung ialah melalui kegiatan menangkap ikan. Aktiviti sedemikian walaupun bukan secara besar- besaran , tapi mampu memberi pulangan ekonomi kepada penduduk dan Negara secara tidak langsung. C Aktiviti penduduk menjala ikan di Jeram Medang. Pro/ Kontra - F6 Pertanian sebagai sumber makanan. H Tradisi masyarakat kampung menjalankan aktiviti pertanian berbentuk saradiri. Tujuan utamanya adalah sebagai bekalan makanan harian atau dijual secara kecil- kecilan. C Tanaman kelapa, dusun durian, langsat, rambai ( m/s 44 ). Pro/ Kontra – C. KESIMPULAN - Aspek ekonomi spt pertanian jg menyumbang kpd pembangunan negara. Realiti pada waktu itu tanaman pertanian spt padi & kelapa sbgi pilihan utama & sumber makanan. Namun dgn adanya DEB & FELDA bidang pertanian telah naiktaraf secara komersil, secara ladang & untuk eksport menyumbang kepada pembangunan negara. 6 Aktiviti perdagangan memberi sumbangan yang besar kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Berdasarkan teks Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, jelaskan 2 kegiatan perdagangan dan 3 kesan positif hasil kegiatan tersebut kepada pembangunan negara. [25] A Pengenalan [3] Perdagangan merujuk perihal berdagang,urusan berniaga atau perniagaan yang biasanya melibatkan negara luar. kegiatan perdagangan mementingkan keuntungan dan pengumpulan harta melalui proses penukaran barangan atau jual beli serta pembayaranpembayaran lain. Kegiatan ini dijalankan oleh usahawan-usahawan yang biasanya terdiri daripada golongan bangsawan. Terdapat penglibatan bumiputera dalam kegiatan perdagangan. menyenarai isi-isi penting Kegiatan Perdagangan F1 Perdagangan Lada Hitam H Lada Hitam merupakan salah satu hasil pertanian di malaysia yang ditanam untuk tujuan komersial. Penanaman lada hitam telah mempelbagaikan jenis kegiatan pertanian dan dapat mendatangkan keuntungan kepada pengusahanya. C En. Muhammad telah berjaya mengusahakan ladang lada hitam di Johor Bharu. Beliau berjaya mendapatkan tender membekalkan lada hitam ke Jerman selama 7 tahun.
115 P Hal ini jelas membuktikan bahawa perdagangan Lada Hitam dapat mendatangkan keuntungan kepada pengusaha dan seterusnya meningkatkan ekonomi negara. F2 Perdagangan Bijih Timah H Kegiatan perlombongan bijih timah sememangnya bertujuan untuk diperdagangkan bagi memperoleh hasil yang lumayan. Selain itu, kegiatan ini juga dapat memenuhi permintaan yang tinggi di pasaran serta dapat memajukan diri dan bangsa. Sebaliknya, jika kegiatan ini tidak berlaku, permintaan yang tinggi tidak akan dapat dipenuhi seterusnya menyebabkan ekonomi menjadi tidak seimbang. C En. Muhammad telah berhasrat untuk membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang yang bertujuan untuk keuntungan dan menceburi bidang baru dalam pasaran. Pembukaan lombong ini pada awalnya mendapat tentangan daripada pelbagai pihak namun setelah melalui pelbagai konflik, En. Muhammad berjaya membuka Syarikat tersebut. P hal ini membuktikan bahawa penglibatan golongan bumiputera dalam bidang perniagaan dan perdagangan bukan sahaja dapat memajukan ekonomi negara malah dapat memajukan diri dan bangsa. F3 Perdagangan Orkid H Penanaman orkid merupakan tanaman yang diusahakan untuk tanaman hiasan dan mempunyai tarikannya yang tersendiri. Hasil tanaman ini boleh dijual secara kemersial kerana mendapat permintaan yang tinggi di pasaran dan sebaliknya jika tidak dikormersialkan, kegiatan pertanian ini tidak dapat menyumbang untuk ekonomi negara. C Pembukaan Ladang Orkid di Jeram medang oleh Cik Puan Tipah dapat membuka banyak peluang pekerjaan dan hasil tanaman orkid dapat di eksport ke luar negara. P Oleh itu, jelaslah bahawa perdagangan orkid telah membuka peluang pekerjaan kepada rakyat dan dapat meningkatkan pendapatan negara. Kesan positif kegiatan perdagangan F4 menyumbang kepada pendapatan negara H Kegiatan perdagangan terutama yang melibatkan import dan eksport banyak menyumbangkan kepada pendapatan negara. Kepelbagaian sumber perdagangan seperti Lada Hitam, bijih timah dan sebagainya dapat memberikan keuntungan kepada negara. C Kegiatan perniagaan dan perdagangan lada hitam yang diusahakan oleh En. Muhammad melalui syarikatnya Firma Serba dagang Enterprise dapat memberikan keuntungan kepada negara. Hal ini dapat dilihat apabila En. Muhammad berjaya mendapatkan tender mengeksport lada hitam ke jerman selama 7 tahun. P Kesimpulannya, kegiatan perdagangan mampu menyumbang ke arah pembangunan negara. F5 mengukuhkan ekonomi negara F6 menggalakkan tukaran wang asing F7 mewujudkan imbangan dagangan dunia/ antarabangsa F8 memenuhi keperluan barangan ataupun perkhidmatan F9 memajukan diri, bangsa dan negara C Penutup [2] Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan
116 5. Encik Muhammad bin Idris dianggap sebagai seorang nasionalis yang memperjuangkan nasib bangsa Melayu yang ketinggalan dalam pelbagai bidang. Bincangkan pernyataan ini dengan merujuk novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur [25] Nasionalisme adalah satu ideologi yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara (dalam bahasa Inggeris "nation") dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia. Oleh itu, melalui nilai nasionalisme maka akan wujudlah perasaan cinta dan taat setia yang mendalam terhadap bangsa dan tanah air. En. Muhammad merupakan pengurus syarikat Dagang Interprise. Beliau menceburi bidang perniagaan setelah memiliki ijazah jurusan ekonomi dari London. Beliau merupakan suami kepada Cik Puan Tipah dan bapa kepada Rahim dan Rohana. Membangunkan ekonomi penduduk kampung/memajukan rakyat Perasaan cinta pada negara mendorong warga negara membangunkan masyarakat demi pembangunan Negara. Contoh, Perasaan cinta ini mendorong Encik Muhammad berusaha gigih untuk membangunkan ekonomi penduduk Kampong Pulai yang terdiri daripada golongan miskin dengan menempatkan mereka di Tanah Rancangan Felda. Rela berkorban untuk Negara/ Mengorbankan harta Tanah rancangan Felda. Di mana Encik Muhammad menyahut seruan kerajaan dalam menjayakan rancangan tersebut. Rancangan FELDA adalah untuk kepentingan anak bangsa khususnya orang muda kampong Pulai yang masih menumpang di tanah keluarga Encik Muhammad dan miskin (ms 166) Menabur bakti/ Berbakti Menabur bakti dapat membuktikan semangat nasionalisme yang tinggi kepada Negara. Contoh, Encik Muhammad menyumbangkan RM10.000 bagi membiayai sambutan puja umur sultan di wilayah Tualang. Menyahut seruan kerajaan Menyahut seruan kerajaan dalam bidang memajukan ekonomi orang Melayu iaitu mencapai 30% penyertaan orang Melayu dalam dunia perniagaan. Contoh pembukaan tanah rancangan FELDA dan pembukaan projek tanaman lada hitam. Berbangga dengan tanah tumpah darah/cintakan kampung halaman Perasaan berbangga dengan keistimewaan dan keindahan tanah air yang boleh dimajukan untuk menjana sumber ekonomi negara. Contoh, Encik Muhammad melahirkan perasaan bangga kepada abangnya kerana Jeram Medang berada dalam kawasan tanah mereka. Beliau mencadangkan agar tanah itu dimajukan menjadi kawasan pelancongan.Sekiranya Encik Muhammad tidak berbangga dengan tanah airnya tentu beliau akan membiarkan Jeram Medang tidak di bangunkan.
117 6) a) Nyatakan lima jenis aktiviti ekonomi yang terdapat dalam Sulalatus Salatin. (5 m ) b) Berdasarkan jenis aktiviti ekonomi dalam SS, Bincangkan kepentingannya dalam konteks Pembangunan Negara. (20 m) Kehendak soalan 1. Fakta lima jenis aktiviti ekonomi 2. Contoh SS kalau nak bagi boleh tapi 1 fakta 1 markah. a) 5 jenis aktiviti ekonomi yang terdapat dalam SS ialah 1. Aktiviti menangkap ikan (mewakili 1 markah) 2. Aktiviti bercucuk tanam 3-5. b) Kehendak soalan 1. Fakta jenis aktiviti- kerana soalan kata berdasarkan jenis aktiviti 2. Ayat kepentingan 3. Ayat perbincangan 4. Contoh SS 5. Ayat kesan perlu kait dengan negara 1. Menangkap Ikan. Aktiviti ini penting untuk memenuhi keperluan harian dan menambah pendapatan dalaman negara. Kegiatan ekonomi menangkap ikan merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan untuk mendapatkan bahan-bahan makanan atau keperluan seharian. Ikan memberi sumber protein kepada manusia. Penangkapan ikan sama ada sungai atau laut dapat menjana sumper pendapatan kepada mereka yang terlibat. Tanpa aktiviti menangkap ikan agak sukar masyarakat tradisional mendapatkan keperluan yang lain kerana mereka mengamalkan sistem pertukaran barang antara satu sama lain bagi memenuhi kerperluan harian mereka. Badang misalnya telah menjalankan aktiviti menangkap ikan di sungai. Raja Kasim menjadi pengail ikan dan kemudiannya menjual hasil tangkapannya itu. Jelaslah aktiviti menangkap ikan yang dijalankan oleh seseorang mampu mengembangkan ekonomi dalam konteks pembangunan negara melalui penambahan hasil dan urusan jual beli. 2. Bercucuk Tanam (Ayat kepentingan merupakan fakta sebab soalan nak ) Aktiviti bercucuk tanam dijalankan bagi memenuhi keperluan sumber makanan masyarkat tradisional. Penanaman padi huma menjadi salah satu aktiviti yang penting dalam konteks masyarakat melayu tradisional kerana mejadi symbol kemakmuran sesebuah Kawasan. Ia juga mampu menampung keperluan beras bagi masyarakat pada masa itu. Penanaman padi huma disebut ketika anak raja Suran turun di Bukit Siguntang, di situ Wan Empuk dan Wan Malini yang menjalankan penanaman padi huma. Badang juga menjalankan aktiviti penanaman padi huma untuk tuannya di Sayung. Hasil perhumaan yang dijalankan oleh Badang, tuannya telah muncul sebagai ’ Orang Kaya Sayung’. Sekiranya padi huma tidak dijalankan secara meluas oleh masyarakat pada masa itu, pastinya mereka tidak dapat memenuhi keperluan harian, seterusnya akan mewujudkan kekurangan bekalan makanan. Ini kerana beras merupakan makanan utama masyarakat di nusantara pada zaman tradisional. Jelaslah aktiviti penanaman padi huma dapat menjana pendapatan pengusaha dan secara tidak langsung berlaku perkembangan ekonomi negara sekiranya ia dijalankan secara komercial melalui aktiviti urusan jual beli.
118 3. Menternak Binatang Menternak binatang merupakan satu akativiti yang penting zaman tradisional kerana melalui aktiviti ini dapat menjana pendapatan negara selain memenuhi keperluan seharian. Kepelbagaian binatang yang diternak pada zaman tradisional bagi memenuhi permintaan bekalan makanan. Sesetengah golongan raja dan pembesar yang menjalankan aktiviti menternak sebagai hobi sahaja. Sekiranya kegiatan menternak binatang tidak dipebagaikan, pastinya sukar untuk memenuhi bekalan makanan yang mencukupi bagi masyarakat setempat mahupun pesekitaran negeri Melaka. Kisah Raja Shahrun Nuwi menjadikan Malikul Tahir sebagai gembala ayam ( hlm 60-61) dan Tun Mutahir memiliki kendang kerbau di Kayu Ara. Jelaslah aktiviti ini membantu membangunkan ekonomi negara bagi memenuhi keperluan rakyat dari segi bekalan makanan. 4. Memunggut hasil hutan Memunggut hasil hutan merupakan salah satu aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat tradisional yang memberi pulangan pendapatan kepada masyarakat zaman tersebut. Pelbagai hasil hutan dikutip seperti rotan, damar, buah-buahan hutan dan sebagainya bagi memenuhi keperluan sumber makanan ataupun tujuan perniagaan. Sultan Mansur Shah misalnya menitahkan Bendahara Paduka Raja menyerang negeri Indera Pura kerana negeri tersebut kaya dengan hasil hutannya. Begitu juga Seri Rakna Wikrama menyuruh Badang mengambil buah kuras kerana baginda mengidam memakan buah tersebut. 5. Menyadap kelapa Ki Mas Jaya telah dijadikan anak angkat kepada penyadap kelapa. Beliau kemudiannya ditabal menjadi Ratu Majapahit setelah berkahwin dengan puteri Majapahit Raden Galoh Awi Kesuma. (hlm 115-116) 6. Memunggut cukai Aktiviti memunggut cukai untuk hasil negeri telah dijalankan oleh penghulu bendahari. Hasil punggutan cukai oleh penghulu bendahari disimpan oleh Perbendaharaan Negara. Begitu juga Syahbandar yang bertugas memunggut hasil di pelabuhan. 6. Perdagangan merupakan aset penting dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara. Berdasarkan novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. SOALAN PECAHAN TIDAK MEMERLUKAN PENDAHULUAN. CUMA LETAK AYAT PERMULAAN. RUJUK MARKAH YANG DIBERI UNTUK MENJAWAB
119 a) Jelaskan wata-watak yang terlibat dalam aktiviti perdagangan sebagaimana terdapat dalam novel tersebut. ( 9 m ) Kehendak soalan 1. Fakta nama watak yang terlibat 2. Ayat kepentingan merujuk kepada soalan utama 3. Ayat Penjelasan / Hurai peristiwa yang berkait dengan aktiviti perdagangan 4. Ayat kesan yang menyumbang kepada pembangunan negara 9 MARKAH MEWAKILI 3 ISI UNTUK 3 MARKAH SETIAP ISI ( OLEH ITU PERLU ADA TIGA AYAT) F1 – Encik Muhammad Pengarah Syarikat Serba Dagang Interprise. Encik Muhammad berjaya mendapat tender mengeksport lada hitam dan meluaskan pasaran lada hitam ke Jerman selama tujuh tahun Kesan / Kepentingan – dapat meningkatkan martabat Malaysia ke mata dunia F2- Datuk Tan Datuk Tan merupakan pengarah Syarikat Tan Interprise. Beliau memberi kepercayaan penuh kepada En. Muhammad untuk menerajui anak syarikatnya iaitu Syarikat Serba Dagang Interprise. Beliau juga merupakan rakan kongsi En. Muhammad dalam penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang Kesan / Kepentingan – dapat menjana ekonomi negara menerusi perniagaan yang dilakukan F3 YB Mohd Yusof. Selain menjadi wakil rakyat, beliau juga memiliki perusahaan kilang papan Cik Puan Tipah Berkongsi hobinya dengan En. Muhammad dan membuka ladang orkid di Jeram Medang. Menjual dan mengeksport bunga orkid vanda. Tan Sri Syed Aris Rakan kongsi En. Muhammad dalam Syarikat Serba Dagang Interprise dan juga merupakan sahabat baik En. Muhammad. Kesan / Kepentingan – memajukan negara dengan membuka peluang pekerjaan.
120 b) Bincangkan sumbangan kegiatan perdagangan dalam pembangunan ekonomi negara ( 16M ) Kehendak soalan 1. Fakta sumbangan / peranan / kepentingan 2. Ayat huraian jika ada lebih baik 3. Ayat Bincang 4. Contoh peristiwa aktiviti perdagangan 5. Ayat kesan yang menyumbang kepada pembangunan negara 16 MARKAH MEWAKILI 4 ISI X 4 MARKAH SETIAP ISI ( OLEH ITU PERLU ADA 4 AYAT). RUJUK NOTA M/S 136 TERDAPAT AYAT FAKTA DAN KESAN YANG DIUBAH SUAI. F1- Meluaskan pasaran barangan dagangan di Malaysia ke luar negara. Encik Muhammad hendak meluaskan pasaran lada hitam ke Jerman. Syarikat Encik Muhammad mulanya hanya mengeksport kira-kira 50 tan sahaja tetapi dengan kerjasama syarikat dari Jerman, eksport meningkat antara 800-1000 tan dalam masa tujuh tahun. Dengan ini barrangan lada hitam keluaran Malaysia mempunyai pasaran yang lebih luas dipasaran benua Eropah. Kesannya barangan Malaysia dikenali di serata dunia dan hal ini dapat mengharumkan nama negara. F2- Membolehkan pengaliran wang masuk menerusi barangan yang dieksport. Encik Muhammad merancang mengeksport 800–1000 tan lada hitam dalam masa tujuh tahun apabila bekerjasama dengan syarikat dari Jerman. Sumber bekalan lada hitam, Encik Muhammad merancang untuk membuka ladang hitam. Kesannya meningkatkan pendapatan negara. F3- Memberi keuntungan lebih tinggi pada sesebuah syarikat. Syarikat tidak perlu mencari pembeli dan mengeluarkan modal kerana pembelian dan penjualan diatur oleh syarikat Encik Muhammad dengan syarikat dari Jerman. Syarikat mendapat komisen sahaja. Dengan ini keuntungan akan semakin bertambah. Firma Dagang Internasional akan mendapat keuntungan berganda daripada usahasama ini. Kesannya menjana ekonomi negara dengan lebih baik. F4- Meningkatkan pendapatan negara. Pendapatan negara akan bertambah apabila keuntungan yang diproleh oleh syarikat Firma Dagang Internasional bertambah. Pengesportan lada hitam ke Jerman akan meningkatkan pendapatan negara. Kesannya negara menjadi lebih aman dan maju. F5- Membuka peluang pekerjaan terbuka kepada golongan. Peluang pekerjaan terbuka kepada golongan masyarakat. Rancangan megeksport lada hitam membawa kepada langkah pembukaan lading lada hitam di Johor. Encik Muhammad telah berjumpa ahli exco Johor. Secara tidak langsung rancangan ini memberi peluang pekerjaan kepada penduduk negeri Johor khususnya dan negara ammya. Kesannya meningkatkan kualiti dan taraf hidup rakyat dalam negara. F6- Mewujudkan hubungan dagang. Dapat mewujudkan hubungan dagang antara negara . Iaitu negara Jerman melalui syarikat Frankfut import eskport. F7- Pemindahan teknologi. Hubungan dua hala menggalakan pertukaran maklumat, pengetahuan dan teknologi. Pengeluar dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti pengeluaran. Kerjasama antara Enik Muhammad dengan syarikat orang putih akan membawa masuk kapal korek dalam perusahaan perlombongan di LembahTualang