BUKU PERATURAN DALAMAN (LOCAL RULES)
KOLEJ KEDIAMAN
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKA SURAT
ISI KANDUNGAN ii
KATA-KATA ALUAN PENGARAH iv
KALENDAR AKADEMIK SESI 2020/2021 v
JAWATANKUASA PENYEDIAAN PERATURAN DALAMAN vi
JAWATANKUASA PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN vii
PROSEDUR KEBENARAN KELUAR HUJUNG MINGGU (OUTING) viii
PROSEDUR KEBENARAN PULANG BERMALAM & KES KHAS ix
PROSEDUR PERMOHONAN MENERIMA RAWATAN x
(KLINIK/HOSPITAL) DAN PERMOHONAN UNTUK BERADA DI BILIK SAKIT KOLEJ
KEDIAMAN PADA WAKTU PEMBELAJARAN
CONTOH SURAT PERMOHONAN PELAJAR MELAKSANAKAN xi AKTIVITI
CONTOH SURAT PERMOHONAN PULANG BERMALAM xii
CONTOH BORANG-BORANG OUTING xiii
PERATURAN DALAMAN
1.0 PENDAHULUAN 1
2.0 PEMAKAIAN DAN TAFSIRAN 1
3.0 PERATURAN PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN 2
4.0 PENGGUNAAN KEMUDAHAN BILIK AIR, TANDAS, RUANGAN
MEMBASUH DAN AMPAIAN 7
5.0 ETIKA BERPAKAIAN LELAKI 8
6.0 ETIKA BERPAKAIAN PEREMPUAN 9
7.0 KEGIATAN PELAJAR DI BLOK KEDIAMAN 10
8.0 MENERIMA TETAMU 10
9.0 KAWALAN KESELAMATAN KOLEJ 10
10.0 KAWASAN LARANGAN 11
11.0 LARANGAN MEMBAWA KENDERAAN 11
KATA-KATA ALUAN PENGARAH
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Saudara-saudari yang budiman,
Bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurnia-Nya, kita dapat merealisasikan Buku Peraturan
Dalaman (Local Rules) Kolej Kediaman, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, edisi ke-6 2020.
Peraturan Dalaman ini diharapkan dapat memberi satu panduan kepada para pelajar dalam usaha
kita untuk menghasilkan pelajar yang berdisiplin tinggi, berwibawa dan mempunyai pengurusan diri
yang baik sejajar dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang
seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Potensi insan yang seimbang akan pudar
sekiranya tiada usaha yang berterusan untuk menggilap dan mencernakannya agar sentiasa berada
dalam kategori pelajar yang cemerlang.
Peraturan Dalaman ini telah disusun berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan oleh Bahagian
Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia dan disesuaikan dengan keadaan semasa dan
persekitaran Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Para pelajar diharapkan dapat menimba pengalaman
serta pengetahuan tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat
dan negara. Justeru itu, aspek pembinaan insan, berketrampilan mulia dan berperibadi tinggi adalah
antara agenda terhasilnya Peraturan Dalaman ini.
Saya dengan ini mengesahkan bahawa Buku Peraturan Dalaman (Local Rules) Kolej Kediaman yang
telah disediakan oleh pihak Pengurusan Kolej Kediaman adalah diterima sebagai satu peraturan
yang wajib dipatuhi oleh semua pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.
Sekian, terima kasih.
"KITA MENJANA NILAI & SKOR"
MOHAMAD SALLEH BIN AHMAD
Pengarah
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
KALENDAR AKADEMIK SESI 2020/2021
PROGRAM MATRIKULASI SISTEM DUA SEMESTER
& PROGRAM MATRIKULASI SISTEM EMPAT SEMESTER
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SEMESTER I / III
AKTIVITI BILANGAN TARIKH
HARI/MINGGU
Minggu Pendaftaran Pelajar Baharu 3/8/20 – 9/8/20
Kuliah 1 minggu 10/8/20 – 11/10/20
Cuti Pertengahan Semester 9 minggu 12/10/20 – 18/10/20
Kuliah 1 minggu 19/10/20 – 20/12/20
Minggu Ulang Kaji 9 minggu 21/12/20 – 3/1/21
Peperiksaan Semester 2 minggu
Cuti Antara Semester 1 minggu 4/1/21 – 11/1/21
1 minggu 12/1/21 – 17/1/21
SEMESTER II / IV
AKTIVITI BILANGAN TARIKH
MINGGU/HARI
Kuliah 18/1/21 – 21/3/21
Cuti Pertengahan Semester 9 minggu 22/3/21 – 28/3/21
Kuliah 1 minggu 29/3/21 – 30/5/21
Minggu Ulangkaji 9 minggu 31/5/21 – 6/6/21
Peperiksaan Semester 1 minggu 7/6/21 – 15/6/21
1 minggu
Kalendar ini adalah bagi kolej di semua negeri kecuali Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor serta
tertakluk kepada perubahan dan keputusan dari semasa ke semasa.
JAWATANKUASA PENYEDIAAN PERATURAN DALAMAN
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
Pengarah : Mohamad Salleh Bin Ahmad
Timbalan Pengarah : Amran Bin Md Said
Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar : Mohd Azli Bin Mohd Ramli
PP Hal Ehwal Pelajar I : Mohd Shahril Bin Mohamed Yusuf
PP Hal Ehwal Pelajar II : Fairuredza Bin Kassim
Ahli-ahli: Pegawai Tugas-tugas Khas HEP
Salina Bt Sa’don Pegawai Kaunselor
Norakmar Bt Abd Rashid Ketua Felo Kluster B
Mohd Syukri Bin Shafi Ketua Felo Kluster A
Zai Suriana Bt Mohd Zin Ketua Penyelia Asrama
Tn. Hj. Nik Mat Bin Nik Yaakub Penyelia Asrama A
Noorain Bt Abd Manaf Penyelia Asrama B
Fikri Bin Jasmi Penyelia Asrama B
Md. Radzi Bin Ab. Samad Penyelia Asrama C
Siti Zainon Bt Musa
JAWATANKUASA PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
BIL NAMA JAWATAN KLUSTER
1. Mohd Azli Bin Mohd Ramli Pengetua Kolej Kediaman
(Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar)
2. Zai Suriana Bt Mohd Zin Ketua Felo & Felo A1
(Pensyarah Bahasa Inggeris)
3. Muszalinda Bt Mustapha Felo A2 FELO KEDIAMAN
4. Salina Bt Sa’don Felo A3 JAUHARI
(Pensyarah Pendidikan Islam & Moral)
5. Mazuna Bt Abu Samah (Pensyarah Felo A4
Kokurikulum)
6. KOSONG Felo A5
7. KOSONG Felo B1
8. Mohd Syukri Bin Shafi (Pensyarah Felo B2
Matematik)
9. Azwan Bin Azemi Felo B3 FELO KEDIAMAN
BESTARI
(Pensyarah Matematik)
FELO KEDIAMAN
10. Abd Ghani Bin Hassan Felo B4 CENDIKIA
(Pensyarah Pendidikan Islam & Moral)
11. Mohd Zaki Bin Ahmad Felo B5
(Pensyarah Kokurikulum)
12. Noor Nazifa Khairina Bt Aziz (Pensyarah Felo C1
Sains Komputer)
13. KOSONG Felo C2
14. KOSONG Felo C3
15. Nur Amira Bt Muhamad Zabidi Felo C4
(Pensyarah Sains Komputer)
16. Hasyimah Bt Mohamad Saupe Felo C5
(Pensyarah Sains Komputer)
PROSEDUR KEBENARAN KELUAR HUJUNG MINGGU (OUTING)
KEBENARAN KELUAR HUJUNG MINGGU
KES BIASA KEBENARAN KHAS
HARI SABTU DAN AHAD HARI SABTU DAN AHAD HARI ISNIN HINGGA JUMAAT
MENGIKUT JADUAL PENGGILIRAN LUAR JADUAL PENGGILIRAN (8.00 PAGI – 4.00 PETANG)
(8.00 PAGI – 6.00 PETANG)
(8.00 PAGI – 6.00 PETANG)
TULIS SURAT RASMI KEPADA TULIS SURAT RASMI KEPADA
IMBAS KAD MATRIK DI MESIN PENGARAH DAN ISI BORANG PENGARAH DAN DAPATKAN
PENGIMBAS (KELUAR) DI PONDOK KEBENARAN KHAS KELUAR SERTA KELULUSAN DAN TANDATANGAN
DAPATKAN KELULUSAN DAN
PENGAWAL TANDATANGAN FELO BLOK/KETUA PP HEP/KJPP
FELO
IMBAS KAD MATRIK DI MESIN IMBAS KAD MATRIK DI MESIN
PENGIMBAS (KELUAR) DI PONDOK PENGIMBAS (KELUAR) DI PONDOK
PENGAWAL PENGAWAL
NOTA: Pelajar yang Kad Matrik di halang (HILANG/DIRAMPAS) tidak boleh keluar dari kolej kecuali mendapat KEBENARAN KHAS
PROSEDUR KEBENARAN PULANG BERMALAM & KES KHAS
KES BIASA KEBENARAN BALIK BERMALAM DAN
KES KHAS
KEBENARAN KHAS
HUJUNG MINGGU MENGIKUT CUTI HUJUNG MINGGU HARI ISNIN HINGGA JUMAAT
JADUAL PENGGILIRAN LUAR JADUAL PENGGILIRAN (8.00 PAGI – 4.30 PETANG)
(PELAJAR DIBENARKAN KELUAR
KOLEJ SELEPAS JAM 12.30
TENGAHARI PADA HARI JUMAAT
DASN PULANG KE KOLEJ SEBELUM
6.00 PETANG PADA HARI AHAD)
IMBAS KAD MATRIK DI MESIN TULIS SURAT RASMI KEPADA TULIS SURAT RASMI KEPADA
PENGIMBAS (KELUAR) DI PONDOK PENGARAH DAN ISI BORANG PENGARAH DAN DAPATKAN
KEBENARAN KHAS KELUAR SERTA KELULUSAN DAN TANDATANGAN
PENGAWAL DAPATKAN KELULUSAN DAN
TANDATANGAN FELO BLOK/KETUA PP HEP/KJPP
FELO
IMBAS KAD MATRIK DI MESIN IMBAS KAD MATRIK DI MESIN
PENGIMBAS (KELUAR) DI PONDOK PENGIMBAS (KELUAR) DI PONDOK
PENGAWAL PENGAWAL
NOTA: Pelajar yang Kad Matrik di halang (HILANG/DIRAMPAS) tidak boleh keluar dari kolej kecuali mendapat KEBENARAN KHAS
PROSEDUR PERMOHONAN MENERIMA RAWATAN (KLINIK/HOSPITAL) DAN
PERMOHONAN UNTUK BERADA DIBILIK SAKIT KOLEJ KEDIAMAN PADA WAKTU
PEMBELAJARAN
PELAJAR MEMPUNYAI MASALAH KESIHATAN
MENDAPAT RAWATAN DI KLINIK / HOSPITAL TIDAK MENDAPAT RAWATAN DI KLINIK/HOSPITAL
(BILIK SAKIT)
PELAJAR MENDAFTAR NAMA UNTUK KE
KLINIK/HOSPITAL MELALUI PORTAL SECARA PELAJAR MENDAFTAR NAMA KEPADA PENYELIA
ASRAMA
ONLINE DI KAUNTER HEP
PENYELIA ASRAMA SERAH BORANG PENGESAHAN
PELAJAR DIBERI BORANG BILIK SAKIT KEPADA PELAJAR
RAWATAN/PENGESAHAN KEHADIRAN KE PELAJAR BEREHAT
KLINIK/HOSPITAL YANG TELAH : DATA DIMASUKKAN KE DALAM GOOGLE DOC OLEH
1. DICOP TARIKH PENYELIA ASRAMA
2. TANDATANGAN PO BERTUGAS
PELAJAR MENGHANTAR BORANG PENGESAHAN
HEP MAKLUMKAN JUMLAH PELAJAR YANG BILIK SAKIT KEPADA PP HEP UNTUK PENGESAHAN
AKAN KE KLINIK/HOSPITAL KE KAUNTER
PENTADBIRAN DAN TANDATANGAN BORANG TERSEBUT
PEMANDU MENGAMBIL PELAJAR DI FOYER PP HEP SERAHKAN BORANG TERSEBUT KEPADA
PENTADBIRAN DAN MENGHANTAR KE PEMBANTU OPERASI HEP UNTUK SIMPANAN REKOD
KLINIK/HOSPITAL DIIRINGI OLEH STAF ASRAMA *BORANG PENGESAHAN BILIK SAKIT SAH UNTUK
BERTUGAS TARIKH KEBENARAN SAHAJA
STAF ASRAMA BERTUGAS AKAN MENYERAHKAN
BORANG RAWATAN/PENGESAHAN KEHADIRAN
KE KLINIK/HOSPITAL/MC KE KAUNTER HEP
*HSEUPRMATERREAKWOADTKAENTISDAAHKHUANDTIURKANTAPREILKAHJAYRANKGE
KLINIK/HOSPIDTIAKLELKUEALRAKMAANNSAWHEABJAGOOGLE.DOC
PROSEDUR KEBENARAN KELUAR HUJUNG MINGGU (OUTING)
KEBENARAN KELUAR HUJUNG MINGGU
KES BIASA KEBENARAN KHAS
HARI SABTU DAN AHAD HARI SABTU DAN AHAD HARI ISNIN HINGGA JUMAAT
MENGIKUT JADUAL PENGGILIRAN LUAR JADUAL PENGGILIRAN (8.00 PAGI – 4.00 PETANG)
(8.00 PAGI – 6.00 PETANG)
(8.00 PAGI – 6.00 PETANG) TULIS SURAT RASMI KEPADA
TULIS SURAT RASMI KEPADA PENGARAH DAN DAPATKAN
IMBAS KAD MATRIK DI MESIN PENGARAH DAN ISI BORANG KELULUSAN DAN TANDATANGAN
PENGIMBAS (KELUAR) DI PONDOK KEBENARAN KHAS KELUAR SERTA
DAPATKAN KELULUSAN DAN PP HEP/KJPP
PENGAWAL TANDATANGAN FELO BLOK/KETUA
FELO
IMBAS KAD MATRIK DI MESIN IMBAS KAD MATRIK DI MESIN
PENGIMBAS (KELUAR) DI PONDOK PENGIMBAS (KELUAR) DI PONDOK
PENGAWAL PENGAWAL
NOTA: Pelajar yang Kad Matrik di halang (HILANG/DIRAMPAS) tidak boleh keluar dari kolej kecuali mendapat KEBENARAN KHAS
CONTOH SURAT PERMOHONAN PELAJAR MELAKSANAKAN AKTIVITI
Mohd Shahril Bin Mohamed Yusuf (MS1234567890) 20 Jun 2017
Ketua Praktikum S1AP1
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
72000 Kuala Pilah,Negeri Sembilan.
Pengarah
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
72000 Kuala Pilah,Negeri Sembilan.
Tuan,
MEMOHON KEBENARAN DAN KELULUSAN MENJALANKAN AKTIVITI SENAMROBIK TERTUTUP KMNS 2017/2018
Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.
2. Adalah dengan ini saya Penyelaras kepada aktiviti tersebut memohon kebenaran dan kelulusan pihak tuan bagi
melaksanakan aktiviti Senamrobik Tertutup KMNS bagi Sesi 2017/2018. Maklumat aktiviti adalah seperti berikut:
Nama Aktiviti : Senamrobik Tertutup KMNS 2017/2018
Penasihat : Encik Baharim Bin Hashim
Tempat : Kompleks Sukan KMNS
Masa : 7.30 pagi hingga 10.00 pagi (Sabtu- 01 Julai 2017)
Peserta : Semua Pelajar KMNS
3. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan untuk menggalakkan warga Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
mengamalkan cara hidup yang sihat dengan bersenam dan ia juga satu usaha untuk merapatkan hubungan silaturahim di
kalangan pelajar KMNS.
4. Bersama-sama ini saya sertakan salinan kertas kerja dan maklumat lengkap berkaitan aktiviti yang hendak
dijalankan. Sebarang rujukan berkaitan aktiviti ini boleh hubungi saya iaitu Mohd Shahril Bin Mohamed Yusuf di
talian 012-3456789.
Kerjasama pihak tuan berkaitan perkara ini saya ucapkan jutaan terima kasih.
Sekian,
Yang benar
shah
Mohd Shahril Mohamed Yusuf
012-3456789
S1AP1
Nota :
• Semua permohonan melaksanakan program/aktiviti MESTI mendapat pengesahan penasihat (cop)
• Selepas permohonan diluluskan penganjur DIKEHENDAKI mengisi borang-borang berkaitan yang boleh diperolehi di
Pejabat HEP. Penganjur perlu menyimpan salinan surat/borang untuk rujukan pihak tertentu dari semasa ke semasa
• Penganjur bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pelaksanaan aktiviti dan utamakan faktor keselamatan peserta
dan peralatan.
CONTOH SURAT PERMOHONAN BALIK BERMALAM
Mohamed Yusuf Bin Zulkefli 20 Jun 2017
No. 13 Jalan 16/1,Taman Sentosa
72000 Kuala Pilah,Negeri Sembilan.
Pengarah
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
72000 Kuala Pilah,Negeri Sembilan.
Tuan,
MEMOHON KEBENARAN BALIK BERMALAM UNTUK MENGHADIRI TEMUDUGA
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)
Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.
2. Adalah dengan ini saya bapa kepada pelajar Mohd Shahril Bin Mohamed Yusuf (MS1234567890),Praktikum
S1AP1,ingin memohon kebenaran dan pertimbangan pihak tuan untuk pulang bermalam bagi menghadapi Temuduga
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) – Latihan Separa Perubatan di Seremban,Negeri Sembilan pada 3 Julai 2017.
3. Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon pertimbangan dan kelulusan pihak tuan untuk membenarkan
anak jagaan saya balik bermalam pada 02 Julai 2017 jam 12.30 tengahari dan kembali semula ke kolej pada 4 Julai 2017
sebelum jam 6.00 petang.
4. Bersama-sama ini saya sertakan salinan surat tawaran temuduga dan maklumat-maklumat berkaitan untuk
rujukan pihak tuan. Saya bersedia menanggung risiko berkaitan permohonan ini dan sedar anak jagaan saya masih
tertakluk kepada peraturan pelajar Program Matrikulasi,KPM.
Kerjasama pihak tuan berkaitan perkara ini saya ucapkan jutaan terima kasih.
Sekian,
Yang benar
yusuf
Mohamed Yusuf Bin Zulkefli
012-9876543
Nota : Sebarang surat permohonan pelajar (pulang bermalam/outing dan lain-lain) perlu secara BERTAIP.
• Surat Permohonan hendaklah secara BERTAIP dan dihantar ke Pejabat HEP.
• Permohonan yang Tidak Lengkap tidak akan di proses.
• Sekiranya permohonan melibatkan hari kuliah /tutoran/amali (waktu PdP) pelajar perlu mengisi Borang Outing Pulang
• Bermalam dan Borang Pengecualian kuliah/tutoran/amali di Pejabat HEP.
CONTOH BORANG-BORANG OUTING
BORANG PERMOHONAN BALIK BERMALAM
BORANG PERMOHONAN KETIDAKHADIRAN KULIAH/AMALI/TUTORAN
BORANG PERMOHONAN OUTING
BORANG PERMOHONAN MENINGGALKAN KAWASAN KOLEJ (KECEMASAN)
PERATURAN DALAMAN (LOCAL RULES) KOLEJ KEDIAMAN
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
1.0 PENDAHULUAN
Buku peraturan ini disediakan sebagai garis panduan untuk pentadbiran dan pengurusan
pelajar di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Peraturan yang ditetapkan perlulah
digunapakai oleh semua pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.
2.0 PEMAKAIAN DAN TAFSIRAN
2.1 Pelajar yang tertakluk di bawah semua peruntukan ini ialah semua pelajar yang
mendaftar Program Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.
2.2 Dalam pemakaian peraturan ini, melainkan kandungan ayatnya mengkehendaki
makna yang lain:
2.2.1 "Kolej Kediaman" bermaksud bangunan yang disediakan oleh Kolej Matrikulasi
Negeri Sembilan untuk kediaman pelajar.
2.2.2 "Bangunan" bermaksud mana-mana kemudahan fizikal berbentuk bangunan
yang ada di dalam Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.
2.2.3 "Kawasan" bermaksud mana-mana kawasan yang ada di sekitar Kolej
Matrikulasi Negeri Sembilan seperti padang dan gelanggang permainan serta
kawasan dalam dan luar di sekeliling bangunan.
2.2.4 "Lawatan ke luar kolej" bermaksud apa jua bentuk lawatan anjuran mana-mana
jabatan, unit, kumpulan kokurikulum, kumpulan mentor menti, kumpulan
tutorial, persatuan, kelab dan badanbadan kebajikan.
2.2.5 "Pengetua Kolej Kediaman" bermaksud seorang pegawai yang dilantik sebagai
Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar yang bertanggungjawab dalam
pengurusan dan pentadbiran Kolej Kediaman.
2.2.6 "Ketua Felo" bermaksud pegawai yang bertanggungjawab ke atas Kolej
Kediaman dan dilantik dari kalangan pegawai / pensyarah dan mengetuai Felo
Kluster.
2.2.7 "Felo" bermaksud pegawai yang bertanggungjawab ke atas Kolej Kediaman
dan dilantik dari kalangan pegawai / pensyarah oleh Pengarah Kolej.
2.2.8 "Felo blok" bermaksud Felo yang bertanggungjawab bagi sesebuah blok kediaman.
2.2.9 "Ketua Penyelia Asrama" bermaksud pegawai yang mengurus selia Kolej Kediaman.
2.2.10 "Penyelia Asrama'' bermaksud pegawai yang membantu Ketua Penyelia
Asrama mengurus selia kolej kediaman.
2.2.11 "Pe!ajar" bermaksud pelajar Kolej MatrikuIasi Negeri Sembilan.
2.2.12 "Peralatan" bermaksud semua jenis peralatan yang sedia ada dalam
bangunan dan di kawasan kolej.
2.2.13 "Pihak luar" bermaksud pelawat sama ada yang mewakili sesuatu institusi
kerajaan, institusi pendidikan, agensi-agensi kerajaan, persatuan-persatuan,
kelab-kelab dan badan-badan serta kumpulan yang sah pendaftarannya di
bawah Akta Pertubuhan Negara.
2.2.14 'Tetamu / pelawat" bermaksud orang perseorangan, keluarga, sanak saudara
dan sahabat handai yang datang mengunjungi pelajar di kampus Kolej
Matrikulasi Negeri Sembilan
2.3 Pemakaian Peraturan Dalaman Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan adalah tertakluk kepada
Buku Peraturan Pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia dan
Undang-undang Malaysia Akta 174.
2.4 Sebarang pindaan dan tambahan terhadap peraturan ini akan
diedarkan dalam bentuk helai-cerai dan hendaklah dianggap
sebahagian daripada peraturan ini.
3.0 PERATURAN PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN
3.1 Peraturan Am
3.1.1 Pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan wajib menetap di Kolej
Kediaman.
3.1.2 Pelajar wajib menetap di bilik yang didaftarkan.
3.1.3 Permohonan perpindahan bilik boleh dilakukan melalui prosedur yang
telah
ditetapkan dan hanya dengan kelulusan bertulis daripada Pengetua
Kolej
Kediaman atau wakil yang diberi kuasa.
(Akta 174 : Kaedah 32)
3.1.4 Pelajar wajib memulangkan kunci dengan sempurna (salinan asal dan
3.1.5
penanda kunci) pada tarikh yang ditetapkan.
3.1.6
Pelajar tidak dibenarkan berada di bilik dan di blok kediaman masing-
masing dari jam 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari pada
hari kuliah.
Pelajar tidak dibenarkan berada di luar blok kediaman masing-masing
selepas jam 10.30 malam.
(Akta 174: Kaedah 29 & 30)
3.1.7 Had nyala lampu bilik pelajar sehingga jam 12.00 malam kecuali
3.1.8
mendapat keizinan dari pengurusan Felo untuk dilanjutkan masa.
3.1.9
Pelajar lelaki tidak dibenarkan memasuki kawasan Kolej Kediaman
pelajar
perempuan dan sebaliknya.
Pelajar perlu menggunakan premis Kolej Kediaman dan segala
kemudahannya dengan cermat, bertanggungjawab
menjaga kebersihan, keceriaan, kekemasan serta
menghindarkan sebarang kerosakan.
(Akta 174 Kaedah 31)
3.1.10 Semua pelajar wajib mengosongkan Kolej Kediaman pada cuti
semester dan setelah tamat peperiksaan akhir semester kecuali
mendapat kebenaran pihak pentadbiran kolej.
(Akta 174 : Kaedah 33)
3.1.11 Barangan dan tingkah laku terlarang:
i. Semua pelajar dilarang sama sekali membawa dan
menggunakan
sebarang dadah dan racun.
(Akta 174 : Kaedah 20)
ii. Menyalahgunakan ubat batuk, pil khayal, dadah, memiliki atau
membawa atau menghisap atau mengedar ganja, menyuntik
dadah merupakan satu kesalahan jenayah yang serius. Pihak
kolej berhak pada bila-bila masa untuk mengarah membuat ujian
air kencing secara rawak ke atas pelajar.
(Akta 174 : Kaedah 20)
iii. Menyimpan, memiliki, menjual, mengedar dan menghisap rokok
atau rokok elektronik dalam kawasan kolej.
iv. Barang-barang tidak halal seperti daging babi, anjing, arak dan
seumpamanya adalah dilarang sama sekali dibawa masuk ke
dalam kawasan kolej.
v. Menyimpan,memiliki senjata tajam seperti parang,pisau dan
seumpamanya
adalah dilarang sama sekali dibawa masuk ke dalam kawasan
kolej.
vi. Memiliki atau dibawah jagaan atau
kawalannya,atau
mempamer,mengedar,melihat,menonton atau mendengar
secara sengaja apa-apa bahan lucah di dalam kolej.
(Akta 174: Kaedah 19)
3.1.12 Pelajar tidak dibenarkan masuk ke kawasan rumah felo kecuali
dengan kebenaran felo berkenaan.
3.1.13 Kafetaria Kolej Kediaman adalah dibuka untuk pelajar sehingga pukul
10.30 malam. Bagaimanapun, pelajar lelaki hanya boleh mengunjungi
kafetaria di kawasan Kolej Kediaman perempuan sehingga 6.00
petang dan sebaliknya.
3.1.14 Apabila tamat pengajian, kunci bilik dan rantai kunci hendaklah
diserahkan kepada Penyelia Asrama di pejabat Penyelia Asrama
masing-masing pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak kolej.
3.2 Peraturan Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan Kolej Kediaman
3.2.1 Tanggungjawab pelajar kolej kediaman.
i. Setiap pelajar perlu memastikan bilik penginapan sentiasa dalam
keadaan bersih dan kemas setiap hari sebelum ke kuliah atau
tutoran atau amali. ii. Pelajar bilik bertanggungjawab memastikan
perabot / peralatan yang
dibekalkan oleh pihak kolej berada dalam keadaan yang baik.
(Akta 174: Kaedah 31)
iii. Pelajar boleh dikenakan tindakan tatatertib jika membiarkan bilik
penginapan Kolej Kediaman kotor dan berselerak. iv. Pelajar
digalakkan melaksanakan aktiviti gotong-royong membersihkan
Kolej Kediaman dan persekitarannya sekurang-kurangnya sebulan
sekali.
v. Pelajar dilarang sama sekali memiliki / memelihara binatang di bilik
/blok kediaman / mana-mana premis kolej kediaman.
vi. Pelajar dikehendaki membuang sampah ke dalam tong sampah
yang disediakan oleh pihak kolej dan memastikan tiada sampah
yang dibuang melalui tingkap, sepanjang koridor dan tangga aras.
vii. Pelajar bertanggungjawab terhadap kebersihan dan keceriaan
bilik-bilik khas seperti bilik tv, bilik rekreasi, bilik tetamu, bilik
bacaan, surau blok, bilik gerakan atau manamana bilik khas yang
disediakan oleh pihak kolej.
viii. Pelajar dikehendaki mengenakan cadar tilam serta sarung bantal yang
bersih.
ix. Buku-buku, alat tulis, alat sukan dan lain-lain peralatan perlu disusun
dengan kemas dan tidak berselerak.
x. Pelajar mesti memastikan tiada penggunaan paku atau aktiviti
melekatkan secara terus ke dinding yang boleh menyebabkan
kerosakan dan kecacatan kekal.
xi. Langsir tingkap perlu diikat dengan kemas. Guna reben atau tali
pengikat khas. Perbuatan menanggal, menggulung, mengikat simpul
dan menjulur keluar kain langsir adalah tidak dibenarkan.
xii. Kasut, selipar dan sandal tidak dibenarkan dipakai di dalam bilik dan
perlu disusun dengan kemas serta diletakkan di atas rak kasut yang
disediakan.
xiii. Tuala hendaklah disidai dengan kemas.
xiv. Pakaian basah tidak dibenarkan digantung di dalam
bilik. Lanya hendaklah digantung di ampaian yang
disediakan.
xv. Menjemur pakaian di koridor atau tingkap adalah tidak dibenarkan.
xvi. Semua pelajar diwajibkan membersih dan mengemas bilik sebelum
pulang bercuti.
3.3 Penggunaan, Kekemasan dan Kesempurnaan Bilik/ Perabot / Peralatan
3.3.1 Mengalih / meminda / mengubahsuai susunan perabot / peralatan bilik.
i. Pelajar dilarang mengubah susunan asal kedudukan perabot /
peralatan di dalam bilik kecuali dengan kebenaran Pengetua Kolej
Kediaman, Ketua Felo atau Felo blok masing-masing.
ii. Pelajar bertanggungjawab memastikan semua perabot /
peralatan berada dalam keadaan baik dan seperti asal.
iii. Menambah kunci pada pintu masuk dan pintu almari adalah
tidak dibenarkan.
iv. Pelajar tidak dibenarkan membawa bersama perabot / peralatan
apabila diarahkan berpindah bilik.
3.3.2 Perabot / peralatan tambahan (persendirian).
i. Pelajar dibenarkan membawa perabot / peralatan kecil seperti rak
buku.
ii. Bantal tambahan dibenarkan dibawa.
iii. Pelajar dibenarkan membawa permaidani atau tikar getah.
3.3.3 Kerosakan Kemudahan Bilik / Perabot / Peralatan.
i. Pelajar bertanggungjawab melaporkan sebarang jenis kerosakan
kepada Penyelia Asrama masing-masing dengan mengisi borang Aduan
Kerosakan secara online di laman web kolej (isi aduan tersebut mengikut
blok asrama masing-masing). ii. Pelajar tidak perlu membaiki sendiri
sebarang kerosakan.
iii. Pelajar akan dikenakan tindakan tatatertib jika melakukan kerosakan
yang dilakukan dengan sengaja.
iv. Pelajar bertanggungjawab membayar ganti rugi kerosakan kemudahan
atau peralatan
yang disediakan di kolej kediaman berdasarkan kos pembaikan atau
kos penggantian yang dikenakan sekiranya kerosakan yang berlaku
adalah akibat kecuaian atau kegiatan vandalisme individu pelajar atau
melibatkan sekumpulan pelajar.
v. Sekiranya kecuaian melibatkan sekumpulan pelajar, pelajar yang
berkenaan akan menanggung kos ganti rugi secara sama rata.
3.3.4 Pemeriksaan Kebersihan, Kekemasan Dan Keceriaan.
i. Pengetua Kolej Kediaman, Ketua Felo, Felo dan Penyelia Asrama
adalah pegawai yang bertanggungjawab untuk melakukan
pemeriksaan kebersihan, kekemasan dan keceriaan bilik penginapan
pelajar pada bila-bila masa yang difikirkan perlu.
ii. Pelajar wajib membenarkan pegawai yang diberikan kuasa melakukan
pemeriksaan untuk membuat pemeriksaan bilik.
(Akta 174 : Kaedah 28)
3.4 Penggunaan Alat-Alat Elektrik
3.4.1 Pelajar dikehendaki menutup suis elektrik / suis lampu setiap kali
meninggalkan bilik.
(Akta 174: Kaedah 31)
3.4.2 Pelajar hanya dibenarkan membawa peralatan elektrik seperti berikut:
i. Pengecas telefon
bimbit ii. Komputer riba
iii. Printer
3.4.3 Pelajar yang ingin membawa komputer riba dan printer perlu mengisi Borang
Kebenaran Membawa Komputer riba dan Printer dari Unit Hal Ehwal Pelajar.
3.4.4 Barangan atau peralatan milik peribadi pelajar seperti komputer riba,telefon
bimbit dan seumpamanya yang dibawa adalah dibawah tanggungjawab
pelajar itu sendiri.
3.4.5 Pelajar hanya dibenarkan menggunakan seterika yang disediakan oleh pihak
kolej di tempat yang telah disediakan sahaja.
3.4.6 Televisyen (dibekalkan oleh pihak kolej) boleh ditonton di bilik televisyen
sahaja. Masa menonton yang dibenarkan adalah dari jam 4.00 petang hingga
10.30 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan dari jam 8.00 pagi hingga
10.30 malam pada hari Sabtu dan Ahad.
3.4.7 Penggunaan radio adalah untuk pendengaran sendiri sahaja (penggunaan
head-phone adalah digalakkan) dan tidak menganggu rakan sebilik atau
pelajar yang lain.
3.5 Prosedur Balik Bermalam / Outing
3.5.1 Permohonan balik bermalam pada minggu / hari PdP hendaklah
disertakan surat permohonan penjaga / ibu / bapa dan dikepil
bersama-sama Borang Permohonan Balik Bermalam (KMNS/009) dan
borang kebenaran pensyarah. Ianya dihantar kepada PP HEP I atau
PP HEP II 3 hari sebelum tarikh balik bermalam untuk kelulusan.
(Rujuk carta alir )
3.5.2 Para pelajar hanya dibenarkan balik bermalam SEKALI sebulan
sahaja dan tarikh berkenaan adalah termaktub di dalam surat siaran kolej.
3.5.3 Pelajar WAJIB mengimbas / scan kad matrik setiap kali keluar
samaada balik bermalam atau outing.
3.5.4 Pelajar WAJIB mengisi borang outing jika terdapat keperluan outing
semasa waktu PdP tetapi tidak perlu mengisi borang outing untuk
permohonan kebenaran keluar pada hujung minggu kecuali (pengasingan
jantina).
3.5.5 Kebenaran keluar kecemasan sewaktu hari dan masa bekerja ialah
pada mana-mana Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar manakala
kebenaran sewaktu luar hari dan waktu bekerja ialah pada felo bertugas.
3.5.6 Carta Alir
RUJUK HEP/FELO
MULA
TIDAK PELAJAR: IMBAS KAD MATRIK
BERJAYA TAMAT
3.6 Kebebasan Beragama
Pelajar bukan beragama Islam adalah bebas menganuti mana-mana agama. Namun
demikian, pelajar perlu memastikan tiada upacara keagamaan dijalankan dan tidak
menyimpan serta mempamerkan patung, gambar, colok dan sebagainya di mana-
mana kawasan kolej.
4.0 PENGGUNAAN KEMUDAHAN BILIK AIR, TANDAS, RUANGAN MEMBASUH DAN
AMPAIAN
4.1 Bilik Air
4.1.1 Pelajar perlu menggunakan bilik air sebaik mungkin.
4.1.2 Pelajar dilarang merosakkan kemudahan bilik air seperti cermin muka,
kepala paip dan lain-lain. Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada
pelajar yang melakukan kerosakan tersebut merujuk Buku Peraturan
Pelajar di bawah perkara 27.
(Akta 174: Kaedah
3g) 4.1.3 Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan barang-barang peralatan
peribadi seperti sabun, berus gigi dan sebagainya di dalam bilik air. Peralatan
boleh disimpan di bilik pelajar sendiri.
4.1.4 Pelajar digalakkan mencuci bilik air selepas setiap kali digunakan.
4.2 Tandas
4.2.1 Pelajar perlu menekan curahan (flush) selepas menggunakan tandas.
4.2.2 Pelajar dilarang sama sekali membuang sampah seperti tuala wanita,
kertas, plastik dan sebagainya di dalam mangkuk tandas.
4.2.3 Pelajar perlu bertanggungjawab menggunakan kemudahan tandas
untuk mengelakkan kesulitan di kemudian hari.
4.3 Ruangan membasuh
4.3.1 Pelajar perlu menggunakan ruangan membasuh sebaik mungkin.
4.3.2 Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan peralatan membasuh seperti berus,
baldi, sabun dan sebagainya di dalam ruangan membasuh. Peralatan
boleh disimpan di bilik pelajar sendiri.
4.3.3 Pastikan ruangan membasuh dibersihkan selepas digunakan (contoh:
sisa air sabun dan sampah).
4.3.4 Dilarang menyidai pakaian di ruangan membasuh.
4.3.5 Pelajar dilarang merendam pakaian di dalam sinki.
4.3.6 Bekas rendaman hendaklah diletakkan di atas lantai.
4.4 Bilik mandi
4.4.1 Pelajar perlu menggunakan bilik mandi sebaik mungkin.
4.4.2 Kemudahan bilik mandi seperti pancur air (shower head), pintu dan
sebagainya mestilah dijaga dengan baik. Tindakan tatatertib akan
dikenakan kepada pelajar yang terbabit merosakkan kemudahan bilik
mandi. Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada pelajar yang
melakukan kerosakan tersebut merujuk Buku Peraturan Pelajar di
bawah perkara 27.
(Akta 174 : Kaedah 3g)
4.4.3 Pelajar digalakkan membersihkan bilik mandi selepas setiap kali digunakan.
4.4.4 Pelajar dilarang membuang sabun dan sampah di dalam saluran keluar air.
4.5 Ampaian
4.5.1 Ampaian di dalam bilik adalah untuk pakaian kering sahaja. Pakaian
basah hendaklah dijemur di ampaian luar blok kediaman masing-
4.5.2 masing.
4.5.3 Pelajar digalakkan menggunakan penyangkut baju apabila
4.5.4 menggunakan ampaian untuk menjimatkan ruang.
Pastikan pakaian disepit dengan sempurna dan diangkat dari jemuran
apabila kering.
Pelajar dilarang menyidai pakaian selain daripada tempat yang
disediakan seperti di tangga blok, di stor, bilik kosong, bilik tv, bilik-bilik
khas, surau, di tingkap bilik, koridor blok, garaj kereta felo dan
bumbung.
5.0 ETIKA BERPAKAIAN LELAKI
Etika berpakaian ini adalah tertakluk di luar blok kediaman dan sekitar kawasan akademik
luar waktu rasmi dan pada waktu rasmi.
5.1 Pelajar lelaki diwajibkan memakai :
5.1.1 Kemeja lengan panjang / pendek.
5.1.2 Baju T berkolar
5.1.3 Baju Melayu lengkap bersampin dan bersongkok
5.1.4 Seluar (slack) berwarna gelap
5.1.5 Seluar trek panjang berwarna gelap
5.1.6 Kasut atau sandal
5.2 Pelajar lelaki dilarang :
5.2.1 berkain pelikat
5.2.2 memakai seluar pendek Bermuda
5.2.3 memakai baju T tanpa lengan
5.2.4 memakai seluar ‘jeans’ atau seluar yang menyerupai rekaan ‘jeans’
5.2.5 berselipar
5.3 Etika berpakaian di Surau Al Muttaqeen (lelaki)
I) Pelajar lelaki dibenarkan memakai :
a) Jubah (jubah berwarna putih adalah digalakkan)
b) Seluar slack dan baju Melayu
c) Kain pelikat dan baju Melayu
d) Baju Melayu lengkap
II) Pelajar lelaki dilarang memakai :
a) Seluar pendek/seluar paras lutut /Bermuda
b) Baju T yang mempunyai lambang atau logo yang tidak sopan
5.4 Etika Berpakaian Outing dan Pulang Bermalam
I) Pelajar lelaki diwajibkan memakai :
a) Kemeja T Kolej (berkolar)
b) Kemeja T (berkolar) yang tidak mempunyai lambang atau
logo yang tidak sopan
c) Smart Casual
d) Seluar slack
e) Kasut
6.0 ETIKA BERPAKAIAN PEREMPUAN
Etika berpakaian ini adalah tertakluk di luar blok kediaman dan sekitar kawasan akademik
luar waktu rasmi dan pada waktu rasmi.
6.1 Pelajar Perempuan diwajibkan memakai
6.1.1 Baju kurung (Pesak / Moden)
6.1.2 T-shirt lengan panjang.
6.1.3 Blaus yang tidak ketat dan tidak jarang (Non Muslim)
6.1.4 Seluar panjang yang tidak ketat.
6.1.5 Skirt dibawah paras lutut (Non
Muslim) 6.1.6 Kasut atau sandal.
6.2 Pelajar perempuan dilarang :
6.2.1 Memakai sebarang baju tanpa lengan
6.2.2 Memakai seluar pendek/seluar paras lutut /Bermuda
6.2.3 Memakai legging
6.2.4 Memakai baju baby T
6.2.5 Bertuala
6.2.6 Berkain batik
6.2.7 Memakai jubah (semasa PdP dan sebarang acara rasmi di dalam kolej)
6.2.8 Memasukkan baju ke dalam (tuck in)
6.2.9 Memakai Baju Kurung Kedah
6.3 Etika Berpakaian Outing dan Pulang Bermalam
I) Pelajar perempuan diwajibkan memakai :
a) Pakaian kuliah
b) Kasut
c) Smart Casual
d) Kemeja T Kolej (berkolar)
7.0 KEGIATAN PELAJAR DI BLOK KEDIAMAN ATAU KOLEJ
7.1 Sebarang kegiatan pelajar seperti jamuan, sukaneka dan lain-lain, perlu
mendapatkan kebenaran pihak pengurusan.
7.2 Setiap aktiviti yang dijalankan pada waktu malam perlu berakhir sebelum jam 10.00
malam.
(Akta 174: Kaedah 29)
8.0 MENERIMA TETAMU
8.1 Semua pelajar bertanggungjawab memastikan tiada orang luar/pelawat dan
tetamu menginap atau memasuki atau bermalam di biliknya.
(Akta 174: Kaedah 27)
8.2 Pelajar tidak dibenarkan membawa tetamu untuk memasuki mana-mana
kawasan blok kolej kediaman.
8.3 Waktu menerima tetamu adalah pada hujung minggu dan cuti umum sahaja seawal
8.00 pagi.
8.4 Pelajar hendaklah memastikan tetamu meninggalkan kawasan kolej sebelum jam
6.00 petang.
8.5 Pelajar hanya boleh berjumpa tetamu di kafeteria, Surau Al Muttaqeen, wakaf
yang disediakan atau di One Stop Centre (OSC).
9.0 KAWALAN KESELAMATAN KOLEJ
9.1 Pengawal keselamatan kolej adalah pegawai yang bertanggungjawab menyelia
dan melaporkan keselamatan keseluruhan kolej.
9.2 Seseorang pelajar, pihak luar dan tetamu dikehendaki menunjukkan dokumen
pengenalan diri seperti Mykad, kad matriks, kad pelawat atau lesen
memandu apabila diminta oleh Pengawal Keselamatan, Ketua Felo, Felo atau
pegawai lain yang diberikan kuasa oleh pihak Pengarah Kolej.
9.3 Semua pelajar yang keluar outing atau balik bermalam pada hujung minggu
atau hari-hari sebelum hujung minggu yang dibenarkan oleh pihak yang
diberikan kuasa, dibenarkan mendaftar keluar kolej di balai pengawal
seawal jam 8.00 pagi.
9.4 Semua pelajar yang keluar outing atau balik bermalam pada hujung minggu
atau hari-hari sebelum hujung minggu yang dibenarkan oleh pihak yang
diberikan kuasa, hendaklah mendaftar sampai ke kolej sebelum jam 6.00
petang.
9.5 Hanya kenderaan yang mempunyai pelekat kenderaan kolej sahaja
dibenarkan masuk.
9.6 Semua pelajar lelaki yang beragama islam wajib scan kad matrik untuk
Solat Jumaat di pondok pengawal mengikut masa yang ditetapkan
seperti berikut:
9.6.1 Masa keluar bermula jam 12.30 tengahari sehingga 1.00
tengahari
9.6.2 Masa masuk bermula jam 2.00 petang hingga 2.30 petang
10.0 KAWASAN LARANGAN
10.1 Pelajar adalah sama sekali tidak dibenarkan memasuki kawasan-kawasan larangan
kolej, iaitu
:
10.1.1 Stor Pelupusan Bahan Kimia
10.1.2 Sebarang kawasan berhampiran tangki air kolej
10.1.3 Kawasan hutan dalam kawasan kolej.
10.1.4 Loji kumbahan kolej
10.1.5 Kediaman staf kolej
10.1.6 Kolam Kolej
10.2 Mana-mana pelajar yang didapati berada di mana-mana kawasan di dalam
perkara 10.1 akan dihukum di bawah akta 174 : Kaedah 26.
11.0 LARANGAN MEMBAWA KENDERAAN
11.1 Pelajar adalah dilarang sama sekali untuk membawa sebarang kenderaan bermotor
11.2 ke kolej.
Mana-mana pelajar yang didapati membawa sebarang kenderaan bermotor di
dalam kawasan kolej di dalam perkara 11.1 akan dihukum di bawah akta 174
Kaedah 26.
GARIS PANDUAN
PENCEGAHAN PENULARAN WABAK
COVID-19 :
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
SESI 2020/2021
KANDUNGAN
MUKA SURAT
1 PENGENALAN 1
2 OBJEKTIF 1
3 GARIS PANDUAN PEJABAT PENTADBIRAN 2
4 GARIS PANDUAN UNIT AKADEMIK 5 5 GARIS
PANDUAN DEWAN KULIAH DAN
BILIK TUTORAN 13
6 GARIS PANDUAN PERPUSTAKAAN
PENDETA ZA’BA (PPZ) 19
7 GARIS PANDUAN ICT 22
8 GARIS PANDUAN MAKMAL SAINS 25
9 GARIS PANDUAN SURAU 30
10 GARIS PANDUAN ONE STOP CENTRE (OSC) 33
11 GARIS PANDUAN KAFETERIA 39
12 GARIS PANDUAN KOMPLEKS SUKAN 43
13 GARIS PANDUAN KOLEJ KEDIAMAN 49
14 GARIS PANDUAN PINTU MASUK UTAMA
DAN POS PENGAWAL 57
15 PENUTUP 60
1.0 PENGENALAN
YAB Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
mulai 18 Mac sehingga 31 Ogos 2020. Sehubungan dengan itu, dokumen Garis Panduan
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan: Pencegahan Penularan Wabak Covid-19 Pasca
Perintah Kawalan Pergerakan ini dikeluarkan oleh pihak kolej sebagai satu langkah
mencegah penularan wabak berkenaan apabila pensyarah kembali semula ke kolej mulai 22
Jun 2020 dan pelajar mendaftar bermula 3 Ogos 2020.
Pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran bagi pasca PKP hendaklah mengikut
peraturan dan prosedur semasa yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Norma-norma baharu menjadi amalan hidup perlu diterapkan semasa berada di kolej yang
melibatkan semua pegawai, pensyarah, pelajar, Anggota Kumpulan Pelaksana dan pekerja
kontraktor bagi mengelakkan penularan COVID-19 seperti berikut:
i. tidak mengalakkan perhimpunan membabitkan peserta yang ramai sama ada di lokasi
yang terbuka dan tertutup;
ii. mengamalkan penjarakan sosial yang selamat di semua tempat terutamanya dalam
kelas dan luar kelas;
iii. tidak bersalam atau bersentuhan secara fizikal; iv. sentiasa menjaga kebersihan
diri dan persekitaran
(Rujuk Lampiran daripada MKN)
2.0 OBJEKTIF
Tujuan garis panduan ini dikeluarkan adalah :
2.1 Mencegah penularan wabak COVID-19 dalam kalangan warga Kolej
Matrikulasi Negeri Sembilan selepas Perintah Kawalan Pergerakan.
2.2 Menjalankan usaha untuk menjamin kesihatan, kesejahteraan dan keselamatan semua
warga kolej pada setiap masa.
2.3 Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dengan mematuhi garis
panduan yang telah ditetapkan.
GARIS PANDUAN
PENCEGAHAN PENULARAN WABAK COVID-19 :
URUSAN DI PEJABAT PENTADBIRAN
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
SESI 2020/2021
Norma-norma baharu menjadi amalan hidup perlu diterapkan semasa berada di kolej yang
melibatkan semua pegawai, pensyarah, pelajar, Anggota Kumpulan Pelaksana dan pekerja
kontraktor bagi mengelakkan penularan COVID-19 seperti berikut:
1. Kakitangan yang menunjukkan gejala-gejala seperti demam, batuk atau sesak nafas perlu
memaklumkan kepada penyelia dan mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.
2. Kakitangan yang sihat namun mempunyai ahli keluarga yang dijangkiti COVID-19 perlu
memaklumkan kepada penyelia dan mengikut langkah berjaga-jaga yang disarankan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
3. Semua pensyarah dan Anggota Kumpulan Pelaksana perlu mengimbas suhu badan dan
menggunakan hand sanitizer di tempat yang disediakan.
4. Hanya pegawai yang melepasi saringan kesihatan dibenarkan mengetik kad perakam waktu.
5. Kakitangan diminta untuk tidak menggunakan telefon, meja, ruangan kerja atau peralatan
kerja milik kakitangan lain. Polisi “tidak berjabat tangan” dilaksanakan serta merta.
6. Penggunaan semua bilik perlu mematuhi penjarakan fizikal sejauh satu (1) meter atau lebih
selaras dengan cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Contoh seperti
keberadaan di pantri dan ruang solat.
7. Pensyarah dan pekerja pembersihan hanya dibenarkan menggunakan pintu 3 sahaja sebagai
laluan masuk ke unit pentadbiran.
8. Kaedah penyampaian maklumat adalah secara lisan dan di atas talian tanpa melibatkan
sentuhan fizikal.
9. Sentiasa peka dengan maklumat dan saranan terkini mengenai penyakit COVID-19 yang
disebarkan melalui laman sesawang atau sumber yang dipercayai seperti Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia / World Health Organization
(WHO).
ARAHAN PENGARAH
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
Tarikh Kuat kuasa : 6 Julai 2020 #
Tertakluk kepada pindaan
PELAN LANTAI PEJABAT PENTADBIRAN
GARIS PANDUAN
PENCEGAHAN PENULARAN WABAK COVID-19 :
URUSAN DI UNIT AKADEMIK
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
SESI 2020/2021
1.0 LOKASI UNIT AKADEMIK
1.1 Unit Bahasa Inggeris
1.2 Unit Fizik,
1.3 Unit Kimia
1.4 Unit Biologi
1.5 Unit Matematik dan Sains Komputer
1.6 Aras Gemilang (Unit Pengurusan Perniagaan, Unit Perakaunan, Unit Pendidikan
Islam dan Moral, Unit Ekonomi dan Unit Pengajian Am Matrikulasi)
1.7 Unit Kokurikulum
2.0 LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH PENULARAN WABAK COVID-19
2.1 Unit Bertanggungjawab
2.1.1 Menyediakan garis jarak sosial (1 meter) di meja pensyarah dan kerusi
pelawat/pelajar.
2.1.2 Menyediakan jarak sosial di meja konsultasi dan menghadkan jumlah pelajar
seramai seorang (1) pelajar bagi seorang (1) pensyarah sahaja pada satu-satu
masa. Menyediakan pengimbas suhu, sabun atau hand sanitizer di setiap sinki
pantry atau kaunter saringan unit.
2.1.3 Sentiasa memastikan proses nyahkuman (disinfection) dilakukan pada
peralatan yang selalu digunakan di dalam unit.
2.1.4 Memastikan pegawai sentiasa memakai pelitup muka dan kerap mencuci
tangan dengan sabun.
2.1.5 Mengambil tindakan sewajarnya seperti saranan KKM jika terdapat
pensyarah/pelawat yang mengalami gejala wabak.
2.1.6 Memasukkan sisa sampah ke dalam karung plastik sebelum dibuang ke dalam
tong sampah.
2.2 Pelajar / Ibu Bapa / Penjaga / Staf / Pelawat Bertanggungjawab
2.2.1 Pelajar / ibu bapa / penjaga / staf / pelawat WAJIB mengimbas suhu badan
dan menggunakan hand sanitizer di tempat yang disediakan.
2.2.2 Pelajar / ibu bapa / penjaga / staf / pelawat perlu mengimbas QR Code dan
mengisi google form / buku log masuk dan memberikan butiran diri dengan
jujur.
2.2.3 Pelajar haruslah memakai pelitup muka semasa berurusan dengan pegawai
di unit.
2.2.4 Pergerakan ke sesuatu tempat mesti jarak satu meter dengan individu yang
lain.
2.2.5 Pastikan mengikut laluan pergerakan yang ditetapkan berdasarkan label.
2.2.6 Menyediakan jarak sosial di meja konsultasi dan menghadkan jumlah
pelajar seramai seorang (1) pelajar bagi seorang (1) pegawai sahaja pada
satu-satu masa. Digalakkan membuat temujanji dengan pegawai sebelum
mengadakan pertemuan.
2.2.7 Mesti duduk di tempat yang telah ditetapkan. Duduk pada tiada label (X).
2.2.8 Memasukkan sisa sampah ke dalam karung plastik sebelum dibuang ke
dalam tong sampah.
2.2.9 Setelah selesai berurusan dengan pegawai perlulah menggunakan hand
sanitizer sebelum keluar.
ARAHAN PENGARAH
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
Tarikh Kuat kuasa : 6 Julai 2020
# Tertakluk kepada pindaan
PELAN LANTAI UNIT BAHASA INGGERIS
PELAN LANTAI MAKMAL BAHASA
PELAN LANTAI UNIT FIZIK
PELAN LANTAI UNIT KIMIA
PELAN LANTAI UNIT BIOLOGI
PELAN LANTAI UNIT MATEMATIK DAN SAINS KOMPUTER
PELAN LANTAI UNIT ARAS GEMILANG
PELAN LANTAI MAKMAL KOMPUTER PERAKAUNAN
PELAN LANTAI UNI
IT KOKURIKULUM
GARIS PANDUAN
PENCEGAHAN PENULARAN WABAK COVID-19 :
URUSAN DI DEWAN KULIAH DAN BILIK TUTORAN
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
SESI 2020/2021
1.0 PENGURUSAN PDP
1.1 Pelajar yang sihat sahaja yang dibenarkan hadir ke kelas atau kuliah. Sekiranya mereka tidak
sihat, mereka hendaklah mendapatkan rawatan doktor dan disahkan sihat sebelum hadir
ke kelas.
1.2 Semua bilik PdP dibersihkan sebelum sesi PdP pertama bermula dan pada setiap hari selepas
tamat sesi PdP.
1.3 Persediaan bilik PdP:
1.3.1 Meja pelajar dijarakkan satu (1) meter antara satu sama lain.
1.3.2 Tanda penjarakan satu (1) meter disediakan untuk pelajar beratur bagi semua bilik tutoran,
dewan kuliah dan tandas.
1.3.3 Tanda laluan masuk ke dalam bilik PdP melalui pintu hadapan dan keluar melalui pintu
belakang.
1.3.4 Tanda pelajar naik ke bangunan PdP bertingkat melalui satu arah sahaja.
2.0 JAWATANKUASA BERTANGGUNGJAWAB:
2.1 Mengamalkan penjarakan sosial satu (1) meter meliputi:
2.1.1 Susun atur meja di bilik PdP
2.2 Menyediakan pelan sehala pergerakan pelajar ke lokasi PdP
ARAHAN PENGARAH
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
Tarikh Kuat kuasa : 6 Julai 2020
# Tertakluk kepada pindaan
PELAN LANTAI LALUAN PELAJAR KE BILIK TUTORAN
TUTORAN 1 & 2
TURUN TUTORAN 2
NAIK TUTORAN 1
NAIK TUTORAN 2
TURUN TUTORAN 1
PELAN LANTAI BANGUNAN TUTORAN 1 & 2
Pintu
Masuk
Pintu
Keluar
PELAN LANTAI LALUAN PELAJAR KE
BILIK TUTORAN 3
NAIK TUTORAN 3
TURUN TUTORAN 3
TANDAS
PELAN LANTAI BANGUNAN TUTORAN 2
x x x Pintu
x x x Masuk
x x x Pintu
x x x Keluar
x x x