PELAN LANTAI BANGUNAN TUTORAN 3
Pintu
Masuk
Pintu
Keluar
GARIS PANDUAN
PENCEGAHAN PENULARAN WABAK COVID-19 :
URUSAN DI PERPUSTAKAAN PENDETA ZA’BA (PPZ)
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
SESI 2020/2021
1.0 GARIS PANDUAN PENGURUSAN PELAJAR DAN PENJARAKAN FIZIKAL
1.1 Semua pengguna dan pelawat dikehendaki untuk memakai pelitup separuh muka
(half-face mask) ketika masuk dan sepanjang berada di PPZ.
1.2 Hanya individu yang melepasi saringan kesihatan dan suhu badan di bawah 37.5
darjah celsius dibenarkan masuk ke kawasan perpustakaan.
1.3 Semua pengguna perlu melakukan pensanitasi tangan menggunakan pembersih
(hand sanitizer) yang disediakan.
1.4 Memastikan penjarakan fizikal sejauh satu (1) meter atau lebih diamalkan selaras
dengan cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan
mengosongkan kerusi dan meja yang telah dilabel dengan tanda X.
1.5 Mengelak daripada berada di kawasan orang ramai berkumpul.
1.6 Penggunaan bilik belajar berkumpulan seperti bilik seminar, bilik perbincangan
dihadkan bilangan penggunaan.
1.7 Pastikan kaedah penyampaian maklumat adalah secara lisan tanpa melibatkan
sentuhan fizikal.
1.8 Pastikan meninggalkan premis selepas tamat belajar.
1.9 Sentiasa peka dengan maklumat dan saranan terkini mengenai penyakit COVID19
yang disebarkan melalui laman sesawang atau sumber yang dipercayai seperti
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia /
World Health Organization (WHO)
2.0 GARIS PANDUAN PENGURUSAN KAKITANGAN
2.1 Kakitangan yang menunjukkan gejala-gejala seperti demam, batuk atau sesak nafas
perlu memaklumkan kepada penyelia dan mendapatkan rawatan di klinik
berhampiran.
2.2 Kakitangan yang sihat namun mempunyai ahli keluarga yang dijangkiti COVID19
perlu memaklumkan kepada penyelia dan mengikut langkah berjaga-jaga yang
disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
2.3 Kakitangan diminta untuk mengelak daripada menggunakan telefon, meja, ruangan
kerja atau peralatan kerja milik kakitangan lain. Jika perlu, bersih dan nyah cemar
sebelum dan selepas digunakan.
2.4 Polisi ‘tidak berjabat tangan’ akan dilaksanakan di semua bahagian
perpustakaan.
2.5 Telefon di semua kaunter harus dibersih dan dinyah cemar secara berkala.
2.6 Bahan yang dipulangkan hendaklah disimpan di kawasan pengasingan yang
ditetapkan.
2.7 Semua kakitangan perpustakaan akan dilengkapi dengan pelitup separuh muka
(halfface mask) dan sarung tangan (bergantung kepada pekerjaan yang
dilakukan).
2.8 Kakitangan dikehendaki untuk mencuci tangan dengan air dan sabun atau pencuci
tangan sebelum membuka dan selepas menutup perpustakaan
2.9 Kerja pembersihan adalah amat penting untuk penjagaan kesihatan. Kerja
pembersihan perlu dilakukan setiap hari lebih-lebih lagi di permukaan umum
seperti meja kaunter, tombol pintu, suis lampu, papan sesentuh dan semua
permukaan yang terdedah kepada cecair badan.
ARAHAN PENGARAH
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
Tarikh Kuat kuasa : 6 Julai 2020
# Tertakluk kepada pindaan
PELAN LANTAI ARAS BAWAH
PELAN LANTAI ARAS ATAS
GARIS PANDUAN
PENCEGAHAN PENULARAN WABAK COVID-19 :
URUSAN DI UNIT ICT
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
SESI 2020/2021
1.0 Merangkumi
1.1 Makmal Komputer 1 hingga 7
1.2 Makmal Bahasa 1 hingga 3
1.3 Makmal Akaun
2.0 Semua aktiviti dibenarkan kecuali
2.1 Pembelajaran tanpa pensyarah
2.2 Pembelajaran selepas waktu beroperasi
2.3 Pembelajaran melebihi kapasti yang dibenarkan
3.0 Arahan Tetap
3.1 Mematuhi Garis Panduan Pengendalian Pengajaran dan Pembelajaran
4.0 Aktiviti dan protokol
4.1 Penjarakan sosial
4.1.1 Memastikan penjarakan sosial 1 meter dalam semua aktiviti semasa sesi
pembelajaran.
4.2 Kebersihan tangan
4.2.1 Memastikan pelajar, guru dan warga kolej kerap mencuci tangan menggunakan air dan
sabun. Pensanitasi tangan (hand sanitizer) boleh digunakan sekiranya tiada kemudahan air
dan sabun.
4.3 Pemeriksaan kesihatan
4.3.1 Mengambil dan merekod suhu badan guru, pelajar dan warga kolej serta semua pekerja
di pintu masuk kolej atau dalam kawasan berhampiran pintu masuk utama.
4.3.2 Memastikan semua pelajar, guru dan warga kolej melalui saringan status kesihatan
dilaksanakan setiap hari di lokasi yang ditetapkan sebelum sesi pembelajaran bermula.
Pemeriksaan ini juga dilakukan untuk mereka yang mempunyai urusan di kolej.
4.3.3 Mereka dengan suhu badan melebihi 37.5º Celcius atau menunjukkan simptom seperti
demam, sakit tekak, batuk, selesema dan sesak nafas, tidak dibenarkan masuk ke dalam
kawasan kolej
4.4 Pembersihan dan disinfeksi
5.4.1 Memastikan kawasan kolej bersih dan selamat untuk digunakan.
5.4.2 Sekiranya terdapat kes positif COVID-19 di kolej, patuhi SOP yang telah
ditetapkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah.
4.5 Hebahan maklumat langkah kebersihan dan keselamatan
5.5.1 Memastikan hebahan mengenai langkah kebersihan dan keselamatan dibuat
melalui poster . Peringatan secara berterusan dilaksanakan semasa PdP.
4.6 Susun atur meja
4.6.1 Jarak antara meja pelajar sekurang-kurangnya 1 meter antara satu meja dengan meja
yang lain dan meletakkan tanda “X” sebagai panduan jarak sosial.
4.7 Pembersihan dan Nyahkuman
4.7.1 Pembersihan dan nyahkuman dilakukan kerap dalam sehari terutamanya kawasan kerap
disentuh seperti tombol pintu, pemegang tangan dll di Unit ICT, Makmal
Komputer, Bahasa dan Akaun oleh pekerja pembersihan
4.8 Pemakaian pelitup muka
4.8.1 Pelajar yang mempunyai masalah berkaitan imuniti badan yang rendah sentiasa
memakai pelitup muka.
4.9 Jumlah pelajar bagi satu sesi pdp
4.9.1 Tidak lebih dari 50% daripada kapasiti sebenar ruang pembelajaran tertakluk kepada
bilangan yang muat setelah melakukan penandaan jarak sosial.
4.10 Aplikasi MySejahtera
4.10.1 Digalakkan warga kolej mendaftar aplikasi MySejahtera ke dalam telefon bimbit
masing-masing
ARAHAN PENGARAH
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
Tarikh Kuat kuasa : 6 Julai 2020 #
Tertakluk kepada pindaan
PELAN LANTAI ICT
GARIS PANDUAN
PENCEGAHAN PENULARAN WABAK COVID-19 :
URUSAN DI MAKMAL SAINS
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
SESI 2020/2021
1.0 TANGGUNGJAWAB PELAJAR
1.1 Membuat perancangan masa & persediaan kerja sebelum hadir ke makmal 1.2
Tidak hadir ke makmal jika bersimptom COVID-19 spt. demam, batuk, selsema.
1.3 Membaca, memahami & mematuhi SOP & peraturan berkuatkuasa.
1.4 Tidak memasuki makmal jika melebihi kapasiti.
1.5 Merekodkan pergerakan keluar masuk setiap makmal.
1.6 Elakkan 3C - mengelak berada ruang sesak (crowded space), bercakap jarak dekat
& tidak bersalaman/bersentuhan (close conversation), berkumpul dalam ruang
tertutup (confined space).
1.7 Amalkan 3W – sentiasa basuh tangan (wash), memakai mask (worn), tertib batuk/
bersin (warn)
1.8 Mengamalkan langkah proaktif dengan melakukan disinfeksi sebelum dan selepas
menggunakan ruang meja & peralatan saintifik.
1.9 Mematuhi segala arahan dan peraturan yang dikeluarkan.
2 TANGGUNGJAWAB PEMBANTU MAKMAL
2.1 Melaksanakan peraturan, pekeliling atau SOP di lokasi fasiliti PdP.
2.2 Melaksanakan proses disinfeksi berkala kepada peralatan & ruang berisiko.
2.3 Mempastikan pengguna sentiasa mengelakkan 3C (kawasan yang sesak, sempit
dan bertutur dalam jarak dekat) dan mengamalkan 3W (wash, wear dan warn).
2.4 Melaporkan kepada pengurusan kolej sekiranya terdapat pengguna bergejala.
2.6 Memastikan penjarakan sosial sekurang-kurangnya jarak 1 meter dan elakkan
kontak fizikal semasa di dalam semua ruang fasiliti PdP.
2.7 Menyediakan buku log bagi merekodkan penggunaan setiap makmal.
3.0 PERSEDIAAN SEBELUM MAKMAL DIBUKA
3.1 Menyediakan tanda jarak 1 meter di lantai, meja dan kerusi khususnya di ruang
makmal/kerja.
3.2 Mengira kapasiti pengguna makmal pada satu-satu masa mengikut jarak selamat.
3.3 Mempamerkan jadual penggunaan/penggiliran makmal.
3.4 Meletakkan signage/poster bagi mengingatkan keperluan penjarakkan sosial,
amalan 3W, elakkan 3C dan patuhi peraturan makmal.
4.0 SEMASA MAKMAL DIBUKA
4.1 Memastikan hand sanitizer/sabun disediakan di makmal/kerja dan semua
kawasan umum (common area)
4.2 Pemakaian face mask oleh setiap pelajar dan staf di ruang makmal/kerja dan
semua kawasan umum (common area) adalah diwajibkan.
4.3 Memastikan penjarakan sosial dipatuhi.
4.4 Memastikan kapasiti pengguna makmal pada satu-satu masa mengikut jarak
selamat dan mengikut jadual penggiliran yang ditetapkan.
4.5 Menggunakan laluan keluar masuk yang ditetapkan
4.6 Memastikan proses sanitasi dan pembersihan dilaksanakan secara berkala.
5.0 SELEPAS OPERASI MAKMAL
5.1 Memastikan semua pengguna keluar setelah masa penggunaan tamat.
5.2 Memastikan kuantiti hand sanitizer dan keperluan lain mencukupi untuk hari
berikutnya.
5.3 Membuat proses disinfeksi dilakukan oleh pada meja, peralatan, tombol pintu,
kerusi dll yang berisiko.
5.4 Mempamerkan jadual penggunaan dan makmal ditampal dipintu masuk makmal
terlibat.
5.5 Memastikan bahan keperluan makmal mencukupi dan peralatan makmal berada
dalam keadaan baik untuk hari berikutnya dan membuat laporan kerosakan
sekiranya terdapat kerosakan pada peralatan.
6.0 PROSEDUR KELUAR/MASUK PELAJAR / PENSYARAH KE MAKMAL
SAINS
6.1 Sebelum masuk
6.1.1 Pelajar / pensyarah hanya dibenarkan memasuki kawasan makmal
melalui arah masuk yang dibenarkan (rujuk tanda arah dan pelan yang
ditampal di koridor makmal sains)
6.1.2 Patuhi penjarakkan sosial 1 meter
6.1.3 Pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan
6.2 Semasa berada di dalam makmal
6.2.1 Bergerak mengikut laluan masuk yang ditetapkan
6.2.2 Duduk dimeja yang ditentukan sahaja
6.3 Ketika keluar
6.3.1 Bergerak mengikut laluan keluar yang telah ditetapkan dan amalkan
penjarakkan sosial 1 meter
ARAHAN PENGARAH
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
Tarikh Kuat kuasa : 6 Julai 2020 #
Tertakluk kepada pindaan
PELAN LALUAN MAKMAL SAINS
PELAN LANTAI BILIK MAKMAL SAINS
GARIS PANDUAN
PENCEGAHAN PENULARAN WABAK COVID-19 :
URUSAN DI SURAU
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
SESI 2020/2021
1.0 GARIS PANDUAN MENCEGAH PENULARAN WABAK COVID-19
*Rujuk lampiran : JHEAINS.196(01)747/13 JLD.4(51)
1.1 Solat berjemaah lima waktu BOLEH DILAKSANAKAN di masjid/surau dengan
mengamalkan norma baharu.
*(Pengumuman terbaru JHEAINS pada 26/6/2020)
1.2 Sebarang aktiviti pengajian ilmu adalah DIBENARKAN, dengan mengamalkan
penjarakan sosial (1.5 meter).
1.3 Jemaah yang DIBENARKAN adalah LELAKI SAHAJA.
1.4 Bilangan jemaah mengikut keluasan surau selain Imam, Bilal, Siak setelah
penjarakan sosial 1.5 meter.
1.5 Jawatankuasa surau menyediakan ruang khas untuk musafir (ibu bapa/penjaga
pelajar)
*Tertakluk kepada pindaan
1.6 Tempoh pembukaan surau adalah 1 jam sebelum azan dan ditutup 2 jam selepas
solat.
1.7 Menetapkan HANYA 1 pintu sahaja untuk masuk dan keluar surau.
1.8 Menyediakan kaunter di luar pintu masuk bagi memeriksa suhu badan Jemaah.
1.9 Menyediakan buku rekod/QR Code kehadiran Jemaah untuk mencatat nama, no
kad pengenalan,no telefon dan suhu badan.
1.10 Menyediakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer ) di pintu masuk surau.
1.11 Memeriksa suhu badan dengan pengimbas suhu tidak melebihi 37.5 darjah celcius.
1.12 Membuat tanda saf dalam ruang solat surau dengan penjarakan sosial 1 meter.
1.13 Jemaah hendaklah :
i) Digalakkan mengambil wuduk di asrama.
ii) Membawa bekas kasut/ selipar. iii) Membawa
sejadah sendiri.
iv) Menggunakan pelitup muka (mask).
v) Menjaga jarak sosial 1.5 meter.
vi) Mendaftar butiran peribadi dalam buku rekod.
vii) Mencuci tangan dengan hand sanitizer.
ix) Hendaklah terus pulang setelah selesai solat.
ARAHAN PENGARAH
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
Tarikh Kuat kuasa : 6 Julai 2020
# Tertakluk kepada pindaan
PELAN LANTAI SURAU
GARIS PANDUAN
PENCEGAHAN PENULARAN WABAK COVID-19 :
URUSAN DI ONE STOP CENTRE (OSC)
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
SESI 2020/2021
1.0 PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DI OSC
1.1 Unit Hal Ehwal Pelajar
1.1.1 Pengurusan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan Alumni
1.1.2 Pengurusan Disiplin dan Pembangunan Sahsiah
1.1.3 Pengurusan Kebajikan Pelajar
1.1.4 Pengurusan Perkhidmatan Pelajar
1.2 Unit Kaunseling dan Kerjaya
1.2.1 Sesi Bimbingan & Kaunseling Individu
1.2.2 Sesi Bimbingan & Kaunseling Kelompok
1.2.3 Sesi Konsultasi (Ibu Bapa & Staff)
1.2.4 Pengurusan aktiviti pencegahan dan pemulihan serta
intervensi 1.2.5 Pengurusan ujian psikometrik
2.0 LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH PENULARAN WABAK COVID-19
2.1 Unit Bertanggungjawab
2.1.1 Menyediakan garis jarak sosial (1 meter) di meja pensyarah dan kerusi
pelawat/pelajar.
2.1.2 Menyediakan jarak sosial di meja konsultasi dan menghadkan jumlah
pelajar seramai seorang (1) pelajar bagi seorang (1) pensyarah sahaja
pada satu-satu masa. Menyediakan pengimbas suhu, sabun atau hand
sanitizer di setiap sinki pantry atau kaunter saringan unit.
2.1.3 Sentiasa memastikan proses nyahkuman (disinfection) dilakukan pada
peralatan yang selalu digunakan di dalam unit.
2.1.4 Memastikan pegawai sentiasa memakai pelitup muka dan kerap mencuci
tangan dengan sabun.
2.1.5 Mengambil tindakan sewajarnya seperti saranan KKM jika terdapat
pensyarah/pelawat yang mengalami gejala wabak.
2.1.6 Memasukkan sisa sampah ke dalam karung plastik sebelum dibuang ke
dalam tong sampah.
2.2 Pelajar / Ibu Bapa / Penjaga / Staf / Pelawat Bertanggungjawab
2.2.1 Pelajar / ibu bapa / penjaga / staf / pelawat WAJIB mengimbas suhu badan
dan menggunakan hand sanitizer di tempat yang disediakan.
2.2.2 Pelajar / ibu bapa / penjaga / staf / pelawat perlu mengimbas QR Code
dan mengisi google form / buku log masuk dan memberikan butiran
diri dengan jujur.
2.2.3 Pelajar haruslah memakai pelitup muka semasa berurusan dengan pegawai
di unit.
2.2.4 Pergerakan ke sesuatu tempat mesti jarak satu meter dengan individu yang
lain.
2.2.5 Pastikan mengikut laluan pergerakan yang ditetapkan berdasarkan label.
2.2.6 Menyediakan jarak sosial di meja konsultasi dan menghadkan jumlah
pelajar seramai seorang (1) pelajar bagi seorang (1) pegawai sahaja
pada satu-satu masa. Bagi sesi kaunseling kelompok tidak lebih 5
orang boleh menjalankan sesi kaunseling dan haruslah dijalankan di
Bilik Destress Centre. Digalakkan membuat temujanji dengan
pegawai sebelum mengadakan pertemuan.
2.2.7 Mesti duduk di tempat yang telah ditetapkan. Duduk pada tiada label (X).
2.2.8 Memasukkan sisa sampah ke dalam karung plastik sebelum dibuang ke
dalam tong sampah.
2.2.9 Setelah selesai berurusan dengan pegawai perlulah menggunakan hand
sanitizer sebelum keluar.
CARTA ALIR KEHADIRAN PELAJAR BERURUSAN DI OSC
TIBA DI OSC DENGAN MEMAKAI PELITUP MUKA
IMBAS SUHU
< 37.5 °C (NORMAL)
PELAJAR MENGISI
MAKLUMAT DIRI MELALUI
PAUTAN QR CODE ATAU
BUKU LOG MASUK
GUNA HAND SANITIZER SEBELUM DAN SELEPAS BERURUSAN
TAMAT
ARAHAN PENGARAH
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
Tarikh Kuat kuasa : 6 Julai 2020
# Tertakluk kepada pindaan
PELAN L
STOP CENTE
LANTAI ONE
ER (OSC)
PELAN LANTAI UNIT HAL EHWAL PELA
AJAR DAN KAUNSELING DAN KERJAYA
PELAN LANTAI BILIK DES
STRESS DAN KONSULTASI
GARIS PANDUAN
PENCEGAHAN PENULARAN WABAK COVID-19 :
URUSAN DI KAFETERIA
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
SESI 2020/2021
1.0 LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH PENULARAN WABAK COVID-19
1.1 Kafeteria
1.1.1 Pihak kafeteria bertanggungjawab :
i. Menyediakan garis jarak sosial (1 meter) di kaunter makanan dan
kaunter bayaran.
ii. Menyediakan jarak sosial di meja makan (selang satu meja) dan
menghadkan tempoh masa keberadaan pelanggan di kafeteria
(maksimum 30 minit).
iii. Menyediakan sabun atau hand sanitizer di setiap sinki dan kaunter.
iv. Sentiasa memastikan proses nyahkuman (disinfection) dilakukan setiap
hari di premis kafeteria.
v. Memastikan pekerja kafeteria sentiasa memakai pelitup muka dan kerap
mencuci tangan dengan sabun.
vi. Memastikan kebersihan bahan mentah yang dibawa masuk.
vii. Mengambil tindakan sewajarnya seperti saranan KKM jika terdapat
pekerja yang mengalami gejala wabak.
viii. Membungkus makanan yang perlu dibungkus dengan pembungkus yang
selamat dan tidak mencemarkan makanan (penggunaan surat khabar
atau kertas bercetak adalah dilarang) ix. Memasukkan sisa-sisa makanan
dan sampah ke dalam karung plastik sebelum dibuang ke dalam tong
sampah.
x. Menutup makanan dan minuman agar tidak terdedah kepada lalat, serangga
lain dan habuk yang boleh mencemarkan makanan xi. Cuci tangan dengan
sabun sebelum mengendalikan makanan dan minuman serta selepas
menggunakan tandas.
xii. Gunakan penyenduk, pengepit plastik atau sarung tangan plastik untuk
mengambil makanan.
xiii. Gunakan apron dan tutup kepala atau topi ketika mengendalikan
makanan.
xiv. Menjaga kebersihan kereta tolak/gerai dan kawasan sekelilingnya.
xv. Jangan merokok sebelum, semasa dan selepas mengendalikan makanan
di premis. xvi. Semua perkakas dan peralatan mestilah sentiasa bersih,
tidak sumbing atau rosak.
1.1.2 Pelanggan kafeteria bertanggungjawab:
i. Memelihara jarak sosial (1 meter) semasa proses membeli makanan dan
semasa duduk di meja makan.
ii. Mematuhi jarak sosial di meja makan dan menghadkan tempoh masa
keberadaan di kafeteria (maksimum 30 minit).
iii. Mematuhi arah tanda pergerakan keluar dan masuk ke dalam premis. iv.
Sentiasa peka kepada arahan bertulis serta bergambar yang ada di
kafeteria.
v. Sentiasa menjaga kebersihan serta memastikan agar mencuci tangan
dengan sabun/hand sanitizer sebelum dan selepas makan.
vi. Memastikan tangan dicuci setiap kali menggunakan tandas di kafeteria.
vii. Sentiasa memakai penutup muka (ikut keperluan) dan membasuh
tangan dengan kerap menggunakan sabun/hand sanitizer yang
disediakan.
ARAHAN PENGARAH
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
Tarikh Kuat kuasa : 6 Julai 2020
# Tertakluk kepada pindaan
PELAN LANTAI KAFETERIA AA DAN AB
PELAN LANTAI KAFETERIA B
PELAN LANTAI KAFETERIA C
PELAN LANTAI KAFETERIA DA DAN DB
GARIS PANDUAN
PENCEGAHAN PENULARAN WABAK COVID-19 :
URUSAN DI KOMPLEKS SUKAN
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
SESI 2020/2021
1.0. TAFSIRAN
1.1 Kawasan tertutup(indoor) - Dikawasan dan fasiliti tertutup yang memerlukan
pengudaraan menggunakan penghawa dingin atau kipas seperti dewan tertutup
dan gelanggang berbumbung, stadium berbumbung, auditorium dan lain-lain.
1.2 Kawasan terbuka (outdoor) – dikawasan/fasiliti terbuka seperti kawasan lapang,
taman rekreasi awam, balapan, stadium terbuka. Dewan atau fasiliti yang separa
terbuka (tidak berdinding)
1.3 Tidak bersentuhan (non contact sport) - dimana pemain dipisahkan secara fizikal
tanpa berlakunya sentuhan fizikal(anggota badan) semasa permainan.
1.4 Bersentuhan (contact sport) – Pemain perlu atau berkemungkinan melakukan
sentuhan fizikal (anggota badan) semasa permainan.
1.5 Aktiviti statik – aktiviti sukan/rekreasi yang melibatkan pergerakan setempat
1.6 Aktiviti Dinamik – aktiviti sukan/rekreasi yang melibatkan pergerakan bukan
setempat yang memerlukan ruang yang lebih luas.
1.7 Latihan – Aktivti sukan/rekreasi yang dilakukan secara indivdu/berseorangan bagi
meningkatkan tahap kecergasan, kesihatan dan kemahiran individu.
1.8 Permainan/perlawanan – Aktiviti sukan/rekreasi yang
melibatkan permainan/perlawanan yang diadakan antara individu atau pasukan.
1.9 Penganjuran kejohanan/pertandingan – Aktiviti sukan/rekreasi yang terdiri daripada
permainan/perlawanan untuk menentukan pemenang dan penglibatan selain
daripada permain seperti pegawai teknikal, penyokong dan penonton
2.0 KATEGORI
2.1 Individu – Aktiviti sukan/rekreasi yang dilakukan secara individu dan boleh
dilakukan secara berlawanan@bertentangan antara individu tersebut dengan
penjarakan sosial(aktiviti statik 1-3 m dan aktiviti dinamil 3-5 meter).
2.2 Berkumpulan – aktiviti sukan dan rekreasi yang dilakukan secara berkumpulan
dengan penjarakan sosial (aktiviti static 1-3 meter dan aktiviti dinamil 3-5
meter).
3.0 KUMPULAN SUKAN
3.1 SUKAN INDIVIDU
3.2 SUKAN BERPASUKAN
5.1 AKTIVITI RIADAH
5.2 SUKAN TEMPUR/KOMBAT
5.3 SUKAN EKSTREM/UDARA
4.0 AKTIVITI DILARANG
4.1 Aktiviti sukan/rekreasi di dalam kolam renang
4.2 Aktiviti sukan/rekreasi yang bersentuhan fizikal.
4.3 Aktiviti perlawanan atau permainan bagi sukan berpasukan dan sukan
tempur/kombat.
4.4 Penganjuran kejohanan/pertandingan.
5. 0 PROTOKOL AM INDIVIDU
6.0 PROTOKOL AM PENGURUSAN
7.0 AKTIVITI SUKAN DAN REKREASI DIBENAR DAN DILARANG.
ARAHAN PENGARAH
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
Tarikh Kuat kuasa : 6 Julai 2020
# Tertakluk kepada pindaan
PELAN LANTAI DEWAN MINANGKABAU
PELAN LANTAI GELANGANG TENIS
PELAN LANTAI PING PONG
GARIS PANDUAN
PENCEGAHAN PENULARAN WABAK COVID-19 :
URUSAN DI KOLEJ KEDIAMAN
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
SESI 2020/2021
1.0 PERGERAKAN PELAJAR DARI KOLEJ KEDIAMAN KE SESI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
1.1.1 Pelajar WAJIB mengimbas suhu badan di tempat yang disediakan
1.1.2 Suhu badan diambil oleh Jawatankuasa Blok / Felo
1.1.3 JIKA TIDAK BERGEJALA (TIDAK DEMAM)
1.1.3.1 Pelajar terus ke kelas masing-masing
1.1.4 JIKA BERGEJALA (DEMAM)
1.1.4.1 Pelajar yang didapati mempunyai suhu badan 37.5°C dan ke atas atau
bergejala perlu diasingkan di bilik kesihatan/sakit.
1.1.4.2 Pelajar diberikan pelitup muka untuk dipakai
1.1.4.3 Pelajar dihantar ke klinik kesihatan untuk rawatan atau dibawa pulang
oleh ibu bapa/penjaga;
CARTA ALIR PERGERAKAN PELAJAR DARI KOLEJ KEDIAMAN
KE SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pelajar WAJIB mengimbas suhu badan di tempat yang disediakan
Suhu badan diambil oleh Jawatankuasa Blok / Felo
Jika tidak bergejala Jika bergejala
Pelajar terus ke kelas masing- Pelajar yang didapati mempunyai
masing suhu badan 37.5°C dan ke atas
TAMAT atau bergejala perlu diasingkan di
bilik kesihatan/sakit.
Pelajar diberikan pelitup muka
untuk dipakai
Pelajar dihantar ke klinik
kesihatan untuk rawatan atau
dibawa pulang oleh ibu
bapa/penjaga
TAMAT
2.0 Pentadbir bertanggungjawab memastikan:
2.1. Pelajar yang sihat sahaja yang dibenarkan kembali ke kolej kediaman.
Sekiranya mereka tidak sihat, mereka hendaklah mendapatkan rawatan doktor dan
disahkan sihat sebelum bersedia untuk balik ke kolej kediaman;
2.2. Saringan kesihatan dilakukan semasa pendaftaran masuk ke kolej kediaman. Pelajar
2.3. Persediaan pihak kolej kediaman sebelum pelajar mendaftar masuk ke kolej kediaman:
a. Katil pelajar dijarakkan satu (1) meter antara satu sama lain.
b. Tanda penjarakan satu (1) meter disediakan untuk pelajar beratur bagi semua bilik khas
yang bersesuaian (tandas, bilik air/mandi, bilik cuci, bilik gosok);
c. Jadual penggiliran waktu makan disediakan di Kafetaria asrama
d. Alat pengimbas suhu badan perlu disediakan di kolej kediaman.
2.4. Makluman dan peringatan berkaitan penjarakan sosial dalam kalangan pelajar perlu
dilaksanakan sebelum pelajar pulang dari kelas dan ketika pelajar berada di kolej
kediaman ;
2.5. Perhimpunan/perjumpaan (melebihi 10 orang) dalam kalangan pelajar di kolej
kediaman tidak dibenarkan. Felo perlu memantau keberadaan pelajar di kolej kediaman;
2.6. Semasa di asrama, pelajar yang tidak sihat perlu diasingkan dan diberi pelitup muka
untuk dipakai serta dihantar ke klinik kesihatan untuk rawatan atau dibawa pulang oleh
ibu bapa/penjaga; (jika perlu atas nasihat Pegawai Kesihatan).
2.7. Pelajar hendaklah melaporkan dengan segera kepada Felo sekiranya diri sendiri atau
rakan mengalami tanda-tanda demam, batuk, selesema, sakit tekak atau sesak nafas;
2.8. Pelajar perempuan digalakkan solat di bilik sendiri;
2.9. Pelawat hanya dibenarkan berjumpa dengan pelajar di kolej kediaman sekiranya
terdapat urusan kecemasan. Pelawat perlu mendapat kebenaran daripada pentadbir;
2.10. Pemantauan secara berkala perlu diadakan bagi memastikan pelajar sentiasa mematuhi
penjarakkan sosial dan berada dalam keadaan sihat,
3.0 Jawatankuasa bertanggungjawab:
3.1. Mengamalkan penjarakkan sosial satu (1) meter meliputi:
a. susun atur katil dan perabot di bilik kolej kediaman;
3.2. Tidak membenarkan pelajar yang bergejala kembali ke kolej kediaman @ ditempatkan
di Bilik Kuarantin.
3.3. Melaksanakan saringan pintu masuk (gate keeping screening) ke kawasan kolej
kediaman kepada pelajar, pensyarah dan kakitangan yang meliputi: a. Pemeriksaan suhu
badan;
b. Penggunaan pensanitasi tangan (hand sanitizer); dan
c. Pemantauan gejala seperti demam, sakit tekak, batuk dan sesak nafas.
ARAHAN PENGARAH
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
Tarikh Kuat kuasa : 6 Julai 2020
# Tertakluk kepada pindaan
PELAN LANTAI BILIK PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN
Petunjuk : D : Ampaian
A : Katil E : Pintu Masuk
B : Almari
C : Meja Belajar
PELAN LANTAI ARAS 1 KOLEJ KEDIAMAN KMNS
↓
LALUAN
TURUN
PETUNJUK
→ ARAH LALUAN
TANGGA LALUAN
PELAN LANTAI ARAS 2 KOLEJ KEDIAMAN KMNS
14 TANDAS 12 10 8 SURAU
←←←← ← ←
13 TANGGA 11 9 BILIK ↑
GOSOK
↓ LALUAN → TANGGA 6 4 TANDAS 2
MASUK
LALUAN
TURUN
BILIK → →→ → →
REKREASI 7 5 3 TANGGA 1
↓
LALUAN
TURUN
PETUNJUK
→ ARAH LALUAN
TANGGA
LALUAN
PELAN LANTAI ARAS 3 KOLEJ KEDIAMAN KMNS
→ ARAH LALUAN
TANGGA
LALUAN
PELAN LANTAI ARAS 4 KOLEJ KEDIAMAN KMNS
↓
LALUAN
TURUN
PETUNJUK
→ ARAH LALUAN
TANGGA
LALUAN
GARIS PANDUAN
PENCEGAHAN PENULARAN WABAK COVID-19 :
URUSAN DI DI PINTU MASUK UTAMA DAN POS PENGAWAL
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
SESI 2020/2021
1.0 LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH PENULARAN WABAK COVID-19
1.1 Pos Pengawal
1.1.1 Pengawal/Pentadbir bertanggungjawab :
i. Memastikan penjarakkan sosial 1 meter semasa pengawal keselamatan
menjalankan tugas di premis yang di kawal.
ii. Menyediakan garis jarak sosial (1 meter) di kaunter saringan/pendaftaran
dan pelawat.
iii. Menghadkan keberadaan pelawat di kaunter saringan satu-satu masa. iv.
Menyediakan hand sanitizer di kaunter pendaftaran dan saringan
pelawat.
v. Sentiasa memastikan proses nyahkuman (disinfection) dilakukan pada
item-item yang selalu digunakan di pos pengawal.
vi. Mengambil suhu dan merekodkan suhu bagi setiap orang yang memasuki
premis.
vii. Memastikan pelawat sentiasa memakai pelitup muka dan kerap mencuci
tangan dengan sabun.
viii. Mengambil tindakan sewajarnya seperti saranan KKM jika terdapat
pelawat yang mengalami gejala wabak.
ix. Memasukkan sisa sampah ke dalam karung plastik sebelum dibuang ke
dalam tong sampah.
x. Semua perkakas dan peralatan di pos pengawal mestilah sentiasa bersih,
tidak rosak dan berfungsi.
1.1.2 Pelawat bertanggungjawab :
i. Menjaga jarak sosial semasa proses pendaftaran pelawat di pos
pengawal.
ii. Mematuhi jarak sosial dan menghadkan jumlah keberadaan pelawat di pos
pengawal pada satu-satu masa.
iii. Menunggu giliran di ruangan menunggu (parkir) yang telah disediakan. iv.
Sentiasa memakai pelitup muka (ikut keperluan)..
v. Membasuh tangan dengan kerap menggunakan sabun/sanitizer yang
disediakan.
ARAHAN PENGARAH
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
Tarikh Kuat kuasa : 6 Julai 2020
# Tertakluk kepada pindaan
PELAN LANTAI PINTU MASUK UTAMA
PENUTUP
Pihak Pengurusan Tertinggi Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan akan berusaha sedaya upaya
untuk mencegah penularan wabak Covid-19 dari menjangkiti seluruh warganya. Sehubungan
dengan itu, semua pihak yang terlibat sama ada pelajar, ibu bapa penjaga, pensyarah dan
kakitangan Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan diharapkan dapat memberikan kerjasama untuk
memastikan keselamatan dan kesejahteraan kita bersama.
ARAHAN PENGARAH
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
Tarikh Kuat kuasa : 6 Julai 2020
# Tertakluk kepada pindaan