45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
45 Tip – Tulis & Jual
Ebook Dengan Mudah
Penulis : Shahmi Hasifi
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
Bagaimana Tulis & Jual Ebook Dengan
Mudah?
1) Produk
Pertama sekali, kita perlu ada ebook yang boleh dijual.
Ebook ini boleh kita tulis sendiri atau guna ebook PLR.
Jika tidak mahir dalam penulisan ebook, boleh gunakan ebook PLR orang lain dan
‘claim’ ebook itu adalah ebook kita.
Jika tidak, boleh tulis ebook sendiri.
2) Page
Bina satu kedai online kita di Internet.
Kedai online kita itu boleh dibuat melalui Facebook profil, Facebook pages, Minisite atau
Blog.
Janji, mudah untuk prospek kita melihat ebook kita nanti.
3) Promosi
Lakukan promosi ebook kita setiap hari.
Kongsikan maklumat-maklumat yang boleh menyelesaikan masalah pelanggan kita.
Kemudian, promosi ebook kita.
Promosi boleh dibuat melalui Facebook profil, Facebook pages, Facebook group, Emel,
Blog, Forum, Youtube dan juga Ebook Percuma.
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
Pendahuluan
Assalamualaikum dan Salam Jutawan.
Saya doakan pembaca ebook ’45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah’ Bahagia, Kaya dan
Berjaya.
Alhamdulillah.. berkat dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t, akhirnya saya dapat berkongsi ilmu
tentang penulisan di dalam ebook kedua saya ini.
Ebook 45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah merupakan ebook kompilasi nota-nota
tentang penulisan ebook saya sebelum ini.
Ebook ini saya pecahkan kepada dua bahagian supaya pembaca dapat mencari maklumat yang
pembaca mahu ketahui. Saya telah pecahkan kepada;
a) Bahagian 1 : Tulis Ebook
b) Bahagian 2 : Jual Ebook
Jadi, pembaca telah dimudah-cara untuk membaca ebook ini. Jika pembaca mahu tahu tentang
penulisan ebook, boleh pergi ke bahagian pertama. Manakala, jika pembaca mahu tahu tentang
menjual ebook, boleh pergi ke bahagian kedua.
Semoga ebook ini sedikit-sebanyak membantu pembaca menulis ebook pertama dan
menghasilkan 3-4 angka dengan jualan pertama menjual ebook.
Di lain masa, saya akan cuba kongsikan bersama pembaca tentang strategi dan teknik untuk
menjual ebook dengan betul dan berkesan. Jika anda mengikuti siri penulisan ebook saya ini,
saya akan kongsikan lebih banyak maklumat tentang menjadi kaya dengan ebook menggunakan
Sistem Bisnes Ebook.
Sehingga kita berjumpa lagi.. ☺
Ikhlas,
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
Shahmi Hasifi
Penulis & Jurujual Ebook Sepenuh Masa
Founder Richebook Academy
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
Bahagian 1
(Tulis Ebook)
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
5 Kelebihan menulis ebook
Ramai yang tanya..
"Kenapa perlu tulis ebook?"
Sebenarnya tidak menjadi satu kesalahan pun jika kita tidak menulis ebook. Cuma, bagi orang
yang menjalankan bisnes seperti kita,
Kita perlu menulis ebook untuk:
==
5 Kelebihan - Bagi orang bisnes yang menulis ebook
==
1) Meningkatkan jualan
Kita dapat meningkatkan jualan produk sedia ada.
Sebagai contoh, Robert T. Kiyosaki menjual permainan Cashflow 101 melalui buku. Daripada
buku yang beliau tulis, papan permainan Cashflow 101 telah terjual berjuta-juta unit sehingga
ke hari ini.
Begitu juga dengan ebook. Apabila kita menulis ebook, kita boleh mempromosikan produk kita
di dalam ebook tersebut.
Ia merupakan salah satu cabang daripada cabang-cabang pemasaran.
2) Meningkatkan kredibiliti
Dengan menulis ebook, kita sebenarnya sedang membina kredibiliti di mata pelanggan.
Pelanggan mula percaya apabila kita boleh membantu menyelesaikan masalah mereka melalui
ebook yang kita tulis.
Kepercayaan ini yang akan membuatkan pelanggan membeli produk yang kita jual atau
membeli ebook lain yang bakal kita terbitkan.
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
3) Membina tribe
Tribe adalah puak-puak yang menyukai penulisan kita. Jika ebook yang kita tulis itu sempoi dan
santai, pelanggan akan menjadi suka dengan penulisan kita.
Secara tidak langsung, kita telah membina tribe sendiri melalui penulisan di dalam ebook.
Jangan terkejut, jika mereka tidak sabar untuk menunggu ebook terbaru daripada kita!
4) Boleh dijadikan produk untuk mendapatkan maklumat diri pelanggan
Jika kita seorang peniaga online, jadikan ebook sebagai timpal-balas untuk mendapatkan
maklumat diri pelanggan.
Dengan cara, kita offer ebook percuma kepada pelanggan. Dan, mereka setuju untuk memberi
maklumat diri seperti nama, nombor telefon atau emel kepada kita.
Daripada maklumat pelanggan ini nanti, kita akan follow-up untuk menjual produk kita pada
masa akan datang.
5) Memberi maklumat tambahan kepada pelanggan
Tidak semua orang mahu membeli produk kita. Pertama, mungkin mereka tidak memerlukan
produk kita.
Kedua, mungkin mereka masih tidak faham bagaimana produk kita dapat membantu
menyelesaikan masalah mereka.
Jadi, dengan ebook ini, kita akan educate mereka untuk lebih faham bagaimana produk kita
berfungsi dan membantu menyelesaikan masalah utama mereka.
==
Jadikan ebook sebagai senjata pemasaran
==
Kesimpulannya, penulisan ebook baik untuk pemilik produk yang mempunyai produk untuk
dijual.
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
Jadikan ebook sebagai jambatan untuk menghubungkan kefahaman produk kita kepada
pelanggan.
Apabila pelanggan sudah percaya dan faham dengan produk kita, mereka akan membeli tanpa
dipaksa. ☺
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
Penting ke ebook ini?
Bismillahirahmanirahim.
Ini soalan dari kenalan saya.
Beliau ajukan soalan berkaitan Ebook.
---
Bagi sesetengah orang mengganggap Ebook itu tidak penting.
Mungkin ya.
Dan, mungkin juga tidak.
Bergantung kepada situasi diri kita sekarang ini.
==
Kelebihan apabila tahu menulis ebook
==
Saya ambil contoh 2 orang ejen insurans XXX bekerja ditempat yang sama.
1) Ejen A ada kemahiran asas menulis Ebook.
2) Manakala, ejen B tidak mempunyai kemahiran menulis Ebook.
Ejen A menulis dan berkongsi maklumat dalam Ebook. Selain itu, beliau promosi pelbagai
tawaran insurans dalam ebook berkenaan. Melalui Ebook juga beliau dapat mengumpul data
prospek.
Ejen B tiada Ebook. Beliau bergantung kepada teknik 'mulut ke mulut'. Tidak ramai yang
mengenali ejen B. Malah beliau tak mampu mengumpul data-data prospek.
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
==
4 Sebab – Kenapa kita perlu tulis ebook
==
Dalam situasi tertentu, Ebook sangat penting dalam :
1. Membina kredibiliti (keyakinan pelanggan).
2. Mengumpul data prospek (data base).
3. Menyampai ilmu (saham akhirat).
4. Pendapatan sampingan (saham dunia).
(Ditulis oleh Amir Azros, Trainer Kelas Online Penulisan Ebook)
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
2 Cara untuk menulis ebook laku keras
Ilmu ini saya belajar dengan 2 orang sifu. Pertama, Tuan Faisal Abdullah. Kedua, Tuan Aqif
Azizan.
Untuk menulis ebook yang mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan (laku keras), kita
boleh membuat validasi sebelum menulis ebook.
==
1# Validasi
==
Ilmu validasi ini saya tuntut dengan Tuan Faisal Abdullah.
Sebelum kita menjual, buat validasi terlebih dahulu:
- adakah ebook yang kita mahu tulis ini sudah ada dipasaran?
- siapakah yang akan membeli ebook kita ini?
- adakah mereka betul-betul berminat mahu membeli ebook kita ini?
- apakah cara penyelesaian yang kita mahu bantu jika ada orang yang mahu membeli ebook
kita?
Sebagai langkah pertama, buat validasi dahulu.
Tempat untuk membuat validasi boleh dilakukan di dalam Facebook profile, Facebook group,
Instagram, emel, ataupun Whatsapp group.
Atau, cuba survey atau tanya di tempat tumpuan pelanggan kita paling banyak berada.
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
==
2# Tak perlu validasi
==
Ilmu ini saya belajar dengan Tuan Aqif Azizan.
Jika Tuan Faisal Abdullah menyuruh kita membuat validasi, Tuan Aqif pula menyuruh kita
membuat perkara sebaliknya.
Apa yang boleh kita buat, kongsikan cara untuk menyelesaikan masalah pelanggan secara
percuma dahulu.
Dengan cara, berkongsi melalui Content Marketing - ebook percuma, status di Facebook profile,
perkongsian di dalam Facebook group, follow-up di dalam emel.
Kongsi secara percuma dahulu. Apabila mereka sudah 'kenyang', baru tawarkan ebook yang kita
mahu jual.
Perkongsian ini boleh dilakukan secara 30 hari berturut-turut. Apabila pembaca sudah suka
dengan perkongsian kita, mereka akan membeli tanpa dipaksa.
==
2 Kelebihan - Apabila amalkan 2 cara ini..
==
Kedua-dua cara ini mempunyai kelebihan masing-masing.
a) Sebagai contoh, jika kita membuat validasi terlebih dahulu, kita boleh kaji apa yang
pelanggan mahu dan tidak mahu.
b) Manakala, apabila kita konsisten berkongsi ilmu secara percuma, secara tidak langsung
kredibiliti kita naik dan pembaca semakin percaya dengan kita.
Kita boleh menggunakan kedua-dua cara ini ketika mahu menulis ebook laku keras. Atau, guna
salah satu cara sebagai permulaan untuk menulis dan menjual ebook.
Sentiasa mengkaji strategi yang berkesan untuk menjual ebook. Apabila banyak guru yang kita
belajar, kita boleh dapat rentak yang sesuai dengan diri kita.
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
Tidak semua apa yang guru ajarkan kepada kita itu sesuai dengan diri kita. Sentiasa belajar dan
mencari ilmu untuk mendapat rentak yang kita sukai.
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
3 Formula - Tulis Ebook Permintaan Ramai
Ebook laku keras adalah ebook yang menjadi permintaan ramai. Ramai yang mahu membeli
dan mendapatkannya.
Antara formula yang boleh digunakan untuk menulis ebook laku keras adalah:
==
#1 Cari Pembaca Walaupun Belum Mula Menulis
==
Ya. Ini adalah salah satu perkara yang perlu difikirkan oleh seorang penulis.
Penulis perlu memikirkan kepada siapa hasil penulisan ditulis.
Ini akan memberikan satu gambaran yang jelas bahawa penulisan sudah ada sasaran
pembacanya.
==
#2 Salurkan Hubungan Penulis dan Pembaca
==
Sebelum menulis lagi, penulis perlu menetapkan saluran pemasaran. Tujuan adalah agar penulis
berasa yakin bahawa hasil penulisan mempunyai pasaran dan pembaca.
==
#3 Matlamat Perlu Jelas
==
Penulis perlu menetapkan matlamat yang jelas. Matlamat ini penting agar penulis dapat
bertindak dan menulis mengikut perancangan yang ditetapkan.
Kesimpulannya, menulis memerlukan perancangan yang teliti. Buat kajian sebelum menulis
akan memberikan impak yang maksima daripada hasil penulisan kita kelak.
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
5 Niche ebook laku keras
Di dalam ebook percuma Tuan Shah Othman, 5 Genre Ebook/Buku Yang Dicari Pelanggan,
beliau telah menyenaraikan 5 niche ebook yang mendapat permintaan tinggi.
Terima kasih kepada Tuan Shah Othman kerana sudi membantu kami memudahkan pilihan
untuk menulis ebook yang laku keras.
Berikut adalah 5 niche yang laku keras di pasaran:
1) Panduan 'How to..'.
2) Kewangan (pengurusan wang, buat duit, pelaburan).
3) Hartanah.
4) Motivasi.
5) Islamik (panduan hidup, panduan solat, pergi haji, sedekah).
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
Bagaimana menulis ebook yang dicari oleh pelanggan
(Bahagian 1)
Pelanggan membeli ebook kerana mahu menyelesaikan masalah.
Untuk membantu pelanggan, kita boleh tulis ebook teori ataupun bergambar (tutorial).
Ebook yang menjadi carian orang ramai adalah ebook yang menerangkan cara untuk
menyelesaikan masalah pelanggan.
Jadi, cara pertama sebelum menulis ebook adalah membuat kajian pelanggan.
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
Bagaimana menulis ebook yang dicari pelanggan
(Bahagian 2)
Aim kepada siapa kita mahu tulis.
Buat kajian pelanggan. Sebagai contoh, kita mahu menulis kepada golongan muda yang mahu
kawin awal.
1) Apa masalah utama golongan muda yang mahu kawin awal?
2) Tak cukup duit? Tak bersedia? Atau tak cukup ilmu?
3) Kongsikan ilmu-ilmu ini setiap hari di Facebook mahupun Blog.
Kemudian, dapatkan interaksi daripada pelanggan.
Cuba buat survey atau bertanya terus kepada pelanggan. Apa masalah sebenar pelanggan.
Dengan cara ini, lebih mudah untuk kita berkongsi apa yang pelanggan mahukan.
Tidak lagi kita berteka-teki atau tertanya-tanya tentang masalah pelanggan.
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
3 Tip - Cara Laju Dapat Idea Dan Konsisten Menulis
Ebook
Menulis adalah suatu seni.
Seni itu adalah idea menulis.
Tanpa idea, agak susah sesebuah penulisan dapat dikarang.
==
3 Tip Mencari Idea Menulis
==
Dalam buku Buat Duit Dengan Freelance Blogging, karya Aqif Azizan, kita boleh pelajari 3 cara
untuk menjana idea seterusnya menyiapkan ebook kita.
Di bawah ini adalah tip-tip merangsang idea untuk menulis:
1- Banyakkan membaca buku dalam bidang yang kita ceburi. Dengan membaca, kita dapat
mengatasi kekeringan idea untuk menulis.
2- Cari dan kaji isu semasa melalui portal berita online, aktif di dalam forum dan membaca isi-isi
penting di dalam blog.
3- Temubual dengan pakar bidang. Dengan menemubual mereka, kita mendapat terus
maklumat yang kita mahu secara terus. Malah, kita juga mendapat maklumat baru kerana
mereka lebih arif di dalam bidang tersebut.
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
Bagaimana Mencari Idea Ebook Yang Meningkatkan
Jualan?
Ebook yang mempunyai permintaan tinggi adalah ebook yang meningkatkan jualan bisnes
ebook kita.
Antara ebook yang memberi pulangan yang tinggi dari segi jualan adalah:
==
5 Jenis Ebook Yang Meningkatkan Jualan
==
Senarai ebook-ebook ini diambil daripada sebuah blog Shafiqraduan.com.Apa yang penulis blog
itu kongsikan adalah:
--
Ebook #1 - Ebook Buat Duit Online
--
Untuk meningkatkan jualan ebook, kita boleh jual ebook tentang buat duit online. Jual teknik-
teknik yang betul dan berkesan untuk menjana pendapatan melalui online.
--
Ebook #2 - Ebook Fitness & Weight Loss
--
Ebook kedua adalah ebook yang menceritakan bagaimana membina badan dan menguruskan
badan melalui senaman dan pemakanan yang betul.
--
Ebook #3 - Ebook Hubungan / Relationship
--
Jual ebook yang mempunyai topik berkaitan dengan hubungan sesama manusia. Ebook
tersebut boleh ditulis untuk hubungan kekeluargaan, rakan mahupun sesama manusia.
Ebook tentang 'How To Get Your Ex..' adalah antara ebook yang laku di luar negara!
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
--
Ebook #4 - Ebook Ubatan Semulajadi
--
Niche kesihatan adalah antara niche yang menjadi pilihan pelanggan. Siapa yang tidak mahu
sihat bukan?
Masukkan elemen-elemen semulajadi seperti perubatan herba, kaedah tradisional ke dalam
ebook kita.
--
Ebook #5 - Ebook Hobi Kesukaan
--
Manusia banyak mempunyai hobi mereka tersendiri. Ada yang suka memancing, main gitar,
bermain golf, melancong dan banyak lagi.
Tulis ebook berkaitan dengan hobi-hobi tersebut.
Selesaikan masalah pelanggan yang mahu memenuhi masa dengan hobi mereka, tetapi tidak
tahu yang betul untuk membuatnya.
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
3 Tip tulis ebook
Menulis ebook memerlukan latihan yang berterusan. Ramai penulis ebook pada hari, mereka
sudah menulis ebook 5, 10, 15 tahun yang lalu.
Sehingga ke hari ini, mereka masih lagi menulis. Begitu juga dengan kita. Jika mahu serius dalam
bidang penulisan ebook ini, amalkan 3 tip di bawah ini:
--
#1 Jangan tunggu sempurna.
--
Jangan tunggu sempurna untuk mula menulis. Maksud sempurna di sini adalah kita kena masuk
kelas belajar menulis dulu la, nak kena belajar tatabahasa dengan betul la, dan bermacam-
macam lagi.
Cara terbaik untuk belajar menulis adalah terus menulis. Kesempurnaan akan datang secara
berperingkat-peringkat.
--
#2 Mula dengan apa yang ada di tangan.
--
Sebenarnya, bukan susah pun nak menulis ebook jika kita tahu formulanya. Cara pertama untuk
menulis ebook adalah berdasarkan pengalaman kita.
Sebagai contoh, kita pernah mengalami berat badan yang tinggi. Kemudian, kita amalkan
senaman untuk kuruskan badan. Hasilnya, dalam masa 5 bulan, berat badan kita turun 30 kg.
Jadi, daripada pengalaman ini, kita tulis sebuah ebook berkaitan dengan cara bersenam yang
menghilangkan lemak 30 kg dalam masa 5 bulan.
Atau, cara kedua kita baca banyak buku atau panduan dalam niche yang sama. Kemudian, kita
tulis balik apa yang kita faham melalui bahan pembacaan yang telah kita tulis.
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
--
#3 Tulis berdasarkan pengalaman orang lain.
--
Jika kita serius dalam penulisan ebook ini, kita boleh guna bahan daripada orang lain.
Sebagai contoh, terdapat seorang tokoh atau orang berautoriti di dalam niche ebook yang kita
mahu tulis.
Temu-bual beliau dan dapatkan poin-poin yang berguna dan membantu menyelesaikan
masalah pelanggan. Kemudian, siapkan ebook berdasarkan temu-bual tersebut.
Atau, cara kedua, kita tulis dari pengalaman orang lain. Kita dengar kawan kita boleh selesaikan
hutang keretanya dalam masa 3 tahun.
Dengar dengan teliti bagaimana kawan kita itu selesaikan hutang kereta dalam masa 3 tahun.
Kemudian, minta izin kepadanya untuk kita tulis ceritanya dalam ebook kita.
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
5 Tip sebelum menulis ebook yang disukai pelanggan
1) Tulis ebook dalam niche yang kita minati.
2) Kerana, kita akan seronok menulis perkara-perkar yang kita suka.
3) Kemudian, buat kajian pelanggan.
4) Apa masalah utama pelanggan dan bagaimana cara untuk kita membantu menyelesaikan
masalah pelanggan.
5) Akhir sekali, tulis isi kandungan ebook apa yang pelanggan mahu baca. Bukan isi kandungan
yang kita mahu tulis.
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
Bagaimana mahu menulis ebook pertama?
Masa saya mula-mula menulis ebook pertama, saya sekadar menulis mengikut format sendiri.
Tiada rujukan, mahupun masuk ke dalam kelas penulisan ebook.
Apa yang saya mahu adalah ebook itu siap ditulis.
Alhamdulillah.. Walaupun tidak mengikut format (pendek pula tu isi kandungannya), saya
berjaya menyiapkan ebook tersebut.
Dan, sehingga ke hari ini, saya masih tidak berkongsi kepada sesiapa pun ebook ini. Maklum le..
Ebook first, mesti banyak silap. Malu nak tunjuk. Hehe.. :-)
Kemudian, untuk ebook kedua, saya tulis mengikut format penulisan ebook Tuan Aqif Azizan.
Masa tu, ebook Mudahnya Jual Produk Kurang 7 Saat tengah hangat dipromosikan oleh Tuan
Aqif Azizan.
Jadi, berdasarkan ebook tersebut, saya siapkan ebook kedua saya..
Ebook Formula Copywriting 3-5-7.
==
Kenapa kena tunggu esok baru nak tulis ebook?
==
Siapa cakap kena perfect baru boleh menulis?
*Perfect di sini bermaksud --> kena belajar dalam kelas dulu, baru pandai menulis ebook / kena
belajar balik tatabahasa baru boleh mula tulis ebook.
Apa yang penting, kita tahu apa yang perlu ditulis, kepada siapa kita mahu tulis.. Dan mula
menulis ebook SEKARANG!
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
Tip Pantas - Bagaimana Menulis Ebook Pertama
Untuk seseorang yang baru ingin menulis ebook, mereka mempunyai perasaan takut untuk
menulis.
Mereka takut untuk:
1) Menulis ebook jenis apa
2) Ada atau tidak orang yang akan membaca ebooknya
3) Takut tersalah ejaan ketika menulis ebook
==
3 Tip - Tulis Ebook Dan Jual
==
Bagi mengatasi masalah ini, saya kongsikan 3 tip pantas menulis ebook. Ilmu ini saya peroleh
ketika memasuki kelas penulisan bersama Tuan Aqif Azizan:
1) Lihat Perpustakaan Mini kita.
2) Senarai 3 jenis niche buku yang selalu kita beli; paling atas adalah niche buku yang terbanyak,
bahagian tengah adalah niche buku yang sederhana, dan paling bawah adalah niche buku yang
paling sedikit dibeli.
3) Kemudian, mula menulis ebook dengan mengambil niche buku paling atas.
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
Tip siapkan ebook dengan pantas!
+jangan tunggu lagi.. keluarkan laptop atau buka komputer sekarang!
+buka Microsoft Word.
+tulis apa yang ada di dalam fikiran kita sekarang (kalau boleh tulis ebook dalam niche yang kita
mahu jual).
+kalau sekarang tengah fikir cara nak memancing (hobi), tulis ebook berkaitan memancing.
+kalau sekarang tengah fikir cara nak buat sate, tulis ebook cara nak buat sate.
+bila dah keluarkan semua isi dalam fikiran kita ni, biarkan semalaman.
+esok baru edit.
+lepas tu, 2 hari kemudian cuba tanya dalam Facebook, Whatsapp group, Telegram channel,
SMS rakan-rakan, upload gambar kat Instagram..
+siapa berminat nak tahu cara memancing?
+siapa berminat nak tahu cara buat sate?
+ada yang balas mesej kita, baru closing.
+dalam closing tu, nyatakan apa yang kita kongsikan.
+lepas tu bagi offer.
+beli terawal dapat diskaun harga ke, beli sekarang dapat produk percuma ke..
+akhir sekali baru tunjuk harga dan cara pembayaran.
+kalau takde jualan, bukan bermaksud ebook kita tak laku.
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
+mungkin kita tersalah promote kepada orang yang tidak perlu.
+atau, mungkin kita tersalah promote di tempat yang bukan banyak orang berminat dengan
produk kita.
Harap membantu. ☺
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
5 Steps - Tulis ebook buat pertama kali
Bagi yang mahu mula belajar menulis ebook, ikuti 5 langkah berikut:
1) Langkah Pertama
Kaji pelanggan yang kita mahu jual. Study masalah mereka, study bahasa mereka, study apa
yang mereka mahu baca dalam ebook kita.
2) Langkah Kedua
Tulis isi kandungan yang pelanggan mahu baca sahaja.
Isi landungan ini dipilih berdasarkan kajian pelanggan yang telah kita buat - iaitu apa masalah
utama pelanggan dan cara menyelesaikan masalah tersebut.
3) Langkah Ketiga
Tulis dahulu baru edit. Jangan banyak buang masa di bahagian editing. Tulis dahulu sampai siap.
Baru edit.
Nak edit pun, ada caranya. Selepas siap tulis ebook, biarkan ebook selama semalaman (peram
dahulu).
Esok atau lusanya, baru edit. Masa edit tu, baru kita nampak apa yang perlu dibuat dan apa
yang perlu ditambah.
4) Langkah Keempat
Bina e-cover untuk ebook. Kadang-kadang pelanggan tertarik dengan pandangan pertama iaitu,
e-cover ebook sebelum mereka membaca ebook kita.
E-cover ini boleh dibina menggunakan Photoshop mahupun Canva.com.
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
5) Langkah Kelima
Akhir sekali, baru fikirkan headline best-seller. Antara formula headline best-seller adalah
menerangkan penyelesaian masalah kepada pelanggan.
Kerana, pelanggan akan lihat 90% masalah mereka akan selesai apabila membaca headline
ebook kita buat pertama kali.
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
7 Langkah Siapkan Ebook Dalam Masa Kurang 5 Jam
Bagi memudahkan ebook kita siap dalam kurang 5 jam, ikuti 7 langkah ini.
Langkah-langkah ini disarankan oleh Adly Mukhtar, CEO Yosh.my dalam Forum Wangcyber:
==
Langkah #1 – Pilih Tajuk Ebook
==
Untuk menulis ebook, kita perlu ada tajuk. Daripada tajuk itu, kita sudah ada isi kandungan
yang mahu kita sampaikan kepada pembaca.
Sebaiknya, pilih tajuk ebook mengikut niche kesukaan kita.
==
Langkah #2 – Buat Draf Kasar
==
Ebook yang baik bermula dari strategi penulisan rangka. Iaitu, kita rancang dahulu apa yang kita
mahu tulis. Rangka isi kandungan ebook berdasarkan tajuk ebook yang kita pilih.
Untuk mencari idea isi kandungan, kita perlu ada pen dan kertas. Kita tidak boleh duduk
setempat ketika mencari idea. Idea mungkin datang ketika kita berjalan-jalan atau menonton
TV. Idea datang, terus catit.
==
Langkah #3 – Isi Kandungan, Huraian, Contoh
==
Setiap isi kandungan yang kita tulis, sertakan sekali contohnya.
Ia bertujuan untuk menambah pahaman pembaca tentang isi kandungan yang kita tulis.
Sebagai contoh, jika kita masukkan perkataan-perkataan seperti CTR atau Page Impression,
sertakan contoh yang membolehkan pembaca faham dengan terma-terma tersebut.
==
Langkah #4 – Masukkan Gambar Menarik
==
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
Selitkan penulisan kita dengan grafik yang menarik.
Ia bertujuan untuk mengurangkan kebosanan pembaca daripada melihat perkataan sahaja.
Selain itu, ia juga boleh menambah bilangan muka surat kita.
Masukkan gambar yang bersesuaian dengan isi kandungan yang kita sedang cerita ketika itu.
==
Langkah #5 – Tulis Bagi Pembaca Faham
==
Tulis dalam Bahasa Melayu Penuh. Jangan gunakan perkataan SMS semasa menulis ebook.
Dan, yang paling penting, tulis dalam bahasa yang pembaca mudah faham, jangan tulis ayat
tergantung dan meleret-leret. Bahagian ini penting kerana penulisan ebook kita dibaca ataupun
tidak.
==
Langkah #6 – Jangan Tulis Sampai Lengkap
==
Untuk penulisan ebook, jangan kita menulis sehingga lengkap ebook tersebut.
Tulis isi kandungan yang kita rangka terlebih dahulu. Jika kita sudah mula menjual ebook
tersebut, kita mahu masukkan isi yang baru, hanya tambah isi yang baru dan berikan ebook
update kepada pelanggan.
Mudah bukan?
==
Langkah #7 – Edit Ebook
==
Akhir sekali, sebelum kita siapkan ebook kita, edit ebook kita terlebih dahulu.
Untuk menyemak ebook kita, upah adik kita untuk membaca ebook kita. Ia bertujuan untuk
menyemak kesalahan ejaan. Jika tiada adik, cari orang yang boleh dipercayai untuk membaca
ebook kita.
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
Dan yang paling penting, minta kepada pakar untuk membaca ebook kita sebelum kita jual atau
edarkannya secara percuma. Daripada komen itu, kita boleh perbaiki lagi mutu ebook kita.
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
5 Teknik Cipta Tajuk Ebook Disukai Pembaca
Salah satu cara buat ebook kita terjual adalah mencipta tajuk ebook yang disukai pembaca.
Iaitu, tajuk yang pembaca tercari-cari selama ini. Sama ada untuk menyelesaikan masalah.
Ataupun, menjadi bacaan umum.
Pemilik blog Bina Blog Dot Com Sendiri, Zulhilmi Zainudin berkata,
"Salah satu elemen untuk menarik perhatian pembaca untuk mendapatkan ebook kita adalah
dengan menyuntik 'elemen rahsia' dalam tajuk ebook kita.
Buat pembaca tertanya-tanya tentang ebook kita."
==
Bagaimana Mencipta Tajuk Ebook Yang Disukai Pembaca?
==
Beliau menggariskan 5 teknik mudah mencipta tajuk ebook yang disukai pelanggan:
--
Teknik #1 - Gunakan Nombor
--
Pembaca lebih cenderung dan fokus terhadap tajuk yang mempunyai nombor di antara abjad.
Kerana, minda pembaca telah disetkan untuk membaca teks sahaja.
Apabila dimasukkan nombor, pembaca lebih tertarik untuk membaca tajuk ebook tersebut.
--
Teknik #2 - Cipta Soalan
--
Bina tajuk ebook kita dengan soalan. Apabila tajuk ebook yang kita bina itu adalah berbentuk
soalan, kita telah mencipta komunikasi dua hala di antara kita dengan pembaca.
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
Apabila pembaca merasakan kita bertanya soalan kepada mereka, sudah pasti mereka akan
menjawab soalan kita. Dengan cara membaca ebook kita.
--
Teknik #3 - Minta Pembaca Baca
--
Teknik ini kita meminta pembaca bertindak untuk membaca ebook kita. Manusia lebih terarah
untuk melakukan sesuatu apabila mendapat sesuatu arahan.
Antara tajuk ebook yang boleh kita tulis adalah; Tip SEO : Mari Mengenal Apa Itu Fail Robot.
--
Teknik #4 - Guna Perkataan Magis
--
Masukkan elemen magis dalam tajuk ebook. Antara perkataan magis adalah "Tip, Cara, Rahsia,
Strategi, Teknik..".
--
Teknik #5 - Tajuk Berbentuk Senarai
--
Cipta tajuk ebook yang berbentuk senarai. Kerana, pembaca boleh faham isi kandungan ebook
yang bersifat lengkap dan menyeluruh.
Contoh, "3 Keperluan Asas Sistem Blog WordPress Yang Anda Wajib Ada".
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
Bagaimana menulis tajuk ebook best-seller?
Apabila kita menulis ebook, sudah pasti kita mahu ebook yang kita tulis ini laku keras.
Laku keras bermaksud, kita dapat menjual ebook sebanyak mungkin dalam satu-satu tempoh
masa tertentu.
Sebagai contoh, kita mahu 10,000 jualan dalam masa 3 bulan.
==
3 Tip menulis tajuk ebook best-seller
==
Antara tip untuk menulis tajuk ebook best-seller adalah:
+ gunakan perkataan yang menyelesaikan masalah semasa menulis tajuk ebook.
+ supaya apabila prospek membaca buat pertama kali, mereka sudah faham,
+ "Oo.. Ebook ini membantu menyelesaikan masalah utama aku. Kena beli ni!"
==
3 Sebab - Kenapa perlu tulis tajuk ebook yang menyelesaikan masalah?
==
Tujuan kita menulis tajuk ebook yang menyelesaikan masalah adalah:
1) Orang membeli kerana mahu menyelesaikan masalah utama mereka.
2) Apabila prospek membaca tajuk ebook yang menyelesaikan masalah mereka, mereka
nampak ebook kita sudah menyelesaikan 90% masalah utama mereka.
3) Kita mudah membuatkan prospek membuat keputusan untuk membeli kerana ebook kita
khusus untuk menyelesaikan 1 jenis masalah yang spesifik kepada 1 jenis pelanggan yang
spesifik.
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
==
Contoh cara mencipta tajuk ebook best-seller
==
Sebagai contoh, kita mahu menulis ebook kuruskan badan.
Tajuk ebook best-seller yang boleh kita cipta adalah:
Bagaimana mengurangkan 5 kilo setiap bulan tanpa perlu pergi ke gim dengan 7 teknik
senaman ini dengan hanya melakukannya di rumah selama 15 minit setiap hari.
Ebook ini kita tulis kepada orang yang mempunyai berat badan melebihi 90 kg dan berhasrat
mahu turunkan berat badan tanpa perlu keluar dari rumah.
==
Tip memilih tajuk ebook best-seller
==
Kita mungkin tidak dapat mencari tajuk ebook best-seller dengan sekali percubaan sahaja.
Seperti yang diajarkan oleh Tuan Aqif Azizan kepada saya, cara terbaik mencari tajuk ebook
best-seller adalah mencipta sekurang-kurang 15-30 tajuk untuk satu-satu ebook.
Apabila kita mempunyai lebih banyak tajuk ebook, mudah untuk kita kaji mana satu tajuk yang
mendapat sambutan orang ramai.
Jika tajuk A tidak memberangsangkan, kita tukar kepada tajuk B.
Lakukan langkah ini sehingga kita berjaya mencari tajuk ebook yang best-seller.
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
3 Teknik penulisan ebook (Bahagian 1)
Bagi yang baru berjinak mahu menulis ebook, boleh amalkan salah satu cara berikut daripada 3
teknik berikut:
a) Teknik penceritaan dari A-Z
Ilmu ni saya pelajari daripada Ammar Zahar ketika bersama-sama dengan tim beliau pada 2
tahun lepas.
Apa yang Ammar Zahar ajarkan:
+ Untuk menulis sebuah ebook, bayangkan kita mahu pergi dari poin A ke poin B.
+ Sepanjang perjalanan dari poin A ke poin B, apa yang perlu kita buat untuk sampai ke
destinasi (poin B).
+ Perjalanan itu yang akan kita tulis di dalam ebook.
Contoh:
Sempena menyambut hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi, kita mahu membuat persiapan
balik ke kampung.
Bayangkan poin A adalah rumah kita. Dan, poin B adalah kampung halaman kita.
Jadi, sepanjang perjalanan mahu pulang ke kampung (dari poin A ke poin B), kita akan lakukan:
- kemas rumah.
- beli baju raya.
- membuat bajet pulang ke kampung.
- melihat trafik lalu-lintas di lebuhraya.
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
- masak masakan sempena hari raya.
- rancang aktiviti yang boleh dibuat semasa di kampung.
Dan, macam-macam lagi.
==
Aktiviti sepanjang perjalanan itu yang akan kita tulis di dalam ebook
==
Kesimpulannya, keluarkan segala isi kandungan yang kita mahu masukkan di dalam ebook
berdasarkan Teknik Penulisan A-Z ini.
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
3 Teknik penulisan ebook (Bahagian 2)
Teknik kedua ini, saya pelajari dengan Aqif Azizan semasa sesi one-to-one Personal Coaching
Bisnes Ebook pada Disember 2014 yang lalu.
Di dalam perjumpaan ini, beliau telah kongsikan kepada saya cara yang paling mudah untuk
menulis ebook.
Caranya:
1) Tetapkan 1 tajuk yang saya mahu kongsikan dalam 1 bulan (30 hari).
2) Kemudian, kongsikan artikel berkaitan dengan tajuk yang telah kita tetapkan secara
konsisten selama 30 hari.
3) Pada hari ke-31, kita boleh membuka pra-jualan untuk ebook terbaru kita.
4) Content? - Kita kumpul kembali artikel-artikel yang telah kita kongsikan sepanjang 30 hari
yang lalu.
5) Semasa membuka pra-jualan tersebut, tawarkan harga lebih murah daripada harga asal
seperti diskaun separuh harga serta ebook bonus untuk setiap pembelian.
Teknik ini bukan sahaja berkesan. Malah kata Aqif Azizan, kita tidak perlu validate pun untuk
menjual ebook ini.
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
3 Teknik penulisan ebook (Bahagian 3)
Pernah dengar KJ Method?
Kaedah ini dipopularkan oleh Zamri Mohamad, penulis buku 'Tips Menjadi Penulis Bestseller'.
Saya tidak berapa mahir tentang KJ Method ini.
Tapi, apa yang saya faham, teknik KJ Method adalah mengasingkan bab dalam buku menjadi
lebih kecil.
Sebagai contoh, kita mahu menulis ebook tentang pengurusan kewangan.
Menggunakan teknik KJ Method, kita akan mengasingkan bab dalam ebook pengurusan
kewangan:
1) Cara nak urus kewangan dengan betul.
2) Asas pengurusan kewangan.
3) Apa yang perlu dibuat untuk menjadi kaya.
Kemudian, daripada bab utama ni, kita kecilkan lagi;
Contoh:-
a) Cara nak urus kewangan dengan betul
- berapa banyak kena simpan.
- berapa banyak boleh buat pinjaman.
- lepas dapat gaji, kena bayar apa dulu.
Daripada bab-bab kecil ini, kita akan tulis huraian tentang bab tersebut.
Teknik KJ Method ini mudah, kerana kita tidak perlu tulis semua bab dalam masa satu hari.
Kalau ada masa, ambil mana-mana bab yang kita suka, dan mula menulis. Dengan teknik KJ
Method ini, Zamri Mohamad boleh menyiapkan 4-5 bukunya dalam masa 1 tahun.
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
Cara nak tulis ebook 1
Jika tidak tahu nak tulis apa, mulakan dengan pengenalan @ pendahuluan.
Di bahagian Pengenalan ni, kita boleh tulis sikit sinopsis ebook.
Biasanya, saya akan cerita sedikit isi kandungan ebook saya.
Bab 1 cerita apa, bab 2 cerita apa.
Kadang-kadang, ada juga cerita sebab kenapa ebook ini ditulis. Selalunya, akan cerita masalah
pelanggan yang bertanya.
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
Cara nak tulis ebook 2
Selepas pengenalan, kita boleh masukkan isi kandungan pertama ebook.
Biasanya di bahagian ini, kita akan tulis content berdasarkan step-by-step (step pertama dan
seterusnya).
Kita akan kongsikan cara untuk menyelesaikan masalah dari mula (step pertama) hingga akhir
(step terakhir).
Cara penyelesaian boleh ditunjukkan dalam bentuk teori mahupun praktikal (tutorial
bergambar).
Bagi pertama kali menulis ebook, jangan terlalu terikat dengan format penulisan. Tiada format
khusus untuk menulis ebook (buat masa sekarang).
Tetapi, jika masih ragu-ragu, boleh semak ebook orang lain sebagai rujukan.
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
Cara nak tulis ebook 3
Masukkan gambar.
+ Gambar yang sesuai, boleh dimasukkan ke dalam ebook kita tersebut.
+ Pembaca bukan sahaja melihat ayat dan perkataan, tetapi mereka juga melihat gambar.
+ Seperti di Facebook, pelanggan kita akan seronok membaca ebook kita jika disertakan sekali
gambar.
+ Gambar yang kita kepilkan, boleh jadi gambar tutorial mahupun gambar contoh.
+ Apabila pembaca ebook kita melihat gambar, mereka lebih mudah faham dengan apa yang
kita sampaikan.
Jadi, mereka tidak perlu untuk membayangkannya di dalam kotak fikiran mereka. Gambar yang
kita sertakan sudah cukup membantu.
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
Cara nak tulis ebook 4
Selang-seli dengan kenyatan atau petikan orang lain.
Nak tulis ebook, tidak semestinya datang daripada idea kita.
Boleh jadi, content atau bahan yang kita mahu tulis di dalam ebook datangnya dari petikan atau
kenyataan orang lain <-- content orang lain.
Apa yang boleh kita buat, jangan copy-paste sebijik-sebijik content tersebut.
Tetapi, kita tulis semula content dan kemudiannya re-credit kepada penulis asas.
Dengan teknik ini, kita tidak mencuri hak cipta orang lain secara terang-terangan.
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
Cara nak tulis ebook 5
Gaya penulisan.
Penulisan ebook boleh ditulis dalam 2 bentuk gaya penulisan:
1) Bahasa Melayu Penuh
2) Santai
Ketika saya belajar dalam bidang penulisan (secara tidak formal), saya diajar untuk menulis
dalam Bahasa Melayu Penuh.
Iaitu, penulisan menggunakan perkataan Bahasa Melayu sepenuhnya.
Jadi, sudah menjadi kebiasaan untuk saya menulis dalam bentuk format Bahasa Melayu Penuh
untuk setiap ebook yang saya tulis.
Selain daripada menggunakan Bahasa Melayu Penuh, kita juga boleh menulis dalam bahasa
yang lebih santai dan sempoi.
Saya kategorikan penulisan ini sebagai 'bahasa kampung'.
Sebab, kita menulis seperti bercakap dengan orang (seperti bersembang dengan orang).
Untuk ebook yang kita mahu tulis, kita boleh guna di antara salah satu gaya penulisan di atas.
==
Nota Kaki
==
Gaya penulisan boleh ditulis mengikut keselesaan kita ketika menulis.
Ada orang, boleh menulis dalam bentuk Bahasa Melayu Penuh, tetapi kurang dalam penulisan
santai (seperti saya, hehe.. :-) )
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
Ada orang suka menulis secara santai (seperti bercerita).
Jadi, lihat kepada kecenderungan gaya penulisan kita;
+Lebih kepada Bahasa Melayu Penuh,
+Atau, dalam bentuk penceritaan.
==
Kesimpulannya..
==
Ada pembaca, suka membaca content yang bermaklumat (menggunakan Bahasa Melayu
Penuh).
Ada pembaca suka membaca cerita yang lebih ringan (penulisan secara santai dan sempoi).
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
Cara nak tulis ebook 6
Bentuk penulisan ebook.
Bagaimana nak tulis ebook yang disukai pembaca?
Banyak cara yang boleh kita buat untuk menulis ebook.
Antaranya:
1# Tulis dalam bentuk content
2# Tulis dalam bentuk cerita
3# Tulis dalam bentuk tip
4# Tulis dalam bentuk format penulisan buku
5# Tulis dalam bentuk gambar tutorial
Setiap daripada bentuk-bentuk penulisan ini, ada kelebihan dan kekurangannya.
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
Cara nak tulis ebook 7
1# Tulis dalam bentuk content
+ Content adalah kandungan maklumat yang bermanfaat dan membantu menyelesaikan
masalah.
+ Biasanya, penulisan dalam bentuk content ditulis seperti sebuah artikel.
+ Di mana, di atas sekali ada headline, diikuti pendahuluan, sub-headline 1 dan huraian isi
kandungan 1.
+ Kemudian tambah content dengan memasukkan isi kandungan kedua, ketiga dan seterusnya
(bergantung kepada berapa banyak content yang kita mahu kongsi).
+ Akhir sekali, buat kesimpulan di bahagian penutup.
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy
45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
Cara nak tulis ebook 8
2# Tulis dalam bentuk cerita
Manusia suka mendengar cerita. Sudah menjadi lumrah manusia untuk mendengar cerita
daripada orang lain.
Cerita sedih. Cerita gembira. Cerita inspirasi, semuanya orang mahu tahu.
Begitu juga dalam penulisan ebook. Sampaikan maklumat dalam bentuk cerita.
Daripada cerita yang kita kongsikan, pembaca dapat membayangkan apa yang kita sampaikan
melalui penceritaan tersebut.
Cerita yang kita mahu kongsikan boleh jadi datangnya daripada pengalaman kita sendiri. Atau,
cerita pengalaman dari orang lain.
Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy