The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

45 Tip - Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzuddin_odd, 2021-07-30 03:43:09

45 Tip - Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah

45 Tip - Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah

45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah

Cara nak tulis ebook 9

3# Tulis dalam bentuk tip
Ebook juga boleh ditulis dalam bentuk tip.
Setiap satu bullet-point, adalah satu tip.
Bullet-point boleh ditulis (mewakili) nombor - 1) 2) 3), hashtags - #1 #2 #3, simbol
tambah dan tolak - + -, atau huruf - a) b) c).
Penulisan dalam bentuk tip lebih mudah dibaca.
Kerana, setiap poin ditulis pendek-pendek.
Kemudian, ia memudahkan pembaca membaca dari atas hingga ke bawah.
Ini akan menarik minat pembaca untuk membaca ebook kita dari satu perenggan ke
perenggan yang lain.

Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy

45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah

Cara nak tulis ebook 10

4# Tulis dalam bentuk format penulisan buku
Biasa membaca buku? Mesti dah biasa dengan format-format penulisan buku, kan? Jadi, kita
boleh guna format penulisan buku ketika menulis ebook.
Antara format penulisan buku adalah:
1) Tajuk besar - biasanya tajuk untuk setiap bahagian ebook.
2) Pendahuluan.
3) Subheadline - tajuk kecil untuk setiap bahagian ebook.
4) Isi kandungan - huraian untuk setiap subheadline.
5) Ulangi subheadline + isi kandungan untuk setiap content dalam tajuk besar.

Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy

45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah

Cara nak tulis ebook 11

5# Tulis dalam bentuk tutorial bergambar
Jika ebook kita lebih kepada praktikal atau teknikal, digalakkan untuk menulis ebook tutorial
bergambar.
Banyakkan gambar daripada perkataan. Kerana, kita mahu pembaca lebih faham melalui
gambar berbanding perkataan.

Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy

45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah

7 Tip Pantas Tulis Ebook

1) Cipta tajuk ebook yang menyelesaikan masalah utama pelanggan.
2) Isi kandungan ebook berkaitan dengan tajuk ebook.
3) Masukkan Pengenalan/Pendahuluan, Isi Kandungan + Huraian + Contoh, dan Penutup.
4) Tulis ebook menggunakan Bahasa Melayu Penuh. Jangan masukkan perkataan SMS dalam
ebook.
5) Guna perkataan yang difahami pelanggan. Contoh, antara cara buat duit dengan mudah di
Internet adalah menjual produk digital.
Tukar kepada;
Antara cara buat duit dengan mudah di Internet adalah menjual ebook, video, audio ataupun
slideshow.
6) Setiap perenggan, hadkan 3 baris ayat sahaja. Masuk baris ayat ke-4, masuk perenggan baru.
7) Teknik menulis ebook dalam masa kurang 3 jam adalah tulis sampai siap. Baru edit perkataan
dalam ebook.

Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy

45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah

5 Tip Ebook Siap Kurang 5 Jam

Untuk siapkan ebook, amalkan 5 tip ini.
Tip ini diambil dari page Tips Penulisan, milik Shah Othman.
1) Tulis ebook dahulu, edit ebook kemudian.
2) Orang yang baru menulis ebook akan menulis sedikit kemudian edit.
3) Selepas tu, sambung balik menulis.
4) Kaedah ini memakan masa yang panjang dan melambatkan karya ebook itu siap.
5) Untuk siapkan ebook dalam masa kurang 5 jam, tulis dahulu, tulis dan tulis sehingga habis.
Dah siap, baru edit.

Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy

45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah

Bagaimana menulis ebook yang memberi pulangan
sehingga ribuan ringgit dalam masa 30 hari?

Antara model bisnes yang rendah kosnya adalah bisnes ebook. Tetapi, pendapatan yang
diperoleh daripada model bisnes ini lumayan berbanding dengan kos yang dikeluarkan.

Berikut adalah kajian kes sebenar bagaimana ebook ‘Mudahnya Jual Produk Kurang 7 Saat’
terjual ribuan ringgit dalam masa 3 minggu.

===
Jualan Ribuan Ringgit Dalam Masa 3 Minggu
===

Aqif Azizan, pengasas Write to Wealth ada menceritakan 7 sebab kenapa ebook ‘Mudahnya Jual
Produk Kurang 7 Saat’ boleh terjual ribuan ringgit dalam masa 3 minggu:

1) Sebagai pemilik bisnes ebook, keutamaan kita adalah menghasilkan ebook yang memenuhi
keperluan pasaran dan kemampuan diri.

2) Ebook yang laku keras adalah ebook yang mendapat hasil selepas mempraktikkan hasil
seperti yang dikongsi dalam ebook.

3) Terdapat banyak testimoni kejayaan pembaca selepas membaca ebook tersebut seperti
peningkatan hasil jualan dan servis.

4) Aqif Azizan menekankan, penting untuk kita mengolah informasi yang penting sahaja semasa
menulis ebook.

5) Hal ini kerana, psikologi pembaca tidak mempunyai banyak masa untuk membaca matlumat
yang panjang berjela-jela.

6) Untuk mencapai tahap sehingga menjadi ebook laku keras, gunakan bajet pengiklanan sedia
ada untuk mempromosikan ebook selain mengharapkan ejen dan rakan ‘joint-venture’.

7) Apabila ebook tersebut mencapai kualitinya, orang ramai akan berebut-rebut untuk bercerita
kepada orang lain dengan sendirinya.

Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy

45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
Kesimpulannya, ebook yang bagus dan laku keras adalah ebook yang membantu pelanggan
menyelesaikan masalah dengan cara yang difahami oleh pelanggan.

Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy

45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah

Bahagian 2

(Jual Ebook)

Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy

45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah

1 Strategi – Tulis Ebook Dan Jual

Ketika rata-rata orang mencari jalan penyelesaian untuk bebas kewangan, kita buat 5 perkara
ini.

Strategi ini sesuai buat mereka yang mahukan banyak wang, untuk bayar hutang dan bebas
dengan masa (sebab banyak wang).

Strategi ini dinamakan strategi BLOOK. Antara strategi yang disampaikan oleh pemilik blog
Studio Aksara adalah..

==
Rancang Ebook Yang Mahu Dijual
==

Untuk menghasilkan jualan ebook yang berjuta-juta nilainya, kita rancang dulu tajuk ebook
yang mahu kita terbit dan jual.

Apabila kita sudah ada tajuk ebook yang mahu kita terbit, mudah untuk kita mencari bab-bab
dalam ebook tersebut.

Masa jimat, ebook siap.

==
1 Hari 1 Bab
==

Sekarang, tulis 1 bab setiap hari untuk topik yang mahu kita terbitkan.

Dalam masa 30 hari, kita sudah ada 30 bab. Ini bermakna, cukup untuk
terbitkan sebuah ebook.

Untuk menjayakan ebook ini, kita perlu konsisten menulis 1 bab setiap hari.

==
Promosi Kepada Target-Market
==

Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy

45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
Langkah seterusnya adalah mencari pembaca baru.
Selepas kita meletakkan bab tersebut ke dalam blog kita, sebarkan artikel bab tersebut melalui
blog orang lain, forum dan juga media sosial (seperti Facebook, Twitter, Instagram).
Apabila kita sudah mengumpul pembaca baru dari awal, mudahkan untuk kita tukarkan
menjadi pembeli.
==
Buat Pra-Pelancaran
==
Selepas siap bab-bab tersebut, pakejkan ia menjadi satu ebook. Caranya, tukar format ebook
kita kepada bentuk PDF.
Kemudian, buat pengumuman untuk beritahu bahawa kita akan melancarkan ebook tersebut.
Harga minimum untuk ebook tersebut adalah sebanyak RM20. Jika ada penambahan dari segi
isi kandungan dan bonus, boleh naikkan harga ebook tersebut.
==
Konsisten – Hasilkan Banyak Ebook!!
==
Jika mahu memperoleh pendapatan yang banyak melalui strategi blook ini, ulang langkah-
langkah di atas.
Formula untuk menjadi kaya dengan ebook adalah kuantiti. Semakin banyak ebook yang kita
hasilkan, semakin tinggi potensi pendapatan yang boleh kita dapat.

Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy

45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah

3 Cara Buat Pendapatan Pasif Melalui Bisnes Internet

Pendapatan pasif adalah pendapatan yang diperoleh daripada aktiviti yang buat sekali, tetapi
pendapatan, berkali-kali.
Maksudnya, kita hanya buat kerja sekali, tetapi setiap bulan, kita mendapat hasil.
===
Jual Ebook - Pendapatan Konsisten Setiap Bulan
===
3 cara yang diajar dalam blog Rajakamil.biz untuk mendapatkan pendapatan pasif adalah:
1) Buat satu laman web, kemudian letak iklan. Setiap bulan kita dapat bayaran.
2) Pilih salah satu produk. Review produk tersebut menggunakan video. Kemudian, muat naik
video tersebut ke Youtube. Dari masa ke semasa, akan dapat bayaran. Walaupun video
tersebut sudah di muat naik terlalu lama.
3) Buat ebook dan kemudiannya jual. Setiap bulan, kita akan mendapat pendapatan melalui
jualan ebook tersebut. Walaupun ebook tersebut kita sudah tulis 2-3 tahun yang lepas.

Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy

45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah

5 Teknik Buat Duit Dengan Menulis

Menulis adalah salah satu cabang daripada cara buat duit.

Di mana, kita boleh menulis artikel dan hantar artikel tersebut ke surat khabar atau majalah
yang memerlukan ‘content’ tersebut. Daripada situ, kita akan dibayar mengikut kadar yang
telah ditetapkan.

Aqif Azizan, pengasas Write to Wealth ada menyentuh bab ini di dalam blog beliau. Beliau
tekankan 5 tip penting sebelum memulakan aktiviti buat duit dengan menulis:

==
Tip #1 – Jaga Bahasa
==

Elakkan menulis menggunakan perkataan-perkataan SMS atau singkatan ketika menulis untuk
membuat duit.

Contohnya, perkataan ‘yang’ ditulis ‘yg’, perkataan ‘dengan’ ditulis ‘dgn’ dan banyak lagi
perkataan SMS yang boleh kita dapat diluar sana.

Beliau tekankan kepada kita yang beliau sakit kepala untuk membaca perkataan-perkataan
seumpama begitu.

==
Tip #2 – Penulis Bukan Editor
==

Jangan takut untuk membuat salah ketika menulis. Kerana kita bukan seorang editor. Tugas
penulis adalah menulis. Tugas editor adalah menukar perkataan yang salah.

Kita tulis untuk sampaikan matlumat yang bermanfaat kepada orang lain. Tugas ‘editing’
berikan kepada orang yang selayaknya.

==
Tip #3 – Banyak Belajar
==

Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy

45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
Untuk berjaya dalam dunia buat duit dengan menulis, kita perlu belajar dengan guru. Ini akan
mempercepatkan proses kita berjaya dalam dunia buat duit dengan menulis.
Aqif Azizan berkongsi maklumat, bahawa beliau mempunyai pelbagai guru dalam bidang
penulisan. Setiap guru beliau ada pelbagai aspek dalam bidang penulisan.
==
Tip #4 – Berkawan Dengan Ramai Penulis
==
Untuk mengekal momuntem menulis, cari dan tanya orang sekeliling untuk kita berada dalam
satu bulatan yang sama, iaitu suka menulis dan buat duit dengan menulis.
Secara tidak langsung, kita akan termotivasi untuk menulis secara konsisten.
===
Tip #5 – Model Bisnes Yang Mahu Diceburi
===
Akhir sekali, pilih model bisnes yang mahu kita masuki. Aqif Azizan tunjukkan 4 jenis model
bisnes menulis yang boleh diceburi:
1) Tulis buku dan jual.
2) Tulis skrip dan jual.
3) Tulis lirik lagu dan jual.
4) Tulis ebook dan jual.
Pilih salah satu model bisnes di atas, dan mulakan buat duit dengan menulis.

Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy

45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah

Bagaimana Jual Ebook Boleh Untung RM150k Dalam
Seminggu

Bagi yang menjual produk digital, khususnya produk informasi, keuntungan yang kita peroleh
adalah 100% milik kita.

Fakta ini dikuatkan lagi dengan kenyataan yang dibuat oleh Raja Kamil di group Geng STP,
berdasarkan jualan Firesales Amal:

==
9 TIP – Buat Untung 6 Angka Dalam Masa 7 Hari!
==

1) Jual produk digital, keuntungan produk hampir 100%.

2) Jual produk informasi berpotensi menjana pendapatan 6 angka (RM150k dalam seminggu).

3) Penggunaan Elemen of Sarcastic meningkatkan jualan dari RM20k ke RM50k (pastikan betul,
bukan tipu-tipu punya).

4) Pembeli yang membuat pembayaran ke Maybank dan CIMB, nisbahnya adalah 2:1.

5) Jumlah pelawat seramai 39,000.

6) 62% pelawat datangnya daripada pengguna telefon bimbit pintar (mobile site penting untuk
laman web sekarang).

7) 60% pelawat datangnya daripada Facebook (Pemasaran Facebook masih boleh digunakan).

8) Hari Selasa adalah hari yang paling ramai pelawat datang (berbanding hari-hari lain).

9) Lebih RM8,000 dibayar melalui Paypal.

PS : Produk digital/informasi yang dijual semasa Firesales Amal tempoh hari merangkumi ebook
dan video.

Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy

45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah

Bagaimana mahu berjaya dalam bidang penulisan
ebook?

Ini pesan guru saya:
--
#1 Konsisten
--
Sentiasa berlatih setiap hari. Tajamkan kemahiran penulisan dengan latihan yang berterusan.
Kejayaan tidak datang dengan sekali cubaan. Ia datang dengan usaha yang gigih.
--
#2 Usaha giler-giler
--
Berusaha bersungguh-sungguh. Tanamkan semangat mahu berjaya dalam bidang penulisan.
Sentiasa tidak berhenti usaha sehingga mencapai apa yang kita mahukan.
--
#3 Bersabar
--
Kejayaan tidak datang dalam masa satu malam. Tetapi, kejayaan boleh dicapai dengan usaha
dan konsisten yang berterusan. Sabar menjadi kunci untuk mencapai kejayaan.

Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy

45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah

Bagaimana mahu buat pelanggan teruja untuk membeli
ebook kita?

Kenal pelanggan, dan fahami masalah pelanggan.

+Pelanggan membeli kerana mahu menyelesaikan masalahnya.

+Pelanggan membeli kerana mahu menambah semangatnya.

+Pelanggan membeli kerana mahu menambah nilai dalam hidupnya.

Begitu juga dengan ebook kita.

Apabila ebook kita menerangkan cara untuk menyelesaikan masalah, pelanggan teruja mahu
membeli ebook kita.

==
Kenal pelanggan, tahu content yang membantu menyelesaikan masalah pelanggan
==

Sebagai contoh, kita mahu menulis ebook kepada wanita yang bekerjaya, mahu kuruskan badan
tetapi tidak sempat untuk bersenam (sebab shift kerja asyik bertukar).

Jadi, penyelesaian masalah yang boleh kita bagi adalah:

+Menu-menu sihat untuk kurangkan berat badan.

+Aktiviti-aktiviti senaman yang boleh dilakukan di tempat kerja.

+Buat perkara yang boleh mengeluarkan peluh; seperti menggunakan tangga untuk naik ke
tingkat atas, atau meletakkan kenderaan jauh daripada tempat kerja.

+Senarai kerja rumah yang banyak membakar kalori lemak.

+Pantang-larang ketika menguruskan berat badan.

Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy

45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
Daripada isi-isi ini, kita buat ebook yang dapat bantu menyelesaikan masalah pelanggan.

Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy

45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah

Bagaimana nak menjual ebook buat pertama kali?

Saya pernah tanyakan soalan ini kepada Tuan Aqif Azizan.
"Bagaimana nak menjual ebook, Tuan Aqif?"
"Promosi di Facebook. Dan hantar ebook melalui Facebook Chat," jawab Tuan Aqif Azizan.
==
Mula dengan apa yang ada ditangan dahulu
==
Pada mulanya, saya ingat susah juga nak jual ebook ni. Ye la, nak kena ada laman web, borang
tempahan, baru boleh jual.
Tapi, Tuan Aqif Azizan telah menunjukkan jalan yang paling mudah, iaitu hantar melalui
Facebook Chat.
Jadi, jangan sempitkan fikiran kita kalau tiada laman web atau minisite, kita tidak boleh jual
ebook.
Jadikan permulaan ini sebagai pencetus semangat untuk kita berjaya dalam dunia bisnes ebook.
Mula dengan apa yang ada di tangan kita dahulu. Kemudian, ada modal, kembangkan ia dengan
minisite atau laman web yang mempunyai borang tempahan.
Bila dah dapat rentak, kan mudah untuk kembangkan bisnes ebook ini, bukan? ☺

Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy

45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah

Kenapa ada ebook yang orang cari dan banyak
jualannya?

Menulis ebook ibarat kita membantu orang yang lapar dan kemudiannya kita bagi makan
sehingga mereka kenyang.

Kita bantu mereka menyelesaikan masalah sehingga selesai. Tidak tergantung. Dan tidak juga
terputus-putus.

==
3 Cara menulis ebook yang orang cari dan deras jualannya
==

1) Membantu menyelesaikan masalah pelanggan

Fokus utama kita menulis ebook adalah untuk membantu menyelesaikan masalah pelanggan.

Kita tidak akan sesekali menulis ebook yang pelanggan tidak mahu baca. Iaitu, ebook yang kita
fikir orang mahu baca tetapi sebenarnya tidak.

Ebook yang dicari pembaca adalah ebook yang mampu menyelesaikan masalah utama mereka.

Sebagai contoh, orang yang mahu kuruskan badan akan mencari ebook yang menunjukkan
cara-cara untuk kurus.

2) Tunjukkan cara untuk pelanggan selesaikan masalahnya

Tunjukkan cara sejelas-jelasnya kepada pelanggan. Kita mahu pelanggan faham dan mampu
untuk membuat apa yang kita kongsikan di dalam ebook.

Jika isi kandungan kita melibatkan perbuatan, tunjukkan dalam bentuk demo (gambar tutorial).

Jangan bagi pelanggan kita tertanya-tanya bagaimana mahu menyelesaikan masalah tersebut.

3) Jika tidak cukup, tambah dalam bentuk bab bonus

Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy

45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
Kita kena faham, bukan semua perkara boleh kita tulis dalam satu bab.
Jalan penyelesaiannya, tambah isi melalui bab bonus.
Apabila kita menambah bab bonus ini di dalam ebook kita, pelanggan akan lihat nilai yang lebih
jika mereka membeli ebook kita.
Kita bukan sahaja memberi isi kandungan yang utama, tetapi juga kita menambahh isi
kandungan tambahan.
==
7 Tip menulis ebook best-seller
==
a) Kaji masalah utama pelanggan.
b) Daripada kajian ini, kita akan kaji cara penyelesaian untuk membantu pelanggan.
c) Apabila kita sudah membuat kajian, kita tahu apa yang pelanggan mahu baca.
d) Aktiviti ini akan mengurangkan potensi untuk pelanggan tidak membeli ebook kita.
e) Cuba sampaikan cara penyelesaian dalam bentuk yang pelanggan mudah fahami.
f) Jangan bebankan pelanggan dengan istilah atau cara yang pelanggan tidak faham.
g) Tujuan kita menulis ebook adalah untuk membantu pelanggan menyelesaikan masalah
utama mereka.

Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy

45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah

Mudahnya Buat Duit Dengan Ebook!

Siapa kata nak buat duit dengan ebook itu susah? Tak payah fikir susah-susah nak jual ebook
berbayar. Bagi sahaja ebook percuma. Dari situ, kita boleh juga buat duit.

==
6 Strategi MUDAH Jual Ebook
==

Strategi ini saya peroleh dari laman web Blog.smartusaha.com. Apa yang boleh kita pelajari
daripada penulis blog tersebut, Mohd Zulfadli adalah:

==
#1 Buat Servis Pengiklanan
==

Dalam ebook percuma tersebut, kita masukkan nama-nama penaja yang beriklan bersama kita.

Sebelum kita siapkan ebook percuma, tawarkan ruangan iklan kepada peniaga-peniaga atau
usahawan yang mahu mempromosikan produk mereka.

==
#2 Tawarkan Produk Affiliate
==

Diakhir ebook kita, letakkan link Affiliate produk yang kita sertai. Walaupun ebook percuma,
tetapi isi kandungannya mesti yang bermanfaat dan menyelesaikan masalah pelanggan.

Apabila ada pembaca yang membeli melalui link Affiliate kita, kita akan mendapat komisen.

==
#3 Tawarkan Produk Sendiri
==

Strategi ini sama dengan strategi #2. Cuma, bezanya adalah produk yang kita promosikan
adalah produk sendiri. Jika produk sendiri, keuntungan yang kita peroleh adalah 100%.

Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy

45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah

==
#4 Ambil Database
==

Ambil emel pembaca. Jangan beri ebook secara percuma.

Sebaliknya, wajibkan pembaca mengisi nama dan emel sebelum mereka memuat turun ebook
percuma. Cara buat duit melalui strategi ini adalah mempromosikan produk melalui emel pada
kemudian hari.

==
#5 Upsell Produk
==

Letak ebook percuma di hadapan laman web kita. Untuk dapat ebook percuma ini, prospek
perlu mengisi nama dan emel.

Selepas mengisi nama dan emel, prospek akan dibawa ke satu laman/page Terima Kasih. Dalam
laman tersebut, tawarkan mereka “special offer” atau “one time offer”.

==
#6 Kongsi Sebahagian Isi
==
Jangan kongsi semua isi kandungan/content.

Untuk mendapat sebahagian isi kandungan yang lain, pembaca/pelanggan/prospek kena
mendapatkannya dalam versi yang berbayar.
Jadi, dalam ebook percuma itu nanti, promosikan ebook, video atau kursus yang berbayar.

Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy

45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah

Rahsia Jana RM1,000 Sebulan Dengan Ebook

Ebook adalah salah satu cara paling mudah untuk membuat duit di Internet. Pada hari ini, untuk
memulakan bisnes ebook tidak menjadi mustahil.
Kerana, modul untuk membuat sebuah ebook tidak terlalu tinggi.
Cukup memiliki sebuah komputer atau laptop, dan sambungan Internet, sebuah ebook dapat
disiapkan. Kemudian, boleh dijual melalui Facebook atau Blog.
===
Ebook – Paling Senang Buat Duit
===
Suzardi Maulan, pemilik blog Pakdi.net, berpesan;
“Pada hari ini, kita dikelilingi dengan dunia tanpa sempadan, iaitu Internet.
Banyak cara yang boleh kita gunakan untuk mendapat RM1,000 sebulan melalui Internet.
Salah satu caranya adalah dengan menjual ebook.
Rugi rasanya apabila seseorang itu tidak dapat membuat duit melalui Internet hatta RM1
sekalipun.”

Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy

45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah

Tip Penulisan – Bagaimana Mahu Menjadi Kaya Dengan
Menulis Ebook?

Ebook adalah salah satu cara untuk kita sampaikan dan berkongsi ilmu.

Ebook juga boleh menjadi mata pencarian utama jika kita pakai memanipulasi pasaran ebook.

Sepanjang menjadi trainer untuk Penulisan Ebook, kami banyak menerima soalan-soalan
berkaitan dengan ebook. Antaranya adalah,

“Bagaimana menulis sebuah ebook?”

Untuk jawapan soalan ini, Aqif Azizan ada menjawabnya di dalam blog beliau, aqifazizan.com.

==
Tip #1
==

Untuk menulis ebook, kita perlu banyak membaca.

Antara bahan yang boleh kita baca adalah buku. Untuk pemilihan buku, kita tidak boleh
memilih buku yang kita suka.

Sebaliknya, pilih buku yang kita mahu kuasai ilmunya. Sebaiknya, pilih satu topik sahaja yang
mahu kita kuasai.

Sebagai contoh, kita mahu kuasai ilmu marketing. Pilih buku-buku yang berkaitan dengan
marketing. Setiap hari, kita baca 1 buah buku marketing.

==
Tip #2
==

Sebagai permulaan, mulakan menulis ebook dengan 1 hari 1 muka surat. Percaya atau tidak,
ketika kita sudah menulis ebook, kita boleh menulis lebih dari 1 muka surat.

Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy

45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah
Apa yang perlu kita tulis? Maklumat-maklumat yang kita dapat daripada pembacaan buku yang
kita baca.
==
Tip #3
==
Bagi mempercepatkan menulis ebook, kita perlu berkawan dengan ramai penulis.
Mula berkenalan dengan rakan-rakan yang meminati bidang penulisan ebook. Apabila kita
sudah bersahabat dengan mereka, lebih banyak idea dan karya boleh terhasil.

Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy

45 Tip – Tulis & Jual Ebook Dengan Mudah

Penutup

Terima kasih saya ucapkan kepada anda kerana berjaya membaca ebook ini sehingga habis.
Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat anda gunakan untuk mula menulis ebook dan
menjana pendapatan dengan menjual ebook.
Setiap kejayaan itu bermula dengan langkah pertama. Ikuti tip satu-persatu di dalam ebook ini
sehingga anda berjaya menghasilkan ebook yang pertama.
Untuk permulaan, jangan takut untuk membuat kesilapan. Tugas kita sebagai penulis adalah
menulis. Ambil masa 2-3 hari sebelum menyemak semula draf ebook yang telah kita siapkan.
Jika tidak mahu membuat tugasan editing, serahkan kepada orang lain. Seperti ahli keluarga
atau orang yang arif tentang editing (seperti editor buku).
Jadi, dari situ kita akan nampak kesalahan-kesalahan kecil yang kita lakukan semasa menulis
ebook ini.
Akhir kata, sebelum anda mahu terjun ke dalam dunia bisnes ebook ini secara serius, belajar
kuasai menulis ebook yang mempunyai permintaan ramai. Kerana, ebook ini yang akan
memberi pulangan yang berlipat kali ganda untuk pelaburan masa yang telah anda buat untuk
menulis ebook.
Sekian dahulu daripada saya. Sehingga kita berjumpa lagi di dalam siri ebook penulisan ebook
pada masa akan datang.
Salam Jutawan daripada founder Richebook Academy, Kaya Dengan Ebook. ☺

Shahmi Hasifi

Hak Cipta Terpelihara | Richebook Academy


Click to View FlipBook Version