The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 38-26-adriana, 2023-02-15 12:52:29

Asas Literasi Dan Teori Pemerolehan Bahasa

BMMB1124: Literasi Bahasa

Asas Literasi & Teori Pemerolehan Bahasa Nama Pensyarah: Puan Zainab binti Hashim Kursus: BMMB1124 Literasi Bahasa Unit: PPISMP BM SK 2 Ambilan Jun 2022 Ahli Kumpulan: Jaynievy Tracy James Nur Adriana Batrisyia binti Rokiman Nur Atiqasyafiqah binti Awang Buntar Nur Azlyana Antasha binti Azlan


Konsep Literasi Perkataan literasi berasal daripada perkataan Inggeris, literacy yang bermaksud kenal huruf. Mahzan Arshad mentakrifkan kemahiran literasi sebagai keupayaan seseorang membaca dan menulis. UNESCO mendefiniskan seseorang yang mempunyai kemahiran literasi ialah seorang yang dapat membaca dan menulis pernyataan pendek dan mudah dalam kehidupan harian. Oleh itu, literasi Bahasa Melayu merujuk kepada kemampuan minimum murid menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa Melayu


Pendekatan Pengajaran Literasi Bahasa Menggabungkan keseluruhan kemahiran bahasa termasuklah kemahiran mendengar, bertutur,membaca menulis dan berfikir. Semua kemahiran tersebut berlaku secara serentak supaya aspek kemahiran terbina secara bersepadu. Kemahiran berfikir mendampingi keempat-empat kemahiran asas bahasa tersebut.


Aplikasi Literasi Bahasa Melayu Kelas Prasekolah Program KEDAP Program Pemulihan Khas LINUS (Literacy & Numeracy Screening) KIA2M (Kelas Intervensi Awal Membaca) KAP (Kurikulum Bersepadu Sekolah Murid Orang Asli dan Penan) Program Pendidikan Khas


Prinsip-Prinsip Literasi ➢ Pelajar mesti berkeupayaan mengatakan pandangan sendiri dalam suatu perbincangan terbuka agar pelajar dapat mengaplikasi kemahiran berfikir secara kritis. Mementingkan bahasa lisan Sifat yang seimbang Diterapkan dalam semua kurikulum Kepentingan Kepelbagaian ➢ Setiap pelajar memiliki keperluan yang berbeza antara satu sama lain. ➢ Sekolah perlulah mengaplikasikan pelbagai strategi dalam membaca dan variasi membaca. -Program lilterasi seharusnya diterapkan kepada semua murid dan tidak bergantung kepada kurikulum tertentu. -Menjadi satu kewajipan kepada semua guru dan bidang pengajian Pihak sekolah menyediakan pelbagai buku yang bertemakan kekayaan budaya negara supaya murid dapat mengenali budaya bangsa dan melestarikannya. Penggunaan simbol ➢ Simbol amat penting untuk membantu kanak-kanak memahami apa yang dilihat. ➢ Apabila kemahiran membaca sudah meningkat, kanak-kanak sudah boleh membaca dan memahami tulisan


Kepentingan Literasi Bahasa Membantu murid menguasai kemahiran bahasa (bertutur, mendengar, membaca dan menulis). Membantu murid mencapai potensi diri seiring dengan peningkatan usia. Memudahkan penyampaian maklumat kepada murid. Meningkatkan kefahaman murid tentang bahan bacaan yang secara tidak langsung dapat menambah pengetahuan murid. Meningkatkan perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak. Meningkatkan kadar celik huruf dalam kalangan masyarakat.


Kesimpulannya, penguasaan literasi bahasa berperanan sebagai pelengkap kepada kewajaran individu sebagai anggota masyarakat kerana kecelikan literasi dapat digunakan bagi melibatkan diri dalam kehidupan bermasyarakat. Seseorang yang buta huruf bererti gelaplah masa depannya kerana kesukaran memperoleh maklumat daripada pelbagai sumber yang ada di persekitarannya. ― Irene M. Pepperberg


TEORI BEHAVIOURISME


Pengenalan Pembelajaran merupakan suatu perubahan tingkah laku yang berlaku akibat daripada ulangan atau latihan sehingga menjadi kebiasaan Pembentukan kebiasaan ini dilazimkan melalui rangsangan dan tindak balas dan diperkukuhkan melalui peneguhan


Teori Behaviourisme Pelaziman klasik Pelaziman operan - Ivan Pavlov (1849-1936) - J.B Watson (1878-1958) -Thorndike (1874-1949) - B. F Skinner (1904-1990)


Ivan Pavlov (1849-1936) ❑ Pelopor mazhab pembelajaran yang membabitkan rangsangan dan tindak balas. ❑ Melakukan kajian terhadap pengeluaran air liur anjing yang membawa kepada kesimpulan bahawa pembelajaran berlaku apabila organisma dapat membuat perkaitan antara rangsangan mental dengan rangsangan semula jadi, seterusnya memberikan respons yang serupa. ❑ Konsep-konsep asas dalam teori ini: - Generalisasi (memberikan respons yang sama kepada rangsangan yang serupa) - Diskriminasi (memberikan respons terhadap rangsangan tertentu sahaja) - Penghapusan (proses melemahkan gerak balas terlazim dengan meniadakan rangsangan semula jadi) - Pembelajaran semula (proses pembelajaran boleh berlaku semula walaupun penghapusan telah dilakukan)


J.B Watson (1878-1958) ❑ Melakukan kajian ilmiah terhadap tingkah laku tikus putih dan pertumbuhan sistem saraf. ❑ Terkenal dengan kajiannya berkaitan pelaziman dan kawalan emosi manusia, iaitu melalui uji kajinya terhadap kanak-kanak yang bernama Albert, beliau mendapati bahawa keadaan dalaman(perasaan) seseorang dapat mempengaruhi tingkah laku sebagaimana rangsangan luaran. ❑ Membentuk teori bahawa kanak-kanak memiliki 3 tindak balas emosi yang asas, iaitu marah, takut dan sayang. ❑ Berpandangan bahawa psikologi merupakan kajian tentang tingkah laku manusia yang dapat dikawal dan diramal. ❑ Menolak kajian tentang otak sedar dan kaedah kajian introspektif.


E.L Thorndike (1874-1949) ❑ Thorndike banyak membuat kajian tentang tingkah laku haiwan, salah satunya adalah tentang cara kucing belajar dari kurungan. ❑ Memperkenalkan proses pembelajaran “connectionism”, iaitu hubungan atau connection antara rangsangan dengan gerak balas akan menjadi kukuh jika kesan tingkah laku menyeronokkan atau memuaskan.


E.L Thorndike (1874-1949) ❑ Beliau telah mengemukakan tiga hukum/prinsip pembelajaran hasil daripada kajian ini iaitu: 1. Hukum Kesediaan (menerangkan cara seseorang yang bersedia melakukan sesuatu aktiviti) 2. Hukum Latihan (menyatakan bahawa jika hubungan rangsangan-reaksi sering wujud, hubungan akan menjadi semakin teguh dan sebaliknya) 3. Hukum Akibat (merumuskan bahawa kepuasan yang wujud daripada ganjaran guru akan menerbitkan kejayaan kepada murid)


• Persediaan belajar dari segi: I. Kognitif (Pengetahuan/pengalaman lepas) II. Afektif (kecenderungan dan minat) III. Psikomotor (kemahiran fizikal) • Merupakan pengulangan dan latihan yang berterusan • Tingkah laku yang diikuti hasil/kesan yang positif akan menjadi lebih kukuh. • Tingkah laku yang diikuti kesan negatif akan menjadi lemah. 1. Hukum Kesediaan 2. Hukum Latihan 3. Hukum Kesan Tiga Prinsip / Hukum Pembelajaran Anjuran Thorndike


B.F Skinner (1904-1990) ❑ Beliau terkenal dengan teori peneguhan yang terbentuk hasil kajiannya ke atas tingkah laku tikus yang ditempatkan di dalam “Peti Skinner”. ❑ Beliau menekankan bahawa hasil peneguhan atau hukuman akan membawa kepada tingkah laku baharu, tingkah laku diteruskan atau diulangi dan sebaliknya. ❑ Peneguhan terbahagi kepada dua iaitu: - Peneguhan Positif (berupa peneguhan yang diberikan menjadi rangsangan kepada tingkah laku seterusnya) - Peneguhan Negatif (peneguhan yang diberikan memungkinkan tingkah aku diteruskan apabila rangsangan yang tidak selesa disingkirkan) ❑ Manakala hukuman ialah peristiwa yang mengurangkan kemungkinan tingkah laku diulangi


• Banyakkan pengulangan dan latih tubi. • Sediakan latihan yang banyak dan pelbagai. • Variasikan latihan dalam bentuk latih amal, gerak kerja kumpulan dan pemindahan pembelajaran. • Peneguhan positif dalam bentuk verbal (pujian) dan bukan verbal (senyuman, anggukan, material) untuk merangsangkan gerak balas positif murid • Peneguhan negatif dalam bentuk dendaan psikologi (diam, menarik keselesaan) supaya tingkah laku negatif tidak diulangi. ● Adakan sesi soal jawab, perbincangan sesama murid sebagai aktiviti pengukuhan sebaik sahaja selesai aktiviti. ● Amalkan hukuman, dendaan dan ganjaran secara adil dan betul. • Susunan langkah haruslah secara progresif, contohnya dari mudah kepada sukar. • Penguasaan langkah awal perlu dipastikan sebelum berpindah kepada langkah yang seterusnya. Aplikasi Teori Behaviorisme Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) 1. Aplikasi hukum latihan 2. Aplikasi Teknik motivasi dalam bentuk menyediakan persekitaran yang merangsangkan 3. Aplikasi Teknik peneguhan yang sesuai 4. Sediakan Langkah pengajaran secara berperingkat


• Gunakan set induksi yang selaras dengan keupayaan dan minat murid. • Berikan ganjaran yang sesuai dalam membentuk tingkah laku pembelajaran yang positif. • Berikan perasaan rasa berjaya dalam setiap langkah dan aktiviti pembelajaran. • Amalan rutin belajar. • Amalan rutin keceriaan. • Peraturan bilik darjah yang positif. • Pembelajaran koperatif dan kolaboratif. ● Kaitkan pembelajaran baharu dengan pengetahuan sedia ada. ● Sediakan situasi yang merangsangkan. ● Cungkil rasa ingin tahu/motivasi murid. Aplikasi Teori Behaviorisme Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) 5. Rancang dan sediakan persekitaran pembelajaran yang merangsangkan dan menyeronokkan 6. Sediakan amalan disiplin bilik darjah yang selesa 7. Aplikasi hukum kesediaan


Teori Kognitif


Nota sampingan: • Kognitif adalah kemampuan mental manusia untuk mengamati, mempersepsi, memperhati, meramal dan menilai. Pengenalan Teori ini mengutamakan bagaimana cara mengembangkan fungsi kognitif individu. Teori ini dikaitkan dengan proses belajar yang melibatkan kognitif. Teori ini mendapati bahawa kebanyakan pembelajaran melibatkan penggabungan atau perkaitan yang menggunakan proses pengulangan.


Tokoh-tokoh dalam Teori Kognitif • Jean Piaget (1896-1980) • Robert Gagne (1916-2002) • David Ausubel (1918-2008) • Jerome Bruner (1915-2016)


Jean Piaget (1896-1980) • Jean Piaget merupakan pelopor bagi teori ini. • Teori Piaget berbeza daripada yang lain kerana kajiannya berfokus kepada perkembangan kognitif kanak-kanak dan bukan pembelajaran. • Menurut beliau, perkembangan kognitif melibatkan pengurusan proses mental secara progresif hasil daripada kematangan biologi dan pengalaman dalam persekitaran. • Terdapat empat komponen asas teori kognitif Piaget: 1. Skema (asas pembangunan kecerdasan minda) 2. Asimilasi (menggunakan skema sedia ada dalam menangani objek atau situasi baharu) 3. Akomodasi (skema sedia ada yang diubah dan ditambah baik untuk menangani situasi atau maklumat baharu) 4. Ekuilibrasi (suatu tenaga yang mendesak proses pembelajaran untuk mengubah skema agar dapat menguasai maklumat baharu)


Jean Piaget (1896-1980) • Mengatakan bahawa kanak-kanak melalui 4 peringkat perkembangan kognitif berasaskan perkembangan biologi dan berubah mengikut tahap kematangan individu. • 4 peringkat perkembangan kognitif: 1. Sensorimotor (0 – 2 tahun) 2. Praoperasi (2 – 7 tahun) 3. Operasi Konkrit (7 – 11 tahun) 4. Operasi Formal (11 – 15 tahun dan seterusnya)


Robert Gagne(1916-2002) ❖ Memperkenalkan Hierarki Pembelajaran Robert Gagne (1968) setelah membuat kajian terhadap pengajaran berkesan. ❖ Hierarki pembelajaran yang dimaksudkan ialah: 1. Pembelajaran Isyarat 2. Pembelajaran Gerak Balas 3. Pembelajaran Rangkaian Motor 4. Pembelajaran Bahasa 5. Pembelajaran Diskriminasi 6. Pembelajaran Konsep 7. Pembelajaran Prinsip 8. Pembelajaran Penyelesaian Masalah ❖ Menurut beliau, pembelajaran hendaklah dilakukan secara berperingkat bagi membantu proses pembelajaran seseorang. - Bagi guru, pemeringkatan pembelajaran ini juga membantu dalam penyusunan penyampaian P&P yang lebih berkesan iaitu daripada peringkat asas kepada peringkat yang lebih kompleks.


David Ausubel (1918-2008) • David Ausubel amat menekankan pembelajaran bermakna. • Menurut beliau, pembelajaran bermakna hanya akan berlaku apabila maklumat baharu mempunyai kaitan dengan maklumat atau pengalaman sedia ada dalam struktur kognitif. • Beliau memperkenalkan konsep subsumsi, iaitu proses penerimaan maklumat baharu ke dalam struktur kognitif, diorganisasi dan dilaraskan secara bermakna. • Terdapat 2 jenis konsep subsumsi dalam mempelajari maklumat baharu iaitu: 1. Subsumsi derivatif 2. Subsumsi Korelatif • Beliau juga menegaskan penggunaan Advance Organiser (AO) atau pengurusan awal dalam membolehkan pembelajaran bermakna berlaku secara berkesan. Nota sampingan: • Advance Organiser (AO) merupakan rumusan atau maklumat umum pembelajaran.


Jerome Bruner (1915-2016) • Terkenal dengan pembelajaran konsep melalui proses pengkategorian. • Pembelajaran konsep melalui proses pengkategorian ini merujuk kepada cara kita membezakan dan mengkategorikan perkara yang mempunyai ciri-ciri tertentu. • Pembelajaran konsep ini juga memerlukan penelitian data yang banyak dan pelbagai, manakala ciri-ciri persamaan dan perbezaan dianalisis terlebih dahulu sebelum membuat kategori dan membentuk konsep. • Membahagikan pembelajaran konsep kepada 3 kategori iaitu: 1. Enaktif (berasaskan perlakuan) 2. Ikonik (berasaskan imejan) 3. Simbolik (berasaskan bahasa) Nota sampingan: • Pembelajaran konsep merujuk keupayaan melihat ciri-ciri persamaan satu-satu kategori objek atau peristiwa.


Aplikasi Pembelajaran Konsep Jerome Bruner ❑ Pembelajaran konsep Bruner merupakan penyusunan maklumat secara induktif. ❑ Contohnya, bagi mengajar sesuatu konsep kepada murid-murid, guruguru boleh mengikuti langkah-langkah seperti berikut: 1. Sediakan data yang berupa contoh-contoh positif. Telitikan ciri-ciri. 2. Sediakan data yang berupa contoh-contoh negatif. Telitikan ciri-ciri. 3. Buat perbandingan antara contoh positif dengan contoh negatif. 4. Berdasarkan ciri-ciri persamaan, buat pengelompokan atau kategori. 5. Buat rumusan mengikut kategori yang dibentuk. 6. Bina definisi konsep.


03 Aplikasi Teori Kognitif dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Isi kandungan hendaklah disusun mengikut perkembangan kognitif kanakkanak Contoh: daripada konkrit ke abstrak, dekat kepada jauh, pengalaman sedia ada kepada pengetahuan baharu Guru mengambil peranan sebagai fasilitator dalam proses P&P Fasilitator (guru) bertugas sebagai penyusun kepada maklumat yang hendak disampaikan kepada murid bagi memudahkan mereka mengaitkan pelajaran baharu dengan pelajaran lepas. Disebabkan murid mempunyai mod pembelajaran yang berbeza, maka guru perlu bijak memainkan peranan dalam menguasai proses P&P Contoh: Jika terdapat murid yang tidak menumpukan perhatian semasa proses P&P berlangsung, guru perlu memikirkan cara yang efisien bagi menarik minat mereka. 01 02


06 Aplikasi Teori Kognitif dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Proses asimilasi dan akomodasi memerlukan murid mengalami sendiri proses pembelajaran secara aktif Guru boleh menyediakan pembelajaran berasaskan aktiviti agar murid dapat menguasai kemahiran menyelesaikan masalah. Gunakan bahan-bahan penyampaian pengajaran yang ada kaitan dengan pengetahuan sedia ada murid atau pembelajaran lepas Sediakan dan gunakan alat bantu mengajar (ABM) yang konkrit sesuai dengan tahap pemikiran murid untuk membantu pemahaman dan penyampaian guru 04 05


Aplikasi Teori Kognitif dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Persembahkan maklumat umum tentang sesuatu topik sebelum memberikan contoh khusus dan membincangkan perincian topik berkenaan. Contoh: Jika guru hendak mengajar muridnya tajuk “Aloi”, guru hendaklah memastikan murid kenal dan tahu ciriciri logam terlebih dahulu sebelum pergi ke contoh yang lebih khusus. Susun atur penyampaian P&P secara teratur, Langkah demi Langkah serta gunakan bahan serta laras bahasa yang sesuai dengan peringkat umur murid. 07 08


TEORI MENTALIS


Pelopor Teori Mentalis • Teori ini dipelopori oleh Noam Chomsky yang menekankan fungsi mental seseorang. • Memperkenalkan analisis bahasa Transformasi Generatif. • Mendokong istilah generatif, kreatif, eksplisit, kegramatisan dan transformasi. • Berandaian teori kod kognitif bahawa P&P bahasa sebagai satu proses kognitif. • Menurut teori ini, pemerolehan bahasa boleh ditakrifkan sebagai proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental. • Teori ini juga dikenali sebagai teori kognitif iaitu menjelaskan bahawa bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan melalui proses otak. Noam Chomsky


PENDAPAT NOAM CHOMSKY • Manusia dilahirkan bersama Peranti Pemerolehan Bahasa atau Language Acquistion Device (LAD). • Alat ini menyebabkan manusia mempunyai kebolehan semula jadi untuk menguasai bahasa. • Magantar (1987) juga berpendapat bahawa manusia memang dilahirkan dengan sesuatu yang membolehkannya berbahasa dengan mudah dan cepat. • Hal ini disebut sebagai “Hipotesis Nurani” iaitu sesuatu yang dibawa lahir atau yang berada di dalam manusia. • Chomsky juga pernah mengemukakan hipotesis tersebut. Noam Chomsky


PENDAPAT NOAM CHOMSKY • Penutur pendengar mempunyai kemampuan dan prestasi • Otak penutur mempunyai tatabahasa sejagat yang diperoleh secara semula jadi. • Bahasa merupakan proses mental yang dapat menghasilkan bahasa tanpa rangsangan luar. Skim ini dikenali S-O-R (Stimulus-Organism-Response). • Memperkenalkan Transmational Grammar (TG). Kanakkanak secara semula jadi sudah mempunyai LAD (Language Acquition Device). Noam Chomsky


PENDAPAT NOAM CHOMSKY • Antara kenyataan Chomsky berkenaan proses pemerolehan bahasa iaitu: 1. Semua kanak-kanak boleh dikatakan sama. 2. Tidak ada kaitannya dengan kecerdasan iaitu anak yang IQ-nya rendah juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama. 3. Tidak dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanakkanak. 4. Tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama. Noam Chomsky


HUBUNGAN TEORI MENTALIS DALAM P&P • Ada dua perkara penting dalam penguasaan bahasa kecekapan dan prestasi. • Prinsip: undang-undang bahasa ditekankan • Tulisan dan bacaan diutamakan. • Pendekatan Analisis • Kaedah: koda-kognitif • Teknik: hafalan.


TEORI INTERAKSIONALIS


Pelopor Teori Interaksional • Dipelopori oleh Halliday. • Antara tokoh lain yang turut terlibat dalam pemikiran ini ialah Bloom (1970), Bowennan (1973), Gromer (1976) dan lain-lain. • Beliau berpandangan bahawa kanak-kanak perlu didedahkan dengan interaksi linguistik untuk menggambarkan bentuk linguistik yang jelas dan tepat. • Menurut Halliday, perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. • Beliau juga berpandangan bahawa kognitif sahaja tidak boleh menjelaskan penguasaan bahasa dan hanya boleh mentafsirkan makna yang tidak menjamin dilahirkan dalam bentuk bahasa. • Manusia bertindak balas secara peka terhadap pengalaman. • Dalam konteks pengajaran, sekolah ialah satu kumpulan sosial dan pelajar perlu mengembangkan kemahiran sosial mereka. • Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman mereka dan mereka bebas untuk membuat pilihan. • Teori ini mengkaji bagaimana seseorang menginterprestasikan dan bertindak mengingkut kemahuan masing-masing dalam masyarakat. Michael Halliday


PANDANGAN DALAM P&P • Sebagai satu alat berinteraksi dan ia melibatkan proses mental dan linguistik • Mementingkan proses pembentukan hipotesis mengenai undangundang bahasa dalam P&P. • Seseorang pelajar perlu menggunkan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna. • Guru perlu banyak memberi Latihan kepada murid. • Mengaggap penyampaian makna (semantik) penting namum struktur bahasa perlu berjlan serentak. • Ini membantu murid menggunakan sistem bahasa yang dipelajari dengan betul.


PRINSIP P&P INTERAKSIONALIS • Penyampaian makna bermakna dalam komunikasi • Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik. • P&P perlu penumpuan terhadap aktiviti yang bermakna.


TEORI KONSTRUKTIVISME


Terdapat pelbagai definisi yang berkaitan dengan konstruktivisme telah dikemukan oleh beberapa tokoh individu.Antara maksud konstruktivisme adalah: • Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasaekan pengetahuan dan pengalaman sedia ada,mengaplikasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud – Briner.M (1999) • Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar.Kebanyakan penyelidik berpendapat bahawa setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain. -Mc Brien&Brandt (1977)


Ada pendapat yang mengatakan bahawa konstruktivisme adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan premis bahawa kognitif (Pembelajaran)adalah hasil pembinaan mental.Dengan erti kata lain,pelajar belajar dengan memeasukkan maklumat baru bersama apa yang mereka sudah tahu. Driscoll (2000) telah mejelaskan tentang teori konstruktivisme yang menegaskan bahawa pengetahuan hanya boleh wujud di dalam minda manusia dan bahawa ia tidak hatus sesuai dengan realiti dunia nyata.Pelajar akan sentiasa berusaha untuk mendapatkan model mental peribadi mereka sendiri di dunia nyata dari persepsi mereka terhadap dunia itu.Oleh kerana mereka mengalami setiap pengalaman baru,maka pelajar akan terus mengemaskini model mental mereka sendiri untuk mencerminkan maklumat baru dan akan membina tafsiran mereka sendiri terhadap realiti. Kesimpulannya,dapat dijelaskan bahawa konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan dan pengalaman sedia ada.Dalam konteks ini,murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.


GAMBARAN PENGERTIAN KONSTRUKTIVIS I. Simbol A- menunjukkan bahawa murid sememangnya ME telah mempunyai pengetahuan sedia ada.Apabila guru mengajar sesuatu perkara seperti konsep,idea atau maklumat ia akan mewujudkan mentol-mentol otak dalam otak murid. II. Simbol B-yang mana ia menggambarkan pengetahuan yang guru ajar telah diterima III. Simbol C-Pengetahuan yang diterima itu akan berhubung dengan pengetahuan sedia ada untuk membentuk pengetahuan baharu yang lebih jelas.


JEROME BRUNNER (1915-1980) JEAN PIAGET (1896-1980) LEV VYGOTSKY (1896-1934) TOKOH-TOKOH PELOPOR KONSTRUKTIVISME JOHN DEWEY (1929) LEV VYGOTS KY IALAH TOKOH PELOPO R YANG PALING UTAMA.


● Nama sebenar beliau ialah Lev Semenovich Vygotsky. ● Dilahirkan pada 17 Nobember 1896 dan berasal dari Rusia. ● Beliau merupakan ahli psikologi tekenal yang memulakan kerjayanya dalam bidang psikologi selepas menjadi felo di Institut Psikologi. ● Beliau menekankan tentang Konstruktivisme sosial dimana ilmu pengetahuan dibina berdasarkan kepada interaksi sosial,alat budaya dan aktiviti yang membentuk pembinaan dan pembelajaran. ● Beliau mencadangkan Konsep “Zone Proksimal Development (ZPD) atau dalam bahasa Melayunya ialah Zon Perkembangan Proksimal dan konsep Scaffolding (perancah/bantuan) LEV VYGOTSKY (1896-1934)


Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) merupakan suatu kemampuan untuk melakukan sesuatu dengan bantuan orang lain.Ia juga merupakan jurang diantara apa yang pelajar boleh lakukann tanpa bantuan dan apakah yang dia boleh lakukan dengan bantuan. Lev Vygotsky menganggap Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) sebagai jurang tahap perkembangan sebenar yang ditenukan berdasarkan keupayaan penyelesaian masalah tanpa bantuan dan tahap perkembangan potensi yang ditentukan melalui penyelesaian masalah dibawah bimbinngan orang dewasa atau rakan sebaya yang mempunyai keupayaan atau kemahiran lebih. Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) juga menerangkan bagaimana kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir.Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) ini bertujuanuntuk menolong kanak-kanak iaitu pelajar berkembang dari tahap sosial ke tahap peribadi. Lev Vygotsky ialah antara ahli professional pendidikan yang percaya bahawa peranan pendidkan adalah untuk menyediakan kanak-kanak dengan penglaman mengikut ZPD mereka.Dengan ini,ia dapat menggalakan dan memajukan pembelajaranindividu mereka.Perkara ini perlu difahami oleh guru-guru agar pembelajaran bermakna dapat diberikan kepada murid-murid mengikut aras dan keperluan mereka yang berbeza. ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL (ZPD)


DUA TAHAP ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL (ZPD) Tahap Perkembangan Potensi (Potential Development) Tahap Perkembangan Sebenar (Actual Development) Kanak-kanak boleh menyelesaikan masalah secara sendiri tanpa sebarang bantuan Kanak-kanak boleh menyelesaikan masalah dengan bimbingan orang dewasa


● Dalam konteks pembangunan pelajar di sekolah,ZPD dapat dijelaskan melalui MODEL ZPD yang ditunjukkan. ● Lingkaran berwarna kuning adalah zon dimana murid memerlukan bimbingan dan bantuan secara total atau 100% daripada guru,rakan sebaya atau orang yang lebih mahir. ● Bulatan bewarna biru adalah ZPD,di mana murid telah mempunyai pengetahuan tetapi murid memerlukan sedikit bimbingan daripada guru-guru atau bantuan daripada rakan sebaya untuk pembelajaran dan penyelesaian masalah. ● Lingkaran bewarna hijau pula adalah potensi murid yang telah dibangunkan isitu murid tadi boleh melaksanakan tugasan atau menyelesaikan masalah secara sendiri tanpa memerlukan bantuan orang dewasa,guru atau rakan sebaya. MODEL ZPD ZPD APA SAYA TIDAK BOLEH LAKUKAN APA SAYA BOLEH LAKUKAN TAHAP PERKEMBANGAN POTENSI TAHAP PERKEMBANG AN SEBENAR


Konsep scaffolding (perancah)adalah berkait rapat dengan Zon Perkembangan Proksimal (ZPD).Vygotsky tidak pernah menggunakan istilah scafffolding.Sebaliknya,istilah scaffolding ini dibangunkan oleh pengkaji sosiobudaya lain yang cuba mengaplikasikan vygotsky dalam pendidikan. Scaffolding (perancah) adalah satu proses yang mana seseorang guru atau rakan sebaya memberi bantuan kepada rakan mereka yang berada dalam ZPD sebagaimana yang diperlukan.Ia juga dikatakan sebagai proses peringkat bimbingan atau sokongan yang dilakukan mengikut keperluan pelajar.Bimbingan yang diberikan oleh guru atau orang dewasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah melalui soalan dan interaksi yang bersifat positif. SCAFFOLDING (PERANCAH/BANTUAN)


Click to View FlipBook Version