1.0 BIODATA DIRI
BIODATA DIRI
Nama : Nurul Fatin Najiha Binti Muhamad Zamri
Umur : 20 tahun
Berasal : Kulim, Kedah
Tarikh Lahir : 10 Oktober 2001
Tempat Lahir : Hospital Baling
Alamat Email :
[email protected]
[email protected]
Kemahiran :
Menggunakan pelbagai Microsoft seperti Microsotf Words, Microsoft Excel dan
Microsotf Power Point
Menggunakan pelbagai applikasi editing seperti Kinemaster, Picarts dan Inshot
Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Enggeris
Kelulusan Pendidikan :
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – 6 A
Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) – CGPA 3.96
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) – CGPA terkini 3.69
Program yang diambil : AT08 – Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Perakaunan dengan Kepujian
Kata-kata Semangat : “Stop wishing, Start Doing”
2.0 TENTANG KRS
2.1 SEJARAH KRS
Kadet Remaja Sekolah telah diluluskan penubuhannya di sekolah-sekolah oleh Jemaah
Menteri pada 18 Januari 1995. Pelancaran penubuhannya disempurnakan oleh YB Dato’
Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia pada 20 Jun 1995 di
Sekolah Menengah Raja Abdullah, Kuala Lumpur. Dalam tahun yang sama pada bulan
November – Disember seramai 300 orang guru telah dilatih sebagai jurulatih Kadet Remaja
Sekolah di peringkat sekolah. Kursus-kursus ini telah diadakan di Pusat-pusat
Kokurikulum Bachok (Kelantan), Singkir (Kedah), Bukit Kolah (Terengganu) dan
Santubong (Sarawak). Jabatan-Jabatan Pendidikan Negeri kemudiannya diminta untuk
menjalankan kursus yang sama bagi menyediakan jurulatih di peringkat sekolah.
Bagi tujuan mempercepat dan melicinkan pelaksanaan pasukan ini, Kementerian
Pendidikan seterusnya mengeluarkan buku-buku panduan sebagai rujukan di semua
peringkat pengurusan. Antara buku-buku yang diterbitkan sebelum ini ialah Buku
Perlembagaan Kadet Remaja Sekolah, Buku Tatacara Pemakaian Kadet Remaja Sekolah,
Buku Kawad Kadet Remaja Sekolah dan Buku Kurikulum Latihan Kadet Remaja Sekolah.
Kini buku-buku ini telah dimurnikan lagi dan dijadikan sebuah buku sahaja untuk
memudahkan pengurusan pasukan Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kadet Remaja
Sekolah.
Buku ini diterbitkan khusus untuk menjelaskan konsep, falsafah, matlamat dan hal-hal
yang berkaitan dengan pengurusan pasukan ini. Dengan usaha ini, adalah diharapkan agar
semua pihak yang terlibat melaksanakan pasukan, menyesuaikan apa jua langkah dan
tindakan yang diambil supaya bertepatan dengan kehendak-kehendak yang dinyatakan.
Justeru, buku ini amat sesuai digunakan oleh guru-guru Kadet Remaja Sekolah sama ada
guru yang terlatih atau guru-guru Kadet Remaja Sekolah yang baru dilantik sebagai Guru
Kadet Remaja Sekolah yang masih belum berkesempatan untuk mengikuti kursus
kejurulatihan.
Pelaksanaan Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kader Remaja Sekolah mempunyai
keunikan konsep dan falsafahnya tersendiri yang membezakan pasukan ini daripada
pasukan-pasukan pakaian seragam yang lain. Kegiatan yang dijalankan, digandingkan
dengan unsur-unsur pengukuhan dan pemantapan jiwa dan rohani setiap anggota pasukan.
Pelajar yang menganggotai pasukan ini bukan sahaja dibangunkan dari aspek jasmaninya
melalui kegiatan-kegiatan yang mencabar, inteleknya melalui kegiatan-kegiatan kreatif
bahkan juga jiwa dan rohaninya melalui amalan langsung ibadah khusus dan umum.
Semoga generasi yang dilahirkan melalui Pasukan Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kadet
Remaja Sekolah akan menjadi pelajar contoh dan menjadi anggota masyarakat muda yang
lebih bersedia untuk menghadapi cabaran zamannya.
SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS )
Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani
Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27
Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM)
yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA
(PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada
pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar
cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL , berakhlak mulia ,
bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.
Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan
Pendidikan Wilayah Persekutuan . Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan
ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah
sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek.
Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani ,
Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men.
Agama Ma'ahad Hamidiah , Kajang , Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin
Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah
menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan
telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan
Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di
dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah
jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet . Jawatankuasa ini
mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA - PUTERI ISLAM ( KPIM
) . Walau bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET
REMAJA ISLAM (KRIS)
Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian
Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh yang
berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama
pasukan ini ditukar kepada KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS ) yang bertujuan agar
keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara
Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan telah diiaksanakan
pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri
Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah
Raja Abdullah , Jalan Kepong, Kuala Lumpur.
2.2 MAKSUD LOGO DAN BENDERA KRS
Maksud Logo KRS
Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.
Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara
Malaysia.Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan
berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.
Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang
mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama
dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara.
Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan
negara yang tercinta.
Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara
Malaysia
Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.
Maksud Bendera KRS
Warna Hijau melambangkan:
Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk.
Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.
Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS
Cogan Kata KRS
" ILMU IMAN AMAL"
ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS.
IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.
AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah
daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.
2.3 LAGU KRS
2.4 PANGKAT DAN JAWATAN KRS
KEDUDUKAN PANGKAT DAN JAWATAN BAGI
TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH
PERINGKAT SEKOLAH
( MEJAR )KOMANDAN KRS
Disandang oleh : Guru Besar
( KAPTEN ) TIMBALAN KOMADAN KRS
Disandang oleh : Penolong Kanan - Pentadbiran /
Hal Ehwal Murid / Ko-Kurikulum /
Penyelia Petang
: Jurulatih TKRS Negeri
( LEFTENAN KRS )
Disandang oleh : Pegawai Tadbir / Ajutan TKRS
Sekolah
: Jurulatih TKRS Daerah
: Jurulatih TKRS Sekolah ditauliahkan
( LEFTENAN MUDA KRS )
Disandang oleh : Jurulatih TKRS Sekolah
KEDUDUKAN PANGKAT DAN JAWATAN BAGI
TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH
PERINGKAT KEBANGSAAN
( MARSHAL KRS )
DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN
AGONG
( JENERAL KRS )
Ketua Pengarah KRS Malaysia
Disandang oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
( LEFTENAN JENERAL KRS )
Timbalan Ketua Pengarah KRS Malaysia
Disandang oleh : Timb.Ketua Pengarah
PendidikanMalaysia, Kem.Pendidikan
( MEJAR JENERAL KRS )
Pengarah KRS Malaysia
Disandang oleh : Pengarah Bahagian Sekolah
( BRIGEDIER JENERAL KRS )
Timbalan Pengarah KRS Malaysia
Pengarah KRS Negeri
Disandang oleh : Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah
: Pengarah Pendidikan Negeri
( BRIGEDIER JENERAL KRS )
Ketua Penolong Pengarah KRS Malaysia
Timbalan Pengarah KRS Negeri
Disandang oleh : Ketua Penolong Pengarah Unit HEP
: Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri
( KOLONEL KRS )
Ketua Sektor KRS Negeri
Timbalan Pengarah KRS ( Jabatan Agama Islam Negeri)
Disandang oleh : Ketua Sektor di Jab.Pendidikan Negeri
: Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri
( LEFTENAN KOLONEL KRS )
Penolong Pengarah KRS Malaysia
Penolong Pengarah KRS Negeri
Pegawai KRS Daerah / Bahagian
Disandang oleh : Penolong Pengarah di KPM
: Ketua Unit di JPN
: Pegawai Pendidikan
Daerah/Bahagian/Jajahan
( MEJAR KRS )
Pengelola Kanan KRS Malaysia
Komandan KRS Sekolah
Penyelia KRS Negeri
Komandan Latihan KRS Negeri
Panel Jurulatih KRS Kebangsaan
Pegawai Tadbir KRS Negeri
Ketua Jurulatih Negeri
Disandang oleh : Pengelola Kanan di KPM
: Pengetua ( Sekolah )
: Guru Besar ( Sekolah )
: Penyelia Pasukan Pakaian Seragam di JPN
: Penolong Pengarah / Pengurus Pusat
KoKurikulum Kementerian
: Pegawai Pendidikan Daerah Sabah
dan Sarawak
( KAPTEN KRS )
Timbalan Komandan KRS Sekolah
Penyelia KRS Daerah / Bahagian
Penolong Komandan Latihan KRS Negeri
Jurulatih KRS Negeri
Pegawai Tadbir KRS Daerah
Pegawai Tadbir Bahagian
Ketua Jurulatih Daerah
Ketua Jurulatih Bahagian
Disandang oleh : Guru Penolong Kanan
: Penyelia Pasukan Pakaian Seragam PPD
: Penyelia / Penolong Pengurus Pusat
KoKurikulum KPM,JPN,PPD
( LEFTENAN KRS )
Penolong Komandan KRS Sekolah / Pegawai Tadbir KRS
Sekolah / Ajutan TKRS Sekolah
Jurulatih KRS Daerah
Disandang oleh : Ketua Bidang / Ketua Panitia Sekolah
: Guru Sekolah yang dinaikkan pangkat.
( LEFTENAN MUDA KRS )
Jurulatih KRS Sekolah
Disandang oleh : Guru Sekolah yang hadir kursus asas
dan lulus
LAIN-LAIN PANGKAT
( PEGAWAI WARAN 1 KRS )
Ketua Kompeni KRS
Disandang oleh : Anggota yang layak dan diberi Jawatan
( PEGAWAI WARAN 2 KRS )
Penolong Ketua Kompeni KRS
Disandang oleh : Anggota yang layak dan diberi
Jawatan
( STAFF SARJAN KRS )
Penolong Ketua Kompeni KRS
Disandang oleh : Anggota yang layak dan diberi Jawatan
( SARJAN KRS )
KADET KANAN UTAMA
Disandang oleh : Anggota yang layak dan diberi Jawatan
Ketua Platun TKRS / KRS
( KOPRAL KRS )
KADET KANAN SATU (1)
Disandang oleh : Anggota yang layak dan diberi Jawatan
Penolong Ketua Platun TKRS / KRS
( LANS KOPRAL KRS )
KADET KANAN DUA (2)
Disandang oleh : Anggota yang layak dan lulus ujian
3.0 IKATAN DAN GADGET
Ikatan / Simpulan yang digunakan pada gadget.
BIL CARA IKATAN/SIMPULAN FUNGSI / KEGUNAAN
1.
Digunakan Sebagai permulaan untuk
mengikat kayu.
Simpul manok biasanya digunakan
untuk mengikat benda yang licin
seperti kayu, hujung pancang khemah,
botol dan sebagainya
SIMPUL MANOK Ia mudah diikat/disimpulkan dan
mudah ditanggalkan/dibuka.
2. Untuk menyambung dua hujung tali
yang sama jenis dan saiz
Biasanya untuk menyambung tali
khemah/bungkusan hadiah/ikatan
anduh. Mudah dibuka
Dikenali juga sebagai 'left over right
and right over left'.
BUKU SILA
3.
Kegunaannya adalah
untuk menyambungkan hujung dua
tali yang berlainan jenis/berlainan saiz
BUNGA GETI
( Sheet/ Flat/ Common Bend )
4. Untuk membuat ikatan yang pantas
dan tidak boleh menjerut
TINDIH KASIH ( Bowline ) benda/binatang dan sebagainya
5.
Sesuai digunakan untuk
SHEEP SHANK menyelamat, mengikat leher
6. binatang dan sebagainya
LILIT BALAK Sheepshank digunakan untuk
( The Timber Hitch ) memendekkan tali tanpa perlu
memotong tali tersebut
Ia juga boleh digunakan untuk
menegangkan tali (contoh tali
khemah) tanpa perlu membuka
ikatannya dibahagian hujung tali. Ia
boleh disimpulkan di bahagian
tengah tali retsebut
Ikatan balak adalah ikatan sementara
untuk menurunkan atau menarik
beban seperti tongkol kayu dan
sebagainya
7. Ikatan ini ialah bagi membuat
jambatan, menara, gejet dan
IKATAN SILANG GUNTING menyambung kayu
( Sheer Lashing )
Mulakan dengan simpulan manok
8. pada sebarang kayu, kemudian
belitkan pada kedua-dua batang
kayu itu dengan ketat. Akhir sekali
belitkan tali di celah kayu itu
beberapa kali supaya lebih ketat.
Ikatan Seraya digunakan untuk
mengikat dua batang kayu/dua
batang buluh yang bersilang
IKATAN SERAYA Ikatan ini digunakan untuk membuat
9. jamabatan, menara dan sebagainya.
IKATAN SERONG Mulakan dengan simpulan pengikat
( Diagonal Lashing ) balak pada tempat kayu bersilang.
Belitkan membujur kemudian
melintang dan matikan dengan
simpulan manok.
Mulakan dengan simpulan pengikat
balak pada tempat kayu bersilang.
Belitkan membujur kemudian
melintang dan matikan dengan
simpulan manok.
10.
Digunakan untuk membuat gejet dan
menyambung kayu, khas bagi
mengikat tiga batang kayu / buluh
yang sama besar dan panjangnya.
Ikatan ini dimulakan dengan
menggunakan Lilit Balak atau
Simpul Manuk dan bagi mematikan
Ikat Silang Tungku, Simpul Manuk
digunakan.
IKATAN SILANG TUNKU
( Tripod Lashing )
11.
Digunakan untuk mengikat batang-
batang kayu/buluh bagi membuat
lantai untuk sesuatu gajet/binaan.
Dimulakan dengan menggunakan
Simpul Manok dan diakhiri dengan
Simpul Manok juga
LILIT KACANG/ULAR
(Floor/ Snake Lashing )
Contoh Gadget.
4.0 PERTOLONGAN CEMAS
Pengertian Pertolongan Cemas
Pertolongan Cemas ditarifkan/diertikan sebagai Bantuan Permulaan/Bantu
Mula/Rawatan Awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam
sebarang kemalangan atau sakit secara mengejut/tiba dengan menggunakan objek
sekeliling sebelum ?
Ketibaan Ambulans, Doktor atau Pakar
Perubatan atau sebelum mangsa dihantar
ke hospital
Kepentingan Mempelajari Pertolongan Cemas
Pertolongan Cemas perlu dipelajari supaya menjadikan diri kita sentiasa bersedia dan
yakin dalam memberi bantuan awalan kepada mangsa dalam apa jua kemalangan yang
mencederakan atau mengancam nyawa
Objektif Memberi Bantuan Pertolongan Cemas
DAPAT MENGELAKKAN MENGURANGKAN
MENYELAMATKAN KECEDERAAN KESAKITAN
MANGSA MENJADI
NYAWA LEBIH TERUK MANGSA DENGAN
SESEORANG MENGHANTAR
SEGERA KE
HOSPITAL
Tanggungjawab Ahli Pertolongan Cemas
1. Mengawasi keadaan keseluruhan.
2. Mengenalpasti penyakit / kecederaan pesakit.
3. Beri rawatan serta merta yang memadai.
4. Bertindak segera.
5. Pemindahan ke hospital.
Cara Menilai Keadaan Mangsa ( PRIMARY SURVEY )
D • DANGER ( BAHAYA )
R • RESPONS ( TINDAK BALAS / REAKSI MANGSA )
A • AIRWAY ( SALURAN DARAH )
B • BREATHING ( PERNAFASAN )
• CIRCULATION ( PEREDARAN / PENGALIRAN DARAH KE
C JANTUNG )
DANGER Lihat jika ada sebarang tanda-tanda bahaya. Pastikan
keselamatan anda dan mangsa anda, pada prisipnya – alihkan
bahaya dari mangsa atau alihkan mangsa dari bahaya.
RESPONS Panggil mangsa atau kejutkan beliau, jika tiada tindak balas dari
mangsa – minta bantuan ambulans
AIRWAY Donggakan kepala mangsa untuk membuka saluran pernafasan
BREATHING dengan kaedah HEAD TILT – CHIN LIFT/ Dongak Kepala
Angkat Dagu
( atau Jaw Thrust )
Periksa pernafasan mangsa dengan membuat 3M = Melihat,
Merasa dan Mendengar. Jika tiada pernafasan beri 2 hembusan
bantuan.
CIRCULATION Periksa nadi karotid sebelah trakea dengan 2 jari. Ada nadi ada
denyutan jantung. Tiada nadi, tiada denyutan jantung, lakukan
CPR.
Menilai Situasi Mangsa ( Secondary Survey )
Sekiranya mangsa dalam keadaan sedar, lakukan SAMPLE. Jika tidak, boleh lakukan tindakan
berikut kepada mangsa :
1. Periksa tanda-tanda utama kecederaan yang ada pada bahagian badan mangsa
2. Periksa Nadi
3. Periksa Pernafasan
4. Periksa Tekanan Darah ( jika perlu )
5. Periksa suhu badan mangsa/kulit
Memeriksa Mangsa ( Secondary Survey )
BAHAGIAN TINDAKAN
1) Kepala Periksa kesan-kesan kecederaan yang terdapat pada muka dan
keseluruhan bahagian kepala mangsa untuk melihat pendarahan,
2) Leher terbakar atau bengkak
3) Belakang Periksa belakang tengkuk dan nadi
4) Badan Periksa ruas-ruas tulang belakang
5) Kaki Periksa keseimbangan tulang rusuk, turun naik dada, patah dll
Periksa tempurung lutut, patah dll
Jika mangsa dalam keadaan sedar, ikuti langkah ini ( SAMPLE ).
S Sign/Symptom ( Tanda & Gejala )
A Alergic ( Alahan )
M Medicine ( Ubatan yang diambil )
P Past History ( Sej. lama cth penyakit )
L Last Meal ( Makanan Terakhir )
E Event ( Punca Kejadian )
Kenalpasti Jenis Keadaan Mangsa dan Cara Merawat.
Terdapat dua jenis pendarahan, antaranya :
Pendarahan Luar – Darah keluar dari luka di permukaan kulit.
(a) Luka Kecil
1. Cuci luka, buang kotoran dengan air.
2. Luka calar - biarkan kering, plasterkan.
3. Hentikan pendarahan.
(b) Luka Berdarah dengan Banyak
1. Beri tekanan kuat di tempat luka.
2. Naikkan anggota badan yang luka.
3. Tutup luka dengan pad dan balutkan.
4. Jika masih berdarah, tambahkan pad.
5. Pastikan balutan tidak terlalu ketat.
6. Hantarkan ke hospital.
(c) Luka dengan tulang patah menembusi permukaan kulit
1. Sokong lengan / kaki yang patah.
2. Letakkan kain pada luka.
3. Tambahkan padding sekitar tulang patah, balutkanya.
4. Larang gerak.
5. Balutan tidak terlalu ketat.
6. Hantarkan ke hospital.
(d) Benda asing tertanam di tempat luka
1. Hentikan pendarahan.
2. Letak goz / kain.
3. Tambah padding sekitar benda asing. Balutkannya.
4. Tinggikan bahagian yang luka.
5. Jika patah tulang - larang gerak.
6. Balutan jangan terlalu ketat.
7. Hantar ke hospital.
Pendarahan Dalaman
Pendarahan tersimpan di dalam tubuh yang mengakibatkan kesakitan dan renjatan
walaupun tiada kesan kehilangan darah.
(a) Pendarahan dari hidung
1. Duduk, tundukkan kepala ke bawah, elakkan tertelan darah.
2. Picit hidung, tundukkan kepala dan bernafas dengan mulut selama 10 minit.
3. Jangan menghidu / menghembus.
4. Jika pendarahan berhenti, jangan pegang / menghembus hidung selama
beberapa jam.
5. Hantar ke hospital jika pendarahan melebihi 30 minit.
(b) Pendarahan dari dalam telinga
1. Duduk / baring dengan telinga yang berdarah berada di sebelah bawah.
2. Balut telinga dengan longgar.
Keadaan di mana sistem peredaran darah gagal membekalkan darah ke tisu-tisu tubuh
badan berikutan kecederaan yang parah atau penyakit.
Punca-Punca :
Pendarahan parah
Terbakar atau melecur teruk
Patah tulang yang serius
Penyakit cirit-birit, taun
Terkena penyakit jantung
Gangguan emosi
Tanda-Tanda :
Kulit menjadi sejuk, pucat dan melekit serta berpeluh dingin.
Rasa pitam, loya, sakit dan muntah.
Denyutan nadi cepat dan lemah.
Pernafasan cepat, lemah dan tercungap-cungap.
Muka dan bibir pucat.
Rasa gelisah, resah dan lama-kelamaan menjadi tidak sedarkan diri.
Rawatan :
Tenteramkan pesakit dengan kata-kata semangat.
Hentikan pendarahan jika ada.
Baringkan pesakit dengan kepalanya lebih rendah dari badan dan tinggikan kaki.
Letakkan dalam kedudukan koma jika dia muntah atau tidak sedar diri.
Selimutkannya.
Longgarkan pakaian yang ketat.
Jangan beri minuman atau makanan melalui mulut.
Tidak Sedar diri
Suatu keadaan di mana seseorang menjadi tidak sedar diri disebabkan oleh gangguan
terhadap fungsi-fungsi sistem saraf, terutamanya otak, yang berpunca daripada pelbagai
kecederaan, penyakit atau kekurangan bekalan oksigen dan darah.
Peringkat tidak sedar diri:
Penuh sedar
Mengantuk
Separuh sedar
Koma
Sebab-Sebab tidak sedar diri:
Berhenti pernafasan
Kecederaan kepala dan otak
Renjatan
Tertelan racun atau pengambilan dadah
Penyakit sawan babi, epilepsi, kencing manis atau histeria
Kemabukan arak
Rawatan :
Pastikan saluran pernafasan tidak tersekat.
Jika pernafasan berhenti, beri bantuan pemulihan pernafasan.
Periksa nadi. Jika tiada denyutan, berikan pemulihan tekanan jantung.
Hentikan pendarahan, jika ada.
Longgarkan pakaian yang ketat.
Jika bernafas, letakkan pesakit dalam kedudukan koma
Selimutkannya
Periksa denyutan nadi, pernafasan dan peringkat tidak sedar diri setiap 10 minit.
Hantar pesakit ke hospital dalam kedudukan koma.
Pemulihan Pernafasan Mulut Ke Mulut:
Keluarkan benda-benda asing daripada mulut / kerongkong.
Letakkan tangan di bawah leher, angkat lehernya sedikit. Tangan sebelah lain, tekan
bahagian atas kepala ke bawah untuk melicinkan perjalanan udara.
Picit hidung pesakit, tarik nafas dan letakkan bibir anda di sekeliling mulutnya.
Hembuskan udara ke dalam paru-parunya.
Perhatikan dadanya mengembang dan menurun. Ulangi mengikut kadar 12 kali
seminit, iaitu sekali penghembusan nafas setiap 5 saat.
Periksa nadi dan pernafasan selepas tempoh 1 minit.
** Kanak-kanak -Penghembusan nafas setiap 3 saat. **
Pemulihan Tekanan Jantung:
Baringkan pesakit di atas permukaan yang rata dan keras.
Tentukan tempat tekanan - Ikuti sisi tulang rusuk dengan jari hantu hingga bahagian
bawah tulang dada (sternum).
Letakkan hujung tapak tangan anda di tengan dada. Tutup tangan ini dengan hujung
tapak tangan yang lain.
Dengan tangan lurus, gerak ke depan.
Gunakan berat badan untuk menekan tulang dada terus ke bawah lebih kurang 3 cm.
Lepaskan tekanan supaya dada berkembang semula
Ulang tekanan dengan kadar 80 - 100 kali seminit. ( Kira-kira 15 tekanan setiap 10
saat)
** Kanak-kanak - lakukan tekanan dengan sebelah tangan dengan kadar 80 kali
seminit. **
*** Bayi - tekan dengan 2 batang jari dengan kadar kira-kira 100 kali seminit. ***
Pemulihan Kardio-Pulmonari (CPR)
Diberi kepada mangsa yang berhenti pernafasan dan denyutan nadi.
Rawatan:
1. Peraturan ABC:
A - Airway [Tentukan saluran nafas tidak tersekat.
B - Breathing [Memastikan pernafasan]
C - Circulation [Memastikan peredaran darah]
Ringkasan CPR
Letakkan si mangsa dalam kedudukan yang betul.
Pastikan saluran nafas tidak tersumbat
Berikan 2 hembusan nafas dengan cepat
Memeriksa nadi carotid
Sekiranya tiada denyutan dikesan, mulakan tekanan jantung
KADAR PENTING :
1 orang ahli pertolongan cemas : 2 hembusan, 15 tekanan jantung
2 orang ahli pertolongan cemas : 1 hembusan, 5 tekanan jantung
Kedudukan Koma
Pembantu pertolongan cemas berlutut di sebelah kanan mangsa.
Angkat kaki kirinya dan palangkan atas kaki kanan.
Letakkan kedua-dua tangannya lurus di tepi badannya.
Gunakan tangan kanan untuk membawa bahagian punggung mangsa dan tangan kiri
untuk menjaga kepala dan mukanya, pusingkan badan mangsa supaya mangsa tertiarap.
Muka mangsa dialih supaya berpaling ke sebelah kiri sambil mendongak.
Letakan tangan kiri mangsa dalam keadaan membengkokkan sikunya.
Tangan kanannya diluruskan ke belakang.
Letakkan kaki kiri dengan membengkokkan lututnya.
Luruskan kaki kanannya ke belakang.
5.0 KAWAD
5.1 PANDUAN KAWAD
PANDUAN UNTUK JURULATIH
Buku kawat ini bertujuan untuk memberi panduan kepada jurulatih supaya dapat
mengajar pegawai/kadet tatacara kawat dengan betul dan dapat dilaksanakan dengan
penuh komitmen dan bertanggungjawab.
Selain daripada itu matlamat untuk melahirkan pegawai/kadet, Kadet Remaja Sekolah
yang mempunyai disiplin diri yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama dan
sanggup mempertahankan agama bangsa dan negara dapat dicapai.
BAHAGIAN I
PENDIRIAN SEORANG JURULATIH
Sikap dan pendirian yang tetap dan betul adalah sangat penting bagi seseorang jurulatih
kerana ia akan dicontohi dan diteladani.
Apabila hendak mengajar kawat, jurulatih hendaklah berdiri dengan cara yang betul.
Pergerakan badan, kepala dan tangan hendaklah pada kadar yang minimum ketika memberi
hukuman. Ini akan menampakkan kekemasan dan disiplin yang tinggi.
Apabila hendak melakukan sesuatu pergerakan kawat jurulatih, hendaklah melakukan
mengikut tatacara kawat.
Demonstrasi atau cara melakukan sesuatu pergerakan itu mestilah kemas dan mantap.
Apabila hendak menunjukkan pergerakan-pergerakan tongkat, maka pertunjukan itu
hendaklah dilakukan dengan tongkat sahaja.
BAHAGIAN II
KAEDAH MENGUASAI KEMAHIRAN KAWAT TERBAIK
Bagi menguasai kemahiran berkawat yang baik, seseorang jurulatih perlu ada dua perkara
penting; pertama mempunyai prasangka yang baik dan yang
kedua kebijaksanaan. Mempelajari kawat bukan satu perkara yang mudah. Oleh hal yang
demikian seseorang jurulatih hendaklah bijak dan pandai mengarah skuad itu
supaya melaksanakan latihan kawat dengan kemas dan sempurna.
Jurulatih yang bijak dan baik akan melahirkan skuad yang kemas dan berdisiplin.
Jurulatih hendaklah memberi pujian pada tempat yang sepatutnya.
Sesuatu arahan hendaklah sesuai dengan tahap kadet serta peringkat ilmu yang telah
diterima.
Jurulatih tidak boleh memberi hukuman kawat yang belum diajar. Peranan jurulatih adalah
melatih skuadnya sebaik yang boleh dan mengajar mereka supaya berkelakuan baik dan
berdisiplin tinggi seperti jurulatih itu sendiri.
BAHAGIAN III
MEMBETULKAN KESILAPAN
Setiap kesilapan yang dilakukan oleh jurulatih hendaklah dibuat pembetulan sebelum
jurulatih itu meninggalkan padang kawat.
Sebarang teguran oleh pegawai yang lebih tinggi pangkatnya hendaklah didengar dan
dipatuhi. Walau bagaimanapun teguran itu hendaklah secara berhemah. Teguran itu
merupakan pengajaran dan pendidikan bagi memperbaiki dirinya.
BAHAGIAN IV
PROSES LATIHAN
Jika pengajaran atau ilmu kawat hendak disampaikan, pelatih-pelatih hendaklah
berdiri dan dapat melihat pergerakan jurulatih dengan jelas.
Bahasa hukuman yang digunakan hendaklah jelas dan tepat. Jika perlu bolehlah diberi
penerangan tentang sesuatu pergerakan kawat yang dilakukan.
Untuk memudahkan pelatih-pelatih, lakukan demonstrasi sesuatu kawat itu
secara lengkap dan sempurna dengan mengikut masa serta hukumannya.
Demonstrasi hendaklah dilakukan secara latihan kawat dengan nombor. Ulasan
hendaklah diberi secara terperinci. Tumpukan kepada satu-satu pergerakan, setelah pelatih
mahir barulah diajar pelajaran lain. Jurulatih hendaklah menunjukkan kesalahan-kesalahan
yang biasa dilakukan semasa berkawat.
Kesilapan hendaklah diperbetulkan dan dilatih secara berulang-ulang. Perkara ini penting
dalam proses latihan.
Rehat mestilah diberi mengikut kesesuaian antara satu pelajaran dengan satu pelajaran,
terutama dalam proses kawat peringkat awal.
Apabila skuad dalam kedudukan rehatkan diri, jurulatih bolehlah menyoal skuadnya.
Pertanyaan itu bukan hanya berkenaan kawat tetapi apa saja sama ada berkaitan dengan
ilmu pengetahuan, pelajaran, nasihat, tujuan kehidupan, wawasan dan sebagainya.
BAHAGIAN V
BAHASA HUKUMAN
Bahasa hukuman yang jelas lagi tepat akan menghasilkan kawat yang baik.
Semua jurulatih hendaklah mahir dengan bahasa hukuman.
Bahasa hukuman itu terbahagi kepada dua iaitu "Bahasa amaran" dan bahasa
perbuatan ". Kedua-duanya hendaklah diberi dengan lantang dan terang.
Dalam buku panduan ini, semua bahasa hukuman sama ada "bahasa amaran" atau "bahasa
perbuatan" dicetak dengan huruf tebal. Tanda titik-titik digunakan bagi memisahkan
kedua-dua perkataan ini.
Setiap bahasa hukuman, hendaklah ada berhenti seketika (”pause”) antara " bahasa amaran
" dan "bahasa perbuatan" pada setiap kali hukuman diberi. Kadar masa berhenti seketika
(“pause” ) tidak dapat ditentukan kerana perkataan hukuman antara satu sama lain berbeza;
ada yang " masa cepat " dan ada pula yang " masa perlahan ".
Jika perlu kembali semula kepada kedudukan asal, maka hukumannya ialah "Semula".
Biasakan memberi hukuman dengan suara yang kuat dan lantang. Seorang jurulatih
hendaklah tegas. Suara yang kuat dan lantang serta tegas akan memberi dua kesan;
pertama setiap bahasa hukuman yang diberi merupakan latihan. Kedua bahasa hukuman
jika dibuat seperti berbual sahaja akan hilang ketegasannya dan akan menyebabkan kawat
itu rosak .
BAHAGIAN VI
MASA BAGI BAHASA HUKUMAN
Jadual di bawah ini menunjukkan pada kaki manakah patut diberi "bahasa perbuatan".
Sebagai panduan, jarak masa ”bahasa amaran” diberi dengan kadar empat langkah semasa
cepat jalan atau tiga langkah semasa perlahan jalan. Setiap ”bahasa perbuatan” diberi
apabila kaki kiri menjejak ke bumi kecuali diterangkan cara lain dalam jadual ini.
MASA MEMBERI BAHASA HUKUMAN
BAHASA HUKUMAN HUKUMAN DIBERI HUKUMAN DIBERI SEMASA
SEMASA CEPAT PERLAHAN JALAN
HENTI JALAN
SEMASA KAKI KANAN MELALUI KAKI KIRI
DALAM MASA BERJALAN SEMASA KAKI KIRI JEJAK KE
TANAH CEPAT ATAS KAKI KANAN DAN JALAN
CEPAT JALAN ATAS KAKI KIRI
TUKAR LANGKAH SEMASA KAKI KIRI CEPAT ATAS KAKI KANAN JEJAK KE
CEPAT.......CEPAT JALAN JEJAK KE TANAH TANAH DAN JALAN ATAS KAKI KIRI JEJAK
KE TANAH
KEKANAN PUSING
SEMASA KAKI KANAN MELALUI KAKI KIRI
KE KIRI PUSING SEMASA KAKI KANAN SEMASA KAKI KIRI MELALUI KAKI KANAN
JEJAK KE TANAH
HENTI SEBELUM KAKI KANAN
SEMASA KAKI KANAN JEJAK KE TANAH
(Semasa hentak kaki) JEJAK KE TANAH SEBELUM KAKI KIRI
JEJAK KE TANAH
MAJU SEMASA KAKI KIRI TUKAR ATAS KAKI KANAN DAN LANGKAH
(Semasa hentak kaki) JEJAK KE TANAH ATAS KAKI KIRI MELALUI KAKI KANAN
TUKAR LANGKAH MASA
BERJALAN TUKAR LANGKAH TUKAR ATAS KAKI KANAN DAN SEMASA KAKI KANAN MELALUI KAKI KIRI
TUKAR LANGKAH PERLAHAN- LANGKAH ATAS KAKI KIRI
PERLAHAN JALAN SEMASA KAKI KANAN MELALUI KAKI KIRI
BUKA/TUTUP BARISAN SEMASA SEMASA KAKI KANAN JEJAK KE
TANAH
BERJALAN
SEMASA KAKI KIRI
HORMAT JEJAK KE TANAH
SEMASA KAKI KIRI
JEJAK KE TANAH
BAHAGIAN VII
SIFAT-SIFAT SESEORANG JURULATIH KAWAT
Seseorang jurulatih kawat hendaklah mempunyai sifat-sifat pemimpin dan pendidik
seperti berikut :
Kesabaran menghadapi sesuatu.
Ketabahan hati dan semangat yang bersungguh-sungguh.
Mempunyai kemahuan untuk maju.
Bertanggungjawab.
Berperikemanusiaan.
Taat setia yang tidak berbelah bahagi.
Tahu semua pergerakan dan pandai membetulkan kesalahan.
Memuji dan menegur kesalahan.
Bijak menyelesaikan sesuatu masalah.
Berpakaian kemas dan bersih yang boleh dicontohi dan diteladani.
Mempunyai mutu disiplin yang tinggi.
5.2KAWAD STATIK
BAHAGIAN I
SEDIA
Hukumannya :
"Skuad ..............Sedia"
Perbuatan :
Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak padat di sebelah kaki kiri
supaya terdengar satu bunyi sahaja. Kedudukannya ialah kedua-dua tumit rapat dan
sebaris; hujung kaki terbuka 30 darjah; kedua-dua lutut bertahan lurus; badan tegak;
timbang keberatan badan antara tapak kaki dengan tumit; kedua-dua bahu tarik ke
bawah dan ke belakang (supaya dada terbuka tanpa perlu dikeraskan) sama rata; kedua-
dua tangan lurus ke bawah; kedua-dua siku rapat ke badan ; pergelangan tangan lurus;
jari-jari genggam; belakang jari rapat ke paha, ibu jari lurus menghala ke bawah dan
rapat kepada telunjuk serta di belakang sedikit daripada penjahitan seluar; langut kepala
memandang terus ke hadapan.
(Sila lihat gambar 1)
Kesalahan Biasa:
Kedudukan yang terlalu kaku dan menyukarkan pernafasan.
Berdiri tidak tetap serta mata bergerak.
Kaki dan badan tidak lurus ke hadapan serta tumit tidak rapat.
Tangan bengkok dan terjulur ke hadapan.
Belakang tangan menghala ke hadapan atau pergelangan
tangan mengerekot.
Badan senget ke kiri atau ke kanan dan bahu tidak sama rata.
Tidak memandang (200 meter) ke hadapan
Tunduk atau mendongak.
Semasa tumit atau hujung kaki dijatuhkan terdapat dua bunyi.
Ingatan:
Beri hukuman supaya bersedia sebelum "Skuad ..............Sedia".
BAHAGIAN II
SENANG DIRI
Hukuman :
"Senang ..................Diri"
Perbuatan :
Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak ke sebelah kanan sejauh
12 inci. Dalam masa yang sama kedua-dua tangan ke belakang dan letakkan belakang
tangan kanan rapat di atas tapak tangan kiri, ibu jari bersilang, empat-empat jari
bersusun lurus menuju ke bumi , siku lurus, dan keberatan badan di atas kedua-dua
kaki. Masa angkat kaki kanan, kaki kiri mesti tegap dan tidak bergerak.
Kesalahan Biasa :
Siku bengkok;
Lutut tidak tegap dan tiada bertahan;
Tiada bawa kaki kanan ke kanan cukup jarak 12 inci;
Menggerakkan kaki kanan menyebabkan rosak lurus barisan;
Pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kiri;
Jatuh tumit atau hujung kaki dahulu.
Bahu jatuh dan badan mengenjut.
BAHAGIAN III
REHATKAN DIRI
Hukuman :
"Rehatkan ................Diri"
Perbuatan:
Dalam kedudukan senang diri, naikkan tangan dari punggung ke pinggang dalam satu
pergerakan dan rehatkan semua anggota badan ( 1 , 2 , rehat ) .Kedudukan kaki tidak
berubah.
Kesalahan biasa :
Kedua tapak kaki bergerak , menyebabkan hilang lurus barisan;
Menggeliat dan bercakap-cakap.
Ingatan :
Dalam keadaan "Rehatkan ....... Diri" , Skuad dibenarkan melakukan pergerakan
setakat pinggang ke atas sahaja.
Apabila dapat perintah "Skuad" dengan serta merta balik ke kedudukan senang diri.
BAHAGIAN IV
MASUK BARIS
Arahan masuk baris :
"Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tiga barisan di hadapan
saya gerak, skuad hendaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga barisan, di
hadapan, di tengah-tengah, di mana saya mengadap. Faham itu skuad".
Hukuman :
"Tiga Barisan Di hadapan Saya ............. Gerak"
Perbuatan :
Semua anggota hendaklah sedia, berlari dengan pantas, berbaris dalam tiga barisan
kira-kira 6 langkah di hadapan ketua/jurulatih iaitu setiap orang mestilah mengambil
tempatnya, barisan hadapan, barisan tengah dan barisan belakang. Jarak di antara satu
barisan dengan yang lain ialah 30 inci. Jarak di dalam barisan di antara seorang dengan
yang lain ialah sekadar satu tangan dan dalam keadaan sedia.
Kesalahan Biasa :
Datang berbaris tidak berlari
Tidak melakukan perbuatan sedia sebelum berlari.
Bercakap-cakap;
Barisan terlalu rapat atau terlalu jauh daripada jurulatih.
BAHAGIAN V
MEMBETULKAN BARISAN
Hukuman:
" Ke kanan ............ Lurus"
Perbuatan:
Penanda kanan diam. Yang lain langkah* kaki kanan 6 inci ke hadapan dan angkat kaki
kiri serta hentak disebelah kaki kanan, kedua - dua tangan lurus dan rapat ke badan.
Diam dan kira masa sendiri (2-1). Kemudian palingkan muka ke kanan; melainkan
anggota yang nombor satu dalam setiap barisan; serentak dengan itu anggota dalam
barisan hadapan angkat tangan ke paras bahu melalui sebelah belakang anggota di
kanannya, jari genggam dalam keadaan ibu jari di kedudukan atas mencecah
bahu anggota di sebelah kanan. Diam dan kira masa sendiri, (2-1), diikuti dengan
hentak kaki ”pendek – pendek” sehingga barisan lurus.
Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebelah kanan barisan tengah dan barisan
belakang hendaklah mengangkat tangan sekadar menyentuh bahu anggota di
hadapannya. Setiap barisan ini hendaklah berdiri bersetentang dengan anggota -
anggota di hadapan. Sesudah barisan lurus, semua diam dan tunggu hukuman pandang
depan.
*julur
Hukuman:
''Pandang.............depan''
Perbuatan:
Palingkan muka ke hadapan dan turunkan tangan ke sebelah rusuk serentak dengan
pantas.
Hukuman:
”Ke Kiri…… Lurus”
Hukuman ini diberi apabila skuad menghadap ke belakang dan penanda berada di
sebelah kiri.
Perbuatannya adalah sama dengan ke kanan lurus kecuali semua anggota akan
palingkan muka ke kiri dan angkat tangan kiri. Penanda di sebelah kiri hendaklah diam.
Kita boleh memberi nombor sama ada dari kiri atau kanan.
Kesalahan Biasa :
Melompat dengan kedua-dua kaki dalam satu masa;
Kaki dan bahu tidak sama rata ke hadapan dan badan condong ke depan semasa
mengambil lurus;
Pinggang lemah semasa kaki bergerak;
Jarak dan bersetentang tidak betul;
Badan dan kepala tidak tegak semasa mengambil lurus;
Turun tangan lambat dan siku bengkok.
Menepuk peha ketika menjatuhkan tangan.
Hukuman :
"Luruskan ............ Barisan"
Perbuatan :
Pergerakan seperti di atas juga tetapi tidak perlu melangkah ke hadapan, cuma
hentakkan kaki kanan dan kiri berturut-turut dan terus bergerak betulkan barisan.
Apabila barisan telah lurus , turunkan tangan dan palingkan muka ke depan dalam masa
sendiri. Barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengikuti anggota hadapan.
BAHAGIAN VI
NOMBOR
Permulaan pelajaran, skuad hendaklah dinomborkan supaya menyenangkan jurulatih
memanggil anggota. Dari itu memadai dengan memanggil “Nombor.......... barisan
..................” saja. Anggota juga tahu kedudukannya dalam skuad.
Hukuman :
" Dari kanan ...........Nombor"
Perbuatan :
Barisan yang di hadapan sahaja yang membilang nombor dengan pantas dari kanan ke
kiri. Anggota yang di sebelah kanan sekali bilang "satu" , yang lain mengikut bilang
"dua" dan seterusnya sehingga habis.
Kesalahan Biasa :
Tidak mengira nombor dengan cepat.
Bilang nombor dengan suara perlahan.
Lupa nombor masing-masing.
Ingatan :
Apabila anggota telah tersalah bilang, hendaklah diberi hukuman "Semula" , kemudian
ulang balik daripada anggota pertama.
BAHAGIAN VII
BUKA / TUTUP BARISAN
Hukuman :
"Buka Barisan .................Gerak".
Perbuatan :
Barisan hadapan ambil dua langkah ke hadapan, iaitu langkah kaki kanan ke hadapan
30 inci dan kaki kiri 15 inci, kemudian angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki
kiri kepada kedudukan sedia. Barisan belakang ambil dua langkah ke belakang mulai
kaki kanan diikuti kaki kiri, kemudian angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki
kiri kepada kedudukan sedia. Masa bergerak bilang;
(1-2-1)
Kesalahan Biasa :
Kedua-dua tangan tidak rapat ke badan;
Tidak mengambil langkah cukup ke hadapan dan ke belakang;
Tangan dan bahu bergerak;
Mata pandang ke bawah;
Badan tidak tegak.
Hukuman :
"Tutup Barisan.......Gerak".
Perbuatan :
Barisan hadapan ambil dua langkah ke belakang dan barisan belakang ambil dua
langkah ke hadapan. Pergerakannya adalah serupa seperti "Buka Barisan......Gerak".
Ingatan :
Apabila skuad berjalan dalam barisan ke hadapan atau ke belakang (melintang) ketika
hukuman buka barisan diberi, barisan hadapan hendaklah jalan terus, barisan tengah
hentak kaki dua kali , manakala barisan belakang hentak kaki empat kali dan maju.
Kalau hukuman tutup barisan diberi, pergerakan adalah sebaliknya.
BAHAGIAN VIII
BERPUSING KE KANAN/ KIRI/ BELAKANG
Hukumannya :
”Bergerak ke kanan, kanan ........ Pusing".
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke
kanan, di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki
kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak
atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus,
badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki
kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia.
Kesalahan Biasa:
Tangan tidak rapat ke badan
Hentak kaki tendang kuda.
Membongkok
Lutut bengkok
Angkat peha melebihi 45 darjah
Hukumannya:
”Bergerak ke kiri, Kiri .......Pusing".
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke
kiri, di atas tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan dengan mengangkat hujung kaki kiri
dan tumit kaki kanan. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kiri terletak atas
bumi menyerong ke kiri dan tumit kaki kanan terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan
tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kiri. Angkat kaki kanan
dan hentak di sebelah kaki kiri dengan pantas kepada kedudukan sedia.
Kesalahan Biasa:
Tangan tidak rapat ke badan
Hentak kaki tendang kuda.
Membongkok
Lutut bengkok
Angkat peha melebihi 45 darjah
Hukumannya :
Menghadap ke belakang , "Belakang ......Pusing".
Menghadap ke hadapan , "Belakang ......Pusing".
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing 180 darjah mengikut
pusingan jam ( ikut bahu kanan ) , di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan
mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru
tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat.
Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas
kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada
kedudukan sedia.
Kesalahan Biasa:
Tangan tidak rapat ke badan
Hentak kaki tendang kuda.
Membongkok
Lutut bengkok
Angkat peha melebihi 45 darjah.
Badan melonjak ketika berpusing
BERPUSING SEPARUH KANAN/KIRI
Hukumannya:
”Bergerak ke kanan, separuh kanan ........ Pusing".
”Bergerak ke kiri, separuh kiri .......Pusing".
Pergerakan sebagaimana berpusing kanan/kiri tetapi separuh kanan/kiri sahaja ( 45
darjah )
Kesalahan biasa :
Badan melonjak semasa berpusing;
Tangan bergoyang dan membongkok semasa berpusing;
Tumit bergerak dari tempatnya masa berpusing.
Kedua-dua siku tidak lurus masa merapatkan kaki;
Badan dan bahu tidak berpusing dengan betul dalam pergerakan pertama.
Lutut bengkok semasa berpusing.
BAHAGIAN X
BERSURAI DAN KELUAR BARIS
Hukuman :
"Ber..............surai".
Perbuatan :
Skuad itu hendaklah dalam keadaan tutup barisan , pusing ke kanan, hentak kaki kiri
di sebelah kaki kanan, hormat sekali terus melangkah mulai kaki kanan ke hadapan
tiga langkah dalam masa cepat ; terus bersurai.
Ingatan :
Jika bertongkat, hendaklah dibawa tongkat itu ke kedudukan kepit sebelum memberi
hormat. Anggota yang tidak bertongkat ikut kiraan masa anggota yang bertongkat.
Perhatian:
Jangan disangkakan bersurai itu perkara kecil, bersurai ialah memberi hormat kepada
pegawai. Dengan sebab itu jurulatih hendaklah memerhatikan pergerakan hormat
dilakukan dengan sempurna.
Hukuman :
"Keluar ............... Baris"
Berbeza dengan bersurai, keluar baris bermaksud aktiviti belum tamat, malah bersurai
sementara sahaja dan hormat tidak dikehendaki. Anggota tidak boleh beredar
dari padang kawat atau kawasan latihan.
BAHAGIAN XI
PARAS
Paras boleh dilakukan seperti berikut :
1. 1.Anggota tinggi di sebelah kanan , anggota rendah di sebelah kiri.
2. 2.Anggota rendah di sebelah kanan, anggota tinggi di sebelah kanan.
3. 3.Anggota rendah di tengah-tengah.
4. 4.Anggota tinggi di tengah-tengah
Hukuman :
"Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan ..........paras".
Perbuatan :
Semua anggota membuat perbuatan keluar baris dan berbaris semula dalam satu
barisan mengikut ketinggian masing-masing dan berdiri dalam keadaan sedia.
"Dari kanan........... Nombor"
Skuad itu hendaklah menghitung nombor dari kanan ke kiri.
"Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah
ke belakang...........gerak".
Jurulatih hendaklah memeriksa pergerakan.
"Orang yang di sebelah kanan sekali diam, nombor ganjil ke
kanan, genap ke kiri , barisan kanan dan kiri ..........pusing".
Anggota nombor satu diam, lain-lain anggota hendaklah berpusing seperti yang
diperintahkan.
"Jadikan tiga barisan, .........cepat jalan".
Skuad itu jadikan tiga baris. Anggota nombor genap ikut belakang nombor ganjil, iaitu
nombor satu genap menjadi nombor satu barisan tengah. Nombor lima menjadi nombor
satu barisan belakang. Nombor tujuh jadi nombor dua barisan hadapan dan seterusnya.
Apabila berhenti di tempat masing-masing hendaklah berpusing ke hadapan bertiga-
tiga setelah mendapat isyarat ”up” dari anggota barisan belakang. Isyarat ”up”
diberikan sekali lagi untuk pergerakan senang diri.
Ingatan :
Jika dikehendaki kedudukan skuad itu tinggi di sebelah kanan dan rendah di sebelah
kiri, hukumannnya :
"Orang yang di sebelah kanan sekali diam, yang lain bergerak ke kanan, kanan
............pusing".
" Jadikan tiga barisan..........cepat jalan"
( iaitu semasa mereka di dalam satu barisan ), maka skuad hendaklah membuat seperti
di atas.
Hukuman : ..........paras".
"Yang rendah ke kanan, tinggi ke kiri, dalam satu barisan
Perbuatan :
Semua anggota membuat perbuatan keluar baris dan berbaris semula dalam satu
barisan mengikut ketinggian masing-masing dan berdiri dalam keadaan sedia.
"Dari kanan........... Nombor"
Skuad itu hendaklah menghitung nombor dari kanan ke kiri.
"Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah ke
belakang...........gerak".
Jurulatih hendaklah memeriksa pergerakan.
"Orang yang di sebelah kanan sekali diam, nombor ganjil ke kanan, genap
ke kiri , barisan kanan dan kiri ..........pusing".
Anggota nombor satu diam, lain-lain anggota hendaklah berpusing seperti yang
diperintahkan.
"Jadikan tiga barisan.........cepat jalan".
Skuad itu jadikan tiga baris. Anggota nombor genap ikut belakang nombor ganjil, iaitu
nombor satu genap menjadi nombor satu barisan tengah. Nombor lima menjadi nombor
satu barisan belakang. Nombor tujuh jadi nombor dua barisan hadapan dan seterusnya.
Apabila berhenti di tempat masing-masing hendaklah berpusing ke hadapan bertiga-
tiga setelah mendapat isyarat ”up” dari anggota barisan belakang. Isyarat ”up”
diberikan sekali lagi untuk pergerakan senang diri.
Ingatan :
Jika dikehendaki kedudukan skuad itu rendah di sebelah kanan dan tengah di sebelah
kiri, hukumannnya :
"Orang yang di sebelah kanan sekali diam, yang lain bergerak ke kanan, kanan
............pusing".
" Jadikan tiga barisan..........cepat jalan"
( iaitu semasa mereka di dalam satu barisan ), maka skuad hendaklah membuat seperti
di atas.
6.0 PETA DAN KOMPAS
PETA
Gambaran bentuk mukabumi yg dilukis atas permukaan rata bagi sesuatu kawasan -dari udara.
Peta juga mempunyai tajuk,kontur, skala,petunjuk,garisan melaras dan kod warna. Peta
merupakan elemen terpenting di dalam orienteering
KEGUNAAN PETA
Merancang aktiviti atau pergerakan dan melaksanakan aktiviti atau pergerakan
Memberi maklumat: lokasi, tempat, jarak, ketinggian bentuk muka bumi, halangan,
pembangunan, mercu tanda dan laluan – laluan yang boleh digunakan
JENIS-JENIS PETA
Peta Topo -mengandungi pelbagai jenis butiran
-mempunyai panduan grid
Peta Planimetri -peta panduan jalanraya
-panduan pelancongan
Peta Khusus -peta yg khusus bagi sesuatu butiran
-cth: peta taburan penduduk
Atlas -peta berskala kecil yg dibukukan
-menggambarkan kaws yg luas
-kandungan butiran tidak terperinci
Peta Orienteering -mendedahkan maklumat
lengkap dan terbaru
Kandungan Peta Orienteering
WARNA PETA – STADARD IOF
Hitam – Ciri buatan manusia dan batu
Perang - Kontor dan jalanraya
Kuning - Keadaan tumbuhan: terbuka
Putih - Keadaan tumbuhan: boleh berlari
Hijau - Keadaan tumbuhan: berjalan / redah
Biru - Ciri-ciri yang berkaitan dengan air seperti sungai, laut, paya , tasik, tali air dan lain-lain
CARA MENDAPATKAN PETA
Dokumen yang dikelas sebagai “terhad”
Boleh dimiliki dengan kebenaran pihak berkuasa
Permohonan jabatan kerajaan melalui Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri dengan
mengisi Borang PPNM-A (81)
Borang PPNM 1 jika permohonan dari pihak awam dan badan-badan berkanun.
KESELAMATAN PETA
Peta merupakan dokumen ‘terhad’, maka ia hendaklah dijaga supaya tidak hilang atau jatuh ke
tangan orang yang tidak dibenarkan.Oleh itu :
Jangan biarkan peta terbiar tanpa pengawasan
Jangan berikankan peta kepada sesiapa yang tidak dibenarkan walaupun bagi
maksud melihatnya sahaja.
Tentukan peta mempunyai bekas khas supaya ia tidak tercicir ketika bergerak. Tentukan
ia terkunci di dalam saku anda jika tidak memegangnya.
Jika peta itu hilang, segera untuk mencarinya
Jika tidak dijumpai, segera laporkan kehilangan di balai polis yang berdekatan.
CARA MENJAGA PETA
Peta merupakan sekeping kertas, maka ia hendaklah dijaga dengan cermat supaya tidak rosak,
koyak atau terbakar. Oleh itu :
Setelah peta dilipat, masukkan ke dalam plastik atau bekas lain yang kalis air. Tutup mulut
plastik itu hingga air tidak dapat masuk.
Jangan membuat sebarang tanda atau tulisan di atas peta. Jika terpaksa juga, gunakan
pensel supaya dapat dipadamkan semula.
Jangan menghisap rokok sewaktu peta sedang dikendalikan di tangan anda.
Jauhkan peta daripada api. Gunakan lampu suluh jika membaca peta pada waktu malam.