The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

CUP2011 GURU KADET REMAJA SEKOLAH 1
NURUL FATIN NAJIHA BINTI MUHAMAD ZAMRI (D20201093546)
ENCIK SHAHARUDIN OTHMAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatinnajihazamri01, 2021-05-22 10:41:09

BUKU LOG KRS

CUP2011 GURU KADET REMAJA SEKOLAH 1
NURUL FATIN NAJIHA BINTI MUHAMAD ZAMRI (D20201093546)
ENCIK SHAHARUDIN OTHMAN

Keywords: Nuyu1010

CARA MELIPAT PETA

 Peta hendakalah dilipat kepada saiz kecil dan dimuatkan ke dalam plastik kecil.
 Supaya peta boleh dibawa ketika bergerak nanti.
 Cara melipat peta ialah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah.
 Dengan lipatan begini, bahagian peta yang hendak dibaca dapat dilihat dengan cepat tanpa

terpaksa membuka keseluruhan lipatan pada tiap-tiap kali peta hendak dibaca.
MEMBACA PETA

 Membaca peta ialah mentafsir apa yang tergambar di atas peta kepada maklumat sebenar
yang mewakilinya.

 Setiap lembar peta mengandungi dua kategori catatan.
1. Pertama ialah catatan bagaimana peta hendak dibaca. Catatan ini digelar maklumat

bingkai.
2. Kedua ialah gambaran tentang muka bumi yang diwakili oleh peta itu sendiri.

MAKLUMAT BINGKAI PETA
Maklumat bingkai terdiri daripada perkara-perkara seperti yang di bawah:

 Nama Lembar
 Nombor Lembar
 Unjuran Grid
 Amaran Terhad
 Nama Siri dan Skala
 Skala Garisan
 Catatan Kredit
 Tahun Cetakan
 Indeks (Peta Pandu)
 Jarak Kontur
 Ukuran Tinggi dari Aras Laut
 Kotak Rujukan Peta
 Kotak Petunjuk
 Rajah Perbezaan Sudut Utara

KOMPAS
alat pengemudi arah yang mempunyai jarum magnetik merah hitam
peralatan yang paling bernilai untuk menunjuk arah dengan tepat

JENIS-JENIS KOMPAS

Kompas jangka sudut atau Baseplate
( compass protractor )

Kompas jenis ini diperkenalkan oleh Kjellstrom bersaudara
semasa perang dunia ke - 2 dan terdiri di atas sebuah
rectangular baseplate, yang ditanda dengan panah warna
merah sepanjang paksi atau garisan, dan lingkaran kompas
ditanda dalam unit darjah ( hampir di seluruh dunia bagi
lingkaran penuh menggunakan 360 darjah , tetapi
sebahagian Negara Eropah menggunakan 400 darjah ).

Kompas Jempol / Ibujari

 Di pertengahan tahun 1980 an, sebuah organisasi
orienteering dari Sweden membuat ciptaan untuk
menggantikan kompas baseplate dengan mempertajam
baseplate dan membuat lubang untuk memasang
kompas tersebut pada ibu jari.
o

 Kompas ini lalu dipasang di ibu jari tangan kiri,
diletakkan di atas peta yang juga dipegang dengang
tangan kiri juga.

Kompas Orienteering :

kompas jangka sudut (protracter compass)
kompas ibu jari (thumb compass)
kompas klip

Ciri-ciri :

skala pengukuran jauh
kanta kecil
tali gantungan di tangan

Kompas Tentera :

prismatic
lensatik

Lain-lain kompas:

kompas marin
kompas kiblat
kompas digital

CIRI-CIRI KOMPAS ORIENTEERING

lebih ringan daripada kompas prismatik

berfungsi sebagai jangka sudut untuk mengukur bearing yang terbaik

skala gred - 1 : 63360, 1: 50000 dan 1 : 25000

berbentuk empat segi bujur dan leper

tapak atau dasarnya terdiri daripada plastik lutsinar yang keras

terdapat skala grid, anak panah mara. garisan penghubung, pembaris, kanta pembesar dan
lubang penanda titik

Ia mengandungi dail,jarum kompas,anak panah kompas,garisan gred,angka-angka bearing atau
sudut, dan garisan indek

Kompas Jangka Sudut ( Protactor Compass )

 Digunakan oleh orang baru yang menceburi dalam bidang sukan ini
 Kompas ini mempunyai jarum magnetic, perumah yang boleh dilaras, skala pengukuran

jauh dan jarum penunjuk arah

Kompas Ibu Jari ( Thumb Compass )
 Ibu jari dilekatkan pada kompas bersama dengan peta
 menjadikan kompas dan peta digunakan sebagai satu unit
 mempunyai jarum bermagnet dan boleh mengukur skala tetapi tidak mempunyai perumah

yang boleh berputar dan juga dapat mengurangkan kesilapan

Clip Compass
 mempunyai perumah tetap dan jarum magnetik
 diklipkan bersama peta dan menggalakkan kompas dan peta digunakan sebagai satu unit

CIRI-CIRI KOMPAS YANG BAIK

 Mempunyai cairan yang dapat mengatur gerakan jarum walaupun dalam kedudukan yang
kurang sempurna

 Boleh bertahan sehingga empat atau lima tahun
 Tahan dalam berbagai cuaca
 Mudah dibawa dan ringan
 Dapat menunjukkan arah dengan cepat dan tepat

TEKNIK MENGGUNAKAN KOMPAS ORIENTEERING.

Bearing :
 Bermaksud arah.
 Mengukur bearing bermakna mencari arah untuk sampai ke sasaran.
 Ada 2 bearing:
 Bearing grid dan bearing magnet.

Mencari Bearing dengan Peta :
 Pastikan peta menghala ke utara.
 Tandakan tempat hendak mula bergerak.
 Tentukan tempat arah hendak dituju.
 Sambungkan kedua – dua tempat dengan garisan lurus.

Mencari Bearing Kompas :

 Letakkan kompas dititik permulaan dan
menghala ke arah hendak di tuju.

 Pastikan arah jarum penunjuk bermula dari
titik permulaan dan menghala ke arah titik
sasaran.

 Dari titik permulaan ini kita boleh
mengetahui jarak yang hendak dilalui.

 Letakkan kompas dengan elok di atas peta
supaya kedudukan kompas stabil.

 Pusing perumah ( Turnable ) sehingga utara
dan selatan selari dengan garisan utara dan
selatan di atas peta.

 Pastikan arah utara dan selatan berada dalam
rumahnya dan ia sama dengan kedudukan
utara di atas peta.

 Baca bearing yang ditunjukan pada garisan
anak panah arah.

 Pegang kompas dengan tangan di hadapan.
 Pastikan tapak kompas berada dalam

kedudukan harizontal dan anak panah arah
menghala ke sasaran.
 Pusingkan badan anda sehingga jarum utara
dan selatan berada dalam rumahnya.
 Jarum arah pada tapak kompas telah
menunjukkan arah yang hendak dituju.
 Anda boleh bergerak ke arah yang
dimaksudkan.
 Pastikan satu tanda yang boleh dikesan untuk
ke sana.

Belakang Bearing ( Back Bearing )

Bearing yang
bertentangan
dengan arah dituju

Bearing Bearing
lebih 180º kurang180º
TOLAK 180º TAMBAH 180º

BERGERAK DENGAN KOMPAS

 Bergerak dari satu titik ke satu titik di sepanjang bearing yang telah ditetapkan.
 Pergerakan dilakukan apabila tidak terdapat jalan atau laluan yang sedia ada dari lokasi anda

ke titik yang hendak dituju.

CARA BERGERAK:

a. Menggunakan Objek

 Perhatikan objek nyata yang tinggi.
 Pastikan objek itu betul – betul.
 Bergerak ke arah objek tanpa memerhatikan kompas.
 Berhenti apabila sampai di hadapan objek.

b. Menggunakan Rakan

 Digunakan apabila tiada sebarang objek yang boleh dijadikan penanda.
 Rakan bergerak ke hadapan sebaris dengan bearing kompas.
 Arahkan berhenti apabila satu jarak yang boleh dilihat dan didengar.

MELEPASI HALANGAN

Halangan :

 Sesuatu benda atau objek yang menghalang pergerakan ketika bergerak.
 Terdapat tiga cara untuk kembali ke garisan asal setelah haluan ditukar akibat mengelakan

halangan.

Terdapat 3 cara :

 Menyimpang 45 darjah

Halangan yang tidak dapat dilihat diseberang.
Mengubah haluan 45 darjah.
Tambahkan 45º kepada nilai bearing jika menyimpang ke kanan
Tolakkan 45º dari nilai bearing jika menyimpang ke kiri.
Bergerak ke arah bearing baru dengan mengira berapa langkah yang diambil ke bahagian
tengah halangan.

Dari titik ini ambil satu sudut tepat ke kiri / kanan dan bergerak di sepanjang arah itu.
Hentikan perjalanan apabila jumlah langkah telah menyamai jumlah langkah mula – mula
tadi.
Dari titik ini, ambil semula arah ke kanan/ kiri sebanyak 45 darjah.
Anda telah kembali sebagaimana bearing asal.
CONTOH :
Bearing = 130º

= 130º + 45º (kanan) = 175º
= 175º - 90º (kiri) = 85º
= 85º + 45º = 130º

 Penanda

Halangan yang dapat dilihat diseberangnya.
Pilih satu objek yang menonjol / tinggi sebaris dengan garisan bearing.
Bergeraklah ke arahnya dengan menyusur bahagian tepi.
Apabila jumpa objek atau penanda tadi lihat semula bearing dan teruskan perjalanan.

 Menyimpang 90 darjah

Digunakan bagi halangan yang tidak dapat dilihat diseberangnya.
Menyimpang 90 darjah ke kiri atau kanan halangan.
Setelah memilih arah, bergerak di sepanjang bearing yang telah dipilih sambil mengira
langkah sehingga bertemu hujung halangan.
Dari titik hujung halangan itu ambil 90 darjah ke kanan / kiri dan bergerak sehingga
hujung halangan.
Dari sini bergerak ke / kanan dan dengan menambah bearing 90 darjah dan kira jumlah
langkah supaya menyamai jumlah langkah yang telah dikira mula – mula tadi.
Anda telah kembali semula pada garisan bearing tadi.
Bergerak ke kiri = TOLAK
Bergerak ke kanan = TAMBAH
Contoh pergerakan kita ialah ke kiri dengan menggunakan bearing 160º

7.0 ORIENTEERING

PENGENALAN ORIENTEERING

Definisi

Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi
fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik
kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas
yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi
mengikut susunan tertentu.

Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan
gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari
harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan
pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.

Jenis-jenis orienteering

Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan
Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini,
hanya kaedah Foot-O yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah :-

Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)
Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
Orienteering Malam (Night Orienteering)
Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)
Norwegian Event

Kebaikan sukan orienteering
Sukan untuk semua
Meningkatkan kecergasan fizikal
Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan
Memberi cabaran & keseronokan
Membina sikap positif & keyakinan diri
Menggunakan persekitaran yang sihat
Meningkatkan kemahiran pembacaan peta & kompas
Memupuk sifat keberanian & ketenangan dalam keadaan cemas

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN ORIENTEERING

Sejarah permulaan

 Mula diperkenalkan di negara-negara Scandinavia pada awal abad ke 19.
 Dalam tahun 1918, Major Ernst Killander telah mengubahsuainya menjadi sukan

yang lebih kompetatif, berperaturan dan diterima ramai. Beliau telah digelar sebagai
“Bapa Orienteering”.

 Orienteering mengikut Model Killander merangkumi :-

Memerlukan daya ketahanan.
Stamina.
Kecekapan berlari.
Kekuatan mental.
Penggunaan skil navigasi dalam bentuk mukabumi yang lebih mencabar.

 IOF ditubuhkan dalam tahun 1961 dengan 10 negara.
 Kejohanan-kejohanan dunia yang dianjurkan oleh IOF adalah seperti :-

 World Orienteering Championships (WOC)
 World Cup (WC)
 Junior World Orienteering Championships (JWOC)
 Asia-Pacific Orienteering Championships (APOC)
 World Masters Orienteering Championships (WMOC)- 35 tahun keatas

 Acara orienteering terbesar yang dianjurkan adalah O-Ringen (Swedish Five-Days)
yang melibatkan penyertaan antara 15000 hingga 25000 orang.

Perkembangan di Malaysia

 Bermula dari satu bengkel orienteering yang dikendalikan oleh En. Wan Sabri Wan
Mansor (Dr), Pensyarah UPM di Hutan Simpan Air Hitam, UPM pada tahun 1983.

 Penubuhan Persatuan Orienteering Pulau Pinang (POA) dalam tahun 1983.
 Diikuti dengan penubuhan Persatuan Orienteering Selangor & Wil. Persekutuan

(WOA) pada tahun 1986.
 Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia (MOOC) yang pertama telah diadakan

dalam tahun 1988.
 Malaysia bergabung dengan IOF dalam tahun 1992 melalui WOA.

 Penubuhan Persatuan Orienteering Malaysia (MOA) dalam tahun 1994.
 Penubuhan 5 buah cawangan negeri iaitu Kedah, Johor, Terengganu, Selangor,
 Wilayah Persekutuan dalam tahun 1996.
 MOA Caw. Pulau Pinang dan MOA Caw. Sabah pula ditubuhkan pada tahun 1997.

TERMINOLOGI DAN ALATAN

Titik kawalan (Control point)

• Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh
peserta.

• Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.
• Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik ini.

Penanda kawalan (Control marker)

• Tujuannya bagi membantu peserta tiba kedestinasi yang betul.
• Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai

tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
• Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.
• Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan sebagai No. Kod

Kawalan.

Kad kawalan (Control card)

• Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara
sebagai bahan bukti atau pengesahan.

• Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan
tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti.

• Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat untuk dicatatkan
masa penamat.

Peta utama (Master map)

• Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan
kawalan.
• Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.
• Keterangan kawalan (Control description)

• Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan berkenaan.
Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan
mengenai kedudukan titik kawalan.

• Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalam
bentuk kod/gambarajah.

Landasan (Course)

• Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik
kawalan yang lain hingga kepenamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta utama dan
akan disalin oleh peserta kemudiannya.

• Tanda yang berkenaan landasan adalah :-
 Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
 Titik kawalan dengan tanda bulatan.
 Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.
 ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.

Kompas (Compass)

• Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering.
• Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja.

8.0 SENI PERKHEMAHAN
PERKHEMAHAN

Definisi
Berkhemah ialah mendirikan khemah untuk tempat kediaman sementara bagi berteduh dan
bermalam. Khemah diperbuat daripada kain tebal atau kain layar yang ditegakkan dengan tiang
besi atau kayu dan tali. Pada zaman sekarang, kebanyakkan khemah diperbuat daripada nilon
kerana ia ringan dan sesuai dengan suasana perkhamehan dan boleh dibawa ke sana ke mari. Ia
tidak seperti kain tebal atau kain layar.
Lord Baden Powell (1955) telah menyatakan bahawa berkhemah merupakan kegiatan yang sangat
menyeronokkan kerana dalam perkhemahan ahli- ahli perkhemahan dapat hidup dalam suasana
semula jadi seperti tinggal di tempat lapang, mendengar kicauan burung serta dikelilingi oleh
pohon- pohon kayu yang menyegarkan, turut berpeluang untuk mendekati binatang dan haiwan
hutan.
Lord Baden Powell juga telah menyatakan bahawa perkhemahan dapat memberi pangalaman yang
luas kepada para peserta. Mereka akan berpeluang untuk menjelajah ke tempat yang baharu.
Terdapat banyak lagi manfaat dan faedah yang boleh diperolehi melalui perkhemahan.
Objektif Perkhemahan

• Beri 1 kemahiran tinggi dlm penyediaan tapak khemah berkualiti
• Bentuk sikap berdikari, semangat setia kawan, berdisiplin & kepimpinan
• Bina kekuatan mental dan fizikal (kesusahan)
• Mengalami & menyesuaikan diri dgn kehidupan luar

Peraturan Perkhemahan

• Ikut arahan ketua/pegawai perkhemahan
• Peralatan perkhemahan disusun rapi
• Menepati waktu & bekerja sama
• Melaporkan kejadian tidak diingini kpd peg. bertugas
• Kawalan keselamatan

Penyediaan Tapak Perkhemahan

• Pagar & pintu utama
• Dapur
• Khemah urusetia
• Kawasan arena
• Tempat makan, solat
• peralatan & sakit
• Tandas
• Lubang sampah
• Ampaian

Keperluan Masuk Hutan

• Senjata tajam
• Bahan api
• Peta dan petunjuk
• “First Aid Kit”
• Alatan masak & makanan
• Tali
• Baju hujan
• Barang persendirian
• Botol air
• Khemah

Mengemas Haversack

• Barang mudah basah dibalut plastik
• Barang berat di atas
• Barang besar, sederhana berat di bwh
• Brg keras di bah. luar
• Brg yg kerap diguna di poket luar

• Pek kecil-kecilan
• Sistem sendiri

Peraturan Masuk Hutan

• Membawa senjata tajam
• Jgn cakap besar
• Jgn brgerak waktu mlm
• Jgn makan buahan/ tumbuhan sebarangan
• Jgn minum air yg belum dimasak/ tidak mengalir
• Jgn bahayakan diri
• Jgn tebang / tarik pokok sesuka hati
• Jgn buang air besar/kecil sesuka hati
• Jgn tegur perkara2 yang dirasakan pelik
• Jgn tinggalkan khemah tanpa memberitahu rakan lain sekiranya berkumpulan
• Jaga adab sopan

Cara Dapatkan Air

• Sekiranya punca air biasa tidak didapati, turunlah ke kawasan yang lebih rendah seperti
lurah, lembah atau denai. Jika tiada, carilah kawasan yang terdapat tumbuhan hijau dan
galilah tanah di situ

• Lain2 sumber: akar kayu, rotan, buluh, periuk kera, daun & rumput waktu pagi, lumut,
hujan, jenis pokok yg boleh perangkap air, binaan seperti perigi, perangkap wap, tadahan
serta peluh & kencing

• Tanda2 air dapat dikesan dengan bunyi dan tumpuan haiwan
• Sebelum minum, pastikan air jernih dan bersih
• Jika perlu, tapis & pastikan ia tidak berbau dan tidak mempunyai rasa

9.0 IKHTIAR HIDUP DAN PENDIDIKAN LUAR

S Size up the situation ( ukur situasi )
U Use all your senses ( gunakan semua deria )
R Remember where you are ( ingat di mana anda )
V Vanquish fear and panic ( hapuskan takut dan panik )
I Improvise ( mengubahsuai )
V Value living ( hargai kehidupan )
A Act like the natives ( bertindak seperti orang asli )
L Learn basic skill ( belajar kemahiran asas )

Pengenalan

 Membantu individu yang berada dalam keadaan dan tempat yang bahaya.
 Penggunaan kemahiran :

 Membuat unggun api
 Cari dan membina tempat berteduh
 Cari air yang bersih untuk diminum
 Cari makanan yang selamat dimakan
 Dalam keadaan dan tempat yang kering, basah, panas, sejuk, gurun, pedalaman atau pulau

Objektif Ikhtiar Hidup/ Pendidikan Luar

 Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut, hutan,
bukit, gunung-ganang atau sebagainya.

 Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari sumber makanan,
tempat perlindungan dan punca-punca air.

 Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa menjalani ikhtiar
hidup.

Tekanan Kepada Ikhtiar Hidup

 Kelaparan
 Kehausan
 Kesakitan
 Kesejukan dan kepanasan
 Keletihan
 Kesepian dan ketakutan

 Panik
 Tekanan-tekanan ini jika tidak diatasi boleh melemahkan semangat mereka untuk terus

hidup dan keluar dari keadaan tersebut.

Asas Bagi Ikhtiar Hidup

Terdapat 5 asas untuk meneruskan hidup dalam pelbagai situasi ini iaitu :

1. Tempat berteduh ( shelter )

Melindungi diri dari bencana atau kesejukan
Sebagai tempat untuk tidur dan berehat
Dibina sendiri
Kita mesti pastikan kawasan yang kita pilih untuk membina shelter adalah:
- berdekatan dengan punca air
- mudah untuk membuat unggun api
- Mudah untuk mencari makanan

a) Pondok Perlindungan Angin

• Pondok ini didirikan dengan rangka bumbung berbetuk ‘ V’ terbalik
• Bumbung ditongkat oleh dua batang tiang
• Bumbung boleh dibuat dari apa saja jenis daun seperti daun bertam, nipah,

senduduk, lalang dan sebagainya.
• Pondok ini sesuai didirikan di kawasan lereng bukit, kawasan permatang yang

sempit, kawasan tanah lapang dan juga di kawasan tepi pantai.

b) Pondok Pisang Sesikat

• Pondok ini didirikan dalam keadaan mempunyai empat tiang
• Tiang hadapan lebih tinggi dari tiang belakang
• Bumbung dibuat curam kebelakang
• Di bahagian hadapan dibuat cucur atap (tabir layar) juga boleh didirikan dengan

menggunakan dua tiang sahaja dgn bumbung belakang diturunkan terus di atas
tanah
• Pondok ini sesuai didirikan di kawasan tanah tinggi dan dilereng bukit.

c) Pondok Satu Minggu
• Pondok ini didirikan dengan menggunakan empat tiang, berlantai serta
mempunyai tangga dan berbumbung.
• Di bahagian hadapan mempunyai cucur atap dan boleh didirikan dalam apa juga
keadaan muka bumi.
• Kebiasaannya pondok ini didirikan untuk tempat tinggal dalam jangka masa satu
minggu.
• Ianya juga dapat menghindarkan diri dari gangguan binatang-binatang buas.

d) Perlindungan Semula Jadi
• Selain daripada beberapa jenis pondok di atas gua, banir pokok , anjung batu dan
juga lereng lekuk juga amat sesuai dijadikan tempat untuk berteduh.
• Pemilihan tempat tersebut perlu ditinjau terlebih dahulu dari aspek keselamatan.
• Elakkan tempat-tempat yang berbahaya seperti kawasan batu-batu yang longgar
kedudukannya, kawasan laluan angin, laluan binatang, sarang serangga dan
sebagainya.

2. Air ( water )

 Manusia hanya dapat hidup dan bertahan dalam tiga hari sahaja tanpa air.
 Manusia akan kehilangan air dalam 2-3 liter dalam 1 hari dalam suhu yang biasa. Tapi akan

lebih bila berada dalam suhu yang panas dan kawasan yang kering.
 Kekurangan air akan menyebabkan dehidrasi, kelesuan, sakit kepala, pitam, pening dan

boleh menyebabkan kematian.

Dalam keadaan kering yang melampau, kita boleh melakukan beberapa perkara untuk
mengurangkan kehilangan air dalam badan. Antaranya :

Bernafas menggunakan hidung bagi mengelakkan air keluar melalui pernafasan dengan
mulut

- Jangan merokok.
- Berehat dan tidak melakukan kerja berat.

Jangan makan terlalu banyak kerana air di dalam badan akan digunakan untuk menghadam
; kuantiti akan berkurang.

Sumber Air Bersih

 Air hujan yang bertakung dalam bekas yang bersih dan dalam tumbuhan adalah selamat
diminum.

 Air yang didapati dari tasik, kolam, paya, air pasang, sungai perlu dibersihkan terlebih
dahulu.

Cara Membersihkan Air

 guna iodin ,klorin atau rebuskan.
 masukkan 5 titik iodin kedalam semua air yang ditemui, jika air agak sejuk gunakan 10

titik iodin, biarkan selama 30 minit sebelum diminum
 atau panaskan air dalam masa 1minit jika berada pada paras laut, tambah setiap 1minit

untuk setiap penambahan 300 meter melebihi paras laut, 10 minit untuk tempat yang
tidak diketahui pada paras apa.

3. Api ( fire )

 penting untuk masak makanan, air dan untuk memanaskan badan bila berada dalam suhu
yang sejuk

 mengelakkan dari binatang buas
 cara untuk membuat nyalaan api :

- pilih satu tempat yang selamat
- himpunkan bahan bakar
- longgokkan bahan bakar dengan sesuai dimana pembakaran akan dibuat
- hadapkan kanta pembesar kearah cahaya matahari dan diatas longgokan bahan bakar
- biarkan cahaya putih yang menembusi kanta mengenai bahan bakar, tunggu sehingga

bahan bakar membara
- apabila bahan bakar mula membara, tambahkan lagi bahan bakar yang lain dan

anginkan sedikit sehinnga ianya betul-betul mengeluarkan api.letakkan ranting dan
daun kering
- kanta boleh digantikan dengan guna plastik putih yang berisi air atau cermin

Sekiranya kayu basah…..

 Hujan yang turun akan menyebabkan bahan yang mudah terbakar amat sukar dicari
 Dapatkan beberapa potong kayu yang agak besar
 Belah bahagian luar yang basah dan gunakan hanya bahagian dalam yang kering
 Sekiranya sukar untuk membelah kayu tersebut kita boleh meraut bahagian permukaan luar

sama seperti membuat ‘ bunga jarau’
 Gunakan bahagian dalam yang kering.

Atau,

 Satu kayu lembut yang dijadikan dulang dan satu kayu keras yang dipakai sebagai
pengguris

 Dihujung kayu dulang itu dibuat satu lubang untuk mengumpul habuk kayu akibat
penggurisan bertubi-tubi ke atas dulang oleh kayu keras.

 Apabila kayu pengguris itu digeselkan tidak berhenti-henti haba panas akan dirasai diikuti
dengan asap yang keluar dari bakaran bara habuk kayu yang terperangkap dalam lubang
dulang

 Bara yang panas itu dipindah keatas daun-daun dan ranting-ranting kering yang telah
disediakan

4. Makanan (Food)

 manusia boleh hidup dalam beberapa minggu sahaja tanpa makanan
 untuk mendapatkan makanan :
 boleh tangkap ikan
 buat perangkap binatang
 cari tumbuhan serta pucuk yang tidak beracun
 serangga boleh beri 65-80% protein berbanding daging lembu
 serangga yang perlu dielakkan untuk dimakan :-

- serangga bersengat
- berbulu dan berwarna terang
- berbau keras
- labah-labah dan serangga perosak seperti nyamuk dan lalat
 buang semua sayap atau kaki serangga serta masak sebelum dimakan lebih –lebih lagi
serangga yang mempunyai cangkerang keras dan parasit
 cacing atau ulat tak perlu dimasak, hanya cucikan sahaja

Kemahiran Memasak Tanpa Alat
 Memasak nasi menggunakan buluh
 Ruas buluh boleh digunakan untuk memasak nasi seperti memasak lemang
 Seruas buluh dipotong dan dibersihkan, daun pisang muda digulungkan dan
dimasukkan ke dalam ruas buluh
 masukkan beras dan air ke dalam ruas buluh tersebut
 tutup lubang buluh dengan menggunakan daun
 boleh dimasak secara melintang
 Tebukan satu lubang bersegi empat ditengahnya.Buatkan pemegang
 Bersihkan buluh tersebut sebelum diiisikan dengan beras.

5. Perangkap binatang ( trap & snares )
Perangkap terbahagi kepada dua:
i. Perangkap berumpan
- kadangkala serupa sahaja bentuknya dengan perangkap yang tidak menggunakan umpan
- Dengan umpan ia akan menarik perhatian binatang yang hendak ditangkap supaya masuk
ke dalam perangkap
- Tentukan terlebih dahulu binatang yang hendak ditangkap dan umpan yang sesuai bagi
binatang tersebut.

ii. Perangkap tidak menggunakan umpan
- Perangkap jenis ini pula tidak memerlukan apa-apa umpan bagi menarik perhatian binatang
- Persediaan memasang perangkap jenis ini adalah dengan cara melihat kepada kesan

perjalanan, tempat binatang bermain atau tempat binatang tersebut mencari makan atau
minum
- Jerat jenis ini tidak memilih apa jenis binatang
- Binatang yang biasa dijerat menggunakan perangkap ini seperti seladang,
kijang,landak,rusa dan sebagainya.
Jerat Bidas
 Jerat atau perangkap jenis ini boleh digunakan dengan umpan ataupun tidak
 Jerat jenis ini menggunakan kayu panjang yang menjadi sebagai pembidas serta tali sebagai
penjerat
 Binatang yang sesuai dijerat menggunakan jerat ini ialah seperti ayam hutan, burung dan juga
tupai.

Menunggu Bantuan
Dengan adanya tempat perlindungan dan bahan makanan maka besar kemungkinan orang yang

hilang itu dapat bertahan seberapa lama mungkin sebelum tiba anggota mencari dan menyelamat
untuk menamatkan penderitaan yang dihadapinya.

10.0 PENDIDIKAN ALAM SEKITAR ( KITAR SEMULA )

Pendidikan Mengenai Alam Sekitar
Model Palmer dan Neal (1994) menegaskan bahawa pendidikan mengenai alam sekitar
bertujuan untuk membentuk pengetahuan tentang alam semula jadi dan sistem semula jadi
mengunakan aktiviti penyelidikan dan juga untuk membentuk pemahaman terhadap alam
sekitar, nilai alam sekitar serta interaksi kompleks elemen semula jadi dan manusia.
Pendidikan Untuk Alam Sekitar
Manakala pendidikan untuk alam sekitar adalah berhubung dengan perkembangan sikap dan
nilai menyayangi alam sekitar termasuk elemen kefahaman manusia dan tingkah laku.
Pendidikan untuk alam sekitar menggalakkan murid meneroka respon peribadi kepada
hubungan dengan alam sekitar dan isu-isu alam sekitar iaitu dengan menekankan kepada etika
personal, sifat bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap alam sekitar.
Pendidikan Melalui Atau Dalam Alam Sekitar
Pendidikan ini bertujuan untuk membolehkan perkembangan pengetahuan, aktiviti
penyelidikan oleh kanak-kanak, membentuk pengalaman individu dan kemahiran menyiasat
serta komunikasi di kalangan pelajar berlaku dengan cara menggunakan alam sekitar sebagai

alat dan sumber pembelajaran. Komponen ini adalah sebahagian daripada kedua-dua
Pendidikan Alam Sekitar secara formal dan bukan formal.

Komponen Alam Sekitar
1) Alam Sekitar Semula Jadi
 Kitar Karbon
 Kitar Nitrogen
 Kitar Hidrologi
2) Alam Sekitar Buatan
3) Alam Sekitar Sosio budaya

Isu Alam Sekitar
 Pertambahan pendududk
 Perlupusan spesis Flora dan Fauna
 Penebangan Hutan
 Penghapusan Paya
 Hakisan Tanah
 Pencemaran Udara, Air, Bunyi dan Darat

Punca Isu Alam Sekitar

 Pertambahan penduduk
 Penggunaan teknologi
 Bencana Alam
 Politik dan peperangan
 Budaya dan etika
 Penguatkuasaan Undang-Undang

Kesan Isu Alam Sekitar

 Kepupusan Flora dan Fauna
 Kualiti Hidup Menurun
 Degradasi Alam dan Sumber
 Pengaruh negatif politik dan hubungan mangsa

Cara Menangani Isu

 Akta Undang-Undang dan Penguatkuasaan
 Penglibatan Komuniti
 Penglibatan Individu

11.0 AKTIVITI AIR

Definisi

Aktiviti air merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan untuk pelajar KRS. Aktiviti ini
adalah untuk menguji ketahanan dan kelasakan seseorang pelajar dan mempupuk beberapa nilai
baik dalam diri mereka.

Kepentingan Aktiviti Air

 Untuk mendisiplinkan diri pelajar
 Untuk memastikan pelajar mempunyai kemahiran dalam menyelamatkan diri jika sesuatu

keadaan buruk berlaku melibatkan air
 Memberi pengetahuan am dan pengalaman baru dalam diri pelajar
 Memupuk semangat berpasukan
 Mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar dan guru

Contoh aktiviti air

 Kayak

 Membina rakit
Untuk menguji mental mereka supaya berfikir lebih kreatif dan inovatif.

12.0 VIDEO KRS

1) Lagu Rasmi KRS

https://drive.google.com/file/d/1XV34JLmNRR6ahAeYXAif0sJdKfualakp/view?usp=dri
vesdk

2) Ikatan dan Gajet

https://drive.google.com/file/d/1KFNwF_XmENOD2svdIunmggxJ_-
z5M34H/view?usp=drivesdk

https://www.youtube.com/watch?v=bmeJUCIpMG4

https://www.youtube.com/watch?v=t3fKM5am3jg

https://www.youtube.com/watch?v=W4NVvw_ZcmU

3) Pertolongan Cemas

Langkah-langkah CPR - https://drive.google.com/file/d/1RN2e5peMt-
FlEuV9UBaIFAZNQg6kJiIg/view?usp=drivesdk

Mengawal Pendarahan -
https://drive.google.com/file/d/1W_rjooGVUBWH52I5JkBql5iUyBFcAOmY/view?usp=
drivesdk

Merawat Kepatahan Tulang -
https://drive.google.com/file/d/1tfiokHX316prdDLLLBeyxRUn1GKi5Nm1/view?usp=dr
ivesdk

Rawatan Hidung Berdarah -
https://drive.google.com/file/d/1cJyG1eInBYG6AIK5w35IDJ3Odtn-
i0R4/view?usp=drivesdk

Rawatan Kecemasan Tercekik Untuk Bayi yang sedar -
https://drive.google.com/file/d/1l9I_PJA_RRWZzZafdOZcUyxpePmhQCUX/view?usp=
drivesdk

Rawatan kecemasan untuk Kanak-Kanak -
https://drive.google.com/file/d/1e92B21aISmJ1ddrNjtHDNooIkkV953cM/view?usp=driv
esdk

Rawatan keceluran ringan -
https://drive.google.com/file/d/14v1vt3wBUVEtnSQUobHTPalRCIkeJ_mJ/view?usp=dri
vesdk

Rawatan Renjatan - https://drive.google.com/file/d/1nDPTOE3s-
km6hDDVtWPmABe53oeOUAeU/view?usp=drivesdk

4) Kawad

Kawad Kaki -
https://drive.google.com/file/d/1MW2F7xjOvYGT0bVB_AvAJeEHaqAbN8Ng/view?us
p=drivesdk

Johan Kawad Kaki KRS Negeri Kedah 2011 (SMK AGAMA YAN) -
https://drive.google.com/file/d/1ACh-UBppsz388hCaZaCks2A-
qYUqGuhB/view?usp=drivesdk

5) Kompas dan Orienteering

https://drive.google.com/file/d/1D34KqE0rXX_HsmVLXuKKyfP0InnKQSS5/view?usp
=drivesdk

6) Seni Perkhemahan

https://youtu.be/Kt7VSdFrC0I

https://youtu.be/vqVWu97w_is

TAMAT…


Click to View FlipBook Version