The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS SMK SANZAC, 2023-05-21 22:15:12

KOLEKSI SERAM HOSPITAL

KOLEKSI SERAM HOSPITAL

www.facebook.com/chaku Duduk di kerusi katil sebelah. Menangis. "Makcik?" "Nisa tu, teruk keadaan benar dia. Dari pukul sebelas dalam dewan bersalin. Sekarang pun tak boleh keluar lagi. Baby dah lemah benar." "Makcik, pukul tiga pagi tadi, Nisa?" "Dalam dewan bersalinlah. Makcik yang temankan dia." 47


www.facebook.com/chaku WAD KELAS DUA (Nur Farhana Noor Musa) Tiga katil kosong. Tinggal katil saya yang bertuan. Jam 3.00 pagi, kedengaran tangisan bayi yang sangat kuat. Seperti biasa, saya yang dimasukkan ke wad kerana PPROM(pecah ketuban pramatang) memaksa diri untuk bangun menolong ibu-ibu yang masih lemah baru melahirkan, uruskan bayi mereka. Tiga katil di wad saya kosong. Mungkin bayi di kaunter jururawat. Saya keluar bilik. Kosong juga. Saya jadi hairan. Seorang jururawat menghampiri. "Kenapa, puan?" "Tadi saya dengar suara baby. Kuat sangat. Ingat ada mak yg baru keluar dewan bersalin, tapi.." 48


www.facebook.com/chaku Jururawat senyum sambil suruh saya masuk bilik semula. Kembali ke bilik. Dari arah pantai, terdengar alunan merdu, "Ulek, mayang diulek…” 49


www.facebook.com/chaku WAD ONKOLOGI KANAK-KANAK (Nurhashimah Mohamad Zin) Jam menunjukkan 2 pagi. Aku sedang periksa seorang budak di dalam samar-samar lampu katil pesakit. "Ish! Kenapalah lambat sangat platelet(komponen untuk pembekuan darah) kedua ni nak habis?" Yang si budak ni pula, tadi OK ja. Masuk beg platelet kedua ni pula, menangis sampai tersedu-sedan. Berkali-kali aku periksa jarum di tangan budak ni. Em… OK je. Sedang aku belek-belek jarum, budak tu jerit "Ocong!! Ocong!!" Masa tu, tepat adik tu pandang aku. Terus aku keluar dari bilik dia sambil terasa hembusan nafas di bahu. Sempat aku intai di sebalik cermin pintu bilik tu. Lembaga putih betul-betul di hujung katil, betul-betul tempat aku berdiri tadi. Pocong! 50


www.facebook.com/chaku KAUNTER PENDAFTARAN (Masrov Tukirov) Ini kisah yang berlaku semasa saya bekerja di kaunter pendaftaran kemasukan wad di sebuah hospital di selatan tanah air. "Encik, boleh tolong check nama ni tak? Encik Ahmad bin Kudin, umur 65 tahun. Dah dua hari tak balik rumah. Kot ada masuk hospital ke?" "Jap ya puan, saya check dekat komputer.” Saya pun periksalah senarai nama pesakit dalam hospital. Tiba-tiba teringat sesuatu. “Oh, ada-ada! Dia kat wad tingkat 2 ortopedik. Semalam masuk wad. Boleh saya tahu, puan ni sapa, ya?" "Saya isteri dia.. Kenapa ya ada apa-apa ke?" tanya wanita itu. "Err... maaf puan isteri nombor berapa, ya" tanpa ragu-ragu saya bertanya 51


www.facebook.com/chaku "Bukannya apa, tadi pun ada orang tanya nama yang sama..mengaku dia isterinya juga" sambung saya. "Haaa? Bila masa orang tua ni kahwin lain? Celaka punya jantan. Nak kena ni. Jaga kau!" Dalam hati aku."kantoi sudah" Nota: Ni bukan cerita hantu tapi cerita orang naik hantu. 52


www.facebook.com/chaku SYIF MALAM (Annisa Said) Al-kisah berlaku di wad antenatal/postnatal di blok baharu. Jam terus berlalu, menjelang penghujung waktu kerja malam, dua orang jururawat ingin menukarkan pad untuk pesakit-pesakit selepas pembedahan Caesarean(LSCS) Mereka mula dari kubikel kelas 3, kemudian barulah ke hadapan, iaitu kubikel kelas 1. Apabila sampai di bilik 1A... "Eh, nurse nak buat apa, ya?" tanya pesakit di bilik tersebut. "Kami nak tolong tukarkan pad, puan." "Tapi tadi dah ada seorang nurse yang tukarkan pad saya," balas pesakit itu lagi. 2 orang jururawat tersebut berpandangan sesama sendiri sambil berkerut. Lantas, mereka bertanya kepada 2 orang lagi rakan mereka. Rakan mereka mengatakan 53


www.facebook.com/chaku mereka tidak menukarkan pad pada pesakit tersebut. Tap, siapa yang tukarkan? 54


www.facebook.com/chaku SYIF MALAM (Nurul Idayu Muaz) Syif pagi tukar syif petang, lepas tu naik syif malam. Hurm...baru ja rasanya kerja syif malam. “Tak apa, stay strong! Nanti dapat cuti 3 hari, ” itulah kata-kata yang selalu bermain dalam minda. Konon nak sedapkan hati sendiri. Seperti biasa, masuk kerja syif malam, suami hantar. Rutin harian yang jadi ringan sebab dah co-pilot. Hehe. Malam ni kerja dengan senior tip-top cun! Jumlah pesakit malam tu, 18 orang. Mak oi! Dah lah malam ni tu giliran call 1 dan call 4 untuk hantar kes rujukan dari hospital ni ke hospital besar. Hurm, joget lambaklah jawabnya aku malam ni. Kak senior tip top cun call 1. Aku pula call 4. Tak apalah, rezeki. Habis pass report (serah/terima tugas). Masing-masing buat kerja guna gear 5. Tak lengah-lengah. Tup-tup, pukul 11.30 malam Kak senior tip top cun tu kena keluar iring kes rujukan ke hospital besar. Peluh sejuk aku dah merembes keluar. Ubat 55


www.facebook.com/chaku oral dah habis beri pesakit. Tinggal pemeriksaan pesakit ja belum siap. OK tak apa. Tarik nafas perlahan-lahan. Cuba bawa bertenang. Aku pun teruskan buat kerja seorang diri. PPK(atendan) sahaja dapat membantu aku melayan kerenah para pesakit malam tu. Tingtong! Tingtong! Loceng wad berbunyi menandakan ada kes baharu masuk ke wad. Aku sambut kes baharu dulu. Setelah tempatkan pesakit baharu itu dikatil, selesakan dia dan ambil tanda vital, laju ja kaki pergi ke kaunter untuk tulis laporan kes baharu. Baru nak duduk, gedegang, bunyi laci besi ditarik dan dihempas. Aku terkejut dan pandang laci tu tapi tak nampak kelibat orang. “OK OK, tak apa. Tak ada apa tu,” kata aku untuk sedapkan hati. Duduk 5 minit, datang pula lagi satu kes baharu. Aku uruskan kes baharu sehingga selesai dan kembalilah aku ke kaunter. NOta kes pertama tadi pun belum siap ni, ni kena buat nota kes kedua pula. 56


www.facebook.com/chaku Tarik nafas dalam-dalam. Ambil semangat untuk teruskan kerja. Dalam kepala otak fikir nak selesaikan nota kes baharu dulu, kemudian baru buat nota laporan lagi 18 pesakit yang sedia ada dalam wad. Dummm! Sekali lagi bunyi gedegang laci besi ditarik dan dilepaskan. Automatik PPK yang kerja dengan aku tu, melompat kat aku. “Staff nurse dengar tak? Saya dengar dua kali dah ni,” kata PPK tu. aku pula control tahap gaban untuk kekal tenang depan dia. Laju ja aku balas “dengar, tak ada apa-apalah tu…” Dalam hati terdetik, “habislah, kenapa kau tegur?” Tiba-tiba dengar bunyi benda bergolek dari pintu masuk kedua wad sampai ke tengah kaunter kami duduk. Hilang bunyi tu, dia sambung pula bunyi cakaran di siling wad. Automatik aku terus ketar. Pegang pen pun tak boleh. Menggigil nak baca apa. Terpaksa buka 57


www.facebook.com/chaku bacaan surah yasin di telefon. Dah buka, tapi terhenti sendiri. Hambik kau! Dup dap… dup dap… kami dah duduk dekat-dekat. Berpeluh-peluh dah. Masing-masing terkumat-kamit baca ayat kursi. Dia masih main-main lagi atas siling. Yang hairannya, pesakit semua tidur, waris pun tidur, makin rancak dia duduk main-main dekat atas tu. Tak tahu nak buat apa. Terus telefon wad sebelah untuk panggil PPK lelaki supaya teman teman kami. Bila PPK lelaki sampai, terus hilang pula bunyi-bunyi tu. Penyudahnya, dekat sejam juga PPK lelaki tu teman sampai kak senior tip tip cun tu balik dari hantar kes. Malam tu ketiga-tiga kami tak pergi tandas. Kami solat subuh lewat, dekat 6.45 pagi bila orang syif pagi dah sampai. 58


www.facebook.com/chaku WAD DENGGI (Ain Pazir) 2 tahun lepas, mak aku kena denggi. Jadi, siang malam aku tunggu dan jaga dia di wad. Ada satu malam ni, aku terjaga dalam jam 3.00 pagi sebab nak ke tandas. Biasalah hospital lama kerajaan, tandas hujung bangunan. Lepas aku melepaskan hajat, aku basuh tangan dekat sinki. Masa tu, aku nampak dekat cermin ada aunty Cina rambut putih jalan di belakang aku. Terhuyung-hayang di jalan. jadi, aku tolong papah dia masuk ke tandas dan tunggu sekejap. Dalam hati aku ingat nak tolong dia balik ke katil dia semula. Tunggu punya tunggu, aunty tu tak keluar-keluar. Aku ketuk pintu, aku dengar berdehem. Jadi aku OKlah. Dia tak selesai lagilah tu. Dua tiga saat lepas, tu datang bau. Dalam hati aku cakap “aunty ni sakit apa ya?' Bau tu macam daging reput. 59


www.facebook.com/chaku Jadi, aku tak tahan nak bau, aku ambil keputusan untuk tunggu luar tandas. Lama juga aku terpacak depan tandas tu, sampai jururawat datang tegur aku dan bertanya. Aku cakaplah aku tunggu aunty. Jururawat tu tanya “Aunty mana?” Aku dah cuak. Aku masuk balik tandas tadi, aku buka pintu, aku tengok aunty tu tak ada dah! sah! Bau daging reput tu.... Aku balik semula ke katil mak aku sambil terngiang-ngiang dekat telinga aku jururawat tu cakap “wad ni tak ada aunty macam yang kamu cakap tu .Wad ni yang ada, Melayu tapi tak ada pesakit tua.” I was like (T_T) 60


www.facebook.com/chaku HOSPITAL PANTAI TIMUR (Engku Shazatty) Pada suatu malam yang hening di salah sebuah hospital di pantai timur. Ketika itu semua pesakit sudah lena dibuai mimpi. Tinggal aku kelip-kelip mata seorang diri sebab tak dapat tidur. Tiba tiba rasa mahu terkucil. Maka aku bangun pergi tandas seorang diri. Sempat bertegur dengan misi yang asyik dengan tugasnya di kaunter. Setelah selesai melepaskan hajat, waktu basuh tangan di sinki sempat nampak seorang pesakit perempuan rambut panjang di sinki sebelah. Dengan rambut mengurai panjang tutup muka. Bila ditegur, langsung tak dijawab. 61


www.facebook.com/chaku HOSPITAL PANTAI TIMUR (Engku Shazatty) Hari tu, pernah masuk wad di salah sebuah hospital di pantai timur kerana migrain teruk. Lepas masuk air semua, naik atas wad sekitar jam 11 malam. Tak ada sesiapa tunggu sebab fikir mak nak uruskan adik sekolah keesokan harinya. Satu malam tak dapat lena langsung. Baru ja lena sekejap, rasa ada orang hembus nafas dekat telinga, dengar tapak kaki orang jalan, bunyi budak mengekek ketawa. Bila intai tak ada apa-apa pun, senyap sunyi ja wadnya. Intai lagi sekali nampak budak-budak duduk main kejar-kejar. Keesokannya, misi cakap dekat situ memang port “dia”. 62


www.facebook.com/chaku ONCALL DI KLINIK KESIHATAN (Mohd Haniff) Hari tu keluarga dari kampung datang ke rumah untuk menginap semalaman. Kebetulan minggu tu saya oncall dan malam tu ada kes jam 2.30 pagi. Adik dan ibu menemani saya merawat pesakit. Sesudah selesai beri rawatan, masa kemas-kemas dan nak kunci pintu klinik. Adik saya ternampak lembaga perempuan tua hodoh (mata merah tersembul) di almari ubat di kaunter farmasi. Dia seorang saja nampak. Kami yang lain cuak, terus bergegas balik ke rumah(kuarters klinik). Sampai di rumah, tutup pintu dan baca surah-surah apa yang patut. Tiba-tiba perasan sesuatu di bawah pintu. Saya pun mengintai melalui celahan di bawah pintu, saya nampak kain putih melayang-layang. Hujung kain meleret-leret di lantai. Dalam 15 minit, benda tu pun hilang. KK Tenggaroh 2, Johor 63


www.facebook.com/chaku MAKMAL MIKROBIOLOGI (Azmi Md Ismail) Suatu malam aku kena oncall, kebetulan kena malam Jumaat. Dari siang tu dah tak berapa sedap hati. Aku adalah antara staf yang buat kerja seorang diri dekat makmal mikrob ni. Bagi aku senang nak ambil barang. Nak jadi cerita ada seorang SO(senior officer) ni stay back dekat makmal sitologi buat kerja dia. Sekali-sekala dia masuk ke makmal mikrob. Legalah sikit ada peneman. Sementara nak tunggu pukul 12 malam, radio pun dipasang tapi yang geramnya, boleh pula saluran radio Suria yang cerita seram tu yang berkumandang! Oleh kerana banyak jugalah sampel nak diproses, aku malas nak tukar saluran radio tu. Lagi pula radio tu duduk dekat pintu menghala ke inkubator CO2 yang lampunya hidup segan, mati tak mahu. 64


www.facebook.com/chaku Dekat pukul 11 malam, SO tu masuk makmal mikrob. Aku tegur dia "Lah, ingat dah balik, ada lagi kat sini rupanya"... "Kejap lagi baliklah, Kak Azni, " balas dia dan berlalu ke makmal virologi. Tak lama kemudian dia keluar. "Balik dulu, Kak Azni," katanya dan keluar ikut pintu belakang. Aku pun tengok seimbas lalu sahajalah. Dalam pukul 12 tengah malam nak ke pukul 1 pagi, aku kemas-kemas tempat kerja. Siap-siap nak standby dekat integrasi, tiba-tiba ada orang tegur "saya balik dulu, Kak Azni!" Rasa nak tercabut jantung aku dibuatnya. Pakej dengan melatah sekali. Rasanya kalau toreh muka pada ketika tu, memang tak berdarah. Syaitan betullah! Rupanya dia tak balik lagi, dia pergi balik dekat sitologi. Lepas tu baru dia betul-betul balik. Hampeh! Terkena aku! 65


www.facebook.com/chaku AUTOPSI / BEDAH SIASAT (Tajul Ariffin Nor Sadan) "Lepas habis autopsi ni awak terus balik. Dah pukul berapa dah ni? Nanti biar saya yang selesaikan semua," ujar Dr. Jenny disebalik pelitup muka. "OK, bos!" balasku sambil tersenyum. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 4 pagi. Pukul 4.30 pagi, aku pun tiba dirumah. Pukul 8.00 pagi. "Hello! Jul! Kau dekat mana? Cepatlah!" teriak Hakim menerusi telefon bimbit. "Cepat apanya?" balasku. "Orang dah nak start autopsi ni. Dr. Jenny tunggu ni!" "Mayat baru ke?" Aku bingung. "Mayat yang semalamlah. Kau pergi mana tiba-tiba hilang pagi tadi?". 66


www.facebook.com/chaku BILIK AIR (Noraayu Mustari) Pundi kencing aku yang penuh ini tak dapat bertahan lagi. Memang jenis aku tak pernah berteman jika ke tandas hatta ketika syif malam sekalipun. Malam itu, lebih kurang pukul 3 pagi, aku menuju ke tandas staf yang terletak di dalam kawasan persalinan baju dan solat staf. Jauh sungguh nak menapak. Tidak mahu menganggu rakan lain, aku berlalu pergi sambil membelek skrin telefon. Begitu khusyuk melayan proses melepas hajat di tandas duduk yang serba selesa itu, tambah pula dengan game di telefon yang sedang aku cuba habiskan. "Ayu, kau lama lagi, tak? Tak tahan ni!" satu suara di luar pintu memecah hening. "Dah siap woi, siapa tu?" Pintu ku kuak sejurus selepas beberapa saat aku membalas sahutan td. 67


www.facebook.com/chaku Tiada sesiapa. Aku tidak mengandaikan apa-apa walaupun pelik. Mungkin dia dah keluar pergi tempat lain kot. Tapi selalunya jika ada orang masuk ke bilik itu, akan terdengar bunyi tapak kaki. Tapi ini tiada pun. Hening Berderau darah aku bila terasa ada hilaian halus di tengkuk ku ketika keluar dari pintu bilik persalinan itu. "Heheheeee~~" Cepat-cepat aku melangkah dan meneruskan kerjaku seperti biasa. Entah apalah yang ada dalam bilik persalinan itu. 68


www.facebook.com/chaku AHLI LEMBAGA PELAWAT (Wang Sepong Atime) Bilik X kerap kali menerima lawatan luar jangka. Mereka ada yang berbungkus, berkelubung hitam, berbulu, tiada kaki, malah model Pantene. Teringat pada arwah makcik yang menghuni bilik tersebut di saat aku meronda syif mlm. Makcik yang asalnya terlantar berhari-hari tiba-tiba boleh berdiri elok menghala ke cermin sambil menunjuk-nunjuk sesuatu. Pelik, dia cakap ada yang menolongnya bangun. Awal pagi, sedang siapkan dia selepas mengelap tubuhnya, dia tiba-tiba minta sikat dan melambai-lambai ke arah siling sambil melaung-laung. “Hei, buat apa merayap dekat situ. Meh turun , sikat rambut. Panjang sangat, dah tak nampak muka tu.” Aku cepat-cepat siapkan dia dan terus biarkan dia berbicara dengan makhluk tu sebab aku takut kalau aku berbicara sekali, senang-senang pesakit lain kata aku ni gila. 69


www.facebook.com/chaku GANGGUAN DI WAD (Nurul Idayu Muaz) 9 malam, dah habis ambil laporan. Pesakit di wad ada 12 orang. Aku in-charge malam tu. Ada seorang pesakit perempuan ni nampak letih. Dimasukkan ke dalam wad katanya kerana sakit perut, tapi nampak dia pelik sikit. Tak apalah, aku habiskan kerja rutin wad, duduk buat laporan pesakit. Tup-tup sampai sepasang suami isteri masuk wad. “Eh, tu bukan kawan laki aku ke? Laki dia ustaz, kan? Hurm, buat apa datang pukul 12 malam ni?” kataku pada diri sendiri. Ada seorang lelaki mengaku suami pesakit perempuan yang aku kata pelik tadi, minta izin nak berubat melalui ustaz. Aku benarkan sebab aku kenal ustaz tu. Ustaz yang mengajar masa aku tingkatan 6 dulu. Seperti lazimnya, bila ustaz pun jalankan tugas dia, si pesakit tadi dah mula meronta-ronta dan menjerit-jerit sakit. 70


www.facebook.com/chaku Aku tengok dari jauh sahaja. Lama juga tengok aksi ustaz tu dengan bini dia usaha keluarkan sesuatu dari badan tubuh tu. Sambil duduk tulis laporan pesakit. Aku jeling-jeling sahaja dari jauh. Nak pergi dekat memang taklah. OK, selesai sesi perubatan secara Islam pukul 2 pagi. Kemudian ustaz dengan bini dia dah balik, pesakit tu pula dah tercabut canulla(jarum di tangan) akibat meronta-ronta tadi. Maka, akulah yang nak kena masukkan yang baru. Tak apalah, aku pun pergi nak masukkan cannula baru. Aku mulakan dengan lafaz bismillah, namun cannula aku tak boleh tembus urat pesakit tu. Keras semacam sedangkan vena dia timbul elok. Aduhai. Ketar dah tangan aku. Lalu aku bacalah doa sikit-sikit yang aku tahu. Siap panggil kawan tolong pegang. Lama juga, dekat setengah jam baru dapat masukkan cannula. Selesai alirkan IV drip (titisan intravena), Aku kembali ke kaunter dengan kwn aku. Ketika tengah duduk tu, tiba-tiba terdengar suara mengilai dari arah tandas. 71


www.facebook.com/chaku Lama suara mengilai tu. Aku tengok kawan aku, kawan aku tengok aku. Sudahnya kami lari pergi masuk ke bilik kaunter yang satu lagi. Dua-dua duduk rapat-rapat, tak kata apa-apa. Pukul 5.30 pagi baru keluar buat pemeriksaan tanda vital pesakit, dan tukar IV drip. Orang pagi datang kerja baru siap. Sebulan selepas tu, aku jumpa balik kawan lelaki aku tu. Tanyalah pasal pesakit hari tu. Lelaki yang mengaku suami perempuan tersebut tu bukan suami perempuan tu pun. Kawan lelaki aku kata, Lelaki tu dah beristeri, dan pesakit perempuan tu pula bujang. Lelaki tu pun perangai macam hantu rupanya. 72


www.facebook.com/chaku WAD PEDIATRIK (Noraayu Mustari) JM(jururawat masyarakat) Shanti asyik membelek skrin di laptop. Wad pediatrik yang baru dibuka di tingkat 8 ini masih belum berpenghuni. Hanya dibuka, tapi pesakit masih belum ramai yang ada. Malam itu yang menjaga wad hanya dua orang JM sahaja, kerana tiada pesakit lagi di wad itu jadi mereka sekadar berjaga di wad kosong itu bagi memenuhi tuntutan syif mereka. "Ish, gatal lah." tangan shanti menepuk lengan tangannya yang sebelah lagi dan menggaru-garu sambil matanya asyik membelek skrin laptop. Sesekali dia bermain game untuk menghilangkan bosan berjaga berseorangan di kaunter. Hanya lampu kaunter terbuka. Rakannya seorang lagi entah ke mana. Pokk!! 73


www.facebook.com/chaku "Ish, nyamuk ni. Gatal betul," sekali lagi dia menepuk dan menggaru pada lengan dan tempat yang sama. Pok!! "Aduh, gatal lagi," garunya bersungguh selepas tiga kali dia terasa gigitan pedih dan gatal di tempat yang sama. Gigitan? Nyamuk? Wad 8 di hospital ini tiada tingkap terbuka, dan ianya di aras 8, berhawa dingin. Nyamuk? Dari mana datang nyamuk? Kesan gigitan berbentuk dua lubang halus di lengannya itu jelas kelihatan. Cepat-cepat dia mematikan skrin komputer. Tiada kelibat nyamuk seekor pun kelihatan. Esok pagi, terasa badannya panas dan longlai sejurus keluar dari pintu wad. Apa entah yang makhluk yang menggigit JM Shanti malam tu. 74


www.facebook.com/chaku MAKMAL HOSPITAL (Azni Md Ismail) Petang tu Juanita(bukan nama sebenar) bertugas seperti biasa. Oleh kerana cerita 'pertembungan' rakan-rakan yang lain dengan benda tak berapa syok, maka Juanita selalunya akan proses sampel di makmal integrasi . Lepas maghrib tu Juanita masuk ke makmal mikrob dan dia perasan bilik Dr Linda(bukan nama sebenar) lampunya terbuka. "Doktor ada kerja kot, " fikir Juanita sambil melintas bilik tu menuju ke Bactec yang kebetulan menjerit-jerit ada botol positif. Tanggapannya disahkan bila masa dia melintas tu dia nampak susuk Dr Lida dan menegur Juanita dari dalam bilik tu. Juanita cuma menjawab berbasa basi. Lepas Juanita mengeluarkan botol positif tu, dia tersentak. Lampu bilik Dr Linda gelap. Jantungnya dah berdetak kencang. "Bila masa pula doktor keluar, tak dengar bunyi pintu pun..." segera Juanita mengumpul botol darah positif dan bergegas keluar. 75


www.facebook.com/chaku "Takut, ya... " tiba-tiba ada suara menegur di ikuti hilaian halus. Masa tu, Juanita rasa jauh sungguh pintu makmal mikrob tu. 76


www.facebook.com/chaku CONTINUOUS POSITIVE AIRWAY PRESSURE (Noraayu Mustari) Seharian aku lihat ibu kepada bayi itu duduk di kerusi menatap anaknya itu. Disebabkan masih menggunakan CPAP untuk membantunya bernafas, si ibu nampak sedikit ralat tidak dapat menggendong dan mendukung bayinya itu. Aneh. Biasa waktu malam-malam begini semua ibu-ibu bayi yang rooming in (menginap di wad menemani bayi yang ditahan) dah masuk tidur. Oh ya, terlupa pula hanya dia seorang sahaja yang tinggal dalam bilik itu kini. "Kak Nash tak masuk tidur?" "Tak apalah, Ayu. Akak nak tidur sini je mlm ni dgn baby." "Kasihan akak, takkan nak tidur dekat kerusi ni, kak." "Tak apalah, Ayu. Akak sebenarnya tak berani nak tidur dalam tu seorang diri lagi dah." 77


www.facebook.com/chaku "Kenapa?" Aku berkerut dahi, keran berasa pelik. Setahu aku Puan Nashzelina ni memang berani orangnya. Kalau tak ada ibu yang lain pun memang dia buat bilik tidur ibu tu macam bilik sendiri. "Malam tadi akak tidur, ingatkan ada ibu lain tidur sekali sebab akak nampak balik langsir, dekat katil depan akak, ada dua kaki terbaring lunjur dan bergoyang-goyang. Macam orang tengah goyang-goyang kaki nak tidur. Tapi, akak tak tegur. Mengantuk sangat, akak fikir mungkin baby dia baru masuk NICU sini." jelas terlihat mata Kak Nash menahan ngantuk sambil bercerita. "Mana ada ibu lain Kak Nash. Kan akak seorang sahaja. Tak ada pun rekod kita tulis ada ibu lain nak masuk room in." ujar aku pasti kerana sering memeriksa pada ruangan senarai bilik ibu. "Sebab tu lah akak kat sini," ujar Kak Nash. OK, aku faham dah. Kasihan Kak Nash, sampai demam-demam. Agaknya kalau Kak Nash tegur, 'ibu' tu jawab tak, ya? 78


www.facebook.com/chaku TABUNG DARAH (Azni Md Ismail) Cerita zaman saya praktikal dulu. Salah seorang staf tabung darah sampai dari Pusat Darah Negara(PDN), dan wajib sekali lagi dia kira stok beg darah yang dia dapat dari PDN walaupun dah siap-siap kira semasa di PDN tadi. Setelah dia berpuas hati dengan kiraan stok yang dia dapat, jumlah itu direkodkan dalam buku lejer. Esok paginya staf yang menjaga stok darah dan komponen darah akan kira semula stok harian, untuk kemasini di papan paparan. "Eh kata banyak ni, mana hilang lagi 2 packed cell" bebel staf bertugas Staf yang ambil stok pun pening "eh betul dah aku kira semalam. Dekat PDN pun aku kira, kat sana pun banyak tu.” Oleh kerana tak puas hati, dua-dua tu pakat kira semula. Dah berapa kali kira tiba-tiba staf yang ambil stok semalam tu bersuara "patut la semacam ja malam tadi," dan kedua-dua saling berpandangan. 79


www.facebook.com/chaku LIF (Dr Hana Hadzrami) Jam 2.00 pagi. Saya menunggu lif untuk ke wad bersalin. Lega saya apabila mendapati ada seorang misi dalam lif sewaktu melangkah masuk. Kami berbalas senyuman. Lif berhenti di tingkat 2. Seorang nenek berselendang masuk. Saya senyum padanya namun dia merenung tajam ke arah saya. Mujur dia keluar awal. Lalu saya berbual dengan misi tadi. "Seram tengok makcik tadi. Dah lah macam-macam cerita ada dekat sini." "Cerita apa doktor?" "Cerita pontianaklah, orang takda kepalalah" "Takda kepala macam ni ke?" seraya misi tadi menanggalkan kepala lalu mengepitnya di celah ketiaknya. Saya terpana. Kaku. Terlepas stetoskop dari tangan saya. 80


www.facebook.com/chaku BILIK ISOLASI (Anwari Hamzah) Sejak dari hari aku "ditegur" sang saka biru gelap, aku mula merasa gelisah untuk menjaga mana-mana pesakit di bilik isolasi tersebut. Malangnya, kali ini aku terpaksa menjaga pesakit batuk kering pula. Lebih memburukkan keadaan, dia ditempatkan di bilik isolasi yang sama atas sebab jangkitan batuknya agak teruk. Bilik isolasi tersebut memang terkenal dengan kisah kehadiran bayang-bayang seorang wanita muda yang mempunyai rambut yang hitam dan panjang, serta kerap kali mengganggu pesakit yang sedar dengan memunculkan dirinya di cermin sinki di bilik tersebut. Beberapa staf juga pernah ternampak kehadiran wanita misteri itu disebalik mesin bantuan pernafasan, sedang asyik bertenggek di bingkai tingkap bilik terbabit. Doktor mengarahkan aku untuk dapatkan nombor pegawai perubatan penyakit tibi. Maka aku pun terus membuat panggilan di kaunter yang 81


www.facebook.com/chaku berada agak berjauhan dari bilik tersebut. Kaunter jururawat berada di hujung koridor wad. Sedang aku asyik membelakangkan bilik isolasi dan koridor tersebut sambil meletakkan gagang telefon kemas di telinga kiri, aku merasakan ada satu deruan angin yang sepoi membawa udara seram sejuk menjalar di leher aku. Keras. Beraura. Bagaikan ada lembaga telah lalu melintasi belakangku dengan begitu pantas sekali. Aku berpaling, tiada sesiapa. Kosong. Aku keliru. Sepanjang koridor tu, tidak aku lihat sesiapa pun yang berkemungkinan berlalu melintasi belakangku. Aku terdiam. "Ahh, mungkin angin je kot", ujar hati kecil aku memujuk ketakutan. Lantas terdengar bunyi geseran halus bergema di koridor tu. Bunyi bagaikan roda berkarat sedang bergerak melintasi lantai kesat. Shriiekkk shhrriiieekkk, bunyinya. Diikuti dengan hentaman kuat pintu bilik isolasi seolah-olah telah tertutup dengan kuatnya. 82


www.facebook.com/chaku "Pelawat ke?" soal aku terpinga. Tapi jam hanya menunjukkan tepat jam 9 pagi. "Ni bukan waktu melawat," bisik aku sendirian. Semuanya berlalu begitu pantas. Aku sempat berpaling ke arah bilik isolasi, cuba mengintai di sebalik kaca kecil di pintu yang tertutup rapat itu. Terlihat aku satu gerakan susuk tubuh hitam laju menuju ke arah pesakit. Pantas gerakannya. Hampir tidak aku cam. Hanya terlihat rambut panjangnya yang hitam melibas berlalu pergi samar-samar. "Saka ke? Ahh sudah..." pucat aku memikirkan. Aku yakin, kali ini bukan Matron mahupun mana-mana staf di wad aku, tetapi satu makhluk yang aku sendiri tidak mengenali apatah lagi mengecam. "Macam mana kalau pesakit tu kena sampuk?!" bisik hati aku risau. Dengan pantas aku melepaskan gagang telefon ke tepi, cuba untuk menerpa saka tersebut dari membahayakan pesakit tibi tu. Minda aku hanya mampu memikirkan keselamatan pesakit 83


www.facebook.com/chaku disaat-saat genting. Langkah larianku berani menuju bilik isolasi tersebut. Tanganku pantas mencapai tombol pintu yang usang, yang jelas kedengaran bunyi karat pada engselnya. "Hoi!" Aku menjerit kasar tepat pada susuk makhluk yang aku tidak kenali tu. Jeritan ku tajam, kasar dan mengancam. Sungguh aku terkejut apabila makhluk tersebut berpaling ke arah aku seraya membisik; "Saya juruaudit hari ini." NOTA: kisah ni, yang kerja hospital tu pasti faham. Yang tak kerja hospital, mungkin tak faham. Hehe. 84


www.facebook.com/chaku MAKMAL PATALOGI (Azni Md Ismail) Masa mula-mula kerja jabatan patologi ni, Rakan-rakan baru bercerita hal-hal angker semasa oncall. Tapi ada satu kisah yang saya perasan memberi kesan pada PPK(atendan) yang hantar sampel pada malam hari. Lepas pukul 12 malam memang hanya houseman sahaja yang gagah hantar sampel. Tu pun sampai awal-awal pagi je. Mereka cerita ada seorang PPK ni dari jauh staf makmal nampak dia berjalan menghala ke kaunter. Setibanya di depan pintu kaca makmal patologi, tiba-tiba PPK tu jatuh terjelepok macam kain buruk campak atas lantai. Staf makmal ramai-ramai pergi dapatkan PPK tu. Rupanya tak sedarkan diri. Buat beberapa ketika barulah PPK tu tersedar kembali. Dia kata bahu dia rasa ada benda berat sangat sampai tak tertanggung. Dengar khabar lepas kejadian tu PPK tu demam seminggu. 85


www.facebook.com/chaku PASS OVER / SERAH TUGAS (Noraayu Mustari) Dah nak dekat pukul 9.00 malam. Kelihatan seorang demi seorang staf uniform putih berjalur biru di kepala(jururawat terlatih) berjalan masuk menuju kaunter utama. Secara rutinnya, jurawat di NICU di sini akan membelek sebuah fail nipis yang tertulis senarai nama yang bekerja pada suatu syif, beserta tugasan mereka pada ketika itu. Hal ini kerana purata yang bekerja 8-9 orang pada setiap syif dan cara ini lebih sistematik. Aku lihat Kak Noor gelisah menunggu di kaunter malam tu. Sesekali membelek jam yang dah menunjukkan pukul 9 malam ketika itu. Terlihat kelibat seorang demi seorang masuk dan terus ke destinasi kubikel masing-masing untuk sesi passover kerja. "Ha! Sampai pun kau Nurul! Jom cepat passover aku nak balik ni," teriak Kak Noor sambil memandang sekilas pada kelibat di belakang Kak Ann yang baru sahaja berjalan masuk. 86


www.facebook.com/chaku Aku tidak mengendahkan Kak Noor, begitu juga kami yang lain kerana aku juga ingin cepat passover supaya dapat pulang tepat pada masanya. Setelah kami habis passover, aku antara yang paling lewat pulang disebabkan kes yang di-passover semuanya agak kritikal dan perlu teliti ketika passover. "Haih, Nurul ni mane, tadi ada, ni hilang plak. Yu nampak Nurul , tak?" Kak Noor gelisah sambil mengeluh di depan komputernya. "Kak Noor, Nurul bukan dah habis syif malam ke? Dia LM (cuti) hari ni. "Eh aku nampak dia sengih tadi belakang Ann." "Ha? Mana ada Nurul, tak nampak pun Kak Noor" ujarku sambil membelek fail tugasan staf pada syif ini di kaunter. "Kak Noor passover pada Kak Maz lah malam ni," ujarku pelik lihat Kak Noor. 87


www.facebook.com/chaku "Sorry sorry, Kak Maz lewat sikit tadi, ada hal sikit," tubuh kurus itu berjalan laju menuju ke arah Kak Noor di komputernya. "Eh, sumpah lah tadi orang nampak Nurul belakang kau Ann. Ada tadi!" "Mane ada Kak Noor, aku masuk seorang ja tadi," tegas Kak Ann. Kalau bukan Nurul tadi tu, siapa? "Jaraknya dengan Kak Noor tak sampai satu kaki," ujar Kak Noor. Aku dan rakan-rakan lain yang tinggal, berkerut hairan. Siapa, ya? Muka Kak Noor pucat dah. Tiada orang tahu siapa yang Kak Noor nampak tu. 88


www.facebook.com/chaku WAD POSTNATAL BLOK LAMA (Muhammad Helmi Shah) Pukul 3 pagi. Suami tolak katil isteri baru bersalin ke wad kelas C di blok lama, sambil ditemani jururawat dan mak mentua. Sampai di hadapan wad, kelihatan ada seorang makcik yang wajahnya sangat serius. Selesai uruskan isteri, suami pun bergegas keluar dari pagar wad. "Makcik sorang je?" soal suami itu pada makcik tua yang masih berada di hadapan wad. "Makcik tunggu anak baru bersalin." "Menantu makcik ada kat dalam, ke?" "Tak." "Takkan makcik tunggu sini sampai pagi?" "Ibu nak balik, ibu letih." tiba-tiba mak mentua mencelah. "Balik dulu makcik" kata si suami. 89


www.facebook.com/chaku Tiada jawapan. Sepanjang perjalanan mak mentua diam. Setelah sampai rumah, baru mak mentua bersuara. "Tadi ibu ajak kau balik sebab ibu risau." "Kenapa, ibu?" "Kau bercakap sorang-sorang depan wad tadi." 90


www.facebook.com/chaku DOKTOR GIGI (Dr. Iqbal Rosali) Dr. Ali dan pembantunya sudah seram sejuk. Mana tidak, setiap kali Dr. Ali cuba menarik gigi geraham Pakcik Suhaimi, setiap kali itu lampu di dalam bilik surgeri padam. Tambahan pula, apabila Dr. Ali melepaskan genggamannya pada forsep (pengepit), lampu kembali menyala. Anehnya, cuma lampu sahaja yang padam. Bukan semua bekalan elektrik terputus. Seolah-olah ada tanda amaran. Dr. Ali cuba bertenang. Proses cabutan gigi itu sepatutnya tidaklah rumit kerana gigi sudah bergoyang. Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun sudah melalak di ruang menunggu. "Pakcik, minta maaf kalau bertanya. Pakcik ada pakai apa-apa tak?" tanya Dr Ali. "Pakcik faham soalan saya, kan?" kata Dr Ali lagi sambil keluarkan forsep dari mulut Pakcik Suhaimi. 91


www.facebook.com/chaku "Oh OK! Saya faham. Sekejap, ya. Saya telefon kawan, saya suruh buang." kata Pakcik Suhaimi sambil meraba-raba poketnya. Ish, pakcik ni! 92


www.facebook.com/chaku WAD HUJUNG (Mizie Zul) Dalam wad hospital aku ada satu bilik dekat hujung. Dalam bilik tu, ada diletakkan seorang pakcik yang kononnya dah mati tapi sakanya tak keluar. Badannya macam mayat, kurus kering tapi makan gelojoh yang amat. Malam tu jururawat nak periksa dia pukul 3 pagi. Sampai saja pintu bilik tu, jururawat menjerit dan lari ke kaunter. "Muka dia! Muka dia".pekik jururawat itu. Jururawat seorang lagi naik pelik dengan tingkah laku kawan dia. Jadi, mereka pun pergi pula berdua, kali ni dua-dua menjerit "Tolong! Tolong!". Nasib baik PPK lelaki yang bertugas malam tu. PPK u terus lari ke bilik tu. Sampai saja di pintu, PPK pun menjerit juga "Ya Allah!!!". Muka pakcik tu dah jadi muka beruk. NOTA: Penulis ni cerita sampai sini sahaja. Tak tahu apa yang jadi selepas itu. Tertanya-tanya. 93


www.facebook.com/chaku UNIT KERAS (Mizie Zul) Aku ulang alik ke tempat kerja naik motor. Jarak dari rumah ke hospital 80km jauhnya. Alkisahnya, hari tu hujan. Aku pun tawarkan lah diri nak hantar kunci. Konon-konon nak solat Asar, nak minum kopi, rehat kejap. Sebab kebetulan aku penat sikit. Unit aku ni memang "keras" sikit. Aggota keselamatan pun cakap radio di unit aku ni suka menyala dan mati sendiri. Padahal memang peraturan unit ini kena cabut semua plag sebelum balik. Aku rehat depan PC(komputer). Buka lagu sikit sambil tunggu air mendidih. Lampu pula dah mula kelip-kelip. Ini biasa bila kau tinggal di unit seorang diri, ditambah dengan lampu semua "menyanyi". Memang bingit. Aku masuk bilik solat. Gelap pula, lampu tak nak hidup. Bergurau betul. Solat lah buka pintu bagi nampak sikit sejadah. Bila aku mula solat saja, bising dekat belakang macam ada orang. Hati dah 94


www.facebook.com/chaku cuak, tapi alhamdulillah masih mampu sempurnakan solat. Dah kena usik rasa macam nak terus cabut balik sahaja, tapi topi keledar, baju hujan semua kat hujung unit. Cepat-cepat sambar topi keledar, masuk pantri tutup dan cabut semua plag. Ketika itu terdengar pula bunyi tapak kaki pula dekat depan. Haih, aku pun cuba rileks dan bancuh kopi dulu. Jam dah 6 petang, kat luar gelap dan hujan renyai-renyai. Depan sana lah pintu keluar. Dah lah PC depan tak matikan lagi! Aku pun pasanglah lagu dekat telefon, dan buat-buat selamba. Buat tak nampak benda dekat cermin, matikan PC, cabut plag, matikan kipas, matikan lampu, dan terus keluar pintu. Masa aku naik motor tu, aku nampak melalui pintu kaca, ada orang berdiri hujung koridor unit. Dia tengah tengok aku. 95


www.facebook.com/chaku BILIK KAD (Ummi Abibah) 8:55 malam. Lepas solat isyak saya bergegas pakai tudung dan gerak ke klinik kerana dapat panggilan telefon katanya dah ada pesakit tunggu di klinik. Saya intai dari beranda, tak nampak pun kemunculan pesakit. Saya telefon semula, rupanya dia orang di tandas belakang. Beritahu untuk jumpa dekat bilik kecemasan. Saya buka pintu dan jeriji gelangsar luas-luas. Tunggu hampir 5 minit, tapi batang hidung seorang pun tak nampak. Sementara tunggu, sajalah ronda-ronda di bilik kad dan bilik MA. Lampu bilik-bilik tu tak dibuka, malas. Satu. . Dua… Tiga.. Empat.. Lima saat... Kaki melangkah keluar dari bilik kad, tiba-tiba dapat panggilan daripada klinik. Seriuslah! 96


Click to View FlipBook Version