The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS SMK SANZAC, 2023-05-21 22:15:12

KOLEKSI SERAM HOSPITAL

KOLEKSI SERAM HOSPITAL

www.facebook.com/chaku WAD KANAK-KANAK (Fatin Rose) Oleh kerana aku muntah dan cirit-birit teruk pada hari itu, aku dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke wad selama 5 hari. Boleh dikatakan selama 5 hari di wad itu, tidur aku tidak nyenyak dan sering diganggu. Pada malam pertama aku di wad, aku terbaring lemah dek tiada selera makan. Selepas solat isyak, jururawat bertugas telah memberikan aku ubat dan memeriksa keadaan aku seperti biasa, selepas itu aku tertidur. Boleh dikatakan setiap 2 jam ada jururawat yang datang untuk memeriksa. Dalam keadaan mamai, aku cuba membuka mata untuk melihat bila aku merasa tangan aku disentuh. Tapi kali ini, tangan yang menyentuh itu aku itu kaku. Dalam lemah itu aku cuba membuka kelopak mata untuk melihat. Terkejut aku bila melihat hanya tangan sahaja yang kelihatan. Seolah-olah tangan manusia dari bawah katil aku. Kalau difikirkan sekarang, mahu saja aku menjenguk ke bawah katil untuk melihat, tapi aku 147


www.facebook.com/chaku fikir balik, waktu itu aku budak lagi, takut tercirit sebab terperanjat. Kursemangat... 148


www.facebook.com/chaku WAD MEDIKAL PEREMPUAN (Umikhaziah Khalid) Nak kongsi cerita aku terkena badi mayat orang India. Seram sangat-sangat. Waktu tu aku baru sebulan kerja dekat Hospital Selayang setelah aku habis kolej. Aku bertugas dekat wad medikal perempuan. Aku kena buat L.O(last office / pengurusan mayat) mayat perempuan India yang sebatang kara. Aku dah lupa dengan siapa aku uruskan L.O ni, tapi terdetik dalam hati, simpati kat mendiang sebab tak ada sedara mara pun. Balik kerja, sementara tunggu budak CSSD(unit bekalan steril) mandi, aku baring sekejap untuk tunggu giliran. Maklumlah, duduk hostel ni kena berkongsi tandas. Baring punya baring, sekali terlelap. Sedar-sedar ada orang ketuk pintu bilik. Tengok jam dah pukul 3.pp pagi. Aku pun buka pintu. Mak aiiiiii, sekali tengok rupanya roh pesakit India tu ikut aku sampai hostel. 149


www.facebook.com/chaku Aku tak sedar dah apa dah jadi kat aku malam tu, tapi aku tidur atas lantai. Demam aku beb! Kawan aku bawa aku pergi jumpa ustaz sebab aku tak boleh tidur malam akibat diganggu. Katanya, aku terkena badi mayat India tu. Ish, tak mahulah cerita pasal hantu india ni dah. Tiba-tiba bulu roma menegak nih! Ni last aku cerita sebab yang ni paling aku seram. 150


www.facebook.com/chaku HOSPITAL KEMAMAN 1960 (Zaynizah Mohd Yusoff) Hospital Kemaman, 1960-an, seorang makcik baru dimasukkan ke dalam wad. Badan sihat tak tahu sakit apa. Malam-malam berikutnya, pesakit-pesakit lain tak boleh tidur. Macam ada yang mengganggu tidur mereka. Memandangkan makcik tu kelihatan pelik sahaja, mata melilau, bercakap tak berani bertentang mata, maka pesakit-pesakit lain berpakat untuk memberitahu dan berbincang dengan staf wad berkenaan makcik itu. Esoknya dia dah dibenarkan keluar wad tapi dia tak mahu balik. Seorang pesakit telah berpesan pada saudaranya yang datang melawat untuk membawa duri mengkuang. Curi-curi diletakkan duri itu di bawah tilam makcik yang berkelakuan pelik tu. Petang itu, makcik itu gelisah serba tak kena. Akhirnya petang itu juga minta keluar dari wad. Orang kata dia ada PELESIT. Kalau lelaki, POLONG. 151


www.facebook.com/chaku WAD MEDIKAL PEREMPUAN (Umikhaziah Khalid) HOSPITAL SELAYANG Tahun 2003 Malam kedua 2 SN(staff nurse) 1 JM(aku) Aku ni mulut main cakap lepas. Kerja pula dengan geng Terengganu belaka malam tu. Suka sangat sebut “beruk” “kera” “kuba(kerbau)” kalau borak-borak. Malam tu aku pergi pantri nak buat teh-O. Keluar sahaja pantri, gelak-gelak dan mata aku terpandang lembaga hitam besar serupa beruk besar yang mata merah duduk atas loker pesakit katil 25. Masa tu tak ada pesakit dekat katil tu. Aku terkedu kaku sekejap. Tak boleh nak bercakap. Masa tu geng aku dah perasan aku pucat lesi. Sudahnya malam tu pergi mana-mana bertiga tak berpisah. Malam terakhir kerja malam pun berkepit ja. Lagi haru pergi bilik air pun mesti 152


www.facebook.com/chaku kawan kena hulur kaki, nak pastikan kawan tak tinggalkan aku dekat bilik air seorang diri. Huhuuu. Lepas tu malam giliran staf lain kerja malam, pesakit yang baru masuk wad dan ditempatkan di katil 25 tu, tak boleh tidur. Kena ganggu katanya. 153


www.facebook.com/chaku WAD ORTOPEDIK PEREMPUAN (Nurarina Shapii) Pada 2011 saya dimasukkan ke wad ortopedik perempuan kerana masalah tulang belakang. Akibat sakit yang teramat, saya mengalami peristiwa pelik di mana pada suatu hari sekitar waktu maghrib, dalam menahan kesakitan yang teramat, saya seolah-olah terlihat seseorang yang sedang merangkak di dinding sehingga ke atas siling dengan berbaju seperti pesakit di wad. Setelah saya khabarkan perkara itu kepada ibu yang menjaga saya pada ketika itu, dengan segera ibu saya membaca al-fatihah dan ayatul kursi dan meminta saya mengalihkan pandangan, tetapi saya tetap memandang dengan penuh kehairanan. Begitulah, kisah misteri saya di WAD ORTOPEDIK PEREMPUAN, HSA. 154


www.facebook.com/chaku WAD KANAK-KANAK (Khairul Anuar Ab Rahman) Pukul 2.00 pagi di wad kanak-kanak, ada seorang ayah membawa anaknya masuk ke bilik rawatan, kemudian dia keluar dari bilik tersebut dan terus ke katil wad. Dia kemudiannya tertidur ketika menunggu anak beliau keluar dari bilik rawatan. Tiba-tiba terdengar jeritan seseorang "siapa yang tinggal anak dalam bilik rawatan ni?" Ayah tadi terpinga-pinga melulu ke arah wanita tersebut yang merupakan ketua jururawat di wad tersebut. Si ayah menjawab "Tadi ada dua orang jururawat yang panggil dan saya tinggal anak saya dengan mereka." Ketua jururawat menjadi hairan, dan segera menyuruh beliau mengambil anaknya semula yang tadi hanya terbaring seorang diri di dalam bilik tersebut tanpa diawasi sesiapa. Pagi buta macam ni jarang ada jururawat panggil masuk bilik rawatan. Betul ke yang suruh tu jururawat? 155


www.facebook.com/chaku KATARAK Dr Khairy Malik 4.00 pagi waktu tu aku ambil darah pesakit untuk penilaian hari esok (coming morning). Time nak ambil darah pesakit yang ada bilateral cataract (kedua-dua mata tak boleh melihat dengan jelas, dia cuma nampak samar-samar sahaja), tiba-tiba pakcik tu cakap. "Doktor, ada perempuan merangkak kat siling atas doktor. Sekarang benda tu merangkak dekat dinding..." Aku dah cuak. "Dahlah pakcik tak payah cakap benda bukan-bukan," kata aku sambil sedut darah pesakit ke dalam picagari. "Oh, sekarang perempuan tu ada belakang doktor." Sumpah, sejak hari tu aku berhati-hati dengan orang yang mata ada katarak ni. Dia tak boleh melihat dengan jelas, tapi dia boleh nampak "benda" lain. 156


www.facebook.com/chaku SYIF MALAM HUJUNG MINGGU (Farah CJ) Rutin syif malam pada hujung minggu, sedikit sibuk. Stok ubatan perlu diperiksa. Usai pemeriksaan stok ubatan, jururawat kembali ke meja kerja untuk kerja-kerja dokumentasi pula. Jam dah 12.00 tengah malam. Beberapa orang pesakit masih belum tidur. Kemudian terdengar bunyi suara orang menangis. "Siapa pulalah yang menangis malam-malam buta ni?" keluh hati seorang jururawat. Seorang lagi jururawat pandang jururawat yang mengeluh itu. Tak berani bertanya. Jururawat yang mengeluh itu lihat ada seorang pesakit yang masih belum tidur. "Ah Wan, kenapa nangis? Tidur lah," katanya Si Ah Wan membalas, "bukan saya la misi. Itu olang dalam itu yang nangis," sambil menunjuk ke dalam stor yang hanya dipisahkan oleh separuh dinding dan separuh lagi jaring-jaring besi. 157


www.facebook.com/chaku WAD ONKOLOGI (Umy Nadirah Ahmad) Baru nak sandar dekat kerusi lepas siapkan laporan pesakit, sekali lampu komputer menyala----- Dekat Microsoft Word terpapar, "........pinjam guna komputer sekejap." Hahaha seram tak? Tapi memang serius meremang segala bulu. Terus tachycardia(jantung berdegup laju)! 158


www.facebook.com/chaku LALUAN KE RADIOTERAPI (Imeza Hafez) Saya menghantar makcik bulan lepas untuk melakukan rawatan radioterapi. Saya terpaksa naik ke tingkat atas untuk pendaftaran dan dalam perjalanan untuk menaiki lif, saya terpandang di kiri kanan laluan saya dipenuhi dengan garam dan lada hitam. Saya perasan cleaner yang kebetulan sedang menyapu di situ, tidak membersihkan taburan garam dan lada hitam tersebut. Apabila saya tanyakan pada cleaner tersebut mengenai taburan tersebut, dia hanya mengatakan tidak tahu. Saya cuba ikut taburan itu, rupanya ia menuju ke bahagian forensik dan laluan ke forensik(rumah mayat) memang agak panjang dan sayup. Serta merta meremang. 159


www.facebook.com/chaku PEMBEDAHAN CYST(SISTA) (Raihana Nraihana) Dulu hampir setiap kali cuti semester, jika ada ahli keluarga yang sakit, akulah yg kena teman. Cuti semester tu opah menjalani pembedahan buang cyst. Sembilan hari jugalah aku di hospital. Malam ketiga selepas pembedahan, opah berjalan-jalan keliling wad, kata dia nak balik rumah tapi tak jumpa pintu. Puas aku pujuk suruh dia rehat, tapi dia berdegil nak balik rumah. “Rumah opah jauh, nanti opah sihat kita balik ya.” '”ku nak balik rumah aku dekat situ tapi aku tak jumpa pintu.” “Rumah yg mana?” “Tu ...” dia tunjuk arah tandas. Padanlah bertenaga semacam dia berjalan. 160


www.facebook.com/chaku SYIF MALAM (Nur Fatin Fatihah) Syif pada malam itu dimulakan seperti biasa, ambil laporan, tengok pesakit, buat laporan. Bila dah selesai semua, aku terpaksa masuk dalam bilik rawatan seorang diri sebab nak periksa stok IV drip, dan semua lagi peralatan lain. Tiba-tiba, "Arghhhhhhhhhh" kedengaran nyaring suara seorang wanita menjerit. Aku ingatkan pesakit. Aku pun bergegas keluar dari bilik rawatan dan tanya staf yang lain. Dia org cakap mana ada bunyi pesakit menjerit. Dah tu, suara siapa yang aku dengar malam tu? Masih menjadi tanya sampai sekarang. Dari apa yang senior aku cakap, kawasan ni memang ramai "kawan-kawan" baru. Redha sahajalah! 161


www.facebook.com/chaku JABATAN KECEMASAN (Mohd Adib Mohd Zainudin) Zon Merah. Syif Malam. Staf yang bertugas: doktor, aku(MA), dan 2 orang 2 jururawat. Dalam pukul 3.00 pagi, aku ke pantri. Habis makan, jururawat telefon kata dia orang pula nak makan, jadi minta aku masuk ke zon merah. Aku masuk, tiada orang. Sunyi. Keempat-empat katil penuh. Pesakit dah stabil. Katil pediatrik kosong. Katil hujung tu biasanya letak pengusung, tapi langsir dia tertutup. Ingat-ingat balik, loceng resuscitation tak bunyi tadi. Bermakna tiada pesakit baru. Tiba-tiba... kedengaran bunyi mesin dari katil hujung tu. Nak cakap ventilator atau CPAP (continuous positive airway pressure) pun bukan. Aku cuba ke sana. Meremang bulu roma. Bila selak langsir, terkejut bukan main bila dengar suara perempuan menjerit. Rupanya doktor tengah pam susu pakai mesin pengepam susu. Serius seram. Padahal bunyi mesin pengepam susu. 162


www.facebook.com/chaku WAD BIASA HOSPITAL KUANTAN (Qairawani Azhar) 10/02/2015 selepas Zohor. Nenek koma, sebab tekanan darah tinggi. Saya tinggalkan nenek sekejap untuk tunaikan solat. Bila saya balik, pesakit di katil depan beritahu tadi ada 2 orang pelawat berpakaian putih datang. Bila saya tanya, orang tu ada cakap tak dia siapa, pesakit tu kata, pelawat tu cuma jawab, dia saudara jauh nenek. Setahu saya, nenek dah tak ada saudara. Bila telefon ustaz, dia suruh kami baca yasin, nenek dah tak lama. Sedih, pilu, sayu… tak tercapai dek akal memikirkan siapa gerangan PELAWAT tadi. 163


www.facebook.com/chaku STOR KAD Thaivanai Aripitri Syif malam di wad kami, cuma kerja berdua sahaja sebab wad ni pesakitnya stabil dan sedikit. Lepas buat kerja biasa, saya ke stor untuk kemaskini kad. Tenga mencangkung seorang diri sambil kira barang, tiba-tiba terasa ada lembaga besar dan hitam di belakang saya. Saya menoleh, terjerit sehingga terduduk di lantai. Rupa-rupanya kawan saya yang sedang memakai jaket hitam. Orangnya kecil sahaja, tapi dalam keadaan saya mencangkung, terasa tinggi di belakang saya. Saya yang terkejut ni OK sahaja, kawan saya pula yang menangis sebab rasa bersalah. Pesakit yang dengar jeritan pula yang mengadu sakit dada dan kena periksa ECG(electrocardiogram). Nasib baik pesakit tak ada apa-apa. 164


www.facebook.com/chaku HOSPITAL BESAR MELAKA (Norazmi Hussin) Kisah aku tak seram tapi aku tak nak lalui kali kedua. Harap-harap tidak kena lagi. Kisah aku mula bila isteri aku nak melahirkan anak ketiga di Hospital Besar Melaka. Masuk dewan bersalin pukul 8.30 malam dan alhamdulillah aku jadi peneman. Setelah selesai bersalin lebih kurang pukul 9.00 malam lebih, aku tunggulah di ruang menunggu di luar, selepas aku azankan anak aku. Tunggu punya tunggu punya tunggu, isteri aku tak keluar-keluar dari dewan bersalain. Tunggu lagi dan lagi dan lagi.. jam menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Aku tanya pada jururawat. Rupanya katil tak yang ada kosong. Wad baru penuh sampai melimpah. Akhirnya hampir pukul 1.00 pagi baru isteri aku disorong ke wad lama, jauh nun di sana. OKlah aku dan jururawat tu tolak isteri aku ke tingkat 3. Mak aii, dia punya lif pun gigil nak masuk. Tiba di wad. Aku kemaskan dan bantu basuh darah-darah isteri serta apa yang patut. Dalam 165


www.facebook.com/chaku pukul 2.30 pagi aku bawa uri balik dan aku baru tersedar aku kene lalu lorong dari wad lama ke wad baru seorang diri sejauh hampir 100 meter. Bawa uri mentah. Pukul 2.30 pagi. Masa aku keluar dari wad. Rasa macam nak suruh pengawal keselamatan tu teman, tapi pengawal tu macam gelakkan aku sebab kena jalan seorang diri. Aku tabahkan hati. Doa-doa supaya pintu lif tak buka tingkat 2 dan tingkat 1. BUkan apa, risau lif buka dan 'dia' tengah tunggu di luar. Allahuakbar. Aku pun tak duduk dalam lif belah tengah. Berdiri tepi saja. Habis surah dah aku baca. Kadang-kadang habis bercampur dia punya ayat. Tajwid jangan ceritalah. Aku rasa nak azan saja sepanjang aku jalan tu. Pintu lif buka ja, aku tengok dah sampai di tingkat bawah. Selamat satu dugaan. Aku pun cepatkan langkah tanpa lihat kiri kanan. Jangan kata bulu roma. Rambut aku pun dah tegak 100 meter rasa macam jauh gila. Aku rasa kalau pengawal tadi panggil aku balik pun, aku tak percaya. Aku tetap lari balik. Aku doa janganlah ikut aku balik sebab ada uri tu. 166


www.facebook.com/chaku Kesannya, tiba di rumah, lampu dari luar anjung sampai ke belakang rumah, habis aku nyalakan. Tak ada satu pun lampu aku tak nyalakan. Semua bilik, semua bilik air, bilik stor pun aku nyalakan dari pukul 3 pagi sampai subuh. Uri aku letak dalam peti ais. Tolak ketat-ketat. Adeh, macam-macam bayangan muncul sepanjang tempoh tu. Alhamdulillah tak ada apa-apa. Itu sahaja fobia aku dekat Hospital Besar Melaka. 167


www.facebook.com/chaku WAD PSIKIATRI (Mariani Ramli) Kerja syif malam, malam pertama, pukul 3.00 pagi, dalam CCTV bilik pesakit di wad psikiatri,nampak susuk badan putih sedang duduk atas kepala pesakit. 10 minit pesakit menggelepar, lepas tu lembaga tu lompat pergi duduk atas pesakit lain. Kemudian, tak tau pergi dia mana dah. Bila rewind balik, tak ada lembaga tu tapi rakaman pesakit tengah menggelepar tu ada. Malam kedua, pukul 3.00 pagi juga, nampak ada orang botak kulit hitam tengah berlari di luar tingkap. Wad psikiatri ni di aras 7, luar tingkap tak ada koridor. Pastilah tak ada tempat nak lari. Pening fikir macam mana dia boleh lari atas angin tu. Haihh! 168


www.facebook.com/chaku KIRAAN WAD (Farah CJ) Macam biasa, rondaan malam dilakukan oleh petugas malam. 2 orang jururawat dan 2 orang PPK (pembantu perawatan kesihatan) yang bertugas pada malam tu. Jam lebih kurang 1.00 pagi, masing-masing sibuk periksa pesakit sedang tidur. Ada yang tolong selimutkan pesakit. Sambil-sambil selimutkan pesakit, memang rutin petugas tarik selimut pesakit yang tidur dengan gaya berkelubung. Al-maklumlah pesakit tua-tua belaka. Takut lemas pula. Seorang jururawat tengah kira bilangan pesakit pada malam tersebut. Aneh, terlebih pula bilangan pesakit. Salah kira barangkali. Kiraan kali kedua. Sama bilangan. Masih lebih. Belum sempat nak beritahu yang lain, seorang PPK ke katil seorang pesakit yang elok berbungkus dengan selimut. Ditarik selimut tersebut. Kaku mereka lihat wajah pesakit tersebut. Lintang pukang masing-masing berlari. Sempat pula mata nakal lihat ke luar wad. 2 bungkus lagi temannya menunggu di luar. 169


www.facebook.com/chaku WAD MEDIKAL, HOSPITAL PANTAI TIMUR (Zalikha Zhao) Kisah ni berlaku sekitar 6 tahun lepas di sebuah wad medikal di sebuah hospital di pantai timur. Detik 12.00 malam, ada seorang pesakit berumur 50-an dimasukkan ke dalam wad kerana bacaan gula dalam darah yang tinggi disamping masalah buah pinggang. Nak dijadikan cerita, keadaan makcik ni dari hari ke hari semakin tenat, dan pada malam tu tiba-tiba makcik meracau sebelum tidak sedarkan diri. Antara perbualan yang masih diingati. “Makcik, kenapa pandang atas, makcik tengok siapa?” “Makcik nak ikut dia!” “Ikut pergi mana, makcik?” “Pergi karak!” sambil matanya membuntang kemerahan. 170


www.facebook.com/chaku Selepas perbualan tamat, makcik pun kembali ke rahmatullah. Innalillah. Al-fatihah. Serius tak akan lupa sebab makcik ni baik. 171


www.facebook.com/chaku JURURAWAT UBAT (Muchii Aramystalyn Nur Julyza) Syif malam, malam kedua, sebagai medication nurse(jururawat ubat). Lepas bagi ubat kepada semua pesakit, aku pergi depan kaunter jururawat. “Doktor, mana carta ubat untuk pesakit kimoterapi di katil 19 tu?” “Hah? Pesakit katil 9? Engkau biar betul!” “Ya lah. Ada nak di beri ubat pada pesakit tu tak? Pesakit ada baring dekat sana tu.” “Pesakit mana ni?” kata doktor sambil berjalan ke katil 19. Tak lama lepas tu, doktor pun balik ke kaunter di hadapan. ”Kak ni biar betul! Mana ada pesakit dekat sana. Katil tu mana ada orang. Siapa yang baring di sana tu pakai baju hospital? Aku pun abaikan. entah siapalah tu yang menumpang tidur. 172


www.facebook.com/chaku JABATAN KECEMASAN Thaivanai Aripitri MA(medical assistant / penolong pegawai perubatan) junior pergi ke bilik pemantauan untuk mendapatkan keputusan darah pesakit. Mesin untuk ujian full blood count segera ada di dalam bilik pemantauan ni. Kelihatan seorang nenek sedang duduk di sofa di bilik tersebut senyum kepada MA berkenaan. Dalam bahasa Iban nenek itu bertanya, “Lama lagi ke dia perlu tunggu.” MA memberitahu nenek tersebut yang dia akan periksa dengan jururawat yang bertugas di bilik pemantauan. Bila dia ke zon kuning, dan tanya jururawat tersebut, jururawat berkata, "Dik, zon kuning pun lengang, mana ada pesakit dekat belakang(bilik pemantauan)" 173


www.facebook.com/chaku RONDAAN SERAH TUGAS Hasmah Azali Macam biasa, setiap kali pass over(serah tugas), kami akan buat sekali rondaan bilik pesakit. Dalam wad aku ni, ada geng yang ada deria ke enam. Kalau ada yang tak kena, mesti dia beritahu atau pesan. Malam ni, aku kerja dengan dia. Periksa satu bilik ni. Tiba-tiba dia kata "Reza, kau jangan pandang. Jalan pergi depan terus. Dia tengah bersiap sikat rambut tu." Erkk! Terkedu kot dengar dia kata begitu sebab bilik tu kosong sebenarnya. Adeiii... dalam hati aku berdoa “Ya Allah, mudahkan urusan kami. Kami bekerja kerana Allah.” 174


www.facebook.com/chaku HOSTEL JURURAWAT (Munira Musa) Kejadian ni berlaku sewaktu saya masih pelajar kejururawatan. Pada hari saya kerja petang dan kebetulan saya baru nak balik ke hostel, saya bertembung dengan kawan saya Saya panggil banyak kali tapi dia tak menoleh. Jika diikutkan hati, saya nak ikut belakang dia sebab nak ajak dia balik sekali. Namun, disebabkan dah lewat, dah dekat pukul 10 malam, maka saya balik dulu sahajalah. Elok sampai hostel, rakan sebilik beritahu kawan yang saya tegur tadi tu sedang ditahan di wad kerana disyaki mengalami appendicitis. Hai biar betul? Saya memang nampak kawan saya tu lalu pergi nak tukar baju biasa sebelum balik hostel. Habis saya yang tegur tu, dari sisi belakang memang menyerupai kawan saya. Cuma bila saya panggil, kawan tu tak toleh. Kalau saya ikut dia ke bilik persalinan, alamat memang saya demam lah jawabnya. Seram betul bila difikir balik. 175


www.facebook.com/chaku UNIT RAWATAN RAPI (Kira Shakiera) Sewaktu syif malam di ICU, ada seorang pesakit lelaki enggan tidur dan nampak agak resah. Saya minta dia berehat kerana dijangka esok pagi, doktor akan extubate(cabut tiub pernafasan) kerana keadaannya dah semakin pulih.. Kami berkomunikasi melalui cara menulis pada kertas. Antara permintaan pesakit adalah: "Misi tolonglah suruh dua benda dekat tingkap atas tu supaya pergi. Satu besar, satu kecil. Kadang-kadang dia turun ke katil, kadang-kadang dia bertenggek semula di tingkap." 176


www.facebook.com/chaku JABATAN KECEMASAN (Thaivanai Aripitri) KJ(ketua jururawat) yang oncall tengah buat rondaan waktu senja. Punyalah dia marah sebab ada pesakit ditinggalkan keseorangan di bilik pemerhatian dengan IV drip. Pesakit pula duduk menghadap dinding. KJ terus ke zon kuning dan memarahi jururawat kerana meninggalkan pesakit sendirian di belakang. Jururawat terpinga-pinga dan berpandangan sesama sendiri. Kalau zon kuning lengang, pesakit tidak akan dihantar ke bilik pemerhatian. KJ tidak percaya lalu membawa jururawat ke bilik pemerhatian. Tiada pesakit di situ dan katil tersebut dalam keadaan kemas. Bilik air pun kosong. Wajah KJ kelihatan pucat. 177


www.facebook.com/chaku WAD BERSALIN (Ayu Marlina Easa) Aku dimasukkan ke dewan bersalin tepat jam 1.00 pagi. Ada seorang misi bertugas di dewan bersalin itu. Saya dipasangkan CTG (cardiotocograph / alat pengesan kadar denyutan jantung bayi), diperiksa tekanan darah. Kemudian, misi tu berlalu dan keluar dari bilik. Tiba-tiba saya terdengar suara mengilai seperti di sebelah tingkap bilik. 3 kali bunyinya. Terus terkumat-kamit mulutku baca apa yang patut. Meremang bulu roma. Kenapalah tak ada rasa contraction(rahim mengeras) masa ni? Misi tu kembali bersama borang-borang. Dia soal aku tentang detail kelahiran lepas. Tiba-tiba bunyi lagi hilaian itu. Terang dan jelas. Kata misi, "Anak yang ke-4 kan, kak? Bacalah apa yang patut. Yang terdengar apa-apa tu, abaikanlah ya, anggap ja takde apa-apa." Fuh! Rupanya bukan aku seorang la yang dengar suara tu. 178


www.facebook.com/chaku UNIT RAWATAN RAPI (Kira Shakiera) Syif malam di ICU, jaga seorang pesakit perempuan yang sedikit mamai (di bawah pengaruh ubat pelali). Puas pujuk suruh tidur tapi dia tetap tak mahu. Subuh baru dia lelapkan mata. Masa sesi serah tugas pada jururawat syif pagi, pesakit tanya, “Misi, kenapa budak kecll tu asyik duduk sebelah makcik aja malam tadi? Malam sebelum ni pun macam tu.” 179


www.facebook.com/chaku LIF PARKIR (Erni Fadzil Saharudin) Sewaktu hendak turun ke kawasan parkir hospital usai melawat saudara yang sakit, saya turun menggunakan lif. Saya tekan butang aras G(ground), di mana kereta saya diparkir. Tapi lif tidak berhenti di aras G, tapi langsung ke LG(lower ground). “Ah, sudah,” bentak hati. Sudahlah malam, mahu pulang awal. TING! Pintu lif terbuka, dan saya berada di aras bilik mayat. Lantas meremang bulu roma dan dengan rakus menekan butang tutup dengan segera. PIntu lif pun tertutup. Lif perlahan-lahan naik ke aras G semula Huhuhuhu.. Lega tak terkata. 180


www.facebook.com/chaku TABUNG DARAH (Chuad Steady) Erni kena syif malam lagi. Letih tak terkata malam ni. Di tangannya penuh sampel darah yang perlu dihantar ke makmal. Pintu lif terbuka namun tiada sesiapa di hadapan pintu lif. Sebaik sahaja pintu lif tertutup Erni terdengar bunyi "Slurppp! Slurppp!" Erni abaikan saja bunyi tersebut mungkin disebabkan keletihan, jadi dia terdengar bunyi yang bukan-bukan. Sebaik saja pintu lif terbuka di tingkat makmal darah, Erni mencuri pandang ke dalam lif dan terlihat seseorang berdiri sambil memandang ke arah sampel darah yang dibawanya. Erni melajukan langkah kaki tanpa menoleh lagi. 181


www.facebook.com/chaku UNIT RAWATAN RAPI (Kira Shakiera) Masa syif malam di ICU, kami terima satu kes ginekologi pada pukul 1.00 pagi. Staf yang hantar pesakit beritahu pada kami bahawa suami pesakit telah diberitahu yang isterinya sudah dipindahkan ke ICU. Kami jangka suami pesakit akan sampai pada bila-bila masa sahaja memandangkan selepas pesakit jalani pembedahan, suaminya belum sempat berjumpa dengannya.. Masa saya sedang susun fail, kedengaran suara seorang lelaki yang jelas memberi salam. Saya menjawab salam itu dan dengan pantas bangun untuk buka pintu kerana menyangka suami pesakit telah sampai. Setelah terbuka luas pintu ICU, saya toleh kiri dan kanan. Aras itu sunyi sepi sahaja. Saya dan kawan saling berpandangan. Kami tak buka mulut hingga esok pagi selepas serah tugas pada jururawat syif pagi. 182


www.facebook.com/chaku KATIL NOMBOR 17 (Nurul Azleen Mohamad) Malam itu, aku bertugas sebagai houseman(pegawai perubatan latihan siswazah) di wad bersama dua orang jururawat. Semasa shift malam, rutin jururawat untuk mencatat tanda vital pesakit.. Jururawat itu pun pergi ke katil 17 dan di situ ada susuk tubuh seorang wanita yang wajahnya terlindung. Jururawat tu berasa pelik. Tadi semasa lakukan passover (serah tugas), jururawat syif sebelum ini kata katil ini kosong. Tapi, mungkin juga ada pesakit baru yang dimasukkan ke wad. Keesokan hari, jururawat itu pun passover kes kepada jururawat syif pagi. Sampai ke katil 17, tiba-tiba dia terdiam. Tiada nota di dalam komputer. Tiada pesakit yang didaftarkan di katil itu. Jururawat syif malam tadi terdiam. Berpeluh. Siapa di katil 17 malam tadi? Secara spontan, kami bertiga melihat ke katil 17. Jika katil itu kosong, pasti dah seram. Tetapi ternyata di atas katil itu ada sesosok tubuh yang 183


www.facebook.com/chaku berkelubung dengan selimut hingga ke kepala. Ini lagi seram. Siapa yang berkelubung ni? Bila saya sentuh tubuh yang berkelubung itu, terus selimut itu meleper, seolah-olah orang di dalamnya tiba-tiba lenyap. Bertempiaran kami lari. 184


www.facebook.com/chaku PENGURUS JENAZAH (Chuad Steady) Pukul 3.00 pagi, kedengaran petanda pesakit katil 3 menghembuskan nafas terakhir. Setelah mayat siap dibungkus untuk dibawa pulang, suami pesakit katil 3 mengiringi mayat berbungkus isteri tercinta ke bilik mayat bagi proses menghantar pulang. Di lorong gelap gelita disuluh cahaya lampu kecemasan yang malap, hanya ada suami arwah, jenazah dan pengurus mayat. Kelihatan pengurus mayat yang berjalan di hadapan melangkah dengan perlahan dan mengheret kakinya. Kelihatan pengurus mayat tu seperti terbeban dengan sesuatu. Mukanya pun berkerut-kerut. Melihat keadaan itu, dan tambahan suasana sejuk, ia membuatkan bulu roma si suami meremang. Tiba-tiba si pengurus mayat berhenti dan menoleh menoleh ke belakang. Kemudian dia berkata, "Encik, maaf la kaki saya gout, tak boleh jalan laju" 185


www.facebook.com/chaku PELAWAT (Lela Layla) Pukul 1.00 pagi, baru nak terlelap, tiba-tiba terdengar bunyi tapak kaki berjalan laju ke arah katil. jururawat nak periksa tanda vital agaknya. Nak bangun tak boleh.Muka rasa bengkak, panas. Bergelut nak bangun akhirnya dapat kekuatan istighfar sekuat hati. BIla berjaya buka mata, terliha ada kelibat hitam mendengus "hah" dan terus hilang. Bayi saya seraya menjerit menangis. Saya terus angkat bayi saya, buka pintu bilik, mainkan surah yasin, dan terus bayi saya ke kaunter wad dengan tergopoh-gapah. Jururawat tanya "Kenapa mak?" "Kena kacau," aku jawab. "Bilik berapa mak?" "Bilik isolasi." 186


www.facebook.com/chaku "OOooo biasalah hospital. Tak apa tu. mMak pergi baring katil mana-mana dulu," jawab jururawat dengan tenang. Maka saya pun menumpang katil depan kaunter jururawat sampai pagi esoknya. 187


www.facebook.com/chaku SYIF MALAM (Kak Long AszNira) Kisah ini berlaku 2011. Ketika itu saya kerja malam. Hanya 2 orang jururawat sahaja yang bekerja dan seorang PPK(pembantu perawatan kesihatan. Nak dijadikan kisah, malam itu rakan saya terpaksa hantar kes ke hospital daerah yang lain. Tinggal lah saya seorang menjaga 18 pesakit. Katil hujung di tepi tingkap, kosong tiada pesakit. Tepat jam 2.00 pagi, di situ tiba-tiba ada bauan mawar, Skrin katil hujung tu kerap bunyi pagar dinaikkan dan diturunkan. Langsir dimain serta digoyangkan. Ahhh sudah. Mengigil keseorangan saya waktu tu. Apa lagi saya pun buka mp3 surah yasin. Teruskan kerja yang ada hingga rakan saya balik dari menghantar kes. 188


www.facebook.com/chaku JURURAWAT SENIOR (Nur Diana) Kerja malam. Tengah layan pesakit, rasa macam ada orang lalu dekat belakang. Toleh, nampak kakak senior lalu keluar dari wad tapi muka dia masam ja. Tak tegur.. terus pergi kaunter jururawat, nampak kakak senior yang baru lalu keluar wad tadi ada duduk dekat kaunter jururawat. Lepas tu tanya dia, “Akak keluar wad ke tadi?” Dia jawab, “tak ada!” 189


www.facebook.com/chaku FARMASI BEKALAN WAD (Neijie Chibi) Saya nak kongsi kisah seram dekat farmasi bekalan wad (FBW) HTAA. Saya sempat kerja syif malam di farmasi bekalan wad (sekarang syif malam di jabatan kecemasan). Syif ni cuma berdua sahaja, seorang pegawai farmasi dan seorang PRP (HO farmasi), yang akan saring slip ubat bersama-sama di meja saringan. Di tepi meja saringan slip ubat tu, ada satu singki (sekarang dah tutup dah singki tu). Lebih kurang pukul 3.00 pagi, paip air singki tu terbuka dengan sendiri. (paip jenis tolak kiri kanan). Saya dan PRP memang nampak jelas paip tu bergerak sendiri ke kanan dan aliran air terbuka. Saya siap cakap dengan PRP "Adoi, siapalah main air tepi kita ni?" Kami senyap ja lepas tu, dan kemudian tutup paip. Dengar dari staf senior, FBW tu dulu rumah mayat. Biasa juga dengar staf lain cakap "benda ni suka main air." 190


www.facebook.com/chaku Ada juga staf dengar bunyi benda main keyboard PC dekat bahagian manufacturing di belakang. Ada juga staf yang cakap nampak "ramai orang" pada waktu tengah malam dalam clean room (bilik untuk kami sediakan total parenteral nutrition + ubat kimoterapi). Trivia: total parenteral nutrition (TPN) adalah nutrisi yang disediakan dalam bentuk cecair untuk dimasukkan ke dalam salur darah pesakit yang tidak boleh makan. TPN perlu dibancuh spesifik mengikut keperluan seseorang pesakit. Bancuhan perlu disediakan di dalam bilik yang steril untuk mengelakkan keracunan dan jangkitan. 191


www.facebook.com/chaku KORIDOR TINGKAT 3 (Norizwan Azlan) Aku baru ja lepas bagi makanan dekat isteri di hospital. Dia kena tinggal dekat hospital sebab nak jaga anak aku yang masuk wad sebab demam panas. Sebelum tu aku dekat rumah. Sekali tiba-tiba isteri aku telefon, dia kata dia lapar. Pukul 10 malam, aku gagahkan diri juga keluar hantar makanan kepada isteri. Lepas hantar makanan dekat wad kanak-kanak di tingkat 3, aku pun terus balik. Masa tunggu lif nak turun, tiba-tiba ekor mata aku dapat menangkap pergerakan seseorang. Aku pun toleh ke arah kiri dan nampak seseorang berpakaian seperti pesakit hospital. Aku cuma nampak belakang dia. Kalau tengok kepala, macam orang lelaki. Dia berjalan menuju ke tembok. Mungkin nak tengok pemandangan luar pada waktu malam agaknya. Yalah, mungkin dia rimas duduk dalam wad. Tapi, tiba-tiba, tak semena-mena, aku tengok pesakit tu tiba-tiba panjat tembok. Aku dah 192


www.facebook.com/chaku berdebar dah masa ni. Jantung pun berdegup kencang. Dah kenapa pula pesakit ni nak panjat tembok malam-malam ni? Kemudian, tanpa disangka-sangka, pesakit yang dah panjat tembok tu tiba-tiba terjun ke bawah. Respon spontan aku, terus menjeritlah masa tu, "Woi!" Aku berlari ke arah tembok yang mana pesakit tu panjat dan lompat. Bila sampai situ, aku pun terus tengok ke bawah. Masa tu, aku dah mula rasa pelik dan bulu roma meremang. Aku tengok kat bawah, tak ada orang pun atas tanah. Tingkat 3 weh! Kalau orang terjun, kalau tak mati sekalipun, mesti dia cedera punya. Mesti tak dapat nak bangun punya disebabkan kesakitan. Mata aku melilau tengok kiri kanan di bawah, mencari-cari ke manakah menghilangnya pesakit yang aku nampak melompat dari tingkat 3 ni. "Encik, kenapa menjerit malam-malam ni? Inikan kawasan hospital, mana boleh buat bising," kata seorang pengawal keselamatan. 193


www.facebook.com/chaku "Saya bukan jerit saja-saja. Tadi saya nampak ada orang terjun dari tembok ni. Itu yang saya jerit tu," kata aku dengan cemas. Bila dengar jawapan aku, muka pengawal keselamatan tu berubah. Dari muka ketat, dia tersenyum nipis. "Hurm. Encik dah kena kacaulah tu. Memang selalu dah orang jumpa, nampak macam ada pesakit terjun dari tingkat ni. Tapi bila tengok bawah, tak ada orang pun. Sebenarnya, memang ada kes bunuh diri di hospital ni. Pesakit tu terjun dari tingkat ni lah. Jadi, ada lah benda-benda yang dah menyerupai pesakit tu untuk menakutkan orang-orang kat sini," kata pengawal keselamatan tu panjang lebar. Aduhai! Tak sangka pula aku boleh terkena gangguan macam ni. Selama ni ada dengar cerita jelah pasal gangguan di hospital ni. Tengok-tengok, kali ni, aku sendiri yang kena. 194


www.facebook.com/chaku KATA PENUTUP DARI PENERBIT E-BOOK ANALEK ANGKER INI ADALAH PERCUMA, BUKAN UNTUK DITERBITKAN SEMULA ATAU DIJUAL. ANDA DIJEMPUT KE LAMAN WEB KAMI, UNTUK DAPATKAN BUKU-BUKU KISAH SERAM TERBITAN MEDIA INSPIRASI NUSANTARA. KLIK PADA BUKU DI BAWAH UNTUK MELIHAT BUKU-BUKU YANG DITAWARKAN. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA! 195


www.facebook.com/chaku 196


Click to View FlipBook Version