PEMBINAAN ITEM
Oleh:
HASMAHAN BINTI ABD RAHMAN
GURU CEMERLANG DG48
SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK, SEREMBAN
DEFINISI ITEM
Perkara atau alat yang digunakan untuk
mendapatkan respons daripada murid/
calon sebagai evidens hasil pembelajaran
yang boleh dipertimbangkan dalam
pentaksiran sesuatu konstruk serta cara
pemberian skor
PERKARA YANG PERLU ADA
DALAM MEMBINA ITEM
1. Konteks
2. Konstruk
3. Aras kesukaran
4. Klasifikasi Item
5. Jenis Item
KONTEKS
Konteks merupakan tajuk
atau sub tajuk atau tema
dalam sukatan mata
pelajaran
KONSTRUK
Perkara yang hendak ditaksir atau
diukur. Konstruk merupakan
dimensi manusia yang berbentuk
konkrit atau abstrak yang ingin
dibangunkan atau dikembangkan
melalui standard pembelajaran
sesuatu mata pelajaran.
KATEGORI KONSTRUK
KOGNITIF
AFEKTIF PSIKOMOTOR
TAKSONOMI KOGNITIF BLOOM
TAKSONOMI KOGNITIF BLOOM
MENGINGAT
Kebolehan kognitif untuk
mengingat semula atau
mengenal pasti perkara spesifik
yang terdapat dalam suatu
kandungan mata pelajaran.
TAKSONOMI KOGNITIF BLOOM
MEMAHAMI
Kebolehan kognitif yang
melibatkan penggunaan
pengetahuan tanpa situasi baru
TAKSONOMI KOGNITIF BLOOM
MENGAPLIKASI
Menggunakan pengetahuan/
bahan/ idea/ strategi/ konsep/
prinsip/ teori dalam situasi
baharu
TAKSONOMI KOGNITIF BLOOM
MENGANALISIS
Mengasingkan maklumat kepada
komponen-komponen untuk
memahami dan membuat
perhubungan antara komponan
TAKSONOMI KOGNITIF BLOOM
MENILAI
Mewajarkan keputusan atau
tindakan yang telah diambil
ataupun menilai idea / bahan /
maklumat / kaedah berdasarkan
kriteria yang spesifik.
TAKSONOMI KOGNITIF BLOOM
MENCIPTA
Menggabungkan idea/ komponen
dengan menggunakan pemikiran
yang kreatif untuk menghasilkan
idea/ struktur baharu.
TAHAP TAFSIRAN KATA KERJA
PEMIKIRAN
Saya boleh ingat semula Mentakrif, menyenaraikan, melabel,
mengingat maklumat menyatakan, menamakan,
mengenal pasti, menulis
memahami Saya boleh ingat semula dan Menjelaskan, memberi contoh,
menjelaskan konsep menunjukkan pemahaman,
menghubungkait
mengaplikasi Saya boleh menggunakan Menunjukkan, mengambarkan,
pengetahuan dalam keadaan menggunakan
biasa atau baharu
menganalisis Saya boleh mengeluarkan Mengklasifikasi, membandingkan,
mencerakin, menghuraikan,
idea-idea baru memilih
menilai Saya boleh membuat Menjustifikasi, mewajarkan,
pertimbangan dan keputusan mentafsir, memberi alasan,
menentukan
mencipta Saya boleh memikirkan idea Merancang, menghasilkan,
atau cara baru untuk menjana idea, menyediakan,
menggunakan maklumat merumuskan, meramal
ARAS KESUKARAN
5R 50% RENDAH
3S 30% SEDERHANA
2T 20%
TINGGI
Item mudah ialah item yang boleh dijawab dengan
betul oleh sebahagian besar calon
Item sederhana boleh dijawab oleh calon
berkebolehan sederhana dan calon pandai
Item sukar ialah item yang boleh dijawab dengan
betul oleh calon pandai.
KOMPONEN ITEM
• Tugasan
• Apa-apa yang perlu diberikan sebagai
respons
• Arahan
• Bagaimana, bila, di mana, cara
memberikan respons
KOMPONEN ITEM
• Opsyen (objektif)
• Pilihan Jawapan (bagi item objektif
aneka pilihan)
• Peraturan pemarkahan
• Skema Penskoran subjektif
KOMPONEN ITEM
• Stimulus/ Rangsangan
• Mengandungi maklumat khusus
dalam bentuk petikan, rajah, jadual,
dll.
SISTEM 9 POIN
PENILAIAN ITEM
KEAKURAN
• Kurikulum
• Peluang
• Spesifikasi Ujian
PENILAIAN ITEM
KEAKURAN
KURIKULUM SPESIFIKASI PELUANG
APA yang ditaksir Kawalan daripada Peluang merujuk
(Konstruk) dan di
aspek relevan dan kepada: kelengkapan,
MANA pentaksiran itu kecukupcakupan kehadiran pengajar,
dilakukan (Konteks) kepakaran pengajar,
mestilah sebahagian pengalaman harian
daripada kurikulum
murid
PENILAIAN ITEM
KETEPATAN
• Menepati konstruk yang ditaksir
• Menepati konteks yang ditetapkan
PENILAIAN ITEM
KETEPATAN DAN KEJELASAN
KONSTRUK KONTEKS / TAJUK JELAS
Tugasan dalam item Tajuk ialah di MANA Item mesti
mesti mampu pentaksiran sesuatu mempunyai darjah
menghasilkan evidens konstruk itu komunikabiliti
yang boleh digunakan dilaksanakan
(komunikasi yang
untuk mentaksir tinggi) dari aspek:
konstruk yang Kebolehbacaan,
diharapkan Ekspresi, Ketekalan
Stail
PENILAIAN ITEM
KESESUAIAN
• Aras kesukaran seperti yang
dihasratkan
• Kepentingan dari segi konteks-
situasi
• Adil bagi semua pihak
PENILAIAN ITEM
KESESUAIAN
SESUAI ARAS SESUAI PENTING SESUAI ADIL
Pastikan item yang
KESUKARAN Pastikan idea, isi
ditulis tidak
Aras kesukaran kandungan dan hal- memberi faedah
yang dihasratkan: hal yang
diketengahkan kepada
R (Rendah), dalam item merupakan kumpulan tertentu
S (Sederhana),
perkara yang seperti bangsa,
T (Tinggi) penting dalam jantina, status
ekonomi, tempat
pembelajaran
tinggal dsb
PENILAIAN ITEM
DIBAIKI ITEM
(mentah)
KIV NILAI TOLAK
(9P)
TERIMA
MENGINGATPENILAIAN ITEM J
MEMAHAMI U
MENGAPLIKASI KONSTRUK M
MENGANALISIS LA
MENILAIB KONTEKS H
MENCIPTAI ATAU TAJUK
L
1 TAJUK UTAMA 1
1.1 Sub Topik 1
1.2 Sub Topik 2
1.3 Sub Topik 3
2 TAJUK UTAMA 2
2.1 Sub Topik 1
2.2 Sub Topik 2
3 TAJUK UTAMA 3
3.1 Sub Topik 1
PENILAIAN ITEM
Konstruk Konteks Aras Ingat/ Kunci Pembina
kesukaran Fikir
Keakuran Ketepatan dan Kejelasan Kesesuaian
Kurikulum Spesifikasi Peluang Konstruk Konteks Komp. Aras Penting Adil
Jelas
PIAWAIAN PEMBINA ITEM
Mempunyai pengetahuan dan
kefahaman tentang: -
% perkara yang akan diukur
% kandungan sesuatu mata
pelajaran
% konteks dalam sesuatu ujian
PIAWAIAN PEMBINA ITEM
Mempunyai pengetahuan dan
kefahaman tentang : -
& pelbagai jenis item
& ciri-ciri item
& prinsip pembinaan item
& penilaian item
Mempunyai kemahiran membina item
mengikut spesifikasi tertentu
PIAWAIAN PEMBINA ITEM
• Mempunyai kemahiran menulis
item dan membaiki item
• Kreatif
• Mempunyai kebolehan
berkomunikasi
PIAWAIAN PROSES
MEMBINA ITEM MENGIKUT
SPESIFIKASI BERIKUT:
• Konstruk
• Tajuk/Konteks
• Aras Kesukaran
• Jenis Item
PIAWAIAN PROSES
• MENYEMAK KEAKURAN ITEM DENGAN
SPEFIKASI UJIAN DARI ASPEK;
• Keakuran (Spesifikasi, Kurikulum,
Peluang)
• Ketetapan (Konstruk -
tajuk/konteks)
• Kejelasan(Tugasan, Arahan)
• Kesesuaian(Kepentingan, Aras, Bias)
PIAWAIAN PROSES
MENYEMAK SEMULA ITEM DARI ASPEK
PERSEMBAHAN:-
¾ Fizikal
¾ Ketepatan apa-apa yang diukur
¾ Kejelasan arahan, kecukupan-cakupan
dan kerelevanan maklumat
¾ Penggunaan laras bahasa dan istilah
yang betul
PIAWAIAN PROSES
• MEMBAIKI ATAU MENGUBAHSUAI ITEM
YANG KURANG MENEPATI PIAWAIAN
(KIV)
• MEMBINA MENYEMAK SEMULA DAN
MEMBAIKI PERATURAN PEMARKAHAN
ATAU SKEMA PENSKORAN SERENTAK
DENGAN SOALAN
CIRI ITEM YANG BAIK
• Tepat apa-apa yang hendak ditaksir
• Terangkum dalam sukatan pelajaran
• Rangsangan yang sesuai dengan tahap dan
pengalaman calon
• Bahasa yang sesuai dengan tahap bahasa
calon
• Istilah mata pelajaran yang diterima dan
terkini
• Stem (pokok soalan) jelas dan berfungsi
• Stem mengandungi semua maklumat yang
diperlukan calon
• Tugasan dan arahan jelas
CIRI ITEM YANG BAIK
• Aras kesukaran seperti yang ditentukan
• Tidak bias terhadap mana-mana satu
kumpulan calon
• Akur dengan apa-apa yang dipelajari calon
• Penting dari segi konteks dan situasi
• Jelas dari segi kebolehbacaan, ekspresi dan
ketekalan gaya persembahan
• Dapat membezakan pelajar
• Peruntukan markah sesuai dengan tugasan,
kerencaman konstruk dan tahap pencapaian
yang ditentukan
CIRI ITEM YANG BAIK
• Respons yang dihajatkan sesuai dengan
tempoh masa menjawab yang ditentukan
• Peraturan pemarkahan jelas dan mudah
difahami untuk tujuan diaplikasikan oleh
pemeriksaan skrip jawapan
• Item pendek dan padat
• Hanya ada satu jawapan betul
• Semua distraktor berfungsi – munasabah
dan dapat menarik pelajar kurang
menguasai perkara yang diuji
CIRI ITEM YANG BAIK
• Semua pilihan jawapan serasi dengan stem
dari segi nahu dan tatabahasa
• Tiada ulangan perkataan atau frasa antara
stem dan pilihan jawapan
• Tiada distraktor yang kelihatan ‘terpencil’
• Tidak terdapat ‘bayangan’ (clue) dalam stem
dan pilihan jawapan, misalnya dari segi:
• Struktur bahasa atau nahu
• Pertalian perkataan
• Jawapan yang sentiasa lebih panjang
daripada pilihan lain
CIRI ITEM YANG BAIK
• Pilihan jawapan disusun mengikut susunan
tertentu, misalnya:
• Panjang ke pendek atau pendek ke
panjang
• Urutan magnitud
• Urutan mengikut masa
• Pilihan jawapan adalah homogen dari segi
kandungan, bentuk, struktur bahasa
• Tiada distraktor yang membawa maksud
yang serupa atau saling bercanggah
JENIS- JENIS ITEM
ITEM OBJEKTIF
ITEM SUBJEKTIF
ANATOMI ITEM OBJEKTIF
1. Stimulus
2. Stem
3. Pilihan Jawapan
4. Jawapan
5. Distraktor
STIMULUS/ RANGSANGAN
Suatu maklumat yang
berbentuk teks atau grafik
yang menjadi fokus
kepada situasi tugasan
yang berbentuk autentik
STEM
Pernyataan maklumat yang
diperlukan untuk menjawab
item dan pernyataan tugasan
yang dinyatakan dalam bentuk
soalan lengkap atau tidak
lengkap
PILIHAN JAWAPAN
Senarai cadangan jawapan atau
penyelesaian yang dalam
bentuk perkataan, angka,
simbol, frasa, gambar rajah,
jadual, graf dan bentuk
komunikasi lain
JAWAPAN
Pilihan yang tepat, betul
dan terbaik serta tidak
boleh dipertikaikan
DISTRAKTOR
Pilihan jawapan yang bukan jawapan
dan berfungsi untuk menarik
perhatian calon yang kurang atau
tidak menguasai suatu objektif mata
pelajaran atau salah konsep.
Pernyataan yang memang salah,
separuh salah atau betul tetapi tidak
menepati kehendak tugasan (stem)
CONTOH STIMULUS
• KP1ak Sako- Tanah Melayu stem
A, B, C, D –
Jose Rizal- Filipina pilihan jawapan
Chairil Anwar- Indonesia
C - jawapan
Apakah isu yang dimuatkan dalam A, B, D –
karya mereka? distraktor
A Pembentukan kerajaan sendiri
B Penggunaan bahasa peribumi
C Penindasan terhadap rakyat
D Pembelaan terhadap wanita
ITEM SUBJEKTIF
• Membenarkan subjektiviti dalam respons
• Calon mengemukakan jawapan sendiri, mengikut
arahan tugasan
• Skor diberi berdasarkan peraturan pemarkahan
yang disediakan secara jelas dan terperinci
• Item membolehkan calon mempamerkan
kedalaman pengetahuan dan kemahiran yang
dimiliki
• Jawapan bersifat polikotomus (bukan satu jawapan
sahaja yang diterima sebagai betul)
• Calon perlu berfikir secara kreatif dan kritis