The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zkhdamai, 2021-09-15 11:33:15

BAB 2 PENGHASILAN PRODUK

BAB 2 PENGHASILAN PRODUK

Keywords: RBT T3

REKA BENTUK DAN
TEKNOLOGI (RBT)

TINGKATAN 3

BAB 2
PEMBANGUNAN PRODUK

STANDARD
KANDUNGAN

2.1 PENGHASILAN
PRODUK

Standard Pembelajaran :

2.1.1 Menyatakan produk yang hendak
dihasilkan berdasarkan:
(i) Kajian keperluan pelanggan
(ii) Projek brief

Standard Prestasi :

TP1 Menyatakan fungsi produk yang akan
dihasilkan.

Maksud Penghasilan Produk

 Aktiviti menghasilkan produk baharu atau
mengubah suai produk sedia ada bagi
memenuhi keperluan dan kehendak
pelanggan masa kini dan akan datang
dengan mengaplikasikan teknologi terkini

Penghasilan Produk

 Murid perlu menghasilkan satu produk
berfungsi sepenuhnya atau berfungsi
sebahagian.

 Produk perlu mengabungkan sekurang-
kurangnya dua aplikasi teknologi.

Contoh Produk Yang Telah Dihasilkan
Oleh Pelajar SMART 2019 & 2020

Carta Alir Proses Penghasilan Produk

Langkah-langkah Dalam Proses Penghasilan Produk

LANGKAH 1

Menyatakan produk yang hendak dihasilkan
berdasarkan kajian keperluan pelanggan dan projek
brief.

a) Mengenal pasti keperluan pelanggan dan maklumat
produk melalui kajian keperluan pelanggan.

b) Mengenal pasti jenis produk berdasarkan projek brief.
c) Mengadaptasikan produk yang hendak dihasilkan

dengan penyelesaian masalah secara inventif.

Menyatakan Produk Yang Hendak
Dihasilkan

 Kajian keperluan pelanggan
- Borang kajian keperluan pelanggan

 Model penyelesaian masalah
- Penyelesaian masalah secara inventif

 Projek brief
- Borang projek brief

Apakah Produk Yang Hendak Dihasilkan?

 Masalah – meja belajar terlalu besar hingga
mengganggu ruang dalam rumah

 Nama produk - meja fleksible
 Kumpulan sasaran – murid sekolah, pelajar IPT

dan pekerja pejabat

Kajian Keperluan Pelanggan

 Untuk memastikan idea reka bentuk produk yang
akan dihasilkan memenuhi keperluan dan
kehendak pelanggan.

 Kriteria dalam kajian keperluan pelanggan :
i) Bahagian A - Maklumat pelanggan
ii) Bahagian B - Latar belakang produk
iii) Bahagian C - Penambahbaikan

BORANG KAJIAN KEPERLUAN PELANGGAN

BAHAGIAN A : MAKLUMAT PELANGGAN

Nama : Muhammad Nabil Aiman Bin Abu Bakar

Jantina: Lelaki Umur: 17 tahun

Pekerjaan: Pelajar Pendapatan : tiada

BAHAGIAN B : LATAR BELAKANG PRODUK SEDIA ADA

Nama produk yang digunakan Meja belajar

Fungsi produk yang digunakan Digunakan semasa belajar dan meletakan buku

Kelebihan produk yang • Mudah dialihkan
digunakan • Permukaan meja selesa

Kelemahan produk yang • Bersaiz besar
digunakan • Tidak boleh diletakkan di dalam bilik

BAHAGIAN C: PENAMBAHBAIKAN Meja yang boleh dilipat dan tidak mengganggu ruang di dalam rumah

Apakah penambahbaikan yang perlu ada
pada produk yang akan dihasilkan

BAHAGIAN D: MAKLUMAT TAMBAHAN

• Dibuat daripada bahan yang tahan lasak
• Sesuai untuk semua golongan usia

Penyelesaian Masalah Inventif

Kenal pasti masalah inventif
Bina model fungsi dengan garisan interaksi

Buat analisis berantai punca dan kesan
Tentukan jenis percanggahan fizikal
Pilih prinsip inventif yang sesuai

Hasilkan cadangan penyelesaian masalah dalam bentuk lakaran

Model Fungsi

Masalah – meja belajar Buku Manusia
terlalu besar hingga Belajar
mengganggu ruang dalam
rumah

Lantai Kaki meja Muka meja

Skru Ruang

Analisis Berantai Punca - Kesan

Meja mengganggu ruang dalam rumah

Mengapa?

Saiz meja terlalu besar

Mengapa?

Saiz ruang sempit

Mengapa?

Muka meja tidak dapat dikecilkan

Mengapa?

Saiz muka meja tidak dapat diubah

Proses Penyelesaian Masalah Inventif

 Percanggahan fizikal : Besar lawan kecil
 Muka meja perlu besar dan kecil pada masa yang

berlainan
 Kaedah penyelesaian masalah yang dipilih adalah

kaedah pemisahan masa
 Prinsip inventif yang dipilih adalah kedinamikan

iaitu mengubah muka meja daripada tidak boleh
dilaras kepada boleh dilaras

Proses Projek Brief

Penyelesaian Projek Lakaran Lakaran
masalah inventif brief idea akhir

Tindakan Dalam Projek Brief

Perbincangan awal Mengisi Menyaring Aplikasi
antara pengurus borang maklumat projek brief
projek dengan projek brief dalam projek
pelanggan bersama dalam
pereka bentuk brief bentuk
jadual

Mengisi borang projek
brief

 Melengkapkan kriteria pertimbangan
utama dalam borang projek brief

Borang Projek Brief

Tajuk: Meja Fleksible

Kriteria Pertimbangan Utama Catatan
1. Digunakan untuk belajar dan meletakkan
Fungsi 1. Apakah kegunaan produk ini?
2. Di manakah produk ini digunakan? buku
2. Di rumah, asrama, pejabat

Persembahan 1. Bagaimanakah cara produk ini dipersembahkan? Meja yang boleh dilipat

Tujuan 1. Siapakah yang akan menggunakannya? 1. Pelajar sekolah, pelajar IPT, individu dewasa
pasaran 2. Siapakah pesaing yang wujud? 2. Pembuat perabot sedia ada
3. Pelanggan bagaimanakah yang akan menggunakan 3. Keluarga yang mempunyai anak
produk ini?

Kuantiti Berapakah jumlah yang diperlukan? 100 unit
Stail/gaya
1. Bagaimanakah reka bentuk produk ini? 1. Fleksible, ringan, ergonomik
2. Adakah reka bentuk ini akan mendapat perhatian 2. Akan mendapat perhatian kerana mudah
di pasaran? dikendalikan

Kualiti 1. Bagaimanakah kualitinya? 1. Berkualti, tahan lasak, stabil
2. Adakah pelanggan mempunyai sebarang 2. Kos belian yang berpatutan, mesra penguna

permintaan yang istimewa? mudah dikendalikan dan kukuh
3. Apakah piawaian kualiti yang perlu dipatuhi 3. Produk mematuhi etika reka bentuk

Anggaran kos 1. Berapakah kos untuk menghasilkan satu unit RM80.00
seunit produk? 30 hari dari tempoh tempahan

Jangka masa 1. Bilakah pelanggan ingin projek ini disiapkan?

Menyaring maklumat dalam
projek brief

 Meringkaskan maklumat untuk memudahkan
pengurus projek dan pereka bentuk melaksanakan
tugas

 Kaedah menyaring maklumat melalui sesi
perbincangan dengan pelanggan, sidang video
dengan pelanggan atau mendapat maklum balas
secara bertulis daripada pelanggan

Jadual Maklumat Projek Brief

KRITERIA CATATAN
FUNGSI
PERSEMBAHAN • Digunakan untuk belajar
TUJUAN PASARAN • Boleh dilipat dan tergantung di dinding
• Murid sekolah
KUANTITI • Semua pengguna meja
STAIL / GAYA
• 100 unit pengeluaran pertama
KUALITI • Bentuk geometri
• Dilekatkan pada dinding secara tergantung
KOS • Mempunyai pautan untuk menaikkan dan menurunkan muka meja
JANGKA MASA • Ringan, kukuh dan ergonomik

• Berkualiti dan stabil
• Mempunyai ketahanan
• Kalis air

• Kos minima RM80.00 23
• 20 hari diperlukan untuk siapkan 100 unit

Aplikasi projek brief
dalam bentuk jadual

 Maklumat yang telah disaring, diaplikasikan
dalam bentuk jadual dan lakaran

 Melibatkan semua ciri projek brief
 Lakaran produk menggunakan prinsip dan

elemen reka bentuk

Aplikasi projek brief dalam bentuk jadual

Tajuk: Meja Fleksible

A. Tajuk projek

1. Apakah jenis produk atau perkhidmatan? 1. Meja belajar

2. Apakah kegunaan produk ini? 2. Tempat belajar dan meletakkan buku

3. Di manakah produk ini akan digunakan? 3. Di rumah atau di tempat lain yang sesuai

B. Gambaran keseluruhan projek 1. Sasaran utama murid sekolah, namun boleh

1. Siapakah yang akan menggunakannya? digunakan oleh sesiapa sahaja

2. Apakah tujuan produk ini dihasilkan? 2. Tempat untuk belajar yang fleksible

3. Adakah produk ini diperlukan oleh pelanggan? 3. Untuk menjadikan ruang rumah lebih selesa

4. Bagaimanakah produk ini digunakan dan 4. Tergantung di dinding dan dibuka semasa diperlukan

dipersembahkan? dan dipersembahkan dalam warna asal kayu

C. Reka bentuk produk 1. Elemen yang digunakan rupa, bentuk, ruang, warna.
1. Apakah elemen dan prinsip reka bentuk yang Prinsip yang digunakan keringkasan, keseimbangan
simetri.
akan digunakan?
2. Apakah kriteria reka bentuk yang ingin 2. Kecenderungan inovasi dan kreativiti
3. Produk ini adalah inovasi daripada produk sedia ada
diterapkan?
3. Adakah produk ini inovasi daripada produk 1. Dinyatakan dalam kertas kerja 25
2. Dinyatakan dalam kertas kerja
sedia ada atau produk yang baharu 3. Kos pengeluaran adalah RM8,000.00
dibangunkan? 4. 100 unit untuk pengeluaran fasa 1
D. Perancangan dalam pengurusan projek
1. Pembahagian kumpulan kerja
2. Jadual kerja
3. Kos pengeluaran
4. Kuantiti penghasilan

Aplikasi projek brief dalam bentuk jadual

Tajuk: Meja Fleksible

E. Analisis kajian reka bentuk produk dan 1. Jadual perbandingan
pasaran

1. Membuat perbandingan dari segi fungsi,
persembahan, tujuan pasaran, kuantiti, kualiti,
kos dan jangka masa.

1. Dibuat daripada kayu 1. Dibuat daripada plastik dan
2. Bersaiz besar dan perlu ruang besi

untuk diletakkan 2. Boleh dilipat dan perlu ruang
3. Kos pembuatan yang tinggi penyimpanan

3. Kos pembuatan yang
sederhana

2. Adakah produk ini akan mendapat permintaan 2. Akan mendapat pasaran kerana berbentuk mudah

di pasaran? dikendalikan

F. Lakaran idea 1. Lakaran 2D menunjukkan pandangan hadapan
1. Bagaimanakah rupa bentuk produk dalam sahaja. Lakaran 3D menunjukkan padangan
hadapan, pandangan sisi dan pandangan atas
bentuk 2 dimensi (2D) dan 3 dimensi (3D)?

G. Penghasilan mock-up 1. Penghasilan mock-up menggunakan mounting board
1. Bahan dan peralatan yang diperlukan untuk
26
menghasilkan mock-up.

Penilaian TP1

1. Menyatakan nama dan fungsi produk yang
akan dihasilkan dengan mengumpul
maklumat melalui borang kajian keperluan
pelanggan, penyelesaian masalah inventif
dan projek brief.

Standard Pembelajaran :

2.1.2 Mengenal pasti asas teknologi yang
sesuai dengan kehendak reka bentuk
produk.

2.1.3 Merancang konsep, elemen dan prinsip
reka bentuk yang dipersetujui dalam
bentuk lakaran.

Standard Prestasi :

TP1 Menyatakan fungsi produk yang akan
dihasilkan.

LANGKAH 2

Mengenal pasti asas teknologi yang sesuai.

a) Menjana idea reka bentuk produk secara individu.
b) Memilih dan menggabungkan sekurang-kurangnya

dua bidang ilmu yang telah dipelajari untuk
produk yang akan dihasilkan.

MENGENAL PASTI ASAS TEKNOLOGI
YANG SESUAI

Tingkatan 1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi
Tingkatan 2 Reka Bentuk Fesyen
Teknologi Pembuatan
Tingkatan 3 Reka bentuk mekanikal
Reka bentuk Elektrik
Elektronik
Akuaponik
Reka Bentuk Makanan
Mekatronik

JUSTIFIKASI PEMILIHAN TEKNOLOGI

Aplikasi Tujuan Fungsi Kekuatan
teknologi penggunaan teknologi dan
yang dipilih
teknologi kelemahan
teknologi
Menggabungkan Pemilihan teknologi Teknologi yang
dan yang tepat akan sesuai dan Pemilihan
menghasilkan mampu teknologi yang
mengaplikasikan sesuai dapat
teknologi yang produk baharu yang menyelesaikan menyelesaikan
sesuai dan tepat unik dan memenuhi masalah pada masalah yang
keperluan pelanggan produk sedia
dihadapi
ada pelanggan

JUSTIFIKASI PEMILIHAN TEKNOLOGI

YANG DIPILIH

• Nama Produk : Meja Fleksible
• Teknologi yang dipilih : Mekanikal dan Elektrik
• Tujuan : Mengatasi masalah meja sedia ada yang

bersaiz besar dan memerlukan ruang
• Fungsi : Pautan membolehkan meja dibuka dan

dilipat serta penambahan lampu meja
• Kekuatan dan kelemahan : Fleksible dan ketahanan

ANALISIS KEKUATAN DAN
KELEMAHAN TEKNOLOGI

Bil Aplikasi Kekuatan Kelemahan
Teknologi

1 Mekanikal - Pautan membolehkan Ketahanan terhadap
pautan meja dibuka dan dilipat beban pada tahap
pada masa yang sederhana
dikehendaki

2 Elektrik – suis, Lampu dipasang pada Bekalan kuasa perlu

lampu, wayar, meja untuk pencahayaan mencukupi untuk

bekalan kuasa semasa belajar kecerahan lampu

LANGKAH 3

Merancang konsep, elemen dan prinsip reka
bentuk.

a) Merancang konsep reka bentuk produk kepada
fungsi atau fungsi kepada reka bentuk produk.

b) Memastikan konsep mempunyai elemen dan
prinsip reka bentuk dengan membuat analisis
dalam bentuk jadual.

MERANCANG KONSEP

BENTUK FUNGSI

(FORM FOLLOW FUNCTION)

KONSEP FUNGSI BENTUK
PENGHASILAN
(FUNCTION FOLLOW FORM)
IDEA

Form adalah dari segi reka bentuk
Function adalah dari segi teknologi

MERANCANG KONSEP

• Bentuk Fungsi (Form follow function)

- bermaksud reka bentuk yang dihasilkan

mengikut fungsi produk yang dikehendaki.

- reka bentuk produk memenuhi fungsi

sepenuhnya

• Fungsi Bentuk (Function follow form)

- bermaksud reka bentuk yang dihasilkan akan

mewujudkan fungsi produk.

- reka bentuk menentukan bagaimana produk

berfungsi

- produk mempunyai bentuk yang menarik

MERANCANG KONSEP

• Memilih satu konsep yang bersesuaian dengan
produk yang akan dihasilkan.
• Menyatakan sebab pemilihan konsep itu.
• Menerangkan konsep yang dipilih dengan
mengaitkan fungsi produk.

MERANCANG KONSEP – MEJA FLEKSIBLE

• Konsep yang dipilih : Bentuk mengikut fungsi
• Konsep dipilih berdasarkan tujuan penghasilan
meja fleksible untuk memenuhi fungsi boleh
digunakan pada ruang yang sempit
• Meja fleksible berfungsi sebagai meja belajar yang
dilekatkan pada dinding dalam ruang yang sempit
seperti bilik tidur atau ruang tamu

ELEMEN DAN PRINSIP REKA BENTUK

• Elemen reka bentuk adalah unsur yang digunakan
dalam lakaran bagi mempamerkan idea awal
rekaan.
• Prinsip reka bentuk adalah konsep atau peraturan
ketika menggunakan elemen reka bentuk supaya
lakaran yang dihasilkan menjadi lebih menarik,
selesa dan menimbulkan emosi positif kepada
pelanggan.

Nilai Garisan Rupa
Saiz Bentuk
ELEMEN
Tekstur REKA Ruang

BENTUK

Warna

Keseimbangan

Penekanan Pengulangan

Harmoni Prinsip Kontras
Pergerakan Reka Kesatuan
Bentuk

Keringkasan Kepelbagaian

LAKARAN PERKEMBANGAN IDEA

•Tiga lakaran perkembangan idea
•Setiap lakaran dinyatakan elemen dan
prinsip
•Dilabelkan dengan bahan dan bahagian
produk

LAKARAN PERKEMBANGAN IDEA

Penilaian TP1

1. Menyatakan fungsi produk yang akan
dihasilkan dengan pemilihan asas teknologi
yang sesuai dan perancangan konsep
yang tepat.

Standard Pembelajaran :

2.1.4 Menghasilkan lakaran produk yang
hendak dibuat

Standard Prestasi :

TP2 Menerangkan lakaran idea awal yang
mengintergrasikan teknologi dalam reka
bentuk produk.

TP4 Menganalisis lakaran produk dari aspek
elemen dan prinsip reka bentuk

TP5 Menjustifikasi penambahbaikan produk
berdasarkan analisis lakaran

LANGKAH 4

Menghasilkan lakaran produk

a) Menghasilkan lakaran yang mengandungi elemen dan
prinsip yang dipersetujui.

b) Lakaran yang dihasilkan menggunakan skala penuh atau
nisbah.

c) Membuat rendering jika perlu.
d) Menghasilkan beberapa lakaran reka bentuk yang sesuai

dengan mengintegrasikan asas teknologi yang dipilih.

MENGHASILKAN LAKARAN PRODUK

• Lakaran idea yang terbaik dipilih dan dilukis
semula dengan penambahbaikan dari aspek
persembahan dan teknik rendering
• Lakaran 3D yang bermaklumat, ini adalah
lakaran persembahan

MENGHASILKAN LAKARAN PRODUK

• Maklumat yang perlu ada dalam lakaran produk :
a. Nama produk
b. Elemen reka bentuk
c. Prinsip reka bentuk
d. Bahagian produk
e. Bahan yang digunakan
f. Saiz produk

MENGHASILKAN LAKARAN PRODUK

• Lakaran ceraian produk – menunjukkan urutan
pemasangan komponen pada reka bentuk
produk

• Lukisan kerja – Lukisan isometrik

Lukisan skematik

Lukisan unjuran ortografik


Click to View FlipBook Version