The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KPS3014
PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d100435, 2022-06-23 10:05:14

E-FOLIO

KPS3014
PENGURUSAN PEMBELAJARAN

E-FOLIO

PENGURUSAN
PEMBELAJARAN

(KPS3014)

NAMA : NURUL FARAH AMALIN BINTI JAINURIN
NO. MATRIK : D20211100435
KUMPULAN KULIAH :M
NAMA PENSYARAH : ENCIK ABU BAKAR BIN YUSUF

BAB 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

Pengenalan

Menurut Openstax (2017), sosiologi adalah kajian tentang kumpulan dan interaksi kumpulan, masyarakat dan
interaksi sosial, dari kumpulan kecil dan peribadi kepada kumpulan yang sangat besar.
Saha (2015), sosiologi pendidikan adalah memberi tumpuan kepada faktor- faktor sosial yang menyebabkan
dan disebabkan oleh pendidikan. Ini termasuk kajian faktor-faktor yang berkaitan dengan pendidikan, seperti
jantina, kelas sosial, bangsa dan etnik, dan kediaman luar bandar-bandar.
Perspektif sosiologi mikro adalah kajian melibatkan interaksi individu dan kumpulan kecil. Manakala
perspektif sosiologi makro adalah kajian melibatkan trend dalam kalangan dan abtara kumpulan besar dan
masyarat.

Isi Penting
Kepentingan Sosiologi:
Memberikan kefahaman tentang isu sosial dan tingkah laku.
Membantu memahami bagaimana sistem sosial masyarakat berfungsi.
Membantu mengenal pasti ciri-ciri persamaan dan perbezaan masyarakat.
Membantu memahami mengapa dan bagaimana masyarakat berubah.

BAB 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

Teori utama Sosiologi
•Teori Fungsionalisme
Teori ini dipelopori oleh Auguste Comte (1798-1857). Menekankan persefahaman ahli masyarakat untuk
mencapai kestabilan & keharmonian. Masyarakat dianggap seperti tubuh badan yang mempunyai bahagian
dengan fungsi sendiri. Dalam konteks pendidikan ia berfungsi untuk memenuhi kepelbagaian keperluan
masyarakat. Contohnya pelajari kemahiran yang sesuai untuk berfungsi dalma masyarakat (sosiolisasi),
pelajari nilai yang sama untuk keharmonian bersosialisasi (integrasi sosial), pelajar diajar ikut tahap
kecerdasan untuk keperluan hidup kelak (penempatan sosial).
•Teori Konflik
Teori ini dipelopori oleh Karl Marx (1818-1883). Konflik dalam masyarakat menyumbang kepada perubahan
sosial. Konflik bukan disebabkan oleh faktor ekonomi semata-mata tetapi mungkin disebabkan agar dipandang
tinggi oleh masyarakat (pengiktirafan). Kesan teori ini dalam bidang pendidikan adalah pengelasan pelajar
kepada pandai dan lemah, pelajar pandai akan ditempatkan ke dalam laluan yang berbeza dengan pelajar
yang lemah dan pendidikan mewujudkan ketidaksamaan sosial (social inequality) dalam masyarakat.
•Teori Interaksi Simbolik
Teori ini dipelopori oleh George Herbert Mead (1863-1931). Mengkaji makna yang muncul dari interaksi timbal
balik individu dalam persekitaran sosial dengan individu lain. Implikasi teori ini dalam bidang pendidikan adalah
ia mengkaji tentang interaksi sosial yang berlaku di sekolah. Seperti di bilik darjah dan kawasan
permainan.Contohnya pelajar perempuan cenderung kepada permainan bercorak kerjasama manakala lelaki
cenderung kepada permainan bercorak pertandingan.

BAB 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

Rumusan
Secara keismpulannya, sosiologi dan pendidikan kedua-duanya mempunyai kaitan antara satu sama lain.
Kajian sosiologi membantu dalam bidang pendidikan iaitu dapat membantu seseorang guru untuk
mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada pelajar-pelajarnya.

Rujukan

https://myguru.upsi.edu.my/documents/2020/courses/KPS3014/material/K01947_202010121125
59_Topik%201_Sosiologi%20dan%20Pembelajaran.pdf

BAB 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

Lampiran

BAB 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

https://myguru.upsi.edu.my/documents/2020/courses/KPS3014/material/K01947
_20201012112559_Topik%201_Sosiologi%20dan%20Pembelajaran.pdf

BAB 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

Pengenalan

Interaksi ialah tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain atau tindak balas antara dua pihak atau
lebih. Guru perlu menggalakkan pelajar untuk berinteraksi sama ada dengan guru atau sesama rakan yang
lain semasa proses P&P.Interaksi di bilik darjah boleh berlaku dalam bentuk lisan atau bukan lisan

Isi Penting
Teori utama Sosiologi
Jenis Interaksi dalam Bilik Darjah:

-Interaksi sehala (guru-murid)
Merupakan kaedah pengajaran cara lama dan pasif. Pelajar dipaksa utuk menerima apa sahaja ilmu
pengetahuan yang diberikan guru sama ada secara arahan atau penerangan.
Interaksi dua hala

Merupakan kaedah pengajaran apabila guru bertanya kepada guru atau pelajar bertanya kepada guru.

Keadaan yang biasa berlaku dalam bilik darjah.Guru banyak mendorong pelajarnya untuk aktif seperti menyoal
dan mengeluarkan pendapat.
-Interaksi kumpulan
Berlaku apabila terdapat aktiviti berkumpulan.Kerja berkumpulan diwujudkan supaya pelajar dpt berinteraksi
sesama mereka dalam perbincangan. Interaksi ini mampu memupuk nilai positif seperti bekerjasama,
menghormati, toleransi dan perpaduan.

BAB 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

-Interaksi antara kumpulan
Selepas berbincang dalam kumpulan akan diadakan sesi pembentangan, kumpulan lain yang tidak
membentang boleh mengemukakan soalan kepada kumpulan pembentang.
-Interaksi berkesan
Berlaku apabila mesej oleh penyampai diterima dan difahami dengan jelas oleh penerima.Cara boleh
diamalkan oleh guru untuk wujudkan interaksi berkesan adalah seperti bersikap positif,percaya kepada
pelajar, bersifat ramah dan mesra,hormat pada pandangan dan pendapat pelajar dan menggunakan bahasa
yang mudah difahami.

Komunikasi
-Menurut kamus komunikasi : interaksi adalah proses saling mempengaruhi dalam bentuk perilaku atau
kegiatan di antara anggota-anggota masyarakat (Effendy. 1989: 184)

Bentuk komunikasi Jenis Komunikasi
Komunikasi lisan - Komunikasi Intraperibadi
Komunikasi tanpa lisan - Komunikasi Antara Peribadi
Komunikasi persuratan - Komunikasi Kumpulan
Komunikasi visual - Komunikasi Keorganisasian

BAB 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

Elemen dalam Proses Komunikasi
-Pengantar
-Mesej
-Enkod
-Saluran
-Penerima
-Dekod
-Maklumbalas
-Gangguan

Rumusan
Guru hendaklah tahu cara berinteraksi yang berkesan dengan pelajar supaya pelajar dapat menerima
maklumat dan apa pengajaran yang disampaikan oleh guru kepada mereka.

Rujukan
https://myguru.upsi.edu.my/documents/2019/courses/KPS3014/material/K01947_20190306093837_T
opik%202%20Interaksi%20dan%20Pembelajaran.pdf

BAB 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

Lampiran

BAB 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

BAB 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

BAB 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

https://myguru.upsi.edu.my/documents/2019/courses/KPS3014/material/K01947_2
0190306093837_Topik%202%20Interaksi%20dan%20Pembelajaran.pdf

BAB 3: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

Pengenalan
Pengurusan ialah mengenai perancangan, pengelolaan pengkoordinasian, pengawalan dan
penilaian pengagihan sumber untuk tujuan mencapai sesuati matlamat. Pengurusan pengajaran dan
pembelajaran penting kerana ianya berperanan besar dalam meningkatkan prestasi pelajar. Pembelajaran
adalah merujuk kepada perubahan dalam tingkah laku subjek atau tingkah laku yang berpotensi dalam sesuatu
situasi yang diwujudkan oleh pengalaman-pengalaman berulang subjek dalam situasi tersebut.

Isi Penting
Strategi Pengurusan Bilik Darjah
Berpusatkan Guru
Guru menguasai proses pengajaran dan pembelajaran. Cotoh: penghafalan, menyalin nota, membuat latihan
serta soalan-soalan yang diberi oleh guru
Berpusatkan Bahan
Guru menggunakan bahan seperti buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat
sumber, dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya sesuai perancangan
Berpusatkan Pelajar
Murid digalakkan untuk melibatkan secara aktif dalam aktiviti dirancang sama ada secara individu, kumpulan
kecil, atau kelas

BAB 3: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

Rumusan
Secara kesimpulannya, pengurusan dan pembelajaran adalah perkara yang penting dan efektif dalam
pendidikan untuk mencapai proses pembelajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Rujukan
https://anyflip.com/kvecr/asnk/basic
http://eprints.utm.my/id/eprint/39043/1/RaedahMdAminMFP2013.pdf

BAB 3: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

Lampiran

BAB 3: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

http://eprints.utm.my/id/eprint/39043/1/RaedahMdAminMFP2013.pdf

BAB 3: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

https://anyflip.com/kvecr/asnk/basic

BAB 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

Pengenalan

Pemimpin pendidikan adalah seorang yang mengisi kedudukan dalam sekolah melalui kedudukan jawatan
formal yang perlu membuat keputusan dan interpretasi berkaitan warga organisasi sumber material dan
kemanusiaan. Organisasi pula adalah suatu badan yang dianggotai oleh pelbagai individu dengan kelebihan
yang pelbagai yang menjalankan tugas dan peranan yang berbeza bagi mencapai matlamat yang sama.

Isi Penting
Gaya kepimpinan
Autokratik
Gaya ini banyak memberi arahan dan semua keputusan hanya dibuat oleh dirinya seorang. pemimpin jenis ini
juga cenderung untuk mengawal semua kuasa yang diberikan kepadanya. Segala perancangan, tindakan dan
keputusan hendaklah ditentukan olehnya
Demokratik
Merupakan seorang pemimpin yang selesa melibatkan semua pihak dalam membuat sesuatu keputusan
mahupun tindakan. Memberi kebebasan untuk melaksanakan sesuatu tugas, keputusan dan tindakan mengikut
cara masing-masing

BAB 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

Laissez-Faire
Gaya kepimpinan yang memberi kebebasan penuh kepada kakitangannya dalam segenap aspek. Apa yang
penting adalah pada akhirnya berjaya mencapai matlamat yang telah dipersetujui bersama

Kontigensi
Sumbangan pemimpin terhadap keberkesanan prestasi kumpulan yang bergantung kepada gaya
kepimpinan dan kesesuain situasi yang dihadapinya

Kepimpinan Peringkat Sekolah
Pengetua
Penolong kanan
Penolong kanan hal ehwal murid
Penolong kanan ko-kurikulum
Guru pembimbing dan kaunseling

BAB 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

Rumusan
Kepimpinan dan organisasi sangat penting dalam membangunkan sesebuah organisasi yang berkesan.
Sekolah yang mempunyai kepimpinan dan organissi yang baik dapat mencapai matlamat pendidikan yang
berkesan.

Rujukan
https://books.google.com.my/books?id=-
WoEg_KM4n0C&printsec=frontcover&hl=ms&source=gbs_ViewAPI&redir_esc=y#v=onepage&q&f=f
alse
https://www.studocu.com/my/document/universiti-pendidikan-sultan-idris/pengurusan-
pembelajaran/bab-4-kepimpinan-dan-organisasi/19255481
https://anyflip.com/ibsfi/fanv/basic

BAB 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

Lampiran

https://www.studocu.com/my/document/universiti-pendidikan-sultan-idris/pengurusan-
pembelajaran/bab-4-kepimpinan-dan-organisasi/19255481

BAB 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

https://anyflip.com/ibsfi/fanv/basic

BAB 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

https://books.google.com.my/books?id=-
WoEg_KM4n0C&printsec=frontcover&hl=ms&source=gbs_ViewAPI&redir_esc=y#v=onepage&q&f=false

BAB 5: PENGURUSAN MURID

Pengenalan
Pengurusan murid ini melibatkan aktiviti perancangan, pentaksiran, pengelolaan, pentadbiran dan juga
pengawalan serta pemulihan terhadap murid. Pengurusan murid merangkumi aspek yang luas iaitu disiplin,
kejayaan akademik dan sahsiah murid.

Isi Penting
Pengurusan murid yang utama

Mengurus rekod murid
Mengurus rekod murid adalah satu perkara yang perlu dilakukan supaya maklumat yang berkaitan dengan
murid dapat disusun dan disimpan dengan teratur, cekap dan selamat. Ia juga sebagai panduan kepada ibu
bapa untuk mengetahui kemajuan dan dan kebolehan anak mereka. Sebagai panduan kepada pelajar itu
sendiri untuk mengetahui potensi diri. Antara rekod pelajar adalah rekod pendaftaran, rekod kutipan yuran,
jadual kedatangan, rekod prestasi, rekod profil, buku kemajuan murid, kad himpunan
Kesediaan murid belajar
Kesedian murid belajar adalah keadaan dalam individu yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari
sesuatu dengan tujuan memperoleh pengalaman pembelajaran yang baru. Antara kesediaan belajar adalah
Kesediaan Kognitif, Kesediaan Afektif dan Kesediaan Psikomotor. Pengaruh kesediaan belajar : kematangan
fizikal, kematangan sosial, kematangan mental, kematangan emosi

BAB 5: PENGURUSAN MURID

Memotivasikan pelajar
Memotivasikan merupakan rangsangan yang membangkitkan minat seseorang individu ke arah mencapai
sesuatu matlamat. Dalam elemen memotivasikan murid, terdapat dua teknik yang boleh dijelaskan iaitu teknik
intrinsik dan ekstrinsik

Rumusan
Secara kesimpulannya, pengurusan murid adalah elemen yang penting di sekolah tanpa kesediaan
pembelajaran, murid tidak akan menerima input yang guru cuba sampaikan.

Rujukan
https://prezi.com/hshk5acboyoz/pengurusan-murid/
https://myguru.upsi.edu.my/material/student/view/8061/A182-KPS3014-I

BAB 5: PENGURUSAN MURID

Lampiran

BAB 5: PENGURUSAN MURID

https://myguru.upsi.edu.my/material/student/view/8061/A182-KPS3014-I

BAB 5: PENGURUSAN MURID

https://prezi.com/hshk5acboyoz/pengurusan-murid/

BAB 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH

Pengenalan

Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukkan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk
mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran agar
objektif yang ditetapkan tercapai.

Isi Penting
Ilmu mengurus bilik darjah dari segi:

Fizikal
Pengurusan fizikal bilik darjah penting kerana bukan sahaja melibatkan tugas mengurus aktiviti pengajaran
dan pembelajaran tetapi melibatkan aktiviti mengatur reka letak fizikal serta mewujudkan komunikasi serta
interaksi di kalangan pelajar dan guru.
Sosial
Hendaklah mewujudkan hubungan yang baik antara guru dan murid, mempunyai kemahiran komunikasi serta
menggunakan bahasa yang tepat, jelas dan ringkas.
Emosi
Sentiasa berfikap profesional iaitu tidak mencampuradukkan urusan peribadi dan urusan sekolah.

BAB 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH

Asas Pengurusan Bilik Darjah
i. Ketegasan
ii. Kepekaan
iii. Tenang dan konsisten
iv. Arahan yangjelas dan tepat
v. Berfikiran positif

Rumusan
Secara kesimpulannya, pengurusan bilik darjah yang baik oleh guru mampu meningkatkan pencapaian
akademik pelajar. Setiap guru perlu memainkan peranaan dalam pengurusan dalam bilik darjah.

Rujukan
http://irep.iium.edu.my/13309/1/Chapter_-_Pengurusan_Bilik_Darjah_-_2009.pdf
https://anyflip.com/ibsfi/useo/basic

BAB 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH

Lampiran

http://irep.iium.edu.my/13309/1/Chapter_-_Pengurusan_Bilik_Darjah_-_2009.pdf

BAB 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH

https://anyflip.com/ibsfi/useo/basic

BAB 7: PENGURUSAN SUMBER

Pengenalan

Pengurusan bermaksud proses aktiviti tadbir untuk merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal
sumber secara cekap dan berkesan ke arah mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan. Manakala,
sumber bermaksud segala punca atau cara-cara tersedia yang ada pada diri individu itu, keluarga dan di
dalam persekitaran yang disedari atas potensinya atau kebolehannya memenuhi permintaan Penggunaan
sumber pembelajaran difokuskan kepada pelajar bagi memudahkan aktiviti pembelajaran, mencapai tahap
kefahaman yang tinggi, seterusnya mencapai pembelajaran berkesan.

Isi Penting Kepentingan sumber pembelajaran
-Merangsang minat pelajar
Jenis Sumber Pembelajaran -Melibatkan pelajar secara aktif
-Sumber asas -Memberi peluang kepada pelajar belajar mengikut keupayaan
-Sumber bukan elektronik -Lebih fleksibel dalam penggunaan ruang dan waktu belajar
-Sumber elektronik
-Sumber pengalaman

BAB 7: PENGURUSAN SUMBER

Cara Penggunaan Sumber Pembelajaran
-Penggunaan sumber pembelajaran hendaklah sesuai dengan situasi pembelajaran.
-Guru hendaklah merancang penggunaan sumber pembelajaran supaya mencapai matlamat yang
diharapkan.
-Guru hendaklah membimbing pelajar menggunakan sumber pembelajaran.
-Aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada sumber yang digunakan sama ada secara individu atau
berkumpulan.

Rumusan
Penggunaan sumber pembelajaran di sekolah memberi kesan yang baik kepada pelajar-pelajar.Penggunaan
sumber pembelajaran juga perlu mengikut kesesuaian dalam penggunaannya. Penilaian sumber
pembelajaran bergantung kepada kepakaran dan penilaian
profesional guru.

Rujukan
https://myguru.upsi.edu.my/documents/2020/courses/KPS3014/material/K01947_20201012113837_Topi
k%207_Pengurusan%20Sumber.pdf
https://anyflip.com/rxrin/izff/basic

BAB 7: PENGURUSAN SUMBER

Lampiran

BAB 7: PENGURUSAN SUMBER

https://myguru.upsi.edu.my/documents/2020/courses/KPS3014/material/K01947_20201012113837_Topik%20
7_Pengurusan%20Sumber.pdf

BAB 7: PENGURUSAN SUMBER

https://anyflip.com/rxrin/izff/basic

BAB 8: STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH

Pengenalan

Strategi merupakan ilmu tentang cara-cara atau rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat.Pengurusan
bilik darjah berkait dengan perlakuan, tetapi Ia boleh boleh didefinisikan dengan lebih luas sebagai
merangkumi kepada proses perancangan, perorganisasian, dan kawalan pelajar serta proses pembelajaran
untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Pengurusan bilik darjah berkai dengan perlakuan, tetapi juga merangkumi perancangan, pengelolaan dan
kawalan murid, proses pembelajaran dan pesekitaran bilik darjah bagi menghasilkan pengalaman pengajaran
yang bermakna. (Krause,Bouchner & Duchesne, 2003)

Isi Penting
Konsep Bilik Darjah
· Dahulu
satu proses pembelajaran berlaku dengan adanya murid sebagai pendengar serta guru sebagai tenaga
pengajar dianggap bilik darjah walaupun bukan di dalam bilik kelas.
· Sekarang
Sebuah bilik darjah perlulah lengkap dengan kemudahan pembelajaran contohnya kerusi, alat bantu mengajar
dan sebagainya. Ianya juga merupakan satu tanggungjawab seorang guru untuk memimpin kelas tersebut.

BAB 8: STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH

Fasa dalam Pengurusan Bilik Darjah:
-Mengenal pasti keadaan sedia ada bilik darjah
-Mengenalpasti objektif pengurusan
-Memilih dan melaksanakan strategi pengurusan
-Menilai keberkesanan corak pengurusan

Faktor Mempengaruhi Pembentukan Interaksi Dalam Kelas
- Susunan bilik darjah
- Keadaan emosi bilik darjah
- Kawalan yang sempurna dan menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai
- Memperbanyakkan pengajaran berbentuk amali daripada berbentuk teori
- Guna kaedah pengajaran yang boleh menghidupkan suasana pembelajaran
- Guna alat bantu mengajar berteknologi

BAB 8: STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH

Rumusan
Seseorang guru perlu memahami bahawa tugas mereka di sekolah dan di dalam bilik darjah bukan hanya
terbatas dengan penyampaian ilmu sahaja. Guru adalah seorang pendidik dan dengan itu bertanggungjawab
terhadap perlakuan dan disiplin murid. Mereka juga turut berperanan sebagai pengurus bilik darjah dalam usaha
penghasilan tahap pengurusan bilik darjah yang berkesan. Dengan adanya kemahiran dalam pengurusan bilik
darjah, gangguan-gangguan yang ditimbulkan murid dalam bilik darjah dapat diminimumkan serta diatasi dan
usaha ini dapat menyumbang kepada pencapaian objek pengajaran yang dikehendaki.

Rujukan
https://anyflip.com/ibsfi/nxow/basic
https://books.google.com.my/books?hl=id&lr=&id=tfTLAgAAQBAJ&oi=fnd&pg=PA61&dq=BAB+8:+STRA
TEGI+PENGURUSAN+BILIK+DARJAH&ots=Aa-Dwzf26Z&sig=-
oK3jWvDAGWzeusls4gSrq7Fko4&redir_esc=y#v=onepage&q=BAB%208%3A%20STRATEGI%20PENGUR
USAN%20BILIK%20DARJAH&f=false

BAB 8: STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH

Lampiran

https://books.google.com.my/books?hl=id&lr=&id=tfTLAgAAQBAJ&oi=fnd&pg=PA61&dq=BAB+8:+STRATEGI
+PENGURUSAN+BILIK+DARJAH&ots=Aa-Dwzf26Z&sig=-

oK3jWvDAGWzeusls4gSrq7Fko4&redir_esc=y#v=onepage&q=BAB%208%3A%20STRATEGI%20PENGURUSA
N%20BILIK%20DARJAH&f=false

BAB 8: STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH

https://anyflip.com/ibsfi/nxow/basic

BAB 9 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

Pengenalan

Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu.Disiplin ialah peraturan-
peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkah laku yang baik.

Isi Penting
Teori Punca Salah Laku Pelajar

Teori Fungsionalisme
-Menganggap devian sebagai disfungsi pada struktur sosial.
Devian adalah satu bentuk gangguan disebabkan murid-murid tidak berperanan seperti yang dijangkakan
berlaku di sekolah.
Teori Konflik
Devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak minoriti yang menindas.
Di sekolah, devian adalah tindak balas anak-anak kelas pekerja menentang dominasi pihak berkuasa.
Teori Interaksionisme
Devian merupakan suatu proses sosial.
Pelajar sengaja memilih tingkah laku mengikut kemahuan mereka yang sesuai dengan cara mereka
mentafsirkan sesuatu situasi.
Misalnya: Pelajar mentafsirkan bahawa gurunya adalah seorang yang tidak adil menyebabkan mereka
melakukan devian

BAB 9 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

Jenis-Jenis Devian
-Inovasi (innovation)
-Ritual (Ritualism)
-Undur (retreatism)
-Menentang (rebelliation

Pengurusan tingkah laku murid:
a) Peraturan
- Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkah laku
yang baik demi kesempurnaan kehidupan.
b) Pengurusan disiplin
- Pengurusan disiplin merupakan alat untuk mempertahankan hak individu yang hidup dalam satu kelompok
masyarakat. Perkara penting perlu diperhatikan terutama isu berkaitan dakwaan mahkamah yang
mengandungi dokumen undang-undang. Contohnya ialah Akta Pendidikan, Surat Pekeliling dan sebagainya.

BAB 9 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

c) Tanggungjawab pengetua atau guru-guru
i. “Vicarious Liability” ialah tanggungjawab secara langsung terhadap semua perkara di sekolah yang
dilakukan oleh warga sekolah terhadap murid-murid.
ii. Umumnya mendidik, menjaga dan duty of care
iii. Penyeliaan di bilik darjah.
-menyelia dan memastikan keselamatan dan mengambil langkah proaktif pencegahan serta menyeliandengan
kadar munasabah.
iv.Pengetua : mengambil makluman dokumen undang-undang, berkongsi atau menyebarluas, mengingatkan
staf secara konsisten dan perlu memastikan guru mahir
v.Guru: “In-loco parentis” atau tanggungjawab seperti ibu bapa. Kecuaian boleh didakwa.

d) Prosedur Tindakan Disiplin di Sekolah
i.Tindakan yang betul
- Diberitahu kesalahan dan hukuman
- Keterangan bela diri
- Kemuka rayuan
- Didengari
- Jatuh hukuman dengan adil
ii. Rujuk – Buku Tatacara Disiplin Sekolah & Surat Pekeliling Ikhtisas
iii. Elak Hukuman – tidak tepat, mendera, menjatuhkan maruah & tidak ikut surat pekeliling ikhtisas

BAB 9 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

Prosedur Disiplin dan Salah Laku
-Pendekatan dalam menangani salah laku umumnya adalah berasaskan teguran, nasihat, dan kaunseling.
Pendekatan ini dianggap menepati ciri-ciri moraliti moden seperti yang dinyatakan oleh Durkheim.
-Walau bagaimanapun, pembentukan disiplin tanpa unsur hukuman terhadap salah laku adalah bercanggah
dengan usaha pembentukan individu untuk berfungsi dalam masyarakat.
-Sekolah sebagai masyarakat mikro seharusnya mempunyai ciri-ciri yang terdapat dalam masyarakat
makro. Dalam masyarakat makro terdapat berbagai-bagai hukuman: penjara, buang daerah, hukuman
gantung.
-Tanpa pendedahan mengenai bentuk hukuman terhadap kesalahan dalam masyarakat, pelajar mungkin
tidak sedar akan akibat buruk perbuatan salah laku mereka.

Tatacara menangani masalah disiplin
-Menerima aduan salah laku pelajar/murid
-Memastikan akan kebenaran aduan yang diterima
-Setelah pasti,buat siasatan utk membuktikan kesalahan pelajar / murid.
-Sekiranya pelajar bersalah,pengetua dan guru besar harus menjatuhkan hukuman

BAB 9 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

Rumusan
Berdasarkan ordinan pelajaran 1957 peraturan disiplin 1959 dan pekeliling ikhtisas, kita dapat melihat disini
bahawa malaysia menitik beratkan rakyatnya dalam menuntut ilmu. Sekolah adalah satu tempat di mana
generasi muda memupuk disiplin dalam diri masing-masing kerana mereka diajar dan diasuh supaya
menjadi insan yang berguna untuk menjadi pewaris masa hadapan negara.

Rujukan
https://myguru.upsi.edu.my/documents/2018/courses/KPS3014/material/K01947_20180507164515_K9
%20PENGURUSAN%20TINGKAH%20LAKU%20DAN%20DISIPLIN.pptx
https://anyflip.com/yrrxr/ocih
https://anyflip.com/uveaq/gwcg/basic

BAB 9 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

Lampiran

BAB 9 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

https://myguru.upsi.edu.my/documents/2018/courses/KPS3014/material/K01947_201805071
64515_K9%20PENGURUSAN%20TINGKAH%20LAKU%20DAN%20DISIPLIN.pptx


Click to View FlipBook Version