BAB 9 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN
https://anyflip.com/yrrxr/ocih
BAB 9 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN
https://anyflip.com/uveaq/gwcg/basic
BAB 10: PENGURUSAN PENASIHAT MURID
Pengenalan
Pengurusan Penasihatan Murid ini secara keseluruhannya memberi tumpuan kepada pengurusan
penasihatan murid yang terdiri daripada 3 komponen utama iaitu bimbingan, penasihatan dan mentoring.
Pengurusan bermaksud satu proses sosial yang dibentuk dan disusun bagi mewujudkan kerjasama,
penyertaan, penglibatan ahli-ahli dalam organisasi untuk mencapai objektif yang ditetapkan.Penasihatan pula
mengikut kamus Dewan (1994) ditakrifkan sebagai ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, mengusulkan,
mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal.
Isi Penting
Komponen Utama
-Bimbingan
-Penasihatan
-Mentoring
BAB 10: PENGURUSAN PENASIHAT MURID
1) Bimbingan
Konsep bimbingan : Bantuan seseorang yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada
seseorang individu dari setiap peringkat usia. Tujuannya adalah untuk menolong mengarahkan hidupnya
sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri (Crow & Crow 1960).
Ciri-ciri bimbingan
-Bimbingan merupakan aktiviti yang dirancang. Ia bukanlah kegiatan yang dilakukan secara kebetulan,
secara tiba-tiba, tidak sengaja dan sambil lewa tetapi ia adalah satu kegiatan yang tersusun, sengaja,
berencana, berterusan dan mempunyai arah tujuan.
-Bimbingan merupakan proses membantu individu atau kumpulan.
-Bimbingan tidak memaksa seseorang itu mengikut arah yang tertentu, melainkan membantu atau
menolong individu mengikut arah yang sesuai dengannya.
-Bimbingan yang diberikan kepada individu yang memerlukan bantuan untuk memecahkan permasalahan
yang dihadapinya.
2) Penasihatan
Konsep penasihatan : Memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan
individu yang terlibat (Zuraidah 1994).Nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan mengusulkan,
mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal (Kamus Dewan).
BAB 10: PENGURUSAN PENASIHAT MURID
Ciri-ciri penasihatan
-Berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah.
-Berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada seorang lain.
Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan, mempunyai kelayakan dan
pengiktirafan.
- Memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu
meninggalkan kesan.
Proses bimbingan dan penasihatan
•Fasa 1: Kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar
•Fasa 2: Menguasai kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan penasihatan
•Fasa 3: Proses mengenali pelajar
•Fasa 4: Proses membimbing pelajar
•Fasa 5: Analisis penilaian
3) Mentoring
Konsep mentoring : Mentoring bermaksud membimbing dan menyokong pelajar (mantee) supaya beliau
dapat melalui satu transisi sukar dengan lebih mudah, tentang melicinkan tatacara, yang dapat
membenarkan, menyakinkan di samping mengurus dan mengarahkan (Fletcher 2000). Dalam konteks
pendidikan, mentoring adalah gabungan melatih (coaching), kauseling, dan penilaian mentor untuk
membantu mantee mendalami perkembangan professional.
BAB 10: PENGURUSAN PENASIHAT MURID
Ciri-ciri mentoring
-Mementingkan perkembangan personal dan professional mentee yang berterusan
-Untuk memudahkan sesuatu transisi dan memastikan berlaku perkembangan positif.
-Bertindakbalas terhadap kelebihan individu, nilai dan keperluan mentor dan mantee.
-Bertimbang rasa dan akur kepada kesilapan yang sukar dielakkan.
-Menerima kesilapan yang boleh diterima dan yang tidak.
Proses Mentoring
•Menjalin Perhubungan
•Merundingkan persetujuan/ perjanjian
•Perkembangan professional mantee
•Menamatkan Perhubungan
Rumusan
Pengurusan penasihatan murid adalah penting disesebuah sekolah. Peranan guru sebagai pembimbing,
penasihat dan mentor kepada murid-murid. 3 aspek iaitu bimbingan, penasihatan dan mentoring merupakan
kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk membantu murid-murid dalam aspek pembelajaran dalam
kehidupan dan juga dapat membantu guru dalam menyelesaikan masalah murid-murid.
Rujukan
https://myguru.upsi.edu.my/documents/2018/courses/KPS3014/material/K01947_20180507164604_K10%20PENGUR
USAN%20PENASIHATAN%20MURID.pptx
https://anyflip.com/ibsfi/ncia/basic
BAB 10: PENGURUSAN PENASIHAT MURID
Lampiran
BAB 10: PENGURUSAN PENASIHAT MURID
BAB 10: PENGURUSAN PENASIHAT MURID
https://myguru.upsi.edu.my/documents/2018/courses/KPS3014/material/K01947_2018
0507164604_K10%20PENGURUSAN%20PENASIHATAN%20MURID.pptx
BAB 10: PENGURUSAN PENASIHAT MURID
https://anyflip.com/ibsfi/ncia/basic
BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
Pengenalan
Pelbagai Budaya adalah satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan
menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan
menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam
konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan. Budaya adalah keseluruhan
yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undangundang, adat dan
sebarang bentuk keupayaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat (Tylor 1871).
Isi Penting
Teori Sosial Pendidikan Pelbagai Budaya
Melting Pot 1: Anglo Conformity
• Masyarakat yang terdiri daripada individu dengan pelbagai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya
harus disatukan dalam satu wadah yang paling dominan.
• Teori ini melihat individu dalam masyarakat secara hierarki, iaitu kumpulan majoriti dan minoriti.
• Sebagai contoh, apabila kumpulan majoriti adalah penganut agama A, maka kumpulan minoriti hendaklah
mengikut agama golongan majoriti.
• Teori ini jelas tidak berpegang kepada prinsip demokrasi
BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
Melting Pot II: Ethnic Synthesis
• Setiap individu dalam suatu masyarakat dengan pelbagai latar belakang, disatukan dalam satu wadah, dan
seterusnya membentuk wadah baru, dengan memasukkan sebahagian unsur budaya yang dimiliki oleh
setiap individu dalam masyarakat tersebut.
• Identiti agama, etnik, bahasa, dan budaya asli anggota masyarakat yang pelbagai ini akan membentuk
satu identiti yang baru, lamakelamaan akan hilanglah identiti yang asal.
• Teori ini tidak sepenuhnya demokratik, kerana hanya mengambil sebahagian unsur budaya asli individu
dalam masyarakat, dan membuang sebahagian unsur budaya yang lain.
Cultural Pluralism (Mosaic Analogy)
• Masyarakat yang terdiri daripada individu dari pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang agama,
etnik, bahasa, dan budaya tersendiri, memiliki hak untuk mengekspresikan identiti budaya mereka secara
demokratik.
• Teori ini sama sekali tidak meminggirkan identiti budaya tertentu,termasuk identiti budaya kelompok
minoriti.
BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
Dasar Pendidikan Pelbagai Budaya Di Malaysia
• Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum hendaklah disatukan di bawah satu bumbung
pendidikan yang berteraskan pelbagai budaya.
• Prinsip Pendidikan Pelbagai Budaya telah ditegaskan sejak Laporan Barnes (1951), Laporan Fen- Wu
(1951) dan ordinan Pendidikan 1952.
• Laporan Barnes (1951)mengesyorkan agar, "matlamat pendidikan dasar hendaklah membentuk satu rupa
bangsa yang berasaskan pelbagai kaum".
• Laporan Fen-Wu (1951) menyatakan "dasar pendidikan Malaya hendaklah ditujukan kepada matlamat
membina warganegara Malaya ... menyediakan kanak-kanak untuk menempuh segala bidang kehidupan
berdasarkan latar belakang kehidupan masyarakat Malaya.“
Isu Kepelbagaian Budaya Murid
1.Rasis / perkauman
2.Diskriminasi /penindasan
3.Ketidakadilan sosial
4.Penilaian berat sebelah
5.Bahasa dan komunikasi
-Dialek
-Bilingual
-Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
6.Komunikasi tanpa lisan
BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
Ciri-ciri guru berkesan dalam pendidikan pelbagai budaya
-Sensitif terhadap tingkah laku para pelajar dari pelbagai latar
belakang. Sensitif terhadap kemungkinan wujudkan kontroversi tentang topik
yang diajar.Menggunakan teknik pembelajaran secara berkumpulan (koperatif)
untuk meningkatkan integrasi etnik dalam pembelajaran(Banks,1989).
-Guru perlu jujur dan menghargai alternatif budaya seperti bahasa, kepercayaan, nilai dan tingkah laku. Guru
mestilah menganggap bahawa kepelbagaian budaya memberi manfaat kepada mereka. Dengan pengetahuan
yang ada guru dapat memahami pelajar daripada budaya yang berlainan (Najeemah, 2007).
Rumusan
Kepelbagaian budaya merupakan satu strategi dan perspektif baharu untuk memahami variasi pelajar
dari masyarakat yang berbilang kaum dan berbilang budaya. Peranan guru amat penting dalam
mewujudkan perpaduan antara kepelbagaian budaya dalam kalangan murid-murid.
Rujukan
https://myguru.upsi.edu.my/documents/2020/courses/KPS3014/material/K01947_20201012114444_Topik
%2011_Pengurusan%20Pelbagai%20Budaya.pdf
https://www.researchgate.net/publication/320858903_Pendidikan_Abad_ke_21_Dalam_Kepelbagaian_B
udaya_Cabaran_dan_Harapan
BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
Lampiran
BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
https://myguru.upsi.edu.my/documents/2020/courses/KPS3014/material/K01947_2
0201012114444_Topik%2011_Pengurusan%20Pelbagai%20Budaya.pdf
BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
https://www.researchgate.net/publication/320858903_Pendidikan_Abad_ke_21_D
alam_Kepelbagaian_Budaya_Cabaran_dan_Harapan
BAB 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA
Pengenalan
Pengurusan murid pelbagai upaya adalah untuk membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah dalam
pembelajaran. Pendidikan khas itu merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi,
kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai
target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana.
Isi Penting
Komponen utama:
-Penggayaan
-Kecerdasan
-Pemulihan
-Berkeperluan khas
BAB 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA
1) Penggayaan
Maksud:Aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam waktu
sekolah atau di luar kawasan sekolah. aktiviti ini boleh dijalankan di semua tahap pelajar, sama ada sekolah
menengah atau rendah dan juga pelbagai kategori murid sama ada cerdas atau tidak cerdas.
Objektif:Membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka disamping
menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat
mereka.
Jenis Penggayaan
-Pengayaan mendatar : adalah aktiviti yang berdasarkan kepada kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan.
-Pengayaan menegak : adalah aktiviti yang berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja.
2) Kecergasan
Maksud :Menurut Howard Gardner teori kecerdasan pelbagai adalah kebolehan seseorang menyelesaikan
masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar dan kebolehan mengenal dan mencipta masalah, maka
membentuk keperluan terhadap pengetahuan baru.
Jenis- Jenis Pelbagai Kecerdasan
- Kecerdasan logik-matematik - Kecerdasan verbal-linguistic
- Kecerdasan Muzik - Kecerdasan Kinestetik Badan
- Kecerdasan Interpersonal - Kecerdasan Intrapersonal
- Kecerdasan Ruang Visual - Kecerdasan Naturalis
- Kecerdasan Eksistensialis
BAB 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA
3) Pemulihan
Konsep : Pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Menurut
Ab. Rahman, et. al. 1997 “pemulihan merupakan langkah-langkah khas yang diusahakan untuk membantu
murid-murid yang menghadapi masalahpembelajaran dalam menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, mengira
dan menulis.
Tujuan pembelajaran pemulihan : Adalah untuk mengelakkan golongan pelbagai upaya ini merasa diri mereka
disisihkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik dalam kelas.
Ciri-Ciri Kanak Pemulihan
-Rendah diri
-Pasif
-Cepat bosan
-Malas
-Lemah pemahaman
-Kerap tidak hadir ke sekolah
-Mengganggu rakan
4) Berkeperluan Khas
Kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) : terdiri daripada kanak-kanak yang mengalami
kesukaran belajar.
BAB 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA
Kanak-kanak Pintar Cerdas ( gifted ) : yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada norma juga
diklasifikasikan sebagai kanak-kanak yang berkeperluan khas.
Kedua-dua kumpulan pelajar ini memerlukan pengubahsuaikan kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya
mereka dapat merealisasikan potensi mereka. (Heward 2003 ).
Perbezaan kanak-kanak berkeperluan khas dengan kanak-kanak normal dari segi
-mental ( pencapaian akademik )
-keupayaan deria ( melihat dan mendengar )
-keupayaan berkomunikasi ( menulis dan bertutur )
-tingkah laku ( mengawal diri )
-emosi ( bercampur gaul )
-ciri-ciri fizikal ( bergerak dan menjaga diri sendiri)
Rumusan
Pelajar-pelajar pelbagai upaya memerlukan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut kebolehan
mereka dari segi kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistik dan
peluang sesuai untuk mereka mencapai potensinya. Seorang guru perlu bersikap adil dan tidak memilih kasih
terhadap murid-muridnya.
Rujukan
https://myguru.upsi.edu.my/material/student/view/8061/A182-KPS3014-I
https://d085259.wixsite.com/website/post/bab-11-pengurusan-pelbagai-upaya
https://zaihanmathussin91.wordpress.com/about/definisi-kanak-kanak-berkeperluan-khas/
BAB 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA
Lampiran
BAB 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA
BAB 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA
https://myguru.upsi.edu.my/material/student/view/8061/A182-KPS3014-I
BAB 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA
https://zaihanmathussin91.wordpress.com/about/definisi-kanak-
kanak-berkeperluan-khas/
E-FOLIO
SEKIAN
TERIMA KASIH