The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 2 BMMB1144 : PENGHASILAN PRODUK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 891-9-farawahida, 2022-04-01 07:33:40

PUTERI MANIS DAN PUTERI KASTURI

TUGASAN 2 BMMB1144 : PENGHASILAN PRODUK

irutsaK iretuP
nad sinaM iretuP

Tersebutlah sebuah kisah di mana lahirnya dua orang
puteri kembar yang seiras iaitu Puteri Manis dan Puteri Kasturi
di sebuah istana yang sangat megah dan kaya-raya.Kedua-
duanya merupakan anak kepada raja dan permaisuri yang
sangat terkenal di kota itu iaitu Kota Darmawasa.
Malangnya,permaisuri telah menghembuskan nafas terakhir
setelah selamat melahirkan dua bayi kembar tersebut .
Maka,kedua-duanya telah dijaga bagai menatang minyak yang
penuh (Peribahasa) oleh ayahandanya di istana.

Puteri Manis dan Puteri Kasturi mempunyai paras rupa dan
kecantikan yang sangat menawan dan tiada tolak bandingnya.
Mereka telah dianugerahkan sepasang mata yang cantik
berwarna keperang-perangan serta kulit yang putih kemerah-
merahan.Sesiapa sahaja yang memandang pasti akan terpikat
dengan keindahan mereka.Kecantikan mereka bagaikan
purnama yang menghias alam dan bersinar-sinar
bergemerlapan.Bukan sahaja mereka mempunyai kecantikan
yang sangat menawan tetapi mereka juga kaya dengan budi
bahasa dan sangat bersopan-santun orangnya.Walaupun
mereka mempunyai banyak persamaan tetapi terdapat satu
perbezaan antara kedua-duanya iaitu dari segi bakat atau
kebolehan.Puteri Manis mempunyai suara yang lunak dan
merdu seperti seruling bambu.Setiap kali dia bernyanyi pasti
membuatkan seluruh penghuni istana akan terpukau akan
kelembutan suaranya itu.Puteri Kasturi pula dianugerahkan
dengan bakat pandai melukis dan mewarna sesuatu lukisan.
Inilah merupakan kelebihan yang terdapat pada Puteri Manis
dan Puteri Kasturi.

Kehidupan Puteri Manis dan Puteri Kasturi amat mesra sekali
bagaikan dua ekor belangkas yang tidak pernah berpisah.
Mereka akan selalu bermain bersama-sama dan melakukan
setiap perkara bersama di istana.Senyuman dan kegembiraan
sentiasa terukir di bibir kedua-dua kembar tersebut diselingi
dengan gurau dan senda yang tidak pernah lekang.Mereka juga
selalu sepakat dan sekata apabila membuat sesuatu
keputusan.Demikianlah kehidupan yang mereka lalui setiap hari
dengan penuh keakraban dan kasih sayang sejak dari kecil
hingga dewasa.

“Manis, selepas selesai pekerjaan ini, bolehkah kita pergi ke
taman untuk bermain-main disana?”tanya Puteri Kasturi kepada
Puteri Manis yang sedang asyik memetik buah.

“Baiklah adikku yang cantik bagaikan purnama yang menghias
alam dan menyinari istana , segala permintaanmu akan ku
tunaikan.Namun, apa yang kita hendak bermain di sana ?” balas
Puteri Manis kepada adiknya itu.

“Kasturi ingin melukis pemandangan di taman bunga
itu.Ayahanda memberitahu Kasturi bahawa bunga yang ditanam
sudah berkembang mekar.”kata Puteri Kasturi pula.

“Wah, sudah lama kita tidak berkunjung kesana.Kalau begitu ,
kita mestilah lekas siapkan pekerjaan ini dan pergi ke
taman.”kata kakaknya yang tidak sabar untuk ke taman bunga
tersebut.

Pekerjaan Puteri Manis dan Puteri Kasturi dari pagi hingga ke
petang hanyalah memetik buah-buahan segar di ladang
ayahandanya.Mereka mempunyai banyak ladang buah-buahan
yang berbuah lebat dan sangat manis.

Pada suatu pagi yang indah disinari cahaya mentari dan
kicauan burung , Puteri Kasturi sedang asyik melukis
pemandangan di tepi sungai manakala Puteri Manis sedang
bermain bersama kucing-kucing kesayangannya , Si Tompok dan
Si Belang.Setelah itu, Puteri Kasturi memecahkan kesunyian
dengan mengajak Puteri Manis untuk berbual bersama-sama.

“Wahai kakakku, kamu kelihatan sungguh cantik mengenakan
persalinan ibunda ini.”kata Puteri Kasturi sambil berjalan
menuju ke arah kakaknya lalu memeluk erat bahu Puteri Manis.

“Amboi , pandainya kamu mengambil hati kakak.Kamu juga
sangat manis mengenakan baju kurung sutera ibunda persis
dewa kayangan yang cantik.”balas Puteri Manis sambil mencuit
tangan adiknya itu.

“Sudah tentu.Kasturi ialah puteri yang sangat cantik di seluruh
kota ini.Kecantikan Kasturi ini juga bahkan melebihi kecantikan
kakak.Kasturi yakin bahawa suatu hari nanti Kasturi akan
berkahwin dengan anak Raja Muzaffar dan hidup kaya-raya di
istananya.Tentunya, dayang-dayang akan mengelilingi Kasturi
sambil menyikat rambutku yang ikal ini.”kata Puteri Kasturi
dengan nada yang angkuh sambil berangan-angan di hadapan
Puteri Manis.

“Kakak akui kamu sangat cantik.Akan tetapi sikapmu yang
sebegini akan mencerminkan dirimu seorang yang sombong
dan angkuh dengan anugerah yang diberi oleh tuhan.”balas
Puteri Manis dengan nada yang sederhana menasihati adiknya
yang bersikap sedemikian.

“Kasturi tahu bahawa kakak mencemburui Kasturi.Tidak
mengapalah , Kasturi ingin pulang ke istana kerana ingin mandi
dahulu.”Puteri kasturi bergegas menyimpan alatan melukisnya
lalu pulang ke istana.

Puteri Manis sungguh hairan dengan sikap adiknya itu.Sejak dia
menceritakan tentang anak Raja Muzaffar dua hari lalu, sikapnya
sedikit dingin dengan kakaknya itu.Anak Raja Muzzafar iaitu
Putera Lekir merupakan seorang pemuda yang sangat gagah
perkasa dan mempunyai rupa paras yang sangat menawan.Para
gadis di desa akan terpikat dengannya kerana dia seorang
pemuda yang sangat lemah lembut apabila menuturkan buah
bicara.Oleh itu,Puteri Kasturi juga mula terpikat dan menyimpan
perasaan terhadap Putera Lekir.

Putera Lekir sedang berjalan berhampiran sungai bersama
kudanya untuk bersiar-siar.Dia terpaku seketika apabila
mendengar suara nyanyian yang sangat merdu dan lunak
itu.Tanpa berfikir panjang dia terus mendekati suara itu.Dia
terkejut kerana ternampak seorang perempuan yang sangat
cantik duduk di atas batu sambil bermain dengan beberapa ekor
kucing.Ternyata perempuan tersebut ialah Puteri Manis.Puteri
Manis sedang menyanyikan lagu yang selalu dinyanyikan oleh
ayahanda sejak kecil lagi.

“Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,

Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.”

Putera Lekir terus berjalan mendekati Puteri Manis untuk
berkenalan.Dia sangat mengenali Puteri Manis kerana
ibundanya sering menceritakan tentang anak kepada Raja Jebat
yang cantik itu.Raja Jebat dan Raja Muzaffar merupakan kenalan
yang sangat rapat kerana mereka selalu bekerjasama dalam
mentadbir kota.Lalu, Putera Lekir terus menyapa Puteri Manis.

“Maafkan hamba ( Kata sapaan) kerana mengganggu tuan
puteri,bukankah tuan puteri merupakan Puteri Manis puteri
kepada Raja Jebat ?”tanya Putera Lekir dengan nada yang sopan
santun.

“Tidak mengapa.Iya, saya merupakan Puteri Manis anak kepada
Raja Jebat.”balas Puteri Manis pula.

Selepas itu , mereka terus berkenalan antara satu sama lain dan
berbual-bual bersama.

“Bukankah itu Putera Lekir. Mengapakah dia bersama Puteri
Manis.Jikalau begitu,tekaanku benar bahawa kakak juga
menyukai Putera Lekir.Manis pasti iri dengan kecantikanku
sehingga sanggup mengkhianati adiknya sendiri.”kata Puteri
Kasturi yang ternampak kakaknya bersama Putera Lekir dari
ruangan istana.Kasturi sangat marah terhadap perlakuan
kakaknya itu.Hatinya hancur bagai kaca terhempas ke batu
(Bahasa kiasan).Dia beranggapan kakaknya telah menikamnya
dari belakang.

Pada suatu hari , Putera Satria bergegas ke istana Raja Jebat
bersama hulubalang istananya.Seusai sampai, dia terus
menghadap Raja Jebat di ruangan utama istana.

“Beta tidak dapat membuat sebarang keputusan kerana Puteri
Manis tiada di istana.Dia pergi ke luar kota bersama hulubalang
istana sebentar tadi.Jadi sebaiknya ,beta harus bertanya kepada
Puteri Manis sendiri.”kata Raja Jebat setelah mendengar
lamaran daripada Putera Satria.

Lalu,pulanglah Putera Satria ke istananya semula dengan riak
wajah yang sedikit kecewa kerana ketiadaan Puteri Manis di
istana.

“Manis , di manakah kau berada Manis.Kasturi ingin berbicara
tentang sesuatu perkara !”jerit Kasturi memanggil Puteri Manis.

“Kasturi,mengapa kamu menjerit sebegini.Jika ayahanda dengar
tentunya dia akan risau.Kakak baru sahaja pulang dari luar kota
bersama hulubalang istana.”jawab Puteri Manis dengan nada
memujuk sambil menggosok bahu Kasturi yang kelihatan tidak
tenang.

“Tidakkah kau tahu Manis bahawa kau telah mengkhianati
adikmu sendiri.Kasturi tidak percaya bahawa kakak Kasturi rela
meragut semua kebahagiaan Kasturi demi kepentingan Manis
sendiri.”marah Kasturi lalu merentap tangan kakaknya itu.

Puteri Manis sangat hairan dengan adiknya itu.Dia sangat risau
akan keadaan adiknya yang tidak tenang dan sedang
memberontak.Tanpa berfikir panjang,Manis mendekati adiknya
lalu memeluk dengan erat untuk menenangkannya.Dia
berfikiran bahawa mungkin terdapat salah faham yang berlaku
menyebabkan adiknya berkecil hati dan sedih.Namun,Puteri
kasturi terus menolak kakaknya dengan sekuat hati akibat
daripada api amarahnya itu.Kakaknya jatuh terduduk di tepi
dinding istana.

“Kasturi terlalu benci akan kakak.Sampai hati kakak dan
ayahanda tidak memberitahu Kasturi tentang perkahwinan
Manis bersama Putera Lekir.Bukankah kakak mengetahui
bahawa Kasturi menyukai Putera Lekir.Kakak dan ayahanda
begitu kejam dan berhati batu !”jerit Kasturi melepaskan semua
amarahnya yang dipendam selama ini.

“Kamu tidak seharusnya berbicara sedemikian wahai Kasturi,
kamu telah menfitnah kakakmu sendiri dan berkata sebegitu
terhadap ayahanda.Pasti ayahanda akan murka jika mendengar
kata-katamu itu.”balas Puteri Manis dengan nada yang tegang
kerana berasa marah atas apa yang dikatakan oleh Kasturi tadi.

Puteri Kasturi menyatakan bahawa kakaknya terlalu iri dengan
kecantikannya menyebabkan dia ingin merampas Putera Lekir
darinya.Mendengar kata-kata Puteri Kasturi,Puteri Manis enggan
mengalah dan menyerah.Puteri Manis terus memarahi Puteri
Kasturi dan seterusnya menyebabkan pertelingkahan berlaku.

Akibat daripada teriakan Puteri Manis dan Puteri Kasturi yang
sangat lantang di ruangan istana , Raja Jebat terkejut lalu terus
menuju ke arah kedua-dua puterinya itu.Baginda sedaya upaya
berusaha menghentikan pergaduhan anak kembarnya
itu.Hatinya sungguh terkilan melihat anak-anak yang dahulunya
sangat rapat dan sayang antara satu sama lain telah bertukar
seperti anjing dengan kucing.

“Wahai anakku,sudahlah berkelahi.Jangan terlalu mengikut
perasaan dan amarah diri supaya nasi tidak menjadi bubur.”kata
Raja Jebat sambil menahan kedua-dua puterinya itu.

Puteri manis dan Puteri Kasturi tidak mengendahkan kata-kata
ayahanda itu.Pergaduhan antara mereka semakin hangat.Api
marah mereka mampu membakar lalang kering biarpun jauh di
seberang lautan. Dengan perasaan penuh dendam dan api
kemarahan,mereka terus bergelut dengan menolak dan
memukul antara satu sama lain.Tiba-tiba,Puteri Manis dan
Puteri Kasturi tidak tersengaja menolak ayahandanya lalu jatuh
di atas lantai istana.Kepala Raja Jebat telah terhantuk pada buju
meja dan menyebabkan pendarahan yang berterusan.Puteri
Manis dan Puteri Kasturi terus mendekati ayahanda untuk
meminta maaf atas kesalahan yang mereka
lakukan.Kemudiannya,Raja jebat dibawa untuk mendapatkan
rawatan.

“Puteri Manis dan Puteri Kasturi,ayahanda memohon maaf
kerana tidak memberitahu kamu tentang kehadiran Putera Lekir
dua hari yang lalu.Kedatangan Putera Lekir membawa hajat
untuk meminta pertolongan daripada Puteri Manis untuk
menyanyikan lagu semasa hari kelahiran ibundanya,Permaisuri
Kelana.Perkara ini telah menyebabkan puteri kesayangan
ayahanda bergaduh dan mementingkan diri sendiri.”kata Raja
Jebat menjelaskan semua perkara yang berlaku sambil memeluk
erat kedua puterinya itu.

“Kasturi juga ingin meminta ampun kepada ayahanda dan Manis
kerana terlalu mengikut perasaan dan mementingkan diri
sendiri sehingga menyakiti darah daging sendiri.”balas Kasturi
dengan mimik muka yang sangat sedih atas perbuatanya itu.

“Begitu juga Manis ayahanda,Manis sebagai seorang kakak
seharusnya mengalah dan tidak menyakiti Kasturi dan
Ayahanda.Maafkan manis , ayahanda.”kata Puteri Manis yang
kesedihan lalu terus memeluk adiknya dan ayahanda itu.

Hari telah berganti hari , mentari mula menyinari pagi yang
indah dengan bunga-bunga yang sedang berkembang
mekar.Puteri Manis dan Puteri Kasturi juga telah memulakan
hidup baharu dan menyesali atas perbuatan yang dilakukan
dahulu.Mereka berjanji bahawa tidak akan bersikap
mementingkan diri lagi kerana perbuatan itu akan memakan diri
sendiri.Puteri itu juga percaya bahawa air yang dicencang tidak
akan putus dan begitulah dengan mereka berdua tiada apa yang
boleh memutuskan hubungan kasih sayang antara mereka.


Click to View FlipBook Version