IPGKPI
DISEDIAKAN OLEH :-
NORZULAIKHA IZZATI BINTI AHMAD ZULKARNAIN
NUR FATIN AUNY BINTI SUZANA @ ROSLAN
ALYA ZAHIRAH BINTI AZIZI
IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan berkat dan limpahan kurnia-Nya, kami dapat
menyiapkan buku ini dalam masa yang ditetapkan. Ahli kami yang terdiri daripada
Norzulaikha Izzati binti Ahmad Zulkarnain, Nur Fatin Auny binti Suzana @ Roslan dan
Alya Zahirah binti Azizi. Penghargaan terulung kami ucapkan kepada pensyarah yang
mengajar subjek SJHK3043 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian yang telah
memberi dorongan dan bimbingan yang banyak kepada kami. Sekalung perhargaan
kepada Pengarah IPGKPI iaitu Dr. Abdul Rahman bin Abdullah dan Ketua Jabatan Hal
Ehwal Pelajar iaitu Encik Tarmizi bin Salleh yang sudi menerima kehadiran kami. Tidak
lupa ucapan terima kasih juga kepada Puan Siti Nur Syahirah binti Mohd Zaki dan Tuan
Hj. Rosli bin Abdullah yang telah membantu secara langsung untuk menyempurnakan
penulisan kami. Buku ini merupakan hasil kajian terhadap sejarah keseluruhan Institut
Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI).
Buku ini mengupaskan tentang latar belakang sejarah penubuhan IPGKPI
yang lebih terperinci bermula tahun 1977 sehingga 2022 dan konsep kepimpinan yang
ditonjolkan oleh Pengarah IPGKPI yang menjadikan pengurusan pentadbiran lebih
lancar seterusnya keberhasilan IPGKPI dalam melahirkan seorang alumni yang
kompeten dan berjiwa pendidik. Dalam menghasilkan buku ini, pelbagai cabaran yang
kami hadapi untuk menyampaikan isi penceritaan sejarah IPGKPI secara menyeluruh.
Akhir kata, jasa dan bantuan semua pihak tidak mungkin kami lupakan
sepanjang hayat kami. Justeru, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi
kepada semua yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung untuk
menyelesaikan penulisan buku ini.
ii
VISI
IPG Peneraju Kecermelangan Pendidikan Guru
MISI
Institut Pendidikan Guru melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui
program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia
1
KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
PENGHARGAAN ii
VISI DAN MISI IPGKPI 1
KANDUNGAN 2
1.0 PENGENALAN 3
2.0 SEJARAH PENUBUHAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS 4 - 9
PENDIDIKAN ISLAM (IPGKPI) BERMULA TAHUN 1977 SEHINGGA
TAHUN 2022
3,0 ‘SALAM MAWADDAH’ SEBAGAI KONSEP KEPIMPINAN DI 10 – 14
KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
4.0 LATAR BELAKANG DAN PENCAPAIAN TOKOH ALUMNI IPG 15 – 18
KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
5.0 PENUTUP 19
RUJUKAN 20
LAMPIRAN 21 - 62
2
1.0 PENGENALAN
Pendidikan Islam merupakan salah satu langkah untuk menerapkan Islam dalam
kalangan masyarakat awam di Malaysia. Memandangkan Islam merupakan agama rasmi di
negara Malaysia, penerapan Islam penting untuk disebar luas kepada komuniti. Oleh itu,
penubuhan institusi yang menerapkan agama Islam mendapat sambutan daripada pelbagai
pihak. Maka, wujudlah Institusi Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI) yang
melahirkan ramai siswazah yang berkepimpinan.
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI) terkenal dengan suasana
Islamik yang diterapkan dalam kalangan pelajar. Siapa sangka, sejak penubuhan awal lagi
aura islamiah ini telah wujud dan diterapkan dalam kalangan pelajar pada ketika itu. IPGKPI
juga mempunyai salasilah yang menarik. Bayangkan sebuah unit Pendidikan Islam
berkembang menjadi sebuah institut Pendidikan Islam yang melahirkan ramai pelajar-pelajar
yang bergelar ustaz dan ustazah di sekolah-sekolah rendah.
Barisan pentadbir IPGKPI juga turut menjadi faktor dalam melahirkan para graduan
yang sangat berkaliber dan memberi sumbangan kepada masyarakat. Wawasan yang
diperkenalkan oleh pengarah mampu memberi impak yang besar dalam usaha
mengharumkan nama IPGKPI. Sudah ramai lepasan IPGKPI telah berjaya selepas
menghabiskan pelajaran di sini. Oleh itu, pentadbiran yang mantap melahirkan para pendidik
yang berkualiti kepada negara.
3
2.0 SEJARAH PENUBUHAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN
ISLAM (IPGKPI) BERMULA TAHUN 1977 SEHINGGA TAHUN 2022
2.1 Pengenalan
Tidak dapat disangkal Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan
Islam (IPGKPI) mempunyai keunikannya yang tersendiri. Masjid Imam As-
Syafi’e di IPGKPI yang tersergam indah menjadi tarikan kerana tidak pernah
sunyi daripada kunjungan orang ramai. Bukan sahaja warga IPGKPI yang pergi
ke masjid itu, malah orang luar juga turut singgah di sana.
Gambar 1 Masjid Imam As-Syafi’e Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan
Islam
IPGKPI mempunyai sejarah berpindah dari satu tempat ke tempat yang
lain sebelum rasmi menetap di Bangi, Selangor. Selain itu, IPGKPI sempat
bertukar nama daripada Maktab Perguruan Islam (MPI) ke Institut Perguruan
Islam Selangor (IPIS) kemudian Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan
Islam (IPGKPI). Kini, sudah 45 tahun IPGKPI telah beroperasi iaitu sejak empat
dekad yang lalu sekitar tahun 1977. Banyak penambahbaikan yang
diusahakan dari semasa ke semasa untuk melahirkan guru yang berkualiti
kepada negara.
Maktab Perguruan Institut Perguruan Institut Pendidikan
Islam (MPI) Islam Selangor (IPIS) Guru Kampus
Pendidikan Islam
(IPGKPI)
Jadual 1 Sejarah pertukaran nama IPGKPI
Bagi menjayakan kajian ini, penulis telah menggunakan sumber lisan
iaitu melakukan temu bual bersama dua orang sumber dan merujuk sumber
bertulis di internet. Sumber lisan ialah keterangan mengenai sejarah yang
berbentuk lisan (Syed Ismail, Pushpavalli & Meor Aris, 2016). Orang sumber
4
pertama ialah Tuan Haji Rosli iaitu mantan pensyarah yang telah lama
berkhidmat dan banyak memberi sumbangan kepada IPGKPI (Tuan Rosli,
2022). Seterusnya, penulis telah menemubual Ustazah Halimah yang
merupakan salah seorang bekas pelajar di IPGKPI pada tahun 1993 (Halimah,
2022).
2.2 Sejarah Maktab Perguruan Islam (MPI)
Tahun 1977, sebuah unit Pendidikan Islam ditubuhkan di Maktab
Perguruan Ilmu Khas (MPIK) Cheras yang menawarkan kursus perguruan
sekolah menengah kepada 87 orang pelatih dan dibimbing oleh tiga orang
pensyarah. Keluaran MPI ialah graduan bertaraf sijil dan diploma perguruan
(Kementerian Pendidikan Malaysia). Maktab Perguruan Islam tertubuh secara
rasmi pada 25 April 1977 dan berpindah ke bangunan Institut Bahasa dan
dijalankan pada sesi sebelah petang sehinggalah November 1977 (Yumpu,
2020). Bermulalah Kursus Pendidikan Perguruan Sekolah Rendah kemudian
tertubuhnya tiga jabatan utama iaitu Jabatan Pengajian Agama Islam, Jabatan
Pendidikan dan Jabatan Bahasa Malaysia.
Gambar 2 Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK), Cheras
Maktab Perguruan Islam buat kali kedua telah berpindah ke bangunan
Universiti kebangsaan Malaysia (UKM) di Petaling Jaya pada November 1977
hingga April 1983. Unit baharu diwujudkan iaitu Unit Bahasa Inggeris dan Unit
Gerko.
Gambar 3 Bangunan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Petaling Jaya
5
Apabila Universiti Antarabangsa (UIA) ditubuhkan pada 1983, MPI
berpindah lagi ke bangunan tinggalan UKM di Lembah Pantai, Kuala Lumpur
disebabkan oleh unitnya yang semakin meningkat sementara menunggu
pembinaan MPI di Bangi (myMPI, 2010). Waktu itu, sebanyak tujuh buah
jabatan baharu telah ditubuhkan. Antaranya ialah Jabatan Pengajian Tamadun
Islam dan Jabatan Kajian Sosial. Perpindahan rasmi MPI ke kampus tetap di
Seksyen 12, Jalan Sungai Merab yang terletak di Bandar baru Bangi pada 14
Julai 1990 melibatkan semua pensyarah, guru pelatih dan staf maktab ketika
itu (Yumpu, 2009). Keunikan reka bentuk kampus ini berunsurkan Islam dan
telah dirasmikan oleh D.Y.M.M. Sultan Selangor pada 30 Oktober 1992 iaitu
dua tahun selepas berpindah secara tetap.
Februari 1977 25 April 1977 November 1977
Sebuah unit Pendidikan Bangunan Institut Bangunan Universiti
Agama Islam di MPIK Bahasa Kebangsaan Malaysia di
Cheras, Kuala Lumpur
Petaling Jaya
14 Julai 1990 Mei 1983
Maktab Perguruan Islam Bangunan Universiti
di Bandar Baru Bangi, Kebangsaan Malaysia,
Selangor
Lembah Pantai
Jadual 2 Sejarah perpindahan MPI tahun 1977 sehingga tahun 1990
Kini, IPGKPI sudah bertapak di Bangi selama 32 tahun bermula tahun
1990 sehingga sekarang tahun 2022. Kementerian Pendidikan telah
mengusahakan tanah seluas 100 ekar untuk membina MPI yang sudah ada
dalam Rancangan Malaysia Ketiga, kemudian kerja pembinaan bermula pada
Rancangan Malaysia Kelima. Pembinaan maktab dilengkapi dengan
kemudahan seperti blok akademik, asrama, kediaman staf dan padang.
“... waktu kita di bawah Maktab Perguruan dulu, kurikulumnya agak
terbuka dan pelajar-pelajar mempunyai masa er masa lapang yang begitu
luas sekali ...”
(Tuan Rosli, 2022)
6
Menurut Tuan Rosli, kurikulum ketika itu agak terbuka dan pelajar
mempunyai banyak masa lapang membolehkan pelajar beriadah dan membina
sahsiah diri. MPI telah menjadi Pusat Latihan Guru Pendidikan Islam dan
Bahasa Arab serta memberi latihan kepada guru pelatih melalui Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) (Halimah, 2022).
Pada tahun 1993, MPI tidak menjalankan sebarang aktiviti sukan
sehinggalah Tuan Rosli membuat rundingan bersama pelajar untuk
menjalankan sukan tahunan pertama pada tahun 1994 dan dijalankan secara
berasingan antara lelaki dan perempuan (Rosli, 2022).
“... saya nak mulakan sukan tu saya kena berunding dengan pelajar-
pelajar masa tu ...”
(Tuan Rosli, 2022)
Bagi mengekalkan bi’ah Islamik di MPI, pertubuhan Helwi diwujudkan.
Menurut Ustazah Halimah, MPI pernah mengungguli dalam pertandingan
tilawah antara kampus.
“... Biasanya, kalau MPI masa tu erm mengungguli kalau tilawah
adalah...”
(Ustazah Halimah, 2022)
2.3 Sejarah Institut Perguruan Islam, Selangor (IPIS)
Keputusan mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 13 Julai 2005
bersetuju untuk menjadikan maktab-maktab perguruan menjadi Institut
Perguruan Guru Malaysia (IPGM, 2007). Kesannya, berlakulah sejarah
pertama pertukaran nama kampus dari MPI ke Institut Perguruan Islam
Selangor (IPIS) tanggal 1 April 2006 (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2019). Pengisytiharan pertukaran nama dilakukan di Institut Perguruan Tun
Abdul Razak (IPTAR) Kota Semarahan, Sarawak. Perubahan ketara
bermulanya Program Pensiswazahan Guru di IPGM misalnya Program
Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) di samping memberi
7
pengiktirafan ijazah Sarjana Muda melalui kursus Perguruan Lepasan SPM
(KPLSM) contohnya Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Menurut Tuan Rosli, kurikulum ketika ini semakin ketat menyebabkan
gaya hidup pelajar berbeza daripada pelajar maktab.
“... kemudian apabila berubah naik kepada institut kurikulumnya mula
makin ketat. Mula makin ketat. Er keadaan pelajar sedikit ada perubahan.
Masa lapang pelajar er mula diambil oleh subjek dalam kurikulum tersebut...”
(Tuan Rosli, 2022)
Masa lapang pelajar agak terhad kerana subjek kurikulum agak banyak
dan padat. Tahun 2011, graduan pertama IPIS berjaya menamatkan pengajian
serta menerima Ijazah Sarjana Muda Perguruan selepas lima tahun
melanjutkan pengajian. Walau bagaimanapun, pertukaran nama IPIS hanya
berlaku selama 3 tahun sahaja.
2.4 Sejarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam
(IPGKPI)
Pada 16 Januari 2009, IPIS sekali lagi ditukar namanya kepada Institut
Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI) setelah mendapat
pengisytiharan daripada Y.A.B Menteri Pelajaran, Dato’ Hishamuddin Tun
Hussein. Pada masa itu, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) juga
mendapat kelulusan daripada Parlimen Malaysia. Maka, semua kampus
cawangan IPGM sudah setaraf dengan universiti yang melahirkan guru
siswazah di sekolah rendah. Walaupun pertukaran nama berlaku sebanyak
dua kali, namun title Pendidikan Islam tidak diubah selari dengan sejarahnya
yang ingin melahirkan guru-guru Pendidikan Islam. Jadi tidak hairanlah jika
dilihat, bilangan pelajar kursus Pendidikan Islam lebih ramai berbanding
kursus-kursus yang lain.
Perubahan kurikulum IPG, lebih ketara berbanding MPI dan IPIS di
mana waktu untuk pelajar beriadah sudah dipenuhi dengan jadual akademik.
Menurut Tuan Rosli, pelajar sekarang tidak ramai turun ke padang berbeza
dengan zaman MPI dahulu. Menurut Tuan Rosli lagi, jika dilihat dari segi
8
pencapaian infrastruktur, Kampus Islam pernah mengusahakan pembinaan
sebuah sekolah rendah yang dipanggil sekolah dalam institusi bertujuan
dijadikan tempat latihan untuk pelajar-pelajar IPGKPI.
“... kita bina sekolah, sekolah yang ada sekarang ni Sekolah
Menengah Abu Bakar Baginda di belakang tu sebenarnya kita bina untuk
sekolah rendah kita. Kita sebut sebagai sekolah dalam institu, institut. Aa
tempat latihan pelajar-pelajar...”
(Tuan Rosli, 2022)
Namun begitu, IPGKPI telah kehilangan aset tersebut beserta dengan
tanah sekitar 6 ekar setelah sekolah itu bertukar tangan. Kementerian telah
meluluskan tuntutan orang kampung untuk membina sekolah menengah di
Kampung Bakar Baginda. Sekolah Menengah Abu Bakar Baginda yang
lengkap dengan pelbagai kemudahan mula beroperasi sejak tahun 2010
(Selangorku, 2019).
Gambar 4 Kolej Kediaman Ibnu Khaldun
Jika dilihat daripada aspek asrama pula, IPGKPI telah menyediakan
lima buah asrama, tiga asrama perempuan iaitu Kolej Kediaman Siti Khadijah,
Kolej Kediaman Fatimah Az-Zahra dan Kolej Kediaman Siti Aisyah diikuti dua
asrama lelaki iaitu Kolej Kediaman Ibnu Khaldun dan Kolej Kediaman Ibnu
Abbas. Namun begitu, pada tahun 2021, Kolej Kediaman lelaki iaitu Kolej
Kediaman Ibnu Abbas telah ditukar menjadi asrama pelajar perempuan bagi
menempatkan pelajar-pelajar baharu PPISMP ambilan Jun 2021.
9
2.5 Rumusan
Kesimpulannya, sejarah IPGKPI merupakan sejarah yang menarik jika
dikaji secara mendalam. Hal ini kerana, kita dapat mengetahui pencapaian
IPGKPI dari semasa ke semasa. Bermula tahun 1990 hingga sekarang terlalu
banyak perubahan dan penambahbaikan yang dilakukan untuk melahirkan
bakal guru sekolah rendah yang berkualiti. Tanah IPGKPI yang dulunya hanya
tanah merah, kini sudah dipenuhi pokok-pokok yang menghijau. Siapa sangka
daripada unit Pendidikan Islam boleh berkembang dan semakin mendapat
sambutan sehingga tertubuhnya IPGKPI di atas tanah sendiri. Oleh itu, kajian
mengenai sejarah IPGKPI tidak hanya berhenti di sini namun disebar luas
kepada pelajar-pelajar akan datang.
10
3.0 ‘SALAM MAWADDAH’ SEBAGAI KONSEP KEPIMPINAN DI IPG KAMPUS
PENDIDIKAN ISLAM
3.1 Pengenalan
Sesebuah organisasi yang besar tidak dapat diuruskan dengan baik tanpa ketua atau
pentadbir yang berkaliber dan mempunyai kecekapan berfikir. Hal yang sama turut
berlaku di Insitut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI). IPGKPI kini
ditadbir oleh seorang pengarah yang mempunyai hala tuju yang jelas demi melahirkan
guru yang berkualiti dan mempunyai sahsiah serta keperibadian yang tinggi.
Pengarah yang dinyatakan ialah Dr. Abdul Rahman bin Abdullah merupakan seorang
yang sangat terbuka dan menunjukkan sikap kepimpinan yang tinggi dalam
menguruskan pentadbiran di IPGKPI. Justeru, sikap kepimpinan yang ditonjolkan oleh
beliau dipercayai telah banyak memberikan kesan yang positif dan amat disenangi
oleh semua warga IPGKPI.
3.2 Biodata Dan Latar Belakang Pendidikan Pengarah 2022
Gambar 5 Dr. Abdul Rahman bin Abdullah
Gambar di atas merupakan Pengarah IPGKPI bermula 29 Jun 2020 sehingga
kini. Nama penuh beliau adalah Dr. Abdul Rahman bin Abdullah dan berasal dari
Johor. Di peringkat sekolah menengah, beliau merupakan bekas pelajar SMKA
Maahad Muar, Johor. Selepas menduduki SPM, beliau telah ditawarkan untuk
mengikuti Program Pelajar Cemerlang ke Maghribi, Morocco dalam bidang linguistik
bahasa Arab.
11
Gambar 6 Zaman belajar di Maghribi, Morocco
Setelah empat tahun, beliau kembali ke Malaysia dan menyambungkan pelajaran
dalam diploma pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia sehingga tamat
pada 1992. Kemudian, beliau ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
untuk mengikuti kursus di Jordan selama lebih kurang tiga bulan dalam bidang
metodologi bahasa Arab di Universiti Philadelphia, Jordan.
Selepas mengambil Masters, beliau ditempatkan sebagai pensyarah di Maktab
Perguruan Sultan Abdul Halim yang pada hari ini dikenali sebagai IPG Kampus Sultan
Abdul Halim di Sungai Petani, Kedah. Kemudian beliau mengambil inisiatif untuk
menyambungkan pengajian dalam ijazah doktor falsafah pada tahun 2001 di Universiti
Malaya.
Setelah itu, beliau dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Pengarah IPGKPI pada
5 Januari 2018 dan berkhidmat sebagai Pengarah IPGKPI bermula pada 29 Jun 2020
sehingga kini.
Gambar 7 Pelantikan sebagai Pengarah IPGKPI
12
3.3 Pembaharuan Yang Dibawa Semasa Menjadi Pengarah
Dalam aspek pembaharuan, Tuan Pengarah telah melakukan beberapa
pembaharuan antaranya dari segi pendekatan yang digunakan. Pendekatan yang
diperkenalkan adalah konsep MAWADDAH yang mewakili Mesra, Amanah,
Wawasan, Akrab, Dinamik, Dedikasi, Akhlak dan Harmoni.
Rajah 1 Konsep MAWADDAH
Konsep MAWADDAH ini tercetus daripada pemerhatian dan penilaian beliau
terhadap cara pengarah sebelumnya menguruskan IPG yang menggunakan
pendekatan yang berlainan. Melalui pemerhatian beliau, terdapat perbezaan dari segi
pendekatan yang digunakan sebelumnya dengan kepimpinan MAWADDAH yang
digunakan bagi merapatkan jurang antara pihak pentadbir dengan warga IPGKPI
termasuklah pensyarah, pelajar dan staf.
“…bila mengemudi IPG sudah pasti saya memerlukan satu strategi
bagaimana saya dapat menyampaikan arahan dengan keadaan staf-staf
yang tidak tertekan, pelajar-pelajar pun tidak tertekan. Jadi saya
memperkenalkan konsep kepimpinan MAWADDAH.”
(Tuan Pengarah, 2022)
“…kepimpinan MAWADDAH itu, jelas merujuk kepada sifat er beliau
sendiri sebagai seorang ketua, sebagai seorang pemimpin er sebagai
seorang rakan dalam er satu organisasi…”
(Tuan Tarmizi, 2022)
Pendekatan MAWADDAH yang membawa maksud kasih sayang terinspirasi
melalui cara Rasulullah menguruskan keluarga dan kerajaannya dengan penuh kasih
sayang. Kemudian, pendekatan tersebut digunakan dalam kepimpinan pengarah yang
13
boleh diterima oleh semua orang. Perkara ini bertepatan dengan pendapat Tuan
Tarmizi (2022), yang menyatakan bahawa kepimpinan MAWADDAH yang
diperkenalkan oleh pengarah telah menyenangkan semua warga IPGKPI. Melalui
kepimpinan itu juga, pengarah sentiasa mengamalkan dasar buka pintu iaitu beliau
terbuka untuk menerima pandangan serta aduan daripada semua warga IPGKPI
termasuklah pelajar-pelajar. Hal demikian telah mengubah persepsi pelajar-pelajar
terhadap pengarah yang dapat memberikan kesenangan kepada seluruh warga
IPGKPI. Menurut pandangan Tuan Tarmizi (2022), tidak semua pengarah
menggunakan dasar keterbukaan sepertimana yang diamalkan oleh pengarah terkini.
Sebaliknya, segelintirnya perlu melakukan beberapa prosedur sebelum berjumpa dan
berbincang dengan Tuan Pengarah. Justeru, konsep kepimpinan MAWADDAH ini
dapat dilihat telah memberikan implikasi yang amat baik terhadap pengurusan di
IPGKPI.
“…kehendak-kehendak organisasi sangat mudah berurusan dengan beliau
dan beliau mengamalkan dasar pintu terbuka…”
(Tuan Pengarah, 2022)
Seterusnya, pembaharuan yang kedua dapat dilihat dari aspek infrastruktur
dalaman dan luaran di IPGKPI. Tuan pengarah sangat menekankan aspek keselesaan
warga IPGKPI. Beliau mengambil kesempatan semasa PKP di mana semua pelajar
dan pensyarah menjalankan PdP secara dalam talian. Perkara ini telah membuka
ruangan kepada Tuan Pengarah untuk menaik taraf lebih 36 bilik kuliah. Menurut
beliau juga, perbezaan yang ketara dapat dilihat berbanding sebelum ini dari segi
perubahan bangunan pentadbiran, pusat sumber, rumah kediaman bagi pensyarah
dan tandas-tandas di blok asrama pelajar. Kos peruntukkan bagi melakukan kerja naik
taraf bangunan yang disebutkan adalah sebanyak RM 1 juta pada tahun lepas
(Pengarah IPGKPI, 2022). Oleh itu, keselesaan dari aspek fizikal telah dititikberatkan
sepenuhnya oleh pengarah bagi memberikan keselesaan dan kepuasan yang
secukupnya untuk semua warga IPG.
“Yang kedua, ermm.. saya menekankan aspek keselesaan dari aspek
fizikal.”
(Tuan Pengarah, 2022)
14
3.4 Kejayaan Yang Dicapai Sepanjang Menjadi Pengarah
Menurut Tuan Pengarah, beliau telah mengkategorikan strategi kejayaan di IPG
melalui tiga hala tuju. Hala tuju tersebut ialah kecemerlangan dalam akademik,
kecemerlangan dalam bidang penyelidikan inovasi dan perantarabangsaan dan
kecemerlangan dalam pembelajaran sepanjang hayat yang telah tercapai.
Kecemerlangan dalam bidang akademik dapat dibuktikan dalam Istiadat Konvokesyen
IPG KPM Ke-11 Tahun 2022 yang telah dilangsungkan pada 27 hingga 31 Mac 2022
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2022). Pengarah meluahkan rasa bangga
terhadap penerima anugerah yang melibatkan graduan IPG tahun 2020 dan 2021.
Pada beliau, tahap pencapaian para graduan merupakan suatu kejayaan yang besar
kerana telah memperoleh CGPA lebih 3.75 dan anugerah terbaik dalam bidang
bahasa Melayu.
Gambar 8 Konvokesyen IPGM ke-11 tahun 2022
Kejayaan yang diperoleh merupakan hasil daripada didikan barisan pensyarah
yang sangat berketerampilan (Pengarah IPGKPI, 2022). Hal demikian kerana,
seramai 55 orang pensyarah di IPGKPI mempunyai PhD dan selebihnya mempunyai
Masters untuk memberikan sumbangan pendidikan yang cukup untuk siswa dan siswi
IPGKPI.
“IPG kita, kita ada 55 orang pensyarah yang ada PhD at least setara dengan
universiti ye. Jadi, daripada hampir 140 pensyarah tadi, lebih satu per tiga ada PhD
yang bakinya semua ada Masters. Jadi untuk sumbangan akademik itu sangat
terzahir daripada pencapaian pelajar-pelajar kita.”
(Tuan Pengarah, 2022)
15
Seterusnya, kejayaan yang dibawa oleh Pengarah IPGKPI dalam bidang
kecemerlangan bidang penyelidikan inovasi dan perantarabangsaan juga sangat
menonjol. Menurut Pengarah, IPGKPI secara konsisten menganjurkan International
Conference on Educational Research yang bermula sejak tahun 2020 sehingga tahun
2022 di bawah kepimpinan pengarah (Hairul, 2021). Penganjuran InCER 2020
merupakan suatu kejayaan dalam bidang penyelidikan inovasi dan perantabangsaan
yang terbesar.
Gambar 9 Poster INCER2020
Gambar 10 Poster INCER2021
Selain itu, dalam bidang perantarabangsaan, IPGKPI sering mengadakan
lawatan ke negara-negara luar bagi menghubungkan jaringan dengan negara luar.
Lawatan yang telah dijalankan ialah pada tahun 2020, pelajar dari pengkhususan
bahasa Melayu telah menyertai program di New Zealand.
(gambar lawatan bahasa melayu ke new zealand)
Akhir sekali, hala tuju kecemerlangan yang ketiga yang telah tercapai di
IPGKPI ialah pembelajaran sepanjang hayat atau CPD (Continuous Professional
Development). Beliau menerangkan bahawa IPG perlu melatih guru-guru dalam
perkhidmatan. Justeru, pada tahun 2021, IPG telah menganjurkan 282 program
16
kursus untuk guru-guru di luar yang melibatkan lebih 100,000 orang guru termasuklah
di Sarawak dan Sabah. Antara program yang dianjurkan sama ada berbentuk TS25,
pentaksiran bilik darjah dan pedagogi abad ke-21.
(gambar-gambar pensyarah yang TS25) terlibat dengan
Sebenarnya banyak lagi program dan aktiviti yang dijalankan oleh pengarah.
Namun program yang dianjurkan merupakan aktivti yang paling menonjol sepanjang
pengarah berkhidmat di IPGKPI.
3.5 Cabaran Terbesar Dalam Menguruskan IPGKPI
Dalam menggerakkan sesebuah organisasi besar yang terdiri daripada hampir
2000 orang, sudah pastinya terdapat cabaran yang dihadapi oleh pengarah. Cabaran
pertama yang dihadapi ialah cabaran dalam menguruskan manusia. Antara faktor
yang menjadikan cabaran tersebut adalah kerana manusia ini sangat unik dan
mempunyai kepelbagaian dari segi elemen kognitif, afektif dan elemen psikomotor
(Pengarah IPGKPI, 2022). Justeru, perkara yang dikhuatiri adalah terdapat segelintir
pelajar yang menyalahgunakan media sosial. Perkara ini dibimbangi oleh pengarah
kerana segelintir pelajar yang tidak bertanggungjawab menguar-uarkan perihal
keburukan IPGKPI berkenaan pihak pentadbir, barisan pensyarah dan pengurusan di
IPGKPI. Oleh yang demikian, melalui kepimpinan MAWADDAH dan dasar
keterbukaan pengarah sentiasa memberikan laluan aduan dari pelajar-pelajar untuk
dibincangkan dan ditangani bersama Tuan Pengarah.
“Jadi err.. mungkin juga ye pelajar harus diberikan satu laluan aduan
seandainya tidak berpuas hati yes, anytime pintu bilik pengarah ini sentiasa terbuka
ye.”
(Tuan Pengarah, 2022)
Cabaran kedua yang dinyatakan oleh pengarah adalah menyelenggara
semula bangunan IPGKPI yang sudah lebih 30 tahun. Misalnya, kos untuk membaiki
pendingin hawa atau aircond hampir mencecah RM 60,000. Selain itu, pengarah juga
menyatakan kebimbangan mengenai risiko kawasan cerun di IPG yang berisiko untuk
berlaku tanah runtuh dan akan memerlukan kos pembaikan yang agak mahal.
Keperluan kos yang tinggi dengan peruntukkan yang terhad agak mustahil untuk
17
menyelanggara semula bangunan dan blok kediaman yang agak usang di kampus
(Pengarah IPGKPI, 2022).
“Insya Allah, banyak beberapa blok kita asrama kita akan naik taraf
menggantikan katil-katil yang lama, tilam-tilam yang lama, almari-almari yang lama
ye. Membaiki beberapa tandas beberapa blok lagi. Begitu juga saya akan naik taraf
itu apa nama.. dewan bilik kuliah dan bilik mesyuarat utama. Untuk tahun ini yang
dianggarkan kosnya RM 2 juta. Tahun lepas RM 1 juta.”
(Tuan Pengarah, 2022)
3.6 Rumusan
Usaha-usaha yang dijalankan oleh pengarah akan berterusan selagi beliau
menjadi pengarah.
18
4.0 LATAR BELAKANG DAN PENCAPAIAN TOKOH ALUMNI IPG KAMPUS
PENDIDIKAN ISLAM
Gambar 9 menunjukkan Ustazah Syahira bersama keluarganya
4.1 Biodata
Alumni ini merupakan seorang lepasan IPGKPI yang telah berjaya menambat hati
penulis untuk dijadikan sebagai seorang tokoh. Beliau kini telah berjaya menjadi modal
insan buat para pelajar di luar sana bertugas sebagai seorang guru di (SK) apabila
telah berjaya tamatkan pengajiannya di IPG Kampus Pendidikan Islam pada tahun
2014.
“Saya masuk ipg sekitar tahun 2011 dan habis pengajian pada tahun 2014 mcm
tu”
(Siti Nur Syahira, 2022)
Wanita hebat ini diberi nama Siti Nur Syahira binti Mohd Zaki. Beliau dilahirkan di
Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu Terengganu. Bayi seberat 2.5 kg
ini Beliau merupakan seorang kakak yang berwibawa yang sering menjaga
keprihatinan adik -adikya yang lain dan beliau dikenali sebagai panggilan mesra, Kak
Yong oleh adik-adiknya. Hal ini kerana tanggungjawab sebagai kakak sulung perlu
digalas agar dapat menunjukkan contoh yang baik kepada dua adik yang lain. Menurut
Muhammad Fazil 2022, perwatakan yang dibawa oleh beliau memang tidak dapat
disangkalkan lagi akibat daripada didikan kedua ibu bapa yang memberi didikan yang
terbaik kepada Syahira.
19
“...dia seorang yang bertanggungjawab lah sebabnya mungkin dia seorang anak
sulung. Jadinya, boleh nampak sifat kepimpinan...”
(Muhammad Fadzil, 2022)
4.2 Perjalanan dan Kejayaan dalam Bidang Perguruan
Setelah umur beliau mencecah 7 tahun, ibu bapa Syahira telah
menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik sebagai ibu bapa dengan
menghantar anaknya itu ke Sekolah Kebangsaan Pasir Akar pada tahun 1997. Beliau
menghabiskan zaman sekolah rendah di sana selama enam tahun dengan
meninggalkan beberapa kejayaan di sekolah tersebut. Sejak sekolah rendah lagi,
beliau amat minat dalam bidang pengucapan awam seperti pidato, syarahan dan
pengacaraan majlis. Minat yang terdapat pada dirinya tidak disiakan oleh guru-guru di
sana pada waktu itu.
Setelah berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang ketika
menduduki peperiksaan awam, UPSR, beliau berjaya menyambung pengajiannya ke
sekolah yang diinginkan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah.
Sekolah yang diidami ramai pelajar akhirnya ditawarkan kepada beliau. Berbekalkan
bakat serta minat dengan pengucapan awam, Syahira berjaya menambah ilmu
pengetahuan tentang minatnya dengan guru di sana. Pada tahun 2005, beliau sekali
lagi berjaya membanggakan ibu bapanya dengan memperoleh 6A dalam Peperiksaan
Menengah Rendah. Sepanjang 2 tahun sebelum tamanya pengajian peringkat
menengah, beliau berjaya mendapatkan aliran perakaunan yang amat disukai
kebanyakkan pelajar terutamanya wanita. Beliau berjaya menamatkan pengajarannya
di sekolah tersebut dengan meraih keputusan yang cemerlang ketika mengambil Sijil
Peperiksaan Malaysia.
“Saya berjaya mendapatkan sekolah menengah yang saya idamkan
malah ketika tingkatan 4 juga saya berjaya mendapatkan aliran yang sukar didapati”
(Siti Nur Syahira, 2022)
Penat lelah beliau dan kedua-dua ibu bapanya terbalas lagi apabila
Syahira mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Perguruan
Kampus Pendidikan Islam, Bangi Selangor. Berita gembira ini diraikan lagi apabila
tawaran yang diperolehi merupakan opsyen pilihan beliau sendiri iaitu opsyen
Pendidikan Islam. Menurut beliau, perasaan yang gembira dan bersyukur ke hadrat
20
Ilahi membuatkan dirinya semakin bersemangat untuk menjadi salah seorang
pendidik. Tidak hairan mengapa perguruan merupakan bidang pilihan yang diminati
beliau kerana darah pendidik telah mengalir sejak dari keturunan atuk dan nenek lagi
seterusnya diwarisi oleh kedua-dua ibu bapanya sebelum mengalir ke dalam dirinya.
“Selain daripada keturunan pendidik, bidang perguruan yang diminati
ini juga merupakan salah satu cara untuk beliau lebih banyak berkomunikasi dengan
orang ramai yang memiliki latar belakang dan perangai yang berbeza-beza”.
(Siti Nur Syahira, 2022).
Gambar 11 menunjukkan Ustazah Syahira bersama rakan kuliah IPG
Jadi, beliau ingin mencabar dirinya dengan mengambil bidang
perguruan. Sepanjang berada di IPG Kampus Pendidikan Islam, terlalu banyak
memori dan kejayaan yang dapat dicapai oleh beliau. Beliau berjaya menonjolkan
kelebihannya dalam bidang pengucapan awam kepada pensyarah di sini. Hal ini
menyebabkan beliau telah berjaya mendapat tempat dalam pertandingan pidato,
syarahan dan beliau amat bergiat aktif dalam bidang pengacaraan majlis.
Gambar 12 menunjukkan Ustazah Syahira menjadi pengacara majlis
21
Antara perkara yang dibanggakan ialah beliau berjaya mendapat
tempat tiga teratas dalam pertandingan pidato yang dianjurkan Dewan Bahasa dan
Pustaka sepanjang keberadaan beliau di institusi tersebut. Selain daripada itu,
terdapat pengalaman yang tidak dapat beliau lupakan sepanjang di IPGKPI iaitu ketika
fasa terakhir praktikum. Beliau turut mengatakan bahawa getaran makin bertambah
ambil pensyarah yang ingin melihat sesi Pengajaran dan Pembelajaran beliau
merupakan seorang yang agak tegas. Walau bagaimanapun, sesi tersebut merupakan
kenangan yang tidak dilupakan kerana beliau berjaya memperolehi degree class
pertama.
Kerjaya beliau bermula di negeri Sarawak apabila ditugaskan di
Sekolah Kebangsaan Kidurong II setelah berjaya menghabiskan ijazah perguruan
selama 5 tahun di Institusi Perguruan Kampus Pendidikan Islam. Walaupun pada
mulanya beliau amat berat hati ingin meninggalkan Semenanjung namun
tanggungjawab yang diamanahkan KPM harus tetap digalas. Beliau sempat
menceritakan pengalaman beliau mengajar di sana selama hampir 9 tahun yang
mengandungi perit dan suka.
Gambar 13 menujukkan SK Kidurong II
Antaranya ialah situasi pembelajaran di Sarawak memang tidak dapat
dibandingkan dengan Semenanjung kerana penyediaan kemudahan yang amat
terhad di sana terutamanya di kawasan pedalaman. Sepanjang mengajar di sana,
pelbagai cabaran yang ditempuhi oleh beliau iaitu berkaitan permasalahan murid yang
memiliki latar belakang yang berbeza menyebabkan berlaku kesukaran kepada guru
seperti penyediaan buku aktiviti yang perlu dilakukankan sendiri oleh ibu bapa pelajar
namun hanya segelintir pelajar sahaja yang dapat menyediakan buku tersebut.
Seterusnya, cabaran sebagai seorang guru di sana lebih mencabar ketika KPM
mengarahkan pdp dijalankan secara dalam talian. Hal ini kerana, capaian internet di
kawasan sana amat rendah menyebabkan kehadiran murid tidak memuaskan.
22
Namun, hal ini tidak mematahkan semangat Ustazah Syahira yang sering
berwawasan dalam mengejar kerjayanya.
“Situasi pdp kat sana sangat jauh beza la dengandi Semenanjung
sebabnya kalau dulu lengkap dengan infrastruktur tapi bila di sini, pelajar pun hannya
ada beberapa orang”
(Siti Nur Syahira, 2022)
Gambar 14 menunjukkan pelajar SK Kidurong II
Kehidupan seorang guru tidak akan sempurna tanpa datangnya
cabaran daripada murid. Namun begitu, Ustazah Syahira juga telah berjaya mendidik
anak muridnya seperti dirinya ketika di sekolah rendah dengan melibatkan diri dengan
aktivti pengucapan awam. Menurut Muhammad Fazil 2022, Ustazah Syahira berjaya
mendidik beberapa orang murid untuk bergiat aktif dalam pertandingan syarahan
sehingga mendapat tempat johan dan naib johan dalam pertandingan Dai’e Cilik pada
tahun 2021. Minat yang terkubur dalam diri dicurahkan kepada murid agar dapat
diwariskan ilmu pengucapan awam yang diperolehi ketika zaman belajar dahulu.
4.3 Harapan dalam Kerjaya Guru
Seorang guru ini berharap pada diri untuk bukan jadi seorang guru
yang dipuji, disukai guru-guru lain atau menjadi guru besar sekalipun namun beliau
berharap nama beliau sering diingati murid dan dikenang dalam doa walaupun murid
tersebut sudah melangkah ke pengajian tinggi. Tidak dilupakan antara harapan yang
paling utama yang ingin ditunaikan ketika beliau pulang mengajar di Semenanjung
ialah beliau ingin melanjutkan pelajaran beliau ke peringkat yang lebih tinggi iaitu
master dan PhD. Kehebatan beliau dalam membangunkan diri untuk terus
23
menambahkan ilmu pengetahuan merupakan satu perkara yang perlu dikagumi dan
dicontohi.
“Antara harapan saya yang lain ialah bila ada peluang untuk pulang
ke Semenanjung nanti, saya memang berhasrat unutk menyampung pengajaran
dalam bidang PhD”
(Siti Nur Syahira, 2022)
4.4 RUMUSAN
Secara konklusinya, kita dapat lihat bahawa sesebuah institusi dapat melahirkan
seorang tokoh yang cemerlang. Hal ini berpatutan dengan visi misi ipg yang
menginginkan mahasiswa keluaran IPGKPI memiliki jiwa pendidik dan berjiwa
kompeten. Tokoh yang diambil ini merupakan seorang guru yang berkompeten dalam
bidang kerjayanya. Seperti yang kita lihat, tokoh alumni yang dikupas ini lahir dari
zaman Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam di bawah pentadbiran yang
berwawasan. Oleh itu, dapat dinyatakan bahawa sesebuah organisasi yang mantap
merupakan salah satu faktor penghasilan mahasiswa yang kompeten.
24
5.0 PENUTUP
Sesebuah organisasi yang lengkap diketuai oleh pemimpin yang cekap dan hebat.
Begitu juga dalam penubuhan sesuatu institusi yang akan diketuai seorang pengarah yang
berkaliber dan memiliki watak perwatakan pemimpin. Seorang pengarah yang hebat dapat
melahirkan mahasiwa-mahasiswa yang kompeten dan berjiwa pendidik yang selari dengan
visi dan misi ipg. Hal ini dapat lihat pada kepimpinan yang ditunjukkan oleh pengarah Institusi
Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Dr. Abdul Rahman bin Abdullah. Sepanjang di
bawah pentadbiran beliau, konsep MAWADDAH digunakan dalam menguruskan pentadbiran
serta mahasiswa di institut ini. Setiap pengarah menghasilkan konsep-konsep yang tersendiri
bagi menghasilkan faedah dan kesan yang berbeza sepanjang pentadbiran mereka. Namun,
konsep yang dihasilkan ini semestinya dapat melahirkan mahasiswa atau alumni yang
memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia.
25
RUJUKAN
Abdul Rahman bin Abdullah. (2022). Bangi, Selangor.
Ahmad Tarmizi bin Salleh. (2022). Bangi, Selangor.
Hairul Faiezi Lokman (2021). E-Proceeding of International Conference. On Educational
Research 2020 (Incer2020), 15-16 December 2020. Diperoleh pada 1 April 2022 dari
https://www.researchgate.net/publication/348445354_THE_USE_OF_CPD_GO_MO
DULE_TOWARDS_CONTINUING_PROFESSIONAL_DEVELOPMENT_CPD_PRO
GRAM_DURING_MOVEMENT_CONTROL_ORDER_MCO
Halimah binti Kadir. Bekas pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam Tahun
1993. Guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Pulau Serai
myMPI. (2010). Sejarah Maktab Perguruan Islam, Bangi. Dimuat turun daripada
https://mympi.forumms.net/t15-sejarah-maktab-perguruan-islambangi
IPGM. (2007). Sejarah IPGM. Dimuat turun daripada
https://pismppjkjan2007.tripod.com/ipgm.html
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Sejarah IPG. Dimuat turun daripada
https://www.moe.gov.my/pendidikan/ipgm/sejarah-ipg
Kementerian Pendidikan Malaysia (2022). Pemakluman Istiadat Konvokesyen Ipg Kpm Ke-
11 Tahun 2022. Diakses pada 1 April 2020 dari http://konvo.ipg.edu.my/portal/
Rosli bin Abdullah. Mantan pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam
Tahun 1993 Sehingga Tahun 2021. Pesara.
Syed Ismail Syed Mustapa, Pushpavalli A. Rengasamey & Meor Aris Meor Hamzah. (2016).
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian. Petaling Jaya. Sasbadi Sdn. Bhd.
Selangorku. (2019). Sejarah Penubuhan SMK KDABB. Dimuat turun daripada
http://www.kdabb.com/index.php/lokasi-kg-dato-abu-bakar-baginda/2-kdabb/10-
sejarah-penubuhan-smk-kdabb
Yumpu. (2009). Redaksi An-Nur IPGKPI 2009. Dimuat turun daripada
https://www.yumpu.com/id/document/read/22790673/muka-surat-1-laman-web-
rasmi-ipgm-kampus-pendidikan-islam
Yumpu. (2020). Sejenak Mengenali IPG Kampus Pendidikan Islam. Dimuat turun daripada
https://www.yumpu.com/id/document/read/63137344/taklimat-jhep-dan-sejarah-
ipgkpi-2020-flip
Muhammad Rozeman Ali. (2004). Mengenali dan Mentafsir Sumber-Sumber Sejarah.
Selangor: Karisma Publication
Siti Nur Syahira binti Mohd Zaki. Alumni Pelajar Institusi Perguruan Kampus Pendidikan
Islam. Guru Sekolah Kebangsaan Kidurong II
Muhammad Fazil binti Che Zaidi. Saudara Rapat Siti Nur Syahira. Usahawan di Sarawak
26
LAMPIRAN 1
BIODATA ORANG SUMBER PERTAMA
NAMA: Tuan Hj. Rosli bin Abdullah
UMUR: 61 tahun
TEMPOH BERKHIDMAT DI IPGKPI: 40 tahun
TAHUN PERTAMA DI IPGKPI: Tahun 1993
TAHUN TERAKHIR DI IPGKPI: Tahun 2021
JAWATAN DI IPGKPI:
o Timbalan Pengarah IPGKPI (5 bulan)
o Pensyarah Pendidikan Jasmani
o Jurulatih Sukan
o Penyelaras Sukan
o Pengurus Kejohanan Sukan Pertama
o Penolong Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani
27
BIODATA ORANG SUMBER KEDUA
NAMA: Halimah binti Kadir
UMUR: 56 tahun
TEMPOH BELAJAR DI IPGKPI: 3 tahun setengah
TAHUN PERTAMA DI IPGKPI: Tahun 1993
TAHUN TERAKHIR DI IPGKPI: Tahun 1996
JAWATAN DI IPGKPI:
o Pelajar Maktab Perguruan Guru Tahun 1993
28
Transkripsi 1 Temubual Bersama Tuan Haji Rosli (Orang sumber pertama)
Penemubual Assalamualaikum Tuan Rosli.
Tuan Rosli Okay waalaikumusalam wbt.
Penemubual Inshaallah harini saya, kita akan buat temu (gagap) saya akan
temubual tuan lah. Dalam beberapa soalan mengenai er Kampus
Tuan Rosli Pendidikan Islam kita la. Saya dapat tahu yang tuan dah berkhidmat
Penemubual sejak daripada kampus kita tu nama MPI lagi. Betul ke?
Tuan Rosli Betul betul. Er saya mula berkhidmat er di situ tahun 1993.
Penemubual Ooo 1993.
Tuan Rosli Di Kampus Bangi lah. So genap lah 28 tahun dah.
Penemubual Ooo kiranya bila, er tuan dah pencen lah kan? Sekarang.
Tuan Rosli Baru pencen. Aa baru pencen.
Penemubual Pencen 2022?
Tuan Rosli 2021
Penemubual Ooo
Tuan Rosli Haa, so dah hampir satu tahun lah.
Penemubual Hm dah setahun
Er lagi dua bulan satu tahun pencen (ketawa).
Tuan Rosli Okay. Er soalan pertama temubual kita jap soalan pertama apakah
perubahan ketara yang tuan dapat lihat sepanjang berkhidmat di IPG.
Tak kisahlah dari segi infrastruktur ke ataupun kemudahan ke yang
dulu kemudahan tu takde, sekarang ni dah ada ha.
Er kemudahan ketara yang saya nak sebut er kalau nak katakan
infrastruktur, infrastruktur dari segi apa kalau kita tengok bangunan,
bangunan tak berubah dari mana daripada begitu dulu begitulah
sekarang ni. Dari segi bangunannya dari segi jalan semua sama. Er
Cuma yang ketara yang ubahnya ialah erm (fikir). Dari segi struktur
kurikulum berubah ketara. Ye daripada Maktab Perguruan kepada
Institut Perguruan kepada IPG. Er so sangat berubah dengan er drastik
sekali lah. Er waktu kita di bawah Maktab Perguruan dulu, kurikulumnya
agak terbuka dan pelajar-pelajar mempunyai masa er masa lapang
yang begitu luas sekali. Dan pelajar-pelajar sangat berdikari. Ha untuk
kurikulum lama dia memberi peluang kepada pelajar-pelajar membina
sahsiah dan insan sendiri. Erm biasanya pada semester (gangguan
29
Penemubual internet) satu sahaja er kita bimbing. Lepastu semester dua semuanya
Tuan Rosli mereka boleh urus sendiri. Kurikulum dia terbuka dan pelajar-pelajar,
menjadikan pelajar tu cepat lebih matang dan boleh adapt kepada er
situasi semasa. Er kemudian apabila berubah naik kepada institut
kurikulumnya mula makin ketat. Mula makin ketat. Er keadaan pelajar
sedikit ada perubahan. Masa lapang pelajar er mula diambil oleh subjek
dalam kurikulum tersebut. Dan ini ketara lagi apabila naik taraf kepada
IPG. Bila naik IPG (gangguan internet) masa untuk beriadah, er sama
ada pagi atau petang ke ketat penuh dengan jadual akademik. Ha jadi
kalau ada kita tengok kalau pelajar turun ke padang turun ke
gelanggang untuk riadah yang disediakan misalnya (gangguan internet)
dan dalam kurikulum ataupun dalam subjek elektif Pendidikan jasmani
itu sahaja. Sedangkan masa lapang er kita tengok er tidak ada pada
hari-hari biasa menyebabkan hujung minggu jugak pelajar sudah
mengambil er sikap makna tidak ingin untuk beriadah itu sebab kita
lihat er perubahan yang besar sekali kalau saya berada di situ. Kalau
dulu, kalau dulu untuk menggunakan gelanggang di kampus kita
terpaksa sediakan buku contohnya di gelanggang er tenis ataupun
gelanggang badminton dalam gym, kita terpaksa sediakan buku dan
jadual untuk penggiliran. Booking. Booking dan kita bahagi ikut giliran.
Kalau pelajar-pelajar berebut untuk turun dan ber… beriadah. Tapi
sekarang ni, bukan sahaja sediakan buku. Kita buka dewan ke buka
gelanggang ke takde siapa yang nak turun main. Aa itu sangat ketara.
Aa dulu penuhlah di padang tu. Petang penuh. Okay takde ruang. Baik
pensyarah baik pelajar kita ada di padang. Ha itu perbezaan yang
ketaralah dari segi er (fikir) kita katakan cara hidup budaya di kampus
sekarang.
Erm okay.
Ha dari segi kita tengok er infra juga er kita dulu kita ada kampus kita,
kita mempunyai keluasan tanah 100 ekar. Ha sekarang ni kita dah
tinggal dalam 90 ekar je lagi. Kita dah hilang. Ha sebab kita bina
sekolah, sekolah yang ada sekarang ni Sekolah Menengah Abu Bakar
Baginda di belakang tu sebenarnya kita bina untuk sekolah rendah kita.
Kita sebut sebagai sekolah dalam institu, institut. Aa tempat latihan
pelajar-pelajar. Nanti kita buka sekolah rendah kat situ, er kita lah
pensyarahlah yang akan jadi, yang dipilih jadi guru besar sekolah,
30
Penemubual pensyarah yang lain akan berada di sekolah beberapa orang. Aa
Tuan Rosli kemudian pelajar-pelajar akan pergi membuat latihan di situ. Ha itu kita
Penemubual namakan sekolah dalam kampus. Ha tetapi sebelum kita mulakan
Tuan Rosli sekolah dalam kampus, dia telah bertukar er tukar tangan. Orang-orang
kampung tuntut kepada Kementerian, kepada negeri Jabatan
Penemubual Pendidikan Negeri Selangor untuk dapatkan satu sekolah menengah di,
di Kampung Bakar Baginda. Dan di kampung itu sudah tidak ada tanah
dan ruang lagi yang kosong untuk dibuka sekolah baharu. Jadi
kebetulan kita bina sekolah tu, ha dia memohon kepada Kementerian
untuk mendapatkan tempat tersebut. Jadi Kementerian dah luluskan.
So kita hilanglah, er aset kita yang kita bina kat situ jadilah sekolah
menengah. Kita hilang aset dan kita hilang dengan tanah sekali. Ha so,
kita tak sampailah 100 ekar yang kita ada sekarang ni. So, sekolah tu
kita punya sebenarnya. Ha tu yang ketaralah. Tapi kalau kita tak bina
sekolah tu pun, tetap kosong jugaklah. Bukit tu. Ha itu perubahan ye.
Saya nak sebut dari segi fizikal takde banyaklah perubahan.
Kemudahan-kemudahan kita tengok kalau di er kemudahan di makmal
sama lah saya ingat, nak kata kita banyak komputer ke banyak laptop
ke itu saya rasa sama dengan mana-mana tempat sekolah pun sama
juga. Itu perubahan semasa er mengikut waktu, zamanlah. Er jadi dari
segi andaikan dia tidak ada perubahan dari segi fizikal. Okay.
Ehem adakah sekolah tu berkhidmat seperti biasa sekarang?
Sekolah tu berfungsilah. Jadi sekolah la.
Pada tahun bila tu?
Er saya tak berapa ingat tahun bila tapi sudah pun er dah lebih lima
tahun lah. Lebih lima tahun dah er sekolah tu beroperasi. Er so saya
rasa tak sampai 10 tahun lagi, baru sangat, baru sangat. Tak sampai 10
tahun lagi. Er so er dia sekolah menengah. Kita sedangkan kita latih
pelajar-pelajar sekolah rendah, jadi tak kenalah dengan kita jadi kalau
kita pergi ke sekolah itu, bilik kuliah dia, bilik darjah dia tak sama
dengan sekolah biasa. Bilik dia sekolah dia besar-besar, dia ada er
makmal dia ada bilik dalam bilik. Macam yang awak punya bilik di
kampus tu. Ada bilik dalam bilik ha. Begitulah di sana. Ha so, berbeza
dari sekolah-sekolah biasa.
Er sekolah tu kan IPG kita ada lima er tiga nama. MPI, IPIS dengan
IPGKPI. Sekolah tu dibina masa nama kita IPIS ke?
31
Tuan Rosli Er tak, kampus tu dibina pada er waktu MPI, er (fikir) dia mula
beroperasi tahun 1990 di Bangi. Er 1990 beroperasi di Bangi, sebelum
Penemubual itu dia merempat menumpanglah er kalau baca sejarah, baca sejarah
Tuan Rosli er kampus kita tu, er dia bermula di MPIK tahun 1977 sebagai satu
jabatan Pendidikan Islam lah satu unit Pendidikan Islam situ. Kemudian
dia jadikan Kampus ni bila bermulanya di Jalan Temple Petaling Jaya.
Dia adalah Maktab Perguruan kat situ. Ha menumpang, menumpang di
Jalan Temple itu kemudian, kemudian menumpang lagi pindah pergi ke
er (fikir) Matrikulasi UIA di Petaling Jaya. Ha tumpang lagi sekali situ.
Sehinggalah kemudian di tumpang pula di er Maktab Perguruan
Bahasa yang sekarang ni dimiliki oleh IKBA, ye IKBA IKBA. IKBA tu
dulu er adalah Maktab Perguruan Bahasa sebahagian tu dulu. Dan di
situlah kita menumpang dulu, jadilah Maktab Perguruan Islam. Ye
Maktab Perguruan Islam di, di Kampus Bahasa masa tu. Ha bila kita
keluar jadi Kampus IKBA. Okay ha so, bahasa, kampus bahasa juga
hilang aset. Hilang aset. So, daripada er (fikir) Maktab Perguruan
Bahasalah kita berpindah ke Bangi. Ada kampus sendiri. Er tahun 1990
dan aa perubahan nama itu seiring dengan perkembangan kurikulum.
Okay perkembangan kurikulum aa pada Maktab. Bila Maktab dulu kita
keluarkan pelajar-pelajar mendapatkan sijil perguruan dan diploma sijil
perguruan. Okay er di waktu Maktab Perguruan. Ha kemudian naiklah
kepada Institut Perguruan jadi yang nama kita IPIS tu. Institut
Perguruan, Intitut Pendidikan Selangor tu. Ha masa tu dia bertukar
kerana bertukarnya kurikulum kepada diploma. Bila diploma kita jadi
Institut. Bukan kita sahaja semua kampus di seluruh negara, 27
kampus menjadi institut. Dan begitu juga bila dinaik taraf sebagai Ijazah
semua kampus bertukar kepada IPG. Cuma IPG ikut kampus Maktab
Guru lah. Kampus Maktab Islam jadi IPG Kampus Pendidikan Islam.
Dulu Maktab Pendidikan Islam. Itulah ceritanya.
Okay erm kiranya tuan sempat tak masa IPG kita tu berpindah dari satu
tempat ke satu tempat ataupun tuan mula berkhidmat semasa IPG kita
dah menetap di Selangor.
Ye saya telah berkhidmat setelah IPG menetap di Bangi. IPG sekarang
lah. Ha saya dah pindah ke situ dia dah buka situ dah. Ha tapi masa tu
sangat barulah. Padang kita gondola lagi. Banyak gondol gondol gondol
semua. Ha sebab kita potong bukit tu. Bukit ni … (kurang jelas). Jadi
32
Penemubual bila gondol tu maknanya pokok-pokok tak ada, rumput-rumput tak ada
Tuan Rosli lagi. Merah panggil gondollah. Ha itu keadaanya masih baru lah masa
tu. Okay.
Okay. Apakah peranan atau tugas yang diberikan kepada tuan semasa
sepanajang berada di IPG kita? Bermula daripada MPI maksudnya
bermula mula-mula sekali tuan datang dekat MPI tu lepastu sampailah
tuan bersara.
Ooo di kampus itu kalau saya nak katakan apa tugas yang diberikan
terlalu banyaklah tugas. Cuma saya tak tak bertugas sebagai pengarah
je. Pengarah je yang saya tak tak jadinya. Okay. Ha kalau timbalan
pengarah pun saya pernah memangku tugas timbalan pengarah er
dapat lima bulan juga. Erm lima bulan saya jadi timbalan. Er jadi saya
nak sebut apa tugas, saya rasa kebanyakan tugaslah semua tugas.
Selain pada pengarah, ha yang lain semua, semua saya ada masa-
masa saya memangku tugas pengarah. Ha itu saya ambil atas terus.
Kalau yang dibawahnya, kalau yang di bawah dari segi akademik saya
ingat saya masuk sebagai pensyarah Pendidikan Jasmani. Okay saya
berada di unit masa tu unit Pendidikan Jasmani Jabatan Kajian Sosial.
Aa saya bertugas sewaktu saya masuk dahulu di tahun 1993, jabat aa
(tersasul) unit Pendidikan Jasmani Jabatan Kajian Sosial yang
kemudiannya dia tukar menjadi Jabatan Pendidikan Jasmani berdiri
sendiri. Ha itu setelah saya masuk lima enam tahun lah baru die
bertukar jadi jabatan. Ha jadi waktu disitu tu selain daripada pensyarah
banyak perkaralah yang saya diberi tugas untuk mewakili er maktab
masa tu. Biasanya jadi jurulatih, jadi pengiring, pegawai kepada pelajar-
pelajar sebab zaman itu belajar sangat aktif bergerak zaman maktab
perguruan. Kita banyak program sukan dan juga kebudayaan. Pelajar-
pelajar kita bergerak dari kampus ke kampus. Dia ada sukan kalau
masa tu dia ada Pestarama. Sekarang ni bertukar menjadi KAGUM.
Dimana semua 27 kampus bersatu kita akan buat pertandinganlah.
Kalau zaman Pestarama dulu, dia bergabung menjadi er... (kurang
jelas) kita akan bertemu er dalam pesta itu untuk program kebudayaan,
acara-acara kebudayaan, sukan kemudian KAGUM pun waktu IPG
waktu er institut kita pecahkan tahun ni kita buat kebudayaan tahun
depan kita buat sukan. Gilir-gilir. Waktu IPG kita tukar pulak
kebudayaan tetap ada. Kita buat sukan kita pecahkan kepada uniform.
33
Penemubual Unit uniform aa jadi macam tu lah. Jadi er waktu maktab perguruan
Tuan Rosli dulu kita bergerak dari kampus ke kampus. Pelajar-pelajar dalam er
banyak berada di luarlah zaman itu. Er kita buat pertandingan antara
Penemubual kampus kemudian kita buat zon-zon kita jadi tuan rumah orang lain jadi
tuan rumah. Bagi-bagilah. Aa jadi sebabtu saya kata pelajar masa tu
sangat berkebolehan sebab mereka terlibat banyak er dengan event ye
sama ada aktiviti di kampus atau jugak jadi penganjur ambil bahagian.
Ha jadi banyak mereka berada dalam er melibatkan diri dalam aktiviti-
aktiviti kampus. Ha tu sebab pelajar-pelajar zaman itu kita tengok er
sekolah-sekolah sangat puas hati dengan mereka sampai sekarang
pun kalau tengok sekolah kalau terima pelajar praktikum dia tanya dari
mana. Kalau diberi pilihan pengetua akan pilih yang mana, guru besar
akan pilih. Dia nak pelajar universiti ke pelajar maktab? Dia tak tanya
pelajar IPG dia tanya pelajar maktab lagi. Ye aa kenangan masih lagi
zaman maktab banyak guru besar die masih maktab mana? Awak pun
biasa sampai orang tanya. Maktab mana? Ha sedangkan IPG dah. Haa
ok. Ha jadi itulah kenangan hebatnya zaman maktab itu. Ha pelajar-
pelajar cepat matanglah. Ha zaman itu banding dengan pelajar-pelajar
sekarang masuk tahun dua tahun tiga pun tak boleh berdikari lagi. Tak
matang (ketawa). (Ketawa) pelajar dulu semester kedua sahaja ooo
dah dah kita boleh lepas okay. Ha tu contohlah okay. Ha jadi nak kata
saya libatkan diri banyaklah. Ha dari segi dari segi dengan pelajar
banyak saya pegang erm. Saya menjadi penyelaras sukan, ye sukan.
Sukan kampus ini saya yang memulakan. Ha waktu saya masuk di
kampus tahun 93, sudah dua tahun berada di situ kampus sukan takde.
Kampus Islam takde sukan. Masuk er 93 saya duduk pun takde sukan.
Pelajar-pelajar taknak buat sukan dan pensyarah pun sibuk berada di
luar. Ha jadi er saya mengambil inisiatif untuk bertemu pelajar
berunding, ha sebab zaman itu pelajar-pelajar di kampus itu agak, er
kalau kita kata sekarang ni agak ekstrem. Ye ekstrem. Kalau awak
pakai baju kurung pun kena panggil. HEP panggil. Ha baju kurung pun
kena panggil. Dia mesti pakai jubah zaman itu. Ha semua.
Ooo jubah.
Ha pakai jubahlah. Ha jadi ada pasukan yang ada badan yang nama
dia Helwi. Awak Helwi la sekarang ni kan?
Helwani.
34
Tuan Rosli Helwani haa. Dulu Helwi. Ha Helwi. Helwi tu kalau dia tengok er pelajar
yang tak pakai jubah dia akan panggillah, dia akan panggil. Ha apa lagi
aktiviti di padang, ha tak boleh campur lelaki perempuan. Ha nanti
kenalah, siap dia kena. Boleh, boleh kena. Apabila Helwi lapor diri
(tersasul), lapor kepada pengarah er tentang apa yang berlaku
pensyarah pun boleh kena tukar. Okay pensyarah pun boleh kena tukar
(ketawa). Ye pernah berlaku lah. Pernah berlaku pensyarah PJ kena
tukar daripada kampus kerana melanggar peraturan. So zaman itu,
agak ekstrem ye agak ekstrem. Ha so, er so saya nak mulakan sukan
tu saya kena berunding dengan pelajar-pelajar masa tu. Ha saya
berunding bila saya kata kenapa tak buat sukan, di sekolah ada sukan.
Dia kata sukan ni maksiat je, ha sukan buat maksiat. Jadi awak pergi
sekolah kena terima hakikat bahawa sukan ni ada di sekolah. Jadi
awak kena terima hakikat bahawa awak ni kena buat nak jadi guru
sukan. Ha so kalau awak kata er maksiat, macam mana kita nak buat
sukan tak maksiat? Ha so dia cadangkanlah, dia cadangkan er dia
cadangkan dia kata okay. Kita asingkan lelaki dan perempuan. Okay
kita buat. Kita buat. Ha awak tunjukkan satu contoh. So semua tahun
1994 bermulalah sukan tahunan kali pertama di Bangi tu. Ha saya buat.
Er hari Rabu sukan untuk wanita. Hari Khamis olahraga untuk lelaki.
Sukan tahunan. So, sukan tahunan berjalan dua hari. Okay berjalan
dua hari. So bermulalah tahun 1994 itu, dan saya dah jalankan, saya
dah buat selama 9 tahun. 9 tahun saya jadi apa er pengurus kejohanan
kepada sukan kampus tu, ha saya buat... (kurang jelas) pensyarah-
pensyarah lain tak kisah pun saya jalankan jugak. Ha dan kita jalankan
dua hari lah sukan tu. Kemudian kita tukar bila dah nampak dah
konsisten lepas 5 tahun, kita buat satu hari tapi pagi petang. Pagi sukan
lelaki petang, er (tersilap) pagi sukan perempuan petang sukan lelaki.
Ha okay kita buat begitu, so jalan. Tetapi bila masuk er masuk pada kita
kata dengan perkembangan semasa di IPG ini kita buat sukan satu sesi
sahaja, kita belahkan sebelum pukul 10 perempuan lepas pukul 10
lelaki. Kalau dulu waktu perempuan tu takdelah lelaki turun. Pegawai-
pegawai dia semua pensyarah perempuan. Yang adanya pengurus
kejohanan saya sorang je lelaki yang duduk dekat situ. Untuk memberi
nasihat ataupun membantu. Ha yang lain semua pelajar dan pensyarah
perempuan sahaja yang terlibat. Habistu barulah pensyarah, yang
35
Penemubual lelaki, lelaki pulak terlibat. Perempuan boleh datang untuk lelaki
Tuan Rosli perempuan boleh datang. Boleh jadi pegawai ha boleh-boleh bantu.
Perempuan, waktu perempuan lelaki tak boleh datang. So, itu antara
peranan yang saya buatlah saya menjadi pengurus kejohanan, er
melaksanakan sukan tahunan tu saya ingat straight 9 tahunlah jadi
pengurus kejohanan. Ha lepastu mula agihlah kepada orang lain lepas
orang lain dah boleh terima keadaan, boleh terima er apa yang berlaku
tu, so, er bolehlah saya tukarkan kepada orang lain, saya membantu
bahagian lainlah pulak. Ha tu dari segi sukan, kemudian dah naik
jabatan, erm saya jadi penolong ketua jabatan sebab masa tu saya
taknak jadi ketua jabatan. Ha taknak jadi ketua jabatan. Er timbalan
panggil saya suruh jadi ketua jabatan, saya taknakla, saya taknak
memimpin saya nak jadi pensyarah biasa sahaja. Ha tu bila lantik,
lantiklah orang lain jadi ketua jabatan ha saya jadi penolong ketua
jabatan. Ha saya dulu di situ semua jawatan yang saya pegang ha yang
saya tak pegang lagi ketua jabatan. Tetapi jawatan yang saya pegang
ialah penolong, penolong, penolong semua. Penolong ketua jabatan
PJ. Kemudian saya tubuhkan unit kokurikulum tu. Ha unit kokurikulum
yang ada tu saya tubuhkan. Ha bila nak mulakan IPG, naik taraf IPG ha
saya tubuhkan unit Ko saya dah cari beberapa orang. Nak tubuh tu,
cabaranlah nak tubuhkan unit ko ni sebab nak kena curi pensyarah-
pensyarah dari jabatan bukan senang. So, saya dah tubuh, bila dah
tubuh orang lain jadi ketua unit. Saya jadi penolong jugak. Ha jadi saya
jadi ketua jabatan (tersasul), penolong ketua jabatan, penolong ketua
unit, penolong pengarah jadi timbalan jugak. Saya tak jadi pengarah
jadi penolong jugak (ketawa). Jadi timbalan. Ha jadi duduk di situ saya
sentiasa berada, menjadi timbalan, timbalan, timbalan. Sebab apa saya
tak boleh pegang er jawatan ketua? Sebab saya berada dalam laluan
pantas. Apa maksud laluan pantas itu? Iaitu saya berada dalam laluan
cemerlang. Saya ialah pensyarah cemerlang. Pensyarah cemerlang ni
ialah laluan pantas. Ha jadi awak besok ada guru cemerlang kan? Tahu
guru cemerlang? Faham kan guru cemerlang?
Tahu tuan (ketawa).
Ha jadi di kampus itu saya er kita bermula dengan dua orang. Dua
orang yang mendapat laluan cemerlang ni. Saya dengan er (fikir)
sorang lagi pensyarah tu. Dia kena pindahkan. Dia kena pindahkan
36
Penemubual pergi ke IBMM ke IPBA. Ha sebab jawatan tu tidak takde tak boleh dua
Tuan Rosli orang. Tak boleh dua orang satu kampus. Jadi bila tak boleh dua orang
Penemubual pensyarah pegang saya dia pindahkan sorang lagi. Ha jadi ha duduklah
Tuan Rosli situ saya. Jadi jawatan saya tu saya takboleh jadi ketua. Ha jawatan
rasmi tak boleh saya pegang. Ha sebab saya ditugaskan untuk
Penemubual kurikulum. Ha tu rahsia kenapa saya tak boleh pegang jabatan
Tuan Rosli (tersasul), jawatan. Ha okay jadi jawatan-jawatan lain banyaklah. Dan
saya banyak terlibat juga dengan er selain kampus, banyak terlibat
dengan IPG induk dan juga Kementerian Pendidikan.
IPG induk?
IPG induk IPGM lah (ketawa).
Oo IPGM (ketawa).
Ha saya banyak buat kerja-kerja IPGM misalnya er saya berada dalam
jawatankuasa er (fikir) temuduga, temuduga yang awak buat yang awak
buat apa amali, amali temuduga tu kan?
Haah.
Ha yang tu saya lapan orang lah tu. Lapan orang yang bina, bina
kurikulum waktu tu. Okay ha. Jadi boleh tengoklah hasilnya. Bayangkan
satu, satu Malaysia duk guna temuduga tu. Bukan sahaja IPG sahaja,
universiti pun ambil kurikulum, ambil kaedah kita ha untuk erm buat
universiti. Kita bantu matrikulasi apa universiti. Ha untuk temuduga tu.
So dia guna kita punya. Dan saya juga terlibat dengan apa ni selain
pada temuduga er (fikir). Apa yang saya terlibat di IPG ni? (cuba ingat
semula) Bina kurikulum. Terlibatlah. Ha dengan Kementerian. Dengan
kementerian lama saya jadi pengerusi golf kementerian. So, itu sebab
agaknya kenapa saya kena penyakit yang saya tanggung sekarang ni.
Penyakit ni adalah kesan daripada overdose cahaya matahari.
Maknanya saya terlebih berada di panas matahari. Jadi saya orang
sukan, jadi 40 tahun saya berada di atas padang . Bermain panas. Ha
jadi 40 tahun saya berada di atas padang ni, ha so itu sebab tak cukup
40 tahun saya nak pencen tu datanglah penyakit ni. Apabila bermula
PKP. Ha PKP kita kan kena stop semua. Sukan pun kena stop. Orang
sukan ni dia macam kudalah. Kuda kalau tak berlari nanti dia sakit. Ha
jadi orang sukan macam tu jugak. Jadi bila stop sakitlah. Datanglah
sakitnya. Ha itulah yang saya kena tu. Ha itulah antara tugas yang saya
buatlah.
37
Penemubual Banyak jugak tugas tuan.
Tuan Rosli Ha banyaklah termasuk yang kurikulum dan bukan kurikulum. Yang
bukan kurikulum misalnya, kita ada KSA tahu KSA? Badan Kebajikan
Penemubual Pensyarah tu.
Tuan Rosli Badan Kebajikan Pensyarah?
Kelab Kebajikan Staf dan Akademik. Kan yang awak dengar KKSA,
KKSA tu kan? Badan Kebajikan. Sekarang ni Tuan Haji Saipo jadi
pengerusi kan? Ha sebelum tu saya jadi pengerusi. Sebelum ni saya
sudah beberapa kalilah pegang pengerusi KKSA tu. Tapi kali terakhir
saya pegang lama. Dia dua tahun sekali. Tapi kali terakhir saya pegang
saya ingat sampai 4 5 tahun saya pegang. Ha sebab perubahan-
perubahan yang berlaku di kampus menyebabkan tak boleh buat
pertukaran. Tak boleh ada mesyuarat, badan tu diharamkan, er
kemudian kena daftar semula. Dulu dia panggil badan kebajikan
Pensyarah Maktab Guru. Ha jadi lepastu kita tak hantar laporan kepada
RAWS so, diharamkan. Diharamkan kita jalankan secara haram
(ketawa). Kemudian RAWS minta untuk didaftarkan so kita daftar ambil
masa. Ambil masa tu jadi saya pegang lama tu. So, beberapa kalilah
saya pegang dua tiga kali. Dua tiga musim saya pegang. Kalau jawatan
lain tu habislah jawatan bendaharilah saya pegang, setiausaha pun
pernah pegang, AJK lagilah. Ha so maknanya saya terlibat banyaklah.
Banyak. Ha sebabtu bila nak kena pindahkampus orang pilih, kita pilih
mana yang nak kena simpa mana yang nak kena pindah kita keluarkan.
Saya pernah ditukarkan pun. Ditukarkan ke Maktab Teknik. Ha tapi
saya ak pergi. Ditukarkan pun saya tak pergi. So duduk di kampus itu
lagi. So, orang sayang kita orang kena ikhtiarlah nak selamatkan kita
biar berada di kampus tu. Sebab satu sumber kalau kita keluar dia
hilang. Hilang er sumber. Ha so, selamat. So, dua minggulah saya
berada di awang-awang takde (ketawa). Takde kampus. Pergi Teknik
tak pergi. Duduk kampus (gangguan internet). So, akhirnya saya tetap
berada di kampus jugak. Dah beberapa kali ditukarkan pun, ha tapi tak
pergi. Ha itu sebab kenapa saya duduk lama di kampus. Tak
sepatutnya duduk lama di kampus. Satu-satu organisasi ni tak boleh
duduk lama. Elok ditukar-ditukarkanlah. Dia panggil cari cari angin, cari
pengalaman lah. Ha tapi saya tisak. Saya suka berada di kampus dan
saya tidak pernah rasa jemu berada di kampus Islam. Dan saya tidak
38
Penemubual pernah ambil cuti daripada saya belajar dulu, mula masuk bekerja
sampailah saya pencen. Saya tak pernah ambil cuti. Tak pernah ambil
Tuan Rosli cuti bayangkan. Saya sempat ambil bila nak pencen tu. Pencen saya
Penemubual banyak (tersasul), cuti saya banyak. Saya sempat guna 2 hari ke 3 hari
Tuan Rosli ambil cuti. Yang terakhir dah nak dekat nak pencen dah. Orang kata
ambiklah gunalah. Ha saya ambil pun saya tak reti nak buat apa. So
akhirnya, pencen dibiarkan begitu sahaja. Cuti saya dibiarkan begitu
sahaja. Sedekahlah sedekah. Orang sekarang berebut nak cuti ha saya
tak. Malah saya bekerja hari sabtu ahad pun saya berada di kampus.
Dulu kalau zaman Maktab zaman ... (kurang jelas) zaman IPG pun
sama. Tapi tak banyak. Tapi kalau zaman maktab zaman Institut dulu
sabtu ahad kita ada kem. Keluar bawa pelajar orang-orang PJ, orang-
orang kurikulum kita keluar. Bawa pelajar hari minggu pergi camping,
ha (gangguan internet).. kenal dunia kampus. Ha seronok di kampus.
Saya kata kalau kerajaan sambung umur 62 pun baru pencen pun saya
sambung. Kalau sihat saya sambung. Tapi nak buat macam mana dah
kerajaan pun tak buka 62. Pada saya sangat gembira berada di
kampus Islam. Sampai taknak.. (gangguan internet). Sampai haritu
saya fikir saya tak tahu apa nak jadi bila saya pencen. Saya boleh kata
7 hari seminggu saya berada di kampus. Ha kalau tak ada kerja pun
saya berada di padang sorang-sorang. Ha duk pukul golf kat padang tu.
Pendapat tuan, eh dalam pengetahuan tuan, apakah pencapaian
terbesar dalam IPG kita?
Pencapaian (fikir). Kampus kita?
Haah.
Saya nak katakan pencapaian terbesar kampus kita saya nak letak kat
mana un saya tak reti. Sebabnya dari sudut akademik ke dari sudut er
kokurikulum ke? Erm kalau kita kata sukan, sukan ada pertandingan.
Sukan kita, kkta boleh kata tak sampai ke peringkat antarabangsa tu
sebab kita bukannya kampus sukan satu. Dan kita bukan latih pelajar
kita untuk capai mewakili negara. Sebab pusat latihan kita untuk latih
guru bukan untuk nak capai excellent. Ha begitu. Jadi itu sebab kita tak
capai level kalau sukan capai level macam universiti. Ha sebab satu
lagi pelajar-pelajar yang masuk kita punya ni pelajar-pelajar bijak
pandai masuk ke IPG. Yang masuk ke universiti tu, ha lepasan kita. Ha
yang lebih pada IPG baru masuk universiti.
39
Penemubual Ha jadi tu je kut soalan daripada saya untuk temubual kali ni.
Tuan Rosli Ooo itu sahaja. Okay terima kasihlah kerana ha kerana menginterview
saya (ketawa).
Transkripsi Temubual Bersama Ustazah Halimah (Orang sumber kedua)
Penemubual Assalamualaikum, Ustazah Halimah. Ustazah sihat ke?
Ustazah Waalaikumusalam wbt. Okay Alhamdulillah. Inshaallah sihat.
Halimah
Penemubual (Senyum) Er terima kasih ustazah sebab sudi luangkan masa malam
ni untuk kita buat temu bual ringkas yang santai-santai je. Inshaallah.
Ustazah Okay.
Halimah Ha okay okay inshaallah.
Penemubual
Ustazah Boleh ustazah kongsikan erm biodata ustazah sedikit sebanyak.
Halimah Okay inshaallah. Haa ustazah, Ustazah Halimah binti Kadir. Er asal
Kelantan tapi dibesarkan di Dungun, Terengganu. Bersekolah
Penemubual menengah, sekolah rendah dan sekolah menengah di Dungun. Er dan
seterusnya, erm (fikir) belajar di Maktab Perguruan Islam, Bangi,
Ustazah Selangor. Okay erm tinggal di Kampung Che Lijah Dungun
Halimah Terengganu dan sekarang mengajar di Sekolah Kebangsaan Pulau
Penemubual Serai di Dungun, Terengganu. Telah menjelajah beberapa negeri iaitu
Ustazah Negeri Sembilan, Kelantan dan sekarang dah 8 tahun kira balik
Halimah kampunglah. Alhamdulillah. Okay tu saja.
Penemubual Alhamdulillah. Tanpa membuang masa kita terus kepada soalan
pertamalah er iaitu berapa lama ustazah er belajar di MPI? Daripada
tahun bila dan ustazah habis tahun bila?
Okay, ustazah mula belajar di MPI iaitu ambilan Disember 1993 dan
berakhir pada Jun 1996. Dalam 3 tahun setengah lah di MPI
Ooo kiranya waktu tu untuk ambil degree 3 tahun setengah sahaja?
Tak tak ustazah masuk dengan STPM
Ooo
40
Ustazah Kalau degree masa tu dipanggil KPLI pulak. KPLI maknanya yang
Halimah degree nak sambung kepada Pendidikan dia kena ambil Pendidikan di
maktab lah pulak dan dalam tempoh 2 tahun. Yang dah degree. Yang
Penemubual ustazah kira sijil lah. Masuk dengan sijil STPM. Lepastu baru di beri
diangkat kepada taraf diploma.
Ustazah Ooo. Okay kalau ikut sejarah MPI sebelum ni kan pernah berpindah
Halimah dari tempat ke tempat kan. Er ustazah sempat tak waktu tu? Waktu
MPI pindah masa tu? Ke ustazah ..
Penemubual Okay, ustazah. Masa ustazah masuk tu tahun 1993 MPI dah berada
Ustazah di Bangi Selangor. Aa di sungai Merak lah. Tapi tahulah sebelum tu
Halimah dia er dia berada di menumpang di Lembah Pantai, sebelum tu aa
awalnya er Institut Maktab Perguruan Ilmu Khas lepastu ke bangunan
Penemubual err (fikir) UKM. Haa lepastu Institut Bahasa lepastu bangunan UKM.
Err lepastu barulah ke MPI haa iaitu Bangi. Ye. Sungai Merak. Kali
Ustazah keempat la tu. Maknanya ustazah kat situ, dia tahun 1990.. dah tiga
Halimah tahun. Ustazah masuk dah tiga tahun berpindah ke Bangi. Baru tiga
Penemubual tahun.
Ustazah Tahun 1993 tu baru tiga tahun berpindah ke Bangi?
Halimah Haa setahu ustazah dia 1990 baru bermula er beroperasi di er Bangi,
Penemubual Selangor. Sebelum tu di Lembah Pantai menumpang menumpang.
Ustazah Tapi alhamdulillah maknanya sekarang dah di er Maktab Perguruan di
Halimah Bangi Selangor tu dah kira bangunan sendiri dah.
Penemubual Erm soalan seterusnya, boleh tak saya tahu keadaan infrastruktur dan
kemudahan yang disediakan pada waktu tu. Kemudahan untuk
pelajar.
Okay kemudahan untuk pelajar masa tu erm dewan belajar, dewan
belajar okay, ada library, perpustakaan. Aaa kemudahan asrama.
Macam mana lagi? Maknanya kemudahan tu ada.
Lagi, keadaan infrastruktur masa tu kiranya baru lah kan.
Haa masa tu baru lagi. Maknanya erm kalau macam computer tu yang
terbaru dah. Masa tu masih lagi guna er typewriter. Haa zaman tu.
Typewriter.
Haa takdok lagilah er computer, laptop ni takdok lagi. Memang naip
lah masa tu.
Ooo faham. Er suasana belajar waktu tu macam mana? Maksudnya
adakah kan nama, seperti yang kita tahu nama kita punya maktab tu
41
Ustazah Pendidikan Islam. Kampus Pendidikan Islam. Adakah wujudnya bi’ah
Halimah islamiah dalam kalangan pelajar maktab atau erm kalau universiti
biasa kan macam biasa biasa je. Takde islamik sangat kalau kita
Penemubual punya IPG ni macam mana?
Ustazah Okay. Masa tu dari segi sosialnya alhamdulillah masih er terjaga lah.
Halimah Maknanya ada badan-badan dakwah yang jaga dari segi sosial. Kita
Penemubual ada usrah kita, ada halaqah apa ni err (fikir). Dari segi kalau dari segi
Ustazah pergaulan apa semua er dia tak terbatas sangat. Tapi dia tak er nak
Halimah kata terbatas dok (slang Terengganu) bebas pun tak. Maknanya ada
Penemubual yang menjaga di kalangan kita la. Masing-masing menjaga.
Ustazah Oo kalau macam saya sekarang ni ada badan helwani.
Halimah Haa ye. Ada-ada. Zaman tu dah ada dah.
Penemubual
Ooo kiranya dah lama dah la helwani ni. Helwani atau Helwi?
Ustazah Ye. Ooo sampai sekarang masih guna eh?
Halimah
Haah. Sekarang Helwani. (ketawa)
Penemubual Aa dulu helwi. Lupa dah. Dah dekat 30 tahun dah. Tapi ya lah tu.
Ustazah Helwi ke Helwani lebih kurang tu lah.
Halimah Okay. Erm boleh saya nak tanya satu soalan lagi. Apakah er
sepanjang ustazah berada di IPG tu erm maksud saya MPI. Apakah
pencapaian yang terbesar maksudnya pencapaian yang ustazah
ingat. Pencapaian dekat diri ustazah sendiri ataupun pencapaian
dekat MPI tu sendiri.
Pencapaian masa tu. Biasanya, kalau MPI masa tu erm mengungguli
kalau tilawah adalah. Maknanya erm kita kadang tu GERKO pun erk
kita erm (fikir) dari segi GERKO pun kita er sertai. Tapi nak
pencapaian dari segi GERKO tu er kurang lah sikit berbanding
dengan IPG lain. Sebab kita kadang tu tak, tak terkedepan sangatlah.
Cuma dari segi kalau kata tilawah adalah masuk masuk peringkat
pertandingan. Tapi takdelah kata .. Masa tu tak ingat sangatlah tapi
adalah ke peringkat-peringkat erm antara IPG kan. Ok adalah yang
mengungguli ni masa tu. MPI. Tapi tak ingat sangatlah.
Ustazah ada …
Tapi penyertaan tu memang adalah.
42
Penemubual Ustazah ada sertai mana-mana pertandingan ke semasa berada di
MPI?
Ustazah Ustazah, ustazah tak (kurang jelas). Masa tu kita slow je. Kita er apa
Halimah ni ramai lagi yang aktif. Alhamdulillah kita peringkat bawahan je lah.
Penemubual Faham (ketawa). Lebih kurang je saya pun sekarang.
Ustazah Takdelah
Halimah
Penemubual Saya dapat tahu yang pelajar dulu dia macam aktif sebab dulu jadual
tak padat macam sekarang kan dulu.
Ustazah Jadual di IPG ke macam mana?
Halimah
Penemubual Haah jadual pelajar.
Ustazah Aa kalau tengok dari segi anak-anak yang belajar sekarang ni nok
Halimah banding dengan kita dulu memang hebat diorang lah. Nok banding
dengan kita, kita dulu la, kita setakat erm maknanya masa tu masih
Penemubual mungkin pendedahan tu masih baru lagi nok banding dengan anak-
anak sekarang ni. Dengan erm alat elektroniknya kiri kanan semua.
Ustazah Semua ada kemudhan la. Ada. Kita takat-takat tu je. Kebanyakannya
Halimah masih manual lagi masa tu.
Penemubual Ouh ustazah sempat tak bila MPI tu tukar nama kepada IPIS? Institut
Ustazah Perguruan Islam.
Halimah Aa tak sempat.
Penemubual
Ustazah Ooo ustazah sempat habis dululah.
Halimah Yang tu baru lagi kan?
Penemubual
Haa
Ustazah Erm yang tu tahun berapa tu IPIS?
Halimah
Penemubual Saya lupa dia punya sejarah tapi MPI ke IPIS tu lama jugak la pastu
Ustazah IPIS ke IPG tu pendek je masanya.
Halimah IPIS ke IPG? Maknanya ustazah keluar 10 tahun kemudian baru dia
tukar. Kan? Haa kepada IPIS. Tua dah.
(Ketawa).Okay.
Dah lama sangat dah tinggal.
43
Penemubual Okaylah ustazah. Itu sahaja kut temubual santai-santai kita malam ni.
Terima kasih ustazah sebab sudi luangkan masa untuk jalankan
Ustazah temubual ni.
Halimah Okay sama-sama. Tak membantu sangat tapi apa pun er terima kasih
menghargai ap ani orang-orang lama ni. Lama sangat dah tinggal.
Penemubual Dah hampir 25 tahun ke 26 tahun dah bertugas. Inshaallah panjang
umur dapat pencen.
Amiinn.
44
LAMPIRAN 2
TRANSKRIPSI 3 TEMU BUAL BERSAMA DR. ABDUL RAHMAN BIN ABDULLAH
Penemu bual Assalamualaikum, Tuan. Dr. apa khabar?
Tuan Pengarah Baik, alhamdulillah.
Penemu bual Terima kasih kerana sudi menerima kami untuk menemubual daripada
pihak tuan. Er jadi berdasarkan biodata yang kami terima err iaitu
Tuan Pengarah daripada sumber.. err kami mengambil dari sumber library. Tuan telah
banyak pengalaman dalam bidang pendidikan sama ada dalam atau luar
negara. Jadi boleh tak ceritakan sedikit pengalaman Tuan ataupun
pengalaman manis semasa Tuan belajar di luar negara atau pun di
dalam negara.
Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh, Fatin Auny. Ye.. yang
dihormati juga saudari Alya Zahirah. Err sedikit pengenalan lah eh. Saya
Dr. Abdul Rahman Abdullah. Berasal daripada Johor. Belajar dulu di
Muar, SMK Maahad Muar, Johor. Dan selepas SPM, ditawarkan
mengikuti program pelajar cemerlang ke Maghribi, Morocco dalam
bidang linguistik bahasa Arab selama empat tahun. Er daripada 1987
sampai 1991 di sana. Tak ramai pelajar yang terpilih iaitu seramai 30
orang pelajar sahaja pelajar-pelajar dekat Malaysia lah. Pulang ke
Malaysia menyambungkan pelajaran di diploma pendidikan di Universiti
Islam Antarabangsa, Malaysia. Er dan 1992 tamat pengajian diploma
pendidikan dan ditempatkan di Sekolah SMK Segamat, Johor.
Sehinggalah lima tahun saya belajar buat Masters di Universiti Teknologi
Malaysia dalam bidang pengurusan dan pentadbiran pendidikan err
tahun 1997. Sebelum itu, ditawarkan mengikuti kursus di Jordan ye.. oleh
Kementerian Pendidikan lebih kurang 3 bulan dalam bidang metodologi
bahasa Arab di Universiti Philadelphia, Jordan. Err.. pulang ke Malaysia
dan selepas Masters ditempatkan sebagai pensyarah di Maktab
Perguruan Sultan Abdul Halim yang hari ini namanya IPG Kampus
Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah. Dan menyambungkan
pengajian dalam doktor falsafah pada tahun 2001 di Universiti Malaya
dan 2008 saya bertugas sebagai rakan shift pendidikan di Washington
DC, Amerika Syarikat. Sehinggalah tahun 2011, 2012 pulang ke
Malaysia sebagai pensyarah di IPG Sultan Abdul Halim sehinggalah
45
dinaikkan pangkat menjadi timbalan pengarah IPG Kampus Pendidikan
Islam mulai 2018 dan pada tahun 2020 sebagai Pengarah di IPG ini lah.
Itu sedikit latar belakang kerjaya saya dan latar belakang pendidikan.
Jadi, dalam pengajian ini saya dah merasa dua keadaan belajar.. belajar
dalam Malaysia peringkat diploma pendidikan, peringkat masters dan
perinkat PhD. Dan belajar di luar negara di peringkat err.. ijazah sarjana
muda dalam bidang bahasa Arab, linguistik bahasa Arab. So, err
(berfikir) bekerja begitu juga ye, bekerja dalam negara dan bekerja di luar
negara. Saya ada dua pengalaman di Malaysia dan juga di luar negara.
Secara umumnya, err… pepatah melayu kata banyak pengalaman luas
pemandangan ataupun banyak berjalan luas permandangan dan banyak
pengalaman. Jadi, sepanjang menuntut di Malaysia berbeza dengan luar
negara. Sebab, mungkin kita di Malaysia ini terlalu independent. Ye,
terlalu terikat dengan peraturan, harus berbincang dengan mak bapak,
keluarga, pensyarah ye. Di luar sana, berbeza ye, kita terpaksa survive
hidup kita secara independent. Sebagai contoh, kedudukan di Morocco
ini, di benua Afrika. Walaupun hasrat awal bukannya nak jadi cikgu pun.
Saya pun mendapat tawaran err ijazah undang-undang di Universiti
Islam Antarabangsa. Tetapi tulah, dalam keluarga, sebab ayah saya
merupakan seorang guru, dia pun mintak jugalah nak ada seorang anak
menjadi guru. Jadi, saya pun naik ke Morocco dengan biasiswa
pendidikan. Jadi err.. di Morocco macam saya kata tadi kita independent
jadi kedudukan Morocco ini di sebuah negara di Utara Afrika, berjiran
dengan Nilgeria dan di Sepanyol, kejiranan Sepanyol di sebelah utara.
Jadi, saya mengambil masa err.. berada di luar negara itu untuk mencari
pengalaman. Jadi mungkin dekat Malaysia ini susah nak bergerak. Kalau
dekat IPG ini nak keluar negara kena mendapat kebenaran, HEP. Jadi di
sana, tak payah. Saya setiap tahun ke Eropah. Tahun pertama saya ke
Sepanyol, tahun kedua saya menjelajah lebih sampai semua negara di
Eropah. Err.. ke Perancis, Belgium, German, ke UK, ke Denmark, ke
Switzerland, ke Rom sampai ke Istanbul. Jadi, banyak lagi negara-
negara Greece sampai ke Moscow saya berjalan. Jadi, bila kita berjalan
er.. ada kalanya saya jalan berdua, ada kalanya saya jalan bertiga, ada
kalanya saya jalan seorang sebuah negara. Jadi kita belajar bagaimana
nak hidup, survive ye. Dah nama pelajar kan. Jadi, kita berjalan itu,
bukannya mewah mewah, dekat perhentian stesen kereta api. Tidur
46
Penemu bual dalam kereta api, tidur dengan mat saleh dekat (Sebutan tidak jelas).
Jadi kita belajar kehidupan, mungkin pengalaman di luar negara, belajar
Tuan Pengarah di sana secara independent memberi kesan kepada kehidupan saya
Penemu bual sebagai seorang er.. penjawat awam, mungkin ye. Berbanding saya
nampak anak-anak di Malaysia ini, anak saya pun ye, tidak begitu
Tuan Pengarah independent untuk bergerak ke sana ke sini dan sebagainya. Jadi, itulah
hakikat perbezaan yang ketara apabila kita belajar di luar negara dan
belajar dalam negara. Ahh.. itulah.
Masya Allah, tertarik sangat dengan pengalaman yang diceritakan oleh
Tuan.
Boleh panggil saya Dr. sahaja.
Baiklah, seterusnya Dr. saya ingin bertanya mengenai apakah perasaan
Dr. bila dilantik menjadi pengarah di IPGKPI?
Okay, err.. sebelum menjadi pengarah, saya menjawat pelbagai jawatan.
Di IPG Sultan Abdul Halim, saya pernah menjadi Ketua Jabatan Hal
Ehwal Pelajar, Ketua Jabatan Pendidikan dan Inovasi sebelum dilantik
sebagai Timbalan Pengarah dan seterusnya menjadi pengarah. Jadi,
err..memang macam hari ini pun Auny tak menyangka eh 20 tahun akan
datang Auny di mana. Begitu juga dengan saya, saya fikir apabila kerja
penjawat awam menjadi seorang guru mungkin sampai pencen kita
menjadi guru. Err.. tetapi mugnkin falsafah hidup saya ini mungkin lain,
kita er.. ada target dalam hidup. Target saya sebelum umur 30 mesti ada
Masters. Dan sebelum umur 40 mesti ada PhD. Dan saya tercapai eh
hasrat itu. Jadi, mungkin kelebihan ada PhD ini kita dapat mengisi
jawatan-jawatan penting dalam kementerian. Dan hari ini, Kementerian
Pendidikan cenderung untuk melantik ketua-ketua jabatan daripada
mereka yang ada ijazah doktor falsafah. Jadi mungkin ye, sebab itu saya
ditawarkan er.. sebagai timbalan pengarah dan terus pergi IPG Islam ini.
Jadi perasaan tadi bercampur-baur antara tanggungjawab, amanah dan
terpaksa memulakan sesuatu perubahan baharu. Sebelum ini saya
pernah bertugas hampir 20 tahun di IPG Sultan Abdul Halim dah sampai
zon selesa dah. Dah ade rumah, dah ada keluarga di situ, dah ada jiran
tetangga. Jadi apabila diarah berpindah sebenarnya berat, berat juga
untuk kita err.. berhijrah. Sebab kita terpaksa mencari kawan baharu,
pensyarah-pensyara pun tak kenal, pelajar-pelajar lagi tak kenal kan.
Jadi, menjadi penjawat awam ini, dia terpaksa akur dengan arahan yang
47
Penemu bual dikeluarkan oleh kementerian dari semasa ke semasa. Saya menerima
Tuan Pengarah jawatan timbalan pengarah pada 15 hari bulan Januari 2018. Dan
jawatan pengarah pada 29 hari bulan Jun 2020. Dengan melihat itu
bukannya sesuatu kemudahan ye untuk saya bangga diri tetapi sebagai
satu amanah bagaimana saya nak membawa semua warga IPG Islam
termasuk pensyarahnya termasuk stafnya, termasuk pelajar-pelajarnya
bagi memikul misi dan visi IPG yang saya selalu ulang-ulang iaitu IPG
sebagai peneraju pendidikan guru ye. Dan visi yang jelas iaitu
melahirkan pelajar-pelajar sebagai guru yang kompeten dan berjiwa
pendidik. Jadi itulah satu tanggungjawab saya dan mustahil untuk
bersendirian di IPG ini. Sudah pasti saya memerlukan sokongan
daripada ketua-ketua jabatan yang seramai 12 orang, ketua-ketua unit
seramai enam orang yang mengisi barisan kepimpinan MP Majlis
Mesyuarat Profesional Pengurusan dan Pentadbiran IPG yang
merupakan majlis yang tertinggi yang menentukan segala keputusan-
keputusan yang dibuat. Jadi bila mengemudi IPG sudah pasti saya
memerlukan satu strategi bagaimana saya dapat menyampaikan arahan
dengan keadaan staf-staf yang tidak tertekan, pelajar-pelajar pun tidak
tertekan. Jadi saya memperkenalkan konsep kepimpinan MAWADDAH
yang ada dekat belakang tu. Itulah lebih kurang ceritanya.
Jadi sudah terjawab juga soalan mengenai hasrat Dr. selepas dilantik
menjadi pengarah ini iaitu dengan menyokong visi dan misi IPG dan ingin
menjadikan para pelajar ini seorang guru yang kompeten dan berjiwa
pendidik. Jadi, err.. Dr. saya ingin bertanya apakah pembaharuan yang
paling nampak yang dilakukan oleh Dr. apabila menjadi Pengarah
IPGKPI?
Erm, okay. Yang pertama, saya suka melihat tadi style kepimpinan ye.
Yang itu yang saya start dahulu dengan membawa suatu pendekatan
MAWADDAH. MAWADDAH itu apa? Kasih sayang ye. Jadi, saya kena
melihat eh oleh sebab sebelum ini banyak perkara-perkara kadang ada
pelbagai pendekatan kepimpinan. Dan dahulu juga saya merupakan
pensyarah biasa, jadi saya boleh menilai pengarah yang bagus,
pengarah yang kurang bagus, pengarah yang terlalu err.. Jadi,
pembaharuan yang pertama sekali bagaimana style pengurusan yang
diperlukan di IPG. Jadi, MAWADDAH itu bermaksud kasih sayang.
Ideanya daripada mana, saya melihat bagaimana Rasulullah
48