The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mengisahkan tentang sejarah IPGKPI, pengurusan pentadbirannya dan alumni IPGKPI yang telah berjaya.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 448-11-alya, 2022-05-24 20:16:46

MENYINGKAP DI SEBALIK TAKBIR IPGKPI

Mengisahkan tentang sejarah IPGKPI, pengurusan pentadbirannya dan alumni IPGKPI yang telah berjaya.

Keywords: Sejarah IPGKPI

menguruskan keluarganya, kerajaannya penuh dengan kasih sayang.
Nabi kata, siapa yang tidak mengasihi maka dia tidak dikasihi ataupun
sabda nabi, bukan dikalangan aku siapa yang tidak mengasihi yang kecil
dan tidak menghormati yang besar. Itu pendekatan Rasulullah. Jadi,
pembaharuan yang pertama saya perlu letakkan suatu teknik atau suatu
style kepimpinan yang boleh diterima semua. Jadi, MAWADDAH ini ada
elemen mesranya, amanahnya, ye, wawasan, keakraban, dinamik,
dedikasi, akhlak dan keharmonian ye, itu yang pertama. Yang kedua,
ermm.. saya menekankan aspek keselesaan dari aspek fizikal.
Kebetulan ye waktu saya memegang pengarah ini pada waktu PKP, jadi
pelajar-pelajar pun tidak ada di asrama jadi saya mengambil kesempatan
ini untuk menaik taraf lebih 36 kelas. Kalau datang di IPG dahulu, dengan
sekarang ini lain. Baik di bangunan pentadbirannya, bangunan di pusat
sumber dan sebagainya. Headquarters untuk apa tu, quarters-quarters
untuk pensyarah pun saya naik taraf. Quarters untuk pekerja pun saya
naik taraf dan saya sempat naik taraf dua blok err.. tandas asrama yang
dah usang. Dan insya Allah pada tahun ini saya pun, Alhamdulillah dah
buat kertas kerja dan kira budget dan Alhamdulillah tahun ini akan
berlaku juga err.. apa tu er.. pembangunan yang pesat di IPG Islam.
Insya Allah, banyak beberapa blok kita asrama kita akan naik taraf
menggantikan katil-katil yang lama, tilam-tilam yang lama, almari-almari
yang lama ye. Membaiki beberapa tandas beberapa blok lagi. Begitu
juga saya akan naik taraf itu apa nama.. dewan bilik kuliah dan bilik
mesyuarat utama. Untuk tahun ini yang dianggarkan kosnya RM 2 juta.
Tahun lepas RM 1 juta haa.. Dan untuk makluman Auny, kita sedang bid
peruntukkan dalam Rancangan Malaysia yang ke-12, RM 116 juta untuk
kita bina 2 blok asrama yang baharu dan juga satu blok 5 tingkat
bangunan akademik. Dan kalau ini tercapai, insya Allah er.. tiga tahun
akan datang, IPG Islam berubah wajah mungkin menjadi kampus ini
dengan blok-blok pentadbiran dan blok-blok asrama yang baharu. Haa,
itulah antara usaha yang sedang saya lakukan pastinya untuk memberi
keselesaan kepada warga IPG Islam termasuklah pensyarah dan
pelajar-pelajarnya supaya IPG kita ini setara dengan IPTA eh. Sebab kita
bukan setara dengan sekolah, sepatutnya lebih lagi. Sebab fungsi IPG
ini adalah untuk melahirkan graduan dalam bidang err.. 22 bidang
pendidikan. Dan IPG Islam ini kepintarannya adalah pendidikan Islam,

49

Penemu bual bahasa Arab ditambah dengan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Ye,
Tuan Pengarah Fatin
Insya Allah, semoga tercapai hasrat Dr. Baiklah, seterusnya, err.. pada
pendapat Dr, apakah kejayaan yang pernah dicapai sepanjang Dr.
berada di IPGKPI?
Okay, ermm. Dari segi hala tuju ye, err.. IPG ini ada tiga. Yang pertama,
kecemerlangan dalam akademik. Yang kedua, kecemerlangan dalam
bidang penyelidikan dan inovasi dan perantarabangsaan. Yang ketiga,
kecemerlangan dalam pembelajaran sepanjang hayat. Ah, so kalau kita
ukurkan kejayaan, saya akan kategorikan kejayaan kita ini dalam ketiga-
tiga hala tuju kecemerlangan tadi. Hala tuju akademik, hala tuju
penyelidikan inovasi dan perantarabangsaan dan yang ketiga hala tuju
pendidikan sepanjang hayat. Kalau dalam bidang akademik ini memang
tidak disangkal lagi hari ini pun saya dua hari lepas hadir konvokesyen,
Alhamdulillah banyak pencapaian pelajar-pelajar IPG Islam ini dan 30%
daripada mereka ini mendapat first class dalam. Ia merupakan suatu
kejayaan yang besar sebenarnya ye. Jadi mendapat CGPA lebih 3.75.
Dan dalam konvokesyen yang dua hari lepas ini dan sedang berlangsung
ini pelajar IPG Islam dapat anugerah terbaik dalam bidang bahasa
Melayu adalah sesuatu yang mengejutkan. Kalah IPG Bahasa Melayu
terbaik keseluruhan akademik eh. Dalam bidang pengajian bahasa
Melayu, pengajian Matematik dan pengajian Pendidikan Islam. Itu agak
mengejutkan eh Matematik sepatutnya dekat IPG lain Teknik dan
sebagainya Tetapi kalau err.. anugerah kecemerlangan semalam
diisytiharkan IPG Islam pelajar terbaik Matematik dan pelajar terbaik
dalam Pendidikan Islam. Pendidikan Islam tak apalah sebab itu
kepakaran kita tapi dalam bidang-bidang yang lain pelajar-pelajar IPG
Islam kerana apa kerana IPG Islam ini memiliki barisan err barisan
pensyarah yang hebat. IPG kita, kita ada 55 orang pensyarah yang ada
PhD at least setara dengan universiti ye. Jadi, daripada hampir 140
pensyarah tadi, lebih satu per tiga ada PhD yang bakinya semua ada
Masters. Jadi untuk sumbangan akademik itu sangat terzahir daripada
pencapaian pelajar-pelajar kita. Untuk kecemerlangan yang kedua iaitu
kecemerlangan bidang penyelidikan inovasi dan perantarabangsaan ye,
secara konsisten IPG Islam menganjurkan seminar pendidikan
antarabangsa. Ini kita namakan International Conference on Educational

50

Research untuk kali ketiga tahun ini. Kita bermula sejak saya menjadi
pengarah tahun 2020, siri yang pertama tahun 2021, siri yang kedua dan
insya Allah pada tahun ini kita akan adakan seminar antarabangsa
pendidikan bagi siri yang ketiga. Itu satu KPI yang hebat yang telah kita
capai dalam bidang penyelidikan. Di samping itu, kita banyak
memenangi anugerah-anugerah inovasi sama ada yang disertai oleh
pensyarah-pensyarah kita, oleh pelajar-pelajar kita. Cuma aspek pelajar
ini kurang sikit, kurang terserlah lagi inovasi-inovasi pelajar walaupun
saya selalu mintak er.. di jabatan-jabatan kepintaran ini supaya err
mendapat galakkan daripada keterlibatan pelajar-pelajar dalam bidang
inovasi terutama sekali subjek inovasi digital eh. Tak tahu semester
berapa tu. Ha, hasil daripada err.. inovasi pelajar buat tadi
dipertandingkan di dalam mana-mana platform inovasi yang dianjurkan
oleh IPG-IPG. Dalam bidang perantarabangsaan, secara konsisten kita
setiap tahun adakan KJ satu perhubungan jaringan dengan negara-
negara luar. Untuk makluman auny, kita pernah melawat Afrika Selatan
pada tahun 2019 sewaktu menjadi timbalan dan kita mengadakan
lawatan kerja di Afrika Selatan di Capetown. Kita adakan jaringan
dengan sekalian universiti di Capetown, di Capetown Universitiy ye dan
Maahad Tahfiz di Capetown. Di samping kita err.. ada hubungan yang
baik dengan banyak negara ye sama ada di Indonesia, di Mesir, di
Jordan, di (sebutan tidak jelas) di Perancis hatta di Denmark, hatta di
China. Kita ada delegasi-delegasi untuk tahun saya ingat bahasa Melayu
sangat aktif untuk bidang perantarabangsaan ini eh dalam program pro-
kala iaitu suatu program kajian linguistik seluruh Malaysia di tujuh buah
benua. Sepatutnya tahun ini kita akan bergerak ke Perth, Australia dan
juga 2 tahun lepas kita ke New Zealand, team delegasi. Dan saya sempat
ke Afrika Selatan sahaja lah dan sebelum ini mereka telah menjelajah
benua Korea, India dan Eropah dalam group bahasa Melayu ini. Dan
saya ingat pada tahun 2020, pelajar juga ada menyertai program ini di
New Zealand. Itu dalam bidang perantarabangsaan. Hala tuju yang
ketiga atau kecemerlangan yang ketiga yang kita telah capai iaitu err..
pembelajaran sepanjang hayat. Iaitu maksud CPD (Continuous
Professional Development) iaitu IPG perlu bukan melatih guru-guru
untuk pra-perkhidmatan tetapi IPG perlu melatih guru-guru dalam
perkhidmatan. Jadi untuk tujuan itu, tahun lalu sahaja kita telah

51

Penemu bual menganjurkan 282 program kursus untuk guru-guru di luar. Dengan
Tuan Pengarah penglibatan lebih 100,000 peserta, guru-guru di luar sana. Itu hikmah
pandemik COVID-19 ini. Kalau tidak, mustahil 100,000 kita nak anjurkan
bersemuka tapi disebabkan online in ikan, guru di Sabah pun boleh join,
guru di Sarawak pun boleh join ye kursus-kursus PPD. Sama ada
berbentuk TS25, Transformasi Sekolah 25 ataupun berkaitan dengan
pentaksiran bilik darjah ye ataupun pedagogi abad ke-21. Dan terpenting
IPG Islam ini kepintarannya adalah bahasa Arab, kita ada pusat
kecemerlangan pedagogi yang pertama di Malaysia yang tidak ada di
tempat lain. Untuk memperkasakan pusat kecemerlangan pedagogoi
bahasa Arab ini yang mana diketuai oleh (sebutan tidak jelas). Kita
menghantar kursus pensyarah-pensyarah dalam bidang bahasa Arab ini
dua tahun berturut-turut ke luar negara eh. Sepuluh orang kita hantar
kursus ke Mesir. Pada tahun 2019, tahun 2020 kita hantar ye, pensyarah
ini berkursus di universiti di Turnisia dan insya Allah tahun ini kalau lulus
dan kita dapat budget daripada kementerian pendidikan, kita akan hantar
pensyarah kita berkursus di Morocco dalam bidang metodologi bahaa
Arab. Sebab apa? Sebab apabila mereka kembali, mereka akan melatih
lebih 10,000 guru-guru bahasa Arab yang ada di Malaysia ini. Jadi, kalau
bercakap tentang kejayaan, kalau bercakap tentang kecemerlangan,
Auny kena ingat tiga hala tuju tadi, kecemerlangan dalam bidang
akademik dan kokurikulum, kecemerlangan dalam bidang penyelidikan
inovasi dan perantarabangsaan dan kecemerlangan dalam bidang
pendidikan sepanjang hayat dalam kita melatih guru-guru yang diluar
sana yang jumlahnya 425,000 orang guru yang terdapat di Malaysia.
Sangat menarik tentang tiga hala tuju yang Dr. ermm sebutkan tadi. Jadi
saya nak tanya err.. pada pendapat Dr. bagaimanakah kejayaan yang
disebutkan tadi mengenai tiga hala tuju tadi dapat memberikan inspirasi
kepada semua warga IPGKPI?
Okay, err.. saya ingat semua warga IPGKPI ini berbangga menjadi warga
IPG Islam ye. Sama ada pelajar-pelajarnya, sebab IPG Islam ini ada
teras yang tersendiri sebab kita ada persekitaran yang tersendiri. Dan
saya Alhamdulillah bagaimana saya menggerakkan hala tuju tadi, ha
yang tadi lah, yang saya maklumkan tadi err.. terisnpirasi menggunakan
pendekatan kepimpinan MAWADDDAH tadi. Dengan kasih sayang,
sebab kita nak ajak pelajar-pelajar cemerlang akademik, nak ajak

52

Penemu bual pelajar-pelajar cemerlang dalam bidang penyelidikan dan inovasi, nak
Tuan Pengarah ajak pelajar-pelajar cemerlang dalam err.. kan. Perlunya ada satu err..
approach atau pendekatan yang boleh mereka terima dengan senang
dan boleh mereka bersemangat ye. Jadi, saya rasa setakat hari ini
Alhamdulillah warga kita sangat komited sama ada dalam kalangan
pensyarah-pensyarahnya, pelajar-pelajarnya, untuk sama sama
mencapai dan menggapai misi visi IPG kita iaitu kecemerlangan err..
melahirkan guru-guru yang kompeten dan berjiwa pendidik. Jadi saya
sangat harap agar semua siswa-siswi ini mengambil kesempatan ye
empat tahun berada di IPG ini menimba sebanyak pengalaman,
sebanyak pengetahuan, sebanyak kemahiran-kemahiran soft skill
sebelum keluar daripada kampus ini supaya kualitif graduan IPG kita ini
tidak dipertikaikan eh. Untuk maklum eh, kalau ikut kajian maklum balas
pelanggan selama lima tahun berturut-turut ye err.. kajian yang kita buat
di dalam kalangan guru besar-guru besar dan pengetua lebih 92%
mereka ini berpuas hati dengan keluaran produk graduan daripada IPG
Kampus Pendidikan Islam kerana apa? Sebab semuanya memahami,
semua mereka ini menghayati dan mereka ini sama-sama berusaha
untuk mencapai misi dan visi IPG Islam sebagai peneraju pendidikan
guru.
Baiklah, Dr. Jadi, saya nak bertanya pula tentang cabaran yang dihadapi
oleh Dr. sepanjang menjadi pengarah di IPGKPI? Boleh ceritakan sedkit
tak?
Haa, cabaran saya ye. Baiklah, banyak juga cabaran. Bukan senang nak
menguruskan satu organisasi yang besar, organisasi terdiri daripada ye
250 orang staf. Dan pelajar kita hari ini 1008 orang siswa siswi ye. Jadi
kalau campur jumlah hampir 2000 orang tak termasuk dengan waris-
waris diluar sana. Jadi cabaran yang terbesar adalah mengurus
manusia, kalau saya engineer mungkin mudah saya menguruskan batu
bata, tembok, besi dan sebagainya. Sebab manusia ini sangat unik, dia
ada elemen kognitifnya, ada elemen afektifnya, ada elemen
psikomotornya, ada elemen yang pelbagai, yang perlu kita raikan ye.
Jadi dengan peruntukkan yang terhad agar sukar saya memberi
kepuasan kepada semua pelajar. Kalau boleh, saya nak tukar semua ni,
katil baru semua ni. Tetapi peruntukkan tak banyak, mungkin
berperingkat-peringkat. Jadi, cabaran terbesar ialah untuk menguruskan

53

Penemu bual bangunan yang lebih 30 tahun ini. Kita di IPG ini berpindah pada 1990.
Sudah pasti perlukan kos yang tinggi untuk selenggara IPG kita ye. Itu
Tuan pengarah yang kedua lah, yang pertama tadi bagaimana nak mengurus manusia,
Penemu bual yang kedua bagaimana nak menyelanggara IPG ini. Kadang-kadang
Tuan Pengarah aircond rosak di pusat sumber. Untuk membaiki aircond ini bukan
Penemu bual sesuatu beribu kadang-kadang RM 60,000 jadi terpaksa. Hari ini yang
saya risau adalah tentang cerun-cerun yang ada dah mula runtuh
mungkin pertukaran cuaca alam hari ini banyak memberi kesan kepada
kita lah. Dan kos membaiki cerun ini bukannya murah, kadang saya risau
juga eh. Dan yang paling menakutkan saya, bukan menakutkan lah, hari
ini kita hiraukan lah kalau pelajar tidak berpuas hatinya pelajar akan terus
pergi kepada menteri contohnya kepada KPPM dan sebagainya. Jadi
err.. mungkin juga ye pelajar harus diberikan satu laluan aduan
seandainya tidak berpuas hati yes, anytime pintu bilik pengarah ini
sentiasa terbuka ye. Kalau Auny tidak berpuas hati kea da benda yang
nak diadukan, tak payah lah adukan dekat PM terus, adu dekat
pengarah. Pengarah tak makan orang. Biasanya pengarah akan jumpa
pelajar. Sekarang Alhamdulillah masalah tadi mungkin berkurangan
sebab kita ada satu barisan kepimpinan JPP yang baik. JPP ini adalah
jabatan penghubung antara pelajar dengan pihak pentadbir di IPG ini.
Jadi kalau ada masalah-masalah err.. internet. Untuk makluman untuk
tahun ini saya akan naik taraf sistem rangkaian kita. Kalau siap nanti
insya Allah masalah internet di asrama, bilik kuliah dapat kita atasi, kita
naik taraf sistem rangkaian kita di IPG. Jadi, cabaran besar saya itulah
err.. mengurus manusia yang pertama, yang kedua mengurus
bangunan-bangunan dan juga cabaran media sosial yang kadang-
kadang disalahgunakan.
Baiklah Dr. terima kasih kerana berkongsi cerita dan pengalaman serta
err, hasrat Dr. sepanjang menjadi Pengarah IPGKPI ini. Jadi, rasanya itu
sahaja bagi sesi menemu bual ini, jadi saya nak ucapkan terima kasih
banyak kepada Dr. kerana sudi erm, meluangkan masa bersama kami,
saya dan rakan saya err.. untuk menemu bual Dr.
Ini paper ini, paper siapa ni?
Paper ini erm, Dr. Sitti Hasnah yang mengajar kami.
Dr. Sitti Hasnah yang pensyarah baharu ye. Okay. Apa nama paper dia?
SJHK3043, Sejarah Lisan dan Pendokumentasian.

54

Tuan Pengarah Okay, terima kasih Fatin Auny dan Alya Zahirah sebab berani menemu
ramah Pengarah (ketawa) Kampus Pendidikan Islam. Okay, tak apa.
Penemu bual Sampaikan salam saya kepada orang tua ye.
Tuan Pengarah Maafkan jika ada salah silap dan tersalah kata.
Penemu bual Tidak apa, biasa-biasa sahaja. Selamat berpuasa insya Allah dalam
bulan Ramadan. Okay, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Waalaikumussalam, warahmatullahi wabarakatuh.

TRANSKRIPSI 4 BERSAMA TUAN TARMIZI KETUA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

Tuan Tarmizi Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum. Baik berkaitan dengan biodata
saya, nama penuh saya Ahmad Tarmizi bin Salleh. Er (fikir) berumur 53
tahun. Okay er bertugas sekarang sebagai Ketua Jabatan Hal Ehwal
Pelajar. Saya mula melapor diri di IPG Kampus Pendidikan Islam ini pada
er 15 Oktober 2007. Ditempatkan mula-mula sekali sebagai seorang
pensyarah biasa di Jabatan Sains Sosial ketika itu kemudian er (fikir) 5
tahun selepas itu saya menjadi ketua unit Praktikum. Ditempatkan sebagai
Unit Praktikum menguruskan praktikum pelajar seterusnya 3 tahun
selepas itu saya di (fikir) lantik menjadi erm Ketua Jabatan Hal Ehwal
Pelajar sehingga sekarang lebih 4 tahun la eh sebagai Ketua Jabatan Hal
Ehwal Pelajar. Er setakat itu untuk biodata saya. Er setakat je lah. Boleh?

Penemu bual Er seterusnya kami ingin bertanya mengenai erm bagaimanakah sikap
kepimpinan pengarah IPG kita.

Tuan Tarmizi Baik, er syukur alhamdulillahlah sebagai warga IPG Kampus Pendidikan
Islam ini saya sangat bersyukur kerana mendapat seorang er Ketua
Jabatan ataupun seorang pengarah yang mempunyai kepimpinan yang
sangat jelas misi dan visinya. Erm dan beliau pun telah melancarkan
kepimpinan MAWADDAH yang mana dalam kepimpinan MAWADDAH
tersebut meliputi M mesra, A akrab eh dan seterusnyalah eh. Boleh search
sendirilah MAWADDAH tu apa dia. Jadi apa yang dinyatakan oleh beliau
itu, dalam er kepimpinan MAWADDAH itu, jelas merujuk kepada sifat er
beliau sendiri sebagai seorang ketua, sebagai seorang pemimpin er
sebagai seorang rakan dalam er satu organisasi. Ye beliau menampilkan
kepimpinan yang jelas hala tuju ke mana nak pergi IPG Islam ini. Beliau

55

mempunyai wawasan yang erm boleh diikuti oleh semua pihak tanpa
sebarang keraguanlah maksudnya erm tidak ada argue lah berkenaan
dengan hala tuju tersebut memang ditonjolkan dengan jelas dan
dinampakkan dalam er apa nama melalui pengucapan melalui pencetakan
ataupun paparan ataupun pameran yang dijelaskan kepimpinan
MAWADDAH macam logo yang ada ni lah (tunjukkan majalah IPGKPI).
Ye, mula-mula kita masuk dah ada di tepi-tepi jalan pun dah ada
dinyatakan di situ mesra amanah wawasan akrab semua ada. Okay, ha
itu yang boleh saya katakanlah. Jadi kalau nak tanya saya tentang
kepimpinan, sebagai seorang orang yang telah melalui beberapa
pengarah sebelum ini, ye saya pernah beradi di bawah er (fikir) dua tiga
empat lima orang pengarah, jadi saya dapat membezakanlah kepimpinan
beliau setakat ini er sangat yang terbaiklah pada sayalah. Ye pandangan
orang lain mungkin berbeza. Tapi secara individu saya orang yang agak
rapat dengan beliau terutama bila menguruskan hal ehwal pelajar, beliau
adalah juga mantan ketua jabatan hal ehwal pelajar di IPG kampus Sultan
Abdul halim suatu ketika dahulu. Jadi beliau sangat memahami bidang
tugas HEP ini er jadi ini memudahkan kami bekerjasama eh. Dan dari segi
arahan ataupun er (fikir) apa nama kehendak-kehendak organisasi sangat
mudah berurusan dengan beliau dan beliau mengamalkan dasar pintu
terbuka. Apa yang dikatakan dasar pintu terbuka ni maksudnya sesiapa
sahaja boleh jumpa malah pelajar boleh jumpa. Parent boleh jumpa,
pensyarah biasa boleh jumpa, apatah lagi ketua-ketua jabatan. Yang ini
bukan semua eh bukan semua er (fikir) apa nama pengarah
membenarkan er pegawai bawah dia masuk ke pejabat dia. Tak semua ye
awak boleh er siasat boleh er rujuk mana-mana. (Gangguan semasa
temubual). Boleh rujuklah mana-mana jabatan, boleh tanyalah dengan
mana-mana ada jabatan yang membenarkan hanya KJ sahaja berurusan
dengan pengarah. Ye hanya KJ je. Pelajar pun tidak dibenarkan berjumpa
pengarah mesti melalui penasihat dan sebagainya. Tetapi pengarah kita
alhamdulillah dia mengamalkan dasar terbuka yang boleh jumpa di mana-
mana. Boleh sembang di mana-mana sebagai kawan dan sebagainya. Ye
jadi jelas itu yang saya kata tadi, kalau tanya tentang saya bagaimana
sikap kepimpinan pengarah, ianya sangat menyenangkan semua warga
IPG Kampus Pendidikan Islam. Boleh tanyalah er kalau saya ni mungkin
sebagai ni lah er lepas ni awak sebagai penyelidik boleh tanya pulak

56

kepada cikgu-cikgu (tersasul) pensyarah-pensyarah lain yang di peringkat
bawah-bawah pula mengenai sikap kepimpinan er pengarah kita ni
adakah dia tally ataupun sama dengan apa yang saya kata tu. Jadi kena
cari dua lagi tiga saksi mata yang boleh mengesahkan apa itu yang saya
kata itu. Ada lagi?
Penemu bual Er soalan yang terakhir, erm pada pendapat tuan bagaimanakah sikap
kepimpinan pengarah IPG kita ini dapat dicontohi oleh barisan pensyarah?
Tuan Tarmizi Baik erm, bila kita meletakkan kepimpinan MAWADDAH itu, sebagai teras
kepimpinan pengarah kita, dan dia dah meletakkan hala tuju yang begitu
dengan memberikan mukadimah dengan ‘salam Mawaddah’, maka
secara automatik er semua 12 ketua jabatan ini akan menuju hala yang
sama dalam satu organisasi. Dia tak boleh berpecah oh saya tak setuju ini
tak setuju. Dia akan kene bergerak sederap bersama dengan pengarah.
Jadi, er kita melihat sekarang ni banyak perubahan er dari sikap er ketua-
ketua jabatan yang mana yang garang sebelum ni dah mula lembut,
seiring dengan kehendak pengarah. Bukan bermaksud kita er tidak ada
pendirian, bukan tetapi kita hendaklah seiring supaya tidak ada
bertentangan dengan hala tuju yang ditonjolkan oeh tuan pengarah. Okay.
Cuma, saya melihat ada sedikit aspek kelemahan di situ iaitu adanya
peluang untuk orang mengambil peluang daripada er apa nama sikap
terbuka tuan pengarah tu. Ha yang itu, mungkin yang segelintir lah eh yang
segelintir yang melihat pelajar begitu juga ada yang ambil peluang er
kerana sikap terbuka tersebut berjumpa pengarah untuk kepentingan
masing-masing. Er itu sahajalah daripada, ha yang lain-lainnya ha sangat
bagus sangat jelas sangat mesra. Yang penting pengarah itu sangat
mesra boleh dijumpai di mana-mana boleh er baik di masjid baik di jalan
er apa di (fikir) kelas-kelas mana-mana pun takde masalah. Ada lagi?
Penemu bual Saya rasa itu sahaja soalan yang ditujukan.
Tuan Tarmizi Baik.
Penemu bual Baiklah terima kasih kepada Tuan Tarmizi kerana dapat meluangkan
masa untuk menemubual bersama kami. Er itu sahaja. Terima kasih.
Tuan Tarmizi Okay. Erm. Itu je.

57

Rajah 1: Kepimpinan MAWADDAH
Rajah 2: Pelantikkan menjadi Pengarah

58

Rajah 3: Menemu bual Tuan Tarmizi bin Hj. Salleh
59

LAMPIRAN 3

TRANSKRIPSI 5 TEMU BUAL BERSAMA ALUMNI, SITI NUR SYAHIRAH IPG KAMPUS
PENDIDIKAN ISLAM

Penemu bual Bismillahirahmanirahim, boleh saya teruskan dengan panggilan
Tetamu ustazah atau puan je.
Penemu bual Hmmmmm, boleh panggil ustazah je lah. Boleh.
Tetamu Okey, jadi, bismillahirahmmanirahim, ustazah syahirah sihat ke harini?
Penemu bual Alhamdulilah, sihat sangat.
Alhamdulillah. Jadi, terima kasih diucapkan kepada ustazah kerana
Tetamu sudi menerima saya untuk menemu bual ustazah bagi melancarkan
Penemu bual tugasan saya yang diberi oleh pihak ipg untu menemu bual alumni dari
IPGKPI. Betulkan ustazah merupakan alumi IPGKPI kan,?
Tetamu
Penemu bual Ya,betul.

Tetamu : Alhamdulilah, saya rasa sangat bersyukur dapat bekerjasama dengan
Penemu bual pihak puan. Jadi, sebelum kita teruskan, saya ingin memperkenalkan
diri saya terlebih dahulu sebab saya pun belum kenalkan diri lagi saya.
Tetamu Ya, okey.
Okey, nama saya Alya Zahirah Binti Azizi. Ustazah boleh panggil saya
Alya. Saya merupakan pelajar tahun 1 ipg kampus pendidikan islam.
Saya ambil opsyen bahasa melayu dan minor Sejarah.

Oooo, okey.

Jadi, untuk interview ini berkaitan dengan subjek sejarah la. Ha, kami
perlu interview salah seorang alumni IPGKPI. Saya berasal dari
Terengganu dan itu sahaja serba sedikit latar belakang saya. Jadi,
untuk ermmm untuk saya lebih kenal rapat dengan ustazah, saya nak
boleh ke ustazah cerita serba sedikit tentang latar belakang ustazah.
Di mana ustazah bersekolah dahulu, lahir di mana?. Boleh ke ustazah?
Boleh-boleh. Okey. Bismilahirahmanirahim, Assalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh. Jadi, errr nama penuh ialah Siti Nur
Syahira binit Mohd Zaki. Errrrr, kalau kat sekolah biasanya pelajar akan

60

Penemu bual panggil saya Ustazah Syahirah lah. Kalua dari segi ap ani, family pulak
Tetamu merupakan anak sulong. Jadi, mereka akan panggil saya Kak Yong.
Penemu bual Okey, berasal daripada Besut, Terengganu. Ermmm saya ermmm
Tetamu merupakan anak sulong daripada tiga orang adik-beradik dan sekolah
rendah adalah Sekolah Kebangsaan Pasir Atar. Seterusnya,
Penemu bual melanjutkan err ke peringkat menengah di Sekolah Menengah
Tetamu Kebangsaan Agama Wataniah. Itu saja latar belakang saya.

Penemu bual Jadi, ustazah mula masuk ke IPGKPI padda tahun berapa ye?
Tetamu Kejap eh, kena kira balik. (ketawa).
Penemu bual Takpe-takpe. (ketawa).
Tetamu Errrr (sedang berfikir). 2011.
Penemu bual
Maknanya berakhir pada 2016?
Tetamu Eh, ke awal lagi eh? (ketawa). Berakhirnya sebab berakhirnya pada
Penemu bual 2014.

Tetamu Oh, berakhir pada 2014.
Haah, sebab posting pada 2015.
Penemu bual Okey. Jadi, ustazah berada di ipg selama 5 tahun je kan.
Haah, ye.
Tetamu Ustazah mengambil opsyen?

Opsyen Pendidikan Islam dan minor bahasa arab.
Jadi, sebelum melanjutkan pelajaran ke ipg, sewaktu Spm, ustazah
memang mengambil aliran agama atau tidak?
Ouhh, waktu tu saya mengambil aliran accounting.

Ouhh. Jadi, saya nak tanyalah satu soalan yang biasa di tanya oleh
pensyarah di ipg kepada mahasiwa di ipg. Adakah ustazah memang
minat untuk menjadi salah seorang pendidik dalam negara ni.

Ya, betul. Saya minat sebabnya memang family, err latar belakang
daripada atuk, nenek memang aliran pendidik. Jadi, darah pendidik tu
mengalir kepada ibu dan ayah dan akhir sekali kepada saya sendiri lah
dan sememangnya meminati bidang pendikan ni sebab ni merupakan

61

Penemu bual salah satu cabang cara untuk berkomunikasi dengan orang lah. Saya
minat untuk berinteraksi dengan ramai orang yang lebih ramai.
Tetamu Okey. Jadi, ustazah kan tinggal di Besut kan? Sekarang ustazah
Penemu bual tinggal di mana?

Okey, sekarang ustazah bertugas di Bintulu, Sarawak.

Ouhh, Sarawak. Ustazah berada di Sarawak la bersama keluarga,
suami dan anak-anak? Jadi ustazah masih tidak berpeluang unutk
pulang ke Semenanjung?

Tetamu Ya saya, masih tidak berpeluang lagi.
Penemu bual Baiklah, disebabkan ustazah bekerja di Sarawak. Jadi, saya ingin
Tetamu bertanya pengalaman ustazah ketika dapat tawaran ke Sarawak waktu
itu. Apakah perasaan yang ustazah rasa ketika itu?
Penemu bual Boleh. Okey, saya cerita dari awal lah. Bila dengar kawan-kawan kecoh
Tetamu cerita tentang ramai yang err grad tahun ustazah tu ramai yang akan
diposting ke Sabah dan juga Sarawak. Jadi, berdoalah ni dalam hati ni.
Biarlah, bukan aku yang terpilih tapi bila tengok surat tawaran yang
diterima melalui laman web tu memang rezeki kita unutk ditugaskan di
SK Kendulu 2 di Sarawak. Memang perasaan waktu itu bercampur
baur lah sebabnya kita tak pernah jauh dari keluarga sedangkan kalau
jauh pun dalam Semanajung je, boleh menaiki pelbagai pengangkutan
untuk pulang ke rumah. Jadi, bila dapat tawaran ni, kita tahu yang
transport yang boleh digunakan ialah laluan udara sahaja untuk pulang
ke rumah. Jadi ada juga perasaan sedih dan pada masa yang sama
rasa teruja unutk bertugas sebagai seorang guru yang pertama kali ni
nak mengajar dalam bidang pendidikan ye. Jadi, agak bercampur baur
la perasaan ketika itu.
Jadi, apabila ustazah tiba di Sarawak tu, macam mana keadaan
sekolah tu. Adakah sangat berbeza dengan keadan di Semenanjung?

Haah, ye. Sebab selama ni bila praktikum kita di Semenanjung, kita
ramai mengajar murid Islam dalam satu kelas tu tapi bila di Sarawak,
Bintulu khusunya. Kita agak terkejut pada mulanya kerana kita hanya

62

Penemu bual mengajar dalam satu kelas tu sekadar 6-7 orang yang murid Islam.
Tetamu Namun, cabarannya tetap ada kerana pentadbir meletakkan harapan
yang tinggilah untuk kita apabila kita punya fokus murid tu sikit, jadinya
Penemu bual mereka nak kemenjadian murid tu memang maksudnya berfokus. Ha
Tetamu maksudnya macam tu la.

Jadi, cabaranya agak banyak kan ustazah?. Boleh ustazah cba
ceritakan sedikit cabaran yang dihadapi oleh ustazah ketika mengajar
di sana mungkin dari segi kekurangan teknologi ke?

Boleh, okey. Kalau macam ermm di Bintulu adalah kawasan bandar
tetapi murid-murid dia tu bukan dari golongan yang maksudnya ada ibu
bapa yang bekerja biasa-biasa, ada yang apa ni dari keluarga kurang
senang. Jadi , dekat sini apabila kita mengajar, mungkin banyak
penyediaan bahan tu daripada guru. Contoh, kalau kita nak suruh beli
buku aktiviti, hanya ada beberapa orang je akan sediakan manakala
yang lain tu, guru perlu sediakan untuk mereka. Contoh macam saya
akan sediakan printer dekat sekolah dan itu merupakan inisiatif untuk
kita print kan bahan kepada murid untuk pdp kita. Seterusnya, dari segi
capaian internet, kalau di sekolah, tiada masalah kerana sudah
tersedia capaian internet di sekolah. Namun, kalau di rumah, agak
susah la dan dari segi bacaan kalau cotohnya dalam Pendidikan Islam,
murid-murid ni mereka sangat lemah dalam bacaan iqra. Jadi, bila err
kita pesan untuk di rumah baca, lancarkan bacaan apa semua tapi
mereka tak buat kerana mungkin dari kesedaran keluarga atau
mungkin jugaklah akses untuk err guru mengajar mengaji di kawasan
mereka terhad. Ha macam tu lah.

Ouuh. Jadi, saya dapat lihat banyaklah cabaran yang dihadapi ustazah
dari pelbagai aspek. Seterusnya saya nak tahulah jugak hubungan
komuniti guru dengan ibu bapa di sana. Adakah ibu bapa pelajar amat
memberi kerjasama dengan guru di sekolah?

Kalau macam kelas saya, tahun lepas saya jadi guru kelas. Okey.
Untuk kelas tu, hubungan guru dengan ibu bapa ada yang beri

63

kerjasama dan ada juga buat tak tahu kalau anak mereka buat salah
kat sekolah. Kalau nak hubungi mereka pun susah.

Penemu bual Ouh faham. Jadi, kalau yang tak bagi kerjasama tu, bagaimana
Tetamu ustazah nk hubungi mereka dengan cara mengunjungi ibu bapa
mereka atau bagaimana?
Penemu bual Untuk yang tahun lepas sebab kita banyak pdp untuk situasi covid
sekarang ni. Jadi, masa tahun lepas untuk capai murid tu agak
mencabar sebab nak capai tu susah. Jadi, bila macam ni kita nak
hubungi ibu bapa tu ada yang tak balas, call tak angkat. Jadi, belum
ada inisiatif untuk ke rumah mereka lah cuma saya akan tinggalkan
watsapp supaya pesanan supaya angkat call untuk bincangkanlah
masalah atau sebab anak tak dapat masuk ke kelas secara online.
Sebab kita bukan nak menghukum, kita cuma nak tahu sebab dan cuna
untuk selesaikan masalah tersebut.

Okey. Jadi saya telah dengar serba sedikit cabaran dan juga
pengalaman sepanjang ustazah bergelar sebagai guru di sarawak.
Jadi, ermm saya ingin imbas kembali ingatan ustazah ermm, ustazah
ada ingat tak pengalaman ustazah ketika berada di IPGKPI daripada
tahun 1 hingga lah last sem. Memori manis, pahit atau kejayaan yang
dicapai?

Tetamu Waktu di ipg dulu, saya aktif dalam bidang pengacaraan, selepas itu
saya masuk pidato pastu ada jugak saya masuk yang sajak. Untuk
pidato tu, saya berjaya mendapat top three la tapi kalau sajak saya tak
pasti. Kenangan yang paling manis juga ialah bila praktikum yang
terakir saya dipantau oleh Ustaz Wan Yusof. Pada waktu itu, pada saya
ustaz ni seorang yang tegas tapi err dia suka untuk membimbing
pelajar bawah bimbingannya. Satu hari tu bila saya masuk ke kelas,
tiba-tiba saya dapat panggilan menyatakan dia otw untuk observe
saya. Jadi, saya ni berdebar la sebab kan waktu kita praktikum fasa
terakhir tu memang panjang kita punya rph. Jadi, semua saya kena
semak balik yang sebelum-sebelum ini. Jadi, nerveous tu tak payah

64

Penemu bual cakap la tapi berjaya survive dan dapat la A+ untuk praktikum last tu.
Saya berterima kasih kepada ustaz wan sebabnya membimbing saya
sehingga berjaya sebab dapat grad. Dan pengalaman bersama rakan-
rakanlah waktu dahulu selalu pergi lepak-lepak dengan kawan-kawan
terutamanya bila berpuka puasa. Lepas di dataran Putrajaya, berbuka
sama-sama dan juga solat tarawih di sana.
Jadi, tu je lah kan serba sedikit pengalaman ustazah ketika di IPGKPI.
Jadi saya nak tanya soalan yang terakhir mungkin. Apakah hasrat
ataupun harapan yang ustazah ingin dicapai sepanjang bergelar guru
ini.

Tetamu Harapan, harapan bukan unutk menjadi guru besar ke tapi saya ingin
menjadi guru yang disayangi oleh murid. Biarpun perwatakan tegas,
Penemu bual garang tapi murid tu boleh ingat sampai dia dah berjaya, grad dapat
Tetamu kerja tapi masih ingat Ustazah Syahirah. Jadi maksudnya, supaya
Penemu bual kenang dalam doa dan hasrat selain daripada itu ialah saya nak pulang
Penemu bual menabur bakti ke Semenanjung
Jadi, ustazah sudah berapa lama di Sarawak.

Sudah lapan tahun.

Ouh, jadi ustazah masih berada di sekolah yang sama.

Ya, masih di sekolah yang sama.

Jadi, ustazah tidak berhasrat unutk menyambung pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi seperti master?

Tetamu Sebenarnya saya pernah apply master pada tahun 2016, masih lagi
fresh graduate pada masa tu sebab saya posting pada tahun 2012.
Tapi tak kesampaian sebab waktu tu saya nak pergi kerjakan umrah
sebab bila kita dah daftar pada waktu tu, tak boleh tak hadir untuk
seminggu. Ha. Jadi, bila dah lepas pada tu dah kahwin, ada anak dah
jadi extend. Hasrat tu masih ada masih belum terkubur. Inshaallah

65

Penemu bual kalau ada rezeki dapat tapi kalau dapat balik ke Semenanjung lagi
Tetamu senanglah unutk ambik master sambal bekerja di sana.

Jadi, ini merupakan soalan yang terakhir untuk mahasiswa yang takut
di posting ke Sabah dan Sarawak
Kata-kata? Okey, tak payah taku sebab takut tu normal. Kita ni nak
masuk ke alam atau tempat baru yang kita tak pernah pergi sebelum
ni tapi dalam bidang kerjaya ni kita tak pernah bekerja di tempat seperti
itu tapi tak payah risau sebab Allah dah lorongkan kita yang terbaik
unutk kita, tepat pada waktunya. Sebabnya, kita dapat pengalaman
baru, benda baru di tempat yang baru.

Penemu bual Jadi, saya rasa itu sahaja interview saya dengan ustazah. Terima kasih
banyak-banyak ustazah sebab dapat beri kerjasama yang baik dengan
pihak saya.

66

TRANSKRIPSI 6 TEMU BUAL BERSAMA SAKSI MATA, MUHAMMAD FAZIL BIN CHE
ZAKI

Penemu bual Assalamuaikum Tuan. Tuan sihat ke?

Tetamu Waalaikumsalam. Ahlamdulilah sihat.

Penemu bual Terima kasih Tuan kerana beri peluang kepada saya unutk menemu
Tetamu bual pihak tuan pada hari ini dan saya rasa sangat bersyukurk erana
tuan dapat beri kerjasama yang baik. Jadi, terlebih dahulu, saya inign
perkenalkan diri saya. Jadi untuk itu, saya ingin mendengar serba
sedikit latar belakang tuan.
Okey, nama saya Muhammad Fazil bin Che Zaidi berasal dari Besut,
Terengganu. Berumur tahun ni 30 tahun. Ha. Sekarang ni bekerja
sendiri secara kecil-kecilan.

Penemu bual Okey, jadi saya ingin meminta pandangan serta pendapat tentang
Ustazah Syahirah lah. Jadi, bagaimana tuan tengok ustazah Syahirah
jalankan tugasan beliau sebagai seorang guru?

Tetamu Contoh macam rph la. Dia memang akan sediakan la rph terlebih
dahulu sebelum mulakan kelas. Setiap malam dia akan pastikan
bahawa rph untuk kelas esok sudah siap tersedia. Lagi satu, ustazah
ni dia ada bimbing murid iaitu latih dai;e cilik yang bercerita tentang
islam la dan murid tu ada lah dapat tempat pertama dan juga kedua
tapii unutk tahun ni tiada pertandingan lagi sebab covid kei. Dia ni
seorang yang berwibawa lah

Penemu bual Okey ini mungkin soalan yang terakhir iaitu apakah Hasrat tuan dalam
kerjaya Ustazah Syahirah. Adakah tuan lebih menempa nama dalam
pendidikan atau sebgai seorang guru biasa?

Tetamu Ouh, saya kalau boleh taknak di ani bukan sekadar ustazah la sebab
dia minat latih budak bercerita macam u la. Jadi, kalau macam tu saya
nak dia menjadi lebih daripada itu seperti pelatih di peringkat
antarabangsa sebab di dari dahulu lagi memang minat dengan
pengucapan awam ni.

67

Penemu bual Ouhh faham. Jadi saya rasa itu sahaja temu bual saya bersama tuan
pada hari ini. Terima kasih kepada ppihak tuan kerana memberi
kerjasam yang baik sekali. Semoga tuan sekelurga berada dalam
lindungan allah dan selamat berpuasa.

68


Click to View FlipBook Version