The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuradilakml, 2021-05-22 04:16:05

BUKU LOG-D20201093189

BUKU LOG-D20201093189

BUKU
LOG

Guru Kadet Remaja Sekolah (CUP 2011)
Encik Shaharudin bin Othman

Disediakan oleh:
Nur Adila Binti Kamal

D20201093189
AT04 Bimbingan dan Kaunseling

ISI KANDUNGAN BUKU LOG GURU KADET REMAJA SEKOLAH
1.1 Biodata diri
1.2 Kandungan Buku Log (meliputi semua tajuk yang terdapat dalam Pro-Forma:
1.2.1 Sejarah KRS
1.2.2 Ikatan dan gadget
1.2.3 Pertolongan cemas
1.2.4 Kawad
1.2.5 Peta dan kompas
1.2.6 Orieentering
1.2.7 Seni perkhemahan
1.2.8 Ikhtiar hidup dan pendidikan luar
1.2.9 Pendidikan alam sekitar ( kitar semula )
1.2.10 Aktiviti Air

2.
2.1 Video
2.1.1 Lagu Rasmi KRS
2.1.2 Ikatan dan gadget
2.1.3 Pertolongan cemas
2.1.4 Kawad
2.1.5 Kompas dan orieentering
2.1.6 Seni perkhemahan

BIODATA DIRI

Nama: Nur Adila Binti Kamal
No. Matrik: D20201093189
Bidang Pengajian: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling dengan Kepujian

Semester: 2
Fakulti: Fakulti Pembangunan Manusia
E-mel: [email protected]

1.2.1 SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH

En. Muhammad Thani Bin Sha’aban

Kadet Remaja Sekolah Malaysia ialah sebuah pergerakan mirip pengakap yang dianjurkan
oleh Kerajaan Malaysia sebagai sepasukan pertubuhan belia.

Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin
Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada
mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan
beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai

20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama
penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN
BERAMAL, berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan

hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.

Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan
Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA
KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah

mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah SMK Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz
Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani, Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd

Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah, Kajang, Selangor di bawah pimpinan En. Abu
Hassan Bin Morad.

Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan
KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan
Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah
dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet.
Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA - PUTERI ISLAM
(KPIM). Walau bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA

ISLAM (KRIS).

Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian
Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh yang berbahagia Tan
Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada

KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS ) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua
kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH
Peringkat Kebangsaan telah diiaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Yang
Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah

Menengah Raja Abdullah , Jalan Kepong, Kuala Lumpur.

1.2.2 IKATAN DAN GADJET
IKATAN BUKU SILA

Ikatan buku sila digunakan nutuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang
sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau
hujung tali tersebut senang dibuka semula.
IKATAN MANUK

Ikatan ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pancang. Ia berfungsi
sebagai permulaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan seraya, ikatan silang gunting,
ikatan lantai, ikatan silang nombor lapan.Ikatan ini juga digunakan untuk membuat gejet
(permulaan bagi ikatan-ikatan yang telah disebutkan diatas tadi.

IKATAN BALAK

Ia digunakan untuk mengikat kayu balak, tiang kapal, atau bungkusan yang besar supaya
mudah ditarik.Permulaan kepada ikatan serong. (ikatan balak juga boleh digunakan dalam
ikatan untuk membuat gejet selain ikatan manuk)
IKATAN SIMPUL PULIH

Digunakan untuk memendekkan tali tanpa memotongnya serta untuk menguatkan tali pada
bahagian yang reput,hendak putus atau rosak, menegangkan tali yang kendur setelah
kedua-dua hujungnya diikat.

IKATAN TINDIH KASIH

Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut, dan membuat
lubang tali yang tidak terjerut untuk mengangkat mangsa atau binatang ke atas seperti
kucing terjatuh ke dalam telaga.
SIMPUL ABAH ABAH

Untuk membuat tanjul ditengah-tengah tali. Tanjul itu dimasukkan keliling dada dangan
tujuan untuk menarik sesuatu barang,

SIMPUL KERUSI

Fungsinya adalah untuk menurunkan orang dari bangunan yang tinggi atau juram dengan
memasukkan tanjul yang kecil keliling dada dan tanjul yang besar keliling kaki atau
pelipatan lutut.
SIMPULAN PENCURI

Digunakan untuk aktiviti mendaki atau turun bukit.

SIMPULAN RAMA-RAMA

Simpulan ini dianggap sebagai suatu simpulan yang paling aman, kuat, dan mudah terikat.
Simpul ini mudah terikat di tebgah sebuah tali apabila anda tidak memiliki tambatan
akhir.Jika ikatkan simpulan rama-rama ini di hujung tali, ikatkan sebuah stopper knot bebas
contohnya simpulan angka no.8 ke hujung tali untuk keamanan.
IKATAN BUNGA GETI

Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tali yang berlainan jenis/saiz. Ia juga
digunakan untuk mengikat tali ke suau tanjul.

SIMPULAN HIMPIT (PENGAIL)

Simpulan himpit digunakan untuk menyambung dua tali yang sama besar, khansya pada
mata kail dan menyambung tali yang licin atau halus.
SIMPUL BELIT / LILIT DUA SIMPUL

Digunakan untuk mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok/pancang
kerana cara begini mudah dibuka semula serta tidak mudah tertanggal.

IKATAN SERAYA

Digunakan untuk mengikat kayu, buluh atau tiang bagi membuat jambatan, gejet, menara,
tiang, bendera dan lain-lain.Langkah pertama dimulakan dengan simpul manuk (lihat
gambar no.1). Kemudian lilit dengan kemas dan ketat, akhir sekali dimatikan dengan
simpul manuk juga.
IKATAN SERONG/SILANG

Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu bersilang.

IKATAN SILANG GUNTING

Untuk menguatkan batang kayu yang lemah dan untuk menyambung dua batang
kayu/buluh untuk membuat kaki yang bersilang.
SILANG TUNGKU

Ikatan ini adalah digunakan untuk membuat jambatan, menara, gajet dan menyambung
kayu dengan mengikat tiga batang kayu/buluh yang sama besar.

GAJET

MAKSUD GAJET

Menurut kamus Komprehensif Bahasa Melayu, Gajet bermaksud alat atau mesin yang kecil. Gajet
merupakan binaan yang dibuat menggunakan bahan-bahan sekitar perkhemahan dan dicantum/
dikukuhkan menggunakan tali/pengikat bagi menggantikan perabot rumah di tapak perkhemahan.

TUJUAN GAJET

Tempat menyimpan, menyusun dan memperagakan bahan, peralatan, pakaian dan
maklumat di tapak perkhemahan.
Melindungi makanan daripada tercemar.
Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam.
Memudahkan kita merujuk atau mendapatkan maklumat.
Mencantikkan pemandangan di kawasan perkhemahan.
Memudahkan kerja-kerja memasak dan menghidang makanan.
Menjadi mercu tanda perkhemahan seperti pintu gerbang dan tiang bendera.

JENIS-JENIS GAJET

Gajet tempat kasut
Gajet ampaian pakaian
Gajet pintu gerbang dan jambatan
Gajet tiang bendera
Gajet papan kenyataan
Gajet makanan
Gajet penyangkut periuk dan cerek untuk masak
Gajet tempat menyimpan bahan-bahan masakan seperti kicap, cuka dan sebagainya
Gajet tempat peralatan seperti cangkul, parang, pencakar, tukul dan sebagainya.
Gajet pagar

ANTARA CONTOH GAJET:
Pintu Gerbang

Meja Makan

Tempat Menyimpan Barang Kering
Tempat Menyimpan Kasut (Rak Kasut)

Ampaian Pakaian
Papan Kenyataan

Meja Kerja Dapur
Papan Singki

1.2.3 PERTOLONGAN CEMAS
Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk
orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. Ia
biasanya terdiri dari satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan
perubatan, oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum.

TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS:
Menyelamatkan nyawa
Mengelakkan kecederaan mangsa menjadi lebih teruk
Mengurangkan kesakitan mangsa

PRINSIP-PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS
Prinsip-prinsip penting yang patut penyelamat patuhi apabila memberi pertolongan cemas:

Bertindak segera, cekap dan penuh keyakinan.
Longgarkan pakaian jika perlu.
Hentikan darah jika berdarah.
Kurangkan kejutan dan tenangkan pesakit
Jangan gerakkan pesakit melainkan perlu.
Dapatkan rawatan segera jika keadaan teruk atau mencemaskanberhubung dengan doktor
di klinik atau rumah sakit yang terdekat.

PERATURAN-PERATURAN SEMASA MEMBERI BANTUAN
Membuat penilaian keadaan - Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan
selamat.-Kemudahan-kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi kemudahan
mendapatkanbantuan.- Dapat menilai keterukan/keparahan mangsa
Membuat diagnose - Mendapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda gejala, keadaansekeliling
yang boleh dijadikan bukti serta menjalankan pemeriksaan keataskecederaan mangsa.

Memberi rawatan sementara - Menjalankan rawatan mengikut prinsip dan
memberikeutamaan kepada mangsa yang teruk.
Membuat dan memberi laporan - Mengikut sejarah, kecederaan, pernafasan, nadi,
kesedaran danr awatan yang telah dilakukan keatas mangsa.

Peringatan!!!

Elakkan dari melakukan bantuan yang berlebihan dari yang sepatutnya supaya dapat
mengelakkan mangsa menjadi lebih teruk.
Jangan tanggalkan pakaian mangsa terutama mangsa yang tidaks edarkan diri.Lakukan
dengan hanya melonggarkan sahaja mana-mana bahagian yang ketat.
Cuba dapatkan bantuan perubatan seberapa segera.
Lakukan bantuan berdasarkan landas-landas selamatkan nyawa, pendarahan
dankecederaan patah.
Berikerjasama kepada pihak polis atau perubatan jika bantuan diperlukan.

TINDAKAN SERTA MERTA PERTOLONGAN CEMAS:

Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.
Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna.

SIFAT-SIFAT PEMBERI PERTOLONGAN CEMAS YANG BAIK

Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan kes-keskecemasan.
Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian atau
sekelilingnya.
Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dangejala sesuatu kes.
Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa.
Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberikeutamaan
rawatan mangsa.

Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan kesakitansi
mangsa.

TUGAS-TUGAS AHLI PERTOLONGAN CEMAS

Menyelamatkan mangsa secara permulihan pernafasan CPR jikapernafasan
mangsaterhenti, menahan pendarahan dan mengelakkan mangsa dari terjadi renjatan.
Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan dari jangkitankuman.
Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah dengan tuap atauanduh
supaya bahagian yang cedera berkeadaan tetap dan tida kbergerak.
Elak mangsa dari mengalami renjatan.
Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan tenang.
Atur bantuan agar mangsamen dapat rawatan perubatan.

PETI PERTOLONGAN CEMAS

Peti Pertolongan Cemas

Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikanuntuk orang yang
tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yangbertauliah. Ia biasanya terdiri dari satu
siriteknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpalatihan perubatan, oleh hampir semua orang
dengan peralatan yang minimum.

Antara peralatan yang umumnya yang perlu dalm peti pertolongan cemas seperti dalam
rajah di bawah:

BIL PERKARA KEGUNAAN

1. Triangular bandage (kain anduh) Untul mengampu bahagian kecederaan/
kepatahan, membalut luka/ pendarahan yang
didapati ada kepatahan tulang

2. Sterile eye pad Melindung mata yang tercedera/ terkena
bendasing

3. Non-sterile gauze Melakukan pencucian/pembebat luka‡
Sterile gauze
Membuat balutan/memberi tekanan pada
perdarahan dan menstabilkan kepatahan

4. Elastic bandage/crepe bandage Menstabilkan kecederaan/ kepatahan/ untuk
Roller bandage membalut luka dan juga kecederaan ringan
eg.
Dislocation (terseliuh)

5. Glove-disposable/nonsterile Melindungi diri dari sebarang cecair badan/
sumber jangkitan

6. Scissor Memotong gauze/ bandage
7. Adhesive tape Melekatkan balutan dan pembebat
8. Sterile multi-trauma dressing/ gauze Melakukan pencucian/ pembebatan luka

9. Alcohol prep pads Mencuci sebarang bendasing/ kekotoran pada
luka sebelum membalut.

10. Cotton buds Mencuci luka pada kawasan sukar

11. Acriflavine (ubat kuning) Untuk antiseptic

12. Dettol (boleh diganti dengan Normal Antiseptik dan digunakan sebagai cucian luka

Saline solution 0.9%) luar

13. LMS solution (minyak kuda) Melegakan kesakitan otot

JENIS-JENIS ANDUH
Anduh besar
Anduh kecil
Anduh pergelangan tangan
Anduh menarik

JENIS-JENIS BALUTAN ANDUH
Anduh lengah
Anduh kepala
Anduh lutut atau siku
Anduh pergelangan tangan
Anduh tapak kaki

ANDUH DAN BALUTAN
ANDUH LENGAN

Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera. Kemudian
ikatan buku sila diikat pada atas bahu. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi
boleh sipinkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk lebih kemas.

ANDUH LUTUT
Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya (seperti gambar rajah di bawah) di atas lutut yang
tercedera. Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan
buku sila pada atas bahagian lutut (seperti gambar rajah di bawah). Tutup ikatan tersebut
dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas.

ANDUH KEPALA
Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada atas dahi mangsa dan biarkan
bucu atas kain anduh berada di belakang kepala. Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan
silang ke belakang kepala kemudian dibawa ked ahi dan diikat buku sila. Lipat kain lebihan
di belakang untuk lebih kemas.

ANDUH PERGELANGAN TANGAN ATAU TAPAK KAKI

Letakkan tapak tangan/ kaki yang tercedera di atas kain anduh, kemudian tarik dan letakkan
bucu atas kain anduh di atas tangan/ kaki (seperti gambar rajah di bawah). Silangkan kedua-
dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah (seperti gambar rajah di bawah). Ikatan
buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yanbg ditunjukakn di
gambar rajah di bawah. Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat
kecederaan pada bahagian kaki yang mesti di balut.

1.2.4 KAWAD
BAHAGIAN SATU

SEDIA

Hukumannya :
"Skuad ..............Sedia"

Perbuatan: Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak padat di sebelah kaki kiri
supaya terdengar satu bunyi sahaja. Kedudukannya ialah kedua-dua tumit rapat dan sebaris; hujung
kaki terbuka 30 darjah; kedua-dua lutut bertahan lurus; badan tegak; timbang keberatan badan
antara tapak kaki dengan tumit; kedua-dua bahu tarik ke bawah dan ke belakang (supaya dada
terbuka tanpa perlu dikeraskan) sama rata; kedua-dua tangan lurus ke bawah; kedua-dua siku rapat
ke badan; pergelangan tangan lurus; jari-jari genggam; belakang jari rapat ke paha, ibu jari lurus
menghala ke bawah dan rapat kepada telunjuk serta di belakang sedikit daripada penjahitan seluar;
langut kepala memandang terus ke hadapan.

Kesalahan Biasa:
1. Kedudukan yang terlalu kaku dan menyukarkan pernafasan.
2. Berdiri tidak tetap serta mata bergerak.
3. Kaki dan badan tidak lurus ke hadapan serta tumit tidak rapat.
4. Tangan bengkok dan terjulur ke hadapan.
5. Belakang tangan menghala ke hadapan atau pergelangan

tangan mengerekot.
6. Badan senget ke kiri atau ke kanan dan bahu tidak sama rata.
7. Tidak memandang (200 meter) ke hadapan

8. Tunduk atau mendongak.
9. Semasa tumit atau hujung kaki dijatuhkan terdapat dua bunyi.

Ingatan:
Beri hukuman supaya bersedia sebelum "Skuad ..............Sedia".

BAHAGIAN II
SENANG DIRI

Hukuman :

"Senang ..................Diri"

Perbuatan: Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak ke sebelah kanan sejauh
12 inci. Dalam masa yang sama kedua-dua tangan ke belakang dan letakkan belakang tangan
kanan rapat di atas tapak tangan kiri, ibu jari bersilang, empat-empat jari bersusun lurus menuju
ke bumi , siku lurus, dan keberatan badan di atas kedua-dua kaki. Masa angkat kaki kanan, kaki
kiri mesti tegap dan tidak bergerak.

Kesalahan Biasa :
1. Siku bengkok;
2. Lutut tidak tegap dan tiada bertahan;
3. Tiada bawa kaki kanan ke kanan cukup jarak 12 inci;
4. Menggerakkan kaki kanan menyebabkan rosak lurus barisan;
5. Pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kiri;
6. Jatuh tumit atau hujung kaki dahulu.
7. Bahu jatuh dan badan mengenjut.

BAHAGIAN III
REHATKAN DIRI

Hukuman :
"Rehatkan ................Diri"

Perbuatan: Dalam kedudukan senang diri, naikkan tangan dari punggung ke pinggang dalam satu
pergerakan dan rehatkan semua anggota badan ( 1 , 2 , rehat ) .Kedudukan kaki tidak berubah.
Kesalahan biasa :
1. Kedua tapak kaki bergerak , menyebabkan hilang lurus barisan;
2. Menggeliat dan bercakap-cakap.
Ingatan: Dalam keadaan "Rehatkan ....... Diri" , Skuad dibenarkan melakukan pergerakan setakat
pinggang ke atas sahaja.
Apabila dapat perintah "Skuad" dengan serta merta balik ke kedudukan senang diri.
BAHAGIAN IV
MASUK BARIS
Arahan masuk baris :

"Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tiga barisan di hadapan saya gerak,
skuad hendaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga barisan, di hadapan, di tengah-tengah,
di mana saya mengadap. Faham itu skuad".

Hukuman :
"Tiga Barisan Di hadapan Saya ............. Gerak"

Perbuatan: Semua anggota hendaklah sedia, berlari dengan pantas, berbaris dalam tiga barisan
kira-kira 6 langkah di hadapan ketua/jurulatih iaitu setiap orang mestilah mengambil tempatnya,
barisan hadapan, barisan tengah dan barisan belakang. Jarak di antara satu barisan dengan yang
lain ialah 30 inci. Jarak di dalam barisan di antara seorang dengan yang lain ialah sekadar satu
tangan dan dalam keadaan sedia.

Kesalahan Biasa:
1. Datang berbaris tidak berlari
2. Tidak melakukan perbuatan sedia sebelum berlari.
3. Bercakap-cakap;
4. Barisan terlalu rapat atau terlalu jauh daripada jurulatih.

BAHAGIAN V
MEMBETULKAN BARISAN

Hukuman:

" Ke kanan ............ Lurus"

Perbuatan: Penanda kanan diam. Yang lain langkah* kaki kanan 6 inci ke hadapan dan angkat kaki
kiri serta hentak disebelah kaki kanan, kedua - dua tangan lurus dan rapat ke badan. Diam dan kira
masa sendiri (2-1). Kemudian palingkan muka ke kanan; melainkan anggota yang nombor satu
dalam setiap barisan; serentak dengan itu anggota dalam barisan hadapan angkat tangan ke paras

bahu melalui sebelah belakang anggota di kanannya, jari genggam dalam keadaan ibu jari di
kedudukan atas mencecah bahu anggota di sebelah kanan. Diam dan kira masa sendiri, (2-1),
diikuti dengan hentak kaki ”pendek – pendek” sehingga barisan lurus.

Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebelah kanan barisan tengah dan barisan belakang
hendaklah mengangkat tangan sekadar menyentuh bahu anggota di hadapannya. Setiap barisan ini
hendaklah berdiri bersetentang dengan anggota - anggota di hadapan. Sesudah barisan lurus,
semua diam dan tunggu hukuman pandang depan.

*julur

Hukuman:
''Pandang.............depan''

Perbuatan: Palingkan muka ke hadapan dan turunkan tangan ke sebelah rusuk serentak dengan
pantas.

Hukuman:
”Ke Kiri…… Lurus”

Hukuman ini diberi apabila skuad menghadap ke belakang dan penanda berada di sebelah kiri.
Perbuatannya adalah sama dengan ke kanan lurus kecuali semua anggota akan palingkan muka ke
kiri dan angkat tangan kiri. Penanda di sebelah kiri hendaklah diam.
Kita boleh memberi nombor sama ada dari kiri atau kanan.

Kesalahan Biasa :
1. Melompat dengan kedua-dua kaki dalam satu masa;
2. Kaki dan bahu tidak sama rata ke hadapan dan badan condong ke depan semasa mengambil

lurus;
3. Pinggang lemah semasa kaki bergerak;
4. Jarak dan bersetentang tidak betul;

5. Badan dan kepala tidak tegak semasa mengambil lurus;
6. Turun tangan lambat dan siku bengkok.
7. Menepuk peha ketika menjatuhkan tangan.

Hukuman :

"Luruskan ............ Barisan"

Perbuatan: Pergerakan seperti di atas juga tetapi tidak perlu melangkah ke hadapan, cuma
hentakkan kaki kanan dan kiri berturut-turut dan terus bergerak betulkan barisan. Apabila barisan
telah lurus , turunkan tangan dan palingkan muka ke depan dalam masa sendiri. Barisan tengah
dan barisan belakang hendaklah mengikuti anggota hadapan.

BAHAGIAN VI
NOMBOR

Permulaan pelajaran, skuad hendaklah dinomborkan supaya menyenangkan jurulatih memanggil
anggota. Dari itu memadai dengan memanggil “Nombor.......... barisan ..................” saja.
Anggota juga tahu kedudukannya dalam skuad.

Hukuman :
" Dari kanan ...........Nombor"

Perbuatan: Barisan yang di hadapan sahaja yang membilang nombor dengan pantas dari kanan ke
kiri. Anggota yang di sebelah kanan sekali bilang "satu" , yang lain mengikut bilang "dua" dan
seterusnya sehingga habis.

Kesalahan Biasa :
1. Tidak mengira nombor dengan cepat.
2. Bilang nombor dengan suara perlahan.
3. Lupa nombor masing-masing.

Ingatan: Apabila anggota telah tersalah bilang, hendaklah diberi hukuman "Semula" , kemudian
ulang balik daripada anggota pertama.

BAHAGIAN VII
BUKA / TUTUP BARISAN

Hukuman :
"Buka Barisan .................Gerak".

Perbuatan: Barisan hadapan ambil dua langkah ke hadapan, iaitu langkah kaki kanan ke hadapan
30 inci dan kaki kiri 15 inci, kemudian angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri kepada
kedudukan sedia. Barisan belakang ambil dua langkah ke belakang mulai kaki kanan diikuti kaki
kiri, kemudian angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri kepada kedudukan sedia. Masa
bergerak bilang;
(1-2-1)

Kesalahan Biasa :
1. Kedua-dua tangan tidak rapat ke badan;
2. Tidak mengambil langkah cukup ke hadapan dan ke belakang;
3. Tangan dan bahu bergerak;
4. Mata pandang ke bawah;
5. Badan tidak tegak.

Hukuman :

"Tutup Barisan.......Gerak".

Perbuatan: Barisan hadapan ambil dua langkah ke belakang dan barisan belakang ambil dua
langkah ke hadapan. Pergerakannya adalah serupa seperti "Buka Barisan......Gerak".

Ingatan: Apabila skuad berjalan dalam barisan ke hadapan atau ke belakang (melintang) ketika
hukuman buka barisan diberi, barisan hadapan hendaklah jalan terus, barisan tengah hentak kaki
dua kali , manakala barisan belakang hentak kaki empat kali dan maju. Kalau hukuman tutup
barisan diberi, pergerakan adalah sebaliknya.

BAHAGIAN VIII
BERPUSING KE KANAN/ KIRI/ BELAKANG

Hukumannya :

”Bergerak ke kanan, kanan ........ Pusing".

Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke kanan, di
atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki
kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan
dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia .
Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan
pantas kepada kedudukan sedia.

Kesalahan Biasa:
1. Tangan tidak rapat ke badan
2. Hentak kaki tendang kuda.
3. Membongkok
4. Lutut bengkok
5. Angkat peha melebihi 45 darjah

Hukumannya,

”Bergerak ke kiri, Kiri .......Pusing".

Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke kiri, di atas
tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan dengan mengangkat hujung kaki kiri dan tumit kaki kanan.
Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kiri terletak atas bumi menyerong ke kiri dan tumit
kaki kanan terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan
badan di atas kaki kiri. Angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri dengan pantas kepada
kedudukan sedia.

Kesalahan Biasa:
1. Tangan tidak rapat ke badan
2. Hentak kaki tendang kuda.
3. Membongkok
4. Lutut bengkok
5. Angkat peha melebihi 45 darjah

Hukumannya :

Menghadap ke belakang , "Belakang ......Pusing".
Menghadap ke hadapan , "Belakang ......Pusing".

Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing 180 darjah mengikut pusingan
jam ( ikut bahu kanan ) , di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung
kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas
bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti
kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki
kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia.
Kesalahan Biasa:

1. Tangan tidak rapat ke badan
2. Hentak kaki tendang kuda.
3. Membongkok
4. Lutut bengkok
5. Angkat peha melebihi 45 darjah.
6. Badan melonjak ketika berpusing

BERPUSING SEPARUH KANAN/KIRI

Hukumannya:
”Bergerak ke kanan, separuh kanan ........ Pusing".
”Bergerak ke kiri, separuh kiri .......Pusing".

Pergerakan sebagaimana berpusing kanan/kiri tetapi separuh kanan/kiri sahaja ( 45 darjah )

Kesalahan biasa :

1. Badan melonjak semasa berpusing;
2. Tangan bergoyang dan membongkok semasa berpusing;
3. Tumit bergerak dari tempatnya masa berpusing.
4. Kedua-dua siku tidak lurus masa merapatkan kaki;
5. Badan dan bahu tidak berpusing dengan betul dalam pergerakan pertama.
6. Lutut bengkok semasa berpusing.

BAHAGIAN X
BERSURAI DAN KELUAR BARIS

Hukuman:
"Ber..............surai".

Perbuatan: Skuad itu hendaklah dalam keadaan tutup barisan , pusing ke kanan, hentak kaki kiri
di sebelah kaki kanan, hormat sekali terus melangkah mulai kaki kanan ke hadapan tiga langkah
dalam masa cepat ; terus bersurai.

Ingatan: Jika bertongkat, hendaklah dibawa tongkat itu ke kedudukan kepit sebelum memberi
hormat. Anggota yang tidak bertongkat ikut kiraan masa anggota yang bertongkat.

Perhatian:
Jangan disangkakan bersurai itu perkara kecil, bersurai ialah memberi hormat kepada pegawai.
Dengan sebab itu jurulatih hendaklah memerhatikan pergerakan hormat dilakukan dengan
sempurna.

Hukuman :

"Keluar ............... Baris"

Berbeza dengan bersurai, keluar baris bermaksud aktiviti belum tamat, malah bersurai sementara
sahaja dan hormat tidak dikehendaki. Anggota tidak boleh beredar dari padang kawat atau
kawasan latihan.

BAHAGIAN XI
PARAS

Paras boleh dilakukan seperti berikut :

1. Anggota tinggi di sebelah kanan , anggota rendah di sebelah kiri.
2. Anggota rendah di sebelah kanan, anggota tinggi di sebelah kanan.
3. Anggota rendah di tengah-tengah.
4. Anggota tinggi di tengah-tengah

Hukuman :

"Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan ..........paras".

Perbuatan: Semua anggota membuat perbuatan keluar baris dan berbaris semula dalam satu barisan
mengikut ketinggian masing-masing dan berdiri dalam keadaan sedia.

"Dari kanan........... Nombor"
Skuad itu hendaklah menghitung nombor dari kanan ke kiri.

"Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah
ke belakang...........gerak".

Jurulatih hendaklah memeriksa pergerakan.

"Orang yang di sebelah kanan sekali diam, nombor ganjil ke
kanan, genap ke kiri , barisan kanan dan kiri ..........pusing".

Anggota nombor satu diam, lain-lain anggota hendaklah berpusing seperti yang diperintahkan.

"Jadikan tiga barisan, .........cepat jalan".

Skuad itu jadikan tiga baris. Anggota nombor genap ikut belakang nombor ganjil, iaitu nombor
satu genap menjadi nombor satu barisan tengah. Nombor lima menjadi nombor satu barisan
belakang. Nombor tujuh jadi nombor dua barisan hadapan dan seterusnya. Apabila berhenti di

tempat masing-masing hendaklah berpusing ke hadapan bertiga-tiga setelah mendapat isyarat ”up”
dari anggota barisan belakang. Isyarat ”up” diberikan sekali lagi untuk pergerakan senang diri.

Ingatan :

Jika dikehendaki kedudukan skuad itu tinggi di sebelah kanan dan rendah di sebelah kiri,
hukumannnya :

"Orang yang di sebelah kanan sekali diam, yang lain bergerak ke kanan, kanan
............pusing".

" Jadikan tiga barisan..........cepat jalan"

( iaitu semasa mereka di dalam satu barisan ), maka skuad hendaklah membuat seperti di atas.

Hukuman :

"Yang rendah ke kanan, tinggi ke kiri, dalam satu barisan ..........paras".

Perbuatan: Semua anggota membuat perbuatan keluar baris dan berbaris semula dalam satu barisan
mengikut ketinggian masing-masing dan berdiri dalam keadaan sedia.

"Dari kanan........... Nombor"
Skuad itu hendaklah menghitung nombor dari kanan ke kiri.

"Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah ke
belakang...........gerak".

Jurulatih hendaklah memeriksa pergerakan.

"Orang yang di sebelah kanan sekali diam, nombor ganjil ke kanan, genap ke kiri ,
barisan kanan dan kiri ..........pusing".

Anggota nombor satu diam, lain-lain anggota hendaklah berpusing seperti yang diperintahkan.

"Jadikan tiga barisan.........cepat jalan".

Skuad itu jadikan tiga baris. Anggota nombor genap ikut belakang nombor ganjil, iaitu nombor
satu genap menjadi nombor satu barisan tengah. Nombor lima menjadi nombor satu barisan
belakang. Nombor tujuh jadi nombor dua barisan hadapan dan seterusnya. Apabila berhenti di
tempat masing-masing hendaklah berpusing ke hadapan bertiga-tiga setelah mendapat isyarat ”up”
dari anggota barisan belakang. Isyarat ”up” diberikan sekali lagi untuk pergerakan senang diri.

Ingatan: Jika dikehendaki kedudukan skuad itu rendah di sebelah kanan dan tengah di sebelah kiri,
hukumannnya :

"Orang yang di sebelah kanan sekali diam, yang lain bergerak ke kanan, kanan
............pusing".

" Jadikan tiga barisan..........cepat jalan"

( iaitu semasa mereka di dalam satu barisan ), maka skuad hendaklah membuat seperti di atas.

1.2.5 PETA DAN KOMPAS

PETA

Peta adalah gambaran atau lukisan tentang sesuatu kawasan di permukaan bumi yang dilihat dari
udara. Ianya digunakan bagi melihat taburan ciri fizikal dan budaya sesuatu kawasan di mana
simbol digunakan bagi mewakili ciri geografi bagi merekod maklumat dalam sesuatu peta.

SIFAT PETA YANG LENGKAP
Peta yang lengkap mempunyai:

Tajuk
Skala
Petunjuk
Mata angin utara
Rangka peta

PETA DILAMBANGKAN OLEH:
Simbol
Singkatan
Warna

KOMPAS

Kompas adalah merupakan alat navigasi yang amat penting dalam latihan semasa berada di dalam
hutan. Ia digunakan untuk mencari arah tuju bagi sesuatu lokasi berdasarkan lakaran pada peta
yang telah diisytiharkan. Mengandungi jarum magnet berwarna hitam ataupun merah dan diukur
dengan menggunakan darjah atau mil. Kompas adalah merupakan alatan kedua terpenting dalam
sukan orientaring selepas peta.
Tujuan penggunaan peta ialah untuk pelarasan peta. Dalam aktiviti kembara atau orientaring
menggunakan kompas, peta akan dilaraskan terlebih dahulu ke arah utara untuk memudahkan
pengguna mengenalpasti kedudukan dan hala tuju seterusnya. Seterusnya, kompas digunakan
untuk menentukan arah navigasi atau pergerakan dalam peta menuju ke destinasi atau titik tuju
seterusnya. Kompas juga digunakan untuk menentukan ukuran jarak pada kedudukan peta supaya
mudah pergerakan dijalankan.

KEGUNAAN KOMPAS:Kompas hanya digunakan untuk tujuan-tujuan seperti berikut
Menentukan arah perjalanan
Menyelaraskan peta
Mengira jarak jauh
Menentukan arah laluan balik (semasa mengtasi halangan)
Membantu menentukan tempat anda berada dalam peta (digunakan bersama peta).

Bila menggunakan kompas, kesilapan antara 5 darjah adalah dibenarkan, kerana ia bukan senang
untuk mendapatkan ketepatan seratus peratus.

BAHAGIAN-BAHAGIAN KOMPAS

1. Anak panah menunjukkan arah
2. Jarum Kompas
3. Skala
4. Kanta Pembesar
5. Penjangka (roamer)
6. Penunjuk arah perjalanan
7. Tapak kompas (Base plate)
8. Bacaan Bearing (sudut)
9. Garisan penimur grid
10. Piring kompas

JENIS-JENIS KOMPAS
Kompas Tentera
Kompas Orienteering
Kompas Marin
Kompas Kiblat
Kompas Digital

PANDUAN MENGGUNAKAN KOMPAS

Apabila memegang kompas untuk digunakan ia hendaklah dalam kedudukan rata.
Tentukan kompas berada di hadapan anda dan menghala ke hadapan ketika membacanya.
Jangan mengambil bearing kompas pada atau berhampiran tempat-tempat yang terdapat
besi dan litar elektrik. Berikut adalah anggaran jarak yang sesuai ketika menggunakan
kompas di kawasan tersebut.

Talian eletrik kuasa tinggi = Lebih daripada 55 meter

Kereta = Lebih daripada 18 meter

Talian telegraf atau telefon = Lebih daripada 10 meter

Kawat besi = Lebih daripada 10 meter

Parang = Lebih daripada 0.2 meter

Periksa ketepatan kompas sebelum ia digunakam dengan mengambil bearing ke objek
tertentu dan bandingkan bearing itu dengan sekurang-kurangnya dua kompas.
Sebelum kompas digunakan, teliti kiraan unitnya sama ada mil atau darjah serta perhatikan
angka-angka dan tanda-tanda yang ada.
Kompas yang baik ialah yang mempunyai jarum yang cepat stabil ketika kompas dipegang
walaupun kompas telah dipusing-pusingkan beberapa kali.

MENGENAL KOMPAS Panah Arah
Plat Tapak
Skala Darjah
Panah Orienteering Jarum Magnet
Moveable Housing
Perumah Arah

1.2.6 ORIEENTERING

1.0 SEJARAH ORIEENTERING

Orienteering mula diperkenaklan di Sweden pada tahun 1918 di kalangan tentera dan
kemudiannya Major Killander mempopularkan sukan orienteering kepada orang awam. Pada
tahun 1961, Persekutuan Orienteering Antarabangsa (International Orienteering Federation – IOF)
ditubuhkan di Copenhagen dengan keahlian 10 buah negara – Bulgaria, Cezcholovakia, Denmark,
Finland, Hungary, Jerman Barat, Jerman Timur, Norway, Sweden dan Switzerland.

Orienteering mula diperkenalkan di Malaysia dengan tertubuhnya Persatuan Orienteering
Pulau Pinang pada tahun 1983. Kemudian pada tahun 1986, Persatuan orienteering Selangor dan
Wilayah Persekutuan – WOA ditubuhkan. Pada tahun 1988, WOA buat julung kalinya telah
berjaya mengadakan Kejohanan orienteering Terbuka Malaysia pada tahun 1988.

Walaupun sukan orienteering di Malaysia pada ketika itu masih belum mempunyai satu badan
peringkat kebangsaan, namun demi untuk mengikuti perkembangan dunia orienteering diperingkat
antarabangsa, WOA telah berusaha untuk memohon bagi mewakili Malaysia untuk menjadi Ahli
Gabungan kepada IOF pada tahun 1992. IOF telah meluluskan dan mengiktiraf WOA sebagai
sebuah badan sementara bagi mewakili Malaysia di dalan IOF.

Pada tahun 1994, sebuah badan induk peringkat kebangsaan iaitu Persatuan Orienteering
Malaysia – MOA) telah berjaya ditubuhkan bagi menyelaraskan segala aktiviti sukan orienteering
di Malaysia dan sebagai satu badan orienteering yang mewakili Malaysia di dalam IOF. MOA
ditubuhkan dengan mempunyai 7 cawangan negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Terangganu dan Johor.

2.0 JENIS-JENIS ORIEENTERING

1. Orienteering Merentas Desa (Cross Country Orienteering)
Pada umumnya, apabila disebut orienteering, ia dirujuk kepada orienteering jenis ini –
orienteering merentas desa. Ia juga dikenali sebagai acara klasik. Di dalam acara ini,
peserta adalah dimestikan melawat kesemua titik-titik kawalan menurut aturan yang telah
ditetapkan. Sekiranya peserta tidak melawat salah satu titik kawalan tersebut.
Penyertaannya dikira batal. Orienteering ini biasanya dijalankan dikawasan rupa bumi
yang pelbagai. Format ini lebih sesuai untuk pertandingan kerana kesemua peserta
umumnya akan menghadapi cabaran yang hampir sama.

2. Orienteering Bermarkah (Score orienteering)

Di dalam acara jenis orienteering bermarkah, banyak titik-titik kawalan disediakan di mana
setiap titik kawalan mempunyai mata yang tertentu bergantung kepada jarak dan kesukaran
teknikal. Peserta adalah bebas untuk memilih mana-mana titik kawalan untuk dilawati.
Walau bagai mana pun masa adalah dihadkan dan biasanya 60 minit. Peserta yang melebihi
dari had masa yang ditetapkan akan dikenakan penelti dan bentuk penelti bergantung
kepada penganjur.
Matlamat acara orienteering bermarkah ini adalah untuk mengumpul mata yang banyak
dengan melawati seberapa banyak kawalan yang boleh di dalam masa yang dihadkan.
Format ini adalah sesuai untuk peserta-peserta baru kerana penyertaan mereka tidak
terbatal jika tidak melawat salah satu titik kawalan. Walau bagai mana pun acara ini
nampaknya agak mudah tetapi peserta perlu merancang dan meneliti landasannya sendiri
dalam keadaan masa yang terhad.

3. Orienteering Jalan raya (Street orienteering)

Walaupun dikenali sebagai orienteering jalan raya tetapi ianya tidaklah dilakukan di
jalanraya yang sibuk. Acara ini dijalankan dikawasan perumahan.

Penanda kawalan biasanya tidak digunakan sebaliknya peserta perlu mencatit butiran atau
maklumat yang terdapat di sesuatu titik kawalan seperti nombor pili bomba dan
sebagainya.

4. Orienteering Bukit (Mountain orienteering)
Orienteering ini dijalankan dikawasan berbukit-bukit di samping jarak yang agak jauh.
Terdapat juga di mana acara ini dijalankan melebihi dari satu hari dan di dalam keadaan
ini peserta perlu membawa bersama-sama peralatan bermalam.
Format ini memerlukan peserta yang berpengalaman dan tahap fizikal yang agak tinggi
memandangkan landasan acara ini yang mencabar serta memerlukan navigasi dan daya
keyakinan yang mantap.

5. Orienteering Malam (Night orienteering)
Orienteering malam dijalankan dikawasan terbuka seperti di taman-taman dengan jarak
landasan yang pendek demi keselamatan para peserta serta masa yang terhad. Peserta perlu
membawa lampu untuk membaca peta dan mencari penanda kawalan.

6. Orienteering Berganti-Ganti (Relay orienteering)
Acara ini dijalankan dengan penyertaan secara berpasukan, 3 atau 4 orang. Setiap ahli
dalam pasukan akan menamatkan landasan beliau sebelum digantikan oleh rakan
sepasukan di satu tempat penggantian yang telah ditetapkan. Setiap peserta di dalam
sesuatu pasukan akan melalui landasan yang berbeza.

7. Norwegian Event
Acara ini adalah satu acara yang digunakan bagi menyediakan satu landasan yang panjang
di dalam kawasan yang kecil ataupun di kawasan yang sempit. Tidak seperti acara lain,
peserta bagi acara ini akan hanya diberi menyalin kedudukan titk permulaan dan titik

kawalan pertama sahaja terlebih dahulu. Apabila tiba di titik kawalan pertama, peserta akan
menyalin kedudukan titk kawalan yang kedua pula dari satu peta yang tersedia di situ.
Proses ini akan terus dilakukan sehingga peserta tiba di titik penamat.

1.2.7 SENI PERKHEMAHAN

DEFINISI PERKHEMAHAN

Perkhemahan ialah mendirikan khemah untuk dijadikan kediaman sementara untuk
berteduh mahupun bermalam. Khemah diperbuat daripada kain tebal atau kain layar yang
ditegakkan dengan tiang besi atau kayu dan tali. Pada zaman sekarang, kebanyakkan
khemah diperbuat daripada nilon kerana ianya ringan dan sesuai dengan suasana
perkhemahan dan sesuai dibawa ke mana-mana sahaja. Ia tidak seperti kain tebal atau kain
layar.

TUJUAN PERKHEMAHAN DIADAKAN

Membina semangat perpaduan di kalangan ahli
Memberikan latihan dan pendedahan kepada ahli
Memberikan ahli suatu peluang untuk menghayati suasana alam semulajadi jikalau
perkhemahan itu diadakan di tepi pantai atau dalam hutan.
Memberikan ahli satu peluang untuk naik pangkat jikalau perkhemahan itu merupakan kem
perntauliahan.

KOMPONEN-KOMPONEN YANG TERDAPAT DALAM SATU KHEMAH

Satu khemah biasanya mempunyai:

Tiang rangka
Pancang
Flysheet
Khemah
Beg khemah
Tali

SYARAT-SYARAT PENTING APABILA INGIN MENDIRIKAN SATU TAPAK
PERKHEMAHAN
Antara syarat-syarat penting adalah:

Bentuk muka bumi dan salirannya
Jenis tanah
Iklim semulajadi
Jenis tumbuhan (tumbuhan yang reput)
Kemudahan asas (sungai, tandas, dll)
Keselamatan (serangan haiwan, anai-anai dll)

JENIS-JENIS KHEMAH
Jenis-jenis khemah terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan kegunaanya:
i. Ridge Tent

Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung. Ia diperbuat dari bahan nilon
(nylon) yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat.


Click to View FlipBook Version