ii. Dome Tent
Berbentuk gelembung dan menggunakan bahan yang sesuai serta fleksibel. Ianya ringan,
mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti di sekolah dan
sebagainya.
1.2.8 IKHTIAR HIDUP DAN PENDIDIKAN LUAR
TAKRIFAN IKHTIAR HIDUP:
"USAHA UNTUK TERUS HIDUP DALAM SUATU KEADAAN GENTING"
Ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Dalam konteks
kegiatan lur, ikhtiar hidup ialah usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu.
SITUASI IKHTIAR HIDUP SEPERTI:
Kehabisan bekalan makanan
Ancaman binatang
Masalah perlindungan
Lain-lain
Situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada berlaku melalui perancangan dengan teliti dan
menyeluruh sama ada dari segi mental (pengetahuan), fizikal (kecergasan, stamina), teknikal
(kemahiran) dan material (peralatan, pakaian dan bekalan)
PUNCA SITUASI IKHTIAR HIDUP
Punca utama ialah kelalaian manusia itu sendiri sama ada di peringkat perancangan,
persiapan ataupun di peringkat perlaksanaan aktiviti. Selain itu, kurang pengetahuan dan
kemahiran adalah kelemahan yang sepatutnya tidak berlaku jika ingin melakukan aktiviti
luar.
KEPENTINGAN IKHTIAR HIDUP
Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup merupakan perkara terpenting
yang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin menceburkan diri dengan kegiatan
luar. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup penting kerana kegiatan luar
itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko.
PRINSIP IKHTIAR HIDUP
i. Keselamatan
Keutamaan hendaklah diberikan kepada soal keselamatan nyawa. Ini dapat dilakukan
dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan
keselamatan. Sebagai contoh, elakkan memakan tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui
sama ada boleh dimakan atau tidak walaupun anda berasa sangat lapar. Masalah ikhtiar
hidup akan menjadi lebih rumit jika soal keselamatan tidak diambil kira.
ii. Usaha
Dalam situasi ikhtiar hidup, pelagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa
sebagaim ikhtiar bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Sikap berdiam diri dan berserah
kepada nasib semata-mata adalah satu sikap yang tidak akan membantu. Jika sesuatu usaha
itu gagal, maka usaha yang lain hendaklah dilakukann asalkan tidak menjejaskan
keselamatan. Lebih banyak usaha yang dilakukan maka lebih cerahlah peluang seseorang
itu mengatasi masalah ikhtiar hidup.
iii. Kawalan Diri
Dalam situasi ikhtiar hidup, kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala keputusan
dan tindakan dapat memberikan hasil yang positif. Tanpa kawalan diri, persaan panik,
hilang perhitungan akan menyebabkan seseorang itu bertindak terburu-buru. Keadaan ini
sudah pasti merumitkan lagi masalah yang dihadapi.
PERALATAN PALING ASAS DALAM KEADAAN IKHTIAR HIDUP SEPERTI:
Pisau/parang - tujuan memotong, mempertahankan diri, am.
Mata pancing - menangkap ikan, sumber makanan (protein)
Tali pancing - menangkap ikan dan kerja mengikat
Mancis/pemetik api - masak, haba, cahaya
Garam - gantikan mineral badan yang hilang
KONSEP MENCARI MAKANAN DENGAN TUJUAN PEMAKANAN (TASTE TEST)
i. CIUM @ HIDU
Potong sampel yg diuji. Renyuk hingga hancur. Cium bau menerusi deria bau, otak
membuat penilaian/tindak balas yg berbau busuk atau tengik mungkin beracun/berbahaya
dan memabukkan.
ii. GATAL KULIT
Kalau tiada bau tengik, sapukan sampel tadi pada kulit yang lembut seperti lengan/perut.
Gosok selama 15 minit. Sekiranya gatal atau miang, tumbuhan itu mungkin beracun.
iii. BIBIR, LIDAH, MULUT
Seterusnya lakulan ujian dengan deria rasa bibir, lidah & mulut. Tumbuhan tadi yg
dilenyakkan diletak terus pada bibir sahaja. Sekiranya tiada kesan tidak senang, barulah
dikunyah lalu dikemam 10 minit. Jika terasa loya, panas, gatal, luahkan sampel itu.
iv. MENELAN (LALU MEMAKAN SELEPAS 3 JAM)
Sekiranya ujian-ujian tadi tidak menunjukkan tanda bahaya, telanlah dalam kuantiti sedikit,
dan tunggu 3 jam sebagai reaksi sistem pencernaan anda. Jikalau selepas 3 jam anda berasa
pening kepala, sakit perut, muntah-muntah, demam dan cirit-birit, maka, sampel tadi tidak
harus dimakan. Jika tiada kesan negatif, makanan itu selamat dimakan selepas direbus.
Biasanya, dalam keadaan ikhtiar hidup, seseorang akan berasa takut, antara ketakutan
yang timbul ialah:
Bimbang/takut akan perkara yang akan berlaku seterusnya
Takut kepada ancaman hidupan liar
Takut kepada ketiadaan sumber makan dan minum
Takut kepada persekitaran itu sendiri
Takut kepada benda yang aneh, tidak pernah lihat atau ditemui (makhluk halus, jin,
hantu dll)
Untuk mengatasi ketakutan, seseorang bolehlah:
Berdoa kepada Tuhan
Bertekad untuk terus hidup, kemandirian
Dalam keadaan Ikhtiar Hidup, seseorang akan memerlukan banyak keperluan untuk terus
hidup. Antaranya:
Air
Rehat
Perlindungan
Makanan
Kecergasan
Psikologi, mental
Penjagaan dan rawatan
Dalam keadaan Ikhtiar Hidup, seseorang itu akan kekurangan bekalan air, antara cara yang
bagus untuk mengelakkan kehilangan air ialah:
Banyak berehat
Bekerja hanya pada waktu malam
Kekalkan kesejukan badan dengan berehat di bawah teduhan
Bernafas melalui hidung
Jangan merokok
Jangan berbaring di atas tanah yang panas
Makan dalam kuantiti yang minimum
Elakkan makanan berlemak/alcohol
TEMPAT PERLINDUNGAN
Dalam sesuatu ikhtiar hidup, tempat perlindungan adalah penting untuk melindungi diri daripada
panas matahari, hujan dan kesejukan. Tempat perlindungan juga penting untuk tidur dan rehat.
Tanpa peralatan untuk membuat tempat perlindungan seperti ponco, khemah dan lain-lain, tempat
perlindungan masih boleh dibina dengan menggunakan sumber-sumber hutan yang sedia ada.
Jenis-JmPkeneaoiasrnlTsiednamogppak.stePemnerndleianesdnuktngi.gaddni:ibbiinnaa ddiaantausnttuaknakhegyuanagarnatjandgakna
PONDOK JANGKA PANJANG
- Dibina jika ingin berkhemah untuk jangka waktu yang lama.
- Keadaan tanah sentiasa lembab dan tidak rata.
PONDOK DALAM KAWASAN RAWANG
- Dibina jika berlindung di kawasan rawang (berpaya).
- Tempat perlindungan hendaklah selamat daripada air pasang.
CARA MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN:
Mengumpul bahan binaan seperti kayu, buluh, daun, akar, rotan dan lain-lain.
4 batang kayu dipacak di atas tanah menjadikan struktur binaan berukuran 6 kaki tinggi, 7
kaki panjang dan 4 kaki lebar
Kira-kira pada ketinggian 3 kaki dari tanah, struktur ini diikat dengan rotan kepada 4 batang
kayu/buluh untuk dilapik dengan beberapa batang kayu kecil sebagai lantai
Batang kayu tambahan digunakan bagi memperkuatkan struktur lantai
Daun-daun diikat di sebelah atas
Ikhtiar hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha untuk keluar
dari kawasan tersebut. Di dalam menjalankan aktiviti pengembaraan di hutan sekiranya tersesat
ilmu, ikhtiar hidup adalah perlu digunakan. Selain itu, ilmu ikhtiar hidup perlu dipelajari
disebabkan perkara-perkara berikut:
Sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulam
Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual
Terselamat dalam nahas udara atau laut
Dalam kontak Pendidikan Ikhtiar Hidup diertikan sebagai usaha yang harus dilakukan oleh
seseorang supaya boleh terus hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman atau masalah kehabisan
bekalan makanan.
Oleh itu, program pendidikan luar perlu disokong kerana aktiviti seperti ikhtiar hidup yang
menjadi salah satu perkara ataupun elemen yang wajib dalam pendidikan luar ini. Ini kerana
melalui aktiviti ikhtiar hidup ini, ia dapat mewujudkan kecekalan yang tinggi dalam setiap peserta
dan mampu meningkatkan keyakinan diri peserta. Ini juga dapat melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial.
1.2.9 PENDIDIKAN ALAM SEKITAR (KITAR SEMULA)
Pendidikan Alam Sekitar bertujuan untuk membentuk pengetahuan tentang alam semula jadi dan
sistem semula jadi mengunakan aktiviti penyelidikan dan juga untuk membentuk pemahaman
terhadap alam sekitar, nilai alam sekitar serta interaksi kompleks elemen semula jadi dan manusia
OBJEKTIF PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
Melahirkan insan yang sentiasa bersyukur dengan menghayati alam sekitar.
Memupuk sikap prihatin terhadap sumbangan dan kepentingan alam sekitar kepada
kehidupan manusia serta memahami rantaian hidup antara alam sekitar dengan manusia
sejagat.
Membina insan yang bertanggungjawab dengan memberi sumbangan ke arah memelihara
alam sekitar sebagai khazanah Tuhan kepada manusia.
ANTARA CONTOH AKTIVITI DALAM PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
Antara aktiviti dalam pendidikan alam sekitar:
Mengenal dan mengkaji sebatang pokok
Mengenalkan haiwan liar dalam hutan
Membersihkan sungai-sungai
Demontrasi proses pertanian
Memahami mengenai proses pemeliharaan dan pemulihraan hutan
KITAR SEMULA
Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 9Akta 672), kitar semula
bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal dalam menghasilkan keluaran. Aktiviti kitar
semula ini berlaku dimana bahan-bahan diproses untuk menghasilkan produk yang sama. Bukan
itu sahaja, ia juga merupakan proses mengolah semula bahan untuk menghasilkan barangan
ataupun produk yang baru dan proses kitar semula ini melibatkan usaha mengumpul, memproses
dan menggunakan semula bahan-bahan yang pernah dianggap sampah. Kita semula mampu untuk
mengubah sampah menjadi bahan-bahan bernilai. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan
kertas dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan sampah untuk ditukar kepada
produk baharu.
1.2.10 AKTIVITI AIR
TUJUAN MEMPELAJARI AKTIVITI AIR
Memenuhi prosedur keselamatan air
Meningkatkan keyakinan semasa melaksanakan aktiviti air
Memastikan aktiviti air berjalan lancar
Meminimakan risiko kemalangan
Membentuk seseorang individu kaya dengan nilai murni
Pembentukan personaliti
Pembangunan insan
Pembangunan negara
Gaya hidup sihat
Kepimpinan
Kecerdasan
Sosialisasi
Pendidikan sepanjang hayat
Dinamik kumpulan
PERKARA SEBELUM MELAKUKAN AKTIVITI AIR
Surat atau arahan
Surat kebenaran ibu bapa
Proforma atau modul pelaksanaan aktiviti
Mesyuarat penubuhan AJK aktiviti
Penetapan masa dan tempat
Pengagihan tugas
Jawatan kuasa peralatan
PERALATAN AKTIVITI AIR
WATER CONFIDENCE
Aktivit ‘Water Confidence’ merupakan satu aktiviti wajib untuk dilaksanakan sebelum
peserta dibenarkan masuk ke tasik, sungai, laut dan lain-lain lagi. Semasa aktiviti ini
dilaksanakan, peserta harus memakai ‘Buoyancy Aid’ yang tertera cop sirim dan tahan
selama enam jam dalam air.
TEKNIK KEYAKINAN DI AIR
Cara pemakaian ‘Buoyancy Aid’
Peserta perlu belajar cara memakai BA dengan betul
Pastikan tiada keloKenggaran sewaktu memakai BA
TEKNIK APUNGAN DI DARAT
Peserta belajar cara apungan di darat
Baring dan cuba untuk tenangkan diri
Belajar untuk tidak panic ketika berada dalam air
KEYAKINAN DI AIR
Mendengar arahan jurulatih
Beratur atau berada dalam kumpulan masing-masing
Rendamkan kaki dan basahkan muka terlebih dahulu
APUNGAN KAWASAN CETEK
Peserta cuba apungkan diri dalam kumpulan
Sentiasa berpegangan tangan sesama rakan
APUNGAN KAWASAN DALAM
Bergerak dalam kumpulan dan sentiasa berpegangan tangan
Dalam bulatan cuba untuk mengapungkan diri
GERAKAN TANGAN
Peserta cuba gerakkan tangan sewaktu dalam air
Mengawal apungan
Bergerak dengan menghayun tangan kiri dan kanan
MENGAPUNGKAN DIRI
Apabila ada peserta yang terjatuh ke dalam air, pastikan keadaan tidak panic. Cuba untuk berbaring
dan membuka kaki (kangkang). Tangan didepakan dan ikut aliran arus air. Apabila tali
keselamatan dilontarkan maka segera capai dan rapatkan ke bahagian dada. Tunggu sehingga
ditarik semula naik ke tebing.
PERALATAN DALAM KESELAMATAN AIR
Life Bouy
Rescue tube WT brass clips
Rescue can
Life line
PAUTAN VIDEO
Lampiran Video Lagu Kadet Remaja Sekolah, Ikatan & Gadget, Pertolongan Cemas,
Kawad, Kompas & Orienteering Dan Seni Perkhemahan Terdapat Di Pautan Seperti Di
Bawah:
https://drive.google.com/drive/folders/1FtjII8L8vTJmqNbztTqO5sZFCoWWOkWe?usp=sharing