The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Lakaran Kecemerlangan 2021 IPG Kampus Ilmu Khas

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haslina.hassan, 2022-04-15 03:31:09

Lakaran Kecemerlangan 2021

Lakaran Kecemerlangan 2021 IPG Kampus Ilmu Khas

Lakaran

KECEMERLANGAN

KAMPUS ILMU KHAS

JAWATANKUASA LAPORAN TAHUNAN DAN BULETIN

Penasihat : Pengarah
Pengerusi : Timbalan Pengarah

Editorial Lakaran Kecemerlangan

Editor : Norani binti Abd Rahim
Pereka Bentuk : Haslina binti Hassan
Dr. Aliza binti Adnan

@Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia 2022

Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahan dalam buku ini tidak dibenarkan
diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi ataupun
dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara sama ada elektronik, mekanik,
rakaman semula atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Institut
Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.

Lakaran Kecemerlangan Ilmu Khas 2021

Diterbitkan oleh :
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
Jalan Yaacob Latif
56000 Cheras, Kuala Lumpur
No. Telefon : 03-91318160
No Faksimile: 03-91319393

KANDUNGAN

1. Bicara Pengarah
2. Bicara Timbalan Pengarah
3. Kebitaraan Ilmu Khas
4. Kategori Lakaran Kecemerlangan Ilmu Khas

➢ Pelajar
➢ Pensyarah / Staf
➢ Program
➢ Alumni
5. Editorial

3

Refocusing and Reempasizing kecemerlangan dan pengiktirafan sehingga
mencapai pengiktirafan global menjadi gerak jaya Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) agar menjadi sebuah institusi keguruan
berprestij dan dihormati.

Seiring usia menginjak ke-63, IPGKIK tidak pernah lesu mencipta
kecemerlangan dalam pelbagai aspek. Graduan IPGKIK, menjadi antara
penyumbang utama yang melakar kecemerlangan di samping pencapaian
lain oleh Pensyarah, Anggota Khidmat Pelaksana dan pelajar.

Sentiasa CAKNA ( Caring, Attentive, Knowledge, Network, Action) dan
mengamalkan TEAMS ( Togetherness, Excellent Effort, Appearance, Memoirs,
Standard & Special) dalam usaha kita untuk mencapai kecemerlangan.
Tahniah atas pencapaian dan kecemerlangan warga dan alumni Ilmu Khas
yang telah menaikkan nama diri dan institut. Semoga pencapaian ini dapat
memberi inspirasi kepada semua untuk berjaya dengan lebih cemerlang dan
mendapat pengiktirafan.

Dr. Faridah binti Yakob
Pengarah

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) sinonim dengan
budaya kerja positif dan pencapaian yang cemerlang dalam pelbagai
bidang. Budaya dan kecemerlangan ini menjadi asas kerja buat yang
akhirnya memberi impak bermakna kepada diri dan institut.

Setiap tahun, sejarah kejayaan besar warga dan alumni Ilmu Khas di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa akan didokumentasikan di
dalam Lakaran Kecemerlangan. Buku ini menjadi petanda
kecemerlangan IPGKIK dalam melahirkan warga yang produktif,
berdaya saing dan bernilai tinggi.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada warga dan alumni Ilmu
Khas yang telah mengharumkan nama IPGKIK. Terima kasih. Anda
kebanggaan kami.

Puan Azlina binti Ahmad
Timbalan Pengarah

KEBITARAAN

Pendidikan Khas Pendidikan Muzik Pendidikan Seni Visual Pendidikan Jasmani & Keihatan

JABATAN PENDIDIKAN KHAS

Menyediakan rancangan pendidikan guru dalam
bidang Pendidikan Khas yang dapat memenuhi hasrat
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
meningkatkan bilangan guru berijazah melalui
program kembar atau pensiswazahan.

Melahirkan guru-guru Pendidikan Khas
yang berpengetahuan, berkemahiran
dan bertanggungjawab untuk mendidik
kanak-kanak berkeperluan khas..

Bekerjasama dengan agensi-agensi
kerajaan dan bukan kerajaan dalam
memenuhi keperluan murid berkeperluan
khas.

J A B ATA N P E N D I D I KA N M U Z I K

Melahirkan guru muzik yang
berpengetahuan dan berkemahiran untuk
memenuhi keperluan Pendidikan Muzik.
Melahirkan guru muzik berkompetensi
tinggi dan sentiasa mematuhi nilai
profesionalisme dan etika keguruan
berteraskan budaya kebangsaan.
Meningkatkan usaha ke arah kejayaan
jabatan sebagai pusat rujukan dan
kecemerlangan dalam Pendidikan Muzik

J A B ATA N P E N D I D I KA N S E N I V I S U A L

Melahirkan guru yang berkompetensi tinggi
dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual selaras dengan amalan
nilai profesionalisme keguruan.
Membentuk guru Pendidikan Seni Visual yang
serba boleh dan menjadi pakar rujuk bidang
Pendidikan Seni Visual.
Meningkatkan kecemerlangan Jabatan
Pendidikan Seni Visual sebagai jabatan rujukan
pedagogi Pendidikan Seni.

J A B ATA N P E N D I D I KA N J A S M A N I & K ES I H ATA N

Meningkatkan kecemerlangan jabatan dalam bidang akademik dan
profesional untuk menjadi pusat rujukan program Pendidikan
Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Kecergasan.
Memperlengkapkan diri pelajar supaya dapat menjadi guru
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) yang mempunyai
kompetensi tinggi, berpengetahuan, berketerampilan dan
berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran.
Memberi pendedahan yang meluas dalam Pendidikan Jasmani,
Pendidikan Kesihatan dan Kecergasan melalui kursus, bengkel,
seminar dan forum

PELAJAR

JURUBAHASA ISYARAT IPGKIK
- PROGRAM ASEAN CONNECT MFLS

Jurubahasa Isyarat IPGKIK terus mendapat permintaan. Kali ini
undangan diterima daripada Malaysia Future Learder School (MFLC)
dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan dalam menjayakan
program ASEAN Connect MFLS yang melibatkan peserta dari negara-
negara ASEAN

Pelajar terlibat :
1. Muhammad Hanafi bin Ismail
2. Muhammad Amsyar bin Zamani
3. Situ Nazihah binti Mat Nayam

SHAHRUL ASYRAF SUHAIMI
PENDEBAT KEBANGGAAN IPGKIK

18 JULAI 2021

Pelajar IPGKIK, Shahrul Asyraf bin Suhaimi menjadi wakil
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) memenangi tempat
pertama Pertandingan Debat Zeroes 3.0 yg bertajuk Dewan ini
Percaya "Penyelesaian Dua Negara" Bukan Lagi Solusi Konflik
Israel-Palestin. Shahrul Asyraf, siswa guru opsyen Bahasa
Melayu menjadi pendebat kebanggaan Ilmu Khas dan sering
mewakili institut ini dalam pertandingan debat.

DEBAT TERBUKA ASTAR PERINGKAT
KEBANGSAAN TAHUN 2021

31 Julai 2021 7 | 1 Ogos 2021 | 7 Ogos 2021

Tahnniah kepada pelajar IPG KPM (Wakil dari
IPGKIK, IPGKBM dan IPGKPM) kerana telah berjaya
menjuarai pertandingan DEBAT TERBUKA ASTAR
TAHUN 2021 PERINGKAT KEBANGSAAN.
Anjuran Universiti Malaya
Tahniah kepada pelajar IPGKIK opsyen Bahasa
Melayu yang mewakili IPGM untuk menjuarai
Pertandingan tersebut.
Pelajar terlibat :
▪ Norhana Nazihah binti Nor Azman (IPGKIK)
Dua lagi rakan pendebat pasukannya ialah:
▪ Nurin Hanisah Roslan (IPGKBM)
▪ Nur Humairah Misral (IPGKPM).

JURUBAHASA ISYARAT –
KONVENSYEN BELIA KEBANGSAAN 2021

+ ASEAN CONNECTKBK

Empat pelajar IPGKIK sekali lagi berperanan penting dalam
persidangan penuh Konvensyen Belia Kebangsaan 2021 +
Asean ConnectKBK sebagai Jurubahasa Isyarat. Semoga
penglibatan mereka dalam program besar ini dapat memberi
pengalaman sebenar sebagai Sukarelawan.

Empat siswa yang terlibat ialah :
1. Muhammad Hanafi bin Ismail
2. Muhamad Amsyar bin Zamani
3. Siti Nazihah binti Mat Nayam
4. Nurul Aida binti Zamri

ANUGERAH DALAM MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM KE -2 IPGM

Tahniah kepada warga IPGKIK yang telah menerima Anugerah Khas OKU Lelaki
pelbagai anugerah dalam Majlis Anugerah Muhammad Rafique Farhan Saiful
Kecemerlangan Kokurikulum Ke-2 IPGM yang
berlangsung secara dalam talian pada 7 Oktober 2021. Tahniah dan syabas.

Senarai penerima anugerah:

Anugerah Olahragawan Anugerah Colours & Anugerah Pencapaian Individu
Nurhafiy Nasrul Ahmad Zulkarnain Anugerah Olahragawati Puteri Balqis Ahmad Dzulkefli
Nur Firra Syuhada Hasrin

ANUGERAH DALAM MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM KE -2 IPGM

Tahniah kepada warga IPGKIK yang telah menerima pelbagai anugerah dalam
Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Ke-2 IPGM yang berlangsung
secara dalam talian pada 7 Oktober 2021.

Anugerah Pasukan Lelaki Terbaik Anugerah Pasukan Wanita Terbaik
Pasukan Bola Tampar IPGKIK Pasukan Bola Jaring IPGKIK

KEJOHANAN BOLA JARING KEBANGSAAN
KALI KE-42

20 - 23 DISEMBER 2021
STADIUM JUARA, BUKIT KIARA

Pelajar IPGKIK, Puteri Intan Balqis Ahmad Dzulkefli mengetuai
pasukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk
mempertahankan kejuaraan sejak 2017 selepas menewaskan
Johor pada aksi final.
Seorang lagi pelajar, Nur Syazfattin binti Rosnan yang mewakili
Perak turut mendapat tempat ketiga dalam kejohanan yang
sama.

NETBALL SUPER LEAGUE 2021 (NSL 2021)
19 Mac sehingga 10 April 2021

Puteri Intan Balqis binti Ahmad Dzulkefli
Mewakili pasukan KL Wildcat
Juara NSL 2021
manakala
Nur Firra Syuhada binti Hasrin
Mewakili Pasukan Selangor Angels
Tempat ketiga NSL2021

Perlawanan ini diadakan di Stadium Juara, Kuala Lumpur.

PERSEDIAAN HOKI PIALA DUNIA REMAJA 2021 - TOUR UK
29 Sept - 15 Okt 2021

Muhammad Saifuddin bin Azli, pelajar PJ G5.7
telah dipilih untuk mewakili pasukan hoki
Malaysia ke Tour UK dari 29 Sept - 15 Okt 2021
sebagai persediaan ke U21 Men's Hockey Junior
World Cup 2021

LIGA HOKI TNB 2021 PERINGKAT KEBANGSAAN
11 Mac – 4 April 2021

Muhammad Zulfitri bin Md Zin / PS3T3-5
Kelas : PS3T3-5
Opsyen : Pendidikan Jasmani (SK)
No Matrix : P18170002
Mewakili pasukan TNB – pencapaian tempat ketiga.

2021 MEN'S FIH HOCKEY JUNIOR WORLD CUP
11 Mac – 4 April 2021

Muhammad Zulfitri Bin Md Zin.
The 2021 Men's FIH Hockey Junior World Cup was the 12th edition of the
Men's FIH Hockey Junior World Cup, the biennial men's under-21 field
hockey world championship organized by the International Hockey
Federation. It was held at the Kalinga Stadium in Bhubaneswar, India
from 24 November to 5 December 2021.
Skuad negara kelapan terbaik dunia di pentas Hoki Piala Dunia Remaja,
Sinar Harian.05 Disember 2021
.

MALAYSIA JUNIOR HOCKEY LEAGUE
JOHAN DIVISION 2

Nov 25 hingga Jan 02, 2022

Muhammad Faiz Aiman Mohmad Aseri G6.6
Johan Division 2 Mewakili Pasukan Sabah.

KEJOHANAN HOKI PIALA TUN ABDUL RAZAK 2021
10 – 20 Nov 2021

Muhammad Faiz Aiman Mohmad Aseri dari kumpulan G6.6
Mewakili Pasukan Sabah ke Kejohanan Hoki Piala Tun Abdul Razak 2021
di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

LARIAN MAYA IPG PERINGKAT KEBANGSAAN:
IPGKIK NAIB JOHAN
29 Mac 2021

IPGKIK telah mencatat pencapaian Naib Johan keseluruhan dalam
Pertandingan Larian Maya IPG Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan

oleh pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Tahniah kepada pelajar IPGKIK yang telah
mencatat kemenangan iaitu:

Johan (L) : Nurhafiy Nasrul bin Ahmad
Johan (W): Nurul Nadia binti Abdul Rahman
Naib Johan (L) : Muhamad Faris Aiman bin Muhamad Saffei

JURUBAHASA ISYARAT IPGKIK DIUNDANG DALAM
KONVENSYEN BELIA KEBANGSAAN
14 – 16 SEPTEMBER 2021

Seramai 5 orang pelajar Pendidikan Khas diundang sebagai Jurubahasa Isyarat
dalam Konvensyen Belia Kebangsaan (KBK 2021) anjuran Majlis Belia
Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan. Konvensyen Belia bertema
ConnectKBK Edisi Sekolah Menengah : Kesaksamaan dalam Pendidikan turut
mengundang Jurubahasa Isyarat IPGKIK sebagai Panel dalam salah satu slot
Pendidikan.

pelajar yang terlibat :
Muhammad Hakim bin Azhari
Wan Muhammad Nafiz bin Wan Nor Azli Jasmi
Muhammad Hanafi bin Ismail

Nurul Aida binti Zamri
Muhamad Amsyar bin Zamani

3 PELAJAR IPGKIK PEMENANG
SAGU HATI SIMPOSIUM
21 DISEMBER 2021

Seramai tiga pelajar Jabatan Pendidikan Khas, IPGKIK mendapat
tempat dalam Amalan Terbaik Pedagogi Amalan Profesional 2021 telah
berlangsung pada 21 Disember 2021 secara dalam talian.
Tiga orang pelajar telah berjaya mengambil tempat sebagai pemenang
saguhati ialah :
1) Ain Shuhadah binti Ahmad Nizam
2) Muhammad Haikal bin Abd Rahman
3) Hoo Yi Min

PENSYARAH

ENCIK TEO KIAN JOO PENGADIL
SUKAN PARALIMPIK TOKYO 2021,

4 September 2021

Encik Teo Kian Joo diundang menyumbang kepakaran beliau
sebagai Pegawai Teknikal dalam mengadili perlawanan
Badminton Perseorangan Wanita Akhir (SU5) dalam Sukan
Paralimpik Tokyo 2021, bersiaran secara langsung di Astro Arena
801, 4 September 2021.

ENCIK TEO KIAN JOO PENGADIL
KEJOHANAN BADMINTON DUNIA 2021,

HUELVA, SEPANYOL
12-19 Disember 2021

Encik Teo Kian Joo meneruskan kecemerlangannya apabila beliau
terus menyumbangkan kepakaran teknikal sebagai pengadil
Kejohanan Badminton Dunia 2021 di Huelva, Sepanyol. Kejohanan
tersebut turut disertai pasukan Malaysia yang telah memenangi
pingat gangsa acara beregu lelaki melalui pasangan Ong Yew Sim
dan Teo Yi Ee. Beliau juga telah diberi penghormatan mengadili
perlawanan akhir sebagai hakim servis acara perseorang lelaki.

SEORANG LAGI PENSYARAH IPGKIK DIIKTIRAF
SEBAGAI PENSYARAH CEMERLANG
11 April 2021

Dr. Madinah Mohd Yusof, Pensyarah Pendidikan Khas (Masalah
Pembelajaran) telah menerima pemangkuan Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan sebagai Pensyarah Cemerlang DG52
(KUP) yang berkuat kuasa pada 29 Januari 2021. IPGKIK kini
mempunyai 17 orang Pensyarah Cemerlang.

DR HAIRUL FAEIZI LOKMAN
GRADUAN CEMERLANG PHD

4 APRIL 2021

Tahniah kepada Dr Hairul Faeizi Lokman, Pensyarah di
Jabatan Pengembangan Profesionalisme Keguruan atas
penganugerahan Graduan Cemerlang dalam Konvokesyen
Universiti Kebangsaan Malaysia kali ke-48. Dr. Hairul Faeizi,
pengkhususan dalam Pendidikan Moral telah menamatkan
pembelajaran dalam tempoh yang ditetapkan. Semoga
kejayaan ini memberikan inspirasi kepada semua.

SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTEAL
(FRGS)

Tahniah kepada pensyarah IPGKIK,
Dr Alijah Ujang dan Dr Lee Leh Hong
serta pasukan penyelidik dari
Universiti Malaya (UM) yang diterajui
oleh Prof Madya Dr Dorothy Dewitt
kerana berjaya memperoleh geran
penyelidikan di bawah Skim Geran
Penyelidikan Fundamental (FRGS).
Projek ini merupakan usaha
kolaboratif di antara UM dan IPGKIK
yang bertujuan membangunkan satu
Kerangka Pedagogi Literasi Digital
Inklusif untuk meningkatkan tahap
literasi digital yang inklusif dalam
kalangan guru dan bakal guru.

TI N DA K BANTU KAJIAN GURU
Disember

Seminar Penyelidikan Tindakan Kebangsaan 2021 (TINDAK2021) buat
julung kalinya telah dianjurkan oleh IPG Kampus Ilmu Khas bersama
rakan Kolaboratif Sahabat Guru Malaysia (SGM) pada 20-21 Disember
2021 dengan tema Penyelidikan Tindakan Sekolah Mendepani Keperluan
Endemik secara dalam talian. Seramai 134 peserta terlibat dalam
pembentangan dengan melibatkan bidang Bahasa, Kemanusiaan, Teknik
dan Vokasional, Pendidikan Khas, Sains dan Matematik dan Pengurusan.

PENGUCAPAN AWAM SEBAGAI PENDIDIK@LATIH
PELATIH, DIDIK TV, KPM

6 NOVEMBER 2021

PdP 20 minit bertajuk Pengucapan Awam Sebagai Pendidik di dalam slot
Latih Pelatih @Didik TV, KPM telah menampilkan Puan Norani Abd Rahim
bersama-sama pelajar IPGKIK, Athierah binti Mohd Azrie, Muhamad Rafique
Farhan bin Saiful Nizam dan Shahrul Asyraf bin Suhaimi. Antara topik yang
menjadi fokus ialah Jenis Pengucapan Awam dan Panduan Pengucapan
Awam yang Berkesan.

Pautan : https://youtu.be/uPSS3ssKr6k

DR. ASSUNTA CAROLINA ANTONYSAMY PEMBICARA
SEMINAR DIGEST UNITED KINGDOM
15 DISEMBER 2021

Rakan kolaboratif IPGKIK, Nottingham Trent University, United
Kingdom mengundang Dr Assunta Carolina Antonysamy sebagai
Pembicara dalam Seminar Digest Seminar anjuran anjuran mereka
pada 15 Dis 2021, jam 9.00 -10.00 malam (waktu Malaysia). Dr.
Assunta Carolina Antonysamy berkongsi dapatan kertas
penyelidikan dalam seminar ini.

Klik pautan : https://bit.ly/DigestSeminar

ICTLD 2021:
PENSYARAH IPGKIK CIPTA KEJAYAAN

3-5 Ogos 2021

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pensyarah IPGKIK yang
telah mencipta kejayaan di dalam International Conference on Teacher
Learning and Development (ICTLD 2021) yang berlangsung secara
dalam talian pada 3-5 Ogos 2021.
Pencapaian Pensyarah IPGKIK :
Pembentang Terbaik ( Bahasa Melayu)
Tempat Pertama: Dr Syed Ismail Syed Mustapa
Pembentang Terbaik (Bahasa Inggeris)
Tempat ketiga : Dr Ramesh Rao Ramanaidu
Hadiah Sagu hati
Dr Syed Ismail Syed Mustafa

TEACHING AND LEARNING POSTER IDEAS
(TALPI) 2021

01 October 2021

Pasukan pensyarah Jabatan Pendidikan Seni Visual, IPG Kampus Ilmu
Khas telah memenangi Pingat Perak dalam inovasi Teaching and Learning
Poster Ideas (TALPI) 2021 dengan tajuk e-Modul Celik Kraf (e-MCK).

Pensyarah yang terlibat:
Zaharah Mohamad
Lye Guet Poh

Dr. Hairul Faiezi Lokman
Nor Azizah Atan
Azlina Abdul Rani

Guru sekolah dan Penyelia PPDK:
Anisha Shapiin

Norashikin Yaacob

ANUGERAH DALAM MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM KE -2 IPGM
PENSYARAH IPGKIK, PUAN JAMALIYAH BINTI AHMAD

Tahniah kepada Puan Jamaliyah binti Ahmad pensyarah
Jabatan Pendidikan Jasmani dna Kesihatan, IPGKIK yang
telah menerima Anugerah Ikon Sukan dalam Majlis
Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Ke-2 IPGM yang
berlangsung secara dalam talian pada 7 Oktober 2021.

Anugerah Ikon Sukan
Puan Jamaliyah binti Ahmad

P RO G RA M

IKIADS Bil.1/2021 – ILMU KHAS INTERNATIONAL ACADEMIC DISCOURSE SERIES (IKIADS)

Inclusive Education and Special Education: The Malaysian and United Kingdom Perspective

26 MAC 2021

IPGKIK dan IPGM memetrai kerjasama pendidikan dengan
Nottingham Trent University, United Kingdom melalui penganjuran
siri Diskusi IKIADS Bil. 1/2021- Inclusive Education and Special
Education: The Malaysian and United Kingdom Perspective pada
ketetapan yang berikut :
Tarikh : 26 Mac 2021 (Jumaat)
Masa : 4.30 pm (MY); 8.30 am (UK)
Platform : Microsoft Teams Live Events
Link: https://bit.ly/3sbHKpf

Ucapan Panel Pembentang :
Dr. Rusmini binti Ku Ahmad IPGKIK : Dr Liza Isyqi Ramli

Rektor NTU : Dr Lauran Doak
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Moderator :
Dr Gareth Williams Encik Kuruvila CK Joseph
Associate Dean for Research and Planning,
Nottingham Trent University, United Kingdom

IKIADS Bil.2/2021 – ILMU KHAS INTERNATIONAL ACADEMIC DISCOURSE SERIES (IKIADS)

Building Inclusive Learning Communities: The Way Forward

4 Jun 2021

Diskusi Ilmu Khas International Academic Discourse Series Penampilan Khas:
(IKIADS) Bil. 2 /2021 telah berlangsung mengikut ketetapan Puan Azlina Ahmad
yang berikut: Timbalan Pengarah, IPGKIK
Tarikh : 4 Jun 2021
Masa : 3.30 petang Dr Chris Rolph
Platform : Microsoft Teams Live Events Pengarah Pendidikan NTU
https://tinyurl.com/IKIADS2-2021

Panel Pembentang:
Dr Gaye Tyler-Merrick
Nottingham Trent University (NTU)

United Kingdom
Dr Assunta Carolina a/p Antonysamy
Puan Parimalarani a/p Sivasubramaniam
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK)

Moderator :
Encik Kuruvila CK Joseph

IKIADS Bil.3/2021 – ILMU KHAS INTERNATIONAL ACADEMIC DISCOURSE SERIES (IKIADS)

Pendidikan Inklusif: Perspektif Malaysia dan Indonesia

24 September 2021

Ilmu Khas International Academic Discourse Series ( IKIADS) Moderator :
Bil.3/2021 menampilkan diskusi ilmiah bertemakan Pendidikan IPGKIK : Norani Abd Rahim
Inklusif antara IPGKIK dengan Institut Pendidikan Indonesia IPI Garut : Yustika Nur Fajriah
Garut, Indonesia mengikut ketetapan berikut:
Tarikh: 24 Sept 2021 (Jumaat)
Waktu: 3.00pm (MYT)/2.00pm (WIB)
Pelantar: YouTube http://bit.ly/IKIADS3

Program ini dirasmikan oleh YBrs.Dr Rusmini Ku Ahmad,
Rektor, IPGM. Turut menyampaikan ucapan perasmian
penutupan ialah Associate Professor Dr Nizar Alam Hamdani,
Rektor IPI Garut, Indonesia.

Panel Pembentang:
Cil Zaharah Mohamed
Encik Arman Abd Sani
Encik Lucky Rahayu Nurjamin

PAMERAN ALAM & GURU MELANGKAH
KE ALAM DIGITAL

18 NOVEMBER 2021

Pameran Alam dan Guru 2021 secara norma baharu
terus merancakkan industri seni dalam kalangan
pendidik seni di Malaysia. Seramai 60 pengkarya seni
dalam kalangan pendidik menyertai pameran secara
tahunan yang menjadi jenama IPGKIK. Pameran Alam &
Guru ini dapat merapatkan lagi hubungan antara
pendidik seni dan pengunjung secara dalam talian di
samping . menggalakkan budaya berpameran selaras
dengan hasrat kerajaan untuk merakyatkan seni.

REKTOR IPGM SAKSIKAN PdP HIBRID
25 OKTOBER 2021

Lawatan Kerja Rektor IPGM, Dr Rusmini binti Ku Ahmad ke IPGKIK untuk
melihat pelaksanaan PdP secara hibrid. Sesi PdP Hibrid ini telah
dikendalikan oleh Puan Norani Abd Rahim, Pensyarah Cemerlang Gred
Khas C dengan menggunakan peralatan asas yang dimiliki oleh Pensyarah
dan pelajar. PdP Hibrid ini merupakan antara langkah awal IPGKIK
bersiap siaga menempuhi cabaran pembelajaran pandemik Covid-19.

DeTIK 2021 KEMBALI DI PERSADA DEBAT NOVIS
24-26 DISEMBER 2021

Setelah dua tahun ditangguhkan akibat pandemik
Covid 19, Pertandingan DeTIK 2021 meneruskan
penganjurannya. DeTIK kali ke-7 ini disertai oleh 48
buah pasukan yang mewakili IPTA. IPTS, dan IPG
seluruh Malaysia. Pertandingan Akhir DeTIK 2021
telah menemukan 4 pasukan yang terbaik layak ke
pertandingan akhir yang berlangsung pada 8:30
malam bersamaan 26 Disember 2021.
Pertandingan Akhir DeTIK 2021 telah menemukan 4
pasukan iaitu Universiti Malaya (A), IPG Kampus
Ilmu Khas (B), Universiti Malaya (C) dan CFS IIUM (A).
Usul yang dibahaskan pada pertandingan akhir
adalah “Dewan ini akan lebih mengutamakan
pemantapan kesedaran masyarakat berbanding
pemerkasaan Pendidikan Inklusif demi mendepani
cabaran sifar penolakan Murid Bekeperluan Khas
(MBK)”. Pendebat IPGKIK yang diwakili oleh
mendapat tempat keempat dalam DeTIK 2021.

TEKNIK AMALAN PENYAMPAIAN PDPR
GURU CEMERLANG DAN PENSYARAH CEMERLANG

10 JUN 2021 & 24 JUN 2021

Pandemik Covid 19 telah mengubah dunia pendidikan ke arah
pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR). IPGKIK melalui
Majlis Pensyarah Cemerlang telah mengambil inisiatif membantu
para pendidik dengan menghimpunkan teknik amalan Penyampaian
PdPR Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang. Program yang
dianjurkan bersama-sama Institut Pendidikan Guru Malaysia dan
Majlis Guru Cemerlang Malaysia telah dilaksanakan secara webinar
dan penerbitan buku. Selain webinar, buku 33 teknik penyampaian
PdPR Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang turut dihasilkan dan
diguna pakai di seluruh negara.

PERSIDANGAN KEBANGSAAN AMALAN PEDAGOGI
DAN PENDIDIKAN INKLUSIF (APPI) 2021
7 DISEMBER 2021

Persidangan Kebangsaan Amalan Pedagogi dan Pendidikan Inklusif (APPI) 2021,
jenama baharu IPGKIK telah menghimpunkan kajian-kajian penyelidikan dalam
pelbagai tema termasuk Pendidikan Inklusif.
Sebanyak 55 kajian penyelidikan dibentangkan dalam APPI kali pertama ini yang
melibatkan Pensyarah IPTA, IPTS, IPG dan guru. APPI telah dirasmikan oleh YBrs.
Dr. Hjh. Rusmini binti Ku Ahmad (Rektor, Institut Pendidikan Guru Malaysia).

ALUMNI

PENGURNIAAN DARJAH DATUK PADUKA MAHKOTA PERAK(DPMP) -
MANTAN PENGARAH IPGKIK, YBHG. DR MOHD SUHAIMI MOHAMED ALI

Warga dan alumni Ilmu Khas merakamkan setinggi-tinggi
tahniah kepada mantan Pengarah IPGKIK, YBhg. Dr Mohd
Suhaimi Mohamed Ali atas pemberitaan Pengurniaan Darjah
Datuk Paduka Mahkota Perak(DPMP) yang membawa gelaran
Dato' sempena Hari Keputeraan Sultan Perak 2021. Tahniah.


Click to View FlipBook Version