ANUGERAH DALAM MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM KE -2 IPGM
MANTAN PENGARAH IPGKIK, YBHG. DR MOHD SUHAIMI MOHAMED ALI
Tahniah kepada Dr Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali
mantan Pengarah IPGKIK yang telah menerima
Anugerah Ikon Kepimpinan Kokurikulum dalam Majlis
Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Ke-2 IPGM yang
berlangsung secara dalam talian pada 7 Oktober 2021.
Anugerah Ikon Kepimpinan Kokurikulum
Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali
DR. SYAR MEEZE BIN MOHD RASHID,
ALUMNI ILMU KHAS TERIMA ANUGERAH EMAS
KEDOKTORAN UKM 2021
27 November 2021
Dr. Shar Meeze Mohd Rashid, alumni Pendidikan Khas
telah dianugerahkan Anugerah Emas Kedoktoran 2021
dalam Majlis Konvokesyen UKM kali ke-49.
Penganugerahan ini menyuntik perasaan bangga kami
terhadap kualiti graduan Ilmu Khas yang dilahirkan.
Tahniah Dr. Shar Meeze
ANUGERAH KHAS GURU GIGIH PEDALAMAN
SEMPENA HARI GURU NEGERI PERAK 2021
Tahniah diucapkan kepada alumni Ilmu Khas, Muhammad Irfan
Mustaqim bin Ariffin kerana dianugerahkan sebagai Johan bagi
Anugerah Khas Guru Gigih Pedalaman sempena Hari Guru
Negeri Perak 2021. Syabas.
AHMAD AIMAN ANUGERAH GURU CEMERLANG
PENDIDIKAN KHAS NEGERI TERENGGANU
7 April 2021
Alumni IPGKIK, Ahmad Aiman bin Abu Bakar telah mendapat
Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas Negeri Terengganu
tahun 2021. Beliau kerap menyertai dan memenangi pelbagai
pertandingan inovasi di peringkat kebangsaan atau
antarabangsa khususnya dalam robotik. Seluruh warga dan
alumni Ilmu Khas berbangga dengan pencapaian beliau.
Nama pemenang :
Ahmad Aiman bin Abu Bakar
PENERIMA IKON GURU
(KATEGORI KOKURIKULUM DAN SUKAN)
PERINGKAT NEGERI SELANGOR.
Warga dan alumni Ilmu Khas mengucapkan tahniah kepada
Cikgu Nik Mohd Ramadhan bin Nik Abdullah dan Cikgu Nor
Hidayah binti Hamzah atas pengiktirafan sebagai penerima
Ikon Guru ( kategori Kokurikulum dan Sukan) peringkat negeri
Selangor.
PENERIMA IKON GURU
(KATEGORI KOKURIKULUM DAN SUKAN)
PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Warga dan alumni Ilmu Khas mengucapkan tahniah kepada Cikgu
Nik Mohd Ramadhan bin Nik Abdullah dan Cikgu Nor Hidayah binti
Hamzah atas pengiktirafan sebagai penerima Ikon Guru ( kategori
Kokurikulum dan Sukan) peringkat negeri Selangor.
ALUMNI IPGKIK DIIKTIRAF SEBAGAI GURU CEMERLANG
13 April 2021
Dua alumni IPGKIK dari Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke
Luar Negara (PPC) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
telah berjaya diperaku sebagai Guru Cemerlang DG44. Kejayaan ini dapat
menyuntik semangat rakan alumni lain untuk mengikut jejak jaya
sebagai Guru Cemerlang .
Guru Cemerlang atau alumni yang dimaksudkan ialah :
Cornelius Ng Wui Loong Raja Nadiah Raja Zaharuddin
SMJK Katholik, Petaling Jaya SK Sungai Pencala
(Bidang Biologi) (Bidang Pendidikan Muzik)
DIDIK TV, KPM - LATIH PELATIH : TERAPI PENDIDIKAN KHAS
11 Disember 2021
Alumni dan pelajar Ilmu Khas iaitu Puan Mahfuzah
binti Zainol dan saudara Ammar bin Genari @Zahari
dipilih untuk mengendalikan PdP Terapi Pendidikan
Khas dalam siaran Latih Pelatih Didik TV, KPM.
Semoga terus melakar kecemerlangan dalam
pedagogi khususnya bidang Pendidikan Khas.
Pensyarah :
Puan Mahfuzah binti Zainol
Alumni Program Diploma Pendidikan Lepas Ijazah
Ammar bin Genari@Zahari
Pelajar Pendidikan Khas G8.1
AMIR IKHWANUDDIN @DIDIK TV, KPM
18 Ogos 2021
Amir Ikhwanuddin, alumni Pendidikan Khas
diundang sebagai Pengajar untuk slot Mahir,
Didik TV, KPM atas kepakaran beliau dalam
bidang Pendidikan Khas, Masalah
Penglihatan. Dengan topik Buah-Buahan,
beliau turut memberi panduan kepada
penonton untuk menyantuni OKU
Penglihatan. Cikgu Amir kini bertugas di SK
Pendidikan Khas, Jalan Batu, Kuala Lumpur.
DUA ALUMNI BERGABUNG UNTUK TENAGA PENGAJAR DIDIK TV KPM
30 Ogos 2021
Anis Nuratikah Abd Halim dan Nur’ Ainaa
Nisha Salehuddin, alumni Pendidikan Muzik terpilih
sebagai tenaga pengajar di Didik TV, KPM. Mereka
berpeluang mengajar topik Taman Mini dalam slot
Mahir dan telah menunjukkan kemahiran pedagogi
menarik untuk mengajar Pendidikan Muzik.
FESTIVAL KESENIAN MUZIK MALAYSIA SECARA DALAM TALIAN
PERINGKAT KEBANGSAAN 2021
Tahniah alumni Pendidikan Muzik IPGKIK @Raja
Nadiah @Hasnor @Mohd Afiq and @Zahera kerana
membimbing anak-anak didik memperoleh anugerah
dalam Festival Kesenian Muzik Malaysia Secara Dalam
Talian Peringkat Kebangsaan 2021
TARIAN SEWANG PILIHAN ALUMNI @DIDIK TV
16 JULAI 2021
Tarian Sewang diangkat menjadi topik pembelajaran murid yang
ditunggu-tunggu oleh pelajar. Alumni Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan, Cikgu Suria Huszaini bersama-sama rakan beliau, Cikgu
Amzar Sabri sangat kreatif kerana mengajar tarian Sewang sebagai salah
satu aktiviti pergerakan berirama di Didik TV, KPM. Suria Huszaini
merupakan alumni Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang kini
mengajar di SMK Putrajaya 18(1). Beliau juga merupakan Guru
Cemerlang PJK.
Pautan : https://youtu.be/ALkE5g35PdM
ALUMNI PENDIDIKAN KHAS DI DIDIK TV, KPM
17 JULAI 2021
Cikgu Mohamad Khazaen Mat Nasir dan Cikgu Nur Atiqah
Adni dipilih sebagai guru yang menyampaikan PdP di Dididk
TV, KPM pada 17 Julai 2021. Topik yang menjadi fokus mereka
ialah Persekitaran Sekolah, bagi Tahap 1 Pendidikan Khas,
Bahasa Isyarat Komunikasi.
Sebelum ini, Cikgu Mohamad Khazaen Mat Nasir turut
muncul dalam Didik TV pada 6 Jun 2021 dengan topik
Persekitaran Sekolah juga khusus untuk murid bermasalah
pendengaran. Kini beliau mengajar di Sekolah Pendidikan
Khas Persekutuan, Pulau Pinang. Cikgu Nur Atiqah Adni pula
mengajar di SK Kuala Kubu Baharu, Selangor.
Pautan :
https://youtu.be/AlwEbOPGYAg
https://youtu.be/K5wfLYp11HM
ALUMNI PENDIDIKAN JASMANI @DIDIK TV, KPM
6 JULAI 2021
Cikgu Firdaus Mohamed@Mohd, alumni Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan menjadi tenaga pengajar untuk siaran Didik TV, KPM
pada 6 Julai 2021. Bersama-sama hos Afieq Syazwan, beliau
mengajar topik:
Kemahiran Kategori Serangan: Hantar dan Terima.
Kini beliau bertugas sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di
SK Seri Telok, Batu Pahat, Johor.
Pautan : https://youtu.be/HeH8GNl1w4o
EDITORIAL LAKARAN KECEMERLANGAN 2021
Norani Abd Rahim Haslina Hassan Dr Aliza Adnan
EDITOR DESIGNER DESIGNER