The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

33 Teknik Amalan Penyampaian PdPR- 2 Dis-IPGKIK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haslina.hassan, 2021-12-02 02:01:13

33 Teknik Amalan Penyampaian PdPR

33 Teknik Amalan Penyampaian PdPR- 2 Dis-IPGKIK

Prosedur Langkah 4 : Mula menaip

Langkah 1 : Layari laman sesawang Coggle.it Mulakan menaip dengan menarik
tetikus di tempat bertanda +
Taip Coggle.It di laman
sesawang.

Langkah 2 : Pilih menu Langkah 5 : Cipta nota sendiri

Pilih simple collaborative Cipta nota mengikut kreativiti
mind map and flow chat. masing-masing.
Murid yang mengikuti kelas boleh
sama-sama mencipta nota, hanya
perlu masukkan alamat e-mel.

Langkah 3 : Klik diagram Langkah 6 : Muat turun nota

Tekan create diagram. Nota boleh dimuat turun dan
dikongsi bersama-sama murid.

98

Keberkesanan Teknik Rakaman Pelaksanaan PdPR
Kesan kepada Murid Gambar 1

• Murid mudah mengambil nota Nota simpulan bahasa
• Simpanan nota ringkas yang disediakan oleh
• Mencerna maklumat semula murid.
• Mengembangkan isi
• Menyelesaikan masalah Gambar 2

Kesan kepada Guru Nota karangan.

• Aktiviti PdPR menjadi lebih menarik Gambar 3
• Murid tidak pasif
• Nota berwarna-warni dan kreatif Pautan rakaman PdPR

Kesimpulan

Penggunaan aplikasi Coggle.It ini merupakan suatu strategi efektif bagi
menyuntik kelainan kepada murid yang inginkan perubahan kaedah
belajar yang berkesan. Sejajar dengan pendidikan abad ke-21, murid lebih
teruja dengan pembelajaran akses kendiri dan berbantukan teknologi.
Menjadi harapan agar amalan terbaik ini dapat disebar luas bagi
membantu para guru mendapat input terkini untuk diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran demi kemaslahatan semua pihak.

https://drive.google.com/file/d/1lJs84N5epgKr116_sFL19iDQJ3yPgEbW/
view?usp=sharing

99

31 FIZIK J-CROSS Sinopsis
SALWANA BINTI SALIM
Physics J-Cross merupakan bahan bantu mengajar dalam bentuk teka silang kata
Guru Cemerlang yang dapat membantu murid dalam mengingati istilah dan definisi dalam mata
SMK Klebang Besar, Melaka pelajaran Fizik. Terdapat banyak istilah baru yang murid pelajari pada setiap bab.
Bidang Kepakaran: Fizik Jika murid tidak mengingati istilah ini, murid tidak akan faham dan seterusnya
[email protected] hilang fokus. Bahan ini juga hadir bersama pautan video dalam bentuk Kod QR
yang membolehkan murid mencapai maklumat tambahan. Bahan ini sangat
sesuai dijadikan bahan ulang kaji atau diberi pada permulaan bab bagi
menimbulkan inkuiri dalam diri murid. Bahan ini juga sesuai diberikan kepada
semua murid untuk mencapai tahap TP 1 dan TP 2 dan guru boleh terus
merekodkan dalam borang Rekod Perkembangan Pembelajaran Murid.

Pengenalan

Belajar sambil bermain merupakan pendekatan pembelajaran yang sangat
bermakna kepada murid. Mereka akan lebih mengingati fakta dan dapat
menerangkannya dengan lebih tepat. Bagi murid lemah, mereka menyatakan mata
pelajaran Fizik itu susah. Maka, satu pendekatan yang mudah dan berkesan perlu
diambil. Murid ini perlu dicabar dan cabarannya ialah dengan mencari jawapan
yang betul. Murid akan melalui satu proses iaitu dengan membaca semua soalan,
berbincang dengan rakan atau membuka buku untuk melengkapkan silang kata
tersebut. Murid juga boleh mengimbas Kod QR yang disediakan yang
menghubungkan murid dengan video di YouTube. Kaedah ini, dapat membantu
murid untuk pembelajaran kendiri dan meningkatkan lagi kefahaman murid.
Bahan ini juga sangat sesuai digunakan oleh guru untuk persiapan terakhir murid
dalam menduduki peperiksaan. Selain menguatkan daya ingatan, ia juga dapat
membantu mengurangkan tekanan murid dalam menghadapi peperiksaan. Dua
bentuk bahan disediakan dengan soalan yang sama. Bahan pertama ialah soalan
dalam bentuk soalan biasan dan bahan kedua ialah Physics J-Cross. Markah bagi
kedua-dua kertas direkodkan untuk melihat perbandingannya.

100

Prosedur Aktiviti 2: Perbincangan di antara ahli kumpulan
Aktiviti 1: Bahan Physics J-Cross

Kit Physics J-Cross terdiri daripada 1 kad utama dan 26 keping Murid berbincang untuk mencari jawapan yang betul. Pada
kad soalan bergambar. Murid dikehendaki menggunakan kad peringkat ini, murid hanya dibenarkan menggunakan bahan
bergambar tersebut untuk membaca soalan. Gambar pada kad yang dibekalkan sahaja. Murid tidak dibenarkan
dapat membantu murid menjana idea dan mengimbas kembali menggunakan sumber rujukan dari luar. Hanya bantuan kad
bab yang telah dipelajari. Contoh dalam bahan di atas adalah bergambar dan soalan sahaja dibenarkan.
soalan daripada Tingkatan 4 iaitu tajuk Haba. Murid akan Apabila selesai, murid mengimbas Kod QR
melaksanakan aktiviti ini secara berkumpulan yang terdiri untuk menyemak jawapan yang betul. Murid
daripada 4 orang murid. Setiap murid akan terlibat secara aktif juga boleh mengimbas Kod QR yang disertakan
untuk melengkapkan silang kata dengan jawapan yang betul. untuk melihat video pembelajaran bagi
meningkatkan lagi kefahaman.
Aktiviti 3: Semak jawapan

101

Keberkesanan Teknik Rakaman Pelaksanaan PdPR
Gambar 1 : Perbincangan antara murid
Kesan kepada Murid
Gambar 2: Murid mengimbas Kod QR
Ujian Diagnostik 1 Ujian Diagnostik 2
Gambar 3: Perkongsian bersama-sama rakan guru
Murid Berjaya Berjaya Marka 102
mengumpul h
1 mengumpul Markah
2 data
3 data
4
5 Tidak 9/26 Ya 24/26
6
7 Tidak 14/26 Ya 25/26
8
9 Tidak 2/26 Ya 24/26
10
Tidak 3/26 Ya 23/26

Tidak 17/26 Ya 23/26

Tidak 3/26 Ya 25/26

Tidak 2/26 Ya 24/26

Tidak 8/26 Ya 23/26

Tidak 4/26 Ya 26/26

Tidak 5/26 Ya 24/26

Hasil yang diperoleh dalam Ujian Diagnostik 2 menunjukkan hampir
semua murid memperoleh markah tertinggi kecuali murid 4, 5 dan 8. Ini
membuktikan bahawa dengan menggunakan bahan Physics J-Cross
dapat meningkatkan lagi kefahaman dan minat murid dalam mata
pelajaran Fizik.

Kesan kepada Guru

Physics J-Cross dapat membantu guru dalam mengatasi murid yang
lemah dan meningkatkan minat murid dalam mempelajari Fizik. Bahan
ini juga dapat digunakan dalam aktiviti Sains.

Kesimpulan

Bahan Physics J-Cross merupakan aktiviti untuk murid bermain sambil
belajar. Dalam permainan ini, murid dapat belajar dan meningkatkan
aras kefahaman murid. Aras ini penting dalam membantu murid untuk
menjawab soalan KBAT.

32 PENGGUNAAN MINECARFT Sinopsis
MARCUS KHOO HIOK TIAN
Pembelajaran tentang reaktor nuklear dalam mata pelajaran Fizik dan Sains
Guru Cemerlang merupakan subtopik yang sukar bagi murid untuk bayangkan kerana ketiadaan
SMK Lok Yuk, Kota Kinabalu, Sabah fasiliti reaktor nuklear di Malaysia. Perisian Minecraft: Education Edition sebagai
Bidang Kepakaran: Fizik pelantar gamifikasi telah digunakan oleh murid dalam Project Based Learning (PBL)
untuk memberi gambaran visual secara 3-dimensi kepada pengguna tentang
komponen-komponen dalam sebuah reaktor nuklear serta proses penjanaan tenaga
elektrik daripada reaktor nuklear. Hasil kerja murid mendapat respon yang positf
dari segi pemahaman murid tentang reaktor nuklear. Didapati juga bahawa
penggunaan Minecraft dapat memberi peluang untuk memupuk daya kreativiti
mencipta dalam kalangan murid dengan cara yang menarik dan seronok.

Pengenalan

Pengalaman guru dan tinjauan dalam kalangan murid mendapati bahawa murid
sukar membayangkan prinsip kerja reaktor nuklear dalam penjanaan tenaga. Guru
sering kali hanya menggunakan rajah yang ada dalam buku teks atau slaid Power
Point untuk memberi penerangan. Rajah yang disediakan tidak memberikan satu
gambaran yang tepat tentang bagaimana semua komponen tersebut terlibat dalam
penjanaan tenaga. Selain itu, ketiadaan satu fasiliti reaktor nuklear untuk
penjanaan tenaga di Malaysia menyumbang kepada kesukaran murid untuk
mendapat gambaran yang tepat tentang proses-proses yang terlibat dalam
penjanaan tenaga elektrik.
Minecraft: Education Edition adalah satu pelantar gamifikasi yang mempunyai
grafik 3-dimensi untuk memberi gambaran secara visual tentang apa sahaja
struktur yang dibina di dalam world yang ada. Penggunaan pelantar ini terbukti
mudah dipelajari dan sangat menarik minat murid kerana melibatkan unsur Didik
Hibur.

103

Prosedur Langkah 3: Pembentangan projek
Langkah 1: Temu bual Bersama-sama pakar

Selepas pasukan murid bagi PBL ditubuhkan, kajian lapangan Hasil kerja murid dibentangkan kepada Pengetua untuk mendapatkan
dilakukan untuk mendapatkan gambaran tentang penjanaan sokongan bagi tujuan sebar luas kepada semua murid.
tenaga elektrik serta bertanya dengan pakar-pakar industri
tentang kesesuaian reaktor nuklear di Malaysia. Langkah 4 : Peluasan projek melalui YouTube

Langkah 2: Perbincangan dan penghasilan kerja

Selepas pengumpulan maklumat, perbincangan diadakan untuk Dunia Minecraft yang mengandungi reaktor nuklear dibentangkan kepada
menghasilkan produk. Proses kerja kemudian bermula dengan: murid semasa PdPR dengan menggunakan Streamyard dan Youtube. Ahli
• membina dunia Minecraft yang mengandungi reaktor nuklear. pasukan turut memberi penerangan tentang komponen-komponen reaktor
• membina satu laman web sebagai rujukan. nuklear serta proses penjanaan tenaga elektrik daripada reaktor nuklear
• merakam dan menyunting video panduan. dengan bantuan world yang telah dibina. Selain itu, murid juga diberi
panduan untuk mengakses dunia Minecraft tersebut untuk melakukan
pembelajaran kendiri.

104

Keberkesanan Teknik Rakaman Pelaksanaan PdPR Dunia Minecraft yang telah dibina
Kesan Kepada Murid Gambar 1 dengan menunjukkan komponen-
komponen reaktor nuklear.
• Murid yang terlibat dalam penghasilan produk mendapat manfaat
yang terbanyak dari segi penjanaan idea, pemikiran di luar kotak Gambar 2
untuk menyelesaikan masalah dan juga kerjasama di dalam sebuah
pasukan. Laman web yang mengandungi info
tambahan dan juga kuiz bagi
• Murid yang mengakses dunia Minecraft telah memberi respon yang menguji kefahaman murid.
positif dengan menyatakan bahawa cara penyampaian kandungan
pembelajaran adalah menarik dan mudah difahami. Gambar 3

• Murid yang mempelajari reaktor nuklear bagi mata pelajaran Fizik Hasil kerja murid dibukukan secara
memahami dengan lebih mendalam proses-proses yang terlibat atas talian dengan penggunaan
dalam penjanaan tenaga elektrik dan bagaimana fungsi setiap Book Creator.
komponen di dalam reaktor nuklear terlibat di dalam proses
tersebut. 105

Kesan kepada Guru

• Guru mendapati bahawa murid lebih gemar belajar dengan cara
permainan dan didik hibur kerana lebih mudah mengingati perkara
yang dipelajari terutamanya apabila bahan yang dipelajari itu diberi
satu gambaran visual yang mudah diakses.

• Peranan guru dalam memberi pendedahan kepada murid tentang
kepelbagaian cara belajar adalah penting untuk memberi peluang
kepada murid untuk membuat penerokaan.

Kesimpulan

Penggunaan Minecraft mampu untuk menyampaikan maklumat kepada
murid melalui cara penerokaan kendiri dalam bentuk yang seronok dan
engaging.

33 AMALI MASAKAN DALAM PdPR Sinopsis
DR. MURUGA a/l KRISHNAN
Aktiviti amali masakan merupakan antara aktiviti yang memupuk minat
Guru Cemerlang murid dalam topik Kos Pengeluaran murid tingkatan 5. Guru mata pelajaran
SMK Tanjong Puteri, Kuala Ketil, Kedah. telah menjalankan tinjauan awal melalui pemerhatian dan soal selidik tentang
Bidang Kepakaran: Ekonomi tajuk kos pengeluaran. Hasil kajian menunjukkan murid kuarang berminat
tajuk ini. Oleh itu, guru merancang untuk menjalankan amali masakan
melalui Google Meet semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Dengan ini, murid lebih memahami kemahiran kos pengeluaran seperti
untung atau rugi, jumlah kos, kos purata dan kos sut.

Pengenalan

Mata pelajaran Ekonomi merupakan mata pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI)
bagi murid tingkatan 4 dan 5. Pada tahun 2017, secara berperingkat
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengubah mata pelajaran ini
daripada Ekonomi Asas kepada Ekonomi selaras dengan hasrat terkandung
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPM) 2013-2025. Matlamat
utama kurikulum MPEI ialah satu inisiatif dalam usaha menyediakan platform
kecemerlangan dan wujud modal insan yang seimbang, berakhlak mulia,
kritis, kreatif, inovatif serta mengamalkan budaya profesional bagi
menghadapi cabaran abad ke-21. Ekonomi dapat membantu murid
memahami tingkah laku manusia atau gelagat pengguna dalam kehidupan
harian melalui kajian tentang bagaimana sumber terhad diurus untuk
memenuhi kehendak individu dan masyarakat yang tidak terhad. Sejak
kebelakangan ini penularan wabak COVID-19 telah meningkat di Malaysia.
Oleh itu, kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
dan membawa norma baharu dalam pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR). Dengan ini, guru memainkan peranan penting
sebagai pembimbing untuk meningkatkan tahap minat dalam kalangan
murid.

106

Prosedur Langkah 3 : Mengulang proses memasak
Langkah 1 : Sediakan sajian makan tengah hari

Guru meminta murid menyediakan menu sajian makan tengah Seterusnya, murid memasak gulai ayam dan proses tersebut
hari dan menyediakan bajet kos bahan tersebut. Murid ditunjukkan melalui Google Meet. Setiap bahan untuk
menunjukkan menu sajian makanan tersebut melalui Google dimasak perlu mengambil kira kos dan untung rugi.
Meet supaya memudahkan guru menilai kos keseluruhan.
Langkah 4 : Penilaian Pentaksiran Bilik Darjah
Langkah 2 : Demonstrasi penyediaan makanan

Selepas menunjukkan menu makanan tersebut kepada guru Murid menghidangkan makan tersebut di meja makan rumah
melalui Google Meet, murid menunjukkan proses menggoreng masing-masing. Murid menunjukkan proses tersebut melalui
ayam dan sebagainya. Google Meet. Guru menilai hasil pembentangan untuk markah
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) murid.

107

Keberkesanan Teknik Rakaman Pelaksanaan PdPR
Kesan kepada Murid Gambar 1

• Murid menguasai kemahiran kos pengeluaran. Salah seorang murid
• Murid berjaya mendapat skor PBD TP5. membentangkan projek amali
• Murid melaksanakan aktiviti secara kolaboratif dengan ahli masakan melalui rakaman dan
kemudian hantar kepada guru
keluarga. melalui aplikasi Telegram. Hasil
• Rekod kehadiran penglibatan murid sangat baik iaitu 44/47 projek dan kos pengiraan iaitu
jumlah kos, kos purata, untung atau
(93.62%). Semua murid seronok dan dapat menguasai ilmu baharu rugi murid membentang melalui
melalui projek tersebut. Google Meet semasa PdPR mata
pelajaran Ekonomi.
Kesan kepada Guru
Gambar 2 Hidangan lengkap amalI masakan
• Dapat mengenal pasti dan menilai tahap pencapaian murid. Gambar 3 berjaya disiapkan dan dihidangkan
• Dapat mengenal pasti kelemahan murid. untuk penilaian guru.
• Guru mudah menjalankan intervensi mengikut kumpulan murid.

Kesimpulan

Seramai 25 orang murid mendapat TP5, 13 orang murid TP4, 6 orang
murid mendapat TP3 dan 3 orang murid tidak melaksanakan amali
masakan. Murid telah berjaya dan menguasai topik Teori Pengeluaran
tanpa bantuan guru semasa latihan ulang kaji PDPR.

108



Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Pensyarah Cemerlang
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
Jalan Yaacob Latif,
56000 Cheras, Kuala Lumpur

O3-91318160
Pensyarah Cemerlang Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
Pensyarah Cemerlang IPGKIK


Click to View FlipBook Version