The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haslina.hassan, 2021-03-24 04:20:03

LAPORAN TAHUNAN 2016

LAPORAN TAHUNAN 2016

11.3 JABATAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Dari kiri : En. Shahril bin Awang, Cik Zaharah binti Mohamad, Pn. Puspawathey a/p Andal, Pn. Zainun binti Abu
Bakar, Pn. Faridah Anum binti Abd Wahid (TKJ), Pn. Azizah binti Suleiman (KJ), Pn. Azlina binti Abd Rani, Pn.
Nor Azizah binti Atan dan En. Salehuddin bin Zakaria.
1.0 LATAR BELAKANG
Jabatan Pendidikan Seni Visual (PSV) merupakan salah satu jabatan yang terawal ditawarkan di Institut ini sejak
1960. Pada mulanya jabatan ini dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Seni namun kini lebih dikenali sebagai
Jabatan Pendidikan Seni Visual selaras dengan peranan mata pelajaran ini yang bukan sahaja memberi fokus
kepada seni tampak dan kraf sahaja bahkan kepada grafik dan Multimedia. Jabatan ini memberi pendidikan
yang berkualiti dalam Pendidikan Seni Visual untuk mengembangkan potensi siswa guru secara menyeluruh dan
bersepadu dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi bagi memenuhi hasrat Institut Pendidikan Guru (IPG).
Jabatan ini terdiri daripada 8 orang pensyarah yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang
masing-masing yang telah mengajar pelbagai disiplin PSV di sekolah dan di IPG.Terdapat dua kumpulan pelajar
teras yang terdiri daripada 30 orang siswa guru PISMP semester 8 dan 15 orang siswa guru PISMP semester 1.
Selain itu, terdapat juga dua kumpulan bagi elektif teras yang terdiri daripada 20 orang siswa guru PISMP
Semester 8 dan 11 orang siswa guru PISMP Semester 3.
2.0 LAPORAN PROGRAM / AKTIVITI
2.1 Perhimpunan Rasmi JPSV Bil 1/2016

- Diadakan pada 14 Januari 2016 di JPSV. Dihadiri oleh 8 orang pensyarah JPSV, 30 orang siswa
guru PISMP semester 7 dan 15 orang siswa guru PISMP PPISMP semester 2. Impak program
adalah dapat memupuk persefahaman dan mengeratkan hubungan pensyarah dan siswa guru.

2.2 LKS – Penyelidikan Tindakan 1
- Diadakan pada 29 Januari 2016 di Bilik Mesyuarat JPSV. Penyertaan sebanyak 8 orang pensyarah
JPSV. Penceramah jemputan ialah Dr. Ismail Raduan.

51

2.3 Invention & Innovation Award 2016 (Malaysian Technology Expo 2016)
- Diadakan pada 18 - 20 Februari di PWTC, Kuala Lumpur. Sebanyak 3 orang pensyarah dan 3
orang siswa guru dari JPSV telah menyertai pertandingan inovasi ini.

2.4 Pembentangan Modul P&P Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK)
- Program ini diadakan pada 10 Mac 2016 di Bilik
Mesyuarat Mawar. Modul pengajaran Pendidikan
Kesenian merangkumi bagi bidang Pendidikan Seni
Visual dan Pendidikan Muzik untuk pelajar Sekolah
Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) bagi membantu
guru melaksanakan pengajaran dengan lebih
berkesan.
- modul ini adalah fleksibel kerana guru boleh
mengubah suai atau membina
perancangan pengajaran yang sesuai mengikut
minat dan kemampuan siswa guru
- Objektif program adalah untuk melahirkan pelajar
yang berkeyakinan, berketerampilan serta bersikap
positif dalam kehidupan.

2.5 Perhimpunan Bulan Mac IPGKIK – Anjuran JPSV
- Diadakan pada 23 Mac 2016 di Dewan Dato‟ Razali Ismail. Dihadiri oleh warga IPGKIK. Program ini
dapat menyebarkan informasi yang berguna dan mengetengahkan pengetahuan tentang seni visual.

2.7 Perasmian Bilik KBAT (Pameran Inovasi)

Diadakan pada 25 Mac 2016 di blok Pusat
Sumber IPGKIK. Impak program ini ialah dapat
mengetengahkan pengetahuan tentang bidang
kemahiran berfikir aras tinggi dan memupuk
sikap kemahiran berfikir.

52

2.8 Mesyuarat Penyediaan Dokumen Kurikulum – Ringkasan Maklumat Kursus bagi Program
PPISMP PSV & Muzik
- Diadakan pada 1 April 2016 di Bilik Mesyuarat JPSV untuk penyediaan dokumen kurikulum yang
mantap berasaskan kepakaran pensyarah dalam bidang PSV.

2.9 44th International Exhibition of Inventions, Geneva
- Program ini telah diadakan pada 13 -17 April
di Palexpo, Geneva, Switzerland.
- Objektif Program – Menghasilkan produk
inovasi yang tercetus dari idea kreatif dan
inovatif, seterusnya menukarkan idea itu ke
bentuk produk yang mendapat pengiktirafan
dan pasaran.
- Peserta – 3 orang pensyarah dan seorang
pelajar JPSV.
- Inovasi “Waco Pen” dari IPGKIK telah
menyertai pertandingan di bawah bidang
Teaching Methods and Materials, manakala
“Tenpin Bowling Marker” pula telah menyertai
pertandingan di bawah bidang Sports and
Leisure.

2.10 Pertandingan dan Pameran Sempena Karnival Inovasi & Kreativiti 2016 IPGKIK
- Diadakan pada 18-20 April 2016 di Dewan Dato Razali Ismail, IPGKIK.
- Objektif Program – Mempertandingkan produk-produk inovasi oleh pensyarah dan siswa guru
IPGKIK di samping menampilkan produk inovasi yang berkualiti dan berguna dalam bidang
pendidikan.
- Peserta - warga IPGKIK

2.11 Program Ziarah Ayahanda Bonda di Pusat Jagaan Orang-orang Tua Al Fikrah
- Program diadakan pada 8 Mei 2016 di
Pusat Jagaan Orang-Orang Tua Al
Fikrah, kajang, Selangor
- Program ini dapat memberi sedikit
kegembiraan dan bantuan kepada
warga tua.

2.12 Pameran Lukisan dan Catan - KL Trade & Copyright Centre 2016
- Program diadakan pada 7 -9 Mei 2016
di KL Trade & Copyright Centre,
MAEPS.
- Peserta terdiri daripada syarikat
perniagaan di dalam dan luar negara.
- program ini berjaya mengetengahkan
hasil seni visual kepada masyarakat
umum.

53

2.12 Pameran Hari Guru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016
- Diadakan pada ada 26 Mei 2016 IPG Kampus
Bahasa Melayu. Slogan program ialah “Guru
Pembina Negara Bangsa”. Melalui program ini,
peserta-peserta telah mengetengahkan hasil
inovasi kepada guru-guru, pelajar dan
masyarakat umum
- Peserta terdiri daripada pensyarah, guru dan
pelajar sekolah-sekolah di Wilayah
Persekutuan.

2.13 Menguji Rintis Modul Pendidikan Kesenian - IPGKIK & SBJK
- Ujian Rintis diadakan pada 14 Jun
2016 di SBJK, Chow Kit, Kuala
Lumpur yang bertujuan untuk
memastikan modul Pendidikan
Kesenian yang telah digubal
menepati tahap kemahiran murid-
murid dan mudah digunakan oleh
guru-guru SBJK.
- Peserta dari JPSV terdiri daripada
8 orang pensyarah dan 4 orang
siswa guru.

2.14 Lawatan Pelarasan Pameran Budi
- Lawatan diadakan pada 1 – 3 Jun 2016 di ISI, Jogjakarta 2016.
- Peserta program terdiri daripada 8 orang pensyarah JPSV.
- Program ini telah berjaya memdapat pelarasan kefahaman tentang usaha kerjasama pihak IPGKIK
dan ISI.

2.15 Jualan Dana Pameran Budi 2016
- Program ini diadakan pada 28 Jun 2016 di Perkarangan Galeri Tan Sri Ghazali Shafei. Jualan
Dana BUDI merupakan aktiviti jualan yang dirancang dan dikendalikan sepenuhnya oleh
Jawatankuasa Pameran SENI RUPA 2016 iaitu pelajar Pendidikan Seni Visual (Major) Semester 8.
- Jualan Dana Pameran Budi 2 diadakan pada 7-8 September 2016 di hadapan Koperasi IPGKIK.
- Objektif program – mencari dana tambahan untuk menjayakan Pameran BUDI di Institut Seni
Rupa dan menerapkan elemen keusahawanan dalam kalangan siswa guru.
- Sebanyak 39 orang siswa guru dan 8 Orang pensyarah JPSV terlibat dalam jualan dana ini.
- Jualan Dana BUDI ini dapat membantu dalam mengumpul dana bagi menjayakan pameran
tersebut dengan baik.

54

2.17 Karnival Memasyarakatkan OKU Peringkat Kebangsaan 2016 ( Bengkel)
- Karnival diadakan pada 12-14 Julai
2016 di Dewan Dato‟ Razali Ismail.
- Peserta program terdiri daripada warga
IPGKIK dan komuniti luar.
- Impak program ialah dapat
mengetengahkan bidang kemahiran
seni visual kepada guru-guru dan
murid-murid OKU sekolah.

2.16 Bengkel Pembangunan Learning Object dan Portal PSV IPGM
- Bengkel diadakan pada 2-4 Ogos 2016 di IPGK Pendidikan Teknik anjuran IPGM. Tujuan
perbengkelan adalah untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam bidang seni
visual dalam kalangan pensyarah dan siswa guru IPGK.
- Peserta – 4 orang pensyarah JPSV.
- Impak program ini, JPSV telah berjaya memantapkan bahan-bahan Seni Visual dalam portal
Pendidikan Seni Visual IPGM.

2.17 Pameran Budi 2016
- Pameran Budi 2016 diadakan pada 14 -18 September 2016 di ISI, Yogjakarta 2016. Program ini
merupakan pameran anjuran bersama IPGKIK & Fakultas Seni Rupa Institut Seni Indonesia,
Yogyakarta yang melibatkan pensyarah dan siswa kedua-dua pihak.
- Objektif Program - aktiviti yang dijalankan selaras dengan kurikulum PISMP Pengkhususan
Pendidikan Seni Visual Semester 1 Tahun 4 sejajar dengan RMK: PSV 3143 - Seni dan
Pengurusan.
- Peserta – 30 orang pelajar dan 8 orang pensyarah.
- Impak - memberi pendedahan kepada siswa guru JPSV untuk mengurus dan mengendalikan
aktiviti seni seperti pameran dan lawatan.

55

2.18 Lawatan Berpandu JPSV, Interaktif Kraf dan Naive Art
- Pengenalan Program – diadakan pada 27 September 2016 di Kompleks Kraf Negara. Terbuka
kepada pensyarah dan staf sokongan yang berminat dalam penghasilan produk seni visual.
Bengkel terdiri daripada kemahiran catatan Naive Art, seramik dan catan batik. Seterusnya
mengikuti lawatan berpandu di Pusat Kraf Negara.
- Objektif Program – peserta mendapat pendedahan secara terus, jelas terperinci berkenaan
penggunaan bahan, alat dan teknik dalam pembuatan produk Seni Visual.
- Peserta – 25 orang pensyarah dan staf IPGKIK.
- Impak program ialah peserta mendapatkan kemahiran nilai tambah yang di luar kepakaran masing-
masing.

2.19 Pembentangan Penyelidikan Tindakan Semester 8 2016
- Pengenalan Program – diadakan pada 4-6
Oktober 2016 di Bilik Mesyuarat JPSV.
- Peserta – 30 orang pelajar semester 8 dan
8 orang pensyarah JPSV.
- Impak – memantapkan kemahiran bidang
penyelidikan bagi siswa guru semester 8
dalam penulisan dan pembentangan
penyelidikan.

2.20 Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan 2016
- Seminar diadakan pada 11-12 Oktober di
IPGKBA, Lembah Pantai Kuala Lumpur.
- Peserta – Pembentangan kertas penyelidikan
terdiri daripada 2 orang pensyarah. Manakala
pertandingan inovasi terdiri daripada 2 orang
siswa guru dan seorang pensyarah .
- Impak program ialah meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
penyelidikan dan inovasi.

2.21 Pameran BUDI 2/2016
- Pameran ini diadakan pada 18 - 20 Oktober di Dewan Dato‟ Razali Ismail. Pameran ini adalah
rentetan daripada Pameran Budaya Dalam Inspirasi (BUDI) 2016 yang telah dijalankan pada 15
dan 16 September 2016 di Institut Seni Indonesia, Yogyakarta, Indonesia.
- Peserta terdiri daripada 8 orang pensyarah JPSV, 30 orang siswa guru PISMP semester 8 dan 15
orang siswa guru PISMP semester 1.
- Impak - Pelbagai aktiviti seni visual telah dijalankan seperti Pertandingan Mewarna Tadika Bestari,
Pertandingan Melukis Poster bertemakan Budaya, aktiviti demonstrasi cat air, karikatur dan jualan
produk seni visual.

2.22 Taklimat Elektif Terbuka IPG
- Diadakan pada 17 November 2016 di Dewan Kuliah IPGKIK anjuran IPGM.
- Peserta – 3 orang pensyarah JPSV.
- Impak program – pensyarah-pensyarah IPGK mempunyai pengetahuan asas tentang kursus elektif
terbuka yang akan ditawarkan di IPG masing-masing.

56

2.23 Wacana Ilmu 2016 (Pembentangan)
- Pengenalan Program pada 24 November
2016 di Blok TESL IPGKIK.
- Objektif Program – Wacana Ilmu Ke Arah
Pembudayaan Penyelidikan.
- Peserta – 3 orang pensyarah JPSV
- Impak program ialah meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
penulisan dan pembentangan penyelidikan.

2.24 Anugerah Inovasi Negara – MOSTI (Penyertaan)
- JPSV telah menghantar 2 kumpulan penyertaan pertandingan yang terdiri daripada 5 orang
Pensyarah dan 3 orang siswa guru JPSV pada 15 Ogos 2016
- Impak – memartabatkan inovasi dalam kalangan warga IPGKIK.

2.26 Pertandingan Bowling JPSV 2016
- Pengenalan Program – diadakan pada 26
Oktober 2016 di Megalane Bowling
Centre. Pertandingan bowling antara
pensyarah dan siswa guru semester 8
JPSV.
- Objektif program - untuk mengeratkan
persefahaman dan persahabatan dalam
kalangan pensyarah dan pelajar semester
8 yang akan mengakhiri pengajian.
- Peserta – 30 orang siswa guru semester 8
dan 8 orang pensyarah JPSV

2.27 Jamuan Akhir Tahun JPSV

- Jamuan akhir tahun ini telah diadakan pada 4 November 2016 di MAEPS.
- Objektif Program adalah untuk mengeratkan persefahaman dan keakraban dalam kalangan

pensyarah dan siswa guru JPSV
- Peserta – Pengarah, Timbalan Pengarah, 8 orang pensyarah dan 45 orang siswa guru.

57

3.0 PENCAPAIAN JABATAN

Bil. Aktiviti Tarikh Pensyarah/Pelajar Peringkat
1. Invention & Innovation Award 2016 18 – 20 Asia
Februari En. Salehuddin Zakaria
(Malaysian Technology Expo 2016) 2016 Pn. Azlina Hj Abdul Rani Dunia
Cik Zaharah Mohamad
Kategori Pensyarah : En. Shahril Awang Institut
Pemenang Emas dan Tempat ke Saudari Nur Dalilah Adnan
Tiga Booth Terbaik
“WaCo Pen” 13 -17 Pn. Azizah Suleiman
2. 44th International Exhibition of April 2016 En. Salehuddin Zakaria
Inventions , Geneva Pn. Azlina Hj Abdul Rani
Cik Zaharah Mohamad
Pemenang Pingat Perak &
Anugerah Khas negeri China 18-20 Saudara Sahrul Hafizi Azmi
“WaCo Pen” April 2014 Saudara Mohd Syafiq
3. Pertandingan dan Pameran Baharudin
Sempena Karnival Inovasi & Saudari Lynda Liyana Abu
Kreativiti 2016 IPGKIK Hasan Azhari
Pn. Zainun binti Abu Bakar
Kategori Pelajar :
Pingat Emas

S.K.E.C. Splash kitt: Easy & Clean 18-20 Cik Zaharah Mohamad Institut
4. Pertandingan dan Pameran April 2014 Pn Azlina Abdul Rani
Saudari Nik Ahmad Syafiq
Sempena Karnival Inovasi & Zahari
Kreativiti 2016 IPGKIK

Kategori Pensyarah:
Pingat Gangsa

Trace Me

5. Anugerah Inovasi Negara – MOSTI 15 Ogos Cik Zaharah Mohamad Kebangsaan
2016 Saudari Nur Dalilah Adnan Kebangsaan
Penyertaan Saudari Siti Almunawwarah
Finger Book Holder Shahuddin

6. Seminar Penyelidikan Pendidikan 11-12 Okt. Pn. Nor Azizah Atan
Kebangsaan 2016 2016 Cik Zaharah Mohamad

Pembentangan Kertas Penyelidikan
“Penggunaan Schoology Dalam
Mata Pelajaran Pedagogi
Pendidikan Seni Visual oleh Guru
Pelatih Elektif Pendidikan Khas:Satu
Tinjauan”

7. Seminar Penyelidikan Pendidikan 11-12 Okt. Saudara Sahrul Hafizi Azmi Kebangsaan
Kebangsaan 2016 2016 Saudari Noor Syazwani Sabri
Pn Zainun Abu Bakar
Pertandingan Inovasi
S.K.E.C. Splash kitt: Easy & Clean
Saguhati

58

8. Pameran Terbuka 2016 – Galeri 27 Okt. En. Shahril Awang Kebangsaan
Shah Alam –
(Peserta Pameran) Pn. Nor Azizah binti Atan Institut
25 Nov. Cik Zaharah Mohamad
9. Program Wacana Ilmu IPGKIK 2016 24 Nov.
Pembentangan Artikel Penyelidikan: 2016 Cik Ong Siow Kim Institut
“Penggunaan Schoology dalam Pn. Faridah Anum binti Abd
Mata Pelajaran Pedagogi 24 Nov. Wahid
Pendidikan Seni Visual oleh Guru 2016 Pn Anita Sapura
Pelatih (elektif) Pendidikan Khas : Cik Hoh An Nui
Satu Tinjauan” 2016
Cik Ong Siow Kim Institut
10. Program Wacana Ilmu IPGKIK 2016 2016 Pn Faridah Anum Abd Wahid
Pembentangan Artikel Penyelidikan: 2016 Pn Anita Sapura
“Keberkesanan Fasilitator Cik Hoh An Nui
Menyampaikan Input Elemen- 2016
elemen KBAT Semasa Kursus Cik Zaharah binti Mohamad Institut
Orientasi Pelapis JU Muda KBAT
Fasa 1” Pn Azizah Suleiman Kebangsaan
Cik Zaharah Mohamad Kebangsaan
11. Jurnal Penyelidikan Tempawan Pn Faridah Anum Abdul Wahid
“Keberkesanan Fasilitator Pn Zainun Abu Bakar
Menyampaikan Input Elemen- Pn Nor Azizah Atan
elemen KBAT Semasa Kursus Pn Azlina Abdul Rani
Orientasi Pelapis JU Muda KBAT En Salehuddin Zakaria
Fasa 1” En Shahril Awang

12. Buletin Penyelidikan Cik Zaharah binti Mohamad
“Seni Visual Moden dan Media
Baru”

13. Modul Pendidikan Kesenian untuk
SBJK

14. Pendidikan Kesenian – Panduan
Pengajaran dan Pembelajaran
Bahagian Pembangunan Kurikulum,
KPM

59

11.4 JABATAN PENDIDIKAN KHAS

Duduk dari kanan: Puan Suzita A. Baki, Dr. Shahrul Arba‟iah Othman, Dr. Alijah Ujang, Puan Lee Che Pheng,
Cik Besira Bibi Mohd Ali.

Berdiri dari kanan: En. Rosli Ahmad, En. Zawawi Zahari, Datin Muhibah Hj. Nor, Dr. Madinah Mohd Yusoff, Dr.
Masitah Taib, En Zainal Abidin Nasir, Puan Anita Sapura Shaari, Puan Norimah Mat Som, Dr. Hajarul Bahti
Zakaria, Puan Fatimah Bivi V.A Hamid, En. Sabrinordin Mohd Yusoff, dan Mohd Yusuf Mohd Noor.

1.0 PENGENALAN

Ketua Jabatan : Dr. Alijah bt. Ujang

Bilangan pensyarah : 16 orang

Bilangan siswa guru : 237 orang

Bilangan Unit : Unit Masalah Pembelajaran

Unit Masalah Penglihatan

Unit Masalah Pendengaran

Unit Pemulihan

Bilangan program : 7 Program

60

2.0 LAPORAN PROGRAM
2.1 Bengkel Kemahiran Menangan Ketidakupayaan Multiple Murid Berkeperluan Khas
Pengenalan
Terdapat semakin ramai murid yang mempunyai ketidakupayaan multiple ditempatkan di dalam kelas bersama
dengan murid bermasalah penglihatan yang lain. Oleh sebab kemahiran menguruskan pembelajaran murid
ketidakupayaan multiple kurang ditekankan dalam kurikulum maka siswa pendidik didapati mengalami
kesukaran dalam melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran bagi yang berkesan bagi murid-murid.
Objektif
Memberi nilai tambah kepada siswa guru PISMP PK Masalah Penglihatan dalam melaksanakan strategi PdP
yang melibatkan murid-murid masalah penglihatan yang mempunyai multiple disability
Peserta
Seramai 34 orang pelajar daripada program PISMP (Pend. Khas Masalah Penglihatan) G2.3, G4.2 dan G7.3
telah menjadi peserta dalam bengkel tersebut dan pensyarah JPK
Impak/ Rumusan
Meningkatkan kompetensi guru-guru pelatih PK Masalah Pembelajaran

61

2.2 “Autism Awareness Movie Night” : The Story Of Temple Grandin
Pengenalan
Tayangan filem ini merupakan biografi seorang wanita Temple Grandin, seorang wanita yang mengalami
autism. Disamping menghadapi kesukaran akibat autisme, beliau juga mempunyai kebolehan yang luar biasa.
Filem ini berfokus pada cabaran yang dihadapinya semasa menuntut di sekolah dan pengajian di universiti.
Puncak kejayaan beliau terserlah apabila dianugerahkan Professor dalam bidang Animal Science.
Objektif
1. Mengumpul dana bagi Karnival Memasyarakatkan OKU 2016 yang akan diadakan pada 12 - 14 Julai 2016.
2. Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang cabaran yang dihadapi serta kejayaan yang boleh ditempa

oleh individu dengan autisme.
3. Meningkatkan kemahiran insaniah guru pelatih melalui peluang mengelolakan projek khas.
Peserta
Warga IPGKIK
Impak/Rumusan
Meningkatkan kesedaran umum tentang golongan OKU Autisme dan mengumpul dana untuk Karnival
Memasyarakatkan OKU

62

2.3 Karnival Memasyarakatkan OKU
Pengenalan
Karnival ini merupakan program kolaboratif yang melibatkan beberapa jabatan di IPGKIK dalam mendukung
pendidikan bagi orang kurang upaya.
Objektif

i. Mengintegrasikan Orang Kurang Upaya dalam masyarakat
ii. Memupuk sifat perihatin masyarakat terhadap Orang Kurang Upaya
iii. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mendayakan OKU
iv. Mengoptimum potensi OKU melalui kepelbagaian dimensi hidup berkualiti
v. Memperkasakan penglibatan dan pengetahuan pihak-pihak yang terlibat dalam pendidikan murid OKU

seperti guru, ibu bapa, dan kumpulan multidisiplin.
Peserta
Karnival MOKU 2016 ini melibatkan siswa guru, guru, pensyarah, kakitangan kementerian kesihatan, ibu bapa
dan murid pendidikan khas daripada sekolah rendah berdekatan. Keseluruhan peserta seramai 180 orang.
Impak/Rumusan
i. Mengiktiraf kepakaran warga IPGKIK kepada pihak luar dalam pelbagai bidang khususnya dalam aspek

pendidikan khas.
ii. Meluaskan jaringan kolaboratif dengan pihak luar khususnya pihak SEAMEO SEN, Jabatan Kebajikan

Masyarakat, Kementerian Kesihatan, Pusat Zakat Wilayah Persekutuan dan ALUMNI IPGKIK.
iii. Memberi pengalaman khususnya kepada siswa guru untuk menganjurkan program berskala besar.
iv. Memberikan IPGKIK publisiti positif khususnya fungsi dan peranan, lokasi dan kemudahan kepada

masyarakat.

Gambar Aktiviti

Perbincangan Selamat Pagi IMALAYSIA - Sempena Karnival Memasyarakatkan OKU Peringkat Kebangsaan 2016
Panel 1 : Dr Roziah Abdullah (Pengarah IPGKIK)
Panel 2 : Pn Alijah Ujang (Ketua Jabatan Pendidikan Khas IPGKIK)
Bahasa Isyarat disampaikan oleh siswa guru PISMP Ameera Huda Mohamed Amir dan Nur Syamimi Nabihah Mad Shukri

63

Aktiviti-aktiviti Sempena Karnival Memasyarakatkan OKU Peringkat Kebangsaan 2016

2.4 Sukarelawan BOCCIA
Pengenalan
Boccia merupakan sukan untuk Orang Kurang Upaya Spastik atau Cerebral Palsy. Persatuan Boccia Negeri
merupakan agensi yang bertanggungjawab melatih OKU spastik di negeri masing-masing. Kejohanan
Sukan Boccia peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 25 hingga 27 September 2016 di Pusat
Kecemerlangan Paralimpik, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Kejohanan itu telah dianjurkan secara kerjasama
dengan Persatuan Boccia Malaysia (PBM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Milo Malaysia. Bagi tujuan
melancarkan kejohanan, PBM telah menjemput sepuluh orang guru pelatih Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran untuk bantuan sukarelawan sukan tersebut.
Objektif
● Mengenali dan mendedahkan dengan lebih dekat sukan Boccia kepada guru Pendidikan Khas.
● Memperoleh pengetahuan dan kemahiran tentang peraturan-peraturan permainan.
● Memperoleh pengetahuan dan pengendalian sukan Boccia.

Peserta
10 orang siswa guru dari kumpulan J1.1 (Pendidikan Masalah Pembelajaran)

64

Impak/Rumusan
i. Memberi pengalaman kepada siswa guru untuk menjadi pegawai teknikal sukan Boccia sesuai dengan

bidang Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran yang dipelajari di IPGKIK
ii. Meningkatkan kemahiran sosial siswa guru dengan komuniti sukan Boccia yang terlibat sepeti pegawai

MSN, atlit Boccia dari seluruh negeri, pengadil, pengurus pasukan, penyokong dan ibu bapa atlit.

Gambar Aktiviti

2.5 Penyertaan Ke Kuala Lumpur Trade & Copyright Center 2016 Sempena Pesta Buku
Antarabangsa Kuala Lumpur 2016

Pengenalan
Jabatan Pendidikan Khas terlibat dalam Kuala Lumpur Trade & Copyright Center 2016 pada 7 hingga 9 Mei
2016 di Dewan D, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) sempena Pesta buku Antarabangsa Kuala
Lumpur 2016. Program ini melibatkan bahan-bahan pameran yang merupakan karya kreatif pelajar PISMP
Ambilan Jan 2013, Ambilan Jun 2013 dan Ambilan Jun 2014.
Objektif
i. Mengetengahkan karya kreatif pelajar melalui buku cerita bahasa isyarat dan bahan bantu belajar untuk

program pendidikan khas
ii. Memberi pengalaman penyertaan dalam aktiviti berprestij.
Peserta
Pameran ini melibatkan sebelas orang pensyarah daripada Jabatan Pendidikan Khas. Sepanjang pameran
berlangsung, pelawat yang mengunjungi booth pameran terdiri daripada penerbit buku daripada dalam negara
seperti Syarikat Penerbitan Pelangi, PTS, ATA Plus dan lain-lain serta luar negara seperti dari India, Lubnan,
Indonesia dan China.

65

Impak/Rumusan
i. Mengiktiraf kepakaran warga IPGKIK kepada pihak luar dalam pelbagai bidang khususnya dalam aspek

pendidikan khas.
ii. Meluaskan jaringan kolaboratif dengan pihak luar khususnya pihak Perbadanan Kota Buku.
iii. Memberi pengalaman khususnya kepada siswa guru dan para pensyarah untuk menghasilkan karya yang

kreatif dan bermanfaat dalam bidang pendidikan.
iv. Memberikan IPGKIK publisiti positif khususnya fungsi dan peranan, serta penghasilan bahan.

Gambar Aktiviti

2.6 Lawatan Ilmiah: Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Selangor, Shah Alam
Pengenalan
Lawatan sambil belajar merupakan salah satu aktiviti yang dapat memberi pendedahan kepada siswa pendidik
terutamanya berkaitan dengan pelaksanaan program pendidikan bagi kanak-kanak masalah pendengaran di
sekolah pendidikan khas pada masa kini. Di samping itu, dapat melahirkan siswa pendidik yang berminat
terhadap pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kanak-kanak masalah pendengaran.
Objektif
i. Memberi kesedaran tentang persekitaran PdP kanak-kanak masalah pendengaran kepada siswa guru.
ii. Mendapatkan maklumat berkaitan program pendidikan untuk kanak-kanak masalah pendengaran.
iii. Mendapatkan maklumat perkembangan, ciri-ciri, kaedah komunikasi dan aktiviti murid-murid masalah

pendengaran.
Peserta
Siswa guru PISMP G1.1 dan G1.2 (Pendidikan Khas Masalah Pendengaran) bersama-sama dua orang
pensyarah pengiring.

66

Impak/Rumusan
i. memberi pendedahan kepada siswa guru mengenai teknik yang bersesuaian untuk diguna pakai dalam

pengajaran dan pembelajaran (PdP) kanak-kanak masalah pendengaran.
ii. Memberi kesedaran kepada siswa guru tentang tingginya komitmen dan inspirasi negara bagi

membangunkan modal insan yang berkualiti dan berintegriti terhadap profesion perguruan.
iii. Mengukuhkan jaringan kolaboratif dengan pihak sekolah dan memberikan IPGKIK publisiti positif

khususnya fungsi dan peranan.
Gambar Aktiviti

2.7 Khidmat Sukarelawan di Zoo Negara
Pengenalan
Khidmat sukarela di Zoo Negara bertujuan memberi pendedahan kepada siswa guru mengenai pentingnya
menjaga alam sekitar dan cintakan haiwan. Lawatan dan kerja khidmat sukarela di Zoo Negara telah diadakan
dengan kerjasama pihak pengurusan Zoo Negara dan dilaksanakan pada 19 Ogos 2016. Antara tugas
sukarelawan yang ditetapkan serta dipersetujui adalah membersihkan kandang haiwan mengikut kumpulan,
menyediakan makanan haiwan mengikut sukatan yang betul, memberi haiwan makan serta mendapatkan input
tentang panda gergasi.

67

Objektif
Berikut adalah objektif program lawatan dan sukarelawan:
i. Memberi kesedaran tentang khidmat sukarelawan kepada siswa guru.
ii. Memperkukuh kefahaman dan pengetahuan mengenai strategi-strategi PdP yang terdapat dalam Dokumen

Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) Sains dan Matematik KSSR.
Peserta
29 orang siswa guru PISMP G3.1 dan G3.2 (Pendidikan Khas Masalah Pendengaran) bersama-sama satu orang
pensyarah pengiring.
Impak/Rumusan
i. Pendedahan kepada siswa guru mengenai pentingnya menjaga alam sekitar dan cintakan haiwan.
ii. Memberi pengalaman kepada siswa pendidik membuat kertas kerja dan perancangan untuk mengadakan

kerja sukarelawan.
iii. Memberi kesedaran kepada siswa guru tentang tingginya komitmen dan inspirasi negara bagi

membangunkan modal insan yang berkualiti dan berintegriti terhadap sains dan alam sekitar.
Gambar Aktiviti

68

2.8 Penglibatan & Kolaboratif Jabatan Pendidikan Khas

Bil. Pensyarah Aktiviti Peranan

1. Dr. Alijah Ujang Persatuan Pendidikan Khas Kebangsaan Auditor
. Pengurusan & Pentadbiran Pusat Pemulihan Dalam Naib Pengerusi
Komuniti PDK KAMII Gombak

Penyemakan Buku Teks KSSM Pendidikan Khas- Pengerusi
Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tingkatan 1

Buku Teks KSSM Pendidikan Khas- Pendidikan Sains, Pengerusi
Sosial dan Alam Sekitar Tingkatan 2

Ceramah Permuafakatan Ibubapa PPKI Penceramah

Seminar Kurikulum Kebangsaan AJK

2. Puan Lee Chee Pheng Persatuan Pendidikan Khas Kebangsaan AJK

3 Dr. Masitah binti Taib Persatuan Pendidikan Khas Kebangsaan Auditor

Penyemakan Buku Teks KSSM Pendidikan Khas- Asas Pengerusi
Jahitan Tingkatan 1

Temuduga bakal siswa guru IPGM Pengerusi Panel
Temuduga

Festival Ittihad Malaysia anjuran SEMEO SEN dengan Penceramah
Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah

Artikel Jurnal of Special Needs Education, TEMPAWAN Article Reviewer
dan Jurnal IPGK Teknik

4 Dr. Madinah Mohd Yusof Pengerusi JK Penyemakan Naskah Sedia Camera Pengerusi Panel
(NSK) Bagi Program Penerbitan Pakej Buku Teks
Tahun 1 (Masalah Pendengaran)

Open Universiti Malaysia Pakar Rujuk
Kursus Pendidikan
Khas

69

Pemeriksa Skrip
Peperiksaan
Pemeriksa e-
Grader

Anjuran: SEAMEO SEN Ahli Panel
The Implementation of Bahasa Isyarat Malaysia dan
Kod Tangan Bahasa Melaysia Teaching Tool Into
Android and IPAD/PHONE Applications.

5 Shahrul Arba‟iah Othman Buku teks KSSRPK Masalah Pendengaran (Bahasa Pengerusi
Inggeris Tahun 1) Pembaca Pruf

Buku Teks KSSRPK Masalah Pendengaran (Bahasa Pengerusi Panel
Inggeris Tahun 2) Penilai

Kursus Bahasa Isyarat PPUKM Fasilitator

Kursus Asas Pertuturan SK Taman Midah 2 Fasilitator

Kajian Pelaksanaan Program Pendidikan Khas KPM Ahli Penyelidik

The 1st Malaysian Hearing Congress-Transdisciplinary Penceramah
Workshop. Institute HEARS UKM

6 Datin Siti Muhibah binti Hj Yayasan Faqeh AJK
Nor AJK
Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Bangi

Kelab OKU Berdaya Hulu Langat AJK

Seminar Serantau PI OKU 2016 Penolong
Pengarah/Pemben
tang

Seminar Keluarga Bahagia 2016 AJK

Seminar Kesedaran Pendidikan Islam OKU Zon Tengah Pembentang

Seminar On Tarbiah (IsoT) 2016 Pembentang

70

Persidangan Antarabangsa Pendidikan Islam 2016 Pembentang
(ICIEd2016)

Kem Huffaz Remaja Pekak 2016 Penceramah

7 Cik Besira Bibi binti Mohd Menjalankan tugas membangunkan Modul Latihan Ahli panel
Ali Penyebaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM) Tahun 2016 pada 21 - 22 Mac, 28 - 29 Mac
dan 04 -05 April 2016 di BPG KPM, Putrajaya.

SPICES - Support for Parents, Infants and Children Ahli biasa
through Early Services

8 Pn. Fatimah Bivi V.A Menjalankan tugas membangunkan Modul Latihan Ahli panel
Abdul Hameed Penyebaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM) Tahun 2016 pada 21 - 22 Mac, 28 - 29 Mac
dan 04 -05 April 2016 di BPG KPM, Putrajaya.

3.0 RUMUSAN

Segala aktiviti yang telah dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Khas diharapkan dapat memberi nilai tambah
dalam meningkatkan kompetensi bakal guru pendidikan khas. Siswa guru telah didedahkan kepada semua
aspek yang penting dalam mendidik murid OKU yang kurang digarap melalui kurikulum. Sekaligus semua aktiviti
yang telah dijalankan menjadi pelengkap pada kurikulum sedia ada.

71

11.5 JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Baris atas dari kanan: En. Mohd Shaferi Mohamad Hassim (KJ), Pn. Haslina Hassan (Timbalan KJ)
Baris bawah dari kiri: En. Johnny Tan, Pn. Norijah Mohamed, Pn. Aliza Adnan, Pn. Hazimah Hj Samin, En. Mohd

Nur Zamani Abu Hasan dan Dr.Ooi Yek Hwa
1.0 PENGENALAN

 Nama Ketua Jabatan : Mohd Shaferi bin Mohamed Hassim
 Bilangan Pensyarah : 8 orang
 Bilangan program/aktiviti yang dilaksanakan: 5
Jabatan Teknologi Pendidikan (JTP) berperanan melestarikan pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran. JTP telah diamanahkan untuk menerajui pengisian agenda melahirkan modal insan yang
berkemahiran dan berpengetahuan tentang teknologi maklumat dan komunikasi yang sentiasa relevan dan
dapat bersaing di peringkat global.
2.0 LAPORAN PROGRAM/AKTIVITI
2.1 Kursus Excel Advanced pada 26/02/2016
Pengenalan
Kursus ini dapat mendedahkan peserta akan penggunaan excel aplikasi hamparan elektronik pengiraan. Kursus
ini sesuai untuk mereka yang membuat kerja menggunakan hamparan elektronik ataupun kepada sesiapa yang
berminat menggunakan aplikasi ini.
Objektif
i. Mengenali elemen dan komponen penting di dalam hamparan elektronik.
ii. Menggunakan formula pengiraan.
iii. Mengformat hamparan seperti yang dikehendaki.

72

Peserta
25 pensyarah
Impak
Peserta dapat mengaplikasikan hamparan elektronik dalam tugas seharian yang sesuai dengan fungsi dan tugas
masing-masing.

2.2 Kursus Pembinaan Laman Web pada 25 -26 Mac 2016
Pengenalan
Kursus ini bertujuan memberi kemahiran dan pengetahuan secara asas bagi pembangunan laman web.

Objektif
i. Meningkatkan pengetahuan asas tentang teknik membangunkan laman web;
ii. Memperluas penggunaan perisian Open Source dan teknologi laman web yang mesra pengguna dan

menarik; dan
iii. Memberi pendedahan untuk meningkatkan kemahiran dengan mempraktikkan teori pembangunan laman

web secara praktikal (hands-on).
Peserta
25 orang pensyarah
Impak
Berjaya menghasilkan laman web jabatan masing-masing.

2.3 Bengkel ICT Online Learning(Schoology) di SMK Hulu Klang pada 29/08/2016
Pengenalan
Perkongsian maklumat tentang penggunaan OLL (LMS) menggunakan platform Schoology sebagai tujuan
pengajaran dan pembelajaran dalam talian.
Objektif
i. Menyediakan tapak untuk interaksi OLL sebagai pembelajaran maya.
ii. Meningkatkan pembelajaran kendiri dan penglibatan aktif oleh pelajar.
iii. Dapat meransang pertumbuhan inovasi baru sesuai dengan alternatif pembelajaran relatif baru.
Peserta
40 orang guru
Impak
Guru berjaya mencipta kursus dan kumpulan dalam menyediakan tapak bembelajaran OLL untuk kegunaan
pembelajaran maya di sekolah.

73

2.4 Kursus Aplikasi eBorang (Google Forms) pada 07/09/2016

Pengenalan
Pengenalan kepada Google Forms sebagai satu aplikasi yang boleh diguna pakai secara kreatif dan variasi
dalam PdP dan Pengurusan di IPGKIK.

Objektif
i. Membina kuiz mudah menggunakan Google Forms.
ii. Membina kuiz dengan add-on menggunakan Google Forms
iii. Membina borang kaji selidik dan borang penyertaan menggunakan Google Forms.

Peserta
25 orang pensyarah
Impak
Peserta berjaya menghasilkan borang soal selidik untuk digunakan semasa membuat kajian penyelidikan.

2.5 Kursus Online Learning (OLL) pada 26/10/2016 dan 08/11/2016

Pengenalan
IPGKIK kini dalam proses untuk mewujudkan bahan pembelajaran yang boleh diakses di mana-mana sahaja
melalui laman web. JTP telah diamanahkan untuk melaksanakan e-learning di IPGKIK. Ini adalah bagi
memastikan pengajaran dan pembelajaran berasaskan e-Pembelajaran mencapai piawaian global dan mampu
meningkatkan kualiti graduan IPGKIK. Polisi ini akan dikemas kini dari masa ke masa sejajar dengan keperluan
semasa dan perkembangan teknologi.

Objektif
i. Sebagai rujukan berkaitan prosedur dan pelaksanaan e-Pembelajaran di IPGKIK.
ii. Menjelaskan peranan JTP, pensyarah dan pelajar berkaitan e-Pembelajaran di IPGKIK
iii. Sebagai kerangka pelaksanaan e-Pembelajaran IPGKIK ke arah meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran.

Peserta
40 pensyarah

Impak:
Pensyarah berjaya mengemas kini tapak OLL yang disediakan dengan memuat naik bahan dan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.

2.6 Pencapaian Jabatan Tarikh Pensyarah/Pelajar Peringkat
Semua Pensyarah JTP Institut
Bil Aktiviti 18 – 20 April
1. Karnival Inovasi Pendidikan 2016. 2016

(a) Johan KIK – Kumpulan Inovasi
Kreatif : Sistem e-UNDI

74

Bil Aktiviti Tarikh Pensyarah/Pelajar Peringkat
(b) Anugerah Inovasi 2016 – Haslina Hassan, Kebangsaan
Anugerah Perak – Tempat eCorak Alice Voo Siau Fern,
Azlina Abd Rani
(c ) Aplikasi e-Pembelajaran Hybrid
and Virtual Learning Simulation Aliza Adnan,
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Haslina Hassan,
– Gangsa Mohd Shaferi,
2. Pembentangan Seminar Penyelidikan Norijah Mohamed
Kebangsaan (SPPK 2015)
Hazimah Hj Samin

2.7 Penglibatan & Kolaboratif Jabatan Tarikh Tempat Bil. Peserta
Bil Aktiviti 120 Pelajar Tahun 4
1 Program Kolaboratif Teknologi 03 – 04 & 09 SK Ampang
Maklumat dan Komunikasi (TMK) Ogos 2016 Campuran, Ampang dan Tahun 5
Selangor

Kursus Online Learning (OLL) pada 26/10/2016 dan 08/11/2016
Program Kolaboratif Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) SK Ampang Campuran, Ampang, Selangor.

75

11.6 JABATAN MATEMATIK DAN SAINS

Dari kiri: Tn. Hj Alias bin Awang, Pn. Hjh. Nor Ruzaini Dari kiri: Pn. Hjh. Khalidah bt. Othman, Pn. Umi Nazirah
binti Jalilani, Pn. Lee Lay Hwa, Pn. Norzamziah binti bt. Muhidin, Pn. Wan Salina bt. Wan Seman, Pn. Hjh.
Zuraidah bt. Yazid, Pn. Zuzana bt. Mustapa
, Md. Noor, Cik Hjh. Noriah binti Mohd Din

1.0 PENGENALAN

Jabatan Matematik dan Sains diketuai oleh Ketua Jabatan iaitu Pn. Hjh. Khalidah binti Othman. Warga jabatan
ini terdiri daripada tujuh orang pensyarah daripada bidang Sains dan Matematik, dua orang Pembantu Makmal
dan seorang Pembantu Operasi. Jabatan ini mempunyai dua unit iaitu Unit Matematik dan Unit Sains.
Sepanjang Semester 1 dan Semester 2 Tahun 2016, jabatan ini menawarkan kursus-kursus Bidang Tumpuan
seperti SCZ1064 Kefahaman Sains dan Kemahiran Saintifik, MTZ1024 Matematik Asas dan Bidang Generik
kursus GSA 1072 Statistik Asas bagi program PPISMP. Jabatan ini juga menawarkan kursus-kursus Elektif
Teras Sains dan Matematik bagi program PISMP. Bilangan siswa yang mengambil Elektif Teras Sains adalah
sebanyak 10 orang daripada kumpulan PISMP Ambilan Jun 2015 dan 10 orang daripada kumpulan PISMP
Ambilan Jun 2016. Bagi subjek Elektif Teras Matematik,bilangan siswa guru sebanyak 18 orang daripada
kumpulan PISMP Ambilan Jun 2016. Jabatan Matematik dan Sains terlibat aktif dalam program-program IPGKIK
seperti program KBAT Sekolah Nukleus, Sekolah Jalinan Kasih, Sekolah Dalam Penjara, Pedagogi Inklusif serta
Teaching School.

2.0 LAPORAN PROGRAM/AKTIVITI

2.1 Eksplorasi Atmosfera

Pada 23 Februari 2016, Jabatan Matematik Sains juga telah menganjurkan LPS Eksplorasi Atmosfera di
Jabatan Meteorologi Malaysia. Sebanyak 20 orang pensyarah serta 10 orang staf sokongan telah mengikuti LPS
ini dengan jayanya. Objektif program ini adalah pertama, untuk mempertingkatkan pengetahuan pensyarah serta
staf sokongan berkenaan sistem perkhidmatan meteorologi, iklim dan geofizik tentang kepentingan ilmu ini
dalam melindungi kepentingan negara di peringkat antarabangsa; kedua, mempromosikan kefahaman dan
kemajuan sains meteorologi, iklim, seismologi dan tsunami dalam negara. Program ini akan dapat memberi
penambahan ilmu kepada pensyarah dan staf sokongan dalam meningkatkan sistem pencerapan, mewujud dan
mengawal selia pangkalan data meteorologi, iklim, seismologi dan tsunami negara untuk memenuhi keperluan
generasi kini dan akan datang. Aktiviti yang dirangka dalam program ini juga akan dapat memberi idea yang

76

kreatif dan menarik kepada para pensyarah sebagai usaha untuk meningkatkan pengetahuan isi kandungan
dalam pelbagai subjek yang berkenaan.

2.2 Program Meneroka Dunia Angkasa Lepas

Jabatan Matematik dan Sains amat komited dalam menghasilkan siswa guru yang mempunyai kompetensi tinggi
dalam amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan
pembelajaran Matematik dan Sains. Program Meneroka Dunia Angkasa Lepas adalah sebagai sokongan bagi
kursus elektif teras SCES3033 Bumi dan Angkasa Lepas bagi siswa guru program PISMP Ambilan Jun 2015.
Sejumlah sepuluh orang siswa guru dari kumpulan G2.2, G2.3, G2.6 dan G2.9 sedang mengambil kursus elektif
teras ini semasa di Semester 2, Tahun 1. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan terus kepada siswa
guru tentang bidang astronomi melalui strategi kajian lapangan ke Planetarium Negara, Kuala Lumpur.
Pengisian program ini dapat membantu menyediakan maklumat tentang alam semesta, pergerakan bumi dan
kesannya kepada iklim dunia, fenomena suria dan sistem suria seperti yang terdapat dalam Ringkasan
Maklumat Kursus. Siswa pendidik juga dapat mendengar perkembangan terkini tentang kajian yang sedang
dijalankan di Matahari. Di samping itu, mereka juga dapat menjalankan amali penggunaan teleskop di Balai
Cerap Planetarium Negara.

77

2.3 Projek DreaMS

DreaMS ialah singkatan kepada Dataran Rekreasi Matematik dan Sains. Projek ini telah dimulakan
pada Oktober 2016. Program ini bertujuan untuk menghasilkan suatu tapak rekreasi dan ruang
menggalakkan kemahiran berfikir bagi warga IPGKIK. Sehingga kini, tapak ini masih lagi dalam
peringkat pembinaan.

2.4 Penglibatan & Kolaboratif Jabatan/unit

Bil. Program Tarikh

1 Uji Rintis Modul Latihan Pedagogi Inklusif 2 Feb – 31 Mac 2016

2 Latihan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam P&P untuk Guru- 6 April 2016
guru Sekolah Nukleus ( SK Sg Lui) 13 April 2016
20 April 2016

3 Menguji Rintis Modul Pdp Matematik Sekolah Rendah bagi 14 Jun 2016
Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih

4 Latihan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam P&P untuk Guru- 19 Julai 2016
guru Sekolah Nukleus ( SK Sg Lui) 28 Julai 2016
4 Ogos 2016

5 Lawatan Guru Pelatih PISMP Ambilan Jun 2015 keSk Seri Tasik 28 Julai 2016
bagi Kursus SCES 3073 Kemahiran Saintifik dan Pengurusan
Makmal Sains ( Teaching School)

3.0 RUMUSAN

Tahun 2016 ialah tahun yang dinamik bagi Jabatan Matematik dan Sains khususnya dalam memberikan khidmat
kepakaran dalam bidang Matematik dan Sains khususnya dalam program KBAT dan Pedagogi Inklusif yang
melibatkan pihak dalaman dan luar institut. Semoga prestasi cemerlang pensyarah serta semangat kerja
berpasukan yang semakin utuh dapat dikekalkan, seterusnya menuju peringkat yang lebih gemilang dan
terbilang.

78

11.7 JABATAN PENGAJIAN MELAYU

Dari kiri Dr. Noor Hayati Che Mat, Pn. Fadilah Idris, Pn. Ummi Hani Mohamed Zaid, Cik Hayati Mat Yusof (Tim.
Ketua Jabatan), Pn. Nor Alizah Alias. Pn. Norliza Ahmad Kamal, Pn. Norani Abd. Rahim, Tuan Haji Zainalarifin
Yusof ( Ketua Jabatan), En. Amat Tarop Sumo, En. Thahir Nuruddin, Tuan Haji Shahariman Ahmad, En. Abu

Bakar Haji Ahmad, dan En. Hasizan Dahalal (tiada dalam gambar)

1.0 PENGENALAN
Jabatan Pengajian Melayu di IPG Kampus Ilmu Khas dianggotai oleh Tuan Haji Zainal bin Yusuf (Ketua Jabatan
Bahasa Melayu), Cik Hayati bin Mat Yusof (Timbalan Ketua Jabatan), dan 11 orang pensyarah. Bilangan siswa
guru yang mengambil subjek BM sebagai Major adalah sebanyak 14 orang. Manakala siswa guru yang
mengambil bahasa Melayu sebagai elektif sebanyak 60 orang. Selain daripada subjek major dan elektif,
pesyarah JPM juga mengajar subjek generik seperti Kesantunan Masyarakat Malaysia, Bahasa Melayu
Komunikatif, Wacana Penulisan dan Pengantar Bahasa Melayu, Bahasa Melayu Kontekstual. Walau
bagaimanapun JPM juga turut membantu Jabatan Pendidikan Khas bagi subjek Seni Bahasa dan Sastera
Dalam Pendidikan Pemulihan dan Sistem Bahasa Melayu. Sepanjang tahun 2016 JPM telah melaksanakan 5
program utama iaitu Pertandingan Debat Terbuka Ilmu Khas (DeTIK), Bengkel Penyair Remaja Pendidik, Audit
Bahasa, Projek Inovasi dan Dendangan Syair.

2.0 LAPORAN PROGRAM / AKTIVITI
2.1 Audit Bahasa
Pengenalan Program
Kursus Audit Bahasa dianjurkan bertujuan memantapkan kemahiran penggunaan bahasa Melayu berpandukan
sistem bahasa yang betul sama ada dalam komunikasi lisan mahupun penulisan. Para peserta diberikan
pendedahan tentang aspek morfologi, sintaksis, dan gejala kesilapan berbahasa yang sering berlaku dalam
aktiviti lisan atau penulisan bahasa Melayu.
Objektif Program
i. Penataran semula aplikasi sistem bahasa Melayu semasa aktiviti berbahasa lisan atau penulisan.
ii. Memperlihatkan gejala kesilapan berbahasa yang sering berlaku dan tindakan pembetulan.
iii. Menggalakkan amalan penggunaan bahasa Melayu dengan betul.

79

Peserta
Sebanyak 29 orang pensyarah terlibat dalam kursus Audit Bahasa 1 yang diadakan pada 04 Februari 2016
bertempat di Bilik Latihan 204A, Blok Harmoni, IPG Kampus Ilmu Khas. Bagi kursus Audit Bahasa 2 yang
diadakan pada 09 Ogos 2016, sebanyak 30 orang pensyarah IPG Kampus Ilmu Khas yang terlibat. Kursus pada
kali ini berlangsung di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Para peserta
yang terpilih untuk mengikuti kedua-dua kursus tersebut mewakili semua jabatan dan unit yang terdapat di IPG
Kampus Ilmu Khas.

Impak
Kedua-dua kursus Audit Bahasa yang dianjurkan pada tahun ini telah memberikan impak yang besar dalam
aspek penggunaan bahasa Melayu dalam institusi ini. Para peserta kursus telah menerima pendedahan tentang
„Sistem vs Kesilapan Bahasa‟, morfologi, dan sintaksis. Impak khusus yang dihasratkan melalui ketiga-tiga tajuk
tersebut ialah ketepatan pemilihan kata, pembinaan ayat yang baik, dan proses pembakuan (betul) bahasa
Melayu. Para peserta juga memperoleh pengetahuan dalam aspek format dan kesilapan lazim dalam penulisan
memo dan surat rasmi. Pemilihan, penggunaan, dan gejala kesilapan yang sering berlaku dalam penggunaan
kata tugas ditegaskan kepada para peserta kursus.

2.2 Bengkel Penyair Remaja Pendidik
Pengenalan Program
Bengkel Penyair Remaja Pendidik ini anjuran bersama Jabatan Pengajian Melayu dengan pihak DBP dan Kalam
telah diadakan pada 20 hingga 21 Ogos 2016 bertempat di Dewan Kuliah, IPGKIK. Keseronokan berkomunikasi
menggunakan aplikasi media secara alam maya turut membataskan pergaulan dan aktiviti bersosial secara lebih
sihat dan membangunkan jiwa jati diri. Rentetan daripada itu, nilai diri golongan remaja perlu dipupuk dengan
penglibatan secara lebih meluas dalam bidang penulisan kreatif termasuk sajak, pantun, cerpen, dan lain-lain.
Oleh itu, Bengkel Penyair Remaja Pendidik ini digalakkan bagi menyemai minat dan mendidik generasi mula
khususnya bakal guru dalam bidang penulisan kreatif.

Objektif program
i. Mendedahkan bidang penulisan kreatif kepada golongan remaja secara efisien.
ii. Menarik dan menyuburkan minat golongan remaja pendidik terhadap kesusasteraan dan keindahan seni

dalam bahasa Melayu dan mengembangkannya ke sekolah.
iii. Memberi ruang dan peluang kepada golongan remaja terlibat secara aktif dalam dunia kesusasteraan.

Peserta
Sebanyak 35 orang peserta terdiri daripada siswa guru program Pendidikan Ijazah Sarjana Muda, 13 orang
pensyarah daripada Jabatan Pengajian Melayu, 3 orang fasilitator daripada (Persatuan Penulis Kuala Lumpur
(KALAM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang terlibat dalam Bengkel Penyair Remaja Pendidik.

Bengkel ini telah memberikan impak yang besar kepada para peserta kerana dapat melahirkan golongan remaja
terlibat aktif dalam penulisan sajak, pantun, syair, dan gurindam. Dua orang peserta bengkel telah dipilih oleh
pihak KALAM dan DBP untuk mendeklamasikan sajak hasil nukilan mereka di hadapan Ketua Pengarah Dewan
Bahasa dan Pustaka iaitu Encik Haji Abdul Adzis bin Abas.

80

Peserta Bengkel Penyair Remaja Pendidik

Pn. Khaiol Anum binti Mohd Ali (Fasi DBP) En. Amran bin Rashidi (Fasi KALAM)

Sesi Soal Jawab Sesi Pembentangan

2.3 Pertandingan DeTIK 2016

Pengenalan Program

Pertandingan Debat Terbuka Ilmu Khas (DeTIK) 2016 adalah untuk mahasiswa dan mahasiswi yang berumur
antara 18 hingga 21 tahun. Pertandingan ini merupakan program anjuran bersama-sama IPG Kampus Ilmu Khas
dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM), dan Pusat
Belia Antarabangsa ( IYC).

Objektif Program

i. Membincangkan mengenai skop pendidikan di dalam dan di luar negara dengan menggunakan wahana
perdebatan.

ii. Menggalakkan mahasiswa dan mahasiswi menjadi lebih cakna mengenai isu-isu pendidikan di dalam dan di
luar negara.

iii. Meningkatkan penguasaan kemahiran berbahasa dengan baik dalam kalangan pelajar dan masyarakat,
selain memartabatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di persada
negara, serantau, dan antarabangsa.

81

Peserta
Program DeTIK ini telah diadakan pada 07 Oktober 2016 sehingga 10 Oktober 2016 bertempat di IPG Kampus
Ilmu Khas. Sebanyak 60 pasukan dan 120 pendebat dari institut pendidikan guru, universiti awam, institusi
pendidikan tinggi swasta, dan politeknik telah menyertai pertandingan debat pada kali ini berbanding 40 pasukan
pada penganjuran tahun lalu. Pertandingan seumpama ini telah diadakan setiap tahun bagi menyemarakkan
bulan bahasa kebangsaan. Selain itu, semua pensyarah dan pelajar daripada jabatan lain turut serta dalam
melaksana dan menjayakan program tersebut.
Kejayaan
Pertandingan akhir DeTIK telah berlangsung dengan meriah dan jayanya pada 10 Oktober 2016. Pertandingan
ini berlangsung di Dewan Dato‟ Razali Ismail, IPG Kampus Ilmu Khas. Dalam pertandingan akhir ini, pasukan
pendebat IPGKIK telah berjaya merangkul naib juara selaku kerajaan penutup yang melayakkan mereka
menerima piala individu, wang tunai RM1,500 dan sijil penghargaan. Pertandingan akhir membawa usul 'Dewan
ini Percaya Tanggungjawab Melahirkan Kepimpinan Muda Terletak pada Institusi Pendidikan' adalah kemuncak
kepada penganjuran selama empat hari DeTIK 2016 bermula 7 Oktober hingga 10 Oktober.
Impak
i. Memberi pengalaman kepada siswa guru khususnya untuk menganjurkan program berskala besar.
ii. Mengiktiraf kepakaran warga IPGKIK kepada pihak luar dalam pelbagai bidang termasuklah bidang

kebahasaan.
iii. Memberi publisiti positif khususnya IPGKIK berkaitan fungsi dan peranan serta kemudahan kepada

masyarakat.

Penyampaian hadiah oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P. Kamalanathan

82

Juara Pertandingan Akhir DeTIK 2016 dimenangi
oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Keratan akhbar: Utusan Malaysia

83

2.4 Projek Inovasi JPM, IPGKIK 2016

Pengenalan Program

Projek Inovasi ini bertujuan memberi peluang kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dalam meningkatkan
kualiti dan produktiviti perkhidmatan pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran, memberi peluang kepada
pensyarah dan siswa pendidik menghasilkan teknik pengajaran yang kreatif dan inovatif, ke arah
membudayakan amalan dan budaya kreativiti dan inovasi dalam kalangan warga IPGM Kampus ilmu Khas dan
memberi pengiktirafan secara formal kepada warga IPGM Kampus Ilmu Khas yang berjaya menghasilkan projek
inovasi dan projek KIK.

Butiran Pertandingan
Tarikh : 18-20 April 2016
Hari : Isnin hingga Khamis
Tempat : Dewan Dato‟ Razali Ismail, IPG KIK
Masa : 8.00 pagi hingga 1 petang

Objektif Program

i. Memberi pengiktirafan secara formal kepada warga IPGM Kampus Ilmu Khas yang berjaya menghasilkan
projek inovasi dan projek KIK.

ii. Membudayakan amalan dan budaya kreativiti dan inovasi dalam kalangan warga IPGM Kampus llmu Khas.

Kejayaan

Jabatan Pengajian Melayu telah menghantar satu pasukan inovasi yang disertai oleh 4 orang pensyarah iaitu
En. Amat Tarop bin Sumo, Pn. Fadilah binti Idris, Dr. Noor Hayati binti Che Mat dan En Thahir bin Nuruddin.
Kumpulan inovasi JPM telah memenangi Anugerah Pingat Emas dalam Kategori Pensyarah iaitu Pengajaran
dan Pembelajaran. Projek inovasi yang dicetuskan oleh penyelidik ini diberi nama Kipas Ajaib.

Impak Inovasi

Penggunaan Kipas ajaib dalam Pengajaran dan Pembelajaran telah memberi impak yang besar kepada guru
dan murid. Antaranya:

1. Memudahkan guru mengajar aspek membunyi, menyebut, dan membaca perkataan.
2. Murid-murid dapat membaca dengan lebih santai dan lebih yakin dengan adanya ajaib ini.
3. Murid-murid akan berasa seronok kerana mereka dapat belajar sambil bermain.

Kipas Ajaib Pemenang Anugerah Emas Bagi Kategori Pensyarah

84

2.5 Pertandingan Dendangan Syair
Pengenalan Program
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan pertandingan dendangan syair antara Institut Pengajian
Tinggi Awam, Institut Pengajian Swasta, dan Institut Pendidikan Guru. Pertandingan ini diadakan sempena
Karnival Bulan Bahasa dan Sastera 2016 yang berlangsung dari 25 – 30 Oktober 2016 di Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Pertandingan ini bertujuan menyemarak dan memartabatkan Puisi Melayu
Tradisional dan melestarikan khazanah yang tidak ternilai ini. DBP bertanggungjawab untuk memperkukuh
minat, kecenderungan, dan kecintaan terhadap puisi lama yang perlu dipupuk dalam kalangan generasi muda.

Objektif Program
i. Untuk menyuntik minat dan kecintaan generasi muda terhadap puisi Melayu tradisional sebagai warisan

khazanah bangsa yang amat bernilai.
ii. Untuk mengukuhkan kefahaman dan apresiasi puisi Melayu tradisional dalam kalangan generasi muda

dalam bentuk yang lebih menarik dan menghiburkan.
iii. Untuk melahirkan bakat muda dan pelapis dalam bidang penyampaian puisi tradisional agar dapat

diketengahkan dalam pelbagai acara seni sastera.
iv. Melahirkan generasi muda yang teguh jati diri agar menghargai bahasa dan warisan budaya bangsa yang

diwarisi sehingga ke hari ini.

Peserta
IPGKIK telah menghantar tiga orang peserta untuk menyertai pertandingan tersebut, iaitu;

1. Marylin Anne Anak Michaewl Jeali
2. Nur Khadijah binti Mahdar
3. Aina Sofiya binti Ahmad Fauzi

Peserta Kampus IPGKIK :
Marylyn Anne , Nur Khadijah dan Aina Sofiya

Kejayaan
Pertandingan Dendangan Syair Peringkat Akhir 2016 ini telah diadakan pada 19 November 2016 bertempat di
Dewan Perdana, UKM. Marylyn Anne Anak Michael Jeali mewakili IPGKIK telah dinobatkan sebagai Naib Johan
dalam pertandingan tersebut mengalahkan beberapa peserta dari Pusat Pengajian Tinggi dan Institut
Pendidikan Guru Malaysia. Beliau menerima wang tunai sebanyak RM 300, sijil, dan beberapa buah buku
daripada pihak DBP. Persembahan yang ditonjolkan menggunakan melodi syair rakis. Instrumen keyboard telah
dimainkan oleh siswa guru dari Jabatan Muzik yang bernama Nurul Aqilah binti Mohd Ariffin.

85

Marylyn Anne (IPGKIK) Bersama Pemenang Tempat Pertama (UKM) Dan Tempat Ketiga (UITM)
En. Thahir Nuruddin Pensyarah Pembimbing

Pemain Keyboard (Nurul Aqilah binti Mohd Ariffin) yang Mengiringi Dendangan Syair

86

LAPORAN AKTIVITI KEBAHASAAN

1.0 PENGENALAN

Aktiviti kebahasaan merupakan sebahagian daripada aktiviti yang turut dijalankan oleh Jabatan
Pengajian Melayu sepanjang tahun 2016. Aktiviti kebahasaan ini merupakan aktiviti kokurikulum yang
memerlukan penglibatan siswa guru IPG Kampus Ilmu Khas. Sepanjang tahun 2016, aktiviti
kebahasaan yang telah disertai ialah pidato dan debat. Kedua-dua aktiviti ini adalah pada peringkat
negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Dalam seminggu, latihan telah dijalankan sebanyak tiga kali
iaitu pada hari Selasa, Khamis, dan Ahad. Masa latihan ialah 9 malam hingga 11 malam.

2.0 LAPORAN PROGRAM

2.1 Pertandingan Debat Terbuka ASTAR Universiti Malaya Sesi 2015/2016

Pengenalan
Pada 29 Januari hingga 1 Februari 2016 iaitu Jumaat hingga Isnin IPG Kampus Ilmu Khas telah menghantar
wakil ke Pertandingan Debat Terbuka Astar Antara Institusi Pengajian Tinggi. Pertandingan debat ini telah
diadakan di Kolej Kediaman Pertama, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Pertandingan ini dianjurkan oleh
Jawatankuasa Perkembangan Akademik dan Intelektual, Kolej Kediaman Pertama, Universiti Malaya.

Peserta
Satu pasukan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas telah mewakili institut ini. Peserta tersebut ialah:

i. Anisah binti Mohd Haizald
ii. Nurhawa binti Mokhtar
iii. Nor Husnina Binti Mohamad
Pasukan IPG Kampus Ilmu Khas telah dibimbing oleh Encik Amat Tarop bin Sumo.

Impak
Pertandingan ini telah disertai oleh 36 pasukan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dari seluruh
Malaysia. Format pertandingan ini ialah Parlimen Malaysia. Pertandingan ini terbahagi kepada 5 pusingan awal,
suku akhir, separuh akhir, dan akhir. Dalam pertandingan tersebut pasukan dari IPG Kampus Ilmu Khas telah
berada pada kedudukan yang ke-22 daripada 36 pasukan.

2.2 Pertandingan Pidato Antarabangsa 2016

Pengenalan

Pada 4 hingga 6 Mac 2016, Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Ilmu Khas telah menghantar peserta ke

sesi pemilihan wakil Malaysia ke Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2016.

Pertandingan tersebut dijalankan oleh Sekretariat Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM) bertempat di

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Peserta bebas memilih tajuk yang ingin disampaikan. Tajuk

yang dipilih mestilah berdasarkan tema yang berikut:

i. Peranan Mahasiswa vi. Kerjasama Antarabangsa

ii. Keamanan Dunia vii. Kepentingan Bahasa

iii. Pembangunan Ekonomi viii. Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh

iv. Kepelbagaian Budaya ix. ix.Isu Kemanusiaan

v. Kepentingan Pendidikan x. Isu Hak Asasi

87

Peserta
Sebanyak 28 orang peserta dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta seluruh Malaysia telah mengambil
bahagian dalam pertandingan ini. Peserta dari IPG Kampus Ilmu Khas iaitu Saudari Nurhawa binti Mokhtar dari
kelas G2.6 yang dibimbing oleh Encik Amat Tarop bin Sumo.

Impak
Saudari Nurhawa binti Mokhtar telah berjaya mendapat tempat ke-8. Kejayaan ini amat membanggakan kerana
satu-satunya wakil dari IPGM yang berjaya berada dalam kelompok sepuluh terbaik di Malaysia.

2.3 Pertandingan Cabaran Debat Muda 21 Tahun Untuk Alaf 21 (CDM 2121) 2016

Pengenalan
Pada 1 April hingga 4 April 2016 iaitu Jumaat hingga Isnin IPG Kampus Ilmu Khas telah menghantar wakil ke
Pertandingan Debat Cabaran Debat Muda 21 (CDM2121) antara Institusi Pengajian Tinggi untuk kali keempat.
Pertandingan debat ini telah diadakan di Universiti Teknologi Petronas. Pertandingan ini dianjurkan oleh Kelab
Debat Universiti Teknologi Petronas dengan kerjasama Universiti Teknologi Petronas.

Peserta
Satu pasukan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas telah mewakili institut ini. Peserta yang terlibat
ialah.

i. Anisah binti Mohd Haizald
ii. Nurhawa binti Mokhtar
iii. Nor Husnina Binti Mohamad
Pasukan IPG Kampus Ilmu Khas telah dibimbing oleh Encik Amat Tarop bin Sumo.

Impak
Pertandingan ini telah disertai oleh 42 pasukan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dari seluruh
Malaysia. Format pertandingan ini ialah Parlimen Malaysia. Pertandingan ini terbahagi kepada 5 pusingan awal,
suku akhir, separuh akhir, dan akhir. Dalam pertandingan tersebut pasukan dari IPG Kampus Ilmu Khas telah
berada pada kedudukan yang ke-24 daripada 42 pasukan.

2.4 Pertandingan Pidato ADIN

Pengenalan
Pada 23 April 2016 iaitu Sabtu, IPG Kampus Ilmu Khas telah menghantar wakil ke Pertandingan Pidato ADIN.
Pertandingan ini telah diadakan di Dewan Gemilang, Kolej Kediaman 12, Universiti Malaya. Pertandingan ini
dianjurkan oleh Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah, Universiti Malaya. Pidato ini bertemakan demokrasi dan
hak asasi.

Peserta
Seorang peserta dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas telah mewakili institut ini. Peserta tersebut
ialah Nurhawa binti Mokhtar. Peserta IPG Kampus Ilmu Khas telah dibimbing oleh Encik Amat Tarop bin Sumo.

88

Impak
Pertandingan ini telah disertai oleh 15 peserta dari Institut Pendidikan Guru dan Institusi Pengajian Tinggi dari
sekitar Lembah Klang. Format pertandingan ini adalah tidak ada sesi saringan kerana peserta terus berpidato di
pentas akhir. Keputusan akan terus diumumkan di akhir pertandingan. Pertandingan juga berlangsung selama
sehari sahaja. Dalam pertandingan tersebut peserta dari IPG Kampus Ilmu Khas iaitu Nurhawa binti Mokhtar
telah berada pada kedudukan yang ke-6.

2.5 Pertandingan Pidato Transformasi Terengganu Baharu (TTB) Antara Institusi Pengajian Tinggi
(IPT) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

Pengenalan
Pada 4 hingga 7 Ogos 2016 iaitu Khamis hingga Ahad IPG Kampus Ilmu Khas telah menghantar wakil ke
Pertandingan Pidato Transformasi Terengganu Baharu (TTB). Pertandingan ini telah diadakan di IPG Kampus
Dato‟ Razali Ismail, Kuala Terengganu. Pertandingan ini mendapat kerjasama dari Kerajaan Negeri Terengganu
dan Majlis Debat Universiti Malaysia.

Peserta
Dua orang peserta dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas telah mewakili institut ini. Peserta tersebut
ialah:

i. Madihah Husna binti Noh
ii. Nurhawa binti Mokhtar
Peserta IPG Kampus Ilmu Khas telah dibimbing oleh Encik Amat Tarop bin Sumo.

Impak
Pertandingan ini telah disertai oleh 32 peserta dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dari seluruh
Malaysia. Format pertandingan ini terbahagi kepada 4 pusingan. Pusingan pertama, suku akhir, separuh akhir,
dan akhir. Dalam pertandingan tersebut peserta dari IPG Kampus Ilmu Khas iaitu Nurhawa binti Mokhtar telah
berada pada kedudukan yang ke-6 manakala Madihah Husna binti Noh layak ke separuh akhir.

2.6 Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka Peringkat Negeri, Negeri
Sembilan

Pengenalan
Pada 10 Oktober 2016 iaitu Isnin, IPG Kampus Ilmu Khas telah menghantar wakil ke Pertandingan Pidato
Bahasa Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka Peringkat Negeri, Negeri Sembilan. Pertandingan ini telah
diadakan di IPG Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan. Pertandingan ini mendapat kerjasama
daripada Kerajaan Negeri Sembilan dan Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Negeri Sembilan.

Peserta
Seorang peserta dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas telah mewakili institut ini. Peserta tersebut
ialah Madihah Husna binti Noh. Peserta IPG Kampus Ilmu Khas telah dibimbing oleh Encik Amat Tarop bin
Sumo.

89

Impak
Pertandingan ini telah disertai oleh 32 peserta dari Institusi Pengajian Tinggi Awam, Institut Pendidikan Guru,
Sekolah-sekolah sekitar Seremban dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta sekitar Negeri Sembilan. Format
pertandingan ini terbahagi kepada 2 pusingan. Pusingan awal dan akhir. Dalam pertandingan tersebut peserta
dari IPG Kampus Ilmu Khas iaitu Madihah Husna binti Noh telah berada pada kedudukan yang ke-6.

2.7 Pertandingan Pidato Piala Presiden Gagasan 2016

Pengenalan Program
Pada 15 hingga 17 Oktober 2016 iaitu Sabtu hingga Isnin IPG Kampus Ilmu Khas telah menghantar wakil ke
Pertandingan Pidato Piala Presiden Gagasan 2016. Pertandingan ini telah diadakan di Mara Digital Mall,
Kompleks Medan Mara, Kuala Lumpur. Pertandingan ini dianjurkan oleh Persatuan Gagasan Pendidikan Melayu
Malaysia (GAGASAN) dengan mendapat kerjasama dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Semasa
pertandingan ini berlangsung tempat penginapan peserta adalah di IPGK Pendidikan Teknik.

Peserta
Seorang peserta dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas telah mewakili institut ini. Peserta tersebut
ialah Nurhawa binti Mokhtar. Peserta IPG Kampus Ilmu Khas telah dibimbing oleh Encik Amat Tarop bin Sumo.

Impak
Pertandingan ini telah disertai oleh 25 peserta dari Institut Pendidikan Guru dari seluruh Malaysia. Format
pertandingan ini terbahagi kepada 3 pusingan. Pusingan pertama, separuh akhir, dan akhir. Dalam
pertandingan tersebut peserta dari IPG Kampus Ilmu Khas iaitu Nurhawa binti Mokhtar telah berada pada
kedudukan yang ke-21.

2.8 Pertandingan Debat Perdana Gender Kali Ke-6 Tahun 2016

Pengenalan
Pada 18 hingga 21 November 2016 iaitu Jumaat hingga Isnin IPG Kampus Ilmu Khas telah menghantar wakil ke
Pertandingan Debat Perdana Gender. Pertandingan ini telah diadakan di Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia. Pertandingan ini mendapat kerjasama dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat melalui agensinya NAM Institute for the Empowerment of Women (NIEW).

Peserta
Satu pasukan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas telah mewakili institut ini. Peserta tersebut ialah:

i. Muhamad Hakim bin Azaman@Azman
ii. Nurhawa binti Mokhtar
Pasukan IPG Kampus Ilmu Khas telah dibimbing oleh Encik Amat Tarop bin Sumo.

Impak
Pertandingan ini telah disertai oleh 56 pasukan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dari seluruh
Malaysia. Format pertandingan ini terbahagi kepada 5 pusingan. Pusingan pertama, pra suku akhir, suku akhir,
separuh akhir, dan akhir. Dalam pertandingan tersebut pasukan dari IPG Kampus Ilmu Khas berada pada
kedudukan yang ke-30.

90

Pertandingan Pidato Transformasi Terengganu Baharu di IPGK Dato Razali Ismail

Pertandingan DeTIK 2016 di IPGKIK

91

Pertandingan “The Great Royal of Gender 2016 “ di UIAM
Pertandingan Debat ASTAR 2016 di UM

Pertandingan Debat Cabaran Muda 2121 di UTP

92

11.8 JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

(Baris Pertama:En.Jainudin, Cik Nurul Huda, Baris Kedua:En. Zaradi, En. Asri, En. Muaaz, En. Aminuddin, En. Firdaus, Dr.
Zahiah, Pn. Raihan, Baris Ketiga: Pn. Norlela, Pn. Vijaya, Baris Keempat: Pn. Manja)

1.0 PENGENALAN
Jabatan pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) terdiri daripada tiga unit iaitu Unit Pendidikan Islam, Unit
Pendidikan Moral, dan Unit Bahasa Arab. Ketua jabatan JAPIM ialah Tuan Haji Jainudin bin Ngah. Bilangan
pensyarah JAPIM ialah seramai 10 orang iaitu Ustazah Nurul Huda binti Mohd Bisri, Puan Vijayaletcmy
Muniyandy, Ustaz Mohd Asri bin Abdul Rahman, Ustaz Zaradi bin Sudin, Ustazah Zahiah binti Haris@Harith,
Ustazah Firdaus binti Abdul Fatah, Ustazah Norlela binti Ali, Ustaz Muaaz bin Muhammad dan Ustazah Nor
Raihan bt Mohd Nor. JAPIM menawarkan kursus Pendidikan Islam Teras, Pendidikan Moral Teras untuk
Program PPISMP, dan Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) dan Pendidikan Moral Elektif untuk Program
PISMP. JAPIM menganjurkan banyak aktiviti untuk siswa guru, pensyarah dan staf sokongan.
2.0 LAPORAN PROGRAM JAPIM 2016
2.1 Program Semarak Cinta Rasul 1437H
Program Semarak Cinta Rasul telah diadakan pada 22 Januari 2016
di Dewan Dato‟ Razali Ismail, IPG kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.
Program disertai oleh semua siswa guru Islam, para pensyarah dan
staf sokongan. Para tetamu kehormat terdiri daripada Ustaz Muhadir
Haji Joll dan Dr. Mohd Sukki Othman selaku ahli panel berserta
Ustaz Fauzi Mustafa selaku moderator forum. Forum Program
Semarak Cinta Rasul bertajuk “Rasulullah SAW Penjana
Transformasi Pendidikan Ummah”. Program ini diadakan bertujuan

93

untuk mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah dan
mengaplikasikannya dalam pendidikan agar menjadi teras dalam
pembangunan kehidupan para guru pelatih. Selain itu, program ini
diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan para
pensyarah dan siswa guru agar dapat mencontohi serta menghayati
kehidupan Rasulullah SAW sebagai qudwah hasanah. Pengisian
forum Semarak Cinta Rasul ini memfokuskan peranan Rasulullah
SAW sebagai muallim di mana ahli panel menerangkan
bagaimanakah Rasulullah SAW menunjukkan dan mempamerkan
teladan yang baik serta akhlak yang agung kepada umat baginda.
Buktinya, Rasulullah SAW berjaya mengubah golongan jahil kepada
golongan yang taat kepada perintah Allah melalui pendidikan iaitu
dakwah secara berperingkat.

2.2 Majlis Khatam Al-Qur’an dan Iftar Perdana 2016
Pada 28 Jun 2016, JAPIM dengan kerjasama Persatuan Guru Pelatih Islam (PGPI) telah menganjurkan satu
Program Majlis Khatam al-Quran dan Iftar Perdana bersempena dengan bulan Ramadhan. Program ini diadakan
bertujuan untuk meraikan para siswa guru, para pensyarah dan staf Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
serta meraikan golongan yang layak menerima bantuan dan sumbangan sempena bulan Ramadhan Al-
Mubarak. Program Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana ini diadakan secara tahunan di IPG Kampus Ilmu
Khas adalah untuk meraikan Bulan Ramadhan Al-Mubarak bersama warga IPG Kampus Ilmu Khas dengan
melaksanakan Majlis Khatam Al-Quran dan berbuka puasa secara berjemaah serta memberikan sumbangan
dan bantuan kepada golongan yang memerlukan bagi pelajar dan penduduk sekitar kampus.

2.3 Program Diskusi Moral

Pelajar bukan Islam sentiasa didedahkan dengan pelbagai aktiviti
yang membantu guru pelatih menjadi individu yang berpengetahuan,
berkebolehan serta sanggup menghadapi onak dan duri di luar.
Sehubungan itu, satu diskusi moral yang bertajuk “Tambah Nilai:
Satu Kemestian kepada Bakal Guru” telah diadakan. Encik
S.Rajanthiran A.Shanmugam, selaku Ketua Unit, Unit Psikologi dan
Kaunseling telah dijemput untuk hadir dan menyampaikan ceramah
bagi diskusi moral tersebut. Diskusi Moral tersebut dihadiri oleh
seramai 120 siswa guru daripada pelbagai program di IPG Kampus
Ilmu Khas.

94

Objektif utama diskusi tersebut adalah untuk memberi
pendedahan dan pemahaman kepada siswa guru tentang
kepentingan mempunyai nilai tambah dalam jati diri sebagai
seorang bakal guru yang memikul tanggungjawab besar untuk
melahirkan generasi muda yang holistik dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek, sosial dan estetik.

2.4 Program Training of Trainers

Pada tarikh 5 ogos sehingga 6 ogos 2016, Program Training Of Trainer atau lebih dikenali sebagai T.O.T telah
dijalankan iaitu anjuran Biro Usrah di bawah PGPI dengan kerjasama JAPIM. Program ini telah dikelolakan oleh
Biro Usrah dan bantuan daripada ahli-ahli PGPI yang lain. Peserta-peserta yang menyertai program ini terdiri
daripada nuqaba dan penolong nuqaba usrah. Pada 5 ogos 2016, Program T.O.T ini bermula tepat pada pukul
9.15 malam bertempat di Surau Ta‟dib, IPGKIK. Program T.O.T. ini membuka tirainya dengan aktiviti kuliah
dasar satu yang bertemakan ”Suntikan Semangat Ikhwan” yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu
Ustaz Mohd Safwan bin Abdullah dari Fitrah Perkasa Sdn. Bhd.

AKTIVITI JAPIM SEPANJANG TAHUN 2016

Bil Aktiviti Tarikh/Tempat Peserta Objektif
Pengurusan kewangan Islam
1 Kursus ”Fiqh 16/02/2016 86 orang staf dan
pensyarah IPGKIK
Faraid: Dewan Dato‟ Razali
Pengurusan Harta, Ismail IPGKIK
Zakat Dan Faraid”

2 Kem Memperkasa 22-24/04/2016 50 Orang peserta  Meningkatkan jati diri sebagai
Jati Diri & Mawaddah Resort, dalam kalangan persediaan untuk menjadi
Kepimpinan Pelajar Chalet And Training AJK PGPI dan pemimpin dalam organisasi.
PGPI Village, Batu Kurau, pensyarah JAPIM
“Mantapkan Saff, Perak  Program Khidmat Masyarakat
Teguhkan 40 staf sokongan dengan pihak Sekolah
IPGKIK dan Kebangsaan Kampung Perak,
Ukhuwwah” pensyarah JAPIM Batu Kurau, Perak
Semua Pensyarah
3 Kursus KAFA : 19/04/2016 JAPIM Pemantapan praktikal ibadat
Ibadatku Akhiratku. DewanDRI IPGKIK Warga IPGKIK dalam kehidupan

4 Kursus Asas 7-8/09/2016 Memahami dan mengetahui asas
Bahasa Isyarat. Bilik Kursus 204A bahasa isyarat
Menyumbang dan meringankan
5 Program Ibadat 13/09/2016 bebanan masyarakat yang
Qurban Kampung SeberangTiti, memerlukan
Kuala Pegang, Baling,
Kedah

6 Kursus KBAT 21-22/11/2016 Masjid 30 orang guru SRA Memantapkan amalan KBAT
Kepada Guru-guru Saidina Osman, Cheras JAWI dalam kalangan guru sekolah
SRA JAWI 200 orang siswa rendah agama
guru Untuk mengetengahkan
7 Anthem of The 27 APRIL 2016 Dewan pelaksanaan usrah secara kreatif,
Circles Dato‟ Razali Ismail sesuai dengan temanya „Usrah
IPGKIK Kreatif Penjana MurabbiInovatif‟

95

3.0. RUMUSAN
Para pensyarah sentiasa memberi pendidikan tentang penerapan agama Islam dan nilai-nilai moral agar dapat
dihayati oleh pelajar secara menyeluruh bagi memenuhi tuntutan agama dan aspirasi Institut Pendidikan Guru.

Kem Memperkasakan Jati Diri dan Kepimpinan 2016
”Fiqh Faraid: Pengurusan Harta, Zakat dan Faraid”

96

11.9 JABATAN PENGAJIAN SOSIAL

Berdiri dari kanan Pn. Fuziah binti Abdul Manaf, En. Mohd Faizal bin Abd Latiff (PO), En. Meor Aris bin Meor
Hamzah, En. Munizar bin Mohamad (Ketua Jabatan), En. Uthayakumaran A/L A.Karuppiah(Timbalan Ketua

Jabatan), Tn Hj Rosly bin Mohd Sani, Dr. Pushpavalli a/p A.Rengsamey dan Pn. Hajah Siti Rohani binti
Abd.Rahman serta Pn. Hajah Kamsiah binti AB Rashid (tiada dalam gambar)

1.0 PENGENALAN
Jabatan Pengajian Sosial bermula dengan nama Unit Mata Pelajaran Sekolah (MPS) yang ditubuhkan pada
tahun 1991. Unit MPS telah dinaik taraf kepada jabatan, iaitu Jabatan Kajian Sosial mulai Julai 2006. Kemudian,
pada 12 Mei 2010, jabatan ini telah bertukar nama kepada Jabatan Pengajian Sosial pula. Mulai 2015, jabatan
ini diterajui oleh En. Munizar bin Mohamad sebagai Ketua Jabatan. Seramai 9 orang pensyarah dan seorang
Pegawai Operasi (PO) yang mengganggotai jabatan ini. Antara mata pelajaran yang diajar bagi kursus PISMP
dan PPISMP oleh pensyarah dari jabatan ini ialah Sejarah,Reka Bentuk dan Teknologi dan Cabaran dan Isu
Semasa Dunia. Terdapat enam aktiviti utama yang berimpak tinggi telah dilaksanakan oleh Jabatan ini
sepanjang tahun 2016.
2.0 LAPORAN PROGRAM / AKTIVITI
2.1 Program 1SRN 1 Komuniti 1 Kasih Sayang
Pengenalan
Guru merupakan aset penting kepada pembangunan sumber manusia pada masa hadapan Siswa pendidik
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG KPM) merupakan golongan masyarakat yang harus diberi perhatian yang
serius dalam aspek akedemik dan bukan akedemik. Sehubungan dengan itu IPGKIK telah bekerjasama dengan
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) melalui SRN IPGM telah mengadakan satu program
1SRN 1Komuniti 1Kasih Sayang di Sk.Sungai Judah, Pulau Carey, Banting Selangor.

97

Objektif program
i. Menerapkan Rukun Negara dalam kehidupan siswa guru.
ii. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara siswa guru dengan komuniti setempat.
iii. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran siswa guru terhadap nilai dan budaya Orang Asli di Malaysia.
Peserta
Seramai 15 orang siswa guru yang terdiri daripada pelbagai kursus dan semester telah bersama-sama
menglibatkan diri dalam program ini.
Impak
i. Meningkatkan semangat kesukarelawan, patriotisme dan memupuk perpaduan dalam kalangan ahli SRN

IPG.
ii. Memberi kesedaran kepada ahli SRN mengenai kehidupan masyarakat pelbagai kaum.
iii. Melahirkan ahli SRN yang prihatin,penyayang dan bersikap terbuka kepada masyarakat pelbagai kaum

yang memerlukan bantuan dan sokongan.
iv. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum yang kurang upaya

sejajar dengan kehendak konsep Rukun Negara.

98

2.2 Benchmarking ke Sekolah Tunas Bakti Sg Besi, Kuala Lumpur

Pengenalan
Program ini dilakasanakan sebagai salah satu aktiviti di bawah LPS Jabatan Pengajian Sosial. Program
berbentuk koloborasi ini lebih menjurus kepada aspek perkongsian ilmu di samping bertukar-tukar maklumat
dan pandangan berkaitan bidang pengurusan dan pentadbiran.

Objektif
Memberi pengalaman baru kepada para pensyarah Jabatan Pengajian Sosial terutamanya dari aspek PdP
berkaitan dengan pelajar-pelajar yang menghadapi masalah tingkah laku devian.

Peserta
Seramai 8 orang pensyarah Jabatan Pengajian Sosial terlibat dalam program koloboratif tersebut.

Impak
Adalah diharapkan melalui program tersebut para pensyarah dapat mengaplikasikan pengalaman mereka ke
dalam bilik darjah dan menggunakan indikator yang diperoleh bagi menyelesaikan masalah disiplin dalam
kalangan siswa guru.

2.3 Lawatan Ilmiah ke Tapak Arkeologi Lenggong Perak.

Pengenalan
Lawatan Ilmiah ke Tapak Arkeologi Lenggong adalah sebagai memenuhi prasyarat kerja kursus yang perlu
dilaksanakan oleh para pelajar. Aktiviti berbentuk hands-on ini mengkehendaki siswa guru memperoleh
sebanyak maklumat yang mungkin sepanjang lawatan ke tapak arkeologi dan mereka dikehendaki
memindahkan maklumat yang diperoleh ke dalam bentuk multimedia.

Objektif
Memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada siswa guru kerana mereka sendiri turun ke lapangan untuk
meninjau segala penemuan yang terdapat di Lembah Lenggong seperti maklumat manusia zaman prasejarah
Perak Man, artifak-artifak , kehidupan masyarakat prasejarah, kesan letusan gunung berapi Danau Toba dan
sebagainya.

Peserta
Seramai 20 orang siswa guru PISMP semester 3 elektif sejarah terlibat dengan program tersebut diiringi seramai
3 orang pensyarah JPS sebagai pensyarah pengiring.

Impak
Melalui program ini siswa guru mendapat imput yang sangat berguna kerana pengetahuan yang dipelajari di
dalam bilik darjah dapat diterjemahkan secara praktikal sewaktu mereka melaksanakan kerja lapangan.

99

2.4 Lawatan Ilmiah ke Arkib Negara
Pengenalan
Program ini dilaksanakan secara dua peringkat iaitu pada 26 Januari 2016 dan 30 Ogos 2016 dengan tujuan
untuk memberi pendedahan kepada pelajar bagaimanakah mereka dapat mengaplikasikan kaedah penyelidikan
melalui rujukan sumber di Arkib Negara.
Objektif
Memberi pengetahuan kepada siswa guru bagaimana cara mengakses maklumat yang terdapat di Arkib
Negara untuk tujuan rujukan dan penyelidikan.
Peserta
Seramai 20 orang siswa guru PISMP semester 3 elektif sejarah terlibat dengan diiringi seramai 3 orang
pensyarah pengiring.
Impak

Memberi pengetahuan baru kepada siswa guru di samping mendapat maklumat yang mendalam mengenai
fungsi Arkib sebagai badan yang bertanggungjawab memelihara khazanah bahan-bahan sejarah negara.

100


Click to View FlipBook Version