The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haslina.hassan, 2021-03-24 04:20:03

LAPORAN TAHUNAN 2016

LAPORAN TAHUNAN 2016

2.5 Lawatan sambil belajar ke Ekspo Pertanian Universiti Putra Malaysia sempena Pesta
Konvokesyen ke-40 UPM

Pengenalan
Pada 20 Oktober 2016 yang lalu, seramai 17 orang siswa guru PISMP Jun 2015 diiringi oleh 4 orang pensyarah
yang mengambil elektif Reka Bentuk dan Teknologi (RBTS3223 Pengenalan kepada Teknologi Pertanian) telah
menghadiri Ekspo Pertanian sempena Pesta Konvokesyen ke-40 Universiti Putra Malaysia (UPM) bertempat di
Bukit Ekspo, UPM.
Mereka dibawa melawat pelbagai pameran yang disediakan oleh warga UPM seperti projek-projek, inovasi
pertanian dan kajian-kajian yang telah mereka laksanakan yang berkaitan dengan pertanian. Terdapat sebanyak
20 pameran oleh fakulti/institut/pusat, 32 gerai jualan pelbagai, 20 gerai hasil pertanian, 13 gerai jualan orkid,
gerai jualan anak pokok, gerai jualan makanan dan minuman dan lain-lain.
Objektif
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi peluang serta pendedahan kepada siswa guru elektif
RBTS3223 Pengenalan kepada Teknologi Pertanian tentang kaedah penanaman, inovasi dalam pertanian dan
sebagainya seperti yang terkandung dalam RMK kursus.
Peserta
Peserta lawatan tersebut terdiri daripada 17 orang siswa guru PISMP Jun 2015 yang mengambil elektif Reka
Bentuk dan Teknologi (RBTS3223 Pengenalan kepada Teknologi Pertanian).
Impak
Sepanjang lawatan ini banyak manfaat yang pelajar peroleh yang secara tidak langsung dapat membantu
mereka dalam memahami dengan lebih mendalam secara praktikal tentang pertanian terutamanya tentang
kaedah penanaman, inovasi dalam pertanian dan kajian-kajian yang dijalankan oleh warga UPM.

101

2.6 Program Bengkel Kesihatan Pergigian 2016

Pengenalan
Bahagian Pendidikan Guru telah mewajibkan setiap IPG menjalankan Bengkel Kesihatan Pergigian bermula
sejak tahun 1991. Bengkel ini merupakan program rasmi dan termasuk dalam takwim IPG. Kursus ini diwajibkan
kepada setiap siswa guru sebelum mereka menamatkan kursus perguruan.

Objektif
Bengkel ini dilaksanakan dengan kerjasama kolaborasi antara Klinik Pergigian Cheras, Kuala Lumpur dengan
IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Tempoh selama dua hari yang melibatkan pemeriksaan gigi, ceramah,
pameran, pertandingan pengajaran mikro, poster digital dan nyanyian lagu yang berkaitan dengan penjagaan
kesihatan pergigian. Kemuncak kursus ini ialah penganugerahan raja dan ratu gigi.

Peserta
Semua siswa guru PISMP Ambilan Januari 2013 (Semester 8) seramai 217 orang. Pada 17 – 18 Ogos 2016
bertempat di Dewan Dato Razali Ismail , bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Impak
siswa guru menerima input dan latihan praktikal berkaitan kesihatan pergigian daripada pegawai pergigian yang
bertauliah. Pembelajaran melalui program ini membolehkan guru pelatih didedahkan tentang pendidikan
kesihatan pergigian yang boleh membantunya semasa berkhidmat di sekolah rendah.

2.7 Penglibatan & Kolaboratif Jabatan/unit

Bil. Nama Aktiviti Tempat Tarikh Objektif/Matlamat
1. Benchmarking Sekolah Tunas 27 September
Bakti Sg Besi 2016( Selasa ) 1. Mengenal pasti masalah
Kuala Lumpur devian dalam kalangan
siswa guru

2. Mengenal pasti proses
pengambilan dan
penempatan pelajar

3. Perbincangan mengenai
struktur organisasi Sekolah
Tunas Bakti

2. Lawatan Ilmiah Pusat Arkeologi 30 Oogs 1. Memenuhi syarat kerja
Lenggong Perak 2016(Selasa) kursus siswa guru PISMP
Semester 3

2. Pendedahan secara hands-
on kepada pelajar mengenai
sumber primer Sejarah

3. Mengaplikasi PdP dalam
situasi sebenar.

102

3. Program Bersama Arkib Negara 26.1.2016 1. Pendedahan kepada siswa
Penyelidik “Klinik guru kaedah rujukan sumber
Kepenggunaan Arkib”
2. Proses penjilidan bahan-
4. Lawatan Ilmiah Arkib Negara 30.8.2016 bahan sejarah

3. Pengaplikasian sumber
bahan audio visual

1. Pendedahan kepada siswa
guru kaedah rujukan sumber

2. Proses penjilidan bahan-
bahan sejarah

3. Pengaplikasian sumber
bahan audio visual

3.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya semua aktiviti yang dirancang oleh Jabatan ini telah dilaksanakan dengan jayanya
kerana objektif dan matlamat juga telah dapat dicapai. Aktiviti-aktiviti berimpak tinggi tersebut telah memberi
pengalaman berharga kepada siswa guru yang terlibat demi memantapkan profesionalisme keguruan mereka
sebagai guru berkualiti pada masa hadapan.

103

11.10 JABATAN PENYELIDIKAN, INOVASI & PROFESIONALISME KEGURUAN

Belakang dari kiri : Dr. Ramesh Rao, Dr. Hj Ismail bin Hj Raduan dan Dr. Rajagopal a/l Ponnusamy
Depan dari kiri : En Ahmad Subki bin Miskon, En. Mohd Aminuddin Ab Rahaman, Dr. Syed Ismail bin Syed

Mustapha (KJ), Dr. Lee Leh Hong ( TKJ), Dr. Jeya Velu dan Pn. Massitah binti Salim
1.0 PENGENALAN

- Ketua Jabatan : Dr. Syed Ismail bin Syed Mustapha
- Terdiri 9 orang pensyarah iaitu : Dr. Syed Ismail Syed Mustapha (KJ), Dr. Lee Leh Hong ( TKJ), En.

Mohd Aminuddin Ab Rahaman ( SU ), Dr. Hj Ismail Hj Raduan, Dr. Rajagopal a/l Ponnusamy, Dr.
Jeya Velu, Dr. Ramesh Rao dan En Ahmad Subki bin Miskon.
- Terdapat 4 unit dalam jabatan iaitu :
i. Unit Penyelidikan
ii. Unit Penilaian Program
iii. Unit Penataran & Penerbitan
iv. Unit Inovasi
- Visi dan misi JPIPK ialah budaya membaca dan melaksanakan penyelidikan dan inovasi sebagai
asas amalan profesional ke arah menerajui kecemerlangan pendidikan guru di samping
menjadikan IPGKIK ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia melalui penyelidikan dan inovasi.
Justeru, terdapat program yang telah dilaksanakan pada tahun ini iaitu Kursus KIK - Satu
Pendedahan Holistik, menyertai Malaysia Tenchnology Expo 2016 Putra World Trade Centre Kuala
Lumpur Malaysia, Kursus Kepintaran Emosi dan Komunikasi Untuk Staf Sokongan, Kursus SPSS
Siri 1 - 4 , Brown Bag Research And Innovation- Perkongsian Pintar dan Wacana Ilmu 2016.

104

2.0 LAPORAN PROGRAM/AKTIVITI

2.1 Kursus KIK - Satu Pendedahan Holistik
Berlangsung pada 18 – 20 Januari 2016 bertempat di Bilik Maepa IPG Kampus Ilmu Khas. Kursus KIK
merupakan aktiviti jabatan yang pertama pada tahun 2016 mulai 18-20 Januari 2016. Dua orang penceramah
pakar KIK dijemput untuk memberi input kepada semua peserta KIK IPIK Tahun 2016. Peserta adalah terdiri
daripada 5 kumpulan KIK yang akan menyertai Konvensyen KIK 2016 peringkat IPGKIK. Para peserta terdiri
daripada kumpulan JPBI, KUMPULAN JHEP & JTP, KUMPULAN JPS, KUMPULAN JPJK, KUMPULAN ULAP &
PRAKTIKUM. Manakala KUMPULAN JPIPK sebagai pemantau Sambutan yang cukup baik dengan kehadiran
sebanyak 38 peserta pada hari pertama dan kedua di Bilik Latihan MAEPA, IPG Kampus Ilmu Khas

Para peserta KIK sedang bertungkus lumus Kumpulan JPIPK melibatkan diri dalam
menyiapkan aktiviti kumpulan perbincangan menyiapkan aktviti kumpulan

2.2 Kursus Kepintaran Emosi dan Komunikasi IPGKIK 2016

Berlangsung pada 8 Mac 2016 dan bertempat di Bilik Maepa IPG Kampus Ilmu Khas. Kursus ini merupakan
satu lagi aktiviti jabatan JPIPK pada tahun 2016 iaitu pada 8 Mac 2016. Kursus ini diadakan khas untuk staf
sokongan IPGKIK, dan penceramahnya ialah Dr Rajagopal a/l Ponnusamy. Topik-topik utama yang
dibincangkan:

1. Pengenalan terhadap Kecerdasan Emosi dan Kecerdasan Pelbagai
2. Ciri-ciri orang yang emosi tinggi dan emosi rendah
3. Bengkel EIQ dan Pembentangan dalam kumpulan
Kursus ini mendapat sambutan yang baik dengan kehadiran sebanyak 29 orang peserta staf sokongan.

105

2.3 Karnival Inovasi & Kreativiti IPGKIK 2016

Berlangsung pada 18-20 April 2016 di Dewan Datuk Razali Ismail. Karnival Inovasi & Kreativiti IPGKIK 2016
dengan tema tahun ini „Membudayakan Inovasi Meningkatkan Kreativiti” telah berjaya berlangsung pada 20 April
2016. Sebanyak 45 pasukan telah mendaftar menyertai Karnival Inovasi pada tahun ini. Antaranya ialah 11
pasukan kategori pensyarah dan 34 pasukan kategori pelajar. Pasukan Bola Ajaib telah muncul sebagai juara
dalam kategori pensyarah dan pasukan „Splash Kit Easy and Clean‟, juara bagi kategori pelajar.

Sesi persiapan para peserta sebelum pertandingan Majlis Penyampaian hadiah kepada pemenang
Inovasi dimulakan Pertandingan Inovasi IPG KIK 2016

2.4 Kursus SPSS siri 1 hingga siri 4 2016
Diadakan pada 11 Mac 2016, 25 Mac 2016, 1 April 2016 dan 15 April 2016. Program berlangsung di Bilik
Tanjung IPG Kampus Ilmu Khas. Kursus ini merupakan satu aktiviti jabatan JPIPK Tahun 2016. Kursus ini
diadakan khas semua pensyarah IPGKIK. Penceramahnya Dr Ismail Raduan. Kursus ini mendapat sambutan
yang baik dengan kehadiran 20 orang pensyarah.

Para pensyarah sedang
berbincang tentang aktiviti yang

dibentangkan

Sesi Hand-On para
peserta

106

2.5 Aktiviti Kik dan Inovasi

Malaysia Tenchnology Expo 2016

18-20 Februari 2016
Putra World Trade Centre Kuala Lumpur Malaysia

Pencapaian :

1. Hadiah Khas Daripada Juri
Pertandingan Bagi Pingat Emas- 10
Pin Bowling Marker

2. Pingat Emas – 10 Pin Bowling
Marker

3. Pingat Emas Waco Pen
4. Pingat Gangsa – Power Wrist
5. Tempat Ketiga- Keceriaan Booth

2.6 Aktiviti :44th INTERNATIONAL EXHIBITIONS FOR INVENTIONS GENEVA 2016

TARIKH: 11 - 20 APRIL 2016
TEMPAT: GENEVA, SWITRZERLAND

Disertai oleh 2 kumpulan Kumpulan WaCo Pen
 Encik Salehuddin bin Zakaria (Ketua Kumpulan
Kumpulan Tenpin Bowling Marker
 Dr Jeya a/p Velu (Ketua Kumpulan) _JPIPK dan Inventor)-JPSV
 Puan Jamaliyah binti Ahmad- JSS  Puan Azlina binti Hj. Abdul Rani - JPSV
 Muhammad Amar bin Ibrahim Istar (Inventor)-  Cik Zaharah binti Mohamad - JPSV

JPK
 Prichard Nelson Patrick-JPK
 Asyraf Hilmi bin Kharil-JPSV

107

Kumpulan Tenpin Bowling Marker Kumpulan WaCo Pen

Pencapaian Pasukan Inovasi IPGKIK 2016

Tenpin Bowling Marker WaCo Pen

Anugerah Perak IFIA 2016 Anugerah Perak IFIA 2016

Anugerah Khas Inovasi Terbaik (Thailand) Anugerah Khas Inovasi Terbaik (China)

2.7 Lawatan Delegasi Univesiti Pendidikan Indonesia Kampus Tasikmalaya

Bertarikh pada 2 November 2016.
Lawatan ini membincangkan bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan antara IPG Kampus Ilmu Khas dengan
pihak Univerisiti Pendidikan Indonesia Kampus Tasikmalaya. Bentuk kerjasama yang dirancang melibatkan
penganjuran seminar pendidikan, perkongsian kajian dan lawatan bench marking. Delegasi ini telah diraikan
oleh pengarah IPG Kampus Ilmu Khas, Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali dan Ketua Jabatan JPIPK Dr Syed
Ismail Syed Mustapa serta para pensyarah JPIPK.
Delegasi UPIK Tasikmalaya telah diwakili oleh Bapak Dindin Abdul Muiz, Bapak Taopik Rahman dan Ibu Seni
Apriliya.

108

2.8 Wacana Ilmu dan Majlis Penghargaan Penyelidikan 2016
Program ini berlangsung pada 23 November 2016.
Tahun ini merupakan tahun yang ke-3 JPIPK dengan kerjasama Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan
Ilmiah menganjurkan Wacana Ilmu dan Majlis Penghargaan Penyelidikan. Program ini bertujuan untuk
memperkasa pembudayaan penyelidikan dalam kalangan pensyarah IPG Kampus Ilmu Khas agar dapat
membina jaringan dan kesepakatan dalam memantapkan bidang penyelidikan di institut ini. Sebanyak 35
artikel penyelidikan telah dibentangkan dalam Wacana Ilmu ini
Pada masa yang sama Majlis Penghargaan Penyelidikan 2016 bertujuan untuk memberi penghargaan
kepada para pensyarah yang telah memberikan sumbangan dalam penulisan ilmiah di peringkat IPG
Kampus Ilmu Khas. Program sebegini juga merupakan satu platform kepada pensyarah untuk berkongsi
pandangan dan pengalaman dalam meningkatkan dan memperkembang kualiti penyelidikan.

109

11.11 JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Dari kiri: En. Ch‟ng Swee Ghiam, En. Govindarajan A/L Daniel, Pn. Aiza Abdol Razak,
Dr. Munira Mohsin, Dr. Aris Fazil Hj Ujang, Cik Nurhasni Mohd Noor, Dr. Teng Siew Lian,

En. Balkaran A/L Arumugam, En. Chia Chiow Ming, En. Gananathan M. Nadarajah

1.0 PENGENALAN
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK)
merupakan sebuah jabatan yang memegang kepada visi untuk „Menerajui Kecemerlangan Pendidikan Jasmani
Dan Kesihatan Yang Memenuhi Aspirasi Pendidikan Guru Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia‟.
Jabatan ini terdiri daripada sembilan orang pensyarah dan diketuai oleh Dr. Aris Fazil Bin Hj Ujang. Sebanyak
dua unit iaitu Unit Pengurusan dan Unit Akademik telah dirangka bagi melaksanakan pengurusan dan
pentadbiran serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran terhadap 103 siswa guru Program PISMP dan PPISMP
tahun 2016. Bagi memberi pendedahan yang meluas tentang PJK kepada siswa guru serta meningkatkan
kecemerlangan jabatan dalam bidang akademik dan profesional serta menjadi pusat rujukan program PJK,
Jabatan PJK telah mengendalikan beberapa bengkel atau latihan pembangunan serta aktiviti mengikut
keperluan semasa.

2.0 LAPORAN PROGRAM/AKTIVITI JPJK
Jabatan PJK IPGKIK berpengalaman dalam mengendalikan kursus-kursus yang berkaitan dengan kecergasan
fizikal, team building serta kurikulum pendidikan jasmani. Antara bengkel atau latihan yag telah dikendalikan
sepanjang tahun 2016 adalah seperti berikut:

2.1 Bengkel Sistem Pengisian Markah Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) pada 25 – 26 Febuari 2016
Jabatan PJK IPGKIK merupakan salah satu jabatan PJK yang dipertanggungjawab untuk mengendalikan UKF
bagi pengambilan calon IPGM setiap tahun. Pensyarah JPJK En Ch‟ng Swee Ghiam telah menghasilkan satu
sistem pengisian markah yang bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah kelewatan penyerahan markah
tetapi dapat meningkatkan keberkesanan dalam proses pengisian markah calon ujian kecergasan. Maka ilmu

110

beliau telah dikongsi bersama dengan semua pensyarah JPJK yang bakal mengaplikasikan sistem ini supaya
meningkatkan kecemerlangan dalam pelaksaaan tugas UKF. Justeru, bengkel ini telah meninggalkan kesan
yang positif terhadap pengendalikan UKF pada tahun ini. Seramai 704 orang perserta UKF telah menjalankan
ujian tersebut pada 11 – 14 April, 18 April, dan 5 – 8 Sepember 2016. Markah UKF telah di-e-melkan lebih awal
daripada masa yang ditetapkan oleh IPGM.

2.2 Kursus Kesejahteraan Diri Staf Sokongan dan Pengurusan IPGKIK pada 26 – 27 April 2016
Pada 26 dan 27 April 2016, JPJK telah mengendalikan Kursus Kesejahteraan Diri bagi Pembantu Operasi,
Pembantu Tadbir, dan Pegawai Pengurusan Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas. Seramai 24 peserta
telah terlibat dengan kursus ini yang mensasarkan 7 dimensi kesejahteraan diri. Ketujuh-tujuh elemen
kesejahteraan diri merangkumi Kesejahteraan Emosi, Kesejahteraan Kerjaya, Kesejahteraan Sosial,
Kesejahteraan Fizikal, Kesejahteraan Intelektual, Kesejahteraan Persekitaran, dan Kesejahteraan Spiritual. Di
samping syarahan tentang dimensi kesejahteraan diri, bengkel-bengkel seperti senamrobik, teknik pernafasan,
trigger point pressing, dan restorative yoga turut dijalankan bagi mendedahkan peserta untuk menangani
masalah kesejahteraan seperti stres.

111

2.3 Bengkel Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah-Sekolah Malaysia pada
21-22 Oktober 2016

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah-Sekolah Malaysia (SEGAK) terdiri daripada lima
bateri ujian bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid Malaysia berlandaskan komponen kesihatan. Bengkel
ini telah diadakan untuk semua siswa guru (217 orang) PISMP Ambilan Januari 2013 Bukan Opsyen Major
Pendidikan Jasmani di IPGKIK. Tujuan bengkel ini adalah agar mereka lebih bersedia dengan pengetahuan dan
kemahiran yang betul dan tepat sebagai suatu nilai tambah kepada diri dan sekolah apabila ditugaskan sebagai
pembantu, pelaksana dan penilai bateri ujian SEGAK di sekolah kelak. Selain itu, pelaksanaan bateri ujian
SEGAK dalam bengkel ini turut memberi makluman tentang tahap kecergasan peserta supaya lebih
bertanggungjawab dalam penjagaan kecergasan fizikal diri dan seterusnya membina masyarakat sihat dan
harmoni ke arah mencapai kesejahteraan negara.

2.4 Kursus Kejurulatihan Sukan Spesifik Tahap 1 – Olahraga, Gimnastik Artistik, Hoki pada bulan
November 2016

Kursus kejurulatihan sukan spesifik merupakan satu keperluan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
siswa guru dalam bidang kejurulatihan sukan, lanjutan daripada disiplin yang terkandung dalam Pendidikan
Jasmani. Maka, seramai 82 orang siswa guru PISMP opsyen Pendidikan Jasmani IPGKIK telah ditawarkan
untuk mengikuti kursus ini yang mana terdiri daripada tiga sukan spesifik iaitu Olahraga, Gimnastik Artistik, Hoki.
Kursus kejurulatihan Sukan Spesifik ini dikelolakan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), maka peserta
kursus akan mendapat pengiktirafan daripada Majlis Sukan Negara (MSN). Kursus ini juga merupakan
komponen pelengkap untuk mendapatkan sijil penuh Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) bagi
setiap peserta yang ingin menjadi seorang jurulatih yang berkelayakan dan bertauliah.

2.5 Seminar Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan anjuran Jabatan Pengajian Sukan,
Universiti Putra Malaysia.

Pada 7 dan 8 Mei 2016, siswa guru opsyen Pendidikan Jasmani kumpulan J2.5 dan J2.6 telah menghadiri
Seminar Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan anjuran Jabatan Pengajian Sukan, Universiti Putra
Malaysia. Ketua jabatan Dr Aris Fazil B. Hj. Ujang serta dua orang pensyarah JPJK turut hadir bersama dalam
seminar tersebut. Diharapkan kehadiran dalam seminar ini dapat meningkatkan kemahiran interpersonal dan
motivasi pelajar dalam pencarian ilmu khasnya bidang Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

112

2.6 Program Lecture and Talk oleh Universiti Kyungnam, Korea
Program Lecture and Talk telah diadakan pada 19 Februari 2016 oleh Universiti Kyungnam, Korea bertempat di
bilik Recital Jabatan Pendidikan Muzik, IPGKIK. Program ini telah disertai oleh siswa guru PISMP program
Pendidikan Jasmani IPGKIK. Program ini telah dikendalikan oleh Profesor Sabunim Lee dan dibantu oleh dua
orang pelajar dari Universiti Kyungnam, Korea. Program ini merupakan satu projek perkongsian ilmu khasnya
dalam bidang Kecederaan Sukan antara Universiti Kyungnam dengan Jabatan Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan dan Jabatan Sains Sukan, IPGKIK untuk meningkatkan tahap profesionalisme guru Pendidikan
Jasmani di peringkat global.

2.7 Iftar JPJK
Selain daripada aspek akademik dan kemahiran dalam sukan, kemahiran sosial dan komunikasi pelajar opsyen
Pendidikan Jasmani adalah salah satu kemahiran insaniah yang dipupuk dalam Jabatan PJK. Majlis iftar jabatan
merupakan salah satu laluan untuk merapatkan ukhwah dalam kalangan warga jabatan PJK di samping
mengingatkan siswa guru Islam untuk menunaikan tanggungjawab mereka. Semua pensyarah dan siswa guru
(103 orang) Jabatan PJK telah menghadiri majlis buka puasa tersebut dan dapat bergaul secara mesra di
samping menikmati juadah majlis.

113

2.8 Aktiviti-aktiviti Sukarelawan
Sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 khasnya 11 anjakan untuk transformasi
sistem, pelajar Jabatan PJK sering digalakkan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti luar yang dapat
meningkatkan pengalaman, kemahiran serta aspek etika dan kerohanian. Pelajar telah melibatkan diri dalam
aktiviti kebajikan seperi Challengers Buddy Day Run, Karnival Sukan Paralimpik MBPJ-MPM Ke-6, International
Young Talent Gathering 2016, Sukarelawan Hujung Minggu, dan Kelas Tuisyen Rumah Kanak-kanak Tg.
Budriah. Semoga dengan aktiviti sukarelawan sebegini, sistem pendidikan guru dapat melahirkan rakyat yang
menghayati nilai, dan siswa guru IPG berkemampuan bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor
swasta secara meluas.

Challengers Buddy Day Run 2016

114

Karnival Sukan Paralimpik MBPJ-MPM Ke-6 International Young Talent Gathering 2016

Sukarelawan Hujung Minggu Kelas Tuisyen Rumah Kanak-kanak Tg. Budriah

3.0 RUMUSAN

Kejayaan pelaksanaan dan penglibatan dalam program-program anjuran dalaman dan luaran telah memberi
peluang kepada siswa guru dan pensyarah menikmati nilai tambah diri dari aspek akademik, bukan akademik
dan insaniah. Adalah menjadi harapan jabatan supaya kesemua ilmu ini dapat dimanfaat kegunaannya di
sepanjang pengajian siswa guru di IPGKIK.

Sebagai satu jabatan yang sentiasa prihatin terhadap perkembangan semasa para pelajar dan pensyarah,
banyak aktiviti yang bercorak akademik dan bukan akademik yang bertujuan bukan sahaja untuk meningkatkan
pengetahuan, kemahiran dan insaniah telah dikenal pasti untuk dilaksanakan pada tahun 2017. Aktiviti-aktiviti
yang dirancang dan bakal dilaksanakan akan memberi peluang kepada semua siswa guru opsyen Pendidikan
Jasmani dan bukan opsyen untuk sama-sama menghayati dan memperoleh keilmuan dan kemahiran untuk diri
sebagai guru yang lebih menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan
insan yang menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

115

11.12 JABATAN SAINS SUKAN

Dari kiri: En. Zulkarnain bin Ali, Pn. Jamaliyah binti Ahmad, En. Jalaluddin bin Abd. Latif, Datin Noraini binti Mohamed, Dr.
Mohd Khamdani bin Saari (Ketua Jabatan), Pn. Jamaliyah binti Ahmad, En. Ravichanthiran a/l Arujunan

1.0 PENGENALAN
Jabatan Sains Sukan telah diwujudkan pada tahun 2007 bagi melahirkan guru-guru yang berkualiti dan
berkemahiran tinggi serta cemerlang dalam sukan. Jabatan ini kini mengendalikan Program Pengkhususan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi PPISMP, PISMP dan PPG. Selain terlibat dengan pengajaran dan
pembelajaran, pensyarah di jabatan ini turut terlibat dengan aspek kejurulatihan dan kepegawaian sukan. Oleh
yang demikian, siswa guru opsyen Pendidikan Jasmani didedahkan dengan Program Learning Beyond College.
Siswa guru diagih-agihkan ke sekolah-sekolah bagi menguasai dan menambah pengetahuan khususnya dalam
aspek pengurusan dan pentadbiran sukan dengan menjadi pegawai-pegawai sukan di kejohanan olahraga
sekolah.
2.0 LAPORAN PROGRAM / AKTIVITI
Pada 25 Februari 2016 hingga 28 Februari 2016 telah berlangsung Kursus Asas Rekreasi 2016 di Hutan
Rekreasi Ayer Keroh, Melaka. Seramai 19 orang siswa guru PISMP semester 4 Pengkhususan Pendidikan
Jasmani telah mengambil bahagian dalam kursus tersebut. En Jalaluddin bin Abd Latiff sebagai Penyelaras
Kursus, juga hadir bersama untuk memantau para guru pelatih semasa kursus berlangsung
Modul kursus kepimpinan dan pengenalan rekreasi, pengenalan kepada tali, orienteering, kayak yang
disampaikan oleh En. Saiful bin Patel dan En. Zaim Mukhri Malek bin Nasir. Malam Kebudayaan yang
bertemakan Beach Party telah dijayakan oleh para peserta kursus sendiri. Ujian bagi modul-modul tersebut
berlangsung selama 1 jam dan merangkumi inti pati sepanjang kursus berlangsung.

116

Kemahiran asas kepada tali

Kemahiran asas aktiviti tali

Program Pendidikan Luar adalah wajib dilaksanakan oleh siswa guru opsyen Pendidikan Jasmani sebagai
memenuhi syarat kursus Pendidikan Luar PJM3O83. Program ini disertai oleh 2O siswa guru kumpulan G4.3
dan 5 pensyarah pembimbing dari Jabatan Sains Sukan. Program 6 hari 5 malam ini bertempat di Ceria Bogak,
Pulau Pangkor, Perak dan bertemakan "Quality Overrides Quantity"

Khemah Peserta Perkhemahan Peserta sedang menyiapkan gajet

117

Tahniah kepada siswa guru Pengajian Muzik yang telah menjuarai pertandingn Marathon Aerobic Fun Jamming
anjuran bersama Jabatan Sains Sukan dan ARBA FITNESS pada 23 April 2016 di Dewan Dato‟ Razali Ismail

Pertandingan Aerobic Fun Jamming
Jabatan Sains sukan telah memenangi pingat emas Kategori Pensyarah Karnival Inovasi dan Kreativiti IPGKIK
2016. Tahniah kepada Dr. Mohd. Khamdani b. Sairi, En. Zulkarnain b. Ali dan En. Jalaluddin bin Abd. Latif -
Dalam Pertandingan Inovasi BOLA AJAIB (PERMAINAN TENIS). Inovasi “Bola Ajaib” berjaya meningkatkan
kemahiran pukulan hadapan permainan tenis dengan kaedah latihan paling efisyen.

Pertandingan Inovasi Bola Ajaib (Permainan Tenis)
Bengkel Kecergasan Eksekutif anjuran bersama antara Jabatan Sains Sukan dan Institut Sukan Negara seramai
28 peserta terdiri daripada ketua Jabatan dan Unit IPGKIK pada 30 OGOS 2016 bertempat di Institut Sukan
Negara, Bukit Jalil. Kursus disertai oleh Ketua Jabatan dan Ketua Unit. Pelbagai aktiviti telah dijalankan
antaranya Senamrobik, Saringan Kesihatan, Ceramah berkaitan Pemakanan Sihat, Aplikasi Psikologi Sukan dan
Kepentingan komponen kecergasan.

Bengkel Kecergasan Jabatan sains Sukan 2016

118

Majis Perpisahan untuk Puan Rozila Mohd Isa telah dilaksanakan di Alamanda Putra Jaya

Pn. Rozila binti Mohd Isa mengetip kad perakam pada 22 Januari 2016

119

Majlis Persaraan Encik Mokhtar Bin Ahmad
Majlis persaraan Encik Mokhtar bin Ahmad telah dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan lagu Wilayah.
Ini diikuti dengan persembahan Pentomen, deklamasi sajak dan tayangan multimedia yang berkisarkan
kronologi latar belakang kehidupan dan perkhidmatan beliau. Majlis diserikan lagi dengan ucapan persaraan dan
penyampaian cenderahati daripada ketua-ketua jabatan, wakil KLASIK dan wakil pelajar. Encik Mokhtar turut
memeriahkan majlis dengan mendendangkan 2 buah lagu.

En. Mokhtar bin Ahmad mengetip kad perakam pada 27 Mei 2016

120

11.13 JABATAN PENDIDIKAN MUZIK

1.0 PENGENALAN : Encik Jamaludin bin Teh Ibrahim
Ketua Jabatan : Puan Nik Rozalind binti Nik Hassan
Timbalan Ketua Jabatan : Dr. Lim Zek Chew
Setiausaha Akademik 1 IPGKIK : Cik Rozaina binti. Abd Razak
Setiausaha Jabatan : Encik Mah Kok Heng
Ketua Penyelaras Kurikulum Jabatan : Puan Ching Ing Hoe
Penyelaras Jadual Waktu Jabatan : Puan Edna Wellington
Penyelaras PISMP Jabatan : Encik Yusri bin Haji Hussain
Penyelaras PPISMP Jabatan : Puan Nadiah Hayati binti Omar
Penyelaras PPG Jabatan : Encik Abdul Razak bin Abd. Rahman.
Penyelaras Aset IPGKIK : Encik Ariputhiran a/l Narayanan
Penyelaras Portal Jabatan : Cik Lee Yoke Fun
Penyelaras Dokumen Penarafan : Puan Laura Annie Lalita Rajamoney
Pegawai Dokumen ISO Jabatan : 15 orang
Bilangan pensyarah : 135 orang
Bilangan siswa guru

121

1.1 Objektif Jabatan Pendidikan Muzik:
 Menyediakan guru Muzik yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk memenuhi keperluan
Pendidikan Muzik.
 Melahirkan guru Muzik berkompetensi tinggi dan sentiasa mematuhi nilai profesionalisme dan etika
keguruan.
 Mengamalkan sikap positif dan menerapkan nilai-nilai murni melalui aktiviti muzikal yang
berteraskan budaya Kebangsaan.
 Meningkatkan usaha ke arah kejayaan jabatan sebagai pusat rujukan dan kecemerlangan dalam
Pendidikan Muzik.
 Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman serta melaksanakan program Pendidikan
Muzik yang lebih bermutu.

2.0 LAPORAN AKTIVITI
2.1 Pementasan Teater Bangsawan Cinta Kayangan Tuanku Syahrian

Tarikh : 8 April 2016
Tempat : Dewan Dato‟ Razali Ismail IPG Kampus Ilmu Khas
Persembahan teater Bangsawan ini adalah sebagai memenuhi sebahagian daripada kerja projek bagi
Kursus Muzik Malaysia yang harus dilaksanakan oleh sebanyak 22 orang pelajar PISMP Pendidikan
Muzik semester 5. Persediaan dilakukan sejak awal lagi oleh semua pelajar semester tersebut.
Tanggungjawab yang diberikan dilakukan dengan baik dan penuh rasa integriti yang tinggi sehingga
berjaya mempamerkan satu persembahan yang amat baik serta berkualiti.

2.2 Lawatan Pihak Yamaha Muzik Japan ke Jabatan Pendidikan Muzik
Tarikh : 26 April 2016
Tempat: Bilik Mesyuarat Jabatan Pendidikan Muzik IPG Kampus Ilmu Khas.
Tujuan kunjungan wakil Yamaha Muzik Japan mewakili Ketua Jabatan Pendidikan Muzik Jepun Encik.
Sho Saito adalah untuk mendapatkan gambaran tentang peranan IPG dalam sistem pembelajaran
muzik di sekolah-sekolah di Malaysia.

122

2.3 Lawatan Penanda Aras Kelas Abad ke-21
Tarikh: 27 dan 28 April 2016
Tempat: SK Cochrane dan SK Sri Permaisuri
Pensyarah Jabatan Pendidikan Muzik telah membuat lawatan penanda aras kelas-kelas abad ke-21 di
sekolah-sekolah sekitar Kuala Lumpur. Sekolah yang dilawati ialah SK Sri Permaisuri dan SK
Cochcrane. Kami telah didedahkan cara menguruskan kelas mengikut konsep pembelajaran abad ke-
21.
Lawatan ke SK Cochcrane

Lawatan Ke SK Sri Permaisuri

123

2.4 Persembahan Koir Sempena Anugerah Anak Cemerlang Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM
dan STAM 2015
Tarikh: 29 April 2016
Tempat: Dewan Serbaguna KPM Aras 9, Blok E12, Kompleks Parcel E Putrajaya
Sebanyak 24 orang pelajar Jabatan Pendidikan Muzik telah membuat persembahan pembukaan untuk
Majlis Anugerah Anak Cemerlang PUSPANITA dan MESCA diiringi oleh dua orang Pensyarah iaitu
Puan Nadiah Hayati bt. Omar dan Cik Lee Yoke Fun bertempat di Dewan Serbaguna KPM Aras 9, Blok
E12, Kompleks Parcel E Putrajaya. Persembahan tersebut dapat memberi pengalaman yang berharga
buat pelajar-pelajar yang terlibat serta akan dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang
muzik.
Persembahan nyanyian.

2.5 Mini Festival IYC 2016 Sempena Hari Ulang Tahun ke-28 Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Kuala
Lumpur
Tarikh: 30 April 2016
Tempat: Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur
Mini Festival IYC 2016 Sempena Hari Ulang Tahun ke-28 Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Kuala
Lumpur merupakan program usaha sama dari segi konsep aktiviti. Pihak IYC telah mengadakan satu
aktiviti bercorak mencungkil bakat dari kalangan murid sekolah rendah dan menengah di sekitar
Lembah Kelang. Hampir 30 penyertaan telah diterima yang merangkumi bidang nyanyian, tarian dan
bakat gimik berunsur kreatif.
Pertandingan tersebut telah diadakan di Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur. IPGKIK (Jabatan
Pendidikan Muzik) berperanan sebagai rakan kerjasama bagi melahirkan idea dalam mengadakan
aktiviti serta pengadilan. Nama aktiviti IYC Got Talent juga adalah cetusan idea daripada Pensyarah
Jabatan Pendidikan Muzik dalam satu mesyuarat kerjasama yang diadakan di Jabatan Pendidikan
Muzik sebelum itu. Beberapa orang siswa guru telah dipilih sebagai jawatankuasa aktiviti dengan juru
acara utamanya juga merupakan siswa guru dari Jabatan Pendidikan Muzik. Semua pensyarah JPMz
menyumbang kepakaran dan empat orang pensyarah telah dilantik sebagai Juri Got Talent manakala
enam orang siswa guru JPMz mengendalikan aktiviti pertandingan pada hari tersebut.

124

2.6 Kerjasama JPMuzik dengan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Tarikh : 15 Mei 2016
Tempat: Bilik Recital Jabatan Pendidikan Muzik IPG Kampus Ilmu Khas.
Workshop on Culture Diversity dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, anjuran
Malaysia International Youth Exchange (MIYE-3) bersempena Sambutan Hari dan Minggu Belia Negara
2016 telah diadakan pada 15 Mei 2016, 9.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Dewan Resital,
Jabatan Pendidikan Muzik IPG Kampus Ilmu Khas. Objektif program tersebut adalah untuk
memperkukuh jaringan belia serantau melalui kepelbagaian budaya. Sebanyak 70 orang peserta
negara ASEAN telah menyertai program tersebut. Pensyarah-pensyarah dan siswa guru Jabatan
Pendidikan Muzik yang terlibat telah melaksana dan menjayakan program tersebut dengan lancar.
Pada acara penutup, satu persembahan telah dilakukan oleh belia-belia antarabangsa setelah mereka
mengikuti bengkel tarian, permainan kompang dan pacak yang diadakan pada awal waktunya.
Kerjasama ini dapat memupuk semangat kerjasama antarabangsa serta memberi pengalaman untuk
bertukar-tukar budaya serta bahasa dengan belia antarabangsa yang terlibat seperti belia dari
Cambodia, Filipina, Indonesia, Singapura, Thailand, Brunei dan Vietnam.
Persembahan belia antarabangsa dalam majlis persandingan dan persembahan joget lambak.

2.7 Karnival OKU (Persembahan Koir)
Tarikh: 12 Julai 2016
Tempat: Dewan Dato Razali Ismail
Persembahan Koir pada majlis pembukaan Program Karnival OKU, bagi memeriahkan majlis tersebut.
Peserta terdiri daripada siswa guru semester 1 PISMP Pendidikan Muzik.

125

Persembahan Koir perasmian.

2.8 Hari Anugerah Cemerlang Peringkat IPGM
Tarikh: 25 Julai 2016
Tempat: Dewan Dato‟ Razali Ismail IPGKIK
Persembahan Paciak dan juga Koir pada majlis perasmian. Pelajar terdiri daripada siswa guru PISMP
semester 1 dan semester 3. Mereka telah menjalankan latihan seminggu sebelum persembahan dan
telah membuat persembahan yang baik.
Persembahan Koir & Kompang daripada siswa guru PISMP semester 3

126

2.9 Minggu Integriti Warga Pendidik
Tarikh : 24 Ogos 2016
Tempat: Dewan Dato‟ Razali Ismail IPGKIK
Siswa guru PISMP semester 1 telah menganjur dan melibatkan diri dalam pertandingan Karaoke Lagu
Patriotik bersempena Minggu Integriti Warga Pendidik kampus Ilmu Khas. Perandingan ini terbuka
kepada semua warga IPGKIK dan sebanyak 10 orang peserta mengambil bahagian dalam
pertandingan tersebut.

2.10 Mini Recital 2016
Tarikh: 5 September 2016
Tempat: Bilik Recital Blok Muzik
Pelajar PISMP semester 3 telah mengadakan Mini Recital bagi memenuhi sebahagian daripada projek
kerja kursus semester 3 bagi kursus Alat Muzik Utama Vokal, Gitar dan Piano.

Vokal

Piano Gitar

127

2.11 Language Immersion Bersama-sama Pelajar dari QUT, Australia

Tarikh: 20 September 2016

Tempat: Bilik Recital Jabatan Pendidikan Muzik

Program bersama pelajar QUT Australia - mereka diberi pendedahan tentang pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Muzik dalam Bahasa Melayu. Sesi language immersion telah dapat
meningkatkan pengetahuan tentang penggunaan Bahasa Melayu dalam sesi PdP Pendidikan Muzik.
Aktiviti kolaboratif ini bakal diteruskan pada masa akan datang. Pada akhir program, pelajar PISMP
semester 8 telah membuat persembahan ensemble muzik dan tarian bersama-sama dengan pelajar-
pelajar tersebut.

Pelajar QUT Australia

2.12 Pertandingan Kuiz PNB

Tarikh: 29 September 2016

Tempat : Dewan Dato‟ Razali Ismail

Persembahan Koir pada majlis perasmian program dan Kumpulan Band telah membuat persembahan
pada majlis minum petang. Dayang Nur Farahany Awang Sulaiman, 23, dan Ooi Pei Ling, 23,
dinobatkan sebagai juara Kuiz Pelaburan PNB 1Malaysia 2016. Salah seorang peserta iaitu Saudari
Ooi Pei Ling ialah siswa guru Jabatan Pendidikan Muzik PISMP semester 8/2016.

Persembahan Semasa Minum petang Juara Kuiz Pelaburan PNB

128

2.13 Bengkel Pemantapan Vokal untuk Kakitangan
Tarikh: 5 Oktober 2016
Tempat: Bilik Recital Jabatan Pendidikan Muzik

Sebanyak lebih kurang 15 orang kakitangan IPGKIK telah bersama-sama menjayakan bengkel pemantapan
vokal yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Muzik. Bengkel tersebut diadakan selama sehari dan peserta
diajar tentang teknik-teknik vokal yang boleh diaplikasikan dalam interaksi seharian dan juga nyanyian. Objektif
bengkel adalah untuk memberikan sedikit pengetahuan dan kemahiran tentang teknik vokal yang dipelajari oleh
siswa guru Jabatan Pendidikan Muzik. Pada akhir bengkel semua peserta membuat persembahan nyanyian
karaoke dengan lagu pilihan masing-masing.

Peserta bengkel pemantapan vokal.

2.14 Persembahan Koir DeTIK 2016
Tarikh: 10 Oktober 2016
Tempat: Dewan Dato Razali Ismail
Seramai 21 siswa guru PISMP semester 1 membuat persembahan koir pada penutup Debat Terbuka
IPGKIK 2016. Kumpulan ini dipimpin oleh Saudara Iqbal siswa guru PISMP semester 1.

129

2.15 Karnival Kokurikulum 2016

Tarikh: 10-16 Oktober 2016

Tempat: Dewan Dato‟ Razali Ismail

Persembahan pada majlis pembukaan Karnival adalah nyanyian berduet Syed Syamim dan Putri Aimin
Amirah. Persembahan tarian juga telah dipersembahkan oleh siswa guru PISMP Semester 3.

Persembahan nyanyian oleh Syed Syamim dan Putri Persembahan Tarian oleh siswa guru semester 3
Aimin. Jabatan Pendidikan Muzik.

3.0 RUMUSAN

Segala aktiviti yang telah dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Muzik diharapkan dapat memberi nilai tambah
dalam meningkatkan kompetensi bakal guru Pendidikan Muzik. Siswa guru telah didedahkan kepada semua
aspek yang penting dalam mendidik anak bangsa. Diharapkan semua aktiviti yang dijalankan dapat menjadikan
siswa guru menjadi seorang yang kompeten terhadap kerja dan tanggungjawab mereka di sekolah kelak.

130

11.14 JABATAN PENGKHUSUSAN BAHASA INGGERIS

Baris belakang dari kiri: Pn. Nirmaladevi, Dr. Assunta, Pn. Lye Guet Poh, Dr. Paramjiit, Lilliati, En. Mahadi, Pn.
Sheerin, Pn. Mohnydevi, Pn. Zarina, Cik Chang Siew Yeng. Baris depan dari kiri: Cik Siti Hawa, Dr. Zaira, Pn.
Ros Amisha, Cik Shobha, En. Chang Khay Seng, Pn. Aliza, Cik Amyzar, En. Kuruvilla, Cik Ong Siow Kim, Pn.

Noreha and Pn. Woo Shiow Ling
1.0 PENGENALAN
Jabatan Pengkhususan Bahasa Inggeris (JPBI), Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas terdiri daripada 22
staf akademik dan seramai 165 pelajar. Fokus JPBI adalah keutamaan berterusan kepada pengajaran dan
pembelajaran bagi mencapai visi jabatan sebagai peneraju kecemerlangan pendidikan guru bahasa Inggeris
yang memenuhi aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Misi jabatan adalah untuk melaksana sistem
pendidikan guru untuk melahirkan guru bahasa Inggeris profesional, kompeten dan berjiwa pendidik yang
bersedia menjunjung aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia serta menjunjung warisan budaya negara.
Sejak tahun 2015, JPBI dipimpin oleh Pn Aliza bt Alwi. Ketua Jabatan bersama staf akademik jabatan berusaha
menjalankan tugas utama dalam menyediakan perkhidmatan kepakaran dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, mengendalikan kursus-kursus pendek dalam bidang
Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) untuk meningkatkan profesionalisme keguruan,
dan menjadi pakar rujuk dalam bidang TESL. Pada tahun pengajian Januari sehingga November 2016, jumlah
bilangan siswa guru adalah seramai 165 orang siswa guru. Terdapat seramai 85 siswa guru Semester 8

131

(Ambilan Jan 2013); 24 orang siswa guru Semester 3 (Ambilan Jun 2015) dan 29 orang siswa guru PISMP
Semester 1 (Ambilan Jun 2016) dan 27 orang siswa guru PPISMP Semester 1 (Ambilan Jun 2016). Selain
daripada itu, JPBI juga menyelaraskan kursus elektif TESL untuk 14 orang siswa guru dari jabatan lain di
IPGKIK dan juga kursus Program Pensiswazahan Guru (PPG) yang terdiri daripada seramai 11 siswa guru
Semester 7 (Amb Khas Mac 2014) yang telah tamat pengajian pada konvokesyen tahun 2016.
Pada tahun 2016, JPBI telah melaksanakan beberapa program dan aktiviti yang berkolaborasi dengan pihak luar
dan juga dengan jabatan lain di IPGKIK. JPBI telah berkolaborasi dengan Queensland University of Technology
(QUT), bagi menganjurkan program Outward Mobility Program: Intercultural Competence for Student Teachers –
Language, Culture and History Education in Malaysia yang berlangsung dari 20hb September hingga 30hb
September 2016. Aktiviti Teater Musikal yang bertajuk “What happened after once upon a time?” telah
dilaksanakan dengan jayanya pada 30 Julai 2016. Program ini adalah kolaborasi tiga jabatan iaitu Jabatan
Pengkhususan Bahasa Inggeris, Jabatan Pendidikan Muzik dan Jabatan Pendidikan Khas.
2.0 LAPORAN PROGRAM / AKTIVITI
2.1 Outward Mobility Program: Intercultural Competence for Student Teachers – Language,

Culture and History Education in Malaysia
Outward Mobility Program (OMP) adalah anjuran IPGKIK dan Queensland University of Technology
(QUT). Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 20 September hingga 30 September 2016.
Sasaran untuk program ini merangkumi 10 orang pelajar CRB (History Curriculum Studies) yang masih
melanjutkan pengajian pada Semester 2, 2016 di QUT. Seramai 18 siswa guru IPGKIK dan pensyarah dari
Jabatan Pengkhususan Bahasa Inggeris, Jabatan Pengajian Melayu, Jabatan Pengajian Muzik dan Jabatan
Pengajian Sosial dan juga Jabatan Ilmu Pendidikan turut bersama dalam menjayakan program tersebut.
Penglibatan merangkumi guru-guru sekolah dan pelajar SK Seri Bintang Utara, SJK (C)Tsun Jin, SJK (T) Kg
Pandan, SK Jalan Kuantan (2) dan Sekolah Sukan Bukit Jalil and Premier College, Kuala Lumpur.
Program ini memberi impak kepada pelajar QUT kerana program tersebut membolehkan mereka
mencetus kesedaran intelek mengenai sistem pendidikan di Malaysia khususnya dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Di samping itu program ini juga membina insan guru
yang celik literasi Asia agar lebih empati terhadap budaya lain serta membentuk perspektif global untuk
berinovasi, menyesuaikan diri dan bekerja dalam situasi pelbagai budaya. Selain itu, program ini telah
memperluas peluang pengalaman antarabangsa bagi pelajar IPGKIK dengan membina keyakinan kendiri yang
tinggi khususnya dalam menghargai kelebihan penguasaan Bahasa Inggeris serta menjadi guru siswazah yang
berperspektif global dengan kemahiran insaniah dan kepakaran silang budaya. Melalui program mobiliti ini pihak
IPGKIK dapat memperkukuh rangkaian dua hala dan perkongsian yang telah terjalin dengan QUT serta
memberi potensi leverage untuk projek-projek antarabangsa.

132

Welcome to IPGKIK! ‘Student buddies’ bersama-sama peserta dari
Queensland University of Technology. (QUT)

Peserta QUT bersama-sama murid sekolah rendah semasa aktiviti Praktikum.
2.2 Teater Muzikal
Teater Muzikal yang bertajuk “What happened after once upon a time?” telah dilaksanakan dengan jayanya
pada 30 Julai 2016. Program ini adalah anjuran kolaboratif tiga jabatan iaitu Jabatan Pengkhususan Bahasa
Inggeris, Jabatan Pendidikan Muzik dan Jabatan Pendidikan Khas. Seramai 150 orang siswa guru terlibat dalam
muzikal ini sebagai barisan pelakon, koir, band, dan lain-lain. Tujuh orang murid-murid SK Seri Bintang Utara
juga terlibat sebagai pelakon muzikal. Aktiviti teater muzikal ini telah membawa beberapa impak yang amat
berkesan. Program ini membolehkan IPGKIK meluaskan jaringan kolaboratif dengan pihak luar khususnya SK
Bintang Utara yang merupakan antara stake holder IPGKIK. Siswa guru mendapat peluang untuk menganjurkan
program berskala besar yang merupakan satu pengalaman yang bermanfaat. Aktiviti ini juga memberikan
IPGKIK publisiti positif khususnya fungsi dan peranan, lokasi dan kemudahan kepada masyarakat. Selain
daripada itu, Aktiviti Teater Muzikal tersebut dapat mengiktiraf kepakaran warga IPGKIK kepada pihak luar
dalam pelbagai bidang termasuklah ekstra kokurikulum dan teknikal.

133

Barisan penggerak teater muzikal “What Happened after Once Upon a Time?”

2.3 Kursus Fun English
Kursus Fun English telah dijalankan untuk 18 staf sokongan daripada pelbagai jabatan IPGKIK pada 16 Ogos
2016. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta kursus mengenai penggunaan bahasa
Inggeris serta menggalakkan mereka menggunakan bahasa Inggeris dalam suasana yang menyeronokkan.
Kursus ini telah berjalan dengan lancar dan maklum balas daripada peserta amat memuaskan. Peserta kursus
berasa seronok menghadiri dan mengikuti kursus ini kerana mereka tiada berasa tertekan dalam menggunakan
bahasa Inggeris. Peserta kursus juga berjaya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan yakin.

Peserta kursus bersama-sama ketua jabatan dan fasilitator kursus

2.4 Penglibatan & Kolaboratif Jabatan

Program Tarikh Penganjur Kolaboratif
20 September
Outward Mobility - Queensland University Technology, Australia.
Program:Intercultural – - IPGKIK
Competence for Student 30 September
Teachers – Language, (Jabatan Pengkhususan Bahasa Inggeris, Jabatan
Culture and History 2016. Pengajian Melayu, Jabatan Pengajian Muzik,
Education in Malaysia Jabatan Pengajian Sosial dan juga Jabatan Ilmu
Pendidikan)
- SK Seri Bintang Utara

134

Teater Muzikal 30 Julai 2016 - SJK (C)Tsun Jin
- SJK (T) Kg Pandan
- SK Jalan Kuantan (2)
- Sekolah Sukan Bukit Jalil
- Premier College, Kuala Lumpur.

- Sekolah Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur
- Jabatan Pengkhususan Bahasa Inggeris
- Jabatan Pendidikan Muzik
- Jabatan Pendidikan Khas

3.0 RUMUSAN
Secara keseluruhan, Jabatan Pengkhususan Bahasa Inggeris telah mencapai objektif Jabatan dalam
pengendalian program dan aktiviti yang dirancangkan. JPBI telah berjaya melaksanakan program kolaborasi
dengan pihak luar peringkat antarabangsa, peringkat daerah dan peringkat institusi. Tumpuan utama untuk
mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran telah dicapai dengan cemerlang, serta usaha menerajui
kecemerlangan pendidikan guru bahasa Inggeris amat memuaskan. Matlamat untuk melahirkan guru bahasa
Inggeris yang sentiasa kompeten dan berjiwa pendidik terus diusahakan oleh Jabatan Pengkhususan Bahasa
Inggeris.

135

11.15 UNIT KOKURIKULUM

Dari kiri : Pn. Salmawati bt. Mohd Diah (Pku), Pn. Saloma bt. Abdullah, Pn. Hew Siew Voon, En. Amir
Hamzah b. Aman,Tn.Hj.Amri b. Abd Ghaffar, En. Mohd Dahlan Kadir b. Abdul Kadir (Ku), En.Kahar b.

Zainudin, En. Mohd Johan b. Mamat, En. Mohd Sohaimi b. Ramli, Pn. Mazana bt. Che Wil dan
Pn. Hasnah b. Abu Samah. (Tiada dalam gambar: En. Luqman Hakim b. Harun Dan En. Teo Kian Joo)
1.0 PENGENALAN
Unit Kokurikulum telah diwujudkan secara rasmi pada tahun 2008 diketuai oleh Encik Mohd Dahlan Bin Kadir
sehingga sekarang dan dibantu oleh 13 orang pensyarah yang terdiri daripada pelbagai kepakaran. Unit
Kokurikulum dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas yang dibahagi kepada Unit Sukan
dan Permainan, Unit Beruniform, Persatuan, Ekstra Kurikulum, Pengurusan Gerko dan Bina Insan Guru dan
setiap unit ini diketuai oleh seorang penyelaras.
2.0 AKTIVITI TAHUN 2016
Sepanjang tahun 2016, Unit Kokurikulum telah melaksanakan dan terlibat secara langsung dalam 71 aktiviti di
dalam dan di luar IPG Kampus Ilmu yang melibatkan para pensyarah dan juga siswa guru.
Bil. Aktiviti
1. Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Jurulatih Ekstra Kokurikulum
2. Larian 7K
3. Kejohanan Olahraga Tahunan KOT ke-56 di Padang IPG Kampus Ilmu Khas
4. Peperiksaan Kursus Kepegawaian Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM)
5. Program Kembara Seni di Taman Botani Negara, Shah Alam – Persatuan Seni dan Kembara IPGKIK
6. Program Lawatan Persatuan Seni ke Institut Kraftangan Negara (15 siswa guru dan 4 pensyarah)
7. Pertandingan Ragbi 10s Piala Pengarah IPG Kampus Dato‟ Razali Ibrahim – IPGKIK Naib Johan Lelaki

136

8. Pertandingan Ragbi Sentuh Piala Pengarah IPG Kampus Dato‟ Razali Ibrahim – IPGKIK Naib Johan
Perempuan

9. Mini Merentas Desa
10. Karnival Kokurikulum
11. Pertandingan Ragbi Piala Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas

3.0 LAPORAN

3.1 Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) kali ke-56 tahun 2016

Kejohanan Olahraga kali ke-56 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 2 April 2016, bermula jam 7.30
pagi sehingga 12.30 tengah hari bertempat di padang IPG KIK, yang melibatkan 400 siswa pendidik dan telah
dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato‟ Sulaiman bin Wak, Rektor, Institut Pendidikan Guru Malaysia dan para
pensyarah dengan kerjasama semua pihak iaitu daripada pihak pentadbir, pensyarah dan siswa guru.
Kejohanan kali ini mendapat kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Angkatan Tentera Darat Malaysia
(ATM), minuman MILO dari Nestle, Sekolah Menengah Cheras, Kuala Lumpur serta Sekolah Kebangsaan Sri
Permaisuri.

Keputusan rasmi adalah seperti di bawah dan Muhamad Hanafi bin Salim telah dinobatkan sebagai olahragawan
manakala Nur Izzati Akmal binti Nazrilazdin telah dipilih sebagai olahragawati bagi tahun 2016.

RUMAH/PINGAT PADU KAMIL MAJU IKHLAS
EMAS 14 13 8 8
PERAK 10 12 11 10
11 6 10 15
GANGSA 35 31 29 33
JUMLAH

137

3.2 Perkhemahan Unit Beruniform
Perkhemahan Unit Beruniform telah diadakan pada 23 hingga 26 Ogos 2016 yang melibatkan siswa guru PISMP
Semester 1 Tahun 2, Ambilan Jun 2015 seramai 122 siswa guru iaitu ahli BSMM 34 anggota, Pengakap 30
anggota, Kadet Remaja Sekolah (KRS) 29 anggota dan Pandu Puteri Kadet (PPK) 29 anggota dan 13 jurulatih
kokurikulum IPGKIK, bertempat di Kem Nur Laman Bestari, Jalan Ulu Yam, Batu Caves, Selangor. Majlis
Penutupan Rasmi disempurnakan oleh Tuan Pengarah IPGKIK Dr. Roziah Abdullah pada 26 Ogos 2016.

Aktiviti 1: Menyiapkan gajet 2: Perbarisan PPK

3: Ikhtiar Hidup

Aktiviti 4: Simulasi Bantuan Operasi Menyelamat Bencana Alam

138

3.3 Karnival Kokurikulum
Karnival Kokurikulum telah berlangsung selama seminggu, bermula 10 hingga 14 Oktober 2016. Antara aktiviti
yang dilaksanakan ialah pertandingan permainan bola jaring, bola baling, badminton dan futsal serta ragbi Piala
Pengarah IPGKIK bertempat di padang IPGKIK. Selain itu juga, diadakan majlis Pentauliahan Jurulatih Sekolah
kepada semua ahli unit beruniform semester 8 bagi Bulan Sabit Merah Malaysia, Kadet Remaja Sekolah, Pandu
Pandu Puteri dan Pengakap.
Program ini dianjur dan dikendalikan oleh siswa guru Semester 5 dan para peserta terdiri daripada murid
sekolah sekitar IPG KIK dan siswa guru IPGKIK. Majlis penutup telah diadakan pada 14 Oktober 2016, yang
dirasmikan oleh YBhg. Dr. Jamiah bt. Mohamad, Pengarah Pusat Pembangunan Akademik IPG, di Dewan Dato‟
Razali Ismail.
Dalam majlis tersebut, beliau telah sudi menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada siswa pendidik dalam
bidang sukan, persatuan, unit beruniform, kepimpinan serta kesukarelawanan dan anugerah khas antarabangsa.

4.0 RUMUSAN
Keseluruhannya aktiviti yang telah dilaksanakan memberi impak nilai tambah kepada siswa guru untuk bersaing
dalam dunia pendidikan, apabila mereka keluar sebagai pendidik kelak.

139

11.16 UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

S.Rajanthiran a/l A. Shanmugam
Ketua Unit Psikologi dan Kaunseling

Zuraini binti Idris Nornazli bin Ayop
Kaunselor Organisasi Pentadbir Kaunselor

Organisasi Pelajar

Thamodaran A/l R.Pillai
Pembantu Operasi

1.0 PENGENALAN
Unit Psikologi dan Kaunseling merupakan bahagian yang bertanggung jawab secara langsung dalam
pembangunan kesejahteraan modal insan yang beramanah, berintegriti, produktif, kreatif serta inovatif dalam
konteks Kementerian Pelajaran Malaysia.
Perkhidmatan psikologi dan kaunseling ialah satu proses menolong yang sistematik (terancang) dan berterusan
berasaskan prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan,
perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat
berlandaskan etika kaunseling.
Sepanjang tahun 2016, beberapa program telah berjaya dilaksanakan kepada sasarannya terdiri daripada
program kakitangan, siswa guru dan kerjasama dengan pihak luar khususnya sekolah.

140

2.0 LAPORAN PROGRAM /AKTIVITI
2.1 Team Bulding dan Orientasi Pelajar Baharu Tingkatan Satu Sekolah Menengah Sains Selangor

(SMSS) - ( 9.1.2016 )
Pengenalan
Pelajar-pelajar baharu perlu didedahkan dengan perkara baru dan semangat kerjasama sejak awal lagi mereka
menjejakkan kaki di tempat baharu khususnya perubahan dari sekolah rendah ke sekolah menengah.
Pendedahan ini perlu supaya pelajar-pelajar baharu dapat menghayati budaya sekolah dengan baik.
Objektif
i. Membolehkan pelajar baharu memahami dan menghayati budaya sekolah
ii. Membentuk pelajar yang benar-benar menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni
iii. Mendidik pelajar untuk mengamalkan peraturan
iv. Membentuk disiplin pelajar
v. Mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar
Peserta
Semua pelajar baru tingkatan satu SMSS
Impak
Berjaya dan membentuk kejeleketan sesama pelajar.

Program Orientasi (Team Building) Pelajar Baharu Tingkatan 1
SM Sains Selangor 2016

141

2.2 Hala Tuju Pendidikan Selepas SPM (Perkembangan Hala Tuju Anak-anak Pensyarah (26.2.2016)
Pengenalan
Majoriti pelajar lepasan SPM masih tercari-cari hala tuju selepas SPM. Sukar untuk membuat keputusan tepat
yang bakal menentukan masa depan sendiri. Pelajar perlu didedahkan dengan perkara baru sejak awal lagi
Pendedahan ini perlu supaya pelajar-pelajar baru ini dapat menghayati budaya sekolah dengan baik.
Objektif
i. Menyampaikan maklumat tentang hala tuju selepas SPM kepada pelajar supaya mereka lebih bersedia

menghadapi dunia pekerjaan yang semakin mencabar.
ii. Menambah pengetahuan pelajar mengenai kerjaya-kerjaya tertentu melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
iii. Memberi pendedahan tentang kursus-kursus yang ditawarkan oleh UA dan US serta prospek kursus-kursus

tersebut.
iv. Membantu meningkatkan motivasi pelajar serta mengasah bakat-bakat tertentu yang bersesuaian dengan

kecenderungan diri mereka.
Peserta
Pelajar lepasan SPM (anak-anak pensyarah IPG KIK)
Impak
Berjaya dan memberikan input kepada peserta.

Hala Tuju Pendidikan Selepas SPM (Perkembangan Anak–anak Pensyarah) 2016

142

2.3 Program Kemenjadian Guru (22.4.2016)
Pengenalan
Secara konotasinya, Standard Guru Malaysia (SGM) merasionalkan seorang guru yang kompeten sebagai
mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran
pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan
berkesan. Maka, jika istilah kemenjadian seorang guru saling melengkapi karakter yang digariskan secara
holistik, sudah tentu satu acuan untuk mencapai kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia telah tersedia.
Objektif
i. Guru berintegriti merapatkan jurang pendidikan.
ii. Guru berilmu melahirkan modal insan kelas pertama
iii. Guru kreatif menyemarakkan inovasi.
iv. Guru bersahsiah, pembina negara bangsa.
Peserta
Semua Pelajar
Impak
Berkesan

Program Kemenjadian Guru

143

2.4 Program Pemasyhuran Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) - (22.4.16)
Pengenalan
Khidmat pelajar bantu pelajar merupakan satu khidmat sokongan yang penting dalam Perkhidmatan Kaunseling
di IPGKIK. Oleh sebab pelajar adalah lebih mudah ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan
rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. PRS ini perlu diperkenalkan kepada rakan-rakan pelajar serta barisan
pensyarah agar sumbangan mereka diiktiraf.

Program Pemasyhuran Pembimbing Rakan Siswa (PRS) 2015-2017
Objektif
i. Memberikan pengiktirafan kepada barisan sukarela PRS atas kerja buat yang dilakukan.
ii. Memberikan semangat, dan motivasi dalam melaksanakan tugas PRS di IPG ini.
iii. Membina daya dorongan untuk membina budaya saling membantu, hormat, dan kasih mesra antara

rakan dan masyarakat IPG.
Peserta
Pelajar PRS (17 pelajar)
Impak
Positif

144

2.5 Program Jalinan Mesra P.R.S (7.5.2016)

Pengenalan
Khidmat pelajar bantu pelajar merupakan satu khidmat sokongan yang penting dalam Perkhidmatan Kaunseling
di IPGKIK. Oleh sebab siswa guru adalah lebih mudah ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan
rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan siswa guru yang terlatih dalam kemahiran asas menolong
sangat penting untuk menguatkan lagi perkhidmatan ini.
Objektif
i. Mendapat pengetahuan dan berupaya memahami dan menilai kelebihan dan kelemahan diri.
ii. Membina strategi bagaimana meningkatkan kelebihan diri dan mengurangkan kelemahan diri supaya dapat

membina sikap positif.
iii. Membina daya dorongan untuk membina budaya saling membantu, hormat, dan kasih mesra antara rakan

dan masyarakat IPG
Peserta
Semua ahli PRS
Impak
Memberikan kejeleketan kepada semua ahli.

145

2.6 Program Kursus Asas PRS Tahap 2 (8 dan 15 April 2016)
Pengenalan
Khidmat pelajar membantu pelajar merupakan satu khidmat sokongan yang penting dalam Unit
Psikologi dan Kaunseling. Justeru. bagi menyediakan persekitaran saling membantu khususnya
dalam soal luahan perasaan UPsK merasakan perlu untuk menyediakan sebilangan siswa guru
yang terlatih dan berkemahiran asas dalam memberi pertolongan kepada rakan sebaya.
Objektif
i. Mendapat pengetahuan dan berupaya memahami dan menilai kelebihan dan kelemahan diri.
ii. Membina strategi bagaimana meningkatkan kelebihan diri dan mengurangkan kelemahan diri supaya dapat

membina sikap positif.
iii. Membina daya dorongan untuk membina budaya saling membantu, hormat dan kasih mesra, antara rakan

dan masyarakat IPG.
iv. Memahami dan menguasai kemahiran asas komunikasi dan berupaya mempraktikkan dengan rakan-

rakan.
Peserta
Ahli PRS (17 siswa guru)
Impak
Positif dan akan dilanjutkan untuk kursus tahap 3

Program Kursus Asas PRS Tahap 2

146

2.7 Rumah Terbuka Hari Raya UPsK Bersama PRSd – 19.7.2016

Pengenalan
Hari Terbuka Unit Psikologi dan Kaunseling adalah khusus untuk keluarga PRS IPG Kampus Ilmu Khas dan
pertama kali dilaksanakan sejak penubuhan PRS pada tahun 2012.
Objektif
i. Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama PRS dan Kaunselor.
ii. Memberikan pendedahan kepada PRS baru mengenai Unit Psikologi dan Kaunseling.
Peserta
PRSd IPG KIK (Lama dan Baru)
Impak
Kejeleketan

147

2.8 Program Motivasi Kecemerlangan UPSR SK Saint Gabriel – 22.7.16
Pengenalan
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR, dahulunya Ujian Penilaian Sekolah Rendah) merupakan program
pengujian untuk menilai pencapaian kognitif pelajar pada akhir sekolah rendah di Malaysia dan diambil oleh
pelajar-pelajar pada akhir Tahun Enam pendidikan rendah. Motivasi yang kukuh perlu untuk diserapkan bagi
membantu murid memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR.
Objektif
i. Menambahkan semangat untuk berusaha ke arah kejayaan.
ii. Memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR
Peserta
Pelajar tingkatan 5 SPM 2016
Impak
Berjaya dan memberi input berguna kepada peserta

Program Motivasi Kecemerlangan UPSR SK Saint Gabriel

148

2.9 Program Bengkel Motivasi UPSR SK TAMAN Midah 2 – 5.8.16
Pengenalan
Tahap pencapaian akademik dalam kalangan Murid dapat memberi komitmen dalam memantapkan sahsiah dan
meningkatkan prestasi akademik pelajar. Murid-murid kelas 6 Ibnu Sina dan 6 Ibnu Bathuta, menimbulkan
kebimbangan pelbagai pihak. Pemerhatian terhadap murid-murid ini menunjukkan mereka kurang motivasi
ketika PdP dalam kelas dan tidak mununjukkan inisiatif untuk melakukan apa jua tugasan yang diberi dengan
baik. Mereka juga kurang memberi kerjasama dengan guru-guru semasa pdp sehingga menimbulkan
permasalahan semasa guru mengajar Ini menyebabkan ramai murid gagal dalam peperiksaan. Para murid yang
gagal dalam peperiksaan berkemungkinan besar akan memberi kesan pembelajaran mereka untuk persediaan
UPSR dan menempuh alam persekolahan peringkat menengah. Oleh yang demikian, program ini dilaksanakan
agar murid-murid dapat membuat persediaan daripada fizikal dan mental untuk menghadapi peperiksaan UPSR
dan meningkatkan sahsiah diri juga sebagai persediaan diri manarik minat motivasi belajar.

Objektif
Mengenal pasti isu-isu yang dihadapi oleh murid 6 Ibnu Sina dan 6 Ibnu Bathuta.
i. Memastikan murid hadir ke sekolah setiap hari.
ii. Murid dapat memainkan peranan sebagai murid dalam kelas dan memantapkan sahsiah diri serta

menghormati guru.
iii. Meningkatkan tahap pencapaian akademik murid.
Peserta
Murid darjah 6 SK Taman Midah 2
Impak
Positif

149

2.10 Program Dialog Silaturahim Pelajar St. John’s Institution - 2.9.16
Pengenalan
Belajar merupakan suatu kewajiban yang harus dilakukan oleh seorang pelajar, dengan belajar maka berbagai
jenis pengetahuan akan dimiliki. Namun terkadang belajar membuat pelajar bosan dan mengakibatkan turunnya
motivasi diri. Untuk itu perlunya dibangkitkan motivasi ke dalam diri pelajar tersebut khususnya bagi mereka
yang terlibat dalam PT3 dan SPM sebagai suatu dorongan agar mereka bersemangat untuk terus belajar lebih
giat dan berjaya dalam pelajaran.

Objektif
i. Melahirkan insan cemerlang, gemilang dan terbilang.
ii. Membina insan berilmu, berpengetahuan dan bermaklumat.
iii. Membantu mencapai kecemerlangan akademik
iv. Menjadi insan yang berjasa kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.
Peserta
Murid Tingkatan 3 (PT3) dan Tingkatan 5 (SPM)
Impak
Akan bekerjasama untuk tahun akan datang.

2.11 Program Bengkel Sahsiah dan Dialog Silaturrahim Ibu bapa St. John’s Institution – (9.9.2016)
Pengenalan
Penglibatan ibu bapa dalam pembentukan sahsiah anak-anak juga amat penting. Ibu bapa yang mempunyai
masa berkualiti bersama-sama anak-anak dapat memberi bimbingan yang baik kepada anak-anak. Justeru itu
program Dialog Silaturahim dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) SJI dengan kerjasama Unit Psikologi dan Kaunseling IPG KIK agar ibu-bapa murid dapat memberi
komitmen dalam memantapkan sahsiah dan meningkatkan prestasi akademik pelajar.
Objektif
i. Mengenal pasti isu-isu yang dihadapi oleh ibu bapa dan murid-murid kelas S dan T, tingkatan 3,4 dan 5 di

SJI KL.
ii. Berbincang dan berkongsi strategi mengurangkan ketidakhadiran pelajar pelajar S dan T supaya dapat

meningkatkan prestasi akademik anak-anak.
iii. Memastikan anak-anak hadir ke sekolah setiap hari.
iv. Memainkan peranan dalam memantapkan sahsiah dan meningkatkan prestasi akademik anak-anak

mereka.
v. Mengetahui tahap pencapaian akademik anak-anak mereka.

150


Click to View FlipBook Version