The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SUHANA MOHD ISHAK, 2021-07-08 02:49:39

bukuprogramn

bukuprogramnew2

2 OGOS – 5 OGOS 2021

Kata alu aluan

PENGARAH

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERLIS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kerana
memberi saya kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata sebagai pembuka
bicara dalam Buku Program Chuping Valley National Education Colloquium Perlis
(e-CVNEC) 2021. Saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah
S.W.T. atas kurniaan dan nikmatNya maka dapat kita merealisasikan program ini.

Mulai tahun 2021, JPN Perlis telah mengeluarkan jenama #09educators :
Grow teachers, nurture students, teachers teach, students learn. Better people for better
Perlis. Pulling factor dalam Taksonomi #09educators ini adalah melibatkan tiga peringkat,
iaitu scan, redesign and end result. Saya memegang kepada prinsip Go Hard or Go
Home di mana yang membawa maksud, guru-guru perlu menyahut cabaran untuk
mendidik pelajar dalam arus IOT, digital nomads & Digital offices. Guru boleh mengajar
online di mana sahaja dan murid juga belajar online di mana sahaja.

Perkara ini menjadi tanggungjawab para guru untuk melihat pendidikan
dalam perspektif yang baharu dan guru perlu berani mencuba perkara-perkara baharu.
Para pemimpin di sekolah dan guru perlu berfikir tanpa menggunakan kotak lagi. Selain
itu, mereka juga perlu berfikir dengan lebih luas dan mengetahui apa yang ahli korporat
laksanakan dalam aspek ekonomi, perniagaan dan sebagainya. Elemen positif yang
mereka terapkan itu boleh kita laksanakan di sekolah agar pelajar kita mendapat
pelbagai kemahiran.

Pada kesempatan ini juga, saya merakamkan ucapan terima
kasih dan tahniah kepada jawatankuasa CVNEC 2021 atas usaha dan
kerjasama yang diberikan.

Sekian, terima kasih.

YBRS. EN. NAHARUDEEN BIN OTHMAN

Kata alu aluan

TIMBALAN PENGARAH
PENDIDIKAN

(PEMBELAJARAN)

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERLIS

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam # 09Educators #PerlisGoDigital

Alhamdulillah Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah
kurnia-Nya, maka Kolokium e-Chuping Valley National Education Colloquium
Perlis 2021 bertemakan H.O.T.S in the new Norm of Education dapat
dilaksanakan dan disempurnakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
Selaras dengan Kemahiran berfikir yang digariskan dalam Aspirasi Murid, Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) 2013-2025, kemampuan pemikiran
kreatif dan melakukan inovasi amat penting Ketika dunia teknologi yang
berkembang pesat dan dunia dilanda COVID-19.

Oleh yang demikian menjadi tanggungjawab para pendidik untuk
memacu pembelajaran murid ke arah kemahiran berfikir aras tinggi , supaya
mereka akhirnya mampu bersaing menghadapi cabaran di dunia yang semakin
mencabar pada masa akan datang. Tahniah buat semua pembentang di atas
komitmen yang sungguh menggalakkan. Pelbagai strategi pengajaran dan
pembelajaran yang kreatif dan inovatif dapat dikongsi bersama seluruh rakyat
Malaysia

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan atas kerjasama Jabatan
Pendidikan Negeri Perlis bersama Majlis Guru Cemerlang , pegawai Pendidikan,
SIP+ , SISC+ Perlis, Pengetua, Guru Besar, para pembentang, peserta dan
seluruh warga pendidik yang begitu komitted mendidik anak bangsa
hingga berjaya.

Akhir kata, semoga Kerjasama erat antara semua pihak
dapat melestarikan sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi
Negara.

Sekian Terima kasih

PN SITI HATIFAH BINTI YAHYA (P.M.P P.J.K)

2 OGOS – 5 OGOS 2021

MASA PERKARA

03.15 PM PERSEDIAAN
03.30 PM
NYANYIAN
03.45 PM • LAGU NEGARAKU
05.00 PM • LAGU NEGERI PERLIS
• BACAAN DOA
FORUM:
• YB PUAN ROZIEANA BT AHMAD
(EXCO PENDIDIKAN, KERAJAAN NEGERI PERLIS)
• TUAN NAHARUDEEN BIN OTHMAN
(PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN PERLIS
• PUAN SITI HATIFAH BT YAHYA (P.M.P P.J.K)
TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN
(PEMBELAJARAN)

MAJLIS BERSURAI

2 OGOS – 5 OGOS 2021

e-CHUPING VALLEY NATIONAL EDUCATION
COLLOQUIUM 2021

Merupakan satu usaha untuk meningkatkan mutu

pendidikan di Perlis dengan berfokuskan kepada
perkongsian inovasi, amalan baik, kajian tindakan dan
penyelidikan dalam kalangan guru-guru di negeri Perlis.

Melalui kolokium ini,guru-guru dapat berkongsi

maklumat dan bertukar-tukar pendapat bagi

mendapatkan lagi pengetahuan dan pengalaman

berkaitan pendidikan bagi mendepani cabaran

pendidikan era revolusi industri 4.0

2 OGOS – 5 OGOS 2021

Pada akhir program, kolokium peserta akan dapat :
• Meningkatkan kualiti pemahaman guru tentang

pendidikan terkini.
• Meneroka input baharu sains dan teknologi dalam

pendidikan.
• Merangka strategi baharu pengajaran dan

pembelajaran.

Kolokium ini akan menggalakkan guru di Perlis
khususnya dan di Malaysia amnya mengamalkan
budaya menambah baik kualiti pendidikan melalui
inovasi sama ada dalam bentuk penggunaan
ICT,bahan atau medium terkini lain.

PENASIHAT
TUAN NAHARUDEEN BIN OTHMAN
(Pengarah Jabatan Pendidikan Perlis)

PENGERUSI 1
PUAN SITI HATIFAH BT YAHYA
(Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembelajaran)

PENGERUSI 2
ENCIK MOHAMAD NADZIR BIN NOH

(KPP Sains Sosial)
PENYELARAS KOLOKIUM
ENCIK MOHD NAZRI B BAHARIN
(SISC+ Unit Sains Sosial)

PENYELARAS •MOHD NAZRI BIN BAHARIN
•NORHAYATI BINTI AHMAD JABERI
SETIAUSAHA •AZLAN BIN ARSHAD
BENDAHARI
•BASYIRA BINTI OMAR
SURAT
PENGURUSAN •HANAN BINTI BAKAR
MAJLIS/ •ROSLI BIN HAMID
PERALATAN
•MARSUZAINA BINTI MARDIPI
PENGERUSI •MUNIRAH BINTI ZAINUDDIN
MAJLIS/
FORUM •ZAINURIN BIN DARUS
•NORHISHAM BIN ABD GHANI
•NORDIN BIN NYAN

•HARIZAH BINTI JAAPAR
•SHAHAROM BINTI SAAD
•AZLINA BINTI AHMAD JATIN
•SHAHIDA BINTI BASIR
•NOR FAZILAH BINTI NOOR DIN
•MAZIRAH BINTI MOHAMAD
•NORTASNIYAH BINTI BAHAUDIN

TEKNIKAL ICT •MD ZAILANI BIN MD SHAH
(SSTP) •ARIFAH RAEDAH BINTI MUHAMAD PAUZI
TEKNIKAL ICT •MUHAMMAD FAIZAL BIN RAZALI
(SRK SERI INDERA) •ABD RAHIM BIN OTHMAN
TEKNIKAL ICT
(SK KUALA PERLIS) •CIK NOOR AZWANI BINTI MANSOR
•KU ZUHAIRY BIN KU YAHYA
TEKNIKAL ICT •AZWADI AZNIZANIRIZANIS BIN AZIZ
(SOKONGAN) •ROSWIRA BIN RAMLI
•AZWAN BIN AZMI
HAKIM (POSTER) •NURUL ASHIKIN BINTI ISMAIL
•NOR DALILA BINTI KHALILI

•MOHD GHAZALI BIN MOHD YUSOFF
•SHAIFOL HIZAM BIN MOHAMED ALI
•MOHD ZARNEY KASEH BIN ABD HAMID
•NORHALIS BIN ABDUL KASSIM
•MOHD ZAID BIN MD HASSAN

•FIRDAUS BIN AHMAD OMAR
•KHAIRUL NIZAM BIN PIN
•MOHD KHAIRI BIN NORDIN
•ROSITA BINTI ABDULLAH
•MIOR SHARIL BIN MIOR SHARIFUDDIN
•KHAIRUNNISA BINTI AZIZAN
•DHIYA SAFINA BINTI MOHD BAZIR
•HAFIZA BINTI ZAINON
•NAZARIAH BINTI MOHD KHALID
•WAN MAIZATULHORIYAH BINTI WAN

MOKHTAR
•MUHAMAD JAIJITA BIN TAIB
•MOHD RIDZUAN BIN MAT DAHAM
•NUR HIDAYAH BINTI ABDULLAH
•ABDUL MUNIR BIN ISHAK
•MOHAMAD AMIR BIN MOHD ISA
•MOHD YUSRAN BIN WAHI
•NOOR HISYAM BIN BAKRI
•SAHARUDIN BIN BAKKARENG
•HASMAYUNI BINTI HASHIM
•MOHD HASNORIZWANDY BIN HASHIM

•BAHIYAH BINTI OTHMAN
•ABU BAKAR BIN OTHMAN
•HAMIDAH BINTI ABDUL RAHMAN

LAMAN WEB •SUHANA BINTI MOHD ISHAK
PESERTA •NOR IZZATI BINTI HILMI

•ROSEMIZANA BINTI SAAD
•NOAZLI BIN ABU BAKAR
•RUSMINAH BINTI BAHAROM
•NOR ANISAH BINTI ARIFFIN
•NURULNAJHA BINTI SAIDON

BACAAN DOA •ZULKIFLI B. ABD RAHMAN

PENGURUSAN •ABDUL MAJID BIN MD NOH
PENAJA •AMIRUDDIN BIN MD KHAIRI
•ROHISYAM BIN ABIDIN
•AHMAD ZAKI BIN ABDUL KASLI

DOKUMENTASI DAN •FERDAUS BT MOHD UDIN
PUBLISITI •KHAIRIL AZMIR BIN AHMAD

•NORERIFFIN BIN NORAZAMAN

•SHARIFF BIN YOB

SIJIL/HADIAH/ •NASHARUDDIN BIN MAT SAAD

CENDERAMATA •SURAYA BT ABD RAHIM

•SALIMAH BT DAUD

BUKU PROGRAM •NOOR RAFIDAH BINTI ZAINUDDIN
•NUR AZLINA BINTI ABU BAKAR
•HAYATI BINTI ARIFFIN
•AIZATUL FITRAH BINTI IBRAHIM
•UMMIKALSUM BINTI MAT LAZIM

BAHAN •MAHAYUDDIN BIN MOHAMAD NOR
PEMBENTANGAN •NURUL IZAD BIN ALI
•NURUL DALILA KHAIRUNNISA BINTI MOHD

LUTFI

Tarikh : 2 OGOS 2021 / ISNIN / HARI 1

Penceramah : Dr Siti Nazuar binti Sailin - UUM

Tajuk : Teknologi dalam Pendidikan

Tempat : Sektor Sumber Teknologi

Pendidikan Perlis

Tarikh : 3 OGOS 2021 / SELASA / HARI 2

Penceramah : Hj Sadli bin Abdullah - MGC

Tajuk : Peranan Guru Cemerlang

Tempat : Sektor Sumber Teknologi

Pendidikan Perlis

Tarikh : 4 OGOS 2021 / RABU / HARI 3

Penceramah : Prof Madya Dr Midhat Nabil bin

Ahmad Salimi - UniMAP

Tajuk : Akademik vs Kemahiran dalam

IR 4.0

Tempat : Sektor Sumber Teknologi

Pendidikan Perlis

Tarikh : 5 OGOS 2021 / KHAMIS / HARI 4

Penceramah : En Khairil Azmir bin Ahmad

- Inovasi Kebangsaan 2019

Tajuk : Inovasi dalam Pendidikan

Tempat : Sektor Sumber Teknologi

Pendidikan Perlis

HARI 1 :

2 OGOS 2021 (ISNIN)

LOKASI 1 : SEKTOR SUMBER TEKNOLOGI
PENDIDIKAN (SSTP PERLIS)

PEMBENTANG JEMPUTAN TAJUK INSTITUSI MASA
DR SITI NAZUAR BINTI SAILIN
TEKNOLOGI DALAM UNIVERSITI 02.00-
PENDIDIKAN UTARA 02.30 PTG

MALAYSIA

BIL PEMBENTANG TAJUK INSTITUSI MASA

1 BASYIRA BINTI OMAR KLINIK ASAR: BIMBINGAN EMPATI SMKA (P) 2.30-2.45
BAHASA ARAB SPM ALAWIYAH, PTG
KANGAR

2 UMMIKALSUM BINTI MEMAKSIMUMKAN KEFAHAMAN SMK AGAMA 2.45-3.00
MAT LAZIM PELAJAR HALAQAH 5 TERHADAP FIQH ARAU, PERLIS PTG
AL-AYAT SURAH FATIR AYAT 1 HINGGA 8
MENGGUNAKAN TEKNIK KALIMAH

SQUARE

3 ROHAYA BINTI PEMBELAJARAN HIBRID BAGI MURID SMPK 3.00-3.15
MOHD HATTA BERKEPERLUAN KHAS DALAM VOKASIONAL PTG
PEMBELAJARAN AMALI DANDANAN INDAHPURA
RAMBUT JOHOR

4 DR HASNONI BINTI MODUL SAINS AWAL BERDASARKAN JEMAAH 3.15-3.30
HASIM PENDEKATAN BERASASKAN PROJEK: NAZIR NEGERI PTG
SATU KAEDAH UNTUK MENINGKATKAN PULAU
PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES PINANG
SAINS DAN MENYOKONG
PEMBELAJARAN ABAD KE 21 DI KELAS
PRASEKOLAH.

KESAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU

BELAJAR EQ-STRIP UNTUK MEMBANTU SK JALAN

5 NOR HAZLI BINTI MENINGKATKAN TAHAP PEMAHAMAN MATANG 3.30-3.45
GHAZALI PTG
DAN PENGUASAAN MURID BERKAITAN BULUH,,

PENUKARAN UNIT MELIBATKAN PECAHAN PERAK

DAN SEBALIKNYA.

ZAHARA BINTI PLC: PEMANGKIN PENINGKATAN KUALITI PPD BATU 3.45-4.00
JAAFAR GURU PAHAT, PTG
6 JOHOR
ZAINAL ABIDIN BIN
HASSAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PROSES

SAINS MENGAWAL PEMBOLEHUBAH SK OTHMAN 4.00-4.15
PTG
7 ZALMIMI BT IBRAHIM MURID TAHUN 6 MENGGUNAKAN TALIB

JADUAL 9 PETAK RENOVATIONAL 2021- 2,KELANTAN

2025

KLINIK ASAR: BIMBINGAN EMPATI BAHASA ARAB SPM

BASYIRA BINTI OMAR

GURU CEMERLANG BAHASA ARAB DG54
SEK. MEN. KEB. AGAMA (P) ALAWIYAH
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
01000 KANGAR, PERLIS

Abstrak

Sejak dari awal kemasukan pelajar ke Tingkatan Satu Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama, Bahasa Arab ialah bahasa yang dianggap susah untuk
dipelajari oleh ramai pelajar dan orang awam atas beberapa faktor seperti kosa
kata, tatabahasa, penulisan dan sebagainya. Keputusan peperiksaan di peringkat
sekolah dan awam sering dijadikan bukti oleh beberapa pihak. Sejak di awal
Tingkatan Lima, saya menghadapi masalah untuk membolehkan 6 orang pelajar
menguasai bahagian penulisan dan tatabahasa apatah lagi komponen tatabahasa
ini tidak dipelajari oleh pelajar-pelajar di peringkat Menengah Rendah. Hasil
Refleksi selepas pembelajaran kurang memuaskan. Oleh itu, saya melakukan
tinjauan awal secara lisan dan bertulis untuk memperoleh data daripada Ujia Pra-
Kajian. Selepas itu, saya telah merancang dan melaksanakan Kajian Tindakan
dengan mewujudkan inovasi dalam kaedah bimbingan selepas PdPc yang diberi
nama KLINIK ASAR TERLAJAK ISYA‟. Kaedah ini melalui beberapa metodologi
dengan bimbingan secara empati dan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Hasil
Ujian Pos Kajian menunjukkan peningkatan yang amat baik dan memberi impak
yang positif terhadap peningkatan markah Kertas 1 dan 2 Bahasa Arab Tingkatan
Lima dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun, dan seterusnya Peperiksaan Gempur
SPM hinggalah meningkat dengan amat baik dalam Peperiksaan SPM. Justeru itu,
saya merancang untuk meneruskan kajian lanjutan pada tahun ini dengan
mengubahsuai program bimbingan empati ini bersesuaian dengan situasi semasa
wabak Covid19. Bagaimanapun, usaha untuk mengatasi masalah pembelajaran
atas faktor perbezaan tahap kognitif pelajar akan tetap diteruskan demi
pembelajaran sepanjang hayat.

MEMAKSIMUMKAN KEFAHAMAN PELAJAR HALAQAH 5 TERHADAP
FIQH AL-AYAT DALAM SURAH FATIR (ayat 1 hingga 8)
MENGGUNAKAN TEKNIK ‘KALIMAH SQUARE’

UMMIKALSUM BINTI MAT LAZIM

SMK AGAMA ARAU,
02600 ARAU, PERLIS
[email protected]

Abstrak

KSSM Hifz al-Quran bertujuan membolehkan murid mencapai objektif dalam
mengetahui fiqh al-ayat bagi 30 juzuk al-Quran dalam Bahasa Melayu. Fiqh al-
ayat merupakan salah satu komponen penting dalam ujian lisan bagi mata
pelajaran Hifz Al-Quran. Maka, saya mendapati murid Halaqah 5 tidak dapat
memahami fiqh al-ayat bagi Surah Fatir ayat 1 hingga 8 melalui hasil kerja
latihan yang telah diberikan di dalam kelas. Dapatan awal dikenalpasti melalui
hasil kerja buku latihan yang khusus untuk melihat penguasaan murid-murid
terhadap kefahaman ayat daripada Surah Fatir ayat 1 hingga 8 yang telah dihafaz.
Malah murid-murid tidak menunjukkan kesungguhan dalam memahami maksud
ayat Surah Fatir serta murid-murid tidak dapat memberikan maksud fiqh al-ayat
dengan betul. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk memudahkan proses
Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dengan penggunaan teknik yang
sesuai, mudah, dan betul bagi mengatasi masalah penguasaan kefahaman murid
dalam memahami maksud fiqh al-ayat Surah Fatir ayat 1 hingga 8 dengan tepat.
Idea teknik „Kalimah Square‟ tercetus apabila murid merasakan kesukaran dalam
memahami kalimah-kalimah Al-Quran dan menyebabkan motivasi murid untuk
menguasai surah ini kurang memberansangkan. Penggunaan teknik ini sebagai
medium penguasaan konsep menunjukkan hasil kerja buku latihan murid didapati
daripada 8 ayat yang diberikan kepada murid, bilangan murid yang mendapat
jawapan yang betul adalah kurang daripada 50.0% daripada keseluruhan murid
dalam Halaqah 5 . Setelah menggunakan Teknik „Kalimah Square‟, keseluruhan
murid dapat menjawab dengan betul melebihi 50.0% daripada ayat yang
diberikan. Maka terbuktilah bahawa teknik `Kalimah Square' ini berupaya
meningkatkan kefahaman murid dalam memahami fiqh al-ayat dalam Surah Fatir
ayat 1 hingga 8 menunjukkan peningkatan kefahaman murid.

Kata Kunci: Teknik ‘Kalimah Square’, Surah Fatir, Fiqh al-ayat, Hifz Al-Quran

PEMBELAJARAN HIBRID BAGI MURID
BERKEPERLUAN KHAS DALAM PEMBELAJARAN

AMALI DANDANAN RAMBUT

ROHAYA BINTI MOHD HATTA

SMPK VOKASIONAL INDAHPURA,
81000 KULAI, JOHOR

Abstrak

Sejajar dengan hasrat sekolah untuk melahirkan individu berkemahiran dan
berdikari melalui visinya “Skills for Living, towards excellent future”. Satu
kaedah pembelajaran diketengahkan bagi memastikan pembelajaran murid
mencapai tahap maksimum walaupun tidak berada di sekolah. Tujuan kajian ini
adalah bertujuan untuk menambah baik amalan saya dalam konteks
pembelajaran di rumah ataupun Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
sepanjang musim PKP dan PKPP bagi mata pelajaran vokasional bagi murid
dandanan rambut berkeperluan khas menggunakan strategi pembelajaran hibrid.
Pembelajaran hibrid memanfaatkan sepenuhnya hubungan kekeluargaan. Kajian
ini telah dijalankan terhadap 5 orang murid, sebagai pelatih dalam dandanan
rambut. Rekabentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk deskriptif dan
kualitatif. Kajian ini secara teoritikalnya cuba melihat kesan faktor pencapaian
pembelajaran hibrid bagi murid tingkatan lima aliran vokasional dan pencapaian
di dalam kelas teori mahupun amali. Dapatan kajian mendapati aktiviti
pembelajaran hibrid telah membantu saya menambahbaik amalan PdPr dari
aspek merangka, merancang dan melaksanakan aktiviti PdPr berpusatkan murid
serta mengaplikasikan amalan praktikal (amali) tanpa menjejaskan isi
kandungan yang perlu dikuasai murid. Melalui kajian ini telah dikenalpasti
pembelajaran hibrid sesuai digunakan semasa musim ini.Malahan dapat
membantu guru memahami proses pelaksanaan kajian tindakan secara
keseluruhannya.

Kata Kunci : pembelajaran hibrid ,Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah (PdPR), amali, teori, dandanan rambut

MODUL SAINS AWAL BERDASARKAN PENDEKATAN BERASASKAN
PROJEK:

SATU KAEDAH UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN
KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS DAN MENYOKONG
PEMBELAJARAN ABAD KE 21 DI KELAS PRASEKOLAH

HASNONI HASIM, ED.D

JEMAAH NAZIR NEGERI PULAU PINANG

Abstrak

Kajian ini bertujuan menguji keberkesanan modul pengajaran sains awal kanak-
kanak berdasarkan pendekatan berasaskan projek terhadap enam kemahiran
proses sains asas iaitu kemahiran memerhati, berkomunikasi, mengukur,
mengelas, meramal dan membuat inferens. Seramai 50 orang murid prasekolah
dari dua buah kelas prasekolah di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang terlibat
dalam kajian ini. Semua murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu
kumpulan yang mengikuti pengajaran menggunakan modul dan kumpulan yang
mengikuti pengajaran tanpa modul. Pendekatan kualitatif melalui pemerhatian
telah digunakan untuk mengetahui keberkesanan penggunaan modul terhadap
enam kemahiran proses sains asas. Ujian Penilaian Kemahiran Proses Sains
Asas (UPKPSA) juga digunakan untuk mengetahui pencapaian kemahiran
proses sains asas kedua-dua kumpulan. Data yang diperolehi dianalisis
menggunakan statistik deskriptif seperti min, sisihan piawai dan peratus.
Statistik inferensi menggunakan analisis paired sample t-test juga digunakan
untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan yang signifikan di antara tiga
siri ujian iaitu ujian pra, ujian selepas pengajaran 1 dan ujian selepas
pengajaran 2. Dapatan pemerhatian mendapati modul sains awal kanak-kanak
berdasarkan pendekatan projek telah membantu memupuk kemahiran proses
sains kanak-kanak. Sementara itu, dapatan UPKPSA pula menunjukkan kanak-
kanak yang mengikuti pengajaran menggunakan modul mempunyai pencapaian
yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang mengikuti pengajaran tanpa
modul. Kesimpulannya, dapatan menunjukkan penggunaan modul sains awal
berdasarkan pendekatan projek semasa pengajaran dan pembelajaran dapat
meningkatkan kemahiran proses sains dalam kalangan kanak-kanak.

Kata Kunci : prasekolah, kemahiran proses sains asas, pendekatan berasaskan
projek, pengajaran berasaskan modul

„EQ-STRIP‟
“KESAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU BELAJAR EQ-STRIP UNTUK

MEMBANTU MENINGKATKAN TAHAP PEMAHAMAN DAN
PENGUASAAN MURID BERKAITAN PENUKARAN UNIT MELIBATKAN

PECAHAN DAN SEBALIKNYA.”

NOR HAZLI GHAZALI

SK JALAN MATANG BULUH,
34300 BAGAN SERAI, PERAK

[email protected]

Abstrak

Inovasi bahan bantu belajar EQ-STRIP dijalankan bagi meningkatkan tahap
pemahaman murid berkaitan penukaran unit yang melibatkan pecahan kepada
nombor bulat dan sebaliknya serta penukaran unit yang melibatkan pecahan
dalam tajuk penjang, jisim dan isipadu cecair. Kajian ini dijalankan ke atas murid
tahun 6 NILAM SK Jalan Matang Buluh yang belum mencapai tahap penguasaan
untuk mengaitkan konsep dan prosedur bagi menyelesaikan ayat matematik.
Tinjauan awal terhadap murid selepas guru melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran (PdPc) menunjukkan murid menghadapi masalah untuk memahami
konsep penukaran unit melibatkan pecahan melalui kaedah konvensional. Fokus
inovasi ini adalah untuk meningkatkan tahap pemahaman murid untuk menukar
unit dalam pecahan melalui bahan bantu belajar yang dikenali sebagai EQ-STRIP
(Equivalent Strip) yang boleh menjana minda respondan untuk memahami konsep
penukaran unit melibatkan pecahan. EQ-STRIP disediakan dalam bentuk bahan
maujud yang membolehkan murid berinteraksi antara soalan dan jawapan.
Strategi yang digunakan melalui kaedah „hand-ons‟ ini membolehkan murid
melakukan pembelajaran konstruktivisme dimana pembelajaran ini merupakan
proses murid-murid membina pengetahuan secara aktif daripada pengalaman.
Inovasi ini merangkumi tajuk penukaran unit melibatkan pecahan juta, jisim,
ukuran panjang dan isipadu cecair. Setiap murid dibekalkan dengan satu set EQ-
STRIP yang mana murid tidak perlu berkongsi alat bantu belajar ini dan ianya
bertepatan dengan tuntutan norma baharu yang menitikberatkan amalan
penjarakan sosial, tidak berkongsi alatan dengan orang lain dan kebersihan. Hasil
intervensi, didapati murid berjaya menukar unit melibatkan pecahan malah
mampu untuk menyelesaikan soalan melibatkan fakta asas matematik.

Kata Kunci : equivalent, penukaran unit, pecahan, nombor bulat

PLC : PEMANGKIN PENINGKATAN KUALITI GURU
SISC+ BAHASA PPD BATU PAHAT

ZAINAL ABIDIN BIN HASSAN & ZAHARA BINTI JAAFAR
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT,
JOHOR, MALAYSIA

Abstrak

PLC di Malaysia telah bermula pada tahun 2011, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah
mengambil inisiatif untuk memperkasa dan menggerakkan Komuniti Pembelajaran Profesional
(PLC) di 289 buah sekolah berprestasi rendah di seluruh negara. Pada peringkat permulaan, alat
kolaboratif Lesson Study telah dipilih sebagai perkongsian amalan terbaik. Kini, PLC menjadi
sebahagian daripada inisiatif Pembangunan Kapasiti Guru dalam Naratif Baharu Amalan
Pendidikan KPPM melalui Sub Naratif 2 iaitu pembangunan kompetensi guru untuk meningkatkan
kualiti guru pada tahun 2019. PLC mendokong maksud sekumpulan guru yang komited dan
berkolaboratif secara berterusan untuk meningkatkan kualitti guru dalam merealisasikan
kemenjadian murid. PLC mendokong 3 konsep utama iaitu focus, improve dan share. PLC
menumpukan 5 strategi dengan 21 alat kolaboratif di mana Dialog Prestasi menjadi alat
kolaboratif yang diguna pakai di sekolah-sekolah daerah Batu Pahat. Dialog Prestasi sangat
membantu guru-guru di sekolah untuk mengesan isu yang berlaku dalam Panitia Mata Pelajaran
yang difokuskan oleh pihak sekolah Seterusnya, pihak sekolah dan guru-guru dapat menesan punca
kepada isu tersebut dan menyusun intervensi yang sesuai dengan isu yang dihadapi dengan
menekankan pendekatan proses Rancang (Plan), Laksana (Do), Refleksi (Checking) dan Tindakan
(Act) iaitu PDCA. Pendekatan proses Rancang (Plan)menentukan fokus objektif kemenjadian murid
bagi satu mata pelajaran. Seterusnya, pendekatan proses Laksana(Do) melibatkan penyediaan
datayang telah diverifikasi, Analisis Item bagi mata pelajaran tersebut, penyediaan bahan dan
pembentangan dan dialog secara kolaboratif berkaitan isu. Hasil perbincangan akan memutuskan
intervensi yang lebih berfokus kepada isu dan punca yang dihadapi di mana intervensi yang kurang
berkesan akan dikaji semula untuk dinaik taraf atau diubah sepenuhnya. Proses Refleksi
(Checking) melibatkan peranan pihak pentadbir di mana pihak pentadbir akan memastikan setiap
intervensi yang telah dirancang dilaksanakan dengan baik dan berjadual. Hal ini akan membantu
pihak sekolahmemantau dan menilai keberkesanan intervensi agar dapat menjamin kemenjadian
murid. Peringkat terakhir proses pendekatan ialah Tindakan (Act) iaitu pihak sekolah mengambil
tindakan terus (hands on) kepada intervensi yang kurang berkesan dan membuat perbandingan
semula isu, punca dan intervensi yang telah dirancang. Di samping itu, proses Tindakan (Act) juga
dapat memastikan objektif kemenjadian murid tercapai dan menyediakan laporan dan perkongsian
amalan terbaik dengan pihak lain. Berdasarkan kajian impak yang telah dilaksanakan oleh SISC+
Bahasa PPD Batu Pahat Tahun 2020 terhadap 120 Ketua Panitia BM, BI, BC, BA, dan BT di
semua sekolah menengah daerah Batu Pahat mendapati 95.0% bersetuju dan sangat bersetuju
DPP SISC+ PPDBP telah meningkatkan prestasi murid dan kualiti guru dalam panitia mereka.Hal
ini membawa kepada perbincangan yang lebih telus dalam proses membincangkan isu utama
sekolah dengan mengangkat 1 mata pelajaran yang kritikal di sekolah sebagai Dialog Prestasi di
sekolah-sekolah daerah Batu Pahat.Kesimpulannya, PLC (DP) ini telah berupaya membantu guru-
guru untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah kerana lebih memahami isu/masalah
dengan lebih khusus dan terperinci.

Kata Kunci: DP (Dialog Prestasi), Isu, Punca dan Intervensi DP, Analisis Item, Pendekatan Proses
PDCA.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PROSES SAINS MENGAWAL PEMBOLEH
UBAH MURID TAHUN 6 MENGGUNAKAN TEKNIK JADUAL 9 PETAK
„RENOVATIONAL‟ 2021-2025

ZALMIMI BT. IBRAHIM

SEKOLAH KEBANGSAAN OTHMAN TALIB 2
17030 PASIR MAS, KELANTAN

Abstrak

Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran proses sains (kps) mengawal pemboleh
ubah Sains tahun 6 dengan menggunakan Teknik Jadual 9 Petak dan membudayakan
„renovational‟ 2021-2025 serta aplikasikan „Cikgu Cilik‟ sebagai pelapis menguasai
Teknik Jadual 9 petak. Pengkaji menggunakan tiga langkah untuk meningkatkan
menguasai kps. Pertama perlu menguasai TEKNIK JADUAL 9 PETAK, kedua BINA
AYAT PARAMETER DAN OBJEK dan ketiga 50 KOLEKSI AYAT-AYAT PM,PB DAN
MALAR. Ujian pra dan post diberi. Dapatan ujian post 5 orang markah penuh 3/3, 15
orang 2/3 markah dan 9 orang dapat 1/3 markah. Pembudayaan „reno‟ diaplikasikan
menggunakan model „ Branksome Hall Asia, South Korea iaitu menggunakan bilik kecil
untuk belajar satu konsep Teknik Jadual 9 kotak. Perbincangan dan soal jawab di
antara mereka serta bimbingan oleh pengkaji membuahkan hasil pemahaman mereka
dalam menguasai konsep mengawal pemboleh ubah dan „Learning Through Play‟ salah
satu contoh aktiviti yang di jalankan di dalam bilik kecil iaitu permainan magnetic
pm,pb dan malar. Selepas 3 sesi seramai 5 orang murid diiktirafkan sebagai cikgu cilik.
Pada 18/4/2021 Kelantan dilanda covid 19 dan pdpr diteruskan. Bagi memantapkan
cikgu cilik untuk sesi pdpr, pengkaji wujudkan kumpulan wsapp Cikgu Cilik seramai 11
orang dan kumpulan Sains 6M 32 orang. Pengkaji mendidik mereka melalui wsapp,
google meet dan aplikasikan ipad sebagai pemudah cara. Dalam 2 sesi pdpr Sains 6M
berlangsung, mereka membuat persembahan dalam membentangkan pm, pb dan malar
melalui „voice wasapp‟ dan google meet. Dapatan cikgu cilik boleh memberi
penerangan tentang konsep pm,pb dan malar apabila berinteraksi dengan pengkaji.
Rumusannya membudayakan „reno‟ di sekolah adalah satu amalan yang perlu diambil
oleh setiap sekolah kerana ianya mencungkil bakat dan pemikiran murid ke arah global.
Kumpulan yang kecil dan perbincangan yang berfokus akan menerbitkan satu
pendekatan STEM iaitu murid mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang membudayakan amalan reno dalam menyelesaian masalah dalam konteks dunia
sebenar.

HARI 1 :

2 OGOS 2021 (ISNIN)

LOKASI 2 : STUDIO SRK SERI INDERA

PEMBENTANG JEMPUTAN TAJUK INSTITUSI MASA
DR SITI NAZUAR BINTI SAILIN
TEKNOLOGI DALAM UNIVERSITI 02.00-
PENDIDIKAN UTARA 02.30 PTG

MALAYSIA

BIL PEMBENTANG TAJUK INSTITUSI MASA

1 NOR FAZILAH NOOR PENGAJARAN DAN SEKOLAH RENDAH 2.30-2.45
DIN PEMBELAJARAN BAHASA ISLAM III, FELDA PTG
SECARA 'FUN LEARNING' CHUPING, PERLIS
MELALUI FACEBOOK 2.45-3.00
PTG
2 AZWAN BIN AHMAD NOTA PINTAR : MENINGKATKAN SMK SYED ALWI PERLIS
KEMAHIRAN TAAKULAN DAN 3.00-3.15
KOMUNIKASI PELAJAR DALAM PTG
MATA PELAJARAN SEJARAH.
3.15-3.30
3 NUR AINA BINTI KIT BEEJAK MEMBACA SK ALMA,PULAU PTG
ANUAR PINANG
3.30-3.45
4 NURUL NADIA BINTI BOARD SK METHODIST PARIT PTG
ISMAIL HANONA:MENINGKATKAN BUNTAR, PERAK
PEMAHAMAN ASAS DAN 3.45-4.00
MEMUDAHKAN PENGHAFALAN PTG
NOMBOR PERDANA
4.00-4.15
NUR HAMIZAH PENERAPAN KOMIK KEPADA SMK JALAN KOTA PTG
5 SYAHIRAH BINTI
PEMBELAJARAN KIMIA PELAJAR TINGGI, JOHOR
RUHIZAT

6 RUZANA BINTI MD MODERASI : MEMANTAPKAN SMK MAHANG, KEDAH
NOOR PENGURUSAN PBD

ACTION RESEARCH: STAGING

PROCESS OF LEARNING PPD PERAK TENGAH,

7 NUR ASNI BINTI ALIAS GEOMETRY THROUGH THE USE OF PERAK
'MATHS-SPATIAL KIT' AMONG

MALAYSIAN STUDENTS' GRADE 5

IN SOHAR OMAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA SECARA „FUN LEARNING‟
MELALUI FACEBOOK

NOR FAZILAH NOOR DIN
SEKOLAH RENDAH ISLAM III,

FELDA CHUPING,
02500 KANGAR, PERLIS
[email protected]

HISHAMUDIN ISAM
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

[email protected]

Abstrak

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tidak harus menekankan kepada
penguasaan isi kandungan semata-mata, malah perlu diajar dalam suasana yang selesa
dan menyeronokkan. Hal ini kerana, penguasaan kemahiran berbahasa yang berkualiti
di peringkat sekolah membolehkan pelajar mengikuti pelajaran dengan lebih baik dan
berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran komponen bahasa yang sering dianggap
membosankan perlu diberi nilai tambah dengan mengaplikasikan konsep pengajaran dan
pembelajaran menyeronokkan atau secara fun learning. Kewujudan pelbagai aplikasi
berasaskan media sosial telah menawarkan satu wadah yang baik untuk para pengajar
memaksimumkan penggunaan aplikasi tersebut dalam pendidikan. Atas pertimbangan
tersebut, kajian mencadangkan pemanfaatan platform media sosial dalam mempelajari
bahasa secara fun learning. Maka, dalam kertas kerja ini kajian menjelaskan contoh
medium pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa yang menyeronokkan
sebagai salah satu langkah alternatif bagi menarik minat pelajar mempelajari kemahiran
berbahasa di sekolah. Media sosial Facebook dilihat mampu dijadikan data atau bahan
pengajaran dan pembelajaran yang akan melalui proses saringan sebelum sesuatu
pengajaran dilaksanakan. Penelusuran laman peribadi pakar-pakar bahasa di Malaysia
dalam pelbagai pengkhususan (bidang bahasa) dijalankan bagi menganalisis struktur
kata, frasa, ayat, atau ujaran bahasa yang tepat boleh dijadikan aktiviti pengajaran
bahasa di peringkat sekolah. Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan perlu melibatkan kreativiti guru yang mampu memberi kesan terhadap
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Justeru, medium Facebook memberi
peluang kepada pelajar mengembangkan potensi berbahasa mereka menggunakan
bahasa Melayu standard dari aspek penggunaan. Secara keseluruhannya, penggunaan
aplikasi Facebook dilihat sebagai medium yang dapat membantu mempelbagaikan
kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Kata Kunci: Facebook, pelajar, guru, pengajaran dan pembelajaran bahasa, fun learning

NOTA PINTAR MENINGKATKAN KEMAHIRAN
TAAKULAN DAN KOMUNIKASI PELAJAR DALAM MATA

PELAJARAN SEJARAH

AZWAN BIN AHMAD

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED ALWI
01000 KANGAR PERLIS
[email protected]

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran taakulan dan komunikasi
serta meningkatkanpencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Subjek
kajian adalah terdiri daripada 18 orangpelajar tingkatan 6A2. Fokus utama
kajian ialah peningkatan kemahiran taakulan dan komunikasipelajar kerana
refleksi guru melalui pemerhatian, soal jawab, analisis dokumen dan ujian 1
mendapatipelajar gagal menguasai kemahiran taakulan dan komunikasi dalam
mata pelajaran Sejarah.Pendekatan Nota Pintar menggunakan elemen kata kunci,
Kod QR dan link rujukan yang boleh diaksesmelalui telefon pintar telah
dilaksanakan guru sebagai tindakan untuk meningkatkan kemahirantaakulan dan
komunikasi pelajar. Pelaksanaan pendekatan Nota Pintar telah berjaya
meningkatkankemahiran taakulan dan komunikasi pelajar. Dapatan pemerhatian
menunjukkan pelajar berjayamemberi huraian dan penghujahan yang baik
berdasarkan kemahiran taakulan dan komunikasi setelahpelaksanaan Nota Pintar
dilaksanakan. Melalui analisis dokumen, pelajar berjaya menulis esei
sejarahdengan baik, memberikan fakta sokongan dan contoh yang relevan.
Pendekatan Nota pintar jugaberjaya meningkatkan pencapaian pelajar apabila
dapatan ujian 2 menunjukkan tidak ada pelajar yangmemperoleh markah dalam
kategori rendah. Sebaliknya 10 orang daripada 18 pelajar memperolehmarkah
dalam kategori tinggi.

Kata Kunci: Nota Pintar, Kod QR, Kemahiran Taakulan dan Komunikasi

KIT BEEJAK MEMBACA

NUR AINA BINTI ANUAR

SEKOLAH KEBANGSAAN ALMA,
14000, BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk murid yang lemah dan tidak menguasai asas
membaca. Tinjauan awal dijalankan soal selidik dan ujian pra. Hasil tinjauan
awal murid lemah dan tidak menguasai kemahiran asas membaca dengan .
Perancangan tindakan difokuskan kepada peguasaan kemahiran asas
mengenal vokal dan konsonan secara berperingkat sekaligus menguasai
kemahiran membatangkan suku kata terbuka KV seterusnya membaca
perkataan. Pengajaran akan diteruskan dengan pengajaran suku kata tertutup
KVK setelah murid dapat menguasai suku kata terbuka. Inovasi Kit BEEjak
Membaca merupakan satu set lengkap untuk membantu murid mempelajari
kemahiran membaca bermula dari mengenal huruf sehingga membaca
perkataan. Kit ini sesuai untuk semua peringkat kanak-kanak yang ingin
belajar membaca. Inovasi ini menggunakan belajar melalui bermain.
Penggunaan kaedah bacaan 'Domino' dapat kognitif murid untuk mempelajari
kemahiran membaca. Inovasi ini tumpuan kepada bidang pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan inovasi ini dapat memudahkan guru untuk
mengajar serta memudahkan murid untuk belajar. Hasil tinjauan awal
didapati murid lemah dalam membatangkan suku kata terbuka dan tertutup
serta kurang yakin untuk menyebut perkataan yang dibaca. Kit membaca
digunakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Implikasinya,
membatangkan dua suku kata dan membaca perkataan dapat ditingkatkan
seterusnya meningkatkan minat dan keyakinan untuk membaca.

„BOARD HANONA‟ MENINGKATKAN PEMAHAMAN ASAS DAN
MEMUDAHKAN NOMBOR PERDANA

NURUL NADIA BINTI ISMAIL

SK METHODIST PARIT BUNTAR,
34200, PARIT BUNTAR,PERAK

Abstrak

Inovasi Board Hanona ini telah dicipta yang diambil dari singkatan „Hafal
Perdana‟ berperanan untuk meningkatkan pemahaman asas nombor dan
memudahkan penghafalan nombor perdana. Kaedah ini telah membuktikan
kesemua 23 orang murid dapat mengingat kesemua 25 nombor kurang daripada
3 minit kebawah apabila menggunakannya. Ianya dapat murid yang lemah
menjawab soalan rutin (KBAR) tanpa membuang masa banyak. Inovasi
dihasilkan disebabkan Bahan Bantu Belajar untuk murid dan Bantu Mengajar
bagi guru untuk mengenalpasti nombor perdana kurang dan tiada diwujudkan.
Saiznya yang ringan, menarik dan mudah untuk digunakan amat menarik
perhatian murid terutama murid yang lemah dan belum tahap minima. Sebelum
inovasi ini dihasilkan hanya dua orang murid 23 orang yang menghafal 25
nombor perdana sehingga 100 dengan tepat. ini telah diuji di enam buah
sekolah yang lain sebagai bukti sebar luas. ini juga dapat digunakan untuk
memperkenalkan sifir.

PENERAPAN KOMIK KEPADA PEMBELAJARAN KIMIA PELAJAR

NUR HAMIZAH SYAHIRAH BINTI RUHIZAT

SMK JALAN KOTA TINGGI,
86000 KLUANG, JOHOR

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kefahaman pelajar dalam
subtopik Kimia iaitu Jirim dengan menerapkan komik pendidikan dalam .
Seramai 25 pelajar Kimia Tingkatan 4 aliran Sains tulen yang matapelajaran
Kimia telah dipilih sebagai responden bertujuan dalam ini. Kurangnya bahan
bacaan dan rujukan berunsurkan kandungan pembelajaran berbentuk komik
yang mengasah ketajaman visualisasi, berfikir aras dan memupuk minat
pelajar menyebabkan pengkaji mengkaji kajian ini. Selain , data kajian yang
menunjukkan keberkesanan pencapaian pelajar dalam Komik pendidikan juga
sukar didapati. Kajian ini adalah kuantitatif menggunakan rekabentuk kuasi
eksperimental untuk melihat pencapaian sebelum dan selepas ujian. Instrumen
kajian menggunakan 8 soalan struktur yang memerlukan pelajar menjawab
mengikut kefahaman mereka. Analisa menggunakan SPSS peningkatan peratus
pencapaian. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan pencapaian yang
signifikan kerana lebih 80% pencapaian pelajar meningkat dan membuktikan
keberkesanan penerapan Komik pendidikan topik Jirim ini kepada pelajar.
Dapatan kajian ini dibincangkan dalam konteks pendidikan Kimia dan
cadangan penambaikan untuk pengkaji yang berminat tentang tajuk ini pada
masa hadapan.

MODERASI : SATU PENYELESAIAN BAGI PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

RUZANA BINTI MD NOOR

SMK MAHANG,
09700, KARANGAN, KEDAH

Abstrak

Pentaksiran Bilik Darjah merupakan satu elemen penting dalam Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS). Ianya mula diperkenalkan sejak tahun 2011 lagi, namun
begitu masih terdapat beberapa isu-isu yang berbangkit dalam pengurusan dan
pelaksanaan PBD ini. Ini menyebabkan PBD tidak dianggap sebagai sesuatu elemen
penting yang perlu diberi perhatian setara dengan peperiksaan awam. Kepentingan
PBD kini semakin jelas apabila berlaku pendemik yang melanda ini, dimana PT3 dan
UPSR telah dibatalkan dan dimansuhkan. Sehubungan itu keakuran dan ketepatan
pemberian Tahap Penguasaan seseorang murid sangat perlu diberi perhatian yang
lebih baik. Sehingga kini kajian dibuat, rata-rata guru masih kurang mahir dalam
melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah dengan berkesan. Pentaksiran Bilik Darjah
dianggap sebagai satu elemen asing yang menjadi satu bebanan kepada guru yang
kurang menguasai teknik serta kaedah perlaksanaan yang betul. Isu yang sering
diperkatakan ialah, penetapan Tahap Penguasaan yang tidak selaras antara guru
yang berbeza tetapi mengajar matapelajaran dan tingkatan yang sama. Kesukaran
menyediakan evidens instrumen dan tapak perekodan untuk mencatat TP bagi setiap
Standard Pembelajaran semasa PdP dilaksanakan. Isu yang timbul sebelum, semasa
dan selepas perlaksanaan PBD ini telah menyukarkan untuk penjaminan kualiti
dilaksanakan. Justeru itu setiap pentadbir dan guru harus menguasai Pentaksiran
Bilik Darjah ini dengan baik, samada dari segi konten dan pengurusan
perlaksanaannya. Moderasi adalah satu proses pementoran yang didapati dapat
mengatasi isu-isu yang timbul ini. Melalui Moderasi , penetapan Tahap Penguasaan
dapat diselaraskan , penyediaaan tapak perekodan yang bersesuai dapat dihasilkan
malah pada akhirnya guru-guru akan dapat melaksanakan PBD dengan lancar dan
proses penjaminan kualiti juga dapat dilaksanakan dengan lancar.Pentaksiran Bilik
Darjah merupakan juga adalah intipati bagi KSSR dan KSSM, maka seharusnyalah
ianya dijadikan satu elemen yang sangat penting bagi pelaksanaan kurikulum Sekolah
Rendah dan Sekolah Menengah. Peranan guru dan pentadbir sangat besar bagi
memastikan pengurusan dan pelaksanaan PBD ini dari awal sehingga akhir akan
berkesan dan akan memberi impak yang besar kepada murid khususnya disamping
sekolah amnya.

ACTION RESEARCH: STAGING PROCESS OF LEARNING
GEOMETRY

THROUGH THE USE OF „MATHS-SPATIAL KIT‟ AMONG
MALAYSIAN STUDENTS‟ GRADE 5 IN SOHAR, OMAN

NUR ASNI BINTI ALIAS

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PERAK TENGAH
[email protected]

Abstract

The misconception of two-dimensional and three-dimensional forms is a factor that
causes students to have difficulties understanding the concept of space involving area
and volume in mathematics. Students need to visualize the two-dimensional and
three-dimensional forms imaginatively in their mind as the basis for understanding
the mathematical concept of geometry. Students need learning aids to assist them to
obtain the visual description of the two-dimensional and three-dimensional forms
correctly to understand the mathematical concept of geometry involving area and
volume. 'Maths-Spatial Kit', a learning tool that involves a game-based learning
approach, has been developed to help students to understand the mathematical
concept of geometry in stages. This study aims to improve the understanding of Grade
5 students in mathematical concepts involving 2D and 3D shapes in geometry using
'Maths-Spatial Kit'. The action research process based on the Kemmis and McTaggart
Model (1988) was conducted involving Grade 5 students (n = 7) in an international
school located in Sohar Oman. Quantitative research data were obtained using pre-
test and post-test and analysed descriptively. Qualitative data collection involving
group interviews were structured analysed by data coding and observational data
were analysed by content analysis, Findings shows that the use of 'Maths-Spatial Kit'
can improve the achievement of students in learning the mathematical concept of
geometry in stages if the usage is properly planned. This study can be used as a
guideline for teachers, school administrators and parents in the teaching of the
mathematical concept of geometry in an informal learning environment through a
game-based learning approach.

Keywords: Maths-Spatial Kit, game-based learning,mathematical
concept of geometry, Malaysian students’ Grade 5,an international school in Oman

HARI 1 :

2 OGOS 2021 (ISNIN)

LOKASI 3 : : STUDIO PDPC SK KUALA PERLIS

PEMBENTANG JEMPUTAN TAJUK INSTITUSI MASA
DR SITI NAZUAR BINTI SAILIN
TEKNOLOGI DALAM UNIVERSITI 02.00-
PENDIDIKAN UTARA 02.30 PTG

MALAYSIA

BIL PEMBENTANG TAJUK MASA

1 NOOR RAFIDAH BINTI SCIENTIA POLY SK SIMPANG 2.30-2.45
ZAINUDDIN
AMPAT, PERLIS PTG

2 TIE TING HIE KAEDAH PENOLAKAN DENGAN SMK PUTATAN, 2.45-3.00
MENGGUNAKAN NILAI TEMPAT PENAMPANG, PTG
UNTUK MENUKAR NOMBOR ASAS
SEPULUH KEPADA ASAS LAIN SABAH

SEMARAKKAN DEKAD MEMBACA SK KG JAWA 3.00-3.15
3 SORAYA NITA BINTI OTHMAN DENGAN PROGRAM LITERASI 2,KLANG PTG
SELANGOR
MAKLUMAT

4 OLIVIA GERALDINE GAMIFYING THINKQ GRID - THINK2B PPD SEREMBAN 3.15-3.30
LAZAROO IDEAL NEGERI PTG
SEMBILAN

RAMLI BIN YAHYA DIALOG PRESTASI PANITIA (DPP) PPD BATU 3.30-3.45
SATU NARATIF BAHARU: BIMBINGAN PAHAT JOHOR PTG
5 ZAINAL ABIDIN BIN SISC+ BAHASA PPD BATU PAHAT
ABDULLAH

6 MISSURIYATI BINTI MASNAN KAD BaJaNIC : INOVASI DALAM SMK TINGGI 3.45-4.00
MENYEDIAKAN IMBANGAN DUGA KAJANG, PTG

SELANGOR

7 MOHD LUQMAN HIDAYAT TEKNIK PENYOALAN GURU DALAM JEMAAH NAZIR 4.00-4.15
BIN ISMAIL PENYAMPAIAN PDP: SUATU NEGERI KEDAH, PTG
PEMERHATIAN AWAL KPM

SCIENTIA POLY (PAPAN PERMAINAN ULANGKAJI SAINS)

NOOR RAFIDAH BINTI ZAINUDDIN

SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG AMPAT,
02700,SIMPANG AMPAT, PERLIS
[email protected]

Abstrak

Scientia Poly merupakan sebuah permainan Pengajaran dan Pembelajaran,
yang diadaptasi daripada permainan berasaskan pengurusan kewangan;
Monopoly kepada permainan yang dapat diguna pakai sebagai bahan
ulangkaji mata pelajaran Sains. Ia boleh digunakan untuk menjadikan
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains lebih menyeronokkan.
Bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan fakta sains dalam kalangan
pelajar. Papan permainan yang terdiri daripada kad soalan yang ditambahbaik
dengan aplikasi QR Code serta dadu dan penanda untuk dimainkan.
Permainan ini dimainkan secara berkumpulan dan semasa bermain, pemain
akan belajar tentang Sains dengan menjawab soalan yang berkaitan dengan
topik Sains tahun 3 hingga tahun 6. Ujian Pra dan Pasca dijalankan
melibatkan 12 orang pelajar Tahun 6 yang diminta untuk menjawab 5 soalan
daripada 18 set soalan setiap tahun. Hasil Ujian Pra dan Pasca menunjukkan
peningkatan nilai purata dari 1.75 kepada 3.75. Maklum balas daripada
pelajar dan guru juga membuktikan bahawa permainan ini menyeronokkan dan
dapat membantu pelajar dengan mendedahkan mereka kepada fakta sains. Ini
membuktikan bahawa Scientia Poly - Papan Permainan Ulangkaji Sains dapat
meningkatkan penguasaan fakta sains secara aktif melalui “Fun Learning”.

Kata kunci : Fun Learning, Papan permainan ulangkaji sains, QR Code,
Menguasai Fakta Sains

KAEDAH PENOLAKAN DENGAN MENGGUNAKAN NILAI TEMPAT
UNTUK MENUKAR NOMBOR SEPULUH KEPADA ASAS YANG LAIN

TIE TING HIE

SMK PUTATAN,
88858 PENAMPANG, SABAH

Abstrak

Asas nombor ialah kunci untuk segala pengiraan dalam kehidupan harian.
Masyarakat yang berkemahiran dalam teknologi maklumat dan telekomunikasi
perlu mahir dengan asas nombor yang menjadi tunjang kepada segala teknologi.
Oleh demikian, kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan saya dalam
pengajaran dalam menukar suatu nombor asas sepuluh kepada asas yang lain
dengan kaedah penolakkan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kajian
tindakan yang melibatkan kumpulan sasaran seramai 10 orang di kelas 4 Al-
Jahiz yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Putatan pada tahun
2020. Data yang dikumpulkan dalam kajian ini menggunakakn kaedah
permerhatian, semakan dokumen yang dianalisis secara diskriptif. Dapatan
kajian aktiviti yang telah dirancang dalam kajian ini telah membantu guru serta
menambah baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran dari segi aspek ,
merancang dan melaksanakan aktiviti PdP tanpa menjejaskan elemen isi yang
perlu dikuasai oleh murid. Malahan kajian ini juga dapat membantu memahami
proses pelaksanaan kajian tindakan secara keseluruhannya.

Kata Kunci: Asas Nombor, asas sepuluh, penolakan

SEMARAKKAN DEKAD MEMBACA DENGAN PROGRAM
LITERASI MAKLUMAT

SORAYA NITA BINTI OTHMAN

SEKOLAH KEBANGSAAN KG JAWA 2,
41000 KLANG, SELANGOR

Abstrak

Dalam usaha menyemarakkan program Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) -
2030, pelbagai acara akan dan telah dianjurkan sepanjang aktiviti
tersebut.Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Siti Aishah
Ab. Kadir berkata, DMK merupakan program bagi memupuk tabiat membaca
kalangan orang ramai sesuai dengan hala tuju negara untuk mencapai taraf
maju. Ramai penyelidik telah mendapati bahawa tidak semua pelajar
mempunyai kemahiran dan pengetahuan untuk menggunakan maklumat yang
berkesan. Program literasi maklumat dapat menyokong Dekad Membaca kerana
antara objektifnya adalah untuk menggalakkan literasi maklumat asas
pembelajaran sepanjang hayat dalam sektor masyarakat yang berbeza di semua
negara. Literasi maklumat mampu membangunkan visi yang jelas dan
komprehensif mengenai peranan celik maklumat dalam menyokong matlamat ,
organisasi, institusi dan negara dalam semua sector masyarakat. Literasi
maklumat boleh menyumbang kepada pencapaian objektif Dekad Kebangsaan.
Program literasi maklumat dalam talian juga boleh dilaksanakan semasa PKP
untuk menggalakkan dan membangunkan masyarakat budaya yang kaya dengan
pengetahuan dan celik maklumat. Program Literasi Maklumat yang dikongsikan
di sini adalah peringkat asas sekolah rendah. Bagaimanapun, program atau
aktiviti boleh disesuaikan untuk peringkat umur dengan penggunaan bahan
mengikut peringkat dan keupayaan murid. Selain membaca, murid akan belajar
memproses dan memanipulasi maklumat, secara kritis dan merenung apa yang
telah mereka pelajari, serta dan mengaplikasikan pengetahuan dari satu disiplin
kepada yang lain

GAMIFYING THINKQ GRID-THINK2B IDEAL

OLIVIA GERALDINE LAZAROO

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEREMBAN,
70100 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

Abstrak

ThinkQ Grid; a 3x3 panel grid of 9 quadrants of equal size, is usedwith pictorial
stimulus and info graphic. A graphic organizer;„ThinkQ‟ is used alongside with the
set of grid and the pictorialstimulus / info graphic. Using question categories in
„ThinkQ‟, itassists pupils to generate ideas especially on what to speak and
write.The pictorial stimuli are prepared according to the differentiation strategies
which consist three different levels based on the intricacy of the pictures. The icons
in ThinkQ Grid depict interesting engagingactivities to provide pupils with fruitful
learning. ThinkQ Grid is alsointegrated with Augmented Reality (AR) technology
and QuickResponse (QR) codes. Think2B IDEAL is adopted and adapted to beused
with ThinkQ Grid. It is a combination of thinking processes through the use of 3
Thinking Maps; the Circle Map, Bubble Map andthe Multi Flow Map together with
Edward De Bono‟s 6 ThinkingHats. „IDEAL‟ assists pupils on how to fully develop
each paragraphto produce complete compelling essays. „I‟ stands for idea, „D‟
fordefine, „E‟ for examples / evidences, „A‟ for analyse and „L‟ for linkparagraph
content back to the main idea. The merge of these twopowerful innovation; namely
ThinkQ Grid and Think2B IDEAL issuccessfully proven in the conduct of Project
Based Learning on„Forensic Arts, Crime Scene Investigation and Mock Trial‟.
Agamification kit is developed to assist pupils to learn as they play andbuild their
confidence on the topics discussed during play..

DIALOG PRESTASI PANITIA (DPP) SATU NARATIF BAHARU:
BIMBINGAN SISC+ BAHASA PPD BATU PAHAT

RAMLI YAHYA DAN ZAINAL ABIDIN ABDULLAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT, JALAN ZAHARAH, 83000 BATU

PAHAT,
JOHOR, MALAYSIA

Abstrak

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dalam Anjakan keenam iaitu
Mengupayakan JPN, PPD & Sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan
keperluan dan Fokus & Gerak Kerja Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 2020 (Bersama-
sama Melangkah Lebih Jauh) dalam Fokus ketiga iaitu Pelaksanaan program strategik untuk
meningkatkan dan menyokong akauntabiliti melalui DTP (Program Transformasi
Daerah).Dalam kuadron keempat Kerangka DTP menfokuskan pelaksanaan dialog
pencapaian di semua peringkat dengan memastikan sekolah, daerah, dan negeri untuk
mencapai sasaran.Sehubungan itu, Dialog Prestasi Panitia (DPP) yang merupakan salah satu
alat kolaboratif strategik dalam Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) perlu dilaksanakan
di sekolah-sekolah untuk meningkatkan kualiti guru dan pencapaian murid berdasarkan data
dan fakta yang sebenar.Hari ini, pengurusan panitia kurang berfokus kepada „data driven‟
berkaitan kebolehan serta keupayaan murid.Kebanayakan panitia juga mengabaikan
kepentingan „headcount murid‟ dan „headcount guru‟ serta menyediakan intervensi yang
kurang berkesan berdasarkan keperluan sebenar murid dan guru.Data pencapaian murid
(SAPS), data kualiti guru (SKPMg2 Standard 4), data kualiti pengurusan kurikulum (SKPMg2
Standard 3), data Analisis Keperluan Guru (TNA), dan data psikometrik sering diabaikan
dalam melaksanakan hala tuju dan rancangan strategik panitia di sekolah.Dialog Prestasi
Panitia (DPP) SISC+ Bahasa PPD Batu Pahat lebih berfokus kepada kolaboratif dan
perkaitan ketiga-tiga kluster utama Dialog Prestasi (Kluster 1 – Enrolmen Murid: Kehadiran
dan Keciciran), (Kluster 2 - Kemenjadian Murid) dan (Kluster 3 – Hal Ehwal Murid).Bermula
dengan memantau prestasi setiap murid mengikut mata pelajaran yang diajar oleh guru
berdasarkan kebolehan dan keupayaan murid, diikuti dengan mengenal pasti isu/ masalah dan
punca berdasarkan data sebenar pencapaian murid sama ada melalui Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD) atau penilaian di peringkat sekolah.Dapatan data ini membolehkan ahli dialog
DPP mencari penyelesaiaan isu/ masalah secara kolaboratif melalui perbincangan dan
pemilihan intervensi yang sesuai dengan penglibatan semua guru mata pelajaran berkenaan,
kaunselor dan guru disiplin.Seterusnya, perkongsian program atau intervensi yang berjaya
meningkatkan kualiti atau pencapaian guru dan murid perlu dikongsi dengan panitia lain di
sekolah yang sama.Perkongsian amalan baik ini perlu disebarluaskan ke peringkat daerah,
negeri, atau kebangsaan.Berdasarkan kajian impak yang telah dilaksanakan oleh SISC+
Bahasa PPD Batu Pahat Tahun 2020 terhadap 120 Ketua Panitia BM, BI, BC, BA, dan BT di
semua sekolah menengah daerah Batu Pahat mendapati 95.0% bersetuju dan sangat bersetuju
DPP SISC+ PPDBP telah meningkatkan prestasi murid dan kualiti guru dalam panitia
mereka.Kesimpulannya, pelaksanaan DPP ini telah berjaya meningkatkan kualiti pendidikan
di sekolah dan membantu guru lebih bersiap siaga dalam menjayakan Dialog Prestasi Sekolah
(DPS) dan Dialog Prestasi Daerah (DPD).

KAD BaJaNIC : INOVASI DALAM MENYEDIAKAN
IMBANGAN DUGA

MISSURIYATI BINTI MASNAN

SMK TINGGI KAJANG,
43000 KAJANG, SELANGOR

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah kefahaman murid dalam Imbangan
Duga di dalam Modul 6 Tingkatan 4 bagi mata pelajaran Perakaunan dengan
menggunakan Kad BaJaNIC. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah
pemerhatian di dalam kelas dan semakan helaian latihan. Hasil tinjauan
mendapati seramai 10 orang murid telah gagal menyediakan Duga dengan betul.
Teknik pembelajaran Mnemonic digunakan untuk kefahaman dan daya ingatan
murid kerana didapati tajuk ini perkaitan mengikut proses Kitaran Perakaunan
yang bermula dari Sumber, Buku Catatan Pertama, Lejar dan seterusnya
Imbangan Duga. itu, pengkaji memurnikan tajuk ini dengan mengikut kesesuaian
mata pelajaran dinamakan “BaJaNic”. BaJaNic merupakan singkatan daripada
Baba Jamilah . Kaedah pengajaran dan pemudahcaraan yang berpusatkan murid
yang akan melibatkan murid secara aktif di dalam kelas. Penggunaan Kad juga
dapat meningkatkan daya ingatan murid dan merupakan inovasi yang oleh
pengkaji bagi menyediakan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Ini
seterusnya dapat membantu murid mendapat keputusan yang lebih baik dalam
peperiksaan sebenar.

TEKNIK PENYOALAN GURU DALAM PENYAMPAIAN PDP:
SUATU PEMERHATIAN AWAL

MOHD LUQMAN HIDAYAT BIN ISMAIL

JEMAAH NAZIR NEGERI KEDAH

Abstrak

Teknik penyoalan merupakan salah satu cara seseorang guru merangsang murid
semasa penyampaian kemahiran dalam sesuatu mata pelajaran diajar. Bentuk-
bentuk soalan guru bermatlamat mencungkil kemahiran berfikir murid secara
kreatif dan kritis. Berdasarkan instrumen Standard 4: Pengajaran dan (PdPc)
dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang Dua (SKPMg2), kajian
ini telah menjadikan 100 orang guru di sekolah-sekolah negeri Kedah dipilih
secara rawak sebagai data kajian.
Secara khusus, kajian ini bertujuan meneliti kepelbagaian teknik penyoalan
digunakan oleh guru-guru tersebut semasa penyampaian PdPc dalam bilik
darjah. Hasil kajian mendapati bahawa guru-guru yang dicerap kerap
menggunakan teknik penyoalan terbuka dan tertutup, teknik penyoalan meminta
penjelasan, kurang memanfaatkan keupayaan murid untuk sesi perbincangan
sesama . Hasilnya, kaedah yang digunakan ini belum dapat menyumbang kepada
Instrumen Standard 4: Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) khususnya
berkaitan aspek 4.4.1 iaitu Guru Sebagai Pendorong (Minda Murid).

HARI 2 :

3 OGOS 2021 (SELASA)

LOKASI 1 : SEKTOR SUMBER TEKNOLOGI
PENDIDIKAN (SSTP PERLIS)

PEMBENTANG JEMPUTAN TAJUK INSTITUSI MASA
HJ SADLI BIN ABDULLAH
PERANAN GURU MGC 02.00-02.30
CEMERLANG MALAYSIA PTG

BIL PEMBENTANG TAJUK INSTITUSI MASA

1 DR KAVIZA A/P MANAR TAHAP PENGUASAAN SMK PADANG BESAR 2.30-2.45
KARAM KEMAHIRAN PEMIKIRAN UTARA,, PERLIS PTG
SEJARAH MELALUI
PEMBELAJARAN
BERASASKAN DOKUMEN
DENGAN PENDEKATAN
KEPELBAGAIAN SUMBER

TEKNIK MENGURUSKAN SMK TUANKU LAILATUL

NORLIDA BINTI MUHD PISOL MASA MENJAWAB KERTAS SHAHREEN, KANGAR, 2.45-3.00
PTG
2 2 SEJARAH SPM (TEKNIK PERLIS

NOR KAMARIAH BINTI CHIK JALAN LURUS/JALAN

KETAM/JALAN ITIK) UITM MERBOK KEDAH

MOHD FUAD BIN KASSIM KEBOLEHGUNAAN KOLEJ KOMUNITI ARAU 3.00-3.15
APLIKASI MODUL PERLIS PTG
MOHD FADLI BIN AHDON PENDIDIKAN ISLAM &
3 MORAL (AMPI) DALAM
PENGAJARAN &
AMIRA BINTI OMAR PEMBELAJARAN DI KOLEJ
KOMUNITI MALAYSIA

4 SUZIYANA BINTI HASSIM TASILOG MEMUDAHKAN SMK KING EDWARD VII 3.15-3.30
KONSEP SIRI HOMOLOG TAIPING, 34000 TAIPING, PTG
PERAK

JIMRNY ANAK JUING

5 ZAMBRI BIN ZAINAL INOVASI DAMAK PERI-PERI SMK SACRED HEART SIBU 3.30-3.45
SARAWAK PTG

HASINA BINTI ROSLI

6 ZANURIN BIN MOHAMAD ENHANCING LEARNER SMK SULTAN BADLISHAH, 3.45-4.00
SAFAR ENGAGEMENT IN ESL
CLASSROOMS 09000 KULIM, KEDAH PTG

7 ROMIZAL AMIR BIN ROSDI CR CODE STICKER SMK SULTAN ABDULLAH, 4.00-4.15
CHENDERONG PTG
BALAI,PERAK

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH
MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN
DOKUMEN DENGAN
PENDEKATAN KEPELBAGAIAN SUMBER

M. KAVIZA

SMK PADANG BESAR (U),
02100 PADANG BESAR, PERLIS

Abstrak

Kajian tinjauan secara deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap
penguasaa kemahiran pemikiran sejarah bagi murid yang mengikuti
pembelajaran berasaskan dokumen dengan pendekatan kepelbagaian sumber.
Seramai 34 orang murid Tingkatan Satu yang ditentukan melalui teknik
persampelan bertujuan-kelompok terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian ini
merupakan ujian penguasaan kemahiran pemikiran sejarah yang telah dibina
oleh pengkaji dan telah disahkan oleh panel pakar-pakar penilai serta
mempunyai nilai indeks kesukaran, indeks diskriminasi dan nilai
kebolehpercayaan yang baik dan diterima bagi tujuan kajian ini. Data kajian ini
dianalisis secara deskriptif iaitu min dan sisihan piawai melalui perisian IBM
SPSS versi 24. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan
kemahiran pemikiran sejarah secara keseluruhannya berada pada tahap
sederhana dalam kalangan murid yang mengikuti pembelajaran berasaskan
dokumen dengan pendekatan kepelbagaian sumber. Namun, dari segi
konstruknya pula, tahap penguasaan kemahiran memahami kronologi dan
kemahiran membuat interpretasi adalah berada pada tahap tinggi berbanding
dengan tahap penguasaan kemahiran meneroka bukti, membuat imaginasi dan
membuat rasionalisasi yang berada pada tahap sederhana dalam kajian ini.
Implikasi kajian ini diharapkan dapat dijadikan rujukan kepada pihak guru
untuk melaksanakan pembelajaran berasaskan dokumen sebagai strategi
pembelajaran dan pemudahcaraan sejarah yang berpotensi untuk meningkatkan
elemen kemahiran pemikiran sejarah seperti yang digariskan dalam kurikulum
sejarah.

Kata Kunci: Pembelajaran berasaskan dokumen, Kemahiran pemikiran sejarah,
Mata pelajaran sejarah, Pendekatan kepelbagaian sumber

TEKNIK MENGURUSKAN MASA MENJAWAB KERTAS 2
SEJARAH SPM

(TEKNIK JALAN LURUS/JALAN KETAM/ JALAN ITIK)

NORLIDA BINTI MUHD PISOL
SMK TUANKU LAILATUL SHAHREEN,

01000 KANGAR, PERLIS

NOR KAMARIAH BINTI CHIK
UITM MERBOK,

08400 MERBOK, KEDAH

Abstrak

Pelajar cemerlang tidak dilahirkan terus cemerlang tetapi memerlukan usaha
dan teknik pembelajaran yang efisien dan efektif. Antara teknik pembelajaran
yang dan efisien adalah pengurusan masa yang baik semasa menjawab soalan .
Oleh itu, teknik pengurusan masa ini amat penting dalam memastikan soalan
peperiksaan dapat dijawab dengan baik oleh murid. Kajian ini bagi
memperkenalkan kepada murid teknik pengurusan masa menjawab mata
pelajaran Sejarah Kertas 2 SPM. Melihat kepada permasalahan , pendekatan
teknik ini kepada murid adalah inovasi yang tepat bagi membantu supaya lebih
jelas dan mudah dalam menjawab soalan peperiksaan. Dapatan menunjukkan
murid dapat membahagikan masa dengan betul dalam menjawab semua soalan
peperiksaan Sejarah Kertas 2 dan menghasilkan jawapan yang lengkap dan
menepati kehendak soalan peperiksaan sekaligus menghasilkan markah yang
tinggi. Ini ditunjukkan oleh graf perbandingan keputusan peperiksaan Tahun
2019 dan peperiksaan Percubaan SPM tahun 2020 iaitu sebelum teknik dan
selepas murid menggunakan teknik ini dalam peperiksaan. Tanpa latar belakang
pencapaian dan tahap penguasaan murid terhadap mata Sejarah, makanya hal
ini sekaligus menghasilkan pelajar yang kreatif dan saing antara satu sama lain.

KEBOLEHGUNAAN APLIKASI MODUL PENDIDIKAN ISLAM &
MORAL (AMPI) DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DI

KOLEJ KOMUNITI

MOHD FUAD BIN KASSIM, MOHD FADLI BIN AHDONM
AMIRA BINTI OMAR

KOLEJ KOMUNITI ARAU,
02600 ARAU, PERLIS

[email protected]
([email protected]

[email protected]

Abstrak

Pembelajaran mobil (mobile learning) merupakan transformasi kepada kaedah
pembelajaran tanpa tertakluk kepada lokasi fizikal proses pembelajaran tersebut
. Evolusi yang menjurus kepada perubahan dalam teknologi pendidikan
membawa kepada penggunaan teknologi mobil sejajar dengan pembelajaran
heutagogi dan revolusi industri 4.0 yang meliputi pelbagai bidang termasuklah
pembelajaran berasaskan sejarah. Justeru itu satu mobile learning yang bernama
AMPI (Apps Modul Pendidikan Islam & Moral Komuniti) telah dibangunkan
sebagai salah satu alternatif pembelajaran Modul Islam dan Moral di kolej
komuniti. Ini lantaran daripada kajian rintis yang yang mendapati 78.2%
responden yang terdiri daripada pelajar di Kolej Arau mengalami masalah untuk
belajar di luar waktu kelas keranamendapatkan sumber bacaan dan rujukan yang
diperlukan. Satu kajian telah dijalankan bagi melihat potensi penggunaan
aplikasi AMPI dengan model Kurt Lewin dalam melihat kesan penggunaan
aplikasi AMPI sikap, motovasi dan kecekapan kendiri pelajar. Ujian pra dan
pasca telah kepada responden kajian untuk membandingkan jumlah markah yang
diperoleh oleh responden sebelum dan selepas aplikasi AMPI digunakan.
menunjukkan peningkatan markah sebanyak 28.4% dari 55.60% dalam ujian ke
84% dalam ujian pasca. Selain itu, instrumen pengujian berskala likert yang 4
konstruk Ujian Ukuran Skala Motivasi Bahan Pengajaran (IMMS) untuk menguji
maklumbalas responden semasa menggunakan aplikasi . Hasil kajian mendapati
pembelajaran berteraskan mobile learning yang dalam AMPI dapat menjadi
salah satu alternatif kepada usaha dalam pembelajaran mobil di kalangan
pelajar kolej komuniti.

Kata Kunci: pembelajaran mobil, mobile learning, AMPI

TASILOG TANGAN SIRI HOMOLOG MUSIM PANDEMIK

SUZIYANA BINTI HASSIM

SMK KING EDWARD VII TAIPING,
34000 TAIPING, PERAK

Abstrak

Konsep Sainsdirasai sangat kompleks dan sukar difahami oleh murid
(Hemmerich & Wiley,2002). Konsep sains yang sukar, menyebabkan murid tidak
dapat membayangkanfenomena saintifik dan mengaitkan maklumat pembelajaran
yang bermakna (Singer & Golden Mealdow, 2005) dan dengan bantuan gerakan
badan mahupun tangan membantu murid untuk memahami konsep yang konkrit
dalam pembelajaran yang berbeza perkembangan pembelajaran mereka(Mc
Neils 1992). Isu penguasaankonsep Siri Homolog Alkana, Alkena , Alkohol, Asid
Karboksilik dan Ester adalah salah satu topik yang dimana murid sukar
menguasainya dengan baik. Idea inovasi TaSiLOG tercetus, apabila rajah carta
alirsedia ada di pasaran menyebabkan murid merasai satu bebanan kognitif yang
menyebabkan motivasi murid untuk menguasai topik ini kurang
memberansangkan. Penggunaan tangan sebagai medium penguasaan konsep
menunjukkan hasil Ujian Pra mendapati daripada 10 soalan yang diberikan
kepada murid menggunakan carta alir siri homolog sedia ada, bilangan murid
yang mendapat jawapan markah yang betul adalahkurang dari 50.0%, dan
setelah menggunakan Inovasi TaSiLOG hampir keseluruhan soalan
muridmendapat jawapan dengan betul melebihi 50.0%,ini menunjukkan lonjakan
kefahaman murid selepas menggunakan TaSiLOG dapat meningkatkan
penguasaan murid dalam topik ini

DAMAK PERI-PERI

ZAMBRI BIN ZAINAL, JIMRNY ANAK JUING, HASINA BINTI ROSLI

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MIRI,
98000 MIRI, SARAWAK

Abstrak

Inovasi Damak Peri-peri dihasilkan bagi memudahkan murid-murid mempelajari
peribahasa. Walaupun ada banyak inovasi atau aktiviti yang berkaitan dengan
peribahasa yang dihasilkan oleh guru-guru cemerlang, guru-guru atau orang
perseorangan, namun inovasi yang kami hasilkan lebih menarik, kreatif dan berbentuk
maujud. Lagipun, soalan peribahasa diuji dalam soalan 5 Bahasa Melayu Kertas 2 Sijil
Pelajaran Malaysia yang memperuntukkan 6 markah. Antara bentuk soalan peribahasa
termasuklah menyatakan peribahasa yang sama maksud, melengkapkan peribahasa yang
sesuai di tempat kosong, menyatakan peribahasa yang tepat berdasarkan situasi,dan
memberikan maksud peribahasa. Kebanyakan murid tidak dapat memberikan jawapan
peribahasa yang betul malahan ada murid yang kehilangan markah kerana memberikan
jawapan peribahasa yang tidak lengkap atau terbalik. Oleh yang demikian, satu inovasi
permainan peribahasa yang menyerupai papan damak (dart) telah dicipta untuk
meningkatkan pengetahuan dan ingatan murid dalam peribahasa. Terdapat beberapa
jenis papan damak yang telah dihasilkan menggunakan tema kata kerja, unsur alam,
anggota badan, haiwan, buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan makanan sebagai salah
satu aktiviti permainan. Inovasi ini telah diuji kepada 65 orang murid dari SMK Sacred
Heart, Sibu Sarawak. Untuk mengenal pasti sejauh mana penggunaan Damak Peri-peri
terhadap pencapaian murid, ujian pra tentang peribahasa ditadbir sebelum rawatan
dijalankan. Manakala, ujian pos bagi topik yang sama pula ditadbir selepas rawatan
dijalankan. Dapatan kajian dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan ujian
topikal dan mendapati inovasi Damak Peri-peri berkesan dalam meningkatkan
penguasaan murid menjawab soalan peribahasa. Selain itu, pendekatan pelbagai gaya
pembelajaran dan pendekatan permainan atau gamifikasi yang digunakan dalam inovasi
Damak Peri-Peri dari segi kinestetik, visual dan auditori dapat meningkatkan
penguasaan murid dalam menjawab soalan peribahasa. Oleh itu, guru-guru disarankan
untuk melaksanakan pengajaran Bahasa Melayu dengan mengambil kira teknik
pengajaran yang kreatif untuk meningkatkan penguasaan murid dalam pengajaran dan
pembelajaran peribahasa peringkat SPM.

Kata Kunci : pelbagai gaya pembelajaran, kinestetik, visual, auditori, gamifikasi

ENHANCING LEARNER ENGAGENENT IN ESL CLASSROOMS

ZAINURIN BIN MOHAMAD SAFAR

SMK SULTAN BADLISHAH,
09000 KULIM, KEDAH
[email protected]

Abstract

Learner engagement has always been a crucial issue in any classroom. Teachers
cannot take this issue for granted as when learners are not engaged, they simply
are not learning. However, by adjusting pedagogical instructions, teachers can
actually increase the opportunities for learners to be engaged (Blackburn, 2014).
Goss and Sonnemann (2017) assert that it is vital for teachers to create the right
classroom climate for learning; raising learner expectations; developing a
rapport with learners; establishing routines; challenging learners to participate
and take risks as they affect how much learners engage and learn. This paper will
highlight an innovative teaching strategy named MAXi-Q which was designed for
ESL reading classrooms. MAXi-Q nurtures learners‟ confidence and skills to be
more engaged in their reading tasks by carrying out self-questioning as well as
peer questioning strategies. Learners will be equipped with 60 sample questions
formulated based on Bloom Taxanomy‟s six levels of cognitive domain. This paper
will also suggest ways of implementing MAXi-Q in ESL reading classrooms.

Keywords: learner engagement, MAXi-Q, ESL reading, questioning

„CR‟ CODE STICKER

ROMIZAL AMIR BIN ROSDI

SMK SULTAN ABDULLAH,
36750 CHENDERONG BALAI, PERAK

Abstrak

Cikgu Romie telah menghasilkan lebih 2500 video Pdpc yang telah dimuatnaik ke
laman Youtube. Ramai pelajar menjadikan video Cikgu Romie sebagai rujukan
semasa mengulangkaji, pelajaran lebih-lebih lagi ketika berlakunya pandemic
Covid-19. Masalah utama pelajar ialah mencari video yang sesuai dengan tajuk
yang ada di dalam buku teks. Pelajar terpaksa mencari dan memilih dari ribuan
video Cikgu Romie di Youtube. Memilih video yang sesuai akan memakan masa
yang agak lama dan pembaziran masa ini harus dielakkan. Jadi, Cikgu Romie telah
menghasilakan „CR code‟ sticker yang boleh ditampal ke dalam buku teks. Setiap
„CR code‟ sticker telah dilabelkan mengikut muka surat buku teks untuk rujukan.
Pelajar hanya perlu menampal „CR code‟ sticker ke dalam buku teks mengikut label
muka surat yang telah ditetapkan. Semasa mengulangkaji, pelajar hanya perlu
imbas stiker tersebut menggunakan telefon pintar menggunakan perisian QR
scanner. Setelah imbasan dibuat, pelajar akan disambungkan terus kepada video
Cikgu Romie yang berkaitan tajuk yang terdapat di dalam buku teks tersebut. Ini
secara tidak langsung akan memberi nilai tambah kepada buku teks yang sedia ada.

HARI 2 :

3 OGOS 2021 (SELASA)

LOKASI 2 : STUDIO SRK SERI INDERA

PEMBENTANG JEMPUTAN TAJUK INSTITUSI MASA
HJ SADLI BIN ABDULLAH
PERANAN GURU MGC 02.00-02.30
CEMERLANG MALAYSIA PTG

BIL PEMBENTANG TAJUK INSTITUSI MASA
2.30-2.45
1 NORERIFFIN BIN STORY OF CHEMEX : ANDROID SMK TUANKU LAILATUL
NORAZAMAN APPS FOR CHEMISTRY KSSM SHAHREEN, KANGAR PTG
PERLIS
2.45-3.00
NURULNAJHA JOM TERBANG SEK MEN KEB AGAMA PTG
BINTI SAIDON (P) ALAWIYAH KANGAR
2 PERLIS 3.00-3.15
RUZAIMI BIN PTG
OTHMAN
3.15-3.30
MENINGKAT KAN KEMAHIRAN PTG

NOR SHELAWATI MEMBACA KALIMAH ARAB SK LAHAD DATU 3.30-3.45
II,SABAH PTG
3 BT AWANG MENGGUNAKAN "KACAMUR"
3.45-4.00
@SAYUTI DALAM KALANGAN MURID PTG

TAHUN 5. 4.00-4.15
PTG
NUR HUFAIDAH MERANGSANG INGATAN MBK SMPK VOKASIONAL
4 BINTI MOHD DALAM PEMBELAJARAN INDAHPURA, JOHOR
PENYEDIAAN DAN PEMBUATAN
NAJAMUDIN MAKANAN MENGGUNAKAN
APLIKASI TIK TOK

5 SHARUNIZA AZUIN TECHNOLOGY APPROACH IN INSTITUT KEMAHIRAN
BT ABDUL RANI DIGITAL ENTREPRENEURSHIP MARA BESERI PERLIS
SUBJECT AT IKM BESERI

MUHAMMAD TEKNIK NOMET DALAM SEKOLAH SUKAN
6 AIZUDDIN BIN PENGUASAAN RAJAH SKEMA MALAYSIA PAHANG
PEWARISAN MENDEL (SAINS
ABDUL WAHAB SPM)

SARASWATHY

7 JAYASANKARAN AMALAN PENGAJARAN GURU SJKT LADANG VICTORIA
TERHADAP PEMBELAJARAN 09400 PADANG SERAI,
PADMINI KOPERATIF DALAM KEMAHIRAN KEDAH
PUNUSAMY MENULIS BINA AYAT

MENGGUNAKAN KAEDAH '

YAMIENI DEVI BLOK IDEA' ( TUNNEL BOOK)

GUA NDAR RAJU

STORY OF CHEMEX : ANDROID APPS FOR CHEMISTRY KSSM

NORERIFFIN BIN NORAZAMAN

SMK TUANKU LAILATUL SHAHREEN,
01000 KANGAR, PERLIS

Abstract

ChemEx is one of the chemistry apps, is developed tool to improve learning
efficiency, which can be utilized to raise the chemistry learning experience to a
new level. As the distance, one of the obstacle factors in learning chemistry student
may lost their temptation in chemistry. This paper aims to highlight development of
Chemex as blended approach in learning chemistry instead of efficiency in
learning and scores during chemistry exercise. ADDIE model used to analyse,
design, develop, implement, and evaluate Chemex as alternative approach in
teaching chemistry as best practice. Chemex well-designed to ensure provide the
best approach chemistry knowledge regarding Chemistry suitable for form 4
students in secondary school in Malaysia. By reassembling notes, reaction,
experiment, and data, Chemex has adequately convenient to various level of
students.The study found that mean score of four group increase 30% in post-test
form average score which is 50% result in pre-test which is to figure out low and
higher order thinking skill questions. The results from expertise feedback how
significant ChemEx to the student as alternative way to learn and engage in
Chemistry as integrated multimedia. Indeed, further research is needed to test
reliability of blended learning as 21st century pedagogy approach recommended by
Ministry of Education.

Keywords: Mobile- apps, Mobile learning, Learning Chemistry, Distance
learning, ADDIE model

AMALAN TERBAIK :
PROGRAM MOTIVASI PELAJAR (JPM TERBANG)

NURULNAJHA BINTI SAIDON
RUZAIMI BIN OTHMAN

GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK AGAMA (P) ALAWIYAH,
01000 KANGAR, PERLIS

Abstrak

Menjadikan kecemerlangan pelajar lepas sebagai motivasi merupakan satu langkah
bijak yang boleh diambil oleh murid sebagai satu dorongan belajar yang berkesan.
Tambahan pula, pelajar cemerlang yang sedang belajar di univerisiti dalam dan luar
negara ini mempunyai pengalaman luas yang telah dilalui di suasana persekitaran
pembelajaran yang sama. Amalan terbaik untuk dikongsikan ini diberi nama Jom
Terbang.Antara objektif program ini dilaksanakan bertujuan memberi tips belajar
berkesan berdasarkan pengalaman senior .Selain ini, murid dapat dorongan motivasi
untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dengan melihat suasana pembelajaran di
universiti luar dan dalam negara. Murid dapat mengetahui pelbagai pilihan
pengajian selepas SPM dan STPM. Unit Bimbingan dan Kaunseling juga dapat
mengurungkan kos perbelanjaan untuk melaksanakan program motivasi ini, kerana
semestinya perkongsian bersama bekas pelajar sekolah ini dilaksanakan dengan sifar
perbelanjaan Program ini telah dan akan dilaksanakan secara atas talian melibat
murid sekolah secara berkumpulan mengikut tingkatan. Melalui senarai kehadiran
yang telah dibuat menunjukkan peratus kehadiran murid mengikuti slot di atas talian
ini meningkat setiap slot .Selain itu, melalui penilaian program yang dijalankan telah
menunjukkan dan membuktikan bahawa, hampir 100% peserta merekodkan bahawa
slot ini sangat bermakna dan bermanfaat kerana banyak info dan tips belajar mudah
telah dikongsikan bersama murid. Semangat belajar mereka turut meningkat setelah
mengikuti slot Jom Terbang ini. Murid juga sangat teruja jika slot Bersama pelajar di
luar negara. Sesungguhnya amalan terbaik Program Motivasi Jom Terbang ini perlu
diteruskan pada masa akan datang di semua sekolah di mana ianya telah
merangkumi 4 bidang utama perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang telah
digariskan oleh KPM.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA KALIMAH ARAB
MENGGUNAKAN „KACAMUR‟ DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5

NOR SHELAWATI BT AWANG @ SAYUTI

SEKOLAH KEBANGSAAN LAHAD DATU II,
91100 LAHAD DATU, SABAH

Abstrak

Kajian ini bertujuan bagi membantu murid yang lemah dalam menguasai
membaca kalimah Arab dalam buku teks Bahasa Arab Tahun 5.Sampel
melibatkan seramai 6 orang murid yang terdiri dari 4 lelaki dan 2 .Kajian ini
berfokuskan kepada kemahiran membaca kalimah Arab dikalangan murid tahun
5.Tinjauan awal telah dibuat dengan ujian pra yang menunjukkan murid lemah
terhadap membaca kalimah Arab.Melalui tinjauan ini murid didapati mempunyai
masalah pembelajaran yang pasif didalam bilik darjah .Oleh yang demikian
pendekatan “KACAMUR” diperkenalkan kepada murid sebagai satu cara untuk
mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid membaca kalimah
Arab.Kajian juga telah menjalankan pelan tindakan pendekatan “KACAMUR”
yang diperkenalkan dan mendapati kemahiran membaca kalimah arab semakin
meningkat jika dibandingkan sebelumnya. Murid tersebut lebih menunjukkan
sikap positif dengan pembelajaran aktif untuk menguasai kemahiran membaca
kalimah Arab mempunyai keyakinan diri dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di kelas mencapai keputusan Tahap Penguasaan (TP) yang
cemerlang dalam Pentaksiran Bilik darjah (PBD).

MERANGSANG INGATAN MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
DALAM PEMBELAJARAN PENYEDIAAN DAN PEMBUATAN
MAKANAN MENGGUNAKAN APLIKASI TIKTOK

NUR HUFAIDAH BINTI MOHD NAJAMUDIN

SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL
INDAHPURA

SISIRAN INDAHPURA 36/6, 81000 KULAI, JOHOR
[email protected]

Abstrak

“Skill for living, towards excellent future” adalah visi sekolah dalam usaha
melahirkan murid yang berkemahiran dan berketerampilan. Berikutan proses
pembelajaran di sekolah ditangguhkan akibat pandemik Covid 19, maka suatu
kaedah pembelajaran diketengahkan untuk memastikan pembelajaran murid di
rumah ataupun Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mencapai tahap
maksimum. Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan saya dalam
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kepada murid berkeperluan khas
(MBK) bagi Kursus Penyediaan dan Pembuatan Makanan dengan menggunakan
aplikasi TikTok bagi merangsang ingatan mereka. Kajian ini dijalankan dengan
menggunakan rekabentuk kajian deskriptif dan kualitatif yang melibatkan
kumpulan sasaran seramai 7 orang murid kelas 5PPMA yang merupakan pelatih
bagi Kursus Penyediaan dan Pembuatan Makanan. Kajian ini dilaksanakan
dengan berkongsi kepada murid video TikTok bagi bahan pembelajaran dengan
menggabungkan unsur gaya atau isyarat khas bagi memudahkan murid mengingati
fakta pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Dapatan kajian mendapati
aktiviti pembelajaran menggunakan aplikasi TikTok telah menambahbaik amalan
saya dalam PdPR dan merangsang murid mengingati fakta pembelajaran malahan
menjadikan murid lebih kreatif dalam mengolah idea bagi penghasilan video
TikTok pembelajaran mereka sendiri. Melalui kajian ini telah dikenalpasti
pembelajaran menggunakan aplikasi TikTok dapat merangsang ingatan murid dan
membantu guru memahami proses pelaksanaan kajian tindakan secara
keseluruhannya.

Kata Kunci: aplikasi TikTok, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah , Murid
Berkeperluan Khas

TECHNOLOGY APPROACH IN DIGITAL ENTREPRENEURSHIP
SUBJECT AT IKM BESERI

SHARUNIZA AZUIN BT ABDUL RANI

INSTITUT KEMAHIRAN MARA BESERI,
01000 KANGAR, PERLIS

Abstrak

Over past few years there has been increasing interest in the topic of
education. The practical nature of entrepreneurship was quite for graduated
students at Institut Kemahiran MARA Beseri which most of were involving in
a business while some of them were further their studies and options.
Nowadays, the emphasis in classroom learning has moved from learning into
active learning method. Various methods had been using in learning that the
educator think might suitable for students in their .

TEKNIK NOMET: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID UNTUK
MENYELESAIKAN RAJAH SKEMA PEWARISAN MENDEL BAGI MATA

PELAJARAN SAINS TINGKATAN 4

MUHAMMAD AIZUDDIN ABDUL WAHAB

SEKOLAH SUKAN MALAYSIA PAHANG,
JALAN BANDAR GAMBANG 10, 26300, GAMBANG

[email protected]

Abstrak

Rajah skema Pewarisan Mendel merupakan salah satu tajuk yang penting dalam bab
Genetik tingkatan 4. Oleh itu, penguasaan murid-murid dalam menyelesaikan rajah
skema pewarisan Mendel adalah sangat penting. Kajian tindakan ini dijalankan
bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid tingkatan 4 Jaguh dalam
menyelesaikan masalah yang melibatkan rajah skema Pewarisan Mendel melalui
teknik Nomet. Peserta kajian terdiri daripada 6 orang murid Tingkatan 4 Jaguh.
Instrumen yang digunakan adalah melalui sesi temu bual, soal selidik, soalan ujian
pra dan ujian pos serta pemerhatian. Hasil analisis data ujian pos mendapati
kesemua 6 orang atau 100% murid menunjukkan peningkatan markah dalam ujian
tersebut. Hasil pemerhatian dan soal selidik juga menunjukkan bahawa murid-murid
boleh melakar rajah percantuman gamet dengan betul serta dapat menentukan nisbah
fenotip dan genotip bagi kacukan monohibrid. Maka terbuktilah bahawa teknik
Nomet berupaya meningkatkan kemahiran murid dalam menyelesaikan soalan
berkaitan rajah skema Pewarisan Mendel seterusnya memudahkan mereka menguasai
tajuk Genetik.

INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :

AMALAN PENGAJARAN GURU TERHADAP PEMBELAJARAN
KOPERATIF DALAM KEMAHIRAN MENULIS BINA AYAT

MENGGUNAKAN KAEDAH TOOLKIT„ BLOK IDEA ‟( TUNNEL
BOOK )

SARASWATHY JAYASANKARAN
PADMINI PUNUSAMY

YAMIENI DEVI GUA NDAR RAJU

SJKT LADANG VICTORIA
09400 PADANG SERAI, KEDAH

Abstrak

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Pelan pembangunan
Pendidikan Malaysia ( PPPM ) 2013 – 2025 yang memberi tumpuan kepada
pembelajaran abad 21 iaitu peranan guru sebagai pemudahcara ( KPM 2013 )
. Pihak KPM menggalakkan para guru untuk melaksanakan kaedah
pengajaran yang berpusatkan murid untuk meningkatkan kemenjadian
murid.Dalam sistem pendidikan , guru merupakan pengaruh utama semasa
PdP ( Chik&Abdullah , 2018). Oleh itu , Sesuai dengan peredaran semasa guru
Bahasa Melayu perlu melaksanakan PdP secara kreatif dan inovatif. Salah
satu daripadanya adalahkaedah pengajaran yang terkini iaitu pembelajaran
koperatif dengan menggunakan toolkit“ Blok Idea”. Idea inovasi ini tercetus
apabila melihat murid sukar untuk mencari idea semasa menulis ayat . Toolkit
ini memainkan peranan untuk memberi idea untukmembina ayat .Apabila
murid melihat sesuatu gambar mereka dapat menghubungkaikan dengan tema
yang diberi. Setiap gambar akan memberi laluan kepada murid untuk
meluahkan isi. Kaedah Blok idea ini memberi satu pendedahannorma baharu
bagi murid berfikir dan bergiat dalam kumpulan untuk membentuk dan
berkongsi idea bagi membentuk satu ayat yang lebih mantap dalam kalangan
murid . Selain itu , bahan inovasi bahasa ini juga dapat memberi keyakinan
dalam kalangan murid cemerlang mahupun murid lemah untuk berfikir dan
menulis idea yang tercetus dalam minda murid. Kaedah ini juga dapat
meningkatkan prestasi murid dalam kemahiran menulis .


Click to View FlipBook Version