The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENDIDIKAN MUZIK T6 SK (SEMAKAN 2017)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hudaskip1, 2022-03-23 10:26:05

Buku Teks Pendidikan Muzik Tahun 6

PENDIDIKAN MUZIK T6 SK (SEMAKAN 2017)

RM7.70
BT17001

SEKOLAH KEBA GSAA

RUKUN NEGARA

Bahawasanya Negara Kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya;

Memelihara satu cara hidup demokrasi;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia,
berikrar akan menumpukan

seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

(Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)

Dengan ini, SAYA BERJANJI akan menjaga buku ini
dengan baiknya dan bertanggungjawab atas kehilangannya,

serta mengembalikannya kepada pihak sekolah pada
tarikh yang ditetapkan.

Skim Pinjaman Buku Teks

Sekolah _______________________________________

Tahun Darjah Nama Penerima Tarikh
Terima

Nombor Perolehan: ______________________________
Tarikh Penerimaan: ______________________________

BUKU INI TIDAK BOLEH DIJUAL

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
(SEMAKAN 2017)

SEKOLAH KEBA GSAA

Penulis
Lim Li Wen
Mahiran binti Man
Editor
Ana Suhana binti Zainuddin
Ku Nurul Hidayah binti Ku Abdul Rahman
Pereka Bentuk
Mohd Ashrul bin Zainal Alam
Ilustrator
Mardhiyah binti Zulkifly

Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur
2021

No. Siri Buku: 0010 PENGHARGAAN

KK 780-221-0102011-49-3282-20101 Penerbitan buku teks ini melibatkan
ISBN 978-983-49-3282-4 kerjasama banyak pihak. Sekalung
penghargaan dan terima kasih ditujukan
Cetakan Pertama 2021 kepada semua pihak yang terlibat:
© Kementerian Pendidikan Malaysia 2021
• Jawatankuasa Penyemakan Pruf
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan Muka Surat, Bahagian Sumber
dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan dan Teknologi Pendidikan,
semula, disimpan dalam cara yang boleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan
dalam sebarang bentuk atau cara, baik • Jawatankuasa Penyemakan
dengan cara bahan elektronik, mekanik, Naskhah Sedia Kamera, Bahagian
penggambaran semula mahupun dengan Sumber dan Teknologi Pendidikan,
cara perakaman tanpa kebenaran terlebih Kementerian Pendidikan Malaysia.
dahulu daripada Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Bahagian Sumber dan Teknologi
Perundingan tertakluk kepada perkiraan Pendidikan dan Bahagian
royalti atau honorarium. Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Diterbitkan untuk
Kementerian Pendidikan Malaysia oleh: • Jawatankuasa Peningkatan Mutu,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur. • Panel Pembaca Luar,
No. Telefon: 03-21479000 (8 talian) Dewan Bahasa dan Pustaka.
No. Faksimile: 03-21479643
Laman Web: http://www.dbp.gov.my • EMI Music Publishing Malaysia Sdn. Bhd.

Reka Letak dan Atur Huruf:
PNMB Education and Publication Sdn. Bhd.

Muka Taip Teks: Azim
Saiz Muka Taip Teks: 13 poin

Dicetak oleh:
Unggul Printing (KL) Sdn. Bhd.,
No.17, Jalan Hitech 6/1,
Kawasan Perindustrian Hitech 6,
43500 Semenyih,
Selangor.

KANDUNGAN

Pendahuluan iv
Pengenalan Ikon v
Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21 vi
Elemen Muzik
1

Unit 1 Setia Kawan 2

Unit 2 Gerbang Ilmu 10

Unit 3 Tudung Periuk 18

Unit 4 Rangkaian Globalisasi 26

Unit 5 Mikroorganisma 36

Projek SENI MUZIK Penggal SATU 44

Unit 6 Memori Indah 46
Unit 7 Puteri Legenda Langkawi 54
Unit 8 Warna-warni Malaysia 62
Unit 9 Kelestarian Alam 70
Unit 10 Rindu 78

Projek SENI MUZIK Penggal DUA 88

Glosari 90

iii

PENDAHULUAN

Buku teks Pendidikan Muzik Tahun 6 Sekolah Kebangsaan (SK) ini disediakan berdasarkan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Muzik Tahun 6 SK (Semakan 2017)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia. Buku teks ini merangkumi empat modul yang terdapat dalam kerangka
KSSR Pendidikan Muzik, iaitu modul Bahasa Muzik, Kemahiran Muzik, Kreativiti Muzik dan Apresiasi
Muzik. Modul ini ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) agar dapat melahirkan
insan yang berkebolehan, berpengetahuan dan mempunyai kemahiran asas pendidikan muzik
serta menjalani kehidupan harian sebagai insan yang kritis, kreatif, inovatif dan seimbang dari
segi intelektual dan sahsiah.

Kandungan buku teks ini yang bersesuaian dengan pengguna sasaran dipersembahkan
daripada aras mudah ke aras sukar selari dengan peningkatan ilmu teori dan praktikal
pembelajaran muzik dari tahun 1 hingga tahun 5. Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
yang terkandung dalam buku teks ini menitikberatkan kebolehan mengaplikasi, menganalisis,
menilai dan mencipta bagi setiap aktiviti secara kendiri, berpasangan atau berkumpulan. Guru
perlu sentiasa bersedia dan prihatin dalam membimbing serta mengukuhkan kemahiran dan
kreativiti murid melalui aktiviti mendengar, berkarya dan membuat persembahan yang berkesan.

Selain itu, aktiviti dan latihan dalam 10 unit buku teks ini telah dirancang mengikut
tempoh masa yang bersesuaian. Namun begitu, guru fleksibel dalam menentukan kaedah
PdP berdasarkan kemampuan murid masing-masing. Pada setiap hujung penggal, murid
berpeluang membuat persediaan dan menjalankan Projek Seni Muzik berskala kecil dalam
kumpulan dengan bimbingan guru. Dua minggu diperuntukkan untuk merancang aktiviti muzikal,
dua minggu untuk membuat latihan dan satu minggu terakhir untuk membuat persembahan.

Di samping itu, buku teks ini juga disokong oleh DVD audio yang mengandungi lagu (vokal,
instrumental, minus one) serta latihan vokal, alat perkusi dan rekoder yang lengkap sebagai
panduan kepada murid semasa sesi PdP berlangsung. Audio yang disediakan berpandukan skor
yang terdapat dalam buku teks. Guru juga boleh merujuk skor untuk memainkan muzik iringan
dengan alat muzik pilihan seperti gitar dan piano semasa aktiviti PdP berlangsung.

Penulis merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses penyediaan dan penerbitan
buku teks ini. Diharapkan penerapan mata pelajaran Pendidikan Muzik Tahun 6 SK ini dapat
melahirkan insan yang intelektual dan dilengkapi dengan kemahiran muzikal yang menjadi
pengukuh pembentukan sahsiah dan disiplin diri yang seimbang selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

iivv

PENGENALAN IKON

Nombor dan tajuk unit. Kod QR - Maklumat
sokongan dalam
bentuk dokumen,
video dan skor lagu.

Lagu dan latihan yang disediakan NGUORTUA Maklumat tambahan serta
dalam DVD audio bagi membantu arahan kepada guru untuk
guru dan murid melaksanakan melaksanakan aktiviti serta
aktiviti muzikal. latihan PdP.

TIP Panduan atau langkah
dalam menjalani sesuatu
aktiviti muzikal.

Cadangan minggu untuk pengajaran Informasi menarik
dan pembelajaran (PdP). tentang sesuatu topik yang
berkaitan dengan muzik.
TaKhaumkua?h

Nombor Standard INFO Maklumat tambahan tentang
Pembelajaran (SP) seperti sesuatu topik yang berkaitan
yang terdapat dalam DSKP. dengan muzik.

Elemen Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT)
untuk merangsang
pemikiran murid.
Alat perkusi yang digunakan dalam buku teks ini.

kastanet loceng kerincing kayu tik tok tamborin

egg shaker klaves dram bes rekoder

vv

AKTIVITI PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Pada tahun 5, terdapat lapan aktiviti PAK-21 yang telah diperkenalkan. Bagi buku teks Pendidikan
Muzik Tahun 6 SK pula, penulis mencadangkan lapan lagi aktiviti PAK-21 yang bersesuaian dengan
Standard Pembelajaran (SP) dan dapat membantu murid menjalankan aktiviti secara berkumpulan
di dalam kelas atau di luar kelas. Setiap aktiviti PAK-21 yang dijalankan secara berkesan boleh
memenuhi tempoh masa pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid.

Kongsi-Pendapat (Share-Your-View) Kerja Berkumpulan (Group Work)

Guru mengajukan soalan kepada murid. Murid Setiap individu melakukan aktiviti yang sama
akan memberikan maklum balas “setuju”, dalam kumpulan yang besar.
“tidak setuju” atau “tidak pasti”.

Satu-Dua-Semua (One-Two-Group)

Guru mengajukan soalan atau penyataan kepada murid. Murid diberi tempoh masa untuk berfikir
secara kendiri. Isyarat akan dibunyikan sebanyak dua kali. Selepas isyarat pertama dibunyikan,
murid berkongsi idea dengan rakan di sebelahnya secara berpasangan. Selepas isyarat kedua
pula, murid berkongsi pendapat mereka secara berkumpulan.

Utara-Selatan (North-To-South)

Tiga stesen dilabelkan Kutub Utara, Kutub Selatan dan Khatulistiwa. Guru memberikan soalan
atau arahan kepada murid. Murid bergerak ke arah jawapan atau penyataan pilihan mereka
berdasarkan label yang tersebut.

Saya-Kongsi-Sepakat (Mine-N-Combine)

Sehelai combo-mat diletakkan di tengah meja setiap kumpulan. Guru mengajukan soalan atau
penyataan kepada murid. Murid menulis pada bahagian mine di combo-mat tersebut. Sekiranya
idea salah seorang ahli kumpulan dipersetujui, idea tersebut dibulatkan dengan pensel atau pen.
Apabila isyarat dibunyikan, murid memilih idea yang dibulatkan untuk ditulis di bahagian tengah
combo-mat, iaitu di bahagian combine. Setiap kumpulan menerangkan idea mereka.

Tulis Cepat-cepat (Idea-Rush)

Guru mengajukan soalan dan menetapkan had masa. Secara berkumpulan, murid menulis
jawapan atau idea pada kertas kecil dengan cepatnya dan meletakkan kertas tersebut di tengah
kertas yang besar. Kemudian, murid membaca jawapan atau idea mereka dengan kuat agar
ahli kumpulan tidak menulis jawapan atau idea yang sama. Apabila isyarat dibunyikan, murid
berbincang dan menyusun idea mengikut kriteria yang diberikan oleh guru dan dipersetujui oleh
semua ahli kumpulan.

Soal-dan-Bimbing (Question-N-Coach)

Guru menyediakan beberapa soalan. Murid diberi sekeping kad. Murid diberi tempoh masa
untuk mempertimbangkan soalan, menjawab soalan dan menerima bimbingan sekiranya
perlu. Apabila isyarat dibunyikan, murid mencari pasangan yang mempunyai soalan yang
berbeza. Mereka mengajukan soalan dan jawapan secara bergilir-gilir dan bertubi-tubi kepada
pasangan mereka sehingga menemukan jawapan. Mereka meneruskan aktiviti Soal-dan-
Bimbing sehingga masa tamat.

Baik-Kurang baik-Menarik (Plus-Minus-Interesting)
Guru memberikan sekeping kad ulasan (P-M-I) kepada murid. Murid menulis ulasan tentang aktiviti
pada ruang yang disediakan pada kad.

vvii

Elemen Muzik

Secara umumnya, terdapat tujuh elemen muzik yang menjadi asas dalam
pemahaman pendidikan muzik. Murid telah didedahkan dengan definisi elemen
muzik ini bermula dari tahun 3 hingga tahun 5. Cuba lihat keratan skor di bawah
dan kaitkannya dengan elemen muzik yang dinyatakan.

Bentuk Irama
Bahagian yang Pergerakan bunyi
mempunyai muzikal yang
ciri-ciri tersendiri terhasil daripada
dalam sesebuah gabungan bunyi
lagu. panjang dan
Tekstur pendek.
Jenis susunan
jalinan melodi Ekspresi
yang membentuk Penghasilan
lapisan nipis perasaan (mood)
dan tebal dalam hasil daripada
sesebuah karya. kepelbagaian
dinamik bunyi dan
Harmoni artikulasi yang
Penghasilan bunyi menarik.
yang harmoni
daripada dua atau Melodi
lebih pic yang Pergerakan bunyi
berlainan. muzikal yang terhasil
daripada gabungan
Warna Ton bunyi tinggi dan
Kualiti sesuatu rendah dengan
bunyi. bunyi panjang
dan pendek.

1

Setia Kawan

Lagu: Lim Li Wen Lirik: Mahiran Man

Setia kawan tanda persahabatan
Tak kira bangsa, agama dan budaya
Berganding bahu bersama sentiasa
Bersatu hati membangunkan negara

Kami amal nilai-nilai murni
Sopan santun hormat-menghormati

Perpaduan menjadi warisan
Bersepakat membentuk negara
Setia kawan perlukan keikhlasan
Bertoleransi tanpa ragu dan bimbang
Janji setia kemakmuran bersama
Nikmati hasil Malaysiaku tercinta

Kami amal nilai-nilai murni
Sopan santun hormat-menghormati

Perpaduan menjadi warisan
Bersepakat membentuk negara

2

Minggu 1 Audio 1: Latihan Vokal 1
Audio 2: Latihan Vokal 2
A Latihan Vokal Audio 3: Latihan Vokal 3
Sebelum menyanyikan lagu Setia Kawan, Audio 4: Latihan Vokal 4
mari lakukan latihan vokal bersama-sama.
Tarik nafas secukupnya sebelum udara udara
menyanyikan setiap frasa dalam latihan masuk keluar
vokal di bawah. Kemudian, dengar audio
dengan telitinya dan ajuk pada bar . diafragma turun diafragma naik
Bernyanyi dengan pic yang betul.
tarik nafas hembus nafas
Latihan Vokal 1

Latihan Vokal 2

la la la la la la la la la la la la la la la la la la la la la la la la la la la la

Latihan Vokal 3

Latihan Vokal 4

Mengapakah kita perlu melakukan latihan
vokal sebelum bernyanyi?

2.1.1 • Bimbing murid membuat latihan vokal mengikut frasa demi frasa pada

NOTA baluk yang berwarna biru.

GURU • Galakkan murid melakukan aktiviti secara berpasangan.

EMK: Bahasa : Mengaplikasi PAK-21: Fikir-Pasang-Kongsi

3

Minggu 1 Audio 5: Vokal Setia Kawan
Audio 6: Instrumental Setia Kawan
B Nyanyian Audio 7: Minus One Setia Kawan

Nyanyikan lagu Setia Kawan dengan pic dan tempo yang betul.

Setia Kawan

Lagu: Lim Li Wen
Lirik : Mahiran Man

-

2.1.1 • Bimbing murid bernyanyi dengan pic dan tempo yang betul.
2.1.2
(i)(ii) NGUORTUA • Bimbing murid bernyanyi mengikut dinamik yang tertera pada skor lagu Setia Kawan.

4 EMK: Bahasa : Mengaplikasi PAK-21: Kerja Berkumpulan

Minggu 1 Audio 8: Crescendo
Audio 9: Decrescendo
C Crescendo dan Decrescendo Audio 10: Crescendo dan Decrescendo

pKa(pmiauntoe)laphadmaetamhpuenla5ja. Sriedkianraamngik, kuat, f (forte) dan dinamik lembut,

mari kenali dinamik crescendo (beransur

kuat) dan decrescendo (beransur lembut).

Dinamik ialah sifat kuat atau lembut bunyi muzik yang

dihasilkan. Dalam skor lagu, simbol dinamik crescendo

ialah dan decrescendo ialah .

Dengar Audio 10 dengan telitinya. Apakah yang dapat kamu kaitkan antara
gambar di bawah dengan bunyi yang didengar?

pf p

lembut beransur kuat kuat beransur lembut lembut

Lihat simbol crescendo dan decrescendo di bawah. Sebut kedua-dua dinamik
tersebut mengikut simbol masing-masing dan hayati bunyinya.

Tulis frasa “Tak kira bangsa, agama dan budaya” mengikut simbol crescendo
dan descresendo. Kemudian, sebut frasa tersebut mengikut dinamik.

p f2.1.2

NOTA p f(i)(ii)
• Ingatkan murid tentang dinamik dan yang telah dipelajari pada tahun 5.
• Bimbing murid mendengar audio dan menyanyikan dinamik , , crescendo
dan decrescendo.
GURU • Bimbing murid menyanyikan lagu Setia Kawan semula berpandukan dinamik yang

terdapat pada skor.

: Mengaplikasi PAK-21: Kerja Berkumpulan 5
EMK: Keusahawanan

Minggu 2 Audio 11 : Latihan 1
Audio 12 : Latihan 2
D Tepukan Corak Irama Audio 13: Muzik Iringan
Audio 14 : Latihan Perkusi Mulut
Mainkan corak irama di bawah
dengan perkusi badan. tanda rehat tepuk tangan
krocet
Latihan 1 hentak kaki

Latihan 2

1 Semua murid duduk di atas kerusi dalam satu bulatan.

2 Mainkan corak irama mengikut skor sepanjang 32 detik menggunakan
perkusi badan dengan iringan Audio 13.

E Perkusi Mulut
Lakukan latihan perkusi mulut di bawah bersama-sama.

Latihan Perkusi Mulut

INFO Banding beza perkusi mulut
dengan perkusi badan.

Beatbox atau rentak muzik ialah imitasi bunyi mesin dram (sejenis alat elektronik
yang menghasilkan bunyi dram) menggunakan mulut dan suara.

6

Minggu 2 Audio 15: Ensembel Latihan Corak Irama 1
Audio 16: Latihan Corak Irama 1 (kastanet)
F Corak Irama Audio 17: Latihan Corak Irama 1 (loceng)
Mainkan alat perkusi mengikut Latihan Audio 18: Latihan Corak Irama 1 (kerincing)
Corak Irama 1 dan 2 sebagai persediaan Audio 19: Ensembel Latihan Corak Irama 2
sebelum mengiringi lagu Setia Kawan. Audio 20: Latihan Corak Irama 2 (kastanet)
Audio 21: Latihan Corak Irama 2 (loceng)
Audio 22: Latihan Corak Irama 2 (kerincing)

Latihan Corak Irama 1

Latihan Corak Irama 2

Loceng boleh dimainkan secara Cara memainkan
menggoncang bagi menghasilkan alat perkusi
bunyi berdetar (rattling roll).

2.2.1 NGUORTUA • Bahagikan murid kepada tiga kumpulan, iaitu Kumpulan 1 (kastanet), Kumpulan 2
(i)(ii) (loceng) dan Kumpulan 3 (kerincing).
2.2.2 • Minta murid membuat latihan dalam kumpulan masing-masing sebelum
(i)(ii) memainkan alat perkusi mengikut skor ensembel pada halaman 8 dan 9.
• Minta murid mencari maklumat tentang perkusi mulut dan perkusi badan.
Banding beza antara kedua-dua perkusi tersebut. 7

EMK: Bahasa : Mengaplikasi PAK-21: Kerja Berkumpulan

Minggu 2 Audio 23: Ensembel Alat Perkusi Setia Kawan
Audio 24: Instrumental Setia Kawan (kastanet)
G Ensembel Alat Perkusi Audio 25: Instrumental Setia Kawan (loceng)
Mainkan alat perkusi mengikut Audio 26: Instrumental Setia Kawan (kerincing)
skor Setia Kawan secara ensembel. Audio 27: Minus One Setia Kawan

Setia Kawan

Lagu: Lim Li Wen
Lirik : Mahiran Man

8

Minggu 2

TaKhaumkua?h Setia kawan bermaksud
persefahaman dan kesepakatan
dalam persahabatan.

2.2.1 NGUORTUA • Bahagikan murid kepada empat kumpulan, iaitu Kumpulan 1 menyanyikan lagu Setia
(i)(ii) Kawan sementara Kumpulan 2, 3 dan 4 memainkan alat perkusi untuk mengiringi nyanyian.
2.2.2
(i)(ii) EMK: Bahasa : Mengaplikasi PAK-21: Kerja Berkumpulan

9

GERBANG ILMU

Gerbang Ilmu

Lagu: Lim Li Wen Lirik: Mahiran Man

Enam pagi jam berbunyi aku capai tuala mandi
Hatiku sangat girang dapat bertemu rakan lagi

Ke sekolahku mencari ilmu
Agar diriku bertambah maju

Dunia era globalisasi
Segala ilmu di hujung jari
Ilmu rohani dijunjung tinggi
Seiring teknologi terkini
Terbuka luas pintu gerbang ilmu di depan mata
Rajin usaha serta jangan mudah berputus asa
Jadikan ilmu pegangan kita
Ilmu berguna setiap masa

10

Minggu 3 Audio 28: Vokal Mouse Mousie
Audio 29: Instrumental Mouse Mousie
A Nyanyian Audio 30: Minus One Mouse Mousie

Sebelum mula bernyanyi, mari sebut frasa pematah lidah (tongue twister)
di bawah bersama-sama. Baca frasa di bawah secara berulang-ulang dengan
sebutan yang betul dan laju.

Red lorry, yellow lorry

Kakakku kata, kuku kakiku kotor
Kukikis kuku kotor kakiku

Dengar Audio 28 dengan teliti dan ajuk. Nyanyikan lagu Mouse Mousie dengan
pic yang betul

Mouse Mousie

Lagu Rakyat Inggeris

Mouse, mousie, little mousie
Hurry, hurry do!

Or the kitty in the housie
Will be chasing you

Cadangkan pematah lidah dengan
frasa atau ayat lain yang sesuai.

2.1.1 • Pematah lidah (tongue twister) ialah pilihan dan susunan perkataan, frasa atau ayat
yang sukar disebut terutamanya apabila disebut berulang kali dengan lajunya.
NOTA Pematah lidah biasanya berunsur kecindan.
GURU • Bimbing murid membuat latihan pematah lidah (tongue twisters) mengikut ansur maju
daripada tempo lambat kepada tempo cepat.

• Bimbing murid membuat latihan vokal dengan pic yang betul. 11

EMK: Keusahawanan : Menganalisis PAK-21: Fikir-Pasang-Kongsi

Minggu 3 Audio 31: Vokal Gerbang Ilmu
Audio 32: Instrumental Gerbang Ilmu
B Nyanyian Audio 33: Minus One Gerbang Ilmu

Nyanyikan lagu Gerbang Ilmu dengan pic dan tempo yang betul.

2

Gerbang Ilmu Lagu: Lim Li Wen
Lirik : Mahiran Man

2.1.1 • Bimbing murid bernyanyi dengan sebutan yang betul mengikut frasa.
2.1.2 • Bimbing murid bernyanyi dengan dinamik yang betul mengikut skor lagu.
(i)(ii)
NOTA • Pastikan murid mengambil nafas pada awal frasa lagu.
12
GURU


EMK: Keusahawanan : Mengaplikasi PAK-21: Kerja Berkumpulan

Minggu 3 Audio 34: Vokal Keratan Lagu Gerbang Ilmu

C Penciptaan Melodi Mudah
Lihat keratan melodi di bawah dengan teliti.

Contoh
sebutan
berulang

1 Cipta satu sebutan berulang bagi mengiringi nyanyian keratan lagu
Gerbang Ilmu dengan pic dan tempo yang betul.

2 Berbincang dalam kumpulan untuk memilih satu perkataan yang
terdapat pada skor di atas untuk dijadikan sebutan berulang.

3 Tulis perkataan tersebut mengikut suku kata secara berulang kali
sepanjang empat bar.

4 Nyanyikan perkataan ciptaan kamu secara berulang-ulang dengan
konsisten dengan iringan Audio 34.

5 Cipta melodi mudah menggunakan not D’ dan G sepanjang
empat bar. Kemudian, mainkannya dengan rekoder.

6 Guru memilih kumpulan secara rawak untuk Keratan skor
membuat persembahan di hadapan kelas. Gerbang Ilmu

3.1.1 • Perdengarkan Audio 34 terlebih dahulu sebelum murid memilih dan menyebut

NOTA3.1.2 perkataan yang dipilih secara berulang.

GURU • Bimbing murid menyanyikan perkataan berulang-ulang secara konsisten.

EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta PAK-21: Bekas Nama

13

Minggu 4 Audio 35: Keratan 1
Audio 36: Keratan 2
D Pergerakan Mengikut Muzik Audio 37: Keratan 3

Tempo ialah kelajuan detik dalam muzik. Lakukan pergerakan mengikut
tempo Audio 35 hingga 37 berdasarkan arahan yang diberikan dalam
gambar di bawah.

Pergerakan 1 Pergerakan 2 Pergerakan 3
Bergerak empat langkah
Tepuk tangan ke kanan atau ke kiri dan Tepuk tangan secara
masing-masing. petik jari empat kali. berpasangan.

Sekarang, mari lakukan aktiviti di bawah bersama-sama.
1 Tepuk tangan mengikut tempo sambil bernyanyi.

Enam pagi jam berbunyi aku capai tuala mandi
Hatiku sangat girang dapat bertemu rakan lagi

Ke sekolahku mencari ilmu
Agar diriku bertambah maju

Semua murid melakukan aktiviti Pergerakan 1.
14

Minggu 4

2 Bergerak empat langkah ke kanan atau ke kiri. Kemudian, petik jari
empat kali mengikut tempo sambil bernyanyi.

Dunia era globalisasi
Segala ilmu di hujung jari
Ilmu rohani dijunjung tinggi
Seiring teknologi terkini

Semua murid melakukan aktiviti Pergerakan 2.

3 Tepuk tangan secara berpasangan mengikut tempo sambil bernyanyi.

Terbuka luas pintu gerbang ilmu di depan mata
Rajin usaha serta jangan mudah berputus asa

Jadikan ilmu pegangan kita
Ilmu berguna setiap masa

Semua murid melakukan aktiviti Pergerakan 3.

2.3.1 • Perdengarkan Audio 35 hingga 37 terlebih dahulu sebelum membuat aktiviti pergerakan.

NOTA(ii) • Bimbing murid melakukan pergerakan berdasarkan audio yang didengar.
• Sediakan alatan seperti sapu tangan, reben atau peralatan yang sesuai sebagai alatan
GURU tambahan untuk digunakan semasa membuat aktiviti pergerakan.

EMK: Keusahawanan : Mengaplikasi PAK-21: Kerja Berkumpulan 15

Minggu 4 Audio 38: Instrumental Gerbang Ilmu
(tempo cepat, sederhana dan lambat)
E Pergerakan Mengikut Muzik

Dengar Audio 38 dan bergerak mengikut tempo berdasarkan arahan
dan gambar.

Kelajuan detik menentukan
tempo. Dalam muzik,
terdapat tempo cepat,
sederhana dan lambat.

1 Bahagikan murid kepada
dua kumpulan, iaitu
Kumpulan A dan
Kumpulan B.

Kumpulan A
Kumpulan B

2 Kumpulan A bergerak mengikut
arah jam sambil menepuk
tangan mengikut detik dan
Kumpulan B bergerak mengikut
arah lawan jam sambil memetik
jari mengikut detik.

Enam pagi jam berbunyi aku capai tuala mandi
Hatiku sangat girang dapat bertemu rakan lagi

Ke sekolahku mencari ilmu
Agar diriku bertambah maju

16

Minggu 4

3 Kedua-dua kumpulan berhenti
setempat. Kumpulan A menepuk
tangan Kumpulan B secara
berpasangan sambil mengikut tempo.

Dunia era globalisasi
Segala ilmu di hujung jari
Ilmu rohani dijunjung tinggi
Seiring teknologi terkini

4 Kumpulan A bergerak mengikut
arah lawan jam sambil menepuk
tangan mengikut detik dan

Kumpulan B bergerak mengikut
arah jam sambil memetik jari
mengikut detik.

Terbuka luas pintu gerbang ilmu di depan mata
Rajin usaha serta jangan mudah berputus asa

Jadikan ilmu pegangan kita
Ilmu berguna setiap masa

Apakah pergerakan lain yang sesuai
bagi aktiviti bergerak mengikut tempo
selain aktiviti yang telah diberikan?

2.3.1 • Perdengarkan Audio 38 terlebih dahulu sebelum murid melakukan aktiviti pergerakan.

NOTA(ii) • Bimbing murid bergerak mengikut tempo.
GURU EMK: Keusahawanan
: Mengaplikasi, Mencipta PAK-21: Kerja Berkumpulan

17

TUDUNG PERIUK

Tudung Periuk

Lagu dan lirik: P. Ramlee

Tudung periuk, tudung periuk pandai menari
Menari lagu, menari lagu putera mahkota

Tudung periuk, tudung periuk pandai menari
Menari lagu, menari lagu putera mahkota

Kain yang buruk, kain yang buruk berikan kami
Buat menyapu, buat menyapu si air mata

Kain yang buruk, kain yang buruk berikan kami
Buat menyapu, buat menyapu si air mata

18

Minggu 5 Audio 39: Vokal Tudung Periuk
Audio 40: Instrumental Tudung Periuk
A Nyanyian Audio 41: Minus One Tudung Periuk

Tudung Periuk

Lagu: P. Ramlee
Lirik : P. Ramlee

Lagu dan lirik merupakan hak cipta terpelihara dengan kebenaran daripada EMI Music Publishing Malaysia Sdn. Bhd.

TaKhaumkua?h Lagu Tudung Periuk merupakan runut bunyi bagi
filem Sumpahan Orang Minyak dan dinyanyikan
oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan
Allahyarhamah Puan Sri Saloma.

2.1.2 • Bimbing murid menyebut lirik dengan betulnya mengikut frasa demi frasa sebelum
memulakan aktiviti nyanyian.
NOTA(i)(ii) • Semasa bernyanyi, sebutan “putera” disebut sebagai “putra”.
GURU • Bimbing murid menyanyikan lagu Tudung Periuk dengan dinamik mengikut skor
berserta ekspresi.

EMK: Patriotisme : Mengaplikasi PAK-21: Kerja Berkumpulan 19

Minggu 5 Audio 42: Corak Irama Stesen 1
Audio 43: Corak Irama Stesen 2
B Permainan Teroka Corak Irama

Sebut corak irama di setiap stesen dengan sebutan berirama.

Contoh 1: Contoh 2:

pom pom pom pom pom pom pom cak cak cak cak cak cak cak

1 Bentukkan dua kumpulan, iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.
Kumpulan A berada di Stesen 1 dan Kumpulan B berada di Stesen 2.

2 Lantik seorang ketua di setiap stesen.

3 Guru akan membunyikan isyarat sebanyak tiga kali.

4 Pada isyarat pertama, murid membunyikan corak irama yang
terdapat di stesen masing-masing.

5 Pada isyarat kedua, murid bertukar stesen.

6 Pada isyarat ketiga, murid bergerak ke tempat masing-masing.

Stesen 1 2
1

34

Stesen 2 2
1 4

3

INFO Kamu boleh mencipta sebutan berirama
berdasarkan bunyi persekitaran seperti
Sebutan berirama ialah sebutan bunyi haiwan, kenderaan, alat perkusi,
yang dibunyikan mengikut nilai not. hujan, angin dan sebagainya.

2.2.1 NGUORTUA • Sediakan stesen dan kad corak irama sebelum aktiviti dijalankan.
(i)(ii) • Bimbing ketua stesen terlebih dahulu untuk membunyikan sebutan berirama sebelum
aktiviti dijalankan.
20
EMK: Keusahawanan : Mengaplikasi PAK-21: Soal-dan-Bimbing

Minggu 5 Audio 44: Ensembel Latihan Corak Irama 1
Audio 45: Latihan Corak Irama 1 (kastanet)
C Latihan Corak Irama Audio 46: Latihan Corak Irama 1 (kayu tik tok)
Mainkan alat perkusi berdasarkan Audio 47: Latihan Corak Irama 1 (tamborin)
skor di bawah. Audio 48: Ensembel Latihan Corak Irama 2
Audio 49: Latihan Corak Irama 2 (kastanet)
Latihan Corak Irama 1 Audio 50: Latihan Corak Irama 2 (kayu tik tok)
Audio 51: Latihan Corak Irama 2 (tamborin)

Latihan Corak Irama 2

Berikan perhatian kepada tanda rehat krocet Cara memainkan
dan tanda rehat kuaver semasa memainkan alat alat perkusi
perkusi. Kamu boleh mengira dengan kiraan
1-n-2-n-3-n-4-n semasa memainkan corak irama
agar lebih mudah difahami dan dikuasai.

2.2.1 NGUORTUA • Bahagikan murid kepada tiga kumpulan, iaitu Kumpulan 1 (kastanet), Kumpulan 2
(i)(ii)
2.2.2 (kayu tik tok) dan Kumpulan 3 (tamborin).
(i)
• Bimbing murid memainkan alat perkusi secara ensembel.



EMK: Nilai Murni : Mengaplikasi PAK-21: Kerja Berkumpulan

21

Minggu 6 Audio 52: Ensembel Alat Perkusi Tudung Periuk

Audio 53: Instrumental Tudung Periuk (kastanet)

D Ensembel Alat Perkusi Audio 54: Instrumental Tudung Periuk (kayu tik tok)
Audio 55: Instrumental Tudung Periuk (tamborin)

Mainkan alat perkusi Audio 56: Minus One Tudung Periuk

mengikut skor di bawah secara ensembel.

Tudung Periuk

Lagu: P. Ramlee
Lirik : P. Ramlee

TaKhaumkua?h Seni kiasan dalam lirik lagu ini mengisahkan
semangat patriotisme orang terdahulu untuk
mempertahankan tanah air demi anak
bangsa daripada penjajahan bangsa asing.

22

Minggu 6

Lagu dan lirik merupakan hak cipta terpelihara dengan kebenaran daripada EMI Music Publishing Malaysia Sdn. Bhd.

2.2.1 NGUORTUA • Bimbing murid memainkan alat perkusi dengan betulnya mengikut skor.
(i)(ii)
2.2.2 • Galakkan murid menggunakan alat perkusi lain yang bersesuaian untuk mengiringi lagu
(i)
Tudung Periuk.



EMK: Keusahawanan : Mengaplikasi PAK-21: Kerja Berkumpulan

23

Minggu 6 Audio 57: Corak Irama 1
Audio 58: Corak Irama 2
E Mencipta Melodi Mudah Audio 59: Corak Irama 3

Dengar audio dengan telitinya. Ajuk bunyi yang didengar dengan
sebutan berirama “tu” mengikut nilai not.

1 Camkan bunyi dan sebut semula corak irama berdasarkan bunyi audio.

Corak Irama 1

Corak Irama 2

Corak Irama 3

2 Bentukkan tiga kumpulan, iaitu Kumpulan A, Kumpulan B dan
kumpulan C mengikut stesen.

3 Setiap kumpulan akan berada di setiap stesen masing-masing,
iaitu di Stesen 1, Stesen 2 dan Stesen 3.

4 Bunyikan corak irama dengan sebutan berirama “tu” yang terdapat
di setiap stesen. Kemudian, bunyikan corak irama tersebut dengan
loceng berpic.

Stesen 1

Kamu juga boleh
menggunakan alat perkusi
berpic yang lain seperti
xilofon untuk memainkan
corak irama.

24

Minggu 6 Stesen 3

Stesen 2

5 Berbincang dalam kumpulan dan cipta melodi sepanjang dua bar
menggunakan not B, A dan G.

6 Tulis meter lagu dan melodi yang telah dicipta pada baluk.

7 Mainkan melodi ciptaan kumpulan kamu dengan rekoder.

8 Persembahkan hasil ciptaan kumpulan kamu di hadapan kelas.

Kamu juga boleh menukar sebutan
“tu”dengan sebutan lain yang
sesuai untuk mencipta sebutan
berirama di setiap stesen.

3.1.1 • Sediakan peralatan yang mencukupi di setiap stesen mengikut keratan skor sebelum

NOTA(i) aktiviti dijalankan.

3.1.2 • Bimbing murid menulis melodi yang telah dicipta pada baluk.

GURU • Bimbing murid memainkan rekoder berdasarkan hasil ciptaan melodi mereka.

EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta PAK-21: Fikir-Pasang-Kongsi 25

Rangkaian Globalisasi

Lagu: Lim Li Wen Lirik: Mahiran Man

Mari kita menerokai
Dunia rangkaian globalisasi
Kemudahan di hujung jari

Teknologi siber ICT
Serba luas infiniti
Membawa kesan pada dunia
Era dasar langit terbuka
Ledakan teknologi
Fenomena globalisasi
Melanda dunia tanpa sempadan
Pemodenan komunikasi
Cabaran dunia terkini

26

Minggu 7 Audio 60: Vokal Rangkaian Globalisasi
Audio 61: Instrumental Rangkaian Globalisasi
A Nyanyian Audio 62: Minus One Rangkaian Globalisasi

Nyanyikan lagu Rangkaian Globalisasi dengan pic dan tempo yang betul.

Rangkaian Globalisasi Lagu: Lim Li Wen
Lirik : Mahiran Man

2.1.1 • Bimbing murid menyanyikan lagu Rangkaian Globalisasi dengan sebutan
2.1.2 yang betul mengikut frasa.

NGUORTUA(i)(ii) • Bimbing murid bernyanyi dengan dinamik yang betul mengikut skor.

EMK: Teknologi Maklumat : Menganalisis PAK-21: Kerja Berkumpulan
dan Komunikasi
27

Minggu 7 Audio 63: Latihan 1
Audio 64: Latihan 2
B Latihan Rekoder Audio 65: Latihan 3

Sebelum ini kamu telah pun mempelajari not B, A, G, C’, D’, E dan F pada

tahun 5. Ajuk melodi di bawah dengan memainkan rekoder pada .

Perlidahan dan embouchure yang betul semasa memainkan rekoder.

Latihan 1

Latihan 2

Latihan 3

2.4.1 NGUORTUA • Bimbing murid mengajuk keratan melodi dengan rekoder.
(i)(ii)(iii) • Berikan perhatian kepada pertukaran penjarian not yang sukar dimainkan oleh murid.
(iv)(v)

EMK: Keusahawanan : Mengaplikasi PAK-21: Kerja Berkumpulan

28

Minggu 7 Audio 66: Instrumental Rangkaian Globalisasi
Audio 67: Minus One Rangkaian Globalisasi
C Permainan Rekoder

Tepuk tangan mengikut corak irama lagu sebelum memainkan lagu
di bawah dengan rekoder secara ansur maju.

Rangkaian Globalisasi

Lagu: Lim Li Wen

C
B

D
A

2.4.1 NGUORTUA • Ingatkan murid tentang postur, pernafasan, penjarian, perlidahan dan embouchure yang
(i)(ii)(iii)
(iv)(v) betul semasa memainkan rekoder.

• Aktiviti ini boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan.



EMK: Keusahawanan : Mengaplikasi PAK-21: Kerja Berkumpulan

29

Minggu 8 Audio 68: Melodi Mendatar
Audio 69: Melodi Bertangga
D Penciptaan Melodi Mudah Audio 70: Melodi Melompat

Mainkan keratan melodi di bawah dengan rekoder.
Contoh kedudukan not pada baluk dalam skor lagu.

melodi mendatar melodi bertangga melodi melompat

Contoh susunan melodi dalam skor lagu Oh, Mister Rabbit.

Oh, Mister Rabbit! Lagu kanak-kanak

1 Teliti not pada setiap bar.

2 Bulatkan satu kumpulan not dalam keratan lagu Rangkaian Globalisasi yang
mempunyai melodi mendatar dengan warna hijau, satu kumpulan melodi
bertangga dengan warna biru, dan satu kumpulan not melompat dengan
warna jingga.

Skor
Rangkaian
3 Susun keratan melodi sepanjang dua bar menggunakan Globalisasi

melodi mendatar, melodi bertangga atau melodi melompat.

3.1.1 NGUORTUA • Bimbing murid mengenal pasti susunan pic melodi mendatar, melodi bertangga
(i) dan melodi melompat.
• Minta murid mencipta melodi mudah menggunakan not mendatar, bertangga dan
30 melompat sepanjang dua bar. Kemudian, mainkan melodi tersebut menggunakan rekoder
atau alatan berpic.
• Jawab soalan dalam buku manuskrip atau imbas kod QR di atas untuk mencetak skor
dan mengedarkannya kepada murid.
• Gunakan kaedah Bekas Nama untuk memilih murid membuat persembahan.

EMK: Kreativiti dan Inovasi : Menganalisis PAK-21: Bekas Nama

Minggu 8

E Penciptaan Melodi Mudah
Bagaimanakah kamu mencipta melodi? Penciptaan melodi tidak sukar
sekiranya kamu berpandukan asas yang betul. Kamu boleh mencipta
melodi dengan pelbagai cara mengikut kesesuaian. Di bawah merupakan
contoh mudah yang boleh kamu ikuti untuk mencipta melodi.

Apakah melodi? Lihat dengan telitinya
langkah mencipta melodi mudah.

Melodi ialah susunan pic secara melintang dan berkontur.

Apakah langkah-langkah
untuk menghasilkan melodi?

1 Tetapkan meter lagu untuk mencipta melodi. Misalnya, meter 44 .

2 Cipta corak irama mengikut meter yang dipilih. Sebagai permulaan,

gunakan not-not yang mudah seperti not .

3 Gunakan loceng berpic atau rdeikciopdtaer44untuk menentukan pic bagi setiap
not dalam corak irama yang .

4 Tulis not tersebut pada baluk untuk membentuk satu melodi mudah.

Contoh:

5 Lazimnya, not terakhir kembali ke not C.
Contoh:

3.1.1 • Bimbing murid mengenal pasti meter, jenis not dan pic terlebih dahulu sebelum

NOTA(i) mencipta melodi mudah.
• Bimbing murid mencipta melodi mudah menggunakan not G, A, B, C’ dan D’.
GURU • Bimbing murid memainkan melodi dengan alat muzik berpic.



EMK: Kreativiti dan Inovasi : Menganalisis PAK-21: Kerja Berkumpulan 31

Minggu 8

F Mencipta Melodi Mudah

Kamu telah belajar cara mencipta melodi mudah pada halaman 30. Sekarang,

kdauma ubabromleehnmggeunnciapktaanmmeleotdeirm44usdearhtamnoetnBg,gAu,nGak, aCn’ dnaont D’. sepanjang

1 Pilih dua keping kad corak irama di bawah untuk mencipta melodi
mudah sepanjang dua bar.

2 Contoh dua keping kad corak irama yang telah dipilih.

3 Teroka corak irama tersebut dengan menggunakan loceng berpic.

4 Tulis not B, A, G, C’ dan D’ pada setiap jenis not.

B A G C’ D’ C’ A G Kamu juga boleh
mencipta melodi
menggunakan
not lain yang
telah dipelajari.
Selamat mencuba!

5 Mainkan corak irama ciptaan kamu dengan rekoder.

6 Berdasarkan corak irama yang dicipta, kamu boleh mencipta Kad
corak irama
melodi dengan menulis not-not tersebut pada baluk.

3.1.1 NGUORTUA • Bimbing murid mencipta corak irama mengikut meter lagu.
(i) • Minta murid menepuk corak irama sebelum mencipta melodi.
• Bimbing murid memainkan melodi dengan rekoder.
32
EMK: Keusahawanan : Mencipta PAK-21: Kerja Berkumpulan

Minggu 8

G Mencipta Melodi Mudah

Kamu sudah mencipta melodi menggunakan not pada halaman 32.

Seterusnya, cipta melodi mudah menggunakan not dan tanda rehat seperti

.

1 Bentukkan kumpulan berenam.

2 Setiap kumpulan akan mendapat himpunan kad corak irama meter 44.

w

3 Secara berpasangan, pilih dua keping kad corak irama dan masukkan
not B, A, G, C’ atau D’ untuk mencipta melodi sepanjang dua bar.

4 Setiap pasangan akan menulis meter dan melodi ciptaan pada baluk.

5 Guru membunyikan isyarat, setiap pasangan bergerak mencari
pasangan lain yang mempunyai jawapan yang berbeza.

6 Pasangan pertama dan pasangan kedua bergilir-gilir berkongsi jawapan.

7 Kedua-dua pasangan bertukar jawapan. Setiap pasangan memainkan
jawapan melodi rakan dengan rekoder. Kemudian, mereka bergerak
untuk mencari pasangan yang baharu.

8 Ulang langkah 6 dan 7 sehingga guru membunyikan isyarat aktiviti
telah tamat.

Kamu juga boleh mencipta lirik
untuk melodi ciptaan kamu.
Selamat mencuba!

3.1.1 • Bimbing murid mencipta melodi dengan betulnya.
(i)(ii) • Minta murid menulis melodi ciptaan pada buku manuskrip.

NOTA3.1.2 • Bimbing murid memainkan melodi dengan rekoder.

GURU • Sediakan peralatan yang diperlukan sebelum aktiviti dijalankan.

EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta PAK-21: Soal-dan-Bimbing 33

Minggu 9

H Muzik Klasik Barat
Selepas Zaman Baroque berlalu, Zaman Klasikal mula berkembang sekitar
tahun 1750 hingga 1850. Antara beberapa orang komposer muzik Zaman
Klasikal yang terkenal termasuklah Franz Joseph Haydn, Wolfgang Amadeus
Mozart dan Ludwig van Beethoven.

Franz Joseph Haydn Franz Joseph Haydn
merupakan sahabat
Franz Joseph Haydn merupakan seorang komposer baik kepada Wolfgang
yang dilahirkan di Rohrau, Austria pada 31 Mac 1732 Amadeus Mozart semasa
dan meninggal dunia pada 31 Mei 1809. Beliau terkenal di Vienna. Beliau juga
sebagai bapa simfoni kerana telah berjaya mencipta merupakan guru kepada
sebanyak 104 buah simfoni. Simfoni merupakan Ludwig van Beethoven.
karya yang menggunakan alat muzik orkestra yang
mempunyai empat bahagian tema. Salah satu
simfoni beliau yang terkenal ialah Symphony No. 94
yang juga dikenali sebagai The Surprise Symphony.

The Surprise Symphony

TaKhaumkua?h

Wolfgang Amadeus Mozart

Wolfgang Amadeus Mozart menunjukkan bakat dalam
permainan piano dan violin semenjak kecil lagi. Beliau
dilahirkan pada 27 Januari 1756 di Salzburg, Austria dan
meninggal dunia pada 5 Disember 1791. Beliau telah mula
menghasilkan karya muzik semenjak masih muda.

Antara hasil karya beliau yang terkenal termasuklah Eine
kleine Nachtmusik, Rondo Alla Turca, Sonata Semplice dan
The Twelve Variations on “Ah vous dirai-je, Maman” yang
lebih dikenali sebagai lagu Twinkle Twinkle Little Stars.

Eine kleine Nachtmusik

34

Minggu 9 Audio 71: The Surprise Symphony
Audio 72: Eine kleine Nachtmusik
Ludwig van Beethoven Audio 73: Symphony No. 5, C Minor

Ludwig van Beethoven merupakan antara komposer
yang terkenal pada Zaman Klasik Barat. Beliau
dilahirkan pada 17 Disember 1770 di Bonn, Jerman
dan meninggal dunia pada 26 Mac 1827 semasa
beliau berumur 56 tahun. Beliau mahir bermain piano
sejak muda lagi.

Antara karya beliau yang tersohor termasuklah
Symphony No. 5, C minor yang dicipta semasa beliau
mula hilang pendengaran pada usia 26 tahun. Fur
Elise dan Moonlight Sonata juga merupakan karya
popular beliau yang masih digemari sehingga kini.

Symphony No. 5, C minor

Mari sediakan buku skrap yang mengandungi maklumat
berkaitan dengan komposer Zaman Klasikal yang telah
dipelajari seperti nama penuh, tahun kelahiran, hasil
karya serta keistimewaan mereka.

• Minta murid mengumpulkan maklumat tentang ketiga-tiga komposer di atas serta hasil

karya mereka melalui Internet dan bahan bercetak terlebih dahulu untuk menghasilkan
4.1.1 buku skrap.

NOTA4.1.2 • Bimbing murid mengenali komposer Zaman Klasik Barat daripada Internet dan
bahan bercetak.
GURU • Perdengarkan karya komposer di atas dan bincangkan tentang elemen dinamik

dan daya tarikan dalam muzik klasik barat yang didengari.

• Bimbing murid berkongsi pendapat tentang karya muzik klasik barat dengan 35
rakan-rakan.

EMK: Kelestarian Global : Menganalisis PAK-21: Kongsi-Pendapat

MIKROORGANISMA

Mikroorganisma

Lagu: Lim Li Wen Lirik: Mahiran Man

Mari mengkaji mikroorganisma
Hidupan seni terunik sekali
Fungi, bakteria, protozoa, virus,

dan alga ialah mikroorganisma
Proses hidupnya perlu bernafas untuk hidup
Bergerak serta tumbuh tanpa dilihat
Membawa kesan pada manusia dan haiwan
Ada kesan yang baik serta yang buruk
Jaga kesihatan serta kebersihan
Disiplin diri jadikan amalan
Penyakit berjangkit tidak kelihatan
Banteraskannya sebelum terlambat

36

Minggu 10 Audio 74: Vokal Mikroorganisma
Audio 75: Instrumental Mikroorganisma
A Nyanyian Audio 76: Minus One Mikroorganisma

Nyanyikan lagu Mikroorganisma dengan pic dan tempo yang betul.

Mikroorganisma

Lagu: Lim Li Wen
Lirik : Mahiran Man

2.1.1, • Bimbing murid membuat latihan pernafasan mengikut frasa demi frasa.
2.1.2
• Bimbing murid bernyanyi dengan dinamik yang betul mengikut skor.
NGUORTUA(i)


EMK: Sains dan Teknologi : Mengaplikasi PAK-21: Kerja Berkumpulan

37

Minggu 10 Not D

B Not D
Lihat dengan teliti penjarian rekoder di bawah.

6
5
4
3
2
10

Lakukan penjarian not D dengan betul. Kualiti ton yang baik dapat dihasilkan
dalam permainan rekoder melalui teknik perlidahan dan pernafasan yang betul.

TIP

Rapatkan gigi atas
dan bawah semasa
memainkan rekoder
untuk mengawal udara
bagi mendapatkan kualiti
ton bunyi yang baik.

Elakkan jari yang terlalu bengkok semasa membuat penjarian Penjarian
rekoder bagi memberikan keselesaan serta memudahkan not D
pertukaran penjarian.

2.4.1 NGUORTUA • Bimbing murid memainkan rekoder dengan postur, pernafasan, penjarian, perlidahan
(i)(ii)(iii) dan embouchure yang betul.
(iv)(v)

38 EMK: Keusahawanan : Mengaplikasi PAK-21: Kerja Berkumpulan

Minggu 10 Audio 77: Latihan Rekoder 1
Audio 78: Latihan Rekoder 2
C Latihan Rekoder Not D Audio 79: Hidupan Seni Mikroorganisma
Audio 80: Minus One Hidupan Seni Mikroorganisma

Mulakan permainan rekoder dengan
membuat Latihan Rekoder 1 dan 2. Kemudian, mainkan lagu
Hidupan Seni Mikroorganisma bersama-sama.

Latihan Rekoder 1

Latihan Rekoder 2

Hidupan Seni Mikroorganisma

Lagu: Lim Li Wen

2.4.1 NGUORTUA • Bimbing murid memainkan rekoder dengan postur, pernafasan, penjarian, perlidahan
(i)(ii)(iii) dan embouchure yang betul.
(iv)(v) • Berikan perhatian kepada pertukaran penjarian yang sukar dikuasai oleh murid.
2.4.2

(i)(ii) EMK: Keusahawanan

: Mengaplikasi PAK-21: Satu-Dua-Kumpulan 39

Minggu 11

D Not C
Lihat dengan teliti penjarian rekoder di bawah.

7 Not C
6
5
4
3
2

10

Lakukan penjarian not C dengan betul. Kualiti ton yang
baik dapat dihasilkan dalam permainan rekoder melalui
teknik perlidahan dan pernafasan yang betul.

Meniup lembut Penjarian
pada kertas not C

Putarkan bahagian kaki rekoder ke kanan supaya
jari kelengkeng dapat menutup kedua-dua lubang
dengan sempurna.

TIP

Mainkan rekoder dengan lembutnya untuk mendapatkan
kualiti ton not C yang baik. Andaikan kamu sedang
menghembus lembut sehelai kertas.

2.4.1 NGUORTUA • Bimbing murid memainkan rekoder dengan postur, pernafasan, penjarian, perlidahan
(i)(ii)(iii) dan embouchure yang betul.
(iv)(v)

40 EMK: Nilai Murni : Mengaplikasi PAK-21: Kerja Berkumpulan


Click to View FlipBook Version