The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by badarmbaki, 2022-05-29 23:29:45

PANDUAN DOA LATEST A5

PANDUAN DOA LATEST A5

JAGA SOLAT : PANDUAN DOA
PELIHARA DAN JAGA SOLAT

(SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB, ISYAK, JUMAAT)

KAEDAH ADAM SOLUTION

SSEEKKOOLLAAHH RREEPPEENNRRDDIINNAAGGHHKKKKAATTEEBBAANNGGSSAAAANN

(DA(DRAJRAJHAH44HHIINNGGGGAADDAARJRAJHA6H) 6)

MEJAR ABU BAKAR BIN HJ AHMAD (B)
MEJAR ABU BAKAR BIN HJ AHMAD (B)

(001895956-M) RM 8.00

(Ahli Ini(s0i0a1ti8f 9G5lo9b5a6l -MMI)D E-MAM)

www.jagasolat.com.my

BUKU INI MILIK

NAMA

ALAMAT

NO. TEL (R)
(HP)

TUNTUTAN SOLAT

Firman Allah SWT:

Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan
yang diwajibkan ke atas orang-orang yang
beriman,yang tertentu waktunya”

. . . . . . . . . . . .(.S.u. .ra. .h. A. .n.-.N. .is. a. .’.:.4. .A.y. a. .t.1.0. 3. .). . . . . . . . . . . . . .
Dirikanlah olehmu S O L A T ketika gelincir
matahari hingga waktu gelap malam
(meliputi Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak),
dan (dirikanlah) solat Subuh :
Sesungguhnya solat Subuh itu adalah
disaksikan (keistimewaannya).”

(Surah Al-Isra’ : 17 Ayat 78)

JADIKAN SOLAT WAWASAN HIDUP KITA

.........................................................

.........................................................

JAGA SOLAT : PANDUAN DOA
PELIHARA DAN JAGA SOLAT

(SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB, ISYAK, JUMAAT)

KAEDAH ADAM SOLUTION

PERINGKAT

SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN

(DARJAH 4 HINGGA DARJAH 6)
MEJAR ABU BAKAR BIN HJ AHMAD (B)

(001895956-M)
(Ahli Inisiatif Global MID E-MAM)

i

C HAKCIPTA TERPELIHARA. Tidak dibenarkan mencetak
semula mana-mana bahagian rencana,ilustrasi dan isi

kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa
carapun sama ada secara elektronik,fotokopi,mekanik,
rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada ADAM SOLUTION (001895956-M)

Cetakan Pertama - 1439 Hijrah / 2018 Masihi

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Abu Bakar Ahmad, Mejar (B), 1947-
JAGA SOLAT : PANDUAN DOA PELIHARA DAN JAGA SOLAT :
(SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB, ISYAK, JUMAAT) KAEDAH
ADAM SOLUTION / MEJAR ABU BAKAR BIN HJ AHMAD (B) ;
Editor Hapsah binti Hj Zakaria.
(Jaga Solat KAEDAH ADAM SOLUTION)
ISBN 978-967-11287-2-5
1. Salat 2. Prayer--Islam 3. Islam--Prayers and devotions
I. Hapsah Hj. Zakaria. II. Judul. III. Siri. 297.3822

Pengarang - Mejar Abu Bakar bin Hj Ahmad (B)
Editor - Hapsah binti Hj Zakaria

Konsep Kulit Luar - Siti Nurhawa binti Abu Bakar

Reka Bentuk Kulit - Puteri Balqish binti Abu Bakar

Penerbit

ADAM SOLUTION
NO. 4 Jalan SS14/4,SS14

47500 SUBANG JAYA
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603-5611 3011 / HP: 018-778 2292, 016-651 0110, 011-2112 0121
E-mail : [email protected]

: Jaga Solat Kaedah Adam Solution Website : www.jagasolat.com.my

Pencetak

ARIF CORPORATION SDN. BHD.
No. 42, Jalan Pengasah 15/13,
Seksyen 15 Shah Alam,

40200 SHAH ALAM, Selangor Darul Ehsan.

ii

ISI KANDUNGAN

1 KATA PENERBIT iv

2 Kebahagiaan Hidup Selepas Mati 1

3 Doa Nabi Ibrahim A.S Untuk Mendirikan Solat 2

4 Doa Untuk Mengekalkan Solat Fardu 3

5 Doa Selepas Solat Subuh (Lampiran 1) 4

6 Doa Selepas Solat Zohor (Lampiran 2) 5

7 Doa Selepas Solat Asar (Lampiran 3) 6

8 Doa Selepas Solat Maghrib (Lampiran 4) 7

9 Doa Selepas Solat Isyak (Lampiran 5) 8

10 Doa Selepas Solat Jumaat (Lampiran 6) 9

11 Kaedah Penggunaan Doa Solat Nabi Ibrahim A.S 10-11

12 Kaedah Hafazan Doa Surah Nabi Ibrahim A.S 12-13

13 Keistimewaan Solat Berjemaah 14

14 Kelebihan Solat Fardu Berjemaah 15

15 Ganjaran Memelihara Solat Kenikmatan Syurga 16

16 Ancaman Meninggalkan Solat Keazaban Neraka 17

17 Kitaran Hidup (Muslim Malaysia) 18

18 Selawat 19

19 Istighfar 20

SOLAT MENJADIKAN ALLAH SWT MENYAYANGIMU

iii

KATA PENERBIT

ALHAMDULILLAH segala puji bagi Allah SWT. Selawat dan
salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad

sallallahu-alaihi-wasallam, ahli keluarga dan para sahabatnya.
Solat merupakan tiang agama yang difardukan ke atas orang

islam yang Mukallaf yang menjadi paksi utama keimanan
seseorang Muslim. Allah SWT berfirman dalam Surah Taha:

20 ayat 14 “ Sesungguhnya AKU-lah ALLAH, tiada
tuhan melainkan DAKU. Oleh itu, sembahlah akan DAKU dan

dirikan SOLAT untuk mengingati AKU.”
Solat merupakan amalan pertama dihisab daripada seorang
Hamba diakhirat. Apabila baik solatnya, maka baiklah segala
amalannya. Tapi jika sebaliknya, binasalah seluruh amalannya.
Kita mestilah mendisiplinkan diri dengan Ibadah Solat secara

istiqamah, khusyuk dan tepat pada waktunya. Allah SWT
berfirman dalam Surah An-Nisa’ : 4 ayat 103 “Seseungguhnya

SOLAT itu adalah satu ketetapan yang diWAJIBkan keatas
orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”

Bagi merealisasikan Wawasan Solat ini tercapai, alhamdulillah
dengan keizinan Allah SWT kami berjaya membangunkan satu
Kaedah Mengekalkan Solat Fardu. Buku Panduan mengamalkan

Doa Solat Nabi Ibrahim AS (Surah Ibrahim : 14 ayat 40) ini
begitu mudah dan ringkas dipersembahkan. Sangat sesuai
untuk pelajar diperingkat Sekolah Rendah berumur 10 tahun
(Darjah 4) hingga 12 tahun (Darjah 6). Doa ini patut diajarkan
lebih awal kerana kecintaan kepada solat lebih mudah lagi jika

diamalkan sejak kecil. Insya-Allah, melalui kaedah
JAGA SOLAT KAEDAH ADAM SOLUTION

ini, kami memfokuskan kepada 3 perkara berikut ketika
berdoa kepada Allah SWT untuk kita mendapatkan

Kelapangan waktu
Kelapangan kesihatan
Solat fardu yang berikut pada waktunya

Sekian, Wassalam ADAM SOLUTION

iv

KEBAHAGIAAN HIDUP SELEPAS MATI

1. INGATLAH. MATI itu adalah satu kepastian. Terlalu pasti sehingga
tiada sesuatu kekuatan pun yang dapat menolak kedatangannya. Sama
ada sukarela atau terpaksa, mati tetap datang meragut nyawa semua
makhluk dibumi ini. Setiap insan pasti menghadapi kematian dan nasib
mereka ditentukan oleh Allah SWT. iaitu sama ada di SYURGA atau
NERAKA. SOLAT FARDU YANG SEMPURNA DITERIMA ALLAH SWT
ADALAH PENENTUNYA. Jangan LALAI dengan solat fardu. Justeru itu
disini kami ingin berkongsi ilmu bagaimana hendak kekal solat melalui
kaedah JAGA SOLAT KAEDAH ADAM SOLUTION yang dibangunkan
hasil 20 tahun kajian ke atas permasalahan solat fardu.
2. Ibubapa WAJIB mendidik anak-anak sejak kecil agar membiasakan
diri bersolat. Ini amanah. Ajarilah anak-anak dengan doa solat ini untuk
ditetapkan diri dengan solat fardu seperti di Lampiran 1 hingga 6
berulang-ulang sehingga difahami dan lancar hafalannya. Jika doa makan
begitu fasih diucapkan oleh kanak-kanak sekecil diperingkat prasekolah,
Doa Solat Ibrahim AS. Ini juga PATUT diajarkan seawal diperingkat
prasekolah kerana lebih mudah. Insya-Allah dengan mengamalkan kaedah
tersebut dapat membantu seseorang Muslim SOLAT PADA WAKTUNYA.
3. CONTOHNYA. Allah SWT telah mengkabulkan doa Nabi Ibrahim AS
supaya diri dan zuriatnya kekal dengan solat. Setelah hampir 5000 t.ahun
zuriatnya bermula Nabi Ismail AS hingga Nabi Muhammad SAW dan
kepada kita orang yang beriman dapat berterusan mendirikan solat.
Alhamdulillah. Dengan sepotong doa, maka berdoalah dengan penuh
keyakinan dan harapan, insya-Allah, zuriat kita juga akan menjadi
keturunan yang baik dan kekal dalam ibadah solat yang akhirnya
mencapai KEBAHAGIAAN HIDUP SELEPAS MATI.
4. KETAHUILAH, sepotong hadis daripada Abdullah b. in Amr RA
menyebutkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sampaikan
dariku walau hanya satu ayat”. (Hadis Riwayat Bukhari). Bentuk perintah
dalam hadis ini merupakan hukum fardu kifayah. Hal ini agar setiap
orang yang mendengar satu perkara daripada Baginda hendaklah
bersegera menyampaikan kepada orang lain walaupun sedikit untuk
disambung dan disebarluaskan.
5. BERGEMBIRALAH kepada kita semua yang Mempelopori dan
Menyebarluaskan doa ini untuk ummah. Ini kerana pahalanya akan terus
kekal mengalir walaupun kita telah mati. Daripada Abu Hurairah RA, Nabi
Muhammad SAW bersabda: “Apabila mati seseorang manusia,
terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah, ilmu
yang dia manfaatkan dan anak soleh yang mendoakan baginya.” (Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim)

1

DOA NABI IBRAHIM ALAIHISSALAM
UNTUK MENDIRIKAN SOLAT

DOA NABI IBRAHIM A.S
UNTUK MENDIRIKAN SOLAT

“ WAHAI TUHANKU,
JADIKANLAH AKU ORANG YANG

MENDIRIKAN SOLAT
DAN DEMIKIANLAH JUGA ZURIATKU.

WAHAI TUHAN KAMI,
PERKENANKANLAH DOAKU.”

SURAH IBRAHIM : 14 AYAT 40

2

DOA UNTUK MENGEKALKAN SOLAT FARDU
PADA SETIAP WAKTU (SEORANG)

YA ALLAH
TETAPKANLAH IMAN AKU
PANJANGKANLAH USIA AKU

KAU KURNIAKAN AKU
KELAPANGAN WAKTU

DAN
KELAPANGAN KESIHATAN

UNTUK
MEMBOLEHKAN AKU MENDIRIKAN SOLAT

SUBUH BERJEMAAH PAGI ESOK
ZOHOR BERJEMAAH HARI INI
ASAR BERJEMAAH PETANG INI
MAGHRIB BERJEMAAH MALAM INI
ISYAK BERJEMAAH MALAM INI
SOLAT JUMAAT MINGGU HADAPAN

(DOA DIBACA SELEPAS SETIAP SOLAT FARDU)

(001895956-M)
(Ahli Inisiatif Global MID E-MAM)

3

LAMPIRAN 1

DOA SELEPAS SOLAT SUBUH
SEORANG / BERJEMAAH

“WAHAI TUHANKU,
JADIKANLAH AKU ORANG YANG MENDIRIKAN

SOLAT DAN DEMIKIANLAH JUGA ZURIATKU.
WAHAI TUHAN KAMI,

PERKENANKANLAH DOAKU”.

YA ALLAH
TETAPKANLAH IMAN AKU / KAMI
PANJANGKANLAH USIA AKU / KAMI

KAU KURNIAKAN AKU / KAMI
KELAPANGAN WAKTU
DAN

KELAPANGAN KESIHATAN

UNTUK
MEMBOLEHKAN AKU / KAMI MENDIRIKAN

SOLAT ZOHOR BERJEMAAH HARI INI

Ibu bapa dan para guru hendaklah berinteraksi dengan anak-anak. Dekati mereka.
Ajarkan SENJATA (DOA) ini mulai Lampiran 1 hingga 6 dengan sistematik secara
berperingkat sesuai dengan perkembangan usia. Tahap demi tahap. Apabila mereka
memasuki tingkatan satu, tentunya doa ini sudah difahami dan lancar hafalannya.

Lazimkanlah ajak anak-anak solat bersama dan membaca Al-Quran.

“Ya Allah! jadikanlah kami insan yang sentiasa menjaga solat hingga akhir hayat.”

4

LAMPIRAN 2

DOA SELEPAS SOLAT ZOHOR
SEORANG / BERJEMAAH

“WAHAI TUHANKU,
JADIKANLAH AKU ORANG YANG MENDIRIKAN

SOLAT DAN DEMIKIANLAH JUGA ZURIATKU.
WAHAI TUHAN KAMI,

PERKENANKANLAH DOAKU”.

YA ALLAH
TETAPKANLAH IMAN AKU / KAMI
PANJANGKANLAH USIA AKU / KAMI

KAU KURNIAKAN AKU / KAMI
KELAPANGAN WAKTU
DAN

KELAPANGAN KESIHATAN

UNTUK
MEMBOLEHKAN AKU / KAMI MENDIRIKAN

SOLAT ASAR BERJEMAAH PETANG INI

Ibu bapa yang melahirkan generasi mukmin yang taat dengan ibadah solat akan
dipertemukan bersama disyurga. Allah SWT berfirman: “Dan orang-orang yang
beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami
hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (didalam syurga) dan
Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikit pun dari pahala amal-amal mereka,

tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.” (Surah At-Tur:
50 Ayat 21.) Anak yang soleh merupakan aset dunia akhirat bagi kedua ibu bapanya.

5

LAMPIRAN 3

DOA SELEPAS SOLAT ASAR
SEORANG / BERJEMAAH

“WAHAI TUHANKU,
JADIKANLAH AKU ORANG YANG MENDIRIKAN

SOLAT DAN DEMIKIANLAH JUGA ZURIATKU.
WAHAI TUHAN KAMI,

PERKENANKANLAH DOAKU”.

YA ALLAH
TETAPKANLAH IMAN AKU / KAMI
PANJANGKANLAH USIA AKU / KAMI

KAU KURNIAKAN AKU / KAMI
KELAPANGAN WAKTU
DAN

KELAPANGAN KESIHATAN

UNTUK
MEMBOLEHKAN AKU / KAMI MENDIRIKAN
SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH MALAM INI

Rebutlah tawaran menunjukkan kebaikan. Daripada Abu Mas’ud Al-Anshari bahawa
Rasullullah SAW bersabda! “Barang siapa yang menunjukkan kebaikan, maka baginya
(Pahala) seperti pahala yang melakukannya.” Lakukanlah. Allah SWT berfirman:

Wahai anakku dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan
cegahlah (mereka) daripada yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang
menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting. ”
(Surah Luqman : 31 Ayat 17) . Pelihara dan Jaga Solat Insy-Allah Berjaya Dunia Akhirat.

6

LAMPIRAN 4

DOA SELEPAS SOLAT MAGHRIB
SEORANG / BERJEMAAH

“WAHAI TUHANKU,
JADIKANLAH AKU ORANG YANG MENDIRIKAN

SOLAT DAN DEMIKIANLAH JUGA ZURIATKU.
WAHAI TUHAN KAMI,

PERKENANKANLAH DOAKU”.

YA ALLAH
TETAPKANLAH IMAN AKU / KAMI
PANJANGKANLAH USIA AKU / KAMI

KAU KURNIAKAN AKU / KAMI
KELAPANGAN WAKTU
DAN

KELAPANGAN KESIHATAN

UNTUK
MEMBOLEHKAN AKU / KAMI MENDIRIKAN

SOLAT ISYAK BERJEMAAH MALAM INI

Rasulullah SAW bersabda: SURUHLAH anak-anak kamu mengerjakan solat
apabila mereka mencapai usia 7 tahun dan PERINTAHKAN mereka supaya
mengerjakan solat apabila mereka mencapai usia 10 tahun. PUKULLAH (apabila
mereka meninggalkan solat) serta PISAHKAN dia antara mereka (lelaki dan
perempuan) di tempat tidur .” (Hadis Riwayat Abu Dawud). Dengan membiasakan

anak-anak mendirikan solat sebanyak 5400 kali dalam masa 3 tahun (mulai

umur 7 hingga 10 tahun), mereka akan kekal istiqamah solat apabila dewasa kelak.

7

LAMPIRAN 5

DOA SELEPAS SOLAT ISYAK
SEORANG / BERJEMAAH

“WAHAI TUHANKU,
JADIKANLAH AKU ORANG YANG MENDIRIKAN

SOLAT DAN DEMIKIANLAH JUGA ZURIATKU.
WAHAI TUHAN KAMI,

PERKENANKANLAH DOAKU”.

YA ALLAH
TETAPKANLAH IMAN AKU / KAMI
PANJANGKANLAH USIA AKU / KAMI

KAU KURNIAKAN AKU / KAMI
KELAPANGAN WAKTU
DAN

KELAPANGAN KESIHATAN

UNTUK
MEMBOLEHKAN AKU / KAMI MENDIRIKAN

SOLAT SUBUH BERJEMAAH PAGI ESOK

Para ibu bapa hendaklah berdoa “Ya Allah! jadikanlah kami hambaMu
yang ikhlas beribadah dan setia mengekalkan solat berjemaah . Ya Allah
Perbaikkanlah Keturunanku.” Contohi firman Allah SWT : Ketika itu Nabi
Zakariya berdoa kepada Tuhannya katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah
kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa
mendengar (menerima) doa permohonan.” (Surah Ali Imran : 3 Ayat 38)
Semoga Allah SWT menjadikan anak keturunan kita penyejuk hati kita dunia akhirat.

8

LAMPIRAN 6

DOA SELEPAS SOLAT JUMAAT

“WAHAI TUHANKU,
JADIKANLAH AKU ORANG YANG MENDIRIKAN

SOLAT DAN DEMIKIANLAH JUGA ZURIATKU.
WAHAI TUHAN KAMI,

PERKENANKANLAH DOAKU”.
YA ALLAH

TETAPKANLAH IMAN AKU / KAMI
PANJANGKANLAH USIA AKU / KAMI

KAU KURNIAKAN AKU / KAMI
KELAPANGAN WAKTU
DAN

KELAPANGAN KESIHATAN
UNTUK

MEMBOLEHKAN AKU / KAMI MENDIRIKAN
SOLAT JUMAAT MINGGU HADAPAN

Ajarilah anak-anak kita sejak kecil tentang Solat. Perintahkan mereka mendirikan
solat. Ini mengikut amalan para nabi. Allah SWT berfirman perihal Nabi Ismail a.s

Dan adalah ia menyuruh keluarganya mengerjakan solat dan memberi zakat dan
ia pula adalah seorang yang diredhahi Tuhannya. ” (Surah Maryam : 19 Ayat 55)
Wahai Anakku, Sehebat apapun kamu, kehidupan tidak guna jika tidak solat.

Malang jika meninggalkan solat. Wahai anakku! jom solat.

9

KAEDAH PENGGUNAAN DOA SOLAT NABI IBRAHIM A.S

CONTOH DOA SOLAT SELEPAS AZAN SUBUH

1. BACA SELAWAT
( Ya Allah, selamat sejahteralah keatas Nabi Muhammad

SAW dan keatas ahli keluarganya )
2. BACA DOA AZAN

( Ya Allah, Tuhan yang mensyariatkan seruan Azan dan Solat yang
akan didirikan, kurniakanlah kepada Nabi Muhammad SAW

kedudukan yang tinggi dan terpuji yang telah Engkau janjikan.
Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji )

3. BACA DOA SOLAT NABI IBRAHIM A.S.

WAHAI TUHANKU,
JADIKANLAH AKU ORANG YANG MENDIRIKAN

SOLAT DAN DEMIKIANLAH JUGA ZURIATKU.
WAHAI TUHAN KAMI, PERKENANKANLAH DOAKU ”.

YA ALLAH
TETAPKANLAH IMAN AKU
PANJANGKANLAH USIA AKU

KAU KURNIAKAN AKU
KELAPANGAN WAKTU

DAN
KELAPANGAN KESIHATAN

UNTUK
MEMBOLEHKAN AKU MENDIRIKAN
SOLAT ZOHOR BERJEMAAH HARI INI

10

CONTOH DOA DALAM SOLAT

1. KETIKA SUJUD TERAKHIR, Baca Doa

3 Kali

2. KETIKA DUDUK TAHIYAT AKHIR, Baca Doa
( Selepas baca Tahiyat Akhir dan Sebelum memberi salam pertama).

CONTOH DOA SELEPAS SOLAT

Setiap kali selepas selesai mendirikan Solat Fardu, bacalah doa
seperti contoh berikut mengikut waktu solat.

1. Doa Selepas Solat SUBUH - LAMPIRAN 1 (m.s 4)
2. Doa Selepas Solat ZOHOR - LAMPIRAN 2 (m.s 5)
3. Doa Selepas Solat ASAR - LAMPIRAN 3 (m.s 6)
4. Doa Selepas Solat MAGHRIB - LAMPIRAN 4 (m.s 7)
5. Doa Selepas Solat ISYAK - LAMPIRAN 5 (m.s 8)
6. Doa Selepas Solat JUMAAT - LAMPIRAN 6 (m.s 9)

KATA - KATA NASIHAT

MENDIDIK anak-anak menunaikan SOLAT adalah tanggungjawab
setiap Ibubapa dan menjadi WAJIB mendidik mereka sejak kecil lagi.
Ini adalah perintah Allah SWT seperti firman-NYA yang bermaksud:

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat
dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. KAMI tidak
meminta rezeki daripada kamu, (bahkan) KAMI-lah yang memberi
rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi

orang-orang yang bertaqwa.
( Surah Taha : 20 Ayat 132 )

11

KAEDAH SISTEMATIK MENGHAFAZ
SURAH IBRAHIM: 14 AYAT 40
PANDUAN DAN LATIHAN

1. Baca separuh permulaan ayat 40 sebanyak 60 kali
(5 kali buka dan 5 kali tutup al-Qur’an)

Terjemahan: Wahai Tuhanku, jadikanlah aku
orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga

zuriatku.”

Buka al-Quran Tutup al-Quran
12

2. Baca separuh akhir ayat 40 sebanyak 60 kali
(5 kali buka dan 5 kali tutup al-Qur’an)

Terjemahan: Wahai Tuhanku, perkenankanlah doaku.”

Buka al-Quran Tutup al-Quran

3. Ulang baca ayat 40 sebanyak 10 kali
(5 kali buka dan 5 kali tutup al-Qur’an)

Terjemahan: “Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang
yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriatku.

Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”

Buka al-Quran Tutup al-Quran
13

KEISTIMEWAAN SOLAT BERJEMAAH

Daripada Ibnu Umar r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda:
Solat berjemaah itu lebih baik daripada solat secara
bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat,
iaitu ganjarannya.”

.............................(..H....a...d...i..s....R....i..w....a...y...a...t...B....u...k...h....a...r..i...d...a...n.....M....u....s...l.i..m....).................................
Daripada Ubay bin Ka’ab katanya Rasulullah SAW bersabda:

Seseorang lelaki yang mengerjakan solat dengan seorang
lelaki lain (berjemaah 2 orang), ia adalah lebih banyak

ganjarannya berbanding mengerjakan solat seorang diri. Dan
seorang lelaki yang mengerjakan solat bersama 2 orang lelaki
lain (berjemaah 3 orang) ia adalah lebih banyak ganjarannya
daripada mengerjakan solat bersama-sama dengan seorang

lelaki sahaja. Manakala solat yang jemaahnya lebih ramai,
maka jemaah itu akan dikasihi Allah SWT.”

.............(..H...a...d....i.s....R....i.w.....a..y...a...t...A....h...m.....a...d...,..A....b...u.....D....a...w....u...d....d....a..n.....A....n...-.N....a...s...a...i.e...)................
Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda
Rasulullah SAW bersabda:
Kalaulah mereka tahu ganjaran bagi yang pergi ke Masjid
untuk Solat Zohor dipanas matahari yang terik nescaya
mereka akan pergi dalam keadaan berlari dan barang siapa
yang mengetahui ganjaran bagi yang pergi ke Masjid untuk
Solat Isyak dan Solat Subuh nescaya mereka akan pergi

(tidak mengira mereka sakit) walaupun terpaksa merangkak”.
(Hadis Riwayat Bukhari)

.........................................................................................................................................................

Daripada Uthman bin Affan r.a berkata: Aku mendengar baginda
Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa Solat Isyak secara
berjemaah adalah seumpama dia bersolat separuh

daripada malam, dan barangsiapa Solat Subuh secara berjemaah
adalah seumpama dia bersolat seluruh daripada malam”.
(Hadis Riwayat Muslim)

14

KELEBIHAN SOLAT FARDU BERJEMAAH

PAHALA SOLAT MEGIKUT KIRAAN 5 WAKTU
(SOLAT SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB, ISYAK)

BERSEORANGAN BERJEMAAH

SATU HARI 5 X 1 = 5 SATU HARI 5 X 27 = 135

SATU MINGGU 5 X 7 = 35 SATU MINGGU 135 X7 = 945

SATU BULAN 5 X 30 = 150 SATU BULAN 135 X 30 = 4050

SATU TAHUN 5 X 30 X 12 = 1800 SATU TAHUN 4050 X 12 = 48600

RASULULLAH SAW BERSABDA:

SOLAT BERJEMAAH ITU LEBIH BAIK DARIPADA
SOLAT SECARA BERSENDIRIAN SEBANYAK

DUA PULUH TUJUH DARJAT, IAITU GANJARANNYA.”

(HADIS RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)

ADAM SOLUTION

(001895956-M)

15

GANJARAN MEMELIHARA SOLAT

Firman Allah SWT:
Dan Mereka Yang Tetap Memelihara
Solatnya”( Yakni Yang Tetap Mengerjakannya
Pada Waktunya Dengan Cara Yang Sempurna)
Mereka Itulah Orang-Orang Yang Berhak

Mewarisi.”
Yang Akan Mewarisi Syurga Firdaus;
Mereka Kekal Didalamnya”(Sebaik-Baik
Balasan Didalam Syurga ‘Jannat’ul Firdaus’.)”
(Surah Al-Mu’minun : 23 ayat 9,10,11)

KENIKMATAN SYURGA

Firman Allah SWT:
Dan Orang-orang yang beriman serta
beramal salih, Kami akan masukkan mereka

ke dalam Syurga yang mengalir
dibawahnya beberapa sungai, mereka kekal
di dalamnya selama-lamanya. Mereka beroleh
dalam Syurga itu pasangan-pasangan / isteri-isteri

yang suci bersih, serta Kami masukkan
mereka ke tempat yang teduh
yang sentiasa dinaungi.”
(Surah An-Nisa’ : 4 Ayat 57)

(PETIKAN KITAB TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN)
(CETAKAN KE DUA PULUH SATU - 2010)

16

ANCAMAN MENINGGALKAN SOLAT

Percakapan Diantara Penghuni Syurga Dengan Neraka
Firman Allah SWT:

Apakah Yang Menyebabkan Kamu Masuk
Ke Dalam Saqar (neraka)?”

Kami Dahulunya Tidak Termasuk
Ke Dalam Kumpulan Orang-Orang

Yang Mengerjakan Solat.”
(Surah Al-Muddaththir : 74 ayat 42-43)

MALANG JIKA MENINGGALKAN SOLAT

KEAZABAN NERAKA

Firman Allah SWT:
Sesungguhnya orang-orang yang
kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami,
Kami akan membakar mereka dalam api neraka.
Tiap-tiap kali KULIT mereka masak
hangus, Kami gantikan untuk mereka KULIT
yang lain supaya mereka dapat merasa

azab sengsara itu.
Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha

Kuasa, Lagi Maha Bijaksana.”
(Surah An-Nisa’ : 4 Ayat 56)

(PETIKAN KITAB TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN)
(CETAKAN KE DUA PULUH SATU - 2010)

17

TUNTUTAN SOLAT FARDU ADAM SOLUTION

. . . . . . . . . . .K. . .I.T. .A. . .R. . .A. . .N. . . . H. . . I. .D. . .U. . .P. . . . . . . . . . . .
(MUSLIM MALAYSIA)

KEMATIAN KELAHIRAN

T 60 UMUR 0 GALAKA
A 55

SO 50 (TAHUN) N SOLAT
L
KELAHIRAN
45 (0 6) (TASKA/TADIKA)

40 (7 9) (DARJAH 1 3) 7
(10 12) (DARJAH 4 6)
SUSORULAHTAN
(13 17) (TINGKATAN 1 5)

35 (18 24) (PENGAJIAN TINGGI/KERJA)
AN
P (25 (KERJA/KELUARGA/BERSARA)
I
30 KEMATIAN 10

25 PSOERLIN

20 TAATH
15
K E WA 12
J
HADIS PETUNJUK

SURUHLAH anak-anak kamu mengerjakan GALAKAN Solat
solat apabila mereka mencapai usia 7 tahun
dan PERINTAHKAN mereka supaya SURUHAN Solat Tujuh 7 Tahun
mengerjakan solat apabila mereka mencapai PERINTAH Solat Sepuluh 10 Tahun
usia 10 tahun. PUKULLAH (apabila mereka
meninggalkan solat) serta PISAHKAN di antara KEWAJIPAN SOLAT
mereka (lelaki dan perempuan) di tempat tidur.”
PEREMPUAN dikira baligh apabila
( Hadis Riwayat Abu Dawud )
mencapai usia dua belas 1122 tahun
18
atau PERMULAAN HAID
LELAKI dikira baligh apabila usia

mencapai lima belas 1155 tahun

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .K. . .A. . .T. .A. . . .-. .K. . .A. . .T. .A. . . .H. . .I.K. . .M. . . .A. . .H. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
USTAZAH DATUK DR. NORHAFIZAH MUSA

Selama mana anak kita solat, selama itulah pangkal
layang-layang itu berada di tangan kita. Berlarilah anak
kita kemana pun seperti layang-layang yang naik tinggi,
tak mengapa..........kerana..........sebagai ibu, kita pegang
pangkalnya. Kita boleh naikkan, boleh turunkan.........

sebab pangkalnya di tangan kita.”
Tetapi sebaik anak-anak kita meninggalkan solat,
putus tali daripada tangan seorang Ibu dan Ayah dan
kita hanya boleh melihat dilubuk dan gaung mana anak
kita akan jatuh. Kita hanya boleh melihat bagaimana
kebinasaan yang akan menimpa anak-anak kita..........
wal’ iya dzubillah. Sebab itulah, solat anak-anak kita

adalah tanggungjawab kita.”

..................................................................

KATA KATA HIKMAH ini adalah petikan
ucapan Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa

pada 15.11. 2013
dalam Slot TANYALAH USTAZAH TV 9
di Masjid Al-Falah USJ 9 Subang Jaya

diKarnival Raudha Hatiku bertajuk
SOLATLAH ANAKKU

www.jagasolat.com.my

PROFIL PERIBADI

Mejar Abu Bakar bin Haji Ahmad (B) dilahirkan di
Muar, Johor pada 15 September 1947 dan
mendapat pendidikan di High School Muar
sehingga 1965. Beliau menjadi perajurit pada
tahun 1966 dan memasuki Royal Military College

dan kemudiannya ditauliahkan sebagai pegawai
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 16 April
1971. Beliau juga mendapat pendidikan
Military Intelligence di
Australia pada 1976.ketPeandtearaaJnandui aSrci ho1o9l8o6,f beliau menamatkan

perkhidmatan dengan ATM dan menubuhkan Syarikat ADAM CO. Pada
1988, ADAM CO menjadi Franchisee Murtabak Pak Din di Kuala Lumpur.

Mejar Abu Bakar berjaya membangunkan Kaedah Adam Solution, iaitu
satu kaedah JAGA SOLAT (Pelihara dan Rawat) hasil 20 tahun kajian
(1994–2014) mengenai Permasalahan Solat. Kaedah ini ditulis dalam
buku terbitan sulungnya MARILAH MENDIRIKAN SOLAT MARILAH
MENUJU KEJAYAAN. Adam Solution didaftarkan pada 28 September
2009. Buku edisi Braille juga diterbitkan hasil usahasama dengan Al
Fitrah Foundation untuk Orang Kelainan Upaya (Cacat Penglihatan)
untuk Malaysia, Singapura, Indonesia dan Negara Brunei Darussalam.

KAEDAH ADAM SOLUTION

Untuk Pelihara Solat, beliau memfokuskan kepada penggunaan
doa solat Nabi Ibrahim a.s. (Surah Ibrahim: 14 ayat 40) ketika
berdoa. Untuk Rawat (Qada) solat, beliau mereka bentuk satu
sistem pengauditan untuk mengaudit dan mengqadakan solat

yang luput dengan begitu mudah dan ringkas dipersembahkan.

MISI

Melahirkan institusi keluarga Islam yang komited dengan ibadah solat.

WAHAI ANAKKU JOM SOLAT !

JAGA SOLATMU

( ANAK ADALAH ASET DUNIA AKHIRAT )

Jaga Solat Kaedah Adam Solution

SELAWAT

(Ya Allah! anugerahkanlah kesejahteraan kepada (Nabi) Muhammad)

Makna berselawat kepada Nabi Muhammad SAW ialah
permohonan doa kepada Allah SWT untuk melimpahkan
Rahmat, Kemuliaan, Kerahmatan dan Kepujian kepada

Baginda Nabi Muhammad SAW.

FAEDAH BERSELAWAT

(ANTARANYA)

* Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Muhammad SAW

bersabda: “Sesiapa yang berselawat keatasku sekali,
Allah SWT akan berselawat keatasnya 10 kali.”
(Riwayat Muslim)

* Daripada Ibnu Mas’ud RA, bahawa Nabi Muhammad SAW

bersabda: “Orang yang berhak mendapat syafaatku pada
Hari Kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya
kepadaku.” (Riwayat At-Tirmizi)

SERUAN BERSELAWAT

Wahai anak-anakku! Marilah kita berselawat
sebanyak 100 kali setiap hari. Allah SWT akan melimpahkan

berganda-ganda Rahmat. Contohnya kalau berselawat
100 kali sehari, kita akan dapat 1000 Rahmat (100 x 10)

setiap hari. Insya-Allah.

19

ISTIGHFAR

Istighfar adalah lafaz ungkapan permohonan ampun kepada
Allah SWT yang lahir daripada penyesalan terhadap perbuatan

dosa dan maksiat yang dilakukan. Hakikatnya bermaksud
kembali kepada Allah SWT seperti yang diperintahkan oleh

Allah SWT terhadap hamba-hambaNYA.

Firman Allah SWT:
“Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah,

kerana sesungguhnya Allah adalah amat Pengampun,
lagi amat Mengasihani”
(An-Nisa’: 4 ayat 106)

Baginda Rasulullah SAW pernah ditanyakan oleh sahabat
bagaimana untuk beristighfar. Baginda lantas menjawab:

Maksudnya: “Aku memohon ampun kepada Allah,
Aku memohon ampun kepada Allah.

SERUAN BERISTIGHFAR

Wahai anak-anakku! Marilah kita beristighfar
sebanyak 100 kali setiap hari. Istighfar dapat melahirkan
insan yang sentiasa memohon keampunan dan taubat

kepada Allah SWT. Insya-Allah

20


Click to View FlipBook Version