LAPORAN TAHUNAN C A W A N G A N KEJURUTERAAN MEKANIKAL 20 JKR 20500-0100-23 22
LAPORAN TAHUNAN C A W A N G A N KEJURUTERAAN MEKANIKAL 20 22
SIDANG REDAKSI _________ SENARAI JAWATANKUASA SIDANG REDAKSI LAPORAN TAHUNAN CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 2022 ____ PENAUNG Ir. Zulkifli bin Abdul Rashad PENASIHAT Ir. Hj. Suhaili bin Mansor Ir. Hjh. Aishah Hazlina binti Md Dean Ir. Adam bin Sidek KETUA EDITOR Ir. Azahar bin Mohd SIDANG PENGARANG Mohd Norddin bin Ismail Norhayati binti Mat Abu Ahmad Fadzli bin Mohamed Yusoff Nor Hayati binti Yahya Zuzailie binti Rosli Addy Shahelmy bin Abdul Salam Ir. Meria Marsita binti Md Azman Ir. Ts. Mohd Rafal bin Sahudin Norliana binti Ahmad Hariatul binti Mustafa Muhammad Abdillah bin Alwi Ir. Mohamad Nor Amallil bin Mustafa Zarith Sofia binti Mohd Shaharuddin REKA BENTUK KONSEP & GRAFIK Sharul Ain binti Sahhari Azizul Hadi bin Abu Yazid Muhammad Hamizan bin Abu Adam FOTOGRAFI Azizul Hadi bin Abu Yazid Muhammad Hamizan bin Abu Adam
_________ MAKLUMAT KORPORAT 9 Visi, Misi dan Objektif 10 Piagam Pelanggan 11 Perutusan Pengarah Kanan 12 Pengurusan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal 13 Carta Organisasi 14 REKABENTUK 15 Bahagian Rekabentuk Pendidikan 18 Bahagian Rekabentuk Kesihatan 1 22 Bahagian Rekabentuk Kesihatan 2 32 Bahagian Rekabentuk Bangunan Am 1 38 Bahagian Rekabentuk Bangunan Am 2 45 Bahagian Rekabentuk Keselamatan dan Infrastruktur Pengangkutan 52 Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan 56 ISI KANDUNGAN
KHIDMAT PAKAR 59 Bahagian Pakar Penyaman Udara dan Perlindungan Risiko Kebakaran 61 Bahagian Pakar Peralatan Pengangkutan dan Kejuruteraan Bendalir 62 Bahagian Pakar Forensik, Bunyi dan Senggara 63 Bahagian Pakar Kecekapan Tenaga dan Tenaga Diperbaharui 64 Bahagian ECKM, Infra dan Aset 65 Ringkasan Aktiviti Bahagian Khidmat Pakar 66 – Khidmat Nasihat Teknikal 66 – Auditan Teknikal 79 – Pelaksanaan Projek Naik Taraf 88 – Penyelidikan dan Pembangunan Inovasi 94 – Penyelidikan dan Pembangunan Kompetensi 96 – Pengurusan ECKM dan Teknologi Maklumat CKM 104 BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL 110 Seksyen Korporat 114 Seksyen Automotif 117 Seksyen Bangunan 122 Seksyen Pengurusan Projek 126 BAHAGIAN PENGURUSAN PORTFOLIO 131 Status Pelaksanaan Projek Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Tahun 2022 133 Program Penigkatan Kualiti Pemasangan Sistem Mekanikal 137 Laporan Project Lessons Learned (PLL) 142
BAHAGIAN PENGURUSAN KORPORAT DAN STRATEGIK 147 Unit Pembangunan Kompetensi dan Latihan 149 Unit Pengurusan Kualiti 150 Unit Pembangunan Skim Kejuruteraan 151 Unit Pentadbiran & Perkhidmatan dan Unit Kewangan 152 Setiausaha Pejabat 153 Prestasi Kewangan 154 Kedudukan Perjawatan 155 Senarai Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 164 Senarai Kursus/Bengkel dan Taklimat 166 ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN 170 Anugerah Pencapaian Istimewa Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Tahun 2022 171 Anugerah Tokoh Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Tahun 2022 189 PENERBITAN 190 PERISTIWA DAN AKTIVITI 196 Peristiwa Sepanjang Tahun 197
01 MAKLUMAT KORPORAT _________ • VISI, MISI DAN OBJEKTIF • PIAGAM PELANGGAN • PERUTUSAN PENGARAH KANAN • PENGURUSAN CKM • CARTA ORGANISASI
LAPORAN TAHUNAN CAWANGAN KEJURUTERAAN 10 MEKANIKAL 2022 VISI, MISI DAN OBJEKTIF ____ Menjadi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kejuruteraan untuk pembangunan infrastruktur negara berteraskan modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini. Kami menyediakan kepakaran kejuruteraan mekanikal dan memastikan amalan terbaik dalam: i. Khidmat nasihat teknikal ii. Pengurusan projek iii. Pengurusan penyenggaraan aset dan fasiliti Kami berusaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi strategik. Memperkasakan modal insan dan kompetensi kejuruteraan mekanikal. Kami mengamalkan nilai integriti dan ketelusan. Kami komited ke arah pembangunan lestari untuk kepentingan generasi semasa dan akan datang. Menyiapkan kerja reka bentuk, mengurus dan menyerahkan projek serta perkhidmatan penyenggaraan yang menepati masa, kualiti dan kos yang ditetapkan bagi mencapai faedah aset yang optimum. Menyediakan khidmat nasihat teknikal yang cekap dan berkesan. Melaksanakan kerja penyenggaraan sistem mekanikal, kenderaan, loji pembinaan jalan dan loji kuari kepunyaan kerajaan yang menepati kualiti, masa dan kos yang ditetapkan. Menguruskan aset-aset terdiri daripada sistem mekanikal dalam bangunan, kenderaan, loji pembinaan jalan dan loji kuari kepunyaan JKR yang dapat memenuhi keperluan semasa jabatan. VISI MISI OBJEKTIF
MAKLUMAT KORPORAT 11 PIAGAM PELANGGAN _________ Kami komited untuk menyedia dan menyenggara aset kerajaan bagi memenuhi keperluan pembangunan negara dengan memberikan perkhidmatan profesional yang berkualiti berteraskan kepada: i. Jangka masa yang ditetapkan. ii. Kos yang ekonomik. iii.Reka bentuk yang berkualiti dan lestari. Cawangan ini akan sentiasa memastikan aset kerajaan yang dipertanggungjawabkan kepada kami berfungsi seperti yang ditetapkan. Dalam melaksanakan tugas dan fungsi seperti di atas, kami berjanji tempoh penyempurnaan bagi kerja-kerja mekanikal berikut adalah: i. Tindakan awal terhadap aduan kerosakan alatan perkhidmatan mekanikal – 1 hari. ii. Kerja pembaikan besar (major overhaul) / pembaikan badan kenderaan – 3 bulan. iii.Kerja pembaikan kecil kenderaan – 3 minggu. iv.Penggantian pendingin (chiller) – 1 tahun. v. Penggantian lif bagi satu fasa – 1 tahun. ____
LAPORAN TAHUNAN CAWANGAN KEJURUTERAAN 12 MEKANIKAL 2022 PERUTUSAN PENGARAH KANAN _________ Assalamualaikum dan Selamat sejahtera, Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi di atas limpah kurnia-Nya, Laporan Tahunan CKM 2022 telah berjaya dihasilkan atas kesungguhan dan komitmen daripada semua warga Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM), terutamanya ahli sidang redaksi. Setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan sidang redaksi kerana telah memberikan kerjasama yang amat baik dalam menjayakan penerbitan laporan tahunan ini. Sesungguhnya Laporan Tahunan Ini merupakan satu medium penting untuk memaparkan pencapaian dan program yang telah dilaksanakan oleh CKM sepanjang tahun 2022. Saya juga merakamkan penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh warga CKM di atas ketekunan dan kesungguhan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Komitmen yang telah diberikan di setiap tugasan yang dirancang telah berjaya dilaksanakan, seterusnya mengekalkan prestasi perkhidmatan yang baik serta meningkatkan imej cawangan ini. CKM terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang pada tahun 2022 dengan Kejayaan Penyiapan dan Penyerahan Sembilan (9) buah Projek 3 dalam 1 merangkumi Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC), Lukisan Siap Bina (As-Built Drawing) dan Perakuan Akaun Muktamad (SoFA). Manakala sebanyak lapan (8) buah projek telah diserahkan secara 2 dalam 1 iaitu merangkumi Dokumen Kontrak dan Surat Setuju Terima (SST). CKM juga berjaya menerbitkan beberapa garis panduan dan dokumen yang menjadi sumber rujukan semua terutamanya dalam bidang teknikal dan kejuruteraan mekanikal. Selain itu, CKM melalui Kelab CKM telah menganjurkan pelbagai program seperti aktiviti sukan dan lawatan untuk meningkatkan lagi hubungan silaturrahim di antara semua kakitangan. Akhir kata, ucapan sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua warga CKM atas usaha, kejayaan dan pencapaian pada tahun 2022. Semoga ia menjadi sumber inspirasi dan pembakar semangat warga kerja CKM untuk terus berdaya saing pada masa hadapan. Sekian, terima kasih. Ir. Zulkifli bin Abdul Rashad Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Ibu Pejabat JKR Malaysia
MAKLUMAT KORPORAT 13 PENGURUSAN CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL PENGARAH KHIDMAT PAKAR Ir. Hjh. Aishah Hazlina binti Md Dean PENGARAH KANAN Ir. Zulkifli bin Abdul Rashad PENGARAH REKABENTUK Ir. Haji. Suhaili bin Mansor
LAPORAN TAHUNAN CAWANGAN KEJURUTERAAN 14 MEKANIKAL 2022 CARTA ORGANISASI PENGARAH KANAN (JUSA B) Ir. Zulkifli bin Abdul Rashad PENGARAH REKABENTUK (JUSA C) BAHAGIAN REKABENTUK BANGUNAN AM 1 (J54) Ir. Sulaiman bin Kamari Ir. Haji Suhaili bin Mansor BAHAGIAN REKABENTUK PENDIDIKAN (J54) Ir. Mohamad Zaini bin Bakar BAHAGIAN REKABENTUK KESIHATAN 1 (J54) Ir. Dr. Mohamed Azly bin Abdul Aziz BAHAGIAN REKABENTUK KESELAMATAN & INFRASTRUKTUR PENGANGKUTAN (J54) Ir. Azizah binti Kassim BAHAGIAN REKABENTUK KESIHATAN 2 (J54) Ir. Yatim Selamat bin Latib BAHAGIAN REKABENTUK BANGUNAN AM 2 (J54) Ir. Arbaah binti Abu PENGARAH KHIDMAT PAKAR (JUSA C) Ir. Hjh. Aishah Hazlina binti Md Dean BAHAGIAN PAKAR FORENSIK, BUNYI & SENGGARA (J54) Khairuddin bin Ibrahim BAHAGIAN PAKAR PENYAMAN UDARA & PERLINDUNGAN RISIKO KEBAKARAN (J54) Ir. Zailani bin Nagin BAHAGIAN PAKAR KECEKAPAN TENAGA & TENAGA DIPERBAHARUI (J54) Ir. Dr. Norhayati binti Mat Wajid BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL (J54) Ts. Norhisham bin Launah BAHAGIAN PAKAR PERALATAN PENGANGKUTAN & KEJURUTERAAN BENDALIR (J54) Ir. Zalina binti Mohd Yusuf BAHAGIAN ECKM, INFRA & ASET (J54) Ir. Adam bin Sidek BAHAGIAN PENGURUSAN PORTFOLIO (J54) Ir. Aishah binti Taha BAHAGIAN PENGURUSAN KORPORAT DAN STRATEGIK (J54) Azizun binti Hashim BAHAGIAN KONTRAK & UKUR BAHAN (J44) Sr. Mohd Nazri bin Norashim * Bahagian Kontrak & Ukur Bahan telah diletakkan di bawah Pejabat Pengarah Kanan Mulai 1 Oktober 2022 * Nama Bahagian telah bertukar kepada Bahagian Pengurusan Kuari, Aset & ECKM mulai 29 September 2022
02 REKABENTUK _________ • BAHAGIAN REKABENTUK PENDIDIKAN • BAHAGIAN REKABENTUK KESIHATAN 1 • BAHAGIAN REKABENTUK KESIHATAN 2 • BAHAGIAN REKABENTUK BANGUNAN AM 1 • BAHAGIAN REKABENTUK BANGUNAN AM 2 • BAHAGIAN REKABENTUK KESELAMATAN & INFRASTRUKTUR PENGANGKUTAN • BAHAGIAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN
LAPORAN TAHUNAN CAWANGAN KEJURUTERAAN 16 MEKANIKAL 2022 PENGARAH REKABENTUK BERSAMA KETUA-KETUA BAHAGIAN Dari kiri (duduk): Ir. Azizah binti Kassim, Ir. Haji Suhaili bin Mansor, Ir. Arbaah binti Abu. Dari kiri (berdiri): Ir. Yatim Selamat bin Latib, Ir. Sulaiman bin Kamari, Sr. Mohd Nazri bin Norashim. Tiada dalam gambar: Ir. Dr. Mohamed Azly bin Abdul Aziz, Ir. Mohamad Zaini bin Bakar
REKABENTUK 17 REKABENTUK _________ FUNGSI i. Bahagian ini terlibat dalam merancang pelaksanaan projek dan bertindak sebagai Pengurus Program, Ketua Pasukan Projek (HOPT), Ketua Pasukan Rekabentuk (HODT), Pegawai Penguasa (PP) dan Wakil Pegawai Penguasa Pakar (WPP Pakar) bagi projek pelbagai kementerian dan agensi berkaitan. ii. Bagi mencapai maksud ini, bahagian ini melaksanakan reka bentuk, perolehan, pengawasan, pengujian, pentauliahan, dan penyerahan sistem mekanikal yang menepati piawai, kualiti, masa dan kos yang ditetapkan. iii. Selain daripada melaksanakan reka bentuk secara dalaman, bahagian ini juga menyediakan khidmat nasihat dan perundingan teknikal bagi tujuan reka bentuk. iv. Seterusnya, bahagian ini turut menguruskan perkhidmatan perunding yang merangkumi pelantikan, pengawasan, penilaian prestasi dan bayaran. _________ JADUAL RINGKASAN PELAKSANAAN PROJEK CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL TAHUN 2022 BAGI BAHAGIAN REKABENTUK SISTEM PROJEK 1507 374 BIL. 0.86 bil 12.84 bil KOS (RM) KAEDAH PELAKSANAAN & KOS MEKANIKAL KONVENSIONAL DALAMAN KONVENSIONAL PERUNDING REKA & BINA 936 158 BIL. 2.47 bil 19.06 bil KOS (RM) 858 173 BIL. 0.84 bil 16.89 bil KOS (RM) 3301 705 BIL. 4.17 bil 48.8 bil KOS (RM) PERKARA JUMLAH
LAPORAN TAHUNAN CAWANGAN KEJURUTERAAN 18 MEKANIKAL 2022 BAHAGIAN REKABENTUK PENDIDIKAN _________ Dari kiri (belakang): Puteri Asniza binti Megat Norman, Madihah binti Mohd Tajuddin, Hazlin bin Hamat Sawawi, Norhaslinda binti Zakaria, Zamri bin Deraman, Yusri Amry bin Najib Fahmy, Abdul Latif bin Ishak, Ir. Ahmad Norsyahmey bin Ramli, Mohd Nazril bin Mohamed, Mohd Reduan bin Suhaili, Mohd Farrid bin Shaari, Noor Aliah binti Nordin, Ir. Ahmad Deli bin Mohd Noor, Norliana binti Ahmad, Mohd Nor bin Ibrahim Dari kiri (duduk): Ir. Isfanizam bin Ismail, Ir. Hj. Ahmad Zaki Bin Bahari, Ir. Ts. Hj. Mohamad Zaini bin Bakar, Ernawati binti Kimsin@ Tinsin, Ir. Mohd Fadzil bin Rahim @ Yusof Tiada dalam gambar: Muhammad Faiz bin Shafee, Mohd Zulkiflee bin Mohd Din, Nik Mas Latifah binti Nik Awang Aziz, Siti Nurani binti Muhammad, Mohammad Alif Fikri bin Zamri
REKABENTUK 19 Projek-projek yang telah siap dan diserahkan pada tahun 2022. Antaranya ialah: Projek: PEMBINAAN POLITEKNIK BESUT TERENGGANU (REKA DAN BINA) Kaedah Pelaksanaan Reka dan Bina Tempoh Kontrak 39 Bulan Tarikh Siap Sebenar (CPC) 07 Ogos 2022 Tarikh Serah Kepada Pelanggan 23 Ogos 2022 Kontraktor Utama Blackfox Engineering Sdn Bhd Kontraktor NSC Nil Kos Kontrak Semasa RM 180,000,000.00 Kos Sistem Mekanikal RM 13,700,000.00
LAPORAN TAHUNAN CAWANGAN KEJURUTERAAN 20 MEKANIKAL 2022 Sistem Mekanikal 1. Sistem Penyaman Udara dan Pengudaraan Mekanikal 2. Sistem Pencegah Kebakaran 3. Sistem Pemampat Udara 4. Sistem Lif 5. Sistem Liquefied Petroleum Gas (LPG) 6. Sistem Peralatan Dapur 7. Sistem Fume Extractor 8. Sistem Building Automation Pencapaian 1. Pembinaan politeknik ke-34 ini telah berjaya melengkapkan usaha kerajaan negeri untuk menjadikan Besut sebagai hab pendidikan utama di Terengganu. 2. Politeknik ini bersedia dengan pelbagai kemudahan pembelajaran dan mampu menampung sehingga 2,000 pelajar. Faedah/ kepentingan projek kepada rakyat Tujuan projek baharu ini adalah bagi menambahbaik penyampaian perkhidmatan Politeknik kepada rakyat. Skop projek merangkumi: 1. Fasiliti Gunasama yang merangkumi Dewan Banquet, Resource Center, Pusat Islam, Pusat Sukan, Taska dan Klinik Mini 2. Blok Pentadbiran dan Akademik 3. Blok Makmal dan Bengkel yang turut merangkumi Jabatan Reka Bentuk & Komunikasi Visual - Kraf Perindustrian & Fesyen Batik 4. Blok Non-Akademik meliputi Asrama, Rumah Warden, Kuarters dan Bilik Building Automation System (BAS) Kelebihan Projek Pelaksanaan pembinaan projek ini menggunakan kaedah Industrialised Building System (IBS) dengan skor (Peringkat Siap Bina) sebanyak 74.98%. Projek ini dilaksanakan dengan Penarafan Hijau (MyCrest). Pembinaan projek ini juga dapat memberi peluang kepada Politeknik melahirkan pelajarpelajar yang akan beraksi dalam industri kraf dan juga fesyen berasaskan produk-produk batik.
REKABENTUK 21 Fume Extractor di Bengkel Kimpalan Pemasangan Sistem Penyaman Udara di Bilik Persidangan Sistem LPG untuk kegunaan di Bengkel
LAPORAN TAHUNAN CAWANGAN KEJURUTERAAN 22 MEKANIKAL 2022 BAHAGIAN REKABENTUK KESIHATAN 1 _________ Belakang Dari Kiri: Wan Mohd Zurin bin Wan Sapiansori, Fadzil bin Mansor, Suhaimi bin Ismail, Saiful Azuan Affandi bin Md Sagap, Ir. Zamri bin Mohd Tukiran, Ir. Mohd Syahman bin Mohd Ruslan Depan Dari Kiri: Mohd Asrull bin Mat Aripin@Mat Ariffin, Ir. Mohamed Mohideen bin A. Jamal Mohamed, Ir. Mohammad Nazri bin Sulaiman, Ir. Dr. Mohamed Azly bin Abdul Aziz, Muhammad Syahmi bin Emran, Ir. Mohd Faizal bin Romli, Muhammad Mustaqim bin Abdul Hafni, Mohd Nor Daim bin Al Junid Tiada dalam gambar: Meria Marsita binti Md.Azman, Fatimah binti Mohamad
REKABENTUK 23 Projek-projek yang telah siap dan diserahkan pada tahun 2022. Antaranya ialah: Projek: TAMBAHAN BLOK BARU HOSPITAL PUTRAJAYA (KOMPLEKS ENDOKRIN), PUTRAJAYA Kaedah Pelaksanaan Reka Dan Bina Tempoh Kontrak 63 bulan, 24 hari Tarikh Siap Sebenar (CPC) 08 April 2022 Tarikh Serah Kepada Pelanggan 08 April 2022 Kontraktor GEORGE KENT (M) BHD Kontraktor NSC TIADA Kos Kontrak Semasa RM 347,878,724.19 Kos Sistem Mekanikal RM 66,701,595.00
LAPORAN TAHUNAN CAWANGAN KEJURUTERAAN 24 MEKANIKAL 2022 Sistem Mekanikal 1. Air-Conditioning And Mechanical Ventilation Systems 2. Lift And Escalator System 3. Medical Gases Pipeline Systems 4. Fire Protection Systems 5. Sterilizers And Associated Equipment 6. Heat Pumps, Boilers, Calorifiers And Steam / Hot Water Reticulation System 7. Building Automation And Control System (Bacs) 8. Hydrotherapy Pool System 9. Pneumatic Tube System 10. Cold Room And Associated Equipment 11. Laboratory Equipments 12. Internal Cold Water Plumbing 13. Internal Sanitary And Waste Water System 14. Other Mechanical Services Requirements Pencapaian Projek ini juga telah dapat diserahkan dengan memenuhi kriteria 3 dalam 1; 1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) 2. Lukisan Siap Bina (As built Drawing) 3. Penyata Akaun Muktamad (SOFA) Faedah/ kepentingan projek kepada rakyat Tujuan projek baharu ini adalah menyediakan fasiliti kesihatan kepada rakyat Malaysia. Skop projek ini merangkumi: 1. Tambahan Blok Baru (220 katil) yang mengandungi: • Outpatient and Day care • In patient care • Diagnostic and treatment • Medical Support facilities • Non-medical Support Servies • Administration and information And communication • Specialist office • Quality training and clinical research centre • Public amenities 2. 1 blok hospital 10 tingkat, 3. 1 blok tempat letak kereta yang mampu memuatkan 700 buah kereta dan 175 buah motorsikal, 4. 1 Blok Mekanikal Dan Penyelenggaraan 5. Link bridge yang menghubungkan blok baru dengan hospital sedia ada.
REKABENTUK 25 Kelebihan Projek Projek Institut Endokrin ini merupakan Institut yang pertama di Malaysia dalam bidang endokrinologi dan mengandungi 1 blok bangunan hospital 10 tingkat (220 katil), 1 blok tempat letak kereta (TLK) 700 ruang untuk kereta dan 175 untuk motosikal, satu Hybrid Smart OT (bilik bedah) yang bersebelahan dengan bilik MRI yang pertama di Malaysia. Selain itu, institut ini juga mempunyai tiga wad (perubatan endokrin, pembedahan endokrin dan pediatrik endokrin), satu Endoscopic OT, tiga general OT, Sleep Lab, Hydrotheraphy Pool, Gymnasium, Theraphy Garden, bilik seminar dan lain-lain lagi. Pembinaan Institut Endokrin ini adalah selaras dengan tekad kerajaan untuk memperbaiki dan meningkatkan perkhidmatan kesihatan khusus di bawah perkhidmatan perubatan endokrinologi di Malaysia. Hydrotherapy Pool System Fire Protection Systems Medical Gases Pipeline Systems (Terminal Unit)
LAPORAN TAHUNAN CAWANGAN KEJURUTERAAN 26 MEKANIKAL 2022 Projek: PUSAT KARDIOLOGI HOSPITAL SERDANG, SELANGOR Kaedah Pelaksanaan Reka Dan Bina Tempoh Kontrak 55 bulan, 4 hari Tarikh Siap Sebenar (CPC) 23 September 2022 Tarikh Serah Kepada Pelanggan 23 September 2022 Kontraktor NADI CERGAS SDN BHD Kos Kontrak Semasa RM 292,308,381.04 Kos Sistem Mekanikal RM 54,221,858.00
REKABENTUK 27 Sistem Mekanikal 1. Air-Conditioning And Mechanical Ventilation Systems 2. Lift And Escalator System 3. Medical Gases Pipeline Systems 4. Fire Protection Systems 5. Sterilizers And Associated Equipment 6. Heat Pumps, Boilers, Calorifiers And Steam / Hot Water Reticulation System 7. Building Automation And Control System (Bacs) 8. Pneumatic Tube System 9. Laboratory Equipments 10. Internal Cold Water Plumbing 11. Internal Sanitary And Waste Water System 12. Other Mechanical Services Requirements Pencapaian Pemilihan projek ini adalah berdasarkan kepada pengiktirafan yang telah berjaya dicapai antaranya adalah seperti berikut: 1. Penarafan Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan (QLASSIC) mendapat 81%; 2. Penarafan Sistem Penilaian Keselamatan dan Kesihatan Dalam Pembinaan (SHASSIC) mendapat 96% dengan 5 bintang; 3. Penarafan hijau pH JKR mendapat 4 bintang; dan 4. Johan Anugerah Inovasi Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Terbaik Tahun 2021. Faedah/ kepentingan projek kepada rakyat Tujuan projek baharu ini adalah menyediakan fasiliti kesihatan kepada rakyat Malaysia. Skop projek ini merangkumi: 1. Satu (1) Blok Pusat Kardiologi 8 Tingkat (262 Katil) yang mengandungi: i. 4 Nos Operation Theater (OT) ii. 17 Jabatan yang merangkumi: • Unit Pemulihan Jantung (CRU) • Pusat Pendaftaran (CR) • Farmasi (OSC) • Jabatan Radiologi Jantung (CRD) • Jabatan Kecemasan Jantung (CED) • Pejabat Pakar (SO) • Pusat Bekalan dan Jabatan Steril (CSSD) • Makmal Jantung Tidak Invasif (NICL) • Unit Penjagaan Kardiologi (CDU) • Unit Pemindahan Ubat (TMU) • Unit ICT (ICT) • Unit Penjagaan Koronari (CCU) • Makmal Jantung Invasif (ICL) • Unit Penjagaan Kardiotoraks Intesif(CICU) • RHU (ICU) • Unit Penjagaan Paediatri Kardiotoraks Intensif (PCICU) • RHU (OT) 2. Satu (1) Blok Tempat Letak Kenderaan yang mengandungi: i. 9 Tingkat Beserta Ruang M&E merangkumi: • 536 petak parkir (termasuk 26 petak khas wanita dan 8 petak khas OKU)
LAPORAN TAHUNAN CAWANGAN KEJURUTERAAN 28 MEKANIKAL 2022 Kelebihan Projek Sebuah hospital pakar kerajaan yang mempunyai 4 Kompleks Dewan Bedah termasuk satu (1) Hybrid OT (Angio), lima (5) Klinik Pakar Jantung, lima (5) Makmal Invasif Kardiak (ICL) dan kemudahan peralatan perubatan seperti CT scan 256 Slices, Cardiac MRI 3 Tesla, Angiography biplane system, Angiography single plane system untuk Hybrid OT dan lain-lain peralatan perubatan. Sterilizers And Associated Equipment Medical Gases Pipeline Systems (Pendant) Medical Gases Pipeline Systems (Pendant) Lift And Escalator System (dumbwaiter)
REKABENTUK 29 Projek: TENDER SEMULA HOSPITAL TANJUNG KARANG (REKA DAN BINA) Kaedah Pelaksanaan Reka Dan Bina Tempoh Kontrak 68 Bulan 7 Hari Tarikh Siap Sebenar (CPC) 07 Julai 2022 Tarikh Serah Kepada Pelanggan 07 Julai 2022 Kontraktor Utama GEORGE KENT (MALAYSIA) BERHAD Kos Kontrak Semasa RM 277,190,000.00 Kos Sistem Mekanikal RM 58,452,739.00
LAPORAN TAHUNAN CAWANGAN KEJURUTERAAN 30 MEKANIKAL 2022 Sistem Mekanikal 1. Air-Conditioning And Mechanical Ventilation Systems 2. Lift And Escalator System 3. Medical Gases Pipeline Systems 4. Fire Protection Systems 5. Sterilizers And Associated Equipment 6. Heat Pumps, Boilers, Calorifiers And Steam / Hot Water Reticulation System 7. Liquidified Petroleum Gas (LPG)/ Natural Gas Systems 8. Mortuary Equipments 9. Building Automation And Control System (Bacs) 10. Kitchen Equipment 11. Dental And Associated Equipments 12. Cold Room And Associated Equipment 13. Laboratory Equipments 14. Internal Cold Water Plumbing 15. Internal Sanitary And Waste Water System 16. Reverse Osmosis Water System Pencapaian Projek ini juga telah dapat diserahkan dengan memenuhi kriteria 3 dalam 1; 1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) 2. Lukisan Siap Bina (As built Drawing) 3. Penyata Akaun Muktamad (SOFA) Faedah/ kepentingan projek kepada rakyat Tujuan projek baharu ini adalah menyediakan fasiliti kesihatan kepada rakyat Malaysia.Skop projek ini merangkumi: 1. Hospital Pakar Minor berkapasiti 150 katil 2. 10 bidang kepakaran akan diperkenalkan di hospital tersebut secara berfasa merangkumi Pembedahan, Kecemasan, Perubatan Umum, Obstetrik & Ginekologi, Pediatrik, Ortopedik, Anestesiologi, Radiologi, Patologi serta Bedah Mulut dan Maksilofasial. 3. Selain itu, hospital ini turut menawarkan perkhidmatan pakar secara lawatan bagi Otorinolaringologi (ORL), Oftalmologi, Psikiatrik dan Forensik. Kelebihan Projek Projek ini dilengkapi dengan sistem-sistem mekanikal dan peralatan perubatan yang direkabentuk untuk 10 bidang kepakaran akan merangkumi pembedahan, kecemasan, perubatan umum, obstetrik dan ginekologi, pediatrik, ortopedik, anestesiologi, radiologi, patologi serta bedah mulut dan maksilofasial. Hospital ini turut menawarkan perkhidmatan pakar otorinolaringologi (ORL), oftalmologi, psikiatrik dan forensik
REKABENTUK 31 Mortuary Equipments Dental And Associated Equipments Kitchen Equipment and Liquidified Petroleum Gas (LPG)/ Medical Gases Pipeline Systems Natural Gas Systems
LAPORAN TAHUNAN CAWANGAN KEJURUTERAAN 32 MEKANIKAL 2022 BAHAGIAN REKABENTUK KESIHATAN 2 _________ Belakang Dari Kiri: Ir. Mohamad Nor Amallil bin Mustafa, Mohamad Fidaiy bin Mohd Zakir, Ir. Mohd Faiz Fikri bin Yusoff, Zulhaidi bin Mokhtar, Mohd Rizal bin Mohamed, Muhafiz bin Mahamad, Ir. Mohd Yusof Aizad bin Mukhtar, Noraizam bin Miswan, Mohd Hatta bin Badarudin, Nurfatihah binti Mahadi, Mohd Azizi bin Elwi Depan Dari Kiri: Ir. Syed Zulkarnain Syah bin Syed Ahmad Kamal, Ir. Dr. Norhayati binti Mat Wajid, Ir. Yatim Selamat bin Latib, Ir. Zamil Hisham bin Abdul Rashid, Normah binti Ismail
REKABENTUK 33 Projek: PEMBINAAN BANGUNAN TAMBAHAN HOSPITAL SEGAMAT, JOHOR (REKA & BINA) Kaedah Pelaksanaan Reka Dan Bina Tempoh Kontrak 85 Bulan Tarikh Siap Sebenar (CPC) 29-12-2022 Tarikh Serah Kepada Pelanggan 29-12-2022 Kontraktor Utama INNOSEVEN SDN. BHD Kontraktor NSC Tiada Kos Kontrak Semasa RM 73,670,483.59 Kos Sistem Mekanikal RM 14,760,500.00
LAPORAN TAHUNAN CAWANGAN KEJURUTERAAN 34 MEKANIKAL 2022 Sistem Mekanikal 1. Sistem Penyaman Udara Dan Pengalihan Udara 2. Sistem Lif Dan Dumbwaiter 3. Sistem Perpaipan Gas Perubatan 4. Sistem Pencegah Kebakaran 5. Sistem Pensteril Dan Peralatan Yang Berkaitan 6. Sistem Air Panas 7. Sistem Pengawasan Bangunan 8. Sistem Paip Air Dalaman 9. Sistem Sanitari Dalaman Pencapaian Penyiapan projek dengan pencapaian 6 dalam 1 1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC); 2. Lukisan Siap Bina (As-Built Drawings) 3. Penyata Akaun Muktamad (SOFA) 4. Qlassic – Pencapaian Skor Sebanyak 70% 5. Kecekapan Tenaga 6. Penjimatan Kos Kontrak Sebanyak RM 1,681,312.41 Faedah/ kepentingan projek kepada rakyat Pembinaan sebuah bangunan tambahan yang lengkap dengan fasiliti serta bangunan di Hospital Segamat bagi menempatkan Jabatan Kecemasan dan Trauma, Intensive Care Unit, High Dependency Ward, Dewan Bedah, Centralised Sterile Supply Department dan Respiratory Haemodynamics Unit. Kelebihan Projek Menyediakan perkhidmatan kesihatan sejajar dengan peningkatan penduduk di Segamat, zon selatan Negeri Sembilan dan Pahang
REKABENTUK 35 Peralatan Pendant Peralatan Steril Sistem Lif Pengujian Sistem Penyaman Udara
LAPORAN TAHUNAN CAWANGAN KEJURUTERAAN 36 MEKANIKAL 2022 Projek: MENYIAPKAN BAKI KERJA BAGI HOSPITAL (40 KATIL) BERA, PAHANG (PAKEJ 2 – KERJA BANGUNAN DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN) Kaedah Pelaksanaan Konvensional Perunding Tempoh Kontrak 31 Bulan Tarikh Siap Sebenar (CPC) 31 Mac 2022 Tarikh Serah Kepada Pelanggan 31 Mac 2022 Kontraktor Utama MARIMAS SDN. BHD Kos Kontrak Semasa RM 24,238,139.46 Kos Sistem Mekanikal RM 5,102,398.00
REKABENTUK 37 Sistem Mekanikal 1. Sistem Penyaman Udara Dan Pengalihan Udara 2. Sistem Pencegah Kebakaran 3. Sistem Lif 4. Sistem Peralatan Makmal 5. Sistem Pengawasan Bangunan 6. Sistem Peralatan Dapur dan LPG 7. Sistem Pensteril Dan Peralatan Yang Berkaitan 8. Sistem Air Panas 9. Sistem Perpaipan Gas Perubatan 10. Sistem Kabinet Mayat 11. Sistem Kelengkapan Unit Pergigian 12. Sistem Osmosis Berbalik Pencapaian Penyiapan projek dengan pencapaian 3 dalam 1 1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC); 2. Lukisan Siap Bina (As-Built Drawings) 3. Penyata Akaun Muktamad (SOFA) Faedah/kepentingan projek kepada rakyat Menyiapkan baki kerja bagi Pembinaan Blok Hospital dengan kemudahan 40 katil dan direkabentuk sehingga mampu menanggung 60 katil pada masa hadapan. Termasuk pembinaan Kuarters Kelas D (6 Unit), Kuarters Kelas F (16 Unit), Kuarters Kelas G (16 Unit), Asrama Jururawat dan Blok Sokongan Kelebihan Projek Menyediakan fasiliti kesihatan yang mampu memberi kemudahan kepada 150,000 penduduk Bera dan sebahagian penduduk Negeri Sembilan yang bersempadan dengan Bera Peti Simpanan Mayat Tangki VIE Sistem Perpaipan Gas Perubatan Chiller Peralatan Steril
LAPORAN TAHUNAN CAWANGAN KEJURUTERAAN 38 MEKANIKAL 2022 BAHAGIAN REKABENTUK BANGUNAN AM 1 _________ Dari kiri: Ir. Rosyatimah binti Shah, Hirliya binti Adam, Zuzailie binti Rosli, Mohd Sharizaly bin Zulkefli, Wan Mohd Hafidz bin Che Nordin, Ir. Mohammad Faeiz bin Ismail, Nurul Aidawati binti Wahab, Ir. Mohamad Saiful bin Abdul Rani, Ir. Ikhmal Nazmi bin Khairoll Annuar, Ir. Muhammad Izzul Haq bin Abu Rahim, Ir. Sulaiman bin Kamari, Ir. Khamarul Ashraaf bin Arif, Ir. Zul Fadhlly bin Rossdi, Ir. Yahyatu Nizam bin Yahaya, Mohd Shafiq Hafizi bin Hamzan, Mohamad Shazwan bin Ahim, Mohd Faizal bin Sahari, Muhammad Irfan bin Yunus
REKABENTUK 39 Projek: PEMBINAAN KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PERLIS (BANGUNAN SUK BARU) MUKIM SERIAB, PERLIS Kaedah Pelaksanaan Konvensional (Dalaman) Tempoh Kontrak 62 bulan Tarikh Siap Sebenar (CPC) 12 Julai 2022 Tarikh Serah Kepada Pelanggan 10 September 2022 Kontraktor Utama PENS HOLDINGS SDN. BHD. Kontraktor NSC 1. B.Y. TEKNIK SDN BHD (Sistem Lif) 2. MOMINNOVATION SDN BHD (Sistem Penyaman Udara & Pengudaraan) 3. PROTEC CONSOLIDATED SDN BHD (Sistem Pencegah Kebakaran & Pam Penggalak) Kos Kontrak Semasa RM 81,114,766.05 Kos Sistem Mekanikal 1. RM 1,048,090.00 (Sistem Lif) 2. RM 5,595,595.00 (Sistem Penyaman Udara & Pengudaraan) 3. RM 1,710,557.00 (Sistem Pencegah Kebakaran & Pam Penggalak)
LAPORAN TAHUNAN CAWANGAN KEJURUTERAAN 40 MEKANIKAL 2022 Sistem Mekanikal 1. Sistem Bekalan Air Sejuk dan Sanitari 2. Sistem Lif 3. Sistem Penyaman Udara & Pengudaraan 4. Sistem Pencegah Kebakaran & Pam Penggalak Pencapaian Projek ini berjaya disiapkan secara 8 dalam 1 iaitu : 1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) yang diperakukan pada 12 Julai 2022. 2. Lukisan Siap Bina 3. Penyata Akaun Muktamad (SOFA) 4. Penjimatan Kos Projek sebanyak RM7.5 juta 5. Pengiktirafan QLASSIC oleh CIDB 6. Operation & Manual Maintenance (O&M) 7. Zero Lost Time Injuries (LTI) 8. Coffee Table Book Faedah/kepentingan projek kepada rakyat Tujuan projek baharu ini adalah bagi menambahbaik penyampaian perkhidmatan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis (Bangunan SUK Baru) kepada rakyat. Skop projek merangkumi: 1. 1 Bangunan Pentadbiran SUK setinggi 4 tingkat (Blok A, B dan Fasiliti) 2. 1 Dewan Bankuet (600 orang) 3. 1 Rumah Sampah 4. 1 Blok Mekanikal 5. 1 Blok Elektrik 6. 1 Pondok Pengawal Kelebihan Projek Pelaksanaan pembinaan projek ini menggunakan kaedah Industrialised Building System (IBS). Projek ini dilengkapi dengan tiga (3) unit Sistem Penyaman Udara Berpusat jenis Water Cooled Chiller dan beroperasi secara two (2) duty one (1) standby. Ini membolehkan pelanggan menikmati penjimatan tenaga ketika keperluan penyejukan bangunan berada dalam keadaan part load. Selain itu, dengan adanya Building Automation System (BAS), peralatan-peralatan sistem penyaman udara tersebut juga seperti chiller, AHU, pam dan cooling tower boleh dikawal dan dipantau serta boleh dijadualkan bagi membolehkan penggunaan tenaga secara optimum tercapai.
REKABENTUK 41 Tiga (3) Bilangan Cooling Tower Yang ditempatkan di Blok Mekanikal Tiga (3) Bilangan Water Cooled Chiller Dalam Blok Mekanikal Make Up Water Tank ditempatkan di Blok Mekanikal Tiga (3) Bilangan Chilled Water & Condenser Pump di Blok Mekanikal
LAPORAN TAHUNAN CAWANGAN KEJURUTERAAN 42 MEKANIKAL 2022 Projek: MENYIAPKAN BAKI KERJA TERTINGGAL BAGI MEROBOH DAN MEMBINA SEMULA BANGUNAN AUDITORIUM DI ATAS SEBAHAGIAN LOT 60016 (ASAL LOT 2359 & 2360) MUKIM ULU MELAKA, DAERAH LANGKAWI, KEDAH DARUL AMAN Kaedah Pelaksanaan Konvensional (Dalaman) Tempoh Kontrak 78 minggu Tarikh Siap Sebenar (CPC) 31 Mei 2022 Tarikh Serah Kepada Pelanggan 15 Ogos 2022 Kontraktor Utama MAJU MERGE RESOURCE SDN. BHD Kontraktor NSC 1. SIREH MADU ENTERPRISE (Sistem Penyaman Udara dan Pengudaraan Mekanikal) 2. RACON ENTERPRISE (Sistem Pencegah Kebakaran) Kos Kontrak Semasa RM6,988,682.00 Kos Sistem Mekanikal 1. RM420,100.00 (Sistem Penyaman Udara dan Pengudaraan Mekanikal) 2. RM249,600.00 (Sistem Pencegah Kebakaran)
REKABENTUK 43 Sistem Mekanikal 1. Sistem Bekalan Air Sejuk dan Sanitari 2. Sistem Penyaman Udara dan Pengudaraan Mekanikal 3. Sistem Pencegah Kebakaran Pencapaian Projek ini berjaya disiapkan dan diserahkan secara 7 dalam 1 iaitu: 1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) telah diperakukan pada 31 Mei 2022; 2. Penyiapan Penyata Akaun Muktamad (SOFA); 3. Penyiapan As Built Drawing; 4. Operation & Maintenance (O&M) Manual; 5. Penjimatan perbelanjaan projek; 6. Zero Lost Time Injuries (LTI); dan 7. Zero Major Defects. Faedah/kepentingan projek kepada rakyat i. Auditorium ini dibina dengan tujuan utama untuk memperswembahkan warisan sejarah keunikan Pulau Langkawi sejajar dengan hasrat kerajaan mempromosikan sejarah Pulau Langkawi sebagai satu produk pelancongan. ii. Bangunan auditorium ini direka bentuk berdasarkan konsep history will repeat itself, dan menjadi antara salah satu tarikan untuk pelancong yang berkunjung ke Makam Mahsuri. Seterusnya dapat meningkatkan industri pelancongan di Pulau Langkawi. iii. Bangunan auditorium ini terdiri daripada dua (2) komponen utama iaitu: • Bangunan auditorium yang mengandungi ruang auditorium, pentas dan pejabat; dan • Rumah Guru Silat yang dibaikpulih mengikut reka bentuk asal. Kelebihan Projek Keunikan bangunan ini adalah dengan bumbungnya yang besar dan tinggi yang mana struktur bumbung telah direka bentuk oleh JKR. Walaupun begitu, pemasangan ducting dan diffuser untuk Sistem Penyaman Udara, branch pipe dan sprinkler point untuk Sistem Sprinkler serta Sistem Elektrik di dalam siling dapat diselaraskan dengan baik.
LAPORAN TAHUNAN CAWANGAN KEJURUTERAAN 44 MEKANIKAL 2022 Pemasangan AHU unit di kiri dan kanan Auditorium (jenis double skin) lengkap bersama wall insulation (rock wool dan perforated G.I sheet) Pemasangan Mechanical Alarm Gong di sebelah kiri bangunan auditorium Pemasangan 4-way Breeching Inlet untuk Sistem Sprinkler di sebelah kiri bangunan Pemasangan ducting dan diffuser untuk Sistem Penyaman Udara, branch pipe dan sprinkler point untuk Sistem Sprinkler
REKABENTUK 45 BAHAGIAN REKABENTUK BANGUNAN AM 2 _________ Belakang Dari Kiri: Suriaty binti Rendang@Abdullah, Sharul Ain binti Sahhari, Yuskhairi bin Abdul Rahman, Muhamad Zaki bin Md. Nor, Tun Sasha Naqiudin bin Mohd Amin, Mohamad Sofian bin Abdul Wahab, Ir. Ts. Muhd Nor Ridhwan bin Zainal Abidin, Rozail Fitri bin Othman, Ahmad Fazli bin Mohamad Nor. Depan Dari Kiri: Ir. Ts. Apparao A/L Subramaniyan, Ir. Mohamad Helmi Rizal bin Abu Talab, Ir. Ts. Mohd Muzakkir bin Abdullah, Ir. Arbaah binti Abu, Mesran bin Mahayat, Rineldi bin Riswan, Zaidi bin Hj. Abdullah. Tiada Dalam Gambar: Ahmad Fadzlan bin Mohamed Shahiri, Nasrul Sazli bin Nasir
LAPORAN TAHUNAN CAWANGAN KEJURUTERAAN 46 MEKANIKAL 2022 Projek: PEMBINAAN BANGUNAN RADAR, PEJABAT DAN 2 UNIT KUARTERS (KOMPONEN 3) DI KUALA GULA, PERAK Kaedah Pelaksanaan Konvensional (Dalaman) Tempoh Kontrak 17 Jan 2019-19 Mei 2021 Tarikh Siap Sebenar (CPC) 14 September 2022 Tarikh Serah Kepada Pelanggan 19 Oktober 2022 Kontraktor Utama INNOKOPERAT SDN BHD Kontraktor NSC 1. Tunjang Impian (ACMV) 2. Yakin Mahir Enterprise (FF) 3. J-Wan Elektrik (HOI) Electric Chain Hoist Kos Kontrak Semasa RM 5,991,595.44 Kos Sistem Mekanikal RM 276,589.00
REKABENTUK 47 Sistem Mekanikal i. Air Conditioning & Mechanical Ventilation ii. Fire Fighting System iii. Electric Chain Hoist System Pencapaian Projek ini telah berjaya disiapkan secara 3 dalam 1 iaitu: i. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) yang telah diperakukan pada 14 September 2022 ii. Pengeluaran Statement of Final Account (SOFA) iii. Lukisan Siap Bina Projek ini juga turut mencapai sifar kemalangan sepanjang tempoh pembinaan dilaksanakan. Faedah/kepentingan projek kepada rakyat Membekalkan perkhidmatan meteorologi yang tepat, cekap dan berkualiti untuk keperluan orang awam dan agensi kerajaan atau swasta Kelebihan Projek Bangunan Radar dilengkapi dengan :- i. Sistem Air Conditioning Mechanical Ventilation 24 jam agar peralatan radar dapat beroperasi dengan sempurna. ii. Fire Fighting Suppression System untuk melindungi peralatan radar dan iii. Sistem Electric Chain Hoist bagi memudahkan kerja penyelenggaraan di bangunan radar. Terdapat penjimatan kos projek sebanyak RM 598,199.16. Menara Radar S Band Tapak Menara Radar
LAPORAN TAHUNAN CAWANGAN KEJURUTERAAN 48 MEKANIKAL 2022 Sistem Air Conditioning 24 jam (Fan Coil Split Unit) dan juga Sistem Electric Chain Hoist di Bilik Transmitter Stand untuk Outdoor Unit bagi memastikan aliran udara lancar Fire Alarm Panel Aerohub di pasang pada bangunan Radar Outdoor Unit Sistem AC di letakkan pada ruangan langkan
REKABENTUK 49 Projek: MENAIK TARAF TANGKAK RACING TRACK (TRT), JOHOR Kaedah Pelaksanaan Konvensional (Dalaman) Tempoh Kontrak 09 Mac 2021-08 Mac 2022 Tarikh Siap Sebenar (CPC) 15 November 2022 Tarikh Serah Kepada Pelanggan 18 Januari 2023 Kontraktor Utama S.M PERUSAHAAN JAYA (M) SDN BHD Kontraktor NSC Pakej Kontraktor Utama Kos Kontrak Semasa RM 1,115,102.28 Kos Sistem Mekanikal RM 76,000.00 Sistem Mekanikal 1. MOTORCROSS STARTING GATE