The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PELAN STRATEGIK AGENDA PERLIS BERSIH SIHAT (2021 - 2025)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Unit Pengurusan Korporat & Integriti, SUK Perlis, 2024-01-11 04:39:55

BUKU PELAN STRATEGIK AGENDA PERLIS BERSIH SIHAT (2021 - 2025)

BUKU PELAN STRATEGIK AGENDA PERLIS BERSIH SIHAT (2021 - 2025)

i PELAN STRATEGIK AGENDA PERLIS BERSIH SIHAT (2021-2025)


ii Hak Cipta Terpelihara PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS Tiada bahagian daripada buku ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga, sama ada cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis terlebih dahulu. Diterbitkan oleh: Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT) Aras 3, Blok Fasiliti Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis Persiaran Wawasan 01000 Kangar PERLIS. Cetakan Pertama 2023


iii KANDUNGAN Perkara Muka surat Amanat YAB Menteri Besar Perlis iv Prakata YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis v Bab 1 : Pengenalan 1 Bab 2 : Analisis Senario Persekitaran Perlis Bersih Sihat 7 Bab 3 : Falsafah Dan Halatuju Strategik Agenda Perlis Bersih Sihat 21 2021-2025 Bab 4 : Strategi Dan Formulasi Tindakan Agensi Perlis Bersih Sihat 25 Bab 5 : Memastikan Keberhasilan Pelaksanaan Ke Arah Kejayaan 51 Bab 6 : Penutup 61


iv AMANAT YAB MENTERI BESAR PERLIS Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Perlis, “Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju”. Matlamat pembangunan sosio ekonomi Negeri Perlis akan tercapai sekiranya kesihatan rakyat terjamin, institusi keluarga kekal harmoni dan masyarakat hidup bersatu padu. Bagi mencapai visi ini, keutamaan kepada kebersihan dan penjagaan kesihatan merupakan nilai penting yang tidak boleh diabaikan. Dalam memacu Rancangan Struktur Negeri Perlis 2030, pembangunan lestari yang mesra alam dan mengutamakan kebersihan terangkum sebagai salah satu komponen penting untuk dijayakan di dalam wawasan tersebut. Kerajaan bertekad mahu menjadikan negeri ini sebuah negeri bandaraya di mana amalan kebersihan menjadi satu budaya atau cara hidup. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud “Kebersihan itu sebahagian daripada iman.” Kebersihan dan kesihatan merupakan tanggungjawab kita bersama. Tanggungjawab ini memerlukan sokongan dan kerjasama daripada pelbagai lapisan masyarakat dalam memastikan kebersihan persekitaran dapat dipelihara. Jika rakyat mempunyai kesedaran ini sudah pasti seluruh masyarakat akan bersama di dalam usaha menjaga kebersihan. Hasrat saya sebagai peneraju pentadbiran baharu negeri Perlis ingin memastikan amalan ini berterusan supaya menjadi satu budaya yang unggul dan terpuji dalam kehidupan kita di negeri Perlis. Wabak Covid-19 memberi hikmah kepada rakyat Perlis. Kesannya menjadikan kita lebih peka dengan keadaan kebersihan dan kesihatan di sekeliling. Penyediaan Pelan Strategik Agenda Perlis Bersih Sihat kena pada masanya sebagai agenda pemulihan sosio ekonomi untuk meneruskan budaya kerja, gaya hidup dan pembangunan ekonomi kreatif dalam menuju ke fasa endemik Covid-19. Amalan pembersihan dan kesihatan lestari dan gaya hidup norma baru perlu dikembangkan agar kehidupan pada masa hadapan terus berada dalam lingkungan kesihatan yang baik, pengamalan pembersihan lestari, kesejahteraan hidup dan kelestarian alam sekitar. Perhatian perlu diberikan dalam memastikan penguatkuasaan undang-undang yang cekap dan menyeluruh. Melalui penguatkuasaan yang berterusan dan konsisten, saya percaya amalan penjagaan kebersihan ini dapat diterapkan, manakala tahap kebersihan persekitaran dapat ditingkatkan oleh setiap anggota masyarakat. Saya amat berharap seluruh warga Perlis akan mempunyai kesedaran yang lebih tinggi mengenai amalan kebersihan dan seterusnya bertekad untuk menjadikan amalan ini budaya dan cara hidup sihat masyarakat Perlis. Terima kasih. YAB TUAN MOHD SHUKRI BIN RAMLI


v PRAKATA YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Perlis, “Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju”. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan inayah dan rahmatNya, Pelan Strategik Agenda Perlis Bersih Sihat (2021 – 2025) ini berjaya diterbitkan dengan penuh iltizam. Penghargaan kepada Bahagian Kerajaan Tempatan dan semua pihak yang terlibat dalam menyumbang tenaga dan kepakaran bagi menyediakan dokumen Pelan Strategik Agenda Perlis Bersih Sihat (2021 – 2025) ini. Kegigihan menformulasi rancangan untuk menambah baik gerak kerja dalam pengurusan, perkhidmatan, ekonomi, dan sukan akan menjadi budaya kerja seluruh warga. Agenda Perlis Bersih Sihat yang digubal bagi tempoh lima (5) tahun (2021-2025) ini memberi fokus kepada lima (5) Teras Strategik. Sebanyak 10 strategi, 44 projek dan 145 aktiviti/inisiatif telah dirangka untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan dalam Agenda Perlis Bersih Sihat. Dokumen ini menyusun penerapan dan amalan bersih sihat yang memberi fokus kepada sektor yang lebih luas bukan sahaja kepada pengurusan kerajaan, tetapi melibatkan sektor swasta, dan masyarakat. Sebagai langkah memastikan keberkesanan pelaksanaan Agenda Perlis Bersih Sihat, setiap jabatan atau agensi yang bertanggungjawab perlu merujuk dokumen pelan ini dalam menyediakan Sasaran Kerja Tahunan jabatan dan individu dengan penetapan sasaran, tempoh masa dan kumpulan sasaran. Penetapan dalam Sasaran Kerja Tahunan dapat memastikan aktiviti-aktiviti jabatan dan individu menyumbang kepada pencapaian program- program dalam Agenda Perlis Bersih Sihat ini. Saya berharap pelaksanaan Perlis Bersih Sihat diambil tindakan sewajarnya oleh semua Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, agensi-agensi, badanbadan bukan Kerajaan, pihak sukarelawan dan juga swasta yang berkaitan. Penglibatan semua rakyat adalah dialu-alukan dengan mendaya upaya komuniti setempat. Akhir kata, saya percaya Perlis Bersih Sihat ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya menerusi kesedaran dan kerjasama erat antara semua agensi Kerajaan, masyarakat dan badan bukan Kerajaan serta dimantapkan lagi dengan penglibatan pihak swasta bagi memartabatkan imej negeri Perlis yang bersih, sihat, indah dan sejahtera. Terima kasih. DATO’ YUSRAN SHAH BIN MOHD YUSOF


vi ( Muka Surat Ini Dibiarkan Kosong )


1 BAB 1 PENGENALAN


2 BAB 1 PENGENALAN PENGENALAN Persekitaran sihat ialah satu tempat di mana anggotanya hidup untuk mencapai satu visi kesihatan dan kesejahteraan masyarakat. Persekitaran yang sihat memberi tumpuan kepada perlindungan kesihatan individu daripada ancaman luaran dan dalaman. Persekitaran sihat juga bermaksud satu keadaan persekitaran yang bersih, selamat dan indah yang merangkumi rumah, sekolah, premis makanan, tempat kerja, taman dan sebagainya. Justeru, Agenda Perlis Bersih Sihat yang digubal bagi tempoh lima (5) tahun (2021-2025) bertujuan untuk meletakkan asas yang kukuh dalam memacu ke arah Perlis Negeri Bandaraya yang bersih, sihat, indah, sejahtera, mampan dan pintar menjelang tahun 2030. Agenda Perlis Bersih Sihat akan menyusun penerapan dan amalan bersih yang memberi fokus kepada sektor yang lebih luas bukan sahaja kepada pengurusan kerajaan, tetapi melibatkan sektor swasta, dan masyarakat. TITAH UCAPAN D.Y.M.M. RAJA PERLIS MENGENAI TAHAP KEBERSIHAN Dalam titah ucapan D.Y.M.M. Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail sempena Perasmian Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Yang Keempat Belas pada 24 Ogos 2021, D.Y.M.M. Tuanku menitahkan “Beta juga inginkan tahap kebersihan di Perlis dapat ditingkatkan lagi. Walaupun sudah ada perubahan yang positif, tetapi masih banyak lagi ruang untuk meningkatkan lagi tahap kebersihan ini. Beta yakin kebersihan boleh menjadi satu tarikan dalam sektor pelancongan. Kerana itu satu pelan perlu dirangka yang menekankan aspek pembudayaan, pelaksanaan, penguatkuasaan serta perkhidmatan dalam menerapkan amalan bersih di negeri ini.” MEMPERBAHARUI AZAM DAN BELAJAR DARI PENGALAMAN Negeri Perlis mengorak langkah dalam aspek kebersihan dengan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Program Perlis Bersih Indah. Jawatankuasa ini telah dibentuk melalui Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Sisa Pepejal yang telah diadakan pada 13 Ogos 2012. Matlamat jawatankuasa ini adalah untuk menyelaraskan semula penyelenggaraan parit dan pembersihan jalan di seluruh Negeri Perlis.


3 BAB 1 PENGENALAN Di peringkat kebangsaan, pada tahun 2015, Kerajaan melancarkan Pelan Transformasi Minda Ke Arah Negara Bersih, Indah dan Sejahtera 2015 – 2020. Pelan ini menggariskan pelbagai strategi dan tindakan komprehensif dengan objektif menjadikan Malaysia tersenarai sebagai 10 negara terbersih di dunia. Pelan ini mengharapkan masyarakat dapat melihat secara mata hati keperluan memelihara alam sekitar, mengutamakan kebersihan, kelestarian dan keindahan persekitaran serta menghargai sisa pepejal sebagai satu daripada sumber ekonomi kepada masyarakat. Melalui pelan ini, Kerajaan mensasarkan kedudukan Malaysia berada di tangga 10 negara yang terbersih di dunia menjelang 2020. Ketika pelancaran pelan tindakan ini, Malaysia menduduki tangga ke-51 pada 2014. Namun demikian kedudukan Malaysia menurun ke bawah, pada tahun 2016 jatuh ke tangga ke-63, manakala pada tahun 2018 jatuh ke tangga ke-75. Pada tahun 2020 pula, Kerajaan melancarkan Dasar Kebersihan Negara yang merupakan inisiatif untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersih dan mewujudkan masyarakat yang membudayakan amalan kebersihan bagi menjamin kesejahteraan hidup dan kelestarian alam sekitar. Pada tahun 2021, Kerajaan mengerakkan Agenda Nasional Malaysia Sihat yang merupakan agenda memelihara kesihatan rakyat (health in all policies) melalui pendekatan ‘whole-of- government’ dan ‘whole-of-society’. Minda, sikap dan tabiat rakyat Malaysia dalam konteks penjagaan kesihatan, kebersihan persekitaran dan pemeliharaan alam sekitar yang masih perlu diberi perhatian serius. Sikap kurang prihatin dan bertanggungjawab ini menyebabkan banyak kawasan terutama tempat- tempat awam dicemari sampah dan memerlukan pembersihan dilakukan setiap hari. Walaupun Kerajaan melaksanakan pelbagai usaha untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan kitar semula akan tetapi amalan ini masih belum mencapai sasarannya. Berdasarkan kepada perkara ini, samada Dasar Kebersihan Negara atau Agenda Nasional Malaysia Sihat atau Agenda Perlis Bersih Sihat merupakan langkah strategik yang perlu diambil perhatian agar pelan atau gagasan yang dirangka tidak akan tinggal sebagai bahan untuk disimpan tetapi sebagai agenda yang perlu dihayati dan dilaksanakan secara bersungguh-sungguh.


4 BAB 1 PENGENALAN KEBERSIHAN TUNTUTAN ISLAM Budaya bersih amat dituntut dalam agama Islam. Kebersihan adalah amalan terpenting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan tonggak kehidupan yang selesa dan harmoni selain menjadi manifestasi keteguhan iman seseorang kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kebersihan itu sebahagian daripada iman.” Islam menganjurkan umatnya sentiasa mengamalkan kebersihan mencakupi kebersihan diri, keluarga, tempat tinggal dan tempat beribadat kerana suasana bersih dan suci membawa kepada persekitaran sihat, selamat dan impak kesejahteraan kepada umum. Dalam konteks kebersihan diri, bukan hanya setakat kebersihan luaran, tetapi merangkumi kebersihan hati nurani daripada kekufuran dan segala perkara yang boleh membawa kepada bahaya dan dosa termasuk perbuatan mensyirikkan Allah. Sebagai hamba Allah, kita hendaklah mengabdikan diri kepadaNya dengan mengerjakan segala perkara selagi tidak bercanggah dan mendatangkan kemudaratan. Allah menyukai hamba-Nya yang sentiasa menyucikan diri. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah AlBaqarah, ayat 222). Kebersihan itu melambangkan keteguhan iman seseorang kepada Allah. Suatu amalan lain yang pada masa sama akan berlaku ketika sama-sama menjaga kebersihan di persekitaran ialah semangat gotong-royong yang menjadi lambang kesepakatan. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu tolong menolong melakukan kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu tolong menolong pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.” (Surah Al-Maa’idah, ayat 2) Langkah Kerajaan menganjurkan kempen kebersihan turut memberi ruang kepada semua pihak membantu kebersihan dan keselesaan di persekitaran hidup kita. Amat rugi jika kita tidak menggunakan kesempatan ini untuk sama-sama berbakti di samping mengharapkan ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.


5 KEBERSIHAN DAN KESIHATAN FASA PANDEMIK COVID-19 Pandemik Covid-19 pembuka mata kepada masyarakat tentang betapa pentingnya amalan pembersihan dan disinfeksi dalam penjagaan kesihatan. Pandemik Covid-19 telah memberi kesan kepada kehidupan dan masyarakat mula menyedari dan berwaspada tentang kebersihan. Membudayakan amalan kebersihan dan kesihatan, bermakna kita sentiasa mengambil berat aspek kebersihan dan memberi keutamaan kepada penjagaan kebersihan. Mengabaikan kebersihan bermakna kita dengan sengaja mengundang pelbagai penyakit seperti Covid-19, kolera, cirit-birit, denggi dan keracunan makanan. Justeru, agenda pemulihan sosio ekonomi untuk meneruskan budaya kerja, gaya hidup dan pembangunan ekonomi kreatif kesan dari wabak Covid-19. Amalan kebersihan, kesihatan dan gaya hidup ‘normalcy’ perlu dikembangkan agar kehidupan pada masa hadapan terus berada dalam lingkungan kesihatan yang baik, pengamalan pembersihan lestari. kesejahteraan hidup dan kelestarian alam sekitar. BAB 1 PENGENALAN


6 ( Muka Surat Ini Dibiarkan Kosong )


7 BAB 2 ANALISIS SENARIO PERSEKITARAN PERLIS BERSIH SIHAT


8 BAB 2 Perlis Bersih Sihat ANALISIS SENARIO PERSEKITARAN AGENDA PEMBERSIHAN GLOBAL SAMBUTAN HARI KEBERSIHAN SEDUNIA Sambutan Hari Kebersihan Sedunia (World Cleanup Day) merupakan program pembersihan kawasan tertentu secara global. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai aktiviti bersih, indah dan sejahtera selain memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. Hari Kebersihan Sedunia diraikan dalam tempoh 24-jam pada hari Sabtu ketiga bulan September pada setiap tahun. HARI KEBERSIHAN TANGAN SEDUNIA Hari Mencuci Tangan Sedunia atau Hari Kebersihan Tangan Sedunia (Global Handwashing Day) merupakan sebuah kempen untuk menggalakkan dan menggerakkan masyarakat sedunia untuk menanam amalan mencuci tangan dengan menggunakan sabun pada masa- masa tertentu setiap hari. Hari ini ditetapkan pada 15 Oktober setiap tahun. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap amalan mencuci tangan dengan sabun sebagai cara untuk menggelakkan jangkitan penyakit. SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR Hari Alam Sekitar Sedunia adalah satu acara tahunan yang disambut pada 5 Jun setiap tahun oleh masyarakat di seluruh dunia untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar serta melibatkan penyertaan orang awam. Hari Alam Sekitar Sedunia mula disambut pada tahun 1972 dan telah berkembang menjadi sambutan utama seluruh dunia dengan pembabitan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) dalam meningkatkan tahap kesedaran masyarakat dunia terhadap isu alam sekitar serta mempertingkatkan tindakan dan penglibatan terhadap perubahan alam sekitar. Hari Alam Sekitar Sedunia adalah merupakan hari untuk semua orang, dengan memberi peluang kepada semua pihak untuk mengambil bahagian dalam tindakan sejagat bagi menggalakkan perlindungan terhadap iklim, menggunakan sumber dengan lestari serta mengamalkan gaya hidup yang mesra alam. SAMBUTAN HARI BUMI SEDUNIA Sambutan Hari Bumi diraikan pada 22 April setiap tahun di seluruh dunia. Sambutan ini adalah salah satu usaha menarik masyarakat supaya menghargai bumi dan menyemai rasa tanggungjawab serta meningkatkan keprihatinan dalam kalangan masyarakat supaya bersama melindungi bumi dan alam sekitar dari pencemaran.


INDEKS PRESTASI ALAM SEKITAR / ENVIRONMENTAL PERFORMANCE INDEX (EPI) Para penyelidik di Yale University and Columbia University dengan kerjasama World Economic Forum (WEF) mengukur kebersihan alam sekitar di lebih 180 negara di dunia. Environmental Performance Index (EPI) menyenarai negara berdasarkan negara yang paling bersih kepada yang paling kotor berdasarkan kepada indikator yang meliputi kesihatan persekitaran dan ekosistem kebersihan air, udara, habitat dan sebagainya. Walaupun EPI dianggap bukan tanda aras rasmi, tetapi ia boleh dijadikan panduan mengukur keberkesanan dasar persekitaran sesebuah negara dengan sasaran untuk mencapai matlamat kebersihan persekitaran. Jadual Susunan 10 Negara Teratas Dalam Environmental Performance Index (EPI) 2021 Susunan kebersihan bagi negara Asia terpilih mengikut EPI pada tahun 2021 menunjukkan Malaysia berada di tangga 68. Jadual Susunan Negara Asia Terpilih Dalam Environmental Performance Index (EPI) 2021 9 BAB 2 ANALISIS SENARIO PERSEKITARAN Perlis Bersih Sihat Rank Rank 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 12 28 39 40 46 68 77 109 114 118 EPI Score EPI Score 82.5 82.3 81.5 81.3 80.0 79.6 78.9 78.7 77.7 77.2 75.1 66.5 58.1 57.2 54.8 47.9 45.4 38.4 37.8 37.3 Negara Negara Denmark Luxemborg Switzerland United Kingdom France Austria Findland Sweden Norway German Jepun Korea Selatan Singapura Taiwan Brunei Darussalam Malaysia Thailand Filipina Indonesia China


10 BAB 2 Perlis Bersih Sihat ANALISIS SENARIO PERSEKITARAN ASEAN CLEAN TOURIST CITY AWARDS ASEAN telah memperkenalkan ASEAN Clean Tourist City (ASEAN CTC) semenjak tahun 2018 sebagai mekanisma menambahbaik kualiti pelancongan di kalangan negara ASEAN. Anugerah ini memberi fokus kepada peningkatan pemasaran kompetitif, persekitaran kehidupan dan pembangunan lestari di kalangan bandar di ASEAN. Pada tahun 2021, bandaraya Pulau Pinang, Putrajaya, bandaraya Kota Kinabalu, dan bandar Kuala Terengganu merupakan penerima anugerah ASEAN CTC bagi Malaysia.


11 BAB 2 ANALISIS SENARIO PERSEKITARAN Perlis Bersih Sihat AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT KEMPEN NAK SIHAT Pada 7 September 2013, Kementerian Kesihatan Malaysia melancarkan Kempen Nak Sihat untuk membudayakan cara hidup sihat menerusi aktiviti fizikal dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya golongan belia. Ia menggunakan pendekatan menggembeleng penyertaan belia secara besar-besaran dalam aktiviti fizikal dan mewar-warkannya melalui media perdana untuk memberi kesedaran dan meningkatkan minat belia untuk hidup aktif. Objektif Kempen Nak Sihat: • Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan komuniti belia tentang kepentingan melakukan aktiviti fizikal; • Memupuk sikap positif dalam komuniti belia terhadap amalan fizikal; • Membina kemahiran, keyakinan diri dan menggalakkan komuniti belia melakukan aktiviti fizikal; dan • Menggalakkan komuniti belia membudayakan aktiviti fizikal sebagai rutin kehidupan seharian AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT Malaysia kini berhadapan dengan pelbagai cabaran dan isu kesihatan yang memberi kesan kepada sosial dan ekonomi masyarakat. Pandemik Covid-19 juga telah mengubah kelaziman kehidupan harian rakyat kepada norma baharu. Tinjauan Kesihatan dan Mobiditi Kesihatan 2019 juga telah menunjukkan prevalen penyakit yang semakin meningkat sehingga menjejaskan status kesihatan rakyat Malaysia. Jemaah Menteri pada 7 Ogos 2020 semasa membincangkan kertas “Agenda Nasional Malaysia Sihat Pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP Normalisasi)” telah bersetuju Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dengan iltizam menjadikan rakyat Malaysia sihat sejahtera dengan mengamalkan cara hidup sihat ANMS merupakan satu tawaran kerajaan yang menjadi keutamaan dalam rancangan pembangunan semua kementerian bagi tujuan memelihara kesihatan rakyat (health in all policies) melalui pendekatan whole-of-government dan whole-ofsociety termasuk Digital Partners bagi memastikan pihak-pihak berkaitan dilibatkan dalam dasar, polisi, promosi dan inisiatif ANMS di semua peringkat bagi tempoh 2021-2030. Pelaksanaan ANMS melibatkan kementerian, badan bukan kerajaan (NGO), swasta, sukarelawan serta komuniti dengan memberi keutamaan kepada Cara Hidup Sihat, Kebersihan Diri dan Kebersihan Persekitaran yang melibatkan empat (4) teras iaitu: Teras 1: Memantapkan Promosi Amalan Cara Hidup Sihat Teras 2: Memantapkan Perkhidmatan Kesejahteraan Kesihatan Teras 3: Memperkasakan Kawalan Kesihatan Kendiri Teras 4: Memantapkan Kebersihan Persekitaran


12 BAB 2 Perlis Bersih Sihat ANALISIS SENARIO PERSEKITARAN ANMS juga menggariskan 10 strategi bagi menyokong 4 teras iaitu: • Memperkukuhkan promosi cara hidup sihat dengan memberikan tumpuan kepada kesejahteraan rakyat; • Memperkukuhkan inisiatif persekitaran yang menyokong cara hidup sihat; • Memperkukuhkan fasiliti yang menyokong cara hidup sihat; • Memperkukuhkan perkhidmatan menyokong cara hidup sihat; • Memantapkan pelaksanaan program pemerkasaan komuniti; • Memantapkan kemahiran cara hidup sihat dan persekitaran yang menyokong kesejahteraan komuniti; • Meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kebersihan persekitaran; • Memperkukuhkan usaha ke arah kelestarian alam sekitar untuk kesihatan; • Memperkasakan komuniti dalam memelihara kebersihan persekitaran; dan • Mewujudkan persekitaran yang menyokong kesihatan.


13 BAB 2 ANALISIS SENARIO PERSEKITARAN Perlis Bersih Sihat PERSEKITARAN AGENDA PERLIS BERSIH SIHAT DASAR KEBERSIHAN NEGARA Pada tahun 2020, Kerajaan telah melancarkan Dasar Kebersihan Negara. Dasar ini merupakan inisiatif pihak Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersih dan mewujudkan masyarakat yang membudayakan amalan kebersihan bagi menjamin kesejahteraan hidup dan kelestarian alam sekitar. Kebersihan merupakan salah satu aspek penting untuk mencapai taraf negara maju. Falsafah Dasar Kebersihan Negara adalah ”Mewujudkan sebuah negara yang bersih, mampan dan sejahtera melalui pembudayaan amalan kebersihan diri, keluarga, komuniti dan masyarakat dalam usaha melestarikan alam sekitar.” Pelaksanaan Dasar Kebersihan Negara memberi fokus kepada lima (5) Tonggak dengan 14 strategi dan 91 pelan tindakan yang dirangka untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan dalam Dasar Kebersihan Negara. Lima (5) Tonggak tersebut adalah: • Kesedaran terhadap kebersihan; • Kelestarian alam sekitar; • Ekonomi kitaran (circular economy) • Tadbir urus dan penguatkuasaan; dan • Modal insan yang berkualiti dan berkemahiran RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PERLIS 2030 Rancangan Struktur Negeri Perlis (RSN) 2030 merupakan dokumen perancangan yang memandu dan mengawal pembangunan fizikal seluruh Negeri Perlis sehingga tahun 2030. RSN ini disediakan selaras dengan peruntukan Bahagian III, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) bertujuan melengkapkan sistem perancangan fizikal dan menterjemahkan dasar-dasar Rancangan Fizikal Negara (RFN) ke peringkat negeri Perlis. Wawasan Pembangunan Negeri Perlis 2030 adalah untuk melahirkan “Perlis Negeri Bandaraya 2030” yang merupakan wawasan untuk menjadikan negeri Perlis sebagai sebuah negeri yang mempunyai perancangan guna tanah, kecekapan perkhidmatan sosial, taraf sivik penduduk, kemudahan masyarakat, infrastruktur dan utiliti yang berkualiti dan setaraf dengan status bandaraya dalam acuan sendiri. Perlis Negeri Bandaraya merupakan aspirasi pembangunan dengan menerapkan ciri-ciri positif di dalam kehidupan bandar agar dapat dinikmati di negeri Perlis. Objektif Pembangunan Negeri Perlis 2030 adalah: • Membangunkan ekonomi berasaskan sumber berpotensi dan memperkenalkan asas ekonomi baru yang inovatif, produktif dan kompetitif;


14 BAB 2 Perlis Bersih Sihat ANALISIS SENARIO PERSEKITARAN • Merancang guna tanah dan fizikal yang mampan seiring dengan kriteria pembangunan Perlis Negeri Bandaraya; • Memelihara dan menguruskan alam sekitar secara bersepadu, cekap dan mampan; • Membangunkan modal insan berkualiti dan berilmu; dan • Meningkatkan tahap kecemerlangan sistem pengurusan dan pentadbiran agensi pembangunan negeri Perlis Wawasan Perlis 2030 adalah tekad mahu menjadikan negeri Perlis sebuah negari maju di mana amalan kebersihan menjadi satu budaya atau cara hidup. Negeri yang bersih bukan sahaja mencerminkan imej negeri Perlis, malahan menggambarkan identiti rakyatnya juga. Negeri yang maju pastinya bersih dan rakyatnya akan memperlihatkan kesungguhan menjagakebersihan. Kebersihan merupakan tanggungjawab kita bersama. Jika rakyat mempunyai kesedaran ini sudah pasti seluruh masyarakat akan bersama di dalam usaha menjaga kebersihan. Jika amalan kebersihan ini dapat kita laksanakan secara berterusan, ia akan menjadi satu budaya di dalam kehidupan kita PELAN DIGITAL PERLIS 2021 – 2025 Inisiatif Perlis Digital merupakan langkah untuk memajukan transformasi Perlis sebagai negeri Pintar. Inisiatif ini merupakan langkah strategik untuk “Memantapkan Sistem Pengurusan Dan Pentadbiran Agensi Negeri Perlis Bagi Mencapai Wawasan Perlis Negeri Bandaraya 2030.” Model Perlis Digital adalah satu pendekatan holistik bagi menjamin sistem penyampaian Kerajaan dan penggunaan digital dalam sektor sosial, pendidikan dan bisnes yang dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat dan memangkin pembangunan ekonomi. Rangka kerja transformasi pendigitalan Perlis yang dibangunkan berasaskan kepada tiga (3) strategi berikut: • Pendigitalan Sepenuhnya Pentadbiran Negeri Perlis. Merancakkan usaha pendigitalan pentadbiran dan sistem penyampaian negeri Perlis agar usaha ini dapat mempercepatkan agenda pendigitalan ke seluruh negeri Perlis oleh bisnes dan masyarakat; • Mencipta Gaya Hidup Digital @ Perlis. Menghubungkan masyarakat dan orang ramai dengan teknologi digital dan menyemarakkan penggunaan aplikasi digital dalam kehidupan; dan • Merancakkan Ekonomi dan Komuniti Bisnes. Proses pendigitalan urusniaga perlu menjadi nomal baru perniagaan dan transaksi harian. Sebanyak tujuh (7) Tonggak Digital telah dikenalpasti iaitu Perkhidmatan Kerajaan, Keselamatan, Infrastruktur, Masyarakat, Ekonomi, Pelancongan dan Pertanian Digital.


15 BAB 2 ANALISIS SENARIO PERSEKITARAN Perlis Bersih Sihat Daripada 7 Tonggak tersebut, 24 cadangan program perkhidmatan digital akan dibangunkan dan dijangka akan membantu memulihkan ekonomi negeri, meningkatkan tahap hidup dan budaya baharu masyarakat setempat. Perlis Digital juga boleh membantu mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar seperti penggunaan tanpa kertas, kurang pergerakan kenderaan, penggunaan tenaga yang menjadi semakin jimat dan cekap kerana teknologi cekap tenaga menjadi lebih bersepadu di rumah, perniagaan, dan pengangkutan. Kelebihan teknologi pendigitalan ini perlu diadaptasi dalam urusniaga dan gayahidup di Perlis. Ia selaras dengan tuntutan norma baharu dan ia merupakan peluang yang baik untuk diaplikasikan. PELAN INDUK PERANCANGAN FIZIKAL PELANCONGAN PERLIS Pelan Induk Perancangan Fizikal Pelancongan Negeri Perlis ini merupakan pelan strategik yang dilaksanakan untuk merangka hala tuju pembangunan pelancongan di Negeri Perlis. Pelan ini bertujuan untuk membangunkan sebuah industri pelancongan di Negeri Perlis yang maju dan lestari serta tidak mengorbankan biodiversiti melalui penjagaan, pemuliharaan dan perlindungan alam sekitar serta keindahan alam semula jadi dan warisan budaya negara. Ini adalah seiring dengan hala tuju pembangunan bersempadan dengan kawasan Selatan Thailand (Wilayah Songkhla dan pelancongan negara ke arah untuk menyatukan dan mengukuhkan kedudukan Wilayah Satun) di bahagian utara dan negeri Kedah di bahagian selatan. Pelan induk ini juga menjadi panduan kepada Kerajaan Negeri dan agensi-agensi untuk berintegrasi dengan destinasi-destinasi pelancongan terkemuka seperti Pulau Langkawi dalam membangunkan sektor pelancongan negeri Perlis. Negeri Perlis kaya dengan khazanah semulajadi seperti gua batu kapur dan hutan hujan Khatulistiwa. Selain itu, negeri ini juga kaya dengan pelbagai produk-produk pelancongan. Pembangunan industri pelancongan adalah penting bagi menarik kedatangan pelancong yang terdiri daripada segmen pelancongan sejarah, warisan, seni dan budaya. Pelancongan berfungsi sebagai agen perubahan terhadap lanskap ekonomi, alam sekitar dan sosial sesebuah kawasan. Ia berupaya mewujudkan pusat-pusat pertumbuhan baru, menjana peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada penduduk tempatan sertamengguna pakai dan memanfaatkan sumber yang sedia ada sebagai tarikan pelancong. Kebersihan dan penjagaan alam sekitar amat penting bagi negeri Perlis untuk menjadi destinasi pelancongan utama dunia. Perkhidmatan pembersihan, walaupun tidak tersenarai dalam sektor utama ekonomi negara, ia menjadi pemangkin pembangunan sektor ekonomi lain khususnya pelancongan dan kesihatan.


16 BAB 2 Perlis Bersih Sihat ANALISIS SENARIO PERSEKITARAN Selain dari memberi tumpuan kepada pembangunan fizikal, Pelan Pelancongan Fizikal Negeri ini juga berusaha mendidik dan meningkatkan kesedaran pengusaha industri pelancongan dan orang ramai tentang pentingnya meningkatkan tahap kebersihan di tempat pelancongan. PROGRAM PERLIS BERSIH INDAH Satu Jawatankuasa Khas Program Perlis Bersih telah dibentuk melalui Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Sisa Pepejal yang telah diadakan pada 13 Ogos 2012 (Isnin) yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Tujuan asal penubuhan Jawatankuasa Khas Program Perlis Bersih ini ialah untuk menyelaraskan semula penyelenggaraan parit dan pembersihan jalan di seluruh Negeri Perlis. Senarai Ahli Jawatankuasa Perlis Bersih adalah seperti berikut: • Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT); • Bahagian Pentadbiran Daerah (BPD; • Majlis Perbandaran Kangar Perlis (MPK.Ps); • Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis (JKR); • Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis (JPS Ps); • Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp); • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA Perlis); • Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perlis Jabatan Perdana Menteri (PPPN); dan • Jabatan Kesihatan Negeri Perlis. Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan (UPKT), Pejabat SUK Perlis telah dilantik sebagai urusetia bagi Jawatankuasa Khas Pelaksanaan Program Perlis Bersih berkuatkuasa pada 29 November 2012 melalui Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Sisa Pepejal Bil. 2/2012. Peranan Jawatankuasa ini adalah menyelaras semula kawasan penyelenggaraan jalan, parit, longkang, pembersihan awam dan lanskap di seluruh negeri Perlis yang dijalankan oleh jabatan/agensi terdiri daripada Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Bahagian Pentadbiran Daerah (BPD) dan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perlis (PPPN). Senarai liputan kawasan penyelarasan termasuklah: • Kawasan ‘hotspot’ jalan raya utama; • Kawasan ‘hotspot’ Perlis Bersih; • Jalan yang diberikan perkhidmatan mengangkut sampah oleh Majlis Perbandaran • Kangar/SWCorp; • Kawasan yang diberikan perkhidmatan sapuan jalan oleh jabatan/agensi; • Taman perumahan yang diberikan perkhidmatan memotong rumput dan mencuci longkang oleh Majlis Perbandaran Kangar/SWCorp;


17 BAB 2 ANALISIS SENARIO PERSEKITARAN Perlis Bersih Sihat • Kawasan yang diberikan perkhidmatan memotong rumput jabatan/agensi • Perkhidmatan pembersihan pasar awam oleh Majlis Perbandaran Kangar’’ • Kawasan penyelenggaraan dan skop kerja jalan raya persekutuan yang diberikan perkhidmatan penyelenggaraan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) / jabatan /agensi’; • Kawasan penyelenggaraan jalan raya negeri yang diberikan perkhidmatan penyelenggaraan oleh JKR; • Kawasan penyelenggaraan parit, terusan, tali air, sungai dan saliran negeri yang diberikan perkhidmatan oleh MPK/SWCorp, JKR, JPS dan MADA Perlis; dan • Perkhidmatan penyelenggaraan jalan raya protokol persekutuan & negeri serta senarai kerja yang dijalankan oleh jabatan/agensi NEGERI PERLIS RENDAH KARBON Aspirasi Pembangunan Negeri Perlis 2030 tidak harus mengorbankan alam sekitar. Pelan pembangunan yang dirangka perlu mengambil langkah pembangunan tanpa meninggalkan kesan buruk terhadap alam sekitar, baik pembangunan perumahan dan industri, melalui komitmen dan inovasi dalam teknologi hijau. Kemusnahan alam sekitar jika tidak dibendung, akan meningkatkan penghasilan karbon dioksida yang menyebabkan peningkatan pemanasan global lebih pantas. Walau pun negeri Perlis telah berjaya memelihara alam sekitar dengan baik, tetapi perkara perlu diperkukuhkan agar negeri Perlis terus menyantuni alam sekitar, kebersihan dan penjagaan kesihatan. Negeri Perlis perlu menjadi negeri rendah karbon demi generasi sekarang dan generasi masa hadapan. Negeri Perlis akan terus memantap kebersihan persekitaran yang bertujuan mengintegrasikan pertimbangan serta kelestarian alam sekitar memupuk pertumbuhan ekonomi serta kemajuan manusia jangka panjang, dan memupuk pertumbuhan ekonomi. Kebersihan persekitaran membolehkan rakyat negeri Perlis berada dalam lingkungan kesihatan terbaik, dan seterusnya meneraju pertumbuhan ekonomi seperti industri pelancongan, makanan dan sebagainya. Pemantapan kebersihan persekitaran juga selaras dengan komitmen antarabangsa sekurang-kurangnya 50 peratus persekitaran kekal dengan kehijauan alam sekitar seperti yang dipersetujui pada Sidang Kemuncak Rio 1992.


18 BAB 2 Perlis Bersih Sihat ANALISIS SENARIO PERSEKITARAN ISU DAN CABARAN AGENDA BERSIH SIHAT NEGERI PERLIS Aspirasi Perlis Bersih Sihat dirangka berdasarkan analisis persekitaran secara menyeluruh bagi memastikan setiap strategi yang dirancang dapat mengeksploitasi sepenuhnya kekuatan dan peluang yang ada di samping menangani kelemahan dan ancaman yang dihadapi. Persekitaran yang sentiasa berubah memberikan impak positif dan negatif kepada keberkesanan pelaksanaan Perlis Bersih Sihat dalam mencapai visi dan misi yang disasarkan. Berdasarkan kepada analisis persekitaran yang telah dilaksanakan beberapa faktor kekuatan (strengths), kelemahan (weaknesses), peluang (opportunities) dan cabaran (threats) telah dikenal pasti seterusnya menjadi asas utama kepada pewujudan gerakan Perlis Bersih. Analisis SWOT adalah identifikasi pelbagai faktor secara sistematik untuk merumuskan strategi yang dapat memaksimakan kekuatan (strengths) dan peluang (opportunities) serta meminimakan kelemahan (weaknesses) dan ancaman (threats). Analisis SWOT juga adalah alternatif untuk membandingkan antara faktor luaran (peluang dan ancaman) dengan faktor dalaman (kekuatan dan kelemahan). Analisa SWOT Perlis Bersih Sihat


19 BAB 2 ANALISIS SENARIO PERSEKITARAN Perlis Bersih Sihat KEKUATAN • Kerajaan melancar dan mempunyai dasar dan pelan yang mencukupi termasuk Perlis Bersih Indah 2012, Pelan Transformasi Minda Ke Arah Negara Bersih, Indah dan Sejahtera 2015-2020 dan terbaru Dasar Kebersihan Negara 2030 dan Agenda Nasional Malaysia Sihat. • Kerajaan mempunyai mekanisma yang mencukupi untuk menggerak dan mempastikan amalan kebersihan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Bahagian Pentadbiran Daerah (BPD) dan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perlis (PPPN). • Program kesedaran kebersihan banyak disiarkan dalam media massa. KELEMAHAN • Banyak program diterajui daripada pihak Kerajaan. Keadaan ini berbeza dalam aspek kebajikan yang banyak diterajui oleh badan bukan kerajaan. • Sikap, pemikiran dan kealpaan masyarakat dalam perkara berkaitan penjagaan kebersihan persekitaran di luar keberadaannya seperti di luar rumah, tempat kerja, kawasan awam dan lain-lain. • Akauntabiliti pegawai penguatkuasa atau agensi yang terbabit dalam melaksanakan peraturan dan undang-undang berkaitan dengan kebersihan. ANCAMAN • Pengembara memilih negara kerana keindahan semula jadi yang dimiliki, kebersihan cuaca, keamanan, nilai sejarah, destinasi membeli-belah yang murah selain menitikberatkan soal keselamatan. Jika negara atau negeri kotor, ia akan menjadi ancaman kepada industri pelancongan. • Ancaman kepada masyarakat atau penghuni jika berada dalam kekotoran untuk hidup selesa, ketenangan fikiran dan kebahagiaan jiwa serta dapat menjalani kehidupan harian yang lebih sihat • Ancaman kepada pembangunan negara terutama pembangunan ekonomi jika media masa tempatan atau antarabangsa melapor secara negatif tentang tahap kebersihan negara. PELUANG • Perlu untuk memastikan kita terhindar daripada jangkitan Covid-19 dan kesihatan diri • Samada Dasar Kebersihan Negara atau Perlis Bersih Sihat merupakan langkah strategik yang perlu diambil perhatian agar pelan atau gagasan yang dirangka tidak akan tinggal sebagai bahan untuk disimpan tetapi sebagai agenda yang perlu dihayati dan dilaksanakan secara bersunguh-sungguh.


20 Ada beberapa faktor bahawa masih terdapat banyaknya orang yang melakukan kebiasaan buruk tersebut: • Alasan ketiadaan tempat pembuangan atau tong sampah yang mencukupi; • Tahap pendidikan masyarakat yang masih rendah terhadap cara mereka dalam memberikan nilai sampah (waste to money); • Inisiatif memisahkan sampah organik dan non-organik belum menjadi budaya; dan • Menjadikan halaman depan atau belakang rumahnya sebagai tempat pembuangan sampah untuk jangka waktu yang cukup lama. BAB 2 Perlis Bersih Sihat ANALISIS SENARIO PERSEKITARAN


21 BAB 3 FALSAFAH DAN HALATUJU STRATEGIK AGENDA PERLIS BERSIH SIHAT 2021-2025


22 BAB 3 Agenda Perlis Bersih Sihat 2021-2025 HALATUJU STRATEGIK WAWASAN PERLIS BERSIH SIHAT Persekitaran yang bersih, sihat dan selamat merupakan keperluan asas manusia. Persekitaran perlu dilindungi supaya kita dapat menikmati kehidupan yang mampan sihat pada masa kini dan masa hadapan. Manusia, kebersihan, kesihatan dan persekitaran saling berhubung kait di antara satu sama lain. Sekiranya keseimbangan ini diancam, kemungkinan besar manusia akan menghadapi pelbagai masalah khususnya masalah kesihatan, pencemaran udara dan keadaan lain yang membahayakan Model Perlis Bersih Sihat merupakan satu pendekatan holistik bagi “Mewujudkan Sebuah Negeri Yang Indah, Mampan Dan Sejahtera Melalui Pembudayaan Gaya Hidup Sihat, Keperluan Kesihatan Komuniti, Mempraktikkan Amalan Cara Hidup Dalam Norma Baharu, dan Usaha Melestarikan Alam Sekitar.” OBJEKTIF PERLIS BERSIH SIHAT Untuk melahirkan persekitaran gaya hidup yang bersih, sihat dan sentiasa kelihatan menarik, perkara berikut perlulah kita hayati bersama: • Mempertingkatkan kesedaran dan membudaya terhadap kebersihan dan kesihatan diri, tempat tinggal, tempat beribadat, tempat kerja dan seluruh tempat awam sebagai cermin kemurnian yang mengutamakan kebersihan dalam semua bidang kehidupan. • Menghayati semangat sama-sama memikul tanggungjawab dan menanam sikap suka kepada kebersihan secara berterusan dengan melaksanakan amalan ini setiap masa bagi menghindari berlakunya kekotoran di merata tempat. • Mementingkan semangat sama-sama mendisiplinkan diri bagi menjaga imej yang mengutamakan kebersihan dan kesihatan dengan melahirkan persekitaran yang sejahtera, indah dan selesa. • Menyuburkan budaya tegur-menegur dan amalan nasihat-menasihati sesama kita dalam hal menjaga kebersihan dan kesihatan. Adalah perlu setiap rakyat Perlis melahirkan perasaan cinta kepada kebersihan dan benci kepada kekotoran, di samping memastikan tidak merebak penyakit berjangkit. Usah mengharapkan pihak berkuasa tempatan atau pihak tertentu melakukannya kerana sebagai pengguna dan warganegara yang baik kita juga perlu memainkan peranan membudayakan kebersihan dalam kehidupan.


23 BAB 3 HALATUJU STRATEGIK Agenda Perlis Bersih Sihat 2021-2025 PEMETAAN STANDARD DASAR KEBERSIHAN NEGARA, AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT, ASEAN CTCS DAN PERLIS BERSIH SIHAT Dalam membentuk rangka kerja Perlis Bersih Sihat, pemetaan telah dibuat dengan Tonggak Dasar Kebersihan Negara, Agenda Negara Malaysia Sihat dan indikator ASEAN CTCS memandangkan kedua-dua pelan ini menyediakan kriteria dan indikator pelaksanaan program pembersihan yang menyeluruh. Agenda Perlis Bersih Sihat juga mengambil kira Pelan Perlis Digital dan Pelan Pembangunan Infrastruktur Pelancongan Perlis. Berdasarkan kepada pemetaan ini, Perlis Bersih Sihat telah dirangka dengan memenuhi perkara yang terkandung dalam Teras Strategik Dasar Kebersihan Negara, dan indikator ASEAN CTCS. Rangka Kerja Perlis Bersih akan dibentuk oleh lima (5) Teras yang akan menyokong kepada pelaksanaan program Perlis Bersih Sihat. Justeru Perlis Bersih Sihat memenuhi aspirasi Dasar Kebersihan Negara, Agenda Nasional Malaysia Sihat, ASEAN CTCS serta pelan yang digubal sebelum ini termasuk Perlis Digital dan Pelan Pembangunan Infrastruktur Pelancongan Perlis. Perbandingan dan pemetaan standard bagi Teras Strategik Dasar Kebersihan Negara, Agend Nasional Malaysia Sihat, indikator ASEAN CTCS dan Perlis Bersih Sihat adalah ditunjukkan oleh gambarajah di bawah. Pemetaan Teras Dasar Kebersihan Negara, Agenda Nasional Malaysia Sihat, Indikator ASEAN CTCS dan Perlis Bersih SIhat


24 BAB 3 Agenda Perlis Bersih Sihat 2021-2025 HALATUJU STRATEGIK RANGKA KERJA PERLIS BERSIH SIHAT Rangka Kerja Perlis Bersih Sihat merupakan sebuah rangka kerja yang berperanan sebagai panduan dan rujukan khususnya kepada Kerajaan (Persekutuan, Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, dan jabatan), swasta (pemain industri, usahawan, dan syarikat), dan masyarakat (rakyat, pertubuhan, ahli akademik, dan para pelajar) serta pihak berkepentingan lain untuk merancang dan membangunkan sebuah Negeri Perlis yang bersih secara holistik dan seiring dengan perkembangan semasa. Rangka Kerja Perlis Bersih Sihat ini menerangkan definisi, teras strategik, strategi, projek dan aktiviti, halatuju yang boleh dijadikan contoh dan rujukan oleh pihak berkepentingan yang berhasrat untuk melaksanakan Agenda Perlis Bersih Sihat. Rangka Kerja Perlis Bersih Sihat


25 BAB 4 STRATEGI DAN FORMULASI TINDAKAN AGENSI PERLIS BERSIH SIHAT


26 BAB 4 Perlis Bersih Sihat STRATEGI DAN FORMULASI TINDAKAN AGENSI Pelan Tindakan Perlis Bersih Sihat adalah berdasarkan kepada lima (5) Teras dan sepuluh(10) Strategi dan 44 Program seperti jadual di bawah. Jadual Teras Strategik dan Strategi Perlis Bersih Sihat Bil 1 2 3 4 5 Teras Strategik Strategi Program Memantap Promosi Amalan Cara Hidup Sihat dan Bersih Memantap Perkhidmatan Kesejahteraan Kesihatan Rakyat (Wellness) Memperkasa Kawalan Kesihatan dan Kebersihan Kendiri (3K) Memantap Kebersihan Persekitaran Menyelaras Peranan dan Penguatkuasaan Agensi Secara Bersepadu 12 8 6 11 7 44 • Memupuk Warga Perlis Dengan Budaya Hidup Bersih Sihat Dengan Meningkat Literasi (Kesedaran) Gaya Hidup Sihat Bersih • Mengimarah Masjid/Surau dan Rumah Ibadah Membudaya Kebersihan dan Kesihatan • Memudah Akses Kepada Fasiliti Kesihatan Untuk Perkhidmatan Kesejahteraan Rakyat • Memperkukuhkan Perkhidmatan Menyokong Cara Hidup Sihat • Memantapkan Pelaksanaan Program Pemerkasaan Komuniti 3K • Memantapkan Kemahiran Cara Hidup Sihat Dan Persekitaran Yang Menyokong Kesejahteraan Komuniti • Meningkatkan Kesedaran Rakyat Terhadap Kebersihan Persekitaran • Memperkukuhkan Usaha Ke Arah Kelestarian Alam Sekitar Untuk Kesihatan • Memperkasakan Komuniti Dalam Memelihara Kebersihan Persekitaran. • Peranan Pelbagai Agensi Penguatkuasaan Yang Terbabit Dalam Penguatkuasaan JUMLAH


TERAS 1 : MEMANTAP PROMOSI AMALAN CARA HIDUP SIHAT DAN BERSIH Teras Strategik ini memfokuskan kepada usaha untuk mewujudkan kesedaran masyarakat mengenai kebersihan dan kesihatan. Usaha ini perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan amalan menjaga kebersihan dan kesihatan dapat diterap dalam diri setiap individu dan menjadi satu budaya dalam kalangan masyarakat. Amalan menjaga kebersihan perlu dipupuk sejak awal bermula dari rumah dan sekolah bagi melahirkan generasi yang peka kebersihan dan kesihatan. STRATEGI 1.1 : MEMUPUK WARGA PERLIS DENGAN BUDAYA HIDUP BERSIH SIHAT DENGAN MENINGKAT LITERASI (KESEDARAN) GAYA HIDUP SIHAT BERSIH Program menjangkau komuniti (outreach) yang sistematik dan berimpak tinggi perlu diatur dan dilakukan menerusi pelbagai media dengan pesanan-pesanan tentang pentingnya budaya bersih sihat ini. Kata-kata pesanan serta grafik di poster mahu pun sepanduk itu harus menarik dan mudah difahami. Pengurusan perubahan termasuk perubahan pemikiran dan budaya kerja merupakan antara cabaran yang paling kritikal di dalam membentuk budaya cara hidup sihat. Program promosi adalah penting supaya mesej Perlis Bersih Sihat ini dapat disampaikan dengan baik kepada pihak berkepentingan. 27 BAB 4 STRATEGI DAN FORMULASI TINDAKAN AGENSI Perlis Bersih Sihat TERAS STRATEGIK 1 RISIKO/POTENSI RISIKO TERAS STRATEGIK 1 RISIKO/POTENSI RISIKO STRATEGI 1.1 MEMANTAP PROMOSI AMALAN CARA HIDUP SIHAT DAN BERSIH Kealpaan masyarakat dalam perkara berkaitan kebersihan dan kesihatan MEMANTAP PROMOSI AMALAN CARA HIDUP SIHAT DAN BERSIH Kealpaan masyarakat dalam perkara berkaitan kebersihan dan kesihatan Memupuk Warga Perlis Dengan Budaya Hidup Bersih Sihat Dengan Meningkat Literasi (Kesedaran) Gaya Hidup Sihat Bersih


28 BAB 4 Perlis Bersih Sihat STRATEGI DAN FORMULASI TINDAKAN AGENSI Jadual Aktiviti/Inisiatif 1.1.1 1.1.2 1.1.3 PROJEK PENERAJU TAHUN PELAKSANAAN AKTIVITI/ INISIATIF Kempen Media Cara Hidup Sihat dan Bersih Promosi Cara Hidup Sihat Bersama Pemimpin, Sukarelawan dan NGO Sambutan Bulan Perlis Bersih dan Sihat JKN Ps JaPEN Ps JBSPs MSN Ps Trash Hero Perlis Hikers Perlis Jabatan Pelancongan JKN Ps MPK BPTM, SUK 2021 - 2025 (Sebahagian aktiviti telah dijalankan sepanjang 2021 melalui Slot Radio Perlis FM) 2021 – 2025 2022 – 2025 1. Video cara hidup sihat / pemakanan / hygiene care 2. Pelupusan pelitup muka secara berhemah 3. Zero Waste Lifestyle 4. Healthy and Clean Showcase / booth 5. Hygiene care campaign 1. Kempen Sihat Bersama Pemimpin, Sukarelawan dan NGO 2. Program Bersama NGO Trash Hero, dll 3. Acara senamrobik secara bulanan 4. Kemudahan / promosi separuh harga untuk penggunaan fasiliti sukan 5. Aktiviti (plogging) / kudah ( kutip sampah sambil beriadah), senamrobik, berbasikal, hiking, riadah sambil kutip sampah 6. Kempen untuk bawa pulang sampah anda 1. Bulan Perlis Bersih Sihat 2. Setiap jabatan perlu menghantar wakil untuk turut serta dalam semua program 3. Menggalakkan berbasikal ke tempat kerja 4. Pembudayaan e-sijil penyertaan untuk setiap program yang dilaksanakan 5. Kempen “Cintailah Sungai Kita” 6. Aktiviti program “car free day” dan program 10000 langkah setiap suku tahun 7. Program “ritual run” 8. Program “jom fit’ 9. Program kayuhan “cycling and plogging”


29 BAB 4 STRATEGI DAN FORMULASI TINDAKAN AGENSI Perlis Bersih Sihat 1.1.4 1.1.5 1.1.6 1.1.7 PROJEK PENERAJU TAHUN PELAKSANAAN AKTIVITI/ INISIATIF Sistem Pengiktirafan Amalan Budaya Bersih Sihat Menyediakan maklumat hebahan melalui poster dan video pendek ke dalam sosial media Mewujudkan satu identiti bersama Gaya hidup Zero Waste / Sisa Sifar MPK BPD SWCORP Ps JPKK J / Kuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung UPKI Jabatan Penerangan / RTM BKT MPK/JKR JPN Ps MPK Sekolah / IPT Jabatan kerajaan / Swasta 2022 – 2025 2022 – 2025 2022 - 2025 2021 – 2025 (Sebahagian Aktiviti telah dijalankan sepanjang 2021) 1. Anugerah Tahunan Budaya Bersih Sihat 2. Mewujudkan Pengiktirafan Bandar Bersih / Green City 3. Mewujudkan Pengiktirafan taman perumahan / komuniti setempat / kampung bersih 4. Mewujudkan pengiktirafan premis / peniaga / penjaja bersih 1. Pertandingan menyediakan poster peringkat sekolah, IPT, kolej , jabatan dll 2. Hebahan melalui banner / streamer / billboard di kawasan tumpuan pelancong 3. Hebahan radio masa prime time 1. Mewujudkan pertandingan mencipta logo / slogan / tagline / hashtag yang seragam bagi semua jabatan 2. Membangun monumen alam sekitar / lukisan (ikan lumba-lumba) di Kuala Perlis 1. Reduce: Sumbang / Jual barang yang tidak perlu 2. Reuse: Tukarkan barang yang dilupuskan kepada “reusable” @ alternatif kekal 3. Recycle: Asingkan sisa sampah dirumah 4. Refuse: Belajar untuk katakan TIDAK kepada benda yang tidak perlu 5. ROT: Kompos sisa buangan rumah / program kompos untuk sisa organik 6. Melarang / haramkan penggunaan Single useplastic 7. Sekolah / IPT - pengusaha kantin / kafe tidak menggunakan plastik sekali guna


30 BAB 4 Perlis Bersih Sihat STRATEGI DAN FORMULASI TINDAKAN AGENSI 1.1.8 PROJEK PENERAJU TAHUN PELAKSANAAN AKTIVITI/ INISIATIF Kesihatan PraSekolah Untuk Warga Pra-Sekolah Yang Sihat dan Bersih Berkualiti KEMAS 2022 – 2025 1. Inisiatif bawa bekas sendiri 2. Program kitar semula di sekolah, Jabatan Kerajaan / Swasta 3. Penggunaan bekas bungkusan makanan / minuman dalam bekas yang boleh digunakan semula / mangkuk tingkat (contoh: Tupperware) 4. Elakkan botol air mineral 1. Wujudkan keseronokan dalam aktiviti program kebersihan seperti mengadakan permainan interaktif online tentang kepentingan penjagaan kebersihan 2. Mengadakan pertandingan ikon “king and queen” kebersihan secara bulanan di TABIKA 3. “Gotong-royong Kebersihan Kendiri”


31 BAB 4 STRATEGI DAN FORMULASI TINDAKAN AGENSI Perlis Bersih Sihat 1.2.1 1.2.2 PROJEK PENERAJU TAHUN PELAKSANAAN AKTIVITI/ INISIATIF Sikap Pengotor Dibenci Islam Rakan Masjid Bersih Sihat MAIPs Jabatan Mufti Negeri Perlis AJK Masjid Seluruh Negeri Perlis JAIPs JKR Ps 2021 – 2022 2021 – 2022 1. Siri ceramah kebersihan dan kesihatan. Diberikan silibus 2. Poster di kawasan masjid untuk hebahan 1. Mempromosikan budaya bersih dan sihat melalui teks khutbah kedua solat jumaat 2. Mengadakan aktiviti gotong-royong di masjid secara berkala (sekurangkurangnya sebulan sekali antara AJK masjid dan ahli kariah) 3. Mengadakan pertandingan kebersihan di semua masjid (mengikut DUN) di seluruh negeri Perlis dan mengumumkan keputusan semasa Sambutan Maal Hijrah STRATEGI 1.2 MENGIMARAH MASJID/SURAU DAN RUMAH IBADAH MEMBUDAYA KEBERSIHAN DAN KESIHATAN Masjid dan surau memainkan peranan penting untuk membudayakan kebersihan dalam kalangan Jemaah ahli kariah dengan penumpuan kepada penjagaan diri serta kawasan sekitar khususnya ketika negara berdepan pandemik Covid-19. Pemilihan institusi masjid sebagai pusat kempen budaya bersih dengan tanda aras baru amat tepat selaras dengan tuntutan menjaga kebersihan kepada umat Islam. Rakyat Perlis perlu bermula di tempat yang paling dimuliakan iaitu rumah Allah. Kepimpinan dan ahli kariah masjid hendaklah bertanggungjawab memperkasakan pengimarahan dari sudut kebersihan, kesihatan dan keceriaan. Dalam hal ini, masjid sepatutnya muncul sebagai tempat yang paling bersih dan berjaya melahirkan umat Islam yang cintakan kebersihan. Program membudaya kebersihan dan penjagaan kesihatan juga diperluaskan kepada rumah ibadat bukan Islam. STRATEGI 1.2 Mengimarah Masjid/Surau dan Rumah Ibadah Membudaya Kebersihan Dan Kesihatan Jadual Aktiviti/Inisiatif


32 BAB 4 Perlis Bersih Sihat STRATEGI DAN FORMULASI TINDAKAN AGENSI 1.2.3 1.2.4 PROJEK PENERAJU TAHUN PELAKSANAAN AKTIVITI/ INISIATIF Program Kitar semula Penglibatan dan Pembudayaan Kebersihan dan Kesihatan di Rumahrumah Ibadat Bukan Islam SWCORP Jabatan Perpaduan SWCORP 2022 2022 4. Menaiktaraf fasiliti tandas masjid di seluruh negeri Perlis untuk kemudahan awam dan pengembara / pelancong 5. Menyedia tabung tandas 1. Mewajibkan setiap masjid di negeri Perlis untuk menyediakan sangkar 3R 1. Mempromosikan Program 5R dalam komuniti bukan Islam (Gereja / Kuil / Tokong / Wat / DLL)


TERAS 2 : MEMANTAP PERKHIDMATAN KESEJAHTERAAN KESIHATAN RAKYAT (WELLNESS) Penjagaan dan pemeliharaan kesihatan pada tahap kesihatan yang optima adalah penting agar warga Perlis dapat hidup sihat sejahtera serta menikmati kehidupan yang berkualiti sepanjang hayat. Keluarga sihat sejahtera dapat menikmati kehidupan yang berkualiti sepanjang hayat. Keperluan penjagaan kesihatan yang menyeluruh dan holistik merupakan keperluan kesihatan warga Perlis Melalui pendekatan Whole of Government and Whole of Society, kesihatan merupakan satu keutamaan dalam meningkatkan taraf kesihatan optimum rakyat untuk kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif. STRATEGI 2.1 : MEMUDAH AKSES KEPADA FASILITI KESIHATAN UNTUK PERKHIDMATAN KESEJAHTERAAN RAKYAT Pengurusan fasiliti kesihatan sangat diperlukan bagi menyokong perkhidmatan kesihatan selaras dengan peningkatan permintaan dan harapan rakyat yang lebih tinggi terhadap sistem penyampaian kesihatan berkualiti. Tanggungjawab dan peranan pelbagai sektor penting untuk menyokong pembangunan fasiliti sokongan kesihatan. Pengukuhan fasiliti kesihatan membolehkan perkhidmatan sokongan kesihatan yang efisyen dalam usaha mengamalkan cara hidup sihat. 33 BAB 4 STRATEGI DAN FORMULASI TINDAKAN AGENSI Perlis Bersih Sihat TERAS STRATEGI 2 RISIKO/POTENSI RISIKO MEMANTAP PERKHIDMATAN KESEJAHTERAAN KESIHATAN RAKYAT (WELLNESS) Ketersediaaan kemudahan penjagaan kesihatan dan kebersihan untuk kesejahteraan rakyat


34 BAB 4 Perlis Bersih Sihat STRATEGI DAN FORMULASI TINDAKAN AGENSI TERAS STRATEGI 2 RISIKO/POTENSI RISIKO MEMANTAP PERKHIDMATAN KESEJAHTERAAN KESIHATAN RAKYAT (WELLNESS) Ketersediaaan kemudahan penjagaan kesihatan dan kebersihan untuk kesejahteraan rakyat 2.1.1 2.1.2 2.1.3 2.1.4 PROJEK PENERAJU TAHUN PELAKSANAAN AKTIVITI/ INISIATIF Membangun fasiliti wellness Menambahbaik kemudahan rekreasi awam Mewujud kemudahan rekreasi awam Menyedia kemudahan aktiviti hidup aktif dan sihat JKN Ps MSN Ps MPK MSN Ps JPS Ps Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis (JBS) 2022 - 2025 2022 - 2025 2022 – 2025 2022 - 2025 1. Pembangunan Pusat Wellness Perlis 2. Wellness on Wheel 3. Perlis Healthy Lifestyle Centre 1. Penyediaan outdoor gimnasium dan alat riadah 2. Penyediaan trek refleksiogi 3. Penyediaan taman awam dan kawasan lapang di perumahan 4. Penyediaan trek larian dan berbasikal 1. Sediakan trek larian 2. Aktiviti sukan air seperti kayak, floating boat Stadium 1. Gelanggang Terbuka Petanque, Boling Padang 2. Arena Futsal 3. Kolam Renang 4. Dewan Gimnasium Badminton dan Sepak Takraw 5. Gimnasium tertutup Kompleks Belia dan Sukan 1. Dewan terbuka futsal / sepak takraw / sepak raga / bola tampar 2. Dewan Besar badminton / senamrobik / lain-lain indoor STRATEGIK 2.1 Memudah Akses Kepada Fasiliti Kesihatan Untuk Perkhidmatan Kesejahteraan Rakyat Jadual Aktiviti/Inisiatif


35 BAB 4 STRATEGI DAN FORMULASI TINDAKAN AGENSI Perlis Bersih Sihat 2.1.5 PROJEK PENERAJU TAHUN PELAKSANAAN AKTIVITI/ INISIATIF Program Kesihatan Warga Perlis 1. Kesihatan ibu prenatal JKN Ps 2022 - 2025 untuk meningkatkan penjagaan kesihatan ibu mengandung 2. Kesihatan remaja untuk memperkasakan remaja mengamal tingkah laku yang sihat 3. Menambahbaik sistem perkhidmatan konsultasi atau kaunseling ubatubatan secara virtual 4. Memperkasakan sistem pengambilan ubat-ubatan melalui aplikasi telefon pintar - MyUBAT


36 BAB 4 Perlis Bersih Sihat STRATEGI DAN FORMULASI TINDAKAN AGENSI STRATEGI 2.2 : MEMPERKUKUH PERKHIDMATAN MENYOKONG CARA HIDUP SIHAT Amalan gaya hidup sihat merupakan satu siri aktiviti atau program yang mesti dilakukan secara konsisten dan berterusan dan amat baik dari sudut kesihatan. Komponen kesihatan keluarga adalah untuk meningkatkan kesihatan fizikal mental dan sosial sesebuah keluarga ke arah keluarga sihat sejahtera serta menikmati kehidupan yang berkualti sepanjang hayat. Untuk mencapai hasrat itu, kerjasama dan penyertaan pelbagai sektor samada agensi Kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan adalah penting bagi memastikan pelaksanaan aktiviti-aktiviti kesihatan keluarga yang terbaik. 2.2.1 2.2.2 2.2.3 PROJEK PENERAJU TAHUN PELAKSANAAN AKTIVITI/ INISIATIF Program Kesihatan Warga Perlis Sihat Kesihatan Sekolah Untuk Warga Sekolah Yang Sihat dan Berkualiti Program Kebersihan dan Keceriaan JKN Ps JKM Ps JKNPs JPN Ps KEMAS Ps MPK SWCorp 2022 – 2025 2022 – 2025 2022 – 2025 1. Kesihatan ibu prenatal untuk meningkatkan penjagaan kesihatan ibu mengandung 2. Kesihatan remaja untuk memperkasa remaja mengamal tingkah laku yang sihat 1. Program kesihatan kanakkanak dan pelajar 2. Program Susu Sekolah (PSS) 3. Petrol Denggi di Sekolahsekolah Terpilih 4. Kempen Kualiti Makanan Sihat (HiTS) 5. Penubuhan AJK Bencana Sekolah 6. Kempen 1M1Sam 1. Pertandingan keceriaan landskap jabatan, rumah ibadah, kampung dan komuniti STRATEGIK 2.2 Memperkukuhkan Perkhidmatan Menyokong Cara Hidup Sihat dan Bersih Jadual Aktiviti/Inisiatif


37 BAB 4 STRATEGI DAN FORMULASI TINDAKAN AGENSI Perlis Bersih Sihat TERAS 3 : MEMPERKASA KAWALAN KESIHATAN DAN KEBERSIHAN KENDIRI (3K) Kawalan kendiri atau self-control ialah satu kemampuan untuk mengawal diri daripada melakukan sebarang perkara demi sesuatu kebaikan atau peraturan yang harus ditetapkan atau diterapkan dalam diri sendiri. Warga Perlis perlu melakukan kawalan kendiri dalam menjaga kesihatan dan kebersihan. Kawalan kesihatan kendiri lebih berkesan daripada peraturan dan penguatkuaan undang- undang yang diwartakan oleh kerajaan. Tanggungjawab menjaga diri dan keluarga merupakan satu disiplin kita dan kita mesti melakukan kawalan kendiri demi keselamatan kita dan komuniti. STRATEGI 3.1 : MEMANTAP PELAKSANAAN PROGRAM KAWALAN KENDIRI PROGRAM PEMERKASAAN KOMUNITI 3K Penjagaan kesihatan dan kebersihan adalah sangat penting dan seluruh masyarakat perlu bersama-sama menyumbang dalam pelaksanaan program berkaitan. Masyarakat yang diperkasa akan mampu mencari punca sesuatu masalah kesihatan atau kebersihan yang berlaku dan memikirkan penyelesaian yang terbaik bersesuaian dengan keadaan semasa di tempat mereka. Pemimpin komuniti perlu memperkasakan komuniti masing-masing untuk mengambil tanggungjawab melindungi dan memelihara persekitaran sihat bersih. Persekitaran sihat ialah satu tempat di mana anggotanya hidup untuk mencapai satu visi kesihatan dan kesejahteraan masyarakat. TERAS STRATEGIK 3 RISIKO/POTENSI RISIKO MEMPERKASA KAWALAN KESIHATAN DAN KEBERSIHAN KENDIRI (3K) Pihak berkuasa tidak selama-lamanya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas aspek kebersihan dan kesihatan TERAS STRATEGIK 3 RISIKO/POTENSI RISIKO MEMPERKASA KAWALAN KESIHATAN DAN KEBERSIHAN KENDIRI (3K) Pihak berkuasa tidak selama-lamanya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas aspek kebersihan dan kesihatan STRATEGI 3.1 Memantap Pelaksanaan Program Pemerkasaan Komuniti 3K


38 BAB 4 Perlis Bersih Sihat STRATEGI DAN FORMULASI TINDAKAN AGENSI 3.1.1 3.1.2 3.1.3 3.1.4 3.1.5 PROJEK PENERAJU TAHUN PELAKSANAAN AKTIVITI/ INISIATIF Kesedaran kebersihan diri, keluarga, komuniti dan persekitaran Disiplin dan amalan membuang sampah Menjaga kebersihan tandas Menguatkuasa peraturan berkaitan kebersihan kedai makan dalam pengamalan kesihatan Tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam aktiviti kebersihan persekitaran dalam program kemasyarakatan JKN Ps BPD SW Corp BPD BPD MPK JKN Ps MPK KPDNHEP MPK Trash Hero Perlis JPNIN Ps KEMAS Ps Sekrt. Maufakat Komuniti (SMK) KPKT COMBI 2021 – 2025 (Aktiviti dijalankan sepanjang 2021) 2021 – 2025 (Aktiviti dijalankan sepanjang 2021) 2022 – 2025 2021 – 2022 (Aktiviti dijalankan sepanjang 2021) 2022 – 2023 1. Komuniti Sihat Perkasa Neara (KOSPEN) 2. KOSPEN Perpaduan 3. KOSPEN PLUS 4. Communication Behavior Impact (COMBI) 1. Penguatkuasaan anti-litter individu di kawasan awam 2. Pemantauan dan penguatkuasaan terhadap keadaan dan tahap kebersihan tandas 1. Menetapkan standard penarafan bintang untuk menjaga tahap kebersihan tandas 2. Mempamer poster positif mengenai penjagaan tandas 1. Penarafan bintang pada kedai makan / pengusaha kedai (BEST) 2. Mewujudkan tabung khas untuk kegunaan Hari Tanpa Plastik, dana ini akan digunakan untuk Aktiviti Alam Sekitar 1. Menetapkan harga siling untuk harga beg kertas kitar semula sebagai alternatif kepada beg plastik 2. Memberi insentif rebat sewaan kemudahan fasiliti kepada penganjur program sekiranya berjaya menerapkan elemen environmental friendly 3. Memastikan amalan gotong-royong bulanan diteruskan / ditingkatkan Jadual Aktiviti/Inisiatif


39 BAB 4 STRATEGI DAN FORMULASI TINDAKAN AGENSI Perlis Bersih Sihat STRATEGI 3.2 : MEMANTAPKAN KEMAHIRAN CARA HIDUP SIHAT DAN PERSEKITARAN YANG MENYOKONG KESEJAHTERAAN KOMUNITI Semua orang impikan memiliki sebuah gaya hidup sihat. Untuk menjalani gaya hidup sihat, sesorang perlu melihat kepada pelbagai aspek seperti penjagaan makanan, kesihatan mental, senaman fizikal dan persekitaran yang bersih. Kebersihan diri dan persekitaran merupakan tabiat yang sihat. Penjagaan kesihatan dan kebersihan adalah kemahiran hidup yang penting. Kemahiran cara hidup sihat dan persekitaran memberi kesan yang baik kepada kesejahteraan masyarakat menjalani kehidupan sepanjang hayat. STRATEGI 3.2 Memantap Kemahiran Cara Hidup Sihat Dan Persekitaran Yang Menyokong kesejahteraan komuniti 3.2.1 PROJEK PENERAJU TAHUN PELAKSANAAN AKTIVITI/ INISIATIF Memperkasa Keupayaan Modal Insan dan Pembelajaran Kebersihan Sepanjang Hayat 1. Mewujudkan modul SWCorp Ps 2022 – 2025 pendidikan kebersihan di sekolah-sekolah yang memberi fokus kepada aspek kitar semula dan pengasingan sisa Jadual Aktiviti/Inisiatif


40 BAB 4 Perlis Bersih Sihat STRATEGI DAN FORMULASI TINDAKAN AGENSI TERAS 4 : MEMANTAP KEBERSIHAN PERSEKITARAN Amalan kelestarian alam sekitar membantu memastikan keperluan masyarakat masa kini dapat dipenuhi tanpa menjejaskan kemampuan generasi akan datang memenuhi keperluan mereka. Setiap sektor samada awam, swasta atau komuniti bertanggungjawab dengan alam sekitar untuk mengelak pengurangan atau penurunan sumber semula jadi, serta memungkinkan untuk kualiti kebersihan persekitaran jangka panjang. Standard kelestarian alam berkait rapat pertumbuhan dan kestabilan ekonomi negeri yang mampan. Tiada bentuk pertumbuhan ekonomi dapat diteruskan selamalamanya, jika sumber alam sekitarnya tercemar dan rosak. STRATEGI 4.1 : MENINGKAT KESEDARAN RAKYAT TERHADAP KEBERSIHAN PERSEKITARAN Masyarakat perlu peka dengan kesedaran kebersihan pesekitaran terutama dalam isu pencemaran alam sekitar. Selain penguatkuasaan, program kesedaran perlu dipertingkatkan agar masyarakat menyayangi, melindungi, memelihara dan memulihara alam sekitar. Setiap anggota masyarakat perlu sedar bahawa usaha pemuliharaan patut menjadi teras dalam diri masing-masing, kerana kesedaran dalam diri setiap individu adalah sangat penting. Kesedaran komuniti terhadap kebersihatan kesihatan adalah selaras dengan aspirasi negara untuk menjadikan Malaysia sebagai negara bersih, pembangunan ekonomi negara perlu seiring dengan kelestarian alam sekitar. TERAS STRATEGIK 4 RISIKO/POTENSI RISIKO TERAS STRATEGIK 4 RISIKO/POTENSI RISIKO MEMANTAP KEBERSIHAN PERSEKITARAN • Ancaman kepada kesihatan jika persekitaran kotor • Ancaman kepada pembangunan ekonomi dan mempromosi pelancongan MEMANTAP KEBERSIHAN PERSEKITARAN • Ancaman kepada kesihatan jika persekitaran kotor • Ancaman kepada pembangunan ekonomi dan mempromosi pelancongan STRATEGI 4.1 Meningkat Kesedaran Rakyat Terhadap Kebersihan Persekitaran


41 BAB 4 STRATEGI DAN FORMULASI TINDAKAN AGENSI Perlis Bersih Sihat 4.1.1 4.1.2 4.1.3 PROJEK PENERAJU TAHUN PELAKSANAAN AKTIVITI/ INISIATIF Meningkatkan Kesedaran Rakyat Terhadap Kebersihan Alam Sekitar Target Group: • Masyarakat kampung • Perumahan awam • Pelajar • Perniagaan • Penjaja • Premis • Industri • Agensi awam & swasta • Pengiat industri pelancongan Kempen gotongroyong oleh agensi dan NGO Projek pengindahan pantai SW Corp MPK JASPs JKR Ps JPS Ps MAIPs MADA Wilayah 1 Jabatan Perhutanan Negeri Perlis Semua jabatan/ agensi JPS Ps MPK JKR Ps SWCorp MOTAC Ps 2021 – 2025 2021 – 2025 2022 – 2025 1. Menyediakan poster, papan tanda di kawasan seliaan dan kawasan tumpuan awam yang strategik 2. Ceramah mengenai kebersihan alam sekitar 3. Kempen kesedaran melalui media masa 4. Masukkan isu kesedaran kebersihan dalam teks khutbah dan juga Rumah Ibadat Selain Islam (RISI). 5. Menyediakan bar code borang aduan bagi isu kebersihan supaya penyampaian maklumat lebih cekap dan tindakan pantas dapat diambil 6. Mewujudkan garis panduan penganjuran program di negeri Perlis mengikut amalan mesra alam sekitar contoh tiada penggunaan botol plastik. 1. Gatong-royong bersepadu 2. Setiap agensi perlu melaksanakan aktiviti gotong- royong di kawasan seliaan masingmasing secara berkala 1. Menyediakan kemudahan tong sampah bercirikan eko-pelancongan (unik & menarik) 2. Melantik kontraktor pembersihan dan kutipan di kawasan seliaan masing-masing, contohnya di Pesisiran Pantai Kuala Perlis dan Gua Kelam Jadual Aktiviti/Inisiatif


42 BAB 4 Perlis Bersih Sihat STRATEGI DAN FORMULASI TINDAKAN AGENSI STRATEGI 4.2 : MEMPERKUKUH USAHA KE ARAH KELESTARIAN ALAM SEKITAR UNTUK KESIHATAN Manusia sangat bergantung kepada alam sekitar dan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan manusia bergantung kepada kemampanan alam sekitar. Alam sekitar yang mampan menjamin kesejahteraan kesihatan. Kesihatan manusia boleh terganggu apabila alam sekitar mengalami kemerosotan, terutamanya akibat aktiviti pembangunan yang dilaksanakan oleh manusia. Usaha memperkukuh usaha ke arah kelestarian alam sekitar untuk kesihatan adalah dengan mengurangkan gangguan kesihatan yang berpunca daripada keadaan alam sekitar yang mengalami perubahan, misalnya udara yang tercemar, sampah sarap, bahan buangan toksik dan berbahaya, racun makhluk perosak, penggunaan baja sintetik, dan sebagainya. STRATEGI 4.2 Memperkukuhkan Usaha Ke Arah Kelestarian Alam Sekitar Untuk Kesihatan 4.2.1 4.2.2 4.2.3 PROJEK PENERAJU TAHUN PELAKSANAAN AKTIVITI/ INISIATIF Menggalakkan Amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dan Pengasingan Sisa Menambahbaik Mekanisma Pengurusan Sisa Pepejal Kebersihan Premis Kerajaan SW Corp Syarikat Environment Idaman Sdn. Bhd. Perlis (E-Idaman) MPK SW Corp SW Corp 2021 – 2025 2021 – 2025 2021 – 2025 1. Mengadakan aktiviti trash to cash bersama komuniti sebagai tambahan pendapatan sampingan (bahan kitar semula) 2. Mengadakan pertandingan komuniti yang bayak menghasilkan produk yang menggunakan barangan kitar semula 1. Menyediakan perkhidmatan pungutan sisa pepejal secara menyeluruh termasuk kampung 1. Modul pendidikan dan kurikulum berkaitan pembudayaan kebersihan, amalan 3R dan penjagaan alam sekitar Jadual Aktiviti/Inisiatif


Click to View FlipBook Version