The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PELAN STRATEGIK AGENDA PERLIS BERSIH SIHAT (2021 - 2025)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Unit Pengurusan Korporat & Integriti, SUK Perlis, 2024-01-11 04:39:55

BUKU PELAN STRATEGIK AGENDA PERLIS BERSIH SIHAT (2021 - 2025)

BUKU PELAN STRATEGIK AGENDA PERLIS BERSIH SIHAT (2021 - 2025)

43 BAB 4 STRATEGI DAN FORMULASI TINDAKAN AGENSI Perlis Bersih Sihat 4.2.4 PROJEK PENERAJU TAHUN PELAKSANAAN AKTIVITI/ INISIATIF Kebersihan Penjaja, Pasar Malam, Gerai, Medan Selera (Food Court) dan Foodtruck MPK JKN Ps Persatuan Penjaja Negeri Perlis FAMA Ps DPMM Ps PKENPs 1. Memperketatkan lagi 2021 – 2025 syarat perlesenan terhadap penjaja supaya membersihkan lot kawasan semasa dan selepas aktiviti (kompaun / batal lesen) 2. Kadar fee berubah mengikut kapasiti sisa buangan bagi menggalakkan pemilik atau penyewa menguruskan dengan bijak sisa buangan 3. Mewajibkan peniaga menggunakan konsep Pay As Your Throw


44 BAB 4 Perlis Bersih Sihat STRATEGI DAN FORMULASI TINDAKAN AGENSI STRATEGI 4.3 : MEMPERKASA KOMUNITI DALAM MEMELIHARA KEBERSIHAN PERSEKITARAN Penglibatan komuniti dalam transformasi ekonomi linear kepada ekonomi kitaran (circular economy) dapat membantu mengurangkan, mengguna semula dan mengitar semula sisa pepejal. Adaptasi ekonomi kitaran dalam sektor industri boleh menggalakkan ekonomi hijau, iaitu guna semula untuk mengurangkan sisa yang dijana. Usaha untuk menjadikan kawasan-kawasan pelancongan yang bersih untuk keselesaan pelancong perlulah menjadi agenda utama komuniti pelancongan. Aspek kebersihan bagi setiap lokasi yang berkaitan dengan produk pelancongan perlu diberi keutamaan bagi memastikan produk pelancongan terjaga dan diselia dengan baik seterusnya memberikan keselesaan kepada para pelancong. Ia juga akan memberikan nilai tambah kepada produk pelancongan serta memastikan pelancong akan kembali semula untuk melancong pada masa akan datang. STRATEGI 4.3 Memperkasa Komuniti Dalam Memelihara Keberhasilan Persekitaran 4.3.1 4.3.2 4.3.3 PROJEK PENERAJU TAHUN PELAKSANAAN AKTIVITI/ INISIATIF Menggalakkan Pengiat Industri Untuk Melaksana Ekonomi Kitaran Menjana Pendapatan Daripada Sisa (Waste to Money) Kempen kesedaran kebersihan persekitaran MPK SW Corp SW Corp Syarikat Environment Idaman Sdn. Bhd. Perlis (E-Idaman) BPD Syarikat E-Idaman Sdn Bhd SW Corp 2021 – 2025 2021 – 2025 2021 – 2023 1. Insentif kepada penggiat industri yang melaksanakan ekonomi kitaran (circular economy) 1. Penghasilan produk baharu daripada bahan kitar semula 2. Kitar semula sisa binaan dalam pelaksanaan projek pembinaan 3. Menggalakan penjualan sisa makanan dan minyak masak 4. Pengasingan sisa 5. Kompos sisa makanan 6. Drive Through Recycle Center, Trash For Cash dan Biodiesel 7. Pengurusan sisa di kawasan kampung 1. Penglibatan komuniti dalam inisiatif Komuniti Sifar Sisa Jadual Aktiviti/Inisiatif


45 BAB 4 STRATEGI DAN FORMULASI TINDAKAN AGENSI Perlis Bersih Sihat 4.3.4 PROJEK PENERAJU TAHUN PELAKSANAAN AKTIVITI/ INISIATIF Meningkat Kesedaran Komuniti Mengenai Kebersihan dan Penjagaan Alam Sekitar Di Kawasan Produk Pelancongan Syarikat Environment Idaman Sdn. Bhd. Perlis (E-Idaman) MOTAC Ps Jabatan Perhutanan Negeri Perlis JPS Ps 2021 - 2023 2. Program Denai Kebangsaan 3. Memperkasa Program Kitar Semula 1. Mewujudkan program kesedaran kebersihan melibatkan komuniti kawasan berhampiran 2. Mewajibkan pengunjung menggunakan konsep Pay As Your Throw


46 BAB 4 Perlis Bersih Sihat STRATEGI DAN FORMULASI TINDAKAN AGENSI TERAS 5 : MENYELARAS PERANAN AGENSI PENGUATKUASAAN SECARA BERSEPADU Teras Strategik ini menyedia mekanisma menyelaras dan memantau pelaksanaan pelan tindakan oleh agensi-agensi yang telah dikenalpasti dan keberhasilan yang hendak dicapai. Fokus utama adalah kepada mewujudkan sistem penyampaian dan tadbir urus yang berintegriti, cekap dan berkesan di kalangan agensi yang berkepentingan dengan aspek kebersihan. Kerjasama dan penyelarasan di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan adalah penting dalam usaha mengukuhkan tadbir urus. Tadbir urus dan penguatkuasaan yang cekap adalah perlu bagi memastikan aspek kebersihan berada pada tahap terbaik di samping peningkatan kesedaran masyarakat. STRATEGI 5.1 : PERANAN PELBAGAI AGENSI PENGUATKUASAAN YANG TERBABIT DALAM PENGUATKUASAAN Jalinan kerjasama dan tadbir urus yang mantap perlu untuk mencapai aspirasi pelaksanaan Perlis Bersih Sihat. Jalinan ini melibatkan pentadbiran dan pengurusan fungsi dan hal mengikut dasar, dan pelan tindakan yang ditetapkan. Jalinan ini juga untuk memastikan penyampaian perkhidmatan dan kerjasama untuk mencapai keberhasilan dengan agensi yang berkepentingan bagi mencapai objektif keseluruhan agenda Perlis Bersih Sihat. TERAS STRATEGIK 5 RISIKO/POTENSI RISIKO TERAS STRATEGIK 5 RISIKO/POTENSI RISIKO MENYELARAS PERANAN AGENSI PENGUATKUASAAN SECARA BERSEPADU Pertindihan dan keperluan penyelerasan aktiviti pelbagai agensi penguatkuasaan yang terbabit dalam penguatkuasaan MENYELARAS PERANAN AGENSI PENGUATKUASAAN SECARA BERSEPADU Pertindihan dan keperluan penyelerasan aktiviti pelbagai agensi penguatkuasaan yang terbabit dalam penguatkuasaan STRATEGI 5.1 Peranan pelbagai agensi penguatkuasaan yang terbabit dalam penguatkuasaan


47 BAB 4 STRATEGI DAN FORMULASI TINDAKAN AGENSI Perlis Bersih Sihat 5.1.1 5.1.2 5.1.3 PROJEK PENERAJU TAHUN PELAKSANAAN AKTIVITI/ INISIATIF Jalinan kerjasama dengan agensi kerajaan, NGO dan pihak swasta Peningkatan penarafan bintang Pihak Berkuasa Tempatan Menambahbaik sistem penyampaian dan keberkesanan tadbir urus MPK dan agensi yang berkaitan. MPK MPK SW Corp PUU Ps 2021 – 2025 2022 – 2025 2021-2025 1. Perkongsian maklumat di antara agensi-agensi dan isu-isu terkini serta senarai projek yang berada di negeri Perlis 2. I-Tegur : Mengaplikasi mudah alih tangkapan gambar lokasi pembuangan sampah haram, aduan dan perkongsian maklumat untuk tindakan agensi terlibat 3. Mengadakan sesi taklimat dan dialog bersama Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) berkaitan Peraturan Sisa Industri, Institusi, Komersial (ICI) 4. Mencadangkan penempatan syarat untuk melupuskan sisa pepejal di tapak pelupusan bagi kontraktor-kontraktor lantikan agensi bagi kawalan aktiviti sampah haram 1. Sebagai satu kriteria penilaian sistem penarafan bintang PBT 1. Mengadakan sesi perbincangan / mesyuarat dua bulan sekali bagi membincangkan SOP dan sistem penyampaian yang berkesan bagi menguatkuasakan setiap akta yang berkaitan pengurusan sisa bahan binaan 2. Mewujudkan jawatankuasa kecil berkaitan isu pembuangan bahan binaan. Dianggotai oleh empat agensi utama; iaitu MPK, SWCorp, CIDB dan JAS Jadual Aktiviti/Inisiatif


48 BAB 4 Perlis Bersih Sihat STRATEGI DAN FORMULASI TINDAKAN AGENSI 5.1.4 5.1.5 PROJEK PENERAJU TAHUN PELAKSANAAN AKTIVITI/ INISIATIF Meningkatkan penguatkuasaan dan pematuhan yang lebih efisien Meningkatkan kesedaran dikalangan pengiat-pengiat industri pembinaan, pengusaha komersial dan industri di Perlis berkaitan isu pembuangan bahan binaan yang lestari SW Corp Ps MPK JAS Ps JTG Ps CIDB Ps MPK CIDB Ps SWCorp JAS Ps 2022 – 2023 2021-2025 3. Pemantauan berkala bagi kawasan yang berisiko untuk menjadi tapak pembuangan sampah secara haram 4. Memantapkan kesiapsiagaan anggota dalam tindakan penguatkuasaan 1. Tindakan tegas terhadap individu atau institusi yang melakukan kesalahan dan menyebabkan pencemaran 2. Operasi penguatkuasaan khas secara mengejut (mystery shopping) atau berjadual (inspektorat) diantara empat agensi iaitu CIDB, MPK, SWCorp dan JAS. Dicadangkan dua bulan sekali 3. Kemaskini SOP pembuangan sampah dari masa ke semasa mengikut kesesuaian semasa 4. Kenalpasti tempat kesalahan dan mengatur operasi bersepadu antara agensi terlibat 5. Menyediakan kursus kepada anggota penguatkuasa dalam usaha untuk meningkatkan kompentasi anggota dalam tindakan 6. Penguatkuasaan Akta Makanan 7. Mewajibkan pemasangan grease trap kepada semua pengusaha restoran 1. Mengedarkan brosurbrosur dan pampletpamplet kepada pengiat-pengiat industri pembinaan, pengusaha komersial dan institusi di negeri Perlis serta individu


49 BAB 4 STRATEGI DAN FORMULASI TINDAKAN AGENSI Perlis Bersih Sihat 5.1.6 5.1.7 PROJEK PENERAJU TAHUN PELAKSANAAN AKTIVITI/ INISIATIF Pemasangan papan tanda amaran larangan pembuangan sisa pepejal dan pembakaran terbuka di lokasi-lokasi yang “hot spot” Pindaan undangundang yang sediada untuk tindakan lebih berkesan Agensi berkaitan. PUUPs dan agensi berkaitan 2022-2025 2022 2. Mengadakan sesi dialog dengan professionalprofessional di dalam industri pembinaan. Contohnya; IEM Kedah/ Perlis. Jangkaan dialog pada bulan November 2021 1. Menyediakan papan tanda amaran; dicadangkan menggunakan ayat-ayat yang lebih kreatif kepada kaedah psikologi kepada orang awam seperti denda yang tinggi 1. Kenalpasti seksyen undang-undang yang perlu pindaan untuk tindakan agensi berkaitan.


50 ( Muka Surat Ini Dibiarkan Kosong )


51 BAB 5 MEMASTIKAN KEBERHASILAN PELAKSANAAN KE ARAH KEJAYAAN


52 BAB 5 Ke Arah Kejayaan MEMASTIKAN KEBERHASILAN PELAKSANAAN FASA PELAKSANAAN Teras Strategik ini menyedia mekanisma menyelaras dan memantau pelaksanaan Perlis Bersih Indah akan dilaksanakan dalam dua (2) fasa dengan skop dan fungsi seperti berikut: • Jangka Pendek. Menggerakkan inisiatif Perlis Bersih Sihat agar pada peringkat ini penerapan budaya bersih terserlah. • Jangka Panjang. Budaya bersih tertanam merentasi kehidupan, bisnes, kerajaan, komuniti, petani dan pelajar. Gambaran bagi kedua-dua fasa yang meliputi perkhidmatan, jadual pelaksanaan dan keberhasilan adalah ditunjukkan oleh gambarajah di bawah. Fasa Jangka Pelaksanaan dan Keberhasilan


53 BAB 5 MEMASTIKAN KEBERHASILAN PELAKSANAAN Ke Arah Kejayaan MENGUKUR KEBERHASILAN MENERUSI PENETAPAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA Jadual di bawah menunjukkan cadangan KPI pelaksanaan Perlis Bersih Sihat. Penggunaan petunjuk-petunjuk prestasi utama (KPI) adalah merupakan satu kaedah untuk mengukur strategi-strategi yang telah ditetapkan mencapai misi dan visi Perlis Bersih Sihat. Jadual Penetapan Petunjuk Prestasi Utama 1 2 3 4 5 Perkara Indikator Peningkatan Kesedaran dan Budaya Bersih Sihat Kebersihatan Persekitaran Kualiti Hidup dan Kesihatan Kolaborasi dan Kepimpinan Pengurangan Kos • Perubahan minda dan sikap masyarakat tentang aspek penjagaan kebersihan dan kesihatan diri, keluarga, komuniti dan alam sekitar • Peningkatan kesedaran dan tanggungjawab dalam aspek kebersihan dan kesihatan di setiap lapisan masyarakat melalui promosi dan publisiti berterusan • Peningkatan tahap kebersihan dan kesihatan negeri Perlis • Pengurangan pencemaran alam sekitar • Pengurangan sisa dihantar ke tapak pelupusan dan peningkatan kadar kitar semula • Penurunan kes penyakit bawaan vektor • Peningkatan penglibatan aktif komuniti, NGO dan pihak swasta dalam program-program dan inisiatif yang dilaksanakan • Pengukuhan tadbir urus dan penguatkuasaan pengurusan sisa pepejal, pembersihan awam dan pengurusan kesihatan • Pengurangan pembiayaan Kerajaan bagi pengurusan sisa pepejal, pembersihan awam dan pengurusan kesihatan


54 BAB 5 Ke Arah Kejayaan MEMASTIKAN KEBERHASILAN PELAKSANAAN MEKANISMA PELAKSANAAN, PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PROJEK Bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan teratur dan menepati sasaran yang dirancang menggunakan kaedah ‘Penglibatan Bersama Secara Berstruktur dan Bersepadu’ (Structured, Integrated and Participatory Approach). Kaedah ini melibatkan penyertaan secara bersepadu di antara Jabatan-jabatan dan agensi teknikal di peringkat Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan NGO yang berada di negeri Perlis. Jawatankuasa Khas Program Perlis Bersih Indah yang telah pun ditubuhkan semenjak tahun 2012 akan dimantapkan agar dapat memperkukuhkan perancangan hala tuju, melancarkan mekanisma membuat keputusan serta meningkatkan keberkesanan dalam memantau pelaksanaan Perlis Bersih Sihat. Jawatankuasa ini dicadangkan diperkasakan dengan penjenamaan baharu dan dikenali sebagai Jawatankuasa Pemandu Perlis Bersih Sihat yang lebih luas skopnya. • Menetapkan arah tuju dan strategi bagi pembangunan dan pelaksanaan Perlis Bersih Sihat; • Bertindak sebagai penasihat kepada Kerajaan Negeri mengenai dasar Perlis Bersih Sihat; dan • Menyelaras, memantaudan mengesyorkan pembaharuan d a l a m pelaksanaan program utama Perlis Bersih Sihat. Dengan penubuhan Jawatankuasa Pemandu Perlis Bersih Sihat, beberapa inisiatif baharu yang dicadangkan akan dikaji kesesuaiannya untuk diterima pakai dalam menentukan arah tuju, menggubal dasar dan strategi, menyelaras dan memantau semua pelaksanaan program kebersihan yang akan dibangunkan di peringkat negeri. Jawatankuasa ini akan dianggotai oleh beberapa ketua komuniti, dan ketua syarikat swasta yang dipilih selain dari agensi ketua jabatan/agensi negeri yang berkaitan dan Senarai Ahli Jawatankuasa Pemandu Perlis Bersih Sihat adalah seperti berikut: Pengerusi: • YB Setiausaha Kerajaan Negeri Ahli Kerajaan Persekutuan dan Negeri • Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT); • Bahagian Pentadbiran Daerah (BPD; • Majlis Perbandaran Kangar Perlis (MPK.Ps); • Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis (JKR);


55 BAB 5 MEMASTIKAN KEBERHASILAN PELAKSANAAN Ke Arah Kejayaan • Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis (JPS); • Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp); • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA Perlis); • Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perlis (PPPN), Jabatan Perdana Menteri dan • Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wakil Komuniti dan Swasta Blok Kerjasama • Syarikat swasta yag berkaitan dengan pelancongan dan kebersihan; • Insitusi penyelidikan dan pengajian tinggi; • Badan Bukan Kerajaan; dan • Koperasi. Carta Pengurusan dan Kepimpinan Perlis Bersih Sihat


56 BAB 5 Ke Arah Kejayaan MEMASTIKAN KEBERHASILAN PELAKSANAAN PELAKSANAAN PROGRAM PENGURUSAN PERUBAHAN Pengurusan Perubahan perlu dilaksanakan bagi memastikan pelan strategik yang dibangunkan disebar luas kepada semua warga kerja. Melalui pelaksanaan pengurusan perubahan, warga jababatan/bahagian serta pihak berkepentingan mampu menerima secara positif terhadap pelan strategik yang telah dirancang tersebut bagi memastikan matlamat organisasi yang disasarkan tercapai. Dalam konteks ini, peranan yang dimainkan warga organisasi akan menjadi asas kejayaan pelaksanaan pelan strategik tersebut. Selain daripada itu, pengurus laman web PSUK Negeri Perlis juga disarankan untuk menghebahkan status pencapaian pelaksanaan pelan strategik melalui laman sesawang PSUK Negeri Perlis atau emel kepada semua warga kerja secara berkala. Program Pengurusan Perubahan Agenda Perlis Bersih Sihat


57 BAB 5 MEMASTIKAN KEBERHASILAN PELAKSANAAN Ke Arah Kejayaan PENETAPAN AKTIVITI UNTUK PENYEDIAAN SASARAN KERJA TAHUNAN Setiap bahagian atau agensi yang bertanggungjawab perlu merujuk dokumen pelan strategik agar dapat memastikan Sasaran Kerja Tahunan Bahagian/Organisasi sejajar dengan tempoh masa dan kumpulan sasaran dalam pelan tindakan organisasi. Aktiviti dalam Perlis Bersih Sihat ini perlu dijadikan sebahagian dari Sasaran Kerja Bahagian/Organisasi dan individu. Penetapan dalam Sasaran Kerja Tahunan dapat memastikan aktiviti-aktiviti bahagian dan individu menyumbang kepada pencapaian program-program dalam Perlis Bersih Sihat. Dalam konteks ini, organisasi disaran untuk menyediakan pelan operasi yang terperinci dan turut merangkumi jadual pelaksanaannya bagi memudahkan urusan pemantauan secara berkala dalam tempoh pelaksanaannya. Aliran Proses Peracangan, Penugasan dan Penilaian Sasaran Kerja


58 BAB 5 Ke Arah Kejayaan MEMASTIKAN KEBERHASILAN PELAKSANAAN PELAKSANAAN SECARA JUJUR, SUKARELA DARI HATI Negeri Perlis sudah pun melaksanakan beberapa kempen seperti Hari Sabtu dan Ahad Tanpa Beg Plastik, Bebas Plastik Sekali Guna, Gotong Royong Bersama Komuniti, Kutip Sampah Sambil Riadah (Kudah) dan Program ‘Recycle For Life’ (RFL). Gerakan serentak peduli sampah ini telah melibatkansemua pihak dan elemen masyarakat. Sebagai permulaan, pihak berkuasa perlu melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan secara berkala dan sistematik bagi memastikan matlamat penganjuran program tersebut akan tercapai. Pada jangka panjang apabila budaya bersih dapat ditetapkan dalam kehidupan rakyat Perlis, pemantauan dan penguatkuasaan bukan lagi keperluan Penjagaaan kebersihan secara sukarelawan merupakan tugas yang amat mulia. Ini kerana mereka membuat kerja-kerja sukarela tanpa ada paksaan daripada manamana pihak atau tiada paksaan daripada mana-mana pihak. Perasaan kasih-sayang yang tebal amat perlu disemai dalam kalangan masyarakat supaya perasaan tersebut dapat dirasai oleh masyarakat dan orang yang berada di sekeliling kita. Rasa kasih sayang ini biasanya akan lahir dari hati yang ikhlas dan ia juga akan memberi kesan kepada orang lain Penjagaan kebersihan secara sukarela adalah suatu nilai dan amalan murni yang perlu diterapkan ke dalam jiwa anak-anak dan belia. Penerapan nilai-nilai sukarelawan berkualiti haruslah ditanam seawal di peringkat sekolah rendah lagi. Usaha perlu diperhebatkan lagi aktivis sukarelawan di Perlis dan menjadikan ia agenda penting negeri Perlis. PELAKSANAAN SECARA PENGUATKUASAAN Dalam kehidupan kita, pasti ada peraturan atau undang-undang, kerana peraturan dibuat untuk mengatur dan menertibkan manusia. Jika tidak ada peraturan, pasti kehidupan kita akan menjadi kacau, tidak terkendali dan tidak ada ketenangan dalam hidup. Undang- undang diadakan untuk faedah masyarakat. Perlu diingat, tujuan utama undang-undang bukan untuk menghukum walaupun biasanya bila orang melanggar undang-undang, mereka harus dihukum. Selain meletakkan standard atau batasan kepada tindak-tanduk manusia, undangundang juga bertujuan mengekalkan dan mewujudkan ketenteraman dalam masyarakat. Ia bertujuan memberhentikan dan menghalang ahli masyarakat daripada melakukan perkara jahat atau tidak bermoral. Undang-undang juga bertujuan mengajak dan menggalakkan ahli masyarakat, termasuk pimpinannya untuk melakukan perkara yang betul. Ia menggalakkan kebaikan bersama dalam masyarakat dan menjana kehidupan bersama yang aman damai dengan menggalakkan toleransi antara puak atau kumpulan masyarakat.


59 BAB 5 MEMASTIKAN KEBERHASILAN PELAKSANAAN Ke Arah Kejayaan PENGLIBATAN DAN KOMITMEN SEMUA PIHAK Pihak yang terlibat mempunyai pilihan untuk berubah secara pematuhan atau komitmen di dalam sesuatu perubahan. Sebaik-baiknya, komitmen oleh setiap pihak yang terlibat merupakan sasaran akhir bagi perubahan yang diuruskan. Walau bagaimana pun, keadaan ini mungkin tidak boleh dicapai oleh sesetengah pihak berkepentingan kerana masa yang tidak mencukupi dalam keseluruhan pelaksanaan. Maka, bagi pihak berkepentingan sebegini, pematuhan terhadap perubahan adalah diperlukan. Komitmen yang tinggi diperlukan daripada Ketua Jabatan, Ketua Komuniti, masyarakat dan pelajar kerana mereka merupakan kepimpinan utama yang akan menerajui pengurusan perubahan samada di rumah, sekolah atau di jabatan masing-masing bagi mencapai kejayaan. Hal mengenai penjagaan kebersihan bukanlah menjadi tanggungjawab sesuatu pihak, jabatan/agensi Kerajaan semata-mata. Menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama semua pihak yang mendiami dunia ini bahkan haiwan sekali pun akan menimbus najis buangannya, apatah lagi manusia yang perlu membuang sampah pada tempatnya.


60 BAB 5 Ke Arah Kejayaan MEMASTIKAN KEBERHASILAN PELAKSANAAN PEMANTAUAN DAN PENILAIAN Sektetariat Perlis Bersih Sihat perlu membuat pemantauan dan penilaian secara berkala dan mengukur prestasi pelan tindakan yang dirangka bagi memastikan semua program berjaya dilaksanakan dan berkesan. Elemen Utama Pemantauan dan Pemilaian KAJIAN SEMULA Kajian semula Agenda Perlis Bersih Sihat akan diadakan pada bulan Julai setiap tahun sehingga tahun 2025. Kajian semula pelan strategik ini dijalankan bagi menentukan keberkesanan pelaksanaan teras strategik, program, aktiviti dan tahap penyampaian sasaran prestasi yang ditetapkan. Kajian tersebut akan turut mengambil kira senario baru perubahan persekitaran dan tumpuan strategik Perlis Bersih Sihat.


61 BAB 6 PENUTUP


62 BAB 6 PENUTUP PENUTUP Membentuk budaya bersih sihat dan bukan pekerjaan mudah. Ianya harus dilakukan dengan penuh komitmen dan konsisten. Yang terpenting, seluruh warga Perlis ikut mendukung komitmen itu, bukan hanya kepada sekolah, guru, dan pelajar, namun juga orang dewasa, pentadbir, petugas kebersihan, penjaga sekolah, dan pemilik kantin. Tanggungjawab menjaga kebersihan dan kesihatan bukan hanya terletak pada bahu Kerajaan sahaja, malah semua lapisan masyarakat perlu turut bersamasama menjaga kebersihan terutamanya di kawasan kediaman dan persekitaran. Kejujuran dan sukarela dengan penuh ikhlas. Di dalam tubuh yang sihat akan tertanam jiwa yang hebat. Banyaknya sampah yang berselerakan dan berlonggok di berbagai-bagai tempat serta membuang sampah tanpa rasa bersalah menunjukkan budaya hidup bersih dan sihat belum tertanam kuat di kalangan masyarakat. Dua (2) faktor yang menentukan kejayaan Perlis Bersih Sihat iaitu: • Kebersihan dan kesihatan adalah bagi memenuhi naluri dan keperluan komuniti serta menjadi tanggungjawab setiap lapisan masyarakat untuk menjaganya; dan • Perlis Bersih Sihat adalah satu perjalanan yang juga perlu disertai oleh pelbagai pihak, dalam memastikan usaha ini memenuhi ekpektasi untuk membentuk negeri Perlis yang bersih, sihat, indah, sejahtera, makmur dan cemerlang. Sosialisasikan pola hidup bersih sihat kepada anak-anak sekolah dan seluruh warga, untuk selalu menjaga kebersihan, kesihatan, memberi contoh yang baik, dan mengajak mereka bersama-sama membersihkan sampah di persekitaran mereka. Elemen kesedaran sosial dalam kurikulum sekolah membantu para pelajar mengembangkan kesedaran dan kebanggaan pada lingkungan mereka. Siapa yang ingin mengotori sekolah ketika mereka sendiri yang harus membersihkannya? Kita perlu sensitif dengan reputasi kita di mata orang lain. Kita tidak ingin orang lain berfikir dan menganggap bahawa ‘mereka (kita) orang-orang buruk yang tidak terpelajar atau salah asuhan sehingga tidak bersih.’ ‘Perlis Go Clean’ ‘Healthy Perlis’


63 BAB 6 PENUTUP JADUAL AKRONIM DAN KETERANGAN 3K ASEAN CTC BKT BPD CIDB Ps COMBI DPMM Ps E-Idaman EPI EPR FAMA Ps JAIPs JaPEN Ps JAS Ps JBS Ps JKM JKN Ps JPN Ps JPNIN Ps JPS Ps JKR Perlis JPS Perlis JTG Ps KEMAS Ps MADA Perlis MAIPs MOTAC Ps MPC MPK MSN NGO PKENPs PKN Perlis PPPN PUU Ps SMK KPKT SWCorp UPKI AKRONIM KETERANGAN Kawalan Kesihatan Kendiri ASEAN Clean Tourist City Bahagian Kerajaan Tempatan Bahagian Pentadbiran Daerah Lembaga Pembinaan Industri Pembinaan Malaysia Negeri Perlis Communication for Behavioural Impact Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perlis Syarikat Environment Idaman Sdn. Bhd. Environmental Performance Index Extendec Producer Responsibiity Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Negeri Perlis Jabatan Agama Islam Negeri Perlis Jabatan Penerangan Perlis Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis Jabatan Kesihatan Negeri Perlis Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Perlis Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis Jabatan Perhutanan Negeri Perlis Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Perlis Lembaga Kemajuan Pertanian Muda Majlis Agama Islam dan Istiadat Negeri Perlis Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Perlis Perbadanan Produktiviti Malaysia Majlis Perbandaran Kangar Majlis Sukan Negeri Perlis Pertubuhan Bukan Kerajaan Persatuan Penjaja Negeri Perlis Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis Pejabat Kesihatan Negeri Perlis. Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perlis, Jabatan Perdana Menteri Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis Sekretariat Muafakat Komuniti, KPKT Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Trash Hero Perlis Unit Pengurusan Korporat dan Integriti


64 BAB 6 PENUTUP ( Muka Surat Ini Dibiarkan Kosong )


Click to View FlipBook Version