The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Unit Pengurusan Korporat & Integriti, SUK Perlis, 2021-10-28 00:48:43

SUKPS - Laporan Tahunan 2020

SUKPS - Laporan Tahunan 2020

LAPORAN TAHUNAN

BIL. JENIS HASIL SASARAN KUTIPAN TAHUN PERATUS
UNIT JUMLAH (RM) 2020 (RM) (%)
9. Sewaaan Dewan PPR (Wai Permai)
10. Sewaan Mesin Air PPR (Seri Sena) 1 1,500.00 0.00 0.0
11. Hasil dokumen perolehan 1 1,200.00 600.00 50.0
12. Hasil borang permohonan rumah - 800.00 8,810.00
13. Deposit Dijurnal Kepada Hasil - 1,800.00 1,730.00 -
-- 99,362.00 -
JUMLAH 2,755,466.09 -
6,080,084.00 45.31

Secara umumnya, hasil kutipan semasa tahun 2020 adalah menurun daripada kutipan hasil semasa
tahun 2019 yang mana kutipan pada tahun 2019 adalah RM3,236,404.66 iaitu 14.86% melebihi
kutipan hasil tahun 2020. Perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang
melanda negara pada tahun 2020 dan penyewa beli rumah RPA/ penyewa PPR menerima inisiatif
moratorium iaitu penangguhan bayaran ansuran rumah selama 6 bulan bagi penyewa beli rumah
RPA serta pengecualian bayaran sewaan rumah PPR selama 6 bulan.

(b) HASIL KUTIPAN TUNGGAKAN TAHUN 2020

BIL. JENIS HASIL SASARAN KUTIPAN TUNGGAKAN PERATUS
(RM) 2020 (RM) (%)
1. Sewa-Beli Rumah RPA 112,513.88 3.02
2. Sewaan Premis 3,717,163.37  
  155,794.00 11.45
PPR Sri Sena 89,934.00 53.10
PPR Wai Permai 1,360,254.00 20,232.00 6.07
PPR Wang Ulu 169,376.00  
3. Tunggakan Sewaan PPR (Korporat) 333,161.00 1,214,700.00  
UniMAP   4,000.00 349.05
Kolej Komuniti 348,000.00 0.0
IPTIPs 41,000.00   9.76
4. Lain - Lain Tunggakan 113,100.00 530.00 0.0
Kedai PPR Sena   1,300.00  
Kedai PPR Wai Permai 28,480.00 1.86
1,599,003.88 13.27
JUMLAH 9,800.00 26.12
6,120,334.37

Kutipan hasil tunggakan bagi tahun 2020 adalah lebih rendah berbanding kutipan hasil tunggakan
pada tahun 2019 iaitu RM4,443,390.02 dikutip atau 64.01% lebih tinggi daripada kutipan hasil
tunggakan tahun 2020.

Secara keseluruhannya, jumlah hasil yang berjaya dikutip oleh Bahagian Perumahan pada tahun
2020 adalah RM4,354,469.97. Bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian
perkhidmatan pada tahun berikutnya, Bahagian Perumahan telah meneruskan penambahbaikan
seperti yang berikut:

50



LAPORAN TAHUNAN

Antara flyers yang disediakan dan diedarkan bagi memberi kesedaran penghuni
untuk membayar sewa rumah.

OPS SEDAR BAHAGIAN PERUMAHAN SUK, PERLIS

Apa itu OPS SEDAR?

Aktiviti memberi kesedaran kepada penghuni HASIL KOS
perumahan awam dalam melaksanakan KERAJAAN PENGURUSAN
tanggungjawab membayar sewa,
merangkumi aktiviti berikut; KOS
PEMBAIKAN
i. Memberi notis tunggakan secara berterusan
ii. Mempelbagai fungsi kaunter UTC KUTIPAN
iii. Membuka kaunter kutipan luar (RPA) SEWAAN
iv. Mengedar risalah dan flyers
v. Sesi libat urus bersama wakil komuniti

Apa Selepas OPS SEDAR? KOS
LANDSKAP

OPS SINGKIR ; tindakan penguatkuasaan yang boleh dikenakan

terhadap penyewa yang mempunyai hutang merangkumi; KOS

i. Penamatan sewaan INFRASTRUKTUR

ii. Penyitaan premis / harta boleh alih

iii. Pengusiran

iv. Disenarai hitam (termasuk ahli keluarga) JELASKAN BAYARAAN SEWAAN ANDA SEGERA.
ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!!
Sebarang pertanyaan sila hubungi
Bahagian Perumahan di talian 04-9731957

SUDAHKAH ANDA MEMBAYAR SEWAAN RUMAH PPR?
RM124.00 / BULAN

Kaunter bayaran disediakan di tempat berikut: KOS
PEMBERSIHAN
i. Kaunter syarikat selenggara yang dilantik
KOS
ii. Kaunter bayaran Bahagian Perumahan PEMBAIKAN RUMAH
KOS PENYELENGGARAAN
iii. Kaunter bayaran UTC KUTIPAN
BANGUNAN
Tindakan penguatkuasaan tunggakan: SEWAAN KOS

i. Penghantaran notis tunggakan RM124 PENGINDAHAN LANDSKAP
ii. Penamatan perjanjian sewaan KOS UTILITI
AWAM
iii. Penyitaan premis / harta boleh alih

iv. Pengusiran

v. Disenarai hitam (termasuk ahli keluarga)

“Jadilah penyewa yang bertanggungjawab”
”Jiwa seorang Mukmin itu tergantung kerana hutangnya hinggalah hutangnya dijelaskan”

Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Perumahan di talian 04-9731957.

52

LAPORAN TAHUNAN

(iv) Program Komuniti Perumahan Awam
Bermula Januari 2020, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah

menempatkan Pegawai yang menguruskan Sekretariat Muafakat Komuniti di PPR Sena
di mana Sekretariat ini akan merancang dan melaksanakan program-program berbentuk
komuniti dan kemasyarakatan dengan kerjasama Bahagian Perumahan bagi meningkatkan
semangat komuniti dan taraf ekonomi serta sosial penduduk di PPR Sena. Selain daripada
program komuiti di PPR Sena, Bahagian Perumahan juga telah memperuntukkan sejumlah
peruntukan untuk melaksanakan program-program di PPR Wang Ulu, Bintong dan PPR
Taman Wai Permai, Kuala Perlis. Namun, di atas sebab penularan wabak COVID-19 dan
arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula daripada bulan Mac 2020, program-
program yang dirancang di dua (2) PPR ini tidak dapat dilaksanakan. Di antara program-
program yang telah dilaksanakan di PPR Sena sepanjang tahun 2020 adalah sepertimana
yang berikut:

BIL. TARIKH / HARI NAMA PROGRAM PERASMI PROGRAM

1. Januari – Disember Program Ziarah Prihatin -

2. Jun - Disember Program Bantuan Food Bank -

3. 15.02.2020 Program Gotong Royong PPR Sena -

4. 05.08.2020 Program Kolaborasi Perdana Bahagian -

Psikologi Kaunseling, Jabatan

Kebajikan Masyarakat (JKM) Bersama

Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti

(PSMK) Dan Kawasan Rukun Tetangga

(KRT) PPR Sena

5. 18.08.2020 Kursus Bomba Komuniti -

6. 25.08.2020 Program Kebun Komuniti -

7. 27.09.2020 Program Pengenalan Celik Bahasa -

Inggeris

8. 24.10.2020 Program Gotong Royong Komuniti -

9. 31.10.2020 Program Kebersihan Dan Keceriaan YB Tuan Azizan Bin

PPR Sena Sulaiman

AMMK Perumahan

10. 07.11.2020 Program Kepenggunaan Dan Food Pengarah PPDNHEP

Bank Komuniti Perlis

11. 08.11.2020 Hari Keluarga Komuniti -

53

LAPORAN TAHUNAN

Di antara gambar-gambar pelaksanaan program adalah sepertimana yang berikut:

54

LAPORAN TAHUNAN

(iv) Kaunter Kutipan Luar
Bahagian Perumahan turut meneruskan inisiatif dengan membuka kaunter kutipan luar bagi

mengutip bayaran sewaan di kawasan perumahan awam terpilih, khususnya yang mempunyai
tunggakan tertinggi. Kaunter kutipan luar ini juga memberi kemudahan kepada penghuni
yang tinggal jauh untuk datang ke pejabat Bahagian Perumahan bagi menjelaskan bayaran
sewaan. Kaunter kutipan luar beroperasi secara manual dengan menggunakan resit kewangan
(kew.38). Bagi tahun 2020, Bahagian Perumahan telah merancang untuk melaksanakan empat
(4) kali siri kaunter kutipan luar. Namun, akibat daripada penularan pandemik COVID-19, ianya
hanya dapat dilaksanakan satu (1) kali sahaja sebagaimana butiran yang berikut:

BIL. TARIKH / HARI LOKASI HASIL KUTIPAN
1. 27.02.2020 RPA Kuala Perlis II RM554.00
2. 27.02.2020 RPA Mata Ayer II RM200.00

Aktiviti kutipan luar di RPA Kuala Perlis II Aktiviti kutipan luar di RPA Mata Ayer II

Bagi tahun 2020 juga, Bahagian Perumahan telah melaksanakan kerja-kerja bina baru/
menaiktaraf/ menyelenggara rumah/ infrastruktur/ kemudahan awam di RPA/ PAKR/ PPR
sebagaimana butiran yang berikut:

BIL. JENIS SUMBER BILANGAN PROJEK PERUNTUKAN
PERUNTUKAN PERUNTUKAN BINA BARU/ NAIKTARAF/ YANG

1. Mengurus Negeri SELENGGARA RPA/ DIBELANJAKAN
Negeri PAKR/ PPR YANG TELAH (RM)
2. Pembangunan Negeri
Negeri DILAKSANAKAN 259,950.85
3. MARRIS KPKT 3 430,090.20
KPKT 6 992,554.73
4. PRE Negeri 11 556,611.31
15 1,386,959.70
5. PPP Negeri 5 495,360.60
5 82,794.10
6. PRE 6
300,788.89
7. Akaun Amanah Program 17
Infrastruktur Perumahan 4,505,110.38
Awam Kos Rendah (PAKR) 68

8. Akaun Amanah Wang
Gantian Rumah Kos Rendah

JUMLAH

55

LAPORAN TAHUNAN

56

LAPORAN TAHUNAN

05

BAHAGIAN
KERAJAAN

TEMPATAN

57

LAPORAN TAHUNAN

BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN

1) FUNGSI UMUM BAHAGIAN/UNIT

Menyelaras dan memantau urusan pelaksanaan
dasar dan polisi oleh Pihak Berkuasa Tempatan,

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
selaras jadual kesembilan senarai 2 perkara 4 (a),

Pelembagaan Persekutuan

2) FUNGSI BAHAGIAN/UNIT

a) Fungsi Pengurusan Bahagian Kerajaan Tempatan

1 Menyelaras dan memantau tadbir urus Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Menyelaras pentadbiran PBT serta melaporkan aktiviti dan program yang berkaitan

2 dengan pentadbiran, kewangan dan pelaksanaan projek kepada Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di peringkat Kerajaan Persekutuan
dan Kerajaan Negeri

3 Menyelaras peruntukan dan memantau pelaksanaan projek daripada Kerajaan
Negeri dan Kerajaan Persekutuan kepada PBT bagi melaksanakan projek-projek
kecil serta kemudahan awam dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.

4 Memastikan semua keputusan Jemaah Menteri, Majlis Negara bagi Kerajaan
Tempatan (MNKT) dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dipatuhi dan
dilaksanakan oleh PBT

5 Memastikan semua fungsi PBT dilaksanakan selaras dengan garis panduan,
akta enakmen dan undang-undang lain yang sedia ada yang berkuatkuasa

58

LAPORAN TAHUNAN

6 Menyelaras maklum balas bagi mesyuarat-mesyuarat utama yang
7 melibatkan KPKT
8
9 Mengumpul data dan menyelaras maklumat berkaitan PBT
10
Menyemak dan menyediakan ulasan bagi Kertas Pertimbangan daripada
PBT untuk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Mengurusetiakan mesyuarat-mesyuarat utama peringkat negeri
melibatkan PBT

Menyemak dan meluluskan bayaran projek pembangunan oleh
agensi pelaksana

b) Fungsi Teknikal Bahagian Kerajaan Tempatan

Menyemak pelan-pelan bangunan, 1 Menyediakan khidmat nasihat teknikal
pengukuran di tapak dan kerja-kerja teknikal
5 dan umum perolehan kepada agensi
projek pembangunan yang dilaksanakan
melalui peruntukan yang disediakan pelaksana projek pembangunan

Menyelaras pelaksanaan dan 2 Menyemak penyiapan kerja
pemantauan Program Perlis Bersih

6 daripada agensi pelaksana projek
pembangunan untuk proses
Menyediakan ulasan teknikal bagi
pembayaran
aduan yang melibatkan Bahagian 3
7 Menyediakan ulasan teknikal
Kerajaan Tempatan. berkaitan Rumah Ibadat Bukan Islam
Menyediakan ulasan teknikal berkaitan
Negeri Perlis (RIBI)
permohonan pembangunan dan 4
8 Mengurusetiakan Jawatankuasa Teknikal
pelepasan kawasan tanah lapang Dan Jawatankuasa Induk Rumah Ibadat

Bukan Islam Negeri Perlis (RIBI)

59

LAPORAN TAHUNAN

Prestasi Perbelanjaan
Pembangunan Peruntukan Negeri (P04) Tahun 2020

Membina dan membaik pulih parit Membina dan membaik pulih jalan VOT PROJEK
dan longkang dalam kawasan
majlis selain PAKR

Prestasi Perbelanjaan
Pembangunan Peruntukan Persekutuan Tahun 2020

PROJEK

60

LAPORAN TAHUNAN

3) PELAKSANAAN PROGRAM / PERKARA
DI BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN TAHUN 2020

Pelaksanaan Pemakaian Garis Tindakan Mesyuarat /
Panduan / Peraturan Majlis Gerak Kerja
Negara Bagi Kerajaan Tempatan
Garis Panduan Pengurusan Kenderaan Terbiar di Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa Perlis
Kawasan Operasi Pihak Berkuasa Tempatan. Bersih.
Garis Panduan Pengurusan Premis Mencuci Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal
Kenderaan di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. dan Induk Rumah Ibadat Bukan Islam Negeri Perlis
Garis Panduan dan Kaedah Perolehan Pihak (RIBI).
Pengurusan Bangunan Berstrata. Menyelaras dan memantau kebersihan lokasi ‘hot
P elaksanaan Manual Unit Pusat Setempat (OSC) spot’ Negeri Perlis.
3 Plus di Semua Pihak Berkuasa Tempatan Menyelaras dan mengurus Program Hari Sabtu
Semenanjung Malaysia. Tanpa Beg Plastik melibatkan Pihak Berkuasa
P enguatkuasaan Peraturan-Peraturan Pengurusan Tempatan dan Jabatan/Agensi luar Pejabat SUK
Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Perlesenan Perlis.
dan Skim bagi Sisa Pepejal Pembinaan) 2018 M enyelaras dan mengurus Jawatankuasa Induk
Program Kebersihan dan Keceriaan Kampung
Keputusan Dasar Majlis Seberang Ramai bersama Jabatan/Agensi terlibat.
Mesyuarat Kerajaan Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa
Negeri (MMK) Penyelarasan Gerai-Gerai Tepi Jalan dan Gerai-
Pelaksanaan Hari Tanpa Beg Plastik. Gerai Terbiar Negeri Perlis.
Penyelarasan Gerai-Gerai Tepi Jalan. Mengurusetia Jawatankuasa Majlis Mesyuarat
Penentuan / Pewujudan Zon Khusus Bagi Kerajaan (MMK) Negeri Perlis.
Perniagaan Berbentuk Bengkel. Mengurusetiakan Mesyuarat Akaun Amanah
Keputusan Untuk Berniaga Makanan Di Bahu Tanah Lapang.
Jalan Pada Bulan Ramadan Tahun 2020 Di Negeri Menyelaras Sesi Perbincangan Isu-Isu Pihak
Perlis. Berkuasa Tempatan Bersama Yang Berhormat
Draf Garis Panduan Pelantikan Dan Penamatan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan.
Mekanisme Tadbir Urus Dan Bidang Kuasa Penekanan Fokus Bajet
Jabatan / Agensi Mengenai Rumah Ibadat Selain Negeri Perlis
Islam Di Negeri Perlis.
Program Perlis Bersih Indah.
Hari Sabtu Tanpa Beg Plastik.
Program ‘Recycle For Life’.

61

LAPORAN TAHUNAN

4) PROGRAM DAN AKTIVITI

(a) Program Hari Sabtu Tanpa Beg Plastik Negeri Perlis

Bahagian Kerajaan Tempatan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kangar telah mengadakan Majlis Pelancaran
Program Hari Sabtu Tanpa Beg Plastik Negeri Perlis yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Azlan bin Man, Menteri
Besar Perlis di perkarangan pasaraya The Store, Kangar, Perlis. Lapan (8) kategori premis yang terlibat ialah  Pasar
raya (supermarket), pasar raya (hypermarket), pasar raya serbaneka, kedai serbaneka, restoran makanan segera, kedai
serbaneka stesen minyak, kedai rangkaian, dan farmasi. Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan terlibat di
dalam kempen ini melalui larangan penggunaan plastik sekali guna dalam mengadakan majlis-majlis rasmi Kerajaan
dan makan minum semasa mesyuarat-mesyuarat di jabatan/agensi masing-masing.

(b) Sesi Taklimat Dasar Kebersihan Negara Bersama Jabatan Pengurusan
Sisa Pepejal Negara (JPSPN), Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (KPKT) dengan Ahli Jawatankuasa Perlis Bersih

Bahagian Kerajaan Tempatan telah menganjurkan Sesi Taklimat Dasar Kebersihan Negara (DKN) yang telah
dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Azizan bin Sulaiman , Exco Kerajaan Tempatan Negeri Perlis pada 6 Julai
2020 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kangar, Perlis. Sesi taklimat ini melibatkan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal
Negara, Ahli-ahli Majlis, dan pegawai Majlis Perbandaran Kangar dan Ahli-ahli Jawatankuasa Program Perlis Bersih.

62

LAPORAN TAHUNAN

(c) Pengurusan Rumah Ibadat
Bukan Islam (RIBI)

Bahagian Kerajaan Tempatan telah mengadakan
Mesyuarat Jawatankuasa RIBI Bil.1/2020 pada
24 November 2020 yang dipengerusikan oleh
Dato’ Seri Azlan Bin Man, YAB Menteri Besar Perlis.
Melalui mesyuarat ini, isu-isu dan permohonan
baharu rumah ibadat bukan Islam dibentangkan
dan melibatkan Jabatan/Agensi yang terlibat di
Negeri Perlis.

(d) Program Kebersihan Dan Keceriaan Kampung Seberang Ramai,
Kuala Perlis

Bahagian Kerajaan Tempatan bersama beberapa jabatan/agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta Jawatankuasa
Induk Program Kebersihan dan Keceriaan Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis yang dipengerusikan oleh
Yang Berhormat Puan Asmaiza binti Ahmad Exco Pelancongan Negeri Perlis komited dalam menjayakan Program
Kebersihan dan Keceriaan Kampung Seberang Ramai. Aktiviti penambahbaikan dan pengindahan kampung yang
dilaksanakan ialah mengecat rumah-rumah penduduk dan mencantikkan laluan dan lorong melalui konsep gotong-
royong dan sumbangan dana tanggungjawab sosial korporat (CSR).

(e) Aktiviti Menurunkan Iklan-Iklan dan
Papan-Papan Tanda Haram

Bahagian Kerajaan Tempatan telah menjalankan aktiviti
menurunkan iklan-iklan dan papan-papan tanda haram
yang tidak mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT). Program ini diadakan berdasarkan kepada
Fokus Bajet Negeri Perlis iaitu Program Perlis Bersih Indah.
Aktiviti ini melibatkan kawasan-kawasan utama di Negeri
Perlis seperti Kangar, Kuala Perlis, Padang Besar dan Arau.
Kesemua iklan dan papan tanda haram yang ditampal di
tepi jalan, persimpangan lampu isyarat dan juga di tempat
yang mengganggu penglihatan pengguna jalan raya telah
diturunkan.

63

LAPORAN TAHUNAN

5) SENARAI MESYUARAT YANG DIURUSETIAKAN
OLEH BKT BAGI TAHUN 2020

BIL. TAJUK TARIKH
31 Januari 2020
1 Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Program Kebersihan dan
Keceriaan Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis Melalui Program 28 Februari 2020
Tanggungjawab Sosial (CSR) Bersama Pihak Swasta Bil.1/2020
28 Februari 2020
2 Perbincangan Mengenai Cadangan Lokasi Perniagaan
Berkonsepkan Premis Kontena Mudah Alih di Kawasan Pihak 2 Mac 2020
Berkuasa Tempatan (PBT)
2 Mac 2020
3 Perbincangan Isu Penamatan Pembersihan Jalan Oleh Syarikat 10 Mac 2020
Konsesi Lantikan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
(KPKT) 4 Jun 2020

4 Perbincangan Cadangan Projek-projek Pembangunan (Bandar 18 Jun 2020
Pintar) Rolling Plan Pertama (RP1) Tahun 2021 Rancangan Malaysia 25 Jun 2020
Kedua Belas (RMKe-12) 26 Jun 2020
29 Jun 2020
5 Mesyuarat bagi Membincangkan Cadangan Kerjasama Sebagai 30 Jun 2020
Rakan Strategik Program Hari Tanpa Beg Plastik di Negeri Perlis 23 Julai 2020

6 Mesyuarat Jawatankuasa Induk Penyelaraan Pelaksanaan Program
Kebersihan dan Keceriaan Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis
melalui Program Tanggungjawab Sosial (CSR) Bersama Pihak
Swasta Bil. 2/2020

7 Mesyuarat Pemantauan Permulaan Projek Bagi Peruntukan Negeri
Peringkat Bahagian Kerajaan Tempatan Pejabat SUK Perlis Bil.
1/2020

8 Mesyuarat Penyelarasan Pertindihan Kawasan Penyelenggaraan
(Longkang, Parit, Jalan) di Negeri Perlis

9 Sesi Perbincangan Penyelarasan Gerai-gerai Tepi Jalan

10 Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)
Perlis bagi Kerajaan Tempatan Bil.1/2020

11 Sesi Perbincangan Tadbir Urus Rumah Ibadat Bukan Islam di Negeri
Perlis

12 Mesyuarat Bagi Membincangkan Pembinaan Kedai Mampu Milik di
Negeri Perlis

13 CBM Bilangan 1 Tahun 2020

64

LAPORAN TAHUNAN

BIL. TAJUK TARIKH
23 Julai 2020
14 Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Gerai-gerai Tepi Jalan dan 14 Ogos 2020
Gerai-gerai Terbiar Negeri Perlis 28 Ogos 2020
7 September 2020
15 Mesyuarat Pemantauan Program Hari Sabtu Tanpa Beg Plastik Di 25 September 2020
Negeri Perlis Bil.2/2020 8 Oktober 2020
15 Oktober 2020
16 Perbincangan Pra Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Rumah Ibadat
Bukan Islam (RIBI) Negeri Perlis Bil.1/2020 19 Oktober 2020
27 Oktober 2020
17 Sesi Perbincangan Mengenai Cadangan Projek Pengurusan Sisa 5 November 2020
Pepejal oleh Syarikat Mutiara Etnik Sdn. Bhd. 24 November 2020
26 November 2020
18 CBM Bilangan 2 Tahun 2020 1 Disember 2020
15 Disember 2020
19 Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan & Lalu lintas Konvensyen 17 Disember 2020
Perkhidmatan Awam Negeri Perlis 22 Disember 2020
22 Disember 2020
20 Sesi Perbincangan Mengenai Pengecualian Seksyen di bawah 23 Disember 2020
Akta Pengurusan Strata 2013 [AKTA 757] Semasa Tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP)

21 Perbincangan Khas Berkenaan Kerja-kerja Membaikpulih Bangunan
Kuil Sri Veera Maha Kaliamman, Jalan Jubli Perak, Kangar

22 Mesyuarat Isu-isu Berkaitan Pihak Berkuasa Tempatan / Majlis
Perbandaran Kangar

23 Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Rumah Ibadat Bukan Islam
Negeri Perlis Bil.1/2020

24 Mesyuarat Jawatankuasa Induk (RIBI) Bil.1/2020

25 Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Gerai-gerai Tepi Jalan dan
Gerai-gerai Terbiar Bil.2/2020

26 Mesyuarat Induk Penyelarasan Pelaksanaan Program Kebersihan
Dan Keceriaan Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis Bil.3/2020

27 Mesyuarat AMMK Bahagian Kerajaan Tempatan

28 Mesyuarat Perlis Bersih Bil.1/2020

29 Sesi Perbincangan Mengenai Permohonan Cadangan Perluasan
Kawasan Majlis Perbandaran Kangar (MPK)

30 Sesi Perbincangan Pertambahan Tong Sampah Berpusat Negeri
Perlis

31 Mesyuarat Akaun Amanah Tanah Lapang Bil.2/2020

65

LAPORAN TAHUNAN

66

LAPORAN TAHUNAN

06

BAHAGIAN
PENTADBIRAN

DAERAH

67

LAPORAN TAHUNAN

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAERAH

1) FUNGSI UMUM BAHAGIAN/UNIT

Merancang, melaksanakan dan memantau
pembangunan fizikal dan kemasyarakatan kawasan

luar bandar negeri Perlis serta menjadi saluran di
antara Kerajaan Negeri dan rakyat.

2) FUNGSI BAHAGIAN/UNIT

a Merancang, melaksanakan dan memantau program pembangunan fizikal,
infrastruktur dan sosioekonomi luar bandar;

b Mengurus dan mengawal peruntukan mengurus dan pembangunan YAB
Menteri Besar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN);

c Mengurus pembangunan, penyelenggaraan dan penyewaan gerai
luar bandar BPD;

d Mengeluar dan memantau Lesen Arak, Lesen Petisyen dan Lesen Pelelong
berdasarkan undang-undang yang berkaitan;

e Mengurus aktiviti pentadbiran serta kewangan kawasan dan Jawatankuasa
Keselamatan dan Kemajuan Kampung Negeri Perlis (JKKKPs)/ Jawatankuasa
Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK); dan

f Mentadbir Akaun Amanah Dana Khas, Kementerian Kewangan Malaysia dan
segala aktiviti yang menggunakan peruntukan tersebut.

68

LAPORAN TAHUNAN

3) PENAMBAHBAIKAN DAN PENCAPAIAN

Bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan, Bahagian Pentadbiran
Daerah (BPD), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah membuat penambahbaikan dengan
melaksanakan sistem kerja ke arah digital sepertimana yang telah disarankan oleh kerajaan negeri
bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kerajaan dengan penggunaan kepintaran data dan teknologi
digital. Sistem PAMA adalah merupakan satu sistem pangkalan data Program Agihan Makanan Asas
(PAMA) Negeri Perlis. Urusan merekod data penerima bantuan kini boleh dibuat melalui platform
elektronik.
A) PROJEK LUAR BANDAR
Bagi tahun 2020 sebanyak 632 projek telah berjaya dilaksanakan. Secara keseluruhannya sebanyak
RM 14,103,056.48 atau 97.79% peruntukan pembangunan telah dibelanjakan bagi tujuan tersebut.

Carta 1: Projek Luar Bandar Kerajaan Negeri Perlis

PERBELANJAAN (RM) Pembangunan Infrastruktur Rancangan Jalan-Jalan Pembaikan Rumah
PERUNTUKAN (RM) Awam Desa (PIAD) Kecil (RK) Kampung (MARRIS) (Dana Khas)
6,323,551.18 954,108.75
6,368,000.00 972,000.00 6,135,182.02 690,214,53
6,160,016.65 1,018,582.36

69

LAPORAN TAHUNAN

B) KEWANGAN
Sub-Unit ini bertanggungjawab untuk menguruskan hal-ehwal kewangan seperti berikut:
a. Menguruskan pengeluaran Pesanan Tempatan (LO) dan Inden Kerja serta baucar bayaran

bagi semua urusan yang melibatkan bayaran di BPD.
b. Menguruskan peruntukan mengurus bagi 15 YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Peruntukan ini dibelanjakan bagi tujuan penganjuran program-program kemasyarakatan/
perayaan di kawasan DUN.
c. Mengurus dan menyelia peruntukan khas daripada Kementerian Kewangan untuk Menteri
Besar Perlis; dan
d. Mengurus dan menyelia peruntukan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar
(KPLB) bagi pembayaran Elaun Pengerusi, Setiausaha, Elaun Pengendalian Mesyuarat
(EPM) dan Elaun Kehadiran Mesyuarat (EKM) bagi JKKKPs/ JPKK .
Secara keseluruhannya, perbelanjaan mengurus YB ADUN pada tahun 2020 adalah sebanyak
RM 958,694.85 manakala perbelanjaan akaun amanah mengikut kategori peruntukan berjumlah
RM 4,752,548.25 sebagaimana jadual yang berikut:

Jadual 1: Perbelanjaan mengurus ADUN mengikut kategori
perbelanjaan bagi tahun 2020

BIL. KATEGORI PERBELANJAAN PERUNTUKAN
DIBELANJAKAN
1. Perbelanjaan Mengurus YB ADUN Mengikut Kategori Perbelanjaan :
Bekalan (RM)
Perkhidmatan
845,944.85
2. Perbelanjaan Akaun Amanah Mengikut Kategori Peruntukan : 112,750.00

Dana Khas Kementerian Kewangan untuk YAB Menteri Besar Perlis 778,398.25
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) : Elaun Pengerusi dan 3,076,450.00
Setiausaha JKKKPs/ JPKK
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) : Elaun Ahli Jawatankuasa 897,700.00
JKKKPs/ JPKK dan Pengendalian Mesyuarat 5,711,243.10
JUMLAH KESELURUHAN

70

LAPORAN TAHUNAN

C) JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG NEGERI PERLIS (JKKKPs)/
JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JPKK)

Bermula 1 Januari 2020, Kerajaan Negeri Perlis telah bersetuju untuk membuat penjenamaan
semula Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kepada JKKKPs sehingga 31 Julai 2020
dan seterusnya kepada JPKK bermula pada 1 Ogos 2020. Terdapat sebanyak 387 cawangan
dan 5,031 orang anggota jawatankuasa bagi seluruh Negeri Perlis. Antara tugas sub-unit ini
adalah :

a) Memproses urusan pelantikan, pertukaran dan penamatan perkhidmatan Pengerusi,
Setiausaha dan ahli JKKKPs/ JPKK;

b) Memproses permohonan baharu dan pembubaran cawangan JKKKPs/ JPKK;
c) Memproses minit mesyuarat bulanan JKKKPs/ JPKK;
d) Menguruskan bayaran elaun Pengerusi dan Setiausaha JKKKPs/ JPKK; dan
e) Menguruskan bayaran elaun kehadiran mesyuarat dan pengendalian bagi setiap mesyuarat

cawangan JKKKPs/ JPKK yang diadakan.

D) HASIL
Sub-Unit ini bertanggungjawab untuk mengurus dan memantau 113 unit gerai luar bandar di

bawah seliaan Pentadbiran ini seperti aktiviti memproses permohonan sewaan dan mengutip
hasil sewaan. Selain daripada itu, unit ini juga berperanan untuk menguruskan proses
permohonan baharu dan permohonan memperbaharui bagi Lesen Pelelong, Lesen Arak dan
Lesen Penulis Surat Petisyen. Berikut adalah merupakan maklumat-maklumat mengenai jenis
dan jumlah kutipan hasil BPD :

Carta 2: Jumlah Kutipan Hasil BPD Bagi Tahun 2020

113 Gerai Kutipan Gerai
81% Semasa

RM61,964 RM35,390

57 Lesen Kutipan Gerai
19% Tunggakan 2019

RM14,955 RM26,574

71

LAPORAN TAHUNAN

4) PROGRAM DAN AKTIVITI

Majlis Pentauliahan dan Penyampaian Elaun Pengerusi dan Setiausaha
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Negeri Perlis
(JKKKPs)

Majlis telah diadakan pada 11 Februari 2020 (Selasa) jam 8.00 malam bertempat di Dewan Warisan, Kangar. YAB
Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan Man telah menyampaikan watikah pelantikan kepada semua Pengerusi dan
Setiausaha JKKKPs yang dilantik bagi tahun 2020. Majlis turut dihadiri oleh YB Speaker Dewan Undangan Negeri
Perlis, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB ADUN dan YB Pegawai Kewangan Negeri.

Majlis Pentauliahan dan
Penyampaian Elaun Pengerusi
dan Setiausaha Jawatankuasa
Pembangunan dan Keselamatan
Kampung (JPKK) Negeri Perlis

Majlis Pentauliahan Pengerusi dan Setiausaha JPKK
telah berlangsung pada 18, 19 dan 20 November 2020
bertempat di Ruang Legar Aras 1, Kompleks DUN jam
8.00 malam.
Majlis dimulai dengan taklimat Pelan Perlis Digital
2021-2025 dan Pembudayaan Norma Baharu bagi
Mencegah COVID-19 oleh YB Setiausaha Kerajaan
Negeri Perlis. Majlis turut dihadiri oleh YB Speaker
Dewan Undangan Negeri Perlis, dan YB ADUN.

72

LAPORAN TAHUNAN

Penyampaian Bantuan
Program Agihan Makanan
Asas (PAMA) Kepada Rakyat
Negeri Perlis

Penyampaian PAMA oleh Setiausaha
Bahagian BPD ini telah diadakan di Pusat
Koreksional Perlis pada 20 Oktober 2020.
Makanan Asas, cecair pembasmi kuman
dan topeng separuh muka adalah barang
keperluan yang diedarkan.

Latihan Pengguna Sistem PAMA

Sesi latihan ini diberikan khas kepada pengguna sistem
atas talian bagi Program Agihan Makanan Asas (PAMA)
yang terdiri daripada kakitangan-kakitangan Pusat Khidmat
ADUN.

Ia bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari pada
15 Oktober 2020 bertempat di Bilik Latihan Bahagian
Pengurusan Teknologi Maklumat.

Sistem PAMA digunakan bagi merekod data penerima
bantuan Program Agihan Makanan Asas secara atas talian.
Ia merupakan satu transformasi ke arah Perlis Digital.

73

LAPORAN TAHUNAN

Majlis Agihan Zakat Perniagaan Menteri Besar Incorporated (MBI)

Penyerahan Zakat Perniagaan MBI telah diadakan pada 11, 12 dan 13 Disember 2020. Majlis berlangsung dengan
jayanya bertempat di Dewan Warisan, Kangar. Seramai 1,200 penerima telah menerima zakat daripada pihak MBI
yang telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan bin Man.

Majlis Penyampaian Taklimat,
Penyerahan Poster dan Risalah
Pembudayaan Norma Baharu
COVID-19

Taklimat Pembudayaan Norma Baharu COVID-19 telah
disampaikan kepada Pengerusi Cawangan Jawatankuasa
Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Ketua-
Ketua Komuniti, Kawasan Rukun Tetanga (KRT) serta
Ketua-Ketua Kaum India, Cina dan Siam di seluruh Negeri
Perlis.
Taklimat diadakan pada 18, 19 dan 20 November
2020 bertempat di Ruang Legar Aras 1, Kompleks DUN
bersempena Majlis Pentauliahan dan Penyampaian Elaun
Pengerusi JPKK Negeri Perlis.
Ia merupakan satu inisiatif kerajaan dalam program
kesedaran dan pencegahan COVID-19 kepada rakyat
Negeri Perlis.

74

LAPORAN TAHUNAN

07

PEJABAT
MENTERI

BESAR

75

LAPORAN TAHUNAN

PEJABAT MENTERI BESAR PERLIS (PMBP)

1) FUNGSI UMUM BAHAGIAN/UNIT

Meneraju Tanggungjawab ini diselaraskan
perancangan dan melalui sistem penyampaian yang cekap,
berintegriti dan responsif kepada rakyat
pembangunan
sosio-ekonomi dan berpandukan peraturan-peraturan dan
pengurusan sosio- Undang-undang Persekutuan serta
Undang-undang Tubuh Kerajaan
politik Negeri Negeri Perlis.
Perlis; dan

2) FUNGSI BAHAGIAN/UNIT

Merancang, mengurus dan menyelaras Dasar Kerajaan Negeri
/ Persekutuan dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis agar
segala usaha pembangunan dan penyampaian maklumat
dapat memberi impak positif kepada rakyat Negeri Perlis;

Menyelaras dan memantau (penyelarasan bersama agensi
Kerajaan Negeri / Persekutuan) aspek perancangan dan
pelaksanaan program / projek sosio-ekonomi sejajar dengan
visi, misi dan matlamat pembangunan ekonomi; dan

Mendokong (penyelarasan bersama agensi Kerajaan
Negeri / Persekutuan) urus tadbir yang berkesan dalam
memastikan kestabilan ekonomi, sosial dan politik berada
dalam keadaan baik serta harmoni.

76

LAPORAN TAHUNAN

3) UNIT-UNIT DALAM PENTADBIRAN

a) PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN KHIDMAT PELANGGAN DAN KAUNTER
• S elain tumpuan kepada proses kerja, penambahbaikan perkhidmatan (hubungan

pelanggan / sistem penyampaian di kaunter) turut diberikan perhatian bagi merealisasikan
slogan “mesra rakyat” dan dalam masa yang sama memenuhi keperluan atau kehendak dan
ekspektasi pelanggan yang semakin meningkat;
• M elayani dan memudahcara setiap keperluan pelanggan dalam memberikan perkhidmatan,
menyampaikan maklumat dan menawarkan khidmat nasihat yang berkualiti dan cekap
selarasdengan visi, misi dan matlamat PMBP.

b) UNIT MEDIA

MISI
M enterjemah hasrat PMBP kepada kehendak kumpulan sasar melalui pendekatan

perhubungan yang realistik serta memenuhi aspirasi masyarakat.

OBJEKTIF
• M emastikan keberkesanan penyampaian dasar utama dan program PMBP melalui

perancangan dan pelaksanaan pelan media;
• Memastikan maklumat terkini berkaitan PMBP disebarkan secara efektif melalui laman

web atau aplikasi media sosial;
• Menyelaras aduan-aduan diterima dalam tempoh masa yang ditetapkan;
• Menghebah maklumat dan aktiviti PMBP melalui media cetak elektronik dan media

sosial; dan
• Memantau isu-isu PMBP yang terkandung di dalam media massa.

FUNGSI
• Merancang dan melaksanakan pelan media berhubung p ublisiti, promosi dan kempen

bagi setiap dasar, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi bagi PMBP melalui
pelbagai medium seperti media cetak dan elektronik;
• M enguruskan perhubungan awam dan media dengan merancang strategi media
dalam penyebaran maklumat menerusi liputan media / sidang media, kenyataan akhbar,
dan temu bual khas media cetak dan elektronik;

77

LAPORAN TAHUNAN

• Pemantauan berita / laporan media berkaitan PMBP;
• M erancang dan melaksanakan publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar,

peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi bagi PMBP melalui media sosial seperti
Facebook, Twitter, Instagram & Youtube;
• M enyediakan Infografik & Videografik berkaitan dasar, peranan, program dan aktiviti
serta majlis rasmi PMBP;
• Menerbitkan Video Pendek berkaitan dasar, peranan, dan program PMBP;
• M emantau dan mengurus maklum balas bagi aduan dan cadangan yang diterima
melalui surat khabar, laman web, media sosial serta aduan daripada pengaduan awam;
• Merancang dan mengendalikan urusan mendapatkan maklum balas kepuasan teras
perkhidmatan PMBP daripada orang awam dan pelanggan;
• Menyediakan jurugambar dan menyelaras penstoran (archiving) gambar-gambar aktiviti
/ program PMBP;
• Merancang, mengurus dan mendokumentasikan bahan maklumat bagi setiap dasar,
peranan, program dan aktiviti majlis rasmi PMBP melalui penerbitan bahan cetakan
seperti buletin, brosur, dan risalah (dalam perancangan); dan
• Menyelaras persiapan taklimat, lawatan dari dalam negeri ke PMBP.

c) UNIT PEMBANGUNAN KOMUNITI (UPK)
• UnitPembangunanKomunitimerupakanunitsokongan yang ditubuhkan di bawah naungan

YAB Menteri Besar Perlis;
• Semasa awal penubuhannya pada tahun 1999, unit ini dinamakan Unit Kebajikan dan

Dakwah (UKD) dan pada tahun 2007, nama tersebut ditukar kepada Unit Pembangunan
Insan (UPI). Mulai tahun 2013, unit ini dikenali sebagai Unit Pembangunan Komuniti (UPK);
• U nit ini dipantau oleh Setiausaha Politik Kepada YAB Menteri Besar. Kakitangan di bawah
unit UPK ini ditempatkan di Pejabat Unit Pembangunan Komuniti, di Kangar;
• P eranan dan fungsi unit ini adalah untuk membantu menyelaras program yang melibatkan
Menteri Besar di setiap kawasan Undangan Negeri;
• Di samping itu, unit ini turut membantu melicinkan perjalanan program dan aktiviti yang
dianjurkan oleh Pejabat Menteri Besar Perlis dan Pusat Khidmat YAB Menteri Besar di setiap
DUN (bukan Wakil Rakyat Kerajaan seperti DUN Sena, Indera Kayangan, Kuala Perlis, Guar
Sanji dan Sanglang) dan di DUN Bintong (Pusat Khidmat YAB Menteri Besar sebagai ADUN
Bintong).

78

LAPORAN TAHUNAN

4) PENCAPAIAN DAN PENAMBAHBAIKAN

• Pencapaian dan penambahbaikan Pentadbiran dalam pembangunan dan masyarakat
merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial:-

a) PENCAPAIAN
Merealisasikan halatuju dan prinsip serta ideologi negara berpandukan Rukun Negara

dan Perlembagaan Persekutuan;
Kesejahteraan rakyat adalah agenda yang diberikan keutamaan dalam menerajui

pentadbiran negeri;
S logan “Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju” direalisasikan

dalam pelbagai bentuk perlaksanaan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri. Antaranya:
a. Program Kebajikan Rakyat Negeri Perlis;
b. Program Pemimpin Bersama Rakyat;
c. Ziarah Kasih;
d. Perjumpaan Mahasiswa;
e. Perjumpaan Bersama NGO;
f. Program Keagamaan;
g. Program Politik;
h. Program Pendidikan;
i. Perayaan;
j. Pemantauan Pembangunan Negeri; dan
k. Program Peringkat Kebangsaan.

b) PENAMBAHBAIKAN
• P rogram bersama rakyat akan diberikan perhatian dan ditambahbaik mengikut

keperluan semasa agar keperihatinan Kerajaan Negeri dirasai rakyat;
• Prosedur atau peraturan melibatkan penggunaan peruntukan kewangan bagi

tujuan kebajikan akan ditambahbaik dari masa ke semasa dan penyelarasan
akan dibuat bersama agensi kerajaan yang berkaitan agar tiada pertindihan tugas
atau bantuan yang disalurkan;
• S istem penyampaian jabatan dipertingkatkan dari masa ke semasa mengikut situasi
atau pengalaman yang diterima semasa berurusan dengan pelanggan; dan
• Kakitangan akan sentiasa didedahkan dengan prosedur atau peraturan atau
penerapan dasar terkini kerajaan agar segala perancangan atau perlaksanaan yang
dilakukan mencapai objektif.

79

LAPORAN TAHUNAN

5) PROGRAM DAN AKTIVITI

PROGRAM BERSAMA
KEPIMPINAN PERINGKAT
CAWANGAN (CONTOH)

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan
& Keselamatan Kampung (JPKK) & Ramah
Mesra bersama Ketua-Ketua Cawangan /
JPKK DUN Bintong bertempat di Dewan
Residensi

MESYUARAT PENYELARASAN
PEMULIHAN EKONOMI NEGERI
(CONTOH)

Penyelarasan Cadangan Pelan Pemulihan
Ekonomi Negeri Perlis bertempat di Bilik
Gerakan 1, Kompleks DUN Kangar

80

LAPORAN TAHUNAN

INFOGRAFIK (CONTOH)

Infografik untuk Perayaan Tahun Baharu Cina,
Hari Keputeraan DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan Hari Raya Aidilfitri

ZIARAH KASIH / KEBAJIKAN
(CONTOH)

Bantuan baikpulih rumah / bina rumah baharu
dari Kerajaan Negeri Perlis

81

LAPORAN TAHUNAN
SIARAN MEDIA (CONTOH)

Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar (TEMCO)

VIDEO (CONTOH)

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri
82

LAPORAN TAHUNAN

08

BAHAGIAN DEWAN
UNDANGAN

NEGERI & MAJLIS
MESYUARAT
KERAJAAN

83

LAPORAN TAHUNAN

BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI &
MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN

1) FUNGSI UMUM BAHAGIAN/UNIT

Menguruskan segala hal ehwal berkaitan Dewan Undangan Negeri dan
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis serta urusan-urusan lain seperti
Jemaah Pengampunan Negeri, Warta Kerajaan Negeri dan pencalonan

anugerah darjah kebesaran dan pingat negeri.

2) FUNGSI BAHAGIAN/UNIT

a) Sekretariat kepada Dewan Undangan Negeri Perlis :
i.
Menguruskan persidangan Dewan Undangan Negeri:-
• M enguruskan watikah perisytiharan persidangan Dewan untuk tandatangan YAB

Menteri Besar dan DYMM Tuanku Raja serta cop Mohor Kerajaan Negeri;
• M engumpul, menyemak, menyelaras dan menyediakan jawapan-jawapan kepada

soalan-soalan Dewan untuk diedarkan kepada YAB Menteri Besar dan YB Ahli-ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri;
• M enyediakan usul-usul dan menyemak rang undang-undang untuk dibentangkan
dalam Dewan;
• M enyediakan Kertas-kertas Dewan dan Laporan Jawatankuasa-jawatankuasa
Dewan untuk dibentangkan di dalam Dewan;
• M enyediakan skrip aturcara perjalanan persidangan Dewan;
• Menyediakan transkrip (hansard) dan penyata rasmi persidangan Dewan.
ii. Menguruskan Jawatankuasa-jawatankuasa Dewan iaitu Jawatankuasa Kira-Kira Wang
Negeri (PAC), Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan, dan Jawatankuasa Peraturan-
Peraturan Dewan:-
• M enguruskan mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa;
• Menguruskan lawatan-lawatan tapak (mengikut keperluan);
• M enyediakan kertas-kertas mesyuarat, maklum balas, minit dan laporan
jawatankuasa;

84

LAPORAN TAHUNAN

iii. Menguruskan pemilihan Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri;
iv. Menguruskan Majlis Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri;
v. Menguruskan Majlis Istiadat Perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Dewan

Undangan Negeri oleh DYMM Tuanku Raja Perlis;
vi. Menguruskan pembubaran Dewan Undangan Negeri;
vii. M emberikan perkhidmatan dan menguruskan keistimewaan-keistimewaan serta

kemudahan-kemudahan Speaker dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri serta bekas
Speaker dan bekas-bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (tuntutan, rawatan, pinjaman,
pencen, pencen terbitan, ganjaran dan lain-lain).

b) Sekretariat kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis :

i. Menguruskan mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri:-
• Menyemak dan menyelaraskan penyediaan Kertas-kertas MMK;
• Menyediakan minit-minit mesyuarat MMK;
• M engedarkan keputusan-keputusan Mesyuarat MMK;
• M endapatkan maklum balas daripada jabatan / agensi mengenai isu-isu dan

keputusan-keputusan Mesyuarat MMK.
ii. Menyelaras Jawatankuasa-jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan yang diwujudkan

berdasarkan portfolio setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan diurusetiakan
oleh jabatan-jabatan tertentu berdasarkan portfolio yang berkaitan;
iii. Menguruskan Majlis Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar;
iv. Menguruskan Majlis Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri; dan
v. Memberikan perkhidmatan dan menguruskan keistimewaan-keistimewaan serta
kemudahan-kemudahan Anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri dan bekas-bekas
Anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri (tuntutan, rawatan, pinjaman, pencen, pencen
terbitan, ganjaran dan lain-lain).

c) Urus setia kepada Jemaah Pengampunan Negeri Perlis :

i. Menguruskan Mesyuarat Jemaah Pengampunan Negeri Perlis yang dipengerusikan
oleh DYMM Tuanku Raja:-

• Menguruskan kes-kes Kajian Hukuman, Rayuan dan Petisyen Pengampunan
banduan (termasuk mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan seperti Laporan

85

LAPORAN TAHUNAN

Penjara, Laporan Penghakiman, Laporan Hospital, Pendapat Peguam Negara dan
sebagainya);
• Menyediakan Kertas-kertas Mesyuarat Jemaah Pengampunan Negeri;
• M enyediakan minit-minit mesyuarat Jemaah Pengampunan Negeri;
• M engeluarkan keputusan-keputusan Jemaah Pengampunan Negeri;
• Menyelaras dan membuat susulan dengan pihak-pihak berkepentingan seperti
Jabatan Penjara, Hospital Bahagia, Mahkamah, Jabatan Peguam Negara, Bahagian
Hal-Ehwal Undang-Undang JPM, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri dan
sebagainya.
ii. Menguruskan pelantikan Ahli-ahli Jemaah Pengampunan Negeri Perlis mengikut
Perkara 42(5) dan 42(6) Perlembagaan Persekutuan;
iii. Menguruskan kes-kes penahanan dan pelepasan banduan serta menyediakan Kertas-
kertas Pertimbangan Perkenan untuk dipersembahkan kepada DYMM Tuanku Raja;
iv. Menguruskan Perintah Pembebasan, Perintah Meringankan Hukuman, Perintah
Meneruskan Hukuman dan Perintah Melaksanakan Hukuman di bawah peruntukan
Kanun Tatacara Jenayah atau undang-undang lain yang berkaitan bagi banduan yang
ditahan di penjara;
v. Menguruskan Perintah Penahanan dan Perintah Pelepasan di bawah peruntukan Kanun
Tatacara Jenayah atau undang-undang lain yang berkaitan bagi banduan yang ditahan
di Hospital Bahagia;
vi. Menghadiri mesyuarat-mesyuarat penyelarasan Lembaga Pengampunan Negeri-
Negeri.

d) Urus setia peringkat negeri bagi Persatuan Parlimen Komanwel (CPA) Malaysia :

i. Melaksanakan urusan-urusan pentadbiran CPA bagi negeri Perlis:-
• Menguruskan penyertaan wakil negeri Perlis ke mesyuarat, persidangan dan

program-program anjuran CPA dari semasa ke semasa (termasuk urusan
pendaftaran, penginapan, pengangkutan dan keperluan-keperluan lain);
• M engedarkan maklumat-maklumat CPA kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri;
ii. Wakil CPA Asia Tenggara di dalam Jawatankuasa Pemandu Cawangan-Cawangan
Kecil CPA (CPA Small Branches Steering Committee);
iii. Membantu Parlimen Malaysia menyelaras urusan-urusan CPA bagi peringkat Malaysia.

86

LAPORAN TAHUNAN

e) Urusan pencalonan dan pemilihan calon-calon bagi anugerah Darjah Kebesaran
dan Pingat Kebesaran Negeri Perlis :

i. Memproses pencalonan yang diterima bagi Anugerah Darjah-Darjah Kebesaran dan
Pingat-pingat Kebesaran Negeri Perlis;

ii. Menguruskan tapisan-tapisan keutuhan, keselamatan, jenayah dan insolvensi ke atas
calon-calon;

iii. Menguruskan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Darjah
Kebesaran dan Pingat Kebesaran Negeri yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar;

iv. M enguruskan pencalonan-pencalonan yang diperakukan oleh Jawatankuasa
Pemilihan untuk mendapat perkenan DYMM Tuanku Raja Perlis;

v. Menguruskan surat-surat tawaran dan sijil-sijil tauliah kepada penerima-penerima darjah
kebesaran dan pingat kebesaran yang telah diperkenankan oleh DYMM Tuanku Raja;

vi. Mengedarkan senarai penerima anugerah kepada pihak media;
vii. Mewartakan senarai penerima anugerah ke dalam Warta Kerajaan Negeri; dan
viii. Membantu urusan majlis-majlis Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat

Kebesaran semasa Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis.

f) Pengurusan Warta Kerajaan Negeri :

i. Menyemak dan menyelaraskan draf-draf pewartaan yang diterima daripada jabatan /
agensi;

ii. Menguruskan terbitan Warta Kerajaan Negeri.

g) Penyelarasan Lembaga Hakim Pelawat Penjara peringkat negeri :

i. Menyelaras cadangan calon-calon untuk dilantik sebagai Ahli Lembaga Hakim Pelawat
Penjara;

ii. Membantu pihak Penjara menyelaras perjalanan Lembaga Hakim Pelawat Penjara;
iii. Menghadiri mesyuarat-mesyuarat penyelarasan bersama Jabatan Penjara Malaysia.

87

LAPORAN TAHUNAN

3) PENAMBAHBAIKAN DAN PENCAPAIAN

a) Urusan Dewan Undangan Negeri
i. Persidangan Dewan Undangan Negeri telah diadakan sebanyak tiga (3) kali seperti berikut :

BIL. TARIKH PROGRAM/AKTIVITI TEMPAT
Dewan Undangan
1. 20 hingga Mesyuarat Pertama, Penggal Persidangan
21 Mei 2020 Ketiga, Dewan Undangan Negeri Perlis Negeri Perlis
Ke-14 Dewan Undangan

2. 12 hingga Mesyuarat Kedua, Penggal Persidangan Negeri Perlis
13 Ogos 2020 Ketiga, Dewan Undangan Negeri Perlis Dewan Undangan
Ke-14
Negeri Perlis
3. 8 hingga Mesyuarat Ketiga, Penggal Persidangan
10 Disember 2020 Ketiga, Dewan Undangan Negeri Perlis
Ke-14

ii. Sejumlah 12 Kertas Dewan, 1 Rang Undang-Undang dan 122 soalan lisan dan bertulis telah
diuruskan bagi persidangan Dewan Undangan Negeri sepanjang tahun 2020.

iii. Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri telah diadakan sebanyak 3 kali seperti
berikut :

BIL. TARIKH PROGRAM/AKTIVITI TEMPAT

Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Bilik Gerakan 2, Aras
Negeri Bil. 1/2020 3, Kompleks Dewan
1. 13 Mac 2020 Undangan Negeri

Perlis

Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Bilik Harumanis, Aras
Negeri Bil. 2/2020 2, Kompleks Dewan
2. 18 Ogos 2020 Undangan Negeri

Perlis

Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Bilik Harumanis, Aras
Negeri Bil. 3/2020 2, Kompleks Dewan
3. 5 November 2020 Undangan Negeri

Perlis

(Nota: Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan dan Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Dewan

tidak bersidang sepanjang tahun 2019 kerana tidak ada keperluan untuk bermesyuarat)

88

LAPORAN TAHUNAN

iv. Mesyuarat Persiapan Majlis Istiadat Perasmian Penggal Persidangan Dewan Undangan
Negeri dipengerusikan oleh YB Speaker Dewan Undangan Negeri seperti berikut:

BIL. TARIKH PROGRAM/AKTIVITI TEMPAT

1. 7 Julai 2020 Mesyuarat Penyelarasan Kerja Dan Bilik Harumanis, Aras
Persediaan Sempena Majlis Istiadat 2, Kompleks Dewan
Perasmian Penggal Persidangan Ketiga Undangan Negeri
Dewan Undangan Negeri Perlis
Yang Ke-14 Perlis

v. Majlis Istiadat Perasmian Penggal Persidangan Dewan Undangan Negeri telah
disempurnakan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis seperti berikut:

BIL. TARIKH PROGRAM/AKTIVITI TEMPAT

1. 11 Ogos 2020 Majlis Istiadat Perasmian Penggal Dewan Undangan
Persidangan Ketiga, Dewan Undangan Negeri Perlis
Negeri Perlis Yang Ke-14

b) Urusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

i. Majlis Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri telah disempurnakan di hadapan DYMM Tuanku Raja Perlis seperti berikut:

BIL. TARIKH PROGRAM/AKTIVITI TEMPAT
Istana Arau
Majlis Pelantikan dan Mengangkat
1. 11 Jun 2020 Sumpah Jawatan Ahli-ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis

ii. Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah diadakan sebanyak 41 kali dan telah
dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar. Sejumlah 320 Kertas MMK telah dibentangkan
untuk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sepanjang tahun 2020.

89

LAPORAN TAHUNAN

c) Anugerah Darjah Kebesaran dan Pingat Kebesaran Negeri

i. Sebanyak 764 pencalonan yang diterima daripada pelbagai pihak telah diproses dan
dijalankan tapisan-tapisan keutuhan, insolvensi, keselamatan dan jenayah.

ii. Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Darjah Kebesaran dan Pingat Kebesaran
Negeri telah dijadualkan pada 23, 24, 28, dan 30 April dan 1 Mei 2020 tetapi terpaksa
dibatalkan ekoran pembatalan Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan
Pingat Kebesaran Negeri Perlis Tahun 2020 atas faktor penularan wabak COVID-19.

d) Warta Kerajaan Negeri

Sejumlah 49 pewartaan telah dilaksanakan sepanjang tahun 2020 yang merangkumi pecahan
seperti berikut :

1 Rang Undang-undang 9 Pelantikan Pegawai / Jawatan
1 Enakmen 26 Tanah
3 Pengisytiharan 9 Lain-lain

90

LAPORAN TAHUNAN

4) PROGRAM DAN AKTIVITI

Commonwealth Parliamentary Association (CPA) Small Branches
Sustainable Economic Development Workshop

Wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis iaitu YB Tuan Hamizan bin Hassan, ADUN Kayang, telah
menyertai Commonwealth Parliamentary Association (CPA) Small Branches Sustainable Economic
Development Workshop di Valletta, Malta pada 29 hingga 31 Januari 2020. Turut hadir adalah wakil-wakil
CPA Small Branches daripada seluruh negara Commonwealth bagi membincangkan mengenai kaedah
peningkatan ekonomi yang mampan, peluang perdagangan antara negeri-negeri kecil, pembangunan
sektor pelancongan, pendidikan, pengaplikasian tenaga boleh diperbaharui, perubahan cuaca dan
jaminan makanan (food security).

Taklimat Mengenai DUN Perlis Sempena Lawatan Persatuan Pekerja
Pembersih Parlimen Kuala Nerus, Terengganu

Pada 14 Februari 2020, Persatuan Pekerja Pembersih Parlimen Kuala Nerus, Terengganu yang melibatkan
90 orang individu termasuk dewasa dan kanak-kanak telah mengadakan lawatan sambil belajar ke
Kompleks DUN Perlis. Sempena lawatan tersebut, Penolong Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perlis
telah memberikan taklimat mengenai sejarah dan latar belakang DUN Perlis serta menjawab pelbagai
soalan yang telah diajukan.

91

LAPORAN TAHUNAN

Sesi Pendengaran Awam oleh
Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai
Keupayaan, Kebertanggungjawaban
& Ketelusan Dewan Negeri Selangor
(SELCAT)

Setiausaha dan Penolong Setiausaha Dewan Undangan
Negeri Perlis dan Majlis Mesyuarat Kerajaan (DUNMMK)
Negeri Perlis telah menghadiri Sesi Pendengaran
Awam oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai
Keupayaan, Kebertanggungjawaban & Ketelusan Dewan
Negeri Selangor (SELCAT) di Dewan Undangan Negeri
Selangor pada 20 Februari 2020. Turut menghadiri
sesi pendengaran awam tersebut adalah wakil-wakil
Dewan Undangan Negeri Kelantan, Terengganu, Negeri
Sembilan dan Melaka. Objektif penyertaan DUNMMK
Perlis dalam program tersebut adalah untuk mengkaji
kaedah pelaksanaan dan kesesuaian pengaplikasian
jawatankuasa tersebut di negeri Perlis.

Taklimat Penyediaan Kertas Majlis
Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri
Perlis

Pada 7 Julai 2020, Encik Norazlan bin Yahaya,
Setiausaha Dewan Undangan Negeri & Majlis
Mesyuarat Kerajaan (DUNMMK) Negeri Perlis
telah memberikan taklimat mengenai kaedah
penyediaan kertas MMKN Perlis sempena Kursus
Penulisan Kertas MMKN dan Minit Mesyuarat
yang telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan
Sumber Manusia. Seramai 35 orang peserta
daripada pelbagai jabatan dan agensi di negeri
Perlis telah menghadiri sesi taklimat tersebut.
Objektif utama pelaksanaannya adalah untuk
menyelaraskan kaedah penyediaan kertas MMKN
serta memastikan jabatan / agensi mengetahui
kaedah untuk menyediakan kertas MMKN dengan
baik dan lengkap.

92

LAPORAN TAHUNAN
Taklimat Berkaitan Hak dan Keistimewaan Bekas-bekas Wakil Rakyat Negeri Perlis

Satu sesi taklimat berkaitan hak dan keistimewaan bekas-bekas wakil rakyat negeri Perlis telah diadakan
pada 5 Mac 2020 di Bilik Gerakan 1, Kompleks DUN Perlis. Sesi taklimat tersebut yang dihadiri oleh ahli-
ahli Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) Perlis diadakan bagi menerangkan dengan lebih
lanjut mengenai hak dan keistimewaan yang layak diterima oleh seseorang bekas wakil rakyat negeri
Perlis serta membincangkan mengenai isu atau permasalahan yang dihadapi oleh bekas-bekas wakil
rakyat berkenaan hak dan keistimewaan mereka.

Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Perlis bertempat di Bilik Mesyuarat
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis

Majlis Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri Perlis pada 11 Jun 2020 bertempat di Istana Arau

93

LAPORAN TAHUNAN

Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Negeri Perlis
Majlis Perasmian Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-14 pada 11 Ogos 2020
bertempat di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis

94

LAPORAN TAHUNAN

09

BAHAGIAN
KHIDMAT
PENGURUSAN

95

LAPORAN TAHUNAN

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

1) FUNGSI UMUM BAHAGIAN/UNIT

Merancang, melaksana dan menyelaras urusan berkaitan Pentadbiran, Kewangan,
Perolehan Aset dan Penyelenggaraan Fasiliti serta memastikan ianya dilakukan
berdasarkan peraturan semasa yang berkuatkuasa bagi meningkatkan mutu
penyampaian perkhidmatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

2) FUNGSI BAHAGIAN/UNIT

a) Pengurusan Kewangan, Belanjawan dan terimaan hasil Pejabat SUK
b) Pengurusan perolehan Pejabat SUK;
c) Pengurusan aset dan stor Pejabat SUK;
d) Pengurusan penyelenggaraan fasiliti, keselamatan dan kebersihan bangunan-bangunan

Pejabat SUK;
e) Pengurusan Rumah Kerajaan Negeri Perlis;
f) Mengurus dan memberikan khidmat sokongan bagi pelaksanaan majlis-majlis rasmi Pejabat

SUK dan Kerajaan Negeri Perlis;
g) Menyediakan Kenderaan Jabatan Pejabat SUK berdasarkan permohonan;
h) Pengurusan Dana Pendidikan Kerajaan Negeri Perlis dan Lembaga Pemegang Amanah

Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Perlis;
i) Pengurusan Akaun Amanah di bawah Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat SUK;
j) Pembayaran pembiayaan rawatan kesihatan kepada pesara perkhidmatan Kerajaan Negeri;
k) Pengurusan Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator-KPI) Penjawat Pengurusan

Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) Tier 1 iaitu YB SUK Perlis;
l) Pengurusan permohonan, tempahan dan sewaan dewan serta bilik mesyuarat di bawah Pejabat

SUK;
m) Pengurusan fail dan terimaan surat-menyurat bagi Pejabat SUK;
n) Penyelarasan Program Inspektorat Khas Keselamatan Perlindungan (IKKP) dan Pemeriksaan

Fizikal Keselamatan Perlindungan Pejabat SUK Perlis; dan
o) Pengurusan Aras Bawah (Zon Hijau Cerah) Program 5S, Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Pejabat SUK Perlis

96

LAPORAN TAHUNAN

3) PENAMBAHBAIKAN DAN PENCAPAIAN

a) Unit Pentadbiran
Perjanjian Penyewaan Rumah Kerajaan Negeri Perlis telah dibuat antara penghuni Rumah

Kerajaan Negeri dan wakil Kerajaan Negeri Perlis. Intipati penting pewujudan perjanjian
penyewaan Rumah Kerajaan serta majlis menandatangani perjanjian tersebut adalah seperti
berikut:

b) Unit Fasiliti
Pelaksanaan Projek Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) tahun 2020 yang disalurkan

peruntukannya bagi tujuan memperkasakan rakyat, melonjakkan perniagaan dan seterusnya
merangsang ekonomi di seluruh negara. Bahagian Khidmat Pengurusan bertanggungjawab
untuk menyelia pelaksanaan projek PRE di bawah SUK Perlis, dan ringkasannya adalah seperti
berikut:

PROJEK PRE SUK 2020

97

LAPORAN TAHUNAN

c) Unit Aset dan Perolehan
Pengurusan dan pelaksanaan perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja di Bahagian Khidmat

Pengurusan telah dilaksanakan secara berperingkat bermula dari awal sehingga hujung tahun
berpandukan Perancangan Perolehan Tahunan. Pencapaiannya adalah seperti berikut:

d) Unit Kewangan
Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat SUK sentiasa berusaha untuk memastikan pengurusan

kewangan dilaksanakan dengan teratur dan mematuhi Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
dan peraturan-peraturan lain yang sedang berkuat kuasa. Maklumat ringkas mengenai jumlah
dokumen kewangan yang diuruskan pada Tahun 2020 adalah seperti berikut:

98

LAPORAN TAHUNAN

4) PROGRAM DAN AKTIVITI

a) T aklimat Persediaan Latihan Kebakaran (Fire Drill) di Kompleks Dewan Undangan Negeri dan
Kompleks Ibu Pejabat Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis. Taklimat ini telah diadakan pada 20 Oktober
2020 bertempat di Bilik Gunasama, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis. Taklimat disampaikan
oleh Tuan Muhamad Syukri bin Madzuki, Ketua Cawangan Program Kesedaran dan Keselamatan
Awam, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis.

b) K ursus Tatacara Pengurusan Dokumen Terperingkat dan Penyerahan Buku Arahan Keselamatan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Kursus ini telah diadakan pada 27 Oktober 2020 bertempat
di Bilik Gerakan 1, Aras 3, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis. Penglibatan peserta kursus
melibatkan Pegawai Keselamatan Jabatan, Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan, dan Pendaftar
Rahsia yang telah dilantik. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Ahmad Tarmizi bin Abd Shukor,
Pengarah Keselamatan Kerajaan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Negeri Perlis.

99


Click to View FlipBook Version