The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Unit Pengurusan Korporat & Integriti, SUK Perlis, 2021-10-26 04:42:18

SUKPS - Laporan Tahunan 2019

SUKPS - Laporan Tahunan 2019

b) Pengurusan Latihan/ Kursus
Seramai 29 orang kakitangan Majlis Sukan Negeri Perlis telah menyertai Bengkel Penyediaan Takwim, Sasaran

Kerja Tahunan dan Petunjuk Prestasi Utama MSNPs 2019 pada 7 hingga 9 Mac 2019 bertempat di Sedim
Rainforest Resort, Kedah. Bengkel ini bertujuan untuk memacu hala tuju dan gerak kerja MSNPs sepanjang
tahun 2019 serta usaha untuk membina satu pasukan yang berkualiti dan bekerjasama.

Latihan dan kursus-kursus lain kakitangan adalah diselia oleh Unit Kualiti, Inovasi dan Pembangunan Modal
Insan (UKIPMI), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (PSUKPs). MSNPs turut dijemput khas menyertai
(Institut Tadbiran Awam Negara) INTAN Executive Lecture Series: Kekuatan Pasukan Kejayaan Bersama
Lagenda Hoki Negara Datuk Mirnawan Nawawi anjuran Institut Tadbiran Awam Negara Wilayah Utara (INTURA)
pada 10 Oktober 2019 bertempat di Sungai Petani, Kedah.

MSNPs telah berjaya menganjurkan beberapa siri seminar dan kem melalui kerjasama semua unit di MSNPs
yang dijayakan dengan kelolaan Unit Pembangunan Sukan. Seminar dan kem yang telah dijayakan ini akan
membantu para atlet dan jurulatih dalam persediaan untuk menghadapi kejohanan besar dwitahunan iaitu
Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan dianjurkan di Negeri Johor buat kali ke 20 pada tahun 2020.

i. Kem Motivasi Persediaan SUKMA;
ii. Seminar anti-Doping;
iii. Bengkel Periodisasi 2020;
iv. Kelas Sport Taping;
v. Program Bersama Waris dan Atlet Young Lions;
vi. Bengkel Persediaan Latihan di Bulan Ramadhan; dan
vii. Seminar Fisiologi dan Suaian Fizikal.

Gambar 1: Kursus & Latihan Anjuran MSNPs

c) Majlis Insentif Sukan Negeri Perlis
Kontinjen Negeri Perlis telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dengan mencatatkan keputusan terbaik

sepanjang penyertaan Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) di luar Negeri Perlis dengan membawa pulang
sebanyak 32 pingat di Kejohanan SUKMA XIX Perak 2018 dengan pungutan 12 pingat emas 7 pingat perak dan
13 pingat gangsa.

149

Kontinjen Negeri Perlis telah menunjukkan prestasi yang amat baik di Kejohanan Sukan Para SUKMA XIX Perak
2018 dengan membawa pulang sebanyak 34 pingat iaitu 13 pingat emas 16 pingat perak dan 5 pingat gangsa.
Penglibatan Tengku Ahmad Tajudin bin Tengku Abdul Jalil seorang atlet kelahiran Negeri Perlis yang beraksi
cemerlang di dalam sukan hoki telah membantu pasukan hoki Malaysia mendapat pingat perak di Kejohanan
Sukan Asia Ke 18 Indonesia 2018.

Pencapaian cemerlang atlet negeri Perlis dalam sukan Para Asia ke 3 Indonesia 2018 amat membanggakan
bagi Negeri Perlis. 5 orang atlet yang terlibat di dalam Sukan Para Asia ini adalah Mohamad Ridzuan bin
Mohamad Puzi dengan 3 pingat emas, Abdul Latif bin Romly dengan 1 pingat emas, Norfirzan bin Mahmud
dengan 2 pingat perak, Abdul Rais bin Mohamad Mokhtar dengan 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa serta
Jariah binti Zakaria dengan 1 pingat perak. Selain itu, 2 orang atlet Negeri Perlis iaitu Mohamad Ridzuan bin
Mohamad Puzi telah memecahkan rekod dunia dalam acara Men’s 100M T36 - Para Athletics dan 1 rekod
kejohanan dalam Men’s Long Jump T36 - Para Athletics. Manakala Abdul Latif Bin Romly telah memecahkan
rekod dunia di dalam acara Men’s Long Jump T20 - Para Athletics.

Pemberian insentif ini merupakan penghargaan kepada atlet-atlet, jurulatih dan penyelaras sukan yang telah
berjaya mencapai keputusan yang cemerlang di Kejohanan SUKMA XIX Perak 2018 serta pemberian khas
kepada atlet-atlet Negeri Perlis yang berjaya di Sukan Asia 2018 dan Para Asia 2018 di Indonesia.

Gambar 2: Majlis Insentif Sukan Negeri Perlis

d) Perbincangan Kerjasama Program Pembangunan Sukan Negeri
Kekangan terbesar bagi Negeri Perlis adalah bagi mengekalkan atlet lepasan sekolah untuk bernaung di bawah

program pembangunan sukan Negeri Perlis. Kerjasama yang lebih baik daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT)
di Negeri Perlis seperti Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Arau,
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Putra (PTSS), Kolej Komuniti Arau (KKA), Institut Kemahiran Belia Negara
(IKBN) Kuala Perlis dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kangar serta Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan
Sekolah Sukan Negeri Perlis akan membolehkan atlet terus berlatih dan menyambung pelajaran sebagai usaha
untuk memastikan kebajikan dan pendidikan atlet terjamin. Selain itu, terdapat usaha-usaha daripada IPT
tempatan untuk membolehkan hasrat ini dijayakan dengan penambahbaikan melalui syarat kemasukan umum
yang lebih fleksibel serta menawarkan kursus yang bertepatan dengan atlet yang sedia ada. Majlis Sukan
Negara juga menyarankan agar setiap Majlis Sukan Negeri melaksanakan Program One State, One University
and One Centre.
150

Konsep pembangunan sukan negeri yang sedang dilaksanakan menekankan aspek kerjasama antara agensi
kerajaan dalam usaha mengurangkan kos perbelanjaan yang semakin meningkat dengan memastikan manfaat
bersama terjamin. Ini juga bagi memastikan pencapaian sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
dapat dijayakan selaras dengan Petunjuk Prestasi Utama agensi masing-masing.

Gambar 3: Perbincangan Kerjasama Program Pembangunan Sukan Negeri

e) Latihan Industri
Seramai 10 orang pelajar daripada beberapa Institut Pengajian Tinggi Awam tempatan telah berjaya

menamatkan latihan industri di MSNPs. Pelajar-pelajar ini didedahkan dengan hal ehwal pentadbiran,
pengurusan pembangunan sukan dan kemudahan sukan serta membantu pengurusan acara sepanjang tahun
2019.

Jadual 2: Senarai Pelatih Industri di MSNPs Pada Tahun 2019

Bil. Nama Kursus Institut Pengajian Tinggi
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SUKAN
1 MOHAMAD IZZAT MARZUKI IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN SUKAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

2 WAN MUHAMAD ALIF WAN DAN REKREASI UNIVERSITI KEBANGSAAN
MOHAR IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN SUKAN MALAYSIA

3 IFFAH HAZWANI MHD JAMIL DAN REKREASI UNIVERSITI KEBANGSAAN
MALAYSIA
4 KU NUR WAHIDA KU ZAMBREE DIPLOMA PENGAJIAN SUKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
5 NUR IFFAH NURULHISHAM DIPLOMA PENGAJIAN SUKAN (ARAU)

6 MUHAMMAD FIRDAUS GHAZALI DIPLOMA PENGAJIAN SUKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
(ARAU)
7 SITI AMINAH HASNI @ AZMI DIPLOMA PENGAJIAN SUKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
8 ANWAR HUZAIFAH MOHD IDRIS SARJANA MUDA KESIHATAN DAN (ARAU)
KECERGASAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
(ARAU)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
(ARAU)

151

Bil. Nama Kursus Institut Pengajian Tinggi
9 MUHAMMAD HASIF MOHD FADZIL SARJANA MUDA KESIHATAN DAN
10 ASYRAF AMIR MOHD ARIFFIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
KECERGASAN (ARAU)

DIPLOMA PENGURUSAN SUKAN KOLEJ POLY-TECH MARA
(BANGI)

Gambar 4: Pelatih Industri MSNPs

f) Seminar Pembangunan Sukan Negara & Festival Majlis Sukan Semalaysia (FESMAS) XV, Kuala Lumpur
Majlis Sukan Negeri Perlis telah menyertai FESMAS XV yang dikelolakan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia

pada 15 hingga 19 Disember 2019 bertempat di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil. Sebanyak 11 acara
sukan dipertandingkan dan buat pertama kalinya MSNPs berjaya memungut pingat emas sepanjang sejarah
penyertaan dalam temasya FESMAS melalui sukan e-Sports (FIFA 20).
Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Malaysia dan disertai oleh 16
kontinjen daripada Majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan Wilayah, Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara.
FESMAS merupakan program dwitahunan yang menghimpunkan semua kakitangan Majlis Sukan SeMalaysia
untuk mengeratkan perhubungan serta berkongsi idea dan cadangan dalam pembangunan sukan Malaysia.

Gambar 5: FESMAS XV

152

UNIT KEMUDAHAN SUKAN

a) Pusat Latihan Dan Venue Pertandingan
Penyampaian perkhidmatan melalui kemudahan sukan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kemudahan

infrastruktur dan kemudahan peralatan sukan. Persediaan venue dan peralatan sukan amat penting untuk
memastikan para atlet dan pelanggan dapat menggunakan kemudahan tersebut sama ada bagi tujuan latihan
atau pertandingan dalam keadaan kondusif dan selamat.

Jadual 3: Kemudahan Sukan Seliaan MSNPs

Bil. Kemudahan Sukan Status Penggunaan

1 KOMPLEKS SUKAN TUANKU SYED PUTRA SEDANG DIGUNAKAN SETIAP HARI
(KSTSP)
SEDANG DIGUNAKAN SETIAP HARI
2 GIMNASIUM ANGKAT BERAT MSNPs DITUTUP (PERLU PEMBAIKAN & NAIK TARAF) TIADA
SEDANG DIGUNAKAN (PERLU DINAIK TARAF)
3 DEWAN BADMINTON, KSTSP MINGGUAN
SEDANG DIGUNAKAN SETIAP HARI
4 LITAR BMX SG. BATU PAHAT SEDANG DIGUNAKAN (PERLU DINAIK TARAF) SETIAP HARI
SETIAP HARI
5 PADANG BOLA SEPAK A, B & C SEDANG DIGUNAKAN SETIAP HARI
SEDANG DIGUNAKAN SETIAP HARI
6 GELANGGANG BOLING PADANG, KSTSP SEDANG DIGUNAKAN
SETIAP HARI
7 DEWAN RAKAN SUKAN MSNPs SEDANG DIGUNAKAN
SETIAP HARI
8 STADIUM HOKI MSNPs SEDANG DIGUNAKAN (PERLU DINAIK TARAF) BERKALA

9 LAPANG SASAR MEMANAH KSTSP (PERTANDINGAN)
SETIAP HARI
10 LAPANG SASAR MENEMBAK MSNPs, BATU SETIAP HARI
PAHAT
SETIAP HARI
11 STADIUM TUANKU SYED PUTRA
SETIAP HARI
12 PUSAT SUKAN AIR TIMAH TASOH SEDANG DIGUNAKAN (PERLU PEMBAIKAN) TIADA

13 GELANGGANG PETANQUE, KSTSP SEDANG DIGUNAKAN (PERLU DINAIK TARAF) SETIAP HARI
14 KOMPLEKS SKUASY MSNPs SEDANG DIGUNAKAN SETIAP HARI
SETIAP HARI
15 GELANGGANG TENIS, KSTSP SEDANG DIGUNAKAN (PERLU PEMBAIKAN & SETIAP HARI
NAIK TARAF)
16 GELANGGANG TINJU MSNPs
17 GIMNASIUM TERJUN SEDANG DIGUNAKAN
18 ASRAMA MSNPs DITUTUP
19 DEWAN SERBAGUNA, KSTSP
20 GIMNASIUM SEDANG DIGUNAKAN
21 PADANG LAPANG OLAHRAGA (LONTARAN) SEDANG DIGUNAKAN (PERLU PEMBAIKAN)

SEDANG DIGUNAKAN
SEDANG DIGUNAKAN

153

b) Projek Pembangunan Tahun 2019

Bil. Nama Projek Tarikh Siap
2 Ogos 2019
Kerja-Kerja Pembinaan Bumbung Gelanggang Latihan Olahraga Sukan Lontaran Dan Menaik taraf
1 Tempat Duduk Pemain Simpanan Dan Teknikal Gelanggang Hoki Di Kompleks Sukan Tuanku 6 Ogos 2019
19 November 2019
Syed Putra 12 September 2019

2 Kerja-Kerja Menaik taraf Gymnasium Dan Pusat Latihan Angkat Berat Serta Lain-Lain Kerja
Berkaitan Dengannya Di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra

3 Kerja-Kerja Menaik taraf Tangki Simpanan Air, Sistem Perpaipan, Bumbung Dan Lain-Lain Kerja
Berkaitan Dengannya Di Dewan Rakan Sukan Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra

4 Kerja-kerja Penggantian dan Menaik Taraf Lampu Limpah Di Stadium Tuanku Syed Putra

Gambar 6: Majlis Penyerahan Projek Kerja-Kerja Penggantian dan
Menaik Taraf Lampu Limpah di Stadium Tuanku Syed Putra

c) Kumpulan Inovasi Dan Kreatif
Buat julung kalinya MSNPs dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Horizon Baharu Kumpulan Inovasi dan

Kreatif (KIK) Negeri Perlis anjuran UKIPMI PSUKPs. Kejayaan ini merupakan penyertaan kali pertama MSNPs
dalam mana-mana siri penganjuran pertandingan tersebut. MSNPs memenangi Kategori Inovasi Penciptaan
dengan hasil inovasi Mesin Penanda Garisan Padang (MPGP). Penghasilan projek ini akan membantu kerja-
kerja teknikal sukan berhubung dengan menanda garisan padang. MSNPs mengungguli senarai pemenang di
hadapan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis serta Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis.

154

Gambar 7: Pertandingan Horizon Baharu Kumpulan Inovasi dan Kreatif

UNIT PEMBANGUNAN SUKAN
a) Program Pembangunan
Program pembangunan bersistematik dan berterusan Majlis Sukan Negeri Perlis yang dijalankan telah dipacu

oleh Pelan Pembangunan Sukan 2015 - 2020 berjaya menghasilkan atlet-atlet yang berkualiti untuk bertanding
di peringkat kebangsaan. Antara lain, kejayaan program yang dirangka secara berperingkat dan berterusan
bagi memastikan pembangunan atlet dilaksanakan daripada peringkat akar umbi. Penglibatan semua agensi
sukan dan persatuan sukan negeri dapat dilihat melalui program ini dalam memastikan kemajuan sukan di
Negeri Perlis semakin meningkat.
Antara isu yang diberi perhatian dalam program pembangunan atlet adalah seperti berikut:
i. Kerjasama antara persatuan sukan negeri, institut pengajian tinggi dan agensi di bawah Kementerian Belia

dan Sukan;
ii. Pembangunan sukan peringkat akar umbi dipergiatkan dengan latihan berterusan sepanjang tahun

berpandukan periodisasi dan takwim tahunan; dan
iii. Pengetahuan sains sukan jurulatih dan aplikasi sains sukan dalam latihan sentiasa dipertingkatkan.

Rajah 2: Model Baharu Program Pembangunan Sukan MSNPs

155

Pembangunan Sukan MSNPs yang dijalankan adalah secara berfokus mengikut kepada kategori sukan. Agihan
perbelanjaan dan program pembangunan yang digiatkan sepanjang tahun berpandukan kelas-kelas kategori
dan sasaran utama pencapaian sukan negeri. MSNPs memilih sembilan sukan tumpuan untuk diberi perhatian
iaitu Olahraga, Angkat Berat, Petanque, Memanah, Boling Padang, Gimnastik, Sepak Takraw, Berbasikal dan
Taekwondo. Ini antara usaha untuk menjadikan negeri ini pakar kepada sukan terbabit atau core sports kepada
pembangunan sukan tersebut di peringkat negeri-negeri.

Jadual 4: Kategori Sukan Pembangunan MSNPs

Bil. Sukan A Bil Sukan B Bil Sukan C Bil Sukan D
1 OLAHRAGA * 1 WUSHU * 1 BOLA SEPAK* 1 WOODBALL
2 ANGKAT BERAT 2 KARATE * 2 SKUASY * 2 BOLA KERANJANG
3 PETANQUE 3 TENPIN BOLING * 3 KANU 3 BOLA TAMPAR
4 LAWN BOWLS * 4 MENEMBAK * 4 GOLF 4 KABADDI
5 MEMANAH * 5 SILAT * 5 MUAY THAI 5 SILAMBAM
6 GIMNASTIK * 6 BADMINTON * 6 BOLA BALING 6 SOFTBALL
7 SEPAK TAKRAW 7 HOKI * 7 PING PONG 7 KRIKET
8 TAEKWONDO 8 RAGBI 8 BOLA JARING
9 BERBASIKAL * 9 GIMRAMA * 9 TENIS
10 PELAYARAN * 10 AKUATIK *
* sukan wajib 11 TINJU

Sukan Kategori A atau Sukan Tumpuan Pembangunan adalah sukan yang telah membuktikan pencapaian dalam
beberapa kejohanan peringkat kebangsaan atau mempunyai peluang besar untuk meningkatkan pencapaian
pada tahun berikutnya serta mempunyai ramai atlet elit bagi sukan terbabit pada tahun semasa.

Sukan Kategori B atau Sukan Pembangunan adalah sukan yang mempunyai peluang untuk meningkatkan
pencapaian dalam tempoh beberapa tahun serta mempunyai beberapa atlet elit pada tahun semasa.

Sukan Kategori C atau Sukan Bantuan Pembangunan adalah sukan yang masih dalam fasa pembangunan awal
atau program pembangunan yang diserahkan kepada persatuan sukan untuk meningkatkan kemampuan sukan
terbabit.

Sukan Kategori D atau Sukan Aktif adalah sukan yang mempunyai persatuan yang aktif dalam menganjurkan
aktiviti atau kejohanan di bawah persatuan.

156

b) Pusat Latihan Negeri Dan Daerah

Jadual 5: Pusat Latihan Negeri/ Daerah

Bil. Sukan Pusat Latihan
1 ANGKAT BERAT GIMNASIUM ANGKAT BERAT MSNPs, DEWAN SMK SYED SIRAJUDDIN
2 BADMINTON DEWAN BADMINTON PERLIS
3 BERBASIKAL KSTSP, LITAR BMX SG. BATU PAHAT
4 BOLA SEPAK PADANG BOLA SEPAK A, B & C, KSTSP
5 BOLING PADANG GELANGGANG BOLING PADANG, KSTSP
6 GIMNASTIK ARTISTIK DEWAN GIMNASTIK SK SENA, DEWAN RAKAN SUKAN MSNPs
7 GIMRAMA DEWAN RAKAN SUKAN MSNPs
8 HOKI STADIUM HOKI MSNPs, GELANGGANG HOKI SMK KUALA PERLIS
9 KANU PUSAT SUKAN AIR SG. TAMBUN TULANG
10 KARATE DEWAN RAKAN SUKAN MSNPs
11 MEMANAH LAPANG SASAR MEMANAH KSTSP, SMA ISLAHIYAH BEHOR MALI
12 MENEMBAK LAPANG SASAR MENEMBAK MSNPs, BATU PAHAT
13 MUAYTHAI SAIPRAWAT MUAYTHAI GYM, UTAN AJI
14 OLAHRAGA STADIUM TUANKU SYED PUTRA, SMK DATO’ JAAFAR HASSAN
15 PELAYARAN PUSAT SUKAN AIR TIMAH TASOH, MARINE ENGINEERING KUALA PERLIS
16 PETANQUE GELANGGANG PETANQUE, KSTSP
17 SEPAK TAKRAW DEWAN SERBAGUNA MSNPs
18 RAGBI SMK SYED SIRAJUDDIN, SMS TUANKU SYED PUTRA
19 SILAT DEWAN RAKAN SUKAN MSNPs
20 SKUASY KOMPLEKS SKUASY MSNPs
21 TAEKWONDO DEWAN RAKAN SUKAN MSNPs
22 TENPIN BOLING LITE SUPERBOWL, KANGAR
23 TINJU GELANGGANG TINJU MSNPs, SMK DATO’ JAAFAR HASSAN
24 WUSHU DEWAN RAKAN SUKAN MSNPs

157

c) Statistik Atlet Mengikut Jantina, Kategori Umur Dan Etnik Bagi Tahun 2019

Jadual 6: Statistik Atlet

STATISTIK ATLET STATISTIK ATLET MENGIKUT JANTINA DAN ETNIK
MENGIKUT KATEGORI
SUKAN BIL. Melayu Cina India Lain-lain
ATLET UMUR (TAHUN)

B 13 13-19 20-29 LPLPLPL P

ANGKAT BERAT 21 18 3 15 6 1
BADMINTON 16 1
BERBASIKAL 22 15 1 347 2 2
BOLA SEPAK 20
GIMNASTIK 24 19 3 18 4
GIMRAMA 12
HOKI 25 16 4 20
KANU 18
KARATE 30 12 10 2 16 8
LAWN BOWLS 23
MEMANAH 39 12 12
MENEMBAK 11
MUAYTHAI 5 17 8 25
OLAHRAGA 25
PELAYARAN 13 18 10 8
PENCAK SILAT 27
PETANQUE 25 15 15 1 1 15 13
RUGBI 30
42 2 19 2 12 11
SEPAK TAKRAW 15
SQUASY 17 3 35 1 21 18
TINJU 15
29 11 65
TAEKWONDO 20
TENPIN BOWLING 524 5 41

WUSHU 20 5 14 11
JUMLAH KESELURUHAN
391 75

22 5 17 10

1 23 1 12 13

25 5 15 15

38 4 29 11 1

15 78

16 1 17

15 75 21

13 16 16 12 1

12 8 11 7 1

88 390 43 292 166 20 7 15 15 6

158

d) Statistik Jurulatih Program Mengikut Jantina, Kategori Umur Dan Etnik Bagi Tahun 2019

Jadual 7: Statistik Jurulatih

BIL. STATISTIK JURULATIH STATISTIK JURULATIH MENGIKUT
JURULATIH MENGIKUT KATEGORI UMUR JANTINA DAN ETNIK

BIL. PROGRAM/ SUKAN 3 (TAHUN) Melayu Cina India Lain-lain
2
1 ANGKAT BERAT 4 21-29 30-39 40-59 A 60 L P LPLP L P
2 BADMINTON 2 2 1 1
3 BERBASIKAL 1 1 1 1 1 3
4 BOLA SEPAK 2 1 2 1 1
5 GIMNASTIK 2 1 2
6 GIMRAMA 4 1 1 1
7 HOKI 3 1 1 2 4
8 KANU 3 1 1 2
9 KARATE 6 6 2 1 6 2
10 LAWN BOWLS 1 1
11 MEMANAH 2 1 2 1 1
12 MENEMBAK 8 1 5
13 MUAYTHAI 2 1 2 11
14 OLAHRAGA 2 2 2 1
15 PELAYARAN 2 1 1 1 2
16 PENCAK SILAT 3 3 1
17 PETANQUE 5 1 1 4
18 RAGBI 1 4 1
19 SEPAK TAKRAW 3 26 2 3
20 SQUASY 5 1
21 TINJU 2 1 1 21
22 TAEKWONDO 2 3 2
23 TENPIN BOWLING 1 26 1 6
24 WUSHU 7
25 PENYELIA ASRAMA 78 20 1
26 SAINS SUKAN
JUMLAH KESELURUHAN 11

52 1

2

2

2

21

5

1

3

2 21

11

2

1

61

58 7 2 6 32

159

e) Pencapaian Atlet Negeri Di Peringkat Kebangsaan
Impak positif yang dicapai melalui Program Pembangunan Sukan MSNPs berjaya diterjemahkan pada tahun

2019 dengan kejayaan atlet dan pasukan negeri di peringkat kebangsaan dalam penyertaan kejohanan anjuran
persatuan sukan kebangsaan. Kejayaan ini membuktikan pembangunan sukan memerlukan satu tempoh masa
yang panjang untuk dijayakan melalui usaha berterusan semua pemegang taruh utama sukan negeri.

Sukan-sukan utama negeri seperti taekwondo, boling padang, petanque, angkat berat, olahraga, berbasikal,
sepak takraw, memanah dan gimnastik sentiasa memberi kejayaan yang diharapkan. Pembangunan sukan ini
di Negeri Perlis akan membantu Program Atlet Kebangsaan dalam usaha mengilap lagi bakat atlet yang telah
dibangunkan dengan kepakaran tempatan dan hasil bantuan program pemindahan teknologi.

Jadual 8: Pencapaian Atlet Negeri Perlis di Kejohanan Peringkat Kebangsaan

Bil Sukan Nama Kejohanan / Acara Nama Atlet Pencapaian
EMAS
1 HOKI RAZAK CUP DIVISEYEN 2 2019 EMAS

2 KARATE TERBUKA MALAYSIA KL 2019 (KUMITE EMAS
BERPASUKAN) EMAS
(PECAH REKOD
3 MEMANAH KEJOHANAN MEMANAH MSSM 2019 (70 METER) MUHD KHAIRUL AKMAL KEBANGSAAN)
ABDUL AZIZ EMAS

KEJOHANAN ANGKAT BERAT KEBANGSAAN 2019 NUR FARAH WAHIDA MAT EMAS
HUSIN
4 SARAWAK EMAS
ANGKAT (KATEGORI 59KG) SYARIFAH AIESYAH SYED
BERAT AMRAN EMAS
KEJOHANAN ANGKAT BERAT KEBANGSAAN 2019
5 SARAWAK (KATEGORI 45KG) PERAK

6 KEJOHANAN TREK KEBANGSAAN 2019 NILAI (ACARA JUPHA SOMNET & ANIS GANGSA

TEAM SPRINT) AMIRA

7 BERBASIKAL KEJOHANAN TREK KEBANGSAAN 2019 NILAI (ACARA JUPHA SOMNET
OMNIUM)

8 KEJOHANAN LEBUHRAYA KEBANGSAAN 2019 NILAI JUPHA SOMNET
(ACARA LEBUHRAYA)

9 GIMNASTIK KEJOHANAN GIMNASTIK KEBANGSAAN 2019 BUKIT AFIF JAZMIN ZAKARIA
JALIL

10 OLAHRAGA KEJOHANAN MAF ATHLETIC CHAMPIONSHIP 2019 MUHD NADHIR MD NIZAM
(ACARA DECATHLON)

160

Gambar 8: Kejayaan Atlet Negeri Perlis di Peringkat Kebangsaan

f) Pencapaian Atlet Negeri Di Peringkat Antarabangsa
Program Pembangunan Young Lions dan Program Elit SUKMA telah membuahkan hasil melalui kejayaan atlet

negeri yang berlatih di negeri ini. Ia turut dibantu dengan kemahiran jurulatih yang dilantik oleh MSNPs serta
kepakaran Unit Sains Sukan MSNPs. Kejayaan ini direkod mengikut kategori peringkat umur dan merupakan
kejayaan yang membanggakan apabila atlet negeri berjaya mewakili negara di peringkat antarabangsa.

Jadual 9: Pencapaian Atlet Negeri Perlis di Kejohanan Peringkat Antabangsa

No. Sukan Nama Atlet Pencapaian Kejohanan

JOSHUA AMIRUL, SHAFIQ 1 EMAS, 1 14TH ASEAN TAEKWONDO CHAMPIONSHIP 2019,
ZUBER, NUR AQILAH, NUR PERAK & 5 PHILIPPINES
ANIS NATASYA, KAMARUL & GANGSA
1 TAEKWANDO FARAH
SYAFIQ ZUBER 1 GANGSA WORLD UNIVERSITY GAMES 2019, ITALY
1 GANGSA
NURASNISHA SOFIA 3RD ASIAN CADET TAEKWONDO CHAMPIONSHIP
1 EMAS 2019, JORDAN
2 MUAYTHAI MUHAMMAD RADZI ISMAIL 1 PERAK
1 GANGSA IFMA WORLD YOUTH MUAYTHAI
3 SEPAK TAKRAW 1 PERAK CHAMPIONSHIPS 2019, THAILAND

4 BERBASIKAL FIRDAUS SURANA HATYAI MAYOR CUP 2019, THAILAND

PHUKET OPEN 2019, THAILAND

KERMESSE MEER-HOOGSTRATEN 2019,
BELGIUM (JELAJAH EROPAH CIMBF)

161

Gambar 9: Kejayaan Atlet Negeri Perlis di Peringkat Antarabangsa

Sukan-sukan ini telah menunjukkan kerjasama yang baik antara institut pengajian tinggi dan digarap dengan
program transfer technology dari negara luar serta usaha yang berterusan daripada atlet, jurulatih dan pasukan
pengurusan. Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama negara bahkan nama Negeri Perlis. Atlet-atlet
terbabit berlatih di negeri ini melalui program pembangunan yang dilaksanakan.

Selain itu, atlet-atlet negeri ini juga berjaya mengharumkan nama negara di temasya dwitahunan Sukan Asia
Tenggara (SEA) Ke-30, Filipina 2019 bermula pada 30 November 2019 hingga 11 Disember 2019. Atlet-atlet ini
terdiri daripada atlet negeri yang dihasilkan daripada program pembangunan di negeri sebelum diserap untuk
mengikuti program pelapis kebangsaan atau program atlet kebangsaan.

Jadual 7: Pencapaian Atlet Negeri Perlis di Kejohanan Sukan SEA Ke-30, Filipina 2019

NO. NAMA ATLET SUKAN (ACARA) PINGAT
1 MOHD SAFI AZROL OTHMAN PETANQUE (MENS TRIPLE) EMAS
2 DAENG DHADYRY DAHASRY LAWN BOWLS (MEN FOURS) EMAS
3 MUHAMMAD NAJMI FARIZAL JAZLAN INDOOR HOCKEY (MENS TEAM) EMAS
4 SYAFIQA HAIDAR AFIF ABDUL RAHMAN LAWN BOWLS (WOMEN FOURS) EMAS
5 JOSHUA AMIRUL ABDULLAH TAEKWONDO KYORUGI (MEN 80KG) PERAK
6 AUNI FATHIAH KAMIS LAWN BOWLS (WOMENS TRIPLE) GANGSA
7 MUHAMMAD LUQMAN HAKIM MOHD SUHAIMI TAEKWONDO KYORUGI (MEN 87KG) GANGSA
8 NUR AQILAH SURAYA MOHD SUHAIMI TAEKWONDO KYORUGI (WOMEN 64KG) GANGSA
9 MUHAMMAD SYAFIQ ZUBER TAEKWONDO KYORUGI (MEN 74KG) GANGSA
10 NORFARAHANA AZIZ GANGSA
RUGBY (WOMEN 7’S)

162

Gambar 10: Kejayaan Atlet Negeri Perlis di Kejohanan Sukan SEA Ke-30

Kejayaan ini hasil kerjasama yang baik antara MSNPs, Majlis Sukan Negara Malaysia, Institut Pengajian Tinggi
dan Persatuan Sukan Kebangsaan. Setiap kali temasya utama sukan antarabangsa, atlet negeri ini sering terpilih
dan berjaya mengharumkan nama negara melalui pungutan pingat yang diperolehi. Program pembangunan sukan
di negeri ini memberi satu platform dan lonjakan kepada atlet untuk terus berjaya di peringkat yang lebih tinggi.
UNIT ACARA SUKAN
a) Penganjuran Kejohanan Peringkat Antarabangsa
Tiga penganjuran sukan peringkat antarabangsa telah diadakan dengan kerjasama daripada Persatuan Sukan

Antarabangsa, Persatuan Sukan Kebangsaan dan Persatuan Sukan Negeri serta bantuan beberapa agensi
daripada jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan syarikat-syarikat penaja. Antara penganjuran sukan
peringkat antarabangsa yang telah berjaya diadakan pada tahun 2019 di Negeri Perlis adalah seperti berikut:
i. Kejohanan Tenis Remaja ITF 2019 pada 6 - 12 Oktober 2019;
ii. Celcom Axiata Malaysia International Challenge 2019 pada 12 - 17 November 2019; dan
iii. Kejohanan Tenis Remaja Terbuka Antarabangsa Tuanku Syed Putra 2019 pada 3 - 7 Disember 2019.

Gambar 11: Penganjuran Kejohanan Peringkat Antarabangsa

163

b) Penganjuran Kejohanan Peringkat Kebangsaan
Perlis menjadi destinasi pelancongan sukan apabila berjaya menganjurkan Program Perlis Marathon 2019

untuk edisi kelima berturut-turut dengan jumlah penyertaan seramai 13,000 orang peserta. Negeri Perlis turut
menjadi tuan rumah kepada lapan penganjuran kejohanan lain peringkat kebangsaan yang berjaya diadakan
di Negeri Perlis. Ini membuktikan Perlis sebagai salah sebuah destinasi pelancongan sukan dan mempunyai
kemudahan sukan yang berkualiti dan kondusif. Antara penganjuran sukan yang berjaya diadakan pada tahun
2019 adalah seperti berikut:
i. 9th KFC-Perlis Open Regatta 2019 pada 22 – 24 Mac 2019;
ii. Tennis National Junior 2019 pada 6 – 10 Mac 2019;
iii. Kejohanan Olahraga Terbuka Perlis/Milo 2019 pada 6 April 2019;
iv. Perlis Marathon 2019 pada 27 April 2019;
v. Kejohanan Golf Piala Speaker DUN Perlis 2019 pada 28 April 2019;
vi. Kejohanan Ragbi Diraja Perlis Terbuka 7 Sepasukan pada 13 – 14 Julai 2019.
vii. Cimb Foundation National Junior Road Race Series 3-2019 & Cimb Foundation Criterium Series 6-2019

pada 13 – 15 September 2019;
viii. Kejohanan Petanque Mix Double Kebangsaan Peringkat Kebangsaan 2019 pada 14 – 15 September 2019;
ix. Kejohanan Petronas Malaysian Cub Prix Championship 2019 Pusingan Ketujuh pada 5 Oktober 2019;
x. Perlis Motor Day 2019 pada 1 Disember 2019; dan
xi. Kejohanan Ragbi Terbuka Kangar 10 Sepasukan pada 7 – 8 Disember 2019.

Gambar 11: Penganjuran Kejohanan Peringkat Kebangsaan

c) Penganjuran Kejohahan Peringkat Negeri/ Zon
10 Penganjuran kejohanan peringkat negeri dan zon juga telah berjaya menarik minat penggiat sukan tempatan

dan negeri jiran untuk turut memeriahkan kejohanan yang dianjurkan di negeri ini. Kejohanan ini dapat dijayakan
dengan kerjasama Persatuan Sukan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri dan beberapa agensi kerajaan lain
serta bantuan syarikat-syarikat penaja. Penganjuran ini adalah inisiatif Persatuan Sukan Negeri, Majlis Sukan
Negara Malaysia dan MSNPs dalam membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat terutamanya di
peringkat akar umbi.
i. Kejohanan Kanu Tertutup Perlis 2019 (Sirkit 1);
ii. Kejohanan Skuasy Tertutup Perlis 2019 1st & 2nd Leg;
iii. Liga Bola Sepak Domestik Kelayakan Liga M-4 (AFL) 2019;

164

iv. Liga Bola Sepak Akademi Tunas NFDP Zon Perlis/ Kedah 2019;
v. Liga Bola Sepak Antara Pusat Latihan Daerah Perlis NFDP 2019;
vi. Kejohanan Tertutup Boling Padang Negeri Perlis 2019 Siri 1 & Siri 2;
vii. Kejohanan Ping Pong Tunas Harapan Negeri Perlis 2019;
viii. Kejohanan Tenis Tertutup Remaja Perlis 2019;
ix. Kejohanan Tenis Tertutup Perlis 2019; dan
x. Kejohanan Taekwondo Antara Sekolah-Sekolah Negeri Perlis 2019.

Gambar 12: Penganjuran Kejohanan Peringkat Negeri/ Zon

MSNPs sentiasa berusaha untuk memajukan kepentingan sukan Negeri Perlis daripada setiap sudut sama ada
memantapkan hal ehwal pentadbiran, penyediaan kemudahan sukan yang kondusif, pembangunan akar umbi yang
berterusan serta memperkasakan persatuan sukan negeri. Gerak kerja yang telah dijalankan sepanjang tahun 2019
telah menunjukkan peningkatan prestasi saban tahun bermula daripada beberapa pelan induk sebelum ini seperti
Program Perkasa 2005-2008, Pelan Induk Pembangunan Sukan Perlis 2010, Program Pembangunan Atlit MSNPs
MS ISO 9001:2008, Program Pembangunan Atlet Cemerlang (PPAC), Pelan Induk Pembangunan Sukan 2015-
2020, Program PELAPIS, Program Latihan Persediaan Sukan Malaysia (PLPSM), Program Young Lions, Program
Pembangunan Sukan Berprestasi Tinggi MSNPs 2016 dan 2017 dan Pelan Pembangunan Sukan 2017.
Tunjang gerak kerja dan aktiviti tahunan MSNPs adalah berlandaskan Akta 29, Akta Majlis Sukan Negara 1971
(Pindaan 2006), Jadual Kedua, Subseksyen 7(1). Ianya untuk memastikan kepentingan sukan di negeri ini dimajukan
selaras dengan dasar-dasar semasa Kerajaan Negeri. MSNPs memberi penekanan kepada aspek pembangunan
sukan setiap peringkat dalam usaha mencapai sasaran pungutan pingat di Temasya Sukan Malaysia (SUKMA)
dwitahunan. Antara lain, aspek pelancongan sukan sentiasa menjadi wadah utama dalam membudayakan sukan
dalam kalangan masyarakat serta membangunkan ekonomi rakyat negeri ini. MSNPs berharap setiap pemegang
taruh utama sukan negeri sentiasa memberi sokongan dan kerjasama dalam usaha menjadikan Negeri Perlis
sebuah negeri industri sukan pada masa hadapan.

165

SIDANG EDITORIAL Diterbitkan oleh:
Unit Pengurusan Korporat & Integriti,
Penaung Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis,
• YB Tuan Azman bin Mohd Yusof Aras 2, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis,
Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Persiaran Wawasan, 01000 Kangar, Perlis.
[email protected]
Penasihat
• Tuan Haji Zepri bin Saad
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan)

Ketua Editor
• En. Mohammad Afifi bin Othman @ Omar
Setiausaha Bahagian UPKI

Editor
• En. Mohammad Syamil bin Shahidan
• Pn. Nursyuhada’ binti Abdullah

Fotografi
• En. Norazmi bin Mohamad Nazri
• En. Khairul Akmal Alif bin Dahaman
• Pn. Nur Atikah binti Samsuddin Sah

Sidang Editorial
• Pn. Melati binti Abu Bakar
• En. Mohamad Nadzri bin Mahmud
• Pn. Noor Liza binti Abu Hassan
• En. Azni bin Ismail
• Pn. Norazah binti Azman

Dengan Kerjasama
• Bahagian Perancang Ekonomi Negeri
• Bahagian Perumahan
Bahagian Kerajaan Tempatan
• Bahagian Pentadbiran Daerah
• Pejabat Menteri Besar
• Bahagian Dewan Undangan Negeri & Majlis

Mesyuarat Kerajaan
• Bahagian Khidmat Pengurusan
• Bahagian Pengurusan Majlis, Protokol dan Istiadat
• Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
• Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat
• Majlis Sukan Negeri
• Unit Audit Dalam

166




Click to View FlipBook Version